[HM] KUALA LUMPUR: Pertemuan semula dengan kekasih lama yang dijejak melalui laman sosial facebook menyebabkan seorang isteri hilang pedoman apabila lari meninggalkan suaminya untuk tinggal bersekedudukan dengan bekas teman lelakinya itu.
Lebih mengaibkan, wanita berusia 30-an itu yang membawa bersama anaknya berusia lebih setahun turut menuntut supaya suaminya menceraikannya.
Bertindak atas laporan suaminya, wanita itu bersama bekas teman lelakinya ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam serbuan di sebuah rumah di Shah Alam, Rabu lalu.
Sumber Jais berkata, dalam serbuan kira-kira jam 3 pagi itu, pasangan kekasih terbabit gagal membuktikan mereka mempunyai ikatan sah mengikut hukum syarak apabila disoal siasat.
“Mereka dibawa ke pejabat Jais untuk siasatan lanjut dan sebelum dibebaskan dengan jaminan mulut,” kata sumber itu.
Menurutnya, siasatan awal Jais mendapati suami wanita terbabit membuat laporan mengenai kecurangan isterinya, selain mendakwa isterinya melarikan anak mereka.
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Jais, Mohamad Rais Rasid mengesahkan serbuan dan tangkapan dilakukan pihaknya terhadap wanita terbabit bersama bekas teman lelakinya.
“Kami sudah menyoal siasat pasangan terbabit dan mereka bakal dihadapkan ke Mahkamah Syariah pada Jun depan atas kesalahan berkhalwat,” katanya.
Menurutnya, sekiranya bersalah pasangan terbabit boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun, mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor.
[MK] Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ketua menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud seperti presiden Mesir Hosni Mubarak yang mahu terus berkuasa walau diminta berundur.
Bercakap di majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran cabang PKR Stampin hari ini, Anwar berkata penduduk Sarawak perlu menuntut supaya Abdul Taib segera berundur melalui proses demokratik.
Abdul Taib dan Mubarak kedua-duanya telah berkuasa sejak 30 tahun lalu.
Berjuta-juta rakyat Mesir kini melancarkan protes di seluruh negara bagi menuntut Mubarak supaya segera berundur.
Anwar berkata, perubahan boleh dilakukan sekiranya Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan di negeri itu dan Abdul Taib tidak lagi menjadi ketua menteri.
Katanya, Pakatan akan menurunkan harga minyak dan harga barangan keperluan sekiranya ia dapat membentuk kerajaan di Sarawak.
Berani sungguh Mohd Noor Deris (gambar) ni untuk berdebat dengan Nik Aziz!! Tak seperti bosnya Najib Razak yang menikus apabila Anwar ajak berdebat. Tapi betul ke Mohd Noor Deris ni berani berdebat? Lihatlah sikap Noor Deris dalam video di bawah ini..
Saya petik:
Nik Aziz sahut cabaran ulama umno
[SH] KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyahut cabaran Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Profesor Mohd Noor Deris untuk berdebat berhubung dakwaan beliau membuat kenyataan yang merosakkan akidah selain memecahbelahkan umat Islam.
Nik Aziz berkata, debat adalah cara terbaik bagi menyelesaikan kekusutan sekali gus memberi kefahaman kepada umat Islam.
“Saya setuju kerana apabila berlaku kekusutan, kita diminta berdebat dengan cara baik bagi mencari jalan penyelesaian.
“Boleh (berdebat), tidak menjadi masalah asalkan kita menjadikan al-Quran sebagai ‘orang tengah’,” katanya selepas mengimami solat hajat pada Program Solat Hajat Selamatkan Siswa dan Rakyat Mesir Bersama Tok Guru di Medan Ilmu di sini, semalam.
Menurutnya, setiap perkara yang berlaku perlu dirujuk kepada Allah SWT yang menurunkan al-Quran serta mengirimkan Nabi Muhammad SAW.
Dalam satu kenyataan disiarkan media kelmarin, Mohd Noor yang juga bekas ahli Pas menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja Melayu supaya mengkaji beberapa kenyataan Nik Aziz yang dilihat bercanggah dengan syarak selain menjejaskan kestabilan politik dan keselamatan negara.
