KUALA LUMPUR - Sebagai pemegang saham terbesar, Permodalan Nasional Berhad (PNB) sepatutnya bertindak menggantung jawatan kesemua lembaga pengarah dan pengurusan kanan Sime Darby Berhad, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
"Berdasarkan prinsip akauntabiliti, kesemua lembaga pengarah dan pengurusan kanan Sime Darby hendaklah berundur apabila syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu mengalami kerugian akibat lebihan kos berjumlah kira-kira RM1.6 bilion.
"Jika mereka enggan berbuat demikian, sebagai pemegang saham terbesar dalam Sime Darby, PNB hendaklah mengambil tindakan ke arah menggantung jawatan mereka," tegas beliau.
Berdasarkan laporan tahunan Sime Darby 2009, Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) mempunyai 39 pegangan dalam kumpulan itu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 14 peratus dan PNB sendiri 13 peratus. ASB berada di bawah PNB.
Mengulas lanjut tentang kerugian itu, Salahuddin mempersoalkan, di manakah jawatankuasa audit dan akaun Sime Darby.
"Adakah jawatankuasa audit dan akaun itu tidak mengesan kerugian tersebut lebih awal?
"Jika mereka telah mengesan kerugian itu lebih awal dan melaporkannya kepada Lembaga Pengarah Sime Darby, apa yang dilakukan oleh lembaga pengarah dan pengurusan kanannya?
"Sebab itulah PNB sepatutnya bertindak ke arah memecat Lembaga Pengarah dan pengurusan kanan Sime Darby dan melantik audit luar untuk membuat penyiasatan," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.
Salahuddin juga mempersoalkan kesan kepada sumbangan Sime Darby dalam memberikan dividen kepada pelabur-pelabur PNB.
"Bolehkah PNB mengekalkan kadar dividen yang telah diberikannya kepada pelabur-pelabur sebelum ini berikutan kerugian besar Sime Darby itu?" soal beliau.
Beliau juga menyarankan agar selepas ini Sime Darby melihat kembali kekuatannya dan membina perniagaan berteraskan kekuatan dan kepakarannya dalam sektor perladangan dan hartanah.
"Sime Darby tidak sepatutnya melibatkan diri dalam sektor tenaga, minyak dan gas atau penjualan kenderaan.
"Bidang-bidang tersebut tidak dilihat sebagai core business kumpulan itu," katanya.
Sime Darby patut mengambil Nestle sebagai contoh yang semakin berkembang maju dalam industri pemakanan di mana pada tahun 2006 sahaja ia mencatat keuntungan kira-kira US$75 bilion.
"Sepatutnya dengan kepakaran Sime Darby dalm bidang perladangan dan komoditi, ia boleh melakukan natural progression untuk maju dalam bidang industri pemakanan halal, contohnya berasaskan kelapa sawit," kata Salahuddin.
-harakhdaily
KUALA LUMPUR, 14 Mei — Gabungan Perpaduan Malaysia (Permai) menggesa Umno bertindak tegas dengan menyingkirkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pengerusi Gertak Razali Idris dari parti itu ekoran program “Melayu Bangkit”, yang dijadual diadakan sempena memperingati peristiwa 13 Mei, semalam.
Pertubuhan yang mendakwa dianggotai kira-kira 200 pertubuhan bukan kerajaan pelbagai kaum mengemukakan gesaan dengan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Brickfields di sini, pagi tadi.
“Kami membuat laporan polis meminta pihak berkuasa siasat dan mahu Umno mengambil tindakan tegas ke atas Razali yang menganjurkan program ini manakala Dr. Mahathir bersetuju untuk menghadiri sebagai tetamu kehormat,” kata jurucakap Permai, A. Rajaratnam selepas membuat laporan polis.
Rajaratnam yang juga Presiden Persekutuan Pertubuhan India Malaysia berkata, tindakan kedua-dua Dr. Mahathir dan Razali sebenarnya bertentangan dengan konsep 1Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dr. Mahathir merupakan bekas presiden Umno manakala Razali pula salah seorang pemimpin Umno Bahagian Marang, Terengganu.
Kata beliau, Najib sebagai Presiden Umno perlu mengambil tindakan tegas memandangkan program itu yang ditangguhkan sebenarnya satu usaha mengungkit peristiwa hitam empat dekad lalu, selain bercanggah dengan semangat yang diperlihatkan oleh perdana menteri.
Selain itu, Rajaratnam yang awalnya mengumumkan mahu bertanding dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor tetap mengubah fikiran kemudian menambah, pihaknya juga hairan kerana belum ada pendirian rasmi Umno dalam isu ini.
“Parti-parti komponen BN seperti MCA dan MIC telah menyatakan pendirian mereka dalam hal ini, tetapi Umno belum membuat pendirian rasmi kecuali ada individu seperti Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menyatakan pendapat mereka yang mengecam.
“Jadi kami juga berharap Umno akan membuat pendirian rasmi. Tetapi saya pasti bahawa program itu ditangguhkan atas arahan Perdana Menteri tetapi di mana pendirian rasmi Umno?” katanya.
Rajaratnam memberitahu, pihaknya akan mengadakan satu perjumpaan protes sekiranya Umno tidak mengambil tindakan tegas ke atas Dr. Mahathir dan Razali selain menyatakan pendirian rasmi Umno.
“Program Melayu Bangkit tidak dibatalkan tetapi ditangguhkan, bermakna program ini akan diteruskan. Jadi Umno perlu menyatakan pendirian mereka,” katanya.
Ketika ditemui wartawan pagi tadi, Dr. Mahathir mempertahankan keputusannya untuk menghadiri perhimpunan “Melayu Bangkit” sambil menegaskan rakyat tidak harus melupakan peristiwa berdarah itu.
Bekas perdana menteri itu berkata, ia penting untuk memastikan negara tidak berhadapan dengan peristiwa seumpama itu sekali lagi.
Bagaimanapun pertemuan itu ditangguhkan ekoran arahan penganjur bersama Institut Integriti Negeri Terengganu, yang dipercayai turut disebabkan bantahan pelbagai pihak termasuk komponen Barisan Nasional sendiri.
Pihak penganjur berkata ia ditangguhkan selepas mendapat arahan Institut Integriti Negeri Terengganu kerana melibatkan isu keselamatan negara.
Razali sebelum ini berkata Institut Integriti Negeri Terengganu telah menasihatkan supaya perhimpunan tersebut ditangguhkan.
Razali berkata program itu akan diteruskan kemudian hari.
Pengarah Institut Integriti Negeri Terengganu Arpin Draman berkata, ada beberapa pihak yang tersalah anggap mengenai tujuan program itu diadakan memandangkan tarikh 13 Mei mengundang kontroversi.
Arpin berkata pemilihan tajuk program “Melayu Bangkit” bertujuan menarik minat masyarakat terutama golongan belia agar “bersemangat” untuk hadir.
