Saya petik:
[TVS] TANJUNG KARANG, 17 FEB: Sebidang tanah berkeluasan 4370 meter persegi yang sebelum ini dimiliki Kerajaan Negeri Selangor dipercayai telah dijual oleh Umno Bahagian Tanjong Karang kepada dua buah syarikat berasingan.
Tanah tersebut dikatakan telah 'dianugerahkan' oleh kerajaan negeri terdahulu kepada Umno sebelum menjualkannya kembali kepada dua syarikat swasta untuk mendapatkan 'untung atas angin'.
Tanah yang kini menempatkan bilik gerakan Barisan Nasional (BN) Tanjong Karang tersebut telah didaftarkan atas nama Bumi Utama Building Material Sdn Bhd dan Bayacorp Sdn Bhd pada 1 Mac 2007, ketika BN masih menerajui pentadbiran negeri terbabit.
Demikian menurut Naib Yang DiPertua PAS Tanjung Karang, Hj Misran Serman ( gambar) ketika ditemubual TVS hari ini.
"Asalnya tanah kerajaan, tetapi sudah dipindah milik, dianugerahkan kepada Umno dan Umno pula jual pada syarikat bukan bumiputra.
"Kalau macam itu, senang-senanglah Umno dapat keuntungan atas penjualan tanah milik kerajaan negeri itu," kata Misran.
Beliau turut menyerahkan dokumen yang diperolehi dari Pejabat Tanah Dan Galian Selangor (PTGS) dan Suruhan Jaya Syarikat Malaysia (SSM) kepada TVS bagi membuktikan dakwaan tersebut.
Semakan TVS terhadap dokumen-dokumen terbabit menunjukkan tanah yang bernombor lot PT115 dan terletak di Bandar Tanjung Karang itu kini dimiliki dua buah syarikat seperti yang didakwa oleh Misran sebelumnya.
Hasil carian terhadap dokumen SSM pula mendapati pengarah-pengarah Syarikat Bumi Utama Building Sdn Bhd ialah Datin Chia Mee Sim, Lau Chuan Mei dan setiausahanya Gangngadeve a/p Narsaiah.
Manakala Ahli Jawatan Kuasa Umno Bahagian Tanjong Karang, Mohd Kifli Abu Samah pula merupakan pemegang 60 peratus syer syarikat terbabit.
Individu bernama Hamyzar Toha yang tidak diketahui indentitinya pula memegang sebanyak 40 peratus kepentingan syarikat terbabit.
Sementara itu, hasil carian yang sama terhadap Bayacorp Sdn Bhd pula mendapati tiga individu yang dilantik sebagai pengarah syarikat itu juga merupakan individu yang sama dalam syarikat Bumi Utama Building Material Sdn Bhd.
Misran yang juga merupakan anggota Ahli Majlis Tanjong Karang juga memberitahu satu permohonan untuk membina sebuah hotel telah dibuat di atas tanah tersebut.
"Selepas itu pihak terbabit ada membuat permohonan untuk membina sebuah hotel di tapak tanah itu, tetapi saya sebagai ahli majlis telah membuat bantahan dan permohonan itu tidak mendapat kelulusan majlis.
"Tak tahulah kalau mereka cuba buat rayuan kepada Menteri Besar pula selepas itu," kata beliau lagi.
Susulan itu TVS akan membuat susulan Isnin depan.
Saya petik:
[SH] BATU PAHAT – Tergamam! Demikian reaksi sekumpulan pegawai penguat kuasa agama selepas tubuh yang membuka pintu sebuah bilik di hotel bajet di sini, tidak dibaluti waima dengan seurat benang sekalipun.
Lagak selamba si gadis yang terus menayangkan tubuhnya itu, diburukkan lagi selepas dengan tidak semena-mena gadis itu meracau kepada pegawai penguat kuasa agama yang ketika itu sedang menjalankan operasi banteras maksiat.
Timbalan Penguatkuasa Jabatan Agama Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pegawai bertugas berulang kali mengarahkan gadis itu supaya mengenakan pakaian, namun tidak diendahkan dan berterusan membiarkan tubuhnya diperhatikan tanpa sedikit pun rasa malu.
Katanya, ketika serbuan dalam operasi banteras maksiat kira-kira jam dua pagi kelmarin, gadis berusia 26 tahun itu dipercayai berdua-duaan bersama pasangannya di dalam bilik hotel bajet berkenaan sebelum diserbu.
“Melihat keadaan gadis terbabit tanpa pakaian, kami mengarahkannya mengenakan pakaian lengkap, namun dia berlagak selamba dan tidak mengendahkan arahan itu.
"Anggota wanita yang bertugas kemudiannya memberikan tuala sebelum gadis itu mengenakan pakaian lengkap sebelum berulang kali mengatakan dirinya hanya berseorangan di bilik hotel itu," katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata, turut ditemui sekeping nota penuh contengan bersamanya dan berdasarkan nota itu, gadis berkenaan dipercayai mengalami masalah kemurungan.
“Antara isi kandungan kertas itu termasuk, 'aku tertekan kejar akhirat’, serta beberapa contengan lain yang agak sukar difahami malah tulisannya seperti individu yang berada di bawah pengaruh dadah yang kebiasaannya sering berimaginasi.
“Turut ditemui bersama gadis terbabit satu kotak berisi kondom dipercayai digunakan bagi tujuan hubungan seksual," katanya.
Bagaimanapun katanya, pasangan gadis itu dipercayai mengetahui kehadiran unit penguat kuasa lebih awal, sebelum meloloskan diri menerusi tingkap tingkat dua hotel terbabit.
"Hasil siasatan mendapati gadis terbabit merupakan warga tempatan, malah turut mendakwa dirinya anak yatim piatu.
"Malah, dia mula menangis serta meracau sejurus diperiksa anggota bertugas sebelum diberikan kaunseling,” katanya.
Isteri taukeh lembu gemuk (NFC), Sharizat Jalil tidak mudah mengaku kalah. Walaupun berbagai pihak meminta dia berundur demi Umno, tetapi tidak semudah itu untuk menteri wanita bermata cerah bercelak itu berbuat demikian. Umrahnya sebanyak tiga kali telah memberi kekuatan kepadanya.
Dari ketua bahagian membawa kepada ahli parlimen, timbalan menteri dan bekas perdana menteri semua nasihat supaya Sharizat mengangkat kain taula putih, mengaku kalah melepas jawatan. Mereka mengira isu lembu gemuk telah memberi penyakit besar kepada Umno dan akan menyulitkan Umno untuk berhadapan dengan rakyat dalam pilihan raya nanti. Projek itu akan menjadi lambang atau simbol kerakusan kerajaan UBN dalam menyangak wang rakyat.
