[HM] KUALA LUMPUR: Detik mencemaskan bagi seorang wanita apabila dia diculik empat lelaki dan diheret menaiki sebuah van di hadapan sebuah pasar raya di Kepong di sini, Selasa lalu.
Dalam kejadian kira-kira 6.55 pagi itu, mangsa berusia 31 tahun itu tergamam apabila ditarik sebelum diseret ke dalam van bernombor pendaftaran WTH5050.
Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, wanita itu diikat menggunakan baju luar yang dipakainya manakala belakangnya turut dipukul.
“Kami percaya nombor pendaftaran van palsu dan masih siasat sama ada van itu dicuri atau tidak,” katanya.
Zakaria berkata, wanita itu turut diarah menyerahkan telefon bimbit dan beberapa dokumen penting miliknya.
“Mangsa tidak dapat mengecam muka keempat-empat suspek, tetapi pasti keempat-empat mereka orang tempatan.
Menurutnya, selepas penyamun mengambil barangan terbabit, wanita itu dicampak di Stesen Komuter Sungai Buloh dalam keadaan tangan terikat.
“Mujurlah ada dua wanita nampak kejadian itu membantu membuka ikatannya. Setakat ini, jumlah kerugian belum dapat dipastikan,” katanya.
[SK] SHAH ALAM 4 Sept - Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat, Badrul Hisham Shaharin mencadangkan kepada kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor agar menjadikan hari Jumaat sebagai cuti mingguan menggantikan hari Ahad.
Badrul atau CheGuBard berkata ini selaras dengan fatwa Mufti Perlis yang mengatakan Islam menggalakkan umat Islam mengambil hari Jumaat sebagai hari cuti mereka.
Sebagai permulaaan beliau mencadangkan cuti mingguan pada hari Jumaat boleh dilaksanakan oleh agensi di bawah kerajaan negeri dahulu.
"Hasilnya sokongan orang Melayu dan Islam akan meningkat dan menempelak Barisan Nasional mengenai pelbagai tuduhan sonsang mereka terhadap kerajaan negeri.
"Ini akan membuktikan kepada rakyat tindakan penukaran cuti mingguan Jumaat ke Ahad yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional Johor di bawah Timbalan Perdana Menteri sekarang ketika beliau menjadi Menteri Besar Johor adalah salah.
"Dari sudut bukan Islam pula cuti hari Jumaat dan bekerja 5 hari seminggu ini harus dilihat dari aspek menggalak hubungan keluarga dan mewujudkan lebih masa bersama keluarga.
"Aspek produktiviti dan tumpuan kerja juga harus diperlihatkan," ujarnya lagi.
CheGuBard berkata beliau amat yakin pengumuman cuti dari Ahad kepada Jumaat akan diterjemahkan dalam lonjakan sokongan kepada kerajaan negeri Selangor.
Beliau mencadangkan supaya menjadikan Kelantan yang menjadikan hari Jumaat sebagai hari cuti sebagai contoh yang baik diteladani.
"Islam tidak menetapkan cuti harus pada mana- mana hari tetapi seeloknya cuti pada Hari Jumaat kerana keistimewaan hari tersebut di mana pada hari Jumaatlah diperintahkan ibadat khusus malah Jumaat digelar penghulu segala hari dengan perbagai keistimewaan.
"Bersumber dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW mengatakan: 'Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat. Pada hari itu diciptakan Adam AS, dimasukkan dan dikeluarkan dari syurga pada hari itu dan kiamat akan terjadi pada hari Jumaat pula'. (Riwayat Muslim, Abu Dawud, An-Nasa’i, Tirmidzi dan disahihkannya. Lihat Fiqhus Sunnah oleh Sayyid Sabiq bab Jumaat).
"Dengan memberikan cuti pada hari Jumaat maka memberikan ruang yang lebih untuk umat Islam melaksanakan ibadat khusus solat sunat Jumaat dengan penuh rohnya," kata CheGuBard dalam satu kenyataan semalam.
Beliau menjelaskan roh semangat solat Jumaat seharusnya dijiwai oleh jemaah sesebuah kariah yang berkumpul bagi membincangkan masalah setempat sementara khatib pula menggulungkan khutbah dalam bentuk nasihat dan panduan.
"Malangnya kini masyarakat melaksanakan hanya cukup syarat terkejar-kejar keluar pejabat berebut waktu makan kemudian berkejar untuk bersolat malah ada yang keletihan dan tidur.
"Sudah tentu yang bekerja tidak pulang ke kariahnya untuk mengerjakan ibadah Jumaat. Ini sudah meninggalkan roh solat Jumaat yang sepatutunya memberikan ruang bertemu sesama anak kariah," CheGuBard berhujah.
Malah tambah beliau, solat Jumaat juga seharusnya diberikan ruang untuk ayah menjalinkan hubungan rapat dengan anaknya.
Ini seharusnya dijadikan tradisi dari awal iaitu makan tengahari bersama keluarga sebelum solat Jumaat dan kemudian ke masjid bersama anak serta ayah.
CheGuBard berkata suasana sebegini sudah hampir tidak wujud lagi dalam institusi kekeluargaan Islam kini.
"Mana mungkin ini semua dilakukan jika kita semua terkejar-kejar pada hari Jumaat.