-theMalaysianInsider
KUALA LUMPUR, 14 Mei: Perhimpunan aman bagi membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bolasepak dan konsert 12 jam Pitbull di Masjid Jamek Kg. Baru sebentar tadi menyaksikan seorang peserta ditangkap.Pemuda yang belum dapat dipastikan namanya itu ditahan polis ketika cuba mempertahankan pembesar suara yang diguna penganjur dari dirampas.Terdahulu, himpunan anjuran Dewan Pemuda PAS itu diarah bersurai oleh pihak polis sejurus beberapa pemimpin pemuda sempat berucap.Namun selepas perbincangan, penganjur hanya dibenarkan berhimpun selama lima minit oleh polis.Belum sempat menyambung ucapan, polis didakwa menyerbu dan merampas pembesar suara sehingga berlaku pergelutan.Difahamkan pemuda tersebut kemudiannya dilepaskan dan perhimpunan kini bersurai.-harakahdaily
Walaupun dibantah oleh semua pihak sama ada dari individu atau pertubuhan Islam dan juga bukan Islam, umno BN tetap meluluskan lesen judi bola sepak piala dunia.
Adakah kerana umno BN ingin mengisi tabung pilihanraya mereka? Adakah kerana besarnya jasa syarikat judi kepada umno?
[TVS] Utusan Malaysia dan Berita Harian yang dikawal oleh Umno tidak memuatkan laporan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluluskan pemberian lesen judi perlawanan bola itu.
Tindakan itu disifatkan sebagai cubaan terancang untuk melindungi UMNO daripada dikritik oleh orang Melayu.
Pengumuman Bursa Saham Kuala Lumpur mengenai kelulusan lesen itu menjadi antara tajuk akhbar berbahasa Inggeris The New Straits Times dan The Star.
Namun laporan sama tidak mendapat tempat dalam akhbar Utusan Malaysia, mahupun Berita Harian walaupun ia menjadi antara berita utama semalam.
Tindakan Utusan Malaysia dan Berita Harian memadamkan laporan pemberiam lesen judi itu sekali lagi dilihat di pengaruhi oleh pertimbangan politik Umno dan perdana menteri sendiri.
“Saya rasa mereka tidak mahu masyarakat,khususnya masyarakat Islam tahu berkenaan ini kerana mereka tahu masyarakat bukan Islam tidak menyokong Barisan Nasional. Yang tinggal saki bakinya masyarakat Melayu-Islam.
Jika ini didedahkan dalam akhbar, besar kemungkinan ramai yang akan meninggalkan Umno. Ini sebabnya Umno tidak memberitahu rakyat mengenai lesen perjudian diluluskan oleh Kementerian Kewangan dan Kabinet.
"Ini satu tindakan yang terdesak yang saya fikir untuk mendapatkan sumber kewangan yang berpunca daripada sumber haram," ujar Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Nizar Jamaluddin.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pula berkata, berita lesen judi baru diluluskan sengaja digelapkan oleh dua akhbar itu untuk memberi ruang kepada pimpinan Umno mengaut keuntungan secara haram bagi mengisi dana politik parti.
“Sebahagian ini, pulangan kepada tabung dana untuk Umno menghadapi pilihan raya umum akan datang. Saya syak inilah yang akan mengisi dana untuk membeli undi dan wakil rakyat sama ada di peringkat DUN dan sebagainya.
"Saya percaya sebelum inipun mungkin wang daripada syarikat judi itulah yang diguna untuk membeli Adun dan Ahli Parlimen yang melompat," katanya.
Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Kedah tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sekaligus menafikan kenyataan MP Zulkifli Noordin yang mengatakan Kedah akan menjadi "Perak Kedua". Tetapi MB Kedah itu berhati-hati dengan situasi yang ada sekarang demi memastikan kesemua ADUN berkerjasama dalam memastikan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah kekal.
Malah MB Kedah itu juga konfiden dengan kesetiaan kesemua ADUN Kedah."Tiada masalah dalam Pakatan. Masalahnya hanya daripada Adun dari Barisan Nasional." katanya.
[TMI] KUALA LUMPUR, May 14 — The Kedah Pakatan Rakyat government has ignored independent MP Zulkifli Noordin’s warning of a “second Perak” and will not seek to dissolve its state assembly.
Its leaders, however, are “extremely on guard” and will keep a close watch on all its 20 PR assemblymen to ensure they remain loyal to the coalition, unlike in Perak where three lawmakers turned independent and caused the collapse of the pact’s government in February 2009.
Kedah Mentri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak confirmed with The Malaysian Insider that he had no immediate plans to seek a dissolution of the state assembly since none in his team of lawmakers had indicated plans to defect.
“I just had a discussion with them last night and I am very confident of their loyalty.
“There is no problem in the PR. The only problems are the assemblymen from Barisan Nasional,” he said when contacted.
The PAS leader scoffed at Zulkifli’s prediction that “a certain PR government” would soon fall like Perak had because of the closeness in the seat distribution between PR and BN in the state assembly.
“If he said that the Kedah majority is small, then how did the Kelantan (PAS) government manage to stay in power with only a one seat-majority?
“If other PKR members think like Zulkifli, then not only a few will jump — he cannot declare that a few will jump like him because we are all on good terms in PR,” he claimed.
zizan also went further to challenge Zulkifli to step down as an MP and re-contest his Kulim-Bandar Baharu parliamentary seat if he felt he was influential enough.
“The people no longer support him... he is no longer credible in Kedah. If he is brave then he should resign and stand for re-election.
“If he really thinks that he has influence then he should resign and we will let our branch leader to go against him,” he said.
Zulkfili, who was sacked from PKR, issued the purported warning on Wednesday and advised a “certain PR state government” to quickly seek for a dissolution.
“It will be a shocker,” he warned, but did not name which state government he was referring to.
He also claimed that two PKR MPs and one assemblyman would soon leave the party.
Kedah PKR chief Johari Abdul admitted that all PR leaders in the state were presently “extremely on guard,” and at the slightest indication of another defection, the state assembly would be dissolved.
“I am an ex-Umno guy myself and I have plenty of friends still in Umno. We are keeping our eyes and ears open, but for now, there is still not indication of anything.
“One thing is for certain, there is no way that any one of the PAS assemblymen will jump. They are bound by the bai’ah (pledge) that they have taken,” he said.
He pointed out that even if all three of PKR’s remaining assemblymen left, the BN would still not have enough assemblymen to form a government.
“Do not forget that the validity of the Kota Siputeh seat is still in question in court. They cannot use that for now,” he said.
PR holds 20 seats in the 36-seat assembly with PAS holding 16, PKR three and DAP one, while the BN has 14. The assembly’s two independents — Radzhi Salleh (Lunas) and Tan Wei Shu (Bakar Arang) — are, however, said to be pro-BN.
The High Court had ordered the Election Commission to call a by-election for the Kota Siputeh state seat in Kedah after the assemblyman Datuk Abu Hasan Sarif twice went absent without leave from the state legislative assembly meetings.
The decision is currently being appealed by the EC.
Meanwhile when contacted, PKR’s assemblymen Tan Show Kang (Sidam) and S. Manikumar (Bukit Selambau) both denied there was any rift in the PR and assured The Malaysian Insider that they were loyal to their party.
