Persidangan DUN Perak yang dijadualkan berlangsung 28 Oktober depan bakal menyaksikan nanti beberapa perancangan jahat mereka bagi menghalang Adun-adun Pakatan Rakyat memasuki dewan awal.
Semua pintu akan dikawal rapi, adun PR tidak dibenarkan membawa pengiring atau pelawat. Adun Pakatan Rakyat kemungkinan akan dibenarkan masuk dewan selepas pukul 10pg, atau selepas semua Adun BN termasuk Speaker haram memasuki dewan terlebih dahulu.
Ada maklumat semua bentara dewan tidak lagi dari kalangan kakitangan pejabat SUK, sebaliknya mereka melantik orang-orang luar pejabat SUK. Kemungkinan Polis-polis yang berpakaian preman akan mengawal keseluruhan persidangan dewan.
Kemungkinan juga YB Sivakumar sebagai Speaker yang sah akan dihalang memasuki dewan.
Semalam, difahamkan Ketua Polis Perak telah berbincang dengan Setiausaha Kerajaan Negeri mengenai langkah keselamatan di sidang DUN Perak.
Setiausaha Politik,
Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat.
SUMBER
di sini.
Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan laporan audit yang dikeluarkan Jabatan Audit Negara baru-baru ini, jelas menunjukkan negeri-negeri yang ditadbir PR jauh lebih baik daripada yang diperintah Barisan Nasional (BN).
Menurutnya, Selangor dan Pulau Pinang menunjukkan laporan positif dari segi pengurusan kewangan dan ini menjadi bukti pentadbiran PR telus di negeri bawah pemerintahan mereka.
“Kita bangga kerana laporan ini memberi petunjuk bahawa negeri di bawah pemerintahan BN penuh dengan penyelewengan, berbanding negeri di bawah PR,” katanya kepada media di lobi Parlimen, semalam.
Katanya, PR akan menubuhkan pasukan untuk meneliti laporan audit itu sebelum mengambil langkah seterusnya.
“Kita telah bermesyuarat dua hari lepas dengan semua Ahli Parlimen PR dan seperti kenyataan pemimpin PR semalam (kelmarin), kita akan ambil langkah seterusnya,” katanya.
Kelmarin, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Phua, meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kes penyalahgunaan peruntukan seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Audit Negara.
SUMBER
di sini.
SHAH ALAM – Veteran UMNO, Datuk Aziz Shamsuddin menggesa pemimpin UMNO bersatu-padu melakukan proses pemutihan semula parti dalam memastikan gejala-gejala ‘tidak bersih’ termasuk mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin yang terlibat dalam gejala politik wang.
Katanya, tindakan itu bagi memastikan parti terus kukuh dan diterima rakyat.
Menurutnya, pemimpin ‘tidak bersih’ harus menerima hukuman dan bukannya diberi peluang untuk bersama dengan pemimpin yang lain.
“Setiap pemimpin yang ‘buruk’ mesti dihapuskan segera demi masa depan UMNO. Saya yakin, parti ini mampu mencapai kejayaan besar jika semua ahli mengutamakan apa yang perlu ada pada seorang pemimpin,” katanya, semalam.
Menurutnya, jika pemimpin ‘tidak bersih’ itu terus dibiarkan bebas tanpa hukuman, UMNO harus bertanggungjawab terhadap apa akan berlaku kepada parti itu pada masa depan.
“Kita tidak boleh biarkan kerana ini akan menggalakkan lebih ramai pemimpin lain menimbulkan masalah.
“Kalau kita buat tak tahu, kita sengaja cari penyakit dan penyakit bukan senang untuk diubati jika tidak sesuai dengan ubat,” katanya.
Mengulas mengenai pindaan Perlembagaan UMNO, Aziz berkata: “Sikap yang tulus ikhlas dalam kalangan ahli UMNO untuk menerima pindaan perlembagaan parti dengan hati terbuka adalah penting.
“Jangan jadikan pindaan sebagai peraturan kerana ia tidak akan bagi erti apa-apa jika ada kekotoran dalam jiwa setiap ahli.”
Sementara itu, penganalisis politik, Asri Salleh berkata, pemutihan parti perlu dilakukan dalam situasi berpada-pada supaya tidak menjejaskan parti UMNO.
“Saya melihat proses pemutihan ini wajar dipertingkatkan dan diberi perhatian serius oleh semua pihak terutama menangani isu gejala politik wang yang kian berleluasa.
“Kita tidak mahu rakyat terus menerus membuat penilaian bahawa UMNO adalah sebuah parti memiliki pemimpin yang terbukti tegar dengan politik wang,” katanya.