Kenapa tidak, isu NFC itu bukan saja berlegar di Bangsar atau Lembah Pantai tetapi sudah sampai ke kampung-kampung. Ibu saya di kampung juga tahu kisah NFC entah siapa yang bercerita kepadanya. "Ti sungguhkah lembu la ni duduk di kondo?" begitulah tanya ibu saya suatu hari penuh kelurusan.
"Lembu mana pula?" tanya saya.
"Lembu Sharizat menteri waniat itu...lah," katanya.
"Siapa cerita ni, jangan duk percaya benda yang karut marut, mana ada lembu duduk di kondo," balas saya menguji pengetahuannya.
"Tak tahu orang duk cerita gitu, mek nak tanya sebab Ti dok Kuala Lumpur..," balasnya agak kecewa dengan bantahan saya. Ibu saya akan diam kalau saya bersikap begitu kerana dia kenal benar dengan perangai anak jantannya ini. Saya tidak suka kalau dia bercakap hal yang pelik dan ganjil berbau fitnah.
Moral of the story bahawa kisah laki Sharizat pelihara lembu dengan peruntukan kerajaan RM250 juta sudah sampai ke kampung-kampung. Kisah itu menyebabkan orang kampung merasakan bahawa mereka dianiaya dan diabaikan kerana untuk 'beli lembu' mereka hanya dibagi RM500 saja, (itu pun nak dapat kena tunggu dua tiga jam kena dengar tazkirah dari pemimpin Umno) sedanhgkan semurah-murah lembu kampung hari ini berharga di antara RM800 hingga RM1500.
Kerana meluasnya cerita itulah ia membimbangkan Umno. Umno mencari jalan menyelesaikan isu berkenan dan mencari formula agar rakyat melupainya. Sebab itu akhabr penjilat buntut gila-gila mencari isu dan mereka-reka apa saja isu untuk mengambuskan isu lembu gemuk. Kehadiran Hasan Akidah dalam jerumu Umno tidak juga dapat membetulkan 'akidah' rakyat tentang projek lembu gemuk itu malahan dia mengkelam kabutkan lagi keadaan.
Video seks membabitkan Anwar ditayang dimana saja ada majlis pemberian wang rakyat kepada rakyat sebanyak RM500. Guru-guru, tok imam, tukang kebun, makcik jual kantin dan hatta tok mudin pun dipaksa menontonnya. Terkulat-kulat dan tersengeh dan pandang memandang mereka yang menonton sesama sendiri. Cikgu muda yang tidak pernah menyaksikan gambar porno sepanjang hidupnya kemalu-maluan di tepi dinding... sambil diperhati oleh ketua cawangan Umno.
Umno buntu menghadapi Sharizat. Najib tidak berani berkokok... bila ada desas desus mengatakan Sharizat telah hantar surat meletakkan jawatan Najib cepat-cepat menafikan. Penafian Najib itu menunjukkan dia takut dengan Sharizat.
Saya tidak fikir Najib akan mengarahkan Sharizat meletak jawatan untuk mengatasi masalah yang timbul dari isu lembu gemuk seperti mana diharapkan oleh orang ramai. Kenapa? Sharizat pernah dilaporkan berkata, kalau dia kena letak jawatan kerana isu yang tidak membabit dengan beliau secara langsung itu, orang lain juga perlu berbuat demikian.
Apa maksud dan mesejnya. Ertinya bukan Sharizat sahaja yang terbelenggu dengan projek-projek mega tidak mengikut prosuder, memiliki kekayaan di luar kemampuan tetapi menteri lain juga. Balasan membela diri oleh Sharizat itu bolehlah dianggap bahawa semua menteri kabinet termasuk ketua bahagian yang tidak menjadi wakil rakyat dan menteri ada memiliki harta diluar kemampuan masing-masing.
Selepas Sharizat mengeluarkan kata-kata dan cabaran demikian maka tidak ada yang berani mendesak Sharizat. Sesetengah menteri Umno dan BN yang memegang kayu untuk menyocok punggung lembu laki Sharizat diletakkan semula.
Nah.. begitu juga dengan Najib. Najib juga tidak berani untuk bertindak ke atas Sharizat. Apa yang membimbangkan ialah takut Shariat juga akan terlatah mulut mendedahkan apa-apa yang dia tahu yang dilakukan oleh isterinya Rosmah Mansor. Khabarnya Sharizat ada maklumat hebat mengenai Rosmah Mansor yang belum terungkap. Maklumat dan rahsia inilah yang digenggam oleh Sharizat.
Apakah kerana bimbang rahsia Rosmah didedah Sharizat maka Najib jadi terpaksa kompromi dengan Sharizat? Dari sini fahamlah kita kenapa Najib sebagai ketua tidak boleh bertindak ke atas anak buahnya kerana dia sendiri juga ada masalah lebih besar dari ditanggung anak buah itu.
Bagaimana pun saya yakin nama Shariat tidak akan dicalonkan pada pilihan raya akan datang. Namanya di Lembah Pantai sudah pasti akan diganti dengan nama kawan Najib, Raja Nong Chik. Apa yang kita hendak tenguk selepas ini, apakah Shariat akan bertindak balas dengan mendedahkan apa yang dia tahu mengenai Rosmah kalau tidak dicalonkan? Apakah Sharizat seorang pendendam? Tunggulah... tidak akan lari gunung dikejar hilang kabus nampaklah ia.
Perkara ini sudah tentu difikirkan oleh Najib. Najib mungkin tahu manusia kalau sudah hilang sabar bukan saja setakat sanggup singsing lengan baju, tunjuk labu lengan gebu selak kain pun sanggup dilakukan. Apa yang paling Najib takutkan ialah kalau-kalau Sharizat menyelak kain isterinya sekali hingga terdedah kesemua yang sulit mulit.
Justeru saya mengira isu NFC melibatkan laki Sharizat akan diselesaikan secara politik. Sharizat tidak perlu mengembalikan wang kerajaan RM250 juta seperti Nazri sarankan, tetapi cukup untuk Sharizat meletakkan jari dibibirnya sambnil buat sssshhhhh.... dan tunjuk kepada Najib. Najib pun akan faham dan kes NFC akan lepas dan rakyat semua akan tersengih-sengih macam kerang busuk. Selepas ini SPRM akan buat pengistyharan bahawa tiada kes membabitkan rasuah dalam projek NFC. Sebaik saja pengistyharan itu dibuat parlimen pun akan dibubarkan. Oooiiii... Mat Maslan kenapa tong sampahkan buku Jingga? [wm.kl.9:49 am 17/02/12]
Inilah gadis yang dikatakan dalam video itu.
