Saya petik:
[SH] KUALA LUMPUR - Sebuah kolej swasta di Negeri Sembilan didakwa ‘merompak’ wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pelajar-pelajarnya secara senyap apabila melakukan penyelewengan melalui kaedah ‘debit’ daripada akaun pelajar secara paksa.
Lebih 400 pelajar tahun akhir kolej tersebut dikenal pasti telah tertipu dengan tindakan pihak pengurusan kolej tersebut dan ia melibatkan wang bernilai hampir RM8 juta.
Berikutan perkara tersebut, wakil pelajar bertindak melaporkannya kepada pihak polis termasuk membuat aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Namun, mereka telah diugut bahawa prestasi mereka akan terjejas sekiranya mereka tidak menarik balik segala bentuk laporan yang telah dibuat.
Salah seorang pelajar, yang hanya mahu dikenali sebagai Fiza, 24, berkata, pelajar yang terlibat sepatutnya menerima RM18,000 sebagai wang sara diri daripada jumlah keseluruhan pinjaman sebanyak RM56,000.
Namun menurutnya, mereka hanya menerima RM100 setiap semester dan pihak pengurusan sering berdolak-dalih setiap kali pelajar meminta baki wang yang sepatutnya.
"Kami dipaksa untuk tanda tangan borang pinjaman dan tidak diberi peluang untuk menyemak butir-butir pinjaman termasuklah terpaksa meniru tanda tangan ibu bapa kami.
"Ketika proses itu juga, kami dipaksa untuk menandatangani satu borang ‘tambahan’ yang tidak diketahui tujuannya dan hanya mengetahui borang tambahan tu sebenarnya borang kebenaran memotong duit PTPTN dari akaun kami setelah proses selesai,"katanya pada sidang media bersama PPIM di ibu negara semalam.
Dalam pada itu, seorang lagi pelajar, dikenali sebagai Lidiya, 21, pula mendakwa, berikutan dua laporan polis yang dibuat serta desakan yang dibuat, pihak kolej akhirnya bersetuju memberi lebihan pinjaman tersebut, namun sekali lagi dia telah ditipu.
Katanya, dia telah diminta menandatangani surat yang menyatakan dia telah menerima semua baki pinjaman dan tidak boleh menuntut apa-apa daripada pihak kolej sebelum cek boleh dikeluarkan.
"Namun, saya hanya menerima RM9,000 sahaja iaitu separuh daripada jumlah yang sepatutnya,"katanya.
Hadir sama pada sidang media ialah Pengarah Sekretariat Khas PPIM, Dr. Izham Nayan dan Pegawai Kerja PPIM, Mustafa Hamzah.
Sementara itu, Izham berkata, situasi yang berlaku amat mengecewakan dan beliau percaya jumlah pelajar yang menjadi mangsa lebih ramai daripada yang telah dikenal pasti.
Katanya, ia termasuk pelajar yang sudah tamat pengajian namun sehingga kini masih belum menerima baki wang pinjaman mereka, walhal dalam masa sama mereka perlu membayar balik pinjaman.
"Perkara ini memerlukan pemantauan daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kerana dalam hal ini pihak kolej telah melakukan kezaliman terhadap pelajarnya sendiri,"katanya.
Saya petik:
[SH] KULIM - Tiga remaja lelaki berusia 16, 17 dan 19 ditahan orang awam ketika sedang melakukan perbuatan sumbang bersama seorang ibu tunggal berusia 22 di tahun di padang permainan di Taman Desa Impiana, kira-kira jam 3.15 pagi semalam.
Saksi yang enggan namanya disiarkan berkata, dia ternampak suspek terlibat menunggang tiga motosikal berasingan dan mengekori mereka dari Taman Alma Jaya sehingga ke Taman Selasih.
“Perlakuan mereka mencurigakan apabila berlegar di sekitar kawasan perumahan. Mereka kemudiannya melarikan diri apabila ternampak Unit Peronda MPV Polis yang sedang membuat rondaan.
“Kira-kira jam 2 pagi, mereka berhenti di kedai makan. Apabila selesai makan, mereka berlegar sekali lagi di kawasan Taman Selasih sebelum berhenti di padang permainan di Taman Desa Impiana.
Menurutnya, dia kemudiannya membuat pemantauan dari jauh dan mendapati dua remaja lelaki bersama seorang remaja perempuan masuk dalam lubang papan luncur di taman permainan itu manakala seorang lagi berada di luar.
“Saya kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada Polis Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Kulim untuk tindakan lanjut, ” katanya.
Dari pemeriksaan dijalankan, polis mendapati mereka tinggal di sekitar kawasan Kulim dan Permatang Pauh. Polis turut menemui senjata buku lima buatan sendiri dalam beg galas yang dibawa salah seorang remaja yang ditahan.
Selain itu, terdapat kesan lebam di leher sebelah kanan ibu tunggal berkenaan.
Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk diambil keterangan sebelum diserahkan kepada Penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK).
Ketua Penguat kuasa PADK, Azmi Rejab berkata, semua remaja lelaki terlibat tidak bersekolah manakala ibu tunggal yang ditahan bekerja di kantin kilang di Perai.
“PADK sudah mengambil keterangan semua suspek dan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 9 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988. Jika sabit kesalahan, setiap suspek boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
“Mereka dibebaskan dengan ikat jamin RM500 setiap seorang dan diarahkan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada tarikh ditetapkan. Sekiranya gagal berbuat demikian, waran tangkap akan dikeluarkan terhadap mereka,” katanya.
[MK] Trio 'Datuk T' yang menayangkan video seks yang mereka dakwa pelakunya adalah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mencabar Anwar membuktikan yang mereka salah atau berdepan dengan satu lagi pendedahan video yang "lebih dahsyat".
Dalam laporan muka depan akhbar harian berbahasa Melayu - Utusan Malaysia - salah seorang anggota Trio 'Datuk T, yang juga bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim (kanan), berkata video baru itu dirakamkan pada 12 dan 13 Januari tahun lalu di Thailand.
‘‘Saya sendiri telah menonton rakaman video ini selepas diberikan oleh Datuk Eskay. Saya percaya Datuk Eskay sedia membuat pendedahan mengenai rakaman video ini di dalam mahkamah jika Anwar bertindak menyaman kami," katanya, merujuk kepada seorang lagi anggota trio Datuk T, Datuk Shazryl Ekay Abdullah.
‘‘Cuba periksa pasportnya di manakah Anwar berada pada ketika itu. Cuba tanya isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di mana Anwar pada masa itu,’’ katanya lagi.
Shuib menambah Anwar perlu segera menyaman Trio Datuk T, termasuk bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, jika mana-mana penganalisis forensik antarabangsa boleh membuktikan bahawa pelaku dalam video seks pertama yang didedahkan Mac lalu, adalah bukan Anwar.
Video itu yang mula-mula ditayangkan kepada wartawan, menunjukkan seorang lelaki mirip Anwar melakukan aksi seks dengan seorang wanita.
Anwar telah membuat laporan polis menafikan yang beliau adalah lelaki dalam video itu, manakala trio Datuk T didapati bersalah menayangkan bahan pornografi di khalayak ramai.
P/s: Sabda Rasulullah.s.a.w. bermaksud:
"Sesiapa yang menutup keaiban saudaranya, Allah swt akan menutup keaibannya pada hari kiamat dan sesiapa yang mendedahkan keaiban saudaranya yang Islam, Allah swt akan mendedahkan keaibannya, sehingga dia akan dimalukan di dalam rumahnya sendiri." (Ibnu Majah)
MAKLUMAT terbaru yang dipetik dari unit risikan Majlis Tertinggi Umno menyatakan bahawa BN hanya akan menang di lima buah negeri sekiranya pilihanraya umum ke 13 diadakan sekitar Mac hingga Jun tahun ini.Justeru itu, bagi meningkatkan kembali sokongan terhadap mereka, sumber itu juga turut menyatakan pilihanraya umum sudah pasti akan diadakan pada bulan Disember tahun ini.Lima negeri tersebut adalah Sarawak, Sabah, Pahang, Terengganu dan Johor.Manakala lain-lain negeri akan menyaksikan pertarungan sengit seperti Perak, Selangor, Kedah, Negeri Sembilan dan Perlis.
Adalah dipercayai, maklumat ini adalah berdasarkan hasil kajian yang dilakukan oleh unit khas yang dilantik selain daripada maklumat risikan polis dan tentera sepanjang November hingga Disember tahun lalu.Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dikhabarkan sudah memanggil kembali surat arahan pengosongan premis milik kerajaan seperti sekolah, balai raya dan dewan orang ramai yang dihantar akhir Disember tahun lalu.
Antara faktor yang menyebabkan pembubaran parlimen tidak diadakan pada bulan Mac seperti ramalan sesetengah pihak adalah kerana isu skandal Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC)yang kini masih dalam siasatan pihak berkuasa terutama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selain dari senarai calon pilihanraya yang masih belum dikemukakan kepada ibu pejabat Umno di PWTC.
Penangguhan rayuan kes fitnah liwat Anwar Ibrahim sehingga tiga bulan juga dikatakan antara faktor utama kerana pembebasan Anwar dilihat mampu mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat setelah isu pemecatan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Hasan Ali kini selesai.Najib selaku Perdana Menteri rejim telah dimaklumkan perkara ini dan meminta Umno mengemukakan laporan segera kepada ibu pejabat tentang langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengembalikan semula sokongan yangterus merosot di sebalik pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sedang dalam proses pengagehan.
Negeri-negeri yang menjadi tumpuan seperti Selangor dan Perak sudah diarahkan supaya mengadakan program lebih kerap termasuk turun padang setiap dua minggu sebagai langkah susulan meningkatkan lagi tahap penerimaan rakyat terutama di kawasan bandar dan pinggir bandar yang memihak Pakatan Rakyat.Menurut laporan itu lagi, jentera pilihanraya sudah diminta supayabekerjasama dengan SPR bagi menambah senarai daftar pengundi termasuk memasukkan sekali nama isteri anggota penjawat awam seperti polis dan tentera sebagai pengundi pos bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.
Kelantan dan Pulau Pinang sudah dianggap gagal kerana laporan tersebut juga menyebut aliran sokongan kekaltidak berubah dengan negeri pimpinan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dijangka memperolehi kerusi hampir sama seperti pilihanraya umum Mac 2008 lalu.Pulau Pinang pula kekal milik Pakatan Rakyat dengan dijangka penurunan sedikit majoriti undi di beberapa kawasan parlimen 'panas' seperti Bukit Gelugor, Nibong Tebal, Bukit Mertajam dan Kepala Batas.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng dijangka tidak menghadapi masalah mempetahankan kerusi parlimen Bagan selain kekal memegang kerusi DUN Air Putih dengan sedikit penurunan majoriti tetapi masih dalam keadaan selamat.Perak dijangka kembali kepada Pakatan Rakyat dengan mandat lebih besar berbanding pilihanraya umum Mac 2008, dengan menyaksikan pertambahan kerusi DUN daripada 31 pada empat tahun lalu kepada 37 kerusi, selain berupaya menguasai 13 kerusi parlimen daripada 23 kerusi yang terdapat di negeri tersebut. - SUMBER
P/s: Sebab itulah Setiausaha Agung umno hari ini mengatakan bahawa BN tidak terdesak panggil PRU. Baca selanjutnya di sini.
Bekas Ketua Polis Daerah (OCPD) Slim River Haji Abdullah Haji Omar
[BPS] DUNGUN – Bekas Ketua Polis Daerah (OCPD) Slim River Haji Abdullah Haji Omar berkata beliau masuk PAS kerana PAS adalah parti yang sah di sisi undang-undang Negara kerana PAS berdaftar dengan pendaftar pertubuhan (ROS).
Selain itu, katanya, beliau menyertai PAS kerana parti itu dipimpin oleh tokoh-tokoh ulamak yang ingin membawa Negara ini kepada pemerintahan Islam.“saya masuk PAS kerana PAS bukan parti ‘haram’ dan PAS di pimpin oleh tokoh-tokoh yang berpendidikan Islam, mempunyai maruah,
“bukan seperti mana parti ‘Melayu’ disebelah sana (Umno), yang kebanyakkan tokoh-tokoh dan kepimpinan tinggi mereka terlibat dengan pelbagai skandal,”ujarnya.
Haji Abdullah berkata PAS bukan parti haram, yang haram hanya dua, parti komunis dan parti buruh].Beliau berkata demikian dalam Majlis Penerangan anjuran Majlis Tindakan DUN (MTD) Rantau Abang di Kampung Pak Sabah, dekat sini, pada Selasa 24 Januari.
Beliau menyifatkan Umno parti pengkhianat kerana membawa masuk warga asing, diberikan kad pengenalan dan menjadi warganegara.Katanya, ‘pendatang haram’ tersebut menjadi pengundi dan menyebabkan kerajaan Terengganu jatuh dalam pilihanraya ke 11 pada tahun 2004.
“sebelum pilihanraya 2004, mereka (Umno) bawa 2,000 orang Myanmar bangsa Rohingya yang boleh bercakap Melayu, yang rupa mereka pun lebih kurang muka kita, “melalui Langkawi pergi ke Ladang Seri Bandi (DUN Kijal Terengganu), mereka di beri kerja dengan gaji RM18 sehari, diberi kad pengenalan, jadi pengundi yang jatuhkan kerajaan PAS pada tahun 2004,”jelasnya.
Menurutnya, ‘modus operandi’ yang sama telah dilakukan Umno pada tahun 2008 membawa masuk warga asing yang sama ke dalam parlimen Pekan, kawasan yang dimenangi Perdana menteri, dato’ Seri Najib Razak.
Sebaliknya suatu masa dulu, kata beliau, sewaktu masih berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia, sesiapa yang mahu memohon menjadi warganegara Malaysia mestilah dikalangan mereka yang ‘profesional’. Namun sekarang, menurutnya, kerana pengkhianatan Umno kepada Negara, pekerja basuh pinggan di kedai mamak pun boleh menjadi warganegara Malaysia.
Turut menyampaikan ucapan dalam Majlis tersebut adalah Naib Ketua Pemuda Ustaz Kamaruzzaman, Naib YDP Dungun Ustaz Azman Shapawi dan Pengerusi WARIS Ustaz Roslan Ismail.
-Sumber
Saya petik:
[HM] KELIBAT penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat akhirnya kelihatan pada sesi latihan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya, petang semalam selepas gagal melaporkan diri tanpa sebarang alasan bersama skuad Olimpik negara kelmarin sehingga menimbulkan keresahan pengendalinya, Ong Kim Swee.
Kapten skuad Olimpik negara itu tampil bersemangat menjalani latihan bersama-sama rakan sepasukan lain sebagai persiapan menghadapi aksi kelayakan Olimpik 2012 menentang Bahrain di Manama pada Ahad depan.
Ketika ditanya punca sebenar kegagalannya untuk melaporkan diri, Khairul Fahmi menjelaskan mungkin berlaku kesilapan komunikasi antara dirinya, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dan FAM sehingga menyebabkan insiden itu berlaku.
“Surat (melapor diri) sampai, namun mungkin terdapat kekeliruan mengenai tarikh sebenar saya perlu menghadirkan diri, sama ada sebelum aksi Liga Super (menentang Kuala Lumpur pada Sabtu) atau selepas itu dan sebagainya,” katanya ketika diminta mengulas dengan lebih lanjut kesilapan komunikasi itu.
“Saya mendapat pelepasan tengah hari tadi (semalam). Apa yang penting adalah saya sudah hadir di sini dan tidak mempunyai sebarang masalah untuk terus memberikan fokus untuk aksi ini (menentang Bahrain),” katanya.
Dia bagaimanapun menegaskan insiden itu tidak menjejaskan semangatnya untuk terus menabur bakti kepada skuad negara serta pasukan diwakilinya, Kelantan.
“Saya hormati kontrak bersama Kelantan selain tugas besar untuk negara yang perlu digalas,” katanya yang dijangka pulang ke Kelantan hari ini bagi membantu Red Warriors menentang Kuala Lumpur dalam saingan Liga Super sebelum kembali ke pangkuan skuad Olimpik.
Khidmat Khairul Fahmi amat ditagih skuad Olimpik negara dan Kelantan selain skuad senior berikutan ketangkasannya mengawal gawang negara sehingga menjulang Piala AFF 2010 buat kali pertama dan mempertahankan pingat emas Sukan Sea 2011.
Saya petik:
[MC] Portal berita antarabangsa mula memberitakan bahawa kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memutuskan untuk merayu pembebasan Anwar, Ketua Pembangkang, yang didapati "tidak bersalah" oleh Hakim Mahkamah Tinggi minggu lepas.
Phil Robertson, Timbalan Pengarah Bahagian Asia, bagi Human Rights Watch adalah antara mereka yang paling awal mengutuk pentadbiran Najib bagi flip-flop terbarunya.
"Mahkamah percubaan memberi kerajaan peluang untuk tunduk anggun dari pendakwaan bermotifkan politik Anwar. Ia adalah amat malang bahawa mereka tidak mengambil.
Keputusan ini bermakna rakyat Malaysia akan terus tertakluk kepada politik yang lebih komplot di mahkamah sebagai kerajaan perpetuates ini ejekan perbicaraan bagi jenayah yang tidak seharusnya menjadi satu jenayah di tempat yang pertama, "kata Phil dalam satu kenyataan.
Penganiayaan, bukan pendakwaan
Sementara itu, peguam Anwar, Sankara Nair berkata beliau masih belum diberitahu tentang keputusan itu. Beliau mengecam langkah itu sebagai suatu "penindasan politik" dan bukanlah pendakwaan yang sebenarnya.
"Saya tidak pernah secara rasminya dimaklumkan oleh pihak pendakwaan. Walau bagaimanapun, jika ini benar, maka ia adalah sesuatu yang amat dikesali kerana bersifat kejam . Ini adalah kerana hakim perbicaraan telah mengatakan dengan jelas bahawa keputusan beliau dibuat berdasarkan bukti penting yang telah diganggu," kata Sankara.
"Oleh itu, asas pendakwaan sememangnya lemah, justeru, apa-apa rayuan, tidak kira berapa kali, adalah satu tindakan terdesak yang sia-sia. Ini jelas adalah kes penganiayaan politik Anwar dan bukan pendakwaan atas salah laku."
Anwar sendiri memberitahu bahawa ia adalah hak Peguam Negara untuk membuat rayuan tetapi juga memberi amaran akan campur tangan kerajaaan mahupun politik. Walau bagaimanapun, ramai rakyat Malaysia tahu bahawa ini adalah mainan manipulasi Umno kerana pihak Najib telah memerintah Malaysia selama 5 dekad yang lalu.
Hakim mengakui bukti utama DNA telah dikomprom
Pihak pendakwa Malaysia telah memfailkan kertas rayuan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi jenayah pada pukul 4:30 petang pada hari Jumaat, 20 Januari, menurut Timbalan Pendaftar Bahagian Jenayah Halilah Suboh.
Pada 9 Januari, Anwar telah dibebaskan atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan kerana kekurangan bukti. Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah menyampaikan keputusannya ke bilik perbicaraan yang penuh sesak manakala lebih 10,000 penyokong berkumpul di luar bangunan mahkamah untuk menunjukkan sokongan mereka terhadap pemimpin yang berkarisma dan popular itu.
"Setelah meneliti bukti-bukti yang ada, saya tidak boleh yakin 100 peratus bahawa bukti tidak dikompromi. Oleh itu, mahkamah tidak boleh mensabitkan tertuduh atas apa-apa keterangan daripada SP1 Saiful. Mahkamah tidak menolak kemungkinan sampel (DNA) telah dikompromi. Oleh itu, tertuduh dibebaskan, "kata Mohd Zabidin memberitahu bilik mahkamah keputusan yang mengejutkan itu, ia mengambil masa sebelum sorakan di bilik mahkamah pecah kerana kegembiraan.
Kepimpinan Najib yang lemah dan menjadi perhatian global
Keputusan itu mendapat sambutan di seluruh dunia dan ketidakupayaan terbaru Najib ini memberi kesan kepada kepala-kepala Umno seperti bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, dimana secara undang-undang akan meningkatkan tanggapan negatif terhadap Malaysia yang bertambah buruk pada zaman pemerintahannya dulu. Langkah itu juga akan menunjukkan ketidakupayaan Najib dalam mengekalkan kestabilan politik dan membuat pemulihan kepada keadaan ekonomi yang perlahan.
"Anwar, saya baru sahaja mendengar berita pembebasan anda. Tahniah. Tidak pernah ada apa-apa keraguan ke atas anda. Telah disahkan bahawa dunia suka menyaksikan satu perkara yang menakjubkan. Kita semua amat gembira untuk anda dan untuk Malaysia," tulis Paul Martin, bekas perdana menteri Kanada.
Sebenarnya, tuduhan liwat yang dikenakan ke atas Anwar, yang telah menyalahkan Najib dan isterinya Rosmah Mansor kerana terlibat dalam plot si pengadu Saiful Bukhari Azlan untuk mematahkan semula kemunculan politiknya. Memandangkan ketipisan bukti, pihak pemerhati yang pakar tidak pernah menjangkakan Najib untuk membawa kes ke peringkat perbicaraan, tetapi dia tunduk kepada tekanan dari sayap kanan Umno, khususnya Mahathir, yang masih bercita-cita untuk memusnahkan Anwar akibat kebencian yang mendalam terhadapnya.
Penganalisis politik berkata Mahathir bimbang jika Anwar, bekas timbalannya yang hampir berjaya mendahuluinya pada tahun 1998 kerana tahu terlalu banyak akan urusannya. Jika tidak dipenjarakan, kemungkinan Anwar menjadi perdana menteri Malaysia yang seterusnya adalah tinggi untuk memimpin Pakatan Rakyat memenagi pilihan raya umum pada April 2013.
Adil dan saksama, kata Saiful
Anwar didakwa pada 8 ogos 2008 di bawah Seksyen 377B, Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan di luar tabii. Beliau dituduh meliwat Saiful di Desa Damansara Condominium, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, pada 26 Jun, 2008. Jika didapati bersalah, dia boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun
Sementara itu, dalam reaksinya, Saiful berkata rayuan itu menunjukkan bahawa sistem undang-undang Malaysia adalah adil dan saksama.
"Saya dan keluarga ingin menyatakan bahawa dengan memfailkan notis rayuan, hak saya seperti yang dinyatakan dalam laporan polis 2008 telah didengar, dan telah melalui proses keadilan yang sepatutnya, di Mahkamah Tinggi Mahkamah. Mengikut undang-undang ia telah dicapai," tulisnya didalam blog.
Saya petik:
[HD] KUALA LUMPUR, 26 Jan: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sepatutnya tidak perlu takut untuk menyambut cabaran debat yang dikemukakan Datuk Seri Anwar Ibrahim, apatah lagi beliau dikatakan lebih popular berbanding Ketua Pembangkang itu.
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Riduan Mohd Nor berkata, dengan populariti Najib yang dikatakan sedang meningkat naik, maka cabaran debat tersebut adalah peluang terbaik untuk beliau mengutarakan visi dan misi beliau.
"Populariti Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan semakin baik dan mengalahkan populairiti Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang dinyatakan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
"Dengan populariti yang baik dan meningkat naik, tidak wajar Datuk Seri Najib melepaskan peluang ini untuk menerima pelawaan debat yang sangat ditunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia," ujar Riduan.
Menurut beliau lagi, banyak pihak sedang ternanti-nanti kedua-dua pemimpin utama negara itu bersemuka di atas satu pentas bagi melihat hujah yang dikemukakan oleh pemimpin tersebut.
Malah baginya, debat adalah suatu dimensi politik baru yang perlu diterokai oleh kedua-dua pemimpin negara ini.
Suasana juga ujarnya sudah berubah di mana rakyat sudah semakin terbuka dan bijak dalam menilai sesuatu maklumat yang diterima.
Rakyat tegasnya memerlukan suatu saluran bagi mendapatkan suatu informasi berharga bagi menajamkan pemerhatian mereka terhadap politik negara dan debat terbuka adalah langkah terbaik untuk semua.
"Jika selama ini, rakyat terbelenggu dengan hanya maklumat dari sebelah pihak sahaja.
"Dengan cengkaman media yang berat sebelah, ditambah pula dengan propaganda yang memburukkan imej pemimpin pembangkang di negara ini sejak sekian lama, wacana debat adalah perlu bagi menilai pandangan kedua-dua tokoh terbabit," tegasnya.
Mengulas lanjut, Riduan berkata, debat yang bakal dianjurkan ini bakal menjadi suatu peristiwa bersejarah kerana pemimpin negara berjiwa besar sanggup duduk semeja dan berhujah dengan Ketua Pembangkang.
"Oleh itu, Datuk Seri Najib tidak perlu risau dan gentar bagi menghadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas pentas perdebatan.
"Yang diadili bukan siapa menang atau kalah, yang penting siapa yang benar dan siapa yang salah. Jika Datuk Seri Najib di pihak yang benar, apa yang perlu ditakutkan," soalnya tegas.
Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Niat halal cara haram. Itu ungkapan paling sesuai apabila sebuah koperasi dikesan menggunakan kaedah pemasaran pelbagai peringkat (MLM) yang lazimnya diamalkan syarikat jualan langsung untuk menawarkan pakej umrah dengan harga amat murah.
Dengan modal RM1,700, koperasi terbabit mempromosi jumlah berkenaan sudah mencukupi untuk umat Islam mengerjakan umrah dengan syarat mereka perlu menaja tujuh peserta lain untuk berada di bawah mereka.
Peserta terbabit juga disyaratkan mengeluarkan modal dalam jumlah sama dan ia berturutan menjadi rantaian tanpa had, malah pakej itu juga boleh dihadiahkan kepada sesiapa saja termasuk bukan ahli skim berkenaan.
Penolong Pengarah Kanan Pusat Pengurusan Aduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), A Mogan berkata, pihaknya melakukan siasatan terhadap kegiatan koperasi itu selepas menerima aduan orang ramai.
“Siasatan awal setakat ini mendapati kegiatan mereka itu bertentangan dengan undang-undang. Antara kesalahan paling ketara ialah mereka tidak memiliki lesen untuk menganjurkan pakej umrah seperti yang dipromosikan,” katanya ketika dihubungi.
P/s: MLM pun sudah haram!
Saya petik:
[HM] KOTA BHARU: Jurulatih Kelantan, Peter James Butler enggan mengulas lanjut kedudukan penjaga golnya dan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat yang tiada bersama skuad Olimpik negara ketika menjalani latihan menjelang pusingan kelayakan menentang Bahrain pada 5 Feb ini.
Menurutnya, hanya Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa yang layak untuk mengeluarkan kenyataan.
Dilaporkan ketiadaan Khairul Fahmi untuk menjalani latihan bersama skuad Olimpik mulai semalam turut menjadi tanda tanya kepada jurulatih Ong Kim Swee.
Butler berkata beliau tidak menghalang Khairul Fahmi yang lebih mesra dengan panggilan Apek untuk menyertai latihan bersama skuad Olimpik kerana itu adalah tanggungjawabnya kepada negara.
"Namun saya tak mahu komen kerana itu bukan keputusan saya. Kalau dia mesti pergi dan mewakili pasukan negara, saya faham," katanya. - Bernama
Saya petik:
[im] Setiap kali ada kes penemuan bayi dibuang (malah dicampakkan dari atas bangunan), kita kononnya tersentak – mengutuk dan mengeji perbuatan ituNamun, ada satu gejala yang kadang-kadang kita kesampingkan, tetapi ia ada kaitan amat rapat dengan perbuatan buang bayi. Ia ialah perlakuan seks bebas remaja, terutama membabitkan Melayu.Dan, paling menonjol perlakuan seks itu dipertontonkan kepada umum menerusi internet.
Seperti dilaporkan hmetro.com.myhari ini, Presiden Persatuan Pembekal Kandungan Mudah Alih Malaysia (MMCP), Azli Paat berkata, berdasarkan carian di internet saja, hampir 20,000 klip seumpama itu yang memaparkan aksi lucah atau video seks adalah membabitkan rakyat di negara ini.
Tidak begitu susah untuk melihat kebenaran fakta ini. Anda hanya perlu menaip beberapa perkataan asperti ‘Melayu 3gp’, ‘Awek 3gp’ atau ‘Bohsia 3gp’. Ia bukan saja memaparkan aksi lucah pasangan remaja, sebaliknya ada membabitkan pasangan suami isteri selain aksi wanita dalam keadaan mengghairahkan.
Semakan inimajalah.com di internet pula mendapati sebahagian besar klip berkenaan adalah membabitkan remaja Melayu – sesuatu yang amat mendukacitakan Islam.
Aksi berkenaan juga membabitkan ramai pelajar sekolah – sesuatu yang amat mendukacitakan yang menyebabkan semua pihak sepatutnya mengambil tindakan drastik dan konkrit, sekarang!
Seperti kata Azli, jumlah hampir 20,000 itu berdasarkan carian di internet, iaitu membabitkan aksi seks atau lucah yang dimuat naik oleh pihak tidak bertanggungjawab.
“Namun kita percaya, jumlah klip video ini boleh meningkat hingga sekali ganda kerana ada yang disimpan oleh pasangan kekasih sebagai koleksi peribadi,” katanya.
Menurut Azli, kebanyakan klip 3gp yang memaparkan aksi lucah pasangan remaja dirakam menggunakan telefon bimbit dan selebihnya dirakam menggunakan peranti yang mempunyai kebolehan untuk merakam video dan juga menerusi kamera web.
Sementara itu, tinjauan akhbar terbabit mendapati klip 3gp menjadi antara koleksi lucah yang disimpan dalam telefon bimbit kebanyakan remaja.
Jika tidak menyimpannya sekalipun, rata-rata remaja ditemui wakil akhbar itu mengakui pernah melihat klip berkenaan sama ada menerusi telefon bimbit rakan atau di internet.
Format 3gp menjadi pilihan kerana menerusi format itu, perkongsian fail video lebih mudah kerana bersaiz kecil, mempunyai kualiti hampir sama dengan format kamera video profesional, iaitu MP4 atau AVI, dan senang dimuat naik ke internet atau disebar di kalangan pengguna telefon bimbit.
Biasanya tujuan awal rakaman adalah untuk simpanan peribadi pasangan kekasih, tetapi ia akhirnya didedahkan kepada umum di internet. Lebih parah, ia menjadi bahan ugutan terhadap remaja terbbait, terutama remaja perempuan.
Justeru, kita mahu tunggu apa lagi? Kita mahu tunggu bala tahap apa lagi untuk diturunkan di negara ini sebelum mahu mengambil tindakan benar-benar serius dan konkrit mengatais masalah ini?
Jangan tunggu anak anda tiba-tiba terlihat di dalam satu daripada klip seks 3gp. Ambil tindakan sekarang. Pastikan dengan apa cara yang wajar agar anak anda tidak bergaul bebas berlainan jantina sesuka hati kerana apabila berdua, makhluk ketiga ialah syaitan!
Saya petik:
[HM] ACEH: Barisan calon untuk pilihan raya gabenor Aceh menjalani ujian mengaji al-Quran di Banda Aceh, semalam sebagai sebahagian peperiksaan rasmi mengenai pengetahuan Islam mereka.
Kemahiran mengaji al-Quran, kitab suci umat Islam itu adalah satu kewajipan bukan saja kepada calon gabenor dan naib gabenor, tetapi juga untuk jawatan datuk bandar dan timbalan datuk bandar di Aceh sejak wilayah itu melaksanakan undang-undang syariah pada 2003.
“Ia adalah kali ketiga kami melakukan ujian mengaji Quran untuk calon sejak kami membuka pendaftaran kepada calon untuk pilihan raya Aceh ini,” kata Pesuruhjaya Pilihan Raya, Akmal Abzal. Suruhanjaya Pilihan Raya Aceh (KIP) membuka semula pendaftaran sebagaimana diarahkan Mahkamah Persekutuan pada 17 Januari lalu. - Jakarta Post
P/s: Tahniah Acheh!! Bayangkan, Menteri Islam tapi bila membaca surah Al-Fatihah pun merangkak macam budak tadika kemas. Rukun solat pun tak tahu beza yang mana rukun dan yang mana sunat. Macam mana nak bimbing rakyat untuk cintakan Islam?
Gambar hiasan
Saya petik:
[kosmo] KUALA LUMPUR — Polis menahan dua lelaki yang cuba melarikan wang tunai RM552,000 daripada pengawal keselamatan yang sedang membawa masuk karung wang tersebut ke dalam sebuah van di Bandar Baru Bangi dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata, kejadian itu berlaku di sebuah pusat membeli-belah di Bandar Baru Bangi kira-kira pukul 10.40 pagi semalam.
Kejadian itu berlaku ketika dua pengawal keselamatan yang sedang menjinjing karung wang tersebut dari pusat membeli belah itu untuk dibawa ke sebuah van, telah didatangi dua lelaki yang menaiki motosikal dan bersenjata pistol mainan, katanya.
Beliau berkata, seorang daripada pengawal keselamatan itu yang menyedari pistol itu pistol mainan telah bertindak menarik suspek yang membonceng motosikal itu dan menyebabkannya terjatuh ke atas jalan raya.
Lelaki berumur 20 tahun itu terus diberkas oleh orang ramai yang melihat kejadian itu, sementara penunggang motosikal yang berumur 30 tahun berjaya melarikan diri, katanya.
Beliau berkata, hasil siasatan polis, lelaki 30 tahun itu berjaya diberkas di sekitar Kajang dengan bantuan polis bantuan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
Kedua-dua mereka disiasat bagi kesalahan rompakan sehingga mendatangkan kecederaan mengikut Seksyen 394/511 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat jika sabit kesalahan, katanya. — BERNAMA
Saya petik:
[MK] Aku Jimat, permainan elektronik kedua paling popular di kalangan aplikasi berbayar Malaysia, nampaknya sudah tidak ada lagi selepas sembilan hari diperkenalkan.
Permainan tersebut yang dipercayai diilhamkan dari watak Datuk Seri Rosmah Mansor - isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak - nampaknya telah dibuang daripada iTunes App Store Apple.
Malaysiakini telah mendapat maklumat mengenainya semalam.
Pada hari Sabtu, Aku Jimat muncul sebagai permainan kedua paling popular di kalangan aplikasi berbayar di Malaysia selepas beberapa portal berita melaporkan mengenainya.
Permainan itu yang diberikan penarafan lima bintang oleh pengguna, dibangunkan oleh Kumpulan Antartika dan dijual pada harga US$0.99 setiap muat turun.
Tidak diketahui bila aplikasi permainan itu dibuang. Kuasa untuk berbuat demikian terletak di tangan Apple dan pemaju permainan tersebut.
Malaysiakini telah mengirimkan emel pertanyaan mengenai perkara itu kepada Apple,. Bagaimanapun sehingga ini belum mendapat jawapan. Menurut syarikat pemajunya, permainan itu adalah "untuk mendidik anak-anak kepentingan menabung” sejak kecil dan “lebih awal jika seseorang berjimat maka, lebih banyak yang dapat dikumpulkan”.
Dengan tabung berbentuk seekor kucing, pemain dikehendaki menyambut duit syiling bernilai US$1000 (RM3,100) setiap satu yang digugurkan bagi membuat pembelian - sama ada sebuah rumah bernilai US$5,000,000 (RM15, 000,500) atau kereta berharga US$300,000 (RM10,000).
Pengguna juga boleh membeli mana-mana sembilan beg tangan yang ditawarkan, bernilai antara US$ 9,000 hingga US$ 110,000 (RM27, 900 hingga RM440,000) atau juga cincin berlian bernilai US$24 juta (RM74 juta).
Setiap syiling bernilai $1,000 tetapi jika seseorang itu bernasib baik, jongkong emas bernilai $1,000,000 akan digugurkan.
Pemain bagaimanapun mesti berhati-hati untuk mengelakkan diri mereka daripada terkena bom.
Ini kerana bagi setiap kali mereka terkena bom, tambahan umur setahun akan dimasukkan kepada pemain dan seseorang dipaksa untuk "bersara" pada usia 99 tahun.
Saya petik:
[SH] AMPANG - Berperwatakan menarik, hidung pula mancung bak pelakon ternama Bollywood! Mungkin itulah persona dimiliki seorang lelaki warga Bangladesh sehingga membuatkan wanita tidak keruan.
Berbekalkan kelebihan yang ada, daya penarik itulah digunakan untuk memikat kaum hawa tanpa mengira status mangsa sama ada bujang atau isteri orang.
Malangnya, hubungan terlarang pastinya tidak berpanjangan dan itulah yang berlaku kepada pasangan kekasih di sebuah hotel bajet di sini, awal pagi semalam.
Hubungan intim seorang wanita warga Indonesia berstatus isteri orang dengan seorang warga Bangladesh sejak enam bulan lalu hingga terlanjur ke bilir tidur berakhir selepas dicekup penguat kuasa agama.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, wanita berusia 34 tahun dan teman lelakinya berusia 30 tahun itu hanya memakai tuala ketika penguat kuasa Jabatan Agama Islam (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim Pandan Indah menyerbu bilik hotel berkenaan.
Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Osman berkata, wanita yang bekerja sebagai pembantu rumah itu berkenalan dengan lelaki terbabit yang bekerja sebagai kontraktor mengubah suai rumah majikan wanita berkenaan.
“Difahamkan wanita yang mempunyai empat anak itu lari daripada majikannya, manakala suaminya tinggal di Indonesia bersama anak mereka,” katanya.
Di hotel berasingan, seorang ahli perniagaan dicekup bersama seorang pelajar yang menuntut di salah sebuah kolej di Ipoh, Perak.
Ahmad Nawi berkata, duda berusia 42 tahun bersama wanita yang berusia 28 tahun itu berpakaian lengkap ketika ditahan.
Kedua-dua pasangan terbabit ditahan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh di denda sebanyak RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Teman lelaki mangsa (berbaju merah)
Saya petik:
[SH] GEORGETOWN - Perbalahan antara sepasang kekasih menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), berakhir dengan tragedi menyayat hati.
Teman wanita yang berusia 22 tahun ditemui mati dipercayai terjun dari tingkat 17, di Flat Taman Utara, Batu Uban, di sini, kira-kira jam 1.20, awal pagi, semalam.
Mayat mangsa, Lau Kah Kah, dijumpai oleh teman lelakinya, Yeoi Khoon Xing, 21, dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di kaki lima flat itu.
Difahamkan, Khoon Xing bergegas ke tempat kejadian apabila mendapati teman wanitanya berhasrat membunuh diri namun tidak sempat menghalang mangsa daripada mengambil tindakan drastik itu.
Khoon Xing yang berbaring di sebelah Kah Kah yang sudah tidak bernyawa terpaksa dipujuk hampir sejam oleh anggota polis selepas dia enggan melepaskan mayat teman wanitanya.
Penduduk di situ memaklumkan kejadian berkenaan kepada polis setelah terdengar bunyi benda terjatuh diikuti jeritan kuat seorang lelaki.
Dalam pada itu, menurut adik si mati yang enggan dikenali, dia melihat kakaknya dalam keadaan muram ketika membalas dan SMS serta panggilan telefon daripada teman lelakinya.
Kemudian, dia melihat kelibat si mati, Lau Kah Kah yang juga pelajar kolej kelihatan keluar dari rumah dan berlegar-legar di kawasan balkoni flat rumahnya, sebelum dia dipercayai terjun dari tingkat 17, pangsapuri itu.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ahmad Bakhtiar Kassim berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.
“Bagaimanapun, polis akan menjalankan siasatan terperinci dengan mendapatkan maklumat daripada adik si mati dan teman lelakinya.
“Polis turut mengambil kira kandungan SMS yang dipercayai menjadi motif si mati bunuh diri. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dituntut ahli keluarga untuk urusan pengebumian,” katanya.
Bagaimanapun, usaha Sinar Harian untuk menemu ramah abang si mati di rumah mayat HPP tidak berhasil kerana dia masih trauma dan bersedih dengan kejadian menimpa adiknya.
Izzani (anak Shaharizat Jalil) tidak kekok menguruskan ladang lembu NFC di Gemas, Negeri Sembilan. Kah kah kah...
Saya petik:
[SH] SHAH ALAM - Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang kesal ada pihak yang mempersoalkan integriti dan kredibiliti juruaudit-juruaudit jabatannya di sebalik kontroversi projek ternakan daging lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).
"Kenyataan-kenyataan mempersoalkan integriti dan kredibiliti juruadit jabatan adalah dikesali," kata Ambrin dalam satu kenyataan.
Ambrin berkata, jabatannya mahu menekankan bahawa kerja-kerja mengaudit ke atas projek NFC dijalankan secara profesional dan bebas tanpa sebarang prejudis kepada mana-mana pihak.
Ahad lalu, Perkasa mencabar National Feedlot Corporation (NFCorp) mendedahkan kelemahan yang dilakukan pegawai-pegawai yang mengendalikan urusan Laporan Ketua Audit Negara 2010 sehingga merosakkan reputasi syarikat berkenaan dan menjejaskan imej kerajaan.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, laporan itu sesuai diguna pakai dalam kementerian dan agensi kerajaan tetapi tidak untuk syarikat swasta.
Beliau berkata, pegawai yang membuat audit mungkin keliru dengan beberapa perkara, antaranya, National Feedlot Corporation atau NFCorp adalah milik Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail manakala NFC adalah dimiliki syarikat kerajaan dan pada masa yang sama mengusahakan ladang satelit.
“Mohamad Salleh menerangkan kepada kami yang NFCorp mempunyai Laporan Audit Dalaman dan membuat audit dalaman syarikatnya. NFCorp pernah diberi lima bintang oleh Jabatan Audit Negara.
“Untuk itu, saya mendesak supaya Ketua Audit Negara, (Tan Sri Ambrin Buang) memberi penjelasan mengenai kekeliruan ini dan menjawabnya secara terbuka,” katanya pada sidang media hari ini.
[mStar] PETALING JAYA: Sejarawan Negara, Tan Sri Khoo Kay Kim bersedia untuk disoal siasat dan memberi keterangan sekiranya ada pihak membuat laporan polis berhubung pandangannya yang menyatakan Hang Tuah dan Puteri Hang Li Po tidak pernah wujud sebaliknya ia hanya merupakan “tokoh mistik”.
Malah Khoo berkata, beliau akan “memalukan” mana-mana pihak yang bercadang berbuat demikian kerana beliau mempunyai banyak bahan bukti berhubung perkara itu.
"Saya galakkan mereka buat laporan. Biar mereka buat (laporan polis). Saya akan malukan mereka semua," katanya ketika dihubungi mStar Online.
Menurut Khoo, beliau mempunyai banyak bahan untuk dikemukakan kepada pihak polis sebagai bukti yang dapat menyokong kenyataan beliau sebelum ini sehingga mengundang kontroversi.
Katanya, melalui bahan-bahan tersebut, ia akan dapat dijadikan bukti kepada lebih ramai masyarakat dan generasi masa kini bahawa pendapatnya tentang Hang Tuah dan Puteri Hang Li Po yang tidak pernah wujud adalah benar.
Khoo berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas pensyarah kanan, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Dr Abdul Aziz Bari dalam portal Malaysiakini.com bertajuk 'Khoo Kay Kim Buat Hal Lagi'.
Menerusi portal itu, Abdul Aziz yang dipetik sebagai berkata mempertikaikan tindakan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) yang pernah mengecamnya sebelum ini kerana mempertikaikan titah Sultan Selangor, tetapi tidak melakukan tindakan yang sama terhadap pendapat Khoo.
Tindakan Abdul Aziz itu juga menyebabkan Senator Mohamad Ezam Mohd Noor membuat laporan polis terhadapnya atas dakwaan menghina sultan sehingga disiasat pihak berkuasa dan diberikan surat tunjuk sebab oleh pihak universiti.
Mengulas lanjut kenyataan tersebut, Khoo berkata Abdul Aziz sepatutnya terlebih dahulu mengetahui kenyataan beliau dibuat dalam konteks apa sebelum mengecam pihak-pihak tertentu.
"Saya kata kenapa perkara penting seperti kejayaan-kejayaan orang Melayu dulu tak ada dalam sejarah.
"Siapa orang Melayu pertama yang jadi doktor? Siapa yang mula-mula buka Kuala Lumpur?. Mereka (generasi kini) tak tahu.
"Yang utama tak dipentingkan berbanding kisah Hang Tuah dan Puteri Hang Li Po," jelasnya.
Dalam pada itu Khoo berkata, beliau juga terkejut mendapat tahu Abdul Aziz memperlekehkan sikap golongan itu yang berdiam diri atas nama kebebasan akademik dengan mengaitkan dirinya.
"Saya terperanjat. Baru-baru ini (Abdul Aziz) banyak orang simpati dengan dia.
"Dia sebagai seorang pakar undang-undang, dia tak tahu tentang sejarah dan latar belakang kerajaan," katanya.
Khoo sebelum ini dilaporkan berkata tiada bukti dan rekod tentang kewujudan Hang Tuah begitu juga dengan Puteri Hang Li Po dari China yang dikatakan berkahwin dengan Sultan Melaka semasa abad ke-15.
Saya petik:
[HD] KUALA LUMPUR, 25 Jan: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini melahirkan rasa kesal di atas insiden serangan di majlis anjuran Asal Bukan Umno (ABU) bersama Hindraf di Jalan Kebun, Klang baru-baru ini.
Bercakap sewaktu menerima serahan memorandum dari kumpulan Asal Bukan Umno (ABU) hari ini, Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani Abdullah (gambar bawah) berkata, pihak berkuasa sepatutnya bertindak adil dalam insiden tersebut.
"Sebagai pihak berkuasa mereka sepatutnya menggunakan undang-undang melindungi mangsa kepada kekacauan tersebut bukannya memberi perlindungan kepada yang membuat kacau.
"Saya ingin menegur pihak polis agar lebih adil, siapa yang benar atau yang salah mereka perlu tahu dan kita tidak mahu mereka menyalahguna kuasa yang mereka ada," jelasnya.
Serahan memorandum itu dibuat pemimpin ABU yang diketuai Badrul Hisham Shahrin di Pejabat Suruhanjaya itu di Kuala Lumpur pagi tadi.
Semalam mereka membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi.
Menurut jurucakap mereka, laporan tidak dibuat di Klang kerana tidak yakin dengan polis di sana yang dlihat bercakap dengan pihak terbabit selepas kejadian itu.
Ceramah Umum ABU di Dewan MBSA seksyen 30, Jalan Kebun, Shah Alam pada 22 Januari lalu menyaksikan satu serangan keterlaluan oleh sekumpulan samseng terhadap orang ramai.
Samseng yang dipercayai penyokong tegar Umno itu bertindak ganas dengan mensasarkan kaum India sahaja apabila dilihat hanya menyerang kaum India tanpa memperdulikan kaum Melayu dan Cina yang turut berada di dalam dewan itu.
Akibat daripada tindakan tersebut seorang ahli Kelab Penyokong PAS, Krishnan cedera parah (gambar) apabila diserang oleh Umno dan dimasukan ke Hospital Pakar Sri Sentosa bagi menerima rawatan.
Dalam ulasannya, Sha'ani berkata, pihak berkuasa juga sepatutnya boleh terus mengambil tindakan kepada mereka yang menyerang ceramah ABU pada malam itu kerana jelas boleh dilihat pihak mana yang memulakan kekacauan tersebut.
"Suhakam sendiri melihat apa yang berlaku pada hari tersebut siapa yang memulakan kekacauan dan sepatutnya pihak polis boleh menahan terus mereka tetapi apa yang kita dengari adalah kenyataan pihak berkuasa yang mengatakan tidak ada apa-apa yang berlaku dan belum menerima sebarang laporan.
"Majlis tersebut dianjurkan oleh sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang sah di sisi undang-undang bukannya kongsi gelap, dan atas alasan itulah sepatutnya polis sedar siapa yang bersalah ataupun tidak," katanya lagi.
Menurutnya, apa yang dibimbangi, serangan tanpa rasa takut ekoran tiada tindakan drastik oleh pihak bekuasa akan menjadi trend selepas ini lebih-lebih lagi dalam suasana menjelang pilihan raya.
Sehubungan itu, beliau memberitahu Suhakam akan membawa perkara tersebut dalam mesyuarat suruhanjaya untuk tindakan selanjutnya serta akan melakukan inkues awam.
"Setiap yang bersalah perlu dikenakan tindakan bukannya dilindungi oleh pihak berkuasa, saya ingin persoalkan kepada pihak polis siapa yang mereka ingin lindungi individu yang benar ataupun yang bersalah," katanya.
Selesai segera
Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard (gambar) sewaktu menyerah memorandum berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan segera agar ia tidak lagi timbul pada masa yang akan datang.
"Melihat kepada kejadian tersebut, saya mengesaki bahawa polis pada malam tersebut telah bersubahat dengan orang-orang yang menyerang para hadirin yang hadir di program ceramah.
"Pihak polis tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap penyerang sebaliknya menyuruh kami menghentikan program ceramah itu dan ini jelas menandakan polis gagal menjaga keselamatan orang ramai yang hadir," katanya.
Selain itu, beliau juga mahu Suhakam melakukan siasatan sama ada benarkah dakwaan bahawa pihak polis ada bersubahat dengan penyerang-penyerang yang terlibat.
Sementara itu laporan media (Sinar Harian) mengatakan, polis Selangor telah menahan seorang lelaki berusia lewat 20-an pagi semalam bagi membantu siasatan insiden serangan ketika ceramah Asal Bukan Umno (ABU) di Dewan Orang Ramai Majlis Bandaraya Shah Alam, Jalan Kebun di sini, Sabtu lalu.
Menurut laporan itu lagi, lelaki tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan keterangan daripada saksi juga sudah. diambil.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, pihaknya juga sedang mengenal pasti beberapa suspek lagi dan siasatan sudah mula dijalankan selepas kejadian tersebut berlaku.
Saya petik:
[MK] Penulis blog pro-Umno hari ini mula tampil mempertahankan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa berbelanja mewah semasa lawatannya ke Australia pada awal tahun ini.
Salah satunya disuarakan blog pisau.net yang turut menyerang penulis pojok akhbar Sydney Morning Herald, Andrew Hornery – antara lainnya dengan didakwa penulis tersebut sebagai "wartawan gay."
"Apa saja yang ada kaitan dengan Pakatan mesti gay. Isu terbaru yang memfitnah Datin Seri Rosmah, berkokok sakan seantero dunia Pakatan membawa berita.
"...Rupa-rupanya sumber berita seluruh haprak Pakatan dari seorang wartawan gay dan paling teruk di Australia," tulisan di blog itu dipetik.
Tulisan itu juga menyatakan bahawa Hornery merupakan penulis kolum gosip dan bukannya wartawan berita.
Menurut blog berkenaan lagi, Hornery disenaraikan di dalam satu laman web yang mengumpulkan "wartawan paling teruk" Australia – www.australiasworstjournalist.com.au.
Laman tersebut antara lainnya mendakwa Hornery tidak menulis semula fakta dengan tepat dalam tulisannya.
Kandungan blog berkenaan turut disebarkan oleh bekas ahli parlimen PKR, Datuk Zulkifli Noordin dan juga unit perang siber Umno, Unit Media Baru di laman Twitter.
Tulisan berkenaan timbul selepas Hornery mempertahankan dakwaannya hari ini bahawa Rosmah telah berbelanja mewah semasa lawatannya ke negara itu.
Rosmah semalam menyangkal dakwaan Hornery yang dibuat dalam seksyen 'Private Sydney' harian itu dengan menyifatkannya sebagai "karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar".
P/s: Masa untuk membodek.... Wartawan Australia itu cemburukan Rosmah kot. kah kah kah...
Gambar hiasan
Saya petik: [BH] KANGAR: Tindakan kreatif seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang 'mencipta, penculikan sendiri' membawa padah apabila dia dicekup bersama empat remaja lelaki termasuk teman lelakinya sendiri, malam Sabtu lalu.
Difahamkan tindakan remaja perempuan terbabit yang juga pelajar sebuah sekolah menengah agama di Ayer Hitam, Kedah, semata-mata untuk membolehkannya meluangkan masa bersama teman lelakinya itu, tanpa diganggu ibu serta bapa angkatnya yang menetap di Simpang Empat, di sini.
Remaja terbabit dikatakan sanggup mencipta plot tersendiri dalam kisah penculikan terbabit seolah-olah kejadian itu berpunca daripada dendam lama antara penculik dan juga bapa angkatnya, 53.
Malah, untuk menguatkan lagi kisah itu, remaja terbabit turut menghantar SMS kepada telefon bimbit milik bapa angkatnya menggunakan talian tidak dikenali, yang antara lain turut mengandungi ugutan bunuh jika kejadian culik terbabit dilaporkan kepada polis.
Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, penahanan remaja perempuan berkenaan selepas dia ditemui bersama teman lelakinya di sebuah bilik hotel di Jitra, kira-kira 24 jam selepas dia dilaporkan hilang pada malam Jumaat lalu.
Katanya, selain remaja perempuan turut ditahan empat remaja lelaki berusia antara 16 dan 19 tahun termasuk teman lelakinya itu, untuk membantu siasatan berkaitan kes culik termasuk dakwaan rogol ke atas remaja perempuan berkenaan.
“Kita percaya remaja perempuan terbabit bukan saja merancang penculikan dirinya, malah SMS yang dikirim kepada telefon bimbit milik bapa angkatnya itu juga disyaki turut dilakukannya sendiri.
“Malah, hasil siasatan juga mendapati helah terbabit sengaja dirancang remaja perempuan berkenaan bagi mengaburi keluarga angkatnya supaya tidak mencarinya yang ingin bersama salah seorang suspek di situ,” katanya.
Abdul Rahman berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 364 Kanun Keseksaan membabitkan kesalahan menculik dengan tujuan membunuh atau menyebabkan kematian.
“Selain itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jitra juga sedang menyiasat empat remaja lelaki terbabit mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.
Gambar hiasan: Antara mangsa yang terkena mercun
Saya petik:[HM] KOTA KINABALU: Seorang lelaki maut apabila kepalanya berkecai ketika cuba memeriksa satu daripada tiga bunga api disangkakan tidak berfungsi, tetapi meletup secara tiba-tiba dalam kejadian di Taman Seputeh, Luyang, di sini, awal pagi kelmarin.
Sebelum kejadian, mangsa dikenali sebagai By Shaow Yong, 26, dikatakan menyalakan tiga bunga api berkuasa tinggi yang mampu membentuk objek di udara, berhampiran rumahnya sempena Tahun Baru Cina, kira-kira jam 12.30 tengah malam.
Dua daripada bunga api dipercayai sama jenis digunakan pihak berkuasa bagi menyambut sesuatu perayaan meletup di udara, manakala satu lagi tidak berfungsi, menyebabkan mangsa cuba melakukan pemeriksaan sebelum ia meletup.
Letupan secara tiba-tiba itu menyebabkan mangsa terpelanting beberapa meter dan ahli keluarga yang cuba memberikan bantuan terkejut apabila mendapati sebahagian daripada kepalanya hancur.
Difahamkan, bunga api berkenaan dibeli dengan harga RM500 dan dipercayai dibawa masuk secara haram dari China.
P/s: Jadikan pengajaran...
Satu ditahan berhubung serangan ceramah ABU
[SH] SHAH ALAM - Polis Selangor telah menahan seorang lelaki berusia lewat 20-an bagi membantu siasatan insiden serangan ketika ceramah Asal Bukan Umno (ABU) di Dewan Orang Ramai Majlis Bandaraya Shah Alam, Jalan Kebun di sini, Sabtu lalu.
Dia ditahan pagi semalam selepas dikenal pasti antara yang menimbulkan kekecohan.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, pihaknya sedang mengenal pasti beberapa suspek lagi dan siasatan sudah mula dijalankan selepas kejadian tersebut berlaku.
Menurutnya, lelaki tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan keterangan daripada saksi juga sudah diambil.
“Tangkapan susulan akan dibuat selepas ini kerana dipercayai kekecohan ini ditimbulkan oleh beberapa individu yang dikenal pasti orang awam yang hadir,” katanya.
Beliau berkata, ceramah yang dianjurkan itu tidak dimaklumkan kepada pihaknya tetapi keadaan dapat dikawal selepas anggota polis tiba di tempat kejadian.
Zahedi juga menegaskan, tidak berlaku sebarang kerosakan di dalam atau luar dewan ketika kejadian termasuk dakwaan gerai yang dimusnahkan oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali.
Menurutnya, empat laporan diterima selepas kejadian tersebut dan hasil daripada laporan, pihaknya mengambil tindakan dan membawa kepada penahanan seorang suspek untuk siasatan.