Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

CERITA/BERITA TERKINI

Memaparkan catatan dengan label jenayah seks. Papar semua catatan

Melacur untuk kumpul duit kahwin

Label:

Saya petik:
[BH] JOHOR BAHRU: Seorang pelayan pusat karaoke mendakwa terpaksa menawarkan khidmat seks ketika bekerja di situ, bagi mengumpul wang untuk membiayai majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung beberapa bulan lagi.
Alasan itu diberikan ketika anggota polis Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Johor menyerbu sebuah bilik hotel bajet terletak di belakang pusat karaoke tempat wanita itu bekerja, dekat Jalan Tun Abdul Razak di sini, awal pagi semalam.
Ketika ditahan, wanita terbabit baru saja selesai melayan seorang lelaki yang melanggannya ketika mengunjungi pusat karaoke berkenaan.

Sebaik ditahan, wanita berusia lingkungan 20-an itu menangis meminta dilepaskan kerana bimbang perkahwinan yang dirancangnya beberapa bulan lagi musnah jika kegiatan itu diketahui tunangnya.

Pegawai Turus D7, Deputi Superintendan, Mohammad Abd Hamid, berkata serbuan dilakukan mulai jam 12 malam selepas mendapat maklumat awam dan hasil risikan berhubung kegiatan pelacuran yang ditawarkan pusat karaoke terbabit.

Katanya, dua pelayan wanita tempatan yang bekerja di pusat karaoke itu disyaki menawarkan khidmat seks kepada pelanggan mereka dan penjaga pusat karoke terbabit turut ditahan untuk siasatan lanjut.
“Modus operandi yang digunakan lebih kurang sama dengan pusat hiburan eksklusif yang diserbu baru-baru ini, apabila pelayan menawarkan khidmat seks ketika berada di dalam bilik karaoke sebelum menjadikan hotel murah berdekatan untuk melampiaskan nafsu untuk menutup kegiatan mereka.

“Di sini, tawar menawar dibuat antara pelanggan dengan penjaga pusat karoke itu, sebelum persundalan dilakukan di hotel murah kira-kira 20 meter di belakang pusat terbabit dengan bayaran RM250,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 372(b) Kanun Keseksaan kerana terbabit dengan pelacuran, manakala penjaga premis ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 372(1)(F) kanun sama.

“Operasi berterusan akan terus dilakukan bagi memastikan aktiviti persundalan dan jenayah lain dapat dibanteras.

“Maklumat dan kerjasama daripada orang ramai diperlukan untuk membantu polis menangani kegiatan jenayah,” katanya.

Balas dendam isteri curang

Label:

Saya petik:
[SH] BATU PAHAT – Seorang lelaki yang kecewa terhadap kecurangan isterinya mengambil keputusan membalas dendam dengan memadu asmara bersama perempuan lain di sebuah rumah kedai usang di sini.
Bagaimanapun nasib lelaki itu yang merupakan warga Indonesia malang apabila perbuatannya berjaya dihidu penduduk kampung lalu dicekup oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Daerah Batu Pahat kira-kira jam 1 pagi semalam.

Timbalan Penguatkuasanya, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pasangan terbabit sanggup menjadikan sebuah rumah kedai yang telah terbiar dan berbau busuk di Sri Gading untuk memuaskan nafsu mereka.

“Ketika diserbu, rumah kedai berkenaan berada dalam keadaan gelap sebelum beberapa anggota penguat kuasa bertindak mengepungnya.

“Tiba-tiba seorang lelaki meluru keluar menerusi pintu belakang. Bagaimanapun tindakan nekadnya gagal kerana diberkas anggota yang berkawal di pintu belakang rumah kedai itu,” katanya.

Saiful Ariffin berkata, pemeriksaan penguatkuasanya kemudian mendapati ada tangga yang menghubungkan ruang unit bilik atas rumah kedai itu sebelum menemui pasangan lelaki terbabit bersembunyi sebalik pintu.

“Pasangan berusia 42 dan 45 tahun masing-masing berasal dari Jawa Timur, Indonesia dan lelaki terbabit sudah tiga tahun menetap selain bekerja sebagai buruh binaan di sini.

“Difahamkan lelaki terbabit mengakui mempunyai isteri di negara asalnya malah memiliki seorang anak berusia 14 tahun. Bagaimanapun selepas mengetahui kecurangan isterinya, dia bertindak 'membalas dendam' dengan mengadakan hubungan dengan perempuan lain,” katanya.

Menurut Saiful Ariffin, berdasarkan siasatan, kedua-duanya gagal membuktikan mereka pasangan suami isteri yang sah.

Pasangan berkenaan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat bagi proses dokumentasi sebelum ditahan bagi siasatan lanjut.

“Mereka kini disiasat mengikut Seksyen 27 (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan jika disabitkan kesalahan, bakal berdepan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Akibat buruk dekati zina

Label:

Gambar hiasan 
Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Islam bukan sekadar mengharamkan umatnya melakukan seks di luar pernikahan, tetapi menghampiri unsur-unsur zina pun dilarang di dalam al-Quran kerana perbuatan itu memberi kesan sangat buruk kepada pelakunya.

Penasihat Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim), Hanafi Abdul Malek berkata, agama lain turut melarang penganutnya melakukan hubungan seks luar nikah disebabkan keburukannya termasuk penyebaran HIV dan Aids. “Jadi apabila ada individu yang dijangkiti HIV atau Aids disebabkan melanggan pelacur, ia berlaku kerana mereka melanggar hukum agama,” katanya yang dihubungi, semalam.

Beliau mengulas muka depan Metro Ahad semalam mengenai perbuatan sebahagian pekerja seks dari China yang ‘berkhidmat’ di negara ini walaupun sedar mereka bakal dijemput ajal pada bila-bila masa kerana disahkan menghidap Aids atau pembawa HIV semata-mata untuk mengumpul duit mati sebanyak mungkin. Pelacur China itu tidak menghadapi kesukaran untuk mengumpulkan sekurang-kurangnya RM30,000 dalam tempoh kurang sebulan kerana sebahagian besar memiliki pakej sebagai wanita idaman lelaki hidung belang di Malaysia seperti kulit putih gebu, montok dan tinggi lampai. Mendedahkan perkara itu, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, wanita terbabit dikategorikan sebagai gred C iaitu sudah lama ‘berkhidmat’ sebelum ke Malaysia manakala wanita gred A dan B lazimnya menawarkan khidmat di negara sendiri atau negara maju yang mempunyai kuasa beli lebih tinggi. Hanafi berkata, terdapat empat faktor seseorang itu melanggan pelacur iaitu memuaskan nafsu serakahnya, tetapi pada masa sama enggan memikul tanggungjawab, hendak berpoligami tetapi dihalang isteri, tiada kekuatan agama dalam diri serta ajakan rakan.

Gadis diperkosa sepupu 15 kali?

Label:

Gambar hiasan
Saya petik:
[SH] KEMAMAN – Gara-gara berajakan nafsu binatang, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun tergamak menjadikan sepupunya yang masih bersekolah rendah sebagai hamba seks dengan merogolnya sebanyak 15 kali sejak dua tahun lalu dalam kejadian di sebuah kawasan Felda di Air Putih, dekat sini.

Dalam tempoh dua tahun itu juga lantai rumah bahagian dapur bersebelahan meja makan menjadi tempat remaja terbabit melampiaskan nafsunya ketika bapa, nenek dan ahli keluarga lain nyenyak tidur diulit mimpi.

Namun perbuatan terkutuk remaja itu akhirnya terbongkar apabila bapa suspek sendiri melihatnya anaknya itu sedang memperkosa anak saudaranya yang berusia 12 tahun ketika dia mahu ke dapur dan membuka lampu dapur dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam Ahad lalu.

Berang dan terkejut dengan perlakuan itu, bapa suspek memukul suspek dan sejurus berita buruk itu diberitahu ibu mangsa berumur 42 tahun menetap di Johor, ibu mangsa segera pulang sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Air Putih pada jam 1.06 tengah hari kelmarin dan melakukan pemeriksaan di Hospital Kemaman.

Difahamkan, mangsa dan suspek dijaga nenek kandung mereka berusia 60 tahun dan tinggal di rumah itu bersama bapa suspek dan seorang lagi bapa saudara.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, berdasarkan hasil soal siasat mangsa mengakui dalam kejadian malam Ahad lalu dia yang sedang mengemas buku di dalam bilik secara tiba-tiba didatangi sepupunya yang kemudian mengajaknya ke bahagian dapur lantas lampu dapur ditutup lalu mengajak mangsa melakukan seks sebelum perbuatan terkutuk itu disedari bapa suspek sendiri.

Hasil soal siasat, mangsa mengakui telah dirogol oleh sepupunya sebanyak 15 kali sejak dia berusia 10 tahun hingga menyebabkannya ketagihan seks dan perkara itu tidak diketahui sesiapa.

Menurutnya, bertindak daripada laporan dibuat, polis menyerbu rumah berkenaan tetapi gagal menangkapnya kerana suspek terlebih dahulu melarikan diri bersama pakaian mangsa iaitu seluar dalam, seluar dan baju dipakai ketika mangsa dirogol kali terakhir.

