KOTA KINABALU, 9 Okt: Pilihan raya kecil yang ke 13 akan diadakan di negara ini selepas 2008 apabila anggota Parlimen Batu Sapi, Datuk Edmund Chong Ket Wah, 54, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.
Beliau meninggal apabila motAosikal Kawasaki 750 yang beliau tunggangi berlanggar dengan sebuah kereta Mercedes di jalan Sembulan-Tanjung Aru dekat Kota Kinabalu jam 11.40 pagi tadi.
Chong mula memenangi kawasan itu dalam pilihan raya umum 2004 tanpa bertanding dan menang lagi dalam pilihan raya umum 2008 selepas mengalahkan calon bebas, Chung Kwong Wing.
Chong mendapat 9,479 undi berbanding dengan Chung yang mendapat 5,771 undi.
Chong lahir di Sandakan dan merupakan seorang jurutera mekanikal. Beliau meninggalkan isteri Linda Tsen Thau Lin dan empat anak.
Modal/taktik lama...Kalau menjelang pilihanraya, menteri bertanggungjawab kata tiada kenaikan untuk barangan tertentu. Biasalah, takut nanti rakyat marah dan beralih arah kepada parti lawan...Alahai pak menteri. Zaman dulu-dulu bolehlah rakyat didungukan tapi sekarang ni rakyat dah dapat hidu taktik lapok itu.
Apa pulak spekulasinya? Kalau betul pun, apa menteri boleh buat? Kata tak ada kuasa? Tak faham betul menteri ni...
Saya petik:
[KS] KUALA LUMPUR – Laporan kenaikan harga susu termasuk produk tenusu tempatan naik dalam tempoh terdekat ekoran peningkatan harga bahan mentah barangan tenusu di pasaran dunia dianggap spekulasi semata-mata.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) menegaskan, spekulasi tersebut yang hangat diperkatakan ketika ini oleh sesetengah pihak adalah tidak benar sama sekali.
Justeru beliau menasihatkan pengguna supaya tidak perlu bimbang sebab harga susu masih dikekalkan seperti biasa dan belum ada lagi sebarang kenaikan.
“Namun oleh sebab harga jualan susu bukan berada di bawah produk kawalan harga, jika berlaku kenaikan pada masa depan, kementerian tidak berkuasa mengambil sebarang tindakan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Beliau berkata demikian mengulas laporan berhubung harga tepung susu tanpa lemak yang merupakan bahan mentah tenusu utama dijangka meningkat lebih AS$3,000 (RM9,630) satu tan metrik pada tahun ini berbanding AS$2,100 (RM6,741) dalam suku keempat tahun lalu.
Astaghfirullahal 'azim.....Apa dah nak jadi dengan remaja Islam sekarang?
Keruntuhan akhlak remaja Islam sekarang dilihat semakin ketara. Itulah akibatnya jika hukum Islam diketepikan dan mengagung-agungkan hukum ciptaan manusia. Ajaran Islam semakin jauh dalam kehidupan keluarga.
Nampaknya sistem pendidikan di Malaysia tidak berkesan untuk mendidik akhlak sesetengah pelajar di Malaysia ini sehingga ada yang bertindak melampaui batas. Apa tidaknya, berani berzina di tempat terbuka.Difahamkan adegan pelajar itu diambil secara sembunyi oleh penghuni di kawasan tersebut.
Apabila zina berleluasa, maka tunggulah bala daripada Allah...
Sama-samalah kita menjaga anak dan keluarga kita. Didiklah mereka dengan ilmu-ilmu agama. Dirikanlah solat kerana solat adalah benteng mencegah maksiat...
Musnahlah keluarga itu jika suami kaki GRO dan kaki botol.... Perkembangan anak-anak pastinya terbantut dek bapa berperangai syaitan.
