Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

DEMO ANTI-ISA BERJAYA - ANWAR IBRAHIM

Label:

(Foto: malaysiakini)

Sidang media khas yang diketuai Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi antara lain memutuskan akan menghantar Memorandum 10 Dekralasi ISA kepada Yang Dipetuan Agong dalam masa terdekat, demikian lapor harakahdaily.

Sidang media turut dihadiri Lim Kit Siang, Dato' Mustapha Ali, Dato' Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh serta beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain. Demikian lapor wartawan Harakah, NYZA AYOB dari Pejabat Agung PAS.

Oleh kerana sekatan dan kekangan polis yanga agak ketat, menyebabkan tiada siapa dari pimpinan GMI dan Pakatan Rakyat yang bolos ke Istana Negara. Sebaliknya semua kumpulan penyokong berpecah dan akhirnya menuju ke Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut.

Antara tuntutan 10 Deklarasi ISA itu ialah mahu kerajaan melaksanakan siasatan awam dan menyiasat semua kes penyiksaan, penganiayaan, kezaliman dan tidak berperikemanusiaan ISA selama ini.

Anwar menyifatkan Himpunan MANSUH ISA berjaya mencapai sasaran apabila lebih 100,000 penyokong Anti-ISA berkumpul di merata tempat sekitar Kuala Lumpur setelah di halang secara tegar oleh pihak polis.

Dianggar lebih 400 orang ditahan sebelum dan semasa perarakan. Antara ahli parlimen Pakatan Rakyat yang ditahan termasuklah Dr. Mujahid Yusuf Rawa dan Sivarasa Rasiah. Tengahari tadi pula, Norlaila Osman, Narshitah Mohd Nor dan Aiman Athirah Al-Jundi juga turut ditahan.

Kesemua mereka yang ditahan dipercayai telah di bawa ke IPD Cheras. Para peguam kini sedang berusaha untuk menyelesai dan membebaskan ke semua tahanan tersebut.

Sementara itu TVA melaporkan polis berusaha memecahkan pintu Pejabat Agung Pas dalam usaha menahan pimpinan Pakatan Rakyat.

Suasana di luar ibu pejabat parti pembangkang terbesar di Malaysia itu bagaikan medan perang. Bunyi siren polis, trak FRU ke hulu ke hilir dan gas masih lagi menebal di udara.

DEMO MANSUHKAN ISA: 15 TRAK FRU, 4 MERIAM AIR MENANTI

Label:

Di hadapan Istana Negara, 15 trak FRU dan empat trak meriam air telah ditempatkan dengan lebih 300 anggota FRu serta polis berpakaian preman selain pegawai cawangan khas (SB).

Sementara di Masjid Jamek, kira-kira 50 anggota polis beruniform dan antara 20 SB mula mundar-mandir memerhatikan setiap langkah dan kelibat manusia yang lalu di situ.

Begitu juga di hadapan Sogo dan Pertama, polis sudah mula mengawal dan memerhati gerak-geri orang ramai termasuk ada beberapa orang awam yang memakai baju hitam merah disoal siasat.

Himpunan akan bermula pada jam 2.00 petang, ramai pihak yang meramalkan kesesakan bakal berlaku kerana sekatan jalan raya, sementara seperti sebelum ini iaitu dalam himpunan Bersih 2007, pengangkutan awam seperti LRT Star dan Putra bakal dikawal penuh oleh polis menjelang jam 1.00 petang.

SUMBER di sini.

DEMO MANSUHKAN ISA: POLIS PERLU MENJAGA KEAMANAN BUKAN JADI ALAT UMNO-BN

Label:

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang diketuai oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim dan seluruh jentera keanggotaan KEADILAN bersama dengan kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat tekad akan bersama rakyat Malaysia dalam menjayakan Himpunan Mansuh ISA yang bakal berlangsung di ibu kota Kuala Lumpur pada hari esok 1 Ogos 2009 yang dianjurkan oleh gabungan pelbagai organisasi termasuk parti-parti politik bersama dengan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN telah bersetuju untuk mengerahkan segala jentera melalui cabang-cabang dan ranting-ranting Parti untuk memberi komitmen sepenuhnya bagi program himpunan esok.

