Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Mohon CERAI kerana suami tak hormat bapa mertua & kongkong kerjaya

Label:

(Siti Nursaida Tarudin)

Saya petik:

[MStar] KUALA LUMPUR: Penyanyi, Saida didakwa memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik kerana sifat suaminya, Mohd Ghazali Yahya Zikri yang dikatakan tidak menghormati arwah bapa mertuanya yang meninggal dunia dua tahun lalu.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Mohd Ghazali semasa menghadiri prosiding sebutan kes perceraian mereka di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah di sini, Mohd Suhaily Rosdi pada Jumaat.

Bapa kepada Saida, Allahyarham Tarudin Ismail meninggal dunia pada 15 Februari 2009 akibat serangan jantung selepas empat hari dimasukkan ke Hospital Ampang Puteri, di sini.

Allahyarham mempunyai tujuh orang anak termasuk penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza.

Selain itu, Saida atau nama sebenarnya Siti Nursaida, 35, juga mendakwa sikap suaminya menyakitkan hati seperti mengongkong kerjayanya.

"Saya sebenarnya tidak mahu jadi begini. Saya ingin teruskan permohonan untuk bercerai," kata Saida yang diwakili oleh peguam syarie Noor Azlina Che Hasan.

Bagaimanapun, Mohd Ghazali, 40, yang merupakan seorang jurutera kaji bumi sebelum melibatkan diri dalam dunia perniagaan memberitahu, dia telah berubah sikap dalam usaha mahu menyelamatkan perkahwinan yang dibina sejak 15 tahun lalu.

"Saya masih sayangkan isteri dan kasihkan anak-anak saya. Saya tidak dapat hendak berbincang dari hati ke hati kerana berada dalam keadaan yang beremosi," kata Mohd Ghazali. Dia menambah, pelbagai usaha lain juga dilakukan termasuk menghadiri sesi kauseling secara sebelah pihak.

Mohd Suhaily bagaimanapun berpandangan sesi kauseling seharusnya melibatkan kedua-dua pihak untuk membolehkan kauselor terbabit menyelami masalah yang berlaku dalam sesuatu rumah tangga.

Pada prosiding sama, Mohd Suhaily juga menasihatkan Mohd Ghazali yang berhasrat untuk mengerjakan umrah supaya menyelesaikan masalah rumah tangganya terlebih dahulu.

"Ibadat memang digalakkan dalam Islam. Sekarang yang penting adalah selesaikan konflik. Sesuatu ibadat lebih afdal jika pihak-pihak tidak ada sengketa.

"Jika dibuat ibadat dalam hati yang tidak selesa, itu tidak elok kerana ia akan mempengaruhi ibadat kita," katanya.

Beliau juga menasihatkan Mohd Ghazali untuk menggunakan kebijaksaannya bagi mengambil semula hati isteri kerana pada pandangan beliau 'pasangan itu masih berbaik termasuk tinggal serumah'.

Pada prosiding sama, peguam syarie Amli Embong yang mewakili Mohd Ghazali memohon agar mahkamah mewujudkan satu jawatan kuasa pendamai yang berkemungkinan dapat memperbaiki hubungan tersebut.

Permohonan tersebut tidak dibantah oleh Saida, yang hadir di mahkamah bersama kakak iparnya, Rozie Abd Razak.

Justeru itu, Mohd Suhaily menetapkan supaya kes itu disebut semula pada 1 April depan untuk membolehkan kedua-dua pihak membawa wakil hakam (lelaki Islam yang tahu hukum agama) ke mahkamah. Saida dan Mohd Ghazali berkahwin pada 14 Disember 1996 di Kuala Lipis, Pahang dengan berwalikan bapa kandung.

Hasil perkongsian hidup, dia yang pernah mencuba nasib dalam rancangan realiti Akademi Fantasia dikurniakan empat orang anak, iaitu Siti Nurunnyssa, 14, Anas, 12, Khalid, 8, dan Siti Nurul Mashitah, 5 tahun.

Tanah KUBUR jadi tapak rumah

Label:

Saya petik:

[KS] GEORGE TOWN – Tak cukup tanah, bina rumah atas tapak kubur.

Demikian dakwaan penduduk Kampung Bukit Kechil, Sungai Nibong dekat sini terhadap rancangan sebuah syarikat pemaju untuk membina projek perumahan di atas sebahagian tanah perkuburan Islam kampung berkenaan tidak lama lagi.

Ia berlaku selepas pemilik tanah bertindak menjual tanah di atas bukit di situ kepada syarikat berkenaan baru-baru ini.

Penduduk mendakwa, tanah itu sebelum ini telah diwakafkan oleh pemiliknya sebagai kawasan perkuburan bersama beberapa pemilik lain semasa mereka meneroka kampung itu kira-kira 200 tahun lalu. malah kawasan seluas kira-kira 0.2 hektar itu telah dipagar oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) sebagai tanah wakaf sejak lima tahun lalu.

Fikri Hasanusi, 43, mendakwa, walaupun ia hanya melibatkan kawasan seluas 100 meter persegi, 20 kubur lama di situ bakal lenyap dan bukannya dua kubur seperti yang didakwa oleh pemaju.

“Kami tidak mempertikaikan hak pemilik menjual tanah tetapi kami minta pihak berkuasa meninjau keadaan ini kerana ia melibatkan kepentingan orang ramai dan ramai waris si mati,” ujarnya kepada Kosmo! semalam.

Artis ini berpakaian tetapi seperti BERBOGEL!!

Label:

(Gambar: Miera Liyana)

Adakah dengan menjadi artis Miera Liyana mendapat tiket untuk pakai baju seksi begini ? Adakah ini salah satu cara artis baru seperti Miera Liyana untuk meraih populariti? Jawapannya ada di kata-kata Miera Liyana sendiri.

Nampak sikit je. Pilih baju ni sebab nak nampak kelainan

Macam-macam cara untuk nampak kelainan tetapi Miera Liyana pilih cara ini. Kita tak boleh marah sebab itu hak dia. At least dia cuba membawa kelainan kan? Hidup Miera Liyana. Teruskan usaha anda untuk nampak lain daripada yang lain. Kredit gambar Twitter Mrx_Lonely dan portal GUA. Sumber: BN

P/S: Malang sungguh artis di atas. Berpakaian tetapi menampakkan bahagian panasnya. Bersoraklah orang bukan Islam melihat akan gambar artis ini. Jika pereka pakaian artis ini bukan Islam, dua perkara yang mereka dapat. Pertama, dapat melihat aurat orang Islam. Kedua, keuntungan perniagaannya. Orang Islam yang memakai pakaiannya pula mendapat dosa...

Pelajar IPT ini peneman VIP berjudi

Label:

MALISA ...peneman VIP di meja judi

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: “Saya dianggap pembawa ‘ong’ (tuah) kepada golongan VIP kerana mereka selalu menang apabila membawa saya ketika berjudi di luar negara,” kata penuntut institut pengajian tinggi swasta (IPTS) yang hanya mahu dikenali sebagai Malisa.

Dalam pengakuannya kepada Harian Metro, gadis berusia 20-an itu mendakwa dia memperoleh wang dengan cara mudah dan mampu hidup mewah dengan ‘kerjaya’ sedemikian. Tanpa berselindung, Malisa mengaku dia mula ‘gelap mata’ apabila mendapat upah sehingga mencecah RM3,000 hanya dengan menemani golongan VIP ketika berjudi.

Menceritakan bagaimana dia mula terjebak dengan kegiatan itu, Malisa berkata, dia dipengaruhi rakan sekuliah yang memaklumkannya cara memperoleh wang mudah dengan hanya menjadi ‘pendamping’ dan penyeri di meja judi kepada golongan VIP berkenaan.

Malisa berkata, rakannya itu mendakwa dia tidak perlu menyerahkan tubuh kepada VIP yang ditemani tetapi hanya perlu berdiri di sisi mereka ketika berjudi, kononnya untuk memberi tuah.

“Secara kebetulan, pada waktu itu saya memang mempunyai masalah keluarga dan amat memerlukan wang bagi menampung perbelanjaan projek di universiti untuk menamatkan pengajian.