“That Zulkifli is a bad man. His job is merely to spread lies and rumours in order to shake the foundation of Kedah’s government.
“We are not going to fall — you have nothing to worry about. If we wanted to leave, we would have left a long time ago. All those who wanted to defect have already left and those remaining will never leave,” he claimed.
Manikar said that Zulkifli was “heading towards insanity” for his predictions.
“Kedah is stable and there will be no negative action. It’s a blatant lie, nothing to worry about,” he said in an SMS.
DAP’s sole assemblyman, Lee Guan Aik (Kota Darul Aman), agreed with his colleagues and insisted that the Kedah PR government was very strong.
“There may be some problems in the PKR but I do not think it will come to that level.
“I believe this is just the work of our opponents who are plotting to create this sense of uneasiness in hopes of destroying us,” he said.
He agreed that he, along with many other PR assemblymen in Kedah, had been offered bribes to defect to BN after Election 2008 but denied the offers had been renewed recently.
“In any case, we will reject the offers outright,” he said confidently.
The third PKR assemblyman, Kulim’s Lim Soon Nee, could not be reached for comment.
A PKR source told The Malaysian Insider that of the three remaining PKR assemblymen in Kedah, Lim was the likeliest to leave.
“He was good friends with Tan Wei Shu (Bakar Arang),” claimed the source, an assemblyman from another state.
Tan resigned from PKR last month, citing his dissatisfaction with the party leadership and his removal from the state executive council.
Peguambela Karpal Singh menunjukkan saiful sebuah artikel di Malaysiakini yang bertarikh 15 Ogos 2008 dengan tajuk 'Saya diliwat tanpa rela'.
Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden membantah. Namun, Mohd Zabidin menolak bantahan itu dan membenarkan Karpal untuk meneruskan soal balasnya.
Saiful kemudiannya diminta membaca laporan itu secara senyap.
Laporan bertarikh 15 Ogos 2008 ini adalah berdasarkan sidang akhbar yang diadakan oleh Saiful selepas beliau bersumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan bahawa dia diliwat oleh Anwar.
Selepas Saiful selesai membaca laporan Malaysiakini yang agak panjang itu, Karpal bertanya: Adakah laporan itu betul? Saiful menjawap: “Ada kesilapan bila saya kata ini kali pertama saya diliwat. I silap interpret soalan.."
Berikut transkrip wawancara Malaysiakini dengan Saiful.
Wartawan: Ini kali pertama kamu diliwat?
Mohd Saiful: Ya, pertama kali. Karpal kemudiannya terus mengasak Saiful.
Karpal: Adakah bahagian lain artikel itu betul?
Saiful: Jangan ugut saya.
Karpal: Yang lain benar? Mengapa awak begitu takut?
Saiful: Saya tidak boleh mengesahkan ia betul. Saya tidak boleh mengesahkan artikel itu 100 peratus betul.Berikut beberapa sedutan perbicaraan selepas itu.
Karpal: Awak mandi pada Jun 26?
Saiful: Saya mandi pagi.
Karpal: Ada awak mandi serta cuci 'anus' selepas kejadian?
Saiful: Saya bilas.
Karpal: Kenapa tak cuci?
Saiful: Saya mahu simpan bukti.
Karpal: Kenapa tak buat laporan polis masa 26 haribulan?
Saiful: Tidak.
Karpal: 27 haribulan, kenapa tak 'lodge report'?
Saiful: Saya takut ia akan 'affect' masa depan saya. Karpal kemudiannya memohon prosiding diadakan secara tertutup. Hakim Mohd Zabidin bersetuju. Mahkamah kemudian berehat untuk makan tengahari dan akan bersambung semula pada 2.15 petang.
-MalaysiaKini
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan penangguhan prosiding yang dikemukakan oleh peguambela Karpal Singh sementara menunggu keputusan rayuan.
Menurut hakim, Datuk Mohamad Zaibidin Mohd Diah, tidak ada alasan istimewa bagi menangguhkan prosding sambil berkata keputusannya semalam adalah sesuatu yang mengikut procedure dan non-appeable (tidak boleh dirayu).
Justeru, katanya, perbicaraan mesti disambung.
Pagi tadi, sebaik sahaja sesi mahkamah bermula, Karpal memohon prosiding perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ditangguhkan. "Prosiding sepatutnya ditangguhkan sehingga rayuan didengar di Mahkamah Rayuan,” kata Karpal.
Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden membantah permohonan penangguhan prosiding itu sementara menunggu keputusan rayuan.
Katanya, sebarang keputusan yang dibuat semasa prosiding berjalan adalah non-appeable dan alasan rayuan ada merit adalah tidak relevan.
Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan peguam Karpal bagi mendapatkan kenyataan beramaran daripada pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan yang diberikannya kepada polis. Karpal memberitahu mahkamah bahawa pihak pembelaan memerlukan keterangan itu kerana terdapat percanggahan antara keterangannya kepada polis dan pertuduhan liwat yang dikenakan terhadap Anwar.
Karpal berkata Saiful, dalam keterangannya kepada polis dan keterangannya di mahkamah, menyatakan dakwaan liwat itu dilakukan tanpa kerelaannya manakala pertuduhan yang dikenakan terhadap Anwar mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan adalah persetubuhan yang dipersetujui.
Mohamad Zabidin, bagaiamanpun menolaknya dengan alasan tidak ada percanggahan dalam keterangan Saiful kepada polis dan keterangannya di mahkamah, dan terpulang kepada peguam negara untuk menetapkan pertuduhan terhadap seseorang itu.
-Malaysiakini
Walaupun program "Melayu Bangkit" anjuran Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) ditangguhkan, tetapi rakyat melihat bahawa umno dan konco-konconya cuba untuk meniupkan api perkauman di negara ini melalui program-program seperti ini. Apakah motifnya? Adakah untuk menakut-nakutkan bangsa lain? Adalah kerana bangsa lain khususnya Cina sudah tidak lagi menyokong umno BN? Program tersebut sepatutnya berlangsung hari ini di stadium tertutup Kuala Terengganu. Mengapa pilih 13 Mei?Program ini ditangguhkan setelah PAS membuat pendedahan beberapa hari lalu.Semalam Penasihat DAP Lim Kit Siang meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kabinet mengecam rancangan tersebut. Lim berkata perhimpunan itu yang bertepatan dengan ulang tahun ke-41 tragedi rusuhan perkauman yang berlaku di negara ini pada 13 Mei 1969 adalah sangat sensitif.Lim menambah, "Sejajar dengan konsep 1Malaysia, Perdana Menteri harus mengambil pendirian menentang semua bentuk fahaman pelampau." Bagi Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa, motif penganjuran program sempena meraikan ulang tahun ke-41 peristiwa berdarah 13 Mei, 1969 merupakan isyarat yang salah bagi rakyat. Demikan lapor harakahdaily.
“Penangguhan program bermotif perkauman itu terbukti membawa isyarat (yang) salah pada rakyat Malaysia, baik orang-orang Melayu sendiri atau Cina, India dan sebagainya,” jelas beliau.