"Dari aspek produktiviti cuti hari Jumaat lebih menjamin produktiviti. Bayangkan jika pada hari Jumaat waktu rehat akan bermula 12.30 tengahari hingga 2.30 petang.
"Bukan satu rahsia bahawa ramai yang keluar awal dan pulang ke pejabat lewat sedikit atas pelbagai alasan. Bayangkan jika hari Jumaat diberikan sebagai cuti dan hari Ahad pula boleh bekerja sepanjang hari tanpa gangguan. Cuti hari Jumaat juga menggalakkan perbagai ibadah sunat malam Jumaat.
Beliau menegaskan cuti pada hari Ahad di negeri yang berjiran dengan Selangor akan memberi sumbangan ekonomi dan sosial kepada Selangor yang bekerja pada hari Ahad.
Mereka yang tinggal di negeri berjiran dijangka akan membanjiri Selangor untuk pelbagai urusan kerana negeri tersebut menjadikan Ahad sebagai hari bekerja.
"Ini sedikit sebanyak akan memberikan suntikan ekonomi dari perbagai segi.
"Dengan perubahan cuti pada hari Jumaat maka dicadangkan Jumaat dan Sabtu diumumkan cuti sepenuhnya.
"Jumaat adalah untuk ibadat dan Sabtu pula hari keluarga. Kerja 5 hari seminggu akan secara tidak langsung meningkatkan kualiti mutu hasil kerja kakitangan kerana lebih bebas daripada tekanan kerja," ujar beliau.
CheGuBard juga berkata waktu kerja boleh dibuat sedikit perubahan di segi waktu masuk dan keluar.
[SH] BESUT - Ketua Pergerakan Puteri UMNO Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin tidak akan melayan sebarang cabaran dari Wee Meng Chee atau Namewee untuk berdebat secara terbuka mengenai klip video kontroversinya yang boleh menyemarakkan api perkauman.
Katanya, tindakan Namewee menerbitkan klip video terbarunya itu selepas klip video "Negaraku" sebelum ini menunjukkan pemuda itu masih belum berubah dengan melakukan tindakan yang boleh menjejaskan keharmonian negara.
Rosnah berkata, Puteri UMNO telah mendesak kerjaan mengambil tindakan tegas terhadap pemuda berusia 27 tahun itu dari Muar, Johor, itu kerana mengulangi perbuatan biadabnya.
Klip video terbaru Namewee mengisahkan seorang pengetua sekolah didakwa membuat kenyataan berbaur perkauman.
"Sebarang cabaran dari blogger itu (Namewee) tidak harus dilayan kerana ianya jelas telah melakukan kesalahan sebagai rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita pada majlis Jelajah Tamadan Puteri UMNO di sini.
Macam-macam saman diterima oleh kerajaan BN pada zaman PM Najib. Dari isu Felda sampailah kepada royalti minyak... Apa sudah jadi? Kalau kerajaan BN telus dan adil dalam memerintah, adakah saman-saman ini wujud?
Saya petik:
[SH] SHAH ALAM – Pas mendakwa Kerajaan Pusat menukar status wang royalti kepada wang ihsan atas nasihat Peguam Negara kerana bimbang dengan tindakan saman yang diambil Kelantan terhadap Petronas berhubung isu royalti minyak yang tidak dibayar kepada negeri itu.
Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad berkata, kebimbangan itu jelas daripada kenyataan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, kelmarin.
Menurutnya, tindakan itu melihatkan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) tidak mahu bertanggungjawab, sedangkan yang membuat keputusan adalah Kabinet BN dan nasihat Peguam Negara itu ini dicabar di mahkamah.
“Atas dasar apakah Peguam Negara tidak memberi nasihat yang sama bagi pemberian royalti untuk Sabah dan Sarawak?
“Apa pula indikator nasihat yang diberikan Peguam Negara untuk Kerajaan BN memulangkan wang royalti Terengganu selepas Aidilfitri nanti,” katanya dalam kenyataan kepada media.
Beliau ingin tahu mengapa ada nasihat ‘double standard’ dalam agenda pentadbiran Peguam Negara.
“Apakah perundangan yang ditafsir Peguam Negara sekarang dan dahulu tidak sama?. Adakah mereka membaca dokumen perjanjian Petroleum Kelantan dengan Petronas dan akta berkenaan dengan cara yang berbeza?” katanya
SHAH ALAM 3 Sept - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersyukur pendedahan bekas pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang, Datuk Seri Abdul Rahman Maidin bahawa 70 peratus saham Realmild (M) Sdn Bhd adalah di atas nama mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dalam komentar beliau yang disiarkan dalam blognya, Anwar berkata pengakuan Abdul Rahman dalam kes saman komersial RM10 juta yang difailkan oleh Datuk Khalid Ahmad, bekas pengarah Realmild terhadapnya akhirnya menyerlahkan kebenaran bahawa beliau tidak kepentingan dalam syarikat tersebut.
Realmild memiliki saham majoriti dalam konglomerate Malaysia Resources Corporation Bhd (MRCB) yang mana Abdul Rahman pernah menjadi Pengerusi Eksekutifnya.
