Saya petik: [HD] TEMERLOH, Feb 26: PAS hari ini menyelar kenyataan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang terang-terang memfitnah PAS terlibat dalam isu kontroversi isu sijil calon Barisan Nasional di Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad.
Sedangkan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tiada satupun kenyataan yang dikeluarkan dari mana-mana pemimpin PAS mengenai isu tersebut sehingga kini.
“PAS kesal kerana dituduh menyebarkan fitnah kepada calon BN Syed Ibrahim yang dikatakan gagal menamatkan pengajian di Mesir (Universiti Al-Azhar).
"Sedangkan isu ini tidak pernah keluar daripada mana-mana pimpinan PAS. Ia dicetuskan oleh blogger yang tiada kena mengena dengan PAS.
"Bagi PAS, kami menafikan sekeras-keras tuduhan isu ini ditimbulkan oleh PAS,” katanya yang juga Pengarah Pilihanraya PAS PRK Kerdau.
Justeru, selepas Syed Ibrahim dinamakan sebagai calon BN Selasa lepas, Adnan tetiba menyalahkan PAS dalam satu laporan Bernama semasa membuat kenyataan penafian bahawa calonnya tidak berjaya menamatkan pengajiannya di Universiti Al-Azhar ketika disoal media.
Kenyataan Adnan menyalahkan PAS dibuat meskipun perkara itu tidak dilaporkan di sebarang media pro-pembangkang ataupun mana-mana pemimpin PAS atau Pakatan Rakyat.
Ramai pemerhati politik berpendapat perkara ini sengaja ditimbulkan seperti mana penerbitan dan penyebaran risalah bertajuk Kalau Program 100 Hari Pakatan Rakyat Dilaksanakan di Kerdau semalam sebagai satu percubaan menghasut melampau terhadap PAS dan Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil kali ini.
Bahkan bukan itu saja, Adnan juga menokok tambah pertuduhan kepada PAS apabila menukar kontroversi kegagalan Syed Ibrahim itu kepada ‘isu beli sijil’ yang kini dikaitkan dengan pelbagai jenis kenyataan.
“Asal isu beliau dikatakan gagal menamatkan pengajian, langsung tiada sebarang kenyataan beliau beli sijil, seingat kita kenyataan beli sijil keluar dari kenyataan MB.
"Kini pelbagai kenyataan dikait dengan beli sijil. Begitulah 'peralihan' dari isu asal gagal menamatkan pengajian kepada isu yang dikemukakan oleh pimpinan mereka (beli sijil),” selar Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Untuk PAS, katanya, soal calon BN lulus atau gagal itu bukanlah isu, namun pengundi berhak mengetahui keadaan sebenar.
“Mereka berhak tahu, walaupun ribuan calon sahkan lulus di al-Azhar, pergi pun tidak,” ujarnya.
Sebelum ini, Tuan Ibrahim juga telah memberikan komitmen untuk tidak menyerang peribadi calon dan isu peribadi dalam kempen PAS di Kerdau.
Kerusi Dun Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lepas.
Pilihan raya kecil (PRK) Kerdau yang akan berlangsung pada 6 Mac ini menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon PAS, Hassanuddin Salim dengan calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad.
Sebelum ini sudah banyak diceritakan mengenai pelajar yang gagal di Universiti Al-Azhar. Demi menutup malu keluarga, kegagalan mereka dirahsiakan. Cuma rakan yang menuntut di sana sahaja yang mengetahuinya. Ada sesetengah pelajar yang gagal masih berada di Mesir dan bekerja di sana untuk tempoh tertentu seolah-olah mereka masih belajar di sana. Jangan pelik jika ada yang tidak tahu mengimami solat Jenazah kerana mereka bukan belajar di Mesir sebaliknya mereka membela unta di sana...
Jika benarlah calon BN DUN Kerdau ini memiliki sijil palsu atau dibeli, maka pihak tertentu boleh menyiasat kes ini dengan menyoal siasat rakan-rakan beliau yang sama-sama belajar dengannya.
Saya petik:
[MK] Calon BN bagi pilihan raya kecil Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad terus bergelut dengan isu berhubung sijil akademiknya. Selepas selesai proses penamaan calon tadi, soalan mengenainya masih dilontarkan oleh pihak media kepadanya.
Beliau didakwa tidak lulus semasa belajar di Universiti Al-Azhar dan dituduh membeli ijazah dari universiti berkenaan.
Menurut laporan, Syed Ibrahim yang juga naib ketua Umno bahagian Kuala Krau mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Kuala Krau dan di Sekolah Menengah Agama Al Khairiah Temerloh sebelum menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar pada 1989 hingga 1996.
Syed Ibrahim menepiskan isu tersebut dengan menyifatkannya sebagai satu 'serangan peribadi'. Katanya, oleh kerana tiada isu besar yang di kawasan itu, maka isu itu ditimbulkan di Kerdau. Sementara itu, calon PAS pula, Hassanuddin Salim berkata, beliau hari ini bangun pada jam 5 pagi dengan perasaan optimis. Bagaimanapun, beliau masih mahu merahsiakan pendekatan dan strateginya.
Ketika SPR mengumumkan mereka berdua sah bertanding, suasana di Dewan Tun Razak dan sekitarnya di Temerloh bingit dengan sorakan penyokong dan pemimpin kedua-dua parti.
BN melaungkan 1Malaysia manakala PAS pula rancak bertakbir. Bagaimanapun, pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir sempat menyindir BN dengan mengangkat isyarat jari nombor dua, sebagai parodi kepada slogan 1Malaysia.
Antara pemimpin Pakatan yang hadir Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Naib Presiden PKR Fuziah Salleh.
Di pihak BN pula, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein serta Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.
Di luar dewan, kedua-dua penyokong yang dipisahkan kawat berduri kira-kira 40 meter.
Hasanudin diringi kira-kira 2,000 penyokong manakala Syed Ibrahim pula berarak bersama 1,000 orang.
Bagaimanapun, kelihatan di kawasan BN lebih berwarna-warni apabila penyokongnya membawa pelbagai kain rentang dan poster berbanding PAS yang rata-rata hanya membawa benderanya. Tiada insiden tidak diingi berlaku.
[HM] SEGAMAT: Harga getah yang melambung tinggi turut menyumbang kepada aktiviti maksiat apabila ada pelacur memindahkan operasi mereka ke stor usang di tengah kebun getah di pekan Jementah, di sini, untuk menawarkan khidmat seks kepada penoreh getah.
Kegiatan itu terbongkar apabila polis menahan seorang wanita warga Indonesia diberi gelaran Nina Montok yang menawarkan pakej semurah RM50 untuk sekali langganan menyebabkan penoreh getah tempatan dan warga asing berkunjung ke stor itu tanpa mengira waktu.
Tanpa segan silu, segelintir penoreh getah yang kemaruk seks beratur panjang menunggu giliran dan pada masa sama menyaksikan tayangan percuma rakan melakukan seks bersama wanita berusia 20-an itu.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abd Majid Mohd Ali, berkata Nina Montok dipercayai menawarkan khidmat seks di kebun getah itu sejak beberapa hari lalu sebelum ia berakhir apabila polis menyerbu lokasi terbabit pada jam 10 malam kelmarin.
“Ketika serbuan, wanita itu melayan seorang pelanggan manakala lima lelaki membabitkan dua warga tempatan dan tiga warga asing berada di tepi pondok berkenaan dipercayai menunggu giliran.