Kepada :-
Semua Editor dan Wartawan,
Media Massa
Saudara / saudari,
DEMONTRASI MEMBANTAH KELULUSAN LESEN JUDI PIALA DUNIA DAN KONSERT 12 JAM PITBULL
Adalah dimaklumkan bahawa Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan akan mengadakan satu demontrasi berhubung perkara diatas seperti butiran berikut:-
Tarikh : 14 Mei 2010 / 29 Jamadilawal 1431 (JUMAAT)
Masa : 1.30 Tengahari (Selepas Solat Jumaat)
Tempat : Perkarangan Masjid Jamek Kg. Bharu, Kuala Lumpur
Semua wartawan dijemput hadir untuk membuat liputan.
Sekian. Terima kasih.
SHAH ALAM, 12 MEI: Ahli Parlimen Kapar, S Manivasagam kecewa kerana wartawan penyiaran TV3 tidak memathui etika kewartawanan apabila menyamar sebagai TV Selangor semata-mata mahu memperoleh kenyataan beliau.
Beliau mulanya enggan melayani panggilan telefon daripada wartawan TV3 beberapa hari lalu kerana bimbang kenyataannya dimanupulasi untuk kepentingan tertentu, sebagaimana amalan mereka sebelum ini.
Bagaimanapun, beliau kemudian menjawab panggilan telefon dan memberi kenyataannya mengenai isu Kumpulan Semesta Sdn Berhad berikutan pemanggil mengaku sebagai 'Nurul' dari TV Selangor.
Manikavasagam hanya menyedari hal itu apabila beliau menerima panggilan telefon bertalu-talu dari rakan-rakannya yang mempertikai tindakannya membuat kenyataan kepada TV3.
"Saya terus bagi kenyataan mengenai isu berkenaan kerana ingatkan panggilan itu dari TV Selangor. Saya tidak akan bagi kenyataan kepada TV3. Jangan harap," katanya kepada TV Selangor.
Bagi pihak TV Selangor, kami kesal dengan sebarang tindakan yang melanggar etika kewartawanan termasuk penyamaran sebegini dan kami ingin menegaskan tiada wartawan di web tv ini yang bernama Nurul.
-tvselangor-
Perbicaraan hari ini semakin panas apabila Saiful mengakui bahawa beliau ada menghubungi IGP Tan Sri Musa Hasan dan menemui Senator Ezam. Mengapakah sampai kepada IGP Saiful ingin memberitahu masalahnya? Dan apakah kaitan Ezam dalam kes ini? [TMI] KUALA LUMPUR, 12 Mei — Mohd Saiful Bukhari Azlan hari ini mendedahkan dia sebenarnya ada mendampingi Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas pemimpin PKR Senator Ezam Mohd. Noor sebelum membuat laporan polis akhir Jun 2008.
Saiful membuat laporan dia diliwat Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim 28 Jun 2008.
Bekas pembantu khas Anwar itu yang mendakwa diliwat oleh beberapa kali hari ini memberitahu mahkamah, dia ada bercakap dengan Musa pada 25 Jun 2008, pada hari dia bertemu dengan Datuk Seri Najib Razak di rumahnya dan juga seorang pegawai polis Rodhwan Yusof di Hotel Mulia.
Saiful berkata dia ada bercakap dengan Ketua Polis Negara kurang daripada seminit dengan menegaskan ia satu-satunya hubungan kedua-dua mereka.
“Ketua Polis Negara minta saya tidak menghubunginya, beliau marah (dalam telefon) kerana beliau menganggap saya membuat panggilan palsu,” kata Saiful.
Apabila peguam kanan pasukan Anwar bertanya dia menghubungi Ketua Polis Negara, Saiful berkata, “saya mahu memberitahu Ketua Polis Negara masalah saya.”
Saiful kelihatan lain berbanding kelmarin di mana dia muncul yakin apabila ditanya bagaimana dia memperoleh nombor telefon.
Saiful berkata, ketika dia berada di rumah Najib dia terdengar perbualan antara Najib, ketika itu timbalan perdana menteri dengan seorang lelaki yang tidak dikenali.
Lelaki itu, menurut Saiful, memberikan nombor Ketua Polis Negara kepada Najib.
“Saya terdengar nombor itu, saya mencatitkannya,” katanya.
Ketika disoal balas hari ini, Saiful juga mengakui bahawa dia ada bertemu dengan Ezam, yang dua minggu lalu mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara selepas menyertai Umno pertengahan 2008.
Menurut Saiful, dia mengadakan pertemuan dengan Ezam lewat malam 27 Jun sehingga awal pagi 28 Jun 2008 di Bandar Tasik Puteri, Rawang.
Pertemuan ini berlangsung beberapa jam sebelum Saiful menjalani pemeriksaan perubatan dan kemudian membuat laporan polis.
–KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA–
Merujuk kepada perkara di atas, saya telah mengeluarkan sebuah kenyataan media yang mempertikaikan tindakan Rosmah Mansor isteri kepada Perdana Menteri Malaysia yang merujuk dirinya sebagai Wanita Pertama Malaysia.
Laporan mengenai perkara ini telah disiarkan oleh sebuah portal media internet The Nut Graph pada 10 Mei yang lalu. Perbuatan ini jelas sekali dilakukan dengan sesuka hati dan tanpa terlebih dahulu merujuk kepada Artikel 32 Perlembagaan Malaysia yang menyatakan bahawa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong adalah susuk yang merupakan Wanita Pertama Negara ini.
Justeru saya mengutuk tindakan yang disifatkan ingin mengangkat darjat seorang manusia biasa ke taraf yang lebih tinggi dan bersifat penderhakaan kepada institusi Diraja di negara ini.
Dalam isu yang sama, saya menyeru tindakan segera dilakukan oleh pihak SPRM ke atas isu bagaimanakah wang yang berjumlah sehingga RM1.5 juta diperolehi untuk membiayai pengiklanan dua mukasurat penuh dalam akhbar New York Times itu? Ini kerana Pengarah Eksekutif New York Times, Dianne McNulty sendiri mengesahkan bahawa iklan itu ditempah oleh sebuah agensi pengiklanan bagi pihak Kerajaan Malaysia. Dan bukannya oleh individu-individu seperti yang dinamakan dalam iklan tersebut.
Melihat kepada jumlah yang dinyatakan, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab utama bagi SPRM untuk menyiasat perkara ini dengan efisien sebagaimana yang dilakukan terhadap negeri-negeri Pakatan Rakyat. Saya mahu sumber ini diperjelaskan dengan nyata agar pengkhianatan terhadap wang rakyat tidak berlaku hanya untuk memenuhi selera dan nafsu pihak yang berkuasa.
Sekali lagi saya dengan tegas menuntut profesionalisme SPRM dalam menjalankan tugas tanpa mengira darjat.
