KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi semalam memberi kebenaran kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail untuk memfailkan semakan kehakiman terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengekalkan Datuk Abu Hassan Sarif sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh.
Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan permohonan semakan kehakiman itu tidak bercanggah dan terdapat isu serius yang perlu dibicarakan.
SUMBER
di sini.
[
MALAYSIAKINI] Jambatan gantung maut yang mengorbankan tiga nyawa murid sekolah di Kampar dibina "secara tergesa-gesa" untuk program Kem Perkhemahan 1Malaysia, kata seorang pemimpin PAS setempat.
Ahli jawatankuasa PAS Kuala Dipang itu memberitahu Malaysiakini, perkara itu disedarinya apabila melihat kesan runtuhan jambatan tersebut sejurus selepas kejadian pada malam Isnin lalu.
Ahmad Damanhuri Talib, 49, berkata pemerhatiannya menunjukkan bongkah konkrit yang menjadi penyangga kepada jambatan gantung itu telah tercabut pada masa kejadian, menyebabkan jambatan tersebut runtuh.
"Nampak dibuat lebih kurang saja. Kalau rumah yang orang nak duduk pun kena ada penilaian, inikan pula jambatan untuk murid sekolah," katanya, yang mendakwa turut menyertai operasi menyelamat mangsa bersama seorang rakannya.
"Konkrit tapaknya nampak belum mantap dan tanah di bawahnya pun belum kemas lagi sebab itulah penyangganya terbungkas."
"Tapak untuk tiang itupun tidak ada cerucuk, cuma dimasukkan dalam tapak konkrit saja," katanya.
Ahmad Damanhuri juga yakin tindakan kumpulan murid sekolah yang menyeberangi jambatan itu beramai-ramai turut menyumbang kepada faktor tragedi.
"Mereka masa itu tengah rehat, cikgu-cikgu pula tengah ada taklimat di sekolah (SK Kuala Dipang).
"Jadi pelajar-pelajar ini bebas menyeberang jambatan tanpa kawalan," katanya lagi.
Tambahnya, kontraktor yang terlibat membina jambatan tersebut juga mungkin kesuntukan masa untuk menyiapkan projek tersebut dalam masa singkat.
"Ini memang projek yang dibuat khas untuk kem itulah. Mereka kena siapa hari itu juga, sebab itulah hasilnya lebih kurang saja," katanya
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuat usul kepada Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat menyarankan supaya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah meletakkan jawatan.
Setiausaha Politik Menteri Besar, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata usul berkenaan dibuat atas keprihatinan kerajaan negeri terhadap aduan penduduk Pelabuhan Kelang mengenai prestasi Badrul Hisham.
Walaupun diberikan surat tunjuk sebab sebelum ini, Badrul gagal memperbaiki prestasi kerja beliau selain enggan membuka semula Pusat Khidmat beliau untuk penduduk setempat.
Badrul juga enggan berjumpa dengan pimpinan kerajaan negeri ataupun parti dan tidak melayan panggilan telefon atau SMS yang dihantar kepada beliau mengenai isu berkenaan, kata Nik Nazmi.
“Datuk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil keputusan untuk menyatakan kepada Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat agar YB Badrul diminta letak jawatan kerana gagal menunjukkan prestasi yang baik selaku wakil rakyat Pelabuhan Klang,” katanya.
Nazmi berkata kerajaan negeri telah menerima banyak aduan mengenai mutu kerja Badrul sebelum ini.
“Kerana banyak aduan, kita telah memberi surat tunjuk sebab, apabila dia (Badrul) membalas surat tunjuk sebab, dia menyatakan kesedian untuk berjumpa. Tetapi sampai hari ini kita cuba berjumpa dengan dia tetapi tidak berjaya, tidak dapat menghubungi beliau malah penduduk pun sukar untuk berjumpa dengannya,” kata Nik Nadzmi.
“Jadi sebab itu kita ambil keputusan untuk minta dia letak jawatan,” katanya.
