Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

[VIDE0] Khalid Samad Akan Saman Hasan Akidah Minggu Ini

Label:

[VIDEO] 'Juta-juta' Manusia pada Sambutan Umno 66 Tahun

Label:

Nampak sangat kelentong. 100 ribu orang sahaja......Itu pun kerana dibayar...

Budak-budak ni mana tahu politik!! Dapat duit seronoklah mereka. Boleh buat beli rokok dan minuman...

Budak sekolah  pun dijemput, kakitangan kerajaan pula  dapat surat pekeliling.
Mereka yang pergi BERSIH 3.0 semuanya atas kesedaran, bukannya dipaksa.....

Utuseks Mengaku Salah, Mohon Maaf kerana Takut Disaman?

Label:

Kah kah kah...Mengaku silap buat fitnah? Mengapa mengaku silap? Takut disaman berjuta-juta?  Mengapa memfitnah Senator Nicholas Xenophon sebagai anti-Islam? Adakah kerana berkawan dengan Anwar Ibrahim?

[VIDEO] Bolehkah Pakatan Rakyat Mengambil Alih Putrajaya

Label:

[VIDEO] Khalid Samad dedah Siapa Hasan Ali

Apa amanat Najib malam ini?

Harap-harap tiada perkataan 'haram jadah' dalam amanat PM wasatiyyah. Takut-takut perkataan tersebut disangka amanat oleh ahli umno. kah kah kah...

[FMT] PETALING JAYA: Dalam apa keadaan sekalipun Umno tidak pernah kekurangan ahli dan penyokong. Sudah tentu sambutan ke 66 parti itu di Stadium Nasional Bukit Jalil mulai hari menjadi saksi kekuatan parti itu.

Ribuan ahli akan menunggu amanat Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini. Sudah tentu ucapan perdana menteri dan presiden Umno akan menjadi azimat bekalan dalam menghadapi pilihan raya umum ke 13 yang kini menunggu detik sahaja.

Sambutan ulang tahun ke 66 ini untuk memberitahu bahawa Umno sebuah parti yang besar dengan keahlian teramai – melebihi tiga juta.

Umno bukan tidak pernah bermasalah. Parti itu pecah dua pada 1987 setelah Tengku Razaleigh Hamzah mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad bagi jawatan presiden yang kemudiannya berakhir dengan pengharaman parti itu.

Begitupun, dalam pilihan raya umum 1990, BN cuma kalah di Kelantan kepada PAS dan Sabah di tangan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Parti itu sekali lagi berpecah ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998. Kes ini memberi kesan yang sangat besar kepada Umno dan BN.

Sedia maklum bahawa jika Umno berpecah, BN akan tempang dan ini terbukti dalam siri pilihan raya umum terdahulu.

Umno menang, bukan individu

Pada pilhan raya umum lalu, Umno menerima kekalahan terbesar dalam sejarahnya apabila melepaskan Selangor, Kedah dan Perak kepada Pakatan Rakyat.

Pulau Pinang yang dipimpin Gerakan juga tumbang manakala Kelantan kekal kepada PAS sejak 1990.

Apa perlunya sambutan ulang tahun ini diadakan secara besar-besaran?

“Sambutan ini penting untuk Najib menyuntik dan meniup semangat kepada ahli dan penyokong menghadapi pilihan raya ke 13.

“Sebagai panglima perang, Najib perlu mengingatkan anak-anak buahnya supaya mengutamakan kepentingan parti dan melupakan matlamat peribadi,” kata pensyarah politik, Prof Datuk Mohd Mustafa Ishak.

“Parti (Umno) mesti menang, bukan individu,” kata beliau dari Universiti Utara Malaysia.

Mohd Mustafa menambah, ahli Umno juga perlu mempunyai `morale’ pada tahap tertinggi kerana pilihan raya 13 merupakan ibu segala pilihan raya.

“Pada tahap ini, Presiden Umno mesti menaikkan moral ahli bagi menebus kekalahan 2008,” kata beliau.

Amah Ditemui Mati Terbakar

Label:

Kesan bakar dalam stor yang terletak di sebelah rumah majikan mangsa

[SH] SUNGAI DUA, Penang - Seorang pembantu rumah warga India ditemui mati di stor simpanan barang yang terletak bersebelahan rumah majikannya semalam.

Difahamkan, hampir 90 peratus tubuh mangsa terbakar.

Jurucakap polis berkata, mangsa berusia lingkungan 20-an baru dua bulan berada di negara ini dan bekerja dengan majikan berbangsa Punjabi di Taman Pekaka dekat sini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, mangsa pertama kali datang ke negara ini menggunakan permit sah.

“Mengikut anak majikan, pada jam 9 pagi tadi (semalam), beliau mencari mangsa dan tidak menemuinya. Kemudian beliau keluar rumah dan mendapati pintu stor simpanan barang yang terletak di tepi rumah terbuka dan masuk ke dalamnya.

“Sebaik memasuki stor, anak majikannya terkejut apabila mendapati wanita itu dalam keadaan terbaring dengan 90 peratus badannya terbakar dan tidak bernyawa lagi,” katanya kepada media semalam.

Sinar Harian difahamkan, anak majikan yang terkejut dengan kejadian itu kemudian menghubungi ibu bapanya sebelum memaklumkan kepada polis.

Menurutnya, pemeriksaan polis mendapati sekotak mancis dan dua botol minyak ditemui bersebelahan mangsa.

“Kita masih menyiasat kandungan minyak yang digunakan, Bagaimanapun, kita masih menyiasat sama ada mancis dan minyak itu digunakan oleh mangsa.

“Motif kejadian masih disiasat sama ada mangsa mengalami masalah dengan majikan atau percintaan. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat,” katanya.

Sementara itu, jiran yang enggan namanya disiarkan berkata, beliau tidak mendengari sebarang jeritan atau kekecohan di stor berkenaan.

Katanya, beliau hanya menyedari mengenai kejadian itu setelah mendapati beberapa anggota polis memasuki kawasan rumah itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana kes itu masih dalam siasatan.

Beliau berkata mangsa dikenali sebagai Ratwinder Kaur.

Dicerai lepas ‘kantoi’ SMS cinta pada anak

Label:

[HM] PETALING JAYA: Hati isteri mana yang tidak remuk apabila mendapati suami kedua yang dikahwini enam tahun lalu mencintai anak tiri berusia 10 tahun.

Lebih malang, ketika mahu mendapatkan penjelasan, wanita itu dibelasah dan diceraikan dalam kejadian di kediaman mereka di Sungai Buloh, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, wanita terbabit yang berusia 46 tahun dan bekerja sebagai pembantu klinik swasta mendakwa cedera di kepala selepas dihentak suaminya sebelum diceraikan talak satu ketika mereka bertengkar mengenai hal berkenaan.

Menurut sumber, wanita berkenaan terbaca khidmat pesanan ringkas (SMS) ayat cinta yang dihantar suaminya dalam telefon bimbit anak perempuan berusia 10 tahun hasil perkahwinan pertama.

“Mangsa yang curiga dengan kandungan SMS berkenaan kemudian cuba memeriksa telefon bimbit suaminya itu untuk mendapatkan kepastian ketika lelaki itu mandi. “Malangnya, telefon bimbit suaminya itu tidak dapat diaktifkan kerana kata laluannya dikunci,” katanya.

Sumber berkata, sebaik suaminya keluar dari bilik air, mangsa terus bertanyakan soalan bertubi-tubi mengenai luahan cinta kepada anaknya menerusi SMS itu.

“Tindakan mangsa mengundang kemarahan sebelum suaminya memaki hamun mangsa sebelum mengemas pakaiannya dan menghentak kepala serta tengkuk mangsa lalu melafazkan cerai talak satu,” katanya.

Katanya, lelaki terbabit memadam semua SMS menyebabkan mangsa yang tidak berpuas hati serta bimbang dengan keselamatan anak membuat laporan di Balai Polis Sungai Pelong.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian malang menimpa wanita itu.

Hisham Rais: 'Komunis' hadir BERSIH 'komunis baik'

Label:

[MK] Jika benar terdapat 'komunis' yang menyertai perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil pada 28 April lalu, mereka penganut fahaman itu yang baik, kata ahli jawatankuasa pemandu BERSIH Hishamuddin Rais.

"Kalau kata ramai yang datang masa BERSIH ialah 'komunis'. Ok lah itu.

"Sebab mereka 'komunis' yang baik. Sebab mereka tentang penipuan yang dibuat oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Sebelum ini, bekas ketua polis negara Tun Hanif Omar mengatakan, perhimpunan "duduk bantah" itu didalangi oleh pihak yang menyebarkan ideologi komunis dan aktif sebagai peserta demonstrasi sekitar 1970-an.

Walaupun Hanif tidak menamakan sesiapa tetapi kenyataan itu dipercayai jelas merujuk kepada Hishamuddin yang terlibat dalam aktivisme pelajar sekitar 70-an dan memainkan peranan penting pada perhimpunan itu.

Selain itu, mengulas pelantikan Hanif mengetuai panel bebas bagi menyiasat dakwaan insiden kekasaran polis pada perhimpunan BERSIH 3.0, Hishamuddin berkata, Haniff tidak mempunyai kredibiliti untuk tujuan itu.

Katanya, memberikan tanggungjawab itu kepada Hanif samalah dengan melantik saudagar kroni untuk menjaga Baitulmal.

"Dia memang tak layak," katanya.

Hanif akan mengetuai enam lagi panel daripada pelbagai bidang termasuk pengamal media, pegawai kanan syarikat korporat dan ahli akademik.

Aishah Serah Borang PAS Malam Ini

Tahniah buat artis ini....

