Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Tok Pa tak payah mimpi dapat jadi MB Kelantan....Ini buktinya

Suasana pada satu majlis ceramah di Jeli.

Semangat 1990 seperti berulang di Kelantan
KOTA BHARU: Biar pun sesetengah tempat di bandar Kota Bharu tenggelam dengan poster dacing, namun lonjakkan semangat 1990 dilihat seperti berulang semula di Kelantan.

Kehadiran orang ramai pada setiap ceramah yang diadakan di seluruh Kelantan begitu mengujakan sekali. Malah ceramah di kawasan kubu Umno iaitu Jeli dan Gua Musang juga memberi petunjuk luar biasa.

Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, berdasar kepada perkembangan sekarang, situasi yang berlaku pada 1990 seperti mahu berulang kembali.

“Ketika itu rakyat Kelantan mencatat satu sejarah dalam politik negara yang tidak pernah dipecah rekod di negeri-negeri lain.

“PAS bersama Angkatan Perpaduan Ummah yang dianggotai Berjasa, HAMIM dan Semangat 46 memberi pukulan hebat kepada Umno-BN di Kelantan di mana tiada satu pun dimenangi mereka ketika itu,” katanya pada ceramah di UPU Telipot, Dun Bunut Payong malam tadi.

Beliau yang juga calon parlimen Kota Bharu berkata, pada pilihan raya umum kali ini rakyat Malaysia di seluruh negara juga memperlihatkan semangat yang luar biasa.

Menurutnya di Segamat, Johor semalam dilaporkan tidak kurang 25,000 datang mendengar ceramah Pakatan Rakyat.

“Di Gelang Patah yang mana Lim Kit Siang berdepan Datuk Ghani Othman lebih 30,000 orang keluar memberikan sokongan kepada calon Pakatan,” ujarnya.

Kata beliau situasi serupa juga berlaku di Negeri Sembilan, Perak, Perlis dan boleh dikatakan di seluruh negara. Kita yakin sejarah politik Malaysia akan tercipta lagi.

Hadir sama calon PAS Dun Bunut Payong, Dr Ramli Mamat dan Presiden Kekal, Zulkapli Yaacob.

Sementara itu dalam perkembangan lain Takiyuddin yang anggota Exco kerajaan negeri menolak dakwaan Ketua Umno Kota Bharu, Datuk Mohd Fatmi Salleh yang mendakwa kerajaan negeri hanya meluluskan 300 daripada 1,000 unit projek perumahan 1Malaysia di Wakaf Mek Zainab.

Sebelum ini Fatmi yang juga calon BN di Kota Bharu mendakwa Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) hanya meluluskan 300 daripada 1,000 unit projek perumahan berkenaan.

“Sehingga ke hari ini belum ada apa-apa permohonan daripada pihak berkenaan diajukan kepada MPKB BRI. Jadi bagaimana beliau boleh dakwa hanya 300 unit yang dilulus,” katanya.

Projek perumahan itu yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Kampung Baru raja Udang, Wakaf Mek Zainab pada Mac lalu.

Takiyuddin juga berkata, sejak 1990 sehingga sekarang kerajaan pusat langsung tidak membantu Kelantan membina projek awam kos rendah sebagaimana diberi kepada negeri-negeri lain. -harakahdaily

TV Thailand siar apa yang tak tergamak TV3 siarkan!!

Berita ini tentu tak gamak disiarkan oleh TV3 dan RTM, namun TV Thailand boleh menyiarkan untuk santapan berita dan pengetahuan rakyat Thailand. TV3 dan RTM hanya pandai membekukan otak rakyat Malaysia dan meremehkan rakyat seolah-olah rakyat tidak mendapat sumber berita lain.

Semalam kajian Pusat Kajian Pilihan raya dan Demokrasi Universiti Malaysia (UMCEDEL) mengumunkan kajian mereka yang 43 peratus pengundi di negara ini berpendapat Anwar Ibrahim lebih layak dilantik menjadi PM Malaysia berbanding 39 peratus untuk Najib Razak [Rujuk]. Berdasarkan kajian ini TV Thai menyiarkannya.

Tujuannya juga adalah untuk santapan berita rakyat utara Semenanjung – Kedah, Kelantan, Perlis yang berhampiran sempadan Thai kerana mereka juga mendapat siaran TV Siam.

Selepas pilihanraya, TV3 dan RTM akan berebut-rebut untuk mendapatkan berita kemenangan PR, Insyaallah…ini kalilah.
-ekeleh.com

[VIDEO] Rakyat Serbu Tok Guru dan Datuk Husam di Masjid Putrajaya

Terkini: Timbalan Ketua Pengarah Kastam ditembak mati di Putrajaya

Datuk Shahruddin Ibrahim

PUTRAJAYA - Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) mati ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya, hari ini.

Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, yang tinggal di Dengkil, Selangor, disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada pukul 9.20 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata dua lelaki bermotosikal melepaskan tiga das tembakan ketika kenderaan yang dinaiki Shaharuddin berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan pada pukul 8.15 pagi.

"Tembakan itu mengenai bahagian leher ke atas dan Shaharuddin dikejarkan ke Hospital Putrajaya oleh pemandunya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kejadian.

Ku berkata siasatan polis mendapati Shaharuddin ditembak menggunakan pistol automatik.

Polis akan meneliti kesemua bahan bukti termasuk kamera litar tertutup di kawasan itu, katanya sambil meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran. - Bernama

P/s: Takziah buat keluarga mangsa...Oh Malaysiaku...Negara paling selamat di Asia Tenggara

Blogger Umno Dr Novandri kemalangan

Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gelugor, Dr. Novandri Hasan Basri, 45, terbabit dalam kemalangan di Kilometer 381.2 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Slim River awal pagi tadi.

Beliau yang terkenal dengan blog Dr. MiM dan seorang rakannya, Azlan Ali, 36, mengalami kecederaan dan sedang dirawat di Hospital Slim River.

Menurut jurucakap polis, Ibu Pejabat Polis Daerah Tanjung Malim, kemalangan berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi ketika beliau dalam perjalanan dari Pulau Pinang menuju ke arah Selatan. -kintamenjerit

P/s: Inilah dia blogger umno Minda Intelek Melayu (MiM) yang suka buat fitnah tu.....Dengar cerita tangannya hancur. Betul ke?

Najib Tidak Berminat untuk Berdebat dengan Anwar...

Najib pertahan haramkan ‘Allah’, tolak debat pilihan raya

KUALA LUMPUR, 26 April — Datuk Seri Najib Razak telah mezahirkan sokongan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengharamkan pengunaan perkataan Arab untuk tuhan, “Allah”, oleh bukan Islam di Malaysia, menurut wawancaranya bersama saluran berita antarabangsa Al –Jazeera.

Perdana menteri kerajaan sementara itu turut memberitahu Veronica Pedrosa dalam wawancara yang akan disiarkan pada Ahad, beliau tidak berminat untuk berdebat dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum pilihan raya 5 Mei.

“Konsep Allah berbeza dalam Islam berbanding dalam Kristian, kita tidak seharusnya mengecewakan orang Islam dan orang Islam tidak seharusnya mengecewakan orang Kristian, kita tinggal secara harmoni selama bertahun-tahun dan ianya seharusnya berterusan,” kata beliau dipetik dari petikan wawancara yang diedarkan oleh Al-Jazeera versi bahasa Inggeris.

Mahkamah Rayuan Malaysia telah menetapkan 30 Mei sebagai tarikh untuk satu lagi kes pengurusan terhadap kerajaan dan rayuan Kementerian Dalam Negeri mengenai keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 perkataan “Allah” boleh digunakan oleh akhbar mingguan Katolik, Herald.

Pada 2007, kerajaan menghadkan penggunaan terma tersebut hanya kepada konteks orang Islam sahaja. Ini dibatalkan olah Mahkamah Tinggi dua tahun kemudian oleh kerana hakim mengatakan ianya tidak mengikut perlembagaan. Putrajaya membuat rayuan mengenai keputusan tersebut dan pelaksanaan singkat keputusan mahkamah 2009 sejak itu telah digantung.

Selepas keputusan mahkamah, terdapat beberapa siri letupan dan pembalingan batu terhadap beberapa rumah ibadat di Kuala Lumpur. Sebahagian daripada pesalah didakwa dan kemudiannya dihukum tetapi kes itu terus terpendam di hati.

Komuniti Kristian berjumlah kurang daripada10 peratus daripada populasi 28 juta di Malaysia akan tetapi kedua-dua Najib dan Anwar telah lama mula menarik mereka sebelum Pilihan Raya 2013

Najib juga mengatakan beliau lebih berminat melibatkan diri orang ramai secara langsung daripada berdebat dengan lawan politiknya.

“Terdapat pelbagai cara untuk sampai kepada rakyat, kedua-dua parti politik mempunyai banyak ruang di Malaysia… Kita tidak akan berdebat.. kita perlu melibatkan diri dengan rakyat, pembangkang akan melibatkan diri dengan rakyat,” kata Najib kepada Al-Jazeera.

Wawancara Najib akan disiarkan buat pertama kali di seluruh dunia pada 27 April, 12.30 tengah hari (waktu tempatan). Wawancara boleh dilihat melalui Saluruan Astro 513. Ulangan wawancara 30 minit itu akan disiarkan hari Ahad pada pukul 4.40 petang, Isnin 3.30 pagi dan 10.30 malam.

Beliau mengetuai Barisan Nasional (BN) bagi pilihanraya umum ke 13 dan telah dijadikan pengarah pilihan raya Selangor yang dikuasai oleh PR.

Terdapat 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di 12 negeri untuk dimenangi pada pilihan raya 5 Mei dan pemerhati menjangkakan BN akan terus menjadi kerajaan dengan majoriti lebih kecil.

Pilihan raya ini dijangka sengit kerana BN yang dahulunya dikenali sebagai Perikatan, telah memerintah negara semenjak negara Merdeka pada 1957 telah berkempen untuk beberapa inisiatif reformasi yang diperkenalkan oleh Najib yang mula berkhidmat empat tahun lalu. -TheMalaysianInsider

P/s: Tidak berminat atau tidak pandai berdebat? Kesian kat Anwar...

[VIDEO] Orang Gila Sahaja Yang Sokong Umno - Ibrahim Ali

Kenderaan bawa kotak undi dilencongkan ke kawasan ‘rahsia’

PETALING JAYA 25 APRIL: Kenderaan yang membawa kotak undi untuk dihantar ke ibu pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya, dilencongkan ke satu kawasan rahsia di Kajang.

Mendedahkan demikian, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenderaan itu berubah arah selepas berhenti di satu simpang.

“Saya difahamkan kenderaan yang membawa kotak undi itu sepatutnya terus ke Putrajaya.

“Tetapi selepas tiba di satu persimpangan tol tertentu, ada sebuah pajero SPR sudah menunggu kenderaan itu dan mengalih haluan ke satu kawasan rahsia di Jalan SC 2 dekat kawasan perindustrian Sungai Chua, Kajang,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

Pendedahan itu susulan maklumat terbaru yang diterima Ketua Umum KEADILAN itu.

Beliau mempersoal mengapa kotak undi itu dibawa ke kawasan lain sedangkan mengikut prosedur, kotak undi mesti disimpan di ibu pejabat SPR.