Katanya, sehubungan itu suspek kini sedang diburu dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

“Jika sabit kesalahan suspek boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebat,” katanya.
P/s: Mengapa sampai 15 kali diperkosa?

Abang Bangladesh dicekup khalwat dengan isteri orang

Label:

Saya petik:
[SH] AMPANG - Berperwatakan menarik, hidung pula mancung bak pelakon ternama Bollywood! Mungkin itulah persona dimiliki seorang lelaki warga Bangladesh sehingga membuatkan wanita tidak keruan.

Berbekalkan kelebihan yang ada, daya penarik itulah digunakan untuk memikat kaum hawa tanpa mengira status mangsa sama ada bujang atau isteri orang.

Malangnya, hubungan terlarang pastinya tidak berpanjangan dan itulah yang berlaku kepada pasangan kekasih di sebuah hotel bajet di sini, awal pagi semalam.

Hubungan intim seorang wanita warga Indonesia berstatus isteri orang dengan seorang warga Bangladesh sejak enam bulan lalu hingga terlanjur ke bilir tidur berakhir selepas dicekup penguat kuasa agama.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, wanita berusia 34 tahun dan teman lelakinya berusia 30 tahun itu hanya memakai tuala ketika penguat kuasa Jabatan Agama Islam (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim Pandan Indah menyerbu bilik hotel berkenaan.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Osman berkata, wanita yang bekerja sebagai pembantu rumah itu berkenalan dengan lelaki terbabit yang bekerja sebagai kontraktor mengubah suai rumah majikan wanita berkenaan.

“Difahamkan wanita yang mempunyai empat anak itu lari daripada majikannya, manakala suaminya tinggal di Indonesia bersama anak mereka,” katanya.

Di hotel berasingan, seorang ahli perniagaan dicekup bersama seorang pelajar yang menuntut di salah sebuah kolej di Ipoh, Perak.

Ahmad Nawi berkata, duda berusia 42 tahun bersama wanita yang berusia 28 tahun itu berpakaian lengkap ketika ditahan.

Kedua-dua pasangan terbabit ditahan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh di denda sebanyak RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Azab 19 Hari Gadis Dirogol Bapa Angkat

Label:

Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Malang bagi seorang gadis apabila simpati yang dicari dengan menumpang di rumah bapa dan ibu angkat selepas berselisih faham dengan abangnya bertukar tragedi apabila menjadi hamba seks pasangan terbabit selama 19 hari, sebelum berjaya melarikan diri, Selasa lalu.

Dalam kejadian itu, gadis berkenaan yang berusia 21 tahun berselisih faham dengan abang kandungnya pada 28 Disember lalu sebelum keluar ke rumah bapa dan ibu angkatnya yang berusia 40-an di Kajang Utamauntuk menumpang sementara.

Menurut sumber, sebaik tiba di rumah itu, mangsa menceritakan masalah dialami kepada bapa dan ibu angkatnya itu.

“Selepas mendengar masalah itu, mangsa diarah ibu angkatnya masuk ke dalam bilik tidur utama, tetapi mangsa enggan berbuat demikian menyebabkan dia dipukul.

“Sebaik masuk ke dalam bilik, ibu angkatnya mengunci pintu manakala bapa angkatnya yang menunggu di dalam bilik menayangkan filem lucah,” katanya.

Warga emas kurung, perkosa gadis didakwa

Label:

Yusoff dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kota Bharu semalam.

Saya petik:
[kosmo] KOTA BHARU – Seorang warga emas yang dikaitkan dengan kes mengurung seorang gadis Indonesia selama enam bulan bagi dijadikan mangsa memuaskan nafsu seks dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Tertuduh, Yusoff Mat Rani, 61, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika kertas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Mohd. Yusoff Yunus.

Dakwaan terhadap Yusoff dibuat mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara tidak lebih 15 tahun dan denda.

Yusoff didakwa memperdagangkan gadis Indonesia berusia 24 tahun itu dengan cara melindunginya bagi maksud eksploitasi seks di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Limau Manis di sini antara bulan Jun hingga Disember tahun lalu.

Lelaki tua yang berjanggut panjang itu tidak mengemukakan apa-apa rayuan setelah Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin yang mengendalikan pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh.

[TRAGIS] Bapa saksi anak dirogol di depan mata

Label:

Gambar hiasan

Saya petik:
[SH] PORT DICKSON – Seorang ayah bersama dua anaknya lelakinya melalui pe­ngalaman sedih apabila menyaksikan anak perempuannya dirogol di sebuah rumah kosong di taman perumahan di sini, dalam satu kejadian kira-kira jam 10 malam, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Baljeet Singh berkata, kejadian itu bermula apabila mangsa yang berumur 21 tahun bersama sepupu perempuannya berusia 18 tahun dipelawa dua lelaki untuk minum bersama sekitar jam 8.30 malam.

Menurutnya, mangsa bersama sepupunya bersetuju dan lelaki terbabit yang dipercayai kenalan mangsa membawa mereka berdua ke sebuah rumah kosong di sebuah taman perumahan.

“Mangsa dipercayai diberikan sejenis minuman memabukkan sehingga mengakibatkan mangsa tidak sedarkan diri,” katanya kepada pemberita di pejabatnya, semalam.

Baljeet berkata, walau bagaimanapun, sepupu mangsa berjaya melarikan diri dan meminta bantuan dengan pergi ke rumah mangsa.

“Ayah, abang dan adik mangsa tiba di lokasi kejadian ketika jenayah (rogol) tersebut berlaku.

“Suspek berjaya ditahan sementara seorang lagi melarikan diri. Suspek direman sehingga Selasa depan untuk siasatan lanjut dan polis masih memburu seorang lagi suspek yang masih bebas. Kes di siasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol,” katanya.

Dalam pada itu, Baljeet turut menegaskan orang ramai terutamanya perempuan untuk tidak sewenang-wenangnya terpengaruh dengan ajakan lelaki sama ada kenalan atau tidak lebih-lebih lagi apabila diajak ke kawasan terpencil.

P/s: Moral: Jangan benarkan anak gadis keluar sesuka hati terutama pada waktu malam. Ambil tahu siapa rakan dan apa  aktiviti yang mereka lakukan. Cegah sebelum terkena...

Hasrat kahwin 11.11.11 berkecai

Label:

Saya petik:
[SH] RANTAU PANJANG – Hasrat seorang lelaki mengakhiri zaman bujangnya bersama gadis pilihan pada 11.11.11 tidak kesampaian apabila dia meninggal dunia akibat sawan ketika melihat taut ditahannya di Lubok Katong, Kubang Kuau, kira-kira jam 8.30 pagi kelmarin.

Ketika kejadian, mangsa, Zainuddin Mamat,28, dikatakan ke sungai bersama sepupunya, Mohamad Had,19, melihat tauk ditahan petang Sabtu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Superintendan Tengku Azman Tengku Abdullah berkata, sebaik sampai ke tempat kejadian, mangsa meminta sepupunya menunggunya di pagar berhampiran sementara dia ke kawasan danau seorang diri.

Menurutnya, lebih kurang 15 minit kemudian, sepupu mangsa memanggilnya setelah dia tidak keluar dari danau berkenaan, namun tidak mendapat sebarang tindak balas darinya.

“Sepupunya yang mula mengesyaki sesuatu berlaku kepada mangsa terus ke tempat kejadian dan melihatnya dalam keadaan tertiarap.

“Setelah menariknya, sepupunya mendapati dia telah meninggal dan balik ke rumahnya kira-kira tiga kilometer dari tempat kejadian untuk memaklumkan perkara tersebut kepada abangnya,” katanya kepada pemberita petang semalam.

Tengku Azman berkata, jenazah kemudiannya dihantar ke Hospital Daerah Pasir Mas untuk bedah siasat.

Menurutnya, berdasarkan cerita bapanya, mangsa yang pernah bekerja kilang elektronik di Johor ini menghidap sawan sejak kecil dan turut terkena serangan penyakit itu sehari sebelum kejadian.

“Jenazah mangsa dituntut keluarga kira-kira jam 6 petang untuk dikebumikan di kampung halaman mangsa,” katanya.

VIDEO Tsunami ke-2 membadai Jepun

Label:

Perempuan ini mengaku sudah 7 kali gugurkan bayi hasil perzinaan...

Label:

(Gambar: Balqis)

Dalam kes ini, si janda secara terang-terangan mengaku telah melakukan pembunuhan terhadap bayi. Pihak berwajib tidak berminat ke untuk menahan janda ini. Apa khabar Menteri Pembangunan Wanita, keluarga dan masyarakat?

Kepada pelaku, ingatlah akan azab Allah...

Saya petik:

[HM] IPOH: Akibat begitu mudah termakan pujuk rayu teman lelaki, seorang janda muda membuat pengakuan mengejutkan apabila memberitahu pernah menggugurkan bayi dalam kandungannya sebanyak tujuh kali dalam tempoh empat tahun.

Wanita itu yang mahu dikenali sebagai Balqis, 32, berkata perkara tidak masuk akal dilakukannya itu bermula selepas dia bercerai dan berkenalan dengan seorang lelaki yang sudah berkahwin pada 2007.

