Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA
Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI
Sembang & Pesanan
JOHOR BAHRU - Selepas lebih 10 hari penemuan mayat seorang gadis yang dibunuh sebelum mayatnya dikerat dan dibakar dalam sebuah ladang kelapa sawit, seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam.
D Kalaiselvan, 46, dituduh membunuh Nur Rahayu Qomarodin, 16, di ladang tersebut di Sungai Masai, Jalan Masai-Kong Kong, Masai di sini, antara jam 2.30 pagi hingga 2.50 pagi, 18 Jun lalu.
Tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Hafizah Johor Arif Johor terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Seksyen berkenaan membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Iskandar Ahmad manakala lelaki itu tidak diwakili peguam.
Sementara keluarga gadis malang berkenaan diwakili peguam, Khairul Azwad Sariman yang bertindak sebagai pemerhati.
Mahkamah menetapkan kes disebut semula pada 20 September depan untuk mendapatkan laporan kimia dan bedah siasat sebelum dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Kisah pembunuhan Nur Rahayu sedikit mengejutkan, bermula dengan laporan kehilangan remaja itu oleh ibu bapanya pada 18 Jun lalu hinggalah mayatnya ditemui dalam keadaan menyedihkan.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Nur Rahayu dipercayai dibunuh sebelum mayatnya dikerat dan dibakar di dua lokasi berasingan.
Ketika dijumpai, mayatnya hanya tinggal cebisan rambut, baju dan selipar di tanah perkuburan Hindu di Masai.
Berhubung kes itu polis kemudian menahan seorang pengawal keselamatan berusia 46 tahun yang bertugas di kuari tempat bapa mangsa mengusahakan kantin. -SH
BEBERAPA keping salinan gambar menunjukkan kelakuan buruk seorang guru di Batu Caves, Selangor.
KUALA LUMPUR – “Cikgu membisikkan perkataan kotor di telinga saya dan bertindak menyelak baju sehingga butang tercabut.” Demikian catatan seorang murid perempuan di sebuah sekolah rendah di Batu Caves dekat sini yang mendakwa diganggu secara seksual dan kerap dimaki oleh seorang guru lelaki sejak kira-kira dua tahun lalu. Selain itu, guru berkenaan didakwa berkelakuan pelik apabila kerap menampar dan menendang kaki murid-murid lelaki dan perempuan di sekolah tersebut sesuka hati tanpa sebarang sebab.
Seorang bapa kepada salah seorang mangsa, Hairul Jasry Jamaluddin, 30, mendakwa, anaknya risau setiap kali hendak ke sekolah sejak akhir-akhir ini ekoran perbuatan guru tersebut. “Saya telah buat aduan kepada pihak sekolah setelah membaca catatan pada nota anak saya. “Bagaimanapun, saya kurang puas hati kerana pihak sekolah tidak mengambil tindakan dan saya kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak dua hari lalu,” katanya di pejabat Kosmo! di sini semalam.
Seorang lagi bapa, Sujari Hassan, 42, mendakwa, anaknya telah beberapa kali mengadu tentang kelakuan guru tersebut sejak tiga bulan lalu. “Saya terkejut apabila dimaklumkan oleh anak saya bahawa guru itu menyelak kain dan cuba memegang kemaluannya di hadapan rakan yang lain,” katanya. Seorang lagi pengadu, Mohd. Safee Soefjan, 47, berkata, beberapa guru di sekolah itu mengakui sikap pelik guru terbabit dan mereka turut mempunyai bukti termasuk catatan beberapa mangsa. -kosmo
P/s: Pihak sekolah perlu mengambil perhatian serius dengan kes seperti ini. Tindakan segera perlu diambil sebelum berlaku kes yang tidak diingini kepada murid.