Nik Nazmi berkata usul berkenaan tidak dibawa ke Speaker Dewan kerana Menteri Besar tidak mahu memecat Badrul sebaliknya hanya mahu beliau meletakkan jawatan secara sukarela.
Menurutnya kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur dengan wakil rakyat yang tidak bertanggungjawab kerana ia hanya mengekang usaha kerajaan negeri dalam memajukan Selangor. TVS
SUMBER
di sini.
IPOH 28 Okt. — Polis menyangkal dakwaan pembangkang yang mengatakan anggota keselamatan melakukan kekasaran dan menghalang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat memasuki Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak Darul Ridzuan untuk menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
Ketua Polis Perak, Datuk Zulkefli Abdullah berkata, polis juga menolak dakwaan pembangkang yang mengatakan pasukan keselamatan bertindak kasar terhadap bekas speaker yang juga ADUN Tronoh, V.Sivakumar sehingga menyebabkan jubah yang dipakainya terkoyak.
"Anggota polis tidak menghalang mana-mana Yang Berhormat, cuma mereka perlu mengambil masa untuk memasuki dewan kerana kami sudah menerima arahan untuk memastikan tiada sebarang alat perakam dan pralatan media seperti kamera, video kamera dan komputer riba di bawa masuk ke dalam dewan,” katanya pada satu persidangan akhbar di sini hari ini.
- Bernama
[
MALAYSIAKINI] Mesyuarat khas barisan pemimpin atasan PAS yang berlarutan lebih empat jam sehingga selepas tengah malam ini memutuskan untuk membawa PAS Selangor ke depan jawatankuasa disiplin parti itu.
"Isu Selangor kita serah pada jawatankuasa disiplin yang dipengerusinya oleh (naib presiden) Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk menyiasat sejauh mana kebenarannya tuduhan-tuduhan yang dilemparkan itu," kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Mesyuarat yang melibatkan ahli-ahli jawatankuasa pusat PAS dan barisan pesuruhjaya negeri juga memutuskan untuk mengadakan seminar politik bulan depan bagi membincangkan isu-isu yang dibangkitkan oleh Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Seminar yang dirancang itu, dengan melibatkan perwakilan setiap peringkat kepemimpinan parti, bagi menggantikan idea muktamar khas - yang asalnya disarankan oleh menteri besar itu di blognya, Khamis lalu - yang diputuskan tidak perlu diadakan.
"Satu seminar politik akan diadakan pada 7 November ini yang dihadiri perwakilan daripada seluruh negara bagi membincangkan isu yang berkaitan dan isu-isu lain bagi memperkasakan PAS.
"EGM (muktamar khas) tidak ada. Kita bersetuju EGM tidak ada," kata Abdul Hadi lagi.
Dua keputusan penting itu diumumkan dalam sidang media ringkas di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur selepas mesyuarat berakhir kira-kira jam 1 pagi ini.
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali - yang turut menjadi sasaran kemarahan Nik Aziz - sebelum ini dan seorang lagi Naib Presidennya Salahuddin Ayub turut hadir di sisi Abdul Hadi.
Kira-kira 60 wartawan dan jurugambar setia menungggu mesyuarat khas itu sehingga sidang media itu tamat.
Abdul Hadi turut menegaskan kembali kenyataan sebelumnya bahawa PAS akan beriltizam untuk mengeratkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat dan menutup pintu kepada rundingan dengan Umno.
"Setelah kita berbincang dengan sepanjang-panjangnya dan menerima pandangan semua pihak, kita bersetuju, PAS akan memainkan peranan lebih aktif bagi mengukuhkan Pakatan Rakyat.
"Isu kerajaan perpaduan ditutup dan kita tetap bersama Pakatan," tegasnya.
Mesyuarat malam ini dipanggil bagi membincangkan isu "beberapa kerat pemimpin bermasalah" yang dibangkitkan oleh Nik Abdul Aziz di Blog Tok Guru minggu lalu.
