Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

[PANAS] Pegawai Imigresen disogok sehingga RM60,000 sebulan

Label:

Saya petik:

[kosmo] KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan bahawa amalan rasuah dan penyelewengan dalam kalangan pegawai penguat kuasa termasuk pegawai Jabatan Imigresen merupakan antara punca kebocoran di pintu masuk negara. 

Menurut Laporan SPRM 2010, wujud segelintir pegawai Jabatan Imigresen hidup mewah dengan wang haram dan disyaki menerima sogokan antara RM2,000 sehari hingga RM60,000 sebulan.

"Apabila terdedahnya penglibatan mereka, didapati ada segelintir pegawai menerima sogokan sehingga RM60,000 sebulan di Jeti Penumpang Pulau Ketam di Pelabuhan Klang, Selangor.

"Terdapat juga penguat kuasa dipercayai dibayar sehingga RM2,000 sehari untuk memudahkan urusan keluar masuk pendatang haram tanpa izin (PATI)," demikian menurut laporan itu.

Laporan tersebut diserahkan oleh Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamad kepada Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, Datuk Seri Mohd. Radzi Sheikh Ahmad di Parlimen semalam.
Sogokan yang diterima termasuklah untuk melepaskan warga asing yang pasportnya mempunyai cap palsu atau tiada dokumen perjalanan.

Berdasarkan laporan itu, daripada risikan SPRM Selangor, dianggarkan 1,000 hingga 1,500 PATI masuk ke negara ini setiap hari dan kira-kira 35 peratus daripada jumlah PATI itu membayar wang sogokan antara RM70 hingga RM100 seorang bagi mengelak prosedur pemeriksaan Imigresen. 

Kadar bayaran levi pekerja asing Jabatan Imigresen adalah antara RM360 hingga RM1,800 setahun mengikut sektor pekerjaan. Yuran pemprosesan pas lawatan (kerja sementara) adalah antara RM60 hingga RM110 seorang.

[VIDEO] Polis lindungi dalang video seks - Anwar

Label:

 Versi penuh video seks kini disiarkan oleh blogger pencacai umno semenjak semalam. Apa tindakan polis?

[PANAS] Datuk Eskay akhirnya lakukan SUMPAH LAKNAT!!

Label:

Trio Daruk T iaitu Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim hadir di Masjid Amru Ibni Al As, Bandar Baru Sentul bagi melakukan sumpah laknat berhubung isu rakaman video seks yang didakwa membabitkan individu mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan seorang wanita dipercayai warga asing.

Majlis itu dibuat bermula kira-kira jam 4.15 petang tadi dan tamat jam 4.25 petang. 
 
Shazryl buat sumpah laknat bagi pihak dua yang lain. 
-BH

AWAS! Gadis licik ini JERAT lelaki dengan seks

Label:

Saya petik:

[SH] BANDARAYA MELAKA - Seorang gadis menggunakan kelicikannya menggoda lelaki kaya berusia 40-an hingga 50-an demi memenuhi keinginannya untuk memiliki barangan mewah dengan taktik menawarkan perkhidmatan seks dan penipuan untuk menjadi rakan kongsi perniagaan.

Lebih menjijikkan, gadis berusia 30-an, berasal dari negeri ini akan meninggalkan mangsa begitu sahaja selepas keinginannya memiliki barang mewah, percutian ke luar negara dan modal membuka perniagaan terlaksana.

Tidak hairanlah gadis itu kini mampu bergaya dengan beberapa buah kereta, barangan berjenama dan perniagaan yang dihasilkan menggunakan umpan aset berharga dirinya termasuk menggunakan ilmu hitam sebagai penunduk mangsa.

Cerita ini didedahkan sendiri oleh seorang isteri, Mas (bukan nama sebenar) yang mengakui suaminya, seorang pegawai tinggi di sebuah syarikat swasta terkenal pernah ditundukkan wanita licik terbabit sehingga kerugian puluhan ribu ringgit sebelum disedarkan isterinya dengan membawanya berjumpa pakar perubatan Islam negeri ini.

Berjaya dapat semula wang RM8,500

Mas menceritakan sendiri pengalaman pahitnya berdepan dengan wanita dikenali sebagai W selama beberapa tahun yang mengikat suaminya sehingga sanggup berkorban apa sahaja termasuk membelikan W sebuah kereta mewah dan membiayai perniagaan wanita terbabit.

“Saya mengetahui suami menjalin hubungan sulit dengan wanita berkenaan awal tahun lalu sebelum melakukan penyiasatan sendiri untuk mengumpul bukti.

“Suatu hari, suami mengaku dan saya mula intip pergerakannya serta mencari maklumat mengenai W daripada rakannya,” katanya.

Menurutnya, dia terkejut apabila mengetahui W menjadikan suaminya sebagai salah seorang mangsa selepas berpuluh lagi lelaki menjadi mangsanya sebelum ini.

“Saya sendiri dapat bercakap dengan beberapa lelaki yang menjadi mangsa W termasuk bekas tunangnya dan mengetahui W sanggup menggadaikan apa sahaja termasuk umpan seks untuk mendapat apa yang diinginkan.

“W juga banyak berhutang keliling pinggang dan menjadikan lelaki ini sebagai mangsa untuk membayar hutangnya serta menyara dirinya,” katanya.

Mas berkata, atas dasar mahu menyelamatkan rumah tangga yang telah lebih 30 tahun dibina dan mahu melepaskan suami daripada ikatan ilmu hitam W, dia membawa suaminya berubat dengan seorang ustaz.

“Walaupun hati saya hancur dengan pengakuan suami, saya nekad memulihkan semangatnya dan bersyukur dia telah mula melupakan W,” katanya.

Menurutnya, dia sendiri berdepan dengan W dan berjaya mengutip semula wang RM8,500 suami yang telah ditipunya, kononnya untuk membuka perniagaan.