“SPR sebagai badan bebas mesti menjelaskan perkara ini segera bagi mengelakkan persepsi negatif rakyat terhadap mereka,” kata Anwar yang akan mempertahan kubu kuat KEADILAN di Permatang Pauh pada PRU 13.-keadilandaily

P/s: Apa kata SPR? Klik di sini. Jom kita terjah Sungai Chua di Kajang...

Saya cium Zulkifli Noordin bukan kerana wang

Lelaki yang menjadi mangsa kemarahan masyarakat India kerana mencium pipi Datuk Zulkifli Noordin pada hari penamaan calon, tidak kisah walaupun dilabel sebagai "Judas" (pengkhianat) kerana menyokong naib presiden PERKASA yang kontroversi itu.
The Malay Mail bertemu dengan N Devendren (kanan), yang mendakwa anggota MIC, yang sejak hari penamaan calon mendapat cemuhan meluas di media sosial ekoran tindakannya.

"Hidup mesti diteruskan, orang ramai terutamanya masyarakat India ada pandangan mereka tetapi akhirnya saya ada hak untuk pilih siapa yang saya rasa betul," kata ahli perniagaan 32 tahAun yang masih bujang itu.

Devendren menafikan dakwaan beliau diberikan wang sebagai balasan menunjukkan sokongan kepada Zulkifli, yang bertanding atas tiket "Rakan BN" menentang penyandang Khalid Samad.

"Saya tak lakukannya untuk wang," katanya ketika ditemui di pusat kempen BN di Seksyen 23 di Shah Alam. -Malaysiakini

AJK Surau dipecat serta-merta kerana benar Calon P-125 Putrajaya berta'ruf

Pada 20hb. April, 2013 saya telah menunaikan solat Isyak' di Surau Abdul Rahman Auf, Presint 11. Selepas selesai tunai solat, saya telah mengambil sedikit masa berta'ruf dengan hadirin didalam surau tersebut.

Hari ini saya diberitahu bahawa Pengerusi & Bendahari Surau tersebut telah dipanggil mengadap Ketua Pengarah JAWI di Pejabatnya pagi tadi & seterusnya saya diberitahu bahawa SEMUA AJK Surau Abdul Rahman Auf, Presint 11 telah DIBERHENTIKAN SERTA-MERTA kerana membiarkan saya berta'ruf dengan makmum Surau tersebut.

Saya mohon pada semua Sahabat-sahabat yang baru saya kenali di Putrajaya, Penduduk2 Putrajaya & Seluruh Rakyat Negara Malaysia yang beragama Islam berdoa mohon kepada Allah supaya budaya Politik Sempit begini ditamatkan pada 5hb. Mei, 2013.
Sumber: Facebook P-125 Putrajaya

Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff Yakin Pakatan Rakyat Menang

Dalam kolum Simpul Mati, akhbar INIKALILAH terbitan 24-30 April lalu, saya merakamkan pengalaman dan gelodak rasa pada hari penamaan calon PRU13, khususnya semasa mengikuti dari dekat calon PAS di Putrajaya, Husam Musa. Personaliti Naib Presiden PAS ini ternyata menimbulkan kegusaran jentera kempen BN, termasuk calonnya Tengku Adnan Tengku Mansor.

Secara logiknya, Husam hampir pasti kalah, tetapi penampilannya di pusat pentadbiran negara itu dilihat bakal membongkar banyak isu yang terpendam di sana, sama ada masalah seharian warga Putrajaya atau lebih digeruni Umno ialah akses anak kebanggaan Kelantan ini kepada sumber maklumat.

(Saya difahamkan kemudiannya bahawa jentera kempen PAS berdepan pelbagai bentuk sabotaj dan aksi ganas-samseng, termasuk kesukaran untuk memasang bendera dan poster. Umno sengaja mendedahkan kepada dunia; tindakan barbarik tidak bertamadun penggerak partinya bukan hanya di kawasan pendalaman seperti penempatan Felda atau kampung tradisi tetapi membarah di kota-kota besar).

Umum mengakui ragam politik pada pagi Sabtu itu begitu meriah, menarik (juga mengejutkan) dan mencatat rekod bukan saja dari segi pertambahan jumlah calon Bebas, tetapi turut menyaksikan pertembungan dalaman kedua-dua gabungan parti, BN dan Pakatan Rakyat.

Kemelut dalaman Pakatan cepat diselesaikan. Walaupun reaksi akar umbi di kawasan tertentu tidak mudah dikendurkan dalam masa singkat, namun ia jauh berbeda dengan krisis dalaman Umno yang berpanjangan dan juga perselisihan di antara parti-parti komponen BN, yang dijangka membawa natijah lebih buruk kepada prestasi BN pada 5 Mei nanti.

Seperti orang lain juga, saya agak terkejut dengan barisan calon "boleh menang" yang diputuskan Najib Razak sendiri. Sehingga hari ini saya belum dapat memahami mengapa Zulkifli Nordin boleh dipilih BN di Shah Alam, pusat pentadbiran negeri termaju.

Semakin payah saya mencari alasan bagaimana calon BN di Pasir Mas, Che Johan Che Pa boleh memberi laluan kepada Ibrahim Ali. Zulkifli dan Ibrahim merupakan dua pemimpin utama Perkasa. Kalau diikutkan pengaruh, apalah yang ada lagi pada Ibrahim, calon Bebas yang pernah hilang wang pertaruhan dalam pilihan raya kecil Pengkalan Pasir, 2005? Melainkan saya terpaksa merumuskan bahawa semua itu membuktikan pengaruh Dr Mahathir Mohamad begitu mencengkam dalam Umno.

Lim Kit Siang pula berkata, pemilihan Zulkifli dan memberi laluan kepada Ibrahim, menunjukkan Dr Mahathir mempunyai "kuasa mutlak" dalam Umno, termasuk "satu hari nanti beliau akan meletakkan Ibrahim sebagai perdana menteri". "Perkasa sudah menjadi parti komponen ke-14 dalam BN," katanya.

Apa pun, sebagai pengamal media, saya lebih suka meneliti situasi kempen, terutama jika ia bercanggah dengan amalan demokrasi, mencabuli adab dan peraturan serta mengetepikan etika. Paling penting, mengapa selepas dilipatgandakan tuntutan Bersih, termasuk melalui siri himpuna raksasa, namun amalan rasuah dan "beli undi" terus berleluasa semasa kempen, manakala akses media untuk parti-parti bertanding selain BN, semakin disekat.

II. Agus yakin Pakatan menang PRU13?

Petang Isnin lalu, selepas beberapa kali temujanji dengan penganalisis politik, Dr Mohamnad Agus Yusoff tertangguh, dalam curahan hujan lebat saya gagahi juga ke rumahnya, di Bandar Baru Bangi. Saya ditemani pengendali kolum sastera-budaya Harakah, Ali Bukhari Amir.

Tentulah topik utama tertumpu kepada perkembangan mutakhir kempen PRU13. Semasa seronok bersembang, Dr Agus menjawab panggilan telefon. Dari nada dan butir percakapannya, pensyarah kanan sains politik UKM ini seperti berbicara dengan wartawan.

"Banyak pertanyaan saya terima mengenai ramainya calon Bebas kali ini," katanya mengesahkan andaian saya panggilan itu daripada wartawan yang memburu berita. "Bagi saya, ia biasa saja. Yang hendak saya tekankan, kali ini rakyat tidak mahu bazirkan undi mereka, terutama kepada calon-calon Bebas."

"Ya, saya suka istilah itu, tidak berlaku lagi pembaziran undi walaupun ramai juga nama-nama besar yang bertanding sebagai calon Bebas," pintas saya.

PRU13, kata Dr Agus, adalah peluang terbaik untuk rakyat melakukan perubahan, dan ia bukan lagi persoalan mengenai calon-calon. "Maknanya, kali ini pengundi lebih mementingkan parti berbanding personaliti calon?" tanya saya. "Ya."

"Pilihan raya kali ini di antara dua parti besar, kedua-duanya, BN dan Pakatan, mempunyai potensi dan sumber yang tidak jauh berbeda, dengan aras padang permainan hampir sama rata," tambah Dr Agus. "Dan saya dapat rasa wujud kesedaran besar yang agak menyeluruh bagi mengubah kerajaan di peringkat persekutuan."

Ditanya pandangan profesor politik tertentu yang meramalkan BN mampu menang besar, termasuk memperolehi majoriti dua pertiga di Parlimen, Dr Agus segera membidas: "Usah berselindung di sebalik kedudukan sebagai ahli akademik, isytihar saja sebagai jurucakap parti, 'kan senang."

Beliau menyifatkan ada di kalangan mereka seperti ayam daging yang sudah dibiasakan dengan dedak. "Ayam ini, jika terlepas dari kurungan, tidak akan melarikan diri kerana ia menunggu dedak seterusnya walaupun tahu akan disembelih akhirnya," ujarnya.

Saya sejak lama menghormati pandangan Dr Agus dan seringkali merujuk kepadanya terutama sebagai panduan untuk menulis komentar politik. Ada kelainan dalam ulasannya, tentunya disebabkan setiap analisisnya tidak dibuat sembrono, malah lebih penting, boleh dipertanggungjawabkan.

Saya perhatikan, walaupun beliau menyedari Pakatan Rakyat juga mempunyai kelemahan -- termasuk dalam pemilihan calon di negeri tertentu -- tetapi peluang mesti diberikan agar kepemimpinan negara dapat "disegarkan" dengan idea-idea dan dasar-dasar baru, yang akhirnya membawa keuntungan dan manfaat buat rakyat.

Agak kerap Dr Agus menegur laporan pemberitaan Harakah. Selain mahu melihat Harakah lebih berwibawa dan dipercayai pembaca, beliau prihatin dengan kesilapan-kesilapan kecil seperti ejaan dan tanda baca.

"Saya mahu Harakah selami masalah dan penderitaan rakyat, dekati golongan terpinggir yang tertekan dengan kenaikan kos hidup. Kita mahu formula penyelesaian yang lebih menyeluruh terhadap begitu banyak problem besar negara, bukannya ditangani melalui bantuan one-off," katanya sambil merujuk bermacam-macam insentif yang dihamburkan Najib. "Risda pun nak bagi bantuan."

Sebelum saya pulang, saya tanyakan sekali lagi 'soalan cepumas': "Dr yakin Pakatan boleh menang dan menguasai Putrajaya kali ini?" Segera beliau menjawab: "Ya."

III. Mat Taib: "Umno bukan tiada jasa tapi sudah jadi OKU"

Penyertaan bekas Menteri Selangor, Muhammad Muhd Taib diharap dapat melonjakkan pengaruh PAS, terutama di kalangan orang Melayu di negeri termaju itu. Saya lebih tertarik dengan kenyataan bekas Naib Presiden Umno ini yang kelihatan selesa menyandarkan hujahnya kepada tuntutan agama.

Muhammad ternyata bersikap terbuka, tenang dan mengambil pendekatan sederhana. Beliau sengaja memilih masa selepas hari penamaan calon bagi mengelak tohmahan mengejar jawatan, atau lebih tepat menjadi calon PRU13.

Apabila desas-desus tersebar seorang bekas menteri besar Umno akan menyertai PAS, Dr Haron Din menghubungi saya mengesahkan tokoh itu ialah Muhammad. Mungkin hubungan rapatnya dengan Dr Haron Din turut memudahkan beliau membuat keputusan bijak.

