Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

ISU DAP KEDAH KELUAR PAKATAN KEDAH: SIAPA YANG BERSALAH?

Label:

Artikel di bawah ini yang saya salin dan tampal amat menarik untuk direnung dan difikirkan oleh semua pendokong keadilan.

Bagi Tok Kiyai, antara ciri pemimpin ulung ialah pemimpin itu dapat menyelesaikan masalah dengan penuh hikmah dan memberi kebaikan untuk semua pihak.

-------------------------------------------------------------------------------------

Semalam saya telah mengulas di radio GB.fm di dalam rancangan Isu Semasa mengenai persoalan perobohan bangunan pusat penyembelihan khinzir Mergong Kedah dan saya menampilkan hujah berdasarkan nas syarie betapa salahnya tindakan tersebut.

Isu tersebut menuntut setiap diri kita menyemak semula samada tindakan yang dilakukan itu samada bertepatan dengan nas syari'e atau pun tidak supaya kesilapan yang sama tidak berulang. Apa tah lagi isu itu telah dieksploitasi dan dimanipulasikan oleh UMNO BN untuk memaparkan seolah-olah Pakatan Rakyat sudah berada di ambang keruntuhan.

Persoalan pokoknya: Perobohan pusat penyembelihan babi di Mergong yang sudah beroperasi tanpa lesen lebih 30 tahun lalu dan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah merobohkan bangunan itu selepas mendapat bantahan dari penduduk sekitar kerana membuang sisanya ke dalam tong sampah dan dalam sungai berdekatan.

Ada yang berhujjah dan berhelah untuk mewajarkan tindakan perobohan bangunan tersebut dengan menyatakan isu ini adalah persoalan undang-undang semata-mata, tiada isu keagamaan atau bangsa.

Namun ada beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian:

Aktiviti penyembelihan babi telah diberhentikan pada 26 Jun 2009. Ini bererti pihak berkenaan (pemilih bangunan tersebut) telah mengambil sikap untuk mematuhi undang-undang. Ia adalah sikap terpuji dan bererti mereka tunduk dan patuh kepada arahan kerajaan negeri untuk tidak menjalankan lagi operasi berkenaan.

Justeru kenapa pula kita mengambil sikap melampaui batas dengan merobohkan bangunan mereka? Itu bukannya bangunan awam tetapi hak milik persendirian dan sebarang perobohan perlu meminta izin dari pemiliknya.

Ada nas yang melarang kita untuk tidak melampaui batas di dalam mengambil sesuatu tindakan.

Sungguh banyak ayat-ayat Al-Quran dan hadith yang mengharamkan kita melakukan kezaliman dan memburukkan orang kafir yang telah menerima sistem kerajaan Islam (al-dzimmah) apatah lagi mereka sama-sama mempunyai wakilnya sekalipun seorang di dalam kerajaan di negeri Kedah.

Dasar kepada konsep toleransi yang menguasai sifat orang-orang Islam dalam pergaulan mereka dengan orang-orang yang menganut agama lain adalh terpancar melalui arahan Al-Quran untuk kita menerima perbezaan kehidupan beragama sertai meraikan perbezaan itu.

Firmanullah:

"Jikalau Tuhanmu mengkehendaki tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu tetapi mereka sering berselisih pendapat" (Hud :118)

Seseorang Islam tidak boleh membenci orang yang bukan Islam kerana ia adalah satu celupan Allah dan setiap kehendak Allah (untuk seseorang itu menjadi Islam atau kafir) adalah di dalam lingkungan rahsia Dia yang mempunyai hikmmah yang tidak dapat diselami oleh akal manusia. Dengan sebab itu seseoang Muslim tidak sepatutnya memikirkan untuk memaksa manusia kesemuanya menjadi orang-orang Islam belaka. Apatah lagi untuk membenci yang bukan Islam bersandarkan kepada sifat qaumiah. Ini didasarkan kepada Firmanullah:

"Dan jika Tuhanmu mengkehendaki tentulah beriman semua orang yang ada di mukbabumi ini. Maka apakah kamu hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang beriman semuanya?" (Yunus:99)

Kita tidak boleh membenci orang bukan Islam dan sebagai seorang mukmin kita hendaklah berlaku adil serta tidak mempunyai ciri membenci mereka mengikut sentimen keagamaan jauh sekali "kebangsaan".

Firmanullah s.w.t.

