Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Umno Yang Rasis Gelar Saya Menghasut - Nizar

Label:

Pakatan Rakyat perlu masuk ke setiap pelosok kampung sekiranya mahu cita-citanya menuju ke Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 nanti menjadi kenyataan.

Bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin berkata, BN berjaya mendapatkan sokongan Orang Asli, orang Melayu di kampung-kampung - termasuk peneroka Felda, pekerja estet India - lebih 53 tahun dengan mengawal dan memanipulasi media arus perdana.

Strategi ini dilhat berjaya dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor, di ana Nizar menuduh BN terlibat dalam politik wang dan taktik mengancam bagi memastikan kemenangan calon mereka P Kamalanathan.

"BN menggunakan dana awam dalam bentuk hadiah pilihan raya dalam setiap pilihan raya kecil di negara ini.

"Dan mereka rasis apabila berhadapan dengan pengundi dan apabila menyifatkan ucapan saya di Hulu Selangor sebagai hasutan," katanya.
-Malaysiakini

Gerakan Pulih Pilihanraya Wajar Dihidupkan Semula

Label:

Calon Parti Keadilan Rakyat pada pilihanraya kecil Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim menyeru badan-badan bukan kerajaan atau NGO seperti Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) untuk menghidupkan kembali gerakan memulihkan sistem pilihanraya tanahair.

Mengulas apa yang berlaku pada pilihanraya kecil Hulu Selangor, Zaid berkata, rakyat Malaysia tidak harus membiarkan senario seperti pilihanraya kecil Hulu Selangor berulang kembali.

“Kita harus mempunyai pilihanraya kecil yang bebas. Saya menyeru badan-badan bukan kerajaan, NGO seperti BERSIH untuk menghidupkan semula kempen-kempen supaya Suruhanjaya Pilihan Raya dan undang pilihanraya diaplikasikan di negara ini sama dengan negara lain" ujar Zaid.

Pada pilihanraya kecil Hulu Selangor, 25 April lalu, kerajaan UMNO telah menggunakan segala taktik yang ada termasuk memberi sogokan RM 50 ribu kepada bekas peneroka Felda Sungai Buaya, mendirikan sebuah sekolah Cina bernilai RM 3 juta dan banyak lagi untuk membeli undi penduduk.

Mengulas kenyataan Zaid, Presiden TERAS Pengupayaan Melayu, Mohd Azmi Abdul Hamid yang turut serta dalam perhimpunan BERSIH pada 10 November tahun lalu berkata, seruan dari mantan Menteri Undang-undang itu mempunyai asas yang begitu kuat.

“ Saya kira pengalaman di Hulu Selangor ini sesuatu yang membuktikan tidak ada perubahan pun yang berlaku seperti yang dijanjikan oleh BN. Mereka masih lagi mengamalkan perkara yang nampaknya sama. Menggunakan satu pendekatan yang mencemar demokrasi” ujar Azmi.

“ Jadi seharusnya memang rakyat perlu bangkit untuk menyatakan bahawa kita tidak boleh bertoleransi lagi dengan amalan yang dibuat begini. Jadi saya kira ada relevannya supaya rakyat sekali lagi menyatakan pendiriannya melalui apa cara sekalipun seperti BERSIH tetapi mesti ada sesuatu yang dilakukan” tambah beliau lagi. -TVSEL

Pemuda Umno Ugut Bunuh TG Nik Aziz: Laporan Polis Akan Menyusul..

Label:

Sumber : Herman Samsudin

Budak ini, Mohd Safuan Hilmi, pemuda umno Malaysia melalui laman sosial Facebook ingin membunuh Tuan Guru Nik Aziz.

Beliau berkata, "Aku sanggup dihukum gantung jika dapat bunuh Nik Aziz."

Bukan setakat itu, dia mengatakan TG Nik Aziz sebagai set*n dan bar*a.....

Laporan polis perlu dibuat terhadap "anak haram" ini!!

Perkosa Gadis Depan Isteri

Label:

Saya tidak pasti sama ada berita di bawah ini berlaku kepada keluarga Melayu Islam atau sebaliknya. Jika ia berlaku kepada keluarga Melayu Islam, bolehlah kita panggil suami tersebut "manusia yang bernafsu buas". Apa tidaknya, sanggup melakukan perbuatan terkutuk di depan isteri sendiri. Air syaitan pula menjadi minuman seperti air mineral.

Kerana itulah Islam mengharamkan arak kerana arak itu adalah ibu segala maksiat...Apabila sudah mabuk, semuanya boleh berlaku.

[HarianMetro] SHAH ALAM: Dia baru beberapa minit menidurkan anaknya di tingkat atas sebuah rumah teres dua tingkat di Seksyen 7 di sini, namun sebaik turut ke tingkat bawah, seorang isteri tergamam selepas melihat suaminya sedang ‘memadu asmara’ dengan seorang wanita yang juga kenalan lama dalam sebuah bilik.

Sebelum kejadian kira-kira jam 9 malam, Sabtu lalu, wanita berkenaan bersama suaminya berusia 50-an serta anak mereka membeli-belah di sebuah pasar raya di Bukit Raja, Klang di sini dan bertemu seorang wanita berusia lewat 20-an, yang juga kenalan lama lelaki itu.

Pasangan itu mempelawa wanita berkenaan yang juga pegawai bank datang ke rumah mereka untuk makan malam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaludin, berkata selepas menikmati makan malam, mereka minum minuman keras.

“Isteri mangsa sebelum itu turut bersama suaminya dan wanita itu minum, sebelum dia meminta diri naik ke tingkat atas menidurkan anaknya.

“Lelaki dan wanita itu terus minum dan hampir mabuk sebelum wanita itu meminta diri ke tandas,” katanya.

Noor Azam berkata, ketika wanita itu berjalan ke tandas, lelaki terbabit yang mengekorinya menolak wanita itu masuk ke dalam bilik sebelum merogolnya.

“Selang beberapa minit, isteri lelaki itu turun dan tergamam melihat apa yang berlaku.

“Mereka bertengkar dan si isteri meminta wanita itu pulang,” katanya.

Menurutnya, kira-kira jam 12 tengah hari Selasa lalu, pegawai bank terbabit membuat laporan polis mendakwa dia dirogol suami wanita itu.

Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menahan lelaki itu yang juga ahli perniagaan pada hari sama untuk membantu siasatan.

“Wanita itu dihantar ke hospital untuk pemeriksaan dan suspek direman bagi membantu siasatan,” katanya.

Satu Lagi Campur Tangan BN dalam Kebebasan Media TV, Penerbit TV2

Label:

Satu lagi campur tangan Barisan Nasional dalam kebebasan media di stesen televisyen!

Kalau minggu lalu penerbit ntv7 mendedahkan bagaimana stesen televisyen swasta tunduk kepada aduan Jabatan Perdana Menteri dan isteri PM, kini penerbit TV2, Chou Z Lam (gambar) pula membongkarkan bagaimana rancangan dokumentari, Galeri Mandarin Nasional ditarik dan dibatalkan, kerana "tidak baik" untuk PRK Sibu dan pilihan raya negeri Sarawak yang bakal dijalankan.

Rancangan dokumentari ini diterbitkan oleh Chou Z Lam, merakamkan pengalaman kira-kira 10 ribu orang asli yang dipaksa pindah ke Sungai Asap dan Sungai Koyan untuk memberi laluan kepada pembinaan Empangan Bakun pada akhir tahun 1998.

Siri dokumentari ini mempunyai 10 episod keseluruhannya, mula disiarkan pada 26 April, tetapi ditarik secara tiba-tiba dan dibatalkan penyiaran seterusnya pada 28 April, iaitu hari ini. Mengikut jadual asal, siri dokumentari ini akan ke udara pada 12.20 tengah hari di TV2 setiap hari minggu, mulai 26 April hingga 7 Mei 2010.

Bagaimanapun, setelah disiarkan episod pertama dan keduanya, rancangan ini terpaksa ditarik dan dibatalkan. Chou Z Lam percaya bahawa pembatalan ini merupakan satu lagi cubaan campur tangan BN dalam kebebasan media. Beliau cuba mendapatkan penjelasan daripada Ketua Pengarah Bilik Berita, Jumat Engson yang mendakwa bahawa arahan ini datang dari Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Ibrahim Yahya yang juga mencerminkan pendirian Jumat Engson.

"Rancangan ini mungkin mengandungi unsur sensitif yang tidak baik untuk PRK Sibu dan pilihan raya negeri yang akan datang." Demikianlah jawapan yang diterima oleh Chou Z Lam, malah Jumat Engson tidak menolak kemungkinan untuk memberi lampu hijau kepada penyiaran ini apabila keadaan mengizinkan (selepas pilihan raya negeri). Baca selanjutnya klik di sini.

Penipuan PRK Hulu Selangor: Pengundi Akan Buat Laporan Polis Beramai-ramai Hari Ini

Label:

Pengundi Hulu Selangor hari ini akan membuat laporan polis ekoran berlaku pelbagai penipuan dan rasuah yang dilakukan oleh umno-BN.

Antara laporan polis yang akan dibuat ialah aktiviti memberi rasuah duit untuk mengundi BN, nama dikeluarkan dari senarai pengundi, ada pihak lain telah membuang undi, dan banyak lagi.

Laporan polis dijangka akan dibuat di ibu pejabat polis daerah Kuala Kubu Baru.

[FMT] PETALING JAYA - 29 April: Hundreds of frustrated Hulu Selangor voters are expected to file a police report tomorrow over alleged fraud during Sunday's by-election.

According to a source, the report will cover a series of alleged wrongdoings.

"Some claimed that they were given money to vote for BN, or that their names were removed from the electoral roll.

"Some also complained that they were not given the opportunity to vote because they were told by Election Commission officers that they had already voted,” he told FMT.

They are expected to lodge the report with the Kuala Kubu Baru district police headquarters.

Meeting with police chief

This afternoon, the voters met with Selangor police chief Khalid Abu Bakar to seek his advice on what to do.

“They had three main grouses over the elections, so I advised them to file a report at the Kuala Kubu Baru station, since the complainants are from there,” Khalid told FMT.

However, he did not want to elaborate on the grouses, saying, “Wait for them to lodge the report first.”

The police chief said he has instructed his top officers in the district to wait for the complainants tomorrow and take down the report.

“We have to see if the allegations fall under our jurisdiction, otherwise we might refer the matter to EC.

“But if the issues raised fall under our scope, then we would carry out a thorough investigation,” he added.

The Hulu Selangor by-election saw Barisan Nasiona's P Kamalanathan defeating PKR's Zaid Ibrahim by a 1,725-vote majority.

Zaid and other opposition leaders have accused the ruling coalition and Prime Minister Najib Tun Razak of using underhand tactics, such as “buying votes”.

Najib has since denied the allegation.

Yesterday, Zaid, a former law minister, revealed that he would file an election petition to declare the result “null and void”.

The PKR candidate is also initiating legal action against EC and the Umno-owned daily Utusan Malaysia.

Peguam Dari Perancis Datang Ke Malaysia, Skandal Kapal Selam Scorpene Bakal Terdedah?

Label:

Skandal pembelian kapal selam Scorpena bakal didedahkan tidak lama lagi apabila peguam dari Perancis dijangka tiba ke Malaysia bagi memulakan siasatan terhadap isu ini.

Peguam Joseph Breham yang sebelum ini memfailkan aduan dalam mahkamah Paris berkaitan skandal perjanjian pembelian berbilion US dolar kapal selam Perancis oleh Malaysia itu dijangka tiba di Kuala Lumpur untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai kes tersebut dan dijadual bertemu dengan anak guamnya, sebuah organisasi hak kemanusiaan suara rakyat Malaysia (Suaram).

Perjanjian pembelian itu diatur oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun 2002 (ketika itu Menteri Pertahanan) yang didakwa memberikan kuntungan komisen sejumlah RM3.7 bilion kepada rakan sekutu terdekat Najib, Abdul Razak Baginda.

Pembelian itu membabitkan dua kapal selam berdiesel Scorpene yang dibina oleh Armaris, anak syarikat pertahanan terbesar DCN Perancis (dahulunya Direction Des Construction Navales), dan kapal selam lama yang dihasilkan oleh usaha sama antara DCN dan syarikat Sepanyol, Agosta.

Breham, seorang daripada tiga peguam yang memfailkan kes itu bagi pihak Suaram berkata, mahkamah Perancis telah pun memulakan siasatan awal dan beliau akan menasihati anak guamnya untuk mengambil langkah wajar seterusnya.

Selain Breham, Renaud Semerdjian dan diketuai peguam William Bourdon sebelum ini memfailkan permohonan untuk menyiasat dakwaan jika terdapat sebarang unsur rasuah terhadap DCN pada 4 Disember lalu dan turut memfailkan dokumen tambahan pada 23 Februari lalu.
-erapakatan

Ezam Kotak Jadi Senator Isnin Ini

Label:

Timbalan Presiden MIC Datuk G.Palanivel dan bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Mohamad Ezam Mohd Noor adalah antara empat senator baru yang akan mengangkat sumpah Isnin ini.

Dua yang lain ialah Pengerusi Eksekutif Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan Ketua Wanita Umno Pagoh Noriah Mahat.

Perkara itu disahkan Setiausaha Dewan Negara Datuk Zamani Sulaiman yang dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Mereka dijadual mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Palanivel ialah Bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Ezam yang keluar daripada Parti Keadilan Rakyat dan kembali ke pangkuan Umno pada 2008 ketika dihubungi menerusi khidmat pesanan ringkas turut mengesahkan pelantikannya itu.

“Ya, benar, Alhamdulillah. Cuma saya akan buat kenyataan hanya selepas angkat sumpah nanti. Sekarang masih di Jakarta bertugas,” kata Ezam yang juga bekas Setiausaha Politik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. — Bernama

Zaid Mahu Batalkan Keputusan PRK Hulu Selangor, Saman Utusan

Label:

Calon Pakatan Rakyat daripada PKR dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim akan mengemukakan petisyen membantah keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam pilihan raya itu.

Beliau juga akan mengemukakan saman terhadap akhbar Utusan Malaysia kerana memfitnahnya sebagai kaki botol.

Zaid menyatakan demikian pada sidang media di kediamannya di Tropicana Golf and Country Resort, di sini, sebentar tadi. -harakah

PRK Sibu: Ketua DAP Sarawak Calon Pakatan Rakyat

Label:

Ketua DAP Sarawak, Wong Ho Leng (gambar) secara rasmi diumum sebagai calon Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil Parlimen Sibu pada satu majlis makan malam.

Beliau sebelum ini pernah bertanding dua kali menentang calon Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hoi Chew yang menyandang kerusi itu selama lima penggal tetapi tewas.

Wong adalah adalah antara enam pemimpin DAP yang berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri Sarawak 2006.

Beliau bakal bertembung Robert Lau Hui Yew, 45, calon BN yang juga Bendahari cawangan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Hui Yew dan Hoi Chew adalah saudara dua pupu.

Pengumuman Hui Yew sebagai calon BN dibuat Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 8 Mei sebagai hari penamaan calon dan 16 Mei ialah hari mengundi.

Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu diadakan berikutan kematian penyandangnya Robert Lau, yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan pada 9 April lalu.

-tvsel.

Sudah Tiba Masanya Saya Menyokong Pakatan Rakyat - Thamrin Ghafar

Label:

Bekas Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Thamrin Ghafar menyifatkan sudah tiba masa bagi beliau menyokong Pakatan Rakyat setelah melihat penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa berleluasa yang dilakukan oleh pimpinan Umno dan Barisan Nasional selama lebih 50 tahun mentadbir negara.

Bercakap kepada Suara Keadilan baru-baru ini anak mantan Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba itu berkata beliau sendiri tidak bersetuju dengan banyak dasar yang dilaksanakan kerajaan Umno-BN yang tidak memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

"Saya dah mula sedar bahawa banyak isu yang saya sendiri tidak boleh terima tentang dasar Umno dan Barisan Nasional. Saya rasa sudah sampai masanya saya terpaksa mengubah sikap," kata Thamrin yang juga adalah bekas Pengerusi MARA.

Kehadiran beliau pada dua majlis utama semasa kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor telah mengejutkan penyokong Pakatan Rakyat.

Thamrin pertama kalinya hadir pada majlis Pidato Perdana anjuran Pemuda Pakatan Rakyat di Sg Buaya 24 April lalu dan juga ceramah 'grand finale' di Stadium Mini Kuala Kubu Baharu bersama-sama pimpinan Pakatan Rakyat.

-SuaraKeadilan

BN Bukan Lagi Parti Masa Depan - Mustafa

Label:

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, Barisan Nasional (BN) bukan parti masa depan selepas hanya menang di kawasan terkawal seperti Felda dan kawasan miskin seperti Orang Asli.

Justeru, katanya angin perubahan yang dikatakan oleh pemimpin Umno/BN tidak berlaku pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, Ahad lalu.

Ini, ujarnya kerana tidak berlaku pengurangan undi kepada calon Pakatan Rakyat daripada PKR, Datuk Zaid Ibrahim.

Pada pilihan raya kecil itu, Zaid mendapat 23,272 undi berbanding 23,177 yang diperolehi allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad pada pilihan raya umum lalu yang berjaya menewaskan Datuk G Palanivel dengan majoriti 198 undi.

-harakahdaily

Perkasa Mahu Orang Cina 'Dihukum'

Label:

Gerakan Perkasa mahu kerajaan menahan semua bentuk peruntukan dan projek-projek pembangunan yang diluluskan kepada masyarakat Cina Hulu Selangor kerana enggan menyokong Barisan Nasional.

Presiden Datuk Ibrahim Ali berkata meskipun BN menang dalam pilihanraya semalam, tetapi pengundi Cina meninggalkan gagasan itu dan menyokong Pakatan Rakyat.

"Amat wajar kerajaan tangguh dulu apa jua peruntukan dan kelulusan kepada masyarakat kaum Cina, terutama desakan-desakan MCA dan Gerakan kerana jelas masyarakat Cina di Hulu Selangor serta India tidak menyokong BN," kata Ibrahim dalam satu kenyataan mengulas keputusan Pilihanraya Kecil Hulu Selangor.

Ibrahim, yang mendakwa dirinya Ahli Parlimen Bebas, juga menuntut kerajaan menolak sebarang tuntutan dari parti komponen BN seperti MCA dan Gerakan, kerana masyarakat Cina tidak mensyukuri nikmat yang diberikan kerajaan BN pimpinan Umno.

"Mereka langsung tidak hargai apa yang diberi oleh kerajaan BN walaupun kerajaan BN terpaksa mengguris hati orang Melayu dan Bumiputera," tegasnya.

-tvsel

BN Belanja RM100 Juta untuk Menang di Hulu Selangor - Anwar

Label:

Barisan Nasional (BN) didakwa membelanjakan lebih RM100 juta bagi menjamin kejayaan mereka merampas semula kerusi parlimen Hulu Selangor, malam semalam.

Dalam satu kenyataan hari ini, ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata meskipun membelanjakan RM65,000 bagi setiap pengundi, di samping kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya menjamin pemilihan yang bersih dan adil, ugutan polis serta usaha menghalang pengundi menjalankan tanggungjawab mereka, BN hanya mampu menang dengan majoriti yang tidak memberangsangkan. "Ini bermakna BN gagal mempelajari apa-apa sejak pilihan raya umum 2008. Serangan peribadi, isu perkauman, rasuah dan paksaan mungkin boleh membantu untuk menang di satu atau dua kerusi, tetapi rakyat Malaysia, tidak akan terpedaya,” katanya.

Walaupun PKR ditumbangkan malam semalam, namun Anwar berkata pembangkang berjaya meningkatkan sokongan popularnya di Hulu Selangor. " Kita tahu kita perlu berusaha lebih gigih untuk mendekati penyokong khususnya di kawasan terpencil dan pedalaman, khususnya di kalangan peneroka Felda,” katanya.

Timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali melahirkan sentimen yang hampir sama dan berpendapat pencapaian parti itu dianggap membanggakan di sebalik asakan padu daripada jentera BN.
"Kami gagal menembusi kubu-kubu kuat, khususnya di penempatan Felda tetapi keputusan pilihan raya itu satu tamparan kepada BN yang begitu angkuh bahawa mereka boleh menang dengan majoriti lebih 3,000 undi,” katanya dalam satu kenyataan.

"Kami anggap ia petanda bahawa polisi dan program Pakatan di terima rakyat, selepas dua tahun mengambil alih dan memberikan manfaat kepada mereka,” katanya. Syed Husin berkata majoriti 1,725 undi yang diperolehi oleh BN jauh meleset daripada majoriti 6000 undi yang dimenanginya di ketiga-tiga kerusi dewan undangan negeri di parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya umum 2008. "Tiada apa untuk Najib raikan," katanya.

-Malaysiakini

Keputusan Rasmi: BN Menang!!!

Label:

BN - 24997 undi

PKR - 23272 undi

Majoriti - 1725 undi

Tahniah, BN!!!! Masa untuk mengotakan janji....

Buat PR, usahlah kecewa, kekalahan ini adalah kekalahan yang bermaruah dalam perjuangan!!!!

GEMPAR!!!! Ada Seseorang Telah Mengundi Untuk Saya

Label:

(Gambar Hantu: Sekadar Hiasan)

HULU SELANGOR 25 APR: Tiga pengundi membuat laporan polis apabila mereka dikatakan mendapati nama mereka ditanda Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai sudah mengundi sedangkan mereka belum berbuat demikian.

Mereka secara berasingan dikatakan menyedari masalah berkenaan ketika mahu membuang undi pusat pengundian undi di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Serendah.

Sebaliknya, ketiga-tiga pengundi berkenaan mendakwa seseorang sudah 'mengundi' bagi pihak mereka, tanpa pengetahuan mereka.

Mereka yang berusia antara 40 hingga lebih 50 tahun itu kemudian membuat laporan polis di balai polis Serendah, kira-kira jam 3.15 petang.

Selain mereka, empat lagi pengundi yang dikatakan mengalami nasih sama dijangka membuat laporan dalam tempoh terdekat..

"Ini cubaan untuk menafikan hak kami sebagai pengundi. Ini tidak wajar berlaku," kata seorang daripada mereka, Mokhtar Razak Badri kepada TV Selangor.

-TVSelangor

Umno Yang Rasis Gelar Saya Menghasut - Nizar
Sabtu, Mei 01, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Pakatan Rakyat perlu masuk ke setiap pelosok kampung sekiranya mahu cita-citanya menuju ke Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 nanti menjadi kenyataan.

Bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin berkata, BN berjaya mendapatkan sokongan Orang Asli, orang Melayu di kampung-kampung - termasuk peneroka Felda, pekerja estet India - lebih 53 tahun dengan mengawal dan memanipulasi media arus perdana.

Strategi ini dilhat berjaya dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor, di ana Nizar menuduh BN terlibat dalam politik wang dan taktik mengancam bagi memastikan kemenangan calon mereka P Kamalanathan.

"BN menggunakan dana awam dalam bentuk hadiah pilihan raya dalam setiap pilihan raya kecil di negara ini.

"Dan mereka rasis apabila berhadapan dengan pengundi dan apabila menyifatkan ucapan saya di Hulu Selangor sebagai hasutan," katanya.
-Malaysiakini
Gerakan Pulih Pilihanraya Wajar Dihidupkan Semula
Sabtu, Mei 01, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Calon Parti Keadilan Rakyat pada pilihanraya kecil Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim menyeru badan-badan bukan kerajaan atau NGO seperti Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) untuk menghidupkan kembali gerakan memulihkan sistem pilihanraya tanahair.

Mengulas apa yang berlaku pada pilihanraya kecil Hulu Selangor, Zaid berkata, rakyat Malaysia tidak harus membiarkan senario seperti pilihanraya kecil Hulu Selangor berulang kembali.

“Kita harus mempunyai pilihanraya kecil yang bebas. Saya menyeru badan-badan bukan kerajaan, NGO seperti BERSIH untuk menghidupkan semula kempen-kempen supaya Suruhanjaya Pilihan Raya dan undang pilihanraya diaplikasikan di negara ini sama dengan negara lain" ujar Zaid.

Pada pilihanraya kecil Hulu Selangor, 25 April lalu, kerajaan UMNO telah menggunakan segala taktik yang ada termasuk memberi sogokan RM 50 ribu kepada bekas peneroka Felda Sungai Buaya, mendirikan sebuah sekolah Cina bernilai RM 3 juta dan banyak lagi untuk membeli undi penduduk.

Mengulas kenyataan Zaid, Presiden TERAS Pengupayaan Melayu, Mohd Azmi Abdul Hamid yang turut serta dalam perhimpunan BERSIH pada 10 November tahun lalu berkata, seruan dari mantan Menteri Undang-undang itu mempunyai asas yang begitu kuat.

“ Saya kira pengalaman di Hulu Selangor ini sesuatu yang membuktikan tidak ada perubahan pun yang berlaku seperti yang dijanjikan oleh BN. Mereka masih lagi mengamalkan perkara yang nampaknya sama. Menggunakan satu pendekatan yang mencemar demokrasi” ujar Azmi.

“ Jadi seharusnya memang rakyat perlu bangkit untuk menyatakan bahawa kita tidak boleh bertoleransi lagi dengan amalan yang dibuat begini. Jadi saya kira ada relevannya supaya rakyat sekali lagi menyatakan pendiriannya melalui apa cara sekalipun seperti BERSIH tetapi mesti ada sesuatu yang dilakukan” tambah beliau lagi. -TVSEL

Pemuda Umno Ugut Bunuh TG Nik Aziz: Laporan Polis Akan Menyusul..
Jumaat, April 30, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Sumber : Herman Samsudin

Budak ini, Mohd Safuan Hilmi, pemuda umno Malaysia melalui laman sosial Facebook ingin membunuh Tuan Guru Nik Aziz.

Beliau berkata, "Aku sanggup dihukum gantung jika dapat bunuh Nik Aziz."

Bukan setakat itu, dia mengatakan TG Nik Aziz sebagai set*n dan bar*a.....

Laporan polis perlu dibuat terhadap "anak haram" ini!!

Perkosa Gadis Depan Isteri
Jumaat, April 30, 2010 | Author: Tuk Kiyai
Saya tidak pasti sama ada berita di bawah ini berlaku kepada keluarga Melayu Islam atau sebaliknya. Jika ia berlaku kepada keluarga Melayu Islam, bolehlah kita panggil suami tersebut "manusia yang bernafsu buas". Apa tidaknya, sanggup melakukan perbuatan terkutuk di depan isteri sendiri. Air syaitan pula menjadi minuman seperti air mineral.

Kerana itulah Islam mengharamkan arak kerana arak itu adalah ibu segala maksiat...Apabila sudah mabuk, semuanya boleh berlaku.

[HarianMetro] SHAH ALAM: Dia baru beberapa minit menidurkan anaknya di tingkat atas sebuah rumah teres dua tingkat di Seksyen 7 di sini, namun sebaik turut ke tingkat bawah, seorang isteri tergamam selepas melihat suaminya sedang ‘memadu asmara’ dengan seorang wanita yang juga kenalan lama dalam sebuah bilik.

Sebelum kejadian kira-kira jam 9 malam, Sabtu lalu, wanita berkenaan bersama suaminya berusia 50-an serta anak mereka membeli-belah di sebuah pasar raya di Bukit Raja, Klang di sini dan bertemu seorang wanita berusia lewat 20-an, yang juga kenalan lama lelaki itu.

Pasangan itu mempelawa wanita berkenaan yang juga pegawai bank datang ke rumah mereka untuk makan malam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaludin, berkata selepas menikmati makan malam, mereka minum minuman keras.

“Isteri mangsa sebelum itu turut bersama suaminya dan wanita itu minum, sebelum dia meminta diri naik ke tingkat atas menidurkan anaknya.

“Lelaki dan wanita itu terus minum dan hampir mabuk sebelum wanita itu meminta diri ke tandas,” katanya.

Noor Azam berkata, ketika wanita itu berjalan ke tandas, lelaki terbabit yang mengekorinya menolak wanita itu masuk ke dalam bilik sebelum merogolnya.

“Selang beberapa minit, isteri lelaki itu turun dan tergamam melihat apa yang berlaku.

“Mereka bertengkar dan si isteri meminta wanita itu pulang,” katanya.

Menurutnya, kira-kira jam 12 tengah hari Selasa lalu, pegawai bank terbabit membuat laporan polis mendakwa dia dirogol suami wanita itu.

Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menahan lelaki itu yang juga ahli perniagaan pada hari sama untuk membantu siasatan.

“Wanita itu dihantar ke hospital untuk pemeriksaan dan suspek direman bagi membantu siasatan,” katanya.

Satu Lagi Campur Tangan BN dalam Kebebasan Media TV, Penerbit TV2
Jumaat, April 30, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Satu lagi campur tangan Barisan Nasional dalam kebebasan media di stesen televisyen!

Kalau minggu lalu penerbit ntv7 mendedahkan bagaimana stesen televisyen swasta tunduk kepada aduan Jabatan Perdana Menteri dan isteri PM, kini penerbit TV2, Chou Z Lam (gambar) pula membongkarkan bagaimana rancangan dokumentari, Galeri Mandarin Nasional ditarik dan dibatalkan, kerana "tidak baik" untuk PRK Sibu dan pilihan raya negeri Sarawak yang bakal dijalankan.

Rancangan dokumentari ini diterbitkan oleh Chou Z Lam, merakamkan pengalaman kira-kira 10 ribu orang asli yang dipaksa pindah ke Sungai Asap dan Sungai Koyan untuk memberi laluan kepada pembinaan Empangan Bakun pada akhir tahun 1998.

Siri dokumentari ini mempunyai 10 episod keseluruhannya, mula disiarkan pada 26 April, tetapi ditarik secara tiba-tiba dan dibatalkan penyiaran seterusnya pada 28 April, iaitu hari ini. Mengikut jadual asal, siri dokumentari ini akan ke udara pada 12.20 tengah hari di TV2 setiap hari minggu, mulai 26 April hingga 7 Mei 2010.

Bagaimanapun, setelah disiarkan episod pertama dan keduanya, rancangan ini terpaksa ditarik dan dibatalkan. Chou Z Lam percaya bahawa pembatalan ini merupakan satu lagi cubaan campur tangan BN dalam kebebasan media. Beliau cuba mendapatkan penjelasan daripada Ketua Pengarah Bilik Berita, Jumat Engson yang mendakwa bahawa arahan ini datang dari Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Ibrahim Yahya yang juga mencerminkan pendirian Jumat Engson.

"Rancangan ini mungkin mengandungi unsur sensitif yang tidak baik untuk PRK Sibu dan pilihan raya negeri yang akan datang." Demikianlah jawapan yang diterima oleh Chou Z Lam, malah Jumat Engson tidak menolak kemungkinan untuk memberi lampu hijau kepada penyiaran ini apabila keadaan mengizinkan (selepas pilihan raya negeri). Baca selanjutnya klik di sini.

Pengundi Hulu Selangor hari ini akan membuat laporan polis ekoran berlaku pelbagai penipuan dan rasuah yang dilakukan oleh umno-BN.

Antara laporan polis yang akan dibuat ialah aktiviti memberi rasuah duit untuk mengundi BN, nama dikeluarkan dari senarai pengundi, ada pihak lain telah membuang undi, dan banyak lagi.

Laporan polis dijangka akan dibuat di ibu pejabat polis daerah Kuala Kubu Baru.

[FMT] PETALING JAYA - 29 April: Hundreds of frustrated Hulu Selangor voters are expected to file a police report tomorrow over alleged fraud during Sunday's by-election.

According to a source, the report will cover a series of alleged wrongdoings.

"Some claimed that they were given money to vote for BN, or that their names were removed from the electoral roll.

"Some also complained that they were not given the opportunity to vote because they were told by Election Commission officers that they had already voted,” he told FMT.

They are expected to lodge the report with the Kuala Kubu Baru district police headquarters.

Meeting with police chief

This afternoon, the voters met with Selangor police chief Khalid Abu Bakar to seek his advice on what to do.

“They had three main grouses over the elections, so I advised them to file a report at the Kuala Kubu Baru station, since the complainants are from there,” Khalid told FMT.

However, he did not want to elaborate on the grouses, saying, “Wait for them to lodge the report first.”

The police chief said he has instructed his top officers in the district to wait for the complainants tomorrow and take down the report.

“We have to see if the allegations fall under our jurisdiction, otherwise we might refer the matter to EC.

“But if the issues raised fall under our scope, then we would carry out a thorough investigation,” he added.

The Hulu Selangor by-election saw Barisan Nasiona's P Kamalanathan defeating PKR's Zaid Ibrahim by a 1,725-vote majority.

Zaid and other opposition leaders have accused the ruling coalition and Prime Minister Najib Tun Razak of using underhand tactics, such as “buying votes”.

Najib has since denied the allegation.

Yesterday, Zaid, a former law minister, revealed that he would file an election petition to declare the result “null and void”.

The PKR candidate is also initiating legal action against EC and the Umno-owned daily Utusan Malaysia.

Skandal pembelian kapal selam Scorpena bakal didedahkan tidak lama lagi apabila peguam dari Perancis dijangka tiba ke Malaysia bagi memulakan siasatan terhadap isu ini.

Peguam Joseph Breham yang sebelum ini memfailkan aduan dalam mahkamah Paris berkaitan skandal perjanjian pembelian berbilion US dolar kapal selam Perancis oleh Malaysia itu dijangka tiba di Kuala Lumpur untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai kes tersebut dan dijadual bertemu dengan anak guamnya, sebuah organisasi hak kemanusiaan suara rakyat Malaysia (Suaram).

Perjanjian pembelian itu diatur oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun 2002 (ketika itu Menteri Pertahanan) yang didakwa memberikan kuntungan komisen sejumlah RM3.7 bilion kepada rakan sekutu terdekat Najib, Abdul Razak Baginda.

Pembelian itu membabitkan dua kapal selam berdiesel Scorpene yang dibina oleh Armaris, anak syarikat pertahanan terbesar DCN Perancis (dahulunya Direction Des Construction Navales), dan kapal selam lama yang dihasilkan oleh usaha sama antara DCN dan syarikat Sepanyol, Agosta.

Breham, seorang daripada tiga peguam yang memfailkan kes itu bagi pihak Suaram berkata, mahkamah Perancis telah pun memulakan siasatan awal dan beliau akan menasihati anak guamnya untuk mengambil langkah wajar seterusnya.

Selain Breham, Renaud Semerdjian dan diketuai peguam William Bourdon sebelum ini memfailkan permohonan untuk menyiasat dakwaan jika terdapat sebarang unsur rasuah terhadap DCN pada 4 Disember lalu dan turut memfailkan dokumen tambahan pada 23 Februari lalu.
-erapakatan
Ezam Kotak Jadi Senator Isnin Ini
Khamis, April 29, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Timbalan Presiden MIC Datuk G.Palanivel dan bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Mohamad Ezam Mohd Noor adalah antara empat senator baru yang akan mengangkat sumpah Isnin ini.

Dua yang lain ialah Pengerusi Eksekutif Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan Ketua Wanita Umno Pagoh Noriah Mahat.

Perkara itu disahkan Setiausaha Dewan Negara Datuk Zamani Sulaiman yang dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Mereka dijadual mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Palanivel ialah Bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Ezam yang keluar daripada Parti Keadilan Rakyat dan kembali ke pangkuan Umno pada 2008 ketika dihubungi menerusi khidmat pesanan ringkas turut mengesahkan pelantikannya itu.

“Ya, benar, Alhamdulillah. Cuma saya akan buat kenyataan hanya selepas angkat sumpah nanti. Sekarang masih di Jakarta bertugas,” kata Ezam yang juga bekas Setiausaha Politik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. — Bernama

Zaid Mahu Batalkan Keputusan PRK Hulu Selangor, Saman Utusan
Rabu, April 28, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Calon Pakatan Rakyat daripada PKR dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim akan mengemukakan petisyen membantah keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam pilihan raya itu.

Beliau juga akan mengemukakan saman terhadap akhbar Utusan Malaysia kerana memfitnahnya sebagai kaki botol.

Zaid menyatakan demikian pada sidang media di kediamannya di Tropicana Golf and Country Resort, di sini, sebentar tadi. -harakah

PRK Sibu: Ketua DAP Sarawak Calon Pakatan Rakyat
Rabu, April 28, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Ketua DAP Sarawak, Wong Ho Leng (gambar) secara rasmi diumum sebagai calon Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil Parlimen Sibu pada satu majlis makan malam.

Beliau sebelum ini pernah bertanding dua kali menentang calon Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hoi Chew yang menyandang kerusi itu selama lima penggal tetapi tewas.

Wong adalah adalah antara enam pemimpin DAP yang berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri Sarawak 2006.

Beliau bakal bertembung Robert Lau Hui Yew, 45, calon BN yang juga Bendahari cawangan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Hui Yew dan Hoi Chew adalah saudara dua pupu.

Pengumuman Hui Yew sebagai calon BN dibuat Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 8 Mei sebagai hari penamaan calon dan 16 Mei ialah hari mengundi.

Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu diadakan berikutan kematian penyandangnya Robert Lau, yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan pada 9 April lalu.

-tvsel.

Sudah Tiba Masanya Saya Menyokong Pakatan Rakyat - Thamrin Ghafar
Selasa, April 27, 2010 | Author: Tuk Kiyai
Bekas Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Thamrin Ghafar menyifatkan sudah tiba masa bagi beliau menyokong Pakatan Rakyat setelah melihat penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa berleluasa yang dilakukan oleh pimpinan Umno dan Barisan Nasional selama lebih 50 tahun mentadbir negara.

Bercakap kepada Suara Keadilan baru-baru ini anak mantan Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba itu berkata beliau sendiri tidak bersetuju dengan banyak dasar yang dilaksanakan kerajaan Umno-BN yang tidak memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

"Saya dah mula sedar bahawa banyak isu yang saya sendiri tidak boleh terima tentang dasar Umno dan Barisan Nasional. Saya rasa sudah sampai masanya saya terpaksa mengubah sikap," kata Thamrin yang juga adalah bekas Pengerusi MARA.

Kehadiran beliau pada dua majlis utama semasa kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor telah mengejutkan penyokong Pakatan Rakyat.

Thamrin pertama kalinya hadir pada majlis Pidato Perdana anjuran Pemuda Pakatan Rakyat di Sg Buaya 24 April lalu dan juga ceramah 'grand finale' di Stadium Mini Kuala Kubu Baharu bersama-sama pimpinan Pakatan Rakyat.

-SuaraKeadilan

BN Bukan Lagi Parti Masa Depan - Mustafa
Selasa, April 27, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, Barisan Nasional (BN) bukan parti masa depan selepas hanya menang di kawasan terkawal seperti Felda dan kawasan miskin seperti Orang Asli.

Justeru, katanya angin perubahan yang dikatakan oleh pemimpin Umno/BN tidak berlaku pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, Ahad lalu.

Ini, ujarnya kerana tidak berlaku pengurangan undi kepada calon Pakatan Rakyat daripada PKR, Datuk Zaid Ibrahim.

Pada pilihan raya kecil itu, Zaid mendapat 23,272 undi berbanding 23,177 yang diperolehi allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad pada pilihan raya umum lalu yang berjaya menewaskan Datuk G Palanivel dengan majoriti 198 undi.

-harakahdaily

Perkasa Mahu Orang Cina 'Dihukum'
Selasa, April 27, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Gerakan Perkasa mahu kerajaan menahan semua bentuk peruntukan dan projek-projek pembangunan yang diluluskan kepada masyarakat Cina Hulu Selangor kerana enggan menyokong Barisan Nasional.

Presiden Datuk Ibrahim Ali berkata meskipun BN menang dalam pilihanraya semalam, tetapi pengundi Cina meninggalkan gagasan itu dan menyokong Pakatan Rakyat.

"Amat wajar kerajaan tangguh dulu apa jua peruntukan dan kelulusan kepada masyarakat kaum Cina, terutama desakan-desakan MCA dan Gerakan kerana jelas masyarakat Cina di Hulu Selangor serta India tidak menyokong BN," kata Ibrahim dalam satu kenyataan mengulas keputusan Pilihanraya Kecil Hulu Selangor.

Ibrahim, yang mendakwa dirinya Ahli Parlimen Bebas, juga menuntut kerajaan menolak sebarang tuntutan dari parti komponen BN seperti MCA dan Gerakan, kerana masyarakat Cina tidak mensyukuri nikmat yang diberikan kerajaan BN pimpinan Umno.

"Mereka langsung tidak hargai apa yang diberi oleh kerajaan BN walaupun kerajaan BN terpaksa mengguris hati orang Melayu dan Bumiputera," tegasnya.

-tvsel

BN Belanja RM100 Juta untuk Menang di Hulu Selangor - Anwar
Isnin, April 26, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Barisan Nasional (BN) didakwa membelanjakan lebih RM100 juta bagi menjamin kejayaan mereka merampas semula kerusi parlimen Hulu Selangor, malam semalam.

Dalam satu kenyataan hari ini, ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata meskipun membelanjakan RM65,000 bagi setiap pengundi, di samping kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya menjamin pemilihan yang bersih dan adil, ugutan polis serta usaha menghalang pengundi menjalankan tanggungjawab mereka, BN hanya mampu menang dengan majoriti yang tidak memberangsangkan. "Ini bermakna BN gagal mempelajari apa-apa sejak pilihan raya umum 2008. Serangan peribadi, isu perkauman, rasuah dan paksaan mungkin boleh membantu untuk menang di satu atau dua kerusi, tetapi rakyat Malaysia, tidak akan terpedaya,” katanya.

Walaupun PKR ditumbangkan malam semalam, namun Anwar berkata pembangkang berjaya meningkatkan sokongan popularnya di Hulu Selangor. " Kita tahu kita perlu berusaha lebih gigih untuk mendekati penyokong khususnya di kawasan terpencil dan pedalaman, khususnya di kalangan peneroka Felda,” katanya.

Timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali melahirkan sentimen yang hampir sama dan berpendapat pencapaian parti itu dianggap membanggakan di sebalik asakan padu daripada jentera BN.
"Kami gagal menembusi kubu-kubu kuat, khususnya di penempatan Felda tetapi keputusan pilihan raya itu satu tamparan kepada BN yang begitu angkuh bahawa mereka boleh menang dengan majoriti lebih 3,000 undi,” katanya dalam satu kenyataan.

"Kami anggap ia petanda bahawa polisi dan program Pakatan di terima rakyat, selepas dua tahun mengambil alih dan memberikan manfaat kepada mereka,” katanya. Syed Husin berkata majoriti 1,725 undi yang diperolehi oleh BN jauh meleset daripada majoriti 6000 undi yang dimenanginya di ketiga-tiga kerusi dewan undangan negeri di parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya umum 2008. "Tiada apa untuk Najib raikan," katanya.

-Malaysiakini
Keputusan Rasmi: BN Menang!!!
Ahad, April 25, 2010 | Author: Tuk Kiyai