“Walaupun saya tahu suami ditundukkan dengan menyerahkan puluhan ribu ringgit, namun saya reda kerana yang penting, suami kini kembali ke pangkuan saya dan anak semula.

“Saya tidak mahu ada lebih ramai lelaki menjadi mangsa W kerana dia masih lagi aktif menjalankan kegiatan jijiknya itu,” katanya yang telah membuat laporan polis mengenai gangguan W terhadap rumah tangganya.

Menurutnya, pendedahan kisah W bukan untuk membuka aib sesiapa, namun untuk memberikan amaran kepada isteri yang mempunyai suami berpangkat dan berharta supaya tidak terpedaya dengan wanita terbabit. 

P/s: Macam-macam cara manusia mencari kekayaan di dunia. Halal dan haram sudah tidak dipeduli. Sanggupkah kita dihumban ke dalam neraka di akhirat nanti...Na'uzubillah. Cari kekayaan dengan cara halal dan baik agar jiwa kita sentiasa aman dan tenang...

Guru wanita ini 'MAKAN LUAR" walaupun sudah bersuami

Label:

Saya petik: 

Sepasang guru ditahan khalwat

[BH] JITRA: Sepasang kekasih masing-masing guru di sekolah rendah berhampiran dicekup anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) atas kesalahan berkhalwat di sebuah rumah sewa di Kampung Telok Malek di sini, malam kelmarin.

Pasangan guru berusia 30-an itu ditahan kira-kira jam 10.45 malam berdasarkan maklumat awam. 

Ketika serbuan, wanita itu hanya berseluar pendek dengan kemeja-T dan menyorok di belakang cermin yang menghubungkannya dengan sebuah bilik rahsia bagi mengelak dikesan, manakala pasangannya hanya berkain pelekat.

Difahamkan pasangan itu sudah menjalin hubungan terlarang sejak tiga tahun lalu walaupun wanita berkenaan masih bergelar isteri orang dan mempunyai seorang anak perempuan berusia 13 tahun.

Difahamkan, pasangan terbabit pernah mengajar di sekolah sama di Jitra, tetapi masing-masing ditukarkan ke sekolah lain selepas suami wanita itu mendapat tahu mengenai hubungan mereka.

Jurucakap PADKP berkata, pasangan itu dicekup di rumah yang dipercayai disewa lelaki berkenaan dan mereka dikatakan tinggal bersama sejak beberapa bulan lalu. 

“Mengikut maklumat, wanita itu dikatakan merajuk selepas berselisih faham dengan suaminya sebelum meninggalkan rumah dan menyewa rumah di Taman Siswa di sini sejak tiga tahun lalu sebelum mula tinggal bersama kekasihnya beberapa bulan lalu.

“Sepanjang tiga tahun berasingan anak mereka dijaga oleh suami, manakala wanita itu tinggal berseorangan. Sejak beberapa bulan lalu, wanita terbabit mula tinggal serumah bersama kekasihnya hingga menimbulkan syak di kalangan masyarakat setempat,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, guru lelaki itu juga sudah berkahwin dua kali sebelum ini dan mempunyai tiga anak sebelum berpisah.

“Ketika pemeriksaan dibuat, pintu depan rumah berkunci dari dalam dan apabila diketuk berkali-kali seorang lelaki membuka pintu dan memberitahu dia menyewa seorang diri.

“Pemeriksaan lanjut kami menemui guru wanita itu berseluar pendek menyorok di belakang cermin yang dijadikan pintu ke bilik rahsia mereka,” katanya.

P/s: Kepada suami cikgu wanita ini, tanggunglah dosa isteri anda yang berkelakuan sumbang itu. Kalau sudah tidak sehaluan, lepaskannya secara baik...

(Gambar hiasan)

Khalwat: Nasib Artis ini diketahui 30 Jun

Label:

Razak Ahmad (kiri) berduet dengan Datuk Siti Nurhaliza untuk sebuah program pada tahun 2003.

Saya petik:

[MStar] PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Razak Ahmad akan mengetahui sama ada dia akan dipanggil membela diri ataupun dibebaskan daripada pertuduhan berkhalwat dengan seorang wanita berstatus isteri orang pada 30 Jun depan.

Keputusan itu akan diberikan oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah di sini, Wan Mahyuddin Wan Muhammad.

Pada prosiding Khamis, Wan Mahyuddin juga menetapkan 26 Mei ini untuk pihak pendakwaan syarie membalas hujahan yang difailkan oleh peguam syarie kepada Razak.

Pegawai Pendakwa daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shafezan Rusli memberitahu, pihaknya hanya menerima hujahan itu melalui mahkamah sebelum kes bermula.

Razak atau nama sebenarnya Abdul Razak Ahmad, 44, hadir berseorangan di mahkamah dan kelihatan terkejut apabila melihat kehadiran wartawan.

Dia juga ditegur oleh Wan Mahyuddin apabila tidak dapat memberikan alasan ketidakhadiran peguam syarienya, Mohamad Azman Karim pada prosiding itu.

“Sepatutnya apabila kamu melantik seorang peguam, beliau kena bertanggungjawab. Minta peguam untuk hadir pada prosiding akan datang, jika tidak kamu yang akan merana,” katanya.

Wan Mahyuddin meminta pihak-pihak yang terlibat dalam kes itu untuk memberikan kerjasama memandangkan kes itu perlu dipercepatkan ekoran telah terlalu lama iaitu sejak tahun 2006.

Perbicaraan sebelum ini melibatkan keterangan tiga saksi pendakwaan.

Pelakon yang membawakan watak Tok Imam di dalam drama Geng Surau itu didakwa berkhalwat dengan Selamah Sahudin, 45, pada pukul 2.15 pagi, 1 April 2006 di sebuah rumah di Apartmen Blok A, Taman Serdang Perdana, dekat sini.

Dia didakwa kali pertama pada 27 Julai 2006 memgikut Seksyen 20 (1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Semasa itu, Razak mengaku tidak bersalah manakala Selamah yang merupakan seorang ahli perniagaan mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut.

Atas pengakuannya, Selamah dihukum denda RM2,850 atau penjara tujuh bulan jika gagal membayar denda terbabit.

Berdasarkan fakta kes yang dibacakan kepada Selamah, pasukan penguat kuasa Jais bersama beberapa anggota polis pergi ke rumah itu untuk melakukan pemeriksaan setelah menerima maklumat daripada orang awam.

Pintu rumah dan jeriji besi rumah tersebut didapati dalam keadaan berkunci manakala rumah dalam keadaan yang agak gelap dan pintu rumah dibuka selepas beberapa minit diketuk.

Semasa itu, Selamah yang membuka pintu berpakaian lengkap dan pemeriksaan di bilik pertama rumah mendapati Razak sedang tidur dengan hanya berseluar jeans dan tidak berbaju.

Razak juga pernah popular dengan lagu Pagar Padi dan tersenarai pada peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 1992.

Datuk Eskay SUMPAH LAKNAT esok!!

Label:

Saya petik:
‘Datuk T’ Eskay mahu buat sumpah laknat esok

[MK] KUALA LUMPUR, 28 April — Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah — salah seorang “Datuk T” yang mendedahkan video seks bulan lalu, dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim  akan melakukan sumpah laknat esok.

Justeru beliau mencabar Anwar supaya sama-sama bersumpah laknat bagi membuktikan kebenaran berhubung rakaman video seks yang dikaitkan dengan Ketua Umum PKR itu.

Shazryl berkata beliau akan membuat sumpah laknat itu selepas solat Jumaat di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul di sini dan mencabar Anwar untuk turut serta.

Menurut Shazryl, hanya beliau sahaja yang akan melakukan sumpah laknat, namun dua lagi rakannya iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim akan hadir dan solat Jumaat bersama-sama sebelum melakukan sumpah laknat.

“Mengenai identiti sebenar pelaku dalam video tersebut, saya berani bersumpah bahawa pelaku tersebut adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana saya sendiri berada di lokasi itu.
“Sekiranya Anwar masih menafikan bahawa beliau bukan orang dalam video itu, saya mengundang beliau agar sama-sama dapat melafazkan sumpah laknat selepas solat Jumaat esok di Masjid Amru al-As,” katanya pada sidang media di sini.

Turut hadir pada sidang media itu adalah Rahim dan Shuib yang merupakan “Datuk T” yang telah menggemparkan negara apabila bertindak mempertontokan rakaman video seks itu kepada wakil media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara, 21 Mac lalu.

“Hanya saya sahaja yang akan membuat sumpah laknat, kalau diperlukan mereka (Rahim dan Shuib) akan buat juga.

“Saya juga ingin mempelawa semua pihak yang meragui kebenaran ini untuk turut hadir menyaksikan upacara tersebut.

“Sesungguhnya segala tindakan kami berasaskan kebenaran dan memenuhi kepentingan rakyat, akhir sekali dengan nama Allah, Rasulullah, rakyat dan anak-anak cucu kita, saya dan rakan-rakan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pendedahan tersebut,” kata Shazryl.

Ditanya kemungkinan Anwar tidak akan hadir untuk melakukan sumpah laknat esok, Shazryl bagaimanapun enggan mengulas sebaliknya berkata, “biar rakyat sahaja menilai.”
“Saya tidak mahu komen pasal itu, kita tunggu sahaja esok dan biar rakyat menilainya,” katanya.

Beliau juga enggan mengulas lanjut berhubung klip terbaru yang tersebar di Internet semalam.

“Saya tidak tahu, biar polis yang siasat... saya tidak mahu komen,” katanya.
Dalam sidang media itu, Shazryl berkata beliau amat mengenali peribadi Anwar dan kesal pemimpin kanan kanan Pakatan Rakyat tidak pernah menyesal dengan perbuatan yang tidak bermoral itu.

“Saya sangat mengenali Anwar secara peribadi, maka saya percaya beliau tidak akan berubah, malah tidak menyesal dan insaf terhadap perbuatan terkutuk yang beliau lakukan mengikut nafsu dan kerakusannya walaupun menghadapi pelbagai tuduan beliau tidak pernah bertaubat.

“Malah beliau tidak sedikit pun serik atau rasa bersalah untuk mengulangi perbuatan terkutuk yang bertentangan dengan syariat Islam,” katanya.

Semalam satu lagi rakaman klip video hitam putih aksi seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin tertinggi pembangkang telah dimuat naik dalam laman Internet.

Sedutan klip video dengan durasi satu minit 47 saat itu menampilkan seorang lelaki dan wanita dalam keadaan bertuala dan kemudian berbogel sebelum lelaki itu memakai seluar.
Sebelum ini pada 4 April lalu, satu klip video berdurasi yang sama tersebar luas di Internet.

Semalam Shazryl telah memberi sampel DNA kepada polis bagi membantu siasatan berkaitan dengan video seks itu.
 
VIDEO: Wacana "Rasuah Pemusnah Tamadun"

Label:

Ahli Panel:
Datuk Mohammed Nizar Jamaluddin (MP PAS)
Abu Kassim (SPRM)
Senator Ezam Mohd Nor
Dr Ary Ginanjar (ESQ Leadership Center)

Sumber: PerakToday 

SHAH ALAM 28 APRIL: Budaya rasuah yang semakin berleluasa di Malaysia kini berada dalam keadaan yang membimbangkan seolah-olah ia tidak dapat dibendung lagi, kata Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Malah katanya, budaya ini juga mula menular sejak 24 tahun lalu terutamanya ketika berada dibawah pemerintahan Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Nizar berkata, gejala rasuah ini bukan sahaja akan menyebabkan keruntuhan sistem pentadbiran negara malah ia turut disifatkan seperti najis.