“Kedua-dua lelaki tempatan terbabit yang berusia 42 dan 51 tahun serta semua warga asing yang berusia 22 hingga 40 ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.
Menurutnya, siasatan awal polis mendapati Nina Montok turut menghantar SMS secara rawak kepada beberapa penoreh getah di kebun berkenaan untuk mempromosi khidmat seksnya.
Abd Majid berkata, polis turut menemui tiga peket kondom yang belum digunakan di dalam beg tangan wanita itu, telefon bimbit dan selain wang RM394 dipercayai hasil kegiatan pelacuran.
“Pemeriksaan mendapati wanita itu masuk ke negara ini secara sah dan kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/1963, sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.
[BH] KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia akan menaikkan premium insurans kenderaan secara berperingkat dalam tempoh empat tahun mulai tahun depan pada kadar minimum yang tidak membebankan pengguna khususnya golongan berpendapatan rendah.
Penolong Gabenornya, Abu Hassan Alshari, berkata ia antara langkah yang akan dilaksanakan menerusi cadangan Rangka Kerja Baru Perlindungan Pemotoran dengan matlamat memudahkan pengguna kenderaan mendapatkan perlindungan serta meningkatkan kecekapan proses tuntutan insurans.
“Kadar kenaikan premium itu masih belum dimuktamadkan, bagaimanapun ia tidak akan membebankan pengguna selepas mengambil kira maklum balas dan input pelbagai pemegang kepentingan,” katanya pada taklimat media mengenai perkembangan terkini cadangan Rangka Kerja Baru Perlindungan Pemotoran di sini, semalam.
Hadir sama Pengarah Jabatan Kewangan Sektor Kewangannya, Abdul Rasheed Ghafur. Abu Hassan berkata, sebagai contoh, bagi perlindungan pihak ketiga motosikal 100cc dan ke bawah, cadangan kenaikan adalah antara RM1 hingga RM3.50 setahun dan RM1 hingga RM2 untuk perlindungan komprehensif.
Untuk perlindungan pihak ketiga kereta persendirian 1,400cc, kenaikan adalah antara RM6 hingga RM34 setahun untuk empat tahun dan RM7 hingga RM19 untuk perlindungan komprehensif.
Abu Hassan berkata, pihaknya sudah pun mengadakan beberapa siri perbincangan dengan pemegang kepentingan serta pandangan majlis ekonomi mengenai perkara berkenaan.
[KD] KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak segera memohon maaf terhadap ulama terkemuka, Sheikh Yusuf al Qaradawi dan pertubuhan Islam, Ikhwanul Muslimin.
“Sekiranya terbukti benar Najib melemparkan fitnah terhadap Sheikh Yusuf al Qaradawi, saya menuntut Perdana Menteri agar segera memohon maaf dari ulama tersebut,” kata Anwar dalam blognya.
Ketua Umum KEADILAN itu turut menegur Najib kerana pandangan sebegini dianggap terpencil dan mewakili pandangan dasar luar ektrem kanan di Amerika Syarikat.
“Adakah ini sebahagian dari agenda syarikat penasihat demi membaiki imej Najib di Amerika Syarikat?” soal Anwar lagi.
Beliau menyifatkan kenyataan terbaru Najib itu membuka pekung kecurigaaan pemimpin tersebut terhadap ulama dan gerakan Islam seluruh dunia yang kian giat menyertai proses demokratisasi.
Kata Anwar, jika Najib mempunyai kebimbangan terhadap sosok seperti Sheikh Yusuf al Qaradawi, mengapa kerajaan menganugerahkan Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia itu sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2009/1431.
Beliau berkata, petikan ucapan Najib dalam National Review sarat dengan prasangka buruk terhadap Yusuf Qaradawi dan Ikhwanul Muslimin lantaran menggesa Ikhwanul Muslimin disisih dari agenda perubahan di Mesir kerana terlibat dalam keganasan.
“Pendapat seperti ini dikritik pelbagai institusi dan intelektual. Dunia kini menggesa agar Amerika Syarikat dan Eropah untuk tuntas bekerjasama dengan Ikhwan,” katanya.
P/S: Saya tidak hairan jika ada menteri hatta PM menghina ulama . Apa tidaknya jika sunnah nabi pun mereka persenda inikan pula seorang ulama seperti Yusuf Qaradawi....Adakah mereka lupa bahawa ulama itu pewaris Nabi?
(Gambar: Mohd Nizam dihukum mati kerana mendera anak kekasih dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Kangar semalam)
Saya petik:
[KS] KANGAR – Mabuk dadah yang dijadikan alasan oleh seorang penganggur yang didakwa membunuh anak kekasihnya tidak mendapat simpati Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kangar di sini semalam apabila dia diperintah menjalani hukuman gantung sampai mati.
Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd. Zaki Abdul Wahab memutuskan hukuman tersebut ke atas Mohd. Nizam Mohammad, 32, setelah pihak pendakwa raya berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.
Menurut Mohd. Zaki, tertuduh dalam pembelaannya gagal menimbulkan keraguan munasabah dengan hanya memberi kenyataan dia berada di bawah pengaruh dadah ketika melakukan kesalahan tersebut.
“Dalam kenyataan tanpa bersumpah yang dibuat tertuduh, tertuduh mengaku bersalah melakukan kesalahan itu tetapi berada di bawah pengaruh dadah
“Pembelaan tertuduh itu bersifat memabukkan diri, oleh itu saya terpaksa menjatuhkan satu-satunya hukuman dalam pertuduhan ini iaitu menggantung tali di leher,” kata beliau.
Memang tepat fatwa Sheikh Yusoff Al-Qardawi, Gaddafi patut dibunuh!!
Saya petik:
[HM] BENGHAZI (Libya): Satu unit tentera yang setia kepada Muammar Gaddafi semalam membedil menara sebuah masjid dengan peluru antipesawat dan senjata automatik selepas penunjuk perasaan antikerajaan enggan meninggalkan kawasan di barat Tripoli itu.
Saksi berkata, ramai penunjuk perasaan yang berkampung di luar dan dalam masjid itu terbunuh dalam serangan di Zawiya, 50 kilometer ke barat Tripoli. Dia bagaimanapun tidak dapat memberi jumlah tepat.
Tentera pro-Gaddafi bertindak ganas ketika pengaruh pemimpin Libya itu semakin terhakis. Zawiya dan beberapa bandar besar Libya yang lain serta bandar berhampiran Tripoli sudah dikuasai pemberontak.
Di timur yang dikuasai sepenuhnya kumpulan penentang, pembangkang berikrar ‘membebaskan’ Tripoli, tempat pemimpin Libya itu berkubu dengan sekumpulan tenteranya meronda jalan raya dan kereta kebal melindungi kawasan pinggir.
Saksi berkenaan yang enggan namanya disiarkan kerana bimbang terhadap tindak balas berkata, serangan jam 9 pagi (waktu tempatan) dilakukan sehari selepas pembantu Gaddafi yang dikenali sebagai Abdullah Megrahi muncul di bandar berkenaan dan memberi amaran kepada penunjuk perasaan supaya ‘pulang atau mereka akan menyaksikan satu pembunuhan beramai-ramai.’
“Kami memberitahunya kami tidak akan pulang, sama ada kami mati atau kami mencapai kemenangan,” katanya.
Saksi itu terkejut dengan tindakan tentera yang menyerang orang awam. Beberapa unit tentera dilapor berpaling tadah dengan menyokong penunjuk perasaan sejak pemberontakan bermula 15 Februari lalu.