Beliau pada asalnya mendesak muktamar khas untuk membincangkan gelagat beberapa pemimpin yang didakwanya masih berminat dengan idea kerajaan perpaduan seperti Mustafa, Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, dan pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.
Mesyuarat itu bermula jam 8.45 malam ini walaupun Nik Abdul Aziz hanya menghadiri mesyuarat tersebut sehingga jam 11 malam. Semua tiga tokoh utama yang dipertikai oleh beliau turut hadir.
Selain kenyataan Abdul Hadi di sidang media itu, butiran mesyuarat dan kehangatan perbincangannya belum dapat dipastikan. Ramai pemimpin PAS yang ditemui selepas mesyuarat itu enggan mengulas lanjut.
OLEH: WM Fadzli W Hamzah
Sepanjang pengamatan saya, tiada apa yang dinama krisis dalam Pas. Hanya perbezaan pendapat yang diatasi melalui tawakkal dalam mesyuarat . Tawakal dalam mesyuarat ialah berserah kepada AlLah setelah azam kata putus diambil, "....bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu, maka setelah azam kata putus di ambil, maka bertawakalah kepada Allah kerana Allah menyukai orang-orang yang bertawakal" (surah Ali Imran: 159)
Jauh sekali jika nak disamakan dengan keretakan dalaman Umno, MCA dan MIC. Kata mereka 'tunggu retak terbelah'.
Ini semata-mata rekaan dan permainan media massa pro-umno yang jelas membantu barisan nasional bagi mengalih pandangan masyarakat daripada isu utama seperti isu kematian Teoh Beng Hock yang dikatakan dibunuh sebelum dicampak ke bawah, masalah pepecahan dalaman MCA dan MIC yang belum ada penghujung, dan tidak terkecuali isu pembentangan bajet 2010 dan masalah pepecahan umno yang tiada berkesudahan.
Lalu dicipta satu gambaran kononnya Pas juga tidak terkecuali. Cuba perhatikan, setiap kali barisan nasiaonal berhadapan masalah, setiap kali itulah media massa mencari lubang yang boleh mengharuskan mereka mengucar kacirkan Pas.
Begitu juga dengan pandangan yang diutarakan oleh Dr Aziz Bari, seolah-olah ada perpecahan serius dalam Pas. Saya menghormati beliau sebagai seorang guru perundangan, tetapi rasa saya ada yang tak kena dengan tulisan beliau hari itu.
Oleh kerana ia merupakan hanya pendapat yang datang dari seorang manusia seperti orang lain, bukan nabi atau rasul, maka harus berlaku kesilapan sekalipun beliau mempertahankannya. Tidak salah jika beliau berfikir kembali keharusan tulisan beliau itu yang patut ditarik balik.
Masakan nabi juga tersilap, inikan manusia biasa. Tidak bermakna juga beliau tidak tegas. Mengaku salah pada tempatnya melambangkan sifat mulia dan rendah diri yang tinggi.
"Wahai orang-orang yang berimam, taatilah kamu akan Allah dan taailah kamu akan Rasul, dan pemimpin yang mentaati Allah dari kalangan kamu [taat kepada pemimpin bukan perkara mutlak], maka kiranya ada perselisihan pada sesuatu perkara, kembalilah kepada hukum Allah dan Rasul, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat, kerana itulah sebaik-baik dan paling baik jalan penyelesaian" (surah an-Nisa': 59)
Tidak adil rasanya jika pendapat yang diutarakan itu hanya berladaskan kepada kekalahan Pas di Bagan Pinang. Bagaimana dengan kemenangan sebelum ini?. Kata orang, nasib baik Pas kalah, jika menang, siapa yang akan bekerja dengan Pas nanti?
Secara realitinya Pas patut kalah di Bagan Pinang. Bukan itu saja, faktor calon, Isa Samad anak tempatan dan lebih popular nak dibandingkan dengan calon Pas Zulkefly Mohammad Omar yang bukan anak tempatan lagi tidak popular.