“Budaya rasuah telah wujud dalam Negara kita sejak 20 hingga 23 tahun yang lepas. Jawatankuasa Disiplin Umno Tengku Ahmad Rhithaudden sendiri mengakuinya bahawa rasuah telah lama berleluasa di negara ini. Ini bermakna ia bermula sejak bekas Presiden Umno, Tun Dr. Mahathir Mohamad memimpin negara pada ketika itu, sekali gus berkembang dan terus membiak,” katanya.

Nizar yang juga AJK PAS Pusat berkata, sebagai contoh pengalaman di Rusia dan Filipina termasuk Arab yang dahulunya mempunyai tamadun sendiri turut tumbang berikutan desakkan rakyatnya sendiri yang menolak rasuah.

“Ya, memang benar rasuah boleh menjatuhkan tamadun. Sekiranya rasuah ini tidak dibendung dan dibasmikan di Malaysia, maka kita juga mungkin akan turut sama jatuh,” katanya.

Nizar berkata demikian ketika menjadi panelis Wacana Rasuah Pemusnah Tamadun di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf (KMK), Shah Alam, semalam.

Turut serta dalam wacana tersebut adalah adalah Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed, Senator Ezam Mohd Nor dan Pengasas ESQ Leadership Centre, Dr Ary Ginajar dan Zulkifli Bujang sebagai moderator dari Bernama TV.

Jelas Nizar, perubahan yang dilakukan oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan menukar Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Nizar berkata, tindakan tersebut sedikitpun tidak memberi apa-apa kesan yang baik seperti mana yang dijanjikan kepada rakyat.

“Apabila penerajuan SPRM diambil, rakyat Malaysia dijanjikan dengan satu paradikma baru dimana amalan bukan sahaja akan dikurangkan malah ia akan terus dibasmi," katanya.

"Malangnya, apa yang kita lihat sekarang indeks rasuah semakin hari semakin menurun dan terus menurun," ujarnya.

“Janji yang ditaburkan kepada rakyat selepas Parlimen meluluskan Akta SPRM dan jawatankuasa ditubuhkan ia bukan sahaj gagal malah rasuah terus berleluasa,” tegasnya.

Mengulas lebih lanjut, Nizar berkata sewajarnya SPRM dan Peguam Negara tidak berada di bawah nasihat Perdana Menteri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno.

Soalnya, bagaimana mungkin kedua-dua badan itu boleh menyiasat perkara yang menyentuh kepentingan politik pemimpin-pemimpin Umno-BN.

Tegasnya, oleh yang demikian, Pakatan Rakyat meminta semua agensi kerajaan seperti SPRM, Peguam Negara, Ketua Polis, Pengerusi Felda, Petronas dan sebagainya haruslah dilantik oleh dan diletakkan di bawah Parlimen.

Menjawab soalan sama ada PAS ingin meniru bentuk kebangkitan rakyat di negara luar untuk melakukan demontrasi jalanan sehingga tertumbangnya pemerintah zalim, Nizar dengan tenang menidakkannya.

"Pakatan tidak pernah meminta rakyat untuk meniru kebangkitan rakyat sehingga jatuh beberapa negara terbabit kerana rasuah dan salah laku.

"Rakyat inginkan perubahan dalam hal-hal berkaitan rasuah, contohnya, kenapa hanya ikan bilis sahaja yang terkena siasatan dan hukuman sedangkan bagaimana dengan isu Khir Toyo dan Taib Mahmud," ujarnya.

Lebih 200 orang hadir bagi menyaksikan wacana rasuah ini sehingga menyebabkan kelancaran majlis ini beberapa kali terganggu dengan pekikan kuat dipercayai dilakukan kumpulan sorak yang dibawa oleh pihak tertentu untuk membuat bising terutamanya ketika Nizar memberikan hujah mantapnya.

Ketika Dr Ary Ginanjar berkata, malangnya dalam suasana wacana itu, iblis dan syaitan juga turut serta, mereka tidak ingin agar rasuah itu dibanteras. -tvs

Gadis 15 tahun cedera DIBELASAH 4 pelajar perempuan

Label:

Saya petik:

[BH] GEORGETOWN: Seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dikhuatiri mengalami pendarahan dalam perut selepas didakwa dibelasah sekumpulan empat pelajar perempuan di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini, Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, Nur Atiqah Abdullah, yang dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut, mendakwa dia turut dipijak oleh kumpulan pelajar berkenaan yang berusia 16 hingga 17 tahun.

Mangsa mendakwa, dia hanya mengenali seorang daripada empat pelajar terbabit dan semua mereka bukan pelajar sekolahnya.

Sebelum kejadian itu, Nur Atiqah bersama seorang adik dan empat rakannya berada di kompleks berkenaan sebelum ditegur empat pelajar terbabit.

Mangsa mendakwa hanya mengenali seorang daripada pelajar terbabit yang tinggal di flet tempat dia tinggal tetapi jarang menegurnya. Pelajar itu dikatakan menegur dan bertanyakan namanya.

"Saya memberitahu nama dan dia bersama rakannya terus menampar serta memijak perut saya tanpa perasan kasihan," dakwanya yang sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, mengesahkan menerima laporan daripada mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
P/s: Hebat budak-budak sekarang!!
(Gambar hiasan)

Apa Helah Eskay beri sampel DNA kepada polis?

Label:

Saya petik: 

[SH] KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, yang mendedahkan video seks yang pelakunya didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini memberi sampel DNA beliau kepada pihak polis.

Eskay berkata, beliau telah diminta datang ke Bukit Aman untuk memberikan sampel DNA itu dan juga untuk memberi keterangan tambahan untuk membantu siasatan kes video seks itu.