“Tanpa berfikir panjang, saya bersetuju mengikut rakan berkenaan untuk melakukan ‘kerja’ itu dan pada masa sama bertekad menjaga kehormatan saya dengan tidak melakukan hubungan seks dengan VIP yang saya temankan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurut Malisa, dia kemudian dibawa rakannya ke sebuah negara jiran sebelum ditemukan seorang lelaki bergelar Datuk di sebuah hotel bertaraf lima bintang di sana.

“Kami dilayan seperti puteri kerana segala perbelanjaan, seperti tiket penerbangan, penginapan, makan dan minum dibiaya Datuk itu bersama tiga lagi rakannya.

“Pada waktu malam, kami dibawa ke sebuah kasino di sana dan saya hanya perlu duduk di sisi Datuk berkenaan sambil berharap kehadiran saya benar-benar memberikan tuah kepadanya, selain bertepuk tangan jika menang,” katanya.

Malisa berkata, nasib menyebelahinya pada malam itu apabila Datuk yang ditemaninya menang dalam perjudian dan hasilnya, dia diberi upah sebanyak RM1,500.

“Sejak itu, saya semakin seronok melakukan aktiviti itu dan saya juga sudah mampu melakukannya bersendirian tanpa perlu mengajak rakan kerana sudah dikenali di kalangan VIP,” katanya.

Menurutnya, dalam aktiviti seterusnya sebagai gadis peneman VIP di meja judi, dia mendapat upah lebih lumayan dengan purata antara RM2,000 hingga RM3,000 untuk satu sesi.

Kata Malisa, biarpun sedar kerjayanya itu tidak bermoral dan salah mengikut ajaran Islam, kemewahan diperoleh menyebabkan dia berasa tidak bersalah dengan apa yang dilakukan.

“Terus-terang, pekerjaan ini kini sudah sebati dengan diri saya. Saya anggap apa yang saya lakukan ini sebagai pekerjaan sambilan pada hujung minggu kerana saya masih lagi belajar. Saya juga tak takut dicekup pihak berkuasa kerana aktiviti saya dilakukan di luar negara,” katanya. Malisa berkata, selepas melakukan kegiatan itu selama hampir tiga tahun dia kini mampu memperoleh pendapatan sehingga RM10,000 untuk membolehkan dia membeli barangan seperti beg tangan dan pakaian berjenama, selain mengirimkan wang untuk ibu bapa di kampung. Bagaimanapun, Malisa sedar dia tidak boleh selama-lamanya melakukan kegiatan itu dan tahu wang yang diperolehnya tidak berkat, malah pengajiannya juga semakin merosot. “Duit yang saya peroleh habis sekelip mata, saya tidak ingat apa yang saya beli dan belanjakan untuk apa. Saya harap saya dapat berhenti melakukan pekerjaan ini dalam masa terdekat,” katanya.

Blogger Hanief ditahan polis, SKMM

Label:

Saya petik:

[KD] KUALA LUMPUR: Seorang blogger pro-Pakatan Rakyat ditahan polis tengah malam tadi dan komputer riba miliknya, dirampas.

Blogger yang dikenali sebagai Hanief kemudian dibawa ke balai polis Sentul selepas proses tangkapan yang turut disertai pegawai Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua melalui twitter, berkata beliau mengetahui tangkapan itu melalui bapa dan adik kepada blogger berkenaan.

“Polis dan SKMM juga meminta password. Malah, beberapa komputer dan modem milik bapa blogger itu turut dirampas,” katanya.

Mengikut maklumat yang diterima KeadilanDaily, Hanief kemudian dibebaskan antara jam 2.30 pagi ini tetapi beliau diarah memberi keterangan di balai polis berkenaan, kira-kira jam 10 pagi.

Hanief terkenal di kalangan penyokong Pakatan Rakyat dan rakyat marhaen berikutan sentuhan krevitivitinya dalam mengupas isu politik tanah air melalui youtube.

Ini bukan tindakan atau tekanan pertama terhadap blogger pro-Pakatan Rakyat.

Pada 2 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan injunksi kepada Datuk Seri Dr Rais Yatim bagi menghalang blogger, Amizudin Ahmat dari menerbitkan paparan berkaitan pendedahan yang menteri itu merogol seorang amah dari Indonesia.

Amizudin atau Din Binjai yang terkenal dengan blog sharpshooterblogger.blogspot.com hanya memapar semula pendedahan Wikileaks mengenai dakwaan berkenaan, dengan mengutip paparan Rockybru di blog pengamal media itu.

Ironinya, tindakan keras itu tidak pula dikenakan terhadap Rockybru yang kini dilihat cenderung mesra Umno Barisan Nasional (BN).

Salah satu youtube yang dihasilkan Hanief...

Akhirnya Ketua Umno Gombak mengaku gambar panas miliknya!!

Label:

(Gambar skandal yang didedahkan oleh blog milosuam)

BUDAK UMNO GOMBAK SEMUA DAH PANAS BONTOT.

BUDAK AMK GOMBAK YANG AKU HUBUNGI SEMUA DAH KATA

MEMANG KALI NIH UMNO GOMBAK GERENTI TERSUNGKUR.......

BUDAK UMNO SELANGOR YANG AKU HUBUNGI JUGA KATA

DALAM SEHARI DUA NI IR RAHIM AKAN MENGADAP NOH OMAR

DIA AKAN LETAK JAWATAN SECARA GENTLEMAN SEBAGAI KETUA BAHAGIAN UMNO GOMBAK.

ABDUL RAHIM SAH KAN GAMBAR PANAS TU MEMANG MILIK NYA

DIA DAH BAGITAHU PADA ORANG BAHAGIAN GOMBAK DAH.

DIA MUNGKIN AKAN KE LUAR NEGARA DALAM MASA TERDEKAT

LEPAS JUMPA NOH OMAR.

DIA TAHU INI SKANDAL TERBESAR UMNO SELANGOR !!!!

BUDAK UMNO KATA MEGAT KP UMNO GOMBAK PUN DAH PANAS BONTOT!

TAK TAHU MANA NAK SOROK MUKA !!!!

INILAH KETUA PEMUDA UMNO GOMBAK YANG PALING BONGKAK !!

HARAM JADAH !!!!!!!!!!

SEKARANG KAU RASAKAN MEGAT !!!

BETAPA CELAKA NYA KETUANAN MELAYU UMNO !!!

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

IR RAHIM NI PUNYA GAMBAR KAU NAK CAKAP APA MEGAT ????

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhro9qCQxsA5zaENcEY9XtQ-lXE-eYvd-3VstsCqCU3ouvO9CaMiQGjiFFWQ85JRPmm7U2iZsbAxfgs7PmT6bV56CRDR9WmU74thN9UhCWOu4188Yj0BsBc8h6WzEnZCQVhveiMoa-Lpz8/s1600/kekasih+gelap.jpg

KAU NAK CAKAP INI GAMBAR BUKTI KETUANAN MELAYU ????

KETUANAN MELAYU KEPALA BAPAK KAU !!!!!!!!!!

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

INI MUKA MEGAT BONGKAK = KETUA PEMUDA UMNO GOMBAK

http://www.pemudaumno.org.my/GambarExco/Megat%20Zulkarnain%20Omardin.jpg

INI MUKA IR RAHIM = KETUA BAHAGIAN UMNO GOMBAK

Sumber: JTM

Tempoh 24 jam untuk Zahid Hamidi memohon maaf

Label:

Saya petik:

Tony Pua gives Zahid 24 hours to apologize for "venomous lies"

[MC] I read with shock and horror the report in Utusan Malaysia today, quoting the Defence Minister, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi who said:

“Dia [Tony Pua] dulu ditangkap di Singapura, dibawa ke mahkamah, tetapi sebab hubungan dia mungkin baik dengan pejabat tertentu di sana, beliau dilepaskan (dan) tidak dapat jadi ahli Parlimen (di sana)”

I cannot believe that a senior ranking Minister and the highest ranking vice-president of Umno would stoop so low as to spin venomous lies beyond imagination against me and my character.

The above falsehoods is clearly an attempt to divert the public and the media’s attention away from the mega-procurement deals which the Defence Minister signed last month, amounting to RM13.55 billion.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi has to date failed to provide clear and detailed explanation for the RM6 billion purchase of 6 offshore patrol vessels (OPVs) from Boustead Holdings Bhd as well as the RM7.55 billion purchase of 257 8x8 armoured wheeled-vehicles (AWVs) from DRB Hicom Bhd, whether to the media or in Parliament.

