Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Sedih bila baca kisah benar ini.....

Label:

Assalamualaikum….

Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa…saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….

Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan…harap ustaz tidak bosan mendengarnya….Saya merupakan seorang suami..kepada seorang isteri yg amat baik dan setia….namun ustaz ..saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya….kerana pada waktu itu …mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.

Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai….dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya….seorang yang tidak pandai bergaya …tetapi kuat pegangan agamanya…. bertudung labuh…bersopan santun.. baik budi bahasanya…. Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini.. segala-galanya….diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia…

Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudah pun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain….cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat……Ustaz selepas berkahwin dengan isteri saya itu…jiwa saya menjadi kacau dan keliru…..saya amat marah kepada isteri saya…kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.

Ustaz sepanjang kehidupan kami…saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya…dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya….namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar….pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya…tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik ..dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah…dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya: “Abang dah makan…?Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”

Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya….apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?…abang tak pernah solat ke?…..Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya….perasaan geram..marah dan rasa terhina….bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya…dia menangis terisak-isak……saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.

Ustaz pernah suatu hari…dia ingin bermanja dengan saya…..membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng…untuk saya …pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone……ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya….saya tolak pinggan …sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya…..dengan linangan air mata….dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…

Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar..dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar…..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.

Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.

Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah…dan saya kira itu adalah balasan…apabila saya terlibat dengan kemalangan….tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun….hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya….ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali…..berak kencing saya… dia tadahkan… dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli ….dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya….bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam…berdenyut-denyut sakitnya…dialah yang bangun …..dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit…sehingga saya rasa lega dan tertidur….tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi…….risau saya mengerang kesakitan lagi.

Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan…dia sendiri tidak akan makan…melainkan setelah saya kenyang….dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya

Bila saya kenangkan kembali….sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu… datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat…kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun…dia tidak mahu lagi..menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huh..sekarang baru dia kata saya suami orang..dulu….dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya… ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan…Ustaz…..saya …kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya….besarnya dosa saya…..amat menyesal rasanya.

Ustaz….ketika saya boleh berjalan ..sedikit demi sedikit…dan saya beransur pulih….isteri saya jatuh sakit…..badannya menjadi kurus kering….tiada selera makan…terbaring..tak bermaya…..kata doktor yang merawatnya….isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak..kerana saya tahu sayalah puncanya….

Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk…..mukanya makin pucat….tetapi dia tetap senyum….saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya….dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”……berderai airmata saya hancur hati saya….pilu bercampur sebak yang amat sangat…diikuti dengan perasaan menyesal.

Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan…..saya menjaganya setiap hari….saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir…”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…”Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi….sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya…..malah ada yang memuji saya ….kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…..ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.

Ustaz…..isteri saya ada berkata…dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya..kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir….saya meraung….merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya…tapi katanya…setiap yang hidup pasti akan mati…dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik….kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya….ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah….apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.

Ustaz…tepat jam 3.00 ptg…setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya….dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini…saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.

Gambar hiasan

Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini…..apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri ….akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..mungkin ini hukuman yang patut saya terima.

Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat….berbuat baik… takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”

Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati….lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati….kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu…dia harapakan dari saya….Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu…saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…..sayang abang….selamanya.

Ustaz ….saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang……Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereeka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah…..
Terima kasih ustaz….doakan saya…….

* Inilah lagu yang telah ditujukan isterinya itu. Dengarkan melodinya, hayati senikatanya. Tajuk lagu : NOW & FOREVER (by Richard Marx)

Sumber:PakarHowTo

Pakatan dapat 'kerjasama dari orang dalam' BN untuk ke Putrajaya

Label:

Saya petik:
Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berkata Pakatan Rakyat kini mendapat "kerjasama daripada dalam" BN untuk membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum akan datang

Kerjasama itu diperolehi daripada kakitangan awam termasuk anggota keselamatan dan juga bekas menteri BN, katanya dalam ucapan pembukaan di konvensyen Pakatan Rakyat di Alor Setar hari ini.

"Malah yang sedang bertugas dalam jawatan tanya apakah sumbangan yang akan kita beri untuk tumbangkan kerajaan BN," katanya lagi.

Mohamad turut mengulas mengenai keputusan perbicaraan kes Liwat II yang dihadapi ketua umum Pakatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin lalu yang menarik perhatian ramai.

"Ramai tanya sebelum 9 Januari, kalau Anwar masuk penjara siapa nak jadi perdana menteri? Pemikiran akan datang, PM daripada Pakatan.

"Mereka tidak fikirkan lagi perdana menteri akan datang sama ada Datuk Seri Najib (Razak) atau (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin), (Datin Seri) Rosmah (Mansor) jauh sekali," kata penceramah popular itu lagi yang disambut dengan ketawa gamat daripada kira-kira 2,000 orang yang hadir.

Dalam ucapan itu, Mohamad turut mencanangkan slogan "BN Menang, Malaysia Bankrap" dan juga "Bersihkan Malaysia" yang turut disahut para hadirin.

"Kita nak selamatkan Malaysia daripada BN. Kita beritahu kepada rakyat, slogan mereka 'BN Menang Rakyat Senang' rakyant senang itu tukar kepada 'BN Menang, Malaysia Bankrap'."

Modal yang sama turut digunakan Mohamad dalam satu ceramah di satu kawasan pengundi Cina dalam kawasan parlimen Pokok Sena pada malam tadi.

Ceramah yang turut menampilkan ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng itu menarik kehadiran kira-kira 1,000 orang

Ally Iskandar Bakal Akhiri Zaman Bujang dengan Gadis ini...

Label:

Saya petik:
[SH] Pengacara popular, Ally Iskandar, 36, bakal menamatkan zaman bujangnya bersama gadis pilihan keluarganya, Farah Lee, 23, pada 20 Januari ini.

Menurut Ally, majlis pernikahan mereka akan diadakan di rumah Farah yang terletak di Kampung Atas Tol, Terengganu.

“Majlis ini akan diadakan secara kecil-kecilan. Ia hanya dihadiri sanak-saudara dan teman rapat sahaja. Bagaimanapun, pihak saya masih belum menentukan sebarang majlis sebelah lelaki,” katanya yang berkenalan dengan Farah selama hampir empat bulan.

Bercerita mengenai detik perkenalan mereka, Ally berkata, semuanya diatur oleh keluarganya. Jelasnya, tempoh perkenalan singkat tidak menjadi masalah untuk mendirikan rumahtangga.