Saya petik:
[HM] KAJANG: “Saya amat tertekan sehingga pernah dua kali menoreh pergelangan tangan,” kata seorang isteri yang hidup menderita bersuamikan ‘kaki joli’ yang menghabiskan puluhan ribu ringgit sebulan semata-mata melayan nafsu dengan pelayan pelanggan (GRO) di kelab dangdut di ibu kota.
Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Nora, 33, berkata, suaminya kemaruk belaian GRO hampir setahun lalu, mengakibatkan hidupnya menderita kerana tidak dipedulikan selain dipukul setiap kali menyoal mengenai salah laku suaminya.
“Dia mula mengenali kelab dangdut selepas mendapat kerja tetap di sebuah agensi kerajaan pada 2006. Pada mulanya tidak begitu teruk namun sekarang dia bukan saja kaki arak malah menyewa sebuah rumah berasingan daripada keluarga semata-mata mahu bebas ‘tidur’ dengan mana-mana GRO yang dia suka,” katanya yang ditemui ketika membuat aduan di pejabat Pertubuhan Sukarelawan Seni, Kebudayaan, Sosial dan Pendidikan India Malaysia (PSKSP), di sini.
Nora berkata, sebelum suaminya menyewa rumah berasingan pada Jun lalu, dia sentiasa menegur perbuatan lelaki itu supaya berubah namun dia tetap mengulangi kerja maksiat itu.
“Bila saya mula menyoal, dia bersumpah tidak mahu mengulanginya selain membawa saya dan tiga anak bercuti untuk memujuk, saya namun selepas itu dia kembali meneguk arak serta menghabiskan masa hampir setiap malam dengan ramai GRO.
“Saya terpaksa memendam perasaan kerana tidak tahu di mana hendak mengadu. Saya juga dipukul setiap kali bertengkar mengenai perkara itu tetapi saya tidak mahu hal ini diketahui keluarga kerana bimbangkan masa depan anak-anak yang masih kecil. “Apa yang saya mampu hanya berdoa kepada Allah semoga dibukakan pintu hatinya untuk bertaubat,” katanya.
Menceritakan kembali bagaimana suaminya boleh terjebak dengan ketagihan layanan GRO, Nora berkata, dia menyedari sesuatu tidak kena apabila lelaki itu sentiasa pulang lewat malam selepas mendapat kerja tetap.
“Dia mendakwa membuat kerja lebih masa tetapi semuanya terbongkar apabila saya terlihat telefon bimbitnya penuh dengan gambar lucah dan SMS mengghairahkan. Dia kemudiannya bersumpah tidak mahu mengulangi perbuatannya namun tidak lama kemudian dia kembali menjalinkan hubungan sulit dengan GRO.
“Disebabkan tidak tahan dengan perbuatannya, kami bergaduh besar dan bercerai dengan talak satu pada pertengahan 2009 namun kembali semula selepas saya simpati dengan nasib anak yang memerlukan bapa,” katanya.
Nora berkata, walaupun hatinya sudah terluka, namun dia tetap berharap suaminya itu kembali ke pangkal jalan kerana sudah terlalu lama bergelumang dengan dosa.
“Saya amat berharap dia bertaubat dan kembali ke pangkuan keluarga. Saya juga merayu pihak berkuasa supaya memantau kelab dangdut terutama yang sering dikunjungi umat Islam untuk berfoya-foya kerana ia bukan saja mencemar agama malah meruntuhkan institusi keluarga,” katanya.
Apabila seseorang itu tiba-tiba muncul di khalayak ramai berpakaian kot dan dengan pasukan peguamnya sendiri untuk mengadakan sidang akhbar,selepas dua tahun menghilangkan diri, kita harus berasa sangsi.
Ini kerana semuanya itu memerlukan wang dan bantuan logistik pihak tertentu.
Justeru, kehadiran Rahimi Osman yang tampil membuat laporan polis dengan pasukan peguamnya sendiri membangkitkan satu persoalan menarik.
