Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Robert Kuok beli kapal bersalut emas RM13 bilion

Label:

LONDON - Beberapa buah laman web akhbar membuat spekulasi bahawa bilionair Malaysia, Tan Sri Robert Kuok merupakan pemilik sebuah kapal bersalut emas paling mewah di dunia yang dibelinya pada harga AS$4.5 bilion (RM13.38 bilion).

Menurut akhbar dalam talian, thejournal i.e di Ireland semalam, jika harga itu benar, ahli perniagaan Malaysia yang didakwa menjadi pemilik kapal tersebut pastinya Kuok.

Akhbar itu menyatakan, lelaki terkaya di Malaysia ialah Kuok yang memiliki kekayaan sebanyak AS$12.5 bilion (RM37.2 bilion).

Beliau merupakan pengasas kumpulan Hotel Shang-ri La yang beroperasi di seluruh Asia.

Namun, kebanyakan kekayaannya datang dari sahamnya dalam Wilmar, syarikat minyak kelapa sawit terbesar dunia yang tersenarai dalam bursa saham, lapor akhbar itu.

Kapal mewah itu mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan.

Keseluruhan badan kapal History Supreme dari dasarnya sehingga ke bahagian dek termasuk ruang makanan, rel dan sauh disalut emas padu.

Bilik tidur utamanya dihias mewah dengan menggunakan logam platinum dan menampilkan dinding bertatahkan sejumlah batu meteor serta artifak prasejarah seperti tulang dinosaur ganas, T-Rex.

Kapal History Supreme merupakan hasil kerja tangan pembuat hiasan emas terkenal dari Liverpool, Stuart Hughes yang mengambil masa tiga tahun untuk menyiapkannya. -KOSMO

Bourdon: Najib burukkan lagi nama Malaysia

Label:

KUALA LUMPUR, 22 Julai: Tindakan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menangkap peguam Perancis, William Bourdon (gambar) akan terus mencemarkan nama negara bahkan akan memburukkan lagi nama baik negara di mata dunia.

AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, sepatutnya selepas pulang dari luar negara dan bertemu dengan Pope, Queen Elyzabeth dan Perdana Menteri Britain, Najib mempunyai pandangan lebih luas tetapi ternyata tidak.

"Balik sahaja dari luar negara, Najib terus membuat perangai buruk apabila menangkap William Bourdon, peguam hak asasi manusia dari Perancis ini. Sudah tentu ini akan menyebabkan semua mata peringkat antarabangsa akan melihat kita lagi.

"Sebelum ini majalah Economist di sensor, laporan tentang cara perhimpunan Bersih 2.0 dikendalikan belum selesai, ditambah pula dengan tindakan ini," kata Dr Dzulkefly kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas penangkapan peguam hak asasi manusia Perancis William Bourdon di KLIA tengahari tadi.

Bourdon ditangkap oleh sekumpulan pegawai Imigresen yang naik ke atas kapal terbang itu sebaik sahaja kapal terbang mendarat

William Bourdon, dijangka akan menghangatkan lagi politik Malaysia apabila beliau akan memberikan ucapan utama di tiga majlis anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bermula malam tadi di Pulau Pinang.

Bourdon, peguam Suaram bagi kes pembelian dua kapal selam Scorpene yang penuh kontroversi itu akan menceritakan perkembangan terkini kes itu malam ini di Dewan Sivik MPPJ.

Bagi Dr Dzulkefly, arahan penangkapan ini tentu dari pihak atasan pentadbiran Najib bagi menyekat apa-apa maklumat yang hendak disampaikan beliau dalam majlis malam ini dan esok.

"Mengapa Najib terus-terusan mencetus tindakan yang tunjukkan beliau hilang kawalan dan tertekan begini.

"Sepatutnya lepas jumpa Queen, Pope dan Perdana Menteri Britain, wibawanya akan tinggi dan menunjukkan kepada dunia beliau masih menguasai pentadbiran Malaysia dengan baik.

"Langkah ini akan mencetuskan pandangan  umum yang burukkan pentadbiran beliau dan dia sendiri," kata Dr Dzulkefli (gambar) kepada Harakahdaily.

Bagi beliau, tindakan menaham peguam Suaram ini seolah-olah membayangkan Najib mengesahkan tanggapan ada perkara yang nak dilindungi beliau dari diketahui rakyat dalam majlis di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) dan di Ipoh esok.

Ia juga, katanya, mencetus minat rakyat dan media antarabangsa untuk isu Scorpean ini dan bakal menjadi fokus media antarabangsa dan rakyat selepas ini.

"Najib meletakkan negara dalam mata antarabangsa dengan lebih buruk lagi. Ia akan menjejaskan negara sebagai destinasi pelaburan atas dakwaan rasuah hingga melibatkan orang no 1 negara," katanya.

Beliau yang juga anggota Parlimen Kuala Selangor yakin, jika Najib tidak bertindak sebegini, majlis makan malam mengutip dana Suaram dan kedatangan Bourdon ini akan berlalu begitu sahaja.

"Namun apabila warga asing ditangkap, peguam hak asasi manusia Mahkamah Perancis pula, ia satu tindakan  desperate yang bakal memburukkan lagi keadaan," katanya.

BERITA BERKAITAN

[VIDEO] Isu semasa: Tidak ada akta polis kena jaga politik umno - Saifuddin Nasution

Label:

Diusir pulang, hasrat peguam Perancis dedah skandal scorpene, Altantuya tidak kesampaian

Label:

KUALA LUMPUR: Peguam Perancis, Wiliam Bourdon, dihantar pulang ke negara asalnya selepas ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) oleh pegawai imigresen tengahari tadi.

Beliau sepatutnya hadir untuk berucap dalam majlis makan malam anjuran Suara Rakyat Malaysia di Petaling Jaya malam ini, bagi mendedahkan skandal pembelian kapal selam Scorpene melibatkan komisen RM540 juta.

Bourdon semalam berada di Bayan Baru, Pulau Pinang bagi membongkarkan kes berprofil tinggi itu kepada umum, sebelum berlepas ke KLIA pagi tadi.

Namun beliau bersama isterinya ditahan oleh Pegawai imigresen di dalam pesawat yang dinaikinya sebaik sahaja mendarat di KLIA.

Peguam itu ditahan lebih lima jam di pusat tanahan imigresen KLIA tanpa dibenarkan mendapatkan akses peguam, serta diarahkan untuk pulang semula ke negaranya.

Beliau dijangka dihantar semula ke Paris pada pukul 11.30 malam ini dengan membeli tiket menggunakan wang sendiri.

Dalam satu kenyataan bertulis, Bourdon berkata beliau tidak faham situasi itu kerana tiada penjelasan diberikan pihak berkuasa Malaysia.

“Saya di sini mengisytiharkan yang saya bertindak sebagai peguam kepada NGO Suaram dalam menjalankan tugas saya dan saya menjalankan tugas dan mematuhi peraturan Malaysia dan antarabangsa.

“Saya menganggap penghantaran pulang ini sebagai pencabulan kepada hak saya untuk menjalankan tugas saya sebagai seorang peguam secara bebas,” ujarnya.

Bourdon berkhidmat dengan pertubuhan tanpa keuntungan – Sherpa – dan mengkhusus dalam membela hak asasi manusia dan jenayah menentang kemanusiaan.