Ada laporan menyatakan kira-kira 1,000 orang terbunuh sepanjang pemberontakan itu di seluruh negara sementara kumpulan hak asasi manusia, Human Rights Watch menganggarkan lebih 300 terkorban.
“Apa yang berlaku amat teruk. Mereka yang menyerang kami bukan tentera upahan, tetapi anak negara ini sendiri. Mereka membedil menara masjid,” katanya.
Menurutnya, sebahagian besar penunjuk perasaan remaja yang bersenjatakan senapang memburu.
Dia juga memberitahu, penunjuk perasaan dari Zawiya tidak berhasrat untuk menyahut gesaan pembangkang supaya menyertai perarakan seluruh negara ke Tripoli hari ini.
“Kami tidak merancang untuk berarak ke Triopoli. Kami sudah berbincang dan bersetuju untuk kekal di sini,” katanya.
Penunjuk perasaan tidur di dalam masjid dan di kawasan lapang di luarnya sejak beberapa hari lalu dan enggan meninggalkan premis berkenaan.
“Kumpulan remaja itu tidak mempunyai apa-apa untuk melindungi diri mereka kecuali senapang memburu dan semangat, manakala tentera memiliki peluru berpandu antipesawat dan senjata automatik,” katanya.
Dia juga berkata, polis tidak kelihatan di bandar itu yang terletak berhampiran sebuah pelabuhan dan kilang penapisan minyak utama di Mediterranean.
“Penduduk terpaksa membentuk jawatankuasa bagi melindungi rumah masing-masing serta bangunan lain,” katanya.
Dia juga berkata, penyokong Gaddafi turut menyerang warga China dan Mesir yang bekerja dengan syarikat pembinaan di bandar raya itu. — Agensi
Alahai...Malu dapat trauma pun dapat. Bersyukurlah dengan apa yang ada.Kepada mangsa dedahkanlah nama syarikat terkenal itu supaya orang lain tidak menjadi mangsa.
Saya petik:
[SH] TAMPOI – Hasrat seorang kakitangan awam untuk melangsingkan badan menerusi pakej rawatan yang ditawarkan oleh salah sebuah cawangan syarikat spa dan kecantikan terkenal tanah air terbantut apabila mendakwa usaha itu memudaratkannya.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Nor, 34, berkata, sebanyak RM9,500 wang tunai pemberian suami sudah dilaburkan untuk merealisasikan hasratnya untuk kembali langsing.
Menurutnya, dia yang memulakan rawatan bersama salah sebuah cawangan syarikat terbabit di Taman Johor Jaya, di sini, pada 30 November 2010 itu tidak menyangka pakej diambil mendatangkan kesan negatif terhadap kulitnya.
“Saya trauma malah malu berhadapan dengan orang ramai dan tidak selesa berikutan kulit di bahagian belakang lutut, lengan tangan kanan, siku, peha dan perut menjadi bermasalah.
“Saya mengalami keradangan dan alahan selain pedih pada kulit sebaik sahaja menggunakan empat jenis cecair berbeza ‘Ampoule’ iaitu Anti Cellulite, Firming, Shaping dan Drainage.
“Terkejut dengan situasi yang berlaku, saya segera ke premis syarikat untuk meminta rawatan Ampoule ditukarkan kepada rawatan lain kerana bimbang komplikasi lain diterima sekiranya meneruskan penggunaan Ampoule itu namun ditolak oleh pengurus cawangan syarikat terbabit,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Plaza Angsana, di sini, semalam.
Soalan - Kalau Melayu "Islam" yang suka teguk arak ni, agak-agaknya mereka ni solat, berpuasa tak?
Arak merupakan ibu/punca kepada segala maksiat!! Maksudnya ialah jika seseorang itu sudah minum arak, tidak pelik baginya untuk melakukan perbuatan keji yang lain seperti berzina dan sebagainya... Menurut hukum Islam (Hukum Hudud), orang Islam yang didapati bersalah meminum arak maka dikenakan hukuman sebat ialah 40 kali sebatan.
Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Wanita dikesan semakin mengambil minuman beralkohol, sekali gus menyaingi golongan lelaki, kata Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit Penyalahgunaan Alkohol, Kementerian Kesihatan, Dr Rozanim Kamarudin.
Menurutnya, kajian yang dilakukan pihaknya juga mendapati orang Melayu mengambil minuman haram itu walaupun peminum di kalangan kaum lain lebih tinggi.
“Sebanyak 24.6 peratus peminum sebab mabuk, menyebabkan mereka ketagih,” katanya pada Persidangan Meja Bulat Arak dan Pencegahannya di Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), di sini, semalam.
Hadir sama, Ahli Lembaga Pengarah Ikim dan Penasihat Perundangan Syariah Seksyen Syariah, Jabatan Peguam Negara, Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman.
Persidangan dipengerusikan Timbalan Ketua Pengarah Ikim, Prof Datuk Dr Zaleha Kamaruddin membabitkan lapan pembentangan kertas kerja daripada pelbagai agensi, termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kastam Diraja Malaysia (KDRM).
Dr Rozanim berkata, alkohol banyak membawa mudarat, malah individu ketagih alkohol tidak boleh berhenti serta-merta seperti ketagihan dadah.
Katanya, kajian pihaknya mendapati 48 peratus daripada keseluruhan kes kecelaruan mental dan tingkah laku berpunca daripada pengambilan alkohol di samping bahan psikoaktif lain.
“Alkohol adalah punca risiko besar bagi kemabukan dan penyakit kronik. Jika diambil setiap hari ia akan menyebabkan ketagihan pada masa depan.
“Mereka yang ketagih tak boleh berhenti serta-merta kerana boleh menyebabkan penyakit kronik seperti sawan dan maut.
“Jadi, nasihat saya, pergi ke hospital untuk berhenti, dapatkan nasihat dan ubat untuk berhenti. Namun, lebih baik tak ambil alkohol langsung,” katanya.
Bagi saya kebanyakan (tidak semua) kedai makan dan restoran tidak mengambil berat tentang kebersihan makanan dan persekitaran. Apa tidaknya, pinggan mangkuk dan sudu masih berminyak walaupun dibasuh, sayur-sayuran hanya dibilas dengan air ala kadar sahaja, ayam dimasak kekadang masih ada bulu ayam di kulit, malah tukang masak juga menggunakan pekerja warga asing yang sudah tentu mengabaikan kebersihan makanan. Pernahkan anda melihat tukang masak yang kukunya panjang dan kotor?
Ingatlah sesuatu makanan tidak berkat bukan hanya kerana dari sumber haram tetapi kerana cara penyediaan makanan itu yang tidak menjaga kebersihan sama ada dari segi kebesihan makanan dan juga kebersihan diri. Pilihlah kedai makan yang menjaga kebersihan kedai dan makanan.
Saya petik:
[BH] KLANG: Bangkai tikus dalam kuali. Mungkin sukar dipercayai tetapi itulah yang dilihat dalam satu operasi penutupan premis makanan dan penguatkuasaan dinamakan ‘Ops Bersih 3' yang diadakan di sekitar bandar diraja ini, baru-baru ini.
Pemilik sebuah restoran mendakwa kuali itu tidak lagi digunakan tetapi alasan terbabit gagal melepaskan dirinya daripada dikenakan tindakan tegas bahagian penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK).