"Saya secara sukarela telah memberi sampel DNA kepada pihak polis untuk membantu siasatan kes video seks," katanya kepada pemberita di luar pintu masuk Bukit Aman.

Katanya, beliau berada di Bukit Aman dari pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari dan turut ditanya beberapa soalan oleh pihak polis.

Eskay berkata, beliau akan mengadakan satu sidang akhbar esok untuk memberikan situasi terkini mengenai video itu.

Pada 21 Mac lalu, video itu dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan yang dikenali sebagai "Datuk T" di Carcosa Seri Negara.

Misteri Datuk T yang bermaksud "Trio" itu terjawab pada satu sidang akhbar di sebuah hotel pada 23 Mac lepas apabila bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik , Shazryl Eskay dan bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim mengaku terlibat dalam penayangan video berkenaan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar baru-baru ini mengumumkan bahawa rakaman video seks itu adalah tulen selepas disahkan oleh pakar tempatan yang memeriksa video berkenaan. 
 
Siasatan polis itu bermula selepas Anwar membuat laporan polis dan menafikan dirinya pelaku dalam video seks itu.

Remaja 14 Tahun "Dikendurikan" oleh 9 Lelaki

Label:

Saya petik:

[UM] KUALA LUMPUR 26 April - Perkenalan seorang remaja dengan seorang lelaki menerusi laman sosial Facebook menjadi mimpi ngeri apabila dia menjadi mangsa 'kenduri seks' sembilan lelaki di sebuah rumah teres di Mahkota Cheras, dekat sini Sabtu lalu.

Sebelum kejadian itu, mangsa berusia 14 tahun dikatakan keluar menaiki teksi dari rumahnya di Kondominium Rakyat, Pantai Dalam, kira-kira pukul 7 pagi untuk menemui rakan lelaki yang baru dikenali menerusi laman sosial tersebut.

Bagaimanapun, sebaik sahaja bertemu di lokasi dijanjikan, suspek membawa seorang rakannya menaiki sebuah kereta Proton Saga ke rumah mereka.

Sebaik sahaja sampai, terdapat tiga lagi lelaki yang merupakan rakan suspek. Salah seorang suspek telah mendekati mangsa untuk mengadakan seks namun remaja itu yang enggan menurut kemahuannya telah dipukul lalu dirogol.

Suspek dikatakan memanggil empat lagi rakan lelakinya datang ke rumah tersebut sebelum menjadikan mangsa sebagai 'kenduri seks' beramai-ramai.

Kejadian malang itu berakhir kira-kira pukul 9 malam selepas mangsa berjaya melarikan diri ketika dibawa salah seorang suspek ke restoran makanan tom yam.

Mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian sebelum dibawa ke hospital berdekatan bagi pemeriksaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kajang, Supritendan Azman Ayob ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini mengesahkan kejadian tersebut.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. Kesemua suspek terbabit dipercayai berusia 20-an," katanya.

P/s: Senangnya percaya kepada rakan baru yang akhirnya membawa BALA... 

(Gambar sekadar hiasan) 

Kereta PERSONA baru dipakai sudah rosak!!

Label:

NUR WAHIDA menunjukkan surat perintah TTPM supaya dia diberikan ganti rugi berikutan masalah kerosakan pada kereta yang baru dibelinya di Putrajaya semalam.

Saya petik:

[kosmo] PUTRAJAYA – Kegembiraan seorang pegawai tadbir Universiti Tenaga Nasional (Uniten) memandu sebuah kereta Proton Persona 1.6 baharu, berkecai apabila ia mengalami kerosakan tidak sampai 24 jam digunakan.

Nur Wahida Nazli, 26, berkata, kereta tersebut dibelinya daripada syarikat Pelangi Inovative Sdn. Bhd. yang beroperasi di Taman Connaught, Cheras dekat sini pada tahun lalu.

Katanya, kereta berharga RM53,900 itu diserahkan kepadanya pada 22 Disember setelah membuat tempahan kira-kira dua minggu.

“Setelah membawa pulang kereta tersebut, saya baru menyedari bahawa lampu depan kereta dan lampu belakang sebelah kanan tidak menyala malah lampu isyarat enjin juga sentiasa menyala.

“Kesemua kerosakan itu saya kesan pada hari yang sama saya menerima kereta tersebut,” katanya.

P/s: Malang sungguh nasib wanita ini!

Artis TIDAK BERMORAL dilarang buat show di Selangor

Label:

Saya petik: 

[SH] SHAH ALAM - Artis sama ada tempatan mahu pun luar negara yang terlibat dengan aktiviti tidak bermoral tidak dibenarkan mengadakan persembahan terbuka di Selangor, kata Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Hasan Mohamed Ali.

Katanya, tindakan itu dibuat kerana melihat perkara itu akan memberi kesan negatif kepada masyarakat terutamanya golongan muda di negeri ini.

“Kita tidak akan memberi ruang (adakan sebarang persembahan) kepada artis sedemikian kerana perlakuan kurang bermoral yang dilakukan sebelum ini dilihat akan memberi kesan negatif kepada golongan muda terutamanya yang menjadikan artis sebagai idola mereka.

“Kita bimbang para remaja akan terikut-ikut perlakuan artis tersebut dan sekali gus menyebabkan perlakuan sumbang di kalangan remaja meningkat di Selangor.

“Oleh itu dengan cara seperti ini, ia sedikit sebanyak dapat membendung kegiatan sedemikian daripada terus merebak,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perihal yang berlaku kepada penyanyi terkenal Indonesia, Kris Dayanti yang mengaku hamil empat bulan walaupun baru berkahwin pada 20 Mac lalu.

Mengulas mengenainya Hasan berkata, peribadi artis seperti itu tidak layak dijadikan contoh kepada generasi muda.