Beliau merupakan peguam yang dilantik Suaram bagi mengendalikan kes dakwaan rasuah membabitkan pembelian Scorpene yang kini difailkan di mahkamah terbuka Perancis.

Beliau dijangka mendedahkan pembelian kapal selam negara dengan firma pertahanan Perancis DCNS dalam tiga majlis anjuran Suaram di Bayan Baru, Petaling Jaya dan Ipoh.

Kapal selam Scorpene buatan Perancis itu dicemari dengan kontroversi komisyen RM540 juta dan turut dikaitkan dengan pembunuhan kejam wanita Monggolia, Altantuya Shaariibu. -KeadilanDaily

Kes Scorpene, Altantuya: Peguam dari Perancis ini ditahan di KLIA

Label:

KUALA LUMPUR: Peguam dari Perancis, Wiliam Bourdon yang mendedahkan skandal pembelian kapal selam Scorpene, ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Perkara itu dinyatakan Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya dan peguam Lawyers For Liberty, Fadiah Nadwa Fikri di laman Twitter.

Menurut Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel, pegawai imigresen masuk ke dalam pesawat untuk menahan Bourdon sebaik sahaja beliau mendarat di KLIA.

Bourdon dilapor dihantar ke pusat tahanan imigresen KLIA.

Menurut laporan Malaysiakini, pada mulanya, pegawai imigresen tidak membenarkan isteri Bourdon, juga seorang peguam, mengikutnya ke pusat tersebut.

Selepas beberapa rundingan, beliau dibenarkan menemani suaminya.

Bourdon merupakan peguam yang dilantik Suara Rakyat Malaysia (Suaram), tiba ke negara ini bagi membongkar skandal pembelian kapal selam Scorpene dan misteri kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibu.

Beliau hadir bagi memberi ucap utama di tiga majlis anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram), yang diadakan di Bayan Baru, Petaling Jaya dan Ipoh.

Majlis makan malam itu juga bertujuan mengumpul dana untuk membiayai kos guaman terhadap kes pembelian Scorpene yang difailkan di mahkamah terbuka Perancis.

Pesawat yang membawanya dari KLIA dilapor tiba pada jam 10.25 pagi di Bayan Baru semalam.

Beliau sepatutnya dijadual berucap pada majlis makan malam di Dewan Sivik MBPJ, malam ini selepas berucap pada majlis anjuran yang sama di Bayan Baru. - KeadilanDaily

P/s: Adakah penahanan ini merupakan satu lagi ketakutan melampau pihak-pihak tertentu akan pendedahan yang bakal dibuat oleh peguam dari Perancis itu?

Salih Yaacob dapat anugerah dari Kerajaan Kelantan

Label:

KOTA BHARU: Pengacara dan pelawak, Salih Yaacob, 48, bersama empat isterinya akan diberi anugerah oleh Kerajaan Kelantan kerana menjadi contoh keluarga berpoligami yang mampu menguruskan rumah tangga dengan baik mengikut hukum Islam.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Wanita 2011 sempena Kelantan Cheng Ho International Food Festival 2011 di Kelantan Trade Centre (KTC) di sini, semalam.

Wan Ubaidah berkata, anugerah itu sebagai tanda penghargaan kerajaan Kelantan kepada Salih dan empat isterinya kerana mempunyai satu ikatan kekeluargaan kukuh walaupun hidup berpoligami.

Katanya, anugerah itu diharap menjadi suntikan semangat kepada suami dan isteri lain supaya mengamalkan cara hidup bertolak ansur dan harmoni seperti diamalkan keluarga Salih.

“Anugerah itu akan diberikan kepada Salih dalam tempoh terdekat ini, tetapi kita belum kenal pasti lagi jenis anugerah akan diberikan.-hmetro

Apa rasional Polis lakon semula perhimpunan haram?

Label:

KUALA LANGAT – Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan Polis Diraja Malaysia Lapang Sasar Bukit Jugra berhampiran Pusat Latihan Penguat kuasa Selangor (Pulapes), Banting, di sini, mengadakan satu perhimpunan olok-olok, semalam.

Menurut sumber, perhimpunan itu dilakukan untuk menilai dan menguji sejauh mana kesan penggunaan gas pemedih mata dan meriam air bagi mengawal perhimpunan haram.

Kira-kira 200 anggota Unit Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terlibat dan mereka menggunakan sebuah jentera penyembur air.

Demonstrasi semburan itu dimulakan kira-kira jam 10 pagi dan berakhir dua jam kemudian.

Tinjauan di kawasan terbabit mendapati, kira-kira 20 anggota forensik turut kelihatan di lapang sasar berkenaan.

Difahamkan, beberapa orang pemantau terdiri daripada doktor, peguam dan ahli kimia turut berada di situ.

Petugas media dilarang masuk di kawasan lapang sasar tersebut dan hanya berada kira-kira 100 meter dari lokasi, bagaimanapun kesan gas pemedih mata masih dirasai apabila mata mula berair.

Semalam, akhbar melaporkan, sumber berkata, perhimpunan olok-olok membabitkan sebahagian besar anggota dan pegawai polis serta FRU yang bertugas ketika hari kejadian, diadakan bagi mendapat gambaran sebenar kesan gas pemedih mata dan meriam air terhadap orang awam.

Katanya, perhimpunan olok-olok dan prosedur ketika perhimpunan haram itu perlu dikaji kerana banyak dakwaan mengatakan polis bertindak ganas, zalim dan mengakibatkan kecederaan fizikal terhadap peserta. -SH

Video: Gas pemedih mata dilepaskan tepat ke arah peserta Bersih

Label:

KUALA LUMPUR: Meskipun berulangkali menafikan, terdapat bukti jelas menunjukkan Polis di Raja Malaysia melepaskan tembakan gas pemedih mata secara tepat ke arah peserta Himpunan Bersih 2.0, 9 Julai lalu.
Rakaman menunjukkan tembakan gas yang dilepaskan tepat ke arah peserta Bersih di laluan bawah KL Sentral

Tembakan tersebut yang dilakukan secara mendatar ke arah orang ramai, menyalahi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dibenarkan.

Beberapa rakaman yang disiarkan di internet terutama menerusi laman Youtube membuktikan perkara itu. Salah satunya rakaman video oleh sebuah portal berita.

Video berdurasi kira-kira 14 minit itu menunjukkan tembakan dilepaskan di dua tempat berasingan bermula di KL Sentral dan Dataran Merdeka.

Bermula minit ke 7:48, rakaman itu menunjukkan Polis Simpanan Persekutuan (FRU), menghalakan penembak gas tepat ke arah peserta yang berkumpul antara jarak 20 hingga 30 meter di KL Sentral.

FRU turut melepaskan tembakan secara mendatar di Dataran Merdeka

Mengikut pemerhatian dalam rakaman berkenaan, polis tidak mensasarkan tembakan pada paras 45 darjah ke udara seperti sepatutnya dilakukan, sebaliknya disasarkan pada paras hidung.

Sekurang-kurangnya tiga das pertama tembakan dilepaskan ke arah peserta himpunan dengan muncung senapang dihalakan terus ke arah mereka.

Bermula minit ke-8 pula, tujuh lagi das tembakan dilepaskan mengakibatkan orang ramai terperangkap di laluan bawah KL Sentral. Keadilandaily difahamkan dua arah laluan berkenaan pada masa itu telah pun dikepung pasukan FRU.

