Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

[VIDEO] Ceramah DNA Anwar panaskan telinga Najib Rosmah!!

Label:

Malu bila pemimpin MELAYU Islam jadi dalang video seks

Label:

"Saya berasa seolah-olah berada di negara lain. Tak tahu kenapa pemimpin berbangsa Melayu dan beragama Islam seperti menjadi individu tidak bermoral"
- Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

Apa nak jadi dengan Melayu Islam?

Yang jadi tayang video seks di Carcosa Sri Negara pun Melayu... 
Yang tukang fitnah pun Melayu...
Yang letupkan orang pun Melayu...
Yang meraba punggung pelayan perempuan pun Melayu...
Yang makan rasuah bagi makan anak bini pun Melayu...
Yang kena tangkap basah di Pelabuhan Dickson pun Melayu....
Yang rogol gadis bawah umur pun Melayu...
Yang kaki botol pun Melayu...
Yang berzina pun Melayu...
Yang buang bayi pun Melayu...
Yang tipu Melayu pun Melayu...

Usaha men"JANTAN"kan mak nyah....

Label:

MENARIK..aktiviti lasak yang diatur untuk golongan mak nyah kembali menjadi lelaki sejati

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Dua puluh tahun dahinya tidak pernah mencecah sejadah dan kehidupan dipenuhi maksiat, namun program khas anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) baru-baru ini membuka pintu hati seorang mak nyah untuk bertaubat dengan harapan mampu kembali menjadi lelaki normal.

“Hampir 20 tahun saya tidak pernah menunaikan solat, menyebabkan cara wuduk dan banyak bacaan dalam sembahyang saya terlupa.

“Selepas menyertai kursus ini, saya semakin insaf terhadap kesilapan lampau dan banyak mempelajari ilmu agama untuk memulakan hidup baru sebagai lelaki sejati,” katanya hanya mahu dikenali sebagai Shasa, 35.

Menurutnya, biarpun sekian lama menjalani hidup sebagai mak nyah dengan penampilan lebih 95 peratus seperti perempuan, namun jauh di sudut hati dia sedar tidak boleh meneruskan kehidupan sebegitu hingga ke akhir hayat.
“Sebelum ini, niat untuk berubah memang ada kerana saya memang menyimpan hasrat untuk mati sebagai lelaki Islam.

“Sebab itulah bila dapat tahu Jakim menganjurkan program seperti ini, saya tidak melepaskan peluang untuk menyertainya kerana saya memang ingin meninggalkan kehidupan sebagai mak nyah yang penuh dengan dosa,” katanya.

Rakannya yang hanya mahu dikenali sebagai Sayang, 30, pula berkata, dia baru menjalani pembedahan implan payudara, namun secara tiba-tiba terbuka pintu hati untuk menyertai 16 `rakan sejenisnya’ dalam program pemulihan itu.

“Saya baru beberapa hari pulang ke tanah air selepas melakukan pembedahan implan payudara dan hidung di Thailand, namun saya terpanggil untuk menyertai program ini apabila mengetahuinya melalui kawan-kawan.

“Saya sendiri tidak pasti mengapa membuat keputusan ini. Mungkin Allah membuka pintu hati untuk saya kembali ke pangkal jalan dan bersyukur di atas hidayah-Nya,” katanya.

Menurutnya, selepas menjalani pengisian program anjuran Jakim itu, hatinya begitu tersentuh dan insaf terhadap perjalanan hidupnya selama ini jauh terpesong daripada landasan Islam.

Program selama tiga hari di sebuah lokasi rahsia di Jelebu, Negeri Sembilan itu dihadiri 17 mak nyah dan ia diisi dengan pelbagai aktiviti termasuk kuliah agama, kaunseling, latihan lasak serta bimbingan kerjaya supaya mereka dapat kembali ke pangkuan masyarakat dan hidup sebagai lelaki normal.

Ketua Penolong Pengarah Sosial Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti Jakim, Zakuan Sawai berkata, program itu diatur rapi sejak dua bulan lalu dan ia dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Aids Malaysia serta Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

“Program ini bertujuan mendekati golongan mak nyah yang sering dianggap jelik oleh masyarakat dan mengubah persepsi umum terhadap jabatan agama yang dianggap hanya cenderung menahan mereka apabila melakukan maksiat.

“Dengan terlaksananya program ini, ia membuktikan jabatan agama sebenarnya turut bertanggungjawab membimbing mak nyah supaya mereka kembali ke pangkal jalan,” katanya.

Zakuan berkata, dalam program itu pihaknya sama sekali tidak memaksa mak nyah terbabit mengubah penampilan atau bertaubat, sebaliknya mereka dididik secara lembut dan tersirat melalui pelbagai program yang menyeronokkan.

“Ia lebih kepada dakwah secara halus. Malah, kami juga tidak memaksa mereka mengerjakan solat atau mengikut sesi tazkirah kerana kami mahu mereka melakukannya dengan sukarela atas keikhlasan hati masing-masing,” katanya.

Menurutnya, selain memberi didikan rohani, mak nyah terbabit turut diberi bimbingan kerjaya dengan mendedahkan mereka mengenai peluang pekerjaan dalam sektor perkilangan dan perhotelan yang diatur dengan bantuan Pusat Giat Mara.

“Selain itu, program ini juga diharap dapat mengurangkan penularan penyakit Aids serta penyalahgunaan dadah,” katanya yang berharap aktiviti itu menarik lebih ramai penyertaan golongan mak nyah untuk ia diadakan lagi pada masa depan.

[VIDEO] Ceramah DNA: FRU dimaki hamun...kah kah kah

Label:

Ceramah DNA (Datuk Najib Altantuya) diganggu polis, dua ditahan malam tadi

Antara ribuan yang hadir pada program pelancaran kempen DNA: Datuk Najib-Altantuya

Saya petik:
[MK] Dua anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) ditahan polis dan kekecohan berlaku semasa ceramah ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Gombak malam ini.
NONEKira-kira 10 anggota polis bertindak untuk menghalang ketua umum
PKR itu daripada berucap lebih daripada 15 minit yang dibenarkan.

Anwar ketika itu sedang berucap di majlis pelancaran kempen DNA (Datuk Najib Altantuya) yang dihadiri kira-kira 1,500 orang, kebanyakannya penyokong PKR.Hadirin tidak puashati dengan arahan supaya Anwar berhenti berucap, dan keadaan menjadi kecoh. Kerusi, botol air, bata dan kayu kelihatan dibaling ke arah anggota polis anti-rusuhan.

Pada satu ketika, apabila anggota polis menghampiri pentas, para penyokong mula berkumpul di situ dan enggan memberi laluan.

NONEAnggota Unit simpanan persekutuan (FRU) kemudiannya terpaksa
menggunakan perisai untuk menolak mereka yang menutup laluan.

Bagaimanapun , Anwar dan timbalannya Azmin Ali, yang juga ahli parlimen Gombak, dibawa beredar dari pentas, tetapi orang ramai yang kelihatan marah tetap berkumpul di situ.

Anggota polis akhirnya terpaksa berundur apabila hadirin menjadi agresif.

NONEKetua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin berkata tiga orang yang ditahan ialah Maslan Abdul Raus dan seorang lagi hanya dikenali sebagai Helmi, dan seorang lagi tidak dikenali, dan masing-masing dibawa ke balai polis Hulu Kelang dan ibupejabat polis Ampang.

Anwar, yang menghadiri satu lagi majlis makan malam PKR di Kuala Selangor, tiba 30 minit sebelum kekecohan itu berlaku.

Para hadirin berdiri menyambut ketibaan beliau kerana mereka mahu mendengar penjelasannya ekoran pendedahan terbaru video seks yang dikaitan dengannya.

Gadis ini DICEKUP hanya berseluar dalam!!

Label:

Saya petik:
[SH] KULIM - Seorang isteri beranak dua ditangkap dalam keadaan separuh bogel bersama teman lelakinya di sebuah rumah teres dekat sini kira-kira jam 12.30 pagi kelmarin.

Ketika serbuan dibuat, perempuan berkenaan hanya memakai seluar dalam dan berbaju singlet manakala pasangan lelaki berseluar pendek dan tidak berbaju.

Menurut jurucakap Penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) berkata, PADK menerima maklumat daripada orang ramai kira-kira jam 11.30 malam dan sampai ke tempat kejadian kira-kira jam 12 pagi bersama empat anggota.

Katanya, sebelum membuat serbuan, PADK mengepung rumah itu untuk memastikan pasangan berkenaan tidak melarikan diri.

“Pasangan kekasih terlibat berusia 20-an dan bekerja di Kulim Hi Tech. Ketika serbuan dibuat, pintu pagar dan pintu rumah tidak berkunci. Apabila membuka pintu, PADK mendapati pasangan itu sedang berbaring di ruang tamu dan badan mereka ditutup dengan selimut.

“Dari siasatan dijalankan, perempuan itu sudah berkahwin dan mempunyai dua anak. Suaminya sedang menjalani hukuman penjara. Pasangan perempuan mengaku mengajak teman lelakinya datang ke rumahnya dan pernah melakukan hubungan seks sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, PADK kemudiannya mengarahkan perempuan dan lelaki itu untuk memakai pakaian sebelum dibawa ke Balai Polis Polis Sungai Kob untuk membuat laporan tangkapan terhadap diri mereka.

Pasangan perempuan kemudiannya di tahan di lokap Balai Polis Lunas manakala teman lelakinya di tahan di lokap Balai Polis Kulim.

Mereka akan di siasat dibawah seksyen 9(1)(2) Enekman Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988 dan jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Hubungan seks lebih 25 kali

CHUKAI – Disangkakan demam panas, rupa-rupanya sakit mahu bersalin.

[SH] Itulah hakikat pahit yang terpaksa ditelan seorang bapa yang hanya mengetahui anak gadisnya sarat mengandung dan cuma menunggu saat untuk melahirkan bayi ketika menghantar anaknya itu ke hospital bagi mendapatkan rawatan kerana suhu badannya panas.

Hati bapa mana yang tidak hancur apabila mengetahui berita berkenaan daripada doktor, apatah lagi si anak gadis masih di bawah umur.

Bagaimanapun, demi maruah, bapa berkenaan nekad membuat laporan polis di Balai Polis Chukai, di sini, Selasa lalu.

Meskipun sudah sarat mengandung, namun ‘perut membusung’ gadis itu yang dikatakan tidak kelihatan menyebabkan bapa terbabit dan ahli keluarga lain tidak menyedari anaknya itu mengandung luar nikah.

Sinar Harian difahamkan, pada hari sama bapa berkenaan membuat laporan polis, anak gadisnya yang ditahan di wad juga telah selamat bersalin di Hospital Kemaman.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat yang mengesahkan kes itu berkata, suspek bagi kes berkenaan adalah teman lelaki mangsa sendiri.

“Suspek berumur 19 tahun dan berasal dari Bukit Kelulut, Marang. Sekarang kita sedang mengesan suspek.

“Berdasarkan soal siasat awal juga, mangsa yang sudah tidak bersekolah turut mengakui telah melakukan hubungan seks lebih daripada 25 kali bersama teman lelakinya itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Sehubungan itu, katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati ibu bapa agar sentiasa mengawal pergaulan anak-anak bagi mengelakkan mereka terlalu bebas seterusnya mengelakkan kejadian seumpama itu berlaku.

VIDEO seks gagal. Pelakon, pengarah dimaki hamun!!!

Label:

(Gambar hiasan)

Sumber: SuaraMerdeka

Kah kah kah...

Zaid juga tonton video seks itu tetapi tidak video seks Chua Soi Lek!!

Label:

Saya petik:

[SH] SHAH ALAM - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mengakui beliau juga telah menonton video seks yang didakwa melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

Menurutnya, berdasarkan apa yang ditontonnya beberapa persoalan mesti dijawab, sebaik-baiknya oleh sebuah badan bebas.

“Ketulenan video berkenaan mesti ditentukan.

“Memandangkan rasa skeptikal terhadap institusi sendiri, makmal forensik dan pakar di negara ini, biar kita minta panel antarabangsa bebas yang terdiri daripada pakar dari Scotland Yard, badan penyiasat dan polis berkuda Kanada, bersama-sama polis di negara ini bagi mengesahkan sama ada pita itu tulen atau palsu,” katanya dalam blognya, http://zaiduntukrakyat.com.

Zaid, yang juga Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), bagaimanapun, tidak menyatakan bagaimana beliau memperolehi seks video berkenaan.

Kedai popular hidang kopi bercampur gelatin BABI

Label:

Patutlah orang Islam semakin hari semakin teruk moralnya. Rupa-rupanya sudah termakan najis mughallazah ini. Kalau sudah termakan, banyak-banyakkan beristighfar kepada Allah. Supaya mental dan fizikal kita sentiasa bersih dan sihat, pastikan makanan dan minuman kita halal dan berkat. Janganlah tahu sumbat dalam mulut sahaja....

Dalam isu ini, Jabatan Agama Islam Johor sepatutnya mendedahkan kepada umum pengeluar kopi tersebut supaya umat Islam tidak terus meminumnya.

Saya petik:

[HM] JOHOR BAHRU: Sebuah kedai kopi popular di negeri ini yang beroperasi sejak kira-kira 70 tahun lalu dan dikunjungi lebih 80 peratus pelanggan beragama Islam rupa-rupanya menghidangkan kopi bercampur gelatin babi.
Perkara menjijikkan itu terbongkar selepas Jabatan Agama Johor (JAJ) menjalankan pemeriksaan terhadap premis itu berikutan aduan orang ramai.
Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman yang dihubungi Harian Metro turut mengesahkan memang ada gelatin babi dalam serbuk kopi disediakan di kedai berkenaan.

“Sampel serbuk kopi dari premis itu diambil untuk dianalisis Jabatan Kimia Johor dan hasilnya, ia positif gelatin babi.
“Semua itu dilakukan selepas kami mendapat banyak aduan daripada orang ramai. Pemeriksaan dijalankan baru-baru ini oleh JAJ serta Jabatan Kesihatan Negeri Johor,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Bagaimanapun, kata Zainal, pihaknya tidak boleh mengambil tindakan terhadap pengusaha terbabit melainkan menasihati peniaga supaya memastikan produk mereka halal serta mendapatkan sijil halal.

“Pelanggan beragama Islam perlu berwaspada dalam memilih lokasi untuk menjamu selera, pastikan premis berkaitan mempunyai logo halal,” katanya.

Difahamkan, pengusaha premis terbabit akan hadir ke pejabat JAJ, hari ini. Selain di Johor, kedai kopi itu dikatakan turut memiliki cawangan di Lembah Klang.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor, Abdul Hamid Abu Bakar berkata, pihaknya menghantar lima pegawai ke premis terbabit, kelmarin.

“Selepas menerima aduan menerusi SMS, kami melakukan pemeriksaan di premis itu dan mendapati memang tiada tanda logo halal dipamerkan di situ.

“Berikutan itu, kami tidak boleh mengambil tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 ke atas mereka,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Abdul Hamid, jika premis terbabit memaparkan logo halal, pihaknya boleh mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang berkenaan.

Sehubungan itu, menasihatkan pelanggan beragama Islam supaya berhati-hati memilih lokasi untuk menjamu selera.

“Sepatutnya orang Islam memastikan tanda logo halal sebelum memasuki sesuatu premis itu kerana dalam kes ini, tiada langsung logo berkenaan dipamerkan tapi pengguna Islam masih ke situ untuk menjamu selera.

“Pada masa sama, pengusaha terbabit juga perlu lebih bertanggungjawab kerana premis perniagaan mereka sering dikunjungi pelanggan beragama Islam,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Persatuan Pengguna Bumiputera Johor Bahru berkata, pihaknya akan mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan pengusaha premis terbabit secepat mungkin dan menasihati pengusaha berkenaan supaya mempamerkan kandungan minuman dan makanan kepada pelanggan.

“Kami menerima banyak aduan dan pertanyaan daripada orang ramai yang bimbang selepas melihat sebaran berkaitan isu berkenaan di Internet dan laman web sosial,” katanya.
(Gambar hiasan)

[VIDEO] Gadis ini cuba BUNUH DIRI di KB Mall

Label:

Pemimpin kita duk sibuk buat fitnah video seks, budak ini pula "cuba-cuba" untuk matikan diri kerana "kecewa" dalam bercinta...Apa nak jadi dengan manusia akhir zaman ini!!!

Apa-apapun, tahniah buat abang bomba!!! Aksi yang mengagumkan penonton!!

Saya petik:

Orang ramai bantu mangsa cuba bunuh diri

[BH] KOTA BHARU: Tindakan pantas orang awam menyediakan tilam berjaya menyelamat seorang gadis yang terjatuh dari tingkat tiga bangunan kompleks beli-belah KB Mall setinggi 30 meter, petang semalam.

Mangsa berusia 20-an yang dipercayai sebelum itu bergaduh dengan teman lelakinya dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk menerima rawatan.
Sebelum itu, jam 3.50 petang pengunjung KB Mall dikejutkan dengan tindakan gadis itu yang memakai baju putih lengan pendek dan berseluar jeans serta memegang pisau berdiri di tepi tingkat bangunan berkenaan.
Gadis itu berlegar di sudut bangunan sambil memegang pisau kemudian kelihatan bercakap melalui telefon selain menghantar SMS dan secara tiba-tiba cuba menggelar tangan serta lehernya.

Kira-kira 15 anggota Bomba dan Penyelamat dari Kota Bharu serta Pengkalan Chepa yang berada di bangunan itu memujuk gadis berkenaan selama 20 minit, namun gagal menyebabkan seorang anggota menghampirinya itu dalam usaha cuba memujuk mangsa.

Penguasa Bomba Bahagian Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat, Shahrin Yusmal Mat Yusof, berkata anggota Bomba, Mohd Zaki Ismail kemudian turun ke tepi bangunan dan menangkap tangan mangsa.

“Mohd Zaki berjaya menangkap tangan mangsa, namun gadis itu meronta-ronta untuk dilepaskan sehingga separuh badan mangsa hampir terjatuh.
“Oleh sebab tangan mangsa yang licin dan meronta-ronta, pegangan Mohd Zaki terlepas sekali

Zulkifli Noordin dapat gelaran "DATUK"

Label:

M. Nasir dan Ramli MS bergelar 'Datuk'

PEKAN 24 Mac - M.Nasir dan Ramli MS dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk daripada Sultan Pahang hari ini.

Kedua penghibur dan juga komposer negara itu dianugerahkan darjah kebesaran berkenaan sempena memuliakan Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar di sini hari ini.

Turut menerima penganugerahan tersebut ialah Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Noordin -Utusan

Rahim DENDAM pada Anwar & nafi ROGOL gadis 15 tahun...

Saya petik:

[MK] Dalam tempoh 48 jam, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah mula mengeluarkan kenyataan yang bercanggah bersabit video seks lucah yang kononnya merakamkan Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur.

Sehubungan itu, dalam sidang media mereka semalam, Tan Sri Rahim Thamby Chik pula tidak dapat menyembunyikan rasa marahnya terhadp Anwar atas peletakan jawatan beliau sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994.

Rahim yang kini Pengerusi Risda, berkata beliau tidak merogol seorang gadis berusia 15 tahun ketika itu.

Semasa menayangkan video itu kepada wartawan Isnin lalu di hotel Carcosa Seri Negara, Eskay berkata beliau membawa keluar perakam video dari hotel dan mendapati ia mengandungi klip 21 minit Anwar mengadakan hubungan seks dengan pelacur.

Namun pada sidang akhbarnya semalam, Eskay mendakwa beliau tidak dapat “membaca” rakaman dalam alat perakam itu sehingga seminggu lalu.

'Tak boleh baca'

“Hanya minggu lalu, baru kami mendapat rakaman itu sebab mula-mula kita tak boleh “baca', kemudian baru ada seorang yang berjaya menerbitkannya,' katanya.

Tidak kurang aneh adalah kenyataannya semalam bahawa beliau menunjukkan video itu kepada wartawan, malah kepada ahli parlimen PKR Johari Abdul sebelum menghantar rakaman itu untuk pemeriksaan forensik.

“Saya mahukan media membuat keputusan..untuk anda melihat kebenaran sebelum saya menyerahkannya untuk pemeriksaan forensik,” kata Eskay pada sidang media itu.

Ketika diminta sekali lagi untuk menjelaskan bagaimana video itu diperolehi, Eskay dan Rahim enggan memberi butiran lanjut dengan alasan ia kini menjadi siasatan polis.

Sukar untuk dipercayai bahawa walaupun Eskay memiliki video lucah terhadap musuh politik utama Umno dan kerajaan BN, beliau berasa curiga untuk mendapatkan perlindungan polis atau meminta bantuan dari Rahim untuk menguruskannya.

Eskay - seorang jutawan yang disifatkan sekutu rapat Tun Dr Mahathir Mohamad – telah ditanya bagaimana Rahim boleh terbabit dalam video berkenaan.

Katanya, beliau menghubungi bekas ketua menteri Melaka itu kerana mahu mendapatkan sebuah hotel yang mempunyai kawalan keselamatan yang baik dengan alasan beliau tidak mahu “membabitkan polis”.

Malah, ahli perniagaan itu menghubungi Rahim untuk mencari hotel sedemikian kerana beliau sendiri “bukan orang KL” tetapi dari Kedah.

Kenyataan itu juga aneh kerana Eskay diketahui menghabiskan banyak masanya di Kuala Lumpur malah selesa mengenali wartawan-wartawan dari media asing.

Eskay dan Rahim semalam berulang kali menegaskan mereka tidak ada motif selain mahu menegakkan kebenaran dengan mendedahkan rakaman itu.

Rogol gadis sekolah

Di sebalik sifat “patriotiknya” itu Rahim bagaimanapun meluangkan masa yang agak panjang untuk mengimbas peletakkan jawatan beliau sebagai ketua menteri Melaka pada tahun 1994.

Beliau mendakwa peletakan jawatan itu didalangi oleh Anwar “walaupun saya dibebaskan oleh mahkamah” atas tuduhan merogol seorang gadis sekolah.

Bagaimanapun Rahim tidak menyatakan beberapa fakta “kecil” seperti bukan mahkamah yang membebaskan beliau. Sebaliknya tidak ada pun perbicaraan diadakan untuk mendengar keterangan gadis itu dan anggota keluarganya.

Peguam Negara Allahyarham Tan Sri Mohtar Abdullah (kanan) ketika itu memutuskan “tidak cukup bukti” untuk mensabitkan Rahim, justeru tuduhan itu digugurkan.

Justeru perisytiharan Rahim ketika itu bahawa mahkamah telah membersihkan namanya “dari hujung rambut hingga ke hujung kaki” amat mencurigakan, seperti video lucah yang cuba dibawakan oleh beliau dan Eskay.

Seperkara lagi, pada sidang media semalam, Rahim dan Eskay mendakwa, orang ketiga yang melengkapkan gandingan mendedahkan video itu adalah bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.

Namun Shuib tidak hadir pada sidang media berkenaan dan tidak ada pun penjelasan daripada Rahim mahupun Eskay .

Juga, rasanya tidak perlu mengulas cadangan Rahim supaya Suruhanjaya Diraja ditubuhkan dengan ahli-ahli panel merangkumi perwakilan daripada PERKASA serta Presiden KITA, Datuk Zaid Ibrahim.

Eskay - sahabat Anwar?
Persoalan adalah kenapa tergesa-gesa menubuhkan Suruhanjaya Diraja - adakah ia untuk memberikan juak-juak Umno satu lagi pusingan untuk mengaibkan Anwar dengan tuduhan dan fitnah?

Persoalan juga timbul kenapa Eskay yang mengaku dirinya sebagai sahabat Anwar tidak sudi menghantar satu salinan kepada ketua pembangkang itu atau Datuk Dr Wan Azizah untuk diperakui sebelum menunjukkannya kepada media?

NONEJika Anwar menafikan beliau orang dalam video itu, sudah tentu Eskay tidak perlu merahsiakan video itu dan terus boleh menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan dan memberikan salinan kepada media, malah memuatkannya di Youtube.

Tetapi tidak. Beliau dan Rahim (kiri) didakwa mengambil keputusan menggunakan khidmat seorang wartawan untuk memanggil wartawan kanan bagi menghebahkan kandungan video itu.

Tindakan ini diambil walaupun, menurut Eskay, rakaman itu belum dihantar untuk ujian forensik.

Jika ujian forensik dilakukan atas kenyataan Rahim dan Eskay semalam , tentunya ia akan mendedahkan sebuah skrip yang terpaksa diolah dan dirombak oleh mereka selaku dalang fitnah video seks setelah Anwar membuat laporan polis dan enggan tunduk kepada ugutan Eskay dan Rahim.

[VIDEO] Kenyataan Media Datuk Johari Abdul

Label:

Fitnah II: Tiga barangan ditanda sebagai bahan bukti

Label:

Saya petik:

[KD] KUALA LUMPUR: Perbicaraan Fitnah II bersambung semula hari ini dan pendakwa raya dijangka menandakan ketiga-tiga barang yang diperoleh secara tipu helah sebagai bahan bukti (ID) hari ini.

9.28am – Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tiba di mahkamah.

9.43am- Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiba di mahkamah.

9.47am – Mahkamah mula bersidang. DPP Yusof Zainal Abiden mahu memanggil saksi pendakwa ke-15, bekas Ketua Unit Forensik, Amidon Anan dan saksi pendakwa ke-6, ahli kimia Jabatan Kimia Malaysia, Aidora Saedon untuk memberi keterangan.

Aidora dan Amidon dijangka membantu pihak mahkamah menanda tiga barang yang baru diterima mahkamah sebagai I’d (barang bukti).

Peguam Anwar, Karpal Singh mencelah dan berkata beliau ada memfailkan semakan terhadap keputusan hakim semalam.

Hakim Zabidin berkata beliau tiada menerima sebarang kerana jika benar, sepatutnya sudah ada fail di atas meja beliau pagi ini.

Zabidin minta pendakwa meneruskan memanggil saksi.

Kapral membantah dan berkata jika permohonannya tidak didengar sekarang, ia akan menjadi prejudis kepada kliennya, Anwar Ibrahim.

Akhbar akan menyatakan ‘Lelaki Y’ sebelum ini adalah Anwar jika ketiga-tiga barang bukti itu ditanda sebagai ID.

9.51am: Hakim Zabidin memanggil kedua-dua pendakwa raya dan peguam bela ke dalam kamar hakim untuk berbincang.

10.03am: Sankara Nair memberitahu wartawan hakim akan mendengar permohononan semakan keputusan hari ini.

Anak BELASAH ibu kerana kahwin lagi

Label:

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Berang kerana tidak bersetuju perkahwinan semula ibunya dengan individu lain, seorang lelaki berusia 28 tahun bukan saja memaki-hamun bapa tirinya, malah bertindak kejam membelasah ibu kandungnya sendiri di rumah mereka di Jalan Teratai, Ampang, di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, wanita berusia lewat 40-an terbabit mendakwa cedera di tubuh selain patah tangan kanan selepas terkena pasu bunga yang dihentak anak lelaki tunggalnya itu.

Kecewa dengan tindakan kejam anaknya itu, mangsa ditemani suami membuat laporan di Balai Polis Ampang berhubung insiden berkenaan.

Difahamkan, wanita terbabit baru berkahwin dengan lelaki berusia lewat 40-an kira-kira empat bulan lalu selepas dia kematian suami dua tahun lalu. Namun, anak lelakinya itu dikatakan tidak merestui hubungan berkenaan selain sering memberontak.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, ketika mangsa berada di rumah mereka, suspek dikatakan pulang ke rumah dalam keadaan marah.

“Sebaik masuk ke dalam rumah, suspek dikatakan memaki-hamun bapa tirinya dengan kata-kata kesat. Tindakan bapa tiri suspek yang mendiamkan diri menyebabkan suspek bertambah berang, namun dia tidak menyerang lelaki terbabit.

“Sebaliknya, suspek beralih arah kepada ibunya sebelum dia memaki-hamun wanita berkenaan. Tidak tahan dengan tindakan biadab anak lelakinya itu, wanita terbabit mula mempertikaikan sikapnya menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka lebih 20 minit,” katanya.

Difahamkan, bapa tiri suspek masih mengambil pendekatan berdiam diri kerana pada mulanya dia yakin kedua-dua beranak itu mampu menyelesaikan masalah mereka sendiri selain tidak mahu memburukkan lagi keadaan. Sumber itu berkata, suspek bagaimanapun hilang pertimbangan sebelum dia dikatakan memecahkan semua barangan dalam rumah itu.

“Walaupun ibunya menangis sambil merayu kepada suspek supaya memberhentikan tindakannya itu, lelaki terbabit tidak mengendahkan rayuan berkenaan sebaliknya dia menjadi lebih agresif,” katanya.

Sumber itu berkata, tidak tahan melihat tindakan anaknya itu, wanita terbabit mula menghalangnya, namun tindakannya menyebabkan dia dipukul anak kandungnya itu.

“Masih tidak puas hati, suspek menghentak ibunya menggunakan pasu bunga dan walaupun wanita terbabit sempat mengelak, hentakan itu tepat mengenai tangan kanannya.

“Melihat ibunya mengerang kesakitan, suspek melarikan diri dari rumah berkenaan. Bapa tiri suspek membawa ibunya ke klinik di kawasan berhampiran sebelum doktor yang merawatnya mengesahkan tangan kanan mangsa patah,” katanya.

Selepas menerima rawatan, mangsa tampil di balai polis berhampiran rumahnya sebelum membuat laporan berhubung insiden berkenaan kerana mendakwa bimbang terhadap keselamatan diri dan suaminya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut sedang dijalankan.

(Gambar sekadar hiasan)

PAS diminta jadi orang tengah PUJUK Anwar tidak aktif berpolitik

Label:

Takutnya umno BN kepada Anwar!!

Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 24 Mac — Di sebalik pendedahan rakaman video seks kononnya melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat (PR), PAS mendakwa parti itu pernah didampingi beberapa orang mendakwa mewakili Umno-BN baru-baru ini meminta mereka memujuk Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tidak lagi aktif dalam perikatan tersebut.

The Malaysian Insider difahamkan beberapa pemimpin kaan PAS diminta agar menyampaikan mesej tersebut dan menjadi “orang tengah” bagi membolehkan misi memastikan Anwar tidak lagi aktif berpolitik menjadi kenyataan.

“Permintaan mereka mudah sahaja, mereka dakwa mereka mewakili Umno, BN dan mereka hanya tidak mahu Datuk Seri Anwar aktif dalam Pakatan Rakyat, bermakna tidak mahu dia berada dalam politik arus perdana,” kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.

Sumber itu juga mendakwa mereka juga tidak mengesahkan sama ada mereka benar-benar dari Umno-BN.

Menurut sumber itu, permintaan tersebut dibuat kira-kira sebulan lalu dengan mendakwa “akan ada satu kejutan” dalam waktu terdekat berkaitan dengan imej Ketua Pembangkang berkenaan.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin PAS dikatakan tidak mahu melayan permintaan untuk menyampaikan “mesej” tersebut kepada Anwar.

Pun begitu, umum diketahui bahawa wujud pendapat berbelah bahagi mengenai peranan Anwar dalam PR sejak kebelakangan ini, cuma tidak diperkatakan secara terbuka.

Difahamkan persekitaran tersebut digunakan untuk memujuk PAS sebagai orang perantara untuk memenuhi misi terbaru ini.

“Pemimpin-pemimpin PAS telah mengambil pendirian tegas tidak akan berbuat demikian,” kata beliau yang mengakui tidak terkejut dengan perkembangan semasa - pendedahan rakaman video seks kononnya melibat pemimpin PR terbabit.

“Mereka tidak kisah jika Pakatan diketuai oleh orang lain tetapi bukan Datuk Seri Anwar, itu permintaan mereka,” kata sumber itu lagi.

Anwar sejak dibebaskan daripada penjara pada 2004 dilihat sebagai pengikat dan penghubung kepada PAS dan DAP bersama PKR mewujudkan kerjasama menjelang pilihan raya umum 2008, yang akhirnya membawa kepada pembentukan PR.

Kerjasama itu membawa kepada penafian majoriti dua pertiga BN di Parlimen dan jatuhnya empat lagi kerajaan negeri sebagai tambahan kepada Kelantan. Negeri-negeri itu ialah Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan tarikh pilihan raya negeri Sarawak manakala pilihan raya umum nasional dijangka diadakan tahun ini.

Kelmarin, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pendedahan video lucah memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan pelacur sebagai amalan politik kotor dan bermotif politik menjelang pilihan raya negeri Sarawak.

Isnin lalu, satu kumpulan yang diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya hanya sebagai Datuk T, mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur wanita di sebuah hotel di sini yang menawarkan perkhidmatan seks.

Sehari selepas itu, Anwar membuat laporan polis berhubung rakaman video aksi seks itu dan menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video tersebut.

“Ini adalah serangan mengaibkan, melampau dan bermotif politik ke atas karakter serta reputasi saya dan keluarga saya,” kata Anwar dalam laporan polisnya.

Misteri “Datuk T” terjawab semalam apabila Datuk Shazryl Eskay Abdullah, seorang ahli perniagaan, mengaku beliaulah yang menunjukkan video itu kepada media terpilih di Hotel Carcosa Seri Negara Isnin lalu.

Pendedahan itu dibuat pada satu sidang media bersama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Shazryl juga mendedahkan bahawa “Datuk T” sebenarnya bermakna “trio” iaitu beliau sendiri, Rahim dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim, yang tidak hadir pada persidangan akhbar itu.

Dalam kenyataannya semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menegaskan pendedahan tersebut tidak ada kaitan dengan Umno.

Katanya, tiga individu berkenaan bertindak atas kapasiti mereka sendiri dan langsung tiada kaitan dengan Umno.

Ini dia BUKTI pimpinan Umno dan polis bersekongkol jatuhkan Anwar - Saifuddin

Label:

Saya petik:

[TVS] SHAH ALAM 23 MAC : Fitnah video lucah untuk 'menutup mulut' Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah kesinambungan daripada pertuduhan liwat yang direka cipta untuk mengaibkan Ketua Pembangkang dan keluarganya serta memecah belahkan Pakatan Rakyat, kata Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution.

Dalam ceramah di Petaling Jaya malam tadi, Saifuddin memperinci konspirasi yang membabitkan polis dan pemimpin Umno untuk membunuh karier politik Anwar menerusi pertuduhan liwat yang direkayasa dan fitnah video lucah yang didalangi oleh Pengerusi Risda Rahim Thamby Chik yang pernah dituduh merogol gadis bawah umur di Melaka.

Berikut beberapa fakta yang disebut oleh Saifuddin Mengenai Kes Liwat Fitnah 11

1.Saiful jumpa pegawai polis Rodwan Mohd Yusuf di sebuah hotel sehari sebelum membuat laporan polis DNA Anwar ini bukan benda baru. Saiful pada 27 Jun 2008 jumpa pegawai polis bernama Rodwan biras YB Satim Diman, ADUN Umno di Serdang".

"Siapa Rodwan ini? Dalam Peristiwa 98, dialah yang seksa Munawar Anis dan Sukma Dermawan. Pada 27 Jun 2008 dia jumpa Saiful. Ini disahkan Jude Pereira (pegawai penyiasat kes liwat fitnah 11) Bila Karpal tanya, kenapa jumpa Rodwan? Jude kata untuk mendapat nasihat. Mendapat nasihat!!! Rodwan ini terkenal tahun 1998. Dia curi sampel darah Anwar di hospital Kuala Lumpur. Dia polis tapi mencuri"

"Sekarang kamu bawa ke Mahkamah, kamu plot beberapa graf. Ini menunjukkan kehadiran lebih dari 3 orang, Betul? Betul. Boleh jadi 10 orang? Betul? Betul. Kalau ada 10 orang DNA pada dubur Saiful, "kenapa kamu cuma berminat dengan lelaki Y?" tanya Karpal Singh kepada Dr.Siah pakar kimia. Jawab Dr.Siah, "Yang arif, polis cuma suruh saya tanda lelaki Y". Karpal Singh tanya, "Ini lelaki X, lelaki M? Itu polis tak suruh tanda, cuma lelaki Y"

2.Polis Tidak Berminat Keterangan Saksi (Hasnuddin adalah pemilik kondominium bersebelahan unit di mana Saiful mendakwa beliau kononnya diliwat)

"Dia (polis) soal siasat Hasanudin dan isterinya Kak Sham. Polis bila Saiful buat aduan, dia serbu kondominum, ambil semua contoh, gunting karpet sana sini semua. Lepas itu, pergi soal siasat suami isteri ini. Satu soalan saja polis tanya, "Sepanjang Anwar ada dalam bilik bersama tuan rumah ini, ada tak Anwar keluar sekejap dari bilik itu?" suami isteri itu kata "Tak ada, Anwar ada bersama kami". Polis tanya lagi, "cuba ingat balik, diantara pukul 3 petang ke 5 petang, 26 Jun 2008, ada tidak Anwar keluar dari bilik ini?". Suami isteri kata, "Tak ada". Akhirnya, suami isteri itu sebut, bilik itu ada cctv, tengok lah Anwar keluar ke tak. Polis kata cctv itu tolak ke tepi dulu, kami nak tanya kamu dulu. 36 jam suami isteri ini ditanya oleh polis soalan yang sama"

"Oleh kerana suami isteri ini tak beri kenyataan seperti yang mereka hendak, maka tak dipanggil menjadi saksi, kerana kalau jadi saksi, ditanya soalan sama, mereka akan kata "Yang Arif, ya Anwar ada bersama kami". sedangkan tuduhan ke atas Anwar ialah 3.01 minit hingga 4.30 petang kamu telah meliwat saiful. masa bila dia liwat sedangkan suami isteri dan tamu lain pun ada dengan Anwar."

Mengenai Fitnah video seks lucah didalangi anasir dalam Umno:

1. "Kejam dan zalim mereka tak habis lagi, tak puas lagi, dia reka satu lagi. Ketua-ketua pengarang media dibawa ke Carcosa seri negara, hotel mewah ditayang, tapi tak beri tahu nama. Datuk T lah, Datuk itu. suspen. Hari ini Anwar buat laporan polis. dia (datuk T) kata tak mau serah pulak video pada polis, Polis pula boleh buat relaks. Hari ini wartawan tanya pada Nazri Aziz, macamana tayangan video lucah di hotel? Nazri jawab "Kalau niat dia tayang baik tak apa". Boleh macam tu?"

2. "Rekod di tangan kita jelas. Ini membabitkan pemimpin tertinggi Umno, Itu sangat jelas. sangat jelas. "Sampai kawan-kawan yang dipertonton video itu pun sebut, bukan saja kita. Padahal kawan-kawan yang dipertonton itu pun musuh kita dah. Ada seorang pemimpin tinggi surat khabar kumpulan NST yang pergi tengok,

dia itu memang terkenal musuh Anwar daripada 12 tahun. Lepas dia tengok (dia kata), "ya betul I musuh Anwar, tapi kalau setakat tengok itu dia kata, perut boroi itu bukan perut Anwar

3. "Dia nak alih Sarawak. Sarawak orang cakap pasal pilihanraya ni apa pun boleh jadi. Taib Mahmud yang rasuah, timbunan kekayaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tak pernah siasat, Najib tak nak buang Taib. Rakyat marah, Iban, Dayak, Melayu, Melanau, semua tengah marah, sekarang tunggu nak panggkah saja nak buang. Dia reka (isu video lucah) ini supaya kita kelam kabut menyelesaikan isu ini, itu saja tujuan"

‘Datuk T’ bukan seorang tapi tiga jahanam!!

Label:

Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 23 Mac — Bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik hari ini mengaku beliau, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Abdullah adalah lelaki misteri yang bergelar “Datuk T” — yang menayangkan rakaman video seks kepada media kelmarin, didakwa melibatkan pemimpin kanan Pkatan Rakyat (PR).

Pada sidang media yang diadakan petang ini, Abdul Rahim juga mengaku beliau dan Shazryl adalah individu di belakang tayangan video seks itu yang ditayangkan di Carsosa Seri Negara.

“Datuk T ini bukan seorang sahaja, tapi ia adalah datuk tiga iaitu saya, Datuk Shazryl dan Datuk Shuib, yang mana kami telah berkawan begitu lama,” kata beliau.

“Selain itu, kami merasakan isu yang ada sekarang (video seks) perlu dibuat penyelarasan supaya tidak timbul salah faham. Saya fikir semua pihak perlu tahu kebenarannya, jadi kami jemput beberapa pemimpin media ke Carcosa Seri Negara sebab ia lebih selamat.

“Di situ kami tunjukkan supaya pemimpin media faham perkara sebenar dan kami ke depan kerana mahu tegakkan keadilan... sebab pemimpin yang nak jadi perdana menteri tidak layak, yang mana kita tak boleh terima pemimpin yang mempunyai akhlak yang rendah,” katanya.

Nama-nama mereka didedahkan oleh Ahli Parlimen PKR kerusi Sungai Petani Datuk Johari Abdul pada sidang media tengah hari tadi.

Kedua-dua mereka mengadakan sidang media di sebuah hotel di Jalan Ampang kira-kira 4 petang, empat jam selepas sidang media Johari di Petaling Jaya.

Beliau menjelaskan tindakan mendedahkan video seks itu kerana mahu menunjukkan bahawa “individu yang mahu menjadi perdana menteri itu tidak layak.”

Jelas Abdul Rahim, satu suruhanjaya diraja perlu dibentuk bagi menyiasat ketulenan video seks tersebut.

“Tubuhkan suruhanjaya diraja untuk siasat ketulenan video seks ini. Kita boleh letakkan pemimpin Pakatan dalam suruhanjaya ini, media, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan mungkin pihak luar supaya kebenarannya dapat dibuktikan.

“Orang yang terlibat pula boleh membawa pakar forensik untuk tentukan kebenaran, kita hanya mahukan kebenaran,” katanya.

Beliau juga meminta Anwar yang juga Ketua Umum PKR agar meletakkan jawatan mencontohi jejak langkahnya yang sudah bersara dari bidang politik.

“Sekiranya pemimpin mempunyai masalah peribadi yang serius ia boleh merosakkan kepentingan negara.

“Kita tidak akan edarkan video seks ini, harap pihak yang membantah faham,” katanya.

Kelmarin Datuk T telah menayangkan video seks tersebut kepada media di Hotel Carcosa Seri Negara.

Rakaman video menunjukkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat mirip Anwar sedang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, dipercayai pelacur asing, muncul dan dipertontonkan kepada media.

Video 21 minit itu, dalam empat segmen, menggambarkan pemimpin tersebut yang juga seorang Ahli Parlimen mengadakan hubungan seks di sebuah hotel di sini, dilihat akan menggegarkan arena politik negara sekali lagi.

Ia yang dirakamkan pada 21 Februari lalu dipertunjukkan kepada media di sebuah hotel di sini pagi ini.

Rakaman itu diperoleh dari hotel pemimpin berkenaan melanggan wanita tersebut.

Sementara itu, Shazryl yang turut hadir dalam sidang media itu memberi jaminan video seks itu tidak akan diberikan kepada mana-mana pihak termasuk polis sehingga suruhanjaya diraja ditubuhkan.

“Saya beri jaminan video ini tidak akan jatuh kepada mana-mana pihak...saya boleh jamin.

“Ia (pita video) ada pada saya,” katanya.

Beliau juga mengaku ada dalam video itu, namun enggan mendedahkan secara terperinci.

“Saya dalam video itu,” jawabnya.

Shazryl yang mengakui bekas sahabat Anwar bagaimanapun enggan menjelaskan apakah peranannya ketika adegan itu berlaku.

Beliau juga enggan mendedahkan di bahagian mana gambar beliau dilihat dalam rakaman itu kerana ia sudah menjadi kes polis.

Anwar juga telah membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi berhubung rakaman video aksi seks itu semalam.

Dalam laporan yang salinannya diedarkan kepada media itu, Anwar menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video itu.

Video Seks: Kenyataan Akhbar Dato' Johari Abdul (MP PKR)

Label:

YB Saifuddin bersama Dato; Johari (MP PKR Sg Petani)

KENYATAAN AKHBAR

Saya dihubungi oleh seorang kenalan yang sangat rapat bermula sejak 15 Mac 2011 untuk berjumpa dengannya mengenai sesuatu yang penting. Pada hari Isnin 21 Mac 2011 lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya mengesahkan bahawa saya ada ruang untuk bertemu beliau.

Saya berjumpa dengannya di Hotel De Palma Ampang jam 4 petang hari itu, sebelum dibawa di dalam sebuah kereta yang lain. Kereta itu dipandu oleh dua orang yang saya tidak kenali.

Saya dibawa ke Hotel Flamingo Ampang, seterusnya dibawa ke sebuah bilik junior suite. Saya bertemu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato’ Eskay Shazril Abdullah yang telah menunggu di dalam bilik tersebut. Saya turut disertai oleh kenalan saya tadi.

Saya duduk di depan Tan Sri Rahim Thamby Chik sementara Dato’ Eskay Shazril Abdullah duduk di sebelah saya. Kenalan saya tadi duduk di atas katil di belakang di dalam bilik tersebut.

Dato’ Eskay Shazril Abdullah mula bercakap dan mengatakan bahawa saya (“Johari Abdul”) adalah ahli Parlimen yang pertama akan menyaksikan tayangan video yang sedang mula dimainkan itu. Dia juga meminta pandangan saya mengenai Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Sepanjang tayangan video tersebut, Dato’ Eskay Shazril Abdullah menjadi suara latar menerangkan beberapa perkara. Contohnya, dia menyentuh bagaimana cara individu terbabit menanggalkan kondom selepas perlakuan berakhir mempunyai risiko air mani akan terpercik ke kawasan yang besar. Menurutnya, tabiat itulah yang menyebabkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sering meninggalkan bahan bukti seperti yang berlaku dalam kes liwat pertama tahun 1998 dulu.

Dia juga mendakwa bahawa dia selalu membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke club house di mana berlakunya kejadian itu dan tempat-tempat lain di Thailand seolah-olah ini perkara yang kerapkali dibuat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, setiap kali dia membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke tempat itu, bilik itulah (yang dirakamkan) yang digunakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sementara dia (Dato’ Eskay) menggunakan bilik bersebelahan. Dalam percakapan seterusnya, dia menyatakan kebimbangan kononnya rakaman-rakaman video seperti itu telah dipunyai oleh pihak perisikan Thai.

Sepanjang penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik kerap mencelah dan membuat komen pendek yang memburukkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Saya percaya beliau cuba meyakinkan saya bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak menjadi seorang pemimpin.

Selepas penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik mula bercakap. Dia memujuk supaya saya meninggalkan KEADILAN dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Dia berjanji untuk bbawa saya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Tan Sri Rahim Thamby Chik juga menyebut bahawa dia akan uruskan segala keperluan kewangan dan keselamatan saya.

Tan Sri Rahim Thamby Chik juga cuba meyakinkan saya untuk membawa dan memujuk lebih ramai Ahli Parlimen KEADILAN berjumpanya, supaya dapat dipujuk keluar parti. Dia meminta saya mengepalai kumpulan Ahli-ahli Parlimen KEADILAN ini. Saya tidak memberikan komitmen, selain mendengar komen-komen yang dibuat.

Selepas itu, saya keluar dan diiringi oleh kenalan rapat saya itu. Di dalam lif, saya memeluknya dan memberitahu beliau, bahawa setelah menonton keseluruhan video tersebut, saya yakin bahawa orang di dalam video itu bukanlah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Saya berkeyakinan bahawa pelakon itu bukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:

1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.

3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

4. Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.

Selepas itu, saya menyatakan kesediaan untuk membawa beberapa orang ahli Parlimen KEADILAN agar mereka juga dapat menonton video dan berjumpa dengan Tan Sri Rahim Thamby Chik. Saya dimaklumkan sessi tayangan seterusnya akan dibuat kepada ahli-ahli Parlimen KEADILAN pada jam 330 petang 22 Mac 2011. Kami hadir semalam di Hotel Flamingo Ampang dan menunggu hingga jam 530 petang, oleh kerana mereka telah sahkan bahawa perjumpaa akan berlaku. Walau bagaimana pun, perjumpaan itu dibatalkan oleh pihak mereka.

Saya mengambil risiko membuat kenyataan ini diluar Dewan Rakyat kerana saya yakin bahawa episod terbaru ini adalah satu lagi rencana jahat untuk memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

DATO’ JOHARI ABDUL
AHLI PARLIMEN SG PETANI
AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN
23 MAC 2011

KOMEN SELEPAS KENYATAAN AKHBAR DATO’ JOHARI ABDUL

Tan Sri Rahim Thamby Chik yang menjadi dalang kepada episod ini adalah orang yang sama yang mengatur penerbitan dan pengedaran buku “50 Dalil” dalam tahun 1998 dahulu. Modus operandi fitnah terbaru ini adalah 100% sama dengan modus operandi siri fitnah tahun 1998 dahulu. Beliau diberi mandat oleh Perdana Menteri sendiri untuk membeli ahli-ahli Parlimen KEADILAN dengan tawaran wang ringgit dan sebagainya. Tempahan dan pembayaran Carcosa Seri Negara dibuat oleh RISDA, sebuah jabatan kerajaan.

Saya juga percaya Dato’ Eskay Shazril Abdullah adalah “Dato’ T”. Dia adalah seorang yang berbangsa Siam dan mendapat banyak faedah dari Tun Mahathir Mohamad kerana berasal dari Kedah.

Seorang lagi individu yang hadir sama adalah bapa mertua kepada Dato’ Shafie Afdal, iaitu Naib Presiden UMNO. Banyak lagi nama-nama pimpinan UMNO yang terlibat secara langsung dengan konspirasi terbaru ini.

Saya mendedahkan semua ini agar rakyat Malaysia dapat menilai dengan sendiri politik jahat yang digunakan oleh musuh Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Pimpinan UMNO perlu berterus terang dengan rakyat dan membersihkan nama mereka secepat mungkin.

Enam alasan pelakon porno itu bukan Anwar - Johari

Label:

(Gambar Dato' Johari MP PKR)

Oleh: Arshad Khan

KUALA LUMPUR _ Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul memberikan enam sebab mengapa beliau yakin lelaki dalam video klip yang dipertontonkan kepadanya bukan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Melalui kenyataan akhbar yang disiarkan dalam blog Anwar Ibrahim, Johari mengariskan bahawa pelaku seks itu bukan Anwar berdasarkan;

Johari mendakwa, Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan seorang ahli perniagaan yang juga merupakan Datuk T, Datuk Eskay Shazril Abdullah bersamanya ketika beliau dipertontonkan klip berkenaan di Hotel Flamingo Ampang pada Isnin lalu.

Penyiaran video klip yang memaparkan seorang yang menyerupai pemimpin pembangkang negara ini melakukan hubungan seks dengan seorang wanita dipercayai pelacur dibuat kepada beberapa kumpulan wartawan pada Isnin lalu di Carcosa Sri Negara.

Isteri BELASAH suami!!

Label:

Saya petik:

[HM] AMPANG: Hanya kerana meminta dihidangkan makanan dan diurut badan, seorang lelaki berusia 53 tahun yang terlantar akibat sakit buah pinggang kronik dibelasah dan ditendang isterinya hampir 30 minit di rumah mereka di Jalan Cempaka di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam Ahad lalu itu, lelaki terbabit yang sakit sejak setahun lalu hanya mampu menutup kepalanya menggunakan kedua-dua tangan sambil merayu dikasihani isterinya yang berusia 40-an. Mangsa mendakwa kejadian itu bukanlah pertama kali berlaku, sebaliknya kekejaman isterinya itu terpaksa dilaluinya sejak enam bulan lalu dan secara keseluruhan sudah lebih 10 kali dia diperlakukan sedemikian.

Tidak tahan dengan perbuatan keji isterinya, mangsa ditemani beberapa rakan tampil membuat laporan di Balai Polis Ampang di sini, kelmarin, kerana bimbang keselamatannya.

Sumber polis berkata, mangsa mendirikan rumah tangga bersama pasangannya hampir 10 tahun, namun penyakit buah pinggang kronik dialaminya sejak setahun lalu menyebabkan dia terpaksa bergantung hidup kepada isterinya.

“Sejak menghidap penyakit berkenaan, setiap pergerakannya terbatas. Disebabkan itu, dia terpaksa meminta bantuan isterinya untuk mandi, makan, termasuk untuk bergerak ke tandas,” katanya.

Menurut sumber, enam bulan pertama, mangsa dijaga dengan baik oleh isterinya namun wanita terbabit dilaporkan hilang sabar sebaik masuk bulan seterusnya.

“Mungkin wanita itu tertekan untuk mencari nafkah dan dalam masa sama terpaksa menguruskan makan minum suaminya itu. Wanita itu, mula menunjukkan sikap tidak sepatutnya dan dikatakan mula mengabaikan tanggungjawabnya itu.

“Malah, jika suaminya meminta dia menyediakan makanan, mengurut badan yang sedang sakit wanita terbabit akan memaki hamun sebelum memukulnya,” katanya.

Sumber itu berkata, Ahad lalu, mangsa yang lapar dikatakan meminta pertolongan isterinya untuk menyediakan makanan.

“Wanita terbabit memarahinya namun lelaki terbabit masih bersabar. Selepas 10 minit, mangsa sekali lagi meminta isterinya mengurutkan badan dan kakinya yang sakit.

“Permintaan mangsa menimbulkan kemarahan isterinya sebelum mereka bertengkar. Isterinya yang hilang kawalan memukul suaminya.

“Wanita itu menumbuk, menendang dan memukul mangsa menggunakan kaki dan tangannya lebih 30 minit,” katanya.

Katanya, mangsa hanya merayu dikasihani dan menutup bahagian kepalanya menggunakan kedua tangan.

“Selepas melepaskan geram, wanita terbabit meninggalkan rumah berkenaan,” katanya.

Keesokan harinya (kelmarin), mangsa menghubungi beberapa rakannya meminta bantuan membawanya ke balai polis sebelum membuat laporan berhubung kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

(Gambar hiasan)

[kemaskini] Ini dia Datuk T & dalang video seks...

Label:

Ni dia Datuk T............

(Tan Sri Rahim Tamby Chik & Datuk T)

(Datuk Johari Abdul, MP Sg Petani dari PKR)

Saya petik:

[MK] Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dan ahli parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul hari ini mendakwa bekas ketua menteri Melaka dan bekas konsul kebesaran Thailand di Malaysia adalah mereka di sebalik video seks yang dikatakan melibatkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap dalam satu sidang media di ibupejabat PKR di Petaling Jaya, Johari mendakwa, beliau telah ditunjukkan video itu oleh ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah - yang pernah berkhidmat sebagai konsul kehormat Thai di Kedah - pada 21 Mac lalu, di Hotel Flamingo di Ampang, Selangor.

Johari mendakwa, turut terbabit, ialah bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik (kiri), yang kini merupakan pengerusi Risda.

Isnin lalu, satu video seks mengenai seorang lelaki yang mirip ketua umum PKR, Datuk Anwar Ibrahim, dipertontonkan kepada wartawan dan editor akhbar media perdana dan media alternatif di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur.

Johari, bagaimanapun, medakwa lelaki yang dilihatnya melakukan aksi seks dengan seorang wanita tidak dikenali dalam video tersebut, bukanlah Anwar.

Ketika dihubungi, Rahim memberitahu Malaysiakini yang beliau akan menelefon balik untuk memberi ulasan.
[VIDEO] Ceramah DNA Anwar panaskan telinga Najib Rosmah!!
Sabtu, Mac 26, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Jumaat, Mac 25, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Khamis, Mac 24, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Rabu, Mac 23, 2011 | Author: Tuk Kiyai