“Apa yang dilakukannya (mengandung luar nikah) itu adalah berdosa dan haram di sisi agama dan ini bukan contoh yang patut dicontohi oleh mereka (masyarakat).

“Kita tidak mahu anak-anak muda kita terlalu mengagung-agungkan personaliti seperti itu,” katanya.

Sebelum ini, Kris Dayanti mengakui dia kini hamil empat bulan dan berita itu mengejutkan seluruh masyarakat.

Kris yang bernikah dengan usahawan dari Timor Leste, Raul Lemos pada 20 Mac lalu menegaskan, hal itu sudah pun terjadi dan dia serta suaminya menerima sahaja keputusan itu dengan hati yang terbuka.

Katanya “benda ini (kehamilan) sudah terjadi. Kalau apa yang diberikan Allah ini tidak saya akui, nanti timbul pula cerita yang tidak betul. Kononnya, saya melakukan pengguguran,”.

Hasan berkata, pihaknya tidak menghalang sebarang persembahan hiburan tetapi ia haruslah memberi pendidikan kepada masyarakat.

“Setiap bidang ada pendidikan yang boleh disebarkan kepada masyakat, begitu juga dengan cabang seni malah kita akan beri ruang kepada persembahan berbentuk pendidikan.

“Kita tidak mahu sebarang hiburan yang boleh melalaikan umat dan menggalakkan maksiat di kalangan generasi muda negara. Sebarang persembahan seni yang jelas bertentangan dengan kehendak syarak seperti mengabaikan waktu solat, pergaulan bebas serta pendedahan aurat adalah haram,” katanya. 

(Gambar hiasan) 

P/S: Langkah yang baik. Kalau perkara itu merosakkan anak muda dan dewasa, tidak perlulah diberi ruang untuk mereka... 

AWAS wanita!!

Label:

Saya petik:

[HM] KUALA TERENGGANU: Caranya mudah. Cuma koyak, campurkan ke dalam minuman dan kacau hingga sebati, namun kesannya amat berbahaya kerana ia dikatakan mampu meningkatkan nafsu seks wanita secara mendadak hingga memudahkan mereka menjadi mangsa rogol.

Bungkusan serbuk perangsang seks yang berharga RM15 hingga RM50 sebungkus itu kini sering digunakan lelaki hidung belang sekitar bandar ini untuk memerangkap wanita yang baru dikenali hingga ke bilik tidur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan meminta orang ramai terutama wanita lebih berhati-hati untuk mengelakkan mereka menjadi mangsa lelaki yang melakukan jenayah seks menggunakan serbuk perangsang seks terbabit.

Menurutnya, biarpun belum menerima laporan kes khususnya rogol yang menggunakan bahan perangsang seks terbabit, polis tidak menolak kemungkinan kejadian seperti itu boleh berlaku.

Kelantan benam EGO Selangor

Label:

NORSHAHRUL (kiri) dicabar pertahanan Selangor pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam tadi. Kelantan menang 1-0.

Saya petik: 

[kosmo] PENGGEMPUR berbisa, Norshahrul Idlan Talaha dijulang sebagai wira apabila meledak gol ketika membantu Kelantan membenam pendahulu Liga Super, Selangor 1-0 malam tadi.

Gol menerusi tandukannya seawal minit keempat pada aksi di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu itu sudah cukup untuk Kelantan kembali bangkit menyaingi takhta liga.

Sebaik wisel permulaan dibunyikan, Kelantan terus melakukan asakan untuk mendapatkan gol awal dan Norshahrul yang tidak dikawal berjaya menanduk masuk bola menewaskan Saiful Amar Sudar di gawang Selangor.

Segala-galanya berpunca daripada lontaran ke dalam oleh pertahanan Kelantan, Daudsu Jamaluddin yang ditanduk ke belakang oleh ketua pasukan, Badri Radzi sebelum Norshahrul mudah merobek gawang Selangor untuk gol tunggal perlawanan.

Peluang Selangor hadir pada minit ke-23 menerusi pemain pertahanan, Nasriq Baharom yang menanduk bola hasil sepakan percuma Amri Yahyah, namun sedikit melepasi palang gol.

Selang enam minit kemudian, Norshahrul sekali lagi mencemaskan benteng Selangor apabila rembatannya gagal ditangkap kemas oleh Saiful Amar tetapi bola tersebut bergolek keluar.

Babak kedua perlawanan menyaksikan Selangor bermula garang menerusi rembatan Amri dari penjuru kanan gawang Kelantan yang mengelirukan Khairul Fahmi Che Mat, namun ia sekadar singgah di tiang gol.

Pemain sayap lincah Kelantan, Nurul Azwan Roya turut berpeluang mencatat nama sebagai penjaring, namun rembatannya selepas menerima umpanan Norshahrul dihalang pertahanan Selangor.

Penghujung babak perlawanan, penyerang Selangor, Fadzli Saari mampu mengubah keputusan perlawanan, namun rembatan kencangnya sedikit tersasar.

Kelantan yang 'dibantu' hampir 25,000 penyokong mendapat suntikan semangat dengan kehadiran Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang mencemar duli menyaksikan perlawanan tersebut.

Umno TEBAL muka ajak DAP sertai BN?

Label:

Saya petik:

[HD] KUALA LUMPUR, 26 April: DAP akan menolak jemputan Umno untuk bersama dengan Barisan Nasional (BN) jika benar akan ada pelawaan seumpama itu, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

"Sehingga kini kita tidak tahu apa-apa lagi tentang hal ini sehinggalah kita diberitahu hari ini, namun kalau adapun  kita akan kekal bersama Pakatan Rakyat," kata Guan Eng ketika ditemui sejurus selepas sidang medianya di Ibu Pejabat DAP hari ini.

