Inilah saksinya.... Ketua umno Cawangan Jelutung...kah kah kah... Kalaulah setakat ucap selamat sejahtera dan berdoa agar Lim Guan Eng mendapat hidayah dan terbuka hati untuk menerima Islam apalah salahnya.....
Puak-puak umno lagi la teruk...Ingat tak di PRK Hulu Selangor? Puak-puak umno ni mengadakan majlis bacaan Yasin untuk calon P Kalamanathan yang bukan Islam supaya diberikan kemenangan......Saya petik:[SH] JELUTONG – Bukan baru-baru ini tetapi kira-kira dua hingga tiga bulan lalu nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng disebut dalam bacaan khutbah solat Jumaat di Masjid Jamek Jelutong.Ketua UMNO Cawangan Jelutong, Abu Kassim Ismail berkata, beliau yang ketika itu berada dalam masjid agak terkejut kerana nama Guan Eng disebut bagi mengantikan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin serta Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas.Menurutnya, khatib yang membaca khutbah mungkin khatib jemputan kerana bukan yang biasa bertugas di masjid berkenaan. “Masa itu saya agak hairan kerana selepas mengucapkan semoga Guan Eng sejahtera, saya cuba mendapatkan nama khatib di papan kenyataan masjid tetapi tidak tercatat apa-apa.“Biasanya ada ahli jawatankuasa masjid akan tulis nama khatib bertugas tetapi kali ini tiada, jadi sukar untuk saya mengenalpasti dari mana khatib itu dibawa, tetapi kemudiannya saya terus membawa perkara ini kepada ketua saya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.Semalam, Sinar Harian melaporkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa nama Guan Eng digunakan dalam doa bacaan khutbah kedua solat Jumaat menggantikan nama Yang Dipertuan Agong.Antara masjid yang terlibat termasuk Jelutong, Permatang Pauh dan Tasek Gelugor. Tinjauan di Masjid Jamek Jelutong semalam mendapati bacaan khutbah hanya memfokuskan mengenai bayaran zakat. Menurutnya, beliau tidak kisah sekiranya nama Guan Eng disebut namun tidak patut pula nama Yang Dipertuan Agong dan Yang Dipertua Negeri dilupakan.“Saya pun tidak tahu hukum hakam fatwa mengenai nama orang bukan Islam disebut dalam khutbah ini, tetapi bagi saya membelakangkan ketua agama negeri adalah salah dan dianggap tidak patut,” katanya.
(Gambar: Pengetua Siti Inshah Mansor yang mengeluarkan kenyataan rasis) Sekolah merupakan salah satu tempat penting untuk menyemai semangat perpaduan di kalangan semua bangsa tetapi kalau ada lagi pendidik dan pemimpin yang memiliki pemikiran bersifat perkauman, jadi bagaimanakah bangsa Malaysia dapat diwujudkan?
Saya petik:
[SK] SHAH ALAM - Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mempersoalkan hala tuju pembinaan bangsa Malaysia setelah 53 tahun Merdeka dan 47 tahun selepas pembentukan Malaysia sekiranya masih terdapat lagi pemikiran yang bersifat perkauman di kalangan pemimpin dan rakyat negara ini.
Menurut Kit Siang, sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak benar-benar telus mempertahankan agenda 1Malaysia yang diperkenalkan beliau, Pengetua SMK Tunku Abdul Rahman Putra Kulai Johor, Siti Inshah Mansor yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman baru-baru ini perlu dikenakan hukuman yang tegas.
"Tindakan disiplin paling tegas mesti diambil terhadap Siti Inshah, yang dengan jelas tidak sesuai memasuki perkhidmatan pendidikan masyarakat berbilang kaum seperti Malaysia apatah lagi seorang pengetua sekolah - menentang dasar perpaduan 1Malaysia yang disebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sejak April tahun lalu," ujar Kit Siang dalam kenyataannya.
Menurutnya, Siti Inshah yang membuat kenyataan berbaur perkauman seperti itu bukan sahaja perlu disingkirkan daripada perkhidmatan pendidikan, bahkan tidak layak mempunyai tempat dalam perkhidmatan awam.
Khamis lalu, Siti Inshah, semasa perhimpunan hari kemerdekaan di sekolah berkenaan menyatakan 'pelajar Cina tidak diperlukan dan boleh balik ke China ataupun Sekolah Foon Yew. Bagi pelajar India, tali sembahyang yang diikat di pergelangan tangan dan leher pelajar nampak seakan anjing dan hanya anjing akan mengikat seperti itu'.
"Apa yang tidak boleh diterima ialah Siti Inshah memperkecil, membuat kenyataan yang menyakitkan hati, tidak sensitif dan bersifat perkauman di satu majlis sambutan Hari Kebangsaan.
"Tema tahun ini perayaan Merdeka ialah 1Malaysia Menjana Transformasi. Tetapi betapa tidak bermakna apabila pengetua sekolah seperti Siti Inshah boleh menunjukkan penghinaan terhadap usaha menjadikan aset Malaysia paling penting dan terkaya iaitu satu model kepelbagaian biologi, etnik dan kebudayaan?" soal Kit Siang.
Tambah beliau, kenyataan melampau yang sama dibuat oleh Ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail sebelum ini, yang merujuk kaum Cina di Malaysia sebagai pendatang, penumpang dan rakyat yang tidak boleh dipercayai.
Febuari lalu, bekas Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar melabel kaum India dan Cina di Malaysia sebagai pendatang dan menghina mereka dengan menyatakan kaum India datang ke Malaysia sebagai pengemis dan Cina terutamanya golongan wanita datang bagi menjual tubuh mereka.