Siapakah dalang di belakang bekas pembantu Anwar Ibrahim itu yang sebelum ini hanya bergaji RM3,000 tapi kini mampu mempunyai pasukan peguam dan mengatur sidang medianya sendiri.
Tangan siapakah yang mengatur untuk Rahimi mengubah nada, selepas bersumpah dua tahun lalu bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor terbabit dalam konspirasi menjatuhkan Anwar menerusi satu lagi tuduhan liwat.
Semalam, Rahimi mendakwa beliau telah dipaksa oleh orang-orang Anwar termasuk peguam Lateefa Koya untuk menandatangani kenyataan bersumpah itu di sebuah hotel di Shah Alam.
Rahimi nampaknya mempunyai kemampuan luar biasa untuk mengatur sidang akhbar bertempat di sebuah restoran di Kelang, Selangor semalam.
Pasukan media beliau juga mengatur untuk wartawan dan jurufoto berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Kelang untuk Rahimi membuat laporan polis untuk menarik balik dua akuan bersumpah yang dibuatnya sebelum ini.
Sidang media yang menyusul bagaimanapun terpaksa dibatalkan kerana sekumpulan orang melarang Rahimi dan peguamnya untuk memberi sebarang kenyataan.
Kenapa Rahimi menyepi selama ini dan tiba-tiba muncul untuk menafikan kenyataan bersumpah yang dibuatnya lebih dua tahun lalu? Adakah ia berkait dengan pendakwaan terhadap Anwar di Mahkamah Tinggi semakin rapuh, khususnya selepas hubungan sulit antara pengadu Saiful Bukhari Azlan dan seorang timbalan pendakwaraya didedahkan?
Selain itu laporan doktor juga mendapati tidak ada kesan tusukan pada dubur Saiful untuk menyokong dakwaannya bahawa beliau mangsa liwat.
Sebelum membuat laporan polis semalam, Rahimi sepatutnya menjadi saksi penting peguambela Anwar untuk membuktikan pembabitan Najib dan Rosmah berhubung tuduhan-tuduhan liwat yang dibuat oleh Saiful.
Ini kerana dalam kenyataan bersumpahnya dua tahun lalu, beliau mengaitkan Najib dan Rosmah kepada konspirasi untuk menjatuhkan Anwar menerusi dakwaan fitnah yang dibuat oleh Saiful.
Penafian Rahimi atas akuan sumpahnya yang dibuat dua tahun lalu tentu sekali lagi menyempitkan lagi ruang Anwar untuk membela diri.
Dalam pada itu calon untuk timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat Zaid Ibrahim menafikan beliau adalah dalang di belakang Rahimi.
Beliau mencabar pihak yang membuat tuduhan itu untuk mengemukakan bukti.
Zaid yang lantang mengkritik Anwar dalam kehangatan pemilihan parti, bagaimanapun mahu pihak polis menyiasat dakwaan terbaru Rahimi kerana “mungkin ia betul, mungkin tidak”.
Blog-blog tertentu mendakwa Rahimi selama ini telah “dibela” oleh Soh Chee Wen, seorang jutawan yang disifatkan sebagai pengurus dana kempen Zaid dalam pemilihan PKR.
PETALING JAYA, 7 Okt: Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah menganggap laporan polis terbaru yang dibuat oleh Rahimi Osman adalah karut bagi memanipulasi akuan bersumpah.
Rahimi, bekas pegawai khas Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menuduh dua peguam - Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli memaksanya menamakan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor pernah berjumpa Saiful Bukhari Azlan (saksi utama kes liwat) dalam akuan bersumpah (SD) keduanya pada 28 Jun tahun lalu.
Walhal katanya, Rahimi sendiri pada 23 Jun tahun lalu mempertahankan akuan bersumpah itu ketika memberi keterangan kepada polis.
"Ia suatu manipulasi fakta yang tidak benar," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini.
Manakala, Latheefa dan Saiful masing-masing turut menafikan dakwaan Rahimi kononnya memaksa diubah inti akuan bersumpah pertamanya di Quality Hotel sebelum ini.
Rahimi turut mengaku bahawa turut menyaksikan konsultansi Latheefa dan Saiful di Quality Hotel pada 28 Jun lalu memandangkan beliau merupakan kenalan paling akrab kepada Saiful Bukhari Azlan, saksi utama yang mengaku diliwat Anwar.
"Dari pemerhatian saya terhadap Rahimi, kedatangannya adalah untuk memberikan kerjasama kepada pihak kami (peguam).
"Saya boleh sahkan di sini bahawa tidak ada apa-apa paksaan ke atas beliau," tegas Sivarasa.
Disebabkan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Subang tidak menolak kemungkinan bahawa wujudnya satu lagi konspirasi untuk memburuk-burukkan parti serta Anwar, Ketua Umum PKR.
"Kita nampak ada tangan di belakangannya untuk merancangkan episod buruk ini," tegasnya.
Sebelum pada itu, Latheefa memberitahu bahawa Rahimi ketika akuan bersumpah kedua ditulis mengaku bahawa Mumtaz sebenarnya bertanggungjawab membawa Saiful Bukhari berjumpa Najib dan Rosmah.
Saiful Izham pula kemudiannya membangkitkan unsur keraguan yang tidak munasabah di sebalik kenyataan media serta laporan polis yang dibuat Rahimi itu.
"Yang menjadi kehairanan kami, sekiranya beliau ditahan oleh kami secara paksa, mana mungkin beliau bersama-sama dengan parti selepas dari itu untuk membantu kempen-kempen, khususnya di Permatang Pauh," ujar Saiful.
Manakala, peguam N. Surendren yang mewakili Latheefa dan Saiful Izham kemudiannya menuntut supaya Rahimi memohon maaf dalam masa 24 jam serta menarik balik tuduhan berunsur fitnah itu.
Tindakan undang-undang akan dikenakan, termasuk ke atas beberapa media arus perdana sekiranya Rahimi enggan berbuat demikian.
Haha...Tak berapa hebat skrip kali ini. dan Latheefa Koya pula diheret dalam cerita terbaru. Menipu tahap gaban si Rahimi dan puak-puak dajjal ni...Siapa pengarah filem kali ini? Poinnya satu sahaja iaitu untuk memastikan bahawa PM dan isteri tidak terlibat dalam konspirasi II ini...dan berapakah jumlah yang dibayar kepada Rahimi? Pasti lumayan...
Saya petik:
[SK] SHAH ALAM - Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Latheefa Koya menafikan sekeras- kerasnya dakwaan Rahimi Osman bahawa beliau memaksa bekas pembantu Datuk Seri Anwar itu menandatangani dua akuan bersumpah berhubung pembabitan Perdana Menteri dan isterinya dalam konspirasi Fitnah II terhadap Ketua Oposisi.
"Saya menafikan sekeras-kerasnya menggunakan apa-apa paksaan ke atasnya. Dia pada ketika itu adalah salah seorang saksi berkaitan kes DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim). Sebagai peguam pasukan pembelaan, kami hanya semata-mata menyediakan kenyataan untuk saksi-saksi yang berkenaan. Ini merupakan cara lazim dalam sesuatu pembelaan. Dia telah secara sukarela bekerjasama pada setiap masa," kata Latheefa dalam satu SMS kepada Suara Keadilan petang tadi.
Latheefa berkata adalah tidak masuk akal dan ganjil Rahimi menunggu lebih dua tahun untuk mengatakan beliau dipaksa menandatangi surat akuan yang tidak pun pernah digunakan sebagai bukti dalam perbicaraan Fitnah II terhadap Anwar yang berjalan kini.
"Saya mendapati kenyataannya adalah fitnah dan berniat jahat dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. Saya akan memanggil satu sidang akhbar untuk penjelasan lebih lanjut perkara ini," jelas beliau.