Saya petik:[SH] Baru saja berkecimpung dalam dunia lakonan, bintang Karipap-Karipap Cinta, Melia Aimellia, kini sudah terpalit beberapa cerita negatif.
Jika sebelum ini, gadis bertubuh genit ini pernah didakwa hamil dan menggugurkan kandungan, kini namanya kembali panas apabila video bogel dikatakan miliknya, tersebar di beberapa portal hiburan.
Tidak mendiamkan diri, Melia menafikan bahawa gadis dalam video itu dirinya.
"Saya rasa ia super impose yang dilakukan pihak tertentu untuk menjatuhkan saya.
"Saya akui agak terkilan kerana ada pihak suka melihat saya jatuh dalam industri ini dengan melemparkan pelbagai cerita buruk, walaupun saya bukanlah sepopular pelakon lain," katanya kepada Zass.
Melia atau nama penuhnya, Noor Melia Aimiellia Zaidi, turut menjelaskan persoalan mengenai persamaan cincin dalam gambar screenshot video yang tersebar di portal hiburan itu.
"Saya pernah memakai cincin hitam yang diberi bekas teman lelaki. Tetapi cincin itu saya buang selepas siri jelajah Festival Filem Malaysia (FFM24) yang lalu, atas sebab kami sudah berpisah.
"Saya juga ada menghubungi portal hiburan itu dan mereka sendiri tidak dapat memastikan bila video itu diambil kerana tidak mengetahui sumber yang menyebarkan video tersebut.
"Jadi sepatutnya, orang lain tidak boleh menilai hanya kerana cincin itu. Lagipun wajah wanita dalam screenshot itu jauh berbeza dari saya. Saya tidak kisah mengenai hati dan perasaan saya, tetapi kesianlah pada keluarga yang turut mendapat tempias," katanya.
Ambil tindakan tegas
Ditanya adakah dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap tuduhan ini, Melia tidak menolak jika isu ini menjejaskan maruah dan kerjayanya dalam bidang seni.
"Orang kata, kalau melenting, maknanya betul. Diam juga maknanya betul. Tapi buat masa ini, kalau ada yang tanya saya akan beri penjelasan.
"Tetapi jika tuduhan ini melampau sangat, saya tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas. Berani kerana benar, takut kerana salah," katanya.
Dalam pada itu, Melia juga sempat mengulas mengenai dakwaan hamil dan menggugurkan kandungan sebelum ini kerana risau menjejaskan maruahnya. Jelas Melia, spekulasi itu tersebar apabila ada seorang dari produksi drama lakonannya menegur bentuk badannya yang kelihatan berisi ketika itu.
"Mungkin ada pihak yang dengar dan mengambil serius mengenai perkara itu. Tetapi sejujurnya saya tidak pernah hamil. Cuma badan berisi kerana terlebih makan," katanya.
Walaupun diduga pelbagai cerita negatif, Melia berkata, dia tidak berhasrat berundur dari bidang yang sudah diceburi sejak tiga tahun lalu.
Katanya, dia percaya rezeki yang diberikan ALLAH SWT dan tidak sesekali berputus asa dengan mudahnya kerana kontroversi seperti itu.
P/s: Pelanduk dua serupa kot...
Gambar hiasan
Saya petik:
[kosmo] KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia dan Majlis Fatwa Kebangsaan diminta mengkaji semula syarat-syarat dan terma yang diguna pakai dalam sistem perbankan Islam yang didakwa membebankan pengguna.
Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, saranan itu dibuat ekoran persepsi yang semakin meluas bahawa sistem pengiraan kadar keuntungan yang digunakan dalam sistem perbankan Islam yang diamalkan oleh bank-bank dilihat mengaut keuntungan berlebihan.
Katanya, sejak tahun 2003 sehingga kini, persatuan itu telah menerima kira-kira 4,000 aduan mengenai ketidakpuasan hati pelanggan terhadap sistem perbankan Islam di negara ini.
“Satu kes yang kami terima berlaku apabila seorang pelanggan telah membeli sebuah rumah pada harga lebih RM200,000 dan membayar secara tetap selama dua tahun, namun pada tahun ketiga dia mengalami masalah dan tidak dapat membayar ansuran.
“Apa yang berlaku ialah bank telah menyamannya kerana gagal membayar pinjaman lebih RM600,000 iaitu selepas mengira nilai pinjaman selama 30 tahun.
“Tindakan itu keterlaluan sampai pelanggan bank tersebut diisytiharkan bankrap,’’ katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
P/s: Antara kelebihan menggunakan sistem perbankan Islam yang betul ialah kita akan memperoleh ketenangan jiwa dengan sistem tersebut. Tetapi adakah jiwa anda tenang apabila menggunakan perbankan Islam di Malaysia? Jika tidak, ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem itu.
Saya petik:
[HD] KUALA LUMPUR, 16 Feb: DAP menyifatkan, beberapa hari ini adalah hari sedih untuk Malaysia apabila gagal menjaga yang terbaik untuk negara dan terlepas ke pihak lain.
Ini berikutan perlantikan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Marican (gambar) sebagai Pengerusi Singapore Power Limited (SP) pada bulan Jun selepas Ng Kee Choe bersara.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, ini merupakah hari sedih apabila Hassan Marican termasuk dalam senarai terbaru dalam penghijrahan bakat (brain drain) dan sekarang bekerja luar negara di Singapura.
Tan Sri Hassan meninggalkan syarikat minyak negara, Petronas pada tahun 2010 berpunca daripada pergeseran dengan pentadbiran semasa.
Sejak itu beliau telah dilantik sebagai pengarah dalam firma- firma luar negara seperti syarikat- syarikat yang ada kaitan dengan kerajaan Singapura seperti SembCorp Industries Ltd, SembCorp Marine Ltd dan Singapore Power.
Beliau juga merupakan Pengarah di Sarawak Engergy Bhd & US oil dan syarikat gas gergasi Conoco Philips.
"Jelas Tan Sri Hassan diiktiraf di peringkat antarabangsa dan amat diperlukan oleh syarikat- syarikat besar multinasional tetapi tidak di rumah sendiri," kata Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.
Ini adalah amat sedih terutamanya apabila Tan Sri Hassan diangkat sebagai seorang lelaki yang telah meletakkan Petronas ke dalam senarai syarikat gas dan minyak antarabangsa seperti hari ini, tambahnya.
Tahun lepas, pakar ekonomi kanan Bank Dunia, Philip Schellekens memberi amaran bahawa situasi penghijrahan bakat (brain drain) rakyat Malaysia dijangka meruncing tambahan asas kemahiran negara sememangnya sempit.