"Peristiwa Ahmad Ismail-Nasir Safar-Siti Inshah menunjukkan kegagalan kolektif proses pembangunan bangsa Malaysia, 53 tahun selepas Merdeka, menggalas testimoni bagaimana tepat ungkapan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang menyifatkan bahawa - “Satu ketika dahulu kita adalah bangsa Malaysia”.
"Seperti Razaleigh mengenangkan, hero-hero murid sekolah dalam 1970an ialah Soh Chin Aun, R Arumugam, Isa Bakar, Santokh Singh, James Wong dan Mokhtar Dahari - semuanya merentasi batas perkauman.
"Kes Ahmad Ismail, Nasir Safar, Siti Inshah akan menjadi kejadian yang tidak masuk akal dalam dekad-dekad awal kemerdekaan negara kerana tiada sesiapa akan berfikir adalah munasabah seorang pengetua sekolah memperkecil, mengeluar kenyataan yang menyakitkan hati, tidak sensitif dan bersifat perkauman seperti yang telah dibuat dalam sekolahnya di Kulai, Khamis lepas," kata Kit Siang.
Saya petik:
[TVS] Lebih sedekad lalu, kerajaan mencadangkan bahawa mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim mencederakan dirinya sendiri selepas didapati beliau mengalami kesan luka dan lebam pada tubuh dalam tahanan polis.
Kali ini, skrip yang sama diulang di inkues kematian Teoh Beng Hock apabila peguam mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkata mendiang telah mencekik dirinya sendiri, dalam pengawasan pihak berkuasa.
Banyak pihak berkata cadangan Datuk Abdul Razak Musa itu amat melucukan. Bahkan ada pembayar cukai yang berasa malu wang mereka digunakan untuk menggaji peguam seperti itu.
Menyifatkan ianya sebagai satu ciptaan-ciptaan pihak yang cuba melindungi diri mereka sendiri dan bertujuan untuk membuktikan Teoh Beng Hock membunuh diri, masyarakat mula mempersoal kewujudan bukti-bukti baru tersebut sedangkan siasatan serta pemeriksaan awal tidak pula mengatakan beliau mencekik dirinya sendiri.
Selain dari itu tidak kurang juga komen yang mengatakan ia adalah idea lucu,bodoh dan tidak masuk akal dan jelas sekali memperlakukan seolah-olah rakyat Malaysia bodoh sehingga tidak boleh menilai kebenaran dari perkara tersebut.
Rentetan dari kronologi kes tersebut dan juga beberapa kes yang ‘unik’ itu Malaysia, terutamanya dalam bidang perundangan mungkin bakal mendapat soratan meluas dunia dengan label tertentu.
(Gambar hiasan) Memang muka tak malu... Kalau dengan manusia mereka tidak malu apatah lagi dengan Allah....
[HM] KUALA LUMPUR: Bagai tidak tahu malu dan makna dosa apabila puluhan lelaki beragama Islam dikesan berpusu-pusu berbaris dan mengerumuni beberapa kedai dan gerai di sekitar ibu kota semata-mata untuk membeli nasi bungkus seawal jam 11 pagi.
Kebanyakan mereka terdiri daripaa pekerja swasta, penghantar surat serta pelajar sekolah berbaris panjang di kawasan terbuka bagi membeli juadah hidangan tengah hari yang sengaja dijual kepada orang ramai oleh peniaga beragama Islam.
Perbuatan mengaibkan di bulan Ramadan itu dapat dibuktikan selepas wartawan Harian Metro menyamar pelanggan di beberapa lokasi tumpuan kaki ponteng puasa terutama di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Dang Wangi, Kampung Pandan dan Keramat di sini, semalam.
Berdasarkan pemerhatian bermula jam 10 pagi, kebanyakan pelanggan yang menunggang motosikal membeli nasi bungkus terutama pada jam 11.30 pagi hingga jam 1 tengah hari.
Dalam tinjauan pertama ke sebuah restoran di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, seramai lebih 20 pelanggan berbaris panjang untuk membeli nasi kandar berlauk tanpa menghiraukan kenderaan yang lalu lalang.
Kedudukan restoran terbabit yang dilindungi hentian bas menyebabkan aktiviti membeli nasi oleh kaki ponteng puasa itu dilakukan dengan berani tanpa rasa malu.
Malah, pelanggan terbabit berbaris panjang menunggu pemilik kedai mengambil pesanan dan membungkus nasi selain minuman.
Kebanyakan mereka yang membeli nasi bungkus itu enggan membuka topi keledar bagi mengelakkan identiti mereka dikesan sebelum memecut sejurus membuat bayaran.
Lebih mengecewakan apabila pemilik dan pekerja kedai makan terbabit seolah-olah tidak hairan kehadiran pelanggan beragama Islam walaupun menyedari perniagaan makanan itu disajikan pada waktu yang boleh menimbulkan curiga.
Situasi sama turut dilihat di restoran berhampiran apabila rata-rata pelanggan di kalangan lelaki beragama Islam didapati berbaris untuk membeli nasi bungkus persis konsep ‘pandu lalu’.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Tuan Asmawi Tuan Umar yang dihubungi berkata, pihak penguat kuasa Jawi sudah memulakan operasi membanteras kaki ponteng puasa sejak awal Ramadan lalu di beberapa lokasi yang dianggap popular.
Kita tidak tahu sama ada benar atau tidak dakwaan Zahid dalam isu ini. Jika benar, bagaimana doa itu disebut perlulah diteliti...
Bagi saya yang cetek ilmu agama, berdoa untuk Lim Guan Eng supaya Allah memberikan hidayah agar terbuka hatinya untuk memeluk Islam adalah dibolehkan. Tetapi, jika mendoakan keampunan untuk Lim Guan Eng tidak dibolehkan kerana beliau bukanlah seorang Islam. [TMI] PETALING JAYA – Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menegaskan, siasatan awal menunjukkan tiada masjid di negeri itu yang menggunakan nama beliau dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.