Menurutnya, lelaki itu berjaya memikat hatinya dengan pelbagai janji manis untuk mengahwininya dalam tempoh terdekat.

“Saya meletakkan harapan tinggi kepadanya apatah lagi dengan hidup saya yang terumbang-ambing selain perlu membesarkan tiga anak hasil perkahwinan pertama sebelum ini.

“Malangnya rasa cinta keterlaluan itu menyebabkan saya terlanjur melakukan hubungan seks berulang kali sehingga mengandung sebanyak enam kali.

“Saya membuat proses pengguguran haram di klinik swasta dengan bayaran RM300 bagi sekali ‘cuci’. Pada mulanya doktor di klinik itu tidak begitu kisah dengan permintaan saya, namun dia mula bimbang apabila saya mahu membuat pengguguran kali kelima.

“Doktor terbabit menasihatkan saya tidak lagi membuat pengguguran janin kerana bimbang ia boleh merosakkan peranakan selain boleh mendapat kanser rahim,” katanya.

Menurutnya, walaupun pernah terlintas rasa berdosa namun dia tetap melakukan perkara terkutuk itu kerana termakan dengan janji kekasihnya untuk berkahwin.

“Pernah sekali saya menanggung kesakitan amat sangat selepas menggugurkan kandungan berusia tiga bulan yang ketika itu sudah mempunyai bentuk bayi. Malah pernah juga saya ‘lekat’ mengandung semula hanya selepas dua bulan menggugurkan janin.

“Sepatutnya saya menjalani tempoh pantang seperti wanita bersalin, namun semua itu saya abaikan kerana faktor kerja selain bimbang diketahui rakan sekerja,” katanya.

Menurutnya, dia hanya mengambil cuti rehat antara empat hari hingga seminggu.

“Akibat terlalu kerap menggugurkan janin, saya mengalami tekanan hidup, murung selain kerap dihantui rasa berdosa. Lebih teruk apabila saya sering bermimpi kanak-kanak menangis ketika tidur.

“Sepanjang empat tahun itu, saya disahkan mengandung enam kali sebelum menggugurkan kandungan itu menyebabkan berat badan saya susut kepada 47 kilogram,” katanya.

Kerana harga getah mahal, Nina Montok tawar khidmat seks untuk penoreh getah!!

Label:

(Gambar Nina Montok)

Saya petik:

[HM] SEGAMAT: Harga getah yang melambung tinggi turut menyumbang kepada aktiviti maksiat apabila ada pelacur memindahkan operasi mereka ke stor usang di tengah kebun getah di pekan Jementah, di sini, untuk menawarkan khidmat seks kepada penoreh getah.

Kegiatan itu terbongkar apabila polis menahan seorang wanita warga Indonesia diberi gelaran Nina Montok yang menawarkan pakej semurah RM50 untuk sekali langganan menyebabkan penoreh getah tempatan dan warga asing berkunjung ke stor itu tanpa mengira waktu.

Tanpa segan silu, segelintir penoreh getah yang kemaruk seks beratur panjang menunggu giliran dan pada masa sama menyaksikan tayangan percuma rakan melakukan seks bersama wanita berusia 20-an itu.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abd Majid Mohd Ali, berkata Nina Montok dipercayai menawarkan khidmat seks di kebun getah itu sejak beberapa hari lalu sebelum ia berakhir apabila polis menyerbu lokasi terbabit pada jam 10 malam kelmarin.

“Ketika serbuan, wanita itu melayan seorang pelanggan manakala lima lelaki membabitkan dua warga tempatan dan tiga warga asing berada di tepi pondok berkenaan dipercayai menunggu giliran.

“Kedua-dua lelaki tempatan terbabit yang berusia 42 dan 51 tahun serta semua warga asing yang berusia 22 hingga 40 ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Menurutnya, siasatan awal polis mendapati Nina Montok turut menghantar SMS secara rawak kepada beberapa penoreh getah di kebun berkenaan untuk mempromosi khidmat seksnya.

Abd Majid berkata, polis turut menemui tiga peket kondom yang belum digunakan di dalam beg tangan wanita itu, telefon bimbit dan selain wang RM394 dipercayai hasil kegiatan pelacuran.

“Pemeriksaan mendapati wanita itu masuk ke negara ini secara sah dan kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/1963, sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Isteri cekup suami khalwat

Label:

Alangkah damainya masyarakat jika hukum Hudud diamalkan di Malaysia!! Sesungguhnya hanya hukum Allah sahaja yang mampu menyelesaikan kebejatan sosial yang melanda umat Islam...

Saya petik:

[HM] ALOR SETAR: Seorang isteri yang tidak tahan melihat kecurangan suaminya kerana kerap pulang lewat dan bermalam di rumah teman wanitanya sejak beberapa bulan lalu nekad mencekup suaminya di sebuah rumah sewa di Kampung Didik, Kuah, Langkawi, pagi semalam.

Wanita berusia 30 tahun itu berang melihat suaminya yang berusia 34 tahun hanya berseluar dalam dan tidur di atas katil ketika anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Langkawi (Padal) membuat pemeriksaan di sebuah bilik utama di rumah berkenaan, kira-kira jam 8.30 pagi.

Dia yang gagal mengawal perasaan marahnya memaki-hamun wanita berusia 29 tahun yang dicekup bersama suaminya itu sebaik pintu bilik dibuka.

(Gambar sekadar hiasan)

Seks oral: Pemain bola sepak Perlis mengaku tidak bersalah

Label:

Saya petik:

[KS] SUNGAI PETANI - Seorang pemain bola sepak pasukan Perlis hari ini mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan salah laku seks oral dan mencederakan seorang gadis di sini, baru-baru ini.

Muhammad Munawwar Shavukath Ali, 21, pemain pertahanan Perlis meminta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mahkamah Sungai Petani, Raja Shahril Anuar Raja Baniamin.

Pemain bola sepak Perlis itu dari Flat Paya Nahu, Sungai Petani menghadapi dua kes membabitkan tiga pertuduhan manakala mangsanya dari Taman Sri Tanjung, Sungai Layar, Sungai Petani.

Dalam kes pertama, dia dituduh pada 13 Februari lepas antara pukul 3.30 petang hingga 5.30 petang di rumah kosong nombor 533, Jalan Taman Batik, Sungai Petani, mendatangkan kecederaan parah terhadap seorang gadis berusia 17 tahun, dan didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Dalam kes kedua, dua pertuduhan dikenakan terhadap Muhammad Munawwar iaitu dituduh mencabul kehormatan gadis tersebut dengan cara meraba dan menghisap buah dada mangsa, satu kesalahan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. - Bernama

(Gambar sekadar hiasan)

Datuk 89 tahun rogol cucu dalam kandang lembu!!

Label:

Manusia akan jadi seperti lembu atau lebih teruk daripada lembu jika nafsu jahat telah menguasai diri...

Saya petik:

[KS] KOTA BHARU - Seorang datuk berusia 89 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan merogol cucunya berusia 10 tahun enam bulan.

Tertuduh yang hadir dengan memakai kain pelikat dan kopiah tidak mengaku bersalah atas tuduhan itu di hadapan Hakim Zainal L. Salleh.

Mengikut kertas pendakwaan, dia dituduh merogol mangsa di kandang lembu sebuah rumah tanpa nombor di Pasir Puteh pada pukul 9 malam 25 Ogos 2010.

Selepas mendengar pengakuan tertuduh, Hakim Zainal menasihatkannya mendapatkan khidmat peguam tetapi tertuduh mahu membela dirinya sendiri dengan alasan peguam memerlukan kos.

Zainal berkata: "Kes ini berat, bukan macam curi getah skrap. Kalau minta dibicarakan, kamu mesti menggunakan khidmat peguam sebab jika sabit kesalahan, bukan tiga tahun tetapi boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun."

Guru ini kemaruk seks!!

Label:

Saya petik:

[SH] KOTA BHARU – Perlakuan luar batasan kemanusiaan seorang guru yang cuba rogol pelajarnya sendiri, empat tahun lalu akhirnya menerima padah apabila dia dihukum penjara lapan tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Mohd Nasir Ab Rahman, guru bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang, Pasir Mas, didapati bersalah cuba merogol mangsa yang ketika itu berada di tingkatan tiga sekolah berkenaan.

Dia melakukan perbuatan itu di PT1832 Kampung Gaal, Nering, Rantau Panjang, kira-kira jam 12 tengahari, 14 April 2007.

Sebelum itu, kira-kira jam 3.30 petang, 16 Mac tahun sama, dia juga bersalah menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan mangsa ketika di bilik unit peperiksaan sekolah itu.

Tidak cukup dengan itu, ketika ditahan 24 April tahun itu, pemeriksaan mendapati Mohd Nasir memiliki gambar lucah di dalam telefon bimbit dan komputer riba miliknya, kira-kira jam 11.25 malam.

Dia bersalah terhadap ketiga-tiga tuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (guna kekerasan niat mencabul), Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 511 (cubaan merogol) dan Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan kerana memiliki gambar lucah.