Puan Hjh Zuraida Kamaruddin
Ahli Parlimen Ampang
Ketua Wanita KEADILAN
Memang sudah dijangka bahawa mahkamah akan menolak permohonan Anwar. Ramai tertanya-tanya mengapa ia ditolak? Apakah kerana keterangan Saiful itu merupakan skrip utama perbicaraan yang boleh diubahsuai? Bagi Anwar, keterangan Saiful itu sangat penting supaya peguamnya dapat meneliti secara terperinci akan keterangan Saiful itu.
[BERNAMA] KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya pihak pendakwaan menyerahkan keterangan yang dibuat kepada polis oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan, orang yang mendakwa diliwat oleh ketua pembangkang itu.
Dalam keputusannya, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata tidak ada percanggahan dalam keterangan Mohd Saiful kepada polis dan keterangannya di mahkamah, dan terpulang kepada Peguam Negara untuk menetapkan pertuduhan terhadap seseorang itu.
Semalam, peguam utama Anwar, Karpal Singh, memberitahu mahkamah bahawa pihak pembelaan memerlukan keterangan itu kerana terdapat percanggahan antara keterangannya kepada polis dan pertuduhan liwat yang dikenakan terhadap Anwar.
Karpal Singh berkata Mohd Saiful, dalam keterangannya kepada polis dan keterangannya di mahkamah, menyatakan dakwaan liwat itu dilakukan tanpa kerelaannya manakala pertuduhan yang dikenakan terhadap Anwar mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan adalah persetubuhan yang dipersetujui.
Mohd Saiful, 25, mendakwa Anwar, 63, meliwatnya di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Pertuduhan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.
Hebat sungguh kata-kata pada kain rentang di atas.
WE ALL SUPPORT SAIFUL BUKHARI
Yang HAK Pasti BERDIRI
Yang BATHIL Pasti JATUH
Tapi yang hak di sisi Allah belum pasti lagi buat si Saiful.
Siapakah blogger yang menyokong si Saiful ni?
Menteri Besar Perak yang digulingkan Barisan Nasional, Nizar Jamaluddin membidas SUPP kerana menyebarkan fitnah 'negara Islam' dalam usaha untuk menakut-nakutkan pengundi Sibu, dan bagi meraih sokongan kepada calon BN, Robert Lau.
Bercakap kepada pemberita di sidang akhbar hari ini, Nizar berkata Parti Islam Se-Malaysia kesal SUPP-BN menyebarkan fitnah dan melakar imej pemimpin Pas sebagai tidak bertamadun dan ganas.
Nizar berkata demikian menjawab tuduhan SUPP bahawa Pas mahu mewujudkan 'negara Islam'. BN dipercayai menggunakan isu negara Islam dalam usaha untuk menyekat sokongan masyarakat Kristian kepada Pakatan Rakyat.
Masyarakat Kristian membentuk 53 peratus dari jumlah pengundi Sibu. Pas yang aktif membantu kempen Pakatan Rakyat di geraja serata Sibu sebelum ini diberi amaran oleh SUPP untuk tidak membawa politik Semenanjung ke Sarawak.
"Kita mahu memberi penerangan apa sahaja tohmah berkenaan isu kerajaan negara Islam adalah mainan jahat, fitnah besar yang dibuat SUPP," kata Nizar.
Nizar berkata Pakatan Rakyat bersepakat di atas prinsip bersama iaitu mewujudkan kerajaan yang adil, bebas rasuah dan tidak menindas mana-mana bangsa dan agama.
"Pas bersama-sama Pakatan Rakyat menggemblengkan usaha membentuk dan menubuhkan kerajaan yang adil, menghapuskan gejala rasuah dan membasmi diskriminasi kaum dan agama. Ini adalah teras perjuangan Pas, yang turut dikongsi DAP dan PKR. Atas dasar ini kita bersekutu," kata Nizar.
Nizar turut merungkai persepsi bahawa gerakan Islam terbesar tanahair itu akan melaksanakan hukum hudud.
"Soal negara Islam dan perkara-perkara yang menakutkan ini semua mainan SUPP disini, dan MCA di Semenanjung suatu masa dulu," kata Nizar.
"Semalam (di pertemuan bersama masyarakat Kristian Sibu), saya ditanya apakah Pas akan potong tangan pencuri. Saya jawab, pemimpin utama Pas iaitu Mursyidul Am Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga Menteri Besar Kelantan tidak pernah memotong mana-mana tangan orang Islam dan bukan Islam selama 20 tahun pentadbiran beliau. Bahkan, patung Buddha antara yang terbesar di Asia juga berada di Kelantan," tegas Nizar.
Beliau juga menambah 'senjata' ini telah lapuk, dan bukan lagi isu di Semenanjung Tanahair, melihatkan kepada sokongan masyarakat bukan Islam kepada Pas.
"Sebenarnya kalau di Semenanjung, isu negara Islam ini sudah beres. BN memainkan peranan mengulangi isu yang lapuk," kata Nizar.
Sementara itu, Nizar turut menepis soalan media arus perdana yang mempersoalkan kewujudan klausa 'Negara Islam' dalam Perlembagaan Pas.
"Perlembagaan Pas tidak perlu dipinda kerana 'negara Islam' tidak disebut dalam Perlembagaan Pas," katanya, menjawab tuntutan SUPP supaya Pas meminda perlembagaan parti.
-TVS
Saya tidak pasti sama ada kes ini wujud di Malaysia atau tidak. Mungkin ada tetapi tidak dibuat laporan atau aduan oleh mangsa. Mungkin takut atau mangsa tidak mengetahui apa yang sepatutnya mereka lakukan. Bagi majikan bukan Muslim, mereka sepatutnya sensatif dengan isu ini supaya keharmonian agama dan kaum di Malaysia terpelihara. [HM] TAIPEI: Tiga warga Indonesia beragama Islam didakwa ketakutan selepas pemilik kilang memaksa mereka makan daging babi sejak tujuh bulan lalu.
Jika enggan makan, mereka diancam akan dihukum. Pendakwaraya mendakwa pemilik kilang pakaian, Shin Hua Hang Fashion Co Ltd, Chang Wen-lin 26 April lalu kerana memaksa tiga wanita itu makan daging babi antara September 2008 hingga April 2009.
Chang percaya daging babi itu akan memberi tenaga lebih kepada ketiga-tiga wanita dan mengancam memotong gaji mereka jika enggan menurut arahannya. Jurucakap Pertubuhan Buruh Antarabangsa Taiwan, Susan Chen berkata, mereka menjaga ketiga-tiga mangsa selama empat bulan sejak April 2009 selepas mereka membuat aduan kepada pihak berkuasa Taipei. “Mereka ketakutan ketika tiba di pusat perlindungan kami, termasuk bimbang dihantar pulang.
“Mereka juga kelihatan takut ketika pertama kali bertemu bekas majikan selepas dibawa keluar daripada kilang beberapa bulan kemudian,” katanya.
Wanita itu dikenal pasti sebagai Tarsinah, Suswati dan Wasilah. Mereka kini bekerja di tempat lain di Taiwan dan tidak mahu mengulas kes itu kerana bimbang tindakan itu menimbulkan masalah di tempat kerja baru.