Schellekens menambah bahawa bilangan rakyat Malaysia yang mahir tinggal di luar negara telah meningkat tiga kali ganda dalam dua dekad yang lalu dengan dua daripada setiap 10 rakyat Malaysia memilih untuk meninggalkan negara sama ada untuk Organisasi Pembangunan Kerjasama Ekonom ( Organisationfor Economic Cooperation and Development, OECD) atau ke Singapura.
Sekarang Tan Sri Hassan telah menyertai senarai hampir 2 juta rakyat Malaysia yang telah dibiarkan untuk tinggal dan bekerja di luar negara sejak merdeka.
Bakat seperti Tan Sri Hassan Marican tidak datang setiap hari dan Kerajaan mesti mengambil langkah- langkah segera menyumbat kebocaran ini untuk mengekalkan bakat atau risiko kehilangan beliau dan ramai lagi seperti beliau ke negara- negara luar, tekan beliau.
Jika seorang ikon pemimpin korporat seperti Tan Sri Hassan Marican terpaksa berlepas ke Singapura di mana bakat beliau tidak diabaikan, program transformasi kerajaan Najib untuk menarik bakat manusia adalah gagal, dakwa beliau.
Jelasnya, sebagaimana diketahui dalam politik - sesiapa yang dikenali ditekankan berbanding dengan ilmu dan pengetahuan, perjanjian melalui rundingan terus adalah lebih disukai berbanding tender terbuka kerana ianya tiada akautabiliti dan transperensi, Malaysia akan kalah di dalam pertempuran untuk membendung perpindahan bakat.
Saya petik:
[SH] PERMATANG PAUH – Seorang pengarah syarikat produk makanan yang juga kakitangan awam sebuah syarikat pelabuhan bergelar ustaz dicekup kerana bersekedudukan dengan seorang wanita bukan muhrim di sebuah rumah dekat Pangsapuri Pesona, di sini, petang semalam.
Serbuan ke atas rumah yang terletak di Blok A pangsapuri itu dilakukan Biro Keselamatan Persatuan penduduk Pangsapuri Pesona, kira-kira jam 6 petang selepas menerima aduan daripada jiran tetangga.
Sinar Harian difahamkan, lelaki berusia lingkungan 50-an itu sudah berkahwin dan mempunyai anak dan tinggal di Lunas, Kedah.
Difahamkan juga, rumah di pangsapuri itu dibeli dari seorang doktor kira-kira dua tahun lalu hanya dijadikan sebagai tempat persinggahan.
Sementara itu, wakil biro yang hanya mahu dikenali sebagai Lan berkata, intipan sudah dibuat ke atas rumah berkenaan sejak setahun lalu selepas pihaknya banyak menerima aduan daripada jiran lelaki berkenaan.
Menurutnya, lelaki itu didakwa menggunakan tiga kenderaan berbeza setiap kali singgah ke pangsapuri itu, selain mendakwa setakat ini kira-kira enam wanita berlainan dibawa masuk ke rumah berkenaan.
“Ketika serbuan dilakukan, lelaki itu enggan memberi kerjasama dan hanya membuka pintu selepas kira-kira 20 minit diketuk. Apabila pintu dibuka, dia hanya berkain pelekat dan berbaju, manakala wanita itu pula sudah menanggalkan tudungnya.
“Pada mulanya, dia memberitahu bahawa wanita berusia lingkungan 20-an itu adalah anaknya. Tetapi, apabila pemeriksaan dilakukan ke atas kad pengenalan kedua-dua mereka mendapati sebaliknya. Dia kemudiannya menukar kenyataan pula dengan mengatakan wanita itu anak saudaranya dan memberi alasan mahu memberikan gula kepada wanita itu,” katanya.
Dalam pada itu, ibu wanita berkenaan yang tiba tidak lama kemudian dilihat terkejut dengan situasi yang berlaku dan mengakui lelaki itu adalah anak angkatnya.
Pengerusi Kariah Masjid Timah, Ibrahim Talib turut hadir bagi memberi nasihat kepada pasangan berkenaan.
Kedua mereka kemudiannya diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.
P/s: Memalukan...
Saya petik:
[MStar] PETALING JAYA: Bekas juara bina badan Asia, Datuk Malek Noor akan menamatkan zaman bujangnya dengan seorang doktor pakar.
Malek berkata, majlis pernikahannya dengan ibu kepada lima orang anak itu akan diadakan secara sederhana di rumah keluarga perempuan di Kota Baharu, Kelantan pada 12 Mac depan.
Majlis resepsi perkahwinan pula akan diadakan sehari selepas itu di Hotel Renaissance, Kota Baharu.
Menurut Malek, dia amat bersyukur ketika berusia 56 tahun, Allah menemukan jodohnya dengan seorang wanita yang benar-benar mengambil berat terhadapnya selain bersifat penyayang.
“Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana membuka pintu hati saya untuk berkahwin dan menemukan saya dengan wanita yang benar-benar baik untuk dijadikan seorang isteri,” katanya kepada mStar Online di sini, Khamis.
Malek yang masih mahu merahsiakan identiti wanita tersebut berkata, dia mengenali doktor berkenaan yang bekerja di sebuah hospital swasta dekat sini sejak empat bulan lalu ketika membincangkan urusan perniagaan.
Katanya, selepas pertemuan itu mereka sering berhubung sehinggalah wanita tersebut bertanyakan sama ada selesa atau tidak untuk berkawan.
Kata Malek, secara jujurnya dia membalas pertanyaan wanita itu dengan baik sehinggalah timbullah perasaan sayang dalam diri masing-masing.
“Sejak hari itu kami sering memanggil diri kami dengan perkataan “sayang” sehinggalah saya membuat keputusan untuk menjadikannya sebagai isteri,” katanya.
Menurut Malek lagi, dia bertambah gembira kerana kelima-lima bakal anak tirinya yang ada di antaranya sudah bekerja dan berumah tangga boleh menerimanya dalam keluarga mereka.
Sementara itu menurut Malek, dia memilih tarikh 12 Mac 2012 sebagai detik terindah untuk bergelar suami kerana mahu mengimbas perjalanannya ke Tanah Suci, Mekah pada tarikh sama tahun lalu untuk mengerjakan umrah.
Katanya, semasa di Mekah, dia memohon doa kepada Allah agar memberi hidayah kepadanya serta petunjuk termasuklah mengenai calon isteri.
Selepas pulang daripada mengerjakan ibadah tersebut kata Malek, perjalanan hidupnya menjadi semakin mudah sehinggalah dia bertemu dengan wanita berkenaan.