Mohd Nasir pada mulanya tidak mengaku dan memohon dibicarakan terhadap semua pertuduhan akhirnya disabitkan kesalahan dan dihukum lima, lapan dan dua tahun penjara bagi setiap kesalahan, tetapi hukuman berjalan serentak berkuatkuasa, semalam.

Hakim Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Zainal L Salleh dalam prosiding jam 10.30 pagi semalam berkata, sebagai golongan pendidik, Mohd Nasir sepatutnya membimbing pelajar, bukannya mengambil kesempatan terhadap mereka.

”Sebagai guru, dia melakukan satu perbuatan sangat jijik terhadap pelajarnya sendiri,” katanya.

Peguam bela, Shamsul Bahrin Abdullah memohon mahkamah menangguhkan hukuman atas faktor kesihatan anak guamnya yang mengidap kencing manis dan darah tinggi.

Mahkamah membenarkan permohonan dan jaminan RM10,000 dinaikkan kepada RM15,000.

Gambar mangsa rogol dan pukul hingga koma

Label:

HAMDAN menunjukkan gambar mangsa yang koma pada sidang media di IPK Negeri Sembilan, Seremban, semalam.

Saya petik:

Polis cari waris mangsa untuk bantu siasatan

[BH] SEREMBAN: Sambutan Tahun Baru Cina kali ini bagi seorang gadis berusia awal 20-an menjadi kenangan pahit seumur hidupnya apabila dirogol beramai-ramai dan dipukul hingga koma sebelum ditinggalkan di tepi jalan pekan Lukut, Port Dickson, Jumaat lalu.
.

Mangsa yang memakai kemeja-T tanpa kolar merah jambu dengan seluar pendek paras paha dan tidak berkasut, ditemui orang awam terbaring tidak sedarkan diri di sebuah persimpangan lampu isyarat di pekan Lukut, kira-kira jam 6.35 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Hamdan Majid, berkata mangsa dikejarkan ke Hospital Port Dickson dan kemudian dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) berikutan kecederaan parah dialaminya.

“Pemeriksaan mendapati tengkorak belakang kepalanya retak dipercayai akibat dipukul dengan objek tumpul, selain kecederaan lain pada tubuh, termasuk kesan calar pada kedua-dua tangan dan lututnya akibat diseret.

“Mangsa yang masih koma kini menerima rawatan rapi dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di sini, semalam.

Hamdan berkata, polis percaya mangsa berketurunan Cina dirogol dengan kejam oleh lebih daripada seorang suspek, berdasarkan kesan kecederaan pada keseluruhan tubuhnya.
Katanya, identiti mangsa belum dikenal pasti kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui bersamanya.

Sehubungan itu, katanya, polis meminta keluarga yang kehilangan saudara menyerupai gambaran mangsa supaya menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Fadilawati Borhan di talian 06-6472222 atau mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Beliau berkata, sehingga semalam tiada laporan polis mengenai kehilangan gadis yang menyerupai mangsa, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

P/s: Berhati-hatilah dengan orang yang ada di sekeliling anda kerana mereka itu mungkin menghidapi penyakit GILA SEKS!!

Nafsu BOHSIA: Dicekup sehari selepas bercerai

Label:

Saya petik:

[HM] PASIR PUTEH: Seorang wanita berusia 55 tahun yang tidak sampai 24 jam diceraikan, ternyata kemaruk nafsu apabila dicekup berkhalwat dengan pasangan berusia 34 tahun dalam serbuan di rumah warga emas berkenaan di Kampung Kuala Semerak, awal pagi semalam.

Serbuan ke atas kediaman wanita yang berstatus nenek tapi berselera muda itu dilakukan pasukan Skuad Amru bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) diketuai Ketua Operasinya, Ismail Yaacob, kira-kira jam 1 pagi, sebaik mendapat maklumat awam.

Ketika serbuan dilakukan, wanita itu yang mempunyai beberapa cucu sanggup berbohong dengan memberi alasan kononnya lelaki muda bersamanya di dalam bilik tidur itu suaminya.

Tindakannya itu nyata gagal meyakinkan penguat kuasa agama dan pasangan itu dibawa ke Pejabat Agama Pasir Puteh untuk diambil keterangan serta disoal siasat sebelum dibebaskan dengan ikat jamin.

Ismail berkata, serbuan ke atas rumah terbabit dilakukan hasil maklumat orang ramai yang dikumpulkan sejak seminggu lalu berhubung kejadian khalwat yang didakwa membabitkan seorang wanita warga emas bersama pasangannya.

“Berikutan aduan yang diterima, rumah itu diserbu penguat kuasa agama yang mengetuk pintu rumah berkenaan beberapa kali sebelum dibuka seorang wanita warga emas dalam keadaan berkemban beberapa minit kemudian.

“Ketika siasatan dilakukan, wanita itu berdolak-dalik dengan mengatakan lelaki berseluar pendek yang tidur di biliknya adalah suaminya menyebabkan penguat kuasa mencurigainya,” katanya.

Katanya, tidak sampai lima minit disoal, wanita berkenaan menukar pengakuan dengan mendakwa dia tidak tahu menahu kehadiran lelaki berkenaan yang didakwa secara tiba-tiba berada dalam biliknya.

“Selepas disoal siasat, wanita itu mendakwa dia baru bercerai dengan suaminya kira-kira jam 5 petang kelmarin, menyebabkan pasangan berkenaan terus disiasat untuk dihadapkan ke mahkamah,” katanya.

Ismail berkata, tiada orang lain berada di dalam rumah berkenaan ketika serbuan dan sebagai warga emas, wanita itu tidak sepatutnya berkelakuan tidak senonoh sebaliknya perlu menjadi teladan kepada cucunya yang remaja.

Berikutan itu, katanya, pasangan berkenaan didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Puteh, di bawah Seksyen 9(1)(2), Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan No 2/85 yang jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM2,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

(Gambar sekadar hiasan)

Ini dia wajah CIKGU BUAS. Rogol anak murid!!

Label:

Cikgu lahanat!!

Saya petik:

[HM] KOTA BHARU: “Seharusnya seorang guru kepada anak murid tetapi berbeza dengan tertuduh hari ini kerana mengambil kesempatan terhadap menunjukkan teladan baikmangsa berusia 12 tahun yang naif dalam hal seksual,” kata Hakim Zainal L Salleh di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Zainal berkata demikian sejurus menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan terhadap seorang guru sebuah sekolah rendah di Tanah Merah selepas didapati bersalah terhadap dua tuduhan merogol anak muridnya berusia 12 tahun pada 2006.

Beliau menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun bagi tuduhan pertama iaitu merogol anak muridnya berusia 12 tahun sebulan dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Pasir Mas, Kampung Bukit Merah, pada tengah hari, 5 Ogos 2006.

Bagi tuduhan kedua, dia dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan kerana merogol mangsa sama dalam kejadian di sebuah resort pada pagi 8 September 2006.

Tertuduh, Mohd Saidi Che Tengah, 45, yang mempunyai lapan anak didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang berpengalaman mengajar lebih 20 tahun bagaimanapun bernasib baik kerana hukuman penjara itu berjalan serentak bermula semalam.

Selain itu dia juga bernasib baik kerana mahkamah membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman dikemukakan peguamnya, Aminuddin Ahmad dan Muhammad Hasif Hassan hingga rayuan dikemukakan di Mahkamah Tinggi.

Dalam penghakimannya, Zainal mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dan pembelaan tertuduh hanya penafian semata-mata.

Pendakwaan kes itu dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Hamizah Ghazali.

Bapa bernafsu syaitan!!

Label:

Saya petik:

[SH] DUNGUN – Dia sepatutnya menjadi pelindung ahli keluarga, namun disebabkan nafsu syaitan menguasai diri, seorang lelaki durjana sanggup menjadikan anak tirinya sebagai hamba seks.

Perbuatan yang disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan itu dipercayai berlaku lebih 20 kali sejak awal hingga hujung tahun 2010 ketika mangsa bersendirian dengan suspek.

Suspek yang menjadi bapa tiri mangsa sejak beberapa tahun lalu itu mula bertindak berani melakukan perbuatan terkutuk dengan anak tirinya yang berusia 15 tahun itu setelah mangsa dikatakan takut untuk membongkarkan perbuatan durjana bapa tirinya kerana bimbang dengan sikap panas baran suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu.

Lelaki durjana itu dipercayai memperkosa pelajar Tingkatan Tiga di salah sebuah sekolah menengah di Dungun itu di beberapa lokasi termasuk dalam bilik, bahagian dapur rumah mangsa, tandas sekolah, dalam kereta dan kawasan semak.

Suspek juga dikatakan bijak menyembunyikan perbuatan itu dengan berpura-pura bertingkah laku baik di hadapan isterinya yang juga ibu kepada mangsa.

Dalam satu kejadian, suspek dikatakan mengambil kesempatan memperkosa mangsa dalam tandas sekolah rendah di tempat kerjanya.

Selain itu, suspek yang sering membawa mangsa bersiar-siar juga difahamkan turut mengambil kesempatan merogol anak tirinya dalam kereta di tepi pantai peranginan Teluk Lipat.

Selain merogol, suspek juga dikatakan pernah mengadakan hubungan seks songsang dengan meliwat mangsa yang bakal menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) itu.