Undi pos juga menjadi faktor dan banyak lagi yang akan diketahui nanti setelah postmortem selesai. Saya sangat bersetuju dengan tulisan ustaz Idris Ahmad mempertahan Pas susulan tulisan Dr Aziz Bari dan tidak bermakna saya membencinya.
Bukan juga sebab Hassan Ali yang tegas mempertahan Islam dalam pengharaman sebilangan kecil arak di Selangor kerana Pas juga mempertahankan kuil hindu di Shah Alam. Ini bermakna yang hak itu hak, yang batil itu batil dan tiada syubhat yang dipertahankan.
Di sini ingin saya tegaskan bahawa sebenarnya tiada pepecahan yang berlaku dalam Pas. Hanya perbezaan pendapat. Perbezaan pendapat akan terus berlaku dalam Pas kerana tiada seorangpun nabi dari kalangan pemimpin mereka dan jauh yang mengaku jadi tuhan.
Perlu diingatkan bahawa hanya Allah dan nabi sahaja yang tidak boleh dipertikaikan. Tiada pro umno dan tiada juga pro pakatan. Jauh sekali nak dikaitkan Tuan Guru Hj Hadi dengan pro-Umno dan Tuan Guru Nik Aziz pro-pakatan.
Memang tiada. Yang ada rasa setuju dan tidak setuju. Bukan hingga sampai tahap yang melingkupkan Pas. Dengan izin Allah, sehingga ke hari ini Pas satu-satunya parti orang Islam yang bertahan isi padu perpaduan. Bukan orang Islam sahaja, bahkan orang bukan Islam turut memberi sokongan kepada Pas.
Prinsip Pas cukup jelas, pemimpin boleh keluar dan pergi, Pas tetap dengan Islamnya. Pas bukan milik Tuan Guru Hj Nik Aziz atau Tuan Guru Hj Hadi. Mereka berdua hanyalah hamba Allah yang dipilih untuk memikul tanggungjawab yang ada.
Jangan sekali-kali ahli Pas terpedaya dengan dakyah-dakyah sumbang yang hanya akan merugikan Islam dan parti. Elakkan daripada menulis sesuatu sama ada dalam blog atau akhbar yang boleh menghiru biru keadaan dan semakin tidak kehaluan.
Berdoa dan berserahlah kepada Allah. Jangan sekali-kali jadikan blog sebagai tempat luahan ketidakpuas hati dalam parti. Jika ada, berbicaralah di sekitar kalangan mereka yang patut tahu sahaja.
"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang seorang fasik menyebarkan sesuatu berita, dapatkan kepastian terlebih dahulu, nanti musibah akan menimpa ke atas kaum yang tidak tahu, maka jadikanlah diri mu menyesal di atas perbuatan yang kamu lakukan" (surah al-Hujurat: 6)
"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah daripada banyak prasangka kerana sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa....." (surah al-Hujurat: 12)
Jika ada musuh dalam selimut sekalipun, ia tidak akan dapat memecahkan kekuatan Pas jika ahli Pas terus bersatu di bawah payung para ulama dan orang-orang yang soleh.
SUMBER
di sini.
[
BERNAMA] Bachok - 27 Okt - Kelantan akan terus mengalami defisit belanjawan selagi negeri itu ditadbir oleh parti PAS yang gagal mencari punca hasil baru bagi menampung perbelanjaan yang semakin meningkat.
Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata defisit belanjawan sebanyak RM29.5 juta pada tahun depan sebagaimana yang dibentangkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan semalam tidak mengejutkan.
"Kita sudah menjangkakan kerana kerajaan yang dipimpin oleh PAS itu tidak bijak mengurus sumber hasil yang ada," katanya ketika ditemui di sini, Selasa.