“Saya baru dimaklumkan, saya sudah pun menghubungi YB Abdul Malik (Kassim, Pengerusi Hal Ehwal Agama dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri), dan beliau memberitahu saya tadi bahawa memang tiada perkara seperti yang didakwa oleh Datuk Zahid Hamidi... tiada masjid yang menggunakan saya,” kata Lim pada majlis berbuka puasa dengan media di sini hari ini.
Bagaimanapun Lim yang juga Setiausaha Agung DAP memberitahu, beliau telah mengarahkan Abdul Malik agar menjalankan siasatan mendalam berhubung dakwaan Zahid, yang juga Menteri Pertahanan dan Pengerusi Umno Pulau Pinang hari ini.
“Jika dakwaan Zahid benar, saya telah mengarahkan agar tindakan tegas diambil ke atas pegawai-pegawai yang terlibat,” kata beliau.
Tambah Lim, sekiranya dakwaan Zahid tidak benar, beliau mahu Naib Presiden Umno itu memohon maaf secara terbuka.
“Saya tidak sedar dan tidak mengetahui wujudnya penggunaan nama saya dalam khutbah kedua solat Jumaat sebagaimana didakwa, dan sudah tentu nama saya tidak harus, tidak boleh digunakan... ini melibatkan nama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,” katanya lagi.
Terdahulu laporan Bernama menyebut Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang memprotes penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Tuanku Mizan.
Zahid mendakwa penggunaan nama ketua menteri itu dalam khutbah Jumaat dikesan sejak minggu lepas di beberapa buah masjid sekitar Tasek Gelugor, Permatang Pauh dan Jelutong.
The Malaysian Insider difahamkan ada masjid yang pernah menyebut nama Ketua Menteri apabila kerajaan negeri memutuskan pendiriannya menentang lesen sukan judi yang diluluskan oleh kerajaan pusat.
Beliau berkata tindakan menggunakan nama ketua menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat adalah di luar daripada keputusan Majlis Raja-Raja.
Selain itu, Zahid turut mempersoalkan tindakan ketua menteri yang hadir pada majlis pengagihan wang zakat yang sepatutnya dilakukan oleh pemimpin Islam.
“Walaupun niat kerajaan negeri adalah untuk menggambarkan bahawa beliau (ketua menteri) seorang yang fleksibel tetapi mungkin ia mempunyai agenda tersembunyi bagi tujuan politik,” katanya.
Mengenai dakwaan bahawa Lim menghadiri majlis pengagihan wang zakat pula, kata Ketua Menteri, beliau hanya menghadiri majlis penyerahan sumbangan Ehya’ Ramadan peringkat Pulau Pinang 2010 yang diadakan di Dewan Serbaguna Jawi, Seberang Perai Selatan.
“Sumbangan disampaikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum Pakatan), bukannya saya... ini sumbangan daripada kerajaan negeri, saya hadir sebagai ketua kerajaan negeri,” kata beliau sambil menambah, ini kali pertama kerajaan negeri menyediakan sumbangan sempena bulan Ramadan.
“Sumbangan ini tidak pernah diberikan oleh kerajaan negeri masa lalu di bawah Barisan Nasional, sebanyak hampir suku juta ringgit disampaikan untuk masjid dan surau menjalankan aktiviti semasa bulan Ramadan,” katanya.
KUALA LUMPUR: Tujuannya ke balai polis ialah untuk membuat laporan polis terhadap akhbar yang menyiarkan berita mengenai penglibatannya dalam kes perceraian pemain badminton negara Roslin Hashim, namun penerbit filem kontroversi Raja Azmi Raja Sulaiman dicekup polis kerana gagal hadir ke perbicaraan kes sivil.
Raja Azmi, 51, ditahan kira-kira pukul 4.50 petang tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya selepas beliau membuat laporan polis mengenai perkara itu.
Ketua Polis Ampang Jaya ACP Abdul Jalil Hassan berkata Raja Azmi datang ke balai tersebut kira-kira pukul 4 petang dengan ditemani seorang rakan sebelum polis bertindak menahan beliau setelah mendapati namanya di dalam senarai dikehendaki.
"Pihak polis telah beberapa kali mencari beliau di rumahnya di Hulu Kelang berhubung kegagalan beliau menghadiri kes perbicaraannya, malahan hari ini duakali iaitu kira-kira pukul 1 petang dan 2 petang, namun tetap tidak berhasilmenemuinya.
"Ketika kami tiba di rumahnya tadi, kami percaya beliau berada di rumah namun tiada sesiapa membuka pintu, justeru apabila beliau hadir ke balai selepas membuat laporan polis, kami terpaksa bertindak menahannya," kata Abdul Jalil kepada pemberita di pejabatnya di sini Khamis.
Beliau berkata Raja Azmi kini ditahan di lokap wanita Balai Polis Pandan Indah dan esok akan dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Dagang), Jalan Duta pada pukul 8.30 pagi.
Pada 21 Julai lalu, Raja Azmi yang merupakan isteri kepada bekas jaguh badminton negara Jalani Sidek tidak menghadirkan diri di mahkamah yang samadipercayai berhubung kes sivilnya melibatkan muflis pada 1991.
Muka depan beberapa akhbar tempatan hari ini melaporkan Raja Azmi merupakan punca Roslin bercerai dengan isterinya, Norhayati Othman yang baru dikahwininya pada 9 Julai lepas.- BERNAMA
-mstar
(Gambar hiasan)
[SH] SHAH ALAM - Selangor akan melancarkan Kempen antizina dalam usaha membanteras fenomena pembuangan bayi yang semakin berleluasa serentak dengan Program Bersepadu di bawah Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial dan Generasi Idaman Selangor (Gems) pada malam ambang Merdeka, 30 Ogos nanti.