Setelah puas berdepan dengan tekanan emosi dan tidak tahan dengan suspek yang ‘bernafsu syaitan’, akhirnya mangsa bertindak berani untuk membongkarkan rahsia tersebut dengan bercerita perbuatan bapa tiri kepada ibunya sebelum satu laporan polis di buat di Balai Polis Dungun, petang kelmarin.

Berikutan itu, suspek ditahan di tempat kerjanya di pos pengawal Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 48 kira-kira jam 10.15 malam semalam.

Hasil siasatan awal polis mendapati, suspek yang tinggal di Kampung Padang Jambu Dungun itu dipercayai turut gemar menonton video lucah melalui telefon bimbit selain jarang mengadakan hubungan kelamin dengan isterinya dengan alasan isterinya berpenyakit kencing manis, namun sebenar dia telahpun mendapat habuan anak dara sunti yang juga anak perempuan kepada isterinya itu.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan kes terbabit dan suspek yang berusia 36 kini ditahan reman tujuh hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman minimum enam hingga 20 tahun maksimum dan sebatan.
Melacur untuk kumpul duit kahwin
Rabu, Februari 22, 2012 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:
[BH] JOHOR BAHRU: Seorang pelayan pusat karaoke mendakwa terpaksa menawarkan khidmat seks ketika bekerja di situ, bagi mengumpul wang untuk membiayai majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung beberapa bulan lagi.
Alasan itu diberikan ketika anggota polis Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Johor menyerbu sebuah bilik hotel bajet terletak di belakang pusat karaoke tempat wanita itu bekerja, dekat Jalan Tun Abdul Razak di sini, awal pagi semalam.
Ketika ditahan, wanita terbabit baru saja selesai melayan seorang lelaki yang melanggannya ketika mengunjungi pusat karaoke berkenaan.

Sebaik ditahan, wanita berusia lingkungan 20-an itu menangis meminta dilepaskan kerana bimbang perkahwinan yang dirancangnya beberapa bulan lagi musnah jika kegiatan itu diketahui tunangnya.

Pegawai Turus D7, Deputi Superintendan, Mohammad Abd Hamid, berkata serbuan dilakukan mulai jam 12 malam selepas mendapat maklumat awam dan hasil risikan berhubung kegiatan pelacuran yang ditawarkan pusat karaoke terbabit.

Katanya, dua pelayan wanita tempatan yang bekerja di pusat karaoke itu disyaki menawarkan khidmat seks kepada pelanggan mereka dan penjaga pusat karoke terbabit turut ditahan untuk siasatan lanjut.
“Modus operandi yang digunakan lebih kurang sama dengan pusat hiburan eksklusif yang diserbu baru-baru ini, apabila pelayan menawarkan khidmat seks ketika berada di dalam bilik karaoke sebelum menjadikan hotel murah berdekatan untuk melampiaskan nafsu untuk menutup kegiatan mereka.

“Di sini, tawar menawar dibuat antara pelanggan dengan penjaga pusat karoke itu, sebelum persundalan dilakukan di hotel murah kira-kira 20 meter di belakang pusat terbabit dengan bayaran RM250,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 372(b) Kanun Keseksaan kerana terbabit dengan pelacuran, manakala penjaga premis ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 372(1)(F) kanun sama.

“Operasi berterusan akan terus dilakukan bagi memastikan aktiviti persundalan dan jenayah lain dapat dibanteras.

“Maklumat dan kerjasama daripada orang ramai diperlukan untuk membantu polis menangani kegiatan jenayah,” katanya.
Links to this post
Balas dendam isteri curang
Isnin, Februari 20, 2012 | Author: Tuk Kiyai

Saya petik:
[SH] BATU PAHAT – Seorang lelaki yang kecewa terhadap kecurangan isterinya mengambil keputusan membalas dendam dengan memadu asmara bersama perempuan lain di sebuah rumah kedai usang di sini.
Bagaimanapun nasib lelaki itu yang merupakan warga Indonesia malang apabila perbuatannya berjaya dihidu penduduk kampung lalu dicekup oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Daerah Batu Pahat kira-kira jam 1 pagi semalam.

Timbalan Penguatkuasanya, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pasangan terbabit sanggup menjadikan sebuah rumah kedai yang telah terbiar dan berbau busuk di Sri Gading untuk memuaskan nafsu mereka.

“Ketika diserbu, rumah kedai berkenaan berada dalam keadaan gelap sebelum beberapa anggota penguat kuasa bertindak mengepungnya.

“Tiba-tiba seorang lelaki meluru keluar menerusi pintu belakang. Bagaimanapun tindakan nekadnya gagal kerana diberkas anggota yang berkawal di pintu belakang rumah kedai itu,” katanya.

Saiful Ariffin berkata, pemeriksaan penguatkuasanya kemudian mendapati ada tangga yang menghubungkan ruang unit bilik atas rumah kedai itu sebelum menemui pasangan lelaki terbabit bersembunyi sebalik pintu.

“Pasangan berusia 42 dan 45 tahun masing-masing berasal dari Jawa Timur, Indonesia dan lelaki terbabit sudah tiga tahun menetap selain bekerja sebagai buruh binaan di sini.

“Difahamkan lelaki terbabit mengakui mempunyai isteri di negara asalnya malah memiliki seorang anak berusia 14 tahun. Bagaimanapun selepas mengetahui kecurangan isterinya, dia bertindak 'membalas dendam' dengan mengadakan hubungan dengan perempuan lain,” katanya.

Menurut Saiful Ariffin, berdasarkan siasatan, kedua-duanya gagal membuktikan mereka pasangan suami isteri yang sah.

Pasangan berkenaan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat bagi proses dokumentasi sebelum ditahan bagi siasatan lanjut.

“Mereka kini disiasat mengikut Seksyen 27 (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan jika disabitkan kesalahan, bakal berdepan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Links to this post
Akibat buruk dekati zina
Isnin, Februari 20, 2012 | Author: Tuk Kiyai
Gambar hiasan 
Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Islam bukan sekadar mengharamkan umatnya melakukan seks di luar pernikahan, tetapi menghampiri unsur-unsur zina pun dilarang di dalam al-Quran kerana perbuatan itu memberi kesan sangat buruk kepada pelakunya.

Penasihat Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim), Hanafi Abdul Malek berkata, agama lain turut melarang penganutnya melakukan hubungan seks luar nikah disebabkan keburukannya termasuk penyebaran HIV dan Aids. “Jadi apabila ada individu yang dijangkiti HIV atau Aids disebabkan melanggan pelacur, ia berlaku kerana mereka melanggar hukum agama,” katanya yang dihubungi, semalam.

Beliau mengulas muka depan Metro Ahad semalam mengenai perbuatan sebahagian pekerja seks dari China yang ‘berkhidmat’ di negara ini walaupun sedar mereka bakal dijemput ajal pada bila-bila masa kerana disahkan menghidap Aids atau pembawa HIV semata-mata untuk mengumpul duit mati sebanyak mungkin. Pelacur China itu tidak menghadapi kesukaran untuk mengumpulkan sekurang-kurangnya RM30,000 dalam tempoh kurang sebulan kerana sebahagian besar memiliki pakej sebagai wanita idaman lelaki hidung belang di Malaysia seperti kulit putih gebu, montok dan tinggi lampai. Mendedahkan perkara itu, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, wanita terbabit dikategorikan sebagai gred C iaitu sudah lama ‘berkhidmat’ sebelum ke Malaysia manakala wanita gred A dan B lazimnya menawarkan khidmat di negara sendiri atau negara maju yang mempunyai kuasa beli lebih tinggi. Hanafi berkata, terdapat empat faktor seseorang itu melanggan pelacur iaitu memuaskan nafsu serakahnya, tetapi pada masa sama enggan memikul tanggungjawab, hendak berpoligami tetapi dihalang isteri, tiada kekuatan agama dalam diri serta ajakan rakan.
Links to this post
Gadis diperkosa sepupu 15 kali?
Rabu, Februari 01, 2012 | Author: Tuk Kiyai
Gambar hiasan
Saya petik:
[SH] KEMAMAN – Gara-gara berajakan nafsu binatang, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun tergamak menjadikan sepupunya yang masih bersekolah rendah sebagai hamba seks dengan merogolnya sebanyak 15 kali sejak dua tahun lalu dalam kejadian di sebuah kawasan Felda di Air Putih, dekat sini.

Dalam tempoh dua tahun itu juga lantai rumah bahagian dapur bersebelahan meja makan menjadi tempat remaja terbabit melampiaskan nafsunya ketika bapa, nenek dan ahli keluarga lain nyenyak tidur diulit mimpi.

Namun perbuatan terkutuk remaja itu akhirnya terbongkar apabila bapa suspek sendiri melihatnya anaknya itu sedang memperkosa anak saudaranya yang berusia 12 tahun ketika dia mahu ke dapur dan membuka lampu dapur dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam Ahad lalu.

Berang dan terkejut dengan perlakuan itu, bapa suspek memukul suspek dan sejurus berita buruk itu diberitahu ibu mangsa berumur 42 tahun menetap di Johor, ibu mangsa segera pulang sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Air Putih pada jam 1.06 tengah hari kelmarin dan melakukan pemeriksaan di Hospital Kemaman.