Walaupun pihak kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah berkali-kali mengeluarkan kenyataan media untuk cuba menghalang rakyat Malaysia dari berhimpun secara aman namun KEADILAN yakin perhimpunan serta perarakan MANSUH ISA menghantar memorandum ke Istana Negara boleh diadakan dan akan berlangsung dalam keadaan aman, dan bakal mencatatkan sejarahnya tersendiri.

KEADILAN menyeru agar pihak polis memberi kerjasama menjaga keamanan rakyat Malaysia dan tidak menjadi alat Umno dan Barisan Nasional dengan cuba menganggu dan mencabuli hak-hak asasi rakyat untuk berhimpun secara aman sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

KEADILAN juga menggesa pihak polis mempraktikkan profesionalisme dan etika dengan tidak menahan mahupun menangkap sesiapa dengan sewenang-wenangnya hanya semata-mata kerana terdapat arahan atasan untuk mengagalkan dan mengganggu gugat perhimpunan aman Mansuh ISA.

KEADILAN sekali lagi menegaskan bahawa selagi Kerajaan Barisan Nasional mengekalkan Akta zalim ini terutamanya sebagai alat untuk menakut-nakutkan rakyat, menekan, mendera dan menahan tanpa bicara sesiapa yang mereka pilih, selagi itu KEADILAN akan meneruskan perjuangan bersama Gerakan Mansuh ISA untuk memastikan Akta zalim ini dimansuhkan.

Selaras dengan prinsip keadilan, dan menghormati hak asasi manusia, KEADILAN mendesak, agar semua orang yang ditahan tanpa bicara di bawah Akta zalim ISA ini dibebaskan dengan serta merta dan sekaligus memansuhkan Akta zalim ISA.

Latheefa Koya
Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat

SUMBER di sini

DEMO ANTI-ISA: JAKIM PULAK BAGI NASIHAT....

Label:

Utusan Malaysia melaporkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menasihatkan orang ramai agar tidak berhimpun di kawasan masjid dalam usaha mereka mengadakan perarakan Himpunan Mansuh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) petang esok.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz berkata, ini bagi mengelakkan kesucian tempat ibadah umat Islam daripada tercemar sekiranya berlaku sebarang kekecohan pada perhimpunan itu.

Adui....lepas Jakim, jabatan mana pulak yang akan keluarkan nasihat ya...Kenapa dalam hal ni baru nak guna agama?

Demo anti-ISA bukannya hendak mencemarkan kesucian masjid dengan melakukan perkara yang tidak senonoh tetapi untuk menunjukkan kesungguhan dan komitmen rakyat berhimpun untuk menentang suatu akta yang zalim. Itu sahaja....

TANDA-TANDA SEBELUM MATI

Label:

TANDA 100 HARI SEBELUM MATI
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hamba-Nya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendaki-Nya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI SEBELUM MATI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah Malaikat Maut akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI SEBELUM MATI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI SEBELUM MATI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak...

WAKIL RAKYAT PAS (DUN PERMATANG PASIR) MENINGGAL DUNIA

Label:

ADUN Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman dari PAS meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pagi ini.

Mohd Hamdan, 60, meninggal dunia akibat sakit jantung pada kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu mengadakan pilihanraya kecil bagi DUN Permatang Pasir dalam tempoh 60 hari.

Permatang Pasir - salah satu kerusi DUN dalam Parlimen Permatang Pauh yang diwakili Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim - adalah kerusi DUN tunggal PAS di Pulau Pinang.

Dalam pilihanraya umum lalu, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi. Ahmad Sahar mendapat 5,571 undi.

Dua bulan lalu, pilihanraya kecil diadakan bagi DUN Penanti - juga dalam parlimen Permatang Pauh - ekoran peletakan jawatan penyandangnya, Fairus Khairuddin.

Pilihanraya kecil itu dimenangi calon PKR, Dr Mansor Othman di mana jumlah pemilih yang keluar mengundi adalah yang terendah dalam sejarah, ekoran Umno tidak meletakkan calonnya bertanding di situ.
SUMBER di sini.

PTPTN: DARIPADA "RIBA" KEPADA KONSEP UJRAH?

Label:

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membuat perubahan pinjaman pendidikannya kepada pembiayaan pendidikan berlandaskan syariah berkonsepkan ujrah atau `wang upah'.

Pembiayaan berkonsepkan ujrah yang menggenakan upah satu peratus setahun mula dilaksana kepada pelajar baru yang pinjaman mereka diluluskan pada 22 Dis 2008.