I had at various times called the Minister to explain in detail what exactly are we purchasing, at prices seemingly much higher than other countries. What’s more, both of these contracts were awarded without any competitive tenders.

However, instead of being accountable to the rakyat, the Minister has chosen to spread malicious lies to tarnish my character and reputation as a diversionary tactic. In fact, his attempt to deflect the call for answers on the above military transactions with frivolous personal accusations leads me to believe that the Minister has something to hide from the people.

Let me make it clear in no uncertain terms that:

1. I’ve never ever been arrested in Singapore, not even for jay-walking.

2. I’ve never ever been charged in Singapore, for civil or criminal cases.

3. I have no relationship whatsoever with the Government of Singapore

4. I’ve never been interested in taking part in politics in Singapore, what’s more as a Member of Parliament in that country.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi also claimed that I studied in Singapore from primary to tertiary level, which is factually wrong for I completed my primary school in SRK Montfort, Batu Pahat and for my Bachelor’s degree at Oxford University. I was only in Singapore for my secondary education at Raffles Institution as a recipient of the ASEAN scholarship.

What’s more I’ve never even taken up permanent residency in Singapore or any other country, unlike certain Barisan Nasional Ministers.

The insinuation by the Minister that I am now a “Singapore agent” due to a deal with Singapore authorities is downright evil. The story painted by the Defence Minister is so outrageous and incredible that perhaps he will make a better spy fiction writer like John Le Carre, than he is as the country’s defence minister.

I call on Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi to retract his statement and make an unreserved public apology within 24 hours or I will instruct my lawyers to file a defamation suit against him next week.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Di bawah ini adalah berita yang dimaksudkan oleh Tony Pua. Semua dakwaan yang dibuat oleh Zahid terhadap beliau adalah tidak benar.

Saya petik:

Tony pernah ditahan di Singapura

[UM] KUALA LUMPUR 17 Mac - Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua didakwa pernah ditahan dan dibicarakan di mahkamah Singapura menyebabkan beliau tidak layak untuk menjadi ahli Parlimen di republik itu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, selain itu, Ahli Parlimen DAP itu juga pernah bersekolah di negara jiran tersebut di peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Katanya, fakta itu mungkin diketahui oleh Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin sehingga menimbulkan ketegangan di antara kedua-dua wakil rakyat tersebut pada persidangan Dewan Rakyat semalam.

"Mungkin Bung (Moktar) tahu dia (Tony) belajar di Singapura dari sekolah rendah sehingga peringkat tinggi.

"Dia dulu ditangkap di Singapura, dibawa ke mahkamah, tetapi sebab hubungan dia mungkin baik dengan pejabat tertentu di sana, beliau dilepaskan (dan) tidak dapat jadi ahli Parlimen (di sana)," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ahmad Zahid diminta mengulas mengenai kemarahan Tony terhadap Bung Moktar apabila digelar sebagai ejen Singapura oleh wakil rakyat Kinabatangan itu.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid tidak menyokong kenyataan Bung Moktar tersebut dan meminta supaya Tony menjelaskan perkara itu di Dewan Rakyat memandangkan Bung Moktar melontarkan 'sindiran' itu di tempat sama.

Sementara itu, Tony ketika dihubungi hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Ahmad Zahid tersebut yang disifatkannya sebagai tidak berasas sama sekali.

"Ini merupakan satu fitnah yang amat besar, saya tidak pernah ditangkap seumur hidup saya kecuali di Malaysia," ujarnya.

Selain itu, Tony menafikan beliau pernah bersekolah rendah di Singapura tetapi mengakui pernah melanjutkan persekolahannya di peringkat menengah di republik tersebut.

Gadis kelar tangan selepas diperkosa 3 rakan

Label:

Saya petik:

[BH] KUANTAN: Seorang gadis bertindak nekad menggelar pergelangan tangan menggunakan serpihan kaca selepas mendapati dia dirogol tiga rakannya, Isnin lalu.

Perbuatan gadis berusia 17 itu disedari bapa saudaranya yang mengesyaki sesuatu yang pelik selepas mendengar suara mangsa teresak-esak ketika bersendirian dalam biliknya di rumahnya.

Sebaik membuka pintu, bapa saudaranya terkejut melihat mangsa sedang memegang serpihan kaca sambil menggelar pergelangan tangannya.

Selepas didesak, mangsa menceritakan kejadian menimpa dirinya ketika keluar dengan tiga rakannya di sebuah kebun kelapa sawit di Kota Bahagia, Muadzam Shah, Rompin.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) negeri, Superintendan Mohd Haris Daud berkata, mangsa mendakwa dipelawa tiga rakannya melepak di sebuah kebun kelapa sawit pada kira-kira jam 6.30 petang.

“Sebaik tiba di pondok usang di kebun itu, tiga rakannya itu menawarkan sejenis minuman ‘Thai Song’ menyebabkan dia berada dalam keadaan separuh sedar.

“Ketika mabuk, tiga rakannya itu mengambil kesempatan merogol mangsa bergilir-gilir sebelum dihantar pulang ke rumah,” katanya.
Haris berkata, susulan laporan dibuat, sepasukan anggota polis pergi ke tempat kejadian dan hasil pemeriksaan menemui beberapa tompokan air mani dan puntung rokok dalam pondok terbabit.

Katanya, polis kemudian menahan ketiga-tiga suspek terbabit untuk disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

(Gambar sekadar hiasan)

[PANAS] Siapakah 2 individu dalam Yayasan Selangor itu?

Label:

Siapakah dua individu penting itu?

Saya petik:

[TVS] SHAH ALAM 18 MAC : Laporan Audit Yayasan Selangor yang akan dibentangkan Kerajaan Negeri bulan ini mengesahkan berlakunya perbelanjaan berlebihan oleh yayasan itu menerusi dua individu penting dalam organisasi tersebut.

Sinar Harian yang memetik sumber melaporkan, setakat November 2010, Yayasan Selangor telah mengalami defisit RM7.41 juta dan pasukan audit telah menyarankan kepada Lembaga Amanah Yayasan Selangor supaya membuat pertimbangan untuk menamatkan kontrak bagi dua individu terbabit.

Menurutnya, laporan audit tersebut, berlaku perbelanjaan secara 'bidan terjun' dilakukan oleh seorang individu yang disokong oleh individu yang lain (dua individu penting Yayasan Selangor) telah memberikan impak negatif kepada aliran tunai Yayasan Selangor.

Sementara itu, pasukan audit yayasan yang enggan didedahkan identitinya mengesahkan dakwaan sumber Sinar Harian berhubung isi kandungan Laporan Audit Yayasan Selangor adalah benar dan tepat.

"Benar, itulah yang terkandung dalam laporan audit tersebut,"katanya ketika dihubungi semalam.

Sumber sama memberitahu, cadangan untuk menamatkan kontrak kedua-dua individu terbabit adalah disebabkan mereka tidak dapat menjaga kepentingan Yayasan Selangor dan membuat keputusan tertentu untuk kepentingan diri sendiri.

Sementara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka akan membentangkan laporan audit Yayasan Selangor sebelum berlangsungnya Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bulan ini.

Sebelum ini, Bahagian Audit Dalam Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri telah melaksanakan audit terhadap Yayasan Selangor pada 29 November 2010 sehingga 1 Disember 2010.

Laporan audit kemudiannya diserahkan kepada Abdul Khalid, selaku Pemegang Amanah Yayasan Selangor pada 17 Disember 2010.

Anak TPM ini sudah ada album solo

Label:

(Najwa anak Tim. Perdana Menteri)

Saya petik:

[MStar] PETALING JAYA: Kesibukan dengan pengajian di Berklee College of Music, Boston, Massachusetts, Amerika Syarikat, tidak menghalang penyanyi muzik soul, Najwa Mahiaddin, 25, untuk merealisasikan impiannya dengan melahirkan sebuah album sulungnya berjudul Innocent Soul.

Najwa berkata, keinginannya untuk memiliki sebuah album ditanam sejak berusia tujuh tahun lagi dan ia diibaratkan seperti bayi pertama dalam hidupnya sebagai seorang penyanyi.

"Album ini mengandungi sebanyak 10 buah lagu dan kesemua lagu yang dihasilkan merupakan koleksi lagu yang ditulis sejak saya berusia 16 tahun. Bagi saya, setiap lagu yang dihasilkan ibarat sebuah diari.

"Memandangkan muzik soul kurang diterima masyarakat tempatan, saya mahu mulakan dengan membawa muzik tersebut kepada pendengar tempatan agar ia akan diminati pada kemudian hari.

"Saya percaya jika Sheila Majid mampu popularkan muzik jazz kepada masyarakat Malaysia, jadi saya juga mahu lakukan seperti dia," katanya pada sidang media majlis pelancaran album Innocent Soul di Restoran Ecoba, di sini, Khamis.

Tambah Najwa, sebanyak 10 buah lagu Inggeris yang dimuatkan dan pembikinan album itu telah dibuat di Jakarta pada Ogos tahun lalu di mana penerbitnya merupakan salah seorang daripada kumpulan Indonesia, Maliq & D'Essentials, Widi Puradiredja.

Bagaimanapun, kata Najwa ketiadaan lagu-lagu Melayu disebabkan dia lebih selesa menulis lirik dalam bahasa Inggeris.

"Saya bukan riak, tetapi bila kurang berkebolehan menulis lirik dalam sesebuah bahasa, bunyinya akan kedengaran pelik sedikit.

Najwa membuat persembahan pembukaan sebelum pelancaran albumnya.

"Seperti saya juga, penulisan lirik ditulis mengikut kemampuan diri. Bagaimanapun, saya akan hasilkan album bahasa Melayu pula pada masa akan datang," tuturnya.

Penerbit yang turut membantu dalam pembikinan Innocent Soul ialah Jason Voo, yang merupakan anak didik penerbit album popular, Roslan Aziz.

Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album tersebut ialah Got To go, Innocent Soul, I've Got The..., Monday Blues, Sweet October, Go 'head, How Long Must i Wait, Jealousy, Ain't That A Shame dan Your Love.

Sementara itu, Najwa berkata, buat masa ini, dia belum terfikir untuk memasarkan album tersebut ke luar negara selain daripada negara Brunei dan Singapura.

Album Innocent Soul diterbitkan oleh Nada Biru Muzik Sdn Bhd dan diedarkan oleh warner Music Malaysia.

Buat MAKSIAT atas pokok!!

Label:

PONDOK...rumah di atas pokok yang diserbu penguat kuasa Jaim, kelmarin.

Saya petik:

[HM] MELAKA: Seorang lelaki sanggup berbelanja besar untuk mengubah suai pangkin bagi mencapai hasratnya mendirikan sebuah ‘mahligai’ di atas pokok bagi membolehkan dia tinggal sebumbung bersama kekasihnya.

Bagaimanapun, kediaman ibarat chalet di Pantai Kundor, dekat sini, yang lengkap elektrik, tempat tidur, televisyen dan tandas milik lelaki itu diserbu sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) kira-kira jam 1.30 pagi kelmarin.

Dalam serbuan itu, Jaim menahan seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun dan kekasihnya, wanita warga Indonesia berusia 23 tahun yang mendiami pondok terbabit.

Turut ditahan ialah anak saudara lelaki terbabit berusia 22 tahun yang berada dalam rumah di atas pokok itu dipercayai mengunjungi mereka.

Pondok terbabit dibina tiang penyokong, tangga dan mempunyai titi untuk ke beberapa bahagian di atas pokok berkenaan selain dilengkapi beranda.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jaim, Rahimin Bani, berkata sepasukan pegawai dan anggotanya ke pondok terbabit selepas menerima aduan ada perbuatan maksiat dilakukan di sebuah rumah di atas pokok.

Katanya, apabila tiba di lokasi berkenaan pihaknya mendapati ada tangga untuk naik ke pondok dan selepas dua anggotanya naik serta mengetuk pintu, ia dibuka seorang lelaki.

“Selepas memperkenalkan diri, anggota kami masuk ke dalam pondok terbabit dan menemui seorang lagi lelaki serta seorang wanita.

“Apabila disoal siasat, wanita itu tiada hubungan mahram dengan kedua-dua lelaki terbabit. Wanita itu juga mengaku tinggal di dalam pondok terbabit bersama lelaki berusia 31 tahun itu yang juga kekasihnya,” katanya.

Rahimin berkata, siasatan awal mendapati pasangan terbabit tinggal di pondok yang diubah suai di atas pokok berkenaan sejak hampir setahun lalu.

Katanya, berdasarkan maklumat, pondok terbabit asalnya dijadikan tempat seorang ahli keluarga lelaki itu mengajar al-Quran yang meninggal dunia beberapa tahun lalu dan sejak itu pondok terbabit tidak digunakan.

Menurutnya, lelaki terbabit yang bekerja sendiri mengubah suai pangkin berkenaan untuk dijadikan kediamannya.

“Bagaimanapun, dia bertindak luar batasan apabila tinggal bersama wanita Indonesia yang juga seorang pekerja industri seolah-olah suami isteri,” katanya.

Rahimin berkata, dua lelaki dan wanita warga Indonesia terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991, kerana bersekediaman dengan bukan muhrim. Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya.

Kenapa aku malas sembahyang?

Label:

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang - bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam & siang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang,
Pagi Kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka Cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh
Halang!!!

Sumber: Rakan FB

Anggota polis salah guna kuasa?

Label:

Saya petik:

[SH] KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam menerima tiga memorandum meminta supaya tindakan tegas diambil terhadap beberapa dakwaan kes membabitkan penyalahgunaan kuasa pegawai pasukan terbabit.

Memorandum itu diserah Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam, bagi pihak tiga keluarga kepada seorang pegawai Bahagian Perhubungan Awam PDRM, mewakili Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, kira-kira jam 3.10 petang, di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Justify Full
Dalam dua memorandum itu, Manikavasagam berkata, ia mengandungi dua kes aduan membabitkan penduduk di Bukit Rotan, Kuala Selangor, mendakwa seorang pegawai penyiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berkenaan menyalahguna kuasa.

Katanya, penduduk di kawasan terbabit juga meminta PDRM mengambil tindakan tegas terhadap seorang pegawai berpangkat Cif Inspektor dan menuntut dia ditukarkan ke jabatan lain.

“Penduduk Bukit Rotan, Kuala Selangor mendakwa pegawai berpangkat Cif Inspektor itu tidak ambil tindakan terhadap laporan yang dibuat mereka. Mereka juga mengadu sering diganggu dan diancam pihak tertentu walaupun laporan polis sudah dibuat.

“Ada juga aduan yang saya terima mendakwa pegawai ini menzalimi orang tidak bersalah dan banyak lagi aduan lain. Justeru, mereka berharap polis menyiasat dengan tepat, betul dan adil atas faktor keselamatan,” katanya, di sini, semalam.

Dalam satu lagi memorandum berasingan, Manikavasagam mendakwa, seorang pemuda berusia 24 tahun dianiaya atas kesalahan yang tidak dilakukan, sehingga menyebabkan zaman remajanya musnah.

Katanya, insiden itu berlaku selepas lelaki itu melakukan samun ketika berusia 19 tahun dan diarahkan menjalani hukuman buang daerah di Perlis dan Perak.

“Ketika dia melapor diri untuk ditahan di Perak, secara tiba-tiba pemuda itu dituduh membunuh seorang lelaki di kawasan Jinjang, Kuala Lumpur, kira-kira sejam selepas dia melapor diri. Mana mungkin dia (pemuda) itu boleh sampai dari Perak ke Selangor dalam masa sejam dan membunuh? Tempat itu jaraknya 200 kilometer dari Perak.

“Saya minta supaya satu badan ditubuhkan untuk menyiasat kemungkinan ada pihak lain yang membuat tuduhan palsu dan bebaskan mereka secepat mungkin,” katanya.

Penipuan Bio Aura - Hai-O Dibongkar!!

Label:

Sumber: PPIM

From: Jxxxxxxxxx Subject: [sim] INFO : Penipuan Bio Aura - Hai-O Dibongkar
Sent: Mar 8, 2011 8:19 AM

Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain (Hadis riwayat Al-Qudhi)

Facebooking : e_belang@yahoo.com. Lawatilah kediaman saya di http://pakmod.com dan rakan-rakan di http://groups.yahoo.com/group/pakbelang.