“Saya tidak pernah bercinta dengan Farah, namun dia berjaya menawan hati saya kerana sikapnya yang berbeza dengan gadis lain yang pernah saya temui.

“Setelah keluarga perkenalkannya pada saya, kami berhubung melalui laman Facebook, kemudian baru berjumpa.

“Ketika berjumpa, saya ditemani ibu dan adik manakala dia pula ditemani rakannya. Pertama kali berjumpa, hati saya telah terbuka untuk menerimanya,” katanya.

Tidak mahu menunggu lama, Ally kemudiannya menyuarakan hasrat memperisterinya Farah kepada keluarganya.

Ditanya apakah yang membuatkannya terpikat kepada Farah, Ally berkata, dia kagum dengan keperibadian Farah.

“Dia seorang yang sangat menjaga tingkah laku, malah untuk berjumpa dengannya pun saya perlu berjumpa dan meminta izin keluarganya terlebih dahulu,” katanya yang turut terpikat dengan penghijrahan bakal isterinya yang bertudung sejak menyambung pelajaran di Korea.

P/s: Molek sangat doh tu...

Jika pemimpin umno BN isytihar harta pasti lebih firaun dari firaun - Lim

Label:

Saya petik:
ALOR SETAR - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mencabar pemimpin Barisan Nasional (BN)khususnya anggota Kabinet dan Exco Kerajaan Negeri mengisytiharkan harta peribadi mereka seperti dilakukan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang, kelmarin.

Menurutnya, pengisytiharan harta itu membuktikan PR berani dan selaras dengan janji mereka yang mahu membuktikannya kepada rakyat.

"Kita tidak takut istihar harta sebab kita bersih, pemimpin BN berani atau tidak seperti kita?

"Jika pemimpin BN isytiharkan harta pasti lebih firaun dari firaun, itu perbezaannya," katanya ketika berucap pada Ceramah Perdana Pakatan Rakyat di sini malam tadi.

Perisytiharan harta, yang dibuat kelmarin, membabitkan tempoh 8 Mac 2008 hingga 31 Disember 2011, dikeluarkan oleh syarikat akauntan bertauliah yang dilantik Kerajaan Negeri iaitu KPMG.

Selain itu, Guan Eng turut berjanji tiga perkara iaitu menghapuskan tol Lebuh Raya Utara-Selatan, pemberian RM1,000 setahun kepada semua warga emas berusia 60 tahun ke atas dan menurunkan kos sara hidup seluruh negara.

Katanya, janji ini boleh dicapai kerana menurutunya PR berjaya membuktikan pentadbiran yang bersih, sebagaimana dapat disaksikan di Pulau Pinang.

"Kos pembinaan Lebuh Raya Utara-Selatan adalah sebanyak RM6 bilion tetapi sekarang syarikat yang menyelianya sudah mengutip RM24.3 bilion, apa lagi yang mereka mahu kutip?

"Oleh itu, saya berjanji tol lebuh raya ini akan dihapuskan sejurus kita menawan Putrajaya," katanya.

Ceramah ini turut dihadiri Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dan Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik serta dihadiri kira-kira 1,000 orang.
 
P/s: Pemimpin umno BN tidak pernah isytihar harta walaupun sudah lebih 50 tahun memerintah.... 

[VIDEO] Orang 'gila' beri tazkirah agama

Label:

Jika benar lelaki ini gila, dia terlepas daripada tanggungjawab agama di dunia. Di akhirat, hanya Allah yang mengetahui akan kedudukannya di sisi Allah...Bagaimana pula dengan kita? 

Orang yang waras pun tidak mampu bercakap seperti lelaki ini

Malaysia Bakal Jadi Pengeluar KONDOM Terbesar Dunia

Label:

Saya petik:
[SH] NEW DELHI - Malaysia kini diambang menjadi pengeluar kondom utama di dunia pada tahun ini, dengan meninggalkan Thailand di belakang sebagai peneraju pasaran, demikian menurut Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC).

MREPC berkata Malaysia kini menguasai satu pertiga daripada pengeluaran dunia, yang dengan mudah melepasi paras satu bilion.

"Kita boleh menjadi pengeluar nombor satu dunia tahun ini berikutan banjir di Thailand. Angka pengeluaran tahun lepas boleh melepasi angka satu bilion kondom," kata Pengarah Pemasaran dan Pembanguan majlis itu, Low Yoke Kiew kepada Bernama.
Pada 2010, Malaysia, pengeluar getah asli keempat terbesar dunia, telah mengeksport sarung kontraseptif bernilai hampir RM300 juta, iaitu hampir tiga kali nilai eksport pada 2005.

Pengeluar utama Asia - Thailand, China, India, Jepun dan Malaysia - terus membanjiri pasaran global dengan jumlah lebih 10 bilion keping, yang dijual di dalam pelbagai warna, walau pun di negara yang konservatif seperti India.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut menggalakkan pengguna kondom berikutan kesedaran terhadap kesihatan.

Di China, lebih dua bilion kondom dijual, di Jepun terjual 580 juta setahun manakala pengeluaran India telah melepasi satu bilion keping.

"Kondom Malaysia mendapat permintaan yang baik dan kompetitif. Kami kini banyak membekalkan kepada program PBB. Kita menjangka pertumbuhan yang baik bagi kesemua produk lateks kita tahun ini, yang termasuk kondom," kata Low.

Pengeluar kondom bergantung kepada getah asli kerana lebih 90 peratus daripada sarung kontraseptif itu dibuat menggunakan lateks manakala usus

biri-biri adalah satu lagi bahan yang digunakan di dalam industri itu.

Kondom getah yang pertama dikeluarkan pada 1855, yang mempunyai ketebalan tiub dalam tayar basikal tetapi perkembangan teknologi telah menjadikannya lebih murah, ringan nipis dan berpelincir.

Shahrizat cuti tidak penting, Bekukan aset NFC -PKR

Label:

Saya petik:
SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, pihaknya konsisten mahu kepimpinan Datuk Seri Najib Razak membekukan operasi dan aset Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), projek ternakan lembu, yang dikaitkan dengan keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Sehubungan itu tegas Rafizi, Najib selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan perlu mengambil tindakan itu dan ia menjadi keutamaan demi kepentingan rakyat berbanding keputusan Shahrizat mengambil cuti tiga minggu.

"Bagi saya, sebagaimana kami telah katakan dari dahulu lagi, kami konsisten dengan pendirian bahawa kerajaan harus membekukan aset NFC sementera siasatan dijalankan, harus menghentikan operasi NFC dan menghentikan sebarang bayaran dan menghalang NFC daripada membuat sebarang keputusan-keputusan penting.

"Soal Datuk Seri Shahrizat mengambil cuti selama tiga minggu bagi membolehkan siastaan dijalankan, ia adalah perkara kedua, bukan keputusan signfikan," kata beliau kepada Sinar Harian Online hari ini.

Kata beliau, kerajaan pusat perlu mengambil tindakan membekukan dana yang disalurkan sebab ia membabitkan wang rakyat dan negara.

Semalam, Shahrizat mengumumkan telah memohon bercuti rehat selama tiga minggu mulai hari ini daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Ketua Wanita Umno itu berkata, beliau telah mengemukakan permohonan itu kepada Perdana Menteri.

Dalam kenyataannya Shahrizat berkata: "Saya berharap pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dapat menjalankan siasatan sama ada saya terlibat atau tidak di dalam apa-apa keputusan yang dibuat oleh kerajaan mengenai NFC di mana suami saya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail memegang jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif."

NFC ialah projek Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import.

Masalah berkenaan projek itu didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan akhir tahun lalu. Ekoran laporan itu, kepimpinan PKR dalam pendedahan bersiri sejak November lalu mendakwa wujud unsur salah guna dana RM250 juta yang diperuntukkan oleh kerajaan kepada NFC.

Nasha Aziz kahwin ‘Tuan Haji’ dari Brunei? Ini jawapan si gadis ini...

Label:

Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: “Saya belum berkahwin dan tidak mengenali siapa Tuan Haji, mungkin itu Nasha yang lain,” kata pelakon Nasha Aziz mengulas dakwaan dia berkahwin secara senyap dengan duda dari Brunei dikenali sebagai ‘Tuan Haji’ sejak enam bulan lalu.

Nasha atau nama sebenarnya Noraishah Abdul Aziz, 41, berkata, penyebaran berita itu hanya khabar angin kerana dia belum lagi berkahwin dan tidak mengenali Tuan Haji yang dimaksudkan.

“Berita itu tidak benar. Saya belum berkahwin tambahan dan sekarang masih berada di Jakarta kerana terbabit penggambaran telemovie.

“Saya juga tidak kenal siapa Tuan Haji. Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut kerana ini semua dakwaan tidak berasas,” katanya ketika dihubungi.

Gosip mengatakan Nasha sudah mendirikan rumah dengan Tuan Haji dan menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan media banyak disiarkan di beberapa blog hiburan dan forum di Internet dalam sehari dua lalu.

Ditanya mengenai penggambaran telemovie yang dijalaninya, Nasha berkata ia hasil kerjasama Astro dan produksi Indonesia dan dibintangi beberapa pelakon negara terbabit.

“Telemovie ini akan disiarkan di kedua-dua negara,” katanya yang pulang ke tanah air Isnin ini.

Ini cerita terbaru mengenai Hasan Ali....

Label:

(Gambar: Khalid dalam sidang media di pejabatnya hari ini)
Saya petik: 
Tuanku perkenan, Exco ganti Hasan 18 Januari
[HD] SHAH ALAM, 13 Jan: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini memaklumkan perlantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang baru bagi mengantikan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali akan diadakan pada 18 Januari nanti di Istana Kayangan.

Beliau yang hadir pada sidang media selepas mengadap Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pagi tadi memberitahu pertemuan tersebut adalah bagi membincangkan status kedudukan Dr Hasan yang tidak lagi menjadi ahli PAS.

"Pagi tadi saya telah mengadap Tuanku Sultan untuk memberi taklimat mengenai status Dr Hasan sebagai ahli MMKN atau Exco.

"Dalam pertemuan itu saya telah mempersembahkan kepada Tuanku Sultan bahawa saya telah menerima surat rasmi dari PAS yang memaklumkan bahawa Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang bersidang pada 8 Januari yang lalu telah membuat keputusan memecat Dr Hasan dari menjadi ahli PAS berkuatkuasa serta merta," jelasnya.

Tambahnya Khalid lagi, memandangkan Dr Hasan bukan lagi ahli PAS, maka beliau tidak lagi boleh menjadi ahli MMKN dan Khalid telah menasihati Tuanku Sultan untuk membatalkan perlantikan beliau (Dr Hasan).

"Tuanku Sultan telah bersetuju dengan pendapat saya dan Baginda akan menulis surat pembatalan perlantikan Dr Hasan sebagai ahli MMKN.

"Pada masa yang sama, Tuanku Sultan telah menurunkan kuasanya pada saya untuk melantik ahli baru MMKN, dalam pada itu Baginda juga menasihatkan saya agar menjalankan tanggungjawab ini dengan bijaksana tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak," sambungnya lagi.

Ketika ditanya mengenai calon yang bakal mengantikan Dr Hasan itu, beliau menjelas buat masa ini belum ada senarai calon yang diterima dan beliau akan bertemu dengan pemimpin PAS Pusat dalam masa terdekat bagi mengetahui nama yang dikemukakan oleh PAS nanti.

"Saya tidak menerima lagi nama calon dan ia bergantung kepada PAS, dalam pada masa yang sama saya akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin PAS Pusat bagi mengetahui nama calon yang dipersetujui oleh mereka.

"Manakala surat penamatan itu pejabat Tuanku Sultan akan serahkan pada Dr Hasan sebelum 18 Januari dan sebagai peraturan kerajaan negeri, beliau (Dr Hasan) perlu memulangkan segala kemudahan yang diberikan kepadanya dalam tempoh yang singkat ini," jelas Khalid lagi.

Sebelum itu perlantikan ahli MMKN yang baru akan disempurnakan di Istana Kayangan pada 18 Januari pada sebelah pagi, waktu yang tepat belum diputuskan lagi.

[VIDEO] Rashid, Husam dedah misteri dakwat kekal PRU12

Label:

Mantan Pengerusi SPR

Saya petik:
[HD] KOTA BHARU, Jan 13: Misteri pembatalan penggunaan dakwat kekal menjelang pilihanraya umum ke 12 telah terburai semalam di Wacana Perdana 9 bertajuk, “Pilihanraya Bebas dan Adil: Realiti atau Ilusi?” yang diadakan di sini malam tadi.

Forum yang berlangsung hampir tiga jam itu dipengerusikan oleh pensyarah UKM, Datuk Dr Mohd Agus Yusuf dengan tiga panelis – Datuk Paduka Husam Musa, Naib Presiden PAS, Tan Sri Abdul Rashid, mantan pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Datuk Seri Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Dalam hujahnya, Rashid berkata beliau dan SPR telah berusaha untuk memperkenalkan penggunaan dakwat kekal pada tahun 2007, sebelum ia dibatalkan oleh pihak-pihak tertentu menjelang PRU-12.

“Usahlah cakap pasal dakwat kekal, saya dulu pun dah nak buat kalau orang tak sekat… (tepukan gemuruh), undang-undang dah buat, tapi ada orang yang tidak bersetuju dia sekat.

“Jadi ini nak buat pula, baguslah, buat lah, memang itu patut dibuat… SPR tak tipu, kalau ada penipuan, itu orang lain tipu. Jangan salahkan SPR. Orang lain saya tak tahu. SPR ikut undang-undang 100 percent, jangan salahkan SPR. Kalau undang-undang itu bodoh macam lembu, bodoh macam lembulah,” kata Rashid dalam forum itu.

Pada masa ini, Husam mencelah, “Tan Sri, kalau parti-parti lain itu menipu, SPR duduk sana buat apa?”

Rashid pula membalas, “SPR tak ada kuasa.” Balasan Rashid itu membuatkan hadirin yang penuh sesak dalam dewan itu tidak kering gusi dengan gelak ketawa.

Menjawab Rashid, Nazri mengaku bahawa beliaulah antara orang yang mempertikaikan penggunaan dakwat kekal kerana berdasarkan perlembagaan negara, perkara yang melayakkan seseorang itu mengundi hanya dua – berumur 21 tahun dan berdaftar sebagai pengundi.

“Jadi, kalau ada seorang yang tak mahu dakwat kekal dicalit di jari dan mahu kertas undi, apa yang berlaku? Syaratnya cuma dua, berumur 21 tahun dan berdaftar. Disebabkan itu, dan waktu PRU dah dekat, SPR ambil pendekatan untuk batal penggunaan dakwat kekal,” terang Nazri mengenai sebab penggunaan dakwat kekal dibatalkan.

Mengenai persoalan mengapa dakwat kekal digunakan sekarang pula, Nazri berhujah bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan baru sahaja memberikan lampu hijau untuk penggunaan dakwat kekal dan peguam negara bersetuju untuk tukar perlembagaan untuk membolehkannya.

“Sekarang Majlis Fatwa baru umum benarkan, maksudnya dulu tak pernah umum lah, kalau tak mengapa nak umum dua kali,” sindir Nazri.

Menjawab dakwaan Nazri mengenai halangan perlembagaan, Rashid secara sinis menjawab, “Saya tak setuju bantahan Peguam Negara pada 2007. Dalam perlembagaan pun tak kata mesti tunjuk kad pengenalan (IC) sebelum mengundi. Tapi kita suruh tunjuk IC, kalau tak dia tak boleh mengundi. Itupun dipatuhi. Kalau nak mengundi kena patuhi peraturan dan cara-cara mengundi.”

Dalam kontroversi Majlis Fatwa Kebangsaan, Husam mengingatkan Nazri bahawa fatwa sudahpun dikeluarkan pada 2007, dan semua ini boleh disemak melalui web e-fatwa di Internet.

“Tan Sri Rashid baru berbisik kepada saya, SPR ada menerima surat daripada Majlis Fatwa mengenai hal itu pada tahun 2007. Macam mana seorang menteri tak tahu mengenai hal ini? Wallahuaklam,” kata Husam.

Kemudian, exco kerajaan Kelantan turut mengingatkan Rashid mengenai alasan yang diberikannya kepada rakyat ketika pembatalan dakwat kekal bahawa terdapat laporan ada pihak yang cuba mensabotaj proses pilihan raya dengan menyeludup sejumlah besar dakwat kekal ke negara ini.

“Pada 5 Mac 2008, Tan Sri keluar di kaca TV memberikan 2 sebab mengapa dakwat kekal tak jadi guna. Dia memberi sebab keselamatan kerana ada orang ditangkap membawa dakwat ini termasuk di Kelantan.

"Ketua Polis Tan Sri Musa Hasan pula mengesahkan adanya dakwaan tersebut. Dan kemudian ditanya ahli parlimen Pakatan Rakyat selepas Mac 2008, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar menyatakan tiada tangkapan tersebut dan tiada dakwaan dibuat. Bermakna, Tan Sri Rasyid telah dipaksa berbohong,” selar Husam.

Husam turut berkata keputusan menggunakan dakwat kekal kini adalah hasil perjuangan Bersih 2.0.

“Yang berikan hujah yang kata dakwat kekal boleh digunakan untuk PRU akan datang ini ialah Tan Sri Abdul Ghani Patail, yang dulunya memberikan nasihat yang sama tak boleh pakai. Peguam Negara yang sama yang dulu kata tak boleh pakai, tetapi kini boleh pakai, bermakna ada sesuatu yang lompang kepada sistem piliharaya ini.

"Yang lebih penting ialah, bila Tan Sri Ghani Patail kata boleh pakai sekarang, ini adalah hasil daripada Bersih. Kalau tak ada Bersih, tak adalah dakwat kekal kini,” tambah beliau lagi.

Sementara itu, Rashid berkata undang-undang pilihanraya tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana SPR tidak diberikan kuasa sepenuhnya.

“SPR kena share kuasa, jadi demokrasi negara tak lengkap. Orang lain berkuasa, polis berkuasa, kementerian penerangan berkuasa... bukan Umno berkuasa (gelak hadirin), tapi mereka tak bebas,” kata beliau.

Keterangan Rashid dipersetujui Husam.

“Setuju kuasa SPR tak mencukupi, jadi pemulihan PSC (Jawatankuasa Terpilih Parlimen) tidak kena pada core (tunjang) nya (memberikan kuasa sepenuhnya kepada SPR untuk laksana undang-undang pilihanraya).”

Exco P.Pinang selesai isytihar harta. Ini senarai aset mereka...

Label:

Saya petik:
[SH] GEORGETOWN - Exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh adalah Exco yang paling kaya berdasarkan borang perisytiharan harta Kerajaan Negeri semalam.

Perisytiharan harta itu dilakukan untuk tempoh 8 Mac 2008 hingga 31 Disember 2011 dikeluarkan oleh syarikat akauntan bertauliah yang dilantik Kerajaan Negeri iaitu KPMG.

Boon Poh memiliki beberapa rumah dan tanah di Pulau Pinang dan New Zealand dengan nilai keseluruhan RM1.39 juta.

Beliau juga memiliki sebuah kereta jenis Alphard yang bernilai RM169,000.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Puyu itu juga memiliki beberapa unit saham antaranya 7,667 unit saham Amprop, 55,000 unit di Bursa, Dutaland Berhad (5,667), Pan Malaysian Ind Bhd (60,000) dan Jutajaya Holding Bhd (10,000) selain saham amanah iaitu 1.14 juta unit di Gain Assure dan 293,399 unit Global Infrastructures Fund.

Ketua Menteri, Guan Eng berkata, perisytiharan itu dilakukan syarikat swasta untuk memastikan perisytiharan dilakukan dengan telus.

“Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (termasuk ex-officio seperti Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Pegawai Undang-undang Negeri) sudah mengisytiharkan harta mereka secara terbuka.

“Ini memenuhi amanah peribadi dan juga komitmen politik Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang,” katanya kepada media semalam.

Guan Eng pula memiliki simpanan tetap RM298,785 serta saham amanah berjumlah RM25,989. Beliau juga memiliki dua rumah kedai di Melaka yang keseluruhannya bernilai RM965,000.

Selain itu, beliau memiliki saham antaranya 124,845 unit di Amanah Mutual Berhad dan 2,000 unit DRB-Hicom.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman pula memiliki sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Sri Nibong berharga RM140,000 dan rumah flat di Teluk Kumbar berharga RM25,000.

Mansor juga memiliki saham Amanah Saham Bumiputera (ASB) bernilai RM157,819 serta sebuah kereta Toyota Camry berharga RM140,000.

Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy pula memiliki sebuah banglo di Semenyih, Selangor berharga RM328,000 serta tanah pusaka di Sitiawan.

Beliau turut memiliki dua kereta iaitu Perodua Kelisa berharga RM36,000 dan Mercedes 230E berharga RM200,000.

Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas, Chow Kon Yeow disenaraikan memiliki dua flat di Bukit Gambir dengan nilai RM196,000 serta sebuah rumah di Balik Pulau berharga RM590,000. Beliau memiliki sebuah kereta Proton Waja berharga RM65,000.

Kon Yeow juga memiliki saham yang disenaraikan antaranya 20,500 unit di Public China Select Fund, 21,000 unit di Public China Titans Fund serta 10,000 unit di Public Dividend Select Fund.

Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim pula tidak mencatatkan sebarang harta miliknya melainkan Proton Tiara berharga RM36,000 dan Honda CRV 2.0 berharga RM130,000.

Exco Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan, Lim Hock Seng pula memiliki beberapa rumah antaranya di Seberang Jaya dan Vistana Perdana serta sebuah kilang di Permatang Pauh.

Beliau juga memiliki saham di Kotindak dan Kojadi serta beberapa kereta antaranya Volvo 2406L berharga RM61,000 dan Honda CRV berharga RM104,000.

Exco Pelancongan dan Kebudayaan, Law Heng Kiang pula memiliki sebuah kondominium di Island Glades yang berharga RM239,000 serta sebuah kereta Honda Civic 1.8 berharga RM114,000.

Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Air, Law Choo Kiang pula mempunyai sebuah rumah di Bandar Cassia berharga RM392,000 serta beberapa unit saham antaranya 100,000 unit di Ramunia, 100,000 unit di Poh Kong serta 100,000 unit di MNC.

Manakala Exco Jawatankuasa Perancangan Desa, Perumahan dan Kesenian, Wong Hon Wai pula memiliki sebuah apartmen di Paya Terubong berharga RM97,000 dan sebuah rumah di Balik Pulau berharga RM600,000.

P/s: Beranikah Pak-pak Menteri umno BN isytihar harta mereka? Pastinya rakyat marhaen 'gembira' kerana pak menteri mereka jutawan... .  Tu belum dikira aset atas nama anak-beranak....

Hattan sah bercerai

Label:

Saya petik:
[SH] KUALA PILAH - Desas-desus mengenai pergolakan rumah tangga penyanyi yang popular dengan lalu Biso Bona, Hattan dan isteri yang baru dinikahinya November lalu akhirnya terjawab.

Pasangan terbabit disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, semalam.

Hattan atau nama penuhnya, Mohd Shukri Shahabuddin, 48, melafazkan talak satu di hadapan Hakim Abdul Rashid Ramli, sekitar jam 11.30 pagi, semalam.

Penyanyi berkenaan hadir bersama pasangannya, Farah Asyikin Othman, 34, untuk memfailkan perceraian dan memohon dibicarakan pada hari sama.

Difahamkan, penceraian itu berlangsung dengan baik dan dipersetujui kedua-dua belah pihak.

Hattan sewaktu dihubungi Sinar Harian menyatakan belum sedia untuk memberi sebarang penjelasan tentang perceraian ini.

Hattan dan Farah Asyikin baru dua bulan mendirikan rumah tangga selepas disatukan pada 11 November 2011 di kediaman penyanyi tersebut di Seri Menanti.

Majlis berkenaan diadakan secara tertutup tetapi meriah dengan kehadiran hampir 100 ahli keluarga terdekat dan teman rapat termasuk Datuk M Nasir, Ramli Sarip dan Man Bai.

Hattan sebelum ini pernah berkahwin tetapi jodohnya tidak panjang selepas dikurniakan seorang anak lelaki, Adam Eiman, 13. Beliau menduda selama enam tahun sebelum berkahwin dengan Farah Asyikin.

Adakah guna duit zakat untuk halang Anwar dibicarakan di Mahkamah Syariah itu untuk mendaulatkan Islam? Ini jawapannya

Label:

Saya petik:
[HD] KUALA LUMPUR, 12 Jan: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat penjelasan Pengarah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Datuk Che Mat Che Ali yang merujuk kepada kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh bahawa penggunaan wang zakat kes guaman adalah dibolehkan demi mempertahankan kedaulatan Islam merupakan suatu kenyataan yang amat pelik dan mengelirukan.

Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor (gambar) berkata, DPPM merasa kesal kerana Che Mat begitu mudah menghalalkan penggunaan wang zakat oleh Datuk Seri Jamil Khir dan MAIWP dengan alasan ‘mempertahankan kedaulatan Islam’.