Antara lain, Menteri Besar Kelantan itu didakwa pernah mengeluarkan kenyataan sesiapa yang mengundi Pas masuk syurga dan tidak mengundi Pas disifatkan sebagai jahiliah ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor baru-baru ini.
Bagi Mohd Noor, kenyataan itu tidak boleh dibiarkan kerana ia akan menyebabkan ramai orang mati kerana murtad atau keluar dari Islam.
Sehubungan itu, beliau mencabar Nik Aziz untuk berdebat secara terbuka mengenai perkara itu.
Menurutnya, Nik Aziz kerap kali melakukan fitnah antaranya dengan mengatakan Malaysia bukan negara Islam, UMNO tidak mahu Islam dan imam UMNO tidak sah diikuti.
Demonstrasi "Day of departure" yang berlangsung semalam (Jumaat) Semangat yang ditunjukkan oleh anak muda ini menakutkan sekutu rapat Mesir iaitu Israel. Anak muda tidak lupa sujud kepada Allah walaupun dalam situasi getir...
Saya petik: [TVS] KUALA LUMPUR 4 FEB: Penangkapan tujuh lelaki dalam himpunan besar-besaran membantah campur tangan Amerika Syarikat ke atas pentadbiran Mesir disifatkan tindakan melampau polis ke atas perhimpunan rakyat oleh Peguam Hak Asasi Manusia, Fadiah Nadwa Fikri.
Fadiah berkata, selain menangkap tujuh orang berkenaan selepas perhimpunan, polis juga dilaporkan bertindak memukul dan meludah ke arah peserta perhimpunan ini.
"Tindakan polis ini memang salah disisi undang-undang, kerana peserta-peserta perhimpunan telah pun bersurai pada ketika itu, Polis kemudian datang dan membelasah beberapa orang, kita dapat maklumat ada beberapa saksi melihat ada polis yang membelasah dan meludah ke arah mereka yang bersurai ini, di tangkap dan ada yang dipukul sebelum di muatkan ke dalam trak.
"Di mana polis memang bertindak diluar kawalan, tidak langsung mengikut undang-undang dan tidak memastikan hak-hak mereka yang berhimpun ini dijaga," katanya.
Tambahnya lagi, perhimpunan tersebut berlangsung aman dan peserta perhimpunan bersurai setelah berjaya menyerahkan memorandum tersebut.
Namun pihaknya kecewa dan tidak faham kenapa polis bertindak ganas sedangkan kesemua peserta sedang bersurai.
"Semua sedang bersurai dan saya sendiri ada dalam perhimpunan tadi, dan semasa saya bersurai itu, tiba-tiba polis datang dan membelasah peserta-peserta perhimpunan, kita pun tidak faham kenapa pihak polis perlu bertindak macam itu," katanya.
Kira-kira 5,000 orang yang diketuai oleh Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ridhuan Mohd Nor bagi menyerahkan memorandum di Kedutaan Amerika Syarikat, membantah campur tangan kerajaan itu terhadap pentadbiran Mesir.
Memorandum itu untuk mendesak Amerika Syarikat di bawah pimpinan Barack Obama menggunakan kuasa 'memaksa' Hosni Mubarak supaya melepaskan jawatannya segera.
Setelah berjaya menyerahkan memorandum tersebut, peserta perhimpunan kemudiannya mengambil keputusan bersurai.
Mengulas situasi yang berlaku, Fadiah berkata beliau juga nyaris ditangkap polis ketika dalam cubaan berjumpa Ketua Polis bertugas bagi mendapatkan butiran anak guamnya yang ditahan.
"Ketika saya pergi ke trak polis bersama dengan ahli keluarga mangsa yang ditangkap untuk berjumpa OCPD bagi mendapatkan butiran anak guam saya, di hadapan FRU itu juga dia menjerit supaya saya sendiri ditangkap, walaupun saya sebagai peguam," katanya.