Difahamkan, mangsa dan suspek dijaga nenek kandung mereka berusia 60 tahun dan tinggal di rumah itu bersama bapa suspek dan seorang lagi bapa saudara.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, berdasarkan hasil soal siasat mangsa mengakui dalam kejadian malam Ahad lalu dia yang sedang mengemas buku di dalam bilik secara tiba-tiba didatangi sepupunya yang kemudian mengajaknya ke bahagian dapur lantas lampu dapur ditutup lalu mengajak mangsa melakukan seks sebelum perbuatan terkutuk itu disedari bapa suspek sendiri.

Hasil soal siasat, mangsa mengakui telah dirogol oleh sepupunya sebanyak 15 kali sejak dia berusia 10 tahun hingga menyebabkannya ketagihan seks dan perkara itu tidak diketahui sesiapa.

Menurutnya, bertindak daripada laporan dibuat, polis menyerbu rumah berkenaan tetapi gagal menangkapnya kerana suspek terlebih dahulu melarikan diri bersama pakaian mangsa iaitu seluar dalam, seluar dan baju dipakai ketika mangsa dirogol kali terakhir.

Katanya, sehubungan itu suspek kini sedang diburu dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

“Jika sabit kesalahan suspek boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebat,” katanya.
P/s: Mengapa sampai 15 kali diperkosa?
Links to this post
Abang Bangladesh dicekup khalwat dengan isteri orang
Khamis, Januari 26, 2012 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:
[SH] AMPANG - Berperwatakan menarik, hidung pula mancung bak pelakon ternama Bollywood! Mungkin itulah persona dimiliki seorang lelaki warga Bangladesh sehingga membuatkan wanita tidak keruan.

Berbekalkan kelebihan yang ada, daya penarik itulah digunakan untuk memikat kaum hawa tanpa mengira status mangsa sama ada bujang atau isteri orang.

Malangnya, hubungan terlarang pastinya tidak berpanjangan dan itulah yang berlaku kepada pasangan kekasih di sebuah hotel bajet di sini, awal pagi semalam.

Hubungan intim seorang wanita warga Indonesia berstatus isteri orang dengan seorang warga Bangladesh sejak enam bulan lalu hingga terlanjur ke bilir tidur berakhir selepas dicekup penguat kuasa agama.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, wanita berusia 34 tahun dan teman lelakinya berusia 30 tahun itu hanya memakai tuala ketika penguat kuasa Jabatan Agama Islam (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim Pandan Indah menyerbu bilik hotel berkenaan.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Osman berkata, wanita yang bekerja sebagai pembantu rumah itu berkenalan dengan lelaki terbabit yang bekerja sebagai kontraktor mengubah suai rumah majikan wanita berkenaan.

“Difahamkan wanita yang mempunyai empat anak itu lari daripada majikannya, manakala suaminya tinggal di Indonesia bersama anak mereka,” katanya.

Di hotel berasingan, seorang ahli perniagaan dicekup bersama seorang pelajar yang menuntut di salah sebuah kolej di Ipoh, Perak.

Ahmad Nawi berkata, duda berusia 42 tahun bersama wanita yang berusia 28 tahun itu berpakaian lengkap ketika ditahan.

Kedua-dua pasangan terbabit ditahan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh di denda sebanyak RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Links to this post
Azab 19 Hari Gadis Dirogol Bapa Angkat
Sabtu, Januari 21, 2012 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Malang bagi seorang gadis apabila simpati yang dicari dengan menumpang di rumah bapa dan ibu angkat selepas berselisih faham dengan abangnya bertukar tragedi apabila menjadi hamba seks pasangan terbabit selama 19 hari, sebelum berjaya melarikan diri, Selasa lalu.

Dalam kejadian itu, gadis berkenaan yang berusia 21 tahun berselisih faham dengan abang kandungnya pada 28 Disember lalu sebelum keluar ke rumah bapa dan ibu angkatnya yang berusia 40-an di Kajang Utamauntuk menumpang sementara.

Menurut sumber, sebaik tiba di rumah itu, mangsa menceritakan masalah dialami kepada bapa dan ibu angkatnya itu.

“Selepas mendengar masalah itu, mangsa diarah ibu angkatnya masuk ke dalam bilik tidur utama, tetapi mangsa enggan berbuat demikian menyebabkan dia dipukul.

“Sebaik masuk ke dalam bilik, ibu angkatnya mengunci pintu manakala bapa angkatnya yang menunggu di dalam bilik menayangkan filem lucah,” katanya.
Links to this post
Warga emas kurung, perkosa gadis didakwa
Jumaat, Januari 20, 2012 | Author: Tuk Kiyai

Yusoff dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kota Bharu semalam.

Saya petik:
[kosmo] KOTA BHARU – Seorang warga emas yang dikaitkan dengan kes mengurung seorang gadis Indonesia selama enam bulan bagi dijadikan mangsa memuaskan nafsu seks dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Tertuduh, Yusoff Mat Rani, 61, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika kertas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Mohd. Yusoff Yunus.

Dakwaan terhadap Yusoff dibuat mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara tidak lebih 15 tahun dan denda.

Yusoff didakwa memperdagangkan gadis Indonesia berusia 24 tahun itu dengan cara melindunginya bagi maksud eksploitasi seks di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Limau Manis di sini antara bulan Jun hingga Disember tahun lalu.

Lelaki tua yang berjanggut panjang itu tidak mengemukakan apa-apa rayuan setelah Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin yang mengendalikan pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh.
Links to this post
[TRAGIS] Bapa saksi anak dirogol di depan mata
Jumaat, Januari 20, 2012 | Author: Tuk Kiyai
Gambar hiasan

Saya petik:
[SH] PORT DICKSON – Seorang ayah bersama dua anaknya lelakinya melalui pe­ngalaman sedih apabila menyaksikan anak perempuannya dirogol di sebuah rumah kosong di taman perumahan di sini, dalam satu kejadian kira-kira jam 10 malam, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Baljeet Singh berkata, kejadian itu bermula apabila mangsa yang berumur 21 tahun bersama sepupu perempuannya berusia 18 tahun dipelawa dua lelaki untuk minum bersama sekitar jam 8.30 malam.

Menurutnya, mangsa bersama sepupunya bersetuju dan lelaki terbabit yang dipercayai kenalan mangsa membawa mereka berdua ke sebuah rumah kosong di sebuah taman perumahan.

“Mangsa dipercayai diberikan sejenis minuman memabukkan sehingga mengakibatkan mangsa tidak sedarkan diri,” katanya kepada pemberita di pejabatnya, semalam.

Baljeet berkata, walau bagaimanapun, sepupu mangsa berjaya melarikan diri dan meminta bantuan dengan pergi ke rumah mangsa.

“Ayah, abang dan adik mangsa tiba di lokasi kejadian ketika jenayah (rogol) tersebut berlaku.

“Suspek berjaya ditahan sementara seorang lagi melarikan diri. Suspek direman sehingga Selasa depan untuk siasatan lanjut dan polis masih memburu seorang lagi suspek yang masih bebas. Kes di siasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol,” katanya.

Dalam pada itu, Baljeet turut menegaskan orang ramai terutamanya perempuan untuk tidak sewenang-wenangnya terpengaruh dengan ajakan lelaki sama ada kenalan atau tidak lebih-lebih lagi apabila diajak ke kawasan terpencil.

P/s: Moral: Jangan benarkan anak gadis keluar sesuka hati terutama pada waktu malam. Ambil tahu siapa rakan dan apa  aktiviti yang mereka lakukan. Cegah sebelum terkena...
Links to this post
Hasrat kahwin 11.11.11 berkecai
Selasa, November 01, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:
[SH] RANTAU PANJANG – Hasrat seorang lelaki mengakhiri zaman bujangnya bersama gadis pilihan pada 11.11.11 tidak kesampaian apabila dia meninggal dunia akibat sawan ketika melihat taut ditahannya di Lubok Katong, Kubang Kuau, kira-kira jam 8.30 pagi kelmarin.

Ketika kejadian, mangsa, Zainuddin Mamat,28, dikatakan ke sungai bersama sepupunya, Mohamad Had,19, melihat tauk ditahan petang Sabtu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Superintendan Tengku Azman Tengku Abdullah berkata, sebaik sampai ke tempat kejadian, mangsa meminta sepupunya menunggunya di pagar berhampiran sementara dia ke kawasan danau seorang diri.

Menurutnya, lebih kurang 15 minit kemudian, sepupu mangsa memanggilnya setelah dia tidak keluar dari danau berkenaan, namun tidak mendapat sebarang tindak balas darinya.

“Sepupunya yang mula mengesyaki sesuatu berlaku kepada mangsa terus ke tempat kejadian dan melihatnya dalam keadaan tertiarap.

“Setelah menariknya, sepupunya mendapati dia telah meninggal dan balik ke rumahnya kira-kira tiga kilometer dari tempat kejadian untuk memaklumkan perkara tersebut kepada abangnya,” katanya kepada pemberita petang semalam.