Visual polis menembak terus ke arah ratusan peserta himpunan berhampiran Dataran Merdeka pula ditunjukkan bermula pada minit ke-12.

Polis tanpa teragak-agak turut melepaskan tembakan kanister termasuk ke arah seorang orang kelainan upaya (OKU) bertongkat yang turut sama berhimpun di situ.
orang ramai yang terperangkap di laluan bawah KL Sentral akibat serangan gas pemedih mata FRU

Cara polis melepaskan tembakan gas pemedih mata sebelum ini menjadi isu kerana kanister yang dilepaskan secara mendatar menyebabkan kecederaan teruk kepada orang awam.

Ia bertentangan sekali dengan arahan atau kaedah penggunaan yang tertera pada Kanister gas tersebut yang menyebut  ‘Do Not Fire Directly At Persons‘ atau ‘Jangan tembak ke arah orang ramai’.

Kanister yang bergerak pada halaju tinggi itu juga menyebabkan kecederaan parah pengawal peribadi Anwar, Fayyadh Al-Bakqry menyebabkan pipinya remuk dan terpaksa menjalani pembedahan.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula menerima enam jahitan di kepalanya akibat terkena tembakan kanister gas pemedih mata itu.

KeadilanDaily sebelum ini mendedahkan kanister yang digunakan polis adalah dari jenis sama yang digunakan tentera Israel dalam memerangi rakyat Palestin.

Video tembakan itu boleh didapati di sini (http://www.youtube.com/watch?v=nYPlTFwQfUY)
-KeadilanDaily

1,800 pengundi 'hantu' dilongok di Bukit Panau. Apa kata SPR?

Label:

TANAH MERAH, 21 Julai: Ketika dipamerkan senarai Daftar Pemilih Induk (DPI) suku akhir tahun lepas lebih 100 pengundi tidak dikenali dibantah di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Panau.

Namun ketika dipamer senarai pemilih baru suku pertama tahun ini lebih 100 orang yang dibantah itu masih kekal pada Daftar Pemilih Tambahan.

Ketika perbicaraan diadakan di hadapan pengadil dilantik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Mei lalu sekali lagi pemilih berkenaan dibantah. 

Senarai pemilih yang dibantah itu belum dapat dipastikan lagi memandangkan senarai daftar baru suku kedua dijangka dipamerkan pada 27 Julai hingga 2 Ogos ini.

Persoalannya siapa yang mengekalkan pemilih terbabit, sedangkan ketika perbicaraan mereka tidak datang.

Difahamkan mengikut prosedurnya pemilih yang dibantah boleh merayu dan sekiranya dipersetujui pengadil senarai namanya dimasukkan kembali.

Adun Bukit Panau, Abdul Fattah Mahmood (gambar) mendedahkan pemilih yang telah lama dibantah dijelma kembali dalam senarai pemilih baru di Bukit Panau.

”Mengapa pemilih yang dibantah disenaraikan kembali. Ini menimbulkan banyak persoalan,” katanya di sini malam tadi.

Beliau ditemui selepas majlis makan malam amal Pemuda PAS Tanah Merah di Dewan Majlis Daerah Tanah Merah. Program itu dihadiri Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Hadir sama Adun Kemahang, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman, Adun Gual Ipoh, Wan Yusof Wan Mustafa, Ketua Pemuda PAS Tanah Merah, Hisham Fauzi serta wakil kaum India dan Cina.

RM18,000 kos bantahan

Menjelang pilihan raya umum 2004, Dun Bukit Panau dilonggok seramai 1,800 pemilih baru yang tidak dikenali.

Pada proses perbicaraan yang diadakan ramai tidak hadir. PAS terpaksa membelanjakan kira-kira RM18,000 sebagai kos bantahan tersebut.

Setiap seorang yang dibantah perlu dibayar sebanyak RM10 oleh pembantah.

Wang deposit bantahan tersebut tidak dikembalikan biar pun pembantah menang pada perbicaraan dikendalikan di bawah SPR.

Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri juga mengesan lebih 300 orang tidak dikenali pada senarai pemilih baru suku pertama tahun ini di Dun Gual Ipoh.

Dan ketika proses bantahan dikendalikan SPR pada Mei lalu pemilih tak dikenali itu tidak hadir.

”Saya bimbang Dun Bukit Panau dan Gual Ipoh menjadi tempat longgokan pengundi luar bagi membolehkan pihak lawan menang mudah.

”Usaha tersebut dilakukan secara terancang menjelang pilihan raya umum 2004, namun hasil kerja keras jentera pilihan raya PAS menyebabkan pemilih tidak dikenali dikeluarkan,” ujar Abdul Fattah yang juga anggota Exco kerajaan negeri.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan, Wan Nik Wan Yusoff berkata, jentera PAS terpaksa bekerja keras bagi memastikan senarai pemilih tambahan yang dipamer tidak mempunyai pemilih tidak dikenali.

Katanya, apa yang berlaku di Bukit Panau menjelang PRU 2004 mencatat sejarah apabila begitu ramai pemilih tidak dikenali dilonggok di Dun berkenaan.

Nasihat bekas pengarah

Bekas Pengarah SPR Kelantan, Abdul Rahim Salleh mengingatkan jentera pilihan raya PAS memberi tumpuan utama kepada daftar pemilih baru.

”Dan apabila ada pemilih tidak dikenali mereka perlu dibantah segera bagi mengelakkan orang itu mengambil kesempatan mengundi ketika pilihan raya diadakan,” ujarnya.

Bagaimanapun bantahan tersebut dianggap Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar sebagai agenda politik parti tertentu.

Dalam satu kenyataan akhbar baru-baru ini beliau dilaporkan berkata, proses bantahan dianggap mempunyai agenda politik menyebabkan 81,000 pemilih tidak dapat disahkan dalam suku pertama tahun ini.

Malah dakwanya ada pihak kurang bertanggungjawab dan mempunyai agenda politik mahu menghalang pendaftaran baru di satu-satu kawasan.

Kenyataan tersebut dibidas pelbagai pihak sehingga ramai mendesak Wan Ahmad meletak jawatan. -harakah

Berhenti Percaya Menteri dan Polis

Label:

KUALA LUMPUR 21 JULAI: Majlis Peguam menyarankan agar rakyat berhenti daripada mempercayai sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh menteri kabinet dan polis bersabit ideologi komunis yang cuba dibawa oleh enam anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Justeru, peguam Edmund Bon menyifatkan kesemua individu yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO) merupakan tahanan politik dan menggesa supaya mereka dibebaskan segera.

Katanya, perkara itu sangat jelas berdasarkan kandungan 37 afidavit yang diserahkan kepada polis kelmarin sebagai respons kepada permohonan habeas corpus, sekali gus menunjukkan polis gagal menyatakan sebarang penglibatan kesemua individu terbabit dengan gerak kerja komunis seperti yang didakwa oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Nazri Aziz sebelum ini.

Namun kini alasan penahanan enam anggota PSM itu terpalit kepada perhimpuan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu dituduh sebagai penggerak utama.

Bercakap pada sebuah forum malam tadi, Edmund Bon turut menyenaraikan 10 sebab mengapa enam anggota PSM terbabit harus dibebaskan segara.

"Penahanan ini adalah 'mala fide'. Pertama (seksyen) 112, ada juga tuduhan perhimpunan haram 27 Akta Polis, 511 Kanun Keseksaan perhimpunan haram juga, dan selepas mereka keluar beberapa hari, tuduhan (mereka) penggerak Bersih.

"Saya bacakan ini kepada anda kerana kita perlu berhenti membaca dan percaya penipuan oleh Nazri (Aziz), polis yang cakap pasal sosialism, komunism dan Chin Peng. Tiada satu perkara pun berkaitan itu yang disebut dalam afidavit," kata beliau.

Enam individu yang ditahan termasuk ahli parlimen Sungai Siput, Dr. D Jeyakumar pada mulanya dituduh berniat melancarkan peperangan terhadap Yang Di-Pertuan Agong di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan.

Kesemua mereka ditahan di Tol Sungai Dua, Kepada Batas dua minggu sebelum perhimpunan Bersih 2.0 dijadualkan berlangsung di ibu negara.

Antara perkara yang dipersoalkan Edmund termasuk soalan berbentuk politik oleh polis, tiada bukti sahih untuk menuduh individu-individu tersebut melanggar undang-undang selain tindakan polis menghalang akses guaman.

Edmund berkata rakyat kini semakin berani selepas menyaksikan sokongan padu yang ditunjukkan pada perhimpunan Bersih 2.0 lalu.

Sementara itu Setiausaha Agung PSM, S.Arutchelvan yang juga ahli panel forum itu berkata, sebelum ini bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak Hussein pernah mengadakan pertemuan dengan Pengasas Komunis, Mao Zedong pada tahun 1974.

Justeru itu, beliau mendakwa pertemuan diplomatik itu bertujuan membangkitkan momentum pilihan raya umum bagi meningkatkan keyakinan masyarakat Cina terhadap kerajaan Umno selepas kejadian Mei 13, 1969.

"Kita ada (gambar) Mahathir dan Fidel Castro, Tun Razak dan Mao Zedong. Ini digunakan ketika mahu menang pilihan raya dan kita juga ada gambar Pemuda Umno tandatangani MOU dan Parti Komunis China (yang direkodkan)," kata beliau.

Arutchelvan sebelum ini menceritakan kronologi kejadian penahanan enam anggota PSM kepada kira-kira 200 yang hadir semalam.

Malah kata beliau, pada mulanya polis seolah-olah hilang punca untuk mencari kesalahan keenam-enam individu terbabit sehingga menuduh kemeja-T bercetakkan pemimpin komunis Chin Peng sebagai alat untuk menentang Tuanku Mizan.

"Encik Aru, ini semua tidak ada masalah. Ini dia masalahnya (sambil menunjukkan risalah Bersih 2.0). Malah risalah itu bukan berwarna kuning tetapi hanya salinan fotostat," katanya disahut gelak-tawa hadirin.

Antara ahli panel lain yang dijemput pada forum itu adalah Chirstopher Leong dan Syed Ibrahim.

Hadir sama pada forum tersebut semalam ialah wanita kebebasan Bersih 2.0, Anne Ooi yang mendapat publisiti meluas selepas menjadi antara wanita tertua yang menyertai perhimpunan itu dua minggu lalu.

Sebelum itu, Gerakan Mansuh ISA mengadakan perhimpunan vigil lilin di hadapan pejabat Majlis Peguam sebagai solidariti untuk mereka yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO). -tvs

Kenali ikon BERSIH 2 ini....

Label:

Siapa sangka seorang peserta yang digambarkan ganas dan didakwa membawa pisau dalam perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu merupakan seorang tukang kasut yang berperwatakan amat lemah lembut.

Berbeza dengan gambaran 'perusuh' yang dipotretkan - bertubuh sasa, berseluar celoreng ala tentera dan mengharungi gas pemedih ketika orang lain bertempiaran lari - Abdul Razak Endut hanyalah lelaki biasa yang merendah diri.

Tidak hairan, peguamnya Ahmad Nizam sendiri mengakui tersentuh dengan perwatakan lelaki 32 tahun kelahiran Temerloh, Pahang itu.

"Beliau ini lain. Bukanlah asyik melepak macam anak muda lain. Ini agak jarang ditemui sekarang ini," katanya yang kebetulan sudah lama mengenali Abdul Razak.

Tukang kasut di sudut kecil depan kedai pakaian lama atau bundle milik abangnya berdekatan stesen bas Temerloh itu antara beberapa 'watak kecil' yang menjadi perhatian selepas aksi mereka dipotret lensa kamera pada perhimpunan BERSIH 2.0.

Bagaimanapun, berbeza dengan individu lain yang cuba diangkat sebagai wira, nasib sebaliknya menimpa Abdul Razak apabila beliau didakwa digambarkan secara negatif oleh media arus perdana.

Saya sayang kawan-kawan

Berita Minggu (edisi Ahad Berita Harian) sehari selepas perhimpunan BERSIH menyiarkan gambar Abdul Razak di muka depan dengan tajuk: "Seorang perusuh membawa pisau dalam perhimpunan haram".

NONETajuk kecilnya pula berbunyi: "Perusuh guna senjata, batu, lawan polis". Gambar yang sama juga dimuatkan di halaman utama New Sunday Times (edisi Ahad New Straits Times) dengan tajuk: "Peaceful (Aman)?".

Dianggap sosok 'misteri' sebelumnya, Abdul Razak bagaimanapun pada 17 Julai tampil pertama kali di pentas ceramah PAS di Kuala Lumpur menafikan dakwaan itu, sebaliknya mendakwa beliau hanya memegang sebatang bendera Malaysia kecil.

Sementara itu, mungkin ramai yang hairan bagaimana Abdul Razak mampu bertahan mengharungi kepulan asap daripada gas pemedih mata yang tebal.

"Saya juga sesak nafas juga, abang. Tetapi dah saya ditugaskan clear tempat itu.

"Bila gas dilepaskan, saya tengok belakang saya semua orang tua-tua semua. Takkan saya hendak lari," kata aktivis muda PAS itu.

"Saya sayang kawan-kawan saya," katanya sambil mengakui sudah beberapa kali memegang kanister dan melontarkan ke kawasan lapang dalam beberapa perhimpunan sebelum ini.

Main gimnasium, silat

Bergiat dengan PAS sejak di bangku sekolah lagi, Abdul Razak sudah menyertai Unit Amal - yang dianggap barisan depan pembangkang dalam setiap perhimpunan - sejak tujuh hingga lapan tahun lalu.

Pada hari perhimpunan itu, tambahnya, beliau bersama kira-kira 100 anggota lain anggota Unit Amal bertolak daripada Temerloh - 135 kilometer daripada Kuala Lumpur - semata-mata untuk menuntut reformasi dalam sistem pilihan raya.

NONEBeliau pada hari itu ditugaskan sekitar kawasan Jalan Pudu dan Menara Maybank - antara tempat yang menyaksikan paling ramai orang berkumpul.

Ditanya sama ada beliau pernah menyertai pasukan keselamatan ekoran tubuhnya yang sasa, Abdul Razak dengan malu-malu berkata: "Saya main gym (gimnasium) dan silat, abang."

Pada hari itu, tidak seperti lazimnya, kesemua anggota Unit Amal, termasuk Abdul Razak, memakai baju putih dan bukan merah yang selalu dikenakan.

Kini, sejak penampilan mengejutkan di Gombak Ahad lalu, lelaki yang lebih mesra dengan panggilan "Ajak" itu mula dipanggil menceritakan pengalamannya, sekali gus menyelar beberapa media arus perdana yang didakwa memfitnahnya di pentas ceramah.

