(Ahli Parlimen sedang menonton video lucah dalam dewan)
Seorang ahli Parlimen ditangkap kamera seorang ahli media ketika sedang melayari video lucah menggunakan Tablet PC ketika Speaker, Marzuki Ali sedang mengumumkan keputusan perbahasan dikala menghadiri persidangan dewan di bangunan DPR (Dewan Perwakilan Rakyat) di Jakarta Jumaat kelmaren.
Tingkahlaku Ahli DPR itu iaitu Arifinto dari Parti PKS telah menimbulkan polemik sehingga Anggota Front Pembela Islam (FPI), Munarman, menyatakan anggota DPR yang terbukti dengan sengaja menyaksikan video porno agar meletak jawatannya. Pengunduran diri merupakan langkah yang merupakan satu tanggung jawab moral
“Di Amerika Syarikat, kes seperti ini (anggota dewan yang membuka video porno) pernah terjadi dan akhirnya anggota tersebut meletak jawatan. Inilah sepatutnya dilakukan oleh anggota DPR,” ujar Munarman ketika dihubungi pihak media.
Munarman memandang apa yang dilakukan anggota DPR dari Fraksi PKS, Arifinto, itu mungkin kes disengajakan. Belum dipastikan apakah Arifinto sengaja atau tidak ketika mengakses laman porno tersebut. “Kalau dari pengakuannya, beliau tidak sengaja saat membuka email yang tidak jelas,” katanya.
Sementara, Arifinto berharap kesnya tidak berpanjangan. Dia menegaskan bahwa film porno yang ia buka di gadgetnya itu tidak sengaja. Film itu berasal dari link di dalam email yang ia terima.
Ketika ia mengklik link tersebut, ternyata diarahkan ke laman yang menayangkan film porno. Sebab itu, cepat-cepat ia mematikan gadgetnya dan menghapus film tersebut. "Saya harap ini jangan jadi fitnah berkelanjutan," kata Arifinto. "Saya bukan orang yang menikmati nonton film itu.''
Hah! Itu di Indonesia. Bagaimana dengan negara kita yang kaya dengan tamaddun dan budi bahasa ini? Ahli parlimen menuntut supaya ditayangkan di Parlimen supaya ditonton ahli semua ahli perlimen video lucah yang dikatakan pimpinan PR sebagai pelakonnya. Nasib baik speaker tidak mengizinkan.
Inilah gambaran politik longkang yang disebut oleh Ku li (Umno Gua Musang) yang telah melanda dunia politik kita. Bagaimana anak-anak remaja rakyat bawahan? Kalau beginilan mentaliti para bapak rakyat… nescaya anak-anak akan kencing berlarilah jawabnya!!!
Khairy: Isu video seks sengaja dicetus alih fokus rakyat
[TMI] KUALA LUMPUR, 9 April — Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin menegaskan, dakwaan kononnya turut wujud rakaman video seks membabitkan beliau sengaja ditimbulkan pihak tertentu bagi mengalih tumpuan rakyat daripada isu sama mengaitkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Khairy (gambar) yang juga Ketua Pemuda Umno ketika ditanya media berhubung perkara berkenaan berkata, ia adalah satu usaha yang tidak berasas untuk menjatuhkan diri beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau.
“Saya melihat ini satu usaha untuk mengalih pandangan dan tumpuan rakyat daripada skandal yang melibatkan pemimpin pembangkang,” kata beliau di Pokok Sena, Kedah hari ini.
“Ia kisah lama yang sebenarnya keluar pada pilihan raya umum yang lepas untuk menjatuhkan saya tetapi tidak berjaya,” kata beliau dipetik laporan media.
Kelmarin, Pemuda Umno Rembau mencabar bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, Badrul Hisham Shaharin, membuktikan dakwaannya beliau pernah menerima rakaman aksi seks yang dikatakan melibatkan Khairy ketika pilihan raya umum 2008.
Kelmarin, Badrul Hisham yang turut dikenali sebagai “Chegubard” berkata beliau pernah didampingi seseorang yang membekalkan rakaman adegan seks yang dikatakan melibatkan Ketua Pemuda BN itu.
“Badrul Hisham Shaharin dicabar membuktikan dakwaan beliau dalam The Malaysian Insider adalah benar. Dalam kenyataan Badrul Hisham kata bahawa beliau telah dibekalkan oleh ahli Umno rakaman video lucah Khairy Jamaluddin (ketika) pada pilihan raya 2008. Kenyataan ini adalah bersifat biadab dan berunsur fitnah,” kata Penolong Setiausaha Pemuda Umno Rembau, Safariladira Abdullah.
Kata Safariladira, Pemuda Rembau juga mencabar Badrul Hisham untuk membuktikan bahawa beliau mempunyai video berkenaan dan jangan hanya bercakap kosong menabur fitnah dan berniat jahat.
Badrul Hisham dalam kenyataannya kelmarin berkata, ketika kempen pilihan raya umum 2008 juga pasukan kempennya telah didekati dengan orang tidak dikenali, dipercayai orang Umno yang memberikan video lucah, yang kononnya Khairy.
Badrul Hisham berkata lebih 2,000 keping video telah dibakar.
“Kini terbaru pula ada pihak yang menghubungi SAMM mengenai kewujudan video seks yang kononnya merakamkan aksi seks seorang isteri pimpinan tertinggi negara.
“Namun SAMM mengajak semua politik selak kain ini dihentikan segera jangan kerana kuasa sanggup lakukan apa saja,” katanya lagi.
[HM] KUALA LUMPUR: “Walaupun saya masih di tingkatan empat, kegilaan saya terhadap seks sangat kuat sehinggakan saya sanggup berulang-alik dari Banting ke Brickfields setiap hujung minggu semata-mata untuk melanggan pelacur.
“Malah, saya juga terpaksa menipu ayah kononnya saya mahu ke rumah kawan untuk mengulang kaji pelajaran dengan harapan ayah membenarkan saya meminjam motosikal Honda EX5 miliknya,” itu antara pengakuan seorang pelajar sebuah sekolah menengah di Banting, yang hanya mahu dikenali sebagai Ezry (bukan nama sebenar), 16 yang ketagih seks sejak setahun lalu.
Melalui perbualan dengannya di sebuah rumah pelacuran di Brickfields baru-baru ini, tidak terdetik di hatinya untuk menipu ibu bapanya namun kerana kegilaan seks ‘melampau’ itu dia terpaksa menipu kedua-dua orang tuanya semata-mata untuk memuaskan nafsunya.
“Semuanya kerana pengaruh rakan yang membawa saya ke sini Februari tahun lalu. Sejak itu saya asyik teringat untuk datang lagi selepas kali pertama melangganinya.
“Saya tahu dari Brickfields ke Banting sejauh 160 kilometer pergi dan balik, tetapi saya tidak kisah dan sanggup. Malah, saya tidak keseorangan kerana saya turut ditemani seorang rakan sekolah yang bersama-sama melanggan pelacur di sini.
“Soal duit minyak kami tidak keberatan kerana selalunya kami ‘tong-tong’ (kongsi). Lagipun kami ke sini seminggu sekali saja iaitu pada hujung minggu,” katanya.
Menurutnya, demi mendapatkan ‘seks seminggu sekali’ itu, dia kadangkala menyimpan wang saku pemberian ibu bapanya serta turut membuat kerja sambilan di sebuah kedai makan di Banting milik kenalannya.
“Setiap hari ayah beri RM6 wang poket sebagai perbelanjaan. Baki wang yang saya tidak guna akan disimpan untuk melanggan pelacur pada hujung minggu,” katanya.
Rakan Ezry yang mahu dikenali sebagai Mizi, 16, berkata kegiatan melanggan pelacur dianggap sebagai pemberi semangat untuknya mengulang kaji pelajaran menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun hadapan.
“Seronok sebenarnya di sini, bagaikan pesta. Mana tidaknya, kerana ayam-ayam (pelacur) di sini semuanya lawa dan murah, dengan hanya RM30 saya dapat memuaskan nafsu.
“Kalau dibanding di Banting dengan Brickfields banyak bezanya...Di Banting kawasannya sunyi sepi dan tiada pelacur tetapi di sini ‘heaven’ (seronok) sangat,” katanya.
Menurut Mizi, apa yang membuatkannya datang ke rumah pelacuran terbabit kerana pelacur di kawasan itu cantik termasuk dari Sabah dan Sarawak berusia lingkungan 18 hingga 23 tahun.
Sementara itu sumber berkata, kawasan pelacuran terbabit sentiasa dipenuhi pelacur warga Malaysia, Indonesia, India, China, Myanmar dan Bangladesh dengan harga serendah RM30 hingga RM50 bagi sekali perkhidmatan.
Katanya, antara perkhidmatan ditawar seks, onani, ‘urutan harimau’ dan lain-lain.
Harian Metro 3 Mac lalu melaporkan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan premis pelacuran di kawasan berkenaan namun kegiatan itu kini kembali beroperasi seperti biasa.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi, berkata kawasan pelacuran berkenaan sudah beberapa kali diserbu pihak polis dan DBKL namun kegiatan itu masih diteruskan.
[kosmo] LONDON - Rakyat Britain kini dilihat tidak lagi peduli sama ada Kate Middleton iaitu tunang pewaris takhta negara itu Putera William, masih dara atau sebaliknya.
Pasangan itu yang akan berkahwin pada bulan ini dipercayai pernah tinggal bersama ketika masih belajar di sebuah universiti.
Sikap itu itu membuatkan istana Britain selari dengan peredaran zaman di negara berkenaan.
Perubahan tersebut mungkin disebabkan oleh kecurangan pasangan Puteri Diana iaitu ibu William yang pernah menjadi isteri Putera Charles.
Semasa pertunangan Puteri Diana, keluarga diraja dan penasihat mereka menganggap ibu William itu masih dara.
"Tidak pernah ada peraturan bahawa pengantin diraja mesti seorang dara," kata profesor dan sarjana diraja dari Universiti Aberystwyth di Wales, Noel Cox.
Pengkritik-pengkritik diraja percaya William berada di posisi lebih baik berbanding bapanya dalam memastikan perkahwinan ini berjaya.
"William seorang lelaki yang tegas. Beliau mencipta ruangnya sendiri, membuat keputusan apa yang hendak dibuat dan bila mahu melaksanakannya.
"Malah, hubungan William dan Kate selama lapan tahun boleh menjadi buktinya," kata seorang pakar aspek diraja, Dickie Arbiter. - AP
[kosmo] PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mendedahkan memang ada air zam-zam yang dijual di negara ini dicampur dengan air telaga dan air bukit.
Menurutnya, tindakan yang tidak bertanggungjawab itu dijalankan oleh pihak-pihak swasta yang mengambil air galian daripada sebuah telaga di Pahang dan air bukit di Hulu Yam, Selangor.
"Saya difahamkan, ada kelompok-kelompok individu yang menjual dan mencampurnya dengan air zam-zam ini. Dalam konteks ini, cukup payah untuk mengenal pasti sebab ia air. Sama warna iaitu putih.
"Sekarang bukan sahaja air zam-zam palsu malah telur pun ada yang tiruan di mana sepatutnya telur ini datang daripada binatang yang bertelur," katanya di sini semalam.
Beliau mengulas laporan Kosmo! kelmarin mengenai kebimbangan orang ramai kemungkinan terdapat penjualan air zam-zam tiruan ekoran ia semakin banyak di pasaran pada masa ini.
Menurut Jamil Khir lagi, kajian saintifik mendapati, air galian memang ada persamaan dengan air zam-zam tetapi bimbang persamaan itu digunakan untuk menipu pengguna.
[SH] DUNGUN – “Tolonglah saya tuan hakim, saya rayu jangan hantar saya dan suami ke penjara. Kami tak sanggup berpisah. Saya insaf atas keterlanjuran kami,” rayu seorang wanita kepada Hakim Syarie kelmarin, setelah Mahkamah Rendah Syariah di sini, dapati dia bersalah berkhalwat sehari sebelum ijab kabul lebih setahun lalu.
Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah, menjatuhkan hukuman denda ke atasnya kerana berkhalwat dengan lelaki bukan muhrim, yang kini sudah menjadi suaminya.
Wanita berumur 24 tahun itu menangis sekuat hati dalam kandang sehingga ditegur Hakim.
Tangisan itu tidak beri kesan, tetapi disifatkan lakonan dunia.
“Dalam mahkamah ini, orang boleh berlakon macam-macam untuk meraih simpati. Hendak menangis bukan di sini.
“Kamu kena menangis di hadapan Allah, menyesal kerana melanggar hukum Allah,” katanya.
Wanita itu memberitahu, di hari dia ditangkap di chalet, dia sedang buat persiapan kerana akan menikah esoknya dengan seorang pemuda yang juga ditahan.
Wanita dari Taman Delima, Paka, dekat sini, bersama dua lelaki dan seorang rakan, dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah di sini atas tuduhan berkhalwat.
Mereka ditangkap pegawai penguat kuasa syariah jam 1.35 pagi, 10 Disember 2009, ketika berada bersama pasangan bukan muhrim dalam keadaan boleh menimbulkan syak di sebuah chalet di Kampung Tebing Tembah, Paka.
Setelah mengambil kira hujah dibentangkan pendakwa raya, Azmi Tengah, serta mempertimbangkan rayuan tertuduh, Hakim kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM2,000 atau dua bulan penjara jika gagal menjelaskan denda, manakala suaminya yang bekerja sebagai buruh, dikenakan denda RM2,300 atau tiga bulan penjara jika gagal membayar denda.
[MK] Kerajaan akan hanya menubuhkan sebuah Suruhajaya Diraja (RCI) bagi menyiasat video seks yang didakwa membabitkan seorang lelaki yang dikatakan mirip ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas polis mengenalpasti pelaku dalam rakaman pita berkenaan.
"Kabinet memutuskan polis dibenar menyelesaikan siasatan mereka terlebih dahulu,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz kepada Malaysiakini selepas menimbulkan isu video seks itu pada mesyuarat jemaah menteri hari ini.
"Tidak cukup untuk hanya mengesahkan ia (video) itu tulen ataupun tidak. Kita mesti kenalpasti individu dalam video itu.
"Kita tidak boleh terburu-buru... ataupun kita akan dituduh (sebagai partisan)," katanya
Menurut Nazri jika siasatan tidak dijalankan secara terperinci dan tergesa-gesa, ia akan menjejaskan kerajaan.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada satu majlis di SMK Santubong dekat Kuching, membidas pemimpin Pakatan Rakyat yang didakwa sanggup mengetepikan soal prinsip jika sesuatu perkara yang timbul tidak menguntungkan mereka.
"Nampaknya pembangkang tidak konsisten dan mereka tengok keadaan. Mereka rasa kalau ada sesuatu yang tidak menguntungkan mereka, mereka akan ketepikan soal prinsip," katanya.
Beliau mengulas tindakan Pakatan Rakyat yang menolak cadangan Mohamed Nazri untuk menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat video seks tersebut yang didedahkan oleh kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Datuk T.
Najib berkata kebiasaannya Pakatan Rakyat akan mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan tetapi dalam kes ini mereka membisu. Mengulas perkara itu, semalam Anwar berkata Suruhanjaya Diraja hanya membazirkan masa.
"Kalau nak ada, adakan lah. Tetapi sebelum itu, adakan juga RCI (Suruhanjaya Diraja) menyiasat mengenai Altantuya, Port Dickson, Teoh Beng Hock dan kes Kastam,” katanya.
Anwar merujuk beberapa kes termasuk pembunuhan ngeri model warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, yang telah menimbulkan pelbagai persoalan yang turut didakwa berkaitan dengan Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
[TMI] KUALA LUMPUR, 8 April — Pemuda Umno Rembau mencabar bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, Badrul Hisham Shaharin, membuktikan dakwaannya beliau pernah menerima rakaman aksi seks yang dikatakan melibatkan Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin ketika pilihan raya umum 2008.
Semalam, Badrul Hisham yang turut dikenali sebagai “Chegubard” berkata beliau pernah didampingi seseorang yang membekalkan rakaman adegan seks yang dikatakan melibatkan Ketua Pemuda BN itu.
“Badrul Hisham Shaharin dicabar membuktikan dakwaan beliau dalam The Malaysian Insider adalah benar.
Dalam kenyataan Badrul Hisham kata bahawa beliau telah dibekalkan oleh ahli Umno rakaman video lucah Khairy Jamaluddin (ketika) pada pilihan raya 2008. Kenyataan ini adalah bersifat biadab dan berunsur fitnah,” kata Penolong Setiausaha Pemuda Umno Rembau, Safariladira Abdullah dipetik http://n9kini.com.
Safariladira membuat laporan polis terhadap Badrul Hisham di balai polis Chembong, Rembau lewat petang semalam.
“Pemuda Umno Rembau mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan yang berunsur fitnah ini. Laporan yang dibuat kepada pihak berkuasa adalah untuk membersihkan nama YB Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Rembau merangkap Ketua Pemuda Umno Malaysia serta menjaga nama baik Umno itu sendiri,” kata Safariladira.
Laman itu memetik sumber melaporkan video palsu yang pernah disiarkan Badrul Hisham adalah video yang langsung tidak berkait dengan Khairy.
“Selain itu , Badrul juga ada berkata bahawa beliau ada menyimpan satu video seks isteri pemimpin Umno.
“Ini adalah merupakan satu fitnah yang jijik untuk mengalihkan pandangan rakyat setelah (Presiden PKR Datuk Seri Dr) Wan Azizah (Wan Ismail) gagal membekalkan jam Omega pada sidang akhbar sebelum ini untuk membersihkan nama suaminya dalam skandal seks terbesar negara,” katanya lagi.

Badrul Hisham dalam kenyataannya semalam berkata, ketika kempen pilihan raya umum 2008 juga pasukan kempennya telah didekati dengan orang tidak dikenali, dipercayai orang Umno yang memberikan video lucah, yang kononnya Khairy.
“... tanpa pengetahuan saya ada video ini telah tersebar, namun sebaik sahaja saya mengetahuinya saya telah mengarahkan semua dikutip dan dibakar,” kata beliau dalam kenyataannya.

Beliau yang juga Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkata, rakyat menolak politik sensasi selak kain dengan menolak ahli-ahli politik yang kelihatan seronok memperbodohkan rakyat menggunakan politik lucah seperti apa berlaku sekarang.
“Media yang menjurus kepada perkara yang sama juga harus dijauhkan,” katanya.
Lebih dua minggu lalu negara dikejutkan pendedahan rakaman video seks, didakwa melibatkan aksi seks Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Ketua Umum PKR, oleh “Datuk T”.
Awal minggu ini, klip sedutan pendedahan itu disebarkan menerusi dunia siber khususnya oleh blog-blog pro-Umno.
p/s: Tak percayalah YB Haji KJ ada video seks yang dilakonkannya. Dia ni kan menantu kepada Bapa Islam hadari. Takkanlah dia buat perkara yang dikutuk oleh agama....
[HM] KUANTAN: “Peristiwa paling tidak dapat saya lupakan ialah melihat sendiri tayar kereta dipandu suami menggilis lutut kanan saya.
“Kejadian berlaku selepas dia melafaz cerai serta menolak saya hingga jatuh terlentang di atas jalan,” kata suri rumah yang mahu dikenali sebagai Imah ketika menceritakan kejadian yang berlaku di Balok, di sini, awal pagi semalam.
Sebelum kejadian, Imah, 35, dari Dungun, Terengganu, mengunjungi suaminya yang bekerja di Balok dan berlaku pertengkaran antara mereka, selepas ‘menangkap’ suaminya bermain kayu tiga dengan wanita lain.
“Saya cuba memujuk suami kembali ke pangkuan keluarga, tetapi dia marah dan lebih pedih apabila suami melafazkan talak beberapa kali.
“Dia menolak saya dengan kuat menyebabkan saya jatuh terlentang dan ketika itulah kereta dipandunya menggilis lutut kanan saya,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Menurutnya, adiknya membawanya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan dan membuat laporan di Balai Polis Beserah sebelum mereka pulang ke Dungun, malam kelmarin.
Imah berkata, dia datang ke Balok bersama tiga anak serta dua adik lelakinya mencari suami yang sudah dua minggu tidak pulang ke rumah mereka di Dungun.
Menurutnya, suaminya berusia 39 tahun, bekerja sebagai mekanik mendakwa mendapat pekerjaan membaiki kereta di Balok menyebabkan dia berulang-alik dari Dungun sejak lebih dua bulan lalu.
Katanya, kecurangan suaminya dengan seorang janda anak dua mula dihidu mereka sekeluarga selepas suaminya bekerja di Balok.
“Sepanjang suami bekerja di Balok dan menumpang tinggal di rumah sepupu, saya menyedari perubahan sikapnya apabila dia tidak lagi menjawab panggilan telefon atau membalas SMS saya.
“Dia jarang pulang ke rumah dan jika pulang, semata-mata mengambil peralatan membaiki kenderaan yang ditinggalkan di bengkel di belakang rumah kami.
“Dia juga enggan bermesra dengan anak-anak dan pergi begitu saja tanpa meninggalkan wang belanja menyebabkan saya sekeluarga hidup dalam keperitan kerana saya tidak bekerja,” katanya.
Imah dan suaminya sudah 16 tahun berkahwin dan mempunyai tujuh anak berusia antara sembilan bulan hingga 15 tahun.
Bagaimanapun, akibat kesempitan hidup, Imah hanya memelihara tiga anak yang masih kecil manakala empat lagi tinggal dengan ibu mentuanya di Kuala Terengganu.
Menurut Imah, kegagalan suami pulang menjenguknya membuatkan dia nekad datang ke Balok tiga hari lalu untuk mencari suaminya dan berbincang mengenai masalah yang sedang dihadapi.
“Saya juga ingin mendapatkan penjelasannya daripadanya selepas rakan-rakannya yang simpati dengan nasib saya memberitahu suami mempunyai teman wanita di Kuantan. Niat saya hanya ingin menemui di samping berbincang mengenai masalah kami dan memintanya kembali ke Dungun serta bekerja saja di bengkel lama,” katanya.
Menurut Imah, sebelum kejadian dia menunggu suami di taman rekreasi berhampiran rumah sepupunya selama empat jam sehingga jam 1.30 pagi dan terpaksa masuk ke rumah sepupunya apabila anak bongsunya asyik menangis.
Kira-kira jam 2 pagi suaminya pulang dan terkejut melihat Imah, tetapi sempat memarahi anaknya yang berusia lapan tahun kerana menegurnya.
Imah menegur perbuatan suaminya serta mengajaknya berbincang dan apabila lelaki itu meluru keluar, dia mengikutnya dari belakang, tetapi terkejut kerana teman wanita suaminya berada di luar rumah bersama seorang lelaki.
“Ketika cuba memujuk suami kembali ke pangkuan keluarga, dia memarahi saya serta melafazkan talak beberapa kali sebelum menolak saya dengan kuat menyebabkan saya jatuh terlentang dan ketika itulah kereta dipandu suami menggilis lutut kanan saya,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Mohd Haris Daud ketika ditemui mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan.
SUDAH lama dan acap kali orang memaklumkan mengenai kisah hidup salah seorang wakil rakyat PKR Perak yang melompat parti yang menjadi kaya, hidup bahagia dengan isteri mudanya di sebuah kawasan terpencil di pinggir ibu kota Kuala Lumpur. Ia dilaporkan hidup di sebuah banglow di Ukay Height, Selangor. Katanya wakil rakyat ini selalu berkepit dengan isteri mudanya, dan akan keluar bersantai di restoran mamak dan coffee house tertentu waktu malam.
Ada orang berkata dia senang lenang sekarang termasuk dapat berbini muda setelah mengkhianati parti dan membantu UBN merampas kerajaan Perak dari Pakatan. Sebenarnya saya tidak hairan dengan apa yang dilakukan itu kerana begitulah dunia politik. Dunia politik susah untuk kita ramalkan mengenai pemainnya. Hari ini dia kawan baik esok dia akan jadi musuh yang keparat kejam dan dahsay.
Sebab apa, sebabnya orang politik tidak ada iman. Tidak ada kepercayaan kepada hari akhirat. Kerana kalau dia percaya kepada hari pembalasan, dia perlu takut kepada balasan-balasan dihari kemudian. Sebab itu bagi saya orang politik adalah munafik, ya munafik.
Kalau saya tidak lihat sendiri, saya tidak akan percaya kepada berita-berita atau maklumat mengatakan wakil rakyat berkenana sudah menjadi kaya dan hidup senang lenang dengan isteri muda. Kenapa tidak, kes rasuah sex dilepaskan, wang dapat, bini muda pula dapat. Kan senang. Dalam hidup lelaki yang bertuhankan nafsu, bila dapat bini muda seolah sempurnalah kehidupan dia sebagai seorang lelaki. Lelaki miang nafsunya akan meronta siang dan malam untuk bebas...