Meneliti responsnya terhadap soalan media, saya kira Muhammad tidak mahu sengaja mencipta pertembungan dengan Umno.

“Saya tidak boleh kata Umno tak ada jasa, tapi sampai masanya mereka sudah tidak boleh lagi dah buat kerja dan sudah hilang upaya,” kata Muhammad. “Mereka dah jadi kurang upaya."

Sebuah akhbar memetik kenyataannya: Saya tidak mahu serang Umno kerana saya lama dalam Umno. Itu tidak adil. Umno sudah buat baik. Saya fikir Pas perlu diberi peluang. Bagi dia peluang."

Ya, satu lagi kunci kata yang saya minat, "bagi PAS peluang."

IV. Kit Siang: "Umno tak berani pertahan Islam

Calon DAP di Gelang Patah, Lim Kit Siang menyelar kempen perkauman BN, termasuk melalui iklan politk dalam akhbar The Star, dengan menyebar fitnah mengenai bungan parti itu dengan PAS.

Saingannya Abdul Ghani Othman cuba menakutkan masyarakat Cina, dengan menekankan dalam ceramahnya: "Jika Kit Siang menang, Hadi mungkin jadi PM.”

Kit Siang menyanggah kemas: "Jadi saya ingin tanya kepada MCA dan Ghani, apa salahnya jika pengundi Cina undi PAS, pengundi Melayu undi DAP, semua pengundi India, Cina, Melayu, Kadazan, Iban mengundi PAS, KeADILan dan DAP? Apa salahnya jika kita rakyat Malaysia bersatu padu, bersatu hati dan saling faham-memahami."

Mengulas kempen MCA memburukkan DAP, Kit Siang berkata: "Saya kesal dengan tindakan MCA yang menggunakan akhbar The Star yang dikuasainya untuk menyiarkan iklan-iklan politik yang menghina orang Melayu dan mempermainkan agama Islam. MCA sengaja berbuat demikian untuk menunjukkan kepada kaum Cina bahawa ia tidak akan tunduk kepada orang Melayu dan Islam."

Dalam The Star baru-baru ini, iklan bertajuk “Why is DAP silent?” (Mengapa DAP berdiam diri?) mengutuk kerajaan negeri PAS-Pakatan Rakyat Kedah yang didakwa merobohkan tempat menyembelih haiwan, mengharamkan panggung wayang, mengharamkan persembahan seni oleh wanita dan mengharamkan sambutan Hari Valentine. Iklan akhbar MCA itu juga mendakwa kononnya PAS mahu menutup Bursa Saham dan Genting serta fatwa PAS dikatakan menjejaskan orang bukan Islam.

"Umno pula berdiam diri dan tidak berani mempertahankan Islam dan Melayu kerana mahu membiarkan MCA memperolehi undi kaum Cina melalui cara yang kotor dan keji ini," tegas Kit Siang.

Menyentuh momokan MCA terhadap pemerintahan PAS di Kelantan, Kit Siang mempunyai jawapan mantap: "MCA dan BN lupa bahawa rakyat Kelantan sejak 1990 sentiasa memilih PAS adalah kerana kepimpinan Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat adalah bersih, bebas rasuah dan adil kepada semua kaum.

"Kebebasan beragama di Kelantan adalah lebih baik daripada beberapa negeri yang diperintah oleh Umno-BN. Rakyat Kelantan sudah lama sedar bahawa pimpinan PAS-Pakatan Rakyat tegas menolak rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan."

Lega saya. Titik.
Sumber: detikdaily

Lagi kes pengundi ditukar tempat mengundi tanpa pengetahuan...

KUALA LUMPUR 25 APRIL: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan pertukaran alamat tempat mengundi tanpa pengetahuan pengundi.

Beliau berkata, walaupun hanya tinggal 10 hari lagi untuk mengundi, SPR sebagai badan bertanggungjawab harus memberikan perhatian berhubung perkara tersebut.

“Masalah maklumat ditukar tanpa pengetahuan pengundi masih perlu diberi perhatian. Perkara ini mengganggu pengundi, juga turut mempengaruhi proses pilihan raya demokrasi.

“SPR perlu menyiasat kes-kes tersebut, bukan biarkan begitu sahaja. Terdapat banyak masalah maklumat pengundi ditukar tanpa pengetahuan pengundi sendiri, terutama kawasan mengundi ditukar dan didaftar menjadi pengundi pos.

“Masalah sebegini menyusahkan pengundi, sebab mereka mungkin tidak ada masa buat persediaan untuk mengundi pada hari mengundi,” kata Tian pada kenyataan.

Katanya, berdasarkan aduan rakyat mengenai pertukaran tempat mengundi, beliau tidak menolak sekiranya taktik itu diguna untuk mengurangkan kadar pengundi di tempat yang dikhuatiri BN akan kalah.

“Seorang penduduk berasal dari Johor, kini tinggal di Puchong, Selangor memberitahu, tiga orang kawan dan seorang rakan kerjanya masing-masing menghadapi masalah alamat mengundi ditukar tanpa pengetahuan mereka.

“Saya percaya, ada pihak tertentu merancang mengurangkan kadar undi Cina. Tiga orang kawan saya terima surat dari BN, menyeru mereka balik kampung mengundi (seorang balik Johor Bharu, dua orang balik Seremban).

“Mereka hairan sebab mereka sudah tukar alamat mengundi, malah telahpun mengundi di kawasan Puchong pada pilihan raya yang lepas,” ujar Tian yang mempertahankan kerusi Parlimen Batu pada pilihan raya kali ini. -keadilandaily

Zulkifli Noordin Sudah Insaf dan Sudah Bertaubat, Kata Chua Soi Lek...Terharu

Keputusan BN untuk mencalonkan Naib Presiden PERKASA, Zulkifli Noordin bertanding kerusi Parlimen Shah Alam telah dikritik hebat tetapi Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek menyokong pilihan parti itu.

Katanya, Zulkifli adalah kawan baik Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pernah menjadi peguam pemimpin Pakatan Rakyat itu. 

"Beliau telah bertanding di bawah PAS (sebelum ini). Beliau dan PAS adalah kawan yang sangat baik, oleh itu ketika berada dalam PAS, kemungkinan besar beliau menerap nilai-nilai dan budaya PAS.

NONE"Dan hari ini dia telah insaf dan bertaubat," kata Chua (kiri) dalam satu
sidang akhbar ketika berkempen untuk calon MCA bagi Parlimen Pandan, peguam Gary Lim petang ini.

Isnin lalu, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak cuba memadamkan kemarahan berhubung kenyataan Zulkifli Noordin yang didakwa telah menghina agama Hindu. Najib mendakwa masyarakat kaum India kini mula menerima Zulkifli.

Malah, kata Najib, ada orang India yang telah mencium Zulkifli.

Zulkifli telah meminta maaf atas kenyataannya  yang menurutnya, dibuatnya sepuluh tahun lalu.

Sah BN Johor Bakal Tumbang!!

Sambutan luar biasa 
Lebih 30 ribu rakyat Johor terpukau mendengar ceramah Anwar Ibrahim di Kg. Abdullah, Batu Pahat malam tadi.

Pejabat Pendidikan Daerah Dikuasai Orang Umno Punca Guru Sukar Membuat Pertukaran?

PR perintah, pertukaran guru mesra keluarga - Husam

PUTRAJAYA: Calon PAS bagi Parlimen Putrajaya Datuk Husam Musa berkata, sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini, sistem pertukaran guru akan diubah ke arah lebih 'mesra keluarga'.

Bercakap pada sidang media di sini hari ini, Husam yang juga Naib Presiden PAS itu berkata, pada waktu ini ramai guru-guru terpisah jauh dari anak isteri masing-masing ekoran sistem pertukaran guru yang tidak berpandukan kepada konsep yang betul.

"Ada pasangan guru dipisahkan, suami di Johor, isteri di Perlis, isteri di Selangor suami di Sarawak. Apa perasaan mereka? Siapa yang akan bertanggungjawab menguruskan anak-anak yang masih kecil?

"Bayangkan ada pasangan muda terpaksa berpisah kerana tiada konsep mesra suami isteri. Ada yang berseloroh, macam mana kalau perdana menteri dan isteri dipisahkan begitu. Saya harap Datin Seri Rosmah dapat faham rungutan kakitangan awam ini," kata Husam.

"Kalau Pakatan Rakyat diberi mandat mentadbir negara, saya berjanji kepada lebih kurang 400,000 guru di Malaysia bahawa kalau ada pertukaran guru, kita akan buat dengan cara mesra keluarga," katanya lagi.

Konsep itu juga ujarnya akan diguna pakai kepada semua kakitangan awam di pelbagai sektor dan bukan khusus kepada guru sahaja.

Sehubungan itu juga katanya, satu forum Debat Putrajaya akan diadakan dan beliau menawarkan diri untuk tampil di pentas debat itu.

Beliau turut mengajak Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk tampil bersama bagi membincangkan tajuk 'Kebajikan Guru'.

Menurutnya, Muhyiddin adalah individu paling layak memandangkan beliau adalah menteri pelajaran. -harakahdaily

P/s: Salah satu punca guru sukar untuk kembali ke negeri asal ialah kerana Pejabat Pendidikan Daerah dikuasai oleh orang-orang umno. Kalau seseorang guru itu ahli umno dan aktif  maka senanglah untuk melakukan pertukaran....

[VIDEO] "Selepas 5 Mei, jumpa saya sebagai Wakil Rakyat Shah Alam" Zulkifli Noordin

P/s: Memang bongkak....Kah kah kah...

Calon BN Pandan disiasat polis, surat tunjuk sebab Majlis Peguam

Rafizi (tengah) bersama lawannya, Gary Lim (kiri) dan seorang lagi calon Bebas

PETALING JAYA 24 APRIL: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan, calon BN Parlimen Pandan, Gary Lim masih dalam siasatan polis dan Majlis Peguam berikutan tuduhan salah laku.

Dedah Rafizi, satu laporan polis dibuat firma guaman Shearn Delamore & Co terhadap Lim atas tuduhan salah laku, manakala surat kedua adalah dari Majlis Peguam mengesahkan mengenai surat tunjuk sebab.

“Saya beranggapan bahawa bukti-bukti ini adalah jelas bahawa beliau masih tertakluk kepada siasatan polis dan Majlis Peguam, walaupun beliau masih menafikan sehingga kini,” kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN hari ini.

Menurut surat firma tersebut yang ditandantangani pengurusnya Robert Lazar bertarikh 27 Disember 2012, Gary Lim atau nama sebenarnya, Lim Chin Yee diminta memulangkan aset syarikat termasuk alat tulis.

Surat tersebut menyatakan Lim meletakkan jawatan di firma tersebut pada 30 Oktober 2011.

“Adalah polisi kami kepada mereka yang berhenti memulangkan semua harta syarikat temasuk alat tulis. Ini termasuk kepala surat.

“Sekiranya surat (dengan imej yang dihantar kepada kami) bertarikh 1 Disember 2012, dengan demikian kami membuat kesimpulan En Lim mengambil kepala surat yang kosong bersamanya, apabila dia menamatkan kerja dengan kami.