"Baru-baru ini saya dipanggil berceramah di Mentakap (pekan berdekatan Temerloh)," katanya lagi, masih dengan nada merendah diri. -M/kini

Judi: Umno biarkan MCA calar imej Islam

Label:

KOTA BHARU, 21 Julai: Tanpa rasa syak lagi Kelantan kemungkinan besar kembali ke era lama sekiranya Umno diberi mandat semula mentadbir negeri ini.

Premis-premis judi dan loteri seperti wujud sebelum 1990 dijangka muncul semula serupa negeri-negeri lain sekarang.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, kemungkinan itu tidak dapat dinafi memandangkan parti kompenan Barisan Nasional (BN), MCA dilihat berada di sebalik tiga individu menyaman kerajaan Kelantan dalam isu pengharaman premis judi.

Katanya, kehadiran anggota Jawatankuasa MCA Pusat, Datuk Ti Lian Ker semasa saman tersebut difail menggambarkan penglibatan parti kompenan BN dalam kes menyaman kerajaan negeri.

“Ini sebagai satu petanda Umno pada hakikatnya hanyalah bermain wayang dan melakukan pembohongan besar apabila menyatakan perjuangan untuk membela agama Islam dan umat Melayu.

“Mengapa dalam isu ini Umno tidak bersuara, bahkan mungkin merestui tindakan yang dilakukan MCA tersebut,” katanya di sini.

Akhbar hari ini melaporkan tiga penduduk Kelantan iaitu Wong Meng Yit, 47, Lee Khim Haw @ Lee Khim Hwa, 58 dan Gan Han Chuan, 44 mengemukakan saman pemula menuntut pengisytiharan Kelantan tidak mempunyai kuasa melarang aktiviti judi.

Saman itu difail di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur. Kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam dinamakan sebagai defendan.

Salinan writ saman terbabit diserah seorang pemimpin MCA kepada media semalam.

Malah Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan mahu menyaman Kelantan kerana melarang premis perjudian.

Fadhli berkata, sekiranya rakyat Kelantan memberi sekali peluang kepada Umno menjadi kerajaan, pastinya kegiatan judi dan maksiat akan subur semula.

Oleh itu beliau berharap umat Islam memberikan sokongan kepada kerajaan negeri menjaga kesucian syariat Islam di bawah dasar Membangun Bersama Islam.

Beliau juga mencabar Pergerakan Pemuda Umno Kelantan menyatakan sikap ekoran tindakan tiga individu terbabit menyaman kerajaan negeri dalam isu pengharaman judi dan loteri.

“Pemuda PAS mempersoalkan di manakah ketegasan Umno dan juga NGO-NGO mereka yang selama ini nyaring mendakwa mempertahankan kesucian Islam.

“Atau adakah Umno sudah hilang kejantanan sehingga membisu seribu bahasa dengan tindakan MCA yang jelas mencabar kedaulatan Islam,” ujarnya.

Katanya berdasar kepada perkembangan tersebut Umno sudah tidak layak untuk diberikan kepercayaan menjaga kesucian Islam. -Harakah

Waran tangkap untuk Anwar akan dikeluar

Label:

Polis akan mendapatkan waran tangkap ke atas 13 individu, termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim atas alasan gagal hadir membantu siasatan selepas terbabit dalam perhimpunan 9 Julai lalu.

Selain Anwar, mereka ialah Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, Exco Pemuda Umno Datuk Reezal Merican Naina Merican, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa, Timbalan Pengerusi DAP Perak V Sivakumar, aktivis Wong Chin Huat, pengendali blog Haris Ibrahim, peguam Latifah Koya dan aktivis Badrul Hisham Shaharin.

Sementara anggota parlimen pembangkang pula yang termasuk dalam senarai itu R Sivarasa (Subang), Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai) dan Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), lapor Berita Harian. -mkini

Gara-gara tali beg tersangkut, murid taska ini parah diseret van

Label:

IPOH: “Tolong wan, adik sakit..., tolong adik...,” jerit kanak-kanak berusia tiga tahun kepada neneknya selepas diseret sejauh hampir 100 meter oleh van dinaikinya menyebabkan kulit kepalanya terkoyak sehingga menampakkan tempurung kepala, pagi kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 11.30 pagi di Bandar Baru Putra, Bercham di sini, turut mengakibatkan Muhammad Haziq Aqasha Muhamad Sazali, cedera di perut dan tangan kirinya. Mangsa diseret di depan neneknya, Timah Sukaimi, 70, yang sedang menunggu di pintu untuk menyambut kepulangan cucunya taska.

Menurut Timah, ketika kejadian dia mahu membuka pagar sebelum dikejutkan dengan jeritan Muhammad Haziq. “Saya sangka adik (nama timangan mangsa) diculik kerana dia tidak kelihatan di tepi jalan selepas van dinaikinya bergerak pergi. “Jeritannya bertambah nyaring menyebabkan saya panik dan seperti orang tidak siuman mencarinya sekitar kawasan rumah,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam.

Warga emas yang uzur dan berjalan menggunakan tongkat itu hampir pengsan selepas dimaklumkan jiran yang turut terdengar jeritan itu bahawa cucunya diseret van.

Kejadian dipercayai berlaku apabila beg galas dibawa mangsa tersangkut pada pintu van ketika menutupnya dan pemandu van yang menyangka mangsa sudah turun, memecut kenderaannya.

Tindakan pemandu van itu menyebabkan Muhammad Haziq terseret sejauh hampir 100 meter di bahagian bawah kenderaan dalam keadaan terbaring.

Mujur tindakan berani seorang wanita yang juga jiran keluarga mangsa melangkah ke tengah jalan untuk memberhentikan van itu berjaya menyelamatkan Muhammad Haziq daripada maut.

Pemandu van, seorang lelaki berusia 50-an mendakwa tidak mendengar jeritan mangsa ketika ditanya jiran wanita itu.

Jiran itu kemudian meminta orang ramai mengangkat mangsa yang meraung kesakitan ke dalam van sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan. Bapa mangsa, Muhamad Sazali Yahaya, 30, anggota Batalion 1 Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta berkata, jirannya itu memaklumkan kejadian berkenaan kepadanya.

“Dia terlebih dulu memberitahu kejadian itu kepada ibu saya (Timah) sebelum menghubungi saya yang ketika itu berada di Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) bagi menghantar makanan kepada isteri yang bertugas sebagai jururawat di sana.

“Saya bersama isteri bergegas ke klinik berkenaan dan luluh hati kami melihat keadaan anak yang meraung kesakitan. Saya cuba tabahkan diri untuk menenangkan perasaan, tetapi gagal,” katanya sebak.

Muhamad Sazali berkata, dia bertambah sayu selepas Muhammad Haziq meminta dia dan isteri berhenti menangis.

“Haziq pintar biarpun baru berusia tiga tahun lima bulan. Dalam keadaan sakit dia masih sempat menasihatkan saya dan isteri supaya jangan menangis kerana dia tidak mahu mati lagi,” katanya.

Berikutan kecederaan parah dialaminya, Muhammad Haziq dimasukkan ke bahagian kecemasan HRPB sebelum menjalani pembedahan.

Muhamad Sazali berkata, menurut doktor, anaknya mungkin mengalami kecacatan kekal pada dua jari tangan kirinya selepas urat saraf di bahagian itu hancur dan putus.