* PENGAKUAN BEKAS DSM HAI-O MARKETING

Kita ketahui bahawa produk yang ditawarkan perusahaan MLM sangat mahal dan kononnya terlalu eksklusif, sehingga kerap kali menyusahkan downline serta masyarakat dan sangat menguntungkan level di atasnya (up line). Seringkali harga produk di`mark-up' sampai empat bahkan lapan kali ganda dari harga yang sepatutnya. Bayangkan lah produk Water Filter yang seumpama dengannya malah mungkin lebih bagus pun dijual retail dalam lingkungan harga RM500.00 sahaja adakah patut Water Filter Bio Aura made in Taiwan ni yang nilai asalnya RM250.00~RM300.00 dijual pada harga RM2,100.00??

Ramai yang beli jugak kenapa? Sama ada yang beli tu masuk skim sebab nak join kawan-kawan jadi kaya raya ataupun memang bodoh bah*lul tak tau harga pasaran sesuatu produk dan terpedaya tanpa usul periksa dengan testimoni Pak Long itu Mak Long ini yang sengaja diada-adakan. Hal ini seharusnya dihindari, kerana cara ini adalah mengambil keuntungan dengan cara yang bathil, karena mengandung unsur kezaliman, yakni membebankan masyarakat pengguna.

Penetapan harga yang terlalu tinggi dari harga normal, sehingga membebankan pengguna, dapat dianalogikan dengan ghabn, iaitu menjual satu barang dengan harga tinggi dari harga modal sepatutnya. Syarikat Hai-O Cina ni memang pandai dalam strategi berniaga khususnya nak tipu orang melayu. Agaknya memang plan dia orang nak ambil kesempatan atas kebodohan melayu yang senang taksub dengan benda-benda karut dan testimoni Pak Long itu, Mak Long ini.

Cuba pergi buat survey sikit, ada tak Water Filter Bio Aura kat rumah orang cina kat Malaysia ni padahal Hai-O ni orang cina yang punya. Tak percaya ? Ingat Hai-O ni orang melayu punya bisnes nak tolong melayu ? Bukak website Hai-O dan check laa sendiri. Barisan Pengurusan Tertinggi Hai-O 2009

1. Suvit Lee - Director (Hai-O Energy)
2. Boon On Suee - Director/ Asst. General Manager (Kinds Resource)
3. Tan Tok Keong - Director/ General Manager (Hai-O Raya)
4. Soh Ai Choo - Director/ Manager (Seagull Advertising)
5. Tan Keng Song - Group Executive Director
6. Ng Lip Yong @ Ng Lip Sat - Managing Director (Hai-O Energy)
7. Tan Kee Hock - General Manager (Hai-O Enterprise)
8. Tan Siow Eng - Group Chief Treasurer
9. Hew Von Kin - Group Chief Financial Officer
10. Jym Ow Chee Wei - General Manager (Hai-O Marketing)
11. Chua Chun Siang - Director/ Asst. General Manager (SG Global)
12. Chris Chia Kuo Wui - Group Executive Director/Director & Asst. General Manager (Grand Brands)
13. Chai Meng Kow - Director/ Asst. General Manager (Hai-O Medicine)
14. Julie Tan Chwee Sin - Group Admin & Porperty Manager
15. Erica Lai Ah Moy @ Lee Ah Moy - Director/Administration Manager (Hai-O Energy)
16. Lim Ai Aik - Personal Assistant to MD (Hai-O Enterprise)
17. Philip Teo Kheng Leong - Asst. Area Manager(Hai-O Raya)
18. Tan Soh Hoon - Adminstration, Asst.Manager (Hai-O Marketing)
19. Thomas Chong Kit Keong - Creative Director (Seagull Advertising)
20. Eric Hew Koon Soong - Internal Audit Asst Manager (Hai-O Enterprise)
21. Jason Hong Kok Siong - Marketing & Branding Manager (Hai-O Raya)
22. Tan Leok Kwee -Asst. General Manager cum Merchandising Development Manager (Hai-O Raya)
23. Tan Tin Hoong - Branch Manager(Hai-O Raya)
24. Tan Leok Yen - Customer Service, Asst. Manager (Hai-O Marketing)
25. Teoh Soo Hin - Group Advertising & Publicity Manager
26. Tan Hock Seong - Store, Asst. Manager (Hai-O Marketing)
27. Mohamed Tajuddin - Assistant General Manager (Hai-O Marketing)
28. Teo Yew Chai - Asst. Warehouse Manager (Hai-O Enterprise)
29. Liu Wu Chiu - Chief Research Officer (Hai-O Enterprise)
30. Jonathan Chong Chee How - Chief English Editor (Hai-O Enterprise)
31. Bryan Tee Woon Onn - Senior Area Manager (Hai-O Raya)
32. Woon Chin Keong - Asst Merchandising Manager (Hai-O Raya)
33. Yap Oi Lin - Operations & Planning Manager (Hai-O Enterprise)
34. Jackson Cheah Kah Loong - Group MIS Manager
35. Tan Siew Kheng - Accounts Manager (Hai-O Raya)
36. Miandy Lai Seng Mian - Group Accountant
37. Wong Leong Foo - Regional Manager (Hai-O Raya)
38. Penny Wong Yee Ping - Asst. Accounts Manager (Hai-O Enterprise)
39. Chu Huon Peng - Asst. Franchise Development & Operations Manager (Hai-O Raya)
40. Wong Kim Far - Sales Manager (Chop Aik Seng)
41. Florence Lee Yuen Ngor - Customer Service Manager (Hai-O Marketing)
42. Jessica Lim Yim Peng - Group Personnel Manager
43. Yap Sooi Mee - Group Finance Manager
44. Yap Ai Ho - Operations Manager (Hai-O Marketing)
45. Ng Soh Bee - Project Coordinator(Hai-O Enterprise)
46. Tan Wan Ewe - Operations, Asst. Manager (SG Global)
47. Nancy Chua Swee Tin - Customs & Shipping Manager (Hai-O Enterprise)
48. Tan Siew Ze - Asst. General Manager (Hai-O Marketing)
49. Tan Sit Chung - Product Development & Promotion cum Distribution Manager (Hai-O)

Syarikat Hai-O sedari awal lagi telah buat perkiraan, kalau Water Filter Bio Aura ni dijual retail dengan harga RM500.00 di pasaran susah nak laku sebab kena bersaing dengan macam-macam brand water filter yang seumpamanya atau yang lebih bagus malah harganya pun lagi murah dan berpatutan. Contohnya water filter jenama Philips yang bukan sahaja setakat sistem penapisan malah menggunakan teknologi pancaran cahaya Ultra Violet untuk membunuh kuman pun hanya berharga RM699.00 satu di Pasaraya Carrefour. So bagi memastikan, produk Hai-O dia orang laku macam goreng pisang panas, dia kasi plan yang memberi komisyen tinggi kepada promoter, lebih tinggi dari harga asal produk. Buat sistem MLM sebab telah terbukti orang melayu ni suka sangat dengan sistem MLM atau dalam erti lain kempen mulut ke mulut. Orang melayu memang cepat percayakan produk-produk melalui rekomen kawan-kawan atau saudara mara. Haa... nak lagi meyakinkan, taruk laa nama Bio ke .... Magnetic ke ...... Tok Guru ke .... Aura ke ... orang melayu memang sejak azalinya memang cepat percaya benda-benda tradisional karut marut ni. Jual laa Gelang Besi Magnet. ke... Loket dari Batu Gunung Berapi laa.... Air Beroksigen Tinggi laa ... Air Magnet ke Air Bateri ke.... apa-apa pun boleh asalkan selitkan testimoni orang itu orang ini. Nak lagi senang orang percaya, sebutkan kemujarabannya telah dirasai oleh sanak saudara kita sendiri ataupun artis selebriti mana-mana. Haaa orang melayu gerenti percaya punya. Sanggup keluar duit pelaburan ASN RM2,100.00 sebab nakkan jugak manfaat Water Filter Bio-Aura ni.

Siapa Yang Untung - Siapa Yang Rugi

Dalam MLM ni bila promoter nak dapat komisyen tinggi punya pasal, seribu tipu seribu bohong pun dia sanggup asalkan produk laku terjual dapat komisyen tinggi. Orang melayu jugak yang sanggup tipu orang melayu. Orang cina nak tipu sesama cina pun tak sampai hati. Orang melayu bila dengar aje petikan nas-nas atau hadis, ayatkan lagi sikit dengan Insyaallah ... berkat Allah, bla... bla... memang terus cair laa. Berapa ramaipun orang kita yang dah jadi jutawan Hai-O ni, ramai lagi laa orang kita yang dah kena tipu setiap seorang RM1,850.00 (harga beli RM2,100.00 - nilai sebenar produk RM250.00-RM300.00). Water Filter Bio Aura hanyalah water filter yang menjamin kebersihan air untuk pelbagai kegunaan tapi bukanlah mesin penapis seribu rahmat yang kononnya boleh mencegah anda dari dijangkiti penyakit-penyakit seperti Artritis, Pedih hulu hati, Keletihan yang kronik, Masalah penghadaman, Kekejangan kaki dan lain-lain lagi tu. Kalau nak dikira macam tu seribu lebih baik pergi minum air perigi Zam-Zam yang terbukti banyak mengandungi mineral dan nilai PH Alkalinya yang stabil. Ramai yang tidak faham-faham konsep pemasaran MLM Hai-O ni. Secara ringkasnya contoh perkiraan (sistem agihan kadar keuntungan berbeza-beza mengikut kumpulan pemasaran tertentu) busines Hai-O ni seperti di bawah.

1. Saudara masuk jadi Usahawan Hai-O kena bayar RM21,000.00. Selepas itu diberi bonus pendahuluan RM3,000.00 (sebenarnya dipulangkan kembali duit Saudara tadi ~ taktik lazim seperti dalam mana-mana Skim Ponzi atau Skim Cepat Kaya tu la juga).

2. Saudara diberi 10 x Water Filter Bio Aura (kononnya setiap satu produk bernilai RM2,100.00 sepertimana yang tertera pada kotak produk - so kira-kira produk yang Saudara dapat tu kesemuanya berharga RM2,100.00). Hakikat sebenarnya 10 x RM300.00 iaitu kesemua produk hanya bernilai RM3,000.00 sahaja.

3. Saudara perlu jual 10 x produk tersebut dengan nilai RM2,100.00 untuk dapatkan kembali pelaburan Saudara sebanyak RM21,000.00. Saudara kena yakinkan pembeli yang produk tersebut sememangnya berbaloi dibeli dengan harga RM2,100.00 (jangan sesekali beritahu yang nilai sebenar produk hanyalah RM300.00).

4. Andai kata dalam tempoh 2 bulan sahaja Saudara telah dapat menjual kesemua 10 x produk Water Filter Bio Aura tersebut Saudara akan dapat balik pelaburan asal RM21,000.00. Maka dalam tempoh 2 bulan sahaja Saudara telah berjaya menjaya pendapatan tambahan sebanyak RM3,000.00 (bonus pendahuluan) dari bisnes Hai-O.

5. Rumusan perjalanan aktivitinya seperti di bawah;

Modal Perniagaan RM21,000.00 = RM21,000.00

- RM3,000.00 (bonus pendahuluan untuk Saudara) = RM18,000.00

- RM3,000.00 (harga produk RM300.00 x 10 unit) = RM15,000.00

6. Kemanakah baki RM15,000.00 keuntungan tersebut perginya? Saudara hanya berperanan sebagai jurujual Water Filter. Saudara berjaya menjual 10 x Water Filter maka Saudara layak dapat upah RM3,000.00 (awal-awal lagi Saudara dah dapat). Kalau Saudara gagal menjual 5 x produk tersebut maka Saudara tanggung laa kerugiannya iaitu RM2,100.00 x 5 produk (Stok tidak laku dengan kos RM10,500.00). Pastikan Saudara dapat jual kesemuanya kalau tidak mahu rugi. Stok-stok produk yang tidak laku tidak boleh dipulangkan semula kepada Hai-O untuk dapatkan pulangan wang. Kalau Saudara ingin menggandakan pendapatan yang Saudara telah dapat sebanyak RM3,000.00 dalam tempoh 2 bulan tadi, haaa Saudara beli lagi 10 x produk dengan harga RM21,000.00 macam yang Saudara telah lakukan. Setiap RM21,000.00 yang Saudara laburkan Saudara akan dapat keuntungan RM3,000.00. Lebih kurang macam Saudara jadi jurujual yang jual produk kat kaki lima, setiap satu produk terjual Saudara dapat RM300.00.

7. Saudara hanya untung RM3,000.00 tetapi kemanakah perginya baki RM15,000.00 keuntungan tersebut? Syarikat Hai-O meraih keuntungan RM1,500.00 bagi setiap 1 produk yang terjual? Sebenarnya tidak sebegitu. Syarikat Hai-O cuma meraih keuntungan sebanyak RM500.00 sahaja untuk setiap satu produk yang terjual. Selebihnya adalah habuan kepada para Usahawan Hai-O (Upline-Upline) yang di bawah mereka Saudara bernaung. Contoh agihan keuntungan MLM bagi pelaburan sebanyak RM21,000.00 adalah seperti di bawah:

Syarikat Hai-O ~ Untung Bersih RM5,000.00 (*RM500 x 10 produk)

(RM8,000.00 ditolak kos produk # RM300.00 x 10 = RM3,000.00)

Si Polan Upline A ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)

Si Polan Upline B ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)

Si Polan Upline C ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)

Si Polan Upline D ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)

Si Polan Upline E ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)

Saudara ~ Komisyen Jualan RM3,000.00 (*RM300.00 x 10 produk)

MANGSA 1 (M1) [ M2, M3, M4, M5, M6, M7, M8, M9, M10]

Bayar RM2,100.00

Dapat produk # RM300.00

Kena Tipu RM1,800.00

(lihat * agihan hasil tipuan)

8. Andainya Saudara masih tidak mensyukuri rezeki yang telah Saudara terima... Saudara hendakkan lebih keuntungan tanpa perlu penat menjaja produk, kering air liur hanya nak dapatkan komisyen RM3,000.00 .... Saudara boleh tetapi dengan syarat kenalah mendapatkan prospek atau Down-line yang sanggup melaburkan RM21,000.00 untuk menjalankan bisnes jualan sepertimana yang Saudara telah laksanakan (untuk keuntungan rakan-rakan Upline). Bayangkan Saudara sudah berada di kedudukan Si Polan Upline E dan Saudara telah berjaya mendapatkan 10 x Downline. RM2,000.00 x 10 Downline sahaja Saudara telah menjana komisyen sebanyak RM10,000.00. Haaa ini lagi senang berbanding dengan setakat jadi jurujual yang kering air liur tapi dapat komisyen setakat RM3,000.00 aje. Cubalah Saudara bayangkan jika Saudara berjaya merekrutkan ramai Downline di bawah naungan Saudara. Saudara di kedudukan Si Polan Upline E dapat RM10,000.00 (mungkin dalam tempoh 1~2 bulan sahaja tu), kalau pada masa tu Saudara berada di kedudukan Si Polan Upline D pula mungkin dapat komisyen mencecah RM100,000.00 (mungkin dalam tempoh 1~2 bulan sahaja tu). Tidakkah LUMAYAN namanya tu?

Siapa Tipu Siapa

Ada akal ke Usahawan Hai-O ni suruh orang minum air paip tanpa dimasak terlebih dahulu. Ingat kuman bakteria dalam air tu besar sebesar telur kutu ke yang boleh ditapis-ditapis. Pembohong betul. Ataupun memang agenda Hai-O supaya orang ramai nanti dapat pelbagai macam penyakit... ada peluang jual ubat penawar lain pula. Tapi ada juga orang yang percaya cakap orang Hai-O ni. Nak buat macam mana, kecik-kecik dulu belajar Biologi tak habis. Apa yang `Doktor Hai-O' beritahu semuanya diterima bulat-bulat. Insyallah ..... kalau dapat sakit demam juga selepas itu, sesungguhnya semuanya dugaan dari Tuhan. Segala kejadian adalah kehendakNya juga kita diwajibkan berusaha, pakai produk Hai-O ni kira sebahagian dari usaha kita la. Semoga dimakbulkan segala doa dan diberkati segala usaha yang dimulakan dengan Bismillahirrahmanirahim.

