[MK] Apa yang bermula sebagai satu pertanyaan mudah berkaitan Laporan
Ketua Audit Negara 2011 akhirnya bertukar menjadi huru-hara apabila para
ahli Parlimen menjadi emosional semasa jawapan Timbalan Menteri
Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin di peringkat jawatankuasa dalam
perbahasan belanjawan Kementerian Kewangan.
Fong Poh Kuan (DAP-Batu Gajah) berkali-kali mendesak mendapatkan
jawapan
dari Awang Adek (kanan) apakah tindakan yang akan diambil terhadap
pegawai kastam yang membelibelah sebanyak RM1.82 juta tanpa kebenaran,
tetapi diejek oleh penyokong BN kerana ia memanjangkan lagi sesi
Parlimen yang sudahpun panjang.
Awang Adek berkata pegawai
tersebut telah meletak jawatan dan audit telah mengenal pasti masalah
tersebut, manakala (jabatan) kastam telah membuat laporan polis.
Tegasnya lagi, tindakan akan diambil kerana tiada siapa pun yang mahu melindungi orang yang bersalah.
Fong pula berkata beliau tidak berpuas hati dengan jawapan Awang Adek, sambil meminta penyokong BN supaya senyap.
Katanya
beliau mahu tahu apakah tindakan yang akan diambil, dan bukan setakat
berkata 'akan, akan, akan', tetapi mahu jawapan yang konkrit.
Fong
juga meminta supaya penyokong (BN) menghormatinya kerana beliau sedang
menjalankan tugasnya, sambil menegaskan, jika mereka tidak berminat,
mereka boleh balik.
Sementara itu, Awang Adek berkata kesalahan
telah dikenal pasti dan tindakan akan diambil, sambil bertanya kepada
Fong apa lagi yang dia mahu dan meminta ahli Parlimen DAP itu
mencadangkan kepadanya, apakah jenis tindakan yang dia mahu?
Fong: Apa tindakan? Hanya laporan polis?
Awang Adek: Satu laporan polis telah dibuat, apa ini ... Aiyo ... Okay, saya mengucapkan terima kasih kepada semua, Wassalamualaikum.
Awang
Adek yang kelihatan berang duduk di kerusinya dan enggan menjawab
sebarang soalan lagi, termasuk soalan yang telah dikemuka oleh ahli
parlimen lain sebelum itu, manakala Fong pula terus mendesaknya.
Ini menyebabkan beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat membantah
tindakan
Awang Adek itu dan Dewan menjadi riuh-rendah: "Tak boleh! Tak boleh!
kami telah menunggu sepanjang hari untuk mendapatkan jawapan!".
Timbalan
speaker Datuk Ronald Kiandee kemudian campurtangan, dengan menyatakan
bahawa Awang Adek akan memberikan jawapan bertulis dan berkata sesi
tamat dan Awang Adek telahpun menjawab selama satu jam 20 minit.
Bagaimanapun,
Ahli Parlimen Pakatan termasuk Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota), R
Sivarasa (PKR-Subang) dan Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) tidak puas
hati.
Chong Eng berkata, mana boleh Awang Adek menjadi emosional dan enggan menjawab soalan.
Azan
pula mencelah, dengan berkata mereka sering dijanjikan jawapan bertulis
sebelum ini, tetapi tetapi tidak pernah menerimanya.
Pada ketika
ini, Ronald memberi jaminan bahawa jawapan bertulis akan diberikan
"secepat mungkin" dan merayu kepada ahli Parlimen berkenaan supaya tidak
bertengkar tetapi usahanya itu tidak berhasil.
Timbalan speaker
itu akhirnya putus asa cuba untuk mengawal ahli Parlimen dan terus
meminta undian dengan suara untuk meluluskan bajet Kementerian Kewangan
dan kemudiannya menangguh sidang semalam dalam keadaan Dewan menjadi
riuh-rendah dengan jeritan bantahan.
Ketika ditemui di luar Dewan
kemudiannya, Awang Adek menjelaskan bahawa tindakan selanjutnya
terhadap pegawai kastam itu hanya akan diputuskan selepas siasatan polis
selesai.
"Satu laporan polis telah dibuat, apa lagi yang (MP) Batu Gajah mahu? Adakah dia mahu bunuhnya?" katanya.
Ditanya
mengenai dakwaan ahli Parlimen tidak menerima jawapan bertulis seperti
yang dijanjikan oleh kementerian lain, Awang Adek berkata beliau adalah
seorang yang mengotai janjinya.
'Saya kurang sihat'
Pada
masa ini, Chong Eng yang kebetulan lalu di situ, terus melepaskan rasa
kecewaannya tetapi akhirnya berbual dengan elok dengan imbalan menteri
itu.
Chong Eng: Aiya, apa ini!
Awang: Jangan macam itulah (MP) Bukit Mertajam, saya demam hari ini, anda tak tahu.
Chong Eng: Mengapa tak cakap? (Beralih kepada media) Beliau sangat emosional hari ini, dia tidak boleh terima cabaran
Awang: Saya demam...
Kedua-duanya kemudian berdamai dan Awang Adek memberi jaminan beliau akan memberikan jawapan bertulis kepada Chong Eng hari ini
|
ISTERI Salman (kiri) ditahan bersama kekasihnya dan seorang wanita lain (kanan) di sebuah pangsapuri di Melaka pada Ahad lalu.
[kosmo] MELAKA - Suami keluar mencari rezeki, isteri pula bermain cinta dengan lelaki lain.Itulah nasib seorang kontraktor yang terkedu apabila mendapati isterinya menjalin hubungan sulit ketika dia bekerja.
Lebih mengecewakan, suami tersebut berjaya menghidu kecurangan isterinya apabila terdengar wanita itu bergurau senda dengan 'kekasih gelapnya' di pangsapuri mereka di Ayer Keroh di sini Ahad lalu.
Suami malang itu yang hanya mahu dikenali sebagai Salman, 36, berkata, geram dengan kejadian berkenaan, dia bergegas ke ke pejabat Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan meminta penguat kuasa jabatan itu menangkap isterinya dan lelaki terbabit.
Cerita Salman, semuanya terbongkar apabila dia yang tertinggal pengecas bateri telefon bimbit, berpatah balik ke rumahnya pada pukul 10 malam untuk mengambil alat tersebut.
Salman yang keluar bekerja pukul 8 pagi hari yang sama sempat memberitahu isterinya yang berusia 24 tahun itu bahawa dia akan pulang lewat kerana bertugas di luar kawasan.
"Apabila tiba di rumah, saya terperanjat apabila terdengar suara isteri saya ketawa bersama seorang lelaki seolah-olah sedang bermesra," katanya di sini semalam.
|
[kosmo] KUALA LUMPUR - Seorang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam tempoh dua minggu lagi diberkas selepas dia didapati menjadi pegawai perhubungan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan di Taman Tun Dr. Ismail di sini kelmarin.
Selain pelajar berusia 17 tahun terbabit, polis turut memberkas seorang GRO berumur 16 tahun dalam serbuan pada pukul 9.45 malam. Ketika serbuan, kedua-duanya mengenakan pakaian seksi.
Dua remaja berkenaan merupakan antara 21 GRO yang ditahan dalam serbuan yang dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman.
Pegawai Operasi, Inspektor Muhammad Mohd. Jais berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kedua-dua remaja itu masih bersekolah.
|
[HD] KUALA LUMPUR: Akhirnya, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo (gambar) memohon maaf kepada Exco Kerajaan Selangor, Ronnie Liu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung kenyataan beliau yang mendakwa Liu menghalang pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan terhadap sebuah tempat maksiat di Puchong.
Penyelesaian itu direkodkan di hadapan Hakim Nik Hasmat Nik Mohamad pagi ini.
Menurut Malaysiakini, Khir membuat permohonan maaf terbuka di mahkamah dengan membaca kenyataan yang disediakan dalam bahasa Inggeris dan kemudian Bahasa Malaysia.
Khir berkata beliau meminta maaf kepada ADUN Pandamaran dan exco kerajaan negeri Selangor itu berikutan artikel bertajuk "Khir membongkarkan laporan polis Liu Tian Khiew pernah campur tangan dalam urusan menghapuskan kegiatan pelacuran."
Artikel itu yang disiarkan dalam China Press bertarikh 5 Mei 2008.
|
22 Okt – Aktres seksi yang tidak henti disapa kontroversi, Rozita Che Wan menafikan bahawa gambar bogel ketika sedang chat video yang tersebar di internet pada awal tahun 2012 di laman blog tempatan itu adalah dirinya.
Dipetik dari laporan sebuah portal hiburan tempatan, Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta memberitahu dia sendiri tidak tahu menggunakan kamera video, apatah lagi melakukan perkara bodoh sedemikian.
"Saya tidak pernah bervideo chat. Malah saya tidak tahu apakah itu chat video mahupun webcam. Saya tidak tahu jika telefon saya boleh berbuat sebegitu atau tidak.
"Saya tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk seperti ini. Apatah lagi ini pertama kali saya mendengarnya kerana sehingga kini, saya masih belum pernah melihat gambar yang dimaksudkan itu," ujar aktres "Kiah Pekasam" ini.
Namun apabila ditanya sekiranya gambar yang tersebar menggunakan teknik super impose, Che Ta berpendapat tidak tetapi memberitahu mungkin ada yang benar-benar menyerupai wajahnya.
"Saya tidak rasa ada yang akan berbuat demikian, tetapi mungkin pelanduk dua serupa. Ada rakan saya memberitahu sekarang ramai mak nyah yang menyerupai saya," jelasnya lagi.
Che Ta turut merasakan berkemungkinan besar ada pihak yang cemburu dan cuba menjatuhkan kariernya sehingga menabur fitnah terhadapnya.
|
ANGGOTA polis memeriksa Porsche Panamera 4 yang ditemui ditinggalkan di tempat letak kereta Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan semalam.
[kosmo] KUALA LUMPUR – Kereta Porsche Panamera 4 berharga hampir RM1 juta yang disamun di sebuah pusat pameran kereta mewah di Bukit Bintang di sini ditemui ditinggalkan di tempat letak kereta Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan dekat sini semalam.
Jarak lokasi kereta itu disamun dan ditemui semula kira-kira 24 kilometer.
Satu sumber berkata, kereta mewah itu ditemui pada pukul 12.30 tengah hari hasil soal siasat dan petunjuk suspek pertama berusia 31 tahun yang ditahan pada 12 Oktober lalu.
“Sepasukan polis yang dipandu oleh suspek pertama bergerak ke tempat letak kereta Pasar Borong Selangor dan menemui semula kereta jenis Porsche Panamera 4 warna perak yang dicuri,” kata sumber itu.
Sumber itu memberitahu, semasa ditemui kereta tersebut menggunakan nombor pendaftaran palsu WGU 123 selepas disamun pada 11 Oktober lalu.
|
TIGA anggota JPAM Kota Bharu menunjukkan harimau akar yang berjaya ditangkap di Kampung Panji, Kota Bharu semalam.
[kosmo] KOTA BHARU - Enam sekeluarga gempar selepas rumah mereka di Kampung Panji dekat sini, dimasuki seekor harimau akar atau nama saintifiknya neofelis nebulosa yang sesat malam tadi.
Mangsa, Nik Roziana Mohamed, 32, berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 8 malam ketika dia dan empat anaknya sedang bersedia untuk menonton perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dengan Angkatan Tentera Malaysia di skrin gergasi berhampiran rumahnya.
Katanya, kejadian tersebut disedari oleh anaknya, Megat Azim Haikal Megat Roslan, 9, yang ternampak binatang tersebut berada di bawah kereta yang diletakkan di halaman rumah dan kemudiannya masuk ke dalam rumah.
"Ketika kejadian, saya tiada di rumah kerana berada di tempat tayangan skrin gergasi. Tiba-tiba salah seorang anak saya datang memberitahu ada seekor harimau akar telah masuk ke dalam rumah.
"Pada mulanya saya ingatkan ia satu gurauan, sehinggalah ibu saya, Tuan Zainab Tuan Mahmood, 54, memaklumkan ada harimau masuk ke dalam rumah," katanya di sini semalam.
P/s: Mungkin ini harimau Malaya terakhirnya...Kah kah kah...
|
[kosmo] KUALA LUMPUR - British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) mengumumkan peningkatan 20 sen kepada harga semua rokoknya mulai hari ini.
"Kami dimaklumkan secara rasmi oleh Kastam Diraja Malaysia pada Khamis, 18 Oktober 2012, tentang kenaikan yang dimandatkan dalam harga luar kilang rokok-rokok kami antara 26 peratus hingga 58 peratus berkuat kuasa Jumaat, 19 Oktober 2012.
"Berikutan itu, cukai eksais dan jualan telah dinaikkan," kata Pengarah Urusan BAT Malaysia, William Toh, dalam satu kenyataan.
BAT Malaysia adalah sebahagian daripada kumpulan British American Tobacco yang merupakan kumpulan syarikat tembakau antarabangsa terbesar dunia. - Bernama
|