Pembedahan awal yang dilakukan ialah untuk mengambil cebisan kulit paha bagi ditampal pada perutnya.

Muhamad Sazali tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemandu van terbabit, namun tumpuannya kini ialah terhadap anaknya yang bakal menjalani satu lagi pembedahan plastik bagi menutup tempurung kepala. -hmetro

Kes Sarbaini: ...mungkin dia ditolak dari tingkap - Awtar Singh

Label:

KUALA LUMPUR, 20 Julai – Peguam keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed menegaskan pihaknya akan membuat satu laporan polis dalam masa terdekat ekoran pendedahan baru dibuat editor portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin berhubung kematian penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia itu 6 April lalu.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Awtar Singh berkata, pendedahan yang dibuat Raja Petra itu ada asasnya kerana mustahil untuk Sarbaini (gambar) membunuh diri seperti yang didakwa.

Selain itu, jelas Awtar, pada inkues yang akan bersambung 2 Ogos ini, beliau akan meminta agar mahkamah koroner sekali lagi melawat tempat kejadian di kompleks Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan, Jalan Cochrane di sini.

Mahkamah koroner yang diketuai Aizatul Akmal Maharani ada melawat tempat kejadian pada 5 Julai lalu.

“Kita akan buat satu laporan polis yang baru berhubung pendedahan dalam blog Raja Petra Kamaruddin, mana mungkin Ahmad Sarbaini bunuh diri... mungkin dia ditolak dari tingkap.

“Mungkin pada inkues nanti kita akan minta untuk sekali lagi ke bangunan (SPRM) untuk kaji dan lakukan semula tentang apa yang berlaku... kita memang sudah jangka Ahmad Sarbaini tidak mungkin bunuh diri.

“Kita akan buat laporan polis dengan segera, kita mahu polis siasat semula perkara ini sebab mustahil Ahmad Sarbaini boleh jatuh sendiri, saya tidak kata dia dibunuh tapi mungkin berlaku kecuaian,” kata Awtar.

Inkues Sarbaini telah bermula pada 4 Julai lalu dan ramai saksi termasuk ahli keluarga Sarbaini telah dipanggil untuk memberikan keterangan.

Sarbaini, penolong pengarah Kastam yang disiasat dalam Operasi 3B, ditemui mati di pejabat SPRM Kuala Lumpur di Jalan Cochrane pada 6 April lalu ketika datang secara sukarela bagi menukar pengakuannya.

Sebanyak 27 saksi telah selesai memberi keterangan di hadapan Aizatul Akmal sehingga 15 Julai lalu.

Tegas Awtar, pihaknya telah mengesyaki dua individu yang didakwa beliau terlibat dalam kematian Sarbaini..

“Kita juga sejak dari awal sudah mengesyaki dua suspek yang terlibat dalam perkara ini (kematian Sarbaini).

“Sebab, kalau dari segi kecederaan yang dialami (Sarbaini) seperti ada sesuatu yang berlaku, apa sahaja boleh berlaku,” tambah Awtar.

Raja Petra dalam entri terbaru dalam blognya berkata Penolong Penguasa SPRM Sheikh Niza Khairy Sheikh Mohamad telah membawa Sarbaini ke pejabat Ketua Unit Siasatan SPRM Kuala Lumpur Mohd Fauzi Husin yang terletak di sebelah bilik pantri di aras tiga bangunan SPRM itu.

“Di sana, Sarbaini telah ‘didera’ secara lisan (kerana mahu mengubah keterangan). Secara tiba-tiba mereka membawa Sarbaini ke bilik pantri dan telah menghukum Sarbaini dengan mengarahkan dia berdiri di atas kaki lima tingkap (bilik pantri).

“Mohd Fauzi juga mengatakan ‘orang macam kau ni lebih baik mati dari hidup menyusahkan orang lain’, terkejut dengan itu Sarbaini memanjat tingkap dengan terus dihina Mohd Fauzi.

“Sheikh Niza hanya melihat sahaja, dan secara tiba-tiba tali pinggang Sarbini tersangkut di kaki lima tingkap, hilang pertimbangan dan jatuh lalu meninggal dunia,” dakwa beliau.

Sarbaini sebelum ini dilaporkan membuat pengakuan menerima rasuah, namun bertindak mengubah keterangan yang diberikan itu.

Pada 15 Julai lalu, DSP Sharul Othman Mansur berkata, Sarbaini tidak membunuh diri ataupun dibunuh.

Sharul Othman, yang merupakan pegawai forensik berkata penelitiannya di kawasan kejadian, Sarbaini cuba untuk melompat ke arah gelanggang badminton tetapi terjatuh menyebabkan kematiannya. -TheMalaysianInsider

Lagi pemuda dedah jadi mangsa polis

Label:

BANDAR JENGKA: Seorang lagi peserta himpunan Bersih 2.0 tampil mendakwa dikasari tidak kurang 20 orang anggota polis walaupun selepas bersurai.

Badrul Hisham Abdul Halim, 26, dari Felda Jengka 19 dekat sini, berkata beliau dibelasah ketika melalui tangga OCBC Bank dalam perjalanan ke stesen LRT untuk pulang.

“Saya menyertai perhimpunan Bersih di Pasar Seni bersama kira-kira 5,000 yang lain. Kira-kira pukul 4.30 petang perhimpunan bersurai setelah diarahkan polis dan saya berjalan mencari stesen LRT yang beroperasi untuk pulang ke Pahang,” katanya ketika bercerita kepada Harakahdaily.

Tambahnya, semasa perjalanan pulang itu beliau memang memegang baju kuning Bersih di tangan dan sedar terpaksa melalui deretan polis di tepi jalan.

“Polis yang berada di tepi jalan telah memanggil saya lalu meminta baju berkenaan. Saya enggan menyerahkannya lalu mereka rentap dan rampas kemudian mereka mengkasari saya.

“Seingat saya polis bernama Azrin dan seorang lagi bernama Hafizul mengheret saya sambil mencengkam kolar baju. Kemudian mereka gari saya dan heret sejauh kira-kira 200 meter ke Dataran DBKL. Saya ingat betul pada masa itu tak kurang daripada 20 orang polis berseragam membelasah sambil memaki hamun saya sebagai samseng.

“Mereka pukul saya dengan berselindung di sebalik trak polis. Saya langsung tak melawan kerana digari dan mereka hanya berhenti apabila tiba di Dataran DBKL. Selepas berada di situ selama setengah jam, saya dinaikkan ke dalam trak dan dihantar ke Pulapol. Di situ baru gari dibuka dan dibebaskan sejam kemudian,” ujarnya.

Badrul yang mengusahakan ladang bapanya sendiri, berkata pada ketika itulah baru dia sedar di sebelah mata kanannya lebam dan berdarah, kepala bengkak serta tulang betisnya amat sakit akibat disepak.

“Dari Pulapol saya kemudiannya polis hantar ke stesen LRT Dang Wangi untuk meneruskan perjalanan pulang ke Pahang,” katanya.

Bagi Badrul, ini merupakan pengalaman pertama menyertai himpunan seperti itu dan tidak sangka sudah menjadi belasahan polis.

Katanya, beliau pergi kerana gambaran awalnya perhimpunan aman dan merasa tidak takut kerana selama ini mengganggap polis adalah sebagai pelindung dan pemelihara undang-undang.