Chen berkata, Chang pada mulanya menggaji mereka sebagai pembantu rumah tapi kemudian diarah bekerja di kilang dari jam 7 pagi hingga 11 malam. Mereka hanya dibayar gaji purata NT$1,370 (RM138) sebulan, jauh lebih rendah daripada gaji minimumum ditetapkan, NT$17,000 (RM1,715). Kira-kira 350,000 buruh asing, majoriti dari Indonesia, Filipina dan Vietnam kini bekerja di Taiwan. - AP
(Gambar: Apakah yang ditunjukkan oleh si Saiful tu?)Kalau dah menipu lambat laun akan terpesong juga dari skrip walaupun skrip itu dicipta dan direka dengan baik. Baru masuk hari kedua sudah timbul percanggahan terhadap apa yang dinyatakan oleh saksi utama, Saiful.
[MK] Perbicaraan kes liwat ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan peguambela, Karpal Singh menyoal balas pengadu, Saiful Bukhari Azlan. Karpal berhujah oleh kerana Saiful mendakwa hubungan seks yang dilakukan itu adalah tanpa kerelaannya, manakala Anwar pula didakwa menurut Seksyen 377b atas kesalahan mengadakan hubungan di luar tabii, maka berlaku percanggahan antara dakwaan dan kenyataan Saiful.
"Memang pasti ada kesilapan berhubung dakwaan, dan perlu untuk melihat semula kenyataan yang dirakamkan.
"Di Malaysia, kita ketahui hubungan seks antara lelaki dengan lelaki walaupun dengan kerelaan adalah satu kesalahan. Bagaiamanapun, saksi telah berulangkali berkata dan menegaskan bahawa perhubungan seks itu tanpa kerelaaanya,” kata Karpal.
Katanya lagi, penyiasatan sepatutnya dijalankan mengikut seksyen 377c.
Karpal kemudiannya berkata Saiful menipu dan cuba mencabar keboleh-percayaan atau kewibawaannya sebagai saksi.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah berkata ini kali pertama perkara seumpama itu timbul - tertuduh didakwa dengan hubungan seks (liwat) secara rela sedangkan bukti yang dikemukakan menunjukkan ia dilakukan tanpa rela.
Beliau kemudiannya menangguhkan perbicaraan sehingga esok dan akan memutuskan sama ada membenarkan pemohonan peguam bela untuk mendapatkan kenyataan beramaran Saiful.
Saya sangat bersetuju dengan pandangan Prof. Abdul Aziz Bari supaya pelantikan Pemangku Sultan Kelantan dilakukan secara rasmi supaya keamanan dan kestabilan negeri Cik Siti Wan Kembang itu terus dinikmati rakyat jelata.
Rakyat Kelantan juga pastinya sayangkan institusi kesultanan yang ada sekarang supaya mereka dapat bernaung di bawah "payung" baginda sultan.
[SH] SHAH ALAM – Majlis Perajaan Negeri (MPN) perlu mengambil inisiatif selesaikan krisis Istana Kelantan dengan mengumumkan pelantikan Pemangku Sultan secara rasmi memandangkan hampir setahun tiada perubahan di atas kesihatan Sultan, Tuanku Ismail Petra.
Pakar Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Abdul Aziz Bari berkata, Malaysia, yang mengamalkan prinsip Raja Berperlembagaan, memperuntukkan kuasa mutlak kepada perwakilan yang dilantik Undang-Undang Tubuh Negeri untuk membuat keputusan dalam hal kesultanan.
Menurutnya, di Kelantan pihak yang bertanggungjawab memastikan negeri mempunyai Sultan yang mentadbir hal-hal keagamaan adalah MPN dan sebarang keputusan yang dibuat majlis itu adalah mutlak serta tidak boleh didakwa di mana-mana mahkamah.
“MPN perlu mengambil inisiatif untuk mengembalikan kestabilan Kelantan memandangkan keadaan kesihatan Sultan pada masa ini tidak mengizinkan.
“Ini bukan soal untuk mengetepikan Sultan kerana kesihatan baginda lebih penting dan rakyat berhak mendapat Pemangku. Biarlah baginda meneruskan rawatan dengan lebih sempurna tanpa perlu memikirkan tugas mentadbir negeri dengan menyerahkan tugas itu kepada anakanda baginda, Tengku Muhammad Faris,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Aziz berkata, sebagai ketua yang akan mentadbir negeri seseorang itu mestilah sihat tubuh badan dan waras. Justeru, pelantikan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja tahun lalu, sepatutnya menamatkan krisis keluarga itu.:
Sementara itu, Pakar Sejarah dari Universiti Malaya, Prof Emer:itus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim berkata, setiap negeri mempunyai Undang-Undang Tubuh Negeri atau Perlembagaan Negeri dan mempunyai badan yang berkuasa melantik Sultan dan Raja Muda sesebuah negeri tersebut.
Perlembagaan Negeri mestilah tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang mana jika didapati berlaku, Perlembagaan Persekutuan akan diutamakan.
“Dalam Perlembagaan Persekutuan, menetapkan kedudukan raja dianggap paling penting dalam hal agama Islam, sebaliknya dalam hal-hal lain raja menjadi lambang sahaja.
“Sekiranya berlaku apa-apa musibah terhadap raja dalam negeri itu, badan yang dipertanggungjawabkan perlu membuat pelantikan baru bagi meneruskan tugas-tugas baginda,” katanya.
Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi dari Universiti kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, secara umum MPN perlu bermesyuarat untuk membuat tindakan berhubung institusi Kesultanan Kelantan.
“Masalah yang berlarutan ini dikhuatiri memberikan kesan negatif kepada institusi Raja Berperlembagaan di negara ini, sekali gus menimbulkan kekeliruan rakyat mengenai kedudukan Sultan dan Pemangku Sultan,” katanya.
Saiful Bukhari Azlan semalam memberikan keterangan menggemparkan apabila mendakwa doktor yang memeriksanya di sebuah hospital telah berbohong dengan laporan perubatannya.
Saiful memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa doktor Mohamad Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi berbohong apabila menyatakan Saiful mengaku mengalami kesakitan di duburnya kerana benda plastik telah dimasukkan ke dalamnya.
Saiful mendakwa beliau tidak memberikan pengakuan sebegitu kepada doktor berkenaan.
Namun pada masa sama, Saiful gagal memberi penjelasan terhadap laporan hampir sama yang dikemukakan oleh tiga pakar perubatan Hospital Kuala Lumpur yang turut memeriksa beliau.
Seperti Dr Mohamad Osman, tiga pakar itu juga mendapati tidak ada bukti klinikal menunjukkan Saiful mangsa liwat.
Perbicaraan pertuduhan fitnah liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan Saiful selaku pengadu dan saksi tunggal disoal balas oleh peguam Anwar Karpal Singh.
Anwar bersama isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan anggota keluarga tiba di mahkamah pada pukul 9.00 pagi dan diserbu oleh wartawan tempatan dan luar Negara.
Dalam soal balas, Karpal terus bertanya Saiful mengenai laporan doktor Mohamad Osman yang mendedahkan Saiful telah mengaku duburnya kesakitan kerana dimasukkan benda plastik.