"Sekian lama juak Umno memfitnah saya kononnya punyai kepentingan menguasai syarikat gergasi MRCB melalui Realmild. Maka pada tahun 1999, dalam perakuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, saya mengesahkan bahawa pemegang saham terbesar Realmild; 70 peratus adalah atas nama Dr Mahathir sendiri. Dan saya tidak punyai sebarang kepentingan dalam syarikat tersebut.
"Hanya setelah pendedahan tersebut, Dr Mahathir segera meminta Datuk Seri Abdul Rahman Maidin mengambil alih saham tersebut, dan ketika itu baru disebut sebagai milik Umno. Maka ia mengesahkan perakuan saya sebelumnya," kata bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan itu.
Anwar menyatakan kesyukuruan kerana fitnah yang dilemparkan terhadap beliau oleh Umno sehingga mempengaruhu sebahagianpenyokong parti itu terhadap dirinya kini telah dibongkarkan.
Semasa prosiding di bahagian perdagangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, Abdul Rahman mendedahkan beliau terkejut apabila diberitahu saham Realimild yang dipegangnya adalah kepunyaan Umno.
Akibatnya beliau kerugian RM40 juta apabila 7.101 juta saham Realmild yang dibeli daripada Khalid adalah kepunyaan Umno.
“Saya mengambil-alih saham Realmild semata-mata berdasarkan pandangan dari sudut korporat dan perdagangan. Saya mencari dana untuk tujuan memiliki saham berkenaan melalui keupayaan kewangan saya dan tanpa bantuan daripada sebarang entiti politik,” kata Abdul Rahman menjawab soalan peguamnya, Alex de Silva.-SK
[MS] KUALA LUMPUR -Pemain badminton negara, Roslin Hashim, 35, menegaskan produser filem kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman tidak mempunyai sebarang kaitan dengan isu perceraian yang berlaku antara dia dan bekas isteri, Norhayati Othman,38.
Roslin yang mengucapkan syukur selepas isu perceraian selesai pada Rabu menambah, dakwaan mengaitkan Raja Azmi hanya fitnah dan tidak sepatutnya ditimbulkan pada prosiding mahkamah rumah tangganya.
“Di bulan Ramadan janganlah membuat fitnah. Isu Raja Azmi tidak sepatutnya berlaku dan memang tidak relevan dalam kes perceraian saya.
“Saya juga dimaklumkan bahawa Raja Azmi akan mengambil tindakan undang-undang (saman) kepada mana-mana pihak yang mensensasikan nama dia dalam isu perceraian ini,” tambahnya.
Bagaimanapun, Roslin sendiri mengakui dia tidak berhasrat untuk berbuat demikian.
Mengulas mengenai perceraian itu, Roslin berkata, dia reda dan menerima apa yang berlaku sebagai takdir buat dirinya.
“Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. Saya merancang perkahwinan itu kekal selama-lamanya, tapi ia tidak berlaku,” ujar Roslin yang percaya setiap perkara ada hikmahnya.
Roslin juga menafikan bahawa dia serik untuk mendirikan rumah tangga di masa depan selepas dua perkahwinannya berakhir dengan perceraian.
“Tapi tak tahulah kalau perempuan yang serik dengan saya,” tambahnya secara berseloroh.
Hakim Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, Wan Mahyuddin Wan Muhammad pada Rabu, mensabitkan bahawa Roslin dan Norhayati,38, sah bercerai talak satu dengan lafaz "I cerai you-lah".
Lafaz cerai itu dibuat semasa Norhayati bersemuka dengan Roslin di bilik nombor 533, Hotel Corus, di sini pada pukul 8.32 malam, 7 ogos lalu selepas mengetahui bahawa Roslin berada di bilik yang didaftarkan di bawah nama Raja Azmi.
Semasa lafaz itu dibuat, Norhayati bersama ahli keluarganya.
Roslin dan Norhayati mendirikan rumah tangga pada 9 Julai lalu di Hotel Flamigo, Ampang, di sini, selepas berkenalan tidak sampai lima bulan.
Ia merupakan perkahwinan kedua Roslin, yang sebelum ini mengejutkan banyak pihak apabila perkahwinan pertamanya dengan Faizah Mohamad, 32, pada 30 Januari 2009 hanya mampu bertahan selama 12 hari.
Kesian....Angkara perbuatan lelaki jahat berperangai haiwan. Perbuatan jahiliah moden ini menakutkan kaum hawa. Sudahlah dijual, dilacurkan pula...
Saya petik:
[HM] LEDANG: Padah minyak dagu wanita mati dibunuh, seorang wanita dilarikan kenalan suaminya dan dilacurkan kepada pemandu lori selama hampir sebulan sebelum ditemui dalam keadaan kebingungan di Stesen Bas Maharani di Muar.
Mangsa yang bekerja sebagai pembantu klinik berusia 26 tahun itu ditemui dalam keadaan serba tidak terurus dan terdapat kesan kecederaan pada badan wanita terbabit pada Sabtu lalu.
Kejadian bermula 7 Ogos lalu itu apabila mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Nori, 26, keluar dari rumah dekat Sungai Mati di sini, untuk ke Melaka kononnya ditugaskan mengikuti kursus di sebuah hospital swasta di Melaka sebelum menghilangkan diri.
Namun, suaminya, Shamsul, (bukan nama sebenar), 30, mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku ke atas isterinya apabila panggilan telefonnya tidak dijawab.
Malah, isterinya itu seakan hilang pertimbangan selepas seminggu menghilangkan diri sebelum mengirimkan khidmat pesanan ringkas (SMS) memohon diceraikan serta-merta.
Shamsul dan ibu mentuanya Zainab, 58, percaya perilaku anaknya itu berubah sejak dia mengenali seorang pemandu lori ‘buaya darat’ terbabit yang sering berkunjung ke gerai makan milik keluarga berhampiran tempat tinggal mereka.
Berdasarkan perubatan tradisional, keluarga Shamsul percaya mangsa terkena ilmu hitam paling kuat iaitu minyak dagu wanita mati dibunuh menyebabkan Nori seakan hilang pertimbangan serta berubah sikap.
Ketika menceritakan semula kejadian itu, Nori yang ditemui di Hospital Pakar Sulatanah Fatimah (HPSF) berkata, sepanjang beberapa minggu bersama lelaki terbabit dia diperlakukan seperti hamba abdi dan diarahkan melakukan pelbagai kerja termasuk melayan lelaki.
“Saya diserahkan di bawah jagaan seorang wanita berasal dari Sabah yang menjaga keperluan dan sepanjang tempoh itu saya dipaksa melakukan pelbagai kerja termasuk bekerja di kilang selama beberapa hari,” katanya ketika ditemui.
Nori dimasukkan ke sebuah wad di HPSF kerana muntah darah secara tiba-tiba, malah sering meracau ketika dibawa pulang ke rumah.
Sementara itu, Shamsul berkata, isterinya juga pernah dipukul lelaki yang bekerja sebagai pemandu lori terbabit ketika cuba melarikan diri.
“Nori sempat menceritakan dia pernah ditumbuk, ditampar, malah disepak di perut kerana cuba melarikan diri dan sejak itu lelaki terbabit merancang menjualnya kepada orang lain.
“Saya percaya lelaki setan itu memaksa isteri melakukan pelbagai kerja sampingan termasuk kerja di kilang beberapa hari selain dipaksa melayan nafsu pemandu lori lain,” katanya.
Katanya, dia pernah membuat laporan polis dan beberapa anggota polis juga pernah hadir ke HPSF untuk mengambil keterangan daripadanya.
Bagaimanapun, katanya, usaha itu sia-sia kerana Nori berubah sikap secara tiba-tiba dan berkelakuan aneh termasuk enggan bercakap dengan sesiapa selain berbisik pada suaminya selain mengugut menikam dirinya.
“Perkara itu membuktikan Nori tertekan dan saya percaya dia mungkin menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan kami sekeluarga.
“Kami akan cuba merawat sakit misteri Nori dan jika dia beransur pulih, perkara ini akan diajukan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Shamsul berkata dia juga berbelah bagi kerana sekiranya bertindak bersendirian melaporkan kejadian itu kepada polis mungkin akan mengakibatkan rumah tangganya hancur.
Nori juga mendakwa lelaki setan itu akan membalas dendam sekiranya kejadian itu dilaporkan kepada polis.
Difahamkan, lelaki terbabit juga mempunyai beberapa rekod jenayah membabitkan kes pecah rumah dan jenayah ragut di sekitar Melaka.
Biadap dan kurang ajar!! Berani menggunakan Melayu babi... Siapakah pemilik akaun ini? Pihak berwajib patut mencari pemiliknya....Kalau anda membuat pencarian dengan menaip "Melayu Babi" di facebook, sekurang-kurangnya ada enam akaun yang menggunakan nama tersebut. Sila klik di sini.
[SH] KUALA LUMPUR – Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Selangor, Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) serta Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) membuat laporan polis berhubung laman Facebook yang dicipta menggunakan nama ‘Melayu Babi!’ di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, semalam.
GPMS Selangor diwakili Pengerusinya, Mohd Faizal Mohd Salleh mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat pengendali laman itu yang jelas mempersendakan Islam serta menggugat keselamatan negara.
Mohd Faizal berkata, tindakan pengendali tersebut dilihat boleh menggugat keharmonian antara kaum yang dikecapi selama ini kerana menggunakan perkataan kesat merujuk kepada sesuatu kaum.
“Kami berharap agar siasatan segera dapat dijalankan bagi menyiasat pengendali laman yang tidak bertanggungjawab itu dan tindakan tegas dapat diambil.
“Tindakan tegas perlu diambil agar dijadikan pengajaran kerana dikhuatiri jika dibiarkan maka akan timbul lebih banyak lagi perkara seperti ini,” katanya selepas membuat laporan polis di sini, semalam.
Beliau berkata, kejadian itu tidak harus dipandang mudah kerana bimbang semakin berleluasa.
Menurutnya, kenyataan berbaur hasutan itu dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab yang cuba mewujudkan ketegangan.
Bagaimanapun, beliau tidak menuduh mana-mana pihak dan menyerahkan ia disiasat polis.
Menurutnya, dia dimaklumkan oleh seorang rakan berhubung laman terbabit kira-kira jam 11 pagi Sabtu lalu.
SHAH ALAM - Langkah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan RM934.65 juta dengan memberi RM500 bonus kepada setiap kakitangan kerajaan wajar dipersoal secara rasional.