Rahimi yang pernah bekerja di pejabat Ketua Umum sebagai pembantu petang tadi membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kelang berhubung dakwaannya terhadap Latheefa.
Beliau mendakwa terpaksa menandatangani akuan bersumpah pada 28 Jun 2008 yang mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor sebagai dalang di belakang konspirasi liwat terhadap Anwar melalui bekas pembantu yang juga rakan baik Rahimi, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Beberapa pihak luar yang sesetengah mereka didakwa mempunyai hubungan dengan BN, dipercayai terbabit dalam mengganggu pemilihan cabang PKR sejak beberapa minggu kebelakangan ini.
Sehubungan itu, setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, beliau akan menyahut cabaran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menamakan mereka.
"Saya sahut cabarannya dan akan namakan mereka yang timbulkan masalah itu yang kami kenalpasti melalui rakaman video,” kata Saifuddin di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.
Menurut Saifuddin, antara yang dikenalpasti ialah Razak Halili yang dianggap orang luar yang menimbulkan kekecohan di pemilihan peringkat cabang Kuala langat.
"Dia pernah menjadi ahli PKR tetapi meninggalkan parti selepas kekalahan pada pemilihan 2004. Dia mungkin menganggotai Umno, selepas itu, saya tidak tahu. Namun dia ada memohon (menyertai PKR) tetapi ditolak,” katanya.
Saifuddin juga berkata seorang lagi orang luar juga dikenalpasti menimbulkan kekacauan di mesyuarat cabang Klang yang didakwanya sebagai seorang anggota parti terbesar komponen BN. Beliau bagaimanapun tidak mahu mendedahkan identiti individu berkenaan.
Kempen PRK Galas bermula...Maka muncullah dajjal upahan untuk membuat kerosakan di bumi...
Pada jam 2.00 petang tadi, bertempat di ibu pejabat polis daerah Klang, seorang pegawai khas Pakatan Rakyat dan Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim telah membuat laporan polis yang beliau menjadi mangsa liwat Anwar Ibrahim. Mangsa liwat tersebut adalah Rahimi Osman (gambar). Beliau dijangka akan membuat sidang media di Lotus PJ pada jam 4 petang ini.Anwar kini berada di luar Rom, Itali bagi menghadiri satu progran di sana. -dipetik dari EDYES
Bagaimanakah jalan cerita drama kali ini?
Apa yang pasti mereka mahukan Anwar tidur di penjara Sungai Buloh.
Kalau sudah kena jel seumur hidup, menyesalpun dah tak de maknanya lagi. Dah la kena jel seumur hidup, kena sebat lagi. Rasakan... Haiwan berupa manusia.
Saya petik:
[SH] SHAH ALAM – Tiga lelaki yang melarikan seorang gadis dari Shah Alam, Selangor dan merogolnya di Johor Bahru dihukum penjara seumur hidup dan sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam.
Perbuatan Noorazly Alias, 20, Norlizan Miswan, 29, dan Arwin Ahmad, 35, disifatkan mahkamah sebagai terkutuk dan paling keji setelah tergamak menculik dan merogol mangsa ketika itu berusia 18 tahun.
“Cuba kamu muhasabah diri. Tragedi ini meninggalkan kesan trauma kepada mangsa dan meninggalkan satu titik hitam kepada kehidupannya,” kata Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin.
Terdahulu, ketiga-tiga lelaki itu mengaku salah menahan dan melarikan mangsa di Bulatan Melawati Shah Alam, di sini, kira-kira jam 6.15 petang, 20 November 2002 bagi tujuan mendapatkan wang tebusan berjumlah RM250,000.
Noorazly dan Arwin masing-masing bekerja juruteknik dan jurujual mengaku merogol mangsa pada keesokan hari antara jam 12.30 tengah malam hingga 3 pagi di rumah No, 25, Jalan Sri Perkasa, Taman Tampoi Utara, Johor Bahru.