"Dan janganlah kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu berlaku tidak adil. Belaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa." (Al-Maidah : 8)

Firmannya lagi:

"Allah tidak menghalang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak pula mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil." (Al-Mumtahanah:8)

Ada juga beberapa hadith yang memberi ingatan supaya jangan dizalimi orang yang bukan Islam yang terdiri daripada 'ahl-al-'ahd dan ahl-dzimmah. Sabda Rasulullah s.a.w.

"Sesiapa yang menzalimi seorang kafir yang berada di bawah kerajaan yang diperintah oleh Islam (mu'ahad) atau mengurangi haknya atau memaksanya melakukan sesuatu di luar kekuasaannya atau mengambil suatu yang menjadi miliknya tanpa kerelaan hatinya, maka aku adalah penentangnya di hari kiamat." (Riwayat Abu Dawud dan Al-Baihaqi).

Sabda baginda lagi:

"Sesiapa yang menyakiti seseorang kafir yang duduk di bawah pemerintahan Islam, maka akulah musuhnya dan sesiapa yang menjadi musuhnya nescaya aku akan memusuhinya di hari kiamat kelak."

Sabdanya lagi:

"Sesiapa yang menyakiti seorang dzimmah maka sesungguhnya ia telah menyakitiku dan sesiapa menyakitiku sesungguhnya ia telah menyakiti Allah".

Abu Yusof telah meriwayatkan dalam kitab "Al-Kharaj" apa yang terdapat dalam perjanjian Rasulullah s.a.w. dengan penduduk Najran; "Untuk Najran dan wilayah pemerintahan Allah dan tanggungjawab RasulNya mengawal harta benda mereka, agama mereka, tempat ibadat mereka dan setiap apa yang mereka miliki, sedikit atau pun banyak..."

Saidina Umar Al-Khattab sewaktu pemerintahannya sering mengambil berat terhadap sebarang perlanggaran hak bukan-Islam oleh pegawai-pegawai Islam di bawahnya dan akan sering menyoal setiap orang yang datang menemuinya yang berasal dari wilayah-wilayah yang telah menyatakan ketaat-setiaannya kepada pemerintahan Islam kerana beliau amat bimbang kalau-kalau ada diantara orang-orang Islam yang menyakiti mereka.

Dalam satu pesanan Umar kepada Abu Ubaidah bin Al-Jarrah:

"Hendaklah kamu menahan orang-orang Islam daripada menzalimi orang bukan Islam dan dari melakukan apa-apa kemudharatan terhadap mereka dan laranglah orang-orang Islam daripada memakan atau memusnahkan harta benda mereka."

Dr. Yusof Al-Qardawi menyatakan "sesiapa yang mencuri harta benda seseorang bukan Islam ia dipotong tangannya, sesiapa yang merampasnya dikenakan denda dan harta yang dirampas dipulangkan kepada tuannya dan yang merosakkan hartanya dibayar setimpal dengan harganya".

Kita belum lagi dapat menjalankan sistem kerajaan Islam seperti mana dituntut oleh Allah dan RasulNya namun perjalanan ke arah itu sedang dimulai dengan diberikan kemenangan kepada kita untuk mentadbir beberapa negeri supaya kita dapat menunjukkan sistem keadilan Islam agar ianya menjadikan bukan-Islam mengkagumi dan menerima sistem Islam.

Namun apa yang berlaku di Kedah memaparkan keadaan di sebaliknya. Di saat mereka (bukan Islam) cuba secara beransur untuk mengikuti dan memahami kita (dengan memberhentikan aktiviti penyembelihan khinzir di tempat yang mendatang masalah) kita mengambil sikap keras untuk merobohkan premis mereka sesudah itu.

Ia laksana menembak musuh yang sedang mengangkat tangan menyerah kalah. Sungguh hinanya kita dan itu zalim namanya.

Ingatlah pesanan Rasulullah s.a.w.

"Doa orang yang dizalimi itu - biarpun ianya seorang kafir - tidaklah ada di hadapannya apa-apa hijab" (Riwayat Ahmad di dalam Masnadnya).

Sekalipun hendak dilakukan apa-apa projek atau perancangan lain di tapak tersebut, ia mestilah dengan keizinan dan kerelaan pemilik bangunan dan tanah berkenaan tanpa mengira muslim atau non-muslim, bukan meroboh dan merampas sesuka hati. Ia tidak lansung diizinkan oleh Islam.

Saya dengan dengan rendah hati meminta Kerajaan Kedah dan sekalian yang mewajarkan tindakan merobohkan bangunan milik bukan Islam yang telah memberhentikan kegiatan penyembelihan itu mengemukakan dalil-dalil syarie yang mewajarkan tindakan itu dilakukan di dalam satu wacana ilmiah (meminjam istilah orang muda dalam PAS).

(Sumber:Greenboc)

ISU BABI: ADUN DAP KEDAH ISYTIHAR BEBAS DAN BERKECUALI

Label:

Wakil rakyat tunggal DAP di Kedah Lee Guan Aik hari ini mengisytiharkan dirinya sebagai ADUN bebas dan berkecuali dan tidak lagi menjadi penyokong kerajaan PAS Kedah.

Sebagai ADUN bebas dan berkecuali, katanya, beliau juga tidak akan menyokong BN tetapi sebaliknya hanya menyokong pihak yang benar sahaja.

Lee, ADUN Kota Darul Aman itu, memberitahu Bernama, pendirian DAP negeri untuk keluar dari pakatan pembangkang Kedah telah dimaklumkan kepada DAP pusat menerusi sepucuk surat dua hari lepas.

"Bagaimanapun, kita tidak menghantar surat kepada Menteri Besar Kedah (Datuk Seri Azizan Abdul Razak)," katanya kepada Bernama hari ini.

Katanya DAP negeri sedang menunggu jawapan balas dari DAP pusat mengenai keputusan mereka berundur dari Pakatan Rakyat di negeri tersebut.

Lee berkata berkata kerajaan negeri pimpinan PAS mungkin tidak sedar bahawa DAP telah memainkan peranan untuk memancing undi kaum Cina menyokong Pakatan Rakyat termasuk memberi undi kepada PAS dalam pilihanraya umum lepas.

"Kita kesal dengan layanan yang diberikan kepada DAP kerana saya telah naik turun berjumpa menteri besar untuk meminta agar Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS) menangguh operasi meroboh pusat penyembelihan babi itu sementara menunggu keputusan kerajaan negeri meluluskan tapak pusat yang baru", katanya.

Rabu lalu, DAP Kedah membuat kejutan apabila mengumumkan untuk keluar daripada pakatan pembangkang negeri itu kerana tidak yakin dengan keadilan kerajaan negeri dalam mentadbir negeri.

Tindakan itu berpunca daripada kegagalan kerajaan negeri menangani isu merobohkan pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya dekat sini.

Pengerusi DAP negeri Thomas Su berkata selain Lee yang akan bertindak seperti ADUN bebas, tiga ahli majlis pihak berkuasa tempatan dan 43 ketua komuniti dari DAP negeri ini juga akan meletak jawatan jika DAP pusat bersetuju dengan keputusan mereka.
(Sumber: malaysiakini)

CHE'GUBARD ISYTIHAR BATAL KERJASAMA DENGAN DEWAN PEMUDA PAS

Label:

(Foto-kelab greenboc)

Che'GuBard dengan ini selaku anak muda yang bergelumang dengan aktivis 'bawahan' dan melihat derita rakyat dizalimi dan ditindas regim serta mempelajari sejarah bahawa regim ini pewaris penjajah negara, maka dengan ini mengecam tindakan Dewan Pemuda Pas yang masih terhegeh-hegeh memberikan talian hayat kepada Umno.

Selaku anak muda che'GuBard mengisytiharkan memboikot semua program melibatkan Dewan Demuda PAS termasuk jemputan yang telah disahkan hadir.

Tindakan ini bukan mewakili parti tetapi mewakili kekecewaan aktivis 'bawahan' yang tidak diendahkan suara mereka. Apa yang kita dapat hari ini bukan atas kekuatan parti kita semata-mata tetapi atas penolakan kuat rakyat terhadap BN dan harapan sedikit yang ada terhadap gabungan kita. Bila ada sikit kuasa kita lupa dan nak lebih dengan ajak entiti yang ditolak rakyat untuk duduk semeja.... percayalah teruskanlah perkara ini rakyat akan terus mencampak kita dalam longkang dalam PRU yang akan datang.....Baca lanjut di sini.

NIZAR YAKIN DUN PERAK BUBAR SEBELUM PRK 13

Label:

SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yakin Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak akan dibubarkan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

Katanya, keyakinan itu berdasarkan situasi semasa yang menunjukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mampu mentadbir dengan baik berikutan situasi ‘politik tegang’ yang melanda negeri tersebut.

Malah, beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa akan berlaku lagi kekecohan sidang DUN Perak yang akhirnya menyebabkan BN terpaksa memutuskan untuk mengadakan pilihan raya kecil di negeri tersebut.