Tengku Azman berkata, jenazah kemudiannya dihantar ke Hospital Daerah Pasir Mas untuk bedah siasat.

Menurutnya, berdasarkan cerita bapanya, mangsa yang pernah bekerja kilang elektronik di Johor ini menghidap sawan sejak kecil dan turut terkena serangan penyakit itu sehari sebelum kejadian.

“Jenazah mangsa dituntut keluarga kira-kira jam 6 petang untuk dikebumikan di kampung halaman mangsa,” katanya.
Links to this post
VIDEO Tsunami ke-2 membadai Jepun
Selasa, Mac 29, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Links to this post
(Gambar: Balqis)

Dalam kes ini, si janda secara terang-terangan mengaku telah melakukan pembunuhan terhadap bayi. Pihak berwajib tidak berminat ke untuk menahan janda ini. Apa khabar Menteri Pembangunan Wanita, keluarga dan masyarakat?

Kepada pelaku, ingatlah akan azab Allah...

Saya petik:

[HM] IPOH: Akibat begitu mudah termakan pujuk rayu teman lelaki, seorang janda muda membuat pengakuan mengejutkan apabila memberitahu pernah menggugurkan bayi dalam kandungannya sebanyak tujuh kali dalam tempoh empat tahun.

Wanita itu yang mahu dikenali sebagai Balqis, 32, berkata perkara tidak masuk akal dilakukannya itu bermula selepas dia bercerai dan berkenalan dengan seorang lelaki yang sudah berkahwin pada 2007.

Menurutnya, lelaki itu berjaya memikat hatinya dengan pelbagai janji manis untuk mengahwininya dalam tempoh terdekat.

“Saya meletakkan harapan tinggi kepadanya apatah lagi dengan hidup saya yang terumbang-ambing selain perlu membesarkan tiga anak hasil perkahwinan pertama sebelum ini.

“Malangnya rasa cinta keterlaluan itu menyebabkan saya terlanjur melakukan hubungan seks berulang kali sehingga mengandung sebanyak enam kali.

“Saya membuat proses pengguguran haram di klinik swasta dengan bayaran RM300 bagi sekali ‘cuci’. Pada mulanya doktor di klinik itu tidak begitu kisah dengan permintaan saya, namun dia mula bimbang apabila saya mahu membuat pengguguran kali kelima.

“Doktor terbabit menasihatkan saya tidak lagi membuat pengguguran janin kerana bimbang ia boleh merosakkan peranakan selain boleh mendapat kanser rahim,” katanya.

Menurutnya, walaupun pernah terlintas rasa berdosa namun dia tetap melakukan perkara terkutuk itu kerana termakan dengan janji kekasihnya untuk berkahwin.

“Pernah sekali saya menanggung kesakitan amat sangat selepas menggugurkan kandungan berusia tiga bulan yang ketika itu sudah mempunyai bentuk bayi. Malah pernah juga saya ‘lekat’ mengandung semula hanya selepas dua bulan menggugurkan janin.

“Sepatutnya saya menjalani tempoh pantang seperti wanita bersalin, namun semua itu saya abaikan kerana faktor kerja selain bimbang diketahui rakan sekerja,” katanya.

Menurutnya, dia hanya mengambil cuti rehat antara empat hari hingga seminggu.

“Akibat terlalu kerap menggugurkan janin, saya mengalami tekanan hidup, murung selain kerap dihantui rasa berdosa. Lebih teruk apabila saya sering bermimpi kanak-kanak menangis ketika tidur.

“Sepanjang empat tahun itu, saya disahkan mengandung enam kali sebelum menggugurkan kandungan itu menyebabkan berat badan saya susut kepada 47 kilogram,” katanya.

Links to this post
(Gambar Nina Montok)

Saya petik:

[HM] SEGAMAT: Harga getah yang melambung tinggi turut menyumbang kepada aktiviti maksiat apabila ada pelacur memindahkan operasi mereka ke stor usang di tengah kebun getah di pekan Jementah, di sini, untuk menawarkan khidmat seks kepada penoreh getah.

Kegiatan itu terbongkar apabila polis menahan seorang wanita warga Indonesia diberi gelaran Nina Montok yang menawarkan pakej semurah RM50 untuk sekali langganan menyebabkan penoreh getah tempatan dan warga asing berkunjung ke stor itu tanpa mengira waktu.

Tanpa segan silu, segelintir penoreh getah yang kemaruk seks beratur panjang menunggu giliran dan pada masa sama menyaksikan tayangan percuma rakan melakukan seks bersama wanita berusia 20-an itu.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abd Majid Mohd Ali, berkata Nina Montok dipercayai menawarkan khidmat seks di kebun getah itu sejak beberapa hari lalu sebelum ia berakhir apabila polis menyerbu lokasi terbabit pada jam 10 malam kelmarin.

“Ketika serbuan, wanita itu melayan seorang pelanggan manakala lima lelaki membabitkan dua warga tempatan dan tiga warga asing berada di tepi pondok berkenaan dipercayai menunggu giliran.

“Kedua-dua lelaki tempatan terbabit yang berusia 42 dan 51 tahun serta semua warga asing yang berusia 22 hingga 40 ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Menurutnya, siasatan awal polis mendapati Nina Montok turut menghantar SMS secara rawak kepada beberapa penoreh getah di kebun berkenaan untuk mempromosi khidmat seksnya.

Abd Majid berkata, polis turut menemui tiga peket kondom yang belum digunakan di dalam beg tangan wanita itu, telefon bimbit dan selain wang RM394 dipercayai hasil kegiatan pelacuran.

“Pemeriksaan mendapati wanita itu masuk ke negara ini secara sah dan kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/1963, sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Links to this post
Isteri cekup suami khalwat
Khamis, Februari 24, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Alangkah damainya masyarakat jika hukum Hudud diamalkan di Malaysia!! Sesungguhnya hanya hukum Allah sahaja yang mampu menyelesaikan kebejatan sosial yang melanda umat Islam...

Saya petik:

[HM] ALOR SETAR: Seorang isteri yang tidak tahan melihat kecurangan suaminya kerana kerap pulang lewat dan bermalam di rumah teman wanitanya sejak beberapa bulan lalu nekad mencekup suaminya di sebuah rumah sewa di Kampung Didik, Kuah, Langkawi, pagi semalam.

Wanita berusia 30 tahun itu berang melihat suaminya yang berusia 34 tahun hanya berseluar dalam dan tidur di atas katil ketika anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Langkawi (Padal) membuat pemeriksaan di sebuah bilik utama di rumah berkenaan, kira-kira jam 8.30 pagi.

Dia yang gagal mengawal perasaan marahnya memaki-hamun wanita berusia 29 tahun yang dicekup bersama suaminya itu sebaik pintu bilik dibuka.

(Gambar sekadar hiasan)

Links to this post
Seks oral: Pemain bola sepak Perlis mengaku tidak bersalah
Isnin, Februari 21, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:

[KS] SUNGAI PETANI - Seorang pemain bola sepak pasukan Perlis hari ini mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan salah laku seks oral dan mencederakan seorang gadis di sini, baru-baru ini.

Muhammad Munawwar Shavukath Ali, 21, pemain pertahanan Perlis meminta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mahkamah Sungai Petani, Raja Shahril Anuar Raja Baniamin.

Pemain bola sepak Perlis itu dari Flat Paya Nahu, Sungai Petani menghadapi dua kes membabitkan tiga pertuduhan manakala mangsanya dari Taman Sri Tanjung, Sungai Layar, Sungai Petani.

Dalam kes pertama, dia dituduh pada 13 Februari lepas antara pukul 3.30 petang hingga 5.30 petang di rumah kosong nombor 533, Jalan Taman Batik, Sungai Petani, mendatangkan kecederaan parah terhadap seorang gadis berusia 17 tahun, dan didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Dalam kes kedua, dua pertuduhan dikenakan terhadap Muhammad Munawwar iaitu dituduh mencabul kehormatan gadis tersebut dengan cara meraba dan menghisap buah dada mangsa, satu kesalahan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. - Bernama

(Gambar sekadar hiasan)

Links to this post
Datuk 89 tahun rogol cucu dalam kandang lembu!!
Jumaat, Februari 11, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Manusia akan jadi seperti lembu atau lebih teruk daripada lembu jika nafsu jahat telah menguasai diri...

Saya petik:

[KS] KOTA BHARU - Seorang datuk berusia 89 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan merogol cucunya berusia 10 tahun enam bulan.

Tertuduh yang hadir dengan memakai kain pelikat dan kopiah tidak mengaku bersalah atas tuduhan itu di hadapan Hakim Zainal L. Salleh.

Mengikut kertas pendakwaan, dia dituduh merogol mangsa di kandang lembu sebuah rumah tanpa nombor di Pasir Puteh pada pukul 9 malam 25 Ogos 2010.

Selepas mendengar pengakuan tertuduh, Hakim Zainal menasihatkannya mendapatkan khidmat peguam tetapi tertuduh mahu membela dirinya sendiri dengan alasan peguam memerlukan kos.

Zainal berkata: "Kes ini berat, bukan macam curi getah skrap. Kalau minta dibicarakan, kamu mesti menggunakan khidmat peguam sebab jika sabit kesalahan, bukan tiga tahun tetapi boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun."