Mereka berdua kemudian mengulangi merogol mangsa antara jam 3 pagi hingga 6.30 pagi, di tempat sama.
Sementara Norlizan, seorang kerani didakwa merogol mangsa antara jam 4 pagi hingga 6 pagi di rumah No.23, Jalan Pertanian, Taman Desa Rahmat, Tampoi pada 25 November 2002.
Bagi pertuduhan rogol, Noorazly dan Arwin dipenjara 10 tahun, lima sebatan bagi setiap tuduhan itu diperintah berjalan secara berasingan.
Bagaimanapun perlaksanaan hukuman itu diiperintahkan berjalan serentak dengan perlaksanaan hukuman menculik.
Norlizan turut dihukum penjara 10 tahun dan lima sebatan kerana merogol.
[HM] BESUT: Kejadiannya memang aneh dan mungkin ada menganggapnya tidak logik, namun hakikatnya ia benar-benar berlaku sehingga menggemparkan penduduk setempat dan turut menarik perhatian pemimpin masyarakat.
Sejak kira-kira dua bulan lalu, seorang gadis berusia 22 tahun, Siti Balqis Mohd Nor dari Kampung Gong Nangka, Apal di sini, ghaib secara misteri hampir setiap kali tiba waktu senja atau pada tengah malam sebelum dia ditemui semula di lokasi yang sukar dijelaskan kehadirannya.
Antara lokasi itu di tanah perkuburan, di atas pokok, di atas siling dalam rumahnya dan dalam kejadian terbaru kelmarin, Siti Balqis ditemui dalam mesin pembancuh simen berhampiran rumahnya.
Biarpun dikawal rapi keluarganya, gadis itu tetap ghaib apabila individu yang mengawalnya leka atau terlepas pandang beberapa detik saja.
Kejadian misteri itu mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi, Ramlan Ali yang meminta penduduk mengawal sekitar rumah keluarga Siti Balqis setiap malam, namun usaha itu tetap gagal.
Ramlan berkata, dia simpati dengan keluarga terbabit kerana sudah banyak mengeluarkan wang untuk khidmat bomoh.
“Saya sendiri sudah membantu mencari bomoh, tapi keadaannya tetap serupa apabila gadis terbabit tiba-tiba ghaib terutama pada waktu senja dan tengah malam,” katanya.
Ibu Siti Balqis, Norizan Said, 47, berkata, pelbagai usaha dilakukan keluarganya dan jiran untuk menghalang anak sulung daripada empat beradik itu ghaib, tetapi apabila tiba waktunya dia tetap hilang.

“Kejadian menimpa anak saya memang aneh. Sejak dua bulan lalu hampir setiap malam dia ghaib dari rumah menyebabkan kami sekeluarga terpaksa berjaga malam,” katanya.
Norizan berkata, apabila ditemui semula, Siti Balqis kebiasaannya berada di lokasi tidak jauh dari rumahnya seperti di atas siling rumah, atas pokok manggis dan terbaru dalam mesin pembancuh simen.
“Pernah sekali dia temui semula di tanah perkuburan Islam kira-kira 10 kilometer dari rumah kami,” katanya sambil memaklumkan keluarganya sudah mendapatkan khidmat bomoh dari Kelantan, Terengganu dan Pahang untuk mengatasi masalah itu, tetapi masih gagal.
Siti Balqis ketika ditanya mengenai kejadian aneh dialaminya berkata, dia sendiri sukar memberi penjelasan dan tidak tahu apa sebenarnya berlaku ke atasnya.
“Setiap kali kejadian berlaku saya tidak sedarkan diri. Apabila sedar, saya dapati diri saya berada di tempat lain, sama ada di atas pokok atau kawasan perkuburan.