“Mahu tidak mahu dalam keadaan ini, Perak terpaksa mengadakan sidang DUN dalam masa terdekat bagi meluluskan belanjawan 2010, saya percaya akan berlaku situasi kekecohan yang seperti mana sebelum ini.

“Atas alasan tersebut saya menyatakan keyakinan penuh bahawa DUN Perak akhirnya terpaksa dibubarkan untuk mengelak situasi ini tidak berulang,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas spekulasi beberapa blog di internet yang mendakwa tindakan membubarkan DUN terpaksa diambil memandangkan beberapa ADUN BN dikatakan akan berpaling tadah dan bertindak menyokong Pakatan Rakyat (PR).

Mengulas lanjut, Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang menjelaskan beliau tidak mengetahui spekulasi tersebut namun mengaku ada menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) mengenai perkara itu.

“Saya tidak boleh mengesahkan perkara ini betul atau tidak, tetapi perkara ini sudah lama dijadikan isu oleh pihak-pihak tertentu namun saya menolak dakwaan mengatakan ADUN Changkat Jering, Osman Jailu ada datang memohon maaf, berjumpaa biasa adalah,” katanya.

Bagaimanapun Nizar mengakui bahawa terdapat pemimpin BN yang menyatakan sokongan penuh supaya pembubaran DUN Perak terpaksa diadakan bagi menyelamatkan parti tersebut.

“Saya sempat berjumpa beberapa ahli parlimen daripada BN, mereka tidak menafikan krisis yang melanda Perak merugikan perjuangan parti itu di seluruh negara, ekoran itu mereka juga menyatakan sokongan kepada pembubaran DUN, tetapi mereka tidak boleh menyuarakan pendapat tersebut atas kapasiti parti,” katanya.
(Sumber-sinar harian)

KERANA BABI, DAP KEDAH TINGGALKAN KERAJAAN PR KEDAH

Label:

Babi, itulah sebab DAP Kedah bertindak membuat kenyataan untuk meninggalkan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang dipimpin oleh PAS semalam .

Mereka (DAP Kedah) tidak berpuashati dengan langkah Majlis Bandaraya Alor Setar MBAS) yang merobohkan pusat penyembelihan babi di Pasar Mergong. Bagi mereka, kerajaan negeri Kedah tidak sensitif dengan keperluan masyarakat Cina di bandar itu.

Isu pusat penyembelihan itu hangat dibahaskan di Kedah kerana sisa pusat ini telah dibuang ke dalam tong sampah yang sama dengan buangan lain. Najis dan bahan buangan juga ada yang dibuang ke dalam sungai berdekatan menyebabkan orang Melayu yang tinggal berdekatan dan turut ke pasar ini membuat bantahan.

Pusat penyembelihan babi itu walaupun sudah beroperasi lebih 30 tahun namun tidak mempunyai lesen yang sah. Semalam pusat itu dirobohkan MBAS selepas tamat tempoh sebulan yang dipohon oleh persatuan yang menguasai pusat penyembelihan itu.

Sebelum ini, MBAS telah mengarahkan pusat itu ditutup namun persatuan telah membuat rayuan kepada Menteri Besar Kedah agar mereka diberikan tempoh sebulan untuk mendapatkan tempat yang baru.

Hasilnya, Menteri Besar Kedah telah menghantar surat kepada MBAS agar memenuhi rayuan mereka dan memberikan mereka tempoh hingga 30 Jun.

Difahamkan, kerajaan negeri telah mengenal pasti satu kawasan baru untuk dijadikan tempat penyembelihan babi ini iaitu di satu kawasan dalam Kampung Cina, Pendang. Pejabat MB juga telah bersetuju dengan tapak baru ini jika mendapat kelulusan khasnya dari Jabatan Veterinar.

Pemimpin DAP Pusat sebenarnya telah mendapat penjelasan panjang lebar daripada exco yang terlibat, malah mereka faham dan meminta kerajaan negeri menyelesaikan isu ini dengan baik.

AHLI PARLIMEN PKR PADANG SERAI TERIMA SMS UGUTAN BUNUH

Label:

"Woi, Gopal hindu paraya...aku nak tembak hang. Kereta hang m.benz (Mercedes Benz) 1111 kami 'follow' je...hg (hang) nk (nak) tmbk (tembak) mati macam Joe Fernedas...hahaha".

"Kalo hg (hang) pi kat polis jaga...janji hang mati....keadilan parti XXXXXX."

Begitulah bunyi sms ugutan bunuh yang diterima Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan hari ini daripada seorang individu yang tidak dikenali.