“Seperti dinasihatkan, kami telah membuat laporan polis bertarikh 7 Disember 2012 dan salinannya dikepilkan bersama,” kenyataan surat Shearn Delamore & Co dipetik.

Manakala surat Majlis Peguam kepada Lim bertarikh 19 Februari 2013 menuntut surat tunjuk sebab dalam tempoh 14 hari diserahkan berhubung ‘Orang Tidak Sah’ (Unauthorised Person).

“Dimaklumkan bahawa sekiranya gagal memberi respon dalam tempoh yang ditentukan, perkara tersebut akan dirujuk kepada Lembaga Disiplin tanpa berhubung terus dengan kamu (Lim),” jelas kenyataan Majlis Peguam.

“Namun, sehingga hari ini dia (Lim) masih menafikan dikenakan tindakan disiplin atas salah laku dan laporan polis,” kata Rafizi, yang akan berentap dengan Lim pada PRU 5 Mei nanti.-keadilandaily

Wanita umno Kuala Kangsar menangis selama tiga hari...

Jentera Wanita Umno Kuala Kangsar kini telahpun dapat menerima tindakan Datuk Kamilia Ibrahim yang bertanding sebagai calon Bebas di kawasan parlimen tersebut, namun tetap menganggap naib ketua Wanita Umno itu mementingkan diri sendiri.

Anggota Wanita Umno yang ditemui Malaysiakini, dengan berlinangan air mata juga menyatakan bahawa mereka tidak menjangkakan Kamilia akan bertindak sedemikian.

Anggota cawangan Talang Hilir, Nor Suraidah Murad, 43, tindakan Kamilia itu mengecewakan ramai pihak lebih-lebih lagi Wanita diperingkat akar umbi.

"Saya rasa keputusan dia pentingkan diri dan tak mementingkan parti. Saya memang kecewa sangat. Tetapi sekarang, kami semua dah boleh terima dan menjalankan aktiviti macam biasa.

"Kita juga akan pergi rumah ke rumah untuk terangkan situasi sebenar kepada orang ramai mengenai perkara ini," katanya dengan nada sedih.

Seorang lagi anggota berkenaan dari cawangan Bukit Chandan, Wan Bidah Wan Yusoff, 50, berkata mereka turut "berkabung" selama tiga hari sejak hari penamaan calon.

Menurut Wan Bidah, ramai Wanita yang menangis dan bersedih dengan keputusan yang diambil Kamilia.

"Ramai menangis. Masa dalam perjumpaan jentera pun, ramai menangis. Tapi sekarang dah OK. Tiga hari sahaja menangis. Lepas itu semua dah kembali macam biasa.

"Memang terkejut sangat dengan tindakan dia (Kamilia). Tapi kita pun dah buat banyak perjumpaan dan lepas Datuk Shahrizat (Abd Jalil) datang, kita sekarang dah OK dan akan buat kerja," katanya.

Anggota jentera berkenaan ditemui selepas pertemuan tertutup dengan Shahrizat di Kuala Kangsar semalam. Kenyataan Wan Bidah itu mengesahkan tinjauan Malaysiakini di sekitar Kuala Kangsar sejak beberapa hari lalu yang mendapati tidak banyak aktiviti berlangsung dan bilik gerakan BN di kawasan itu juga kelihatan suram.

Jentera Wanita itu juga bersimpati dengan Kamilia yang menjalankan kempen sebagai calon Bebas dengan hanya dibantu oleh anggota keluarga, kata setiausaha Wanita Umno bahagian, Aishah Halid.

"Ada kami nampak Datuk berkempen. Tapi dia dengan anak dia je. Anak lelaki dan anak perempuan. Kami ada juga nampak dia bagi risalah dekat orang. Ada juga yang nampak dia bagi risalah dekat bangsal panas PAS.

"Datuk pernah cakap dekat saya dia tak akan kacau orang Umno. Jadi sasaran Datuk ialah pengundi atas pagar, golongan muda. Sebab Datuk ada semua data-data pengundi kat sini.

"Kami tengok dia kami kesian. Dia jalan sorang-sorang dengan anak-anak dia," katanya kepada Malaysiakini.

Kamilia ketika dihubungi petugas media sehari selepas penamaan calon lalu meminta agar wartawan menyemak tulisannya di Facebook untuk mendapatkan kenyataan terkini.

Tulisannya yang terakhir di laman tersebut bertarikh 21 April. -Malaysiakini

Pemimipin Umno cantas pemimpin umno: Ini buktinya...

Fadzil: Saya mangsa Bashah
ALOR SETAR - "Saya jadi mangsa Bashah," kata calon Bebas kerusi Dun Alor Mengkudu, Fadzil Hanafi.

Bashah, nama yang disebut merujuk kepada Ketua Umno Bahagian Alor Setar yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

Ditanya apa maksud kata-katanya itu, Fadzil berkata, beliau difahamkan, namanya sudah naik sebagai calon BN untuk kerusi Dun berkenaan pada tengah malam 15 April sebelum nama calon-calon BN diumumkan esoknya.

"Tapi esoknya, nama saya hilang, diganti dengan orang lain," katanya.

Fadzil mengesyaki perubahan itu berpunca daripada Bashah yang tidak mahu beliau bertanding pada pilihan raya ini.

"Saya ada harapan yang cerah untuk menang. Kalau saya bertanding dan menang, dia (Bashah) mungkin anggap saya ancaman untuk dia kekalkan kerusi ketua bahagian, malah mungkin juga sebagai pengerusi perhubungan Umno Kedah," katanya.

Atas sebab itu, kata Fadzil, Bashah memilih untuk membunuh terus karier politiknya dengan tidak membenarkan beliau jadi calon pilihan raya.

"Sekarang dia sudah berjaya 'bunuh' saya," katanya yang dipecat daripada Umno serta merta atas sebab bertanding sebagai calon Bebas menentang calon BN pada pilihan raya ini.

Fadzil,55, pernah menjadi Adun Tanjung Seri (nama lamaAlor Mengkudu) selama dua penggal selepas memenangi pilihan raya pada 1999 dan 2004.

Markas dan Ceramah umno di Terengganu suka tayang video seks...Ini buktinya

Ketua Pemuda BN Terengganu: 'Henti tayang video lucah'

KUALA TERENGGANU – “Jika saya dapati ada berlaku perkara ini, memang sewajarnya Pemuda Barisan Nasional (BN) dan pimpinan akan beri arahan supaya hentikan.”

Demikian tegas Ketua Pemuda BN Terengganu, Saiful Bahri Baharuddin ketika mengulas mengenai isu penayangan video lucah yang dikatakan galak ditayangkan di markas BN di sekitar Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Setiu menjelang kempen pilihan raya.

Video yang dikatakan mirip Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali bersama pasangannya dalam sebuah hotel itu dikatakan ditayangkan secara terbuka dalam ceramah BN di tiga kawasan terbabit sejak kempen pilihan raya berlangsung.

Saiful Bahri yang juga Ketua Pemuda Umno Terengganu berkata, penayangan video itu dilihat boleh mencemar imej dan peribadi seseorang.

“Sewajarnya bagi pihak BN, kita memang tidak menggalakkan atau menegah atau menghalang individu atau orang ramai menayangkan filem video kerana ia boleh mencemar imej peribadi seseorang. Kita memang mencegah perkara itu daripada berlaku,”
katanya pada sidang media selepas membuat laporan polis, di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Terengganu, Badrol Hisham Zaki menjelaskan tidak mendapat maklumat mengenai perkara itu.

Beliau turut mengakui tidak tahu menahu mengenai sebarang tayangan video sedemikian dan menganggap tindakan penayangan secara terbuka tidak mungkin dilakukan BN.

“Setakat yang saya tahu kita tidak pernah menayangkan apa-apa gambar atau filem berkaitan. Kalau secara persendirian itu kita tidak boleh nak kata apa tetapi dalam ceramah atau secara terbuka tidak mungkin.

“Kita tidak mahu sesuatu yang boleh menimbulkan masalah terutamanya dari sudut kesalahan atau dari sudut keselamatan yang kalau menayangkan filem sebegitu menyalahi peraturan dan undang-undang. Tidak mungkin kita buat sesuatu yang menyalahi peraturan,” katanya.

Beliau yang juga Exco Pemuda Umno berkata, arahan penayangan video berkenaan juga tidak pernah dikeluarkan BN untuk tujuan menjatuhkan mana-mana pihak lawan.

“Memang kita tidak pernah keluarkan arahan. Saya sendiri tidak pernah melihat video berkenaan, jadi macam mana kita terfikir untuk tayang. Kalau benar sekalipun, ia boleh mengaibkan seseorang, Islam pun mengharamkan membuka aib orang,” katanya.
Sumber: Sinarharian
P/s: Memang parti umnoporno....ini kalilah!!!

[Foto] Umno bakal tumbang di Putrajaya

Barisan penceramah di Putrajaya malam tadi

Sumber: dariputrajaya

P/s: Saya katakan "bodohlah" kalau ada pengundi yang masih menyokong Tengku Adnan....Anda nak pilih pemimipin Melayu yang ada syer dalam syarikat judi? Ini kalilah!!!

[VIDEO] Mengapa Ustaz Azhar Menangis?

Umno Rantau Panjang Kelantan Anjur Majlis Joget....

Klik di sini untuk menonton video

Penyertaan Bekas MB Selangor Bakal Memberi Ancaman kepada BN Selangor - Khir Toyo

KUALA LUMPUR: Tindakan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib menyertai PAS semalam bakal memberi ancaman kepada Umno BN khususnya di Selangor.

Perkara itu diakui seorang lagi bekas Menteri Besar Selangor yang juga pemimpin BN, Dr Mohd Khir Toyo yang mendakwa penyertaan Muhammad itu bakal menjadi penghalang kepada BN untuk menawan semula negeri itu.

“Bergantung kepada pendekatannya. Jika beliau berkempen secara konstruktif dia boleh menimbulkan masalah kepada kami,” katanya dipetik portal The Malaysian Insider.

Semalam, Muhammad yang juga bekas naib presiden Umno itu secara rasmi mengisytiharkan dirinya menyertai PAS dan menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada satu sidang media di Pusat Media PAS di jalan Raja Laut.

Menurut Abdul Hadi, pengisytiharan Muhammad untuk menyertai PAS sengaja dilakukan pada hari ini, iaitu selepas penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Sabtu lepas bagi mengelakkan daripada timbulnya isu beliau mahu bertanding dan jawatan dalam parti.

Turut hadir pada sidang media itu termasuk Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Haron Din; Timbalan Presiden, Mohamad Sabu; Naib Presiden, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.

Mengulas lanjut, Mohd Khir berkata, BN harus memberi perhatian khusus berhubung perkembangan terbaru itu kerana pengaruh Muhammmad masih kuat dikalangan orang Melayu Umno itu sendiri.

“Umno-BN harus beri perhatian khusus terutamanya apabila setiap undi penting,” petik portal itu lagi.

Sementara itu, Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz menyifatkan penyertaan Muhammad ke dalam PAS sebagai tepat pada masanya.

Menurut beliau, penyertaan bekas pemimpin tertinggi Umno itu ke dalam PAS memberikan gambaran bahawa Umno bukan lagi parti yang wajar dipilih rakyat.