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali berkata, kira-kira 3,000 belia akan menyertai program berkenaan bagi memberi kesedaran dan kefahaman kepada semua pihak berhubung masalah gejala sosial.
Menurutnya, kerjasama daripada semua pihak diperlukan termasuk daripada jabatan-jabatan dan agensi kerajaan seperti jabatan kebajikan, jabatan pelajaran, jabatan kesihatan, ketua-ketua Kampung dan masyarakat setempat.
“Kita minta remaja yang 'termengandung' ini dapat perhatian sewajarnya. Kita mahu mereka diberi perlindungan daripada segi penjagaan antenatal. Kita mahu anak (dalam kandungan) dan ibu dijaga dengan sempurna sehingga dapat melahirkan dengan selamat.
“J:abatan kebajikan umpamanya boleh membantu dari segi anak yang dilahirkan itu diambil dan dijadikan sebagai anak angkat. Kita tidak mahu anak-anak terlanjur ini mengambil tindakan terdesak dengan membuang bayi,” katanya kepada media selepas Mesyuarat Exco di sini, semalam.
Beliau berkata, projek perintis kepada kempen tersebut sudah dimulakan di Flet Seri Perantau, dekat sini baru-baru ini di bawah kelolaan pegawai daerah.
“Semua jabatan akan membantu kita supaya pendekatan pencegahan secara menyeluruh dapat dilakukan.
“Kita mahu mereka yang terjebak diberi peluang kedua untuk menikmati kehidupan sempurna dan memperkasakan diri supaya dapat masuk ke dalam masyarakat secara positif dan menjadi insan produktif,” katanya.
Beliau berkata, program tersebut bakal berlangsung di i-City, Seksyen 7 dengan kehadiran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk turut sama menantikan detik tanggal 31 Ogos.
Sejauhmana kebenaran cerita ini hanya tuan punya badan sahaja yang tahu....
Apa yang kita dapat ambil pengajaran daripada kes ini ialah jauhkanlah diri kita daripada segala perbuatan yang boleh membawa kepada fitnah yang menyumbang kepada keretakan rumah tangga yang akhirnya mungkin membawa kepada penceraian....
Saya petik:
[MStar] KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara, Roslin Hashim,35, memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur di sini, Rabu, bahawa dia telah melafazkan cerai ke atas isterinya, Norhayati Othman,38, setelah didesak oleh isteri serta ibu mertuanya.
Menurut Roslin, mereka telah memaksanya melafazkan cerai setelah mengesyaki dia berada berdua-duaan dengan produser filem terkenal, Raja Azmi Raja Sulaiman ketika mereka menyerbu bilik bernombor 533 Hotel Corus, Jalan Ampang, di sini pada 7 Ogos lalu, kira-kira pukul 8.30 malam.
Sebutan pertama pengesahan cerai yang difailkan Norhayati selaku plaintif terhadap suaminya didengar di hadapan Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad didengar petang Rabu.
Roslin hadir ke mahkamah pada kira-kira pukul 2.38 petang dengan ditemani seorang saudara.
Manakala Norhayati yang berbaju kurung bertudung kelabu pula hadir lebih awal iaitu kira-kira pukul 2 petang.
Roslin diwakili peguam Roslizam Rahim manakala Norhayati yang juga Pengarah Pemasaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) diwakili Zulqarnain Lukman.
Ketika ditanya Hakim Syarie, Wan Mahyuddin kenapa dia mahu memfailkan penceraian, Norhayati memberitahu mahkamah bahawa dia mendapat tahu suaminya berlaku curang apabila pergi ke Hotel Corus bersama Raja Azmi.
Katanya, dia mengetahui suaminya telah mendaftar masuk ke hotel di bilik 533 yang didaftar di bawah nama produser itu.
"Kami sekeluarga termasuk ibu, dua adik saya telah ke tingkat lima. Di sini, kami tunggu Jalani Sidek (suami Raja Azmi) untuk membawa kami ke Bilik 533 tetapi dia cuba melengah-lengahkan perjalanan untuk ke bilik tersebut," katanya.
Norhayati mendakwa Jalani telah menelefon Roslin supaya keluar dari bilik berkenaan kerana dia bimbang pegawai jabatan agama akan menangkap dia dan Raja Azmi yang berada di dalam bilik berkenaan.
Setibanya di bilik tersebut, menurutnya, Roslin bagaimanapun sudah keluar dan hanya tinggal Raja Azmi seorang diri.
Sehubungan itu, Norhayati meminta Jalani menelefon Roslin supaya datang ke bilik berkenaan untuk bersemuka bagi menjelaskan keadaan sebenar sehinggalah berlakunya perdebatan.
Katanya akibat tidak dapat menahan sabar akhirnya Roslin telah melafazkan talak "I cerai you-lah."
Sementara itu Roslin ketika memberi keterangan sewaktu disoal oleh peguamnya, Roslizam memberitahu mengaku melafazkan cerai berkenaan.
Kata Roslin tiada siapa yang memaksanya untuk melafazkan cerai terhadap Norhayati. Bagaimanapun Roslin amat marah kerana Norhayati cuba mengaibkannya dengan menghubungi pejabat agama dan juga wartawan untuk menangkap dia dan Raja Azmi.
Ketika ditanya oleh Roslizam apakah hubungannya dengan produser filem itu, ujar Roslin, dia telah mengenali Raja Azmi sejak 12 tahun lalu dan menganggapnya seperti kakak dan ibu.
Katanya ketika Norhayati tiba di hotel itu dia berada di luar dan kembali semula 20 minit kemudian. Pada ketika itulah berlakunya perdebatan sehingga menyebabkan dia melafazkan cerai.