“Bagi pelajar-pelajar lama, penawaran ujrah ini akan dilaksana secara berperingkat bermula Ogos ini dan pelajar yang layak menerima tawaran itu akan dimaklumkan menerusi SMS daripada PTPTN,” kata kenyataan akhbar perbadanan itu di sini hari ini.
-Bernama

Tok Kiyai tak faham dengan pengurusan PTPTN ni. Minta alim ulama kita berikan komen pasal hal ini. Adakah konsep ujrah ini benar-benar berlandaskan syariah? atau ia hanya sekadar untuk menghalalkan tindakan PTPTN. Yang rugi dan teraniaya ialah para pelajar kita.

GMI JANGKA 50 RIBU HADIRI BERDEMO SABTU INI

Label:

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yakin mendapat sokongan sekurang-kurangnya 50,000 penunjuk perasaan bagi menyatakan bantahan mereka berdasarkan maklumbalas yang diterima.

Tapi Tok Kiyai berharap penyokong Pakatan Rakyat dan anti-ISA turun beramai-ramai. Kalau boleh jumlah perhimpunan anti-ISA melebihi himpunan BERSIH (foto) yang lalu.

Lokasi Kumpulan anti-ISA

- berhimpun di kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara dan merah sebelum bergerak ke Istana Negara. Berpakaian hitam

Lokasi Kumpulan pro-ISA
- pimpinan Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) akan berkumpul di Pasar Seni, Masjid Negara dan Padang Merbok, sebelah Bank Negara, sebelum bergerak ke Dataran Merdeka. Berpakaian putih.

INIKAH CARA BERPOLITIK PEMIMPIN MELAYU “ISLAM”?

Label:

Mana bukti? Kalau ada, tunjukkan.....Siapa ahli politik yang melindungi kongsi gelap? Jangan hanya pandai bercakap sahaja!!

DAKWAAN KHIR TOYO:
Terdapat lebih 4,000 tempat judi, hiburan dan spa beroperasi secara haram sejak Pakatan Rakyat (PR) memerintah negeri Selangor. Menurut Khir Toyo, sebelum ini lesen pusat hiburan, judi dan spa dihadkan kepada 700 sahaja tetapi mengikut Majlis Keselamatan Negara (MKN) terdapat lebih 4,000 pusat itu di Selangor sekarang.

"Saya yakin kewujudan banyak pusat seperti ini di Selangor kerana ada ahli politik bertindak sebagai PELINDUNG KEPADA KUMPULAN-KUMPULAN KONGSI GELAP memandangkan semasa (BN), lesen untuk pusat hiburan, judi dan spa dihadkan kepada 700 buah.
"Secara rasmi memang lesen pusat-pusat tersebut tidak dikeluarkan lagi tetapi kalau kita lihat pusat judi, hiburan dan spa tumbuh macam cendawan di Selangor, saya percaya kesemuanya dibuka secara haram," dakwanya.

JAWAPAN RONNIE LIU:
Pengerusi Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu Tian Khiew mempersoalkan bagaimana Khir boleh mengetahui terdapat 4,000 pusat hiburan haram beroperasi di negeri Selangor. Beliau mendakwa adakah pusat hiburan haram dibuka oleh kroni Khir, jika tidak bagaimana beliau boleh mengetahui banyak pusat hiburan haram wujud di Selangor.

Ini kerana katanya, semua permit pusat hiburan haram dikeluarkan oleh kerajaan Pusat dan tidak ada satu pun yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri. Pihak Majlis Berkuasa Tempatan (PBT) tambah beliau tidak mempunyai kuasa untuk menangkap dan menghukum pemilik pusat hiburan haram.

Tambah beliau kuasa PBT hanya boleh menyita pusat hiburan tersebut tetapi kebanyakan selepas disita pemilik hiburan itu akan membuka semula dan beroperasi seperti biasa.

"Semua kuasa untuk menangkap dan menghukum pemilik pusat hiburan haram terletak di tangan pihak polis malangnya pihak polis tidak melakukannya," dakwa beliau.
Menurut beliau, polis memang mempunyai kuasa untuk menghalang pusat hiburan haram daripada beroperasi tetapi polis negeri Selangor tidak memberi kerjasama yang baik dalam masalah ini. Katanya, mereka (polis) lebih mendengar arahan daripada pihak kerajaan Pusat bukan daripada kerajaan negeri.