"Saya kata, dia mari (sertai PAS) lewat. Kalau mari awal, jadi imam lah (calon)," katanya. -harakahdaily

Ini Komen Hasan Akidah Mengenai Tindakan Bekas MB Selangor Sertai PAS...

Kuala Lumpur: Ruang untuk meniupkan roh Islam seperti dimahukan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, lebih luas terbuka dalam UMNO berbanding PAS yang sudah menggadaikan prinsip perjuangan Islamnya.

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, berkata Muhammad yang berpengalaman dalam dunia politik patut menilai kembali keputusannya itu jika ingin menegakkan syiar Islam di negara ini.

Kemaruk kuasa

PAS sekarang adalah PAS yang kemaruk kuasa ingin ke Putrajaya dengan apa cara sekalipun, sehingga sanggup meninggalkan prinsip perjuangan dan pangkalan asalnya. PAS sanggup mengikut apa saja kehendak rakan pakatannya, hatta menjual kalimah Allah untuk digunakan bukan Islam.

Di bawah kepemimpinan sekarang, saya rasa ruang meniup roh Islam terbentang luas dalam UMNO jika dibandingkan PAS yang dikuasai golongan Anwarinas atau parasit yang tidak akan membantu Muhammad merealisasikan hasrat murni itu.

Agenda mereka bukan lagi menghidupkan roh Islam, sebaliknya tunduk dengan perintah nakhoda pakatan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dan jurumudinya, Karpal Sing, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Semalam, Muhammad yang juga bekas Menteri Kabinet menyerahkan borang keahlian menyertai PAS kepada Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan disaksikan Timbalan Mursyidul Amnya, Datuk Dr Haron Din.  -Berita Harian

Tok Pa tak payah mimpi dapat jadi MB Kelantan....Ini buktinya
Sabtu, April 27, 2013 | Author: Tuk Kiyai
Suasana pada satu majlis ceramah di Jeli.

Semangat 1990 seperti berulang di Kelantan
KOTA BHARU: Biar pun sesetengah tempat di bandar Kota Bharu tenggelam dengan poster dacing, namun lonjakkan semangat 1990 dilihat seperti berulang semula di Kelantan.

Kehadiran orang ramai pada setiap ceramah yang diadakan di seluruh Kelantan begitu mengujakan sekali. Malah ceramah di kawasan kubu Umno iaitu Jeli dan Gua Musang juga memberi petunjuk luar biasa.

Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, berdasar kepada perkembangan sekarang, situasi yang berlaku pada 1990 seperti mahu berulang kembali.

“Ketika itu rakyat Kelantan mencatat satu sejarah dalam politik negara yang tidak pernah dipecah rekod di negeri-negeri lain.

“PAS bersama Angkatan Perpaduan Ummah yang dianggotai Berjasa, HAMIM dan Semangat 46 memberi pukulan hebat kepada Umno-BN di Kelantan di mana tiada satu pun dimenangi mereka ketika itu,” katanya pada ceramah di UPU Telipot, Dun Bunut Payong malam tadi.

Beliau yang juga calon parlimen Kota Bharu berkata, pada pilihan raya umum kali ini rakyat Malaysia di seluruh negara juga memperlihatkan semangat yang luar biasa.

Menurutnya di Segamat, Johor semalam dilaporkan tidak kurang 25,000 datang mendengar ceramah Pakatan Rakyat.

“Di Gelang Patah yang mana Lim Kit Siang berdepan Datuk Ghani Othman lebih 30,000 orang keluar memberikan sokongan kepada calon Pakatan,” ujarnya.

Kata beliau situasi serupa juga berlaku di Negeri Sembilan, Perak, Perlis dan boleh dikatakan di seluruh negara. Kita yakin sejarah politik Malaysia akan tercipta lagi.

Hadir sama calon PAS Dun Bunut Payong, Dr Ramli Mamat dan Presiden Kekal, Zulkapli Yaacob.

Sementara itu dalam perkembangan lain Takiyuddin yang anggota Exco kerajaan negeri menolak dakwaan Ketua Umno Kota Bharu, Datuk Mohd Fatmi Salleh yang mendakwa kerajaan negeri hanya meluluskan 300 daripada 1,000 unit projek perumahan 1Malaysia di Wakaf Mek Zainab.

Sebelum ini Fatmi yang juga calon BN di Kota Bharu mendakwa Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) hanya meluluskan 300 daripada 1,000 unit projek perumahan berkenaan.

“Sehingga ke hari ini belum ada apa-apa permohonan daripada pihak berkenaan diajukan kepada MPKB BRI. Jadi bagaimana beliau boleh dakwa hanya 300 unit yang dilulus,” katanya.

Projek perumahan itu yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Kampung Baru raja Udang, Wakaf Mek Zainab pada Mac lalu.

Takiyuddin juga berkata, sejak 1990 sehingga sekarang kerajaan pusat langsung tidak membantu Kelantan membina projek awam kos rendah sebagaimana diberi kepada negeri-negeri lain. -harakahdaily
TV Thailand siar apa yang tak tergamak TV3 siarkan!!
Sabtu, April 27, 2013 | Author: Tuk Kiyai

Berita ini tentu tak gamak disiarkan oleh TV3 dan RTM, namun TV Thailand boleh menyiarkan untuk santapan berita dan pengetahuan rakyat Thailand. TV3 dan RTM hanya pandai membekukan otak rakyat Malaysia dan meremehkan rakyat seolah-olah rakyat tidak mendapat sumber berita lain.

Semalam kajian Pusat Kajian Pilihan raya dan Demokrasi Universiti Malaysia (UMCEDEL) mengumunkan kajian mereka yang 43 peratus pengundi di negara ini berpendapat Anwar Ibrahim lebih layak dilantik menjadi PM Malaysia berbanding 39 peratus untuk Najib Razak [Rujuk]. Berdasarkan kajian ini TV Thai menyiarkannya.

Tujuannya juga adalah untuk santapan berita rakyat utara Semenanjung – Kedah, Kelantan, Perlis yang berhampiran sempadan Thai kerana mereka juga mendapat siaran TV Siam.

Selepas pilihanraya, TV3 dan RTM akan berebut-rebut untuk mendapatkan berita kemenangan PR, Insyaallah…ini kalilah.
-ekeleh.com
[VIDEO] Rakyat Serbu Tok Guru dan Datuk Husam di Masjid Putrajaya
Jumaat, April 26, 2013 | Author: Tuk Kiyai

Terkini: Timbalan Ketua Pengarah Kastam ditembak mati di Putrajaya
Jumaat, April 26, 2013 | Author: Tuk Kiyai
Datuk Shahruddin Ibrahim

PUTRAJAYA - Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) mati ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya, hari ini.

Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, yang tinggal di Dengkil, Selangor, disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada pukul 9.20 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata dua lelaki bermotosikal melepaskan tiga das tembakan ketika kenderaan yang dinaiki Shaharuddin berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan pada pukul 8.15 pagi.

"Tembakan itu mengenai bahagian leher ke atas dan Shaharuddin dikejarkan ke Hospital Putrajaya oleh pemandunya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kejadian.

Ku berkata siasatan polis mendapati Shaharuddin ditembak menggunakan pistol automatik.

Polis akan meneliti kesemua bahan bukti termasuk kamera litar tertutup di kawasan itu, katanya sambil meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran. - Bernama

P/s: Takziah buat keluarga mangsa...Oh Malaysiaku...Negara paling selamat di Asia Tenggara
Blogger Umno Dr Novandri kemalangan
Jumaat, April 26, 2013 | Author: Tuk Kiyai

Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gelugor, Dr. Novandri Hasan Basri, 45, terbabit dalam kemalangan di Kilometer 381.2 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Slim River awal pagi tadi.

Beliau yang terkenal dengan blog Dr. MiM dan seorang rakannya, Azlan Ali, 36, mengalami kecederaan dan sedang dirawat di Hospital Slim River.

Menurut jurucakap polis, Ibu Pejabat Polis Daerah Tanjung Malim, kemalangan berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi ketika beliau dalam perjalanan dari Pulau Pinang menuju ke arah Selatan. -kintamenjerit

P/s: Inilah dia blogger umno Minda Intelek Melayu (MiM) yang suka buat fitnah tu.....Dengar cerita tangannya hancur. Betul ke?
Najib Tidak Berminat untuk Berdebat dengan Anwar...
Jumaat, April 26, 2013 | Author: Tuk Kiyai

Najib pertahan haramkan ‘Allah’, tolak debat pilihan raya

KUALA LUMPUR, 26 April — Datuk Seri Najib Razak telah mezahirkan sokongan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengharamkan pengunaan perkataan Arab untuk tuhan, “Allah”, oleh bukan Islam di Malaysia, menurut wawancaranya bersama saluran berita antarabangsa Al –Jazeera.

Perdana menteri kerajaan sementara itu turut memberitahu Veronica Pedrosa dalam wawancara yang akan disiarkan pada Ahad, beliau tidak berminat untuk berdebat dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum pilihan raya 5 Mei.

“Konsep Allah berbeza dalam Islam berbanding dalam Kristian, kita tidak seharusnya mengecewakan orang Islam dan orang Islam tidak seharusnya mengecewakan orang Kristian, kita tinggal secara harmoni selama bertahun-tahun dan ianya seharusnya berterusan,” kata beliau dipetik dari petikan wawancara yang diedarkan oleh Al-Jazeera versi bahasa Inggeris.

Mahkamah Rayuan Malaysia telah menetapkan 30 Mei sebagai tarikh untuk satu lagi kes pengurusan terhadap kerajaan dan rayuan Kementerian Dalam Negeri mengenai keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 perkataan “Allah” boleh digunakan oleh akhbar mingguan Katolik, Herald.

Pada 2007, kerajaan menghadkan penggunaan terma tersebut hanya kepada konteks orang Islam sahaja. Ini dibatalkan olah Mahkamah Tinggi dua tahun kemudian oleh kerana hakim mengatakan ianya tidak mengikut perlembagaan. Putrajaya membuat rayuan mengenai keputusan tersebut dan pelaksanaan singkat keputusan mahkamah 2009 sejak itu telah digantung.

Selepas keputusan mahkamah, terdapat beberapa siri letupan dan pembalingan batu terhadap beberapa rumah ibadat di Kuala Lumpur. Sebahagian daripada pesalah didakwa dan kemudiannya dihukum tetapi kes itu terus terpendam di hati.

Komuniti Kristian berjumlah kurang daripada10 peratus daripada populasi 28 juta di Malaysia akan tetapi kedua-dua Najib dan Anwar telah lama mula menarik mereka sebelum Pilihan Raya 2013

Najib juga mengatakan beliau lebih berminat melibatkan diri orang ramai secara langsung daripada berdebat dengan lawan politiknya.

“Terdapat pelbagai cara untuk sampai kepada rakyat, kedua-dua parti politik mempunyai banyak ruang di Malaysia… Kita tidak akan berdebat.. kita perlu melibatkan diri dengan rakyat, pembangkang akan melibatkan diri dengan rakyat,” kata Najib kepada Al-Jazeera.

Wawancara Najib akan disiarkan buat pertama kali di seluruh dunia pada 27 April, 12.30 tengah hari (waktu tempatan). Wawancara boleh dilihat melalui Saluruan Astro 513. Ulangan wawancara 30 minit itu akan disiarkan hari Ahad pada pukul 4.40 petang, Isnin 3.30 pagi dan 10.30 malam.