“Wanita itu berjaya mengubah hati saya untuk bergelar suami. Segala-galanya selepas Allah mempermudah doa-doa saya. Syukur sekali,” katanya.
Selain aktif dalam sukan bina badan, Malek pernah berlakon beberapa buah filem termasuklah Ujang (1989), Juara (1991), Rimba Malam (1992) dan Sahabat (1992).
Beliau sebelum ini mengaku tidak pernah melakukan ibadat selama 34 tahun tetapi akhirnya mendapat hidayah selepas mendengar azan Maghrib dari masjid KLCC yang terletak berdekatan rumahnya di sebuah kondominium mewah di kawasan terbabit.
Saya petik:
[SH] KANGAR - Bukan 15, tetapi 115 tahun. Itulah usia sebenar warga emas Puan binti Ahmad, yang bacaan tarikh lahir pada MyKadnya menggambarkan beliau dilahirkan pada 12 April 1996.
Hakikatnya, pemilik MyKad bernombor 960412-02-0058* itu dilahirkan pada 1896 dan disahkan sebagai penduduk paling tua di Perlis berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Menjelaskan perkara itu kepada media di sini hari ini, Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata nombor yang tertera pada MyKad warga emas berkenaan adalah berasaskan rekod sebenar JPN.
Disebabkan beliau lahir pada 1896, maka nombor pada MyKadnya juga bermula dengan 96 seperti kesemua pemegang MyKad yang lahir pada 1996, kata Md Isa yang mengunjungi warga emas itu hari ini.
Katanya beliau mendapatkan penjelasan itu daripada JPN selepas mendapat tahu mengenai Puan yang menghadapi pelbagai masalah ekoran kekeliruan nombor MyKad tersebut, termasuk gagal mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Susulan itu juga kata Md Isa, warga emas berkenaan telah disenaraikan sebagai penerima BR1M pada Sabtu ini.
Puan yang menetap di Kuala Sanglang mempunyai empat anak berusia antara 58 dan 70 tahun serta 19 cucu dan 47 cicit, dilapor bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-16 pada 12 April ini ekoran kekeliruan pada MyKad miliknya itu. - Bernama
Saya petik:
[SH] BANGI - Kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini tidak menyalahi hukum syarak, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.
Beliau berkata sebagai seorang pemimpin tidak salah untuk Perdana Menteri bersama-sama dengan bangsa lain dalam perkara yang berkaitan dengan adat.
"Sekiranya tiada niat untuk merayakan atau redha dengan perbuatan agama lain tidak mengapa tetapi kalau sama-sama merayakan baru tidak boleh," katanya kepada pemberita selepas perasmian Seminar Profesionalisme Penceramah Agama Umno
Bahagian Pekan 2012 oleh Perdana Menteri di sini hari ini.
Dipetik Bernama hari ini, Harussani yang hadir pada seminar itu berkata, Perdana Menteri memaklumkan kepadanya bahawa beliau hanya berada di dewan untuk menerangkan polisi kerajaan dan tidak terbabit dengan perarakan keagamaan dan tidak masuk ke dalam kuil atau dalam gua Batu Caves.
Mufti Perak itu sebelum ini dipetik sebagai berkata orang Islam yang merestui dan turut serta dalam upacara keagamaan lain melakukan perbuatan syirik.
Mengenai Najib yang memakai Kurta iaitu pakaian tradisional kaum India pada sambutan itu, beliau berkata, ia hanya budaya sahaja kerana orang Islam di India pun memakai pakaian yang sama.
Oleh yang demikian, Mufti Perak itu menasihatkan pihak yang cuba memutarbelitkan isu kehadiran Najib pada sambutan Thaipusam itu supaya menghentikannya kerana mereka membuat tuduhan tanpa usul periksa sehingga boleh
menjadi fitnah.
"Masalahnya dalam keadaan sekarang orang Melayu berpecah, masing-masing mencari peluang untuk menghentam orang lain terutamanya menghentam sesama bangsa, pantang silap sikit.
"Saya harap semua orang kita (Melayu) balik pada asal, balik pada musyawarah... soal politik berbeza itu bukan menjadi masalah," katanya. Sebaliknya, Harussani lebih kecewa dengan tindakan Pas di Perak semasa majlis sambutan Thaipusam dengan mengadakan gerai dan khemah serta mengibarkan bendera Pas seolah-olah menyokong dan redha dengan orang yang melakukan kufur.
Saya petik:
[HM] KUANTAN: Tangisan simpati dan pujuk rayu seorang janda mencairkan hati seorang peneroka warga emas bergelar datuk yang mengeluarkan wang simpanannya dalam Tabung Haji sebanyak RM5,000 untuk dipinjamkan kepada wanita itu sebelum menyedari dia ditipu.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Haron, 70, berkata dia kecewa kerana kelicikan janda beranak satu itu menyebabkan perancangannya untuk menunaikan haji tahun depan musnah.
Haron yang berasal dari Felda Bukit Sagu, di sini, berkata dia berkenalan dengan ibu tunggal berusia 30 tahun itu di sebuah perhentian bas di Jalan Bukit Ubi, di sini, seminggu lalu.
“Bertitik tolak daripada pertemuan itu, saya menjalinkan hubungan dengannya, malah dia menawarkan diri untuk menjadi isteri saya.
“Bagaimanapun, saya menolak dengan cara baik kerana saya sudah berumah tangga dan mempunyai enam anak serta 13 cucu,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), di sini, semalam.
P/s: Alahai Pakcik...
Lihatlah tarikh lahir di mykadnya: 12/4/1996
Saya petik:
[Mstar] KANGAR: Beliau mempunyai empat anak berusia antara 58 dan 70 tahun serta 19 cucu dan 47 cicit, namun tarikh lahir pada MyKad miliknya menunjukkan beliau adalah gadis sunti yang akan menyambut hari jadi ke-16 pada 12 April ini.
Tidak masuk akal, tetapi itulah hakikat yang dilalui oleh Puan binti Ahmad yang usia sebenarnya sudah mencecah seabad dan dianggap antara warga emas paling tua di Padang Keria, Sanglang, di sini.
"Saya dah tak ingat usia saya. Tapi saya hidup pada zaman penjajah," katanya ketika ditemui di rumah anak ketiganya, Mat Yusop Kamis, 63, di Padang Keria selepas berpindah dari Kuala Nerang, Kedah sejak setahun lalu.