Menurut Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, langkah Najib itu seakan tidak selari dengan langkah rasionalisasi subsidi dengan menarik semula subsidi lima komoditi asasi yang bernilai RM750 juta demi mengurangkan beban perbelanjaan kerajaan.
"Bukan saya tidak setuju dengan pemberian ini, saya sokong rakyat diberi bonus, tetapi apa rasional Najib menarik RM750 juta subsidi dan berbelanja RM900 juta untuk bonus," ujarnya di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Shah Alam, petang ini.
Bagaimanapun, beliau menyokong kakitangan awam, khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana layak menerima bonus tersebut.
Baginya, tindakan Najib yang juga Menteri Kewangan itu seakan suatu tindakan bermotif politik ekoran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengumumkan pemberian elaun RM500 kepada kakitangan kerajaan negeri.
"Apakah pemberian itu semata-mata kerana Pulau Pinang bagi bonus, maka dia pun bagi," ujarnya yang juga anggota Lajnah Politik PAS Pusat.
Beliau turut mencabar Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin supaya tampil menjelaskan langkah terbaru Najib itu.
Ini kerana, katanya, Khairy merupakan antara pemimpin Umno yang dilihat menonjol menjelaskan tentang rasionalisasi subsidi sebagai alternatif terbaik menangani perbelanjaan defisit yang dialami kerajaan pusat sejak 11 tahun lalu.
Menurutnya, langkah Najib itu sebenarnya berbeza dengan langkah kerajaan Pulau Pinang dan Selangor memberi bonus kepada kakitangan kerajaan negeri masing-masing.
"Pulau Pinang dapat bagi bonus, Selangor dapat bagi bonus disebabkan pengurusan kerajaan yang baik serta perbelanjaan yang berjimat cermat.
"Tetapi, kerajaan federasi (pusat) sendiri pun dah mengaku defisit dengan rasuah dan pembaziran dalam perbelanjaan, dia kata subsidi tidak efisyen, tiba-tiba dia bagi pula," beliau menambah.
Lihatlah ribuan manusia mengerjakan solat Hajat memohon pertolongan Allah....Kalaulah sambutan seperti ini di Stadium Bukit Jalil atau Dataran Merdeka....
[SH] SHAH ALAM: Seramai 22 pasangan kekasih warganegara tempatan yang dipercayai berkhalwat ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam "Operasi Sayang" sempena sambutan ambang Merdeka ke-53.
Penolong Pengarah Unit Perhubungan Awam dan Penerbitan JAIS, Nurhamizah Othman berkata, kesemua pasangan itu ditahan di beberapa hotel bajet sekitar Shah Alam, Klang dan Petaling Jaya sepanjang operasi yang bermula jam 11 malam semalam sehingga 4 pagi.
Beliau berkata, pelbagai taktik licik dikesan cuba digunakan pasangan kekasih bagi mengelakkan mereka daripada ditangkap seperti mendaftar masuk ke hotel atas nama masing-masing tetapi hanya menggunakan sebuah bilik.
"Curiga dengan tindakan itu, pihak kami pada mulanya pergi ke sebuah bilik yang didaftar namun tiada orang di dalamnya sebelum menyerbu ke sebuah bilik lagi.
"Di bilik itu, anggota JAIS yang terpaksa memecah masuk selepas pintu tidak dibuka mendapati ada seorang lelaki dan wanita yang bukan muhrim berada di dalamnya," kata beliau ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Selain pasangan itu, Nurhamizah berkata, terdapat seorang wanita yang disyaki berkhalwat dengan lelaki bukan Islam menggunakan nama kekasihnya dalam buku pendaftaran bilik sewa hotel bagi mengaburi pihak Jais.
Nurhamizah berkata, kesemua pasangan yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun itu dibawa ke ibu pejabat Jais di sini untuk diambil keterangan dan diikat jamin sebelum dibebaskan.
Beliau berkata, pasangan yang disyaki berkhalwat itu akan didakwa mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, katanya lelaki bukan Islam itu tidak akan didakwa oleh Jais. -Bernama
[SH] HAVANA - Pemimpin Cuba, Fidel Castro mendakwa pemimpin kumpulan Al-Qaeda, Osama Laden adalah ejen Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS).
Menurutnya, Osama sering muncul apabila bekas Presiden AS, George W. Bush mahu menakut-nakutkan dunia dan beliau menegaskan dokumen rahsia yang didedahkan di Internet baru-baru ini membuktikan dakwaannya itu.
"Setiap kali Bush mahu mencetuskan ketakutan dan memberi ucapan penting, Osama akan muncul dan mengugut dunia dengan memaklumkan tindakan ganas yang akan dilakukannya.
"Osama adalah pekerja bawahan Bush," katanya kepada media Cuba semasa pertemuan dengan seorang penulis kelahiran Lithuania yang terkenal dengan penulisan buku berbentuk teori konspirasi untuk memerintah dunia.
Castro berkata, dokumen rahsia yang dibocorkan di laman sesawang WikiLeaks.org 'membuktikan dengan berkesan bahawa Osama adalah ejen CIA'.
Bagaimanapun, pemimpin revolusi Cuba itu tidak mengulas lanjut kenyataan beliau itu.