Menurut Gobalakrishnan, sms pertama diterima beliau kira-kira pukul 12.47 tengah malam tadi manakala sms yang kedua pada pukul 6.48 pagi ini.

Gobala telah membuat laporan polis dan berharap pihak polis dapat menjamin keselamatan beliau dan keluarganya.

Beliau berkata, pihak polis sudah datang ke Parlimen pada jam 11.45 pagi tadi dan yakin ini bukan sms gurauan berikutan tiada penerangan lanjut mengenainya daripada si pengirim itu.

"Apabila saya cuba menghubungi talian itu semula, ia masuk ke peti pesanan suara.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika diminta mengulas perkara itu berkata, beliau telah menerima salinan laporan polis berhubung sms ugutan itu daripada Gobalakrishnan dan memberi jaminan akan mengambil tindakan lanjut.

Tok Kiyai berharap pengirim sms ugutan itu dapat dikesan dan ditangkap secepat mungkin. Ini bukan main-main kerana melibatkan nyawa manusia. Kalau di Terengganu polis berjaya mengesan pengirim sms ugutan kepada ADUN BN Terengganu, maka tidak mustahil pengirim sms ugutan kepada Gobala ini dapat dikesan.

1MALAYSIA ADALAH KESINAMBUNGAN ISLAM HADHARI? KOMEN ANDA

Label:

(Foto-nst)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom berkata, pelaksanaan dasar Islam Hadhari yang diperkenalkan Tun Abdullah Ahmad Badawi mempunyai persamaan dan kesinambungan dengan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen PKR Balik Pulau, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff yang ingin mengetahui adakah wujud persamaaan dan kaitan antara konsep Islam Hadhari dan 1Malaysia.

Jamil berkata, persamaan itu meliputi 10 prinsip dalam pelaksanaan dasar Islam Hadhari yang dekat dengan konsep 1Malaysia.

“Prinsip itu ialah keimanan kepada Allah, kerajaan adil dan amanah, rakyat berjiwa merdeka, penguasaan ilmu pengetahuan, pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif, kehidupan berkualiti serta pembelaan hak golongan minoriti dan wanita, keutuhan budaya dan moral, pemuliharaan alam sekitar dan kekuatan pertahanan akhirnya melahirkan 1Malaysia di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini,” katanya.

Jamil juga menyangkal dakwaan Ahli Parlimen PAS Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff yang mengatakan pelaksanaan dasar Islam Hadhari gagal dan tidak ada kesinambungan dengan konsep pemimpin selepasnya.

BENARKAH PERJUANGAN UMNO TIDAK BERCANGGAH DENGAN SYARIAT ISLAM?

Label:

Begitulah tajuk wacana ilmiah yang bakal diadakan antara Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan bersama dengan Timbalan Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim.

Nasrudin mengumumkan perkara itu dalam satu sidang akhbar bersama dengan Datuk Razali Ibrahim, di lobi Parlimen hari ini.

Cadangan mengadakan wacana ilmiah ini ekoran kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Kota Bharu pada 21 Jun lalu, yang menyamakan Umno dengan ajaran sesat dan komunis.

Nasrudin berkata, beliau akan menghantar surat jempatan kepada Razali untuk mengadakan wacana ilmiah berhubung isu tersebut.

Nasrudin berkata sekretariat Pemuda PAS akan menemui Pemuda Umno untuk membincangkan tarikh, masa, tempat dan format wacana tersebut.

Betulkah Pemuda Umno berani untuk menyahut pelawaan Ketua Pemuda PAS itu? Kita tunggu dan lihat.

MANEK URAI: UNDI UMNO = UNDI UNTUK JUDI DI MALAYSIA

Label:

Penduduk Manek Urai wajib menghantar amaran yang keras kepada UMNO dan Najib Tun Razak bahawa mereka menyayangi agama mereka dan mereka tidak akan bertoleransi kepada sokongan UMNO terhadap industri judi di Malaysia.

Dalam bulan pertama Najib Tun Razak memegang jawatan Menteri Kewangan, beliau telah meluluskan 10 lesen “cabutan bertuah” (special draw) yang membesarkan lagi aktiviti judi “halal” di Malaysia.

Ikuti laporan di bawah:

” KUALA LUMPUR, Feb 4 — Last October, the government quietly awarded three gaming companies 10 more special draws a year in a move to boost flagging government revenues ahead of a painful economic slowdown that could cost thousands of jobs.
The move came a month after Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak assumed the finance portfolio and was probably not publicised as it would have invariably been attacked as unIslamic by the conservative opposition Pas.”