Dan pagi ini saya mengesahkan apa yang diberitakan mengenai wakil rakyat berkenaan. Sewaktu makan bersama tiga teman di sebuah kedai cepati di Lembah Keramat pagi ini saya terserempak dengan wakil rakyat berkenaan bersama isteri mudanya.
Kalau ada orang menuduh dia mendapat upah kerana mengkhianti parti bernilai jutaan ringgit, saya percaya. Ia tidak mustahil. Katanya salah seorang dari mereka bukan saja beli rumah dan tanah tetapi turut membeli kondo mewah yang dibeli atas nama anaknya secara tunai. Dari mana wang itu didapati kalau bukan kerana upah kepada sebuah pengkhianatan?
Mulanya saya tidak terperasaan yang wakil rakyat berkenaan. Saya sudah melihat sekali imbas kepada sepasangan suami isteri yang masuk melalui meja kami duduk. Mulanya dia menarik kerusi berhampiran dengan meja kami. Sekejap kemudian dia tidak jadi duduk dan pindah jauh dari meja kami mencari tempat yang agak terlindung. Kenapa?
Sehinggalah seorang teman memberi tahu, itu ***** *****, wakil rakyat PKR yang lompat, dia dengan perempuan, mungkin bininya," kata salah seorang teman saya yang cukup mengenainya. Saya terus menyilau dan memerhatinya ke arah pasangan itu. Iya, benar dia adalah muka yang pernah ditayang tv dan surat khabar siang dan malam setahun lepas.
Keduanya memakai spek mata hitam, menyebabkan orang tidak kena wajah mereka. Hairan juga saya kerana dia masih mengenakan spek hitam walaupun sudah duduk di meja dan memesan makanan. Nampaknya agak takut-takut untuk menanggalkan spek hitam macam zorro itu.
Perbualan saya dan teman teralih topik sebaik melihat wakil rakyat berkenaan. Mereka nampak bergaya. Yang perempuan berumur sekitar 27 atau 32 tahun. Gayanya anggun. Sekali lihat macam datin dan dua kali lihat macam artis sahaja. Jarak usia keduanya macam ayah dengan anak.
Saya melihat dia tidak lepas dari menjeling ke arah meja saya. Semacam ada kecurigaan. Beberapa kali saya menanti ruang dan cerlak untuk merakam gambarnya, tetapi matanya tetap meleret kejauhan ke meja kami. Keadaan itu menyebabkan menguatkan lagi andaian saya bahawa mereka dalam curiga dan berwaspada.
Apa nak takutknya. Anda telah berjaya mengkhinati sahabat anda dan menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat atas alasan untuk membela kaum anda, Melayu. Tidak salah. Tetapi melihat kepada gelagat anda dan isteri anda menunjukkan anda semacam tidak selesa. Semacam ingin menyebunyikan diri dan semacam anda dikejar bayangan dosa. Kenapa? Dosa apa?
Sebelum saya melangkah sempat juga saya merakam gambar mereka dari kejauhan. Mulanya saya ignin mendekati dan bersalaman, tetapi tidak tergamak pula tidak mahu menganggui privancy mereka berdua. Kalau mereka merasa senang, selamat dan puas dengan apa yang mereka lakukan, nah lakukan dan kecapilah apa yang anda sedang nikmati kini.
Cuma jangan lupa atas perbuatan apa juga yang yang kita lakukan anda akan bertanggunjawab. Saya tidak sabar untuk melihat apakah selepas Dun Perak dibubarkan nanti anda masih lagi bergelar Yang Berkhianti?
Chegu bard dakwa Khairy, isteri pimpinan tertinggi berlakon ‘video lucah’
[KD] KUALA LUMPUR: Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, ketika media di seluruh dunia membincangkan pelbagai isu penting seperti krisis radiasi di Jepun dan kebangkitan rakyat di Timur Tengah, media di negara ini lebih seronok memainkan isu politik berasaskan tuduhan seks dan video lucah.
Menurutnya, masyarakat dunia kini sudah beralih kepada politik baru berasaskan nilai dan idea, namun Malaysia pula seolah mundur ke belakang dengan politik ‘selak kain’ yang langsung tidak memajukan pemikiran rakyat.
“Sudahlah tayangan video lucah dilakukan secara terbuka dan seolah dilindungi penguasa. Malah yang terbaru ‘desparado politik sanggup menghantar buku lucah terus ke rumah orang.
“Buku yang terdapat gambar – gambar bogel dan gambar orang sedang mengadakan hubungan seks, cuma bahagian kepalanya diganti dengan gambar musuh politik mereka.
“Bayangkan di kawasan bandar tempat komik ini diedar ibu dan bapa bekerja, anak balik sekolah melihat buku lucah yang dipos ke rumah,” katanya yang mengaitkan penyebaran buku lucah yang mengaibkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Lembah Pantai, baru-baru ini.
Menurut Badrul, apa yang lebih membimbangkan, anak-anak kecil pula didedahkan dengan bahan-bahan berbentuk lucah tersebut, malah lebih parah ada yang menyimpan dan meniru perbuatan buku lucah berkenaan.
“Media arus perdana seperti Utusan Malaysia pula menyiarkan di muka depan aksi lucah begitu juga Buletin Utama TV3, mana pergi nilai kewarasan manusia? Hanya kerana politik kita lakukan semua perkara tersebut,” tegas beliau dalam satu kenyataan.
Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard berkata, beliau menganggap tidak salah melakukan sesuatu serangan politik, tetapi ia harus berlandaskan pertembungan idea dan bukan menggunakan politik ‘selak kain’.
“Ketika kempen pilihanraya umum 2008 juga pasukan kempen saya telah didekati dengan orang tidak dikenali dipercayai orang Umno yang memberikan video lucah yang kononnya Khairy Jamaluddin, tanpa pengetahuan saya ada video ini telah tersebar namun sebaik sahaja saya mengetahuinya saya telah mengarahkan semua dikutip dan dibakar.
“Sebanyak lebih 2000 keping video tersebut telah dibakar. Kini terbaru pula ada pihak yang menghubungi SAMM mengenai kewujudan video seks yang kononya merakamkan aksi seks seorang isteri pimpinan tertinggi negara,” ujar beliau.
Justeru itu, katanya SAMM mengajak rakyat menolak politik selak kain dan mendesak agar pemain – pemain utama politik di Malaysia kembali kepada landasan politik baru dan mendidik rakyat.