“Tapi dengan layanan sebegitu saya terperanjat. Saya sanggup tampil jika ada yang mahu menyiasat. Saya juga akan berbincang dengan peguam untuk tindakan selanjutnya,” katanya. - harakah

Peguam Perancis ini bakal dedah pembunuhan Altantuya

Label:

KUALA LUMPUR, 20 Julai: Peguam hak asasi manusia Perancis, William Bourdon, dijangka menghangatkan lagi politik Malaysia apabila beliau akan memberikan ucapan utama di tiga majlis anjuran  Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bermula malam esok di Pulau Pinang.

Bourdon, peguam Suaram bagi kes pembelian dua kapal selam Scorpene yang penuh kontroversi itu akan menceritakan perkembangan terkini kes itu di sebuah hotel malam esok di Pulau Pinang.

Keesokan harinya pula, Jumaat mulai jam 8 malam, beliau dengan disertai sama oleh Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, akan berucap di majlis kutipan dana untuk membiayai kes ini di Dewan Sivik MPPJ, Petaling Jaya.

Hari Sabtu pula, Bourdon akan ke Ipoh dan akan berucap di satu majlis forum di sebuah tokong Cina di sana.

Bourdon dijangka akan mendedahkan maklumat terkini perkembangan siasatan mahkamah Perancis terhadap pembelian Scorpene itu.

Kedua-dua kapal kapal selam ini yang melibatkan wang rakyat sebanyak RM7.3 bilion dinamakan KD Tuanku Abdul Rahman dan KD Tun Razak. Kedua-duanya mempunyai masalah tersendiri termasuk tidak boleh menyelam di lautan tropika.

Pada 23 Disember 2009, Suaram melalui rangkaian mereka di Perancis telah melantik sekumpulan peguam hak asasi manusia di sana untuk memfailkan aduan kepada sistem keadilan Perancis dengan harapan satu siasatan awal dibuat mengenai pembelian Scorpene ini.

Langkah ini dibuat untuk membolehkan mereka menyiasat bukan sahaja kematian  wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu yang dibunuh dengan kejam di Puncak Alam tetapi juga amalan rasuah yang berlaku dan peranannya dalam pembelian kapal selam itu sehingga membawa kepada pembunuhannya.

Altantuya mati dibunuh dengan kejam mengguna peledak C4 oleh dua pegawai polis pengiring yang bertugas dengan Datuk Seri Najib. Razak juga didakwa tetapi terlepas.

Pada bulan April 2010, peguam yang mewakili Suaram memaklumkan, mahkamah Perancis telah menerima permohonan penyiasatan aduan rasuah yang melibatkan pembayaran sebanyak Euro114 juta (USD151.1 juta) yang dibayar oleh syarikat Perancis, DCNS kepada Perimekar, syarikat yang dimiliki rakan Perdana Menteri, Abdul Razak Baginda.

Peguam Perancis berkenaan telah datang ke Malaysia April lepas untuk mengumpulkan bukti.

Perimekar adalah syarikat Malaysia yang dipercayai dibuka pada tahun 2001, iaitu sebelum kontrak pembelian kapal selam itu ditandatangani. Ia dibuka hanya untuk menerima komisyen dari Malaysia dan juga Perancis.

Isteri kepada Abdul Razak Baginda, Mazlinda, adalah antara yang tersenarai sebagai pengarah syarikat yang dimiliki kawan baik Perdana Menteri ini.

Baru-baru ini, menurut pasukan peguam Perancis ini, wang dari dalam akaun Perimekar telah dipindah ke akaun lain yang tidak diketahui ke mana lagi sehingga kini.

Malam esok, Bourdon (gambar) dijangka akan memaklumkan kepada rakyat Malaysia apakah status kes ini sekarang.

Menurut sumber Suaram ketika dihubungi Harakahdaily, kes ini dijangka akan dibawa ke mahkamah terbuka Perancis seawalnya bulan Ogos tahun ini.

"Ia bergantung kepada majlis kutipan dana untuk membiaya kes ini beberapa malam ini," kata pegawai Suaram ketika dihubungi.

Mohamad Sabu dijadualkan akan turut berucap di Pulau Pinang malam esok tetapi oleh kerana lutut beliau yang dibedah masih belum sembuh sepenuhnya, dia hanya akan menyetai majlis Jumaat ini di Dewan Sivik MPPJ.

Lutut Mohamad cedera apabila motosikal yang dinaikinya dirempuh oleh sebuah land rover polis semasa perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu di ibunegara. Rempuhan ini menyebabkan beliau jatuh dan lututnya cedera.

Beliau menjalani pembedahan ke atas ligamen lututnya yang koyak semasa insiden itu dan mendapatkan rawatan di Hospital Pakar di Shah Alam.

“Saya keluar hospital semalam. Doktor telah menanam 2 1/2 skru disebabkan ligamen saya yang terkoyak. Saya masih sakit dan tidak boleh berjalan….tapi keadaan saya beransur pulih,” kata Mohamad.

Di samping Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua juga akan berucap di samping kartunis Zunar akan membuat lakaran kartun secara langsung malam itu.

"Semua kutipan dari jualan meja dan lelongan kartun ini adalah untuk membiayai kes ini," kata wakil Suaran itu.-HARAKAH

Anak Datuk jual orang

Label:

(Gambar hiasan)

KOTA TINGGI: Seorang anak Datuk yang masih menuntut di sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA), bersama dua lelaki ditahan polis Ahad lalu, kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan penyeludupan pendatang haram di Sungai Rengit dekat Teluk Ramunia, di sini.

Bagaimanapun dua lagi rakan mereka dapat meloloskan diri di kawasan semak ketika konvoi empat kenderaan itu ditahan berhampiran sebuah bengkel, kira-kira jam 8 malam.
 
Penuntut IPTA berusia 21 tahun yang sedang bercuti itu menggunakan Perodua Myvi miliknya yang ditampal pelekat VIP (orang kenamaan) manakala tiga rakannya memandu tiga kenderaan berasingan dan seorang lagi menjadi penumpang, dipercayai mahu menyeludup keluar 15 pendatang Indonesia ke negara asal mereka.

Ketika ditahan anak Datuk itu membawa empat pendatang haram di dalam keretanya manakala selebihnya dimuatkan di dalam tiga kenderaan lain.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Muhammad Shamsuddin, berkata pihaknya mendapat maklumat mengenai kegiatan mereka yang dipercayai menjadi tekong darat daripada orang ramai.

Katanya, polis menahan konvoi empat kenderaan berkenaan, tetapi dua lelaki yang menaiki sebuah kereta sempat melarikan diri di kawasan semak manakala tiga lagi termasuk anak Datuk berusia lingkungan 20-an ditahan untuk siasatan lanjut. 

“Seramai 15 warga Indonesia termasuk dua wanita tidak sempat melarikan diri dan ditahan untuk siasatan lanjut. Kumpulan terbabit dipercayai menggunakan kenderaan peribadi bagi menghantar pendatang asing terbabit dari rumah transit ke jeti sebelum perjalanan pulang pendatang asing itu diambil alih pengusaha bot sekitar Pengerang dan Sungai Rengit,” katanya.

Beliau berkata, pendatang itu dikenakan kira-kira RM300 untuk sekali perjalanan, tidak termasuk tambang bot.

“Kebiasaannya, kumpulan tekong darat ini menggunakan kenderaan seperti van yang boleh membawa lebih ramai penumpang,” katanya.