Saya petik:
[KD] AMPANG: Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, daftar pemilih Suruhan Pilihan Raya (SPR) mengandungi lebih 1000 senarai pengundi berusia lebih 100 tahun membuktikan pentingnya reformasi sistem pilihan raya yang kotor.
Zuraida berkata disebabkan itu, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menuntut kerajaan melaksanakan pilihan raya yang adil- antaranya menuntut pembersihan daftar undi.
“Jelas terbukti perlunya berlaku reformasi dalam sistem pilihan raya. Jika kita lihat kepada umur pengundi yang begitu mudah ditangani pun menjadi kelemahan SPR, apatah lagi dengan perkara lain?”, katanya yang sebelum ini melancarkan OPS IC bagi menangani pengundi hantu.
Pada masa sama, Zuraida berkata KEADILAN juga akan mengumpulkan semua maklumat pengundi yang mencurigakan dan akan melambakkan laporan kepada SPR.
Semalam, Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN yang juga ahli parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye menimbulkan dakwaan itu pada sidang akhbarnya di Ipoh.
Bersamanya Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) yang juga ADUN Simpang Pulai, Chan Ming Kai, Lee membekalkan dokumen bagi menyokong hujahnya itu.
Menurutnya, di Perak sahaja terdapat 1,607 pengundi yang berumur melebihi 100 tahun dikesan dalam daftar pemilih SPR yang telah disahkan.
Pendedahan mengenai senarai kewujudan pengundi yang meragukan itu kini didedahkan secara meluas sejak 7 Julai lalu, dua hari sebelum berlangsungnya perhimpunan Bersih 2.0.
Keraguan status dan identiti mereka disebar secara meluas di internet seperti blog, termasuk laman sosial seperti Facebook dan Twitter.
Antara dikesan pengundi yang dikesan berumur 132 tahun bernama Wong Seng, yang lahir pada 1879 dan memegang kad pengenalan bernombor 1448642. Nama itu didaftarkan mengundi di kawasan DUN Malim Nawar dan parlimen Kampar.
Saya petik:
[HD] KUALA LUMPUR, 15 Julai: Biarpun dilihat seolah-olah lari dari isu Bersih 2.0 sehingga ke luar negara, kehadiran Datuk Seri Najib Razak di United Kingdom hari ini bagaimanapun tetap 'dikejar' gelombang kuning.
Puluhan penunjuk perasaan yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan juga asing berkumpul di Mansion House di London sejam sebelum ketibaan Perdana Menteri Malaysia itu yang dijadual mengadakan pertemuan dengan tokoh perniagaan Britain.
Mereka memakai baju kuning, dan membawa poster serta sepanduk mengutuk tindakan kerajaan Malaysia menangani peserta himpunan Bersih 2.0 di ibu negara 9 Julai lalu yang berhimpun secara aman menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya.
Dalam tulisan yang terpapar pada sepanduk yang dibawa itu, mereka juga mendesak Najib supaya membebaskan segera enam tahanan Parti Sosialis (PSM) yang dinamakan sebagai "EO6" yang ditahan mengikut Ordinan Darurat.
Daripada gambar-gambar yang disebar di internet, Najib dilihat sempat menoleh ke arah kumpulan penunjuk perasaan itu yang hanya berjarak kira-kira 50 meter dari tempat turun kereta yang dinaikinya.
Sebuah van dan dua anggota polis juga dilihat berkawal di hadapan peserta himpunan itu.
Saya petik:
[HM] JOHOR BAHRU: Impian wanita berusia 41 tahun berkahwin dengan ‘pucuk muda’ yang juga seorang warga asing bertukar mimpi ngeri apabila dikurung serta didera termasuk ditikam sepanjang lima bulan berada di kediaman keluarga lelaki itu di Amman, Jordan.
Mangsa, Ngooi Sew Lan, berkata, lelaki berusia 25 tahun itu mendakwa dirinya anak hartawan ketika berkenalan melalui laman sosial ‘Tagged’ awal Januari tahun ini. “Saya berkenalan dengan lelaki dikenali sebagai Hamada ketika bertugas sebagai pengurus restoran di London, United Kingdom (UK).
“Saya mula menjalin hubungan cinta kerana tertarik dengannya. Kami serasi bersembang menggunakan Bahasa Inggeris dan Cina serta mendakwa dirinya ahli perniagaan,” katanya di sini, semalam.
Menurut Ngooi, dia kemudian bersetuju mengikuti Hamada ke Jordan untuk bertemu keluarga lelaki terbabit sambil melancong di sana.
Pada masa sama, dakwa Ngooi, Hamada meminjam RM48,000 daripadanya dengan alasan mahu meluaskan empayar perniagaan ke China.
“Pada mulanya, Hamada bersikap romantik tetapi tiba-tiba berubah seperti orang kurang siuman selain begitu obses terhadap saya.
“Bukan setakat dibelasah, malah dia pernah menikam belakang badan saya ketika berada di rumah keluarganya di Amman menyebabkan saya kehilangan banyak darah,” katanya.
Ngooi mendakwa, ketika itu dia tidak dapat menghubungi sesiapa untuk bantuan kerana sentiasa dikawal Hamada serta keluarganya dan barangan peribadinya termasuk pasport turut disimpan lelaki itu.
“Selepas ditikam dan dihantar ke hospital, saya menghubungi kakak di Malaysia bagi mendapatkan bantuan, 12 Jun lalu.
“Doktor memaklumkan saya bernasib baik kerana cepat dihantar ke hospital, jika tidak saya boleh kehilangan nyawa akibat cedera parah,” katanya.
Menurut Ngooi, tindakan kakaknya meminta bantuan pihak berkuasa negara ini dan Jordan membolehkan dia terlepas kawalan Hamada serta pulang ke negara ini dengan selamat.
Justeru, dia mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa Jordan yang menyelamatkannya selain menasihati golongan wanita tidak terpedaya dengan helah lelaki terutama dikenali menerusi Internet.
Bagaimanapun, kata Ngooi, Hamada masih menghubungi dan meminta dia menerimanya sebagai kekasih selain mendakwa tidak boleh hidup tanpa dirinya.
“Saya fobia masih diganggu Hamada, namun saya tidak akan memenuhi permintaannya untuk kembali bersama sebagai pasangan kekasih,” katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stulang, Mok Chek Hou berkata, dia menerima panggilan telefon kakak mangsa, Bong Yeng Phong, 42, memaklumkan situasi menimpa Ngooi lalu menghubungi Kementerian Luar dan Kedutaan Malaysia di Jordan.
Menurut Mok, tindakan pantas pihak berkuasa dengan bantuan polis Jordan membebaskan Ngooi pada 30 Jun lalu sebelum dibawa pulang ke negara ini.

Najib bersama Menteri Pengangkutan Britain Philip Hammond sedang melawat stesen keretapi di London
Lihatlah warna tali lehernya
Lihatlah warna tali lehernya
Saya petik:
[HD] KOTA BHARU, 14 Julai: Pada 29 Jun 2009 Hakim Mahkamah Pilihan Raya, Datuk Hasan Lah mengakui keterangan beberapa saksi pempetisyen ‘ada orang lain yang mengundi menggunakan nama dua pemilih berdaftar’.
Biar pun kes tersebut ditolak, namun beliau berpuas hati terhadap hujah ada orang lain yang mengundi menggunakan nama Yusof Harun dan Zainab Mat Jusoh pada pilihan raya kecil Dun Pengkalan Pasir, Disember 2008.
Menurutnya mahkamah tidak dapat membuat kesimpulan bagaimana perkara itu boleh berlaku.
Sebelumnya pada 4 Januari 2009 PAS mengemukakan petisyen bagi mencabar keputusan pilihan raya kecil Dun Pengkalan Pasir, 6 Disember 2008 ekoran wujud dakwaan beberapa penyelewengan.
Pada pilihan raya kecil tersebut calon BN, Hanafi Mamat mengatasi calon PAS, Hanifa Ahmad dan calon Bebas, Datuk Ibrahim Ali dengan kelebihan 134 undi.
Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2008 Hanafi yang juga Ketua Umno Pasir Mas gagal mempertahankan kerusinya apabila tewas majoriti 2,348 undi kepada Hanifa.
Anehnya sehingga sekarang mengapa Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalan pengerusi, Datuk Wan Ahmad Wan Omar asyik menafikan kewujudan pengundi berganda.
Malah mereka bermati-matian mempertahankan senarai daftar pemilih dikeluarkan SPR dianggapnya bersih dan tidak pernah wujud pengundi hantu.
Perkara itu juga pernah dipertahankan bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman sehingga mendakwa pembangkang mencipta perkara tidak wujud.
Mampukah mereka menolak hujah yang dikemukakan di mahkamah apabila ada pengundi yang datang mahu membuang pulang hampa kerana ada pihak lain sudah membuang undi menggunakan nama dan kad pengenalannya.
Isu inilah yang diperjuangkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).
Pada pilihan raya umum lalu juga ditemui seorang lelaki memiliki beberapa keping kad pengenalan yang pulang untuk membuang undi di Dun Bukit Panau dan Gual Ipoh di Tanah Merah...