Selain proses pemutihan, Asri yang juga pensyarah di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM, Dungun berkata, UMNO juga perlu berusaha menuntut perubahan daripada segi sikap pemimpin itu sendiri.
“Memang diakui, ubah sikap pemimpin adalah satu perkara sensitif dan sukar dibuktikan. Apa yang dilihat, sikap positif pemimpin mungkin mampu diterjemahkan melalui Indeks Petunjuk Prestasi (KPI).
“Melalui KPI, pemimpin itu mampu mempamerkan sikap terpuji sekali gus kemahuan rakyat yang inginkan pemimpin bersih, bebas rasuah dan sebagainya akan tercapai,” katanya.
Asri berkata, bukan mudah untuk melihat pemimpin berubah personaliti, sikap dan kelakuan mengikut apa yang dikehendaki rakyat.
SUMBER
di sini.
(
Foto: Dr Pornthip)
PAKAT-PAKAT KITA PASANG TELINGA APA KATA ORANG KUAT SPRM PASAL HAL NI.[
HARAKAHDAILY] SHAH ALAM, 21 Okt: Pakar forensic dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunan, memberikan keterangan yang mengejutkan dalam inkues kematian Teoh Beng Hock hari ini apabila berkata, tengkorak kepalanya pecah bukan kerana jatuh tetapi kerana pukulan kuat.
Tanda bulatan merah pada tengkuknya pula bagi beliau adalah akibat dari dicekik dengan menggunakan tangan dan ia adalah kesan jari pada tengkuk mangsa.
Bagi beliau, Beng Hock jatuh ke atas lantai di tingkat bawah tempat mayatnya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Dia juga berkata, kesan luka pada anus (dubur) mangsa juga akibat dari kemasukan objek keras sebelum beliau jatuh.
Berdasarkan kepada perolehan itu, beliau memberikan rumusan bahawa 80 peratus punca kematian Beng Hock adalah kerana dibunuh dan hanya 20 peratus sahaja kerana bunuh diri.
Dr Pornthip (gambar) memberikan keterangan dalam inkues Teoh Beng Hock di hadapan Koroner, Azmil Muntapha Abad. Beliau dipanggil sebagai saksi profesional oleh keluarga Teoh Beng Hock.
Teoh Beng Hock ditemui mati selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pada 16 Julai lalu, diatas tingkat lima, Plaza Masalam, disini, yang menimbulkan pelbagai persoalan.
Dr Porntip atau lebih dikenali dengan Dr Death mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam bidang ini telah menyiasat lebih 10,000 mayat sepanjang kerjayanya sebagai pakar forensik.
Beliau mendapat pengiktirafan dari seluruh dunia dalam bidang ini.
Beliau yang memeriksa beribu-ribu mayat mangsa tsunami yang melanda Thailand sebelum ini yakin, semangat mereka yang mati itu melindungi dalam menjalankan kerja-kerjanya sebagai pakar pathologi.
Sebagai bekas pesakit kanser yang berjaya melawan penyakit maut itu, Dr Pornthip yang juga pakar DNA, sedang berusaha untuk meningkatkan sains forensik di negaranya. _
|
TANAH MERAH: “Saya serah kes ini untuk siasatan polis,” kata Mohamad Azahan Mohamed, 27, anak kepada seorang warga emas yang meninggal dunia akibat ditetak dengan sabit oleh rakan sekampung berkaitan masalah kerbau dalam kejadian di Kampung Salak, dekat sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 pagi, mangsa Mohamed Jusoh, 71, cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Tanah Merah (HTM) sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.
Kejadian itu berpunca daripada perebutan seekor kerbau antara Mohamed dan rakan sekampung sebelum berlaku ancam-mengancam menggunakan senjata tajam.
Mohamad Azahan berkata, kecederaan terbabit menyebabkan ayahnya yang dirawat hampir sembilan jam terpaksa bertarung nyawa sebelum disahkan meninggal dunia jam 8.30 malam kelmarin.
“Ayah seorang yang rajin. Ketika arwah ibu, Sapiah Sulaiman, 57 masih ada tiga tahun lalu, dia menyara keluarga sebagai pemandu lori dengan membawa muatan kayu balak.
“Tidak sangka kejadian ketika mencari kerbau yang baru dibelinya kelmarin bertukar tragedi pergaduhan sehingga kami sekeluarga kehilangannya buat selama-lamanya,” katanya.
Dia berkata, arwah bapanya itu tidak menunjukkan sebarang perlakuan aneh tetapi sememangnya dikenali ramai orang kampung kerana rajin bekerja dan bapa bertanggungjawab kepada anak.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Abd Aziz Mahmud ketika dihubungi mengesahkan sudah menahan reman seorang suspek untuk siasatan lanjut.