Beliau mengetuai Barisan Nasional (BN) bagi pilihanraya umum ke 13 dan telah dijadikan pengarah pilihan raya Selangor yang dikuasai oleh PR.

Terdapat 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di 12 negeri untuk dimenangi pada pilihan raya 5 Mei dan pemerhati menjangkakan BN akan terus menjadi kerajaan dengan majoriti lebih kecil.

Pilihan raya ini dijangka sengit kerana BN yang dahulunya dikenali sebagai Perikatan, telah memerintah negara semenjak negara Merdeka pada 1957 telah berkempen untuk beberapa inisiatif reformasi yang diperkenalkan oleh Najib yang mula berkhidmat empat tahun lalu. -TheMalaysianInsider

P/s: Tidak berminat atau tidak pandai berdebat? Kesian kat Anwar...
[VIDEO] Orang Gila Sahaja Yang Sokong Umno - Ibrahim Ali
Khamis, April 25, 2013 | Author: Tuk Kiyai

Kenderaan bawa kotak undi dilencongkan ke kawasan ‘rahsia’
Khamis, April 25, 2013 | Author: Tuk Kiyai

PETALING JAYA 25 APRIL: Kenderaan yang membawa kotak undi untuk dihantar ke ibu pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya, dilencongkan ke satu kawasan rahsia di Kajang.

Mendedahkan demikian, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenderaan itu berubah arah selepas berhenti di satu simpang.

“Saya difahamkan kenderaan yang membawa kotak undi itu sepatutnya terus ke Putrajaya.

“Tetapi selepas tiba di satu persimpangan tol tertentu, ada sebuah pajero SPR sudah menunggu kenderaan itu dan mengalih haluan ke satu kawasan rahsia di Jalan SC 2 dekat kawasan perindustrian Sungai Chua, Kajang,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

Pendedahan itu susulan maklumat terbaru yang diterima Ketua Umum KEADILAN itu.

Beliau mempersoal mengapa kotak undi itu dibawa ke kawasan lain sedangkan mengikut prosedur, kotak undi mesti disimpan di ibu pejabat SPR.

“SPR sebagai badan bebas mesti menjelaskan perkara ini segera bagi mengelakkan persepsi negatif rakyat terhadap mereka,” kata Anwar yang akan mempertahan kubu kuat KEADILAN di Permatang Pauh pada PRU 13.-keadilandaily

P/s: Apa kata SPR? Klik di sini. Jom kita terjah Sungai Chua di Kajang...
Saya cium Zulkifli Noordin bukan kerana wang
Khamis, April 25, 2013 | Author: Tuk Kiyai

Lelaki yang menjadi mangsa kemarahan masyarakat India kerana mencium pipi Datuk Zulkifli Noordin pada hari penamaan calon, tidak kisah walaupun dilabel sebagai "Judas" (pengkhianat) kerana menyokong naib presiden PERKASA yang kontroversi itu.
The Malay Mail bertemu dengan N Devendren (kanan), yang mendakwa anggota MIC, yang sejak hari penamaan calon mendapat cemuhan meluas di media sosial ekoran tindakannya.

"Hidup mesti diteruskan, orang ramai terutamanya masyarakat India ada pandangan mereka tetapi akhirnya saya ada hak untuk pilih siapa yang saya rasa betul," kata ahli perniagaan 32 tahAun yang masih bujang itu.

Devendren menafikan dakwaan beliau diberikan wang sebagai balasan menunjukkan sokongan kepada Zulkifli, yang bertanding atas tiket "Rakan BN" menentang penyandang Khalid Samad.

"Saya tak lakukannya untuk wang," katanya ketika ditemui di pusat kempen BN di Seksyen 23 di Shah Alam. -Malaysiakini

Pada 20hb. April, 2013 saya telah menunaikan solat Isyak' di Surau Abdul Rahman Auf, Presint 11. Selepas selesai tunai solat, saya telah mengambil sedikit masa berta'ruf dengan hadirin didalam surau tersebut.

Hari ini saya diberitahu bahawa Pengerusi & Bendahari Surau tersebut telah dipanggil mengadap Ketua Pengarah JAWI di Pejabatnya pagi tadi & seterusnya saya diberitahu bahawa SEMUA AJK Surau Abdul Rahman Auf, Presint 11 telah DIBERHENTIKAN SERTA-MERTA kerana membiarkan saya berta'ruf dengan makmum Surau tersebut.

Saya mohon pada semua Sahabat-sahabat yang baru saya kenali di Putrajaya, Penduduk2 Putrajaya & Seluruh Rakyat Negara Malaysia yang beragama Islam berdoa mohon kepada Allah supaya budaya Politik Sempit begini ditamatkan pada 5hb. Mei, 2013.
Sumber: Facebook P-125 Putrajaya
Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff Yakin Pakatan Rakyat Menang
Khamis, April 25, 2013 | Author: Tuk Kiyai

Dalam kolum Simpul Mati, akhbar INIKALILAH terbitan 24-30 April lalu, saya merakamkan pengalaman dan gelodak rasa pada hari penamaan calon PRU13, khususnya semasa mengikuti dari dekat calon PAS di Putrajaya, Husam Musa. Personaliti Naib Presiden PAS ini ternyata menimbulkan kegusaran jentera kempen BN, termasuk calonnya Tengku Adnan Tengku Mansor.

Secara logiknya, Husam hampir pasti kalah, tetapi penampilannya di pusat pentadbiran negara itu dilihat bakal membongkar banyak isu yang terpendam di sana, sama ada masalah seharian warga Putrajaya atau lebih digeruni Umno ialah akses anak kebanggaan Kelantan ini kepada sumber maklumat.

(Saya difahamkan kemudiannya bahawa jentera kempen PAS berdepan pelbagai bentuk sabotaj dan aksi ganas-samseng, termasuk kesukaran untuk memasang bendera dan poster. Umno sengaja mendedahkan kepada dunia; tindakan barbarik tidak bertamadun penggerak partinya bukan hanya di kawasan pendalaman seperti penempatan Felda atau kampung tradisi tetapi membarah di kota-kota besar).

Umum mengakui ragam politik pada pagi Sabtu itu begitu meriah, menarik (juga mengejutkan) dan mencatat rekod bukan saja dari segi pertambahan jumlah calon Bebas, tetapi turut menyaksikan pertembungan dalaman kedua-dua gabungan parti, BN dan Pakatan Rakyat.

Kemelut dalaman Pakatan cepat diselesaikan. Walaupun reaksi akar umbi di kawasan tertentu tidak mudah dikendurkan dalam masa singkat, namun ia jauh berbeda dengan krisis dalaman Umno yang berpanjangan dan juga perselisihan di antara parti-parti komponen BN, yang dijangka membawa natijah lebih buruk kepada prestasi BN pada 5 Mei nanti.

Seperti orang lain juga, saya agak terkejut dengan barisan calon "boleh menang" yang diputuskan Najib Razak sendiri. Sehingga hari ini saya belum dapat memahami mengapa Zulkifli Nordin boleh dipilih BN di Shah Alam, pusat pentadbiran negeri termaju.

Semakin payah saya mencari alasan bagaimana calon BN di Pasir Mas, Che Johan Che Pa boleh memberi laluan kepada Ibrahim Ali. Zulkifli dan Ibrahim merupakan dua pemimpin utama Perkasa. Kalau diikutkan pengaruh, apalah yang ada lagi pada Ibrahim, calon Bebas yang pernah hilang wang pertaruhan dalam pilihan raya kecil Pengkalan Pasir, 2005? Melainkan saya terpaksa merumuskan bahawa semua itu membuktikan pengaruh Dr Mahathir Mohamad begitu mencengkam dalam Umno.

Lim Kit Siang pula berkata, pemilihan Zulkifli dan memberi laluan kepada Ibrahim, menunjukkan Dr Mahathir mempunyai "kuasa mutlak" dalam Umno, termasuk "satu hari nanti beliau akan meletakkan Ibrahim sebagai perdana menteri". "Perkasa sudah menjadi parti komponen ke-14 dalam BN," katanya.

Apa pun, sebagai pengamal media, saya lebih suka meneliti situasi kempen, terutama jika ia bercanggah dengan amalan demokrasi, mencabuli adab dan peraturan serta mengetepikan etika. Paling penting, mengapa selepas dilipatgandakan tuntutan Bersih, termasuk melalui siri himpuna raksasa, namun amalan rasuah dan "beli undi" terus berleluasa semasa kempen, manakala akses media untuk parti-parti bertanding selain BN, semakin disekat.

II. Agus yakin Pakatan menang PRU13?

Petang Isnin lalu, selepas beberapa kali temujanji dengan penganalisis politik, Dr Mohamnad Agus Yusoff tertangguh, dalam curahan hujan lebat saya gagahi juga ke rumahnya, di Bandar Baru Bangi. Saya ditemani pengendali kolum sastera-budaya Harakah, Ali Bukhari Amir.

Tentulah topik utama tertumpu kepada perkembangan mutakhir kempen PRU13. Semasa seronok bersembang, Dr Agus menjawab panggilan telefon. Dari nada dan butir percakapannya, pensyarah kanan sains politik UKM ini seperti berbicara dengan wartawan.

"Banyak pertanyaan saya terima mengenai ramainya calon Bebas kali ini," katanya mengesahkan andaian saya panggilan itu daripada wartawan yang memburu berita. "Bagi saya, ia biasa saja. Yang hendak saya tekankan, kali ini rakyat tidak mahu bazirkan undi mereka, terutama kepada calon-calon Bebas."

"Ya, saya suka istilah itu, tidak berlaku lagi pembaziran undi walaupun ramai juga nama-nama besar yang bertanding sebagai calon Bebas," pintas saya.

PRU13, kata Dr Agus, adalah peluang terbaik untuk rakyat melakukan perubahan, dan ia bukan lagi persoalan mengenai calon-calon. "Maknanya, kali ini pengundi lebih mementingkan parti berbanding personaliti calon?" tanya saya. "Ya."

"Pilihan raya kali ini di antara dua parti besar, kedua-duanya, BN dan Pakatan, mempunyai potensi dan sumber yang tidak jauh berbeda, dengan aras padang permainan hampir sama rata," tambah Dr Agus. "Dan saya dapat rasa wujud kesedaran besar yang agak menyeluruh bagi mengubah kerajaan di peringkat persekutuan."

Ditanya pandangan profesor politik tertentu yang meramalkan BN mampu menang besar, termasuk memperolehi majoriti dua pertiga di Parlimen, Dr Agus segera membidas: "Usah berselindung di sebalik kedudukan sebagai ahli akademik, isytihar saja sebagai jurucakap parti, 'kan senang."

Beliau menyifatkan ada di kalangan mereka seperti ayam daging yang sudah dibiasakan dengan dedak. "Ayam ini, jika terlepas dari kurungan, tidak akan melarikan diri kerana ia menunggu dedak seterusnya walaupun tahu akan disembelih akhirnya," ujarnya.

Saya sejak lama menghormati pandangan Dr Agus dan seringkali merujuk kepadanya terutama sebagai panduan untuk menulis komentar politik. Ada kelainan dalam ulasannya, tentunya disebabkan setiap analisisnya tidak dibuat sembrono, malah lebih penting, boleh dipertanggungjawabkan.