Pada MyKad warga emas ini tertera tarikh lahir 12 April 1996 dan kesilapan itu juga menyebabkan beliau menghadapi pelbagai masalah termasuk gagal mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Sementara itu, cucunya Siti Noratikah Mat Yusop, 21, berkata kesilapan pada MyKad tersebut disedari ketika beliau menghantar neneknya mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Kuala Perlis tahun lepas.
Kes itu kemudian dirujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), namun sehingga kini belum ada tindakan susulan diambil jabatan tersebut, katanya.
Kami harap JPN dapat menyelesaikan masalah ini secepat mungkin bagi mengelakkan masalah lain yang lebih besar pada masa depan, kata Noratikah. - BERNAMA
Saya petik:
[SH] KULIM - Tindakan seorang lelaki yang menyorokkan kereta miliknya di bahagian tepi rumah keluarga seorang ibu tunggal di sini memakan diri apabila mereka ditangkap kerana dipercayai berkhalwat.
Bertindak atas maklumat orang awam, Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) bersama lima penguat kuasa berjaya menahan seorang lelaki berusia 45 tahun dan seorang wanita berusia 40 tahun di sebuah rumah di Karangan kira-kira jam 2.30 pagi semalam.
Dari pemeriksaan dijalankan mendapati seorang wanita hanya memakai baju tanpa lengan dan berkain batik manakala pasangan lelaki hanya memakai kain pelekat tanpa pakaian.
Suspek kemudiannya memaklumkan kepada PADK, dia bersama teman lelakinya itu terpaksa tidur di rumah ibunya kerana hendak menjamin seorang ahli keluarga yang ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim pada keesokan harinya.
Ketua Penguat kuasa PADK, Azmi Rejab berkata, pihaknya dimaklumkan, ketika serbuan dibuat, PADK turut menemui seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun sedang tidur di bahagian belakang rumah suspek.
“PADK menerima maklumat tentang pasangan itu dan pergi ke lokasi kejadian. Apabila tiba di sana, PADK mendapati seorang lelaki dan perempuan yang tidak mempunyai sebarang hubungan mahram tinggal bersama dalam rumah itu. Dari siasatan awal mendapati kedua-dua
suspek tinggal di Kuala Lumpur tetapi sering balik ke rumah wanita itu bersama. Wanita berkenaan merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai anak manakala pasangan lelaki merupakan bekas kakitangan sektor awam dan sudah beristeri serta mempunyai anak.
“Penguat kuasa PADK kemudiannya membuat pemeriksaan di dalam rumah itu dan mendapati hanya mereka berdua dan seorang kanak-kanak berada dalam rumah itu. Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan tangkapan terhadap mereka,” katanya.
Menurutnya, selepas membuat laporan polis, PADK telah mengeluarkan notis hadir ke pejabat PADK untuk memberi keterangan. Kedua-dua suspek kemudiannya dibebaskan setelah membayar wang jaminan diri RM1,000 setiap seorang.
Azmi berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 9 (1) (2) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988, jika sabit kesalahan kedua-dua suspek boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Saya petik:
[MK] Lelaki yang menunjuk perasaan dengan mogok lapar sejak Isnin lalu bersetuju untuk tidak lagi membakar dirinya buat masa ini tetapi tidak menolak kemungkinan akan melakukan perbuatan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Pahang.
Gan Ee Seng, seorang pelabur dalam syarikat pembalakan Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd, berkata beliau akan meneruskan niatnya untuk membunuh diri jika kerajaan negeri Pahang terus mengingkari keputusan Mahkamah Tinggi pada 2007 supaya membayar syarikat berkenaan, RM63 juta.
"Saya mahu rakyat Pahang dan Malaysia tahu bahawa rakyat menolak pemimpin yang cuba untuk menipu orang ramai. Mereka ini, tidak berbeza dari perompak.
"Jika setiap pemimpin kita seperti pemimpin Pahang, adakah pelabur asing akan terus datang?" soalnya kepada pemberita di lokasi bantahannya di Padang Kota Damansara, Selangor.
Mahkamah Rayuan pada 2009, memutuskan bahawa Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob tidak perlu membayar RM63 juta kepada syarikat balak Seruan Gemilang Makmur kerana tersilap dinamakan sebagai responden dalam kes melanggar perjanjian itu.
Bagaimanapun, Hakim Datuk Zaleha Zahari memutuskan bahawa RM63 juta yang terhutang kepada Seruan Gemilang, masih perlu dibayar.
Gan berkata bahawa rancangannya untuk membunuh diri ditangguhkan kerana kehadiran polis di kawasan itu dan juga hasil pujukan daripada pengarah urusan syarikat itu, Lee Sin.
Sebelum ini, beliau berkata bahawa dia akan mogok lama selama yang mampu dalam usaha menggesa kerajaan negeri Pahang untuk mematuhi perintah mahkamah supaya membayar syarikat berkenaan RM63 juta.
Namun, semalam, lelaki itu dikejarkan ke hospital selepas beliau rebah dan paramedik gagal untuk mengesan tekanan darahnya.
Gan juga berikrar bahawa jika beliau membuat bantahan di Kuantan, beliau tidak akan berseorangan.
Gambar hiasan
Saya petik:
[HM] GUA MUSANG: “Saya sempat mengajar isteri mengucap dua kalimah syahadah sebelum dia meninggal dunia di atas riba saya,” kata Baharudin Yusof, 59, suami Siti Mariam Ibrahim, 56, yang meninggal dunia selepas terbabit kemalangan jalan raya di Kilometer 4 Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, dekat sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 6.20 petang itu, Siti Mariam dalam perjalanan dari Kuala Lipis untuk pulang ke rumahnya di Rancangan Tanah Felda Perasu bersama Baharudin dan anak lelaki mereka, Mohd Lokman, 26.
Kemalangan berlaku apabila Perodua Kancil dipandu Mohd Lokman merempuh sebuah kereta yang terbabas sehingga memasuki laluan bertentangan sebelum kedua-dua kenderaan itu terbalik.
Siti Mariam meninggal dunia di tempat kejadian selepas parah di badan, manakala Baharudin dan Mohamad Lokman cedera ringan. Pemandu sebuah lagi kereta yang berusia 23 tahun, parah dan menerima rawatan di Hospital Gua Musang (HGM).
Mayat Siti Mariam dihantar ke HGM untuk bedah siasat dan dituntut keluarganya lewat malam kelmarin untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Perasu, di sini.
Saya petik:
[SH] KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara diminta menjelaskan sejauh mana tindakan yang diambil berhubung isu video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang, kata Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Al-Habshee.
Beliau berkata rakyat sedang menunggu hasil siasatannya setelah laporan penuh mengenai wajah lelaki berkenaan dikatakan telah diserahkan oleh polis kepada Peguam Negara.