Terjemahan
: “Oktober lepas, kerajaan secara senyap2 telah memberi kepada tiga syarikat judi 10 lagi (kebenaran) “Cabutan Bertuah” dalam setahun di dalam usaha merekan untuk menaikkan lagi hasil pendapatan kerajaan Malaysia di dalam antisipasi kemelesetan ekonomi dunia yang semakin menghampiri Malaysia.

Tindakan itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak, sebulan selepas beliau memegang jawatan Menteri Kewangan dan tindakan tersebut tidak diwarwarkan kepada umum kerana dikhuatiri akan mendapat serangan yang mereka yang konservatif seperti PAS”

Saya menyeru mereka yang bertanggungjawab terhadap penerangan semasa PRK Manek Urai untuk memperbesarkan isu ini. Saya yakin, tiada pengundi di Manek URai yang mahu mengundi parti yang memperjuangkan industri judi seperti UMNO.

Islam Hanya Bahan Propaganda UMNO Semata-Mata

Sebusuk-busuk DAP yang bukan Islam, namun mereka tidak menambah bilangan premis judi di negeri yang mereka perintah seperti Penang. Malahan, di semua negeri yang diperintah Pakatan Rakyat, tidak berlaku penambahan premis judi.

Namun, UMNO yang kuat berkokok, kononnya mereka mahu membela Islam dan Melayu telah menambah lagi aktiviti judi di Malaysia.

Tidakkah ini satu bukti betapa UMNO ini parti yang munafik. Di satu segi, mereka berkokok mempertahankan Islam. Di segi yang lain, mereka berselingkuh dan bersekedudukan dengan tokeh2 judi dan arak.

Tindakan Menolak Kerajaan Perpaduan Adalah Tepat

Tindakan Tok Guru menolak apa-apa hubungan dengan UMNO adalah tepat dan cermat. Mana mungkin PAS memperjuangkan Islam dengan mereka yang menjadi agen dan balachi kepada tokeh judi dan arak.

Saya ada membaca blog Mahaguru58 dan saya ketawa berdekah-dekah di atas kebodohan beliau. (Rujuk artikel beliau “Muslim Unity in Malaysia?" )

Beliau cukup marah apabila PAS menolak idea bekerjasama dengan UMNO dan beliau menuduh kononnya PAS membuang Islam dan bersikap seperti munafik kerana bekerjasama dengan DAP.

Saya nak Tanya Mahaguru58, adakah bekerjasama dengan balachi tokeh judi macam UMNO ini dapat membela Islam?

Sumber: malaysia waves

PELABUR ASING KINI BOLEH MILIKI HARTANAH - NAJIB

Label:

(Foto-the star)

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan pelabur asing kini boleh memiliki hartanah milik Bumiputera atau kerajaan di Malaysia dengan mudah tanpa perlu kelulusan Jawatankuasa Pelabur Asing (FIC). Transaksi ini hanya membabitkan hartanah bernilai RM20 juta dan ke bawah saja, manakala bagi RM20 juta ke atas kelulusan daripada FIC diperlukan. Beliau berkata demikian pada Persidangan Invest Malaysia 2009 di sini, hari ini. Baca lanjut di sini.

BN = BINI NAJIB - DATO' MAHFUZ

Label:

BN bukan lagi Barisan Nasional atau "Barang Naik" tetapi mempunyai istilah terbaru iaitu 'Bini Najib' kata Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar.

Istilah tersebut digunakan ketika beliau berceramah sempena Majlis Makan Malam di Dewan JKKK Sungai Chenaam, Nibong Tebal semalam.

Mahfuz berkata, pemerintahan sekarang seolah diterajui sama oleh isteri Perdana Menteri yang dikaitkan dengan Altantuya.

"Dulu kita dengar BN barang naik. Itulah dijaja oleh orang ramai terutamanya ketika hari penamaan calon tapi hari ini satu istilah baru telah dicipta oleh mereka yang mahir menamakan singkatan perkataan iaitu Bini Najib, " terangnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, Kedah.

Bagi beliau, istilah itu jika dikaji ada kebenarannya apabila Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yu ketika melawat Malaysia bukan sahaja mengadakan pertemuan dengan Najib yang juga Perdana Menteri tetapi mempunyai pertemuan khas dengan isterinya. Baca lanjut di sini.

HIMPUNAN 100 RIBU RAKYAT DI STADIUM MBPJ MALAM INI!!