H1N1: BALA TUHAN TIADA SEMPADAN

HINI, flu, selsema babi...Sebutlah apa saja nama.

Apa sebenarnya yang telah berlaku?

Dulu ketika selsema babi ini baru menular di Malaysia, menteri yang terbabit dan kementerian kesihatan setiap kali dalam sidang media akan mengeluarkan kenyataan, "Kes ini dalam kawalan...dalam kawalan..., dalam kawalan...".

Sekarang apa dah jadi? Apa yang dikawal? Apa tindakan? Kes semakin bertambah dan membimbangkan. Pusat pengajian di seluruh negara banyak yang ditutup.

Dan kini negara kita sudah ada lebih 1, 200 kes yang telah dijangkiti selsema babi. Apa yang menyedihkan, empat orang telah meninggal dunia. Walaupun banyak telah sembuh tetapi kes tempatan kelihatan sudah menular dengan begitu ketara sekali.

Apa yang Tok Kiyai lihat, selesama babi adalah salah satu bala Allah kepada manusia yang tiada sempadan geografi.

Tok Kiyai ingin mengingat dan berpesan kepada pihak berkuasa, jangan bercakap bongkak. Janganlah bercakap hanya untuk menyedapkan hati sahaja. Sesungguhnya Tuhan benci kepada orang yang bersikap sedemikian.

Mohonlah bantuan kepada Allah. Bersolat Hajatlah kepada-Nya agar dijauhkan bala ini.
Vaksin hanya sekadar alat pencegah namun hakikatnya Allah yang berkuasa.

Tok Kiyai teringat semasa bala Tsunami yang melanda negara dahulu. Banyak yang terkorban. Sehingga kerajaan membeli sejenis alat pengesan gegaran Tsunami. Ada menteri yang terbabit mengatakan alat tersebut boleh memberi isyarat awal dan kita "bersedia" menghadapi Tsunami lebih awal.

Janganlah takbur....Memang alat itu sedikit sebanyak membantu mengesan Tsunami lebih awal tetapi bala Allah melanda dalam sekelip mata sahaja.

Tok Kiyai yang cetek agama ni nak tanya kepada anda, adakah bala Allah boleh kita halang?

DNA MISTERI: MILIK SIAPAKAH ITU?

Label:

Inkues berhubung kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik seorang ahli exco Selangor, diberitahu hari ini bahawa satu sampel DNA milik seorang lelaki yang tidak dikenali telah ditemui di bahagian belakang kot dan tali pinggang Teoh.

Peguambela dan peguamcara, Tan Hock Chuan yang mewakili kerajaan ketika prosiding inkues di hadapan Koroner Azmil Muntapha Abas berkata, laporan DNA pertama daripada spesimen yang diambil di bahagian luar kot yang dipakai Teoh mendapati terdapat campuran DNA daripada dua individu iaitu yang menyamai spesimen darah Teoh dan seorang lelaki yang tidak diketahui.

Sementara itu, satu lagi profil DNA daripada spesimen yang diambil daripada bahagian tali pinggang Teoh yang terkoyak mendapati terdapat campuran DNA yang menyamai spesimen darah Teoh dan sekurang-kurangnya seorang lagi lelaki yang tidak diketahui.

Tan berkata, seramai 102 orang telah diuji bagi menentukan sama ada DNA mereka menyamai DNA lelaki yang tidak diketahui itu.

"Saya diberitahu oleh ahli kimia bahawa keputusan ujian 90 orang telah pun siap dan ujian bagi 12 lagi individu lelaki akan dijalankan.

"Saya juga diberitahu oleh pegawai penyiasat, dua orang enggan memberikan spesimen contoh DNA mereka," katanya. Gobind Singh Deo yang bertindak sebagai peguam mewakili keluarga Teoh kemudiannya meminta pihak pendakwaan supaya memaklumkan kepada mereka sama ada terdapat sampel DNA daripada 90 individu itu yang sepadan dengan DNA lelaki yang tidak diketahui tersebut.

"Inilah salah satu sebab mengapa pihak mahkamah perlu menangguhkan prosiding ini bagi menunggu keputusan penuh laporan DNA," katanya.

Tan kemudiannya menjawab: "Sama ada terdapat padanan DNA daripada 90 individu ini dengan DNA yang tidak diketahui itu, perkara ini adalah lebih baik diberitahu sendiri oleh pakar kimia nanti."

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati terjatuh dari bangunan Plaza Masalam yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di sini, 16 Julai lalu selepas dia dipanggil memberi keterangan dalam siasatan penyalahgunaan wang kerajaan Selangor.
SUMBER di sini.

UMNO SEMAKIN LEMAH - KAMARUDDIN JAFFAR

Label:

Tok Kiyai tertarik dengan laporan harakahdaily hari ini yang memetik kenyataan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Dato' Kamaruddin Jaffar yang mengatakan UMNO semakin lemah sehingga terpaksa memanipulasikan kenyataan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bersedia menjalinkan kerjasama dengan kerajaan pusat.

Beliau menegaskan bahawa Umno kini yang semakin tidak popular begitu berharap agar dapat bersama PAS untuk mengukuhkan mereka.

Kamaruddin berkata, "UMNO begitu lemah sekarang sehinggakan kenyataan Tuan Guru Nik Aziz untuk adakan kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat disalah ertikan dengan kerjasama antara PAS dan UMNO. Yang jelas kini, UMNO terdesak untuk mengekalkan kuasa mereka yang semakin terhakis dan mahukan PAS bersama mereka untuk terus kekal berkuasa biarpun rakyat sudah jelas menolak mereka.

AJK PAS Pusat itu juga tidak menolak sikap pemimpin UMNO yang memanipulasikan kenyataan Tuan Guru Nik Aziz itu dengan niat untuk memecahbelahkan kerjasama antara Pakatan Rakyat dan mengurangkan sokongan rakyat terhadap gabungan pembangkang itu.

KONSPIRASI JATUHKAN KERAJAAN SELANGOR SEDANG BERJALAN?

Label:

(Foto: Malaysiakini)

Naib Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor, Ng Suee Lin mendakwa, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan sentiasa berusaha merampas kerajaan negeri itu seperti pernah diusahakannya sejak tahun lepas.

"Ini perancangan yang kita dengar sekarang. Di kedai kopi pun kita dengar, (bahawa) Najib sebagai pengerusi perhubungan Umno Selangor, akan cuba dengan apa cara sekalipun untuk merampas kerajaan Pakatan Rakyat supaya kembali ke pangkuan mereka.

"Dulu di Perak, pada mulanya, kita dengar khabar angin sahaja, kemungkinannya berlaku rampasan kuasa," katanya. Kemudian, dakwa Ng lagi, selepas campur tangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dua exco di Perak didakwa atas tuduhan rasuah, maka khabar angin itu menjadi kenyataan.Baca lajut klik di sini.

KES SALAH GUNA KUASA: DATUK RAMLI YUSOFF BEBAS

Label:

(Foto: Malaysiakini)

Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu hari ini melepas dan membebaskan bekas Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Yusoff atas tuduhan mengarahkan penggunaan pesawat polis untuk kepentingan peribadinya dua tahun lalu.

"Pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie dan tertuduh layak untuk dilepaskan dan dibebaskan," kata Hakim Supang Liang dalam penghakimannya.

Ramli, 56, didakwa pada 19 November 2007 atas tuduhan menyalahgunakan kuasanya sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman untuk perolehan kewangan dengan mengarahkan dan menggunakan pesawat Cessna Caravan Polis Diraja Malaysia untuk membawanya melakukan pengawasan dari udara terhadap dua lot di Ulu Tungku, Lahad Datu, di mana syarikat hartanahnya Kinsajaya Sdn Bhd mempunyai kepentingan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira 7.50 pagi pada 15 Jun 2007 di Unit Udara Polis Sabah, Tanjung Aru dekat Kota Kinabalu, lapor Bernama.

Beliau mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu, yang jika sabit kesalahan membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda minimum RM10,000 di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Rasuah, dan telah dibebaskan dengan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin.

Pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Kevin Morais dan Joyce Blasius, memanggil 75 saksi dalam perbicaraan selama 59 hari antara 13 Mei tahun lepas dan 6 Julai tahun ini.

Ramli diwakili peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah dan James Tsai.
SUMBER di sini.

POLEMIK MEMASANG LILIN ANTARA UMNO DENGAN PAS AKAN BERAKHIR?

Label:

Tindakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, menyertai majlis menyalakan lilin bagi penghormatan terakhir di atas kematian Teoh Beng Hock, terus dipolemikkan Umno beberapa minggu ini.