“Rakyat diseru menolak politik sensasi selak kain ini dengan menolak ahli-ahli politik yang kelihatan seronok membodohkan rakyat menggunakan politik lucah seperti apa berlaku sekarang. Media yang menjurus kepada perkara yang sama juga harus dijauhkan,” ujar beliau.
[TMI] KUALA LUMPUR, 7 April — Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Semenanjung Malaysia sangsi seorang penolong pengarah agensi itu yang ditemui mati dipercayai jatuh di premis SPRM Wilayah Persekutuan pagi semalam akan pergi ke pejabat agensi antirasuah itu tanpa diarah berbuat demikian.
Sehubungan itu, Presidennya Ibrahim Ahmad berkata, beliau yakin Ahmad Sarbani Mohamed tidak mungkin telah berada di pejabat SPRM awal-awal pagi semalam melainkan ada arahandikeluarkan kepada Allahyarham.
Beliau mempertikaikan kenyataan SPRM semalam bahawa Ahmad Sarbani datang ke pejabat SPRM Wilayah Persekutuan tanpa diarahuntuk datang membantu siasatan susulan.
Ahmad Sarbani, 56, ditahan pada 1 April lalu dan dilepaskan keesokan hari.
Kesatuan itu bersama beberapa persatuan dan kesatuan lain dalam Kastam Diraja Malaysia akan mengadakan mesyuarat khas petang esok bagi membuat pendirian mengenai kematian Ahmad Sarbani dan juga Operasi 3B kendalian SPRM sejak awal minggu lalu.
Ahmad Sarbani merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B, yang merujuk kepada kehilangan sumber cukai RM3 bilion.
“Ini pendirian saya, apa exco (kesatuan) akan putuskan (esok)... kita kena tunggu,” kata beliau sambil menimbulkan persoalan kehadiran Ahmad Sarbani di pejabat SPRM pada pukul 8.26 pagi semalam.
“Tak akan dia (Ahmad Sarbani) datang sendiri, kalau tidak dipanggil tak akan (dia) datang... secara logik, kalau tidak dipanggil, dia tak akan datang,” katanya.
Ibrahim berkata SPRM seharusnya mengeluarkan surat rasmi jika mahu seseorang suspek atau saksi datang ke pejabat mereka bagi membantu siasatan.
“Kalau dipanggil, (SPRM) perlu mengeluarkan surat, kalau seseorang hendak datang kena ada surat panggilan (rasmi),” kata beliau kepada The Malaysian Insider lewat malam tadi.
Lazimnya, kata beliau, seseorang khususnya mereka yang disoal siasat tidak akan pergi ke pejabat agensi pencegahan jika tiada arahan dikeluarkan.
“Kita tidak akan saja-saja pergi... melainkan seperti wartawan yang akan pergi ke sana, ke sini untuk mencari maklumat,” katanya lagi.
Ibrahim yang bulan lalu patah tangan kiri dan cedera di dahi selepas dihentak dengan batu bata oleh dua lelaki di kawasan perumahannya di Kangkar Pulai, Johor Baru berkata, beliau tidak mempertahankan mereka yang melakukan rasuah tetapi mahu SPRM bertindak secara profesional khususnya dalam hal berkaitan dengan Operasi 3B.
“Salah tetap salah, tetapi cara siasatan (dijalankan) kena profesional,” katanya yang turut mempersoalkan cara pihak berkenaan menjalankan Operasi 3B.
“Apa yang berlaku kepada Teoh Beng Hock, kini berlaku pada pegawai Kastam... perkara ini tidak logik,” katanya lagi.
Difahamkan pada malam sebelum Ahmad Sarbani pergi pejabat SPRM, Allahyarham telah bermain tenis di kawasan kuarters Kelana Jaya dan memaklumkan rakan-rakannya bahawa ada menerima arahan supaya datang ke pejabat SPRM pada keesokan pagi.
Rakan zaman kanak-kanak Ahmad Sarbani, Ridzuan Mohamad yang ditemui di kawasan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) memberitahu The Malaysian Insider, dia tidak percaya apabila dimaklumkan kematian penolong pengarah itu.
Ridzuan juga memberitahu tidak logik Ahmad Sarbani boleh membunuh diri kerana dia sentiasa mempertahankan bahawa dirinya tidak bersalah.
“Malam tadi (kelmarin) dia panggil saya dan memberitahu saya bahawa dia sedang disoal siasat oleh SPRM. Dia berkata dia rasa tidak bersalah kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan.
“Dia juga berkata dia akan menghantar satu dokumen esok (semalam), untuk menghantar dokumen,” katanya lagi.
Insiden terbaru ini, yang sekali lagi mengejut dan menggemparkan negara, berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock, yang ditemui mati selepas disiasat SPRM di Shah Alam, dua tahun lalu.
SPRM memulakan Operasi 3B minggu lalu dan telah menahan 62 pegawai kastam di seluruh negara.
Sebahagian besar daripada telah dibebaskan sementara menanti siasatan susulan.
Pada sidang media semalam, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali berkata mangsa ditemui mati di gelanggang badminton kira-kira 10 pagi tadi.
Kata beliau, Ahmad Sarbani datang ke bangunan SPRM kira-kira 8.26 pagi tanpa sebarang temu janji dengan pegawai siasatan.
Katanya, Ahmad Sarbani telah datang ke Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seorang diri dengan menunggang motosikal dan meminta untuk berjumpa dengan pegawai penyiasat bagi berbincang mengenai kes terhadapnya.
[MStar] SHAH ALAM: Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi meninggalkan sidang media yang diadakan selepas Majlis Perasmian Mahkamah Khas Jenayah Rasuah di sini pada Rabu, dalam keadaan marah apabila menyangkakan wartawan telah merakamkan visual percakapannya walaupun telah diarah untuk tidak berbuat demikian.
Sebaik sahaja hadir pada sidang media tersebut, Zaki meminta supaya wartawan tidak mula merakamkan visual kerana semua perkara berhubung majlis berkenaan telah terkandung dalam ucapan perasmian yang dibacanya.
Bagaimanapun, tiba-tiba Zaki melentingapabila beliau mendapati terdapat kamera televisyen yang sedang merakamkan percakapannya.
“Saya dah kata jangan rakam, tetapi kamu tetap rakam,” katanya dalam nada yang tinggi dalam bahasa Inggeris.