Siapakah yang kena tipu ? Jawapannya ialah mereka yang membeli produk bernilai RM300.00 dengan harga yang telah dimarked up RM2,100.00. Terpedaya, teraniaya dan tertipu menyangkakan produk yang dibeli mempunyai seribu azimat.

Siapakah yang menipu ? Jawapannya ialah mereka yang menjual produk bernilai RM300.00 dengan harga yang telah dimarked up RM2,100.00. Mempedaya, menganiaya dan menipu mangsa supaya yakin produk yang dijual mempunyai seribu azimat. Tiada yang bercakap benar bahawa sesungguhnya dari jumlah RM2,100.00 yang dibayar itu RM300.00 untuk produk dan selebihnya RM1,800.00 adalah sedekah komisyen Up-Line.

Siapa yang untung ? Mereka yang bergelar Up-Line dan mempunyai pengikut Down Line yang ramai. Lagi banyak Down-line yang menjalankan kerja menipu orang, lebih banyak Water Filter Bio-Aura terjual maka lebih lebatlah income komisyen masuk dalam poket.

Siapa yang rugi ? Mereka yang bergelar Down Line yang menanggung dosa menipu orang ramai dengan hikayat Water Filter Bio-Aura yang mempunyai seribu satu azimat. Penat menipu untuk menjual 1 produk tapi komisyen yang dapat hanyalah RM300.00 tetapi Up-line yang di atas goyang kaki aje dapat habuan RM1,500.00 selebihnya. Mereka yang tidak berjaya menjual 10 x produk tersebut dengan harga RM2,100.00 terpaksalah menanggung kerugian pelaburan mereka sebanyak RM21,000.00.

- Dipetik dari Zaharudin,net Facebook

sekadar sebagai peringatan. tiada kena mengena dgn sesiapa yg masih hidup atau yang telah meninggal dunia............

KOMEN 2

Assalamuaalaikum.semua yg berniaga MLM mesti ambil untung berganda2 sbb nak bayar bonus dan bermacam2 lgi.sebenarnya product yg dijual kat malaysia melalui MLM kalau di Taiwan dgn China boleh dapat dimana2 je.just tukar je brand n import masuk malaysia.saya dapat maklumat ni sbb hampir setiap bulan sya ke sana.

[PANAS] Gambar Ketua UMNO Gombak dengan kekasih gelap??

Label:

Gambar berikut merupakan Ketua UMNO bahagian gombak bernama Abdul Rahim Kamarudin bersama-sama dengan kekasih gelapnya di dalam sebuah hotel. Gambar ini dikirimkan oleh individu yang tidak dikenali meminta kami menyiarkan gambar ini untuk menyedarkan rakyat betapa buruknya perangai pemimpin-pemimpin UMNO yang selama ini berlagak sebagai pejuang Islam sebaliknya "curi makan" di belakang pengikut-pengikutnya.

Pengirim email ini juga mencabar Megat Zulkarnain Dato' Omardin, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak untuk melaporkan hal ini kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Beberapa keping lagi gambar pemimpin-pemimpin UMNO "curi makan" akan didedahkan semoga pengikut-pengikut mereka sedar dari lena.

ReJaM© "Belum sempat tawan Selangor, diri sendiri sudah ditawan kah kah kah...."

Update: Gambar ini telah dianalisis terbukti bukan gambar palsu kerana hanya bahagian watermark (hosted@milosuam.blogspot.com) yang dilihat pincang dan menunjukkan warna yang berlainan sila rujuk sini [Image Analysis]

Rakan baikku, KEKASIH GELAP isteriku!!

Label:

“Luluh hati saya bila melihat isteri berpeluk mesra dengan lelaki yang saya kenali di satu kawasan pantai di pulau terbabit...

Saya petik:

[SH] ALOR GAJAH - Seorang suami yang berpengaruh dan berjawatan tinggi di sebuah agensi kerajaan, dekat sini, kecewa selepas mendapat tahu isterinya menjalinkan hubungan intim dengan rakan baiknya sendiri.

Itulah pengakuan Abd Samad Mohd, 46, (bukan nama sebenar) yang pada mulanya hanya mendengar khabar angin daripada rakan sekerja, menyatakan isterinya itu menjalin hubungan intim dengan rakan sepejabatnya namun dinafikannya.

Menurutnya, dia mendirikan rumah tangga bersama isterinya berumur 33 tahun itu 17 tahun lalu dan dikurniakan tiga anak perempuan, berumur antara 20 dan 12 tahun.

“Kami bekerja dalam agensi yang sama tetapi berlainan jabatan.

“Memang tidak terduga, isteri yang kerap menghadiri seminar dan rombongan keluar daerah, rupa-rupanya hanya helah untuknya memadu kasih bersama kekasih hati sebelum perlakuan sumbangnya terbongkar,” katanya.

Abu Bakar berkata, sepanjang hidup bersama, isterinya tidak pernah marah, lemah-lembut dan penyayang.

“Apabila rakan sampaikan berita ini, saya tak percaya sebab tiada bukti cuma saya syak berlaku sesuatu apabila sikap isteri mula berubah sejak kebelakangan ini tetapi saya biarkan syak wasangka ini berlalu begitu sahaja.

“Sepanjang perkahwinan, kami tak pernah berkelahi atau bertengkar. Jika adapun perselisihan faham, kami hanya tidak bertegur sapa untuk sementara sahaja dan selepas hilang perasaan marah, kami berbaik semula,” katanya.

Menurutnya, sehinggalah satu ketika, isterinya meminta izin mengikuti rombongan ke Langkawi bersama rakan sepejabat.

“Saya izinkan dia pergi dan menghantarnya ke tempat berkumpul.

“Biasanya, apabila kami berjauhan, dia akan hantar mesej bertanyakan pelbagai perkara tetapi kali ini dia tidak berbuat demikian, malah menyepikan diri sehingga membuatkan hati saya berdetik dan mula memikirkan sebaliknya,” katanya.

Abd Samad berkata, selang dua bulan kemudian, jabatan isterinya mengadakan hari keluarga di sebuah pulau di selatan tanah air.

“Saya cuba halang tetapi tak sampai hati. Selama dua hari satu malam di sana, satu mesej pun dia tak kirim kepada saya.

“Hati saya mula tak sedap. Tambahan pula, rakan sepejabat banyak membantu saya memantau dan menjejak di mana isteri serta teman lelakinya itu sehingga ke selatan tanah air,” katanya.

Menurutnya, selepas diyakinkan oleh rakannya, dia nekad menjejaki isterinya dan terkejut apabila mendapati hanya isteri dan teman lelakinya sahaja berada di sana.

“Luluh hati saya bila melihat isteri berpeluk mesra dengan lelaki yang saya kenali di satu kawasan pantai di pulau terbabit.

“Bagaimanapun, saya pasrah dengan apa yang berlaku sebelum membuat keputusan nekad menceraikan dia di hadapan teman lelakinya,” katanya.

(Gambar sekadar hiasan)

Kita jumpa di Mahkamah!!

Label:

Saya petik:

[TVS] KUALA LUMPUR 17 MAC : Ahli parlimen Machang, Saifuddin Nasution berkata, beliau sedia untuk bertemu ahli parlimen Bebas dari Padang Serai, N Gobalakrishnan di mahkamah berhubung dakwaan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya.

Saifuddin ketika ditemui di lobi parlimen hari ini berkata, beliau juga sama sekali tidak akan membuat permohonan maaf seperti yang dituntut oleh Gobala.

“Saya menerima notis saman daripada peguam Gobala semalam yang menuntut dua perkara. Yang pertama ialah mulai semalam dalam masa tujuh hari . Yang kedua, jika saya gagal berbuat demikian proses saman libel akan dimulakan. Yang pertama reaksi saya ialah saya menolak sama sekali tuntutan untuk saya memohon maaf," kata Saifuddin kepada TV Selangor.

Gobala pada Selasa berkata, beliau akan mengemukakan saman RM12 juta ke atas Saifuddin kerana mendakwa beliau menerima habuan daripada pihak tertentu untuk keluar dari Parti Keadilan Rakyat.

Beliau juga memberi tempoh tujuh hari kepada Saifuddin yang juga Setiausaha Agung PKR untuk membuat permohonan maaf mengenai hal itu.