"Kalau dia betul syak saya ada hubungan dengan Raja Azmi, kenapa tidak berterus terang dengan saya. Apa sebenarnya dia mahu?" soalnya.
Menurut Roslin, dia tiada niat untuk melafazkan cerai terhadap Norhayati sebaliknya sekadar menyebut perkataan itu tanpa ada bilangan talak.
Sementara itu, di luar mahkamah, Norhayati ketika diserbu wartawan hanya sempat menyatakan: "Saya telah dilafazkan cerai oleh suami saya, Roslin Hashim di bilik 533, Hotel Corus pada 7 Ogos 2010. Itu sahaja. You orang buat kesimpulan sendiri."
Mahkamah bagaimanapun menangguhkan perbicaraan dengan menetapkan 1 September dan 22 September depan untuk pihak plaintif dan defendan memfailkan hujah bertulis.
Kedua-dua pasangan tersebut bernikah pada 9 Julai lalu selepas berkenalan tidak sampai lima bulan.
Bagaimanapun sebelum ini Roslin mengejutkan banyak pihak apabila perkahwinannya dengan Faizah Mohamad,32, pada 30 Januari 2009 tidak bertahan lama apabila mereka bercerai selepas 12 hari menjadi suami isteri.
Berita yang berniat jahat dan fitnah. Malah CNN telah mengeluarkan kenyataan yang menafikan sekeras-kerasnya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat bayaran agar beliau diwawancara oleh stesen televisyen antarabangsa itu..
Agak-agaknya, utusan akan mohon maaf atau rela disaman?
[SK] PETALING JAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyerahkan surat tuntutan kepada akhbar Utusan Malaysia berhubung laporan yang dianggap berniat jahat yang mendakwa beliau membayar agensi berita luar negara, Cable News Network (CNN) untuk liputan berita.
Peguam Latheefa Koya berkata surat tuntutan itu diserahkan oleh Tetuan Edwin, Lim & Suren yang bertindak bagi pihak Anwar.
"Kita meminta pihak Utusan dengan segera menarik balik dan meminta maaf kepada Anwar. Permohonan maaf itu harus dipaparkan sebesar artikel yang disiarkan itu dan berjanji tidak akan mengeluarkan apa-apa artikel seperti itu lagi.
"Sekiranya pihak defendan gagal berbuat demikian dalam masa 7 hari yang diserahkan hari ini, pihak peguam akan membawa kes ini ke mahkamah untuk saman fitnah RM50 juta," ujar Latheefa yang juga Ketua Penerangan KEADILAN.
Menurut Latheefa, jumlah tersebut adalah munasabah memandangkan fitnah tersebut mempunyai impak global terhadap imej dan maruah Ketua Umum KEADILAN.
Pada 10 Julai lalu Utusan menyiarkan artikel bertajuk "Anwar Didakwa Bayar CNN" yang menjadi asas kepada tindakan undang-undang yang diambil Anwar terhadap akhbar tersebut.
----------------
Artikel dari Utusan: Anwar didakwa bayar CNN
(Gambar hiasan)
Perbuatan gila dan tidak berperikemanusiaan!! Apa tidaknya, perut isteri dijadikan seperti bola yang boleh dipijak-pijak. Mujurlah tidak "meletup"!!! Itulah jadinya jika perasaan sudah dirasuk syaitan!!
[HM] AMPANG: Puncanya hanya kerana menguatkan bunyi televisyen, namun habuan diterima begitu azab apabila seorang wanita yang sedang mengandung enam bulan dipijak suami sendiri dalam kejadian di sebuah pangsapuri di sini, Ahad lalu.
Berikutan itu, bayi dalam kandungan wanita terbabit masih belum diketahui tahap kesihatannya dan polis menunggu laporan perubatan akan dikeluarkan hospital dalam tempoh terdekat.
Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam ketika pasangan berkenaan baru setahun mendirikan rumah tangga berada di rumah sebelum berlaku pertengkaran.
“Ketika kejadian, suami mangsa memintanya memperlahankan suara televisyen dipasang dan mangsa mengikut arahan lelaki terbabit dengan memperlahankannya.
“Bagaimanapun, suaminya memberitahu dia mahu keluar bermain snuker bersama rakannya,” katanya.
Menurutnya, baru saja beberapa langkah suaminya mahu keluar, mangsa kembali meninggikan suara televisyen membuatkan lelaki berkenaan naik angin dan berpatah balik.
“Suami mangsa menghampiri dan dengan nada marah mendakwa mangsa cuba bersikap kurang ajar dan sengaja mencabarnya.
“Bagaimanapun, mangsa memberitahu tidak berniat mahu menyakitkan hati suaminya dan meninggikan suara televisyen kerana menyangkakan suaminya keluar,” katanya.
Sumber terbabit berkata, suaminya yang tidak puas hati jawapan diberikan terus meluru sebelum memukul tangan mangsa dengan kuat sehingga menyebabkan kecederaan.
“Tidak cukup dengan itu, suami mangsa yang panas baran naik angin dan memijak perut mangsa yang mengandung enam bulan.
“Mangsa hanya mampu meraung dan menjerit meminta suaminya berhenti dari memijak perutnya sebelum lelaki berkenaan menghentikan tindakan itu dan meninggalkan mangsa menahan kesakitan,” katanya.
Menurutnya, isteri malang terbabit yang tidak puas hati dengan tindakan suaminya itu membuat laporan kepada pihak berkuasa dan susulan itu, polis menahan suami mangsa yang berusia 20-an untuk membantu siasatan.
“Lelaki berkenaan ditahan di rumahnya kelmarin bagi membantu siasatan kes terbabit dan setakat ini polis menunggu laporan pemeriksaan hospital untuk menentukan keadaan bayi dalam kandungan wanita itu.