Links to this post
Guru ini kemaruk seks!!
Rabu, Februari 09, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:

[SH] KOTA BHARU – Perlakuan luar batasan kemanusiaan seorang guru yang cuba rogol pelajarnya sendiri, empat tahun lalu akhirnya menerima padah apabila dia dihukum penjara lapan tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Mohd Nasir Ab Rahman, guru bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang, Pasir Mas, didapati bersalah cuba merogol mangsa yang ketika itu berada di tingkatan tiga sekolah berkenaan.

Dia melakukan perbuatan itu di PT1832 Kampung Gaal, Nering, Rantau Panjang, kira-kira jam 12 tengahari, 14 April 2007.

Sebelum itu, kira-kira jam 3.30 petang, 16 Mac tahun sama, dia juga bersalah menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan mangsa ketika di bilik unit peperiksaan sekolah itu.

Tidak cukup dengan itu, ketika ditahan 24 April tahun itu, pemeriksaan mendapati Mohd Nasir memiliki gambar lucah di dalam telefon bimbit dan komputer riba miliknya, kira-kira jam 11.25 malam.

Dia bersalah terhadap ketiga-tiga tuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (guna kekerasan niat mencabul), Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 511 (cubaan merogol) dan Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan kerana memiliki gambar lucah.

Mohd Nasir pada mulanya tidak mengaku dan memohon dibicarakan terhadap semua pertuduhan akhirnya disabitkan kesalahan dan dihukum lima, lapan dan dua tahun penjara bagi setiap kesalahan, tetapi hukuman berjalan serentak berkuatkuasa, semalam.

Hakim Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Zainal L Salleh dalam prosiding jam 10.30 pagi semalam berkata, sebagai golongan pendidik, Mohd Nasir sepatutnya membimbing pelajar, bukannya mengambil kesempatan terhadap mereka.

”Sebagai guru, dia melakukan satu perbuatan sangat jijik terhadap pelajarnya sendiri,” katanya.

Peguam bela, Shamsul Bahrin Abdullah memohon mahkamah menangguhkan hukuman atas faktor kesihatan anak guamnya yang mengidap kencing manis dan darah tinggi.

Mahkamah membenarkan permohonan dan jaminan RM10,000 dinaikkan kepada RM15,000.

Links to this post
Gambar mangsa rogol dan pukul hingga koma
Selasa, Februari 08, 2011 | Author: Tuk Kiyai
HAMDAN menunjukkan gambar mangsa yang koma pada sidang media di IPK Negeri Sembilan, Seremban, semalam.

Saya petik:

Polis cari waris mangsa untuk bantu siasatan

[BH] SEREMBAN: Sambutan Tahun Baru Cina kali ini bagi seorang gadis berusia awal 20-an menjadi kenangan pahit seumur hidupnya apabila dirogol beramai-ramai dan dipukul hingga koma sebelum ditinggalkan di tepi jalan pekan Lukut, Port Dickson, Jumaat lalu.
.

Mangsa yang memakai kemeja-T tanpa kolar merah jambu dengan seluar pendek paras paha dan tidak berkasut, ditemui orang awam terbaring tidak sedarkan diri di sebuah persimpangan lampu isyarat di pekan Lukut, kira-kira jam 6.35 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Hamdan Majid, berkata mangsa dikejarkan ke Hospital Port Dickson dan kemudian dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) berikutan kecederaan parah dialaminya.

“Pemeriksaan mendapati tengkorak belakang kepalanya retak dipercayai akibat dipukul dengan objek tumpul, selain kecederaan lain pada tubuh, termasuk kesan calar pada kedua-dua tangan dan lututnya akibat diseret.

“Mangsa yang masih koma kini menerima rawatan rapi dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di sini, semalam.

Hamdan berkata, polis percaya mangsa berketurunan Cina dirogol dengan kejam oleh lebih daripada seorang suspek, berdasarkan kesan kecederaan pada keseluruhan tubuhnya.
Katanya, identiti mangsa belum dikenal pasti kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui bersamanya.

Sehubungan itu, katanya, polis meminta keluarga yang kehilangan saudara menyerupai gambaran mangsa supaya menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Fadilawati Borhan di talian 06-6472222 atau mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Beliau berkata, sehingga semalam tiada laporan polis mengenai kehilangan gadis yang menyerupai mangsa, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

P/s: Berhati-hatilah dengan orang yang ada di sekeliling anda kerana mereka itu mungkin menghidapi penyakit GILA SEKS!!
Links to this post
Nafsu BOHSIA: Dicekup sehari selepas bercerai
Rabu, Februari 02, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:

[HM] PASIR PUTEH: Seorang wanita berusia 55 tahun yang tidak sampai 24 jam diceraikan, ternyata kemaruk nafsu apabila dicekup berkhalwat dengan pasangan berusia 34 tahun dalam serbuan di rumah warga emas berkenaan di Kampung Kuala Semerak, awal pagi semalam.

Serbuan ke atas kediaman wanita yang berstatus nenek tapi berselera muda itu dilakukan pasukan Skuad Amru bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) diketuai Ketua Operasinya, Ismail Yaacob, kira-kira jam 1 pagi, sebaik mendapat maklumat awam.

Ketika serbuan dilakukan, wanita itu yang mempunyai beberapa cucu sanggup berbohong dengan memberi alasan kononnya lelaki muda bersamanya di dalam bilik tidur itu suaminya.

Tindakannya itu nyata gagal meyakinkan penguat kuasa agama dan pasangan itu dibawa ke Pejabat Agama Pasir Puteh untuk diambil keterangan serta disoal siasat sebelum dibebaskan dengan ikat jamin.

Ismail berkata, serbuan ke atas rumah terbabit dilakukan hasil maklumat orang ramai yang dikumpulkan sejak seminggu lalu berhubung kejadian khalwat yang didakwa membabitkan seorang wanita warga emas bersama pasangannya.

“Berikutan aduan yang diterima, rumah itu diserbu penguat kuasa agama yang mengetuk pintu rumah berkenaan beberapa kali sebelum dibuka seorang wanita warga emas dalam keadaan berkemban beberapa minit kemudian.

“Ketika siasatan dilakukan, wanita itu berdolak-dalik dengan mengatakan lelaki berseluar pendek yang tidur di biliknya adalah suaminya menyebabkan penguat kuasa mencurigainya,” katanya.

Katanya, tidak sampai lima minit disoal, wanita berkenaan menukar pengakuan dengan mendakwa dia tidak tahu menahu kehadiran lelaki berkenaan yang didakwa secara tiba-tiba berada dalam biliknya.

“Selepas disoal siasat, wanita itu mendakwa dia baru bercerai dengan suaminya kira-kira jam 5 petang kelmarin, menyebabkan pasangan berkenaan terus disiasat untuk dihadapkan ke mahkamah,” katanya.

Ismail berkata, tiada orang lain berada di dalam rumah berkenaan ketika serbuan dan sebagai warga emas, wanita itu tidak sepatutnya berkelakuan tidak senonoh sebaliknya perlu menjadi teladan kepada cucunya yang remaja.

Berikutan itu, katanya, pasangan berkenaan didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Puteh, di bawah Seksyen 9(1)(2), Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan No 2/85 yang jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM2,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

(Gambar sekadar hiasan)

Links to this post
Ini dia wajah CIKGU BUAS. Rogol anak murid!!
Isnin, Januari 24, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Cikgu lahanat!!

Saya petik:

[HM] KOTA BHARU: “Seharusnya seorang guru kepada anak murid tetapi berbeza dengan tertuduh hari ini kerana mengambil kesempatan terhadap menunjukkan teladan baikmangsa berusia 12 tahun yang naif dalam hal seksual,” kata Hakim Zainal L Salleh di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Zainal berkata demikian sejurus menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan terhadap seorang guru sebuah sekolah rendah di Tanah Merah selepas didapati bersalah terhadap dua tuduhan merogol anak muridnya berusia 12 tahun pada 2006.

Beliau menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun bagi tuduhan pertama iaitu merogol anak muridnya berusia 12 tahun sebulan dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Pasir Mas, Kampung Bukit Merah, pada tengah hari, 5 Ogos 2006.

Bagi tuduhan kedua, dia dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan kerana merogol mangsa sama dalam kejadian di sebuah resort pada pagi 8 September 2006.

Tertuduh, Mohd Saidi Che Tengah, 45, yang mempunyai lapan anak didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang berpengalaman mengajar lebih 20 tahun bagaimanapun bernasib baik kerana hukuman penjara itu berjalan serentak bermula semalam.

Selain itu dia juga bernasib baik kerana mahkamah membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman dikemukakan peguamnya, Aminuddin Ahmad dan Muhammad Hasif Hassan hingga rayuan dikemukakan di Mahkamah Tinggi.

Dalam penghakimannya, Zainal mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dan pembelaan tertuduh hanya penafian semata-mata.

Pendakwaan kes itu dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Hamizah Ghazali.

Links to this post
Bapa bernafsu syaitan!!
Khamis, Januari 20, 2011 | Author: Tuk Kiyai