[HD] KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menerima borang keahlian ahli PAS daripada penyanyi popular bersuara lunak dan Juara Lagu 1990, Wan Aishah Wan Arifin (gambar) di Markas Tarbiah PAS Pusat Taman Melewar, Jumaat 11 Mei hari ini, jam 9.30 malam.

Menurut Ketua Penerangan PAS Batu, Ustaz Marzuki Zakaria, satu ceramah perdana "Rakyat Melangkah Ke Putrajaya" akan diadakan dan dipancarkan secara langsung melalui webtvpas di alamat http://webtv.pas.org.my saluran 1 dan 3, juga dipaparkan pada blog telukbakong.online.

Katanya, selain Tuan Guru Nik Aziz dan Wan Aishah, turut berceramah ialah bekas Menteri Kesihatan, Datuk Dr Chua Jui Meng; anak bekas TPM, Tamrin Tun Ghafar Baba dan Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat, Dr Mariah Mahmood.

Penyajak tersohor, Pyan Habib turut mendeklimasikan beberapa sajak pada majlis malam ini, ujar beliau.

Selepas solat Isyak, katanya, PAS Batu turut menganjurkan Munajat Perdana PRU13 bagi memohon pertolongan Allah SWT agar diberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum yang dijangka Jun ini.

Orang ramai sekitar lembah Klang dijemput datang beramai-ramai.

Menteri Dipenjara Kerana Bazirkan Duit Rakyat

Label:

Bagaimana pula menteri di Malaysia yang bazirkan duit rakyat?

Kenyataan BANGANG dari SPR. Sila Baca

Label:

Wow, hebatnya penangan BERSIH hingga merosakkan sistem pilihanraya!! Apa yang BERSIH telah lakukan hingga rosaknya sistem tersebut? Adakah Timbalan Pengerusi SPR tidak tahu yang sebenarnya SPR sudah rosak dengan pelbagai penyelewengan?

Saiful tuntut RM200,000

Label:

Ini bukan pasal peneroka tuntut RM200 ribu dari Felda. Ini cerita artis bertopi ini. Katanya ditipu lelaki Cina yang kaya raya itu. Kalau betul, saman sajalah seperti peneroka saman Felda...Kah kah kah...

[HM] KUALA LUMPUR: Pelawak terkenal, Saiful Apek, 43, melancarkan ‘perang’ terhadap produser, David Teo dengan mendakwa penerbit filem terkemuka terbabit gagal melunaskan pulangan pelaburan RM200,000 filem Lady Boss dan Anak Mami Kembali kepadanya selepas dia yang membintangi kedua-dua filem berkenaan melaburkan wang hasil lakonannya RM100,000 sejak 2005.

Katanya, selain isu berkenaan perkara lain dibangkitkan adalah kegagalan David menyiapkan album nyanyiannya sedangkan kontrak dimeterai setahun ditandatangani pada tahun yang sama.

Menurutnya, berikutan tidak berpuas hati dan tidak mempunyai saluran memperjuangkan haknya, dia tampil membuat kenyataan di laman sosial facebook dan twitter sehinggalah menyedari menerima kritikan hebat pengguna rangkaian sosial berkenaan.

Saiful berkata, Ahad ini jam 2 petang, dia dan lebih 50 selebriti yang mahu menuntut hak masing-masing terhadap David dengan mengadakan sidang media bersama bukti dan dokumen yang pernah ditandatangani bagi menerangkan keadaan sebenar.

Katanya, pada 2005, dia ditawarkan membintangi filem Lady Boss dan Anak Mami Kembali dengan bayaran RM100,000 sebelum wang itu dilaburkan semula dalam kedua-dua filem berkenaan. -HM

[VIDEO] Bekas Orang Kuat Parti Gerakan di Pentas PAS (8/5/2012)

[Video] Zul Nordin Persenda Kematian Ibrahim Libya

P/s: Memang kurang ajar...

Iklan 'Terlampau' Sehingga Menjilat Bibir...Gila!!

Label:

Apa perasaan anda apabila melihat iklan ini? Terpengaruh? Berbanggakah wanita ini menjadi testimoni/model? Perlukan iklan tersebut dibuat sebegitu rupa?
Bayangkan anak anda terbaca iklan ini dan bertanyakan kepada anda, "Abah, vagina tu apa?" 

Berita Ini Membuatkan Najib dan Felda Pening Kepala....

Label:

 Inikah kumpulan yang dilabel Najib sebagai 'haram jadah'?

Saya petik:
Walau dijanji RM15,000, lebih 3,000 peneroka saman Felda
[FMT] PETALING JAYA: Walaupun semua peneroka dijanji `durian runtuh’ RM15,000 sekeluarga, lebih 3,000 peneroka di Pahang membuat tuntutan saman RM483,000 seorang terhadap Felda.

Mereka ialah 1, 086 peneroka dari Jengka; 800 (Keratong); 770 (Chini), 800 (Mempaga) dan 500 (Bera), kata Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal PKR, Suhaimi Said.

Peneroka Jengka, Bera dan Mempaga memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Temerloh, manakala peneroka Chini dan Keratong di Mahkamah Tinggi Kuantan.

“Pertama, peneroka menuntut geran tanah dikembalikan setelah mereka membayar semua hutang kepada Felda. Ada yang terpaksa menunggu 10, 15 dan 20 tahun tetapi geran tanah belum dikembalikan.

“Kedua, dana tanaman semula berjumlah RM17, 000 setiap seorang peneroka, kerana ramai lagi yang tidak mendapat dana tersebut.

“Ketiga, berhubung kadar perahan gred (KPG) kerana Felda membayar tidak mengikut KPG yang menyebabkan peneroka kerugian kerana ditipu dari segi kadar sebenar.

“Sebagai contoh, mengikut pasaran KPG ialah 25 – 27 peratus tetapi Felda membayar 17-20 peratus sahaja. Kalau secara kasar 5 peratus, peneroka rugi RM1, 200 setahun.

“KPG ini sepatutnya enam tahun sahaja tetapi Felda mengambilnya sehingga 15 tahun. Ini pecah tanah,” kata Suhaimi.

Beliau berkata, tuntutan peneroka itu lebih munasabah jika kerajaan benar-benar ingin membantu peneroka.

Katanya, ia tidak boleh dibantu sekali sahaja seperti bantuan RM15, 000 sebagaimana diumumkan Datuk Seri Najib Tun Razak, Selasa lalu.

P/s: Kah kah kah.... Najib ingat dah bagi RM15 ribu kepada peneroka maka terduduk diamlah mereka. Rupanya tidak...

[VIDEO] Lihatlah Provokasi Polis ini

Label:

Syabas kepada team MediaPerak

Pemimpin BN Gila Meroyan Kerana Lelaki DAP ini...

Label:

Saya petik:

Pemimpin BN menyelar pengguguran Tunku Aziz oleh DAP

[TMI] KUALA LUMPUR, 10 Mei — Pengguguran Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim sebagai anggota Dewan Negara hanya kerana mengkritik penganjuran demonstrasi jalanan baru-baru ini jelas menunjukkan parti itu tidak mampu melaksanakan demokrasi dan kebebasan bersuara tulen seperti yang dilaung-laungkannya selama ini.

Ketua Pergerakan Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, tindakan yang dikenakan terhadap Tunku Abdul Aziz kerana dianggap telah memalukan parti, menunjukkan DAP tidak dapat menerima pandangan berbeza ahlinya walaupun atas dasar pandangan peribadi, dan bukannya mewakili parti.

“Parti yang katanya memperjuangkan demokrasi dan kebebasan bersuara tanpa batasan memperlihatkan bahawa mereka sebenarnya tidak pun mampu melaksanakan apa yang mereka perjuangkan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Tunku Abdul Aziz menimbulkan kekecohan dalam DAP baru-baru ini bila beliau berkata perhimpunan 28 April di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur berkemungkinan mencetuskan kekacauan, yang memang pun berlaku pada hari itu, selepas peserta perhimpunan melanggar halangan polis di Dataran Merdeka. Ini menyebabkan pihak berkuasa terpaksa bertindak menghalang mereka.

Setiausaha agung Pemuda MCA Datuk Chai Kim Sen menyifatkan tindakan itu sebagai bukti jelas parti itu hanya mengamalkan kebebasan bersuara dalam lengkongan parti saja.

“Jika anggota parti tidak dibenarkan menyatakan kebenaran dalam parti, bagaimana anda hendak harapkan mereka bercakap jujur di khalayak,” kata beliau.

Sependapat dengan beliau, Pengerusi Pemuda MCA Wilayah Persekutuan Senator Chiew Lian Keng menyifatkan tindakan parti itu serupa dengan Adolf Hitler, yang cuba menyekat semua bentuk pandangan berbeza dalam parti.

“Sebaik saja seseorang anggota menyatakan sesuatu yang bertentangan dengan pendirian parti, DAP akan menyekatnya keluar, tetapi bila seseorang pemimpin menyatakan sesuatu yang berlainan, DAP akan mengutuk kenyataan itu dan menolaknya sebagai pandangan peribadi anggota berkenaan.

“Semua ini menonjolkan hakikat bahawa DAP tidak mampu membenarkan sebarang tindak laku yang ‘mengatasi sesuatu’, dan Tunku Aziz tidak terkecuali,” kata beliau. — Bernama
P/s: Prihatinnya puak-puak ni....Tunku Aziz bukannya dipecat cuma tidak disambung pekhidmatannya. Sepertu juga Sharizat Jalil, dia bukan berhenti tetapi tidak disambung perkhidmatannya....Bingai...