Sentral yang mengikuti operasi bersama Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Klang diketuai Pemangku Timbalan Pengarah Kesihatan MPK, Amran Jali mendapati kebanyakan premis yang digempur pasukan penguat kuasa itu kotor dan berbau meloyakan.
Dalam operasi bulanan itu, pasukan berkenaan turut menemui mi goreng yang sudah basi disimpan di bawah rak makanan dan boleh memudaratkan kesihatan jika ia dipanaskan dan dihidangkan semula kepada pelanggan.
Bagaimanapun, kebanyakan pelanggan terus menjamu selera di restoran terbabit seperti langsung tidak mengendahkan operasi yang sedang dijalankan.
Amran berkata, lapan premis yang diperiksa gagal mempamerkan tahap kebersihan sepatutnya di samping melakukan pelbagai kesalahan lain seperti tidak melabel jenis makanan dan pekerja memakai selipar.
"Kami sudah mengenal pasti kawasan ini sebelum mengadakan operasi. Kebanyakan restoran yang diperiksa didapati gagal menepati piawaian kebersihan seperti ditetapkan, antaranya tong sampah tidak ditutup dan lantai kotor.
"Malah, kami turut menjumpai bangkai tikus, najis tikus dan lipas di beberapa premis," katanya sambil menambah semua premis itu diarah ditutup untuk tempoh dua minggu bagi mereka membersihkan premis masing-masing.
Pemilik premis boleh beroperasi kembali jika MPK dan PKD Klang berpuas hati dengan tindakan yang mereka ambil daripada aspek kebersihan tetapi jika gagal, kes mereka akan dibawa ke mahkamah.
Tindakan itu diambil mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983. Bulan lalu, sebanyak 12 premis restoran diarahkan tutup dalam Ops Bersih 2 yang diadakan di sekitar kawasan Bukit Tinggi.
Sama-samalah kita lihat nanti selama mana kekalnya harga RON95 yang dijanjikan itu. Sehari, seminggu, sebulan? Atau adakah itu hanyalah janji pilihanraya kecil Merlimau dan Kerdau?
Saya petik:
Kerajaan kekalkan harga RON95, diesel - Ismail Sabri
[U/Meloya] KUALA LUMPUR 24 Feb. - Kerajaan mengekalkan harga semasa bagi RON 95 pada RM1.90 dan diesel pada RM1.80 meskipun harga minyak dunia semakin meningkat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.
Beliau berkata, berikutan itu kerajaan sedang dalam perbincangan dengan Kementerian Kewangan untuk mencari alternatif bagi menampung peningkatan itu.
"Kerajaan akan mengekalkan harga semasa, dan melihat opsyen atau alternatif lain walaupun tanggungan kerajaan bertambah.
"Setakat ini boleh tahan, untuk tidak naikan harga RON 95 dan diesel,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan kewangan 2010 Bank Rakyat di sini.
Beliau berkata, peruntukan bajet untuk subsidi tahun ini sebanyak RM10.3 bilion dan jika trend itu berterusan, ia akan mencecah RM14 bilion.
Subsidi 10.3 bilion itu termasuk petroleum, RON 95, diesel, gas LPG, gula, beras dan minyak masak. - BERNAMA
Masih ingatkah kisah seorang gadis menumpaskan dua peragut di Ampang Isnin lepas? Kali ini gadis berusia 18 tahun yang bermotosikal pula bergelut dengan peragut di Kemaman. Nasihat saya kepada kaum Hawa, berhati-hatilah selalu dan jangan lupa berdoa sebelum keluar dari rumah...
Saya petik:
[SH] KUALA TERENGGANU - Ditendang oleh seorang gadis dan akhirnya ditangkap polis; itulah balasan diterima seorang lelaki yang cuba meragut beg tangan pelajar remaja dalam kejadian di Kampung Paya Lasir, Kijal, Kemaman, petang kelmarin.
Bagaimanapun, akibat tindakan beraninya itu, mangsa berusia 18 tahun itu cedera dan melecur di betis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Darat Kijal, dengan menaiki motosikal.
Apabila sampai di Kampung Paya Lasir kira-kira jam 5.50 petang, tiba-tiba sebuah motosikal yang dinaiki seorang lelaki menghimpit motosikal mangsa.
“Lelaki tersebut meragut beg tangan mangsa yang diletakkan di dalam bakul. Mangsa bertindak melawan dan berlaku tarik menarik antara mereka.
“Berang dengan lelaki itu, mangsa menendang motosikal lelaki tersebut, menyebabkan kedua-dua mereka terjatuh. Lelaki itu bingkas bangun dan cuba capai beg tangan mangsa,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Mangsa, yang tidak mahu menyerah kalah, bangun dan menarik beg tangannya dan pada masa yang sama, merentap beg pinggang lelaki berkenaan bagi mengelakkannya melarikan diri.
Adegan itu dilihat orang ramai yang kemudiannya datang membantu mangsa dan menangkap lelaki berkenaan.
“Mangsa melecur di betis kanan, bengkak di pergelangan kaki dan tumit dan mendapatkan rawatan di Hospital Kemaman.
“Suspek, yang berusia 25 tahun dan berasal dari Kijal itu, ditahan reman selama empat hari sehingga 26 Februari.
Alangkah damainya masyarakat jika hukum Hudud diamalkan di Malaysia!! Sesungguhnya hanya hukum Allah sahaja yang mampu menyelesaikan kebejatan sosial yang melanda umat Islam...
Saya petik:
[HM] ALOR SETAR: Seorang isteri yang tidak tahan melihat kecurangan suaminya kerana kerap pulang lewat dan bermalam di rumah teman wanitanya sejak beberapa bulan lalu nekad mencekup suaminya di sebuah rumah sewa di Kampung Didik, Kuah, Langkawi, pagi semalam.
Wanita berusia 30 tahun itu berang melihat suaminya yang berusia 34 tahun hanya berseluar dalam dan tidur di atas katil ketika anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Langkawi (Padal) membuat pemeriksaan di sebuah bilik utama di rumah berkenaan, kira-kira jam 8.30 pagi.
Dia yang gagal mengawal perasaan marahnya memaki-hamun wanita berusia 29 tahun yang dicekup bersama suaminya itu sebaik pintu bilik dibuka.
[MSO] PADA masa ini Najib Razak dan Rosmah Mansor bersama beberapa orang menteri sedang berada di Turki dalam misi lawatan rasmi. Semalam Najib dilaporkan telah berjumpa dengan Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Turki. Kurang pasti apakah pertemuan dua perdana menteri itu adalah kali pertama atau tidak. Tetapi saya rasakan lawatan Najib ke Turki dan menemui Erdogan itu adalah kali pertama.
Tentu Najib gembira dengan kunjungan itu. Apa lagi Rosmah Mansor. Peluang itu memboleh beliau memperkenalkan dirinya sebagai wanita pertama Malaysia. Apa lagi kalau dapat duduk bersama Najib menghadap Erdogan dan isteri, lebih mengembirakan. Cuma janganlah dalam siri lawatan kali ini Rosmah terjumpa barang kemas isteri Erdogan dalam mana-mana kapal perihatan kemudian akan diberikan hadiah berupa wang atas insiden begitu.
Sesuatu lawatan pembesar ke sesuatu negara itu ada tujuan dan pengertiannya tersendiri. Ia akan memberi nostalgia buat kedua pihak. Ia bukan dibuat saja-saja. Bayangkan untuk membolehkan Najib ke Turki, bukan mudah. Pelbagai protokol harus dilalui dan berbagai prosude perlu dituruti.