PULAU PINANG - Guru-guru Kelas Agama dan Fadhu Ain (Kafa) seluruh Pulau Pinang tentunya tersenyum simpul kerana buat pertama kalinya kerajaan negeri memberikan RM250 wang raya kepada mereka.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, memandangkan peranan guru Kafa tiada tolok bandingnya memberikan pendidikan kepada anak-anak Islam, maka kerajaan negeri sedia mengeluarkan peruntukan untuk menghiburkan hati golongan tersebut menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.
Kerajaan Pusat ujarnya, pasti akan meniru langkah yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat beberapa hari lagi sebagaimana langkah mengharamkan judi bola dan bantuan kepada kakitangan kerajaan sebanyak RM400.
"Bila kita bertindak dulu, Najib pun ikut. Itulah kelebihan kita. Rakyat patut sokong kerajaan yang bertindak dulu kerana tanpa tindakan berkenaan Kerajaan Pusat sukar untuk menyalurkan bantuan seperti mana hari ini," ujarnya.
Sebagai sebuah kerajaan yang berhemah sambungnya, peruntukan tetap diberikan kepada semua kaum dan agama berbanding Barisan Nasional (BN) yang asyik memilih bulu.
KUALA LUMPUR, 30 Ogos — Kerajaan negeri Kelantan memulakan tindakan perundangan dengan memfailkan saman terhadap Petronas mendakwa syarikat petroleum nasional itu tidak membayar royalti — dianggarkan RM800 setahun sejak 2005 — terhadap hasil minyak diperoleh dari luar pesisir pantai Kelantan.
Menurut kerajaan negeri Kelantan, tindakan Petronas itu bukan sahaja melanggar undang-undang sedia ada, tetapi juga mendakwa bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Kes difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sekitar pukul 9.25 pagi tadi.
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri memfailkan writ saman di Bahagian Pendaftaran Dagang.
Selepas sahaja saman itu difailkan, Nik Aziz bersama hampir kesemua ahli Exco Kerajaan Negeri serta seramai 200 penyokong mengadakan sembayang hajat di Masjid Wilayah Persekutuan berhampiran.
Kerajaan Kelantan mengambil keputusan muktamad pada 25 Ogos lalu untuk mengemukakan saman terhadap Petronas pada hari ini berhubung tuntutan royalti minyak yang diperoleh dari perairan negeri itu di sempadan Thailand-Kelantan.
Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata dalam kes saman itu kerajaan negeri tidak menetapkan jumlah tuntutan yang dibuat dan terserah kepada mahkamah yang akan menentukannya.
Writ saman itu dikemukakan atas nama Petronas dan bukannya kerajaan Malaysia.
Dalam pada itu, ketika ditemui wartawan di Masjid Wilayah Persekutuan, Nik Aziz berkata tindakan perundangan diambil kerana Petronas telah melanggar perjanjian yang dibuat bagi pembayaran wang royalti kepada Kelantan.
“Sebagai ketua kerajaan negeri saya bertanggungjawab untuk menjaga kehormatan harta negeri Kelantan, kedatangan saya hari ini adalah untuk menuntut hak dan menjaga kehormatan harta kita.
“Apa yang saya lakukan ini adalah untuk mendapatkan keadilan bagi rakyat Kelantan, jadi saya perlu lakukan apa jua cara sama ada melalui rundingan atau mahkamah,” katanya.
Beliau berkata, seseorang yang mempunyai harta perlu menjaga dan mendapatkan semula walaupun telah “dicuri.”
“Tiap-tiap orang yang ada harta mesti jaga dengan baik. Kalau orang curi, kita bertindak, kalau rompak, kita tindak, kalau tipu juga kita bertindak.
“Sebab tidak mahu perkara ini terus berlaku, kita bawa ke mahkamah, atas dasar orang Islam, kalau kita tak tunaikan di muka dunia, kalau kita jahat tetap kena bayar di akhirat.
“Sebelum bayar di akhirat, baik mereka bayar di muka dunia,” katanya.
Selain Husam, turut mengiringi Nik Aziz ialah Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yaakob, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli.
Kerajaan negeri Kelantan diwakili oleh Thommy Thomas.
Sementara itu, Husam berkata kerajaan negeri Kelantan telah menghubungi pengurusan Petronas dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi menjelaskan kedudukan sebenar negeri tersebut dari segi hak mendapatkan royalti.
“Kita dah hubungi Petronas dan Perdana Menteri melalui surat dan rundingan untuk jelaskan kedudukan Kelantan dari segi hak petroleum seperti mana yang terkandung dalam perjanjian Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974 yang jelas tiada kekeliruan.
“Selain itu, perjanjian tersebut turut disokong Tengku Razaleigh Hamzah selaku pengerusi Petronas yang pertama.
“Dalam perjanjian itu dinyatakan jika pengeluaran petroleum dan gas berlaku sama ad di lautan dan daratan, Kelantan berhak mendapat lima peratus setahun bayaran royalti tersebut,” katanya.
Beliau berkata sehingga kini pihaknya mendapati telah berlaku pengeluaran minyak di empat blok petroleum sejak 2005.
“Keempat-empat blok tersebut adalah di perairan Kelantan yang tidak bertindih dengan mana-mana kawasan lain, bertindih dengan Terengganu, bertindih dengan Thailand dan bertindih dengan Vietnam.
“Jadi kerajaan negeri berhak mendapat bayaran royalti di keempat-empat kawasan ini.