Pagi tadi, Harakahdaily menyiarkan laporan kononnya Umno sedang berusaha untuk mendekati DAP untuk dipelawa menyertai BN.

Menurut sumber itu, usaha ini diperhebatkan lagi ekoran kemarahan Umno terhadap MCA yang mengajak masyarakat memboikot lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia.

Ia juga dibuat selepas Umno mendapati pengaruh DAP semakin kuat khasnya selepas pilihan raya Sarawak baru-baru ini. Ia juga satu tindakan Umno untuk mengawal MCA dan menghantar mesej kepada MCA bahawa Umno mempunyai alternatif yang lain.

Harakahdaily difahamkan, Umno telah menggunakan keluarga terdekat pemimpin DAP sebagai jambatan mereka namun tidak dapat disahkan maklumat ini.
Namun ketika ditemui hari ini, Lim Guan Eng menafikannya dan berkata DAP tidak tahu menahu mengenainya.
"Bagi saya, ia hanya usaha pihak lawan kita mahu memecahkan hubungan antara Pakatan Rakyat," kata Lim Guan Eng kepada Harakahdaily.

Beliau juga berkata, DAP bukan sehari dua ini berjuang di negara ini tetapi telah mencecah 40 tahun.

"DAP akan tetap setia bersama rakan-rakan kita," kata Guang Eng kepada Harakahdaily.
Beliau tidak menolak, ada pihak yang cuba menabur fitnah dalam hal ini kononnya DAP mahu bersama Umno dalam Barisan Nasional (BN).

Boikot Utusan Malaysia

Sementara itu, Guan Eng enggan melayan cadangan MCA agar semua rakyat negara ini memboikot akhbar Umno, Utusan Malaysia.

"Itu semua wayang sahaja... saya tidak minat wayang antara MCA dan Umno ini. Dulu masa tahun 1987 pun macam ini. Media siarkan MCA dan Umno bergaduh, namun yang kena tangkapnya kita (dalam Operasi Lalang 1987)," kata Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Beliau mengulas cadangan pemimpin MCA agar semua rakyat negara ini memboikot Utusan Malaysia ekoran cadangan seorang editor akhbar itu untuk mengadakan kempen "1 Bumi, 1 Melayui".

Janda ini GIAN lagi!!

Label:

Saya petik:

[kosmo] FELDA KERTEH 3 – Biarpun baru tiga hari keluar penjara, namun hukuman dilalui tidak dapat menimbulkan keinsafan bagi seorang wanita kaki dadah apabila dia kembali terjebak dengan aktiviti songsang itu sehingga ditangkap pihak berkuasa.

Janda anak tiga itu ketika berkongsi pengalaman berkata, sebaik keluar dari penjara, dia tiada tempat untuk dituju lalu kembali mencari kenalan lamanya yang juga kaki dadah.

Bekas banduan Penjara Pengkalan Chepa itu berkata, kesalahan yang dilakukannya menyebabkan ahli keluarga enggan menerimanya semula, sehubungan itu, dia terpaksa mencari tempat berlindung lalu datang ke rumah ibu saudaranya di sini untuk membina kehidupan baru.

Bagaimanapun, sebaik tiba di sini, dia berkenalan dengan seorang lelaki yang juga kaki dadah sebelum kembali terjebak, selain turut dijadikan teman tidur.

“Saya memang ada niat untuk berubah, tetapi orang macam saya, siapa mahu terima. Hendak kahwin lain, mungkin agak mustahil untuk bertemu jodoh, apatah lagi dengan status saya ini.

“Dulu saya pernah kena tangkap, lepas tu saya taubat namun saya kembali menagih selepas tidak tahan dengan tekanan hidup,” katanya yang berasal dari Besut.

Janda berusia 25 itu ditahan pihak berkuasa ketika berada bersama teman lelakinya dalam bilik di sebuah rumah dekat sini, awal minggu lalu.

Hasil ujian saringan air kencing dia dan juga pasangannya didapati positif dadah jenis methampethamine dan ditahan polis untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pasangan terbabit juga bakal dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah mengikut Seksyen 31 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

[VIDEO] Liwat II: Konspirasi politik untuk PUASKAN kehendak Najib - Anwar

Label:

Saya petik: 

[MK] Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap mempertahankan dakwaannya bahawa kes liwat II yang sedang berlangsung adalah satu konspirasi politik bagi memuaskan kehendak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Tiada asas bagi pihak pendakwaan untuk meneruskan kes, kata Anwar kecuali bagi memuaskan kehendak tuan politik mereka.

“Kita tahu sistem pornografi Umno, Datuk Seri Najib akan terus guna ini utk mencela kita seolah-olah beliau dan isterinya Rosmah dan yang lain adalah orang yang baik-baik, kekuatannya adalah tunjukkan moral Anwar kurang baik... mereka akan menang.

“Saya nak jelaskan sedikit bahwa ini fitnah jahat ... awal kita nafikan dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan (Peguam Cara Negara II) Datuk Yusof (Zainal) diperalatkan sekadar kuatkan hujah.

Menurut Anwar lagi, media arus perdana yang dikawal oleh Umno berdendam dengannya dan berulangkali melaporkan sperma dan air seperti yang diperkatakan oleh Yusof di mahkamah bagi memuaskan tuan politik mereka.

Dalam mengemukakan bukti di mahkamah, pihak pendakwaan berkata air mani dan sperma dijumpai oleh ahli kimia.

“Terbukti mani yang dikatakan 97 jam yang diambil itu tidak (disimpan) dalam freezer dan dlm mana dokumen sains mengatakan ia tidak boleh bertahan. Jadi ini jadi isu politik murahan yang jelas dalam keterangan mahkamah,” kata Anwar.