“Saya dapat melihat orang mencari saya, tapi saya tak berupaya memanggil mereka. Ketika saya berada di kubur dalam kejadian Ramadan lalu, saya mendengar pelbagai bunyi termasuk suara orang mengaji al-Quran dan menangis,” katanya.
Cerita di bawah ini memberi pengajaran dan amaran kepada lelaki yang ingin beristeri lebih daripada satu. Kalau rasa diri tidak mampu untuk berlaku adil kepada isteri, tak usahlah....Susah di dunia dan apatah lagi mendapat azab di akhirat kelak. Kalau yang mampu berlaku adil tu, tahniah untuk anda....
Saya petik:
[SH] KULIM - Beristeri lebih tidak menjamin hidup semestinya indah, lebih-lebih lagi bagi yang berpoligami secara rahsia. Setidak-tidaknya, itu sudah menjadi kenyataan bagi seorang penjawat awam berusia 40-an di sini.
Dia yang berkahwin baru senyap-senyap, bertindak melulu menghalau isteri pertamanya dari rumah apabila wanita itu ‘naik angin’ selepas mengetahui dirinya dimadu.
Setelah itu, si suami membawa isteri barunya tinggal di rumah yang sama, barangkali menyangka dia akan hidup lebih bahagia bersama wanita itu.
Namun, panas yang disangka akan berterusan hingga ke petang, rupa-rupanya tidak menjadi kenyataan.
Tidak lama selepas itu, lelaki berkenaan terlibat dalam kemalangan jalan raya dan kecederaannya agak parah menyebabkan dia tidak lagi boleh berjalan.
“Sejak itu, kehidupannya banyak bergantung kepada isteri muda. Pada mulanya, tidak jadi masalah apa-apa namun lama kelamaan, wanita itu mungkin berasa agak terbeban dengan tanggungjawab barunya itu lalu mulai bertindak bukan-bukan terhadap suaminya,” kata sumber kepada Sinar Harian.
Menurut sumber itu, antara yang dilakukan termasuk memukul dan mendera.
“Tidak tahan dengan tindakan isteri barunya, lelaki itu menghubungi isteri pertamanya meminta bantuan,” katanya.
Isteri pertama pula dikatakan telah membuat laporan polis untuk mengambil semua barang yang ada di dalam rumah yang diduduki lelaki itu bersama isteri barunya selain berusaha untuk mendapatkan semula hak ke atas rumah itu.
Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim ketika ditemui mengesahkan menerima laporan berkaitan perkara itu.
Kalau dah kena tiga sebatan di khalayak ramai, agak-agak tahun depan wanita tersebut masih berniaga lagi tak?Kalau peminum arak yang dah kena 40 kali sebatan, agak-agak masih minum arak lagi tak?
Saya petik:
[SH] ACEH - Dua wanita Indonesia disebat di khalayak ramai selepas didapati bersalah menjual makanan semasa Ramadan, Ogos lalu.
Murni Amris, 27, menerima tiga sebatan dan Rukiah Abdullah, 22, menerima dua sebatan di hadapan ratusan orang awam yang berkumpul di perkarangan Masjid Al Munawwarah di Jantho, Aceh Besar, Jumaat lalu.
Kedua-dua wanita itu didapati bersalah melanggar undang-undang Syariah Islam kerana menjual makanan di sebuah gerai pada waktu siang di bulan puasa.
Rukiah ditahan pihak berkuasa semasa menjual makanan di gerai milik Murni.
Undang-undang Syariah mula berkuatkuasa di Aceh pada 2005, menjadikannya salah satu daripada beberapa wilayah di Indonesia yang menggunapakai peraturan Islam itu.
Bagus betul ayat-ayat Presiden Cuepacs untuk mendapatkan bonus dua bulan untuk penjawat awam.
Saya petik:
[HM] PUTRAJAYA: Selepas dua tahun tidak mendapat bonus, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Ceupacs) menaruh harapan tinggi supaya kerajaan menimbangkan pemberian bonus kepada lebih 1.24 juta penjawat awam sebagai satu suntikan dan semangat baru untuk bekerja lebih kuat, sekaligus meningkatkan kecemerlangan mereka.