Artis Ini Bakal Nikah Lelaki Perancis 6 Jun Depan

Label:

Saya petik:
[mStar] KUALA LUMPUR: Penyanyi Nurul Wahab tidak melihat kelainan budaya antara beliau dengan bakal suami iaitu Eric Daniel Depp sebagai satu halangan untuk mereka mengecap bahagia.

Nurul berkata, dia menerima Eric seorang warganegara Perancis kerana ketulusan dan kriteria yang diinginkan daripada lelaki berusia 47 tahun itu.

"Saya tidak meletakkan bangsa atau warna kulit dalam memilih seorang lelaki sebagai calon suami tetapi memandang kepada ketulusan dan ciri-ciri yang saya cari.

"Eric juga seorang yang faham mengenai budaya, agama Islam dan sentiasa hormat budaya kita di Malaysia. Soal itu langsung tidak pernah menjadi masalah kepada saya," ujarnya kepada mStar Online pada Rabu.

Nurul ditemui selepas melancarkan album mini terbarunya di sini.

Tambah Nurul, dia tidak perlu risau mengenai soal budaya atau tanggungjawab bakal suaminya itu kerana sifat-sifat yang diinginkan daripada seorang lelaki ada pada Eric.

Nurul memberitahu, pengalaman Eric selama 10 tahun tinggal di Asia telah banyak mengajarnya mengenai budaya dan cara kehidupan masyarakat di sini.

"Aspek budaya atau tanggungjawab tidak menjadi isu kerana apa yang penting saya perlu memainkan peranan dalam soal kerohaniannya sebagai mualaf.

"Tanggungjawab saya sebenarnya yang lebih besar dalam memastikan bakal suami faham mengenai agama Islam dengan lebih baik," ujarnya.

Pasangan itu bakal bernikah pada 6 Jun depan di Duchess Palace dekat sini pada pukul 11 pagi.

Kira-kira 200 tetamu bakal dijemput pada hari bahagianya itu yang dibuat secara kecil-kecilan.

Dalam pada itu, Nurul memberitahu, Eric telah memeluk Islam sejak 13 Februari lalu dan tindakkannya itu telah meyakinkan bahawa lelaki tersebut sesuai untuknya.

Nurul juga tidak pernah menyangka akan bertemu dengan Eric dan seterusnya mengambil keputusan untuk berkahwin selepas lima tahun menjanda.

"Saya telah mengenalinya pada September 2010 dan kami mula serius pada Januari 2011. Sepanjang dua tahun pengenalan kami dia seorang lelaki yang baik dan memahami diri saya dan sentiasa senang bersama dengannya," katanya.

Sementara itu, ditanya kenapa dia sering mengelak apabila ditanya mengenai lelaki sebelum ini, Nurul berkata, dia tidak mahu menjadikan kehidupan peribadinya sebagai satu 'perniagaan' sepertimana dilakukan sebelum ini.

Dia juga banyak belajar daripada pengalaman lalu dan tidak lagi bersedia untuk berkongsi kisah peribadi melainkan perkara penting seperti pengumuman perkahwinan.

"Cukuplah dulu selagi ada kisah dipaparkan dalam akhbar malah hubungan peribadi itu menjadi perniagaan. Bukan mengelak tetapi saya sudah banyak belajar daripada pengalaman lalu," katanya.

Bercerita lanjut mengenai bakal suaminya itu, Nurul berkata Eric adalah seorang duda tetapi tidak mempunyai cahaya mata dan bekerja sebagai konsultan dan jurulatih kesihatan.

Katanya, pihak media hanya akan mengenali Eric pada hari pernikahan nanti kerana bakal suaminya itu merasakan dirinya bukanlah seorang artis.

"Dia bukan sombong tetapi malu nak jumpa orang apatah lagi saya ni seorang artis. Dia rasa tak sesuai untuk berada di sini," katanya.

Dalam perkembangan sama, Nurul memberitahu sebanyak enam individu telah sudi untuk menaja perkahwinannya nanti iaitu Rizman Ruzaini, Bon Zainal, Jakel, Zaha Weeding Planner, Deqsha dan Duchess Place.

Bagaimanapun dia tidak akan mengadakan sebarang majlis resepsi sebaliknya keluarga pihak lelaki akan meraikan perkahwinan mereka dalam sebuah majlis di Bali, Indonesia pada 14 Jun depan.

Kecoh Pasal Video Ini Semalam. Apa kata Polis?

Label:

Saya petik:
[BH] KUALA LUMPUR: Polis sudah mengambil tindakan ke atas wanita (gambar) yang didapati menumbuk, menampar serta menendang bayinya yang mula dimuatnaik di laman sosial facebook, twitter selain disiarkan pengendali blog, tengah hari semalam.

Rakaman empat minit 19 saat itu memaparkan tindakan kejam wanita berusia 20-an, memukul bayi perempuan yang sedang menangis di katil sambil dirakam seorang wanita lain.

Rakaman itu turut memaparkan tindakan wanita berkenaan yang menyepak kepala bayinya di depan beberapa kanak-kanak lain.
Polis Bukit Aman menerima lebih 500 aduan orang ramai yang kebanyakannya kesal dengan tindakan wanita terbabit, selain prihatin dengan nasib yang menimpa bayi berkenaan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam laman facebooknya semalam, menjelaskan hasil pemeriksaan yang dijalankan, kes itu berlaku di Petaling Jaya pada 29 Mei tahun lalu dan wanita terbabit sudah ditahan polis pada hari yang sama.

Wanita terbabit kini menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula pada tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sementara itu, laman sosial YouTube sudah menarik balik rakaman video kes penderaan itu kira-kira jam 6 petang semalam.
Difahamkan, polis sedang mengesan individu yang bertanggungjawab merakam dan menyebarkan rakaman berkenaan bagi membantu siasatan.

Jutaan Penyimpan Tabung Haji Menagih Penjelasan Mengenai Surat Ini

Label:

-selatanonline.net

PELIK!! Individu Anti BERSIH menjadi Ketua Panel Siasatan

Label:

Pelik tapi benar. Itulah realiti yang berlaku di Malaysia. Orang yang memandang negatif terhadap perhimpunan BERSIH 3.0 diangkat menjadi ketua panel siasatan bebas untuk menyiasat perhimpunan tersebut. 

Tun Hanif Omar pada hujung bulan lalu mendakwa bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 didalangi oleh pihak menyebarkan ideologi komunis. Sila baca di sini.

Jadi, adakah anda harapkan suatu keputusan yang adil daripada panel tersebut? Pastinya anda sudah tahu akan jawapannya. 

Adakah kerajaan umno BN ketandusan individu yang berkelayakan untuk mengetuai panel tersebut? Apa motif kerajaan melantik Tun Hanif. Apakah Suhakam sudah tidak memihak kepada kerajaan sehingga diwujudkan panel tersebut?

[VIDEO] Najib, Selamat Datang ke Perancis!!

Label:

PM Wasatiyyah Hambur Perkataan "HARAM JADAH" di depan Peneroka.

Label:

Saya petik:
[HD] KUALA LUMPUR: Di kala ada yang kononnya 'tersandar' selepas mendengar pengumuman durian runtuh oleh Perdana Menteri, namun ada juga yang terkejut dengan 'bahasa kesat' yang digunakan Datuk Seri Najib dalam ucapannya semalam.

Najib dalam ucapannya di Majlis Peneroka Bersama Perdana Menteri di Felda Jengka 8, Pahang semalam dengan nada tegas dua kali mengulangi perkataan 'haram jadah'.

Beliau dipercayai menujukan kata-kata itu kepada pihak yang menentang penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia.

Menurut Presiden Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, kenyataan itu tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang yang bergelar perdana menteri.

"Tak sangka perdana menteri yang dilihat bapa kepada rakyat, tetapi mengeluarkan kata-kata kesat kepada rakyat sendiri," katanya.

Yang menjadi persoalan kata Mazlan, apa yang menyebabkan Najib begitu marah sehingga sanggup mengeluarkan perkataan seperti itu.

"Perkataan ini jarang orang guna kecuali dalam keadaan terlalu marah.

"Dengan pengumuman durian runtuh itu, perdana menteri sepatutnya gembira kerana bakal mendapat sokongan dari peneroka. Tapi kenapa sampai perlu menyumpah haram jadah," soalnya lagi.

Mazlan berkata, sepanjang pemerhatiannya dalam media arus perdana dari malam tadi dan hari ini, tiada pun media yang melaporkan kenyataan yang dikeluarkan Najib itu.

Bagaimanapun ujarnya, rakyat semalam dapat melihat dan mendengar dengan jelas ucapan Najib itu yang disirkan secara langsung melalui televisyen.

 P/s: Mungkin PM Najib Wasatiyyah terikut-ikut dengan budak-budak umno di bawah...

[WAJIB TONTON] Video Anti Bersih 3.0 & Anti Ambiga

Label:

kah kah kah....Santai malam...

Masih Ingat Cerita Air Ajaib Keluar Dari Bumbung Rumah? Ini Cerita Terbaru

Label:

Saya petik:

[SH] BATU PAHAT – Kewujudan ‘air ajaib’ dari bumbung sebuah rumah di Taman Budiman, Parit Raja di sini yang dikatakan memiliki keistimewaan boleh menyembuhkan penyakit akhirnya terbukti hanya air paip biasa sahaja

Perkara ini didedahkan sendiri pemilik rumah setelah kediamannya diserbu Bahagian Penguat Kuasa Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat, kira-kira jam 11.30 pagi semalam.

Dia mengaku air yang mengalir dari bumbung rumahnya itu tidak mempunyai keistimewaan, tetapi berpunca akibat daripada paip bocor.

Ketua Operasi, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, ser­buan dilakukan pihaknya ke atas rumah tersebut setelah menerima aduan masya­rakat setempat selain bimbang akidah penduduk akan terpesong.

Menurutnya, serbuan berkenaan dilakukan sembilan anggota termasuk pegawai dan turut disertai Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Johor.

“Bagi mengelakkan akidah masyarakat terus terpesong berikutan percaya kepada perkara tidak berasas, kami bertindak menyerbu premis berkenaan hari ini (semalam).

“Kes berkenaan disiasat me­ngikut Seksyen 6 (b) Enakmen Kesalahan Syariah Johor 1997,” katanya.

Saiful Ariffin berkata, ketika serbuan dilakukan, terdapat beberapa individu sedang menadah air dipercayai untuk dijadikan ubat.

Menurutnya, hasil keterangan pemilik kediaman, saluran paip bocor menyebabkan air keluar mencurah dari atas bumbung.

“Kesan daripada kebocoran ini, air tidak berhenti mengalir, malah bil air melambung sehingga mencecah RM300 sebulan.

“Dia juga berharap ada pihak yang dapat menyelesaikan isu kebocoran yang berlaku di kediamannya itu,” katanya.

Saiful Ariffin menasihati orang ramai supaya jangan mudah terpe­ngaruh dengan perkara tidak munasabah dan perlu menyiasat terlebih dahulu kesahihan sebelum mempercayainya.

Sebelum itu, pada 23 Mac lalu Sinar Harian menyiarkan tentang pemilik rumah ini yang mengakui ramai orang datang ke rumahnya untuk mengambil air ajaib tersebut yang dikatakan dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

P/s: Mudahnya Melayu melakukan dosa besar iaitu perbuatan syirik kepada Allah. Percaya kepada sesuatu yang boleh memberi kuasa penyembuh selain Allah adalah syirik...Alahai Melayu... Yang sambut Valentine's day pun Melayu, yang sambut Deparaya pun Melayu....Apa jenis Melayu mereka ini?

Maklumat Bocor!! Parlimen Bubar 14 Mei

Label:

Ini maklumat baru yang Addin terima dari seorang sahabat, ustaz nih merupakan Exco DPPN. Mula-mulanya dia sms tetapi untuk lebih memastikan kesahihan maklumat nih, Addin telah telefon beliau. Menurut maklumat beliau, maklumat nih memang sahih telah di berikan oleh sumber dalaman dari Badan Perhubungan United Malays National Organisation (Umno) Negeri sendiri. Menurutnya juga, United Malays National Organisation (Umno) juga telah bermesyuarat dan maklumat nih telah disebarkan kepada semua ahlinya. Bilik gerakan mereka juga telah beroperasi.

Menurut maklumat tersebut, Parlimen akan di bubar pada 14 Mei nih dan tarikh penamaan calon pula pada 26 Mei. Tarikh pembuangan undi PRU 13 nih pada 8 Jun 2012. 8 Jun tuh jatuh hari Jumaat.. agak pelik jugak tetapi ianya tidak mustahil.

Jikalau betul dan sahih maklumat nih, kepada semua jentera pilihanraya Pakatan Rakyat perlu bersiap siaga dari sekarang, masa untuk kita tumbangkan United Malays National Organisation (Umno) dan kuncu-kuncunya telah tiba...
Sumber:  http://addin77.blogspot.com

[PANAS] Skandal Shafie-Zahida: Bakal Meletup 15 Mei Ini

Label:

Saya petik:
[KD] KUALA LUMPUR 9 Mei: Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, saksi utama skandal Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dengan pelakon terkenal, Zahida Rafik akan dibawa kepada media, Selasa depan.

“Kami (KEADILAN) akan tampilkan saksi utama, Noor Azman Azemi, 38, bekas pemandu peribadi Zahida kepada media minggu depan.

“Selepas itu, laporan akan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat wang sejumlah RM1.5 juta yang diberi Shafie kepada beliau,” katanya kepada Keadilan Daily.

Ahli Parlimen Ampang itu berkata, bukti-bukti baru juga akan terus didedahkan, walaupun Zahida bertindak membawa kes itu ke mahkamah.

“Saya ingin tegaskan, bukan Zahida yang menjadi sasaran, tetapi sumber RM1.5 juta dari Shafie yang dipersoalkan,” tegasnya.

18 April lalu, Zuraida mendedahkan Shafie memberikan hampir RM1.5 juta kepada Zahida dalam tempoh empat bulan.

Transaksi itu berlaku pada Oktober 2011 iaitu RM36,000 dan RM26,000, November 2011 (RM118,000), Disember (RM333,000) dan Januari 2012 (RM510,000)

Beliau turut mendedahkan Zahida mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series, Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM4 juta.

Pada 3 Mac lalu, akhbar melaporkan Zahida kerugian RM200,000 dilarikan pemandunya selepas diarah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya.

Pelakon kacukan Melayu-Pakistan itu turut menjadi bahan bualan di laman blog beberapa tahun lalu apabila digosipkan berkahwin dengan Shafie di luar negara.

Berita berkaitan klik di sini.

Peneroka patut dapat RM50,000 bukan RM15,000

Saya petik:
[KD] KUALA LUMPUR 9 Mei: Peneroka Felda sepatutnya menerima ganjaran RM50,000 bukannya RM15,000 seperti diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Rafizi Ramli.

Pengarah Strategi KEADILAN itu berkata, berdasarkan prospektus penyenaraian, dana yang akan dikutip Felda selepas penyenaraian berjumlah RM5.6 bilion dan ia adalah hak 112,635 keluarga peneroka Felda di seluruh negara.

“Namun, hanya 30 peratus (RM15,000 setiap keluarga) dari dana yang dikutip diagihkan kepada peneroka dan ia berjumlah RM1.689 bilion. Najib mestilah memperincikan bagaimanakah baki RM3.942 bilion akan dibelanjakan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Rafizi, jumlah RM5.6 bilion itu diperoleh melalui penjualan 59 peratus pegangan sedia ada Felda dalam Felda Global Venture (FGV) berjumlah 1.2 bilion unit saham. Manakala FGV pula akan turut menerbitkan saham baru berjumlah hampir 1 bilion unit.

Katanya, terbitan saham Felda dan FVG berjumlah lebih dua bilion unit itu bernilai RM4.65 sesaham.

Jelas beliau, proses penyenaraian dibuat kerana tanah seluas 840,603 ekar yang diusahakan Felda Plantatians Sdn Bhd dipajakkan kepada FGV yang memberi nilaian besar kepada penyenaraian.

“Tanpa tanah yang diambil oleh Felda atas nama peneroka ini, penyenaraian FGV akan gagal,” katanya menjelaskan kajian dibuat berdasarkan analisa pasaran untuk menentukan prestasi FGV dan harga saham apabila disenaraikan.

Justeru, beliau mencabar Najib untuk mengumumkan agihan RM50,000 kepada setiap keluarga peneroka Felda, berbanding RM15,000.

“Ini bukanlah kali pertama Datuk Seri Najib Razak berpura-pura mendahulukan rakyat. Sedangkan di belakang beliau dan suku sakat mengaut keuntungan besar dengan menggunakan nama rakyat,” tegas Rafizi.

Misteri 'Lelaki Topi Jerami' di BERSIH 3.0 Terjawab

Label:

Seorang guru disambut sebagai seorang hero di sekolah ekoran tindakannya  ketika perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu yang mencetus sensasi di laman video Youtube dan laman sosial Facebook.

Toh Chin Hong, 27, bagaimanapun tidak begitu menghiraukan populariti yang diraih.

"Fokus pada 28 April tidak boleh hanya pada satu orang. Ia akan menjejaskan tujuan utama kita iaitu penambahbaikan pilihan raya.

"Kita mesti ingat. Jika kita lupa, seluruh perhimpunan itu tidak bermakna," kata guru kimia itu dalam wawancara dengan
Malaysiakini.

Dalam perhimpunan itu, Toh dikejar oleh pasukan keselamatan yang bertindak ke atas kumpulan peserta perhimpunan di satu jalan di luar stesen LRT Masjid Jamek.

Beliau yang kepenatan akibat dikejar polis FRU kemudian duduk bersila di jalan berkenaan, bertentangan dengan barisan pasukan tersebut.

NONE
Tindakannya itu yang dirakam lensa kamera, mendapat sambutan liar di Internet apabila gambar beliau dalam keadaan diselubungi asap gas pemedih mata dikongsi lebih 1,500 pengguna Facebook, selain 160,000 tontonan video di YouTube.

"Memandangkan mereka (polis) tidak membenarkan saya duduk di Dataran Merdeka, saya duduk di hadapan mereka," katanya yang digelar 'Lelaki Topi Jerami' oleh para peminatnya.
-Malaysiakini 

Kontraktor Mengaku Guna DUIT RASUAH Beli Lembu Untuk Majlis Maulidur Rasul

Label:

Saya petik:
[SH] KUANTAN - Seorang kontraktor dan peniaga yang mengaku bersalah atas tuduhan menerima suapan berhubung kontrak perkhidmatan pembersihan di Kampung Tok Kaya Kiri, Kemaman Terengganu, pada Mei 2009 memberitahu mahkamah bahawa wang RM5,000 yang diperoleh itu digunakan untuk membantu masyarakat dan bukan untuk kepentingan diri sendiri.

Tertuduh, Ramli Abdullah, 45 dari Kampung Semayor dan rakannya, Alias Hamzah, 35 dari Kampung Baru, Kemasek, Kemaman, Terengganu melalui peguam mereka memberitahu, wang itu digunakan untuk mengisi tabung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah dalam Dun Kemasik bagi tujuan membeli pakaian dan kasut sekolah untuk pelajar miskin.

Mereka juga memberitahu, wang itu juga digunakan untuk membeli lembu dan disumbangkan sempena sambutan Maulidur Rasul.

Atas alasan itu, tertuduh merayu agar hukuman paling minima dikenakan ke atas mereka, tambahan pula kesalahan itu kali pertama dilakukan malah pengakuan bersalah yang dibuat menjimatkan masa dan wang mahkamah.

Mengambil kira segala pertimbangan sewajarnya, Hakim Fathiyah Idris mengarahkan kedua-dua tertuduh dihukum penjara sehari dan didenda RM25,000 atau 25 bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut.

Kedua-dua tertuduh sebelum ini mengaku tidak bersalah ketika sebuatan pertama kes tersebut dalam mahkamah sama, 15 Februari lalu sebelum dibebaskan dengan ikat jamin RM3,000 setiap seorang.

Berdasarkan kertas pertuduhan , kedua-dua tertuduh didakwa menerima sekeping cek bernilai RM5,000 daripada seorang kontraktor, Ahmad Mizani Mohd melalui Arman Alias.

Cek atas nama Ramli Abdullah itu sebagai dorongan kononnya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemasik, Ir. Rosli Othman tidak mengguna pengaruhnya untuk membatalkan kontrak yang diperolehi Syarikat Cekap Sekitar Sdn. Bhd. daripada Majlis Perbandaran Kemaman.

Kontrak membabitkan perkhidmatan mengangkut sampah, membersih longkang, memotong rumput, menyapu jalan dan kerja-kerja berkaitan Zon R di Kampung Tok Kaya Kiri, Kemaman, Terengganu serta kawasan sekitarnya.

Kedua-dua mereka dituduh dengan niat bersama melakukan kesalahan itu di sebuah bilik, Impana Hotels & Resort ,Kilometer 32 Jalan Kuantan-Kemaman dekat sini kira-kira jam 9.45 malam, 30 Mei 2009. Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun atau denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang paling tinggi.

P/s: Kah kah kah...Memang jahil agama mereka ini. Nak jadi zorro pulak...Rompak duit rakyat untuk tolong rakyat!! Sah perangai lebih teruk dari lembu!!

Bekas Ahli Parlimen Pasir Puteh Meninggal Dunia

Saya petik:
[HD] PASIR PUTEH: Mantan anggota parlimen (MP) Pasir Puteh penggal 1999-2004, Ustaz Alwi Jusoh, 63 meninggal dunia di rumahnya jam 1.55 pagi tadi akibat serangan angin ahmar sejak tiga tahun lalu.

Keadaan kesihatan tambah serius beberapa minggu lalu akibat terjatuh di rumahnya.

Allahyarham juga bekas Adun Gaal penggal 1995-1999 dan merupakan bekas Yang Dipertua PAS Pasir Puteh selama 10 tahun bermula 1995. Bagaimanapun disebabkan keuzuran beliau tidak lagi aktif dalam politik.

Sebelum terbabit secara langsung dalam politik beliau pernah berkhidmat di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Perdana Menteri dan pernah menjadi imam di Masjid Negara.

Bagaimanapun Allahyarham meletak jawatan kerana khidmat dan tenaga lebih diperlukan di Kelantan.

Setiausaha Penerangan PAS Pasir Puteh, Abdul Shakur Sharrie memberitahu jenazahnya akan disembahyangkan di Masjid Abrar, Banggol Kerian bersebelahan rumahnya kira-kira jam 10.30 pagi ini. Jenazahnya akan dikebumikan di Kampung Surau.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Mariam Junoh dan 10 anak. Anak sulungnya Zaiem, seorang pendidik kini bertugas di Tanah Merah.

Yang Dipertua PAS Pasir Puteh, Dr Nik Mazian Nik Mohamad berkata, kematian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada PAS Pasir Puteh memandangkan jasa dan khidmat beliau sebelum ini begitu besar sekali.

“Arwah seorang pemimpin yang istiqomah, mudah mesra dan senang didekati. Sepanjang kepimpinannya PAS Pasir Puteh terus berkembang sehingga berjaya memilik bangunan sendiri di tengah-tengah bandar ini,” katanya.

Sehubungan itu beliau merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berharap mereka bersabar menghadapi segala dugaan dalam menusuri arus perjuangan mendaulatkan Islam. Al Fatihah

40 558 Pengundi Diragui Status Disahkan oleh JPN

Label:

Rekod 40 558 Pengundi Statusnya Diragui Disahkan JPN

[BERNAMA] PUTRAJAYA: Nama sejumlah 40,558 pengundi, yang status mereka dalam Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini diragui, disahkan wujud dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam berkata, sehubungan itu, SPR akan terus mengekalkan nama dalam senarai Daftar Pemilih Induk.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan itu dikeluarkan selepas mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Teknikal dan Mengenai Daftar Pengundi antara kementerian, SPR, JPN dan Jabatan Peguam Negara di sini Selasa.

"Dalam usaha untuk mengemas kini Daftar Pemilih SPR, pihak SPR telah mempamerkan kesemua Daftar Pemilih berkenaan selama empat bulan untuk disemak.

"Hasil daripada semakan tersebut, sebanyak 1,496 rekod telah dikemas kini melalui laporan kematian dan sebahagiannya telah menukar kad pengenalan lama kepada MyKad," kata Mahmood.

Sebelum ini, sejumlah 42,054 nama dalam Daftar Pemilih yang diragui telah dibangkitkan oleh pihak tertentu dan didengar dalam sesi pendengaran awam dihadapan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

Empat Suspek Culik Kanak-kanak Ini Ditahan Polis, Rampas RM100 Ribu

Label:

Saya petik:
[SH] KUALA LUMPUR - Polis menahan tiga lelaki dan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kes penculikan kanak-kanak lelaki warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar, pada 27 April lepas.

Menurut sumber polis, suspek yang berusia antara 30-an dan 50-an itu ditangkap dalam operasi berasingan di Perak dan Cheras, Selangor, sejak Ahad
hingga awal pagi ini.

"Polis menemui semula lebih RM100,000 iaitu sebahagian daripada wang tebusan yang dibayar oleh bapa Nayati (Sham Moodliar) dan ibunya (Janice Smith)," kata
sumber itu.

Anggota polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bersama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur yang melakukan tangkapan itu turut merampas
peralatan seperti komputer riba dan telefon bimbit yang dipercayai digunakan suspek untuk tujuan rundingan dan meminta wang tebusan daripada ibu bapa Nayati.

Sumber itu berkata polis menunggu kepulangan keluarga Nayati yang dilaporkan sedang bercuti bagi membolehkan kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun itu membuat pengecaman terhadap suspek-suspek berkenaan.

Nayati, yang diculik ketika berjalan kaki berseorangan ke Sekolah Antarabangsa Mont' Kiara dekat rumahnya di sini, ditemui selamat di kawasan
Rehat dan Rawat Sungai Buloh, Lebuhraya Utara Selatan pada 7.55 pagi, 3 Mei lepas.

Difahamkan seorang lagi suspek yang disyaki terlibat dalam penculikan itu sedang diburu polis dan dipercayai masih berada di sekitar ibu negara.

Sumber itu tidak menolak kemungkinan polis akan memberkas suspek dalam masa terdekat berdasarkan beberapa maklumat yang diperoleh hasil risikan polis. - Bernama

[VIDEO] PAS Sudah Tergelincir: Hasan Akidah

Bukti PRU13 Semakin Hampir

Label:

Rakyat Malaysia sudah cerdik. Mereka sudah dapat menghidu bau   pilihanraya ke-13 apabila pihak kerajaan mula menyajikan kepada mereka cerita yang menggambarkan umno BN sahajalah yang terbaik untuk rakyat. Bukti berikut adalah perkara lumrah apabila sesuatu pilhanraya akan di adakan:
1. PM wasatiyyah dan menteri sudah mula menjelajah seluruh Malaysia untuk mendekati rakyat dengan menabur janji yang semanis-manisnya kepada mereka.
2. Media kawalan umno seperti TV3 sudah mula menerbitkan rancangan yang menggambarkan kejayaaan umno di negeri-negeri yang diperintah mereka.
3. Media kawalan umno BN yang menjadi "lidah hitam" umno seperti utusan sudah mula menyerang pemimpin Pakatan Rakyat dengan cerita-cerita seks yang direka cipta pihak tertentu. Lihatlah apa yang berlaku kepada Yb Azmin Ali. Jangan terkejut akan ada nanti cerita-cerita seks pemimpin Pakatan yang lain pula.
4. Keluarnya 'panglima perang' seperti Zahrain Hashim, Zulkifli Noordin, Ezam Mohd Noor, Umi Hafilda dan yang seangkatan dengannya sebagai 'penyedap' terhadap cerita-cerita yang disensasikan.
5. Akan ada banyak laporan kepada SPRM yang dibuat oleh NGO (kononnya) tentang penyelewengan Kerajaan Pakatan Rakyat. Terbaru laporan mengenai penyelewangan air di Kelantan.

Apa tunggu lagi! Sebarkan maklumat kepada rakyat. Jangan biarkan Malaysia diperintah oleh pemimpin yang korup, pentingkan kroni, dan rendah moralnya...
[VIDE0] Khalid Samad Akan Saman Hasan Akidah Minggu Ini
Sabtu, Mei 12, 2012 | Author: Tuk Kiyai
[VIDEO] 'Juta-juta' Manusia pada Sambutan Umno 66 Tahun
Sabtu, Mei 12, 2012 | Author: Tuk Kiyai

Nampak sangat kelentong. 100 ribu orang sahaja......Itu pun kerana dibayar...

Budak-budak ni mana tahu politik!! Dapat duit seronoklah mereka. Boleh buat beli rokok dan minuman...

Budak sekolah  pun dijemput, kakitangan kerajaan pula  dapat surat pekeliling.
Mereka yang pergi BERSIH 3.0 semuanya atas kesedaran, bukannya dipaksa.....
Utuseks Mengaku Salah, Mohon Maaf kerana Takut Disaman?
Sabtu, Mei 12, 2012 | Author: Tuk Kiyai

Kah kah kah...Mengaku silap buat fitnah? Mengapa mengaku silap? Takut disaman berjuta-juta?  Mengapa memfitnah Senator Nicholas Xenophon sebagai anti-Islam? Adakah kerana berkawan dengan Anwar Ibrahim?
[VIDEO] Bolehkah Pakatan Rakyat Mengambil Alih Putrajaya
Sabtu, Mei 12, 2012 | Author: Tuk Kiyai
[VIDEO] Khalid Samad dedah Siapa Hasan Ali
Jumaat, Mei 11, 2012 | Author: Tuk Kiyai
Apa amanat Najib malam ini?
Jumaat, Mei 11, 2012 | Author: Tuk Kiyai
Harap-harap tiada perkataan 'haram jadah' dalam amanat PM wasatiyyah. Takut-takut perkataan tersebut disangka amanat oleh ahli umno. kah kah kah...

[FMT] PETALING JAYA: Dalam apa keadaan sekalipun Umno tidak pernah kekurangan ahli dan penyokong. Sudah tentu sambutan ke 66 parti itu di Stadium Nasional Bukit Jalil mulai hari menjadi saksi kekuatan parti itu.

Ribuan ahli akan menunggu amanat Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini. Sudah tentu ucapan perdana menteri dan presiden Umno akan menjadi azimat bekalan dalam menghadapi pilihan raya umum ke 13 yang kini menunggu detik sahaja.

Sambutan ulang tahun ke 66 ini untuk memberitahu bahawa Umno sebuah parti yang besar dengan keahlian teramai – melebihi tiga juta.

Umno bukan tidak pernah bermasalah. Parti itu pecah dua pada 1987 setelah Tengku Razaleigh Hamzah mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad bagi jawatan presiden yang kemudiannya berakhir dengan pengharaman parti itu.

Begitupun, dalam pilihan raya umum 1990, BN cuma kalah di Kelantan kepada PAS dan Sabah di tangan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Parti itu sekali lagi berpecah ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998. Kes ini memberi kesan yang sangat besar kepada Umno dan BN.

Sedia maklum bahawa jika Umno berpecah, BN akan tempang dan ini terbukti dalam siri pilihan raya umum terdahulu.

Umno menang, bukan individu

Pada pilhan raya umum lalu, Umno menerima kekalahan terbesar dalam sejarahnya apabila melepaskan Selangor, Kedah dan Perak kepada Pakatan Rakyat.

Pulau Pinang yang dipimpin Gerakan juga tumbang manakala Kelantan kekal kepada PAS sejak 1990.

Apa perlunya sambutan ulang tahun ini diadakan secara besar-besaran?

“Sambutan ini penting untuk Najib menyuntik dan meniup semangat kepada ahli dan penyokong menghadapi pilihan raya ke 13.

“Sebagai panglima perang, Najib perlu mengingatkan anak-anak buahnya supaya mengutamakan kepentingan parti dan melupakan matlamat peribadi,” kata pensyarah politik, Prof Datuk Mohd Mustafa Ishak.

“Parti (Umno) mesti menang, bukan individu,” kata beliau dari Universiti Utara Malaysia.

Mohd Mustafa menambah, ahli Umno juga perlu mempunyai `morale’ pada tahap tertinggi kerana pilihan raya 13 merupakan ibu segala pilihan raya.

“Pada tahap ini, Presiden Umno mesti menaikkan moral ahli bagi menebus kekalahan 2008,” kata beliau.
Amah Ditemui Mati Terbakar
Jumaat, Mei 11, 2012 | Author: Tuk Kiyai
Kesan bakar dalam stor yang terletak di sebelah rumah majikan mangsa

[SH] SUNGAI DUA, Penang - Seorang pembantu rumah warga India ditemui mati di stor simpanan barang yang terletak bersebelahan rumah majikannya semalam.

Difahamkan, hampir 90 peratus tubuh mangsa terbakar.

Jurucakap polis berkata, mangsa berusia lingkungan 20-an baru dua bulan berada di negara ini dan bekerja dengan majikan berbangsa Punjabi di Taman Pekaka dekat sini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, mangsa pertama kali datang ke negara ini menggunakan permit sah.

“Mengikut anak majikan, pada jam 9 pagi tadi (semalam), beliau mencari mangsa dan tidak menemuinya. Kemudian beliau keluar rumah dan mendapati pintu stor simpanan barang yang terletak di tepi rumah terbuka dan masuk ke dalamnya.

“Sebaik memasuki stor, anak majikannya terkejut apabila mendapati wanita itu dalam keadaan terbaring dengan 90 peratus badannya terbakar dan tidak bernyawa lagi,” katanya kepada media semalam.

Sinar Harian difahamkan, anak majikan yang terkejut dengan kejadian itu kemudian menghubungi ibu bapanya sebelum memaklumkan kepada polis.

Menurutnya, pemeriksaan polis mendapati sekotak mancis dan dua botol minyak ditemui bersebelahan mangsa.

“Kita masih menyiasat kandungan minyak yang digunakan, Bagaimanapun, kita masih menyiasat sama ada mancis dan minyak itu digunakan oleh mangsa.

“Motif kejadian masih disiasat sama ada mangsa mengalami masalah dengan majikan atau percintaan. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat,” katanya.

Sementara itu, jiran yang enggan namanya disiarkan berkata, beliau tidak mendengari sebarang jeritan atau kekecohan di stor berkenaan.

Katanya, beliau hanya menyedari mengenai kejadian itu setelah mendapati beberapa anggota polis memasuki kawasan rumah itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana kes itu masih dalam siasatan.

Beliau berkata mangsa dikenali sebagai Ratwinder Kaur.
Dicerai lepas ‘kantoi’ SMS cinta pada anak
Jumaat, Mei 11, 2012 | Author: Tuk Kiyai
[HM] PETALING JAYA: Hati isteri mana yang tidak remuk apabila mendapati suami kedua yang dikahwini enam tahun lalu mencintai anak tiri berusia 10 tahun.

Lebih malang, ketika mahu mendapatkan penjelasan, wanita itu dibelasah dan diceraikan dalam kejadian di kediaman mereka di Sungai Buloh, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, wanita terbabit yang berusia 46 tahun dan bekerja sebagai pembantu klinik swasta mendakwa cedera di kepala selepas dihentak suaminya sebelum diceraikan talak satu ketika mereka bertengkar mengenai hal berkenaan.

Menurut sumber, wanita berkenaan terbaca khidmat pesanan ringkas (SMS) ayat cinta yang dihantar suaminya dalam telefon bimbit anak perempuan berusia 10 tahun hasil perkahwinan pertama.

“Mangsa yang curiga dengan kandungan SMS berkenaan kemudian cuba memeriksa telefon bimbit suaminya itu untuk mendapatkan kepastian ketika lelaki itu mandi. “Malangnya, telefon bimbit suaminya itu tidak dapat diaktifkan kerana kata laluannya dikunci,” katanya.

Sumber berkata, sebaik suaminya keluar dari bilik air, mangsa terus bertanyakan soalan bertubi-tubi mengenai luahan cinta kepada anaknya menerusi SMS itu.

“Tindakan mangsa mengundang kemarahan sebelum suaminya memaki hamun mangsa sebelum mengemas pakaiannya dan menghentak kepala serta tengkuk mangsa lalu melafazkan cerai talak satu,” katanya.

Katanya, lelaki terbabit memadam semua SMS menyebabkan mangsa yang tidak berpuas hati serta bimbang dengan keselamatan anak membuat laporan di Balai Polis Sungai Pelong.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian malang menimpa wanita itu.
Hisham Rais: 'Komunis' hadir BERSIH 'komunis baik'
Jumaat, Mei 11, 2012 | Author: Tuk Kiyai
[MK] Jika benar terdapat 'komunis' yang menyertai perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil pada 28 April lalu, mereka penganut fahaman itu yang baik, kata ahli jawatankuasa pemandu BERSIH Hishamuddin Rais.

"Kalau kata ramai yang datang masa BERSIH ialah 'komunis'. Ok lah itu.

"Sebab mereka 'komunis' yang baik. Sebab mereka tentang penipuan yang dibuat oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Sebelum ini, bekas ketua polis negara Tun Hanif Omar mengatakan, perhimpunan "duduk bantah" itu didalangi oleh pihak yang menyebarkan ideologi komunis dan aktif sebagai peserta demonstrasi sekitar 1970-an.

Walaupun Hanif tidak menamakan sesiapa tetapi kenyataan itu dipercayai jelas merujuk kepada Hishamuddin yang terlibat dalam aktivisme pelajar sekitar 70-an dan memainkan peranan penting pada perhimpunan itu.

Selain itu, mengulas pelantikan Hanif mengetuai panel bebas bagi menyiasat dakwaan insiden kekasaran polis pada perhimpunan BERSIH 3.0, Hishamuddin berkata, Haniff tidak mempunyai kredibiliti untuk tujuan itu.

Katanya, memberikan tanggungjawab itu kepada Hanif samalah dengan melantik saudagar kroni untuk menjaga Baitulmal.

"Dia memang tak layak," katanya.

Hanif akan mengetuai enam lagi panel daripada pelbagai bidang termasuk pengamal media, pegawai kanan syarikat korporat dan ahli akademik.
Aishah Serah Borang PAS Malam Ini
Jumaat, Mei 11, 2012 | Author: Tuk Kiyai

Tahniah buat artis ini....

[HD] KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menerima borang keahlian ahli PAS daripada penyanyi popular bersuara lunak dan Juara Lagu 1990, Wan Aishah Wan Arifin (gambar) di Markas Tarbiah PAS Pusat Taman Melewar, Jumaat 11 Mei hari ini, jam 9.30 malam.

Menurut Ketua Penerangan PAS Batu, Ustaz Marzuki Zakaria, satu ceramah perdana "Rakyat Melangkah Ke Putrajaya" akan diadakan dan dipancarkan secara langsung melalui webtvpas di alamat http://webtv.pas.org.my saluran 1 dan 3, juga dipaparkan pada blog telukbakong.online.

Katanya, selain Tuan Guru Nik Aziz dan Wan Aishah, turut berceramah ialah bekas Menteri Kesihatan, Datuk Dr Chua Jui Meng; anak bekas TPM, Tamrin Tun Ghafar Baba dan Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat, Dr Mariah Mahmood.

Penyajak tersohor, Pyan Habib turut mendeklimasikan beberapa sajak pada majlis malam ini, ujar beliau.

Selepas solat Isyak, katanya, PAS Batu turut menganjurkan Munajat Perdana PRU13 bagi memohon pertolongan Allah SWT agar diberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum yang dijangka Jun ini.

Orang ramai sekitar lembah Klang dijemput datang beramai-ramai.
Menteri Dipenjara Kerana Bazirkan Duit Rakyat
Jumaat, Mei 11, 2012 | Author: Tuk Kiyai
Bagaimana pula menteri di Malaysia yang bazirkan duit rakyat?
Kenyataan BANGANG dari SPR. Sila Baca
Jumaat, Mei 11, 2012 | Author: Tuk Kiyai

Wow, hebatnya penangan BERSIH hingga merosakkan sistem pilihanraya!! Apa yang BERSIH telah lakukan hingga rosaknya sistem tersebut? Adakah Timbalan Pengerusi SPR tidak tahu yang sebenarnya SPR sudah rosak dengan pelbagai penyelewengan?
Saiful tuntut RM200,000
Jumaat, Mei 11, 2012 | Author: Tuk Kiyai

Ini bukan pasal peneroka tuntut RM200 ribu dari Felda. Ini cerita artis bertopi ini. Katanya ditipu lelaki Cina yang kaya raya itu. Kalau betul, saman sajalah seperti peneroka saman Felda...Kah kah kah...

[HM] KUALA LUMPUR: Pelawak terkenal, Saiful Apek, 43, melancarkan ‘perang’ terhadap produser, David Teo dengan mendakwa penerbit filem terkemuka terbabit gagal melunaskan pulangan pelaburan RM200,000 filem Lady Boss dan Anak Mami Kembali kepadanya selepas dia yang membintangi kedua-dua filem berkenaan melaburkan wang hasil lakonannya RM100,000 sejak 2005.

Katanya, selain isu berkenaan perkara lain dibangkitkan adalah kegagalan David menyiapkan album nyanyiannya sedangkan kontrak dimeterai setahun ditandatangani pada tahun yang sama.

Menurutnya, berikutan tidak berpuas hati dan tidak mempunyai saluran memperjuangkan haknya, dia tampil membuat kenyataan di laman sosial facebook dan twitter sehinggalah menyedari menerima kritikan hebat pengguna rangkaian sosial berkenaan.

Saiful berkata, Ahad ini jam 2 petang, dia dan lebih 50 selebriti yang mahu menuntut hak masing-masing terhadap David dengan mengadakan sidang media bersama bukti dan dokumen yang pernah ditandatangani bagi menerangkan keadaan sebenar.

Katanya, pada 2005, dia ditawarkan membintangi filem Lady Boss dan Anak Mami Kembali dengan bayaran RM100,000 sebelum wang itu dilaburkan semula dalam kedua-dua filem berkenaan. -HM
[VIDEO] Bekas Orang Kuat Parti Gerakan di Pentas PAS (8/5/2012)
Khamis, Mei 10, 2012 | Author: Tuk Kiyai
[Video] Zul Nordin Persenda Kematian Ibrahim Libya
Khamis, Mei 10, 2012 | Author: Tuk Kiyai

P/s: Memang kurang ajar...
Iklan 'Terlampau' Sehingga Menjilat Bibir...Gila!!
Khamis, Mei 10, 2012 | Author: Tuk Kiyai

Apa perasaan anda apabila melihat iklan ini? Terpengaruh? Berbanggakah wanita ini menjadi testimoni/model? Perlukan iklan tersebut dibuat sebegitu rupa?
Bayangkan anak anda terbaca iklan ini dan bertanyakan kepada anda, "Abah, vagina tu apa?" 
Berita Ini Membuatkan Najib dan Felda Pening Kepala....
Khamis, Mei 10, 2012 | Author: Tuk Kiyai
 Inikah kumpulan yang dilabel Najib sebagai 'haram jadah'?

Saya petik:
Walau dijanji RM15,000, lebih 3,000 peneroka saman Felda
[FMT] PETALING JAYA: Walaupun semua peneroka dijanji `durian runtuh’ RM15,000 sekeluarga, lebih 3,000 peneroka di Pahang membuat tuntutan saman RM483,000 seorang terhadap Felda.

Mereka ialah 1, 086 peneroka dari Jengka; 800 (Keratong); 770 (Chini), 800 (Mempaga) dan 500 (Bera), kata Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal PKR, Suhaimi Said.

Peneroka Jengka, Bera dan Mempaga memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Temerloh, manakala peneroka Chini dan Keratong di Mahkamah Tinggi Kuantan.

“Pertama, peneroka menuntut geran tanah dikembalikan setelah mereka membayar semua hutang kepada Felda. Ada yang terpaksa menunggu 10, 15 dan 20 tahun tetapi geran tanah belum dikembalikan.

“Kedua, dana tanaman semula berjumlah RM17, 000 setiap seorang peneroka, kerana ramai lagi yang tidak mendapat dana tersebut.

“Ketiga, berhubung kadar perahan gred (KPG) kerana Felda membayar tidak mengikut KPG yang menyebabkan peneroka kerugian kerana ditipu dari segi kadar sebenar.

“Sebagai contoh, mengikut pasaran KPG ialah 25 – 27 peratus tetapi Felda membayar 17-20 peratus sahaja. Kalau secara kasar 5 peratus, peneroka rugi RM1, 200 setahun.

“KPG ini sepatutnya enam tahun sahaja tetapi Felda mengambilnya sehingga 15 tahun. Ini pecah tanah,” kata Suhaimi.

Beliau berkata, tuntutan peneroka itu lebih munasabah jika kerajaan benar-benar ingin membantu peneroka.

Katanya, ia tidak boleh dibantu sekali sahaja seperti bantuan RM15, 000 sebagaimana diumumkan Datuk Seri Najib Tun Razak, Selasa lalu.

P/s: Kah kah kah.... Najib ingat dah bagi RM15 ribu kepada peneroka maka terduduk diamlah mereka. Rupanya tidak...
[VIDEO] Lihatlah Provokasi Polis ini
Khamis, Mei 10, 2012 | Author: Tuk Kiyai

Syabas kepada team MediaPerak
Pemimpin BN Gila Meroyan Kerana Lelaki DAP ini...
Khamis, Mei 10, 2012 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:

Pemimpin BN menyelar pengguguran Tunku Aziz oleh DAP

[TMI] KUALA LUMPUR, 10 Mei — Pengguguran Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim sebagai anggota Dewan Negara hanya kerana mengkritik penganjuran demonstrasi jalanan baru-baru ini jelas menunjukkan parti itu tidak mampu melaksanakan demokrasi dan kebebasan bersuara tulen seperti yang dilaung-laungkannya selama ini.

Ketua Pergerakan Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, tindakan yang dikenakan terhadap Tunku Abdul Aziz kerana dianggap telah memalukan parti, menunjukkan DAP tidak dapat menerima pandangan berbeza ahlinya walaupun atas dasar pandangan peribadi, dan bukannya mewakili parti.

“Parti yang katanya memperjuangkan demokrasi dan kebebasan bersuara tanpa batasan memperlihatkan bahawa mereka sebenarnya tidak pun mampu melaksanakan apa yang mereka perjuangkan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Tunku Abdul Aziz menimbulkan kekecohan dalam DAP baru-baru ini bila beliau berkata perhimpunan 28 April di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur berkemungkinan mencetuskan kekacauan, yang memang pun berlaku pada hari itu, selepas peserta perhimpunan melanggar halangan polis di Dataran Merdeka. Ini menyebabkan pihak berkuasa terpaksa bertindak menghalang mereka.

Setiausaha agung Pemuda MCA Datuk Chai Kim Sen menyifatkan tindakan itu sebagai bukti jelas parti itu hanya mengamalkan kebebasan bersuara dalam lengkongan parti saja.

“Jika anggota parti tidak dibenarkan menyatakan kebenaran dalam parti, bagaimana anda hendak harapkan mereka bercakap jujur di khalayak,” kata beliau.

Sependapat dengan beliau, Pengerusi Pemuda MCA Wilayah Persekutuan Senator Chiew Lian Keng menyifatkan tindakan parti itu serupa dengan Adolf Hitler, yang cuba menyekat semua bentuk pandangan berbeza dalam parti.

“Sebaik saja seseorang anggota menyatakan sesuatu yang bertentangan dengan pendirian parti, DAP akan menyekatnya keluar, tetapi bila seseorang pemimpin menyatakan sesuatu yang berlainan, DAP akan mengutuk kenyataan itu dan menolaknya sebagai pandangan peribadi anggota berkenaan.

“Semua ini menonjolkan hakikat bahawa DAP tidak mampu membenarkan sebarang tindak laku yang ‘mengatasi sesuatu’, dan Tunku Aziz tidak terkecuali,” kata beliau. — Bernama
P/s: Prihatinnya puak-puak ni....Tunku Aziz bukannya dipecat cuma tidak disambung pekhidmatannya. Sepertu juga Sharizat Jalil, dia bukan berhenti tetapi tidak disambung perkhidmatannya....Bingai...
Artis Ini Bakal Nikah Lelaki Perancis 6 Jun Depan
Khamis, Mei 10, 2012 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:
[mStar] KUALA LUMPUR: Penyanyi Nurul Wahab tidak melihat kelainan budaya antara beliau dengan bakal suami iaitu Eric Daniel Depp sebagai satu halangan untuk mereka mengecap bahagia.

Nurul berkata, dia menerima Eric seorang warganegara Perancis kerana ketulusan dan kriteria yang diinginkan daripada lelaki berusia 47 tahun itu.

"Saya tidak meletakkan bangsa atau warna kulit dalam memilih seorang lelaki sebagai calon suami tetapi memandang kepada ketulusan dan ciri-ciri yang saya cari.

"Eric juga seorang yang faham mengenai budaya, agama Islam dan sentiasa hormat budaya kita di Malaysia. Soal itu langsung tidak pernah menjadi masalah kepada saya," ujarnya kepada mStar Online pada Rabu.

Nurul ditemui selepas melancarkan album mini terbarunya di sini.

Tambah Nurul, dia tidak perlu risau mengenai soal budaya atau tanggungjawab bakal suaminya itu kerana sifat-sifat yang diinginkan daripada seorang lelaki ada pada Eric.

Nurul memberitahu, pengalaman Eric selama 10 tahun tinggal di Asia telah banyak mengajarnya mengenai budaya dan cara kehidupan masyarakat di sini.

"Aspek budaya atau tanggungjawab tidak menjadi isu kerana apa yang penting saya perlu memainkan peranan dalam soal kerohaniannya sebagai mualaf.

"Tanggungjawab saya sebenarnya yang lebih besar dalam memastikan bakal suami faham mengenai agama Islam dengan lebih baik," ujarnya.

Pasangan itu bakal bernikah pada 6 Jun depan di Duchess Palace dekat sini pada pukul 11 pagi.

Kira-kira 200 tetamu bakal dijemput pada hari bahagianya itu yang dibuat secara kecil-kecilan.

Dalam pada itu, Nurul memberitahu, Eric telah memeluk Islam sejak 13 Februari lalu dan tindakkannya itu telah meyakinkan bahawa lelaki tersebut sesuai untuknya.

Nurul juga tidak pernah menyangka akan bertemu dengan Eric dan seterusnya mengambil keputusan untuk berkahwin selepas lima tahun menjanda.

"Saya telah mengenalinya pada September 2010 dan kami mula serius pada Januari 2011. Sepanjang dua tahun pengenalan kami dia seorang lelaki yang baik dan memahami diri saya dan sentiasa senang bersama dengannya," katanya.

Sementara itu, ditanya kenapa dia sering mengelak apabila ditanya mengenai lelaki sebelum ini, Nurul berkata, dia tidak mahu menjadikan kehidupan peribadinya sebagai satu 'perniagaan' sepertimana dilakukan sebelum ini.

Dia juga banyak belajar daripada pengalaman lalu dan tidak lagi bersedia untuk berkongsi kisah peribadi melainkan perkara penting seperti pengumuman perkahwinan.

"Cukuplah dulu selagi ada kisah dipaparkan dalam akhbar malah hubungan peribadi itu menjadi perniagaan. Bukan mengelak tetapi saya sudah banyak belajar daripada pengalaman lalu," katanya.

Bercerita lanjut mengenai bakal suaminya itu, Nurul berkata Eric adalah seorang duda tetapi tidak mempunyai cahaya mata dan bekerja sebagai konsultan dan jurulatih kesihatan.

Katanya, pihak media hanya akan mengenali Eric pada hari pernikahan nanti kerana bakal suaminya itu merasakan dirinya bukanlah seorang artis.

"Dia bukan sombong tetapi malu nak jumpa orang apatah lagi saya ni seorang artis. Dia rasa tak sesuai untuk berada di sini," katanya.

Dalam perkembangan sama, Nurul memberitahu sebanyak enam individu telah sudi untuk menaja perkahwinannya nanti iaitu Rizman Ruzaini, Bon Zainal, Jakel, Zaha Weeding Planner, Deqsha dan Duchess Place.

Bagaimanapun dia tidak akan mengadakan sebarang majlis resepsi sebaliknya keluarga pihak lelaki akan meraikan perkahwinan mereka dalam sebuah majlis di Bali, Indonesia pada 14 Jun depan.
Kecoh Pasal Video Ini Semalam. Apa kata Polis?
Khamis, Mei 10, 2012 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:
[BH] KUALA LUMPUR: Polis sudah mengambil tindakan ke atas wanita (gambar) yang didapati menumbuk, menampar serta menendang bayinya yang mula dimuatnaik di laman sosial facebook, twitter selain disiarkan pengendali blog, tengah hari semalam.

Rakaman empat minit 19 saat itu memaparkan tindakan kejam wanita berusia 20-an, memukul bayi perempuan yang sedang menangis di katil sambil dirakam seorang wanita lain.

Rakaman itu turut memaparkan tindakan wanita berkenaan yang menyepak kepala bayinya di depan beberapa kanak-kanak lain.
Polis Bukit Aman menerima lebih 500 aduan orang ramai yang kebanyakannya kesal dengan tindakan wanita terbabit, selain prihatin dengan nasib yang menimpa bayi berkenaan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam laman facebooknya semalam, menjelaskan hasil pemeriksaan yang dijalankan, kes itu berlaku di Petaling Jaya pada 29 Mei tahun lalu dan wanita terbabit sudah ditahan polis pada hari yang sama.

Wanita terbabit kini menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula pada tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sementara itu, laman sosial YouTube sudah menarik balik rakaman video kes penderaan itu kira-kira jam 6 petang semalam.
Difahamkan, polis sedang mengesan individu yang bertanggungjawab merakam dan menyebarkan rakaman berkenaan bagi membantu siasatan.

-selatanonline.net
PELIK!! Individu Anti BERSIH menjadi Ketua Panel Siasatan
Khamis, Mei 10, 2012 | Author: Tuk Kiyai

Pelik tapi benar. Itulah realiti yang berlaku di Malaysia. Orang yang memandang negatif terhadap perhimpunan BERSIH 3.0 diangkat menjadi ketua panel siasatan bebas untuk menyiasat perhimpunan tersebut. 

Tun Hanif Omar pada hujung bulan lalu mendakwa bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 didalangi oleh pihak menyebarkan ideologi komunis. Sila baca di sini.

Jadi, adakah anda harapkan suatu keputusan yang adil daripada panel tersebut? Pastinya anda sudah tahu akan jawapannya. 

Adakah kerajaan umno BN ketandusan individu yang berkelayakan untuk mengetuai panel tersebut? Apa motif kerajaan melantik Tun Hanif. Apakah Suhakam sudah tidak memihak kepada kerajaan sehingga diwujudkan panel tersebut?

[VIDEO] Najib, Selamat Datang ke Perancis!!
Khamis, Mei 10, 2012 | Author: Tuk Kiyai

Saya petik:
[HD] KUALA LUMPUR: Di kala ada yang kononnya 'tersandar' selepas mendengar pengumuman durian runtuh oleh Perdana Menteri, namun ada juga yang terkejut dengan 'bahasa kesat' yang digunakan Datuk Seri Najib dalam ucapannya semalam.

Najib dalam ucapannya di Majlis Peneroka Bersama Perdana Menteri di Felda Jengka 8, Pahang semalam dengan nada tegas dua kali mengulangi perkataan 'haram jadah'.

Beliau dipercayai menujukan kata-kata itu kepada pihak yang menentang penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia.

Menurut Presiden Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, kenyataan itu tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang yang bergelar perdana menteri.

"Tak sangka perdana menteri yang dilihat bapa kepada rakyat, tetapi mengeluarkan kata-kata kesat kepada rakyat sendiri," katanya.

Yang menjadi persoalan kata Mazlan, apa yang menyebabkan Najib begitu marah sehingga sanggup mengeluarkan perkataan seperti itu.

"Perkataan ini jarang orang guna kecuali dalam keadaan terlalu marah.

"Dengan pengumuman durian runtuh itu, perdana menteri sepatutnya gembira kerana bakal mendapat sokongan dari peneroka. Tapi kenapa sampai perlu menyumpah haram jadah," soalnya lagi.

Mazlan berkata, sepanjang pemerhatiannya dalam media arus perdana dari malam tadi dan hari ini, tiada pun media yang melaporkan kenyataan yang dikeluarkan Najib itu.

Bagaimanapun ujarnya, rakyat semalam dapat melihat dan mendengar dengan jelas ucapan Najib itu yang disirkan secara langsung melalui televisyen.

 P/s: Mungkin PM Najib Wasatiyyah terikut-ikut dengan budak-budak umno di bawah...

[WAJIB TONTON] Video Anti Bersih 3.0 & Anti Ambiga
Rabu, Mei 09, 2012 | Author: Tuk Kiyai