“Suspek ditahan reman selama seminggu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki terbabit dalam pembunuhan.
“Setakat ini, polis sudah merampas sabit yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu. Siasatan lanjut terhadap punca kejadian itu sedang dijalankan, manakala jenazah sudah dituntut keluarganya,” katanya.
Sementara itu, jenazah Mohamed disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Salak pada jam 5.30 petang semalam selepas solat Asar.
SUMBER
di sini.
KOTA BAHARU: Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra menyokong usaha kerajaan Kelantan untuk menuntut bayaran royalti petroleum seperti perjanjian yang telah termaktub antara kerajaan negeri dan Petronas pada 1975.
Baginda bertitah berasaskan data daripada Jabatan Perangkaan yang diedarkan Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, sumbangan Kelantan kepada pengeluaran petroleum seluruh negara bagi tahun 2005 hingga 2008 adalah lebih tinggi daripada pengeluaran negeri Sabah.
"Pengeluarannya adalah sebanyak 5.4 peratus setahun dan mengikut catatan itu pengeluaran petroleum dari perairan Kelantan telah bermula sejak 2005.
"Kerajaan negeri hendaklah meneruskan usaha-usaha bagi mendapatkan royalti berkenaan seperti kehendak perjanjian yang telah termaktub antara kerajaan negeri dan Petronas," titah baginda ketika menyempurnakan Majlis Pembukaan Rasmi Persidangan Ketiga (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Kedua Dewan Negeri Kelantan Yang Ke-12 di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Baginda bagaimanapun yakin di bawah
prinsip dan semangat persekutuan, Petronas akan melaksanakan kehendak perjanjian berkenaan yang mengkehendaki bayaran tunai dilunaskan sebanyak dua kali setiap tahun.
Titahnya pembayaran royalti itu nanti, baik tunggakan mahupun bayaran semasa akan meningkatkan pendapatan bagi Kelantan dan jika perkara itu terlaksana, kerajaan negeri dinasihatkan supaya membelanjakan royalti tersebut dengan sebaik mungkin.
"Beta difahamkan kawasan pengeluaran gas dan minyak bagi beberapa kawasan pelantar yang
paling hampir adalah dengan negeri ini.
"Beta juga berharap Petronas dan kerajaan Pusat dapat memikirkan penempatan aktiviti keperluan pelantar, pembaikian dan penyelenggaraan kapal-kapal ini berada di bumi Kelantan berdasarkan ia paling hampir," titahnya.
Menurut baginda, jika pembangunan berkaitan aktiviti pengeluaran minyak di perairan Kelantan dapat dikembangkan sudah tentu ia dapat menyumbang kepada pemulihan ekonomi negara dan dapat menarik pelaburan luar negara ke Malaysia.
Isu royalti minyak ini timbul apabila Kelantan menuntut sebanyak RM1 bilion kepada kerajaan pusat berdasarkan pelantar minyak itu dibina di perairan Kelantan.
Kerajaan pusat bagaimanapun sedang meneliti tuntutan Kelantan itu dan kini masih di peringkat kajian secara menyeluruh sama ada Kelantan berhak menerimanya.
SUMBER
di sini.
KUALA TERENGGANU: Seorang anggota polis cawangan pengiring yang bertugas di Istana Badariah, di sini, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun selepas mengaku bersalah mencuri di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.
Tertuduh, Sahrul Akmal Nik Hassan, 25, mengaku bersalah selepas pertuduhan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Azizah Mohd Yusuf.
Seorang lagi suspek yang juga pasangannya, Siti Rosma Alias, 27, juga membuat pengakuan bersalah dan dijatuhi hukuman penjara tiga tahun selepas didakwa dengan empat pertuduhan mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan.
Azizah kemudian mengarahkan hukuman terhadap semua pertuduhan itu berjalan serentak selepas mengambil kira keterangan dan rayuan dikemukakan tertuduh. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Hazielia Muhamad.
SUMBER
di sini.
Dalam perbezaan satu minit saja, sebuah kereta milik kerajaan negeri Pahang direkodkan mengisi minyak bernilai lebih RM100 sebanyak dua kali di sebuah stesen minyak yang sama di negeri itu.
Ini adalah penyalahgunaan kad inden bagi perolehan bahan api untuk kenderaan kerajaan yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara yang diedarkan di sini hari ini mengenai aktiviti jabatan, agensi dan pengurusan syarikat kerajaan negeri Pahang 2008.
Laporan itu berkata semakan audit terhadap Laporan Butiran Belian Bahan Api yang dikeluarkan oleh pihak pembekal pada tahun lepas mendapati sebanyak 24 kes pengisian bahan api dalam tempoh kurang dari lima minit melibatkan lima buah kenderaan pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Pahang.
Kereta-kereta terbabit dikenalpasti sebagai Proton Perdana bernombor pendaftaran CBD88 yang telah membuat sebanyak 18 kes pengisian bahan api dalam tempoh masa yang singkat dengan jumlah kos sebanyak RM4,177, katanya.
Contohnya pada 14 Dis lepas, kereta tersebut telah mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Raub, Pahang pada pukul 12.14 tengah hari sebanyak 59.47 liter yang bernilai RM113 dan seminit kemudian pada 12.15 tengah hari kereta yang sama mengisi sebanyak 58.95 liter minyak yang bernilai RM112 di stesen yang sama.
Pada 19 Dis perkara yang sama berlaku di stesen minyak yang sama pada pukul 6.35 petang dan 6.36 petang dengan jumlah pengisian sebanyak 125 liter bernilai RM225, dan perkara yang sama dilakukan pada 23 Dis, 24 Dis, 26 Dis dan 31 Dis, dan pada 24 Dis pengisian minyak dilakukan di sebuah stesen minyak di Kuantan, katanya dan menambah jumlah keseluruhan kos adalah RM1,349.95.
Laporan audit itu berkata perkara yang sama juga dilakukan terhadap Proton Perdana CBB37 dan Proton Perdana CBR1993, iaitu sebanyak dua kali yang memakan belanja lebih RM300 setiap buah, dan sekali bagi Proton Perdana CBD1003 dan Proton Perdana CBD23 yang melibatkan kos antara RM200 dan RM100.
Selain itu terdapat juga perolehan bahan api yang meragukan oleh kenderaan Proton Perdana bernombor pendaftaran CBD88 yang telah mengisi minyak pada 14 Ogos 2008 di sebuah stesen minyak di Bentong, dengan kuantiti pengisian sebanyak 1 liter dengan kos RM117, dan kes dan tempat yang sama pada 26 Ogos dengan kos RM128.30, pada 7 Sept dengan kos RM119, pada 14 Nov dengan kos RM90 dan pada 27 Nov dengan kos RM120, katanya.
Kesemua lima pengisian itu merekodkan pengisian sebanyak 5 liter dengan jumlah kos bahan api sejumlah RM574.53 dan ini menunjukkan terdapat pembelian yang meragukan dan tiada penyemakan dilakukan sebelum pembayaran dibuat, katanya.
Selain itu, tindakan susulan terhadap perkara ini masih belum diambil oleh pihak yang bertanggungjawab, dan akibatnya Pejabat SUK telah menanggung kos penggunaan bahan api yang tinggi, katanya.
Laporan itu berkata pihak pejabat SUK memaklumkan bahawa perkara yang dibangkitkan akan diselesaikan melalui kerjasama dengan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna cawangan negeri Pahang iaitu memeriksa sistem perolehan bahan api yang digunakan oleh setiap pembekal bahan api yang terlibat.
Jabatan Audit Negara turut mendapati perolehan bahan api yang melebihi tangki kenderaan, selain penggunaan kad inden terhadap kereta yang telah lama dilupuskan.
Selain itu, kos penyenggaraan kenderaan yang tinggi contohnya penyenggaraan empat buah Proton Perdana V6 Executive di pejabat SUK antara 2004 dan 2008 adalah tinggi berbanding dengan kos perolehan kenderaan tersebut.
Contohnya, kos penyelenggaran Perdana V6 yang bernombor pendaftaran CBL100 yang dibeli dengan kos RM117,062 untuk dari 2005 hingga 2008 berjumlah RM171,888, dan bagi kereta bernombor pendaftaran CBN31 pula adalah RM192,743 dari tahun 2004 hingga 2008, katanya.
Laporan itu berkata maklum balas dari pejabat SUK, kereta-kereta itu digunakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri dan kos penyenggaraan yang tinggi adalah disebabkan kerosakan kotak gear (gear box) dan juga kemalangan.
Penyelewengan melibatkan pelbagai masalah termasuk penggunaan bahan api berlebihan, penyenggaraan kenderaan di bengkel yang tidak dikhususkan dan kekerapan penggantian tayar yang tidak munasabah turut berlaku di Perak dan Pulau Pinang pada tahun lepas.
Di negeri Perak, didapati kos penyenggaraan kenderaan kerajaan negeri adalah tinggi akibat tidak dihantar ke pusat servis yang dikhususkan.
Ini kerana kerajaan negeri tidak menetapkan bengkel khusus untuk menyenggara kenderaan sebaliknya ia dilakukan berdasarkan permohonan yang diterima daripada syarikat yang berkaitan.
"Menerusi semakan audit terdapat sampel baucar bayaran yang dipilih mendapati kos penyenggaraan berjumlah RM262,256 atau 69.4 peratus untuk kereta Proton Perdana di sebuah syarikat tayar. Berbanding di Syarikat EON Service Sdn Bhd iaitu hanya RM15,197 atau 4 peratus untuk tempoh 2004 hingga 2008," katanya.
Laporan itu juga mendapati syarikat tersebut dimiliki oleh bukan bumiputera dan kebanyakan alat ganti yang digunakan adalah diimport dari luar negara berbanding Syarikat EON Sdn Bhd daripada keluaran tempatan.
Alasan pejabat SUK mengapa kereta tersebut dihantar ke syarikat itu adalah kerana kenderaan EXCO yang memerlukan penyenggaraan segera sedangkan Syarikat EON Services Sdn Bhd tidak dapat memberikan servis dengan segera.
Masalah pembelian minyak bagi tempoh yang singkat juga serta kekerapan penggantian tayar dikenalpasti berlaku di Pulau Pinang, menurut laporan itu.
Tiga kenderaan, iaitu dua bas yang bernombor pendaftaran PGW7744 dan PCT7777 serta Proton Perdana PHK42 dilaporkan telah membuat pembelian minyak dalam tempoh yang singkat antara tiga hingga lapan minit pada tarikh yang sama di stesen minyak yang sama.
Selain itu tiga kenderaan yang bernombor pendaftaran PED21, PBF1 dan PAF1 dilaporkan membuat penggantian tayar begitu kerap, dan siasatan audit itu juga melaporkan kesemua penggantian tayar adalah disebabkan keadaan bunga tayar yang telah haus atau tayar pecah, tayar haus sebelah, tayar tidak mencengkam dan tayar keras.
Katanya penggantian tayar yang terlalu kerap bagi tempoh tiga hingga 34 bulan dan penggunaan pada jarak perbatuan antara 1,700 kilometer hingga 21,900 kilometer untuk tiga kenderaan itu juga meragukan.
Sehubungan dengan itu, Pejabat SUK telah menetapkan setiap penggantian tayar perlu mendapat kelulusan Ketua Penolong Setiausaha (Kewangan) dan tayar yang telah digantikan akan disimpan bagi tempoh tertentu mulai 20 Mei 2009.
Secara keseluruhan didapati kebanyakan proses penyenggaraan kenderaan milik kerajaan negeri adalah tidak memuaskan dan tidak mengikut peraturan dan prosedur pejabat SUK.
"Pejabat SUK perlu mengawal perbelanjaan penyenggaraan kenderaan dengan meneliti kos pembaikan yang terlibat dan memilih pusat servis yang menawarkan harga yang munasabah supaya tujuan penjimatan dapat dicapai di samping memastikan hanya penyenggaraan yang perlu sahaja dilakukan," syor laporan itu.
SUMBER
di sini.
(
Foto Katak: Sekadar Hiasan)
Pergerakan Pemuda Umno Kelantan meminta Majlis Tertinggi (MT) parti itu membuat penilaian terperinci sebelum menerima semula kemasukan bekas Ketua Umno bahagian Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali bagi mengelak "pisang berbuat dua kali".
Setiausaha Pemuda Negeri, Bazlan Baharuddin berkata apa yang dialami oleh parti sebelum ini cukup menyedarkan apabila Anggota Parlimen Pasir Mas itu sanggup menentang calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil 2005.
"Dia sanggup tentang BN, kerana tidak terpilih (dicalonkan), pilihan raya kecil lepas sekali lagi dia tentang calon BN menggunakan lambang PAS," katanya ketika diminta mengulas kenyataan pihak tertentu yang mencadangkan Ibrahim diterima semula masuk sebagai ahli Umno.
Bazlan berkata, Ibrahim kini diawang-awang ekoran kedudukannya dipertikaikan oleh Pas kerana sering memberi reaksi negatif kepada parti itu.
Sehubungan itu beliau meminta cadangan itu diabaikan dulu sebaliknya mengajak semua pihak memberi tumpuan dalam membangunkan semula Umno.
"Saya percaya BN sudah diterima oleh masyarakat dan peluang untuk BN menang pada pilihan raya akan datang amat cerah," katanya.
SUMBER
di sini.