Presidennya, Omar Osman berkata, kongres sudah menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak empat bulan lalu bagi memaklumkan permohonan itu, selain memaklumkan kepada beliau pada majlis berbuka puasa di kediamannya bulan lalu.
Namun, katanya setakat ini pihak kongres belum mendapat sebarang maklum balas lagi.
“Permohonan ini berdasarkan pandangan kongres yang berangggapan jika kerajaan mampu memberi bantuan khas sebanyak RM500 kepada penjawat awam dalam Gred 1 hingga 54 sebelum Aidilfitri lalu, kami yakin kerajaan mampu menimbangkan pemberian bonus kepada semua penjawat awam termasuk Jusa C.
“Harapan kami tinggi, sekarang mana-mana saya pergi ramai yang bertanyakan soal itu. Tambahan pula tinjauan kami mendapati kerajaan tidak mempunyai masalah (untuk memberi bonus), malah ekonomi kita semakin pulih dan kami harap tahun ini penjawat awam dapat menikmati sedikit bonus.Kami mohon dua bulan tapi kita serah kepada kerajaan.
“Jadi, kami harap tarikh 14 Oktober (perbentangan Bajet 2011) akan menjadi satu tarikh dinanti-nantikan penjawat awam,” katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Sidek Hassan, di Presint 10 di sini.
Omar berkata, sekiranya tidak mampu, kerajaan akan memberi maklum balas secara terus selepas mendapat surat permohonan dari kongres dengan memaklumkan keadaan yang dihadapi kerajaan.
[HM] SABAK BERNAM: “Ini ujian yang memerlukan kesabaran dan Allah akan menaikkan darjat orang yang sabar di akhirat. Ujian itu ada hikmahnya juga kerana Allah mahu kita semakin rapat dengan-Nya menerusi usaha mempertingkatkan lagi ibadat kepada-Nya.
“Banyakkan membaca ayat Kursi, ayat 4 Qul dan surah al-Baqarah,” kata pendakwah bebas, Hisham Surgi mengulas kejadian aneh yang berlaku kepada keluarga Abas Awang.
Hisham yang juga penduduk setempat turut menyaksikan kejadian kebakaran secara tiba-tiba yang berlaku kepada kereta Abas ketika berkunjung ke kediaman Abas pada Aidilfitri keenam.
Menurutnya, ia sememangnya kejadian aneh kerana kereta mangsa terbakar sendiri.
“Ketika berkunjung ke rumah Abas, secara tiba-tiba kereta jenis Perodua Kelisa itu terbakar. Saya sendiri melihatnya.
“Ketika itu tiada sesiapa berada berdekatan kereta itu. Kebakaran bermula daripada bahagian kusyen belakang dan api berjaya dipadamkan sebelum keseluruhan kereta terbakar,” katanya.
Menurut Hisham, berdasarkan pengalamannya, kejadian aneh itu boleh dikaitkan dengan angkara jin Ifrit kerana jin itu pembawa api.
“Ketika peristiwa Israk dan Mikraj, jin Ifrit mengejar Nabi dengan membawa api, lalu malaikat Jibril mengajar Nabi ayat Tammah dan akhirnya api jin terpadam dan jin itu tersungkur.
“Seperkara lagi, jika apa yang berlaku itu adalah angkara manusia, diharap sesiapa yang terbabit segera bertaubat kerana melakukan sihir itu dosa besar lagi syirik.
“Dosa syirik menghapuskan semua amalan kebaikan kita, lebih-lebih lagi doa orang teraniaya tiada hijab,” katanya.

Anda dialu-alukan untuk memberi komen atau berkongsi pendapat tentang isu atau perkara yang diutarakan. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman, dan bahasa kesat tidak akan disiarkan.