Saya perhatikan, walaupun beliau menyedari Pakatan Rakyat juga mempunyai kelemahan -- termasuk dalam pemilihan calon di negeri tertentu -- tetapi peluang mesti diberikan agar kepemimpinan negara dapat "disegarkan" dengan idea-idea dan dasar-dasar baru, yang akhirnya membawa keuntungan dan manfaat buat rakyat.

Agak kerap Dr Agus menegur laporan pemberitaan Harakah. Selain mahu melihat Harakah lebih berwibawa dan dipercayai pembaca, beliau prihatin dengan kesilapan-kesilapan kecil seperti ejaan dan tanda baca.

"Saya mahu Harakah selami masalah dan penderitaan rakyat, dekati golongan terpinggir yang tertekan dengan kenaikan kos hidup. Kita mahu formula penyelesaian yang lebih menyeluruh terhadap begitu banyak problem besar negara, bukannya ditangani melalui bantuan one-off," katanya sambil merujuk bermacam-macam insentif yang dihamburkan Najib. "Risda pun nak bagi bantuan."

Sebelum saya pulang, saya tanyakan sekali lagi 'soalan cepumas': "Dr yakin Pakatan boleh menang dan menguasai Putrajaya kali ini?" Segera beliau menjawab: "Ya."

III. Mat Taib: "Umno bukan tiada jasa tapi sudah jadi OKU"

Penyertaan bekas Menteri Selangor, Muhammad Muhd Taib diharap dapat melonjakkan pengaruh PAS, terutama di kalangan orang Melayu di negeri termaju itu. Saya lebih tertarik dengan kenyataan bekas Naib Presiden Umno ini yang kelihatan selesa menyandarkan hujahnya kepada tuntutan agama.

Muhammad ternyata bersikap terbuka, tenang dan mengambil pendekatan sederhana. Beliau sengaja memilih masa selepas hari penamaan calon bagi mengelak tohmahan mengejar jawatan, atau lebih tepat menjadi calon PRU13.

Apabila desas-desus tersebar seorang bekas menteri besar Umno akan menyertai PAS, Dr Haron Din menghubungi saya mengesahkan tokoh itu ialah Muhammad. Mungkin hubungan rapatnya dengan Dr Haron Din turut memudahkan beliau membuat keputusan bijak.

Meneliti responsnya terhadap soalan media, saya kira Muhammad tidak mahu sengaja mencipta pertembungan dengan Umno.

“Saya tidak boleh kata Umno tak ada jasa, tapi sampai masanya mereka sudah tidak boleh lagi dah buat kerja dan sudah hilang upaya,” kata Muhammad. “Mereka dah jadi kurang upaya."

Sebuah akhbar memetik kenyataannya: Saya tidak mahu serang Umno kerana saya lama dalam Umno. Itu tidak adil. Umno sudah buat baik. Saya fikir Pas perlu diberi peluang. Bagi dia peluang."

Ya, satu lagi kunci kata yang saya minat, "bagi PAS peluang."

IV. Kit Siang: "Umno tak berani pertahan Islam

Calon DAP di Gelang Patah, Lim Kit Siang menyelar kempen perkauman BN, termasuk melalui iklan politk dalam akhbar The Star, dengan menyebar fitnah mengenai bungan parti itu dengan PAS.

Saingannya Abdul Ghani Othman cuba menakutkan masyarakat Cina, dengan menekankan dalam ceramahnya: "Jika Kit Siang menang, Hadi mungkin jadi PM.”

Kit Siang menyanggah kemas: "Jadi saya ingin tanya kepada MCA dan Ghani, apa salahnya jika pengundi Cina undi PAS, pengundi Melayu undi DAP, semua pengundi India, Cina, Melayu, Kadazan, Iban mengundi PAS, KeADILan dan DAP? Apa salahnya jika kita rakyat Malaysia bersatu padu, bersatu hati dan saling faham-memahami."

Mengulas kempen MCA memburukkan DAP, Kit Siang berkata: "Saya kesal dengan tindakan MCA yang menggunakan akhbar The Star yang dikuasainya untuk menyiarkan iklan-iklan politik yang menghina orang Melayu dan mempermainkan agama Islam. MCA sengaja berbuat demikian untuk menunjukkan kepada kaum Cina bahawa ia tidak akan tunduk kepada orang Melayu dan Islam."

Dalam The Star baru-baru ini, iklan bertajuk “Why is DAP silent?” (Mengapa DAP berdiam diri?) mengutuk kerajaan negeri PAS-Pakatan Rakyat Kedah yang didakwa merobohkan tempat menyembelih haiwan, mengharamkan panggung wayang, mengharamkan persembahan seni oleh wanita dan mengharamkan sambutan Hari Valentine. Iklan akhbar MCA itu juga mendakwa kononnya PAS mahu menutup Bursa Saham dan Genting serta fatwa PAS dikatakan menjejaskan orang bukan Islam.

"Umno pula berdiam diri dan tidak berani mempertahankan Islam dan Melayu kerana mahu membiarkan MCA memperolehi undi kaum Cina melalui cara yang kotor dan keji ini," tegas Kit Siang.

Menyentuh momokan MCA terhadap pemerintahan PAS di Kelantan, Kit Siang mempunyai jawapan mantap: "MCA dan BN lupa bahawa rakyat Kelantan sejak 1990 sentiasa memilih PAS adalah kerana kepimpinan Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat adalah bersih, bebas rasuah dan adil kepada semua kaum.

"Kebebasan beragama di Kelantan adalah lebih baik daripada beberapa negeri yang diperintah oleh Umno-BN. Rakyat Kelantan sudah lama sedar bahawa pimpinan PAS-Pakatan Rakyat tegas menolak rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan."

Lega saya. Titik.
Sumber: detikdaily
Lagi kes pengundi ditukar tempat mengundi tanpa pengetahuan...
Khamis, April 25, 2013 | Author: Tuk Kiyai

KUALA LUMPUR 25 APRIL: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan pertukaran alamat tempat mengundi tanpa pengetahuan pengundi.

Beliau berkata, walaupun hanya tinggal 10 hari lagi untuk mengundi, SPR sebagai badan bertanggungjawab harus memberikan perhatian berhubung perkara tersebut.

“Masalah maklumat ditukar tanpa pengetahuan pengundi masih perlu diberi perhatian. Perkara ini mengganggu pengundi, juga turut mempengaruhi proses pilihan raya demokrasi.

“SPR perlu menyiasat kes-kes tersebut, bukan biarkan begitu sahaja. Terdapat banyak masalah maklumat pengundi ditukar tanpa pengetahuan pengundi sendiri, terutama kawasan mengundi ditukar dan didaftar menjadi pengundi pos.

“Masalah sebegini menyusahkan pengundi, sebab mereka mungkin tidak ada masa buat persediaan untuk mengundi pada hari mengundi,” kata Tian pada kenyataan.

Katanya, berdasarkan aduan rakyat mengenai pertukaran tempat mengundi, beliau tidak menolak sekiranya taktik itu diguna untuk mengurangkan kadar pengundi di tempat yang dikhuatiri BN akan kalah.

“Seorang penduduk berasal dari Johor, kini tinggal di Puchong, Selangor memberitahu, tiga orang kawan dan seorang rakan kerjanya masing-masing menghadapi masalah alamat mengundi ditukar tanpa pengetahuan mereka.

“Saya percaya, ada pihak tertentu merancang mengurangkan kadar undi Cina. Tiga orang kawan saya terima surat dari BN, menyeru mereka balik kampung mengundi (seorang balik Johor Bharu, dua orang balik Seremban).

“Mereka hairan sebab mereka sudah tukar alamat mengundi, malah telahpun mengundi di kawasan Puchong pada pilihan raya yang lepas,” ujar Tian yang mempertahankan kerusi Parlimen Batu pada pilihan raya kali ini. -keadilandaily

Keputusan BN untuk mencalonkan Naib Presiden PERKASA, Zulkifli Noordin bertanding kerusi Parlimen Shah Alam telah dikritik hebat tetapi Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek menyokong pilihan parti itu.

Katanya, Zulkifli adalah kawan baik Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pernah menjadi peguam pemimpin Pakatan Rakyat itu. 

"Beliau telah bertanding di bawah PAS (sebelum ini). Beliau dan PAS adalah kawan yang sangat baik, oleh itu ketika berada dalam PAS, kemungkinan besar beliau menerap nilai-nilai dan budaya PAS.

NONE"Dan hari ini dia telah insaf dan bertaubat," kata Chua (kiri) dalam satu
sidang akhbar ketika berkempen untuk calon MCA bagi Parlimen Pandan, peguam Gary Lim petang ini.

Isnin lalu, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak cuba memadamkan kemarahan berhubung kenyataan Zulkifli Noordin yang didakwa telah menghina agama Hindu. Najib mendakwa masyarakat kaum India kini mula menerima Zulkifli.

Malah, kata Najib, ada orang India yang telah mencium Zulkifli.

Zulkifli telah meminta maaf atas kenyataannya  yang menurutnya, dibuatnya sepuluh tahun lalu.
Sah BN Johor Bakal Tumbang!!
Khamis, April 25, 2013 | Author: Tuk Kiyai

Sambutan luar biasa 
Lebih 30 ribu rakyat Johor terpukau mendengar ceramah Anwar Ibrahim di Kg. Abdullah, Batu Pahat malam tadi.

PR perintah, pertukaran guru mesra keluarga - Husam

PUTRAJAYA: Calon PAS bagi Parlimen Putrajaya Datuk Husam Musa berkata, sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini, sistem pertukaran guru akan diubah ke arah lebih 'mesra keluarga'.

Bercakap pada sidang media di sini hari ini, Husam yang juga Naib Presiden PAS itu berkata, pada waktu ini ramai guru-guru terpisah jauh dari anak isteri masing-masing ekoran sistem pertukaran guru yang tidak berpandukan kepada konsep yang betul.

"Ada pasangan guru dipisahkan, suami di Johor, isteri di Perlis, isteri di Selangor suami di Sarawak. Apa perasaan mereka? Siapa yang akan bertanggungjawab menguruskan anak-anak yang masih kecil?

"Bayangkan ada pasangan muda terpaksa berpisah kerana tiada konsep mesra suami isteri. Ada yang berseloroh, macam mana kalau perdana menteri dan isteri dipisahkan begitu. Saya harap Datin Seri Rosmah dapat faham rungutan kakitangan awam ini," kata Husam.

"Kalau Pakatan Rakyat diberi mandat mentadbir negara, saya berjanji kepada lebih kurang 400,000 guru di Malaysia bahawa kalau ada pertukaran guru, kita akan buat dengan cara mesra keluarga," katanya lagi.

Konsep itu juga ujarnya akan diguna pakai kepada semua kakitangan awam di pelbagai sektor dan bukan khusus kepada guru sahaja.

Sehubungan itu juga katanya, satu forum Debat Putrajaya akan diadakan dan beliau menawarkan diri untuk tampil di pentas debat itu.

Beliau turut mengajak Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk tampil bersama bagi membincangkan tajuk 'Kebajikan Guru'.

