Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

WANG EHSAN: RAKYAT KELANTAN RASA TERHINA - KU LI

Label:

"Rakyat Kelantan rasa terhina bila nak diberi 20 juta wang ehsan sedangkan syarikat rokok sponsor acara sukan pun 50, 100 juta. Ini pula untuk rakyat Kelantan yang lebih dari 1 juta penduduk."

"Guna duit minyak bagi wang ehsan, macam rakyat Kelantan ni Tok Pakir (Peminta sedekah)," jelasnya.

"Saya berharap Pengerusi petronas yang baru dilantik dapat mengawasi petronas. Petronas perlu buat tindakan yang betul mengikut perjanjian,"

"Samaada Kerajaan negeri nak dakwa atau nak bawa ke mahkamah itu bukan bidang saya.Saya cuma nak menjelaskan perkara yang sebenar. Itu sahaja,"katanya.

- Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah

MELAYU P.PINANG MEREMPAT MASA BN MEMERINTAH?

Label:

TOK KIYAI: Semalam puak-puak mangkuk malah katak mengadakan demonstrasi di pejabat Ketua Menteri Lim Guan Eng. Kononnya mereka ni tidak berpuas hati kerana berlakunya diskriminasi dan peminggiran orang Melayu-Islam di Pulau Pinang oleh kerajaan negeri pimpinan Lim.

Puak-puak mangkuk ni tak berapa cerdik gamaknya. Masa BN perintah Pulau Pinang, apa yang mereka lakukan untuk Melayu? Bagi Tok, tak de jugak kemajuan. Yang maju perut-perut pemimpin mereka....

Baru sekarang puak-puak mangkuk ni berani berdemo sebab PR perintah. Dulu takut sebab nanti dicop penderhaka pulak....Pandai jugak mereka berdemo...

[TV SELANGOR] Ketua Menteri Pulau Pinang melahirkan rasa kesal dengan tuduhan pihak tertentu yang mendakwa kerajaan negeri meminggirkan masyarakat Bumiputera.

Tindakan pihak tertentu membangkitkan kebencian kaum dengan memanipulasikan isu perobohan gerai milik peniaga Melayu adalah amat tidak wajar.

Kerajaan negeri sentiasa menjaga hubungan baik dengan masyarakat peniaga, demikian itu semua dilayan sama-rata, dan hukuman saksama juga dikenakan kepada mana-mana pihak yang melanggar undang-undang.

"Demontrasi hari ini dapat menarik perhatian yang tidak tahu keadaan sebenarnya, tapi saya rasa kerajaan negeri tidak akan menghalang apa-apa demontrasi yang aman, selagi tidak menggugat keamanan ataupun kehidupan biasa rakyat, kita tidak akan halang kerana kira rasa itu memang hak mana-mana pihak"

Layanan sama-rata ini ditunjukkan jelas dalam statistik Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Dalam jangka waktu 2008 hingga 2009, PBT telah mengambil tindakan terhadap perobohan ke atas 2809 penjaja Cina bersamaan 58% diikuti gerai milik peniaga Melayu seramai 1600 orang (33%) dan India 443 orang (9%).

Sebelum ini kerajaan Pulau Pinang telah mengedarkan butiran pengagihan kontrak kerajaan negeri yang mendedahkan bahawa sebahagian besar penerima kontrak adalah kontraktor Bumiputera.

Guan Eng berkata pemilihan kontraktor dibuat berdasarkan kepada merit dan bukan kepada kelompok kaum tertentu.

PEMIMPIN INDONESIA DIGELAR KERBAU, PEMIMPIN MALAYSIA?

Label:

TOK KIYAI: Ha ha ha..... Bila marah, seseorang itu akan lakukan apa saja...Ada ketika, haiwan juga menjadi mangsa....Bila kerbau dilarang menyertai demonstrasi, maka tinggallah manusia dan jin berdemo.... Perkara ini pastinya akan berjangkit kat pemimpin Malaysia....

[KOSMO] Berang digelar besar dan bodoh seperti kerbau oleh sebahagian penunjuk perasaan, Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono mengarahkan supaya kerbau dan haiwan lain dilarang dibawa dalam sebarang demonstrasi.
Bagaimanapun, bagi sesetengah rakyat Indonesia, tindakan drastik Susilo yang dikatakan gagal membanteras masalah rasuah itu menunjukkan bahawa beliau tidak dapat menerima kritikan.
Larangan itu dikeluarkan polis Jakarta berikutan terdapat penunjuk perasaan cuba untuk berarak melalui jalan-jalan utama di Jakarta bersama kerbau manakala tubuh badan haiwan tersebut dicat dengan nama Susilo.

"Mereka menyatakan saya seperti kerbau yang besar, bodoh dan lambat bergerak.

"Kenyataan itu memang tidak beretika dan bermoral. Penggunaan kerbau boleh menyalahi undang-undang lain misalnya trafik," kata Susilo.

Seorang anggota dari parti pembangkang Gerinda, Desmond Mahesa menganggap pengharaman itu sebagai reaksi berlebihan dan menunjukkan kelemahan kepimpinan presiden.

Namun, polis Jakarta menyatakan terdapat alasan kukuh untuk mengharamkan penyertaan kerbau dalam tunjuk perasaan iaitu keselamatan.

"Tidak ada jaminan bahawa penunjuk perasaan boleh menghalang kerbau daripada mengancam nyawa manusia jika haiwan itu marah," kata jurucakap polis Jakarta, Kolonel Boy Rafli Amar. - AP

BLOGGER PRO UMNO SOKONG SEPOL?

Label:

Ramainya blogger yang support Saiful....Bukan lapan orang tapi beribu-ribu lemon...Pasal jumlah manusia ni Utusan Meloya mesti pandai membuat perkiraan...

(Foto: beritasemasa)
Bagus slogan kat banner tu...
YANG HAK PASTI BERDIRI
YANG BATHIL PASTI JATUH....
Yang BERDIRI tu apa maksudnya?
Tapi yang hak di sisi Allah belum tentu lagi buat si Sepol....
Yang si mamat tu pegang buluh ke ape?
Konspirasi ke-2 ini sungguh menjijikkan buat rakyat Malaysia. Apatah lagi ia dibuat oleh orang Melayu yang kononnya Islam....
TOK KIYAI: Tinggalkan komen/ulasan saudara terhadap isu yang diutarakan....

Rayuan Permohonan Gugur Tuduhan Konspirasi II 12 Feb Depan

Label:

Rayuan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggugurkan pertuduhan dalam perbicaraan konspirasi dua akan di dengarkan di Mahkamah Rayuan 12 Febuari depan.

Hakim Alauddin Mohd Sheriff mengesahkan tarikh itu secara lisan kepada peguam Wan Anuar Shaddat yang mewakili mantan Timbalan Perdana Menteri itu.

Turut hadir sama dalam pertemuan itu adalah Timbalan Pendakwaraya Wong Chiang Kiat.

TV Selangor difahamkan peguam Anwar memohon mahkamah untuk mempercepatkan tarikh bagi mendengar rayuan ini supaya ia tidak menganggu perjalanan perbicaraan konspirasi dua yang sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Dalam perkembangan yang sama, Hakim Alauddin turut memaklumkan bahawa tarikh mendengar rayuan semak semula perintah Mahkamah Persekutuan menyekat peguambela dari bukti dalam simpanan pendakwaraya akan ditetapkan seawalnya minggu hadapan.

SUMBER di sini.

KONSPIRASI 2:LAPORAN UTUSAN YANG KOTOR, BIADAB, JIJIK DAN MELOYAKAN

Label:

DESAKAN HERET ROSMAH DAN NAJIB BERGEMA DI MAHKAMAH

IMBAS KEMBALI: USTAZ RAMLANG PORIGI DEDAH KONSPIRASI...

Label:

HARAPKAN PAGAR. PAGAR MAKAN PADI...

Label:

Harapkan pagar, pagar makan padi.

Jabatan Hal Ehwal Orang Asli didakwa mendalangi pembalakan haram keatas 121.4 hektar tanah milik kerajaan negeri Selangor.

Sehubungan itu, kerajaan Selangor menggesa Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli memastikan perbuatan itu dihentikan kerana kerana tidak mendapat kelulusan Jabatan Perhutanan Negeri.

Ahli Exco Kerajaan Negeri Elizabeth Wong mendedahkan pembalakan haram oleh agensi persekutuan itu setelah beberapa individu ditahan dan 1,500 kayu balak di sita.

"Kita dah mengesan hampir 300 ekar tanah kerajaan negeri dibalak tanpa kebenaran kerajaan negeri Selangor dan juga Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, kebenaran yang diberi itu datangnya dari Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan sekarang kita mempertikaikan mengapa jabatan yang tidak ada apa-apa berkenaan pembalakan tanah kerajaan negeri masuk campur dan juga memberi kebenaran untuk orang luar untuk membalak di kawasan tersebut,” katanya.

Exco Alam Sekitar Selangor, Elizabeth Wong berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Exco Selangor di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam hari ini.

Katanya kejadian ini bukan kali pertama berlaku di Selangor malah ia kerap berlaku yang melibatkan campur tangan kerajaan pusat.

Sehubungan itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan Jabatan Perhutanan Negeri menyerahkan perkara ini untuk siasatan lanjut pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

“Di daerah Hulu Selangor, di kaki bukit Genting, ini antara tanah kerajaan dan juga ada sikit Hutan Simpan Batang Kali tetapi kebanyakan sebenarnya di kawasan tanah Kerajaan Negeri,” katanya lagi.

SUMBER di sini.

JIKA NASIR SAFAR NI ORANG PKR DAH KENA I.S.A DAH.....

Label:

Pegawai khas kepada PM, Nasir Safar telah membuat kenyataan yang bersikap perkauman di satu majlis di Melaka yang bertempat di Malacca International Trade Centre. Kenyataan lain adalah untuk menarik balik kewarganegaraan masyarakat India dan Cina. Beliau merupakan pegawai khas bahagian komunikasi di JPM.

Nasir menyifatkan kaum India dan Cina merupakan pendatang dan dalam salah satu kenyataannya , dia mengatakan yang " kaum India datang ke sini sebagai pengemis dan orang Cina pula banyak yang datang dan terutama perempuan menjual tubuh mereka ".

Kenyataan yang jelas menunjukkan tahap pemikiran seseorang yang menjawat jawatan tertinggi di JPM menunjukkan 1Malaysia Najib hanyalah satu penipuan terhadap rakyat. Turut hadir ialah wakil dari MIC dan MCA , mereka lantas menunjuk tanda protes dan keluar beramai-ramai dari majlis itu meninggalkan Nasir Safar dan beberapa kerat pemimpin yang perkauman di dalam majlis itu.

Salah seorang ahli MIC Melaka akan membuat laporan polis terhadap tindakan Nasir Safar kerana dengan jelas menyinggung perasaan mereka. Seorang pemuda MIC yang hadir turut memberitahu pihak TawanMalaysia bahawa Nasir mengeluarkan kenyataan "orang India ini dah lebih, mereka memaksa kerajaan untuk 12 subjek di dalam SPM, kita pada bila-bila masa sahaja boleh menarik kerakyatan orang India ini" .

Thiran 32, seorang wakil MIC Melaka mengatakan bahawa "Nama saja pegawai khas PM, tetapi cakap macam sampah, anda bayangkan bagaimana seseorang yang bekerja at the highest office boleh panggil orang India dan Cina pendatang?"

Banyak wakil MIC yang berbual di luar dewan sewaktu majlis itu berlangsung dan melahirkan rasa tidak puas hati mereka. Laporan polis akan dibuat berhubung kenyataan yang bersikap perkauman dan hasutan itu.

Kesemua parti komponen BN memohon agar Nasir Safar memohon maaf dia atas kenyataan yang nyata berbaur hasutan dan perkauman itu. Ini juga sudah menunjukkan perpecahan yang ketara di kalangan parti komponen BN.
SUMBER di sini.

TUJUH TAHUN DIDERA ISTERI DAN ANAK.....

Label:

(Foto: Inilah kesan kecederaan dialami Sham selepas mendakwa menjadi mangsa dera isteri dan dua anaknya di Selayang Rabu lalu)

TOK KIYAI: Aduhai dunia sekarang....Dah nak kiamat dah....Si Mamat ni jantan ke apa? Sampai isteri boleh pijak kepala...Mana maruah sebagai suami? Mana maruah seorang isteri? Islam mengajar kita bahawa suami itu ketua untuk membimbing keluarga. Kalau isteri melakukan kesilapan, hendaklah dinasihat dengan cara yang baik, tapi kalau dah isteri pulak boleh memukul dan mendera suami, mana peranan si suami?
.
[KOSMO] MELAKA - Jika kisah isteri didera suami ia perkara biasa. Namun jika suami mendakwa dia menjadi mangsa dera isteri ia agak pelik.

Begitulah dakwaan seorang lelaki yang mahu dikenali sebagai Sham, 47, dari Selayang, Selangor yang memberitahu dia telah tujuh tahun menanggung nasib malang didera isteri berusia 43 tahun.

Bukan setakat itu, dua daripada tiga orang anaknya yang berusia 10 dan 16 juga didakwa turut mengikut perangai ibu mereka apabila bersubahat memukulnya jika si isteri naik angin.

Sham yang bekerja di sini hanya pulang sekali seminggu ke rumahnya di Selayang dan mendakwa setiap kali pulang ke pangkuan isterinya itu dia akan menjadi mangsa dera.

"Saya bekerja di Melaka dan hanya pulang pada hujung minggu manakala isteri tinggal bersama anak-anak di Selayang," cerita Sham ketika ditemui di Merlimau di sini semalam.

SUMBER di sini.

PANAS......WARGA POLIS MEH BACA NI...

Label:

Kadar baru gaji dan elaun Polis akan diumumkan oleh kerajaan hari ini.....
Pastinya seronok pak-pak polis Malaysia...Maklumlah gaji dan elaun akan bertambah....

Difahamkan gaji baru dan elaun untuk jawatan Inspektor lebih kurang RM3000 dan Sarjan lebih kurang RM2000.

Pesan Tok Kiyai kepada warga polis, semoga lebih bersemangat untuk bekerja menjaga keselamatan negara. Jauhkan diri daripada perbuatan yang menjatuhkan maruah diri dan negara apatah lagi maruah agama...Lebih integriti, mesra, adil dan betul..........

TERKINI: KES ANWAR DITANGGUH 2.30 PETANG INI

Label:

(Foto: MB Kelantan tiba di mahkamah untuk memberi sokongan moral kepada DS Anwar)

Mahkamah Tinggi bersetuju untuk menangguhkan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga 2.30 petang ini.

Penangguhan itu dibenarkan bagi membolehkan peguam-peguam Anwar memperoleh tarikh berhubung permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonannya mendapatkan dokumen tambahan berkaitan dengan kesnya.

Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkan permohonan peguam Karpal Singh untuk menangguhkan perbicaraan sehingga 2.30 petang.

Pasukan peguam Anwar mahu ketua hakim negara memberikan tarikh paling awal untuk mendengar permohonan semakan keputusan Mahkamah Persekutuan Jumaat lalu yang memutuskan untuk mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan.

“Adalah penting setiap peluang diberikan kepada pembela untuk menggunakan kesemua ruang yang ada,” kata Karpal.

Seorang lagi peguam pasukan Anwar, Sankara Nair mengesahkan perkara itu selepas perbicaraan ditangguhkan.

“Kami akan menemui ketua hakim negara untuk mendapatkan tarikh seawal yang mungkin untuk mendengar permohonan semakan semula keputusan,” kata beliau.

Perbicaraan kes liwat Anwar, yang kedua sejak 1998, dijadualkan untuk bermula pagi ini.

Perbicaraan sepatutnya bermula pada 25 Jan lalu tetapi telah ditunda sehingga ke hari ini.
Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantu beliau Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008.

Bekas timbalan perdana menteri yang kini merupakan ketua pembangkang di Parlimen dibebaskan dari tuduhan kes liwat pertama pada September 2004. Sumber
di sini.

PERBICARAAN DS ANWAR IBRAHIM BERMULA HARI INI

Label:

TERKINI - Tepat jam 9 pagi, mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk seri Anwar Ibrahim melangkah masuk ke Mahkamah Jenayah 3 ditemani oleh isteri beliau Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah dan dua lagi adiknya.

Turut hadir memberikan sokongan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Datuk Chua Jui Meng, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, exco selangor, Elizabeth Wong, Senator Syed Hussin Ali dan Setiausaha agong PKR, Saifuddin Nasution.

Sementara itu tiga trak anggota polis mula berkawal di perkarangan dan di dalam mahkamah seawal jam 7 pagi.

Kawalan ketat dan pemeriksaan dilakukan sebelum dibenarkan masuk ke Mahkamah Jenayah 3.

KETUA PEMUDA UMNO KELANTAN KATA LEBIH BAIK KU LI LEPASKAN JAWATAN DAN SERTAI PAS/PKR

Label:

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kelantan, Anuar Safian berkata, Pemuda UMNO negeri yakin tindakan Ku Li yang dianggap bersekongkol dengan Pas bagi menjayakan Program Ceramah Royalti Minyak anjuran Gerakan Menuntut Wang Royalti Rakyat itu mempunyai agenda peribadinya tersendiri.

“Apa yang ingin dipersoalkan ialah kenapa baru sekarang Ku Li bangkit untuk memberikan penjelasan kepada rakyat dalam isu yang melibatkan royalti sedangkan beliau mempunyai ruang yang terlalu luas sebagai Ahli Parlimen selama 32 tahun atau semenjak dari 1978 yang lalu.

“Kenapa baru sekarang beliau sedar akan kepentingan rakyat Kelantan. Ini bermakna beliau telah duduk dalam ‘rok’ (hutan) sepanjang tempoh itu seperti mana yang dinafikan oleh beliau,” katanya kepada Sinar harian ketika ditemui di sini, semalam.

Anuar berkata, Pemuda UMNO melihat rakyat Kelantan telah banyak diperbodohkan oleh pemimpin seperti Ku Li lebih-lebih lagi semasa beliau berada di dalam Semangat 46 dan akhirnya menyertai kembali UMNO.

“Sampai bila rakyat akan diperbodohkan lebih-lebih lagi kenyataan beliau yang mahukan Kelantan keluar daripada Malaysia sekiranya pusat tidak memberikan royalti kepada negeri ini tidak boleh sama sekali diterima oleh Pemuda UMNO dan selaku rakyat dalam negeri ini.

“Bagi Pemuda UMNO kenyataan tersebut amat tidak berketepatan sebagai seorang pemimpin lama yang mempunyai banyak pengalaman,” katanya.

Beliau berkata, selaku Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) beliau tidak seharusnya duduk bersama-sama dengan pemimpin Pas yang lebih-lebih lagi banyak memperkecilkan dan membuat tuduhan yang bukan-bukan terhadap pimpinan parti.

“Bagi Pemuda UMNO, adalah lebih baik Ku Li melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen BN dan menyertai Pas atau PKR,” katanya.

Anuar berkata, Pemuda UMNO memandang serius perkara itu lebih-lebih lagi tindakan Ku Li yang dianggap tidak tidak menghormati Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Sehubungan itu, Pemuda UMNO meminta pihak berkenaan supaya jangan sesekali menuntut hak yang tidak ada dalam perjanjian.

“Pemuda UMNO harap Ku Li menasihati Kerajaan Negeri membuat tuntutan melalui mahkamah supaya ianya lebih jelas kepada rakyat tentang siapa yang lebih berhak untuk melaksanakannya sama ada melalui ihsan atau royalti,” katanya. Dipetik dari sini.

TOK KIYAI: Itulah ulasan dari ketua pemuda umno yang cerdik tapi tak berapa cerdik. Kalau Anuar ni bodoh takkanlah jadi Ketua Pemuda Umno Kelantan. Anuar mempersoalkan kenapa baru sekarang Ku Li bangkit memberi penjelasan tentang royalti Kelantan.

Betullah tindakan Ku Li itu. Takkan sepuluh tahun dulu Ku Li perlu bangkitkan isu ini sebab perkara ini tidak ada lagi. Usaha cari gali minyak di perairan Kelantan kalau tak silap saya hanya bermula setahun dua ini.....

IBU TUNGGAL DITEMBAK POLIS TANPA SEBAB

Label:

Seorang wanita ditembak polis ketika berada dalam kereta, malah ditendang sehingga patah tulang rusuknya semasa merangkak keluar dari kereta, dengan darah yang mengalir dari tubuhnya. Sejumlah lima tembakan ditujukan kepadanya, dengan dua tembakan terkena pada lengan dan pergelangan tangan, satu pada dada, di samping dua lagi terlepas tetapi meninggalkan luka.

Ketika kejadian ini berlaku, wanita yang bernama Norizan bt Salleh ini berada di sebelah kiri tempat duduk belakang dalam kereta, bersama seorang wanita dan dua orang lelaki yang lain. Mereka yang sedang dalam perjalanan mendapati sebuah kereta MPV muncul di sebelahnya secara tiba-tiba, dan polis di dalam kereta itu mula menembak sebelum mereka mengetahui apa yang berlaku sebenarnya.

Norizan bt Salleh, 30 mendedahkan insiden yang berlaku pada awal pagi 30 Oktober 2009 ini dalam satu sidang media, bersama peguamnya Surendran, ibunya Siti Alimah bt Abu, Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya dan AJK Wanita PKR Rozaini Mohd Rosli. Baca selanjutnya di sini.
WANG EHSAN: RAKYAT KELANTAN RASA TERHINA - KU LI
Sabtu, Februari 06, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Jumaat, Februari 05, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Khamis, Februari 04, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Rabu, Februari 03, 2010 | Author: Tuk Kiyai
(Foto: Inilah kesan kecederaan dialami Sham selepas mendakwa menjadi mangsa dera isteri dan dua anaknya di Selayang Rabu lalu)

TOK KIYAI: Aduhai dunia sekarang....Dah nak kiamat dah....Si Mamat ni jantan ke apa? Sampai isteri boleh pijak kepala...Mana maruah sebagai suami? Mana maruah seorang isteri? Islam mengajar kita bahawa suami itu ketua untuk membimbing keluarga. Kalau isteri melakukan kesilapan, hendaklah dinasihat dengan cara yang baik, tapi kalau dah isteri pulak boleh memukul dan mendera suami, mana peranan si suami?
.
[KOSMO] MELAKA - Jika kisah isteri didera suami ia perkara biasa. Namun jika suami mendakwa dia menjadi mangsa dera isteri ia agak pelik.

Begitulah dakwaan seorang lelaki yang mahu dikenali sebagai Sham, 47, dari Selayang, Selangor yang memberitahu dia telah tujuh tahun menanggung nasib malang didera isteri berusia 43 tahun.

Bukan setakat itu, dua daripada tiga orang anaknya yang berusia 10 dan 16 juga didakwa turut mengikut perangai ibu mereka apabila bersubahat memukulnya jika si isteri naik angin.

Sham yang bekerja di sini hanya pulang sekali seminggu ke rumahnya di Selayang dan mendakwa setiap kali pulang ke pangkuan isterinya itu dia akan menjadi mangsa dera.

"Saya bekerja di Melaka dan hanya pulang pada hujung minggu manakala isteri tinggal bersama anak-anak di Selayang," cerita Sham ketika ditemui di Merlimau di sini semalam.

SUMBER di sini.
PANAS......WARGA POLIS MEH BACA NI...
Rabu, Februari 03, 2010 | Author: Tuk Kiyai
Kadar baru gaji dan elaun Polis akan diumumkan oleh kerajaan hari ini.....
Pastinya seronok pak-pak polis Malaysia...Maklumlah gaji dan elaun akan bertambah....

Difahamkan gaji baru dan elaun untuk jawatan Inspektor lebih kurang RM3000 dan Sarjan lebih kurang RM2000.

Pesan Tok Kiyai kepada warga polis, semoga lebih bersemangat untuk bekerja menjaga keselamatan negara. Jauhkan diri daripada perbuatan yang menjatuhkan maruah diri dan negara apatah lagi maruah agama...Lebih integriti, mesra, adil dan betul..........
TERKINI: KES ANWAR DITANGGUH 2.30 PETANG INI
Selasa, Februari 02, 2010 | Author: Tuk Kiyai
(Foto: MB Kelantan tiba di mahkamah untuk memberi sokongan moral kepada DS Anwar)

Mahkamah Tinggi bersetuju untuk menangguhkan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga 2.30 petang ini.

Penangguhan itu dibenarkan bagi membolehkan peguam-peguam Anwar memperoleh tarikh berhubung permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonannya mendapatkan dokumen tambahan berkaitan dengan kesnya.

Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkan permohonan peguam Karpal Singh untuk menangguhkan perbicaraan sehingga 2.30 petang.

Pasukan peguam Anwar mahu ketua hakim negara memberikan tarikh paling awal untuk mendengar permohonan semakan keputusan Mahkamah Persekutuan Jumaat lalu yang memutuskan untuk mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan.

“Adalah penting setiap peluang diberikan kepada pembela untuk menggunakan kesemua ruang yang ada,” kata Karpal.

Seorang lagi peguam pasukan Anwar, Sankara Nair mengesahkan perkara itu selepas perbicaraan ditangguhkan.

“Kami akan menemui ketua hakim negara untuk mendapatkan tarikh seawal yang mungkin untuk mendengar permohonan semakan semula keputusan,” kata beliau.

Perbicaraan kes liwat Anwar, yang kedua sejak 1998, dijadualkan untuk bermula pagi ini.

Perbicaraan sepatutnya bermula pada 25 Jan lalu tetapi telah ditunda sehingga ke hari ini.
Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantu beliau Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008.

Bekas timbalan perdana menteri yang kini merupakan ketua pembangkang di Parlimen dibebaskan dari tuduhan kes liwat pertama pada September 2004. Sumber
di sini.
PERBICARAAN DS ANWAR IBRAHIM BERMULA HARI INI
Selasa, Februari 02, 2010 | Author: Tuk Kiyai
TERKINI - Tepat jam 9 pagi, mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk seri Anwar Ibrahim melangkah masuk ke Mahkamah Jenayah 3 ditemani oleh isteri beliau Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah dan dua lagi adiknya.

Turut hadir memberikan sokongan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Datuk Chua Jui Meng, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, exco selangor, Elizabeth Wong, Senator Syed Hussin Ali dan Setiausaha agong PKR, Saifuddin Nasution.

Sementara itu tiga trak anggota polis mula berkawal di perkarangan dan di dalam mahkamah seawal jam 7 pagi.

Kawalan ketat dan pemeriksaan dilakukan sebelum dibenarkan masuk ke Mahkamah Jenayah 3.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kelantan, Anuar Safian berkata, Pemuda UMNO negeri yakin tindakan Ku Li yang dianggap bersekongkol dengan Pas bagi menjayakan Program Ceramah Royalti Minyak anjuran Gerakan Menuntut Wang Royalti Rakyat itu mempunyai agenda peribadinya tersendiri.

“Apa yang ingin dipersoalkan ialah kenapa baru sekarang Ku Li bangkit untuk memberikan penjelasan kepada rakyat dalam isu yang melibatkan royalti sedangkan beliau mempunyai ruang yang terlalu luas sebagai Ahli Parlimen selama 32 tahun atau semenjak dari 1978 yang lalu.

“Kenapa baru sekarang beliau sedar akan kepentingan rakyat Kelantan. Ini bermakna beliau telah duduk dalam ‘rok’ (hutan) sepanjang tempoh itu seperti mana yang dinafikan oleh beliau,” katanya kepada Sinar harian ketika ditemui di sini, semalam.

Anuar berkata, Pemuda UMNO melihat rakyat Kelantan telah banyak diperbodohkan oleh pemimpin seperti Ku Li lebih-lebih lagi semasa beliau berada di dalam Semangat 46 dan akhirnya menyertai kembali UMNO.

“Sampai bila rakyat akan diperbodohkan lebih-lebih lagi kenyataan beliau yang mahukan Kelantan keluar daripada Malaysia sekiranya pusat tidak memberikan royalti kepada negeri ini tidak boleh sama sekali diterima oleh Pemuda UMNO dan selaku rakyat dalam negeri ini.

“Bagi Pemuda UMNO kenyataan tersebut amat tidak berketepatan sebagai seorang pemimpin lama yang mempunyai banyak pengalaman,” katanya.

Beliau berkata, selaku Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) beliau tidak seharusnya duduk bersama-sama dengan pemimpin Pas yang lebih-lebih lagi banyak memperkecilkan dan membuat tuduhan yang bukan-bukan terhadap pimpinan parti.

“Bagi Pemuda UMNO, adalah lebih baik Ku Li melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen BN dan menyertai Pas atau PKR,” katanya.

Anuar berkata, Pemuda UMNO memandang serius perkara itu lebih-lebih lagi tindakan Ku Li yang dianggap tidak tidak menghormati Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Sehubungan itu, Pemuda UMNO meminta pihak berkenaan supaya jangan sesekali menuntut hak yang tidak ada dalam perjanjian.

“Pemuda UMNO harap Ku Li menasihati Kerajaan Negeri membuat tuntutan melalui mahkamah supaya ianya lebih jelas kepada rakyat tentang siapa yang lebih berhak untuk melaksanakannya sama ada melalui ihsan atau royalti,” katanya. Dipetik dari sini.

TOK KIYAI: Itulah ulasan dari ketua pemuda umno yang cerdik tapi tak berapa cerdik. Kalau Anuar ni bodoh takkanlah jadi Ketua Pemuda Umno Kelantan. Anuar mempersoalkan kenapa baru sekarang Ku Li bangkit memberi penjelasan tentang royalti Kelantan.

Betullah tindakan Ku Li itu. Takkan sepuluh tahun dulu Ku Li perlu bangkitkan isu ini sebab perkara ini tidak ada lagi. Usaha cari gali minyak di perairan Kelantan kalau tak silap saya hanya bermula setahun dua ini.....
IBU TUNGGAL DITEMBAK POLIS TANPA SEBAB
Isnin, Februari 01, 2010 | Author: Tuk Kiyai