“Bagaimanapun, pemeriksaan awal mendapati wanita berkenaan bernasib baik kerana tidak keguguran dan mangsa mendakwa kandungannya sudah ada pergerakan dan mungkin dalam keadaan stabil,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan penahanan lelaki terbabit.
Bercerai lagi... Itulah yang berlaku kepada Roslin... Apa dah jadi Roslin? [MStar] PETALING JAYA: Jaguh badminton negara, Roslin Hashim,35, (gambar) akan memfailkan penceraian dengan isterinya Norhayati Othman,38, di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, Rabu, selepas sebulan mendirikan rumah tangga.
Mstar Online dimaklumkan, permohonan itu dibuat selepas berlaku masalah dalam rumah tangga yang dibina Roslin dengan Pengarah Pemasaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) itu.
Kedua-dua pasangan tersebut bernikah pada 9 Julai lalu selepas berkenalan tidak sampai lima bulan.
Bagaimanapun sebelum ini Roslin mengejutkan banyak pihak apabila perkahwinannya dengan Faizah Mohamad,32, pada 30 Januari 2009 tidak bertahan lama apabila mereka bercerai selepas 12 hari menjadi suami isteri.
Jika benar wujudnya logo 1Malaysia pada Jalur Gemilang, maka tidak mustahil akan ada gambar PM atau sesiapa sahaja pada Jalur Gemilang nanti...
[SK] SHAH ALAM - Timbalan Presiden KEADILAN, Senator Dr Syed Husin Ali mendesak pihak berkuasa menyiasat tentang dakwaan wujudnya Jalur Gemilang yang telah ditambah dengan gagasan 1Malaysia Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Beliau yang dihubungi Suara Keadilan menjelaskan Jalur Gemilang itu telah dijual di setiap sekolah dan kemungkinan besar ia akan diberikan secara percuma kepada rakyat negara ini bersempena sambutan kemerdekaan pada 31 Ogos nanti.
"Saya berharap pihak berkuasa dapat membuat siasatan terhadap dakwaan tersebut dan mereka perlu mengenal pasti siapa sebenarnya yang melakukan kerja-kerja pencabulan terhadap jalur Gemilang itu.
"Biasanya Jalur Gemilang tidak boleh ditokok tambah kerana ia adalah sebahagian daripada Perlembagaan Negara tetapi apa yang berlaku amat mengecewakan kita sebagai rakyat Malaysia kerana Jalur Gemilang telah diletakkan pula 1 Malaysia.
"Perkara sedemikian perlu dihentikan segera dan mana-mana Jalur Gemilang yang telah dijual atau berada di pasaran perlu ditarik balik agar pencabulan ini tidak merebak keseluruh negara," jelasnya.
Tambahnya lagi, pihak berkuasa perlu memastikan apakah hukuman dan tindakan yang perlu diambil dari sudut undang-undang.
"Tentu ada hukum dari sudut undang-undang ke atas pencabulan tersebut dan saya berharap pihak berkuasa dapat memainkan peranannya. Apa yang pasti tindakan awal kita kena hentikan segera pengeluarannya," sambungnya lagi.
Dalam pada itu melalui laman 'twitter'nya Dr Syed Husin memberitahu mungkin pada masa sekarang 1 Malaysia diletakkan pada Jalur Gemilang dan adakah selepas ini gambar menteri mahupun peguam juga akan diletakkan juga.
(Gambar hiasan)Manusia sanggup melakukan apa sahaja cara untuk kaya. Malah mereka sanggup menggunakan agama demi mencapai matlamat mereka itu... Yang ni pulak menyamar jadi tok kadi dan amil zakat...
[KS] [SHAH ALAM – Tembelang Pak Sheikh yang mendakwa dirinya amil zakat bertauliah di Selangor dan menjadi broker pernikahan songsang akhirnya terbongkar selepas lokasi aktivitinya diserbu pihak berkuasa Jumaat lalu.
Dia bersama seorang ‘tok kadi’, seorang ‘saksi’ dan seorang wanita yang mendakwa anak kepada ‘tok kadi’ ditangkap dalam satu serbuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada Jumaat lalu.
Serbuan yang dilakukan oleh 10 anggota penguat kuasa itu pada hari ketiga umat Islam berpuasa mengejutkan ‘ahli sindiket’ berkenaan sehingga ada di antara mereka tergamam dan menuding jari sesama sendiri.
Ketika diserbu, Pak Sheikh pada mulanya cuba ‘bermain wayang’ dengan menipu penguat kuasa namun dia mula menggigil dan percakapannya menjadi merapu setelah menyedari perbuatan haramnya terbongkar.Setelah diasak, barulah Pak Sheikh mengaku akan perbuatannya.
Serbuan dilakukan lebih kurang pukul 3.30 petang iaitu selepas solat Jumaat selesai.
(Gambar hiasan) Biadap, keji, terkutuk...Teguk air setan dalam bulan puasa...
[HM] KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila ada wanita Islam mabuk ketika berparti di sebuah pusat hiburan di ibu kota seolah-olah tidak menghormati bulan Ramadan.
Perbuatan biadab wanita terbabit terbongkar dalam serbuan polis di pusat hiburan berkenaan, Sabtu lalu.
Ketika diserbu, lima wanita itu berpelukan dengan teman lelaki masing-masing sambil berjoget, malah tidak menyedari kehadiran pihak berkuasa.
Mereka yang berada di pusat hiburan terbabit sejak 10 malam dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dan sering berpindah dari satu kelab ke kelab lain.
Dalam operasi kira-kira jam 1.50 pagi itu, premis tingkat bawah di kawasan perniagaan Cheras di sini, diserbu polis dari Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dibantu Unit Anjing Pengesan (K9) dan diketuai Asisten Superintendan Sharil Mohd Johar.
Seramai 73 pelanggan diperiksa dalam operasi membanteras penggunaan dadah di kelab malam di sekitar ibu kota.