“Sebagai contoh di kawasan bertindih dengan Thailand pengeluarannya adalah 10 juta tong satu bulan bermaksud dengan harga semasa pendapatannya adalah AS$8.5 bilion setahun dan ini bermaksud kita berhak mendapat sebanyak lima peratus daripada hasil tersebut,” katanya.
Husam yang juga pengerusi jawatankuasa khas mengenai tuntutan minyak berkata jumlah tersebut adalah satu angka yang besar.
“Petronas telah bayar royalti kepada Terengganu selama 18 tahun, jika berlaku kesilapan pada pembayaran royalti Terengganu bermakna pengurusan Petronas adalah disangsikan.
“Jadi selepas semua usaha yang kami lakukan selama ini tidak mendatangkan hasil, kami memilih untuk memfailkan saman terhadap Petronas,” katanya.
Antara relif yang lain dituntut adalah satu penjelasan diambil atau satu siasatan diperintahkan yang menghendaki Petronas untuk membuat pendedahan penuh dan benar berhubung semua fakta berkaitan dengan bayaran-bayaran tunai yang perlu dibuat kepada Kelantan, termasuk tempoh dari mana petroleum telah dikeluarkan, didapati atau diperoleh di luar pantai Kelantan, kawasan-kawasan atau blok-blok dari mana petroleum telah didapati dan diperoleh, serta jumlah bayaran tunai yang perlu dibuat kepada Kelantan.
Kerajaan negeri turut menuntut agar semua tunggakan pembayaran tunai yang telah diperjelaskan, hendaklah dibayar dalam tempoh satu bulan daripada perintah mahkamah.
Ia juga memohon satu perintah supaya semua bayaran tunai pada masa hadapan hendaklah dibayar kepada kerajaan negeri Kelantan oleh Petronas bagi petroleum yang dikeluarkan di luar pantai Kelantan seperti mana Perjanjian Petroleum Kelantan.
Turut dituntut lima relif yang lain, termasuk relif ganti rugi dan kos. Saman pemula tersebut tidak menyatakan jumlah keseluruhan tuntutan daripada Petronas.
Dalam kenyataan tuntutan, kerajaan negeri menjelaskan bahawa Perjanjian Petroleum Kelantan yang ditandatangani pada 9 Mei 1975, secara jelas menyatakan bahawa Petronas hendaklah membayar secara tunai sebanyak lima peratus bagi segala hasil minyak sama ada di pantai ataupun di luar pantai negeri tersebut.
Mengikut klausa kedua perjanjian, bayaran tunai itu hendaklah dibayar dua kali dalam setahun, pada atau sebelum 1 Mac, atau sebelum 1 September.
Menurut Klausa 3 pula, pembayaran tersebut hendaklah terus dibayar selama mana petroleum diperoleh dari negeri tersebut dan tidak perlu membayar sekiranya petroleum tidak lagi diperoleh.
Dalam kenyataan tuntutan tersebut, kerajaan negeri turut menjelaskan bahawa hak milik sumber petroleum dan hak-hak keistimewaan untuk mencari gali bukan satu pemberian kepada Petronas tanpa sebarang balasan ataupun pampasan.
(Gambar: Laman web milik guru terbabit mempromosi ubat kuat)
Perbuatan tidak bertanggungjawab!! Mempromosi ubat seks di sekolah. Siapakah sasarannya? Tentunya pelajar. Bagi saya, perbuatan tersebut merupakan salah satu penggalak untuk pelajar merasai seks bebas. Apa tidaknya kalau ubat perangsang seks sudah ditelannya. Kalau selepas ini ada pelajar di sekolah itu yang terangsang akan seksnya, carilah cikgu power ini!!
Saya petik:
[HM] JOHOR BAHRU: ‘Cikgu Power.’ Itu gelaran untuk seorang ketua guru disiplin yang didakwa bukan saja memiliki laman web menjual ubat perangsang seks, malah sanggup mempromosikan produk terbabit kepada pelajar sebuah sekolah menengah di bandar raya ini.
Guru lelaki berusia 30-an itu menjadi pengedar ubat kuat menerusi laman web di Internet dan turut cuba mempengaruhi pelajar sekolah itu menjadi pelanggannya menerusi pengedaran risalah secara berleluasa.
Dia juga didakwa berkongsi pengalaman penggunaan produk perangsang seks itu bersama pelajar sekolah sebelum perbuatannya terbongkar.
Bapa pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Min berkata, dia terkilan apabila mengetahui ketua guru disiplin itu penjual ubat kuat seks dan memiliki laman web sendiri bagi mempromosikan barangan berkenaan.
“Lebih mengejutkan, guru itu sanggup memaparkan gambarnya di laman web itu tanpa memikirkan kesan negatifnya terhadap profesion perguruan dan mencalarkan imej serta nama baik sekolah.
“Dia sepatutnya menjadi contoh baik dan bukan memperoleh pendapatan sampingan dengan menjual produk seumpama itu,” katanya di sini, semalam.
Min mula menyedari perbuatan tidak bertanggungjawab guru itu selepas mendapati anaknya yang belajar di sekolah itu membawa pulang beberapa risalah bertajuk ‘Abang Best’.