Belum ada tarikh kahwin - Yusry

Label:

Saya petik:

[kosmo] KERJAYA seni Yusry dilihat sama naik dengan gosip-gosip cintanya. Sebelum ini nama Yusry dikaitkan dengan Maya Karin dan Kilafairy, bagaimanapun kedua-dua wanita itu hanya berlalu dalam gosip.

Yusry mengaku yang dia agak rimas dengan gosip-gosip sebelum ini kerana semuanya tidak benar.

"Saya rimas kalau gosip itu tidak benar. Dulu masa gosip dengan Maya, banyak kali saya cakap bahawa saya dengan dia hanya kawan biasa sahaja. Kes Kilafairy lagi saya tidak tahu macam mana boleh timbul isu itu sebab memang tidak benar sama sekali," ujarnya.

Namun berbeza pula dengan gosip cintanya bersama Lisa Surihani, Yusry tanpa segan silu mengaku yang dia kini sedang berkawan rapat dengan Lisa.

Malah, sebagai lelaki, Yusry mengaku yang dia tertarik dengan karakter dan personaliti Lisa.

"Sudah hampir dua bulan saya rapat dengannya dan dalam proses mengenali hati budi. Kalau dulu saya hanya berborak di BBM (BlackBerry Messenger) dan tidak tahu perangai sebenarnya tetapi sekarang saya tahu dia seorang wanita yang matang walaupun usianya jauh lebih muda daripada saya," katanya.

Tambah bekas suami kepada penyanyi dan pelakon Erra Fazira itu, dia selesa berada di samping Lisa kerana meskipun Lisa seorang wanita yang sopan santun tetapi dia memiliki pengetahuan yang luas.

"Kalau berjumpa, rancak juga kami berbual. Saya boleh sembang macam-macam dengan dia, walaupun nampak ayu tetapi dia boleh bersembang mengenai bola, kebetulan saya pula peminat pasukan Manchester United, jadi lagi seronoklah kami bersembang," ucapnya.
Sungguhpun begitu tegas Yusry, masih terlalu awal untuk berbicara lebih jauh mengenai hubungannya dengan Lisa kerana mereka baru sahaja berkawan.

"Untuk bercakap lebih-lebih saya rasa belum lagi kerana kami baru dua bulan berkawan rapat. Saya juga tidak akan berselindung kalau saya benar-benar suka seseorang wanita kerana saya bukannya lagi artis yang kena menjaga pasaran," katanya dalam tawa.

Apabila disoal adakah keluarganya mengetahui mengenai hubungannya dengan Lisa, jawab Yusry: "Keluarga saya tahu tetapi saya belum lagi bawa Lisa jumpa keluarga saya tetapi mereka pernah terserempak dengannya dalam beberapa acara. Ibu saya juga tidak mengawal dengan siapa saya berkawan kerana saya bukannya muda lagi.

"Saya juga tidak tetapkan bila saya mahu berkahwin lagi, belum ada tarikhnya (ketawa). Jika benar saya sudah bertemu dengan wanita yang benar-benar sesuai untuk dijadikan isteri, saya tidak akan tunggu lama-lama, saya akan kahwin terus."

Si Dara ini Fail Semula Saman

Label:

Saya petik: 

[MStar] KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Umi Hafilda Ali sekali lagi memfailkan saman fitnah bernilai RM100 juta terhadap bekas rakan kongsinya, Baginda Minda dan pemilik portal berita, Malaysiakini.

Saman tersebut difailkan semula ekoran keputusan Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datin Zabariah Mohd Yusof membatalkan saman itu pada 13 April lalu ekoran pihak yang terlibat tidak hadir di mahkamah.

Pada Isnin, hanya penasihat undang-undang kepada Umi Hafilda, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz hadir bagi memfailkan semula saman tersebut.

Umi Hafilda yang merupakan saksi utama pada kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998 menamakan Baginda Minda atau nama sebenarnya, Nor Azman Abdullah @ Baginda sebagai defendan pertama diikuti MKini Dotcom Sdn Bhd.

Adik kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali itu mendakwa Nor Azman telah mengeluarkan kenyataan berbentuk fitnah secara sindiran pada sidang media yang dihadiri oleh sekumpulan wartawan di lobi Parlimen pada 15 Mac lalu.

Dakwanya lagi, defendan kedua telah menerbitkan kenyataan tersebut pada hari yang sama dalam bahasa Malaysia pada pukul 2.31 petang manakala versi bahasa Inggeris diterbitkan pada pukul 3.04 petang.

Artikel tersebut didakwa ditulis oleh wartawan Hazlan Zakaria dan bertajuk ‘Baginda pula jelajah ‘bongkar’ Ummi Hafilda’ dan ‘Ummi’s sex-partner threatens to ‘tells all’.

Umi Hafilda mendakwa, kenyataan tersebut membawa maksud bahawa dirinya seorang ahli perniagaan yang terdesak, wanita tidak bermoral dan mempunyai banyak skandal dan tidak jujur.

Seterusnya, Umi Hafilda juga mendakwa penerbitan artikel tersebut telah menjejaskan reputasinya sebagai seorang individu berprofil tinggi dan sangat dikenali serta memegang pelbagai jawatan perniagaan dan sosial di Malaysia.

Selain itu, Umi Hafilda juga memohon perintah injunksi untuk melarang kedua-dua defedan daripada terus menerbikan kenyataan fitnah tersebut.

Sementara itu, semasa ditanya mengapa peguam yang mewakili Umi Hafilda tidak menghadiri prosiding mahkamah yang lalu, Mohd Khairul berkata berlaku kesilapan teknikal yang berpunca daripada penggunaan sistem e-filing yang digunakan oleh mahkamah.
[PANAS] Pegawai Imigresen disogok sehingga RM60,000 sebulan
Jumaat, April 29, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Khamis, April 28, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Rabu, April 27, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Selasa, April 26, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Isnin, April 25, 2011 | Author: Tuk Kiyai