Beliau juga tidak melayani sebarang pertanyaan para wartawan termasuk berkaitan beberapa prosedur baru yang telah diperkenalkan oleh mahkamah sejak tahun lalu lagi.
Malah pertanyaan seorang wartawan apakah rakaman audio dan transkrip mahkamah boleh diperolehi pihak media juga tidak dijawab Zaki.
Sebaliknya, beliau sekali lagi mengulangi rasa amarahnya kepada media kerana merakamkan visual percakapannya dan menghentak mejasebelum meninggalkan sidang media tersebut.
Wartawan bagaimanapun terus kekal di majlis tersebut untuk menunggu sekiranya Zaki akan kembali menghadiri sidang media berkenaan.
Bagaimanapun, Zaki tidak kembali semula menyebabkan sidang media diadakan tanpa kehadirannya dan digantikan oleh Pengarah Bahagian Pemantauan dan Penyelarasan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Datuk Hisham Nordin.
Turut menyertai sidang media itu ialah Pengarah Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) di Jabatan Perdana Menteri, D. Ravindra.
Seorang wartawan turut meminta izin daripada Hisham sekiranya sidang media tersebut boleh dirakamkan oleh kamera wartawan televisyen ekoran kejadian tadi.
Hisham yang memberikan kebenaran untuk merakamkan visual sidang media tersebut turut memberitahu sebenarnya berlaku 'salah faham' dan memohon maaf kepada wakil-wakil media.
"Saya menanggung kesilapan itu," katanya.
Terdahulu, majlis perasmian tersebut juga dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamad.
Zaki dalam ucapan perasmiannya berkata, penubuhan 14 mahkamah khas rasuah akan mempercepatkan pendengaran kes-kes rasuah yang lazimnya mengambil masa yang lama.
P/s: Apa tanggapan anda jika Ketua Hakim Negara bersikap sedemikian?
[HM] KUALA LUMPUR: “Mata saya hampir buta dimasuki pasir akibat pekerjaan ini, tetapi jasa saya langsung tidak dihargai,” dakwa seorang penggali kubur Masjid At-Taqwa Selayang Baru, Othman Naim, 83, yang ditamatkan perkhidmatannya oleh Jawatankuasa Kariah Masjid itu sejak 1 Februari lalu.
Dia yang lebih dikenali sebagai Pak Ngah berkata, penamatan perkhidmatan oleh jawatankuasa masjid dibuat tanpa sebarang penjelasan dan dianggapnya sebagai tidak sah.
“Saya tak faham sebab apa perkhidmatan ditamatkan sedangkan gaji saya bukannya dibayar oleh jawatankuasa kariah, tetapi dibayar oleh mereka yang memerlukan perkhidmatan.
“Apa mereka sudah lupa jasa saya selama 14 tahun sebagai penggali kubur di kawasan itu,” katanya ketika ditemui Harian Metro.
Katanya, dalam notis yang diberikan kepadanya, jawatankuasa kariah bersetuju memberi bayaran sagu hati berjumlah RM900.
Sagu hati berkenaan akan dibayar secara bulanan dan bayaran akan dibuat secara berperingkat, RM300 selama tiga bulan.
“Jasa saya hanya setakat itu saja? Bukan saya nak minta bayaran lebih pun tapi saya rasa masih mampu untuk buat kerja itu dan tidak sepatutnya saya diberhentikan,” katanya.
Menurutnya, kemungkinan untuknya terpaksa keluar dari rumahnya yang dibina bersebelahan tanah perkuburan itu juga akan berlaku. Ia disebabkan dalam notis yang diterimanya turut memberitahu bahawa pihak masjid akan mengadakan perbincangan dengan Pejabat Agama Islam Daerah Gombak bagi membincangkan status rumah terbabit. “Rumah saya itu dibina atas sumbangan orang ramai dan ketika pembinaannya, Ahli Jawatankuasa Kampung Selayang memberitahu secara lisan kepada pejabat tanah dan jabatan agama Islam.
“Pembinaan rumah saya atas dasar keselamatan tanah perkuburan disebabkan bimbang berlaku perkara tidak elok di kawasan itu dan memudahkan tugas saya,” katanya.
Sementara itu, Nazir Masjid At Taqwa, Mizan Mamat, berkata, keputusan untuk menamatkan perkhidmatan Othman dibuat dalam Mesyuarat Pegawai dan Jawatankuasa Masjid kali ke-14 pada 5 November tahun lalu.
“Jawatankuasa sebulat suara bersetuju supaya perkhidmatan dia ditamatkan dan keputusan itu bukanlah dibuat oleh individu tertentu,” katanya.
Katanya, status rumah terbabit juga masih dalam perbincangan dan belum ada sebarang keputusan yang dibuat.
[TMI] KUALA LUMPUR, 6 April – Seorang ahli perniagaan berprofil rendah yang pernah dikaitkan dengan kes bunuh wanita Mongolia dan hubungannya dengan keluarga perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tiga tahun lalu, hari ini muncul di khalayak untuk mempertahankan keluarga dan perniagaannya.
Pengedar permaidani dan ejen hartanah Deepak Jaikishan mendakwa tulisan terbaru blogger Raja Petra Kamarudin dalam Malaysia Today semalam sebagai satu fitnah dan pembohongan.
“Pertama, adalah benar saya kenal Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
“Saya pembekal permaidani dan produk-produk hiasan dalaman sejak beberapa tahun lalu. Apa yang dikatakan dalam Malaysia Today mengenai saya adalah tidak benar,” katanya pada sidang media di sini petang ini berhubung tulisan di bawah tajuk “ Carpetman, bagman, toyboy has been bagged”.
Ahli perniagaan itu mengaku memang benar syarikatnya pernah memperoleh pinjaman RM600 juta dari Kuwait Finance House untuk disalurkan ke dalam pelaburan-pelaburan hartanah di luar Malaysia selain perniagaan permaidani keluarganya, dan kini pinjamanannya berjumlah RM200 juta.
Deepak berkata beliau seorang ahli perniagaan yang tidak memihak mana-mana parti politik atau cenderung kepada elit politik bagi mendapatkan faedah kewangan.
Malah beliau juga menafikan tulisan Malaysia Today bahawa beliau memainkan peranan dalam ‘membisukan’ penyiasat persendirian P. Balasubramaniam dalam kes berkaitan dengan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dan kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam tulisannya, Raja Petra mendakwa Deepak sebagai dalang rasuah yang turut terlibat dalam hubungan seksual dengan isteri perdana menteri tetapi sudah tidak lagi disukai Rosmah apabila meramalkan politik Najib akan berakhir Julai ini.
