Saya petik:
[MK] Bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Robert Phang hari ini menasihatkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin supaya mencontohi tindakannya dan meletak jawatan apabila berdepan dengan tuduhan rasuah.
"Ketika saya berada dalam lembaga penasihat SPRM, saya telah
membangkitkan banyak penyelewengan terhadap bekas menteri besar Selangor, Datuk Dr Khir Toyo dan bekas pengerusi MAS, Tan Sri Tajudin Ramli, kemudian seorang penulis blog menuduh saya beri rasuah untuk kontrak kerajaan.
"Saya menawarkan diri untuk meletakkan jawatan daripada lembaga penasihat itu kerana SPRM perlu menjalankan siasatan."Saya tidak boleh berada dalam lembaga itu, atau orang akan kata saya cuba mempengaruhi siasatan," katanya.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibunegara hari ini, Phang berkata begitu juga yang sepatutnya dilakukan oleh Shahrizat dan Awang Adek, dengan meletak jawatan.
Katanya, kedua-dua mereka perlu berada di luar kerajaan sehingga dibersihkan daripada tuduhan tersebut, kerana kehadiran mereka boleh menjejaskan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Saya petik:
[HD] KUALA LUMPUR, 31 Dis: Dewan Pemuda PAS Selangor (DPPNS) mendakwa tulisan terbaru Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim dalam akhbar Sinar Harian semalam sebagai "cuba mengampu" untuk jadi calon pilihan raya.
Sambil membidas tulisan yang bertajuk 'Langit Terbuka' itu, ketua DPPNS, Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, ianya juga ibarat seperti pepatah Melayu “paku dulang paku serpih, mengata orang awak yang lebih”.
"Tulisan Dr. Mashitah adalah berdasarkan emosi dan sangkaan buruk terhadap PAS tanpa pemahaman sebenar konteks kenyataan dan ucapan yang dibuat.
"Tidak pernah YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengeluarkan ucapan yang mengkafirkan orang-orang Umno melainkan pemimpin-pemimpin Umnolah yang telah menjaja isu ‘takfir’ ini setiapkali musim pilihanraya," ujarnya merujuk tulisan Mashitah itu.
Hasbullah menjelaskan, ucapan Tuan Guru Presiden PAS hanyalah menjelaskan tentang batas-batas Iman dan kufur tetapi telah diselewengkan fakta oleh Umno menjadi isu kafir mengkafir.
Selain membidas presiden PAS dengan isu kafir mengkafir, Mashitah juga didakwa turut menghentam Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berhubung isu tragedi Bukit Kepong yang hangat diperkatakan sebelum ini.
"DPPNS merasakan tiada silapnya kenyataan Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad Sabu mengenai tragedi Bukit Kepong malah ianya telah membuktikan berlakunya penyelewengan fakta di dalam sejarah Malaysia oleh Umno," tegasnya.
Malah, ujarnya sehingga kini kenyataan dan ucapan pemimpin PAS adalah berdasarkan fakta dan tidak dipengaruhi oleh emosi serta sangkaan jahat kepada pihak lain.
Keadaan sama katanya tidak berlaku kepada pemimpin-pemimpin Umno yang dilihat hanya melempar tuduhan dan fitnah berdasarkan emosi dan bukan fakta.
Sambil menasihatkan Mashitah agar melihat kemungkaran pemimpin Umno, Hasbullah berkata tulisan timbalan menteri itu sepatutnya ditujukan kepada pimpinan parti yang dianggotainya itu.
"Tutur kata pemimpin Umno dan Barisan Nasional yang secara jelas menghina hukum hudud dan sunnah Nabi Muhammad sepatutnya diberi lebih perhatian oleh Al fadhilah Ustazah Dr. Mashitah daripada menghentam pemimpin pembangkang secara membuta tuli semata-mata kerana ingin mengampu dan membodek untuk menjadi calon pilihanraya.
"DPPNS menasihatkan Dr. Mashitah supaya jujur di dalam memberikan pandangan dan tulisan berdasarkan ilmu Islam yang sebenar dan bukan menjadi ‘syaitan bisu’ yang hanya pandai mengampu, membodek dan membiarkan pemimpin mereka melanggar hukum Allah Taala serta melakukan kerosakan di atas muka bumi ini," katanya.
Saya petik:
[SH] SERI ISKANDAR - Orang ramai yang mengetahui atau pernah berjumpa, wanita bernama Najwa Soib, 24, diminta untuk menghubungi polis atau warisnya kerana dia dilaporkan hilang sejak 21 Disember lalu.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan wanita itu pada 26 Disember lalu di Balai Polis Kampung Gajah.
Menurutnya, laporan itu dibuat oleh suami wanita berkenaan, Mohd Sharizal Mohd Yusof, 27, dan menurutnya kehilangan isterinya tidak diketahui puncanya.
“Suami wanita itu memberitahu, isterinya hilang pada 21 Disember dan disedarinya pada jam 8 pagi apabila dia bangun dari tidur,” katanya kepada Sinar Harian selepas majlis perhimpunan bulanan IPD Perak Tengah, semalam.
Mohamad Fakri berkata, wanita yang tinggal di Kampung Biak Pasir Salak itu bekerja sebagai guru Pasti di Kampung Gajah.
Jelasnya, pihaknya juga sudah memberitahu Ketua Polis Daerah di seluruh negeri untuk mengesan wanita tersebut.
“Sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan wanita ini boleh menghubungi Inspektor Joharizal di talian 019-5590055 ataupun suami wanita berkenaan 019-5227907.
“Kami khuatir berlaku perkara tidak diingini terhadap mangsa kerana pada masa kini banyak kes memperdagangkan manusia dilaporkan berlaku,” katanya.
Gambar hiasan
Saya petik:
[HM] GEORGETOWN: Seorang janda beranak dua dari negeri ini menjadi keldai dadah terbaru apabila dijadikan umpan untuk membawa syabu sebelum dia ditahan sepasukan polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), kelmarin.
Wanita berusia 41 tahun itu ditahan kira-kira jam 3 petang oleh sepasukan anggota polis cawangan narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya sejurus menjejakkan kaki di LTAPP.
Hasil pemeriksaan dalam beg pakaian yang dibawanya, polis menemui dadah jenis syabu seberat 3.7 kilogram (kg) dianggarkan bernilai hampir RM1 juta yang cuba diseludup wanita berkenaan.
Difahamkan, serbuan itu dilakukan susulan penahanan dua lelaki warga Nigeria berusia lingkungan 30-an di Kuala Lumpur dan seorang daripadanya dikatakan teman lelaki janda berkenaan yang cuba mengambil kesempatan menggunakannya untuk menyeludup dadah.
Siasatan juga mendapati, wanita terbabit berasal dari Pulau Pinang dan bekerja di Kuala Lumpur serta mengenali teman lelakinya itu melalui laman sosial di Internet.
Gambar hiasan
Saya petik: KUALA LIPIS: Cubaan seorang suri rumah menggantung diri, gagal apabila tergelincir ketika berdiri di atas kerusi dan akibatnya, dia kini menghadapi kesukaran bercakap selepas lehernya cedera dijerut kain.
Difahamkan, wanita berusia 29 tahun dan menetap di Kampung Baru Cina, Padang Tengku, di sini, mengambil keputusan nekad membunuh diri jam 9 malam kelmarin selepas terlalu kecewa dan sedih kerana dimarahi suami.
Bagaimanapun, cubaan ibu kepada dua anak lelaki itu menggantung dirinya pada kipas siling di rumahnya tidak menjadi apabila secara tiba-tiba, dia tergelincir daripada kerusi mengakibatkan lehernya cedera parah kerana dililit kain sari digunakannya itu.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, sebelum kejadian, suri rumah terbabit pulang lewat dari kedai runcit berdekatan dan dimarahi suaminya.
Menurutnya, siasatan awal mendapati suri rumah terbabit tidak bertengkar dengan suaminya sebaliknya hanya mendiamkan diri sambil menundukkan kepala sebelum masuk ke bilik.
Gambar mangsa
Saya petik:
[BH] BUTTERWORTH: Dua beradik diperlakukan seperti haiwan oleh bapa sendiri yang tergamak mengikat kaki mereka dengan rantai besi, mengurung mereka dalam tandas selama lebih lima jam dan membiarkan mereka kelaparan.
Dalam kejadian di rumah mereka di Taman Mawar, Raja Uda, di sini, semalam, lelaki berusia dalam lingkungan 40-an mengikat kaki kiri anak perempuannya berusia enam tahun serta anak lelakinya berusia dua tahun ketika hendak keluar bekerja kira-kira jam 3 petang.
Suspek yang bekerja di sebuah syarikat penghantaran dikatakan bertindak demikian kerana mendakwa anaknya nakal dan tiada siapa hendak menjaga mereka ketika dia keluar bekerja.
Suspek dikatakan sudah berpisah dengan isterinya yang dipercayai warga Thailand yang bertindak keluar rumah sejak sebulan lalu.
Ketika diselamatkan kira-kira jam 8.40 malam, dua beradik itu yang hanya berbaju dan berseluar dalam, berada dalam keadaan amat menyedihkan.
Suspek yang pulang ketika dua kanak-kanak itu diselamatkan, ditahan polis bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara (SPU), Asisten Komisioner Zulkifli Alias, berkata kejadian itu disedari jiran yang terdengar jeritan kanak-kanak terbabit meminta tolong supaya dilepaskan.
"Jiran terbabit terus menghubungipolis kira-kira jam 8 malam dan sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian bersama-sama pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menyelamatkan dua beradik itu," katanya.
P/s: Gila!!
Saya petik:
Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang dan 439 ahli keluar parti
[MK] Dalam satu tindakan yang mengejutkan malam tadi, Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, Eng Hiap Boon meletak jawatan daripada semua jawatan parti, kerana mendakwa kecewa dengan kepimpinan MCA.
Eng (kanan) berkata 439 ahli juga turut keluar parti bersama-sama dengan dia, mengakibatkan dua MCA cawangan di negeri itu dibubarkan.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di George Town malam tadi, Eng berkata, beliau dan rakan-rakan seperjuangannya amat kecewa dengan pemimpin parti yang menurutnya sedang berdepan dengan isu moral dan tidak beretika dalam kepimpinan mereka.
Perbalahan dalaman parti, tambahnya, semakin buruk dan para pemimpin pula didakwanya enggan melibatkan diri dengan akar umbi atau berkhidmat kepada rakyat secara ikhlas.
Eng dikenali sebagai "penyokong tegar" bekas presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, tetapi tegasnya, tindakannya itu adalah keputusannya sendiri.
Katanya, beliau juga difahamkan bahawa kira-kira 500 ahli parti dari Johor mungkin turut keluar MCA pada masa yang sama (malam tadi), mengakibatkan pembubaran lima cawangan parti itu.
Eng berkata, beliau tidak tahu bila badai itu akan berhenti, tetapi menegaskan bahawa kepimpinan MCA perlu melakukan muhasabah diri.
P/s: Ini orang sudah tarak Mau Cari Angpau lagi ka? kah kah kah...
RAGUT NYAWA...mesin pengisar tandan kelapa sawit yang meragut nyawa Suhaimi.
Saya petik:
[HM] TAIPING: “Saya tak sanggup lihat mayatnya yang berkecai. Muka dan semua tubuhnya termasuk tulang hancur, malah tempurung kepala juga pecah,” kata rakan Suhaimi Mohammad Ariffin, 36, yang maut dalam keadaan ngeri selepas tergelincir ke dalam mesin pengisar tandan kelapa sawit, semalam.
Rakan mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 32, berkata kejadian berlaku pada jam 10.20 pagi di kilang kelapa sawit di Kampung Padang Gajah di sini, ketika mangsa melakukan tugas mencuci sisa tandan kelapa sawit pada mesin pengisar berkenaan.
Menurutnya, ketika kejadian dia berada tidak jauh dari mesin itu sebelum terdengar bunyi kecoh di kawasan mangsa bertugas.
Sejurus bergegas ke situ, Ahmad mendapati empat pekerja warga Nepal sedang mengerumuni mesin pengisar itu yang berfungsi mengasingkan tandan dan buah kelapa sawit sambil memberitahu mangsa terperosok di dalamnya.
“Ketika itu baru saya sedar Suhaimi sudah tidak bernyawa serta bermandi darah di dalam mesin berkenaan. Saya pelik bagaimana kejadian itu boleh berlaku kerana biasanya suis mesin akan ditutup ketika kerja mencuci dilakukan,” katanya.
P/s: Innalillahi wainna ilahi raajiuun...
Saya petik:
[BH] BANGKOK: Pengeluar kereta Jepun, Honda memusnahkan 1,055 kenderaannya di Thailand untuk memastikan kepada pelanggannya bahawa tiada kenderaan yang rosak dalam kejadian banjir di negara ini baru-baru ini dijual semula di pasaran.
Proses memusnahkan kenderaan terbabit di kilang Honda di wilayah tengah Ayuttaya mulai semalam dijangka mengambil masa sebulan, menurut kenyataan Honda.
Kebanyakan kereta terbabit yang akan dimusnahkan adalah kereta City kategori ‘sedan’ dan Brio serta Jazz ‘hatchback’. Pengeluaran di kilang terbabit masih belum diteruskan semula.
Laporan dari Thailand menyatakan, sebanyak 353 Honda City dimusnahkan, 217 jenis Brio, 213 Jazz, 150 Civic, 91 Accord, 30 CRV dan sebuah Freed.
Kilang kenderaan itu terletak di Rojana Industrial Park yang teruk dilanda banjir awal Oktober lalu memaksanya menangguhkan pengeluaran kenderaan. Gambar yang diambil dari udara menunjukkan beratus-ratus kereta baru terbenam dalam air berlumpur.
“Ketika kami mampu untuk menempatkan kebanyakan kereta baru yang menunggu penghantaran ke satu kawasan selamat, sebanyak 1,055 kenderaan masih berada di loji berkenaan yang akhirnya musnah dalam banjir,” kata Pitak Pruittisarikorn, naib presiden eksekutif Honda Automobile Thailand. – AFP
Gambar hiasan
Dalam masa sepuluh tahun, negara kita telah kehilangan lebih daripada RM1.0 trilion akibat daripada pelbagai jenis dan bentuk penyelewengan demi penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).
Skandal dalam National Feedlot Corporation (NFC) yang melibatkan kerugian RM250 milion baru-baru ini adalah merupakan titik pemulaan bagi pendedahan skandal-skandal yang seterusnya di dalam kerajaan BN.
Malah kita semua telahpun bersedia menghadapi satu lagi pendedahan skandal penyelewengan kewangan kerajaan yang boleh dikatakan amat besar juga jumlahnya.
Skandal pada kali ini bakal melibatkan kos berlebihan yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan di dalam pembelian enam buah kapal peronda daripada Bouestead Naval Shipyard Sdn Bhd yang bernilai RM1.0 billion sebuah pada permulaannya.
Kos pembelian dan pembuatan kapal-kapal peronda tersebut kini telah meningkat secara mendadak kepada jumlah yang amat diragui sekali, iaitu RM3.0 bilion sebuah. Bagaimanakah Bouestead Naval Shipyard Sdn Bhd ini boleh terlibat di dalam urusan-urusan dan kerja-kerja pembinaan kapal peronda untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)?
Siapakah Bouestead Naval Shipyard ini sebenarnya?
Kos kontrak yang meningkat
Kontraktor asal yang telah dipilih untuk membina generasi kapal-kapal perang Malaysia yang pertama adalah PSC-Naval Dockyard Sdn Bhd yang dimiliki oleh Datuk Amin Shah Omar Shah bersama dengan adik-beradiknya. Datuk Amin adalah jutawan yang terkenal dan rakan karib bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin. Ianya berlaku sewaktu era pemerintahan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sewaktu program pengswastaan negara dalam tahum 1990an yang diperkenalkan oleh Dr Mahathir, Datuk Amin adalah merupakan salah satu daripada sebilangan kecil usahawan bumiputra yang telah dipilih untuk mengambil-alih beberapa syarikat-syarikat dan kerja-kerja milik kerajaan. Salah satu daripada kontrak yang berjaya diperoleh Datuk Amin adalah operasi Naval Dockyard di Lumut, Perak
Pada tahun 1995, kerajaan telah mengswastakan Naval Dockyard di Lumut, Perak dan kontrak kerja-kerja pengendalian tersebut diberikan kepada PSCI Industries Bhd (PSCI) dengan pembayaran upah sebanyak RM300 milion. Datuk Amin yang mempnyai kepentingan terbesar di dalam kontrak ini dan projek tersebut kemudiannya dinamakan sebagai PSC-Naval Dockyard Sdn Bhd.
Dalam tahun 1997 pula, PSC-Naval Dockyard dianugerahkan kontrak untuk membina 27 buah kapal-kapal perang untuk kegunaan TLDM dengan nilai berjumlah RM24 bilion. Suatu projek yang amat besar sekali, buat pertama kali diberikan kepada sebuah syarikat swasta untuk dikendalikannya.
Pada pertengahan tahun 2007, hanya 2 daripada 27 buah kapal perang telah siap dipasang dan diserahkan kepada TLDM. Akan tetapi kedua-dua buah kapal perang buatan PSC-Naval Dockyard tersebut gagal dalam semua siri ujian kelayakan bagi membolehkannya untuk beroperasi.
Terdapat lebih daripada 298 jenis aduan teknikal mengenai ketidakberkesanan ke atas kedua-dua buah kapal perang tersebut, di mana ianya juga merangkumi di antara 100 dan 383 jenis peralatan yang tidak lengkap dan ada kalanya langsung tidak ada.
Kos asal RM5.35 bilion bagi kontrak tersebut telah meningkat dengan mendadak kepada RM6.75 bilion menjelang Januari 2007.
Dokumen dan baucar bayaran tidak wujud
Di dalam laporan juru audit negara yang telah dikemukakan di dalam parlimen sebelum ini, Kementerian Pertahanan dilaporkan telah membayar RM4.26 bilion kepada PSC-Naval Dockyard sehingga Disember 2006 walaupun hanya kerja-kerja siap bernilai RM2.87 bilion telah dicatatkan, yang bermakna kementerian tersebut telah terlebih bayar sebanyak RM1.39 bilion atau terlebih 48 peratus pembayaran.
Malah jemaah menteri juga telah meluluskan pemansuhan penalti kelewatan kerja terhadap PSC-Naval Dockyard sebanyak RM214 milion.
Menurut laporan juru audit negara yang sama, terdapat lebih daripada 14 pembayaran susulan berjumlah lebih daripada RM943 milion telah dibuat kepada PSC-Naval Dockyard sejak daripada Disember 1999 lagi, tetapi tidak mempnyai sebarang baucar bayaran ataupun dokumen-dokumen yang berkaitan.
Bolehkah kerajaan BN menjelaskan bertapa seriusnya penyelewengan tersebut dan bagaimana pembayaran tersebut boleh dilakukan tanpa sebarang kelulusan dan dokumen yang sah dan siapakah yang meluluskan pembayaran tersebut secara membabi buta atapun adakah ianya disengajakan, sementara kerja-kerja tersebut masih belum disempurnakan dengan sepenuhnya?
Laporan juru audit negara itu juga telah mengesahkan bahawa urusan tersebut adalah suatu siri penyelewengan kewangan yang serius dan pengesahan bahawa PSC-Naval Dockyard langsung tidak mempunyai sebarang pengalaman dan kepakaran dalam pembinaan kapal perang kecuali pembuatan bot pukal dan bot-bot peronda polis yang kecil.
Amat hairanlah, sehingga kini masih tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab ke atas penyelewengan dan kerugian berjuta-juta Ringgit walaupun laporan audit tersebut telahpun dikeluarkan kepada umum.
Malaysia Chronicle
Saya petik:
[SH] KANGAR - Tindakan seorang ahli politik duduk bergelap dalam kereta bersama isteri orang, mengundang padah, apabila gelagat mereka disedari sekumpulan ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang kemudian memanggil imam kampung, sebelum pasangan itu ditahan kerana disyaki berkhalwat.
Kejadian berlaku pada jam 1.26 pagi berdekatan resort di Sungai Batu Pahat, di sini, 24 Disember lalu.
Menurut sumber daripada Jabatan Agama Islam Negeri Perlis (Jaips), ahli politik berusia 35 tahun dan sudah berkeluarga, ditahan bersama pasangannya berusia 30 tahun dalam kereta Proton Wira, berhampiran semak-samun.
Menurutnya, kelibat pasangan itu pada awalnya disedari sekumpulan ahli SRS Kampung Sungai Baru, Sungai Batu Pahat sebelum imam kampung dipanggil untuk menyoal siasat pasangan berkenaan.
“Mereka kemudian ditahan selepas gagal menunjuk-kan dokumen sebagai bukti hubungan mahram atau suami isteri sebelum diserahkan kepada Jaips untuk tindakan selanjutnya.
“Laporan ke atas kedua-dua pasangan itu turut dibuat di Balai Polis Kangar sebelum dijamin oleh keluarga masing-masing,” katanya di pejabat Jaips di sini, semalam.
Menurut sumber itu lagi, ahli politik berkenaan dan pasangannya hadir ke pejabat Jaips semalam, untuk memberikan keterangan selama sejam.
“Keterangan tertuduh mula diambil oleh pegawai Jaips pada 9.45 pagi dan berakhir 10.45 pagi, dimulakan dengan tertuduh lelaki diikuti dengan pasangannya.
“Buat masa ini, Jaips memutuskan 18 Januari 2012 sebagai tarikh permohonan agar kes ini dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah Kangar, memandangkan kami masih menunggu keterangan saksi yang menahan pasangan itu termasuk imam masjid,” katanya.
Jurucakap itu berkata, pasangan berkenaan ditahan dan didakwa bawah Seksyen 9(1)(2), Enakmen Jenayah Dalam Syarak Perlis, 1991 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Saya petik:
[SH] KOTA BHARU - Hasrat sepasang kekasih untuk melampiaskan gelora nafsu serakah mereka di dalam bilik mandi sebuah masjid di sini kelmarin tidak kesampaian apabila dicekup oleh penduduk kampung.
Perbuatan terkutuk pasangan belasan tahun tersebut untuk memadu asmara berjaya dikesan oleh jemaah sebuah masjid di Kampung Pasir Tumboh, dekat sini setelah menyedari terdapat motosikal diletakkan di pekarangan kawasan tersebut.
Seorang penduduk yang dikenali dengan panggilan Pok Cik Ya berusia 60-an memberitahu, kira-kira jam 4.20 petang dia melihat terdapat seorang remaja perempuan yang berbaju kurung memasuki bilik mandi bersebelahan dengan tandas wanita.
Menurutnya, sejurus itu terdapat seorang lelaki memasuki bilik sama dan dia terus memaklumkan kepada jemaah masjid yang bersiap sedia untuk mengerjakan solat Asar berhubung kelakuan mencurigakan itu.
“Selepas beberapa minit berada di dalam bilik mandi, sekumpulan jemaah bertindak mengetuk pintu tetapi pasangan terbabit enggan membukanya.
“Beberapa minit kemudian pasangan terbabit membuka pintu tersebut dan remaja lelaki tadi keluar lalu melarikan diri, dengan meninggalkan teman wanitanya yang kemudiannya menyusul keluar dengan berpakaian lengkap,” katanya ketika ditemui di masjid tersebut semalam.
Bagaimanapun katanya, lelaki terbabit yang cuba melarikan diri dari masjid itu berjaya ditahan semula oleh penduduk kampung kira-kira 200 meter dari masjid tersebut.
”Dengan kerjasama penduduk kampung dan jemaah masjid berkenaan, kita menahan pasangan terbabit dan pada masa sama kita menghubungi keluarga masing-masing untuk tindakan lanjut,” katanya.
Dia berkata, sejurus kemudian, keluarga pasangan terbabit datang ke tempat kejadian untuk berbincang sebelum membawa pulang ke rumah masing-masing.
Katanya, pasangan terbabit dipercayai bukan penduduk di kawasan berkenaan tetapi perbuatan keji itu mengejut jemaah masjid dan penduduk kampung apabila terserempak mereka melakukan perbuatan maksiat di dalam bilik mandi yang terletak di dalam kawasan masjid.
Menurutnya, kelakuan pasangan terbabit telah mengaibkan orang Islam kerana menggunakan kawasan masjid melakukan maksiat dan remaja sekarang sudah tidak mempunyai perasaan malu serta takut untuk melakukan perbuatan terkutuk di masjid.
Katanya, sepanjang tinggal di kampung ini, tidak pernah berlaku kejadian seperti ini dan penduduk terkejut apabila ia dilakukan penduduk bukan tempatan.
P/s: Nafsu serakah tidak mengira tempat. Kalau syaitan sudah menguasai diri, dalam masjid pun dilakukannya...
Inilah dia Panglima Ludah Ptui...
[MK] Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengulangi kenyataan perdana menteri bahawa menteri kontroversi Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak ada menyerahkan surat peletakan jawatan.
Ketika ditanya pemberita di Shah Alam hari ini, Muhyiddin hanya menjawab: "Tak ada."
Terdapat spekulasi hangat bahawa kabinet minggu lalu menerima peletakan jawatan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.
Ia mula tersebar apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggeledah (atas) pejabat Perbadanan Fidlot Kebangsaan di Solaris Mont Kiara pada Jumaat.
Saya petik:
[MK] Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau sedang menyiasat dakwaan bahawa setiausaha sulitnya ada menerima sogokan.
Bercakap kepada pemberita di Shah Alam hari ini, Muhyiddin bagaimanapun berkata beliau tidak tahu menahu berhubung sebarang salah laku tetapi berjanji akan melihatnya secara mendalam.
"Saya hanya membacanya di blog. Saya, apa-apa pun akan teliti perkara ini.
"Kalau apa-apa pun perkara berkaitan dengan sesiapa pun, dengan jabatan saya pun, saya akan kaji," katanya.
Beliau mengulas dakwaan seorang penulis blog Whistleblower 771 bahawa setiausaha sulit kanannya Mohd Shukor Abdul Manan (gambar) menerima lebih daripada RM100,000 sebulan.
Turut didakwa terlibat setiausaha sulit Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Husin.
Awang bagaimanapun menafikan berlakunya salah laku sebaliknya dana berkenaan untuk menggerakkan program kebajikan.
Saya petik:
[SH] GEORGETOWN - Seorang remaja perempuan menggunakan alasan sakit kepala ketika dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP).
Dia dicekup akibat berkelakuan tidak sopan di tempat awam dengan baring di atas paha teman lelakinya.
“Kami tidak buat apa-apa ustaz, saya hanya baring di pahanya kerana sakit kepala,” katanya memberi alasan ketika ditanya penguat kuasa.
Kedua-duanya yang berusia lingkungan 20-an itu dicekup ketika bermesra-mesraan di sebuah hentian rehat di negeri ini.
Ketika menjalankan pemeriksaan, mendapati kereta pasangan berkenaan diletakkan di bahagian bahu jalan dengan keadaan yang agak gelap walaupun terdapat lampu beberapa meter dari kawasan itu.
Agak lama juga kenderaan JAIPP berada bersebelahan dengan kereta itu bagi memerhatikan gelagat pasangan muda berkenaan.
Lebih teruk apabila sebuah lagi kereta yang dimiliki sepasang kekasih lain berada di hadapan kereta pasangan yang dicekup JAIPP itu masih tidak berganjak walaupun terlihat anggota penguat kuasa membuat pemeriksaan.
Lelaki yang ditahan JAIPP itu turut memberikan alasan duduk di tempat yang cerah bukannya gelap gelita.
Namun, penguat kuasa memberitahu ia tetap satu kesalahan kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang.
Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Kedua-dua remaja itu turut diarahkan keluar dari kenderaan mereka bagi membuat pemeriksaan.
Hairannya setelah ditanya kali kedua, si gadis menafikan pula dia sakit kepala sehingga ditegur penguat kuasa kerana memberikan kenyataan berbeza.
Si lelaki yang bekerja sebagai pemandu lori berkata, dia sudah bertunang dengan teman wanitanya itu.
“Saya sudah bertunang dan sedang merancang untuk berkahwin,” katanya.
Namun, Ketua Operasi dan Penguat kuasa JAIPP, Khairul Azman Azizan menasihatkan supaya kedua-duanya segera melangsungkan pernikahan bagi mengelakkan sebarang perkara maksiat.
“Jika sekarang sudah bertunang, cepat-cepatlah melangsungkan perkara yang wajib bagi mengelak maksiat,” katanya.
Gambar hiasan
Saya petik:
[HM] ALOR SETAR: Seorang isteri sanggup menipu suaminya dengan menyatakan dia pulang ke kampung sempena cuti Krismas kelmarin, namun sebaliknya mengikut seorang lelaki warga Bangladesh untuk berasmara di sebuah hotel di Shahab Perdana sebelum dicekup berkhalwat.
Wanita berusia 49 tahun berasal dari Pulau Pinang dipercayai sudah mengenali pasangannya berusia 44 tahun itu yang bekerja di sebuah kilang di pulau berkenaan.
Bagaimanapun, perbuatan mereka dikesan ketika operasi khas sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) yang membuat pemeriksaan di hotel murah berkenaan jam 12.20 tengah malam.
Ketua Operasi Jaik, Mat Nasir Md Dali berkata, selepas pintu diketuk dan diberi salam, seorang wanita yang hanya berkemban kain batik membuka pintu terkejut sebelum merayu sambil meminta maaf berulang-kali ketika anggota mahu melakukan pemeriksaan.
Menurutnya, disebabkan curiga dengan perbuatan wanita itu, anggotanya kemudian memeriksa bilik berkenaan dan menemui seorang lelaki warga Bangladesh sedang tidur di tepi katil dengan memakai seluar pendek paras paha dan bersinglet.
“Hasil soal siasat mendapati pasangan berkenaan bukan suami isteri kerana wanita terbabit mengaku lelaki itu hanya rakannya yang datang dari Pulau Pinang dan menyewa di bilik hotel untuk bertemu.
“Wanita yang mempunyai anak lelaki tunggal berusia 23 tahun itu mengaku masih bersuami dan menipu suaminya yang dia pulang ke kampung, tetapi tidak menyangka dicekup berkhalwat, “ katanya.
Pasangan itu mendakwa datang ke bandar raya ini dengan menaiki bas sebelum menyewa di bilik hotel murah.
|