Beliau berkata ketika diminta mengulas pembentangan belanjawan yang dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Datuk Husam Musa yang antara lain menyaksikan peningkatan defisit kepada RM29.5 juta apabila perbelanjaan mengurusnya dijangka mencapai RM416.88 juta berbanding hasil RM387.38 juta.
Husam berkata defisit tahun depan meningkat kepada RM9.21 juta berbanding kadar defisit dicatatkan pada belanjawan 2009 yang berjumlah RM20.2 juta.
Dr Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata sepatutnya kerajaan negeri tidak terlalu bergantung kepada hasil kayu balak semata-mata kerana punca hasil itu kini berada pada paras penyusutan yang semakin ketara dari setahun ke setahun.
Beliau berkata sepatutnya kerajaan negeri mempelbagaikan punca pendapatan baru ini termasuk berusaha menarik pelabur asing melabur di Kelantan untuk membolehkan kerajaan memungut pelbagai cukai bagi menambahkan pendapatan.
Katanya sejajar dengan itu kawasan perindustrian di Pengkalan Chepa harus dikembangkan lagi supaya lebih ramai rakyat Kelantan yang kini terpaksa bekerja di negeri orang kerana kekurangan peluang, berpeluang bekerja di negeri sendiri.
Dr Awang Adek berkata jika kerajaan negeri terus gagal mencari punca hasil baru pembentangan bajet belanjawan pada tahun-tahun akan datang akan berlaku lebih buruk lagi dan kesannya akan turut ditanggung oleh rakyat Kelantan.
KOMEN: OLEH KERANA UMNO TERLEBIH BIJAK MENGURUS NEGERI KELANTAN MENYEBABKAN PAS TERPAKSA MEMBAYAR
TAHIK HUTANG YANG DITINGGALKAN OLEH UMNO SEMASA MEMERINTAH KELANTAN DAHULU. JADI SIAPA YANG BIJAK MENGURUS NEGERI SEBENARNYA???
KAMPAR:Seramai 22 murid dikhuatiri hilang akibat dihanyutkan air deras apabila jambatan gantung yang mereka guna untuk menyeberang Sungai Kampar di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang dekat sini runtuh pada kirakira 10.30 malam tadi.
Kira-kira 20 murid lain terselamat apabila sempat berpegang pada tali jambatan dan ada yang diselamatkan oleh seorang guru dan pengawal sekolah berkenaan, kata jurucakap polis.
Murid-murid terbabit adalah antara 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah yang menyertai aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1 Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan.
Sehingga awal pagi, usaha mencari dan menyelamat oleh polis, bomba dan penyelamat, Rela dan orang ramai masih belum menemui murid-murid yang hilang.
Seramai 59 murid kini berada di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang manakala sekumpulan lagi masih berada di tapak perkhemahan di seberang sungai berkenaan.
Ibu bapa murid berada di sekolah itu sejak tengah malam tadi untuk mendapatkan maklumat mengenai nasib anak mereka dan keadaan agak kelam kabut apabila beberapa ibu bapa tidak dapat menahan kemarahan apabila sehingga 3 pagi, tiada maklumat diterima sama ada anak mereka selamat atau tidak.
Nahas itu berlaku semasa sekumpulan peserta perkhemahan sedang menyeberangi jambatan berkenaan dari tapak perkhemahan untuk ke Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang bagi jamuan malam.
Seorang murid yang terselamat K. Mathivanan, 12, berkata kejadian itu berlaku secara tiba-tiba.
Katanya, ketika itu terdapat antara 30 hingga 50 murid di atas jambatan kerana ada yang hendak ke sekolah dan ada yang balik selepas jamuan.
Beliau berkata sebelum runtuh, jambatan berkenaan bergoyang kerana ada murid yang melompat dan bermain semasa berada di atasnya.
"Tiba-tiba kami tercampak ke dalam sungai dan saya sempat berpaut pada tali...air sungai sangat kuat tetapi saya dapat menarik badan untuk naik," katanya.Jambatan sepanjang kira-kira 50 meter itu baru siap dibina dua minggu lepas bagi menggantikan sebuah jambatan gantung lama yang runtuh sebelum ini, kata seorang anggota Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.
Mathivanan berkata suasana seronok tiba-tiba menjadi keadaan kelam kabut dan ramai murid menjeritjerit meminta tolong dan ada yang menangis.
Seorang guru Mohd Safri Abdul Rafar berkata beliau berada tidak jauh dari jambatan dan terkejut apabila terdengar bunyi benda jatuh diikuti oleh jerit pekik.
"Saya terus melompat pagar dan terjun ke dalam sungai, saya sempat membawa naik tiga atau empat murid...air sangat deras dan saya sendiri hampir lemas dan terpaksa naik ke tebing," katanya.
Safri berkata beliau kemudian turun semua dan sempat membawa naik lima lagi murid.Pengawal sekolah berkenaan yang dikenali sebagai Idris sempat menyelamatkan enam murid, katanya.
Katanya beliau sedih dan terkilan kerana tidak sempat menyelamat seorang murid yang masih berpegang pada tali besi sebelum dihanyutkan air.
Perkhemahan itu bermula hari ini dan dijadualkan hingga Khamis dan pendaftaran peserta dibuat sejak 3 petang semalam, kata guru SK Seri Tronoh itu.
Seramai 23 guru terlibat dengan perkhemahan itu dan kem yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang itu yang kedua dianjurkan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan selepas perkhemahan di SK Pos Raya minggu lepas. Perkhemahan yang sama diadakan serentak hari ini di Daerah Larut, Matang dan Selama serta Daerah Manjung, katanya.
Murid yang menyertai perkhemahan itu daripada pelbagai bangsa sejajar dengan objektif perkhemahan untuk mereka berinteraksi dan melakukan aktiviti bersama-sama seperti memasak masakan tradisional, mengikuti latihan kebudayaan dan bermain pelbagai jenis permainan rakyat.
Tiang besi dan bongkah konkrit yang mengikat tali jambatan di tebing sebelah sekolah berkenaan tercabut dan tercampak kirakira 10 meter manakala sebahagian lantai jambatan masih berada di permukaan sungai.
Sungai Kampar terkenal dengan kegiatan sukan air lasak dan lebar sungai berkenaan di kawasan kejadian adalah kirakira 30 meter dan sedalam kira-kira 1.5 meter.
- BERNAMA
PAS tidak akan mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) seperti yang dicadangkan oleh Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini, sebaliknya hanya akan mengadakan mesyuarat khas PAS pusat bagi membincangkan isu parti.
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub memberitahu Bernama hari ini bahawa isu mengadakan EGM sudah tidak berbangkit kerana Nik Abdul Aziz sendiri yang mencadangkan forum itu ditukar kepada mesyuarat khas.
Salahuddin berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya semasa beliau mengadakan pertemuan dengan Nik Abdul Aziz di kediaman Menteri Besar Kelantan itu di Kota Baharu malam Sabtu.
"EGM tidak berbangkit lagi. Semalam saya adakan pertemuan dengan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) dan mendengar sendiri komen Tok Guru tentang PAS. PAS akan mengadakan mesyuarat khas PAS pusat dalam masa terdekat. Nik Aziz sendiri yang memberitahu saya ketika pertemuan di Kota Baharu semalam," katanya.
Jumaat lepas, Nik Abdul Aziz dalam blognya,
www.bloktokguru.com mencadangkan supaya EGM diadakan bagi menukar 'dua tiga kerat' pemimpin parti itu yang bermasalah.
Tiga pemimpin yang dinamakan dalam blognya ialah Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali.
Ditanya sama ada pemimpin yang dikatakan "bermasalah" ada menghubungi beliau, Salahuddin berkata mereka hanya mendiamkan diri.
SUMBER
di sini.
"Tidak seorang pun menghubungi saya sejak blog itu memaparkan (mengenai EGM)," katanya.