Deepak menafikan dakwaan Raja Petra itu.
Katanya, beliau mesra dengan Rosmah sejak hari isteri perdana menteri itu melangkah ke pusat permaidaninya di Jalan Tuanku Abdul Rahman kira-kira tujuh tahun lalu.
“Rosmah, saya melayan dia sebagai kakak saya,” katanya.
Deepak berkata dia tidak bergantung pada perdana menteri atau keluarganya untuk berniaga kerana ada pelanggan di seluruh dunia termasuk kerabat diraja dan ahli-ahli politik pembangkang seperti Karpal Singh dan keluarganya.
Ahli perniagaan ini menambah, beliau hanya tampil sekarang kerana merasakan reputasinya dalam komuniti perniagaan antarabangsa sudah mula terjejas.
“Dakwaan dalam Malaysia Today membawa mudarat, menjejaskan hubungan perniagaan antara saya atau syarikat-syarikat saya dan bank-bank dan sekali lagi ini usaha orang yang iri hati dengan saya atau bisnes saya untuk merosakkan saya,” katanya lagi.
“Kami berurusan dengan bank-bank di rantau ini. Kami tidak boleh menerima ini. Saya tidak boleh menerima yang ini,” katanya lagi.
Pun begitu beliau belum bercadang mahu mengambil tindakan ke atas Raja Petra.
“Dia seorang pelarian. Apa saya boleh buat?” katanya.
Bagaimanapun katanya, beliau akan berbuat demikian jika keadaan semakin serius.
Deepak berkata beliau tidak pernah merisau mengenai tulisan-tulsain dalam Malaysia Today sebelum ini khususnya yang berkaitan dengan kes bunuh Altantuya kerana kesemuanya bersifat politik, bukannya bisnes.
Malah katanya, beliau juga telah memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan terbukti tidak bersalah.
Deepak berkata beliau mengesyaki seseorang yang memusuhi bisnesnya memanipulasi Raja Petra dalam menghasilkan artikel-artikel terbaru.
“Mungkin ada orang menghasut beliau. Ia bukan artikel politik, ia pembunuhan karakter ke atas seorang ahli perniagaan,” katanya lagi.
[FMT] KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim memohon lanjutan masa bagi memfailkan jawapan terhadap pernyataan pembelaan blogger, Amizudin Ahmat, berhubung satu penyiaran makalah berunsur fitnah dalam sebuah blog.
Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof menetapkan 26 April ini bagi sebutan kes untuk kedua-dua pihak memfailkan dokumen yang berkaitan dengan kes termasuk fakta yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Pada 2 Feb, Rais mendapat perintah injunksi daripada Mahkamah Tinggi supaya Amizudin mengeluarkan daripada blognya makalah berbaur fitnah terhadap beliau.
Ketika membenarkan permohonan itu, Hakim Zabariah memerintahkan Amizudin, atau ejennya, membuang perkataan atau makalah berunsur fitnah dan foto plaintif (Rais) daripada blog, sharpshooterblogger.blogspot.com.
Hakim itu juga membenarkan permohonan Rais untuk menghalang Amizudin atau ejennya daripada terus menyiarkan makalah berbaur fitnah itu atau mana-mana makalah berbaur fitnah lain terhadap beliau dalam blog penulis itu atau mana-mana blog dan medium lain sehingga selesai pendengaran injunksi inter parte.
Pada 31 Jan, Rais memfailkan saman fitnah terhadap Amizudin, yang juga anggota jawatankuasa sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat, berhubung makalah berkenaan yang tersiar dalam blog penulis itu beserta foto Rais pada pada 28 Dis tahun lepas.
Dalam saman yang difailkan melalui Tetuan Shafee & Co, Rais menuntut ganti rugi umum, ganti rugi khas, ganti rugi teruk, ganti rugi punitif, faedah dan injunksi terhadap defendan supaya membuang dan menghalang defendan daripada terus menyiarkan makalah berkenaan.
Dalam pernyataan tuntutannya, Rais, 69, berkata kesemua perkataan dalam makalah berbahasa Melayu itu berniat jahat dan berbaur fitnah terhadap beliau.
Menteri itu berkata perkataan dalam makalah itu bermaksud dan/atau boleh difahamkan bermaksud bahawa beliau melakukan satu kesalahan serius iaitu merogol dan berkemampuan membunuh pembantu rumahnya yang berasal dari Indonesia.
Dalam pernyataan tuntutan berkenaan, Rais berkata perkataan yang berbaur fitnah itu juga bermaksud beliau seorang manusia dan/ atau pemimpin yang tidak bermoral.
Kata Rais, berikutan penyiaran makalah itu, nama baik beliau secara peribadi dan/atau secara profesional telah tercemar teruk di peringkat nasional dan/atau antarabangsa, daripada segi ketokohan dan kredit, dan telah diseretkan ke dalam skandal, kebencian dan kehinaan di mata umum serta mengalami keaiban, tekanan dan kerugian.
Rais, yang juga Anggota Parlimen Jelebu, menafikan tuduhan itu bulan lalu selepas nama beliau disebut oleh seorang penulis blog.
Ekoran itu, seorang wanita yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah beliau selama lapan tahun, dilaporkan sebuah portal berita Indonesia menafikan yang dia pernah dilayan secara kejam atau dirogol oleh majikannya. - Bernama
Kartunis Zunar, mengumumkan di dalam laman microblogging twitter, bahawa beliau ada menerima SMS dari salah seorang staff Akhbar Utusan meminta beliau untuk menyampaikan permohonan maafnya kepada isteri dan anak Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah dan Nurul Izzah kerana terlibat dengan akhbar Utusan memfitnah Anwar Ibrahim [TwitterZunar]
Staff akhbar Utusan itu juga turut mengaku berasa malu sejak lebih 30 tahun bertugas di Utusan kerana hari ini (semalam) Akhbar Utusan Malaysia menjadi Akhbar Porno kerana menyiarkan cerita dan gambar-gambar lucah sedutan daripada video seks lelaki mirip Anwar Ibrahim di muka depannya. [TwitterZunar]

Anda dialu-alukan untuk memberi komen atau berkongsi pendapat tentang isu atau perkara yang diutarakan. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman, dan bahasa kesat tidak akan disiarkan.