Karpal : Doktor berkenaan akan dipanggil untuk memberi keterangan. Adakah anda menafikan doktor itu berbohong
Saiful : Saya tak cakap macam itu.
Karpal: Jadi doktor itu berbohong?
Saiful: Saya tak pasti .
Karpal: Jadi doktor tipu?
Saiful: Ya dia bohong, tidak benar.
Saiful pada mulanya dilihat cuba berdolak dalik dalam menjawab pertanyaan Karpal tetapi apabila ditanya untuk kali kedua, beliau membuat kejutan dengan mendakwa doktor Mohamad Osman telah menipu dalam laporan perubatannya itu.
Karpal kemudian menjurus kepada laporan perubatan oleh tiga pakar perubatan HKL yang mendapati tidak ada bukti klinikal menunjukkan berlaku tusukan pada dubur Saiful akibat di liwat sebagaimana yang di dakwa Saiful.
Kali ini juga, Saiful memberi jawapan yang mengejutkan. Beliau berkata beliau tidak dapat komen kerana tidak dapat melihat keadaan duburnya sendiri.
Saiful : Saya tidak dapat melihat kawasan dubur saya. Saya tidak mahu komen.
-tvs
SHAH ALAM - Dua kakanda Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Yahya Petra mendakwa Raja Perempuan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid dan kekanda mereka, Tengku Merjan Yahya Petra yang mengawal ketat baginda di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
Tengku Rozan dan Tengku Salwani Yahya Petra turut menafikan dakwaan keluarga diraja dihalang daripada menziarahi Sultan Kelantan yang sedang dirawat di HUSM dan bertindak kasar kepada kaum keluarga terdekat baginda yang memohon kebenaran secara baik untuk melihat baginda.
:Tengku Salwani pula berkata, apa yang berlaku pada 4 Mei lalu adalah Raja Perempuan Kelantan dan Tengku Merjan berada di luar wad selama kira-kira sejam kerana Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra berada dalam wad baginda ketika itu.
Beliau berkata, polis hanya menjalankan tugas seperti diarahkan oleh Tengku Muhammad Faris yang hanya membenarkan individu melawat baginda kerana tidak mahu berlaku sebarang kekecohan yang akhirnya akan menjejaskan kesihatan baginda.
“Apa yang berlaku pada 4 Mei 2010, Raja Perempuan dan Tengku Merjan berada di luar Wad Diraja HUSM kerana pada masa itu Pemangku Raja berada di dalam wad. Polis menerima arahan supaya tidak membenarkan sesiapa masuk ke wad tuanku. Semasa titah arahan diberikan, Tengku Anis sudah pulang ke Istana Mahkota untuk tujuan yang beliau sahaja yang tahu,” katanya pada sidang media di Rumah Kelantan, Kuala Lumpur, semalam.
Tengku Rozan berkata, beliau dan Tengku Salwani dilarang Raja Perempuan daripada menziarahi Sultan ketika baginda dirawat selama sembilan bulan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura sebelum ini.
"Pelawat lain, termasuk pakar perubatan dan pakar agama dari Malaysia turut dilarang daripada menemui baginda. Hanya mereka yang menyokong Raja Perempuan dibenarkan melawat baginda.
“Kenyataan keluarga diraja disekat untuk bertemu baginda itu tidak benar, Sebaliknya mereka berdua yang bertindak menyekat orang lain daripada melawat tuanku Sultan,” katanya.
Tengku Rozan menyeru semua pihak memberi kepercayaan kepada Tengku Muhammad Faris Petra melaksanakan tanggungjawab baginda.
“Apa yang dilakukan baginda adalah apa yang terbaik untuk keluarga diraja Kelantan,” katanya.
Beliau turut bersetuju dengan pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar kemelut istana Kelantan diselesaikan secara kekeluargaan tanpa membuka pekung di dada seperti dibuat sesetengah pihak.
Tengku Rozan turut menyangkal kenyataan bahawa Tengku Abdul Aziz Tengku Mohd Hamzah adalah bapa saudara kepada Sultan sebaliknya beliau adalah bapa saudara kepada Raja Perempuan yang berkahwin dengan kekanda mereka, Tengku Merjan.
-SinarHarian
Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim disambung hari ini, selepas tiga bulan ditangguhkan, dengan peguambela Karpal Singh menuntut senarai saksi.
Karpal Singh mahu mahkamah memastikan mereka mendapat senarai saksi sebelum bermula sesi soalsiasat Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Beliau berkata, pihak pembela perlu tahu sama ada saksi mereka mungkin turut ada dalam senarai saksi pendakwa.
Namun, Peguamcara Negara 11 dan ketua pasukan pendakwa, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin berkata beliau terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan supaya tidak menyerahkan senarai tersebut, dengan berkata senarai saksi itu "mungkin" diberikan diakhir pendakwaan.
Mohd Yusof berkata beliau tidak nampak hubungan antara soal-balas dengan senarai saksi. Menurutnya lagi, daripada keterangan Saiful, pihak pembela sudah boleh mengagak siapakah saksi-saksi berkenaan.
Karpal, bagaimanapun, berkata beliau mahu mahkamah menggunakan kuasanya mengikut Seksyen 56 Kanun Prosedur Jenayah untuk memaksa senarai saksi itu diserahkan. Karpal juga mengadu tidak mendapat nota keterangan.
Karpal bertanya mengapa pihak pendakwa begitu takut untuk menyerahkan senarai saksi kepada pihak pembela.
Katanya, jika tiada sebarang konspirasi untuk menjatuhkan Anwar, maka pihak pendakwa sepatutnya menyerahkan senarai saksi kepada pihak pembela.
-GB
Selepas mengaku tidak melakukan solat selama dua hari kerana berhadas besar, Si Saiful juga mengaku bahawa dia telah menemui Perdana Menteri 1Malaysia sebelum membuat laporan polis bahawa dia telah diliwat.
[HarakahDaily] KUALA LUMPUR, 10 April: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau bersyukur ekoran Saiful Bukhari Azlan mengaku bertemu Datuk Seri Najib sebelum membuat laporan polis.
"Hari ini saya bersyukur kerana kita dapat sahkan penglibatan Najib yang diakui Saiful bertemu beliau empat hari sebelum laporan polis dibuat," katanya di luar mahkamah hari ini.
Dalam Perbicaraan kes liwat ll Anwar hari ini Saiful berkata dia berjumpa Perdana Menteri pada 24 Jun 2008 di kediaman Najib di Jalan Duta untuk mengadu masalahnya.
Saiful juga memberitahu dia kemudiannya berjumpa ASP Rodhwan di Hotel Mulia pada malam 24 Jun.
"Pegawai kanan polis panggil di satu hotel terkemuka untuk adakan perbincangan sebelum laporan dibuat.
"Itu yang Karpal tekankan penglibatan dan konspirasi melibatkan Najib," katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, turut melahirkan rasa tidak puas hati ekoran kegagalan pihak pendakwa yang begitu takut untuk menyerahkan senarai saksi kepada pihak pembela.