Katanya, DPPM mempersoalkan, bagaimana Che Mat boleh mendefinasikan kes penggunaan wang zakat sebagai ‘mempertahankan kedaulatan Islam’.

Ini, ujarnya kerana saman yang dikemukakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap individu terbabit kerana beliau mahu membawa kesnya di mahkamah syariah sebaliknya ia dinafikan dan akhirnya ia dibawa ke mahkamah sivil.

“Adakah usaha mempertahankan kes Anwar daripada dibawa ke mahkamah syariah juga boleh dikategorikan sebagai ‘mempertahankan kedaulatan Islam’?

“Bukankah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sepatutnya dianggap ‘mempertahankan kedaulatan Islam’ kerana mahu membawa kesnya ke mahkamah syariah dengan mengikut undang-undang Islam, tetapi haknya dinafikan sehingga beliau diheret ke mahkamah sivil?” soalnya.

Selain itu, kata beliau sekiranya benar duit zakat yang digunakan oleh Datuk Seri Jamil Khir adalah ‘untuk mempertahankan kedaulatan Islam’, mengapa duit zakat itu dipulangkan balik.

Soalnya lagi, mengapa ia tidak terus dianggap sebagai asnaf yang layak mendapat zakat.

Beliau berkata, pemulangan duit zakat itu menunjukkan seolah-olah MAIWP bersetuju bahawa duit zakat itu tidak patut digunakan untuk kos guaman maka ia perlu dipulangkan balik setelah mendapat peruntukan kerajaan.

“Adakah dengan kenyataan Datuk Che Mat menunjukkan MAIWP mengakui bahawa kos pendahuluan untuk kes guaman tersebut menggunakan duit zakat?” katanya.

Jika begitu, kata beliau mengapa daripada awal MAIWP dan Jamil Khir menafikan penggunaan duit zakat sebaliknya menjelaskan ia diambil dari peruntukan kerajaan.

Jika Che Mat mengakui demikian, ujar beliau ia bermakna MAIWP dan Jamil Khir telah berbohong kepada rakyat sehingga akhirnya terpaksa mengakui malah membenarkan penggunaan duit zakat atas alasan untuk ‘mempertahankan kedaulatan Islam’.

“Sudahlah berbohong, menghalalkan penggunaan duit tersebut pula demi mendaulatkan Islam, seolah-olah bagi Datuk Che Ali, duit itu adalah halal untuk kegunaan kos guaman Datuk Seri Jamil Khir dan beberapa orang yang lain,” ujarnya.

DPPM, ujarnya musykil adakah dengan kenyataan itu ia bermaksud mereka yang mempunyai kes mahkamah dengan isu yang sama seperti Jamil Khir berhak mendapat zakat sebagaimana keistimewaan yang diterima oleh beliau.

Jika demikian, tambah beliau DPPM akan mewar-warkan kepada umat Islam yang mempunyai kes mahkamah atas isu yang berkaitan boleh memohon zakat kerana alasan ‘ingin mempertahankan kedaulatan Islam’.

“Mungkinkah umat Islam boleh mendapat hak dan layanan yang sama seperti yang dinikmati oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri?” tanya beliau.

Suami Wardina Dipukul dan Diikat Dalam Kejadian Samun

Label:

Wardina menunjukkan pelbagai barangan yang diselongkar oleh perompak yang memecah masuk rumahnya. Foto BERNAMA

Saya petik:
[MStar] KUALA LUMPUR: Pelakon, model dan pengacara televisyen, Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot kerugian RM20,000 apabila rumahnya disamun tiga lelaki bersenjata di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa, di sini Khamis.

Dalam kejadian 3 pagi itu, tiga penjenayah terbabit memasuki rumah Wardina setelah mengumpil pintu belakang rumah teres tepi dua tingkat beliau sebelum mengarahkan kesemua anggota keluarga Wardina berkumpul.

Ketika ditemui pemberita di rumahnya, Wardina, 33, yang masih trauma dengan kejadian itu berkata ketika kejadian hanya beliau, suaminya, tiga anak mereka dan seorang pembantu rumah berada di dalam rumah itu.

"Ketika itu saya tidur berseorangan di bilik tidur utama kerana saya demam. Disebabkan itu, suami saya, Ikhwan Johari, 36, tidur bersama anak bongsu lelaki saya, Imran Ar-Razi, 3.

"Salah seorang penjenayah telah menarik selimut saya, lalu mengarahkan saya bangun dari tidur sementara penjenayah lain membawa kesemua ahli keluarga berkumpul dan pembantu rumah di bilik tidur utama," katanya.

Katanya anak perempuan sulungnya, Amna Nafeesa, 8, dan Azra Fareera, 5, tidur bersama di bilik mereka di tingkat atas manakala pembantu rumahnya seorang warga Aceh, tidur di tingkat bawah.

"Kesemua mereka dikumpulkan di dalam bilik saya dan hanya Ikhwan diikat dengan wayar telefon. Kami diawasi oleh seorang penjenayah, manakala dua lagi menyelongkar rumah kami," katanya.

Beliau berkata ketiga-tiga penjenayah lelaki itu memakai topeng kain menutup wajah mereka dan mereka memegang pemutar skru, kayu panjang dan pemotong besi.

Beliau berkata suaminya juga turut dipukul oleh penjenayah terbabit di bahagian muka dan kaki sebelum diikat.

Penjenayah mengambil masa 45 minit menyelongkar seluruh rumah sebelum melarikan barang berharga termasuk lima komputer riba, empat telefon bimbit, cincin emas, kunci kereta dan wang tunai RM200.

Katanya beliau membuat laporan polis di Balai Polis Hulu Kelang pada 4.30 pagi dan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian serta siasatan sedang dijalankan. - BERNAMA

P/s: Berhati-hatilah selalu. Bacakan juga selawat syifa dan doa-doa lain untuk keslamatan dan perlindungan Allah

Skandal NFC: Lagi pendedahan PANAS dari Rafizi...

Label:

Saya petik:
[TMI] PETALING JAYA, 12 Jan — PKR hari ini mendedahkan bukti terbaru bagi mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan mereka terdapatnya cubaan merasuah pegawai penyiasat daripada seorang individu dalam Pusat Fidlot Nasional (NFC) dengan menggunakan khidmat orang tengah.

Dalam pendedahan yang dibuat oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya itu, dia mengemukakan emel salah seorang ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM, yang menyatakan terdapatnya cubaan merasuah polis oleh individu berkenaan dengan menggunakan khidmat orang tengah.