Namun menurut Saifuddin beliau tidak akan berganjak dari kenyataannya sebelum ini.

“Alasan saya ialah saya telah ketengahkan beberapa fakta yang mengukuhkan kenyaaan awal saya mengenai punca dan sebab musabab kenapa beliau telah mengkhianati parti walaupun bertanding atas tiket KEADILAN kemudian mereka-reka segala alasan melalut untuk mengesahkan atau mensahihkan tindakannya mengkhianati parti,"jelasnya lagi.

Katanya, sepanjang 12 tahun mengenali Gobala dalam PKR, beliau tahu kemampuan kewangan wakil rakyat itu.

“Isu yang saya timbulkan ialah selama 12 tahun mengenali beliau, beliau langsung tidak punya keupayaan kewangan apa lagi membuat bayaran mencecah angka jutaan,"katanya.

Pemilik Lamborghini ini upah orang rosakkan keretanya...

Label:

BEBERAPA orang yang diupah merosakkan kereta Lamborghini Gallardo di Qingdao, wilayah Shandong, China.

Saya petik:

[KS] BEIJING - Seorang ahli perniagaan China mengupah sekumpulan lelaki dari Shandong untuk merosakkan kereta Lamborghini Gallardo miliknya yang berharga AS$804,301 (RM2.45 juta) dengan menggunakan tukul di Qingdao kelmarin.

Tindakan itu dibuat selepas beliau sangat kecewa dengan perkhidmatan servis pengedar kereta terbabit yang gagal menyelesaikan pelbagai kerosakan yang dialami Lamborghini miliknya.

Ahli perniagaan itu turut mendapati terdapat kerosakan yang dilakukan seseorang ke atas kereta miliknya di bahagian depan dan kerangka kereta sport itu semasa ia sedang dibaiki.

Orang ramai yang lalu lalang terkejut apabila melihat sekumpulan lelaki merosakkan kereta mewah itu yang sering rosak sejak dihantar kepada tuannya pada Oktober tahun lalu.

Selepas bertengkar dengan pengedar dan beberapa orang wakil kanan pengedar kereta Lamborghini, ahli perniagaan tersebut mengambil keputusan bahawa satu-satunya cara untuk melindungi haknya ialah dengan merosakkan kereta itu pada Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia. - Agensi

Ugut sebar aksi seks di internet

Label:

KAMERA mini yang dipasang pada kunci kereta digunakan sindiket merakamkan gambar bogel dan adegan seks mangsa sebelum mengugut menyebarkannya di internet.

Saya petik:

[BH] KUALA LUMPUR: Bermodalkan kamera mini berharga tidak sampai RM50, satu sindiket peras ugut di ibu negara dikesan memperoleh keuntungan jutaan ringgit dengan hanya merakamkan gambar bogel dan adegan seks mangsa mereka sebelum mengugut menyebarkannya ke internet.Sindiket itu yang didalangi warga asing, dipercayai dari China dan Afrika, menjadikan golongan profesional dan ahli perniagaan yang berpendapatan tinggi sebagai sasaran utama.
Difahamkan, anggota sindiket dan mangsa mereka, yang sebahagian besarnya sudah berkahwin dan berkeluarga, mula berkenalan atas urusan perniagaan sebelum memperdayakan mangsa untuk jatuh cinta sehingga mengadakan hubungan seks di hotel mewah di bandar raya ini.

Mangsa yang ghairah menikmati ‘keseronokan baru’ tidak menyedari adegan seks itu dirakamkan menggunakan kamera mini, yang biasanya disembunyikan dalam rantai kunci kereta, sebelum mengugut mangsa membayar wang dan jika enggan, gambar berkenaan akan disebarkan ke internet.

Ketua Biro Aduan Awam MCA, Datuk Michael Chong ketika mendedahkan perkara itu, berkata dalam beberapa kes yang dilaporkan kepadanya, anggota sindiket turut mengugut akan mendedahkan kecurangan mangsa kepada suami atau isteri masing-masing jika permintaan mereka tidak dipenuhi.

“Kita menerima lima aduan berhubung kes ini sejak tahun lalu, masing-masing membabitkan tiga mangsa lelaki dan dua wanita berkerjaya. Kesemua mangsa sudah berkahwin dan berkeluarga ini diugut supaya membayar antara RM100,000 hingga RM300,000 jika tidak mahu gambar serta video (seks) mereka disebarkan ke internet.

“Malah, kesemua mangsa berada dalam keadaan trauma apabila anggota sindiket mengugut mahu memporak-perandakan rumah tangga mereka jika permintaan itu tidak dipenuhi,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Beliau juga percaya terdapat banyak kes seumpamanya berlaku, namun mangsa tidak berani mendedahkannya atau melaporkan kegiatan itu kepada pihak berkuasa kerana bimbang rumah tangga mereka musnah sekiranya hubungan terlarang itu terbongkar.

“Kebanyakan pengadu amat bimbang rumah tangga dan keluarga mereka musnah sekiranya kecurangan mereka terbongkar, namun kita berjaya menyelesaikan sebahagian kes dengan melakukan perbincangan dengan pasangan masingmasing,” katanya.

“Kita tidak mahu mangsa memberi muka kepada anggota sindiket dengan membayar wang yang diminta sebaliknya melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa agar tindakan sewajarnya dapat diambil terhadap penjenayah terbabit,” katanya.

Michael turut memohon pihak berkuasa memantau penjualan kamera mini tersembunyi yang direka dalam bentuk rantai kunci kereta, pen, cermin mata, jam tangan yang kini banyak dijual di pasaran agar ia tidak mudah disalah gunakan untuk melakukan jenayah.

Krisis nuklear: Warga asing mula keluar dari Jepun

Label:

Salji tebal melanda kawasan Sendai, sekali gus menyukarkan pasukan mencari dan menyelamat bencana berganda di Jepun semalam. — Foto Reuters

Saya petik:

[TMI] TOKYO, 17 Mac — Negara asing menasihatkan rakyatnya agar meninggalkan Jepun, yang dilanda bencana berganda, ketika pihak berkuasa negara sebelah timur itu bertungkus-lumus untuk mengelakkan krisis nuklear yang dilihat semakin meruncing.

Ketua Suruhanjaya Kawal Selia Nuklear Amerika Syarikat berkata salah satu reaktor, yang terjejas teruk, kelihatan merisaukan kerana tiada bekalan air untuk menghentikan rod bahan api daripada terus panas dan kemudian cair kelak.

Semalam, pekerja-pekerja menjauhi loji Fukushima Daiichi buat sementara kerana bimbang peningkatan radiasi tetapi kembali selepas keadaan dilaporkan selamat.

Rasa bimbang dan khuatir muncul kembali selepas pegawai-pegawai berkata reaktor kedua di kompleks itu, yang menempatkan enam reaktor, kemungkinan sudah rosak dan mengeluarkan stim radioaktif.

Laporan msnbc melaporkan, ketua tenaga Kesatuan Eropah Guenther Oettinger memberitahu Parlimen Eropah bahawa loji itu “secara efektif sudah tidak terkawal lagi” selepas kerosakan pada kemudahan sistem pendinginan.

“Dalam beberapa jam akan datang, akan ada malapetaka lebih buruk lagi, yang akan mendedahkan orang ramai kepada bahaya,” katanya.

“Belum kelihatan panik lagi, tetapi Tokyo dengan penduduk seramai 35 juta orang, adalah metropolis paling besar di dunia,” katanya.

Bagaimanapun ketua pemantau nuklear PBB melihat pandangan itu dari sudut isu yang lain.

“Bukan masa untuk mengatakan keadaan sudah tidak terkawal,” kata Yukiya Amano, Ketua Pengarah Agensi Tenaga Nuklear Antarabangsa pada sidang media semalam.

“Operator-operator melakukan yang terbaik untuk memulihkan keselamatan reaktor,” katanya.

Beliau bercadang untuk terbang ke Jepun hari ini, lapor Reuters lewat semalam.

Beliau menggambarkan keadaan “sangat serius” dan telah meminta kerajaan Jepun menyediakan maklumat lebih baik kepada agensi itu.

Sabtu, Mac 19, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Jumaat, Mac 18, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Khamis, Mac 17, 2011 | Author: Tuk Kiyai