Menurutnya, Muhyiddin adalah individu paling layak memandangkan beliau adalah menteri pelajaran. -harakahdaily

P/s: Salah satu punca guru sukar untuk kembali ke negeri asal ialah kerana Pejabat Pendidikan Daerah dikuasai oleh orang-orang umno. Kalau seseorang guru itu ahli umno dan aktif  maka senanglah untuk melakukan pertukaran....

P/s: Memang bongkak....Kah kah kah...

Calon BN Pandan disiasat polis, surat tunjuk sebab Majlis Peguam
Rabu, April 24, 2013 | Author: Tuk Kiyai
Rafizi (tengah) bersama lawannya, Gary Lim (kiri) dan seorang lagi calon Bebas

PETALING JAYA 24 APRIL: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan, calon BN Parlimen Pandan, Gary Lim masih dalam siasatan polis dan Majlis Peguam berikutan tuduhan salah laku.

Dedah Rafizi, satu laporan polis dibuat firma guaman Shearn Delamore & Co terhadap Lim atas tuduhan salah laku, manakala surat kedua adalah dari Majlis Peguam mengesahkan mengenai surat tunjuk sebab.

“Saya beranggapan bahawa bukti-bukti ini adalah jelas bahawa beliau masih tertakluk kepada siasatan polis dan Majlis Peguam, walaupun beliau masih menafikan sehingga kini,” kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN hari ini.

Menurut surat firma tersebut yang ditandantangani pengurusnya Robert Lazar bertarikh 27 Disember 2012, Gary Lim atau nama sebenarnya, Lim Chin Yee diminta memulangkan aset syarikat termasuk alat tulis.

Surat tersebut menyatakan Lim meletakkan jawatan di firma tersebut pada 30 Oktober 2011.

“Adalah polisi kami kepada mereka yang berhenti memulangkan semua harta syarikat temasuk alat tulis. Ini termasuk kepala surat.

“Sekiranya surat (dengan imej yang dihantar kepada kami) bertarikh 1 Disember 2012, dengan demikian kami membuat kesimpulan En Lim mengambil kepala surat yang kosong bersamanya, apabila dia menamatkan kerja dengan kami.

“Seperti dinasihatkan, kami telah membuat laporan polis bertarikh 7 Disember 2012 dan salinannya dikepilkan bersama,” kenyataan surat Shearn Delamore & Co dipetik.

Manakala surat Majlis Peguam kepada Lim bertarikh 19 Februari 2013 menuntut surat tunjuk sebab dalam tempoh 14 hari diserahkan berhubung ‘Orang Tidak Sah’ (Unauthorised Person).

“Dimaklumkan bahawa sekiranya gagal memberi respon dalam tempoh yang ditentukan, perkara tersebut akan dirujuk kepada Lembaga Disiplin tanpa berhubung terus dengan kamu (Lim),” jelas kenyataan Majlis Peguam.

“Namun, sehingga hari ini dia (Lim) masih menafikan dikenakan tindakan disiplin atas salah laku dan laporan polis,” kata Rafizi, yang akan berentap dengan Lim pada PRU 5 Mei nanti.-keadilandaily
Wanita umno Kuala Kangsar menangis selama tiga hari...
Rabu, April 24, 2013 | Author: Tuk Kiyai

Jentera Wanita Umno Kuala Kangsar kini telahpun dapat menerima tindakan Datuk Kamilia Ibrahim yang bertanding sebagai calon Bebas di kawasan parlimen tersebut, namun tetap menganggap naib ketua Wanita Umno itu mementingkan diri sendiri.

Anggota Wanita Umno yang ditemui Malaysiakini, dengan berlinangan air mata juga menyatakan bahawa mereka tidak menjangkakan Kamilia akan bertindak sedemikian.

Anggota cawangan Talang Hilir, Nor Suraidah Murad, 43, tindakan Kamilia itu mengecewakan ramai pihak lebih-lebih lagi Wanita diperingkat akar umbi.

"Saya rasa keputusan dia pentingkan diri dan tak mementingkan parti. Saya memang kecewa sangat. Tetapi sekarang, kami semua dah boleh terima dan menjalankan aktiviti macam biasa.

"Kita juga akan pergi rumah ke rumah untuk terangkan situasi sebenar kepada orang ramai mengenai perkara ini," katanya dengan nada sedih.

Seorang lagi anggota berkenaan dari cawangan Bukit Chandan, Wan Bidah Wan Yusoff, 50, berkata mereka turut "berkabung" selama tiga hari sejak hari penamaan calon.

Menurut Wan Bidah, ramai Wanita yang menangis dan bersedih dengan keputusan yang diambil Kamilia.

"Ramai menangis. Masa dalam perjumpaan jentera pun, ramai menangis. Tapi sekarang dah OK. Tiga hari sahaja menangis. Lepas itu semua dah kembali macam biasa.

"Memang terkejut sangat dengan tindakan dia (Kamilia). Tapi kita pun dah buat banyak perjumpaan dan lepas Datuk Shahrizat (Abd Jalil) datang, kita sekarang dah OK dan akan buat kerja," katanya.

Anggota jentera berkenaan ditemui selepas pertemuan tertutup dengan Shahrizat di Kuala Kangsar semalam. Kenyataan Wan Bidah itu mengesahkan tinjauan Malaysiakini di sekitar Kuala Kangsar sejak beberapa hari lalu yang mendapati tidak banyak aktiviti berlangsung dan bilik gerakan BN di kawasan itu juga kelihatan suram.

Jentera Wanita itu juga bersimpati dengan Kamilia yang menjalankan kempen sebagai calon Bebas dengan hanya dibantu oleh anggota keluarga, kata setiausaha Wanita Umno bahagian, Aishah Halid.

"Ada kami nampak Datuk berkempen. Tapi dia dengan anak dia je. Anak lelaki dan anak perempuan. Kami ada juga nampak dia bagi risalah dekat orang. Ada juga yang nampak dia bagi risalah dekat bangsal panas PAS.

"Datuk pernah cakap dekat saya dia tak akan kacau orang Umno. Jadi sasaran Datuk ialah pengundi atas pagar, golongan muda. Sebab Datuk ada semua data-data pengundi kat sini.

"Kami tengok dia kami kesian. Dia jalan sorang-sorang dengan anak-anak dia," katanya kepada Malaysiakini.

Kamilia ketika dihubungi petugas media sehari selepas penamaan calon lalu meminta agar wartawan menyemak tulisannya di Facebook untuk mendapatkan kenyataan terkini.

Tulisannya yang terakhir di laman tersebut bertarikh 21 April. -Malaysiakini
Pemimipin Umno cantas pemimpin umno: Ini buktinya...
Rabu, April 24, 2013 | Author: Tuk Kiyai

Fadzil: Saya mangsa Bashah
ALOR SETAR - "Saya jadi mangsa Bashah," kata calon Bebas kerusi Dun Alor Mengkudu, Fadzil Hanafi.

Bashah, nama yang disebut merujuk kepada Ketua Umno Bahagian Alor Setar yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

Ditanya apa maksud kata-katanya itu, Fadzil berkata, beliau difahamkan, namanya sudah naik sebagai calon BN untuk kerusi Dun berkenaan pada tengah malam 15 April sebelum nama calon-calon BN diumumkan esoknya.

"Tapi esoknya, nama saya hilang, diganti dengan orang lain," katanya.

Fadzil mengesyaki perubahan itu berpunca daripada Bashah yang tidak mahu beliau bertanding pada pilihan raya ini.

"Saya ada harapan yang cerah untuk menang. Kalau saya bertanding dan menang, dia (Bashah) mungkin anggap saya ancaman untuk dia kekalkan kerusi ketua bahagian, malah mungkin juga sebagai pengerusi perhubungan Umno Kedah," katanya.

Atas sebab itu, kata Fadzil, Bashah memilih untuk membunuh terus karier politiknya dengan tidak membenarkan beliau jadi calon pilihan raya.

"Sekarang dia sudah berjaya 'bunuh' saya," katanya yang dipecat daripada Umno serta merta atas sebab bertanding sebagai calon Bebas menentang calon BN pada pilihan raya ini.

Fadzil,55, pernah menjadi Adun Tanjung Seri (nama lamaAlor Mengkudu) selama dua penggal selepas memenangi pilihan raya pada 1999 dan 2004.

Ketua Pemuda BN Terengganu: 'Henti tayang video lucah'

KUALA TERENGGANU – “Jika saya dapati ada berlaku perkara ini, memang sewajarnya Pemuda Barisan Nasional (BN) dan pimpinan akan beri arahan supaya hentikan.”

Demikian tegas Ketua Pemuda BN Terengganu, Saiful Bahri Baharuddin ketika mengulas mengenai isu penayangan video lucah yang dikatakan galak ditayangkan di markas BN di sekitar Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Setiu menjelang kempen pilihan raya.

Video yang dikatakan mirip Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali bersama pasangannya dalam sebuah hotel itu dikatakan ditayangkan secara terbuka dalam ceramah BN di tiga kawasan terbabit sejak kempen pilihan raya berlangsung.

Saiful Bahri yang juga Ketua Pemuda Umno Terengganu berkata, penayangan video itu dilihat boleh mencemar imej dan peribadi seseorang.

“Sewajarnya bagi pihak BN, kita memang tidak menggalakkan atau menegah atau menghalang individu atau orang ramai menayangkan filem video kerana ia boleh mencemar imej peribadi seseorang. Kita memang mencegah perkara itu daripada berlaku,”
katanya pada sidang media selepas membuat laporan polis, di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Terengganu, Badrol Hisham Zaki menjelaskan tidak mendapat maklumat mengenai perkara itu.

Beliau turut mengakui tidak tahu menahu mengenai sebarang tayangan video sedemikian dan menganggap tindakan penayangan secara terbuka tidak mungkin dilakukan BN.

“Setakat yang saya tahu kita tidak pernah menayangkan apa-apa gambar atau filem berkaitan. Kalau secara persendirian itu kita tidak boleh nak kata apa tetapi dalam ceramah atau secara terbuka tidak mungkin.

“Kita tidak mahu sesuatu yang boleh menimbulkan masalah terutamanya dari sudut kesalahan atau dari sudut keselamatan yang kalau menayangkan filem sebegitu menyalahi peraturan dan undang-undang. Tidak mungkin kita buat sesuatu yang menyalahi peraturan,” katanya.

Beliau yang juga Exco Pemuda Umno berkata, arahan penayangan video berkenaan juga tidak pernah dikeluarkan BN untuk tujuan menjatuhkan mana-mana pihak lawan.

“Memang kita tidak pernah keluarkan arahan. Saya sendiri tidak pernah melihat video berkenaan, jadi macam mana kita terfikir untuk tayang. Kalau benar sekalipun, ia boleh mengaibkan seseorang, Islam pun mengharamkan membuka aib orang,” katanya.
Sumber: Sinarharian
P/s: Memang parti umnoporno....ini kalilah!!!
[Foto] Umno bakal tumbang di Putrajaya
Rabu, April 24, 2013 | Author: Tuk Kiyai
Barisan penceramah di Putrajaya malam tadi

Sumber: dariputrajaya

P/s: Saya katakan "bodohlah" kalau ada pengundi yang masih menyokong Tengku Adnan....Anda nak pilih pemimipin Melayu yang ada syer dalam syarikat judi? Ini kalilah!!!

[VIDEO] Mengapa Ustaz Azhar Menangis?
Selasa, April 23, 2013 | Author: Tuk Kiyai