“Beliau telah menghantar emel menyatakan terdapat penglibatan seseorang dalam cubaan merasuah pegawai penyiasat kes skandal NFC.

“Berdasarkan emel tersebut, SPRM seharusnya menyiasat perkara itu kerana kenyataan tersebut bukanlah kenyataan yang tidak berasas.

“Beliau adalah tokoh yang dihormati dan menduduki banyak jawatan penting dalam negara, selain ahli Lembaga Penasihat SPRM, beliau juga memegang jawatan di Petronas dan banyak lagi agensi kerajaan,” kata Rafizi.

Dalam emel — menurut Rafizi yang dihantar oleh pegawai berkenaan kepada satu kumpulan emel pada Sabtu 31 Disember, jam 10.40 pagi lalu — pegawai berkenaan menyatakan beliau ada berjumpa peguam yang mewakili NFC dan Pengerusi NFC sendiri.

Pegawai berkenaan dalam emelnya juga menyatakan, “Dia memberitahu kami mengenai kaki penipu ini, seorang bermulut manis yang berjaya meyakinkan pelanggannya yang tertekan untuk memberikan wang supaya dapat mempengaruhi polis supaya bersikap kurang kasar (dengan NFC) semasa soal siasat.

Dalam emelnya itu juga, pegawai tersebut menyatakan “sekarang ini SPRM boleh campur tangan untuk menyiasat, kalau tidak sebelum ini perkara ini adalah urusan polis”.

Berdasarkan kenyataan tersebut, Rafizi bertegas mendesak pihak SPRM untuk menyiasat NFC ekoran emel tersebut kerana pegawai berkenaan merupakan tokoh yang dihormati di negara ini.

“Beliau adalah tokoh yang disegani dan memegang jawatan penting dalam negara, keterangan peribadi yang dibuatnya itu harus dipandang serius oleh SPRM.

“Oleh itu, PKR akan membuat laporan ke pejabat SPRM Shah Alam hari ini agar siasatan boleh dijalankan segera,” tambahnya kerana laporan dan pendedahan yang dikemukakan pihaknya setakat ini tidak menunjukkan sebarang tindakan diambil oleh badan pencegah rasuah tersebut.

Bekas duta Amerika jangka PRU13 paling kotor. Ini alasan beliau

Label:

Saya petik:
[MK] Pilihan raya umum ke-13 dijangka “paling kotor” kerana pemimpin Umno yang tercemar dengan rasuah akan melakukan apa sahaja untuk memastikan mereka terus berpaut pada kuasa, kata bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia, John R Malott.

Dalam ulasannya di Wall Street Journal hari ini, Malott (kiri) menulis walaupun Datuk Seri Najib Razak kini mendapat rangsangan politik akibat pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat, pentadbiran perdana menteri Malaysia itu secara umumnya dilihat terpalit dengan rasuah.

"Rakyat melihat rasuah semakin berleluasa dan merasakan bahawa penyokong Umno seperti biasa, sentiasa mahu membuat duit dari kontrak kerajaan.

"Ramai rakyat Malaysia kini menggunakan perkataan 'kleptokrasi' atau penyamun untuk menggambarkan kelas pemerintah mereka," tulis Malott, yang pernah berkhidmat di Kuala Lumpur antara tahun 1995 dan 1998.

Malott berkata persepsi orang ramai bahawa tiada pemimpin Umno mahu bertindak menangani amalan itu, dapat dilihat baru-baru ini dalam skandal projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

"Persepsi ini diburukkan lagi oleh hakikat bahawa Najib membisu tentang skandal terbaru," katanya.

Wanita ini pula didakwa ada skandal. Jom tengok....

Label:

Bekas seorang menteri wanita ini didakwa telah menerima wang RM300 ribu dari seorang peniaga berasal dari Johor. Ini adalah dakwaan terbaru oleh blogger The Whistleblower711. Sila klik  TheWhistleblower711 untuk info lanjut.

Sebelum ini blogger ini menimbulkan 'ribut' dengan mendedahkan rasuah dua pembantu pemimpin tertinggi negara dan seorang Timbalan Menteri - Awang Adek Hussin; dan dua pembantu yang bertugas dibawah Perdana Menteri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. 
Kredit:AlHusseyn

P/s: Puak-puak ni tak habis-habis dengan duit. Duit banyakpun tak boleh masuk kubur. Kalau untuk masa depan anak-anak pun jika sumber haram buat apa!! Apa pendapat anda?

[MESTI BACA] Kabinet arah tangguh skim SBPA sektor awam. Mengapa? Ini alasannya

Label:

Saya petik:
SHAH ALAM - Kabinet memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang berkuat kuasa sejak 1 Januari lalu, dipercayai ekoran rasa tidak puas hati di kalangan sebahagian besar kakitangan awam.

Sinar Harian difahamkan keputusan mengejutkan ini diputuskan dalam mesyuarat mingguan semalam.

Isnin lalu, kenyataan Kementerian Kewangan menyebut pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Januari yang akan dilakukan pada 16 Januari ini sempena perayaan Tahun Baru Cina, adalah berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia manakala perbezaan gaji penjawat awam yang memilih opsyen SBPA akan dibayar pada 31 Januari.

Pembayaran gaji SBPA tidak dapat dilakukan sepenuhnya pada 16 Januari berikutan keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh opsyen SBPA dari 31 Disember 2011 kepada 15 Januari.

Menurut sumber, Kabinet mempertimbangkan tiga sebab utama dalam memutuskan penangguhan SBPA, yang menggantikan Sistem Saraan Malaysia.

"Antaranya tiadanya perundingan secukupnya dengan wakil pekerja (kesatuan sekerja) dan peratusan kenaikan gaji yang tidak seimbang antara kumpulan kakitangan rendah dan tertinggi," kata sumber.

Sebelum ini wujud dakwaan kononnya kakitangan kumpulan pengurusan tinggi dan kanan menerima kenaikan gaji sangat tinggi, sehingga mencecah 50 peratus.

Bagaimanapun ia telah dinafikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah bulan lalu.

SBPA memperkenalkan sistem gaji satu lapis berbanding tiga lapis di bawah Sistem Saraan Malaysia.

Menurut sumber itu, kerajaan mahu kajian semula dijalankan ke atas keseluruhan komponen SBPA bagi memastikan tujuan pelaksanaan sistem gaji baru itu mencapai matlamat.