Syed Ali berkata penjelasan oleh Peguam Negara akan melenyapkan pelbagai fitnah jahat pembangkang yang mendakwa Umno ada kaitan dengan pendedahan video berkenaan.
"Rakyat hairan mengapa sehingga kini Peguam Negara masih dilihat berdiam diri dan tidak mengeluarkan sebarang keputusan hasil siasatan dan tindakan yang bakal diambil berhubung isu itu," katanya dalam entri terbaru blog umnocheras.blogspot.com.
Syed Ali berkata akibat melengah-lengahkan hasil siasatannya, isu video seks itu telah diputarbelitkan oleh pembangkang dengan melemparkan fitnah dan tuduhan jahat kononnya dirancang oleh Umno.
Saya amat berharap Peguam Negara dapat menjelaskan statusnya, dedahkan segera kepada umum supaya rakyat dapat tahu siapa sebenarnya pelaku seks itu," katanya.
April tahun lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dipetik sebagai berkata bahawa rakaman video seks yang didakwa memaparkan seorang pemimpin pembangkang adalah tulen berdasarkan laporan pakar.
Isu video seks yang didakwa pelakunya mirip seorang pemimpin pembangkang menggemparkan negara apabila didedahkan oleh trio ‘Datuk T’, iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.
Syed Ali mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa pelaku seks itu perlu dihadapkan ke mahkamah supaya menjadi teladan dan sesekali menolak dakwaan pihak tertentu ia bermotifkan politik.
Beliau sebelum ini pernah mencadangkan kerajaan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Bebas bagi mengesahkan identiti sebenar pelaku seks dalam video berkenaan yang dikatakan mirip Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Bernama
Saya petik:
[SH] PETALING JAYA - Seorang lelaki menggigil ketakutan ketika dicekup bersama pasangannya oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sebuah hotel bajet di sini, dalam operasi bersepadu cegah maksiat sempena Hari Kekasih, awal pagi semalam.
Walaupun bertegas mendakwa mereka adalah suami isteri yang sah, lelaki berusia 20-an itu gagal menunjukkan kad nikah.
Akibat terlalu takut, lelaki itu mengeluarkan kad nama daripada dompetnya sambil tangannya terketar-ketar apabila penguat kuasa meminta menunjukkan kad nikah.
Bagaimanapun, dia memberi alasan tidak membawa kad nikah dan mahu pulang ke rumahnya bagi mengambil kad tersebut.
Jurucakap Jais berkata, sebelum itu, penguat kuasa terpaksa menunggu kira-kira 15 minit sebelum bilik hotel itu dibuka oleh lelaki tersebut dalam serbuan kira-kira jam 2.30 pagi.
Pasangan itu antara enam pasangan kekasih yang ditahan di bilik hotel bajet di sekitar daerah ini.
Selain Jais, operasi bermula jam 1 pagi itu melibatkan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan polis.
Jurucakap Jais berkata, daripada lebih 10 hotel bajet yang diperiksa, pihaknya menahan enam pasangan berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun kerana berdua-duaan dalam bilik tanpa ikatan pernikahan yang sah.
Kesemua pasangan yang ditahan kemudian dibawa pulang ke ibu pejabat Jais untuk disoal siasat mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 kerana berkhalwat.
Saya tertarik benar dengan khutbah Jumaat di tempat saya (Balai Islam, Flet Pekeliling) 15 Jun lalu.
Isunya mengenai kewajipan menutup aurat.
Disebabkan semua jemaah lelaki, khatib mengingatkan jemaah supaya memberitahu anak isteri supaya menjaga aurat masing-masing.
Kenapa wanita tu senang menjadi fitnah? hum..memang itulah hakikatnye.. kerana wahai wanita, Allah telah jadikan anda makhluk paling cantik dipandang mata, andalah sebaik-baik perhiasan yang mampu menarik pandangan setiap mata di sekitarmu..
01. Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah 'kegebuan' leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.
02. Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang 'gebu' itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.
03. Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?
04. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai 'kain koyak' pula. Apabila berjalan, terserlahlah 'kegebuan' betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.
05. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!!!
06. Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.
07. Ada perempuan bertudung, 'merendek' pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.
08. Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.
Syahwat Lelaki
Berkenaan syahwat lelaki ini, saya berpendapat kebanyakan perempuan tidak memahaminya.
Ini kerana perempuan dan lelaki tidak sama dari segi biologi keinginannya.
Lelaki mudah saja naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak. Kebanyakan perempuan ingat lelaki macam dia. Itu tidak benar sama sekali.
Seorang rakan saya memberitahu, satu kajian mendapati lelaki terangsang secara puratanya sebanyak 30 kali sehari. Ini sudah semula jadi. Bukan dibuat-buat. Jadi bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik syahwatnya jika melihat aurat perempuan.
Itu normal. Jadi untuk selamat dunia akhirat, lelaki dan perempuan wajib jaga aurat masing-masing. Ikut saranan al-Quran dan hadis. Tafsiran ajaran al-Quran dan hadis disampaikan oleh ilmuan agama seperti khatib Jumaat itu.
Pandai-pandailah nanti menjawab dan berdalih di hadapan Allah.. Tak takut ke?
Saya perhatikan sekarang ini ramai perempuan bertudung. Alhamdulillah, tetapi yang tidak sedapnya, semakin ramai wanita bertudung tetapi tidak menutup bahagian sensitif.
Lepas tu, disalahkan pula lelaki mata keranjang... Lelaki buaya darat... Lelaki mengganggu... Lelaki sexual harashment... Sape suruh buat-buat suara manja? Sape suruh? Sapa suruh telanjang dikhalayak ramai? Akhir zaman, wanita berpakaian, tetapi hakikatnya mereka berbogel... Sape yang cakap tu?
Lelaki dan perempuan ikut saja panduan al-Quran dan hadis jika mahu selamat.
Jangan mahu dibantah hukum-hakam agama. Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih.. Wallahua'lam
Sumber: www.iluvislam.com
Saya petik:
[MK] Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor percaya bahawa sesetengah pihak yang mengkritiknya mungkin "kecewa dan cemburu" dengan kejayaannya yang dianugerah ijazah Doktor Kehormat Persuratan daripada Universiti Curtin, Australia.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kritikan beberapa pihak berhubung anugerah yang diterimanya Sabtu lalu, ketika ditemui pada majlis Tahun Baru Cina di Kuala Lumpur hari ini.
Menurut Rosmah, Ijazah Doktor Kehormat itu telah diberikan sebagai mengiktiraf daya usahanya dalam pembangunan pendidikan terutama pendidikan kanak-kanak menerusi program Permata Negara.