Sudah tentu para diplomat kita membuat tinjauan terlebih dahulu. Buat selidikan apakah kunjungan Najib itu tidak menimbulkan apa-apa masalah kepada Turki. Kalau Erdogan menerima Najib tetapi kalau rakyat Turki tidak menerima ia menjadi masalah juga. Pernah berlaku rakyat mengadakan tunjuk perasaan sebagai membantah kunjungan seseorang pembesar negara lain ke negara mereka. Alhamdulilah tidak berlaku kepada Najib di Turki.
Biasanya maksud lawatan seperti itu adalah untuk kebaikan kedua buah negara. Ia akan membawa manfaat untuk kedua buah negara. Dalam hal ini tentulah mengenai ekonomi. Kunjungan seseorang pembesar negara ke atas negara lain samalah dengan pemergian seorang bapak ke hutan atau lautan, mereka pergi untuk mencari makan untuk anak dan isteri. Demikian taraf pemergian Najib lebih kurang begitulah, menjalankan tanggungjawab sebagai PM.
Bagaimana pun bagi saya kunjungan Najib itu bukan setakat itu saja. Ia bukan mencari pelaburan tetapi ada motif dan niat lain yang lebih penting dan tersirat. Menandatangani beberapa MoU tidaklah penting sangat dan bukan itu matlamat peribadinya. Mungkin rakyat boleh menerima setakat itu saja, berpandukan apa disiarkan media massa, tetapi bukan dari pemerhati politik yang mengetahui apa yang ada di sebalik tabir dan mampu menterjemahkan setiap gerak geri orang politik.
Justeru kedatangan Najib ke Turki dan berpelung berjumpa dengan Erdogan bukan saja setakat mahu minum kopi atau makan nasi kukus berkambing ala Turki tetapi ada perkara lain lebih penting dari itu.
Umum sudah mengetahui mengenai hubungan Erdogan dengan Anwar Ibrahim. Mereka adalah sahabat baik dan selalu berhubung dengan telefon macam sepasangan kekasih. Mereka bebas untuk bercakap bila-bila masa saja. Kebebasan ini menandakan mereka sangat akrab dan saling bantu membantu di antara satu sama lain.
Peristiwa Anwar lari sewaktu polis hendak 'tangkap' apabila laporan liwat kedua di buat ke atasnya, menjelaskan betapa hubungan beliau dengan Erdogan sangat baik. Dalam keadaan tergesa-gesa untuk menyelamatkan diri malam itu katanya Anwar tidak tahu untuk berlindung di mana. Ketika inilah Erdogan memberi kebenaran agar kedutaan Turki di Jalan Ampang memberi perlindungan kepada Anwar. Sempat sehari semalam juga Anwar tidur di kedutaan Turki.
Kejadian ini memecah mata semua orang. Ia menunjukkan keakraban di antara keduanya. Tentulah bagi Najib melihat hakikat ini merasa sesuatu yang tidak enak. Apa lagi Anwar selalu berjumpa dengan Erdogan di pentas-pentas forum dunia. Kekerapan Anwar berjumpa Erdogan ini dipantau oleh Najib dan dilaporkan oleh para diplomatik kita.
Najib cukup bimbang keadaan ini. Sebagai musuh Anwar tentulah Najib akan berfikir lebih jauh dari itu. Manakala sebagai rakan baik Erdogan tentu Anwar akan menggunakan Erdogan untuk kepentingan politiknya. Ini yang Najib bimbang dan curigai. Lebih jauh apa yang ditakuti Najib ialah Erdogan akan membantu Anwar. Jadi kunjungan Najib ke Turki antara lain untuk menjinakkan Erdogan.
Sebelum ini pun sudah ada bisik-bisik mengatakan Anwar mendapat bantuan kewangan dari Erdogan. Walaupun pada masa ini ia hanya sebagai dakyah tetapi tidak mustahil kalau Erdogan membantu Anwar termasuk kewangan berdasarkan kepada hakikat itu.
Jadi kedatangan Najib ke Turki itu adalah sebahagian dari untuk mendakwah Erdogan agar tidak begitu mempercayai Anwar dan membantu dari segi kewangan. Apakah misi Najib ini berjaya? Sama-sama kita akan dengar ulasan Najib sebaik kembali dari Turki kelak.
Apakah yang bakal Najib perkatakan? Di sini saya boleh agakkan apa yang akan diucapkan Najib. Saya juga yakin wartawan akhabr arus perdana sudah menyiapkan intro untuk berita ulasan Najib itu. Ianya akan lebih kurang berbunyi begini; Najib berpuas hati dengan sambutan Erdogan ke atasnya. Erdogan berpuas hati dengan penjelasannya mengenai senario politik Malaysia termasuk isu pendakwaan Anwar dalam kes liwat kedua.
Selain itu akhbar pula akan mengatakan Erdogan setelah mendengar penjelasan Najib mulai faham akan tindak tanduk dan sikap oportunis Anwar Ibrahim mengenai Islam. Atau dijelaskan selama ini rupanya Erdogan tidak mendapat penjelasan sebenar di sebalik isu liwat dilakukan Anwar.
Berita itu juga nanti akan ditambah, Erdogan akan membuat lawatan ke Malaysia dalam masa terdekat ini. Ia akan disudahi kunjungan itu berjaya membawa balik berbillion pelaburan dari Turki. Kita dengarlah nanti. Kita dengar..
Itulah padahnya apabila budaya politik umno diamalkan di universiti!! Asyik nak menipu kerjanya...
Saya petik:
[MK] Pihak pentadbiran Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menarik balik pembatalan kemenangan kesemua 11 kerusi yang dimenangi kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) dalam pilihan raya kampus kelmarin.
Keputusan menarik balik pembatalan tersebut terkandung dalam surat yang ditandatangani timbalan naib canselor halehwal pelajar UPM, Prof Dr Fauzi Ramlan yang dikeluarkan kira-kira jam 1 tengahari tadi.
Perkara itu disahkan oleh jurucakap majlis politik nasional, Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS), Ahmad Syukri Kamaruddin.
Ketika dihubungi Malaysiakini, Syukri berkata, pembatalan kemenangan calon pro-M itu ditarik balik selepas pihak pentadbiran UPM mendapati kesilapan kecil.
Pagi tadi, lebih 100 pelajar pro-Mahasiswa (pro-M) sedang berkumpul di hadapan bangunan pentadbiran UPM bagi membantah pembatalan kemenangan 11 daripada calonnya dalam pilihan raya kampus semalam.
Kesemua 11 calon pro-M itu dihubungi melalui telefon pada jam 9 malam semalam. Mereka kemudiannya diberikan surat rasmi yang mengatakan bahawa kemenangan mereka telah dibatalkan.
Surat itu ditandatangani oleh ketua unit disiplin, hal ehwal pelajar UPM, Noraihan Nordin.
Kesebelas mereka diberi tempoh sehingga jam 10 pagi ini untuk merayu tetapi terpaksa membayar RM100 setiap orang bagi berbuat demikian.
Kumpulan pro-M menganjurkan bantahan mereka sebaik menerima keputusan pembatalan kemenangan mereka sejak jam 10 malam semalam. Setakat ini, tiada kejadian yang tidak diingini dilaporkan.
Sementara itu, dalam satu kenyataan hari ini, Dr Mohd Fauzi berkata, terdapat tiga bantahan yang ditolak berhubung pilihan raya kampus kelmarin.