Mengenai tempoh penangguhan, sumber memberitahu, "ia kemungkinan besar akan mengambil masa beberapa bulan, juga kemungkinan hanya akan dilaksanakan selepas pilihan raya berakhir, supaya segala rasa tidak puas hati selesai dan diatasi secara menyeluruh."

Pegawai-pegawai kanan perkhidmatan enggan mengesahkan perkara itu. Bagaimanapun difahamkan Jabatan Perkhidmatan Awam akan mengeluarkan kenyataan rasmi hari ini.

"Tunggulah esok, maklumat jelas akan dikeluarkan," kata seorang pegawai kanan ketika dihubungi.

Pada 18 Disember lalu, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) membuat pendirian tegas dengan meminta kerajaan menangguhkan pelaksanaan SBPA dan mengadakan perundingan dengan badan induk kesatuan awam itu.

Badan induk itu mendakwa pihaknya “amat kesal” kerana kerajaan dan Jabatan Perkhidmatan Awam tidak mengadakan langsung perundingan dengan Cuepacs sebelum menggubal dan melaksanakan SBPA.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kerajaan seharusnya memastikan setiap anggota perkhidmatan awam, yang saiznya 1.4 juta orang, menerima maklumat yang tepat dan mendalam sebelum menerima opsyen pelaksanaan SBPA.

Omar berkata, perkara itu akan dibawa ke perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Pertemuan itu telah diadakan akhir bulan lalu.

Ketika itu, Cuepacs juga meminta ahli-ahlinya tidak menerima opsyen sehingga perkara ini selesai.

Jabatan itu membuka opsyen menerima SBPA mulai 16 Disember lalu dan ia sepatutnya ditutup pada 30 Disember, tetapi dilanjutkan sehingga 15 Januari selepas pertemuan Cuepacs dengan Najib.

Omar juga mendakwa kakitangan awam dipaksa menerima opsyen tanpa diberikan maklumat mengenai sifir gaji dan tangga gaji.

Katanya, ia jauh berbeza berbanding ketika pelaksanaan Sistem Saraan Baru dan Sistem Saraan Malaysia sebelum ini.

Mengenai kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus yang diumumkan oleh Najib ketika pembentangan Bajet 2012 pada Oktober lalu, Omar berkata, perkiraan pihaknya menunjukkan sebaliknya.

Ada yang mendakwa menerima kenaikan gaji jauh lebih rendah daripada kadar yang diumumkan Najib.

“Jelaskan kedudukan kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus ini,” kata Omar ketika itu.

Beberapa parti politik juga menggesa kerajaan menangguhkan SBPA atas alasan mengabaikan kepentingan kakitangan kumpulan rendah, yang merupakan dua pertiga saiz kakitangan awam.

Gadis naik bas 5 jam untuk jumpa kekasih sms tetapi akhirnya di.....

Label:

Gambar hiasan
Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Pertemuan indah diimpikan seorang wanita berusia 32 tahun yang mahu bertemu ‘kekasih SMS’ buat pertama kalinya selepas berkenalan melalui telefon sejak lebih sebulan lalu bertukar tragedi apabila dia dirogol lelaki terbabit di sebuah rumah di Jalan Semarak, di sini.

Wanita yang termakan pujukan manis lelaki berusia 20-an itu dilaporkan menempuh perjalanan lebih lima jam dengan menaiki bas dari rumahnya di Dungun, Terengganu untuk bertemu kekasihnya itu di ibu kota pada 8 Januari lalu.

Difahamkan, mangsa keluar dari rumahnya kira-kira jam 12 tengah hari sebelum tiba di Hentian Putra, di sini, kira-kira jam 5 petang dan dijemput lelaki terbabit.

Menurut sumber, mangsa kemudian dibawa ke rumah kekasihnya itu di Jalan Semarak, di sini, sebelum dirogol lelaki terbabit.

“Selepas kejadian itu, lelaki terbabit berjanji untuk bertanggungjawab atas perbuatannya.

“Mangsa kemudian dihantar ke Hentian Putra untuk pulang ke rumah. Lelaki itu sekali lagi berjanji akan menghantar rombongan peminangan ke rumah mangsa untuk sebagai tanda kasih,” katanya.

Bagaimanapun, sejam selepas bas meninggalkan hentian berkenaan, lelaki itu menghantar SMS mengatakan tidak mahu bertanggungjawab dan mengarahkan mangsa melupakannya.

Berang dengan perbuatan kekasihnya itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Bukit Besi di Dungun pada 9 Januari sebelum kes berkenaan dirujuk semula ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, untuk siasatan dan tindakan lanjut.
P/s: Alahai gadis, mudahnya diperdaya....

Isteri dicakar, dipukul & nyaris disimbah air panas. Mengapa?

Label:

Gambar hiasan

Saya petik:
[HM] AMPANG: Hanya kerana enggan melayan permintaan seks, seorang wanita nyaris disimbah air panas selain dicakar dan dipukul oleh suaminya selepas berang permintaannya itu tidak dilayani.

Difahamkan, dalam kejadian tengah malam kelmarin di Bandar Baru Ampang, di sini, mangsa yang cedera dipukul dan dicakar suaminya membuat laporan di balai polis berhampiran kerana bimbang dicederakan lagi.

Sumber berkata, mangsa berusia awal 30-an dikatakan merajuk dengan suaminya selepas dipukul lelaki terbabit sehari sebelum kejadian menyebabkan mangsa tidak mahu menuruti permintaan suaminya.

“Tindakan merajuknya itu membawa padah apabila suaminya mula naik angin lalu memukul mangsa dan mencakar tangannya hingga cedera,” katanya.

“Mangsa yang kesakitan cuba melepaskan diri daripada, namun tidak berhasil apabila dia terus dipukul,” katanya.

Menurutnya, suami itu kemudian mengambil bekas air panas di dapur sebelum mengugut mahu menyimbah air panas berkenaan jika mangsa enggan melakukan hubungan seks dengannya.

Beliau berkata, mangsa kemudian membuat laporan di balai polis berhampiran berhubung ugutan suaminya itu kerana bimbang dicederakan lagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berkenaan.

P/s: Alahai suami...
Sedih bila baca kisah benar ini.....
Sabtu, Januari 14, 2012 | Author: Tuk Kiyai

Jumaat, Januari 13, 2012 | Author: Tuk Kiyai

Khamis, Januari 12, 2012 | Author: Tuk Kiyai