Ada pemimpin UMNO yang menyelar perbuatan Nizar itu. Datuk Nik Aziz juga turut dikecam kerana mempertahankan tindakan Nizar kerana bagi Nik Aziz memasang lilin bukan upacara agama tetapi budaya.

Mufti Perak pula mengeluarkan kenyataan bahawa perbuatan memasang lilin tersebut adalah haram di sisi Islam.

Bagi Tok Kiyai, polemik ini akan berakhir dan media akan dilarang menulis tentang isu ini lagi kerana isu tersebut akan memakan diri UMNO sendiri.

Adakah foto di bawah ini akan menutup isu lilin ini?

DUA STRATEGI UMNO UNTUK RAMPAS KELANTAN

Label:

“Kelantan boleh ditembusi sekiranya semangat dan daya juang ahli-ahli UMNO ditingkatkan semaksimum mungkin.

Itulah yang ditegaskan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Mustapa Mohamad dalam usaha menawan dan menembusi Kelantan dari kekangan PAS yang memerintah hampir 15 tahun.

Bagi mencapai hasrat itu, UMNO Kelantan akan mengatur dua strategi untuk menembusi Kelantan dari kekangan PAS iaitu membabitkan usaha untuk meningkatkan semangat ahli-ahli UMNO selain memperkemaskan pengurusan parti.

Menurutnya, strategi yang diatur itu adalah usaha menawan semula Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

“Pejuang parti tulen mempunyai semangat berbeza dengan orang Pas dan saya menunggu saat itu.

“Jentera-jentera parti perlu memulakan gerak kerja mulai sekarang dan Manek Urai adalah contoh untuk kita semua,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Jeli di Kompleks UMNO Bahagian, semalam.

Mustapa berkata, usaha untuk mencapai kemenangan itu juga memerlukan pengurusan yang cekap.

“Ini termasuk mendisiplinkan diri, menepati masa, melakukan sesuatu perkara dengan teliti dan teratur serta melaksanakan tugas tanpa menunggu arahan,” katanya.

[Komen: Boleh ke semangat dan daya juang ahli-ahli UMNO ditingkatkan jika tiada pitis (wang)?]

MANTAN NAIB PRESIDEN MIC SERTAI PKR

Label:

(Foto: Malaysiakini)

Mantan Naib Presiden MIC, Datuk S. S. Subramaniam (duduk dua dari kanan), mengumumkan keputusan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam.

Beliau merupakan Ketua Cawangan dalam Bahagian Petaling Jaya Selatan.

Turut sertai PKR hari ini ialah adik Subramaniam, Dr. Streram Sinnasamy yang merupakan Pengerusi MIC Cawangan Seri Sentosa.

Ia diumumkan oleh beliau pada satu majlis di Taman Medan, Petaling Jaya Selatan di sini petang semalam.

Turut hadir Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya menyertai PKR bukan kerana jawatan, saya sudah rasai jawatan yang secukupnya... saya bukan sertai kerana wang, saya ada wang secukupnya tapi saya sertai kerana suasana politik semasa," kata Subramaniam, 63, yang juga bekas Ahli Parlimen Segamat.

Beliau merupakan bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Subramaniam berkata, beliau sebenarnya sudah lama berhasrat untuk menyertai PKR.

"Sudah lama sokong PKR, dasar-dasar... baru sekarang berani untuk keluar," katanya.

Subramaniam berkata, beliau akan memaklumkan MIC tentang keputusannya.

"Keputusan muktamad untuk keluar MIC hanya dibuat baru-baru ini," kata beliau ketika ditemui wartawan.

Subramaniam merupakan Pengerusi MIC Cawangan Taman Perangsang.

Kedua-dua merupakan antara 12 pengerusi cawangan dalam Petaling Jaya Selatan yang mengumumkan keluar MIC semalam.

Turut mengumumkan keluar ialah Ketua MIC Cawangan Pekan Meru. Kesemua 13 cawangan itu turut dibubarkan.
DEMO ANTI-ISA BERJAYA - ANWAR IBRAHIM
Sabtu, Ogos 01, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Jumaat, Julai 31, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Khamis, Julai 30, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Selasa, Julai 28, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Isnin, Julai 27, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Ahad, Julai 26, 2009 | Author: Tuk Kiyai