Daripada jumlah itu, enam pelanggan ditahan kerana positif dadah jenis ketamin dan metaphetamin.
Menurut jurucakap polis, lima remaja terbabit negatif mengambil dadah, namun hanya didapati mabuk.
“Pusat hiburan itu mempunyai lesen hiburan dan tidak beroperasi lebih waktu ditetapkan,” katanya. Semua mereka yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952.
(Sumber gambar: MT)
Sebelum ini Raja Petra mendedahkan hubungan sulit Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif, kini satu lagi pendedahan telah dibuat beliau. Kali ini tentang hubungan sulit antara Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dengan Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Datuk Azailiza Mohd Ahad.....
Panas! Panas! Panas!
Adakah benar dakwaan RPK itu? Cerita & sumbernya di sini dan di sini.
Siapakah timbalan menteri yang bakal disiasat polis itu? Sama-sama kita tunggu..
[HM] KUALA LUMPUR: Seorang timbalan menteri bakal disiasat polis selepas satu laporan dibuat kelmarin berhubung salah laku seksual dilakukannya selain didakwa turut terbabit dengan kegiatan pelacuran kelas atasan termasuk membekalkan gadis di kalangan pelajar kolej.
Sumber polis berkata, seorang ahli politik berusia 50-an dan berasal dari Ipoh, Perak sebelum ini tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields kira-kira jam 11.08 malam kelmarin sebelum membuat laporan polis berhubung jenayah salah laku seksual yang dilakukan oleh timbalan menteri berkenaan.
Difahamkan, laporan polis berkenaan dilakukan oleh ahli politik terbabit yang mendakwa memperolehi bukti berhubung pembabitan suspek terhadap kes salah laku seksual selain pelacuran gadis bawah umur.
Malah timbalan menteri terbabit yang memulakan khidmat selepas Pilihan Raya Umum 2008 itu turut dikaitkan dengan aktiviti pengedaran dadah.
“Difahamkan pengadu sebelum ini menerima surat layang menerusi pos laju yang dihantar kepadanya pada 11 Ogos lalu.
“Melalui kandungan surat terbabit, timbalan menteri itu didakwa terbabit dengan aktiviti pelacuran termasuk membekalkan gadis-gadis kolej terutama kepada golongan VIP.
“Kandungan surat itu mendakwa timbalan menteri terbabit dikesan menggunakan sebuah rumah sewa di Gombak untuk melakukan aktiviti haram berkenaan,” katanya.
Berdasarkan maklumat awal, surat terbabit dipercayai dihantar seorang daripada gadis yang pernah menjadi mangsa sindiket pelacuran berkenaan.
“Kandungan surat itu mendakwa timbalan menteri terbabit dikesan menggunakan sebuah rumah sewa di Gombak untuk melakukan aktiviti haram berkenaan,” katanya.
Bagaimanapun semua perbuatan dikaitkan dengan suspek dilakukan di Ipoh menyebabkan pihak polis menyerahkan kes terbabit kepada polis Perak untuk menyiasat kes berkenaan.
Polis turut mengambil keterangan dari ahli politik yang membuat laporan berkenaan bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.
Sementara itu Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, yang dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kes berkenaan namun enggan mengulas lanjut.
Setakat ini kes terbabit akan diserahkan kepada pihak polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak untuk disiasat berikutan kes dilaporkan di negeri itu.
Saya sangat bersetuju dengan pandangan yang diutarakan oleh YB Khalid Samad yang menyarankan supaya pelajar yang hamil anak luar nikah meneruskan pembelajaran mereka di rumah-rumah perlindungan bukannya di sekolah biasa bagi mengelak perkara negatif seperti pelajar menganggap mengandung anak luar nikah adalah perkara biasa.[TVS] Pelajar yang mengandung anak luar nikah disaran meneruskanpembelajaran mereka dirumah-rumah perlindungan bukannya di sekolah kerajaan seperti mana pelajar-pelajar lain.Tindakan itu perlu supaya mesej yang betul dihantar kepada pelajar lain bahawa mengandung anak luar nikah merupakan kesalahan.Akan tetapi Ahli Parlmen Shah Alam Khalid samad berkata, jika pelajar hamil itu sudah berkahwin, masih boleh diterima jika mereka mengikuti sesi persekolahan seperti pelajar lain.“Saya rasa pendekatan yang sebegitu tidak wajarlah. Bila pelajar lain nampak macam tidak ada apa-apa masalah, kita akan hantar mesej yang salah seolah-olah perkara itu adalah biasa.""Mereka mesti diasingkan dan kita mesti tolong mereka yang tersilap langkah ini. Kita tidakmahu mereka terus tersilap langkah,” katanya.Meskipun dikritik hebat oleh pelbagai pihak, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustammasih mahu meneruskan cadangan menubuhkan sekolah mengandung kononnya untukmengurangkan kes kelahiran bayi luar nikah di negeri itu.Namun, Khalid menolak cadangan itu kerana ia seolah- olah membuka ruang dan membantumuda belia untuk mengandungkan anak luar nikah.“Sekolah mengandung tu saya rasa luculah. Kalau kita hantar ke sekolah mengandung itunampak tiada kesalahan. Malah ada pula satu intitusi khas yang membantu mereka jika merekaterlanjur.""Akan tetapi jika mereka dihantar ke rumah perlindungan, masyarakat akan terkesan mesejdihantar bertapa apa yang mereka lakukan itu merupakan kesalahan yang tidak patutdituruti," kata Khalid.Sementara itu, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar berpandangan pelajar yang hamil samaada sudah berkahwin atau mengandung luar nikah perlu diberi peluang untukmenuntut ilmu.Namun, beliau menegaskan, hukuman kepada mereka yang melakukan kesalahan itu tetap perludilaksanakan.“Penjenayah sekalipun mesti kita bagi peluang untuk mereka belajar. Kita berharap dengan ilmumereka pelajari mereka boleh tentukan kelak apa yang baik dan apa yang buruk.Tetapi, hukuman keatas mereka yang lakukan kesilapan tetap perlu dilaksanakan," kata Kamaruddin.Kementerian Pelajaran sebelum ini dilapor membenarkan pelajar- pelajar yang mengandungsamada berkahwin atau tidak, untuk mengikuti sesi persekolahan sebagaimana pelajar lain.Seorang pegawai kementerian pelajaran mengesahkan pelajar hamil masih boleh ke sekolahkebangsaan sekaligus menolak persepsi bahawa mereka tidak boleh berbuat demikian, menurut portal The Malaysian Insider.Sumber itu juga menambah tiada peraturan yang menghalang pelajar perempuan daripadamenghadiri sekolah seperti biasa jika mereka telah berkahwin atau mengandung anak luarnikah.Bagaimanapun bagi mereka yang ada rekod mengelak daripada datang ke sekolah selama 60 hari akan dibuang secara automatik.