Menurutnya, dua bantahan tersebut adalah tidak berasas kerana di luar skop pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UPM 2011.
Satu lagi bantahan, turut ditolak kerana kesalahan teknikal.
"Justifikasi penolakan berdasarkan skop peraturan-peraturan UPM (pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UPM 2011). Berikutan itu, keputusan tidak rasmi kemenangan 43 ahli MPP UPM itu kekal," katanya.
Berikutan, katanya, mereka yang masih berpuashati dengan keputusan bantahan tersebut, boleh mengemukakan rayuan sebelum diisytiharkan kemenangan tersebut secara rasmi hari ini.
[SH] KUALA TERENGGANU - Bapa kepada dua anak tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan menendang perut isterinya yang sedang mengandung anak ketiga mereka sehingga keguguran pada Februari lalu.
Tertuduh, Mohd Amran Tullah Salleh, 24, dari Kampung Kolam, Kuala Ibai mohon kes itu dibicarakan sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan hakim, Tuan Azman Mustapha.
Tertuduh juga dalam nada sedih berkali-kali merayu kepada mahkamah agar membenarkan dia diikat jamin, namun pendakwaan yang dijalankan timbalan pendakwaraya, Amer Abu Bakar Abdullah memaklumkan kepada mahkamah, tiada tawaran ikat jamin dibenarkan.
Selepas mendapati status hubungan tertuduh dengan mangsa adalah suami isteri, hakim bersetuju dan memutuskan tiada tawaran ikat jamin diberikan, serta menetapkan 24 Mac ini untuk sebutan semula kes bagi memberi tempoh kepada keluarga tertuduh melantik peguam bela.
Sementara itu, suasana hiba menyelubungi luar kamar mahkamah setelah ibu tertuduh yang setia menunggunya tidak dapat menahan sebak, meluru ke arah tertuduh sejurus melihatnya dibawa keluar dari kamar mahkamah dengan diiringi anggota polis bertugas.
Dalam suasana hiba itu, tertuduh sempat memohon maaf kepada ibunya dan tidak henti-henti mengucapkan kalimah ‘Allahuakbar’ mungkin bagi menenangkan jiwanya yang sedang dalam keadaan tertekan.
Sebelum ini, mengikut fakta kes, tertuduh dituduh menendang perut isterinya yang mengandung tiga bulan sehingga keguguran di rumah mereka di Kampung Padang Luar, Kuala Terengganu, pada 5 Februari lalu, yang turut disiarkan akhbar ini keluaran 11 Februari lalu.
Isterinya, Siti Aishah Alias, 22, disahkan keguguran selepas mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada 8 Februari, iaitu empat hari selepas kejadian itu.
Dia dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 313 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen dan Kanun sama, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan dikenakan denda.
GAMBAR yang disiarkan stesen televisyen Al-Arabiya semalam menunjukkan Muammar Gaddafi memegang payung di kediamannya di Libya.
Saya petik:
[KS] TRIPOLI - Pemerintah Libya, Muammar Gaddafi menggunakan kereta kebal, helikopter dan jet pejuang untuk memerangi tunjuk perasaan rakyat yang menentang pemerintahannya, kata beberapa saksi semalam.
Tindakan tersebut dilakukan selepas pemimpin berkenaan yang memerintah Libya selama 40 tahun menafikan beliau meninggalkan negara itu dengan berlepas ke Venezuela.
Imej beliau muncul di televisyen selepas terdapat spekulasi beliau telah melarikan diri ke Venezuela.
Presiden Venezuela, Hugo Chavez mempunyai hubungan rapat dengan Gaddafi.
Gaddafi turut berucap di televisyen bahawa beliau akan berjuang sehingga mati menentang para penunjuk perasaan.
Sementara itu, kawasan timur Libya sudah jatuh ditangan para penunjuk perasaan yang menuntut beliau berundur kerana tidak puas hati dengan pemerintahannya.
Menurut beberapa askar kepada agensi berita Reuters, bandar Tobruk di timur negara ini dikuasai oleh penunjuk perasaan.
Para penduduk Tobruk juga menyatakan bandar berkenaan sudah berada dalam tangan para penunjuk perasaan sejak tiga hari lalu.
Menurut beberapa pertubuhan hak asasi manusia, sekurang-kurangnya 233 orang terbunuh sejak penentangan rakyat terhadap Gaddafi tercetus seminggu lalu.
Gaddafi sudah memerintah selama hampir 42 tahun dan beliau berkuasa menerusi rampasan kuasa aman semasa pemerintah Libya, Raja Idris mendapatkan rawatan perubatan di luar negara. - Agensi
[MSO] Seorang rakan di RTM memberi tahu minggu lepas rombongan Adun dari Selangor datang ke RTM bertemu dengan Menteri Radio dan TV, Rais Yatim. Tujuan pertemuan itu ialah untuk meminta RTM membuat sesuatu bagi menolong Umno Selangor merampas negeri berkenaan dari Pakatan Rakyat.
Cerita kawan itu Rais bersetuju menggunakan alat kerajaan yang dikuasainya itu bagi membantu Umno Selangor. Antara cara ialah RTM akan menyiarkan lebih banyak lagi keburukan di Selangor. Untuk tujuan ini sekumpulan orang yang tahu membuat propaganda akan dicari dan diberikan upah khas.
Mereka akan berfikir membuat skrip, berbentuk provokasi, memperlekehkan kerajaan Selangor sehingga rakyat jadi meluat. Ianya akan disiarkan dalam slog-slog tertentu termasuk juga dalam berita perdana.
Untuk tujuan ini juga kata rakan itu, RTM akan menyediakan satu dokumen khas untuk menyerang Selangor. Katanya Rais masih optimis Selangor akan dapat ditawan oleh Umno. Keadaan atau peluang UBN di Selangor menurut Rais agak cerah berbanding dengan Pulau Pinang.
Rais mengakui Pulau Pinang UBN tidak dapat berbuat apa-apa. Kedudukan Lim Guan Eng masih kuat dan mendapat sokongan rakyat. Bagaimana pun kata Rais seperti mana ditutur rakan itu RTM tetap juga melakukan provokasi dan menyerang Pulau Pinang. Satu dokumentri khas mengenai Pulau Pinang akan disediakan oleh RTM.
Apabila dokumenteri khas mengenai Pulau Pinang itu nanti disiarkan dan serangan radio Rais Yatim ke atas Selangor diperhebatkan itu menandakan pilihan raya umum ke-13 sudah hampir tiba.
Dengan maklumat ini kerajaan Pakatan Selangor dan kerajaan DAP Pulau Pinang bolehlah berwaspada dan bersiap sedia untuk menangkis dakyah dan hasutan RTM nanti.
Gelagat orang ramai yang mengaut dan memunggah beras yang tumpah daripada sebuah treler yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 394.4 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Tanjung Malim semalam.
Saya petik:
[KS] KUALA KUBU BHARU - Jika bulan lepas ada pesta kutip duit syiling di Seremban, semalam pula ada pesta kaut beras di Kilometer 394.4 Lebuh Raya Utara-Selatan arah ke Selatan berhampiran Behrang-Tanjung Malim di sini.
Pesta kaut beras pada pukul 9.15 pagi itu berlaku apabila beratus-ratus kilogram beras daripada sebuah treler membawa muatan beras tumpah apabila kenderaan berat itu merempuh sebuah lori membawa muatan pasir.
Akibat perlanggaran itu juga, kelindan treler membawa beras maut manakala pemandunya cedera parah.
Mangsa yang terkorban Hanafi Mohd. Daud, 19, manakala mangsa yang cedera, Ahmad Rozlin Ahmad Murad, 22.
Muatan pasir dalam lori itu juga tumpah. Pemandu dan kelindan lori pasir itu tidak cedera.
Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supritendan Ismail Ibrahim berkata, sebelum kejadian itu, dua buah kenderaan itu dalam perjalanan dari utara menuju ke selatan untuk untuk menghantar muatan masing-masing.
JURUTEKNIK menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat sebaik keluar dari wad hospital Raja Permaisuri Bainun, di Ipoh, Jumaat lalu.
Ganas betul si isteri. Kenapa jadi sebegitu? Malang sungguh si suami. Apa tidaknya, sudahlah ditetak malah dikurung dalam rumah oleh isteri. Alahai suami.....
Saya petik:
Juruteknik dakwa turut terima ugutan bunuh ketika terlantar di hospital
[BH] IPOH: Seorang Juruteknik Jabatan Kerja Raya (JKR) bukan saja parah ditetak dengan pisau pemotong sayur oleh isterinya yang dipercayai akibat cemburu buta tetapi dikurung di dalam rumah supaya mangsa tidak boleh mendapatkan rawatan dan meminta bantuan polis.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.10 malam di rumah mereka di Taman Pinji Ria, Pengkalan, di sini, Jumaat lalu, mangsa dikatakan cuba ditetak di lehernya tetapi berjaya dihalang menggunakan tangan kiri menyebabkan otot tangannya itu putus hingga tiga jarinya tidak dapat digerakkan selain menerima 15 jahitan.
Tidak cukup dengan itu, suami berusia 30 tahun itu didakwa turut menerima ugutan bunuh daripada isterinya yang berusia 24 tahun ketika sedang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), keesokan harinya.
Mangsa yang baru keluar dari wad kelmarin dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh petang semalam, mendakwa kejadian berlaku selepas isterinya menyatakan tidak mempercayai beliau selepas mendengar cerita dari sepupunya bahawa mangsa seorang kaki perempuan dan pernah membawa balik wanita ke rumah sebelum mereka berkahwin kira-kira setahun lalu.
Dalam laporannya, mangsa mendakwa menelefon sepupunya yang kemudian menafikan ada memberitahu isterinya mengenai cerita berkenaan menyebabkan isterinya tidak berpuas hati dan terus ke dapur mengambil pisau.
“Saya hanya terdiam dan ketawa kerana memikirkan isteri saya hanya bergurau tetapi tekaan saya salah dan ayat terakhir daripadanya sebelum menetak saya ialah `abang sudah melampau', " katanya dalam laporan itu.
Mangsa berkata, beliau diselamatkan oleh polis yang membawanya ke HRPB selepas berjaya membuat panggilan ke nombor 999 tetapi tidak faham kenapa polis tidak menahan isterinya ketika itu.
Sementara itu, mangsa yang ditemui mendakwa, isterinya seorang panas baran dan cemburu buta sepanjang perkahwinan mereka menyebabkan banyak berlaku perselisihan faham antara mereka.
“Walaupun sering bergaduh, saya masih sayangkan dia dan sentiasa berdoa sikapnya berubah. Memang sebelum ini saya dimaki hamun dan disepak terajang tetapi ia tidak pernah mengurangkan rasa kasih saya terhadapnya.
“Saya juga terkilan kerana sepanjang terlantar di HRPB, isteri saya tidak pernah menjenguk saya walaupun dia bertugas di hospital berkenaan," katanya.
Ditanya adakah beliau akan menceraikan isterinya berikutan kejadian itu, mangsa berkata beliau masih sayang dan mahu memberi peluang kepada isterinya untuk berubah walaupun isterinya itu sebelum ini mahu berpisah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias, yang mengesahkan laporan itu berkata, isteri mangsa turut membuat laporan polis di Balai Polis Pasir Putih di sini, selepas kejadian itu.
Berikutan itu, katanya, polis masih menyiasat kes berkenaan sebelum mengambil sebarang tindakan.
[KD] PETALING JAYA: KEADILAN menggesa Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa Datuk Mustapa Mohamad mengumumkan senarai 1.5 bilion penerima saham khas bumiputera yang diagihkan kerajaan tahun lalu.
Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata, KEADILAN melahirkan kebimbangan terhadap pengurusan agihan saham khas bumiputera yang menyebabkan sejumlah RM52 bilion daripada RM54 bilion saham lesap.
“Pada tahun 2010 sahaja, sebanyak 1.5 bilion saham dari 18 tawaran awam permulaan diagihkan, kononnya kepada pelabur Bumiputra.
“Tahun 2010 juga menyaksikan apungan saham yang terbesar, termasuklah yang melibatkan Petronas Chemical Group Berhad pada harga tawaran RM5.05 setiap saham dan Malaysian Marine and Heavy Engineering Holding Berhad pada harga tawaran RM3.61 setiap saham,” kata Saifuddin dalam satu kenyataan media.
Beliau mengulas kenyataan Mustapa Mohamad mengenai pengagihan saham khas berkenaan dan dakwaannya yang menyatakan bahawa kerajaan Umno-BN telah berjaya meningkatkan ekuiti Bumiputra dalam sektor swasta ke aras 22 peratus.
Menurut Saifuddin, jika sebahagian besar dari 1.5 bilion saham yang diagihkan kepada pelabur Bumiputra itu datangnya dari saham-saham syarikat Petronas tersebut, bermakna saham yang bernilai berbilion ringgit itu diagihkan kepada pelabur-pelabur yang berselindung di ‘sebalik’ nama Bumiputra.
“Mekanisme agihan inilah yang telah gagal sebelum ini hingga mewujudkan budaya politik naungan yang mencari jalan mudah mendapatkan saham dengan berselindung di sebalik alasan mencapai sasaran 30% ekuiti Bumiputra.
“Akhirnya, berpuluh-puluh bilion ringgit saham yang diagihkan kepada individu-individu berkepentingan dijual dengan segera untuk mendapatkan kekayaan mudah, lalu mewujudkan golongan elit kaya Melayu yang sebenarnya menjadi kaya dengan menindas orang Melayu terbanyak,” ujar Saifuddin.
Justeru itu katanya, KEADILAN menggesa Datuk Mustapa sebagai menteri yang bertanggungjawab mengumumkan sepenuhnya penerima saham berkenaan dan mekanisme bagi sistem agihan yang lebih baik bagi mengelak penyelewengan.
Katanya, isu itu juga akan dibawa pada sesi parlimen akan datang bagi memastikan ketelusan dan kebertanggungjawaban kementerian terbabit.
[SH] Nibong Stesen – Jarak umur tidak menghalang niat seorang janda menjalinkan hubungan sulit dengan teman lelaki yang usianya jauh lebih muda.
Bagaimanapun perbuatan tidak bermoral membabitkan wanita yang bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan lelaki masih belasan tahun di sebuah rumah Jalan Nibong Stesen itu terbongkar berikutan serbuan pihak berkuasa syariah sebaik menerima aduan orang ramai.
Akhirnya, berdasarkan bukti yang boleh disabitkan dengan kesalahan jenayah syariah, kedua-dua pasangan yang tidak mempunyai sebarang hubungan muhrim itu dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mengikut Seksyen 29, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001, kerana perbuatan sebagai persediaan melakukan persetubuhan luar nikah.
Berdasarkan fakta kes yang dikemukakan Pendakwaraya Syarie, Azmi Tengah, ketika serbuan dilakukan di rumah terbabit kira-kira jam 9 pagi, 4 Julai tahun lalu, pintu dibuka oleh seorang wanita (tertuduh wanita) dikenali dengan Hidayah (bukan nama sebenar).
Pemeriksaan lanjut menemui seorang lelaki, Syafuddin (bukan nama sebenar) dalam keadaan bogel sedang bersembunyi di bawah katil.
Setelah mendengar rayuan tertuduh wanita dan mengambil kira hujah pendakwaraya, Hakim Syarie, Shamsudin Ngah akhirnya menjatuhkan hukuman denda RM2,800 atau tiga bulan penjara ke atas Hidayah sebagai pengajaran atas kesalahan dilakukan.
Pasangannya yang berasal dari Jalan Sekolah Pusat itu bagaimanapun gagal hadir dan satu perintah waran tangkap dikeluarkan ke atasnya sementara menunggu kesnya disebut semula pada 18 April nanti.
[K/Daily] KUALA LUMPUR: Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh menyatakan kemungkinan pengadu dalam kes fitnah 2, Mohd Saiful Bukhari Azlan merupakan seorang homoseksual pasif, berdasarkan penemuan terlalu banyak air mani di bahagian dubu* pengadu itu.
Beliau menimbulkan pertanyaan itu ketika menyoal balas saksi pendakwa, pakar Kimia dari Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hong. Berikut kronologi perbicaraan sehingga mahkamah ditangguhkan tengahari tadi.
12.31 – Timbalan Pendakwaraya (DPP) Noorin Baharuddin meminta mahkamah ditangguhkan. Apabila Hakim Zabidin bertanya samada masih panjang lagi atau tidak dan dijawab ‘sangat panjang lagi’ oleh DPP Noorin, hadirin di galeri awam tergelak kecil.
Mahkamah ditangguh dan bersambung semula 2.30 petang.
12.26 tengahari – Dr Seah kelihatan lebih tenang, dan memberikan perhatian penuh kepada DPP Noorin sepanjang soalan diajukan kepadanya oleh DPP Noorin.
Ram Karpal bertongkat dagu dan Sankara menguap sambil menutup mulut. Hakim Zabidin Mohd Diah kelihatan berusaha keras menahan mengantuk dengan berteleku kedua-dua belah tangan di hadapan wajah beliau. Tiada sebarang pergerakan dalam mahkamah.
12.13 pagi – Sebahagian hadirin di galeri awam kelihatan mengantuk dengan tempo perbicaraan yang perlahan sepanjang sesi soal balas oleh DPP Noorin.
11.44 pagi – DPP Noorin mula soal balas berkaitan perisian GeneMapper yang digunakan di makmal Jabatan Kimia. Dr Seah menjelaskan beliau mungkin tidak tahu bahasa pengaturcaraan yang digunakan dalam perisian tersebut tetapi beliau tahu cara menggunakan perisian tersebut. Beliau dibantu juruanalisis terlatih dalam menggunakan perisian tersebut.
11.40 pagi – Mahkamah bersidang semula. Hakim benarkan soalan Karpal.
11.00 pagi- Karpal menyoal balas Dr Seah. Karpal bertanya jika sebelum ini berdasarkan borang proforma hanya berlaku cubaan liwat, bagaimana boleh terdapat kesan air mani dalam dubur Saiful. DPP Yusof membantah soalan tersebut kerana menurutnya, borang proforma tidak disediakan oleh Dr Seah.
10.50 pagi – Karpal Singh memulakan soal balas Dr Seah. Karpal meminta pengesahan daripada Dr Seah bahawa memandangkan terdapat lebih daripada satu sampel DNA ditemui dalam dubur Saiful, ia bermakna Saiful adalah seorang ‘homoseksual pasif’.
Dr Seah membalas beliau tidak dapat menjawab soalan tersebut.
DPP Yusoff membantah soalan Karpal namun Karpal menegaskan soalan tersebut relevan.
10.26 pagi - Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar tiba ke mahkamah. Nurul Izzah bertudung warna pic dan berbaju kurung kuning.
10.20 pagi – Ram Karpal menyoal balas Dr Seah.
10.05 pagi – Dr Seah bersandar di kerusi pada kandang saksi dan kelihatan defensif selepas tembelangnya menerima sampel lebih awal daripada laporan polis dibongkar Sankara Nair.
TUMPAS...seorang penjenayah terbunuh (dalam bulatan) manakala seorang terselamat.
Saya petik:
Peragut Maut
[HM] AMPANG: Seorang peragut yang kelam-kabut melarikan diri sejurus meragut beg tangan seorang wanita, terbunuh manakala rakannya parah selepas motosikal dinaiki merempuh kereta mangsa yang ketika itu nekad mengejar penjenayah terbabit di Taman Mega Jaya, Bukit Teratai di sini, semalam.
Tindakan berani arkitek wanita berusia 28 tahun yang juga anak bekas pegawai polis itu membuatkan dua lelaki terbabit panik sehingga mereka masuk ke laluan jalan mati di taman berkenaan sebelum berpatah balik dan merempuh kereta mangsa yang mengejar mereka.
Akibatnya, kedua-dua lelaki terbabit terpelanting ke longkang menyebabkan seorang daripada mereka maut di tempat kejadian selepas kerandut zakarnya pecah, manakala rakannya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang.
Kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi ketika mangsa sedang bersiap ke tempat kerja dan sejurus keluar dari kereta untuk menutup pintu pagar, dua lelaki terbabit meragut beg tangannya yang diletak di tempat duduk hadapan.
Mangsa cuba melawan, tetapi dia ditendang sehingga terjatuh.
Sebaik melihat mangsa terjatuh, kedua-dua lelaki terbabit melarikan diri, namun mangsa yang berang mengejar suspek.
Mangsa yang sudah biasa dengan laluan di kawasan itu memberhentikan keretanya di persimpangan jalan kira-kira 200 meter dari rumahnya selepas melihat lelaki terbabit melalui jalan mati.
Ketika itulah, lelaki yang panik berpatah balik dan memecut laju motosikal berikutan laluan terbabit agak berbukit sebelum mereka merempuh kereta mangsa.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, rempuhan kuat itu menyebabkan suspek terpelanting dan tercampak ke longkang.
“Kedua-dua suspek berkenaan warga Indonesia dan lelaki yang mati itu berusia 35 tahun manakala rakannya yang parah berusia 24 tahun.
“Siasatan polis mendapati, suspek menggunakan motosikal curi dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun dan Seksyen 41 (1) A Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sementara itu, bapa mangsa, Mahyudin Zakaria, 59, berkata, dia hanya menyedari anaknya diragut apabila terdengar jeritan di luar rumah.
Katanya, dia yang bimbang sesuatu berlaku ke atas anaknya bergegas ke luar rumah dan melihat anaknya tergesa-gesa menaiki kereta lalu mengejar lelaki terbabit.
“Saya mengekori anak dengan menaiki kereta kerana bimbang keselamatannya.
“Bagaimanapun, ketika tiba di tempat kejadian, saya melihat suspek sudah berada di dalam longkang dan mengalami kecederaan parah akibat merempuh kereta anak yang berhenti di simpang jalan,” katanya.

Anda dialu-alukan untuk memberi komen atau berkongsi pendapat tentang isu atau perkara yang diutarakan. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman, dan bahasa kesat tidak akan disiarkan.