Ini bukan demo kerana harga barang naik tetapi demo untuk menyerahkan memo bantahan kepada AS kerana campur tangan AS dalam pemerintahan Mesir.
Saya petik:
[HD] KUALA LUMPUR, 4 Feb: Satu memorandum hari ini diserahkan kepada Kedutaan Amerika Syarikat melalui satu himpunan membantah campurtangan negara itu terhadap pemerintahan Mesir.
Penyerahan memorandum tersebut disertai wakil-wakil parti politik dari Pakatan Rakyat dan Badan Bukan Kerajaan NGO.
Mereka termasuk Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub, Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid, Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin, Presiden PSM Dr. Nasir Hashim dan Penyelaras PSM, S. Aruchelvan dan lain-lain.
Dianggarkan hampir 10 ribu menyertai himpunan kali ini selepas kali pertama himpunan sama dibuat Isnin lalu di hadapan Kedutaan Mesir bagi mengutuk kekejaman kerajaan negara itu dibawah Presidenya, Hosni Mubarak.
Beberapa wakil pemimpin yang hadir turut menyampaikan ucapan ringkas, dan kesemuanya antara lain turut mengingatkan kerajaan Malaysia agar mengambil iktibar dari apa yang ditunjukkan rakyat Tunisia dan Mesir.
Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Saleh antaranya berkata himpunan hari ini adalah manifestasi kebencian rakyat terhadap sebarang bentuk kezaliman yang dilakukan mana-mana kerajaan terhadap rakyatnya.
"Kita benci kepada mana-mana kerajaan yang melakukan kezaliman... Kita mahu kerajaan merealisasikan kehendak rakyat skiranya tak ingin jadi seperti kerajaan Tunisia dan Mesir,"katanya.
Mohamad Sabu pula dalam ucapannya turut memberi amaran bahawa rakyat Malaysia juga akan bangkit jika dizalimi sedemikian rupa.
Selain mereka, turut serta menyokong memorandum bantahan itu Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Citizens International, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) dan Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram).
Himpunan itu bagaimanapun dicemari dengan insiden tangkapan dan semburan watercanon oleh pihak polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan FRU.
Beberapa petugas Unit Amal PAS dan orang ramai ditangkap di hadapan Masjid Tabung Haji ketika pihak polis cuba menyuraikan himpunan tersebut selepas selesai menyerahkan memorandum.
Terdahulu, lebih 7000 rakyat berarak dari Masjid As-Syakirin KLCC ke Kedutaan Amerika Syarikat.
Himpunan memulakan diketuai Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ridhuan Mohd Nor.
Biarpun pihak polis menghalang laluan menuju ke bangunan kedutaan tersebut, peserta himpunan bagaimanapun berjaya melepasinya.
Himpunan yang menggabungkan parti politik dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) hari ini dinamakan Himpunan Bersama Kebangkitan Rakyat Mesir.
Mereka membuat tiga desakan terhadap Amerika Syarikat iaitu menggesa ejen negara itu berundur dari Mesir, tidak campur tangan dalam urusan rakyat Mesir memilih pemimpin mereka serta mendesak seluruh dunia memberi tekanan kepada Presiden Mesir, Husni Mubarak agar meletakkan jawatan.
Kesemua mereka berarak selepas selesai solat Jumaat sebentar tadi di Masjid As-Syakirin KLCC.
Sekurang-kurangnya 50 NGO turut sama dalam himpunan tersebut. -Harakahdaily
[HD] KUALA LUMPUR, 4 Feb: PAS mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan pendirian terhadap Presiden Mesir Hosni Mubarak dan kerajaannya yang kini sedang berdepan penolakan rakyat di negara teluk itu.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, sehingga kini Najib dilihat mengambil sikap berkecuali biarpun keangkuhan Hosni Mubarak berundur telah membangkitkan penentangan rakyat negara itu sehingga negara lain termasuk Malaysia terpaksa bersusah membawa pulang rakyat masing-masing.
"Kita menuntut Najib menyatakan sikap yang jelas sama ada mahu mempertahankan Hosni Mubarak dan kerajaannya atau sebaliknya.
"Kita kecewa sehingga kini