Berikutan kejadian itu, Muhammad berkata, polis kini mahu menghubungi dua lelaki iaitu Erey Azlan Abd Ghani, 30, dari Felda Palong 5, Gemas, Negeri Sembilan dan Muhammad Redhuan Mat Sheh, 21, dari Taman Bukit Tiram di sini, bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Katanya, tiga tekong darat yang ditahan, disiasat mengikut Seksyen 55(e) Akta Imigresen 1959/63 kerana melindungi pendatang asing. -BH

Tukar Jantina : Ashraf 'Rela Dibunuh Jika Itu Penyelesaian Terbaik'

Label:

MOHD ASHRAF HAFIZ...mahu rayu keputusan mahkamah. 

KUALA LUMPUR 20 JULAI : Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz yang gagal menukar nama dan status jantina dalam MyKad kepada Aleesha Farhana selepas ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengakui tertekan dengan pandangan negatif masyarakat terhadapnya.

Bagaimanapun kata Ashraf, 25, ia tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus memperjuangkan hasratnya itu.

Sambil menyatakan mahu membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah itu, dalam sebak, Ashraf yang lebih mesra dipanggil “Aleesha” berkata, jika masyarakat tidak dapat menerima keadaannya berdasarkan pelbagai kutukan dan hinaan yang diterima termasuk menerusi laman sosial Facebook, dia rela dibunuh jika itu penyelesaian terbaik.

“Suka atau tidak, perjuangan perlu diteruskan sehingga semua wadah perundangan tiada lagi.

“Ramai mahu saya berdiam diri daripada masalah ini, tetapi saya mahu kehidupan yang aman,” katanya dipetik Berita Harian hari ini.

Ashraf, yang ditemui di Kuala Terengganu, membuat permohonan menukar jantina di Mahkamah Tinggi 25 Mei lalu bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran, selain kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita dengan status lelakinya.

Menceritakan punca permohonannya ditolak, dia mengakui tidak mendapat bantuan perundangan yang kukuh ketika mengemukakan permohonan.

Malah katanya, ketika peguam Horley Isaacs menawarkan diri membantu, pendengaran kes itu sudah sampai penghujung.

Berkongsi kesedihan ditanggung anaknya itu, menurut laporan Berita Harian juga, ibu Ashraf yang mahu dikenali sebagai Mak Yah berkata masyarakat mudah melemparkan cacian kepada keluarganya tanpa memahami perasaan mereka, lapor The Malaysian Insider.

Mak Yah dari Kampung Telaga Daing, berkata sejak kes anaknya dilaporkan media, dia dan suami, Abdul Aziz mendapat kritikan dan cemuhan masyarakat yang melabelkan mereka ibu bapa tidak bertanggungjawab.

“Hinaan itu sangat pedih, seolah-olah kami membelakangkan Allah dengan menyokong keputusan Ashraf membuat pembedahan menukar jantina,” katanya sambil mengesat air mata dengan kain tudungnya.

Mak Yah berkata, walaupun ciri kewanitaan Ashraf dikesan sejak bayi, mereka tetap terkejut apabila mengetahui anak lelaki sulungnya itu membuat pembedahan menukar jantina di Thailand pada 2009.

“Ketika pembedahan itu, kami menunaikan haji di Mekah. Dia tidak pernah memberitahu ujian perubatan dan penilaian paras hormon yang dibuatnya di Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur dua tahun sebelum itu.

“Disebabkan marah dan sedih dengan perbuatannya itu, kami menghalaunya dari rumah dan membakar semua baju perempuan, tetapi kami tahu dia yang bertukar menjadi perempuan selalu pulang ke rumah dan hanya tidur dalam kereta,” katanya.

Sementara itu, Abdul Aziz yang juga bekas anggota tentera berkata, beliau selalu menekankan aspek disiplin kepada anaknya, tetapi buntu mencari jawapan masalah dihadapi Ashraf.

“Akhirnya, kami sekeluarga menerima hakikat dialami Ashraf dan tidak lagi hidup dalam penafian, tetapi kami disisihkan masyarakat,” kata Abdul Aziz.

“Mungkin masalah itu tidak serumit sekarang jika dari awal kami mendapatkan pandangan pakar berhubung keadaan Ashraf.

“Jika cara didikan dikatakan punca dia begini, kenapa dua anak angkat kami dan dua adik kandungnya tidak sedemikian,” katanya.
-TVS

FRU guna kanister Israel sahkan kezaliman BN – Shuhaimi Shafiei

Label:

SHAH ALAM: Kanister gas pemedih mata yang digunakan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) untuk menyerang peserta himpunan Bersih, didedahkan adalah jenis sama digunakan tentera Israel untuk membunuh rakyat Palestin.

Ia sekaligus mengesahkan kekejaman BN yang sanggup melakukan apa sahaja, termasuk meniru pendekatan tentera zionis bagi mendatangkan kecederaan kepada rakyat yang menentangnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei berkata demikian mengulas laporan Suara Keadilan edisi terbaru, yang mendedahkan bahawa FRU menggunakan kanister tersebut untuk menyerang peserta Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Kanister mengeluarkan gas jenis CS itu dikeluarkan syarikat Combined System Inc dari Amerika Syarikat yang berupaya menyebabkan kecederaan mata, paru-paru dan penyakit kulit.

Ia pernah meragut nyawa seorang warga Palestin, Jawaher Abu Rahmah dari Kampung Bil’in pada 1 Januari 2011 akibat terhidu gas berlebihan yang dikeluarkan kanister itu.

Sebelumnya pada April 2009, abang Jawaher, Baasem Abu Rahmah juga mati akibat terkena tembakan kanister gas pemedih mata itu di bahagian dada.

Pendedahan itu dilakukan Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya yang mendakwa syarikat Federal Laboratories berpengkalan di Amerika Syarikat, pernah disaman berikutan penyalahgunaan gas pemedih mata yang sama pada 1992.

Ia menyebabkan syarikat itu terpaksa membayar pampasan kepada 30 keluarga Palestin.

Menurut Shuhaimi, beliau tidak terkejut dengan pendedahan itu kerana polis yang diperalatkan Umno akan menggunakan apa sahaja termasuk meniru pendekatan tentera Israel menzalimi rakyat Palestin.

“Kita memang tidak terkejut. Dari awal lagi (kita tahu) mereka akan guna kekerasan yang boleh mendatangkan kematian (kepada peserta himpunan),” katanya.

“Mereka akan guna apa-apa sahaja cara, termasuklah ilmu yang diajar APCO untuk memusnahkan kebangkitan rakyat,” kata Shuhaimi.

Katanya, ia bukti kelakuan ganas polis terhadap demonstran Bersih pada 9 Julai lalu sememangnya disengajakan untuk mendatangkan kecederaan kepada warga Malaysia yang menuntut reformasi pilihan raya.

“Polis Malaysia dengan arahan Umno sememangnya berniat melakukan kecederaan serius terhadap semua peserta Bersih. Malangnya, perancangan jahat mereka tidak berhasil kerana ia memakan diri,” kata Shuhaimi. -KeadilanDaily
Robert Kuok beli kapal bersalut emas RM13 bilion
Sabtu, Julai 23, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Jumaat, Julai 22, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Khamis, Julai 21, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Rabu, Julai 20, 2011 | Author: Tuk Kiyai