“Saya terkejut kerana laman web produk itu yang tercatat pada risalah memang wujud dan ia bertujuan mempromosikan sejenis gel bagi mengatasi masalah ejakulasi pramatang.
“Laman web itu amat tidak sesuai bagi tatapan pelajar kerana ia boleh membawa pengaruh buruk dan penularan gejala sosial,” katanya yang berharap guru terbabit dikenakan tindakan bagi mengelak perbuatannya berterusan.
“Saya berharap Jabatan Pelajaran Johor memandang serius perkara itu,” katanya.
Ibu bapa pelajar sekolah itu juga ada membuat laporan di Balai Polis Skudai di sini, pada 16 Ogos lalu selain mengemukakan aduan kepada pihak pengurusan sekolah.
Aduan turut dikemukakan di Jabatan Pelajaran Johor selain Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Johor, Sufa’at Tumin, berkata pihaknya menerima aduan ibu bapa pelajar berkaitan dakwaan terhadap guru terbabit dan siasatan terhadap guru itu dijalankan.
“Kami perlu meneliti pekeliling pelantikan jawatan sebagai guru sama ada membenarkan seseorang untuk berniaga di luar. Kami juga akan menyiasat dakwaan yang menyatakan guru terbabit cuba mempengaruhi pelajar,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Jika benar surau di dalam video di atas dijadikan salah satu tempat untuk Karnival Juara Rakyat Umno, Menteri Pelajaran perlu memberikan penjelasannya kerana surau tersebut adalah surau sekolah di Sijangkang. Walaupun surau sekolah tetapi ia tetap surau juga. Perkara ini perlu disiasat kerana kelihatan bukan Islam kelihatan keluar dan masuk surau tersebut. Siap dengan rambut color lagi...Malah surau tersebut dijadikan tempat menghias pengantin untuk pertandingan...Astaghfirullahal'azim...
Saya tertarik dengan komen pemilik video tersebut.
Tidak faham agama itu puncanya.Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz berkata, isu bukan Islam memasuki masjid bukan satu kesalahan dalam Islam kerana ianya antara kaedah yang diguna Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan mesej dakwah.
Isu ini menjadi polemik dalam masyarakat akibat sentimen politik mengatasi kefahaman agama Islam yang murni.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang masuk ke Surau Al-Huda di Kajang Ahad lalu, yang kini hangat diperkatakan.
“Oleh kerana hubungan kita dengan Islam semakin jauh, belajar pun tidak, maka bila tiba perkara-perkara macam ini, terus timbul masalah.”
“Padahal kalau kita balik dari sejarah asal, ramai dari penduduk Arab Qurasy yang kafir datang jumpa Nabi. Nabi letak dalam masjid, mereka tidur dalam masjid, makan dalam masjid, bahkan kencing dalam masjid”.
Tambah Nik Aziz ,tindakan mempolemikkan isu tersebut juga bukan sahaja akan menjauhkan orang bukan Islam kepada Islam, malah bertentangan dengan sunnah Nabi.
“Jadi bila ada orang bukan Islam sekarang ni masuk dalam masjid, tak ada apa pun. Nak ceramah ke, nak apa ke, tak ada masalah apa pun,”
“Menjauhkan orang bukan Islam dengan masjid adalah budaya kita sahaja, bukan ajaran nabi,”
Dalam Islam menurutnya, Muaalaf ditafsir dengan tiga golongan iaitu mereka yang baru memeluk Islam, belum Islam tetapi cenderung memeluk Islam dan orang bukan Islam tetapi menghormati dan tidak menentang Islam.
Menyentuh mengenai tidak menutup aurat ketika memasuki masjid, Tuan Guru berkata, mungkin masalah penjaga masjid tidak memberitahu kepadanya.
“Jadinya dalam tiga ini hanya satu sahaja yang kita guna. Dua lagi kita biarkan menyebabkan masyarakat kita semakin jauh dengan yang bukan Islam,”

Anda dialu-alukan untuk memberi komen atau berkongsi pendapat tentang isu atau perkara yang diutarakan. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman, dan bahasa kesat tidak akan disiarkan.
(Video: Terpampang di pintu "Surau Al-Falah")
Jika benar surau di dalam video di atas dijadikan salah satu tempat untuk Karnival Juara Rakyat Umno, Menteri Pelajaran perlu memberikan penjelasannya kerana surau tersebut adalah surau sekolah di Sijangkang. Walaupun surau sekolah tetapi ia tetap surau juga. Perkara ini perlu disiasat kerana kelihatan bukan Islam kelihatan keluar dan masuk surau tersebut. Siap dengan rambut color lagi...Malah surau tersebut dijadikan tempat menghias pengantin untuk pertandingan...Astaghfirullahal'azim...
Saya tertarik dengan komen pemilik video tersebut.
Komen beliau:
--------------------------------------------------------------------------------------
salam.. saya da lama simpan klip ni. bila isu surau timbul, sbb tu saya post video ni
so u all bole bg comment.
ni sebenarnye surau dalam sekolah. saya tak pasti ia under mais atau tak.
cuma secara umum, mana2 surau mesti dijaga. tak kesahlah surau kat sekolah ke, kilang ke, shoping complex ke...betul tak?
mungkin sekolah ni silap sebab membenarkan golongan yg jahil agama membuat onar dalam surau..wassalam
-------------------------------------------------------------------------------------------