Sambil menyifatkan bidasan yang dilemparkan itu remeh, katanya pihak berkenaan juga telah mencipta budaya yang tidak sihat yang tidak memberi manfaat kepada Malaysia.
Isu remeh
"Saya tidak mahu menangani isu-isu remeh-temeh peribadi. Ia adalah semua daripada kekecewaan. Ia adalah semua keluar ... Saya tidak tahu ... Mungkin cemburu," katanya yang , jelas kelihatan kecewa.
Rosmah turut ditanya mengenai kriteria yang digunakan oleh Universiti Curtin yang memilih dirinya bagi anugerah itu.
"Saya tidak tahu... apa kriterianya. Saya tidak tahu. Berita sya diberi anugerah itu sesuatu yang mengejutkan.
"Tetapi saya diberitahu bahawa naib canselor (universiti itu) sedang mencari seorang wanita yang mempunyai citi-ciri kepimpinan, melakukan kebajikan dan kerja sosial dan juga program yang memberi manfaat kepada negara,” katanya.
Diminta mengulas pandangan beberapa pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan Universiti Curtin memberikan anugerah itu, Rosmah berkata mereka perlu menyoal universiti Australia itu jika tidak berpuas hati.
"Saya tidak faham mengapa awak mempersoalkannya .... Adakah awak mempersoalkan Curtin University atau mempersoalkan saya? Curtin University yang memutuskan untuk memberi anugerah kepada saya. Awak soal (mereka), bukan saya,” katanya dengan nada kurang senang.
Terlampau banyak isu
Isteri perdana menteri itu juga meminta pengkritik supaya tidak menjadikan dirinya mangsa jika mereka tidak berpuas hati.
“Pada saya, saya rasa orang luar negara luar tak ada isu dengan diri saya atau perdana menteri.
“Tetapi orang dalam (tempatan) ini terlampau banyak isu, dan saya rasa seharus beri fokus kepada perkembangan negara (seperti) macam mana kita boleh bangunkan negara... dari kita mengata antara satu sama lain.
“Kita buang masa mengata antara satu sama lain, bagi saya ini tidak sihat, kerana banyak lagi perlu kita lakukan untuk rakyat dan negara,” katanya.
Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Dia mungkin seorang pakar permainan judi komputer apabila menang pertaruhan RM17 juta, namun kemenangan itu bukan saja gagal menjadikannya jutawan, malah nyawanya terancam sehingga memaksa dia mendapatkan perlindungan.
Itu nasib lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Alwi, 35, apabila dia kini diburu serta diancam bunuh anggota kumpulan kongsi gelap selepas tauke pusat siber tempat dia bermain berang dengan tindakannya menuntut wang kemenangan RM17 juta itu.
Alwi berkata, segala-galanya bermula apabila dia bermain satu permainan judi komputer dikenali sebagai ‘Football Fever’ dengan nilai pertaruhan RM50 di sebuah pusat siber di Taiping, hujung bulan lalu.
“Hasil pertaruhan RM50 itu, saya menang RM1,400 dan menggunakan semua wang itu sebagai pertaruhan untuk terus bermain sehingga mengumpulkan RM140, 000 dalam masa kurang setengah jam.
“Walaupun jumlah wang kemenangan itu sudah banyak, tapi saya tak mengambilnya atau istilah yang sering digunakan ‘cuci duit’. Sebaliknya saya gunakan sebagai pertaruhan hingga menang lebih RM17 juta,” katanya.
Adakah pemimpin dunia tidak mahu atau takut bergambar di sebelah Presiden Iran? Takut dicop oleh Amerika sebagai agen/sekutu Iran?
Kerdilnya dia namun negara Iran gah di bawah pimpinannya. Hinanya seorang pemimpin negara Islam gara-gara tunduk dengan mainan politik Amerika Syarikat dan zionis Israel laknatullah. Ada negara Islam yang tergamak berurus niaga dengan Israel. Mengapa Israel? Tidakkah banyak negara lain yang boleh dijadikan rakan niaga? Inilah dia pemimpin munafik akhir zaman.
Adakah berpelukan dengan bukan mahram itu berdakwah? Dakwah apa?
Saya petik:
[MStar] PETALING JAYA: Pelakon Johan Arrif As'ari, 26, meminta umum tidak memandang skeptikal terhadap kerjayanya sebagai seorang anak seni walaupun berkelulusan tahfiz di negara seberang.
Johan berkata, berdakwah tidak semestinya memerlukan dia memakai jubah atau berkopiah sebaliknya dia menjadikan tanda status pelakon sebagai salah satu cara untuk menyampaikan mesej positif.
"Saya bukanlah hebat mana pun kerana hanya berjaya menghafal satu juzuk setengah kitab Al-Quran sahaja.
"Tetapi saya akan tetap berdakwah dengan cara yang tersendiri menerusi bidang lakonan yang saya ceburi. Itu niat yang dipegang, Harap-harap, orang luar tidak memandang skeptikal terhadap diri ini," tegasnya.
Johan yang juga merupakan finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) dalam kategori Artis Baru Terbaik merupakan pelajar Pondok Persantren As-Syuhada, Pasar Lubok Landai, Muara Bungo, Jambi, Indonesia pada tahun 2008 dan 2009.
Tambah Johan, sebagai seorang pelakon juga, dia tetap menjaga batasannya selain ingin berdakwah kepada golongan anak-anak muda yang leka dengan gejala-gejala sosial.
"Bayangkan, bagaimana kita mahu mendidik anak-anak remaja kita dalam kelab malam jika berpakaian jubah? Sudah pasti mereka tidak akan layan. Justeru itu saya mahu mendidik mereka menerusi cara saya yang tersendiri.
"Insya-Allah, jika kita jujur, maka kita akan peroleh hasil seperti yang diinginkan," katanya lagi.
Sementara itu, Johan yang baru sahaja selesai penggambaran filem Juvana membuat keputusan untuk berehat untuk beberapa minggu bagi merehatkan badan yang sentiasa memenuhi tawaran lakonan sejak menjadi perhatian menerusi watak Botak dalam drama Juvana yang dilakonkannya pada tahun lalu.
"Sudah tiba masanya untuk saya berehat. Insya-Allah pada bulan Mac nanti saya akan bercuti ke Tokyo, Jepun.
"Kenapa Tokyo? Saya ingin mengenali dunia luar selain ingin merehatkan minda saya buat seketika," tuturnya.
P/s: Berdakwah yang tidak menepati syariat. Adakah Islam membenarkan lelaki bersentuhan dengan wanita yang bukan mahram. Kalau tidak boleh apatah lagi sehingga berpeluk-pelukan.