Apakah yang boleh diharapkan lagi dari si bapa ini? Darah daging sendiri sanggup diratahnya....Harapkan pagar, pagar makan padi....
[SH] TAMPIN – Seorang gadis sunti berusia 12 tahun dan bapanya berusia sekitar 30 tahun tergamak melakukan perbuatan terkutuk di kediaman mereka sendiri, malam awal Ramadan lalu.
Kedua-dua beranak itu yang tinggal di salah sebuah tanah rancangan di daerah ini juga dikesan melakukan hubungan seks sesama sendiri sejak Disember lalu.
Bagaimanapun, rahsia kedua-duanya terbongkar apabila guru sekolah bagi murid terbabit menyedari perubahan tingkah laku murid itu yang ‘tidak sesuai’ dengan usianya.
Sumber berkata, atas rasa tanggungjawab bagi menggelakkan murid itu terus melakukan perbuatan terkutuk itu, guru tersebut membawa gadis sunti berkenaan ke Balai Polis Gemas untuk membuat laporan.
“Laporan dibuat Khamis lalu setelah gadis terbabit menceritakan kesemua perbuatan tidak bermoralnya kepada guru berkenaan yang kemaruk seksnya berpunca dari bapa kandungnya sendiri.
“Lebih mengejutkan, gadis itu turut mendedahkan dirinya bukan hanya rela menjadi pemuas nafsu bapa kandungnya, bahkan turut menjadi pemuas nafsu abang angkatnya yang kerap berkunjung ke rumahnya.
Sumber berkata, ketika kejadian terakhir malam Rabu lalu, ibu mangsa dan adik-adiknya sedang nyenyak tidur, manakala, mangsa tidur berasingan dalam sebuah bilik lain.
"Kejadian terkutuk itu berlaku sebelum ibu mangsa bangun bagi menyiapkan juadah untuk bersahur," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Suprintendan Wooi Kooi Cheang mengesahkan ada menerima laporan berkenaan dan memberitahu polis sudah bertindak menahan bapa mangsa, tengah hari kelmarin.
Menurutnya, suspek telah ditahan reman selama tiga hari mulai hari ini bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
"Jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum selama 30 tahun serta sebatan.
“Polis juga sedang memburu seorang remaja yang dikatakan sebagai abang angkat murid berkenaan bag i membantu siasatan," katanya.
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau singkatannya Felda didakwa mendapatkan pinjaman RM3 bilion ringgit dari Kerajaan Malaysia.
Bukan sahaja ia berhutang kepada Kerajaan, bahkan Felda didakwa turut berhutang dan tidak mampu membayar kontraktor-kontraktor yang dilantik untuk menguruskan tanah perladangan.
Bekas Timbalan Menteri Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata Felda perlu menjelaskan mengapa ia tidak melunaskan pinjaman-pinjaman itu jika benar status kewangan Felda kukuh.
"Baru-baru ini mulanya 3 tahun konsep Felda Global yang Perdana Menteri Najib Abdul Razak impikan. Peruntukan yang sudah diguna ialah sebanyak RM3 billion termasuk wang pinjaman dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Kalau Felda banyak wang kenapa perlu atau terpaksa pinjam dari KWSP?" soal Dr Tan.
Kerajaan sebelum ini membidas dakwaan bahawa Felda diancam kemuflisan. Kerajaan bagaimanapun akui bahawa rizab tunai Felda susut daripada RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada hanya RM 1.35 bilion pada 2009.
"Banyak kontraktor dan subkontraktor yang buat kerja untuk Felda, dalam terdapat aduan bahawa Felda telah berhutang sebanyak RM300 juta kepada kontraktor. Sudah 8 bulan berlalu tetapi 8 sen pun tak dibayar. Kalau Felda ada banyak wang saya minta pihak felda dan pengerusi Najib sila jawab," kata Dr Tan.
Sementara itu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Sivarasa Rasiah mencabar Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Yusof Nor mendedahkan pendapatannya selaku pengerusi badan itu.
Sivarasa berkata ada dakwaan yang mengatakan bahawa pendapatan Mohd Yusof mencecah RM2 juta setahun termasuk gaji dan elaun.
"Walaupun ada kemungkinan dakwaan itu dakwaan semata-mata, namun beliau perlu jawab, khususnya kepada peneroka. Sebagai pengerusi Felda, tentu sekali pendapatannya tinggi," ujar Sivarasa.
Baru-baru ini lebih 700 peneroka dari dua penempatan Felda di Negeri Sembilan menyaman Felda sebanyak RM200 juta atas dakwaan penipuan yang telah berlaku selama 15 tahun.
-TVSelangor