[MK] Seorang pegawai kastam memberitahu inkues yang menyiasat punca kematian timbalan ketua pengarah Kastam Selangor Allahyarham Mohd Sarbaini Mohamad bahawa beliau dipukul ketika ditahan bersama rakannya itu.
"Pada hari sebelum saya dibebaskan, saya sakit dan terpaksa dibawa ke klinik.
"Sebelum saya dihantar ke lokap, sepatutnya kenyataan saya dicetak. Dalam perjalanan, saya dipukul dari belakang. Ada seseorang yang memukul kepala saya. Saya tidak dapat melihat siapa atau tidak tahu mengapa saya dipukul,” kata Abdul Rahim Abdul Kadir (kiri).
Rahim, adalah saksi ke-24 yang dipanggil oleh inkues itu yang diketuai oleh majistret Aizatul Akmal Maharani yang bertindak sebagai koroner.
Katanya, beliau merasakan kesakitan yang menucuk di kepalanya selepas itu. Namun beliau tidak diberi rawatan berhubung kecderaannya itu.
Inkues yang masuk hari kesembilan ini adalah untuk menentukan punca kematian Sarbaini yang jumpai tidak bernyawa di gelanggang badminton tingkat lima di bangunan Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur pada 6 April 6 lalu selepas didakwa terjatuh.
Sarbaini ditahan bersama Rahim, 41, pada 1April ketika operasi membanteras gejala rasuah di kalangan pegawai kastam dan kargo yang dinamakan Operasi 3B.
Pegawai kastam kanan itu dilaporkan ke pejabat SPRM pada 6 April lalu bagi menukar pengakuan yang dibuatnya pada 4 April.

[MK] Beberapa peserta perhimpunan BERSIH menggesa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyiasat dakwaan keganasan polis yang dialami mereka semasa perhimpunan itu Sabtu lalu.
Diketua ahli jawatankuasa pemandu BERSIh 2.0, Maria Chin Abdullah, kira-kira 30 peserta menyerahkan memorandum kepada timbalan pengerusi Suhakam, Datuk Dr Khaw Lake Tee di ibupejabat suruhanjaya itu di Kuala Lumpur hari ini.
Sebelum menyerahkan memorandum tersebut, empat peserta mengimbas kembali pengalaman traumatik mereka dengan pihak polis pada hari berkenaan.
Salah seorang daripada mereka mendakwa seorang anggota polis mengancam untuk membunuhnya ketika menangkapnya.
Katanya, kejadian itu berlaku ketika dia sedang berjalan kaki di hadapan Dataran Pahlawan dengan sepupunya pada jam 4.10 petang selepas perhimpunan itu telah bersurai.
Menurutnya, dia kemudiannya ternampak sekumpulan FRU hendak menyerbu ke arah seorang lelaki muda yang tidak melakukan apa-apa,sedang berdiri di atas jalan.
Berikutan itu, dia meminta mereka jangan memukul lelaki itu kerana dia tidak berbuat apa-apa pun.
Sebaliknya, kata beliau, anggota FRU menyerbu ke arahnya. Manakala sepupunya yang meminta polis jangan memukulnya, turut ditangkap.
Beliau mendakwa polis menendang dan menumbuknya semasa ditangkap, dan mencederakan dahinya (atas) dan tangan (bawah).
Pengadu lain termasuk aktivis Sarawak Hii Tiong Huat, yang ditahan sehari sebelum perhimpunan tersebut, dan bapa saudara dan anak kepada Baharuddin Ahmad, yang meninggal dunia selepas ditangkap pada hari Sabtu.

SHAH ALAM 14 Julai - Penerbit filem penuh kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman hari ini ditahan oleh pihak polis tengah hari tadi selepas gagal menghadirkan diri buat beberapa kali bagi memberi keterangan dalam satu kes saman sivil.
Kes itu membabitkan suaminya, Mohd. Jailani Sidek dan syarikatnya, Equal Alliance Sdn. Bhd. melibatkan penjualan tanah seluas 14.2 hektar dengan harga RM5.2juta.
Difahamkan tangkapan yang dibuat di rumahnya bagi menyempurnakan satu waran tangkap dikeluarkan ke atasnya baru-baru ini.
Mahkamah berhenti sementara bagi membolehkan Raja Azmi mendapatkan wang jaminan RM30,000 dan dua penjamin. Jika gagal berbuat demikian penerbit filem itu akan ditahan di penjara sehingga 22 Julai ini. - Utusan

[MStar] KUALA LUMPUR: Seorang pekerja am pada Khamis mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas kesalahan merakam aksi seorang wanita di dalam tandas.
Khairulsfairuse Ahmad Madli, 30, melakukan kesalahan itu menggunakan telefon bimbitnya di tandas wanita, Unit Forensik, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia ketika wanita berusia 31 tahun itu sedang membuang air pada 10.45 pagi, 7 Julai lepas.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Majistret Abdullah Siddiq Mohd Nasir memerintahkan tertuduh dijamin sebanyak RM5,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Ogos untuk menjatuhkan hukuman.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rozana Husin manakalatertuduh tidak diwakili peguam.-BERNAMA
P/s: Alahai, gila seks!
(Gambar hiasan)
P/s: Alahai, gila seks!
(Gambar hiasan)
Saya petik:
[HM] ALOR SETAR: Helah seorang lelaki konon dia bersama isterinya menyewa bilik sebuah motel di Jalan Suka Menanti, di sini, bagi mengelak dicekup berkhalwat tidak menjadi apabila wanita itu sebenarnya adalah kakak iparnya.
Lelaki berusia 30 tahun itu mulanya memberi alasan mereka mempunyai surat nikah, namun selepas siasatan terhadap wanita berusia 32 tahun itu mendapati kenyataan mereka bercanggah dan cuba menipu anggota penguat kuasa.
Dalam serbuan jam 4.45 petang kelmarin, sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) menyerbu premis berkenaan selepas menerima maklumat awam berhubung kegiatan maksiat yang berlaku.
Lelaki berasal dari Myanmar dan beragama Islam itu memberi alasan membawa wanita itu menyewa bilik itu hanya untuk mandi sebelum pergi melawat isterinya yang baru melahirkan bayi lelaki di Hospital Jitra (HJ).
Pegawai Penguat kuasa Jaik, Mohd Khairil Naim Johari berkata, sepasukan anggota Jaik yang tiba di motel itu kemudian membuat pemeriksaan dan mendapati sebuah bilik di tingkat bawah motel itu berkunci daripada dalam.
Beliau berkata, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang hanya bertuala membuka pintu kira-kira 10 minit kemudian dan terkejut melihat kehadiran anggota penguat kuasa di luar bilik disewanya.
“Pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita yang menyorok dalam bilik dan tergesa-gesa memakai pakaian dalam keadaan ketakutan.
“Hasil soal siasat, wanita itu mendakwa dibawa lelaki berkenaan ke motel itu untuk melihat adik perempuannya yang juga isteri lelaki itu yang baru melahirkan anak manakala lelaki itu memberi alasan wanita itu sebagai isterinya,” katanya.
(Gambar hiasan)
[MK] Sebuah kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia cawangan Pulau Pinang berhubung dakwaan pembelian sebentuk cincin oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Ketua SAMM Badrul Hisham Shaharin berkata beliau juga akan menyerahkan salinan cetakan dokumen itu dari skrin komputer bagi membuktikan pembelian cincin berharga US$24.4 juta (RM73 juta) itu bebas daripada dikenakan cukai import.
Menurut Badrul, yang popular dengan panggilan Chegubard, berdasarkan maklumat yang diterima SAMM pada 16 April lalu, berlian yang dikenali sebagai“Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond” diterbangkan melalaui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Harga barangan itu diletakkan pada US$24,458,400, dakwanya.
Antara maklumat tertera pada cetakan komputer itu adalah:
Nama Barangan: Natural Fancy Blue Gray Cushion Cut Diamond
Nama Pengekspot: Jacob & Co dari New York
Nama Pengimpot: Datin Seri Paduka Rosmah Mansor dan Jeremi Beh Sin Tee
Tarikh Impot: 6-04-2011
Tempat Impot: KLIA
Sehubungan itu, Badrul menggesa SPRM mengadakan siasatan secara terperinci dan telus sebelum menyatakan hasil siasatan.
"Kita mendesak SPRM untuk tampil menyatakan hasil siasatan mereka kepada umum kerana ini melibatkan bukan sedikit jumlah wang rakyat Malaysia."
Beliau berkata cetakan maklumat yang diperolhi "hampir mustahil" untuk dipalsukan.
"Hampir mustahil untuk seseorang membekalkan butiran penerbangan, nama pegawai kastam yang bertugas, nama pengimport dan sebagainya," kata beliau.
"Ini mengingatkan kita kepada negara jiran kita yang pernah dihancurkan oleh seorang wanita pertama yang bernama Imelda Marcos. Kita tidak mahu negara kita jadi begitu.
“Cukuplah rakyat yang terseksa. Kita tidak mahu orang yang bernama sebagai wanita pertama bersikap sedemikian rupa." tambahnya.
Badrul turut menggesa Rosmah tampil memberi penjelasan bersabit dakwaan itu, khususnya mengenai cetakan maklumat pengisytiharaan Kastam yang diperolehinya.
Beliau juga berkata syarikat Jacob dan Co yang dikatakan mengeksport cincin itu, turut dikaitkan dengan barangan perhiasan yang diguna oleh isteri Perdana Menteri.
"Jacob & Co merupakan sebuah syarikat yang berpengkalan di New York. Beberapa barang keluarannya yang terpapar dalam web sitenya, kita dapat padankannya dengan beberapa perhiasan yang sering dipakai oleh Rosmah Mansor," katanya.
Beliau juga mempersoalkan bagaimana pengimport cincin berlian itu mendapat pengecualian cukai bagi membawa masuk perhiasan itu.
"Adakah suami individu yang dinamakan di atas menggunakan kuasanya sebagai Menteri Kewangan untuk memperolehi cukai kosong itu?" soalnya.
P/s: Apa sibuk-sibuk. Dia beli dengan duit dia la..... Kah kah kah....