Label:

Kepada semua rakyat khususnya penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat (PR) dijemput hadir beramai-ramai bagi menjayakan himpunan 100,000 rakyat di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya malam ini.

Himpunan malam ini adalah anjuran Pakatan Rakyat yang bertujuan untuk menjelaskan pelbagai isu berhubung Pakatan Rakyat dan isu-isu semasa.

Penceramah pada malam ini:
- Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS)
- Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (Presiden PAS)
- Dato' Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum KeADILan)
- Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Presiden KeADILan)
- Lim Kit Siang (Penasihat DAP)
- Dato' Mahfuz Omar (Naib Presiden PAS)
- Salahudin Ayub (Naib Presiden PAS)
- Azmin Ali (Naib Presiden KeADILan)
- Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP)
- Mohamad Sabu (AJK PAS Pusat)

Himpunan akan dimulakan pada jam 9.00 malam.

ISU DEBAT: SURAT TAWARAN BELUM DIHANTAR, NAMUN PM SUDAH TOLAK

Label:

KOTA BHARU, 30 Jun - Walaupun surat rasmi tawaran debat belum dihantar kepada Dato' Seri Najib Razak, namun Perdana Menteri Malaysia itu dari awal lagi menolak pelawaan tersebut.

Surat pelawaan debat oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz akan dihantar Khamis ini.

Bagaimanapun semalam Najib menolak pelawaan debat terbuka dengan Mursyidul Am PAS, sebaliknya mencadangkan diadakan musyawarah bagi menyelesaikan kekalutan politik di antara PAS dan Umno. Baca lanjut di sini.

MANEK URAI: CALON BN NAFI TERLIBAT RASUAH DAN SALAHGUNA KUASA

Label:

(Foto-malaysiakini)

Semalam calon BN bagi pilihanraya DUN Manek Urai, Tuan Aziz Tuan Mat menafikan dakwaan yang disebarkan melalui internet bahawa "beliau pernah menyalahguna kuasanya dan terbabit dalam rasuah".

Dakwaan itu tersebar di internet selepas beliau diumumkan sebagai calon BN bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai Ahad lepas.

Dakwaan itu menyebut Tuan Aziz hidup melebihi kemampuannya ketika menjadi CEO Kesedar Perkilangan Sdn Bhd (KPSB) - jawatan yang disandangnya sebelum dilantik menjadi pengurus di Kesedar.

Beliau juga didakwa melakukan lawatan yang 'meragukan' ke luar negara serta membawa bersama pegawai-pegawai yang tidak berkaitan ke Vietnam dan Thailad untuk tujuan pemasaran.

Beliau juga didakwa menyalahguna kuasanya dalam pemberian kontrak-kontrak KPSB dan melobi untuk pembekal baja sewaktu bertanding untuk jawatan ketua Pemuda Umno Kuala Krai. Baca lanjut di sini.

Bagi Tok Kiyai, orang yang mendedahkan dakwaan tersebut di dalam internet adalah orang umno jugak. Maklumlah umno bahagian Kuala Krai berpecah dua, Team A dan Team B. Sama-sama nak cah keting....Yalah, apa tidaknya. Kalau berjaya jadi ketua bahagian atau ADUN, maka banyaklah projek masuk...Itulah budaya umno...

LAKONAN DEBAT PAS -UMNO

Label:

Apabila isu debat PAS – UMNO ditimbulkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengajak Perdana Menteri Malaysia berdebat secara terbuka, Tok Kiyai teringat akan lakonan debat PAS – UMNO tajaan BN yang diadakan ketika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri. Walaupun debat tersebut dikatakan main-main dan ahli panelnya terdiri daripada ulama-ulama umno yang diketuai Dr Hamid Othman, namun jelas pihak “PAS” berjaya membuktikan parti umno adalah sesat dan menyimpang daripada ajaran Al-Quran dan hadis.

Ikuti lakonan debat PAS – UMNO di bawah ini:

Debat 1, klik di sini.

Debat 2, klik di sini.

Debat 3, klik di sini.

Debat 4, klik di sini.

Debat 5, klik di sini.

Debat 6, klik di sini.

Debat 7, klik di sini.

Debat 8, klik di sini.

Debat 9, klik di sini.

Debat 10, klik di sini.

Debat 11, klik di sini.

Debat 12, klik di sini.

Debat 13, klik di sini.

Debat 14, klik di sini.

Debat 15, klik di sini.