"Pertama kali dalam sejarah kes jenayah, nama saksi tidak diberikan, sampai sekarang pendakwa gagal mengemukakan nama saksi.
"Ini seperti mana yang kita sebut satu kelainan. Bila masuk kes Anwar memang ada kelainan," katanya lagi.
Ketika prosiding bermula pagi tadi, peguam bela utama, Karpal Singh, memohon mendapatkan senarai nama saksi daripada pihak pendakwaan tetapi ini tidak dibenarkan oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Selepas Karpal menyoal Saiful selama 45 minit, beliau membuat satu lagi permohonan iaitu bagi mendapatkan semua keterangan bertulis daripada polis.
Hakim menangguhkan perbicaraan jam 12.30 tengahari tadi dan akan disambung jam 9 pagi esok.
Penangguhan itu dipohon Karpal Singh untuk membuat penghujahan penuh bagi mendapatkan kenyataan beramaran Saiful.
Pelik bin ajaib si Noh Omar sorang ni. Beliau seolah-olah beriya-ia sangat supaya hasrat Datuk Zaid Ibrahim untuk mengadap Sultan Selangor tidak dilayan oleh sultan. Adakah Noh takut sekiranya Zaid akan mendedahkan bahawa umnolah yang sebenarnya melanggar perintah sultan dengan menggunakan masjid untuk kepentingan politik sempit mereka. Buktinya sila klik di sini.Bagi rakyat, tindakan Zaid itu adalah cara yang terbaik. Kalau Sultan menjelaskan bahawa tindakan beliau salah, saya rasa Zaid dengan berlapang dada memohon ampun kepada sultan.[SH] KUALA LUMPUR - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, tidak perlu melayan permintaan Datuk Zaid Ibrahim untuk bertemu dan menjelaskan mengenai kenyataan terbuka terhadap titah Sultan berhubung penggunaan masjid untuk berpolitik. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, sebagai pengamal undang-undang, Ketua Biro Politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, sepatutnya menghormati enakmen negeri, termasuk Enakmen Negeri Selangor yang jelas menyatakan titah Sultan adalah arahan. “Saya hendak cabar pendirian kerajaan negeri Selangor, mengapa kerajaan negeri diam? Adakah kerana kerajaan takut atau hormat kepada Sultan atau takut atau pentingkan kepentingan politik atau tekanan daripada rakan-rakan mereka seperti DAP?” katanya kepada media ketika lawatan kerja ke pasar tani Pekan Batu 14, Hulu Langat di sini, semalam. Beliau turut meminta Kerajaan Negeri menyatakan pendirian berhubung kenyataan Zaid yang disifatkan sebagai biadab terhadap Sultan. -Bernama.
SIBU 10 Mei - Rakyat Sibu memberikan respons yang memberangsangkan terhadap usaha PAS untuk menjelaskan persepsi negatif yang dilontarkan kepada perjuangan Islam yang di bawa parti itu oleh Umno-Barisan Nasional.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang melawat Gereja Sacred Heart hari ini menjelaskan masyarakat Sibu berminat untuk mengetahui mengenai perjuangan PAS dan lawatan beliau memberi peluang untuk berbuat demikian bagi menjelaskan beberapa isu mengenai Islam.
"Kita faham bahawa masyarakat di Sarawak khususnya di Sibu tidak mengenali parti PAS dan kemungkinan mereka mempunyai tanggapan negatif bahawa kami dari PAS merupakan golongan pelampau yang ekstrim dan anti pada agama-agama lain.
"Mereka juga menganggap kami akan berusaha untuk menyekat amalan dan hak mereka. Maka itulah sebabnya cara yang kita boleh zahirkan sikap kita sebenarnya supaya masyarakat di Sibu memahami PAS yang merupakan rakan kepada DAP tidak mempunyai niat yang jahat terhadap masyarakat agama lain.
"Mungkin inilah satu cara yang kita boleh datang dan bertemu orang-orang Kristian yang datang ke gereja pada hari Ahad, menyambut mereka dan bercakap dengan satu sikap setia kawan dan saling hormat-menghormati.
"Kita akan memberi penerangan kepada mereka siapa sebenarnya PAS agar mereka faham tentang PAS dan ini akan menghakis terus tanggapan negatif mereka," jelasnya.
Beliau berkata Umno-BN akan cuba memanipulasikan lawatan kenal mesra PAS ke gereja hari ini.
"Umno akan memanipulasikan apa sahaja yang kita lakukan tetapi yang penting masyarakat sibu khususnya mereka yang berpegang kepada agama Kristian atau apa juga agama boleh bertemu secara terus dengan kita dan memahami apa yang kita bawakan.
"Sikap Umno kalau kita tak datang mereka akan katakan kita ini anti agama lain tetapi bila datang mereka akan kata kita berkrompomi atas agama Islam. Macam mana sekali sekali pun mereka tetap anggap kita ini salah," kata beliau lagi.
-SuaraKeadilan
SHAH ALAM - Kerajaan Selangor sedia menjalankan siasatan dakwaan wujud penyelewengan yang didakwa dilakukan tiga kakitangan Syarikat Kumpulan Semesta Sdn Bhd.Dalam hal ini, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berjanji mengambil tegas terhadap mereka jika terbukti kakitangan syarikat itu, terlibat dalam rasuah.Khalid sejak Pakatan Rakyat mengambil alih kerusi kuasa kerajaan negeri, bertekad membersihkan gejala rasuah yang berakar umbi sejak 50 tahun pemerintahan Umno Barisan Nasional.Ahli Parlimen Kapar, Manikavasagam sebelum ini mendedahkan wujud penyelewengan yang dibuat tiga kakitangan syarikat Kumpulan Semesta Sdn Bhd.Manikavasagam yang belum mengemuka sebarang bukti, turut meminta Khalid membersihkan amalan rasuah yang didakwa berlaku dalam syarikat terbabit.Mengulas hal ini, Khalid tidak mahu tergesa-gesa sebaliknya sedia menjalankan siasatan terlebih dahulu sebelum tindakan tegas diambil.“Kalau tahu siapa orang-orang itu, umumkan. Tapi Manikavasagam mesti berjaga-jaga ketika umumkan, siapa yang salah, siapa yang betul. Kerajaan negeri telus, kalau betul ada orang menyeleweng, tak payah buat pengumuman, terus lapor kepada polis,” katanya.Khalid sendiri menggalakkan wakil rakyat untuk membentang pada rakyat jika berlaku rasuah berikutan mereka adalah jentera menyelesaikan masalah.Pada satu dakwaan yang langsung tidak bersandarkan sebarang bukti, kononnya abang kepada Tan Sri Khalid memiliki kepentingan dalam Syarikat Semesta Sdn Bhd, Menteri Besar Selangor menafikan tohmahan itu sekeras-kerasnya.“Kalau ada orang yang dikatakan abang saya, saya tak tahulah. Boleh tangkap dia, tak boleh cakap-cakap sahaja, tangkap sahaja," katanya. -tvs