MENGIKUT peraturan, jika perlu, Polis hanya boleh melepaskan tembakan gas pemedih mata pada paras 45 darjah ke arah udara, namun apa yang berlaku di KL Sentral 9 Julai lalu, pihak polis dipercayai sengaja menembak peluru gas pemedih mata ke arah Anwar Ibrahim namun peluru itu melantun ke pipi pengiring beliau, Fayad Al-Bakri.
Akibatnya pengiring Anwar ini mengalami pendarahan dan kecederaan yang teruk di bahagian tulang pipinya. Rakyat biasa yang berhimpun secara aman, tanpa senjata, ditembak dengan peluru gas pemedih mata. Beliau dilaporkan terpaksa menjalani pembedahan plastik.
Di bawah ini dua keping gambar terbaru Fayad Al-Bakri yang sedang menjalani rawatan di hospital yang dikongsikan oleh salah seorang kawan yang melawat beliau di hospital.
Menurut sumber, Fayad Al-Bakri kini di dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Sumber: milosuam
Saya petik:
[TVS] SHAH ALAM 13 JULAI: Sikap kurang matang adun pembangkang dewan undangan negeri Selangor semalam yang bertindak mengingkari arahan Speaker Dewan, Datuk Teng Chang Kim amat dikesali.
Sidang DUN hari kedua, penggal keempat semalam tegang seketika apabila ketua pembangkang yang juga adun Seri Serdang, Datuk Satim Diman dan Adun Kuang, Shukor Idrus digantung.
Satim digantung sehari selepas bertelagah dengan Adun Sekinchan, Ng Sue Lim berhubung perbekalan tambahan yang menyentuh peruntukan kepada sekolah jenis kebangsaan Cina.
Perbahasan mereka bertukar tegang apabila satim menghalang Sue Lim daripada memetik sepotong hadis.
Manakala, Shukor pula digangtung tiga hari selepas mempersoalkan peraturan mesyuarat yang dikenakan keatasnya setelah menyebut nama Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam sesi perbahasannya.
Walhal, peraturan mensyuarat mensyaratkan mana- mana adun langsung tidak boleh menyebut nama raja- raja melayu dan sultan untuk mempengaruhi dewan.
Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Hussin berkata sikap mereka yang tidak dapat menerima arahan Speaker dan mengeluarkan perkataan kesat kepada Speaker tidak boleh diterima.
Shukor selepas diarahkan kelar dewan mula menjerit- jerit dan mengeluarkan perkataan 'bodoh' kepada Speaker.
Ini bukan kali pertama Shukur bertindak sedemikian kerana pada Sidang dun tahun lalu, beliau juga bertindak serupa.
Tindakan itu bukan sahaja merendahkan artabat dewan yang mula bahkan mencerminkan sikap adun pembangkang yang tidak profesional.
Faekah juga kesal apabila satim sebagai ketua pembangkang tidak mempunyai kreadibiliti untuk menggalas jawatan tersebut ekoran berhujah tanpa fakta, ibarat 'tin kosong'.
Faeah menambah, sejak pakatan rakyat mengambilalih tampuk pentadbiran selangor, sidang DUN Selangor mula melakukan anjakan paradigma dengan meninggalkan era menjerit- jerit dan menampilkan adun yang hebat berhujah dengan fakta dan fokus kepada kepentingan rakyat negeri itu.
Justeru Faekah menegaskan tanggungjawab setiap wakil rakyat adalah menjaga kemuliaan Dewan supaya ia tidak lagi tercemar di masa- masa akan datang.
Saya petik:
[MK] Seorang pelajar berkata beliau melihat seorang warga emas terjatuh dan dihenyak oleh polis ketika sepasukan lebih 100 orang anggota berkenaan menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0 berhampiran menara KLCC pada Sabtu lalu.
Pelajar berkenaan berkata, warga emas berkenaan mungkin merupakan individu yang meninggal dunia selepas dibawa ke hospital selepas terjatuh semasa perhimpunan itu berlaku.
"Saya rasa itulah pakcik yang meninggal itu. Saya nampak dia jatuh, kemudian saya nampak polis tengah hurung dia, tapi itu saya tak sempat rakam sebab saya tengah lari.
"Saya tak pasti tapi saya rasa dialah. Orang itu memang kena lanyak," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.
Ketika ditanya, pelajar itu berkata beliau tidak melihat sekiranya polis telah menendang lelaki terbabit, "tapi saya rasa polis henyak dia. Tak mahu bagi dia bergerak."

Individu berkenaan, Allahyarham Baharudin Ahmad menjadi perhatian apabila ia dikaitkan dengan dakwaan keganasan yang dilakukan polis ketika menyuraikan kumpulan yang berhimpun di sekitar ibu negara pada Sabtu lalu.
Polis setakat ini menyatakan bahawa Allahyarham Baharudin meninggal dunia akibat penyakit jantung, namun sebab sebenar kematian lelaki berkenaan masih menimbulkan tanda tanya.
Dalam kejadian pada petang itu, saksi mata tersebut berkata, beliau melihat kedua-dua tangan warga emas itu dipegang oleh anggota polis yang turut menghenyak lelaki tua berkenaan ke permukaan jalan.
"(Warga tua itu) dah jatuh, kemudian polis hurung dia. Saya nampak macam mereka henyak dia, saya nampak macam guna kaki. Yang saya nampak polis ada lima orang polis yang hurung," katanya lagi.
Pelajar berkenan juga berkata, beliau tidak melihat sama ada mangsa berkenaan berjaya melarikan diri ke bangunan Avenue K yang terletak kira-kira 200 meter daripada persimpangan berkenaan, seperti dilaporkan sebelum ini.
Ketika ditanya, beliau juga tidak dapat mengesahkan sama ada polis telah melepaskan gas pemedih mata sebelum menyerbu ke arah kumpulan yang berhimpun itu.
"Gas (pemedih mata) saya tak perasan sebab saya dah lari," kata pelajar berusia 19 tahun itu lagi yang menambah, kejadian berkenaan berlaku selepas polis berkenaan menggempur sekumpulan lebih 1,000 orang yang menyertai perhimpunan berkenaan.

Kumpulan berkenaan berhimpun di tengah-tengah persimpangan Jalan Ampang – Jalan Yap Kwan Seng – Jalan P Ramlee.
Selain warga emas tersebut, beliau turut melihat beberapa orang lagi turut terjatuh selepas sekumpulan anggota polis berpakaian seragam menyerbu kumpulan yang menyertai perhimpunan tersebut.
Kumpulan polis berpakaian seragam itu mara dari barisan belakang sekumpulan anggota FRU yang membentuk halangan di Jalan P Ramlee, berhampiran persimpangan berkenaan.
Pada masa itu juga, sepasukan polis dan FRU membentuk halangan di hadapan SJKC Lai Meng, di bahagian barat Jalan Ampang.
Difahamkan, polis pada masa itu bertindak untuk menyuraikan kumpulan berkenaan – yang bergerak daripada kawasan Kampung Baru – ke arah timur Jalan Ampang dan juga Jalan Yap Kwan Seng.

LOS ANGELES: Seorang perempuan California, Catherine Becker, 48 ditangkap kerana menaruhkan ubat bius ke dalam makan malam suaminya, lalu memotong kemaluan suami dan membuang potongan kemaluan itu ke tempat sampah. Perempuan itu mengatakan, suaminya "pantas menerima hal itu."
Kejadian itu mengingatkan orang pada kes John Wayne Bobbitt tahun 1993, yang kemaluannya dipotong dan dibuang isterinya ke dalam kereta yang sedang bergerak. Kemaluannya berjaya diambung kembali dan Bobbit akhirnya berlakun filem porno.
Catherine Becker telah ditangkap terkait kes itu. Sebelum memotong kemaluan suaminya, ia meracuni suaminya itu, lalu mengikatnya di katil pada Isnin lalu di Garden Grove, Los Angeles, Amerika Syarikat. Kebelakangan ini diketahui hubungan suami-isteri itu bermasalah.
Juru cakap polis, Jeff Nightengale, mengatakan, Becker, yang dalam proses perceraian dengan suaminya yang berusia 51 tahun menelepon 911 untuk memberi tahu keadaan darurat setelah ia membuang kemaluan suaminya yang sudah terputus ke tempat sampah. "Para petugas tiba dan menemukan mangsa terikat di katil, sementara darah mengalir dari daerah bawah perutnya," kata Nightengale.
Potongan kemaluan itu ditemukan dan dibawa ke rumah sakit. Tidak diketahui apakah ahli bedah sanggup menyambungnya kembali.
Setelah tiba di lokasi, polis membuka ikatan lelaki itu, dan menyita tali tambang dan pisau dapur sepanjang 10 inci sebagai barang bukti. "Penyelidikan awal menetapkan keduanya menikah dan dalam proses perceraian," kata Nightengale. "Tertuduh menyediakan makan malam buat mangsa dan mangsa memberi tahu detektif bahawa ia yakin ada yang tidak kena pada makanannya.

Sumber: KOMPAS.com
Kredit: idahsalam
Saya petik:
[SH] MERU – Gara-gara dendam dan berebutkan seorang wanita, seorang lelaki berusia 27 tahun terkorban akibat ditikam dengan pisau oleh seorang lelaki di dalam sebuah bengkel membaiki kenderaan, di Jalan Meru, di sini, semalam.
Mangsa yang ketika itu sedang berjalan seorang diri dikejutkan dengan kehadiran dua suspek. Dia segera berlari menyelamatkan diri sebaik menyedari kelibat suspek utama yang memegang pisau dengan masuk ke sebuah bengkel baiki kereta.
Bagaimanapun tindakan itu gagal apabila mangsa dikejar sebelum ditikam suspek. Namun, mangsa tidak berputus asa sebelum bangun dan berlari sambil memegang bahagian yang ditikam dan keluar dari bengkel tersebut.
Namun sudah ajal mangsa apabila hanya 50 meter berlari dari lokasi terjatuh, dia kemudiannya rebah dan meninggal dunia di hadapan sebuah premis dalam keadaan berlumuran darah.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintenden Mohamad Shukor Sulong berkata, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 1.30 tengah hari yang mana mangsa sedang berjalan di lorong belakang premis dua tingkat itu sebelum didatangi dua lelaki bermotosikal dipercayai warga Indonesia.
“Berdasarkan penelitian pada kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di belakang premis itu, salah seorang suspek menunggu di motosikal manakala suspek utama mengejar mangsa.
“Menyedari dikejar suspek, mangsa segera berlari ke dalam sebuah bengkel sebelum dia terjatuh dan ditikam.
“Berikutan itu, mangsa cedera parah. Dia kemudiannya meninggal dunia sebaik rebah di hadapan sebuah premis,” katanya.
Akibat kejadian, menurutnya, polis sedang menjejaki suspek dikenali Andriyanto, 21, yang mana pada masa kejadian dia memakai t-shirt putih dan berseluar jeans bagi membantu siasatan.
“Sesiapa yang menyaksikan kejadian diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara bagi melengkapkan siasatan,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian petang semalam.

[MK] Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 8 hingga 26 Ogos depan bagi mendengar perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim membela dirinya.
Tarikh itu ditetapkan olehh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, selepas kes itu dibawa untuk sebutan hari ini.

Sebelum prosiding bermula, peguam Anwar dan pihak pendakwa bertemu dua kali dengan Hakim Mohamad Zabidin di kamarnya.
Anwar yang hadir memakai pemaut leher akibat kecederaan ketika menghadiri perhimpunan BERSIH 2.0 pada Sabtu lalu akan menjadi orang pertama memberi keterangan apabila perbicaraan bermula 8 Ogos ini.

6 Julai lalu, Anwar Ibrahim gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk melucutkan Mohamad Zabidin sebagai hakim kes liwat membabitkan ketua pembangkang itu.
Pada 7 Ogos 2008 Anwar, 63, mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.
Tuduhan itu dikemukakan di bawah seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat.

... Seorang pakcik yang berkopiah menuju ke arah saya, "Di manakah stadium?" Saya menuding jari ke depan. Lantas beliau berjalan ke arah sana, tanpa sebarang keraguan. Saya merasakan diri saya amat tidak berguna pada ketika itu. Mengapa tidak saya bertindak sebagaimana pakcik itu? Berarak adalah hak kita. Mengapa pula saya takut? Saya tetap berdiri di situ, menyaksikan bagaimana orang tua itu dihalang polis, dan kemudian beliau terus berjalan ke depan.
Kemudian saya berjalan, dan terserempak dengan seorang polis muda. Beliau bertanya untuk apa saya berada di situ, saya sekadar jawab, tak ada, cuma jalan-jalan. Beliau menunjuk ke arah Jalan Sultan, mengarahkan saya beredar dari situ, atau saya akan ditangkap. Saya tahu beliau cuba menakutkan saya. Masih awal lagi, saya tidak mahu timbul hal, maka saya pun beredar.
Saya nampak sekumpulan orang di kedai KL Commercial Book Co., semacam orang PAS, maka saya berjalan menuju ke arah mereka. Pada hakikatnya, saya amat yakin dengan mereka. Saya rasa diri saya berselindung di dalam kelompok mereka pada ketika itu. Ya, saya rasa sangat selamat.
Pada kira-kira jam 12.20 tengah hari, kelompok di sini hanya kira-kira 20 orang. Tiba-tiba kami dengar jeritan orang, dan kami bergegas ke situ dan mendapati kira-kira 2,000 orang. Mereka muncul entah dari mana, sungguh ajaib! Tapi kami masih menganggap bilangan ini terlalu sedikit!

Pada kira-kira jam 12.30 tengah hari, saya tak berapa ingat lagi. Kami nampak sekumpulan manusia menuju ke arah kami melalui Jalan Sultan, sambil melaungkan slogan. Bilangan mereka terlalu ramai berbanding kami. Ramai orang tua yang bertanya, PERKASA? Pemuda UMNO? Kami berdiri di situ dan memandang, gagal mendengar apakah yang dilaungkan.
Tiba-tiba, ada yang bertepuk tangan, berkata "Tengok, Cina ada, India ada, bukan PERKASA, bukan Pemuda UMNO, orang kita!" Kami bertepuk dengan gemuruh, berarak ke arah mereka untuk berkumpul bersama. Kami seolah-olah dapat membentuk pasukan kami, dan tidak lagi keseorangan atau kesepian.

"BERSIH! BERSIH! Hidup BERSIH!" Ribuan yang membanjiri Jalan Sultan. Orang berada di tengah dan di tepi jalan, warga tua dan warga muda. Maka kami terus berjalan, tidak memasuki jalan ke arah Stadium Merdeka. Saya sedar, bilangan kami masih tidak mencukupi. Kami menuju ke arah Pudu Raya, dan di situ telah dibanjiri lautan manusia yang lebih daripada 10 ribu.
Abang saya menghantar sms kepada saya, memberitahu bahawa pasukan di Hotel Hilton telah mula bertolak. Dengan serta-merta saya berkongsi maklumat ini dengan orang yang berada di sisi saya.
Kira-kira jam 1 tengah hari, kami nampak satu pasukan yang lebih besar, kemas susunannya berarak dari arah Hospital Tung Shin. Kemudian, muncul lagi satu pasukan dari Kota Raya. Tidak berhenti kami bertepuk tangan. Kami menjerit sepuas-puasnya. Saya nampak ramai yang menakung air di matanya. Saya amat terharu. Saya kini berada di tengah-tengah belasan, malah puluhan ribu orang. Saya tidak kesepian, kami tidak kesepian!
Terharu kerana dibantu orang yang saya tidak kenal langsung!
Kami berkumpul di depan Menara MayBank. Saya tak dengar apa yang diucap pemidato. Tapi saya hanya seorang penyokong. Saya hanya menyorak bersama kelompok manusia, bertepuk tangan apabila semua orang berbuat demikian.

Kemudian saya mendapati trak FRU. Seorang warga tua, mungkin dari PAS, memesan agar saya undur dahulu. Tidak lama kemudian, FRU melepaskan gas pemedih mata, dan meriam air kimia yang berwarna biru. Saya rasa macam tersengit. Baunya sangat tidak menyenangkan. Orang di sisi saya (sahabat dari kaum lain) menuangkan air ke atas kepala saya. Ada seorang yang menyapu minyak angin di bawah kelopak mata saya. Ada pula yang memberi garam kepada saya.
Saya teringat, air mata saya mengalir pada ketika itu bukan disebabkan gas pemedih mata, tetapi mengalir kerana terharu dengan bantuan yang dihulurkan oleh orang-orang yang saya tak kenal ini.

Pada ketika itu saya nampak polis, kononnya, menangkap orang ramai di depan Menara MayBank. Ramai yang memanjat ke atas di cerun pada mulanya, kemudian mereka melompat dari tembok yang tinggi. Saya sangat marah ketika itu, kerana saya nampak ramai wanita dan warga tua. Dan mereka yang kononnya polis itu dicemuh dalam hati saya, "Bukan manusia!"
Saya berehat seketika. Saya menjangkakan bahawa orang ramai akan menuju ke Jalan Sultan. Maka, saya berjalan dahulu ke arah sana. Apabila berdekatan dengan KFC, hujan mulan turun. Seorang peserta yang tua berkata kepada saya, "Komunis pun tak macam ini!" Saya tercengang seketika, gagal memberi apa-apa jawapan....
Matlamat sama..Pada sebelah malam, saya dimaklumkan bahawa kawan dari kaum Melayu amat terharu dengan kehadiran kami. Mereka berkata, "Itu kebanggaan kami apabila kamu muncul bersama. Kamu duduk belakang sikit, biar kami yang hadapi peluru (gas pemedih mata) dan keganasan di depan!"

Nota: Akhirnya saya sedar, mengapa saya berselindung dalam kelompok orang PAS. Mereka membuktikan dengan tindakan mereka, itu yang membuatkan saya terharu dan berasa selamat. Lain kali, saya tetap akan bersama mereka, berada di garis depan, untuk menghadapi peluru (gas pemedih mata) dan keganasan.
Terima kasih, sahabat semua. Walaupun kita tidak berkenalan, tapi matlamat kita sama. Dan ini hanya boleh dirasai mereka yang hadir dalam perhimpunan.
Saya menyeru agar lebih ramai bangkit dari tidur, dan mereka yang sudah sedar, biarlah bertindak.
-Merdeka Review

Inilah sebahagian bom petrol yang didakwa polis ditemui di Kuala Lumpur
Polis menutup semua pintu masuk ke Kuala Lumpur mulai petang 8 Julai namun semua itu tidak menghalang kira-kira 50,000 penunjuk perasaan untuk membanjiri tengah Kuala Lumpur melaksanakan bantahan menuntut penganjuran pilihanraya yang bersih dan adil di Malaysia.
Kerajaan menggambarkan selama dua minggu tunjuk perasaan tersebut sama ganasnya dengan rusuhan berdarah di luar negara melalui slot iklan di semua stesen penyiaran dan akhbar. Seolah-olah Kuala Lumpur akan terbakar seperti kota Jakarta dalam kebangkitan Reformasi 1998.
Akibatnya kebanyakan pekedai dan pemilik kompleks membeli belah menutup perniagaan. Jalan masuk ditutup menyebabkan orang ramai tidak boleh mengunjungi ibu negara. Namun semua itu hanya merugikan peniaga dan orang yang tiada kena mengena dengan tunjuk perasaan.
Biar apa pun yang dilakukan, tunjuk perasaan aman tetap Berjaya dilaksanakan oleh Bersih. Kononnya polis berjaya menghalang huru-hara tetapi dengan kehadiran 50,000 penunjuk perasaan apa yang mampu polis lakukan jika mereka mahu membakar bangunan atau merompak perniagaan? Malah jika penunjuk perasaan itu benar-benar ganas, polis pun terpaksa berundur kerana jumlah polis dan penunjuk perasaan 1:10. Polis perlu mencari alasan lain yang lebih realitik untuk menghalang tunjuk perasaan aman.
Mana molotov
Beberapa hari sebelum tunjuk perasaan polis cuba mengeruhkan keadaan dengan penemuan molotov cocktail, parang dan mercun di Pertama Kompleks dan Gombak. Ini satu lagi tuduhan melulu yang cuba memperdaya rakyat sehingga menutup kedai pada 9 Julai. Jika tunjuk perasaan memang dirancang untuk menjadi ganas mustahil molotov tidak digunakan pada hari berlakunya demo. Polis sendiri ternyata gagal menghalang 50,000 penunjuk perasaan dan tentunya lebih sukar menghalang apa yang mereka bawa.
Molotov sangat mudah dibuat menggunakan botol minuman, petrol dan kain kapas. Bahan-bahan itu boleh ditemui di mana-mana sahaja dan boleh dibuat sejam sebelum tunjuk perasaan. Sebagaimana lazimnya tunjuk perasaan ganas di Korea Selatan, Greece, Jerman dan negara Amarika Latin yang tidak asing menggunakan molotov tidak ada jalan polis menyekat penggunaannya. Kecualilah tunjuk perasaan itu hanya beberapa ratus orang dan mudah dikawal.
Ternyata budaya tunjuk perasaan di Malaysia amat baik berbanding negara lain. Thailand misalnya menyaksikan tunjuk perasaan besar-besaran setiap tahun, begitu juga Indonesia. Tunjuk perasaan di sana bukan sahaja melibatkan kecederaan malah kematian. Polis juga ramai yang tercedera apabila penunjuk perasaan mengamuk membaling kayu, batu dan memukul polis pencegah rusuhan.
Penunjuk perasaan di Malaysia berundur apabila gas pemedih mata ditembak. Mereka tidak melawan ketika ditahan. Malah banyak yang luka dan lebam diterajang polis. Di manakah dalam dunia polis boleh mencari rakyat sebaik ini?
Tidak wajar tahan
Oleh itu, tidak wajar polis menahan sebegitu ramai penunjuk perasaan sehingga melebihi 500 orang. Alasan mereka demo melanggar titah Yang di-Pertuan Agong. Polis yang tidak mengeluarkan permit untuk perhimpunan di Stadium Merdeka tidak pula mengingkari titah. Titah diraja tidak mengatasi Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan perhipunan aman. Begitu juga Akta polis dan ordinan Darurat. Polis perlu sensitif dan memahami perkara itu.
Rakyat mengucapkan tahniah kepada penunjuk perasaan yang walaupun diganyang dengan pelbagai propaganda buruk selama dua minggu tetapi telap melakukan demo secara aman. Keupayaan mereka berkumpul walaupun semua laluan masuk ditutup memperlihatkan keupayaan mereka untuk berbuat lebih daripada itu jika mereka mahu.
Begitu juga dengan jumlah yang hadir, jika tidak disekat laluan masuk tentunya mencecah 100,000 kerana banyak penujuk perasaan dari Selangor yang tersekat di beberapa batang lebuh raya kerana cuba masuk ke Kuala Lumpur pada sebelah tengah hari. Terbukti Pakatan Rakyat yang mengumpulkan penyokong mampu mengawal mereka dengan baik dalam keadaan paling genting. Parti seperti inilah yang layak memerintah negara.
Cuma peniaga agak terkilan, sekiranya kerajaan tidak mendesak mereka menutup kedai dan jalan masuk tidak disekat kedai mereka pasti akan dibanjiri pengunjung selepas berakhir tunjuk perasaan untuk membeli-belah kerana separuh dari penunjuk perasaan datang dari negeri yang jauh.
- Wira Rakyat
Sama ada gas pemedih mata ditembak ke dalam perkarangan hospital, ketika perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011, kini menjadi pertikaian. Tidak kurang gambar dan video dimuatnaik ke laman internet, untuk menyanggah "penafian" kerajaan dan polis.
Amaran keras diulangi dari bibir Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein pada hari ini, bahawa tindakan akan diambil ke atas media yang membuat tuduhan tanpa asas. Seorang pembaca MerdekaReviewklip video yang panjang 41 saat, untuk membuktikan bahawa gas pemedih mata sememangnya ditembak ke dalam perkarangan Hospital Bersalin Cina.
Pembaca ini menyedari bahawa terdapat gambar dan klip video yang telah dimuatnaik ke laman internet, menunjukkan bagaimana gas pemedih mata itu ditembak ke dalam perkarangan hospital. Beliau pada ketika itu berada di tempat yang agak tinggi, dalam perkarangan Hospital Bersalin Cina, yang bersebelahan dengan Hospital Tung Shin.
Beliau sempat merakamkan secara jelas bagaimana gas pemedih mata ditembak ke dalam perkarangan Hospital Bersalin Cina, dan mengambil keputusan untuk berkongsi klip video
Selain ini, beberapa gambar telah dimuatnaik ke laman internet untuk membuktikan bahawa meriam air ditembak ke arah Hospital Tung Shin. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyelar kerajaan semalam kerana hospital tidak akan menjadi sasaran serangan, walaupun ketika dalam peperangan.
Ketua Polis Negara Ismail Omar menafikan bahawa polis menembak gas pemedih mata ke dalam hospital, mendakwa bahawa ia sekadar "khabar angin", dalam satu sidang media yang diadakan pada petang 9 Julai, selepas perhimpunan BERSIH 2.0 bersurai. memuatnaikkan satu ini, agar membuktikan kerajaan dan polis berbohong dalam hal ini.

- MR
Saya petik:
[SH] BIJANGGA, TERENGGANU – Seorang bapa bernafsu syaitan bertindak di luar perikemanusiaan apabila sanggup menodai kesucian anak tirinya sendiri sebagai alat pemuas nafsu.
Tembelang jahat suspek yang tidak berhati perut itu terbongkar apabila bapa mangsa mengesyaki sesuatu perkara buruk berlaku terhadap anak perempuannya yang mengadu sakit pada kemaluan ketika hendak memandikannya di bilik air.
Sebelumnya, mangsa yang baru berusia empat tahun dan kakaknya berusia 6 tahun difahamkan tinggal bersama ibunya di Bijangga yang mendirikan perkahwinan kedua bersama suspek selepas bercerai dengan bapa mangsa.
Kejadian dipercayai mula disedari 7 Jun lalu apabila bapa mangsa pergi untuk mengambil dua anak perempuannya yang ditinggalkan di rumah abangnya.
Ketika hendak memandikan mangsa, anaknya itu mengadu sakit pada kemaluan dan ketika ditanya mangsa dikatakan menceritakan segala perbuatan durjana bapa tirinya.
Bapa mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Dungun.
Berikutan itu, suspek yang bertugas sebagai Pembantu Pertanian di sebuah agensi kerajaan di Dungun itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah di rumahnya di Desa Keluarga, Bijangga, kira-kira jam 12.30 tengah malam semalam.
Suspek, berusia 26 tahun yang baru tiga bulan menimang cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan isterinya (ibu mangsa) kini ditahan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan kes terbabit dan pihaknya kini sedang melengkapkan kertas pertuduhan sebelum merujuk kepada Timbalan Pendakwaraya untuk mensabitkan suspek dengan kesalahan dilakukannya.

[MStar] SERDANG: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) masih belum mengeluarkan pensijilan halal Malaysia kepada mana-mana premis kopitiam di negeri itu.
Pengarah JAIS, Marzuki Hussin berkata, terdapat kurang daripada 10 peratus pengusaha kopitiam yang beroperasi di negeri ini mengemukakan permohonan sijil halal daripada JAIS.
"Di Selangor belum ada kopitiam yang dapat sijil halal JAIS walaupun kita ada buat pemberitahuan supaya mereka memohon untuk mendapatkan sijil halal.
"Hingga kini permohonannya ada tapi amat kurang iaitu kurang daripada 10 peratus yang memohon sijil halal daripada JAIS ataupun Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)," katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Kesedaran dan Kepenggunaan Halal Selangor 2011 di Universiti Putra Malaysia di sini, Selasa.
Selain itu Marzuki berkata JAIS juga sedang berusaha mengeluarkan notis kepada pengusaha premis kopitiam yang masih menggunakan sijil halal yang dikeluarkan syarikat swasta supaya mendapatkan pensijilan halal daripada JAIS ataupun Jakim.
"Sebagai contoh sebuah rangkaian kedai kopi terkenal... mereka maklumkan mahu tukar daripada sijil halal swasta kepada Jakim, tapi hingga kini baru ada tiga daripada 181 premis mereka di seluruh negara yang guna sijil halal Jakim," katanya.
Dalam pada itu JAIS turut mengeluarkan senarai 29 buah hotel dan 78 premis makanan yang mempunyai pensijilan halal Malaysia yang dikeluarkan JAIS dan Jakim.
"Ia sebagai panduan kepada umat Islam untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan yang akan datang supaya tidak tersalah memilih premis makanan ataupun hotel.
"Bukan itu sahaja, JAIS turut mengeluarkan notis pemberitahuan kepada pengusaha premis makanan supaya tidak sewenang-wenangnya menggunakan logo halal selain yang dikeluarkan JAIS dan Jakim agar tidak mengelirukan orang ramai," katanya.

Langgan:
Catatan (Atom)

1,607 pengundi berusia lebih 100 tahun di Perak, bukti pilihan raya kotor
Jumaat, Julai 15, 2011
| Author:
Tuk Kiyai

"Saya dipukul ketika dalam tahanan SPRM", dakwa rakan Allahyarham Mohd Sarbini
Khamis, Julai 14, 2011

Gambar terbaru mangsa peluru gas pemedih mata, Fayad Al-Bakri
Khamis, Julai 14, 2011
| Author:
Tuk Kiyai
MENGIKUT peraturan, jika perlu, Polis hanya boleh melepaskan tembakan gas pemedih mata pada paras 45 darjah ke arah udara, namun apa yang berlaku di KL Sentral 9 Julai lalu, pihak polis dipercayai sengaja menembak peluru gas pemedih mata ke arah Anwar Ibrahim namun peluru itu melantun ke pipi pengiring beliau, Fayad Al-Bakri.
Akibatnya pengiring Anwar ini mengalami pendarahan dan kecederaan yang teruk di bahagian tulang pipinya. Rakyat biasa yang berhimpun secara aman, tanpa senjata, ditembak dengan peluru gas pemedih mata. Beliau dilaporkan terpaksa menjalani pembedahan plastik.
Di bawah ini dua keping gambar terbaru Fayad Al-Bakri yang sedang menjalani rawatan di hospital yang dikongsikan oleh salah seorang kawan yang melawat beliau di hospital.
Menurut sumber, Fayad Al-Bakri kini di dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Sumber: milosuam
DUN Selangor Sudah Lama Tinggalkan Budaya Menjerit- Jerit, Kata Faekah
Rabu, Julai 13, 2011

Catatan seorang peserta Cina: Saya rasa selamat bersama orang PAS