Bagi Tok Kiyai, Datuk Seri Najib mencari "nahas" jika beliau bersetuju untuk berdebat dengan Mursyidul Am PAS. PAS kini berada di kedudukan yang selesa. Bagi Tok Kiyai, Umno telah gagal mendaulatkan Undang-undang Islam walaupun memerintah lebih 50 tahun. Malah ada yang memperlekeh dan mempersendakan Undang-undang Islam khususnya Hukum Hudud. Isu murtad di Malaysia juga tiada jalan penyelesaiannya walaupun Malaysia dikatakan sebuah negara Islam.

RAYUAN KES LIWAT DS ANWAR DITANGGUH PETANG ESOK

Label:

PUTRAJAYA: Rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung keputusan memindahkan kes liwat beliau dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi, yang dijadual hari ini, ditangguhkan hingga petang esok.

Hakim membuat penangguhan tersebut selepas peguam Anwar memohon penangguhan disebabkan Anwar dan salah seorang peguam yang mewakilinya, R. Sivarasa perlu menghadiri persidangan Dewan Rakyat pada pagi ini.

Permohonan penangguhan itu tidak dibantah oleh pihak pendakwa raya.

Kes tersebut akan didengar pada pukul 2.30 petang esok.

Anwar, 62, dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Anwar didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan hukuman penjara selama 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

TT ARAH MANOHARA BALIK SELEWATNYA 2 JULAI

Label:

Yang Berikut adalah kenyataan penuh Tengku Temenggong Kelantan (TT) yang mengarahkan isterinya Manohara Odelia Pinot, yang lari ke Jakarta sejak 1 Jun supaya kembali ke pangkuannya selewat-lewatnya 2 Julai ini. Kenyataan tersebut dikeluarkan melalui firma guaman Tetuan Zainul Rijal Talha & Amir yang difakskan kepada media.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,
Segala Puji Bagi Allah Tuhan Semesta Alam.

Kepada:
Manohara Odelia Pinot,
Cik Puan Temenggong Kelantan.

Bahawasanya saya Tengku Muhammad Fakhry ibn Sultan Ismail Petra, Tengku Temenggong Kelantan, suami yang sah kepada Manohara Odelia Pinot, Cik Puan Temenggong Kelantan dengan ini mengarahkan isteri saya yang tersebut di atas kembali taat ke pangkuan saya, iaitu suami beliau yang sah di sisi Hukum Syarak serta menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri saya sebagaimana yang dituntut mengikut Hukum Syarak dan tugas sebagai Cik Puan Temenggong Kelantan sebagaimana yang diperakui oleh Undang-Undang.

Sekiranya isteri saya yang tersebut di atas tidak kembali taat kepada saya sebagaimana arahan yang tersebut di atas selewat-lewatnya pada atau sebelum 2hb Julai 2009, maka saya tidak akan teragak-agak untuk melaksanakan apa jua hak saya yang sah di sisi Hukum Syarak dan Undang-Undang tanpa merujuk terlebih dahulu kepada isteri saya yang tersebut di atas.

Saya menegaskan bahawa sesungguhnya tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya. Isteri wajib mematuhi arahan dan perintah suaminya selagi mana ia tidak melanggar Hukum Syarak dan Undang-undang.

Saya telah melantik Tuan Haji Zainul Rijal bin Abu Bakar, Peguam Sharie dari firma Tetuan Zainul Rijal Talha & Amir yang beralamat di Suite 15-5, Jalan USJ 9/5Q, Subang Business Centre, 47620 UEP Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia bagi mengendalikan kes-kes syariah bagi pihak saya.

Sebarang kemusykilan syariah bolehlah dikemukakan kepada peguam Syarie saya yang tersebut di atas.

Manakala bagi guaman sivil pula saya telah melantik En Mohd Haaziq Pillay dari Tetuan J S Pillay & Mohd Haaziq, Unit B-3A-3, Block B, Megan Avenue 1, 189, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur bagi pihak saya.

Sebarang kemusykilan mengenai undang-undang sivil bolehlah kemukakan kepada beliau.

Sekian wassalam.

Yang benar,

(tandatangan)
Tengku Muhammad Fakhry ibn Sultan Ismail Petra,
Tengku Temenggong Kelantan
ISU DAP KEDAH KELUAR PAKATAN KEDAH: SIAPA YANG BERSALAH?
Jumaat, Julai 03, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Khamis, Julai 02, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Rabu, Julai 01, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Selasa, Jun 30, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Isnin, Jun 29, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Ahad, Jun 28, 2009 | Author: Tuk Kiyai