(Gambar sekadar hiasan)
[SH] LUNAS - Seorang remaja berusia 14 tahun yang sebelum ini digelar toyol ditangkap ketika cuba memasuki sebuah rumah di Taman Lobak sekitar jam 2 petang melalui bumbung. Penjenayah itu berjaya ditangkap ahli Pertubuhan Prihatin dan Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) yang kebetulan membuat rondaan di sekitar kawasan itu.
Pengerusi PPKM, Khor Eng Khim berkata, sejak beberapa bulan lalu penduduk di sekitar taman itu sering mengadu mereka sering kehilangan barang dan rumah dicerobohi tetapi tidak berjaya menangkap penjenayah berkenaan.
Selain Taman Lobak terdapat beberapa taman perumah lain berisiko terlibat dalam jenayah pecah rumah, ragut dan samun antaranya Taman Seroja. Menurutnya, tidak menafikan sehingga kini masih ada dalam kalangan penjenayah terlibat dalam kes seumpama itu berjaya melepaskan diri. PPKM bersama polis akan memantau permasalahan berlaku di sekitar taman perumahan untuk memastikan kejadian seumpama ini dapat dibanteras.
Sehingga kini, PPKM berjaya menangkap beberapa penjenayah terlibat dalam kegiatan itu dan akan terus membuat rondaan selama 24 jam bagi mencegah perlakuan jenayah seumpama ini daripada terus berlaku.
Selain itu, PPKM akan bekerjasama dengan polis membendung kegiatan ini.
Toyol spesis ini sangat banyak di Malaysia dan berada di mana-mana sahaja hatta dalam masjid. Toyol jenis ini juga senang ditangkap dan tidak memerlukan bomoh.. Hanya tenaga dan sebatang kayu. Dikenali sebagai toyol kepala hitam...haha...
Saya petik: