Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

anwar musnah etp najib. 8.3 juta rakyat miskin menjelang 2020

Label:

 (Anwar menunjukkan 3 dari empat orang miskin di Malaysia adalah Melayu dan Bumiputra)
 (Anwar menunjuk inflasi tinggi antra 4.8 - 6.6 peratus dari tahun 2001 tetapi 2009 tetapi disasarkan ETP 2.8 peratus dari 2009 - 2020 yang sudah pasti tidak munasabah)

Saya petik:

[HD] KUALA LUMPUR, 16 Dis: Datuk Seri Anwar Ibrahim 'memusnahkan' Program Transformasi Ekonomi (ETP) Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi dengan memberikan amaran, lebih daripada 8.3 juta rakyat Malaysia akan tergolong sebagai miskin menjelang 2020 jika ETP berterusan.

Anwar menyatakan bahawa tanggapan ETP bahawa pendapatan rakyat Malaysia akan berkembang pada 3.6 peratus dan inflasi akan berada pada tahap 2.8 peratus setahun untuk satu dekad akan datang (2010-2020) adalah tidak benar sama sekali.

Ini kerana berdasarkan statistik satu dekad yang lepas (2001-2010), pendapatan rakyat Malaysia hanyalah sekadar 2.6 peratus berdasarkan data Kementerian Sumber Manusia dan inflasi adalah jauh lebih tinggi, 4.4 peratus pada 2001-2005 dan 6.6 peratus pada 2005-2009.

“Jika pendapatan turut naik pada kadar 3.6 peratus setiap tahun seperti jangkaan ETP, menjelang 2020, masih terdapat 7.6 juta orang yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 setahun,” kata Anwar dalam satu ucapan di Westin Hotel semalam bertajuk ‘Debunking ETP: Widening Income Gap’.

Analisa tersebut, kata Anwar diperkuatkan lagi dengan data daripada National Employment Return Study 2009 (Penyelidikan Guna Tenaga Kebangsaan 2009) yang melibatkan sampel 24,000 pekerja dan 1.3 juta pekerja di mana ia mendapati sebanyak 33.8 peratus pekerja mendapat gaji di bawah RM700 sebulan.

“Jika ini diekstrapolasikan di peringkat nasional, ia menjangkakan 34 peratus tenaga kerja negara kita berada di bawah paras kemiskinan (RM700),” kata beliau.

ETP sebelum ini menjangkakan bahawa lebih daripada 2.8 juta rakyat Malaysia akan mempunyai pendapatan RM4,000 sebulan menjelang 2020. Namun, kata Anwar, semua angka di atas telah membongkar dakwaan Najib bahawa Malaysia bakal menikmati jumlah pendapatan kasar berkapita (GNI) RM48,000 setahun adalah palsu.

“Jika inflasi, sebagaimana yang kita lihat pada tahun-tahun kebelakangan yang lepas, bertambah lebih daripada 2.8 peratus untuk tahun-tahun akan datang, pendapatan akan berkurangan dan sasaran GNI RM48,000 setahun hanya sekadar angka penyeri di atas risalah ETP,” kata Anwar, yang juga bekas menteri kewangan.

Mengenai tahap kemiskinan negara yang masih berada di paras RM700, Anwar berkata angka tersebut adalah ketinggalan zaman kerana rakyat kini yang berpendapatan RM1,500 sebulan sudah menghadapi kesusahan hidup yang perit.

“Rakyat Malaysia inginkan pendapatan lebih tinggi. Tapi ETP memberikan mereka nilai ekonomi yang semakin kecil. Dalam analisis terakhir, ETP hanyalah satu unjuran kepada model ekonomi yang gagal dan dicemari rasuah dan budaya cepat kaya yang mengkayakan pemerintahan dengan mengorbankan majoriti,” kata Anwar.

Anwar turut menambah ETP hanya mengkayakan golongan yang sedia kaya dan keuntungan ekonomi hanya akan menguntungkan syarikat-syarikat di bawah ETP.

“Jadi, janji ETP membawa Malaysia ke negara berpendapatan tinggi adalah palsu,” tegas Anwar.

Jimmy dakwa isteri suka berjudi

Label:

Saya petik:

[SH] SHAH ALAM – Pengacara Jimmy Shanley mendakwa, keretakan rumah tangganya berpunca daripada tabiat buruk isterinya Nursuhaila Eliani Suhaimy yang suka berjudi dan merokok.

Menurutnya, disebabkan keengganan meninggalkan tabiat itu menyebabkan Nursuhaila tidak mahu tinggal bersamanya dan masa untuk bersama semakin terhad.

“Dia (Nursuhaila) bukan sahaja berjudi menggunakan daun terup, tetapi turut berjudi menerusi Internet ketika di rumah mertua.

“Isteri enggan tinggal bersama saya kerana sukar hendak meninggalkan aktivitinya itu disebabkan di rumah saya tidak ada perkhidmatan jalur lebar (broadband),” katanya.

Jimmy berkata demikian ketika menjawab pertanyaan peguam syarie Mohd Noor Aizan Md Idrus yang mewakilinya dalam perbicaraan permohonan perintah kembali taat dan nusyuz yang difailkan pada Januari lalu.

Katanya, sebelum bernikah, Nursuhaila berjanji akan melayannya setiap masa dan meninggalkan semua perbuatan negatifnya itu.

Permohonan untuk kembali taat difailkan oleh Jimmy pada 3 Januari lalu, diikuti permohonan nusyuz pada 27 Januari lalu dibuat selepas Jimmy dan Nursuhaila mula tinggal berasingan pada 21 Oktober tahun lalu.

Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie Saharuddin Selamat bersambung 23 Februari dan 5 Mac 2012.

Remaja 19 tahun dipaksa melacur seminggu

Label:

Gambar hiasan

Saya petik:

Gadis diperdaya suami isteri, teman lelaki

[BH] SEREMBAN: Seorang gadis 19 tahun melalui pengalaman ngeri apabila dipaksa menjadi pelacur selama tujuh hari bulan lalu selepas diperdayakan sepasang suami isteri dan teman lelakinya sendiri. 

Mangsa dari bandar ini, dipaksa melacurkan diri di hotel bajet sekitar bandar ini dan Rantau serta Bahau di Jempol tetapi berjaya melarikan diri pada 27 November lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Hamdan Majid, berkata mangsa yang berasal dari keluarga miskin dan tamat sekolah rendah, bukan saja dikurung dan tidak diberi wang, malah turut didera.

Katanya, teman lelaki mangsa bersama pasangan suami isteri itu berjanji membantu mendapatkannya kerja sebagai pembantu rumah.

“Mangsa bukan saja tidak mendapat pekerjaan, sebaliknya dipaksa menjadi pelacur,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, di sini, semalam.

Bagaimanapun, Hamdan berkata, mangsa berjaya melarikan diri dari hotel bajet di Bahau dan kemudian membuat laporan di balai polis berhampiran.

Berikutan itu, katanya, polis menahan teman lelakinya dan sepasang suami isteri berusia antara 24 hingga 28 tahun yang akan didakwa mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran di Mahkamah Majistret Kuala Pilah, hari ini.

Sementara itu, beliau meminta orang ramai tidak membuat spekulasi negatif berhubung kejadian pagar sebuah masjid di Mantin dekat sini disimbah cat merah, pagi semalam.

Katanya, kejadian itu disedari dua anggota polis kereta peronda selepas menunaikan solat subuh di masjid itu, kira-kira jam 6 pagi.

“Mereka menemui kesan cat di bahagian dalam dan luar pagar, lalu melaporkan kes itu di Balai Polis Mantin,” katanya.

Setakat ini, katanya, tiada unsur negatif seperti gerakan pelampau berhubung kejadian itu dan polis sedang menyiasat semua kemungkinan, termasuk perasaan tidak puas hati terhadap pengurusan masjid.

Gila & ghairah pada kekasih lama walaupun sudah bersuami. Mengapa?

Label:

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: “Hampir setahun saya mengabaikan tanggungjawab kepada suami dan lebih teruk saya turut mengabaikan tanggungjawab kepada anak yang ketika itu berusia setahun kerana lupa semua itu.

“Dalam ingatan hanya terbayang bekas teman lelaki dan jika boleh, saya ingin bersamanya setiap masa walaupun ketika itu sudah mendirikan rumah tangga,” kata wanita yang ingin dikenali sebagai Rina, 31, mendakwa menjadi mangsa ‘dukun asmara’ mengakibatkan nafsunya hanya terdorong apabila melihat bekas teman lelakinya.

Menurutnya, dalam tempoh itu, dia langsung tidak ‘berminat’ apabila melihat suami, sebaliknya perasaan itu bertukar setiap kali melihat wajah bekas teman lelaki dan tambah teruk ketika menerima SMS daripada lelaki itu juga turut membuatkannya ghairah.

Katanya, dia tidak menyangka lelaki itu menggunakan ‘cara halus’ sedangkan mereka berpisah secara baik tanpa perselisihan faham dan dulu lelaki itu beranggapan perpisahan mereka ketentuan tanpa menaruh dendam.

Rina berkata, dakwaannya terhadap lelaki terbabit dirasakan berasas selepas menjumpai botol kecil dibungkus kain kuning mengandungi rambutnya di dalam kereta bekas teman lelakinya ketika mereka keluar makan malam.

Remaja didera dan dibogelkan guru terjun dari tingkat dua

Label:

Saya petik:

[kosmo] PETALING JAYA – Gara-gara tidak tahan didera selama 40 hari termasuk dibogelkan oleh guru di sebuah pusat tuisyen, seorang remaja berumur 13 tahun bertindak nekad dengan terjun dari balkoni sebuah rumah dua tingkat yang dijadikan premis pusat tuisyen berkenaan.

Akibat kejadian itu, remaja terbabit patah tangan kanan dan terpaksa dirawat selama lapan hari di Hospital Kuala Lumpur.

Ibu mangsa, Guan Siok Choo, 50, mendakwa, kejadian pada 21 Oktober lalu itu berlaku kerana anaknya, Toh Jian Hee tertekan akibat didera secara fizikal dan mental oleh guru berkenaan.

Jelas Siok Choo, anaknya mula belajar serta tinggal di pusat tuisyen itu yang merupakan rumah dua tingkat di Jalan Khalsa, Kuala Lumpur dan mempunyai sekurang-kurangnya 80 pelajar pada 4 September lalu selepas dibuang sekolah.

Sebelum itu, anaknya belajar di sebuah sekolah persendirian iaitu Sekolah Menengah Kwang Hua.

Menurut beliau, pada minggu pertama, dia diberi peluang melawat Jian Hee sebanyak tiga kali, namun selepas itu dia tidak dibenarkan melawat serta membawa makanan untuk anaknya itu.

[VIDEO] Mat Sabu beri laluan kepada orang karat Umno berucap di pentas PR

Label:

Beranikah umno buat begini? Jangan sekadar pandai cakap pasal demokrasi saja...

Jangan jadi macam penceramah UMNO di bawah ini yang 'mengamuk' menganggu ceramah PAS yang diadakan bersebelahan di Dun Bukit Baru, Melaka. Macam kena sawan.

Fitnah Berkahwin dengan Syella Kamarudin: Musa Hassan Saman 3 Blog Pro-Pakatan

Label:

KUALA LUMPUR - "Laporan polis yang saya buat baru-baru ini untuk memulihkan imej dan maruah saya dan ahli keluarga yang terjejas," kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Beliau yang difitnah berkahwin dengan seorang penyanyi, Syella Kamaruddin pertengahan bulan lalu meminta penulis-penulis blog yang memfitnahnya agar menghentikan perbuatan mereka.

Musa membuat laporan di Balai Polis Petaling Jaya pada 8 Disember lalu setelah mendawa dia difitnah beberapa penulis blog kononnya berkahwin dengan penyanyi tersebut.

"Ini semua (fitnah yang mengaitkan dirinya) adalah cerita palsu. Ia turut memberi kesan dan menjatuhkan maruah keluarga saya.

"Saya harap pihak bertanggungjawab akan menyiasat penyebaran blog berunsur fitnah ini termasuk beberapa lagi blog yang saya tidak namakan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Musa, 60, baru-baru ini menafikan tohmahan yang dilemparkan terhadapnya dalam beberapa blog bahawa beliau mendirikan rumahtangga dengan Syella atau Nurshid'la Ahmad Kamaruddin, 26.

Menurutnya, apa yang disiarkan dalam beberapa laman blog termasuk dakwaan beliau membelanjakan sejumlah RM15 juta untuk majlis perkahwinan itu sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan dirinya.

Beberapa keping gambar perkahwinan Syella dengan pasangannya tersiar dalam beberapa laman blog.

Antara maklumat yang disiarkan dalam blog itu adalah belanja majlis perkahwinan tersebut dianggarkan sebanyak RM15 juta, selain Syella menerima hadiah banglo bernilai RM5 juta, kereta Audi R8 berharga RM800,000, wang hantaran RM111,111, mas kahwin RM1,000, telefon bimbit, set mandian, alat solek, al-Quran, sejadah, telekung dan tasbih.

Berikutan tersiarnya gambar majlis persandingan itu, beberapa komen antara lain turut menghina bekas Ketua Polis Negara itu.

Musa dalam pada itu berkata, beliau turut menamakan tiga laman blog dalam laporan polis yang dibuatnya.

Tiga laman blog itu adalah free malays.blogpot.com, pulakdah.blogspot.com dan abushahid.wordpress.com.
Sumber: utaranews.com 

Laman lawak antarabangsa perlekeh Rosmah. Kesian Najib...

Label:

Saya petik:
[HD] KUALA LUMPUR, 14 Dis: Nampaknya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu berbuat sesuatu untuk menghentikan dirinya dari terus dipermainkan akibat dari karenah isteri beliau.

Terbaru, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor telah dipermainkan dalam laman lawak antarabangsa terkenal, 9gag.com dengan tajuk "Prime Minister's wife".

"Rosmah telah didakwa membelanjakan US$203,150 wang awam untuk membeli bag tangan.

Tetapi menjelaskan telah menyimpan wang sejak berumur 5 tahun."

(Spent US$203,150 public funds on handbag, Claim to saved money since 5 years old).

Yang menariknya, selepas ia dinaikkan 21 jam, sudah 112 komen diberikan manakala 2,275 pelayar telah menandakan 'like' kepada gambar yang memalukan ini.

Komen -komen pula bukannya datang dari Malaysia sahaja tetapi juga luar negara khasnya negara jiran,  Singapura.

Komen pertama datangnya dari Chua Chem Fei, Nanyang Technological University yang berharap 'seluruh dunia tahu betapa teruknya 'this fat lady'.

Selain itu, ramai juga komen-komen yang dibuat oleh pelayar laman ini dari Malaysia.

"$9 a day since 5 years old. That's kinda like RM30 per day..i gues she really liked the bag..lol." tulis Faiz Mohamad Nor dari UTP.

Pendek kata, komen-komen yang diberikan dalam laman sangat memalukan Najib dan negara apatah lagi ia dibuat di peringkat antarabangsa dan oleh laman web antarabangsa.

Fizo dakwa dianiaya kenalan jadi penjamin hutang RM2.5 Juta

Label:

Saya petik:
 
[HM] KUALA LUMPUR: “Hidup siapa tenteram kalau tiba-tiba terpaksa menjadi penjamin hutang lebih RM2.5 juta sedangkan saya tidak tahu apa-apa,” kata pelakon terkenal, Fizo Omar selepas menyedari dia menjadi penjamin bagi pinjaman bank yang dibuat sebuah syarikat di Damansara, di sini.

Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, 26, berkata dia mengetahui mengenai pinjaman itu selepas dihubungi pihak bank yang memaklumkan tunggakan bayaran oleh peminjamnya.

“Semuanya bermula pada 2008 sebelum saya menceburi bidang lakonan. Saya dilantik menjadi ahli lembaga pengarah sebuah syarikat yang dikendalikan seorang kenalan.

“Saya keluar daripada syarikat itu pada hujung tahun sama kerana mahu menumpukan karier sebagai pelakon sehingga saya mengetahui bank menghantar notis tahun lalu kerana kegagalan menjelaskan pinjaman,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat untuk mendapatkan bantuan perundangan di sini, semalam.

Menurutnya, dia mengambil masa setahun menyelesaikan masalah itu secara peribadi dan melalui pelbagai dilema sebelum tampil mendapatkan bantuan di SukaGuam.

Pembantu Hal Ehwal Islam JAIBP dipenjara 14 hari kerana rasuah

Label:

Gambar hiasan

Saya petik:

[kosmo] PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 14 hari dan denda RM10,000 terhadap seorang Pembantu Hal Ehwal Islam Jabatan Agama Islam Balik Pulau yang didakwa menerima rasuah RM1,000 pada 2005.

Hakim Datuk Low Hop Bing yang bersidang bersama Datuk Abdul Malik Ishak dan Datuk Clement Allan Skinner membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Allan Suman Pillai.

Low memerintahkan Ahmadi Yahaya, 38, menjalani hukuman itu mulai semalam.

Ahmadi didakwa menerima rasuah daripada Mohd. Fairus Ismail sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas beliau dan Fauziah Ismail yang disyaki berkhalwat pada 13 Dis 2004, di Jabatan Agama Islam Balik Pulau.

Mahkamah Sesyen Georgetown menjatuhkan hukuman itu pada 25 April 2007, bagaimanapun, ia diketepikan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada Jun lepas.

Di mahkamah sama, hukuman seorang Penguasa Kastam Rosman Kassim, 52, yang didakwa meminta dan menerima suapan RM500 daripada seorang pemandu bas pelancong pada Oktober 2003, dikurangkan kepada penjara 14 hari dan denda RM10,000. - Bernama

Suami isteri dakwa diganggu polis tanpa asas. Mengapa?

Label:

Saya petik:

[MK] Sepasang suami isteri mendakwa mereka diganggu selepas ditahan oleh pihak polis dan disaman kerana disyaki mengedar dadah.

Ejen insurans Lim Hen Sek, 26, dan isterinya Ang Ling Zher, 25, mendakwa dua anggota polis, yang hanya dikenali sebagai "Yusuf" dan "Faizal" mengkasari mereka tanpa sebarang asas.

Pada aduannya kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Lim berkata beliau mula dicaci dan diberi layanan buruk apabila dia mula mencatatkan nombor pengenalan polis berkenaan.

NONEKedua-dua pasangan itu bersama dua lagi rakan dalam perjalanan ke rumah mereka di Bandar Mahkota Cheras pada 3 Disember lalu  selepas membeli-belah di The Curve. Pada kira-kira jam 8.15 malam, polis memberikan isyarat kepada kenderaan mereka supaya berhenti.

"Seorang anggota polis yang bernama Yusuf mengarahkan saya keluar dari tempat duduk pemandu dan secara tiba-tiba bertanya, 'Pernahkah awak melanggar undang-undang?' Saya hairan dengan soalan itu dan hanya mendiamkan diri.

"Yusuf kemudian meminta MyKad dan lesen memandu saya. Ketika dia memeriksa dokumen saya, seorang lagi pegawai polis, bernama Faizal, menghampiri rakan saya Ee Chin Chuan, yang duduk bersebelahan saya dan meminta kad pengenalannya," kata Lim.

Menurutnya, anggota polis itu kemudiannya memeriksa kereta mereka tetapi tidak menjumpai apa-apa barangan yang dilarang dan mula menjalankan pemeriksaan badan ke atas Ee.

Katanya, rakannya kemudian diminta mengosongkan poketnya dan anggota polis menjumpai beberapa keping gambar pekerja asing yang disimpan oleh Ee untuk tujuan pendaftaran permit kerja mereka.

AWAS wanita: Gambar anda boleh dibogelkan!

Label:

Lihat gambar wanita di sebelah bagaimana software edit gambar boleh digunakan untuk membogelkan gambar diri anda.

Zaman sekarang kita semua pun sudah tahu, dekat luar sana memang ramai editor yang power-power dan terer yang kita tidak sangka.

Nasihat penulis, kalau perempuan, dinasihatkan agar janganlah upload gambar dekat facebook atau mana-mana laman sosial dengan gambar penuh seperti gambar diatas. Ambillah gambar dari atas dada dan ke atas. Dan juga, jangan pakai baju putih kerana editor akan lebih senang untuk edit gambar anda.

Sekian buat mereka yang suka upload gambar sendiri ke facebook. Kalau ada elok-elok delete sebelum terjadi macam gambar di atas.

Sumber: Warta Subhi

Enam NGO antarabangsa desak Taib, keluarganya ditangkap

Label:

Saya petik:

[MK] Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari enam negara mendesak supaya Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan 13 ahli keluarganya ditangkap atas pelbagai dakwaan, termasuk  salah guna jawatan awam, rasuah dan konspirasi untuk membentuk sebuah organisasi jenayah.

Antara NGO yang membuat tuntutan berkenaan adalah Dana Bruno Manser (BMF), Greenpeace dan pertubuhan pemantau hutan dunia, Fern.

Mereka telah mengemukakan surat bertarikh hari ini kepada kerajaan Malaysia supaya menangkap individu berkenaan kerana dituduh dengan pelbagai dakwaan berkaitan dengan pengagihan dana awam secara haram, salah guna jawatan awam, merampas tanah kerajaan, rasuah, eksploitasi  konflik kepentingan dan sebagainya.

Surat berkenaan dihantar ke Pejabat Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Polis Negara.

"Kami memohon pendakwa utama Malaysia pada kadar segera menangkap dan mendakwa Ketua Menteri Sarawak, empat anaknya, lapan adik-beradiknya dan sepupu pertamanya, Abdul Hamed Sepawi," kata NGO itu dalam surat mereka.

Selain Abdul Taib, 75, mereka yang dinamakan itu adalah anak-anaknya, Jamilah Hamidah Taib Murray, Mahmud Abu Bekir Taib, Sulaiman Abdul Rahman Taib, Hanifah Hajar Taib.

Manakala adik beradiknya pula adalah Ibrahim Mahmud, Aisah Zainab Mahmud, Zaleha Mahmud, Onn Mahmud, Mohamad Ali Mahmud, Mohd Tufail Mahmud, Amar Hajar Fredahanum Mahmud, dan Raziah Mahmud.

Surat 10 muka surat itu ditandatangani oleh 13 NGO dari Malaysia, Australia, Jerman, Jepun, Switzerland dan United Kingdom serta beberapa tandatangan individu dari Malaysia

Suami latih 2 isteri jadi pencuri, ajar anak jadi 'tonto'

Label:

Gambar hiasan
Saya petik:

[HM] SERI ISKANDAR: Seorang suami sepatutnya menjadi contoh kepada dua isterinya yang bermadu, tetapi bertindak sebaliknya apabila didapati melatih dan menurunkan ‘ilmu’ mencuri kepada kedua-dua wanita terbabit untuk bergiat sebagai penjenayah profesional.

Suspek berusia 25 yang juga seorang mekanik dikesan mengajar kedua-dua isterinya berusia 20-an mengenai cara memecah masuk kenderaan sebelum melarikan barang berharga terutama komputer riba ditinggalkan mangsa dalam kenderaan.

Lebih memeranjatkan apabila suspek turut mengajar seorang anak lelakinya berusia lima tahun sebagai ‘tonto’ bagi mengawasi keadaan sekitar ketika bapa serta ibu dan ibu tirinya melakukan jenayah pecah kereta.

Perkara itu didedahkan Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman ketika mengumumkan pihaknya membongkar kegiatan pasangan suami isteri terbabit di sekitar daerah ini sejak enam bulan lalu.

Menurutnya, suspek dikesan melatih kedua-dua isterinya untuk melakukan jenayah kerana terdesak untuk membayar hutang ceti haram berjumlah ribuan ringgit.

Wanita ini maut terbelit tali pinggang keledar

Label:

Saya petik:

[HM] KUALA PILAH: “Sebaik terjun dan menyelam ke dasar kolam, saya melihat seorang wanita terkulai di tempat duduk penumpang belakang dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan badan terbelit tali pinggang keledar,” kata seorang saksi kemalangan maut di Kilometer 24, Jalan Seremban-Kuala Pilah di Kampung Gedang, di sini, semalam.

Saksi berkenaan, Mikail Malik, 15, berkata dia dan rakannya, Mohd Izzat Mohd Nizar, 16, yang berada di tempat kejadian terjun ke dalam kolam memancing itu bagi menyelamatkan mangsa sejurus kemalangan.

“Ketika kejadian, saya bersama Izzat dalam perjalanan ke Ampangan, Seremban, sebelum ternampak sebuah kereta menjunam laju ke dalam kolam berkenaan. “Saya cuba membantu mengeluarkan mangsa, namun gagal kerana badan wanita itu tersekat pada tali pinggang keledar,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa, Suzimah Shuhaimi, 28, dari Batu Caves, Selangor, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat lemas selepas badannya terbelit tali pinggang keledar.

Kemalangan dipercayai berlaku selepas mangsa yang dalam perjalanan dari Kuala Pilah menghala Seremban cuba memotong treler di depannya, namun gagal selepas tiba-tiba sebuah bas henti-henti berada di laluan bertentangan.

Suzimah cuba masuk semula ke laluannya, namun kenderaannya bergesel dengan treler yang cuba dipotong menyebabkan keretanya terbalik beberapa kali sebelum terjunam dalam kolam berkenaan yang terletak di kiri jalan.

Menurut Mikail, dia meminta bantuan pemandu lori yang melalui kawasan itu untuk menarik kereta berkenaan, namun gagal kerana kereta itu terbenam dalam lumpur.

“Saya terkilan kerana lambat terjun dalam kolam itu untuk menyelamatkannya, jika tidak mungkin wanita itu masih hidup,” katanya.
anwar musnah etp najib. 8.3 juta rakyat miskin menjelang 2020
Jumaat, Disember 16, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Khamis, Disember 15, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Rabu, Disember 14, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Selasa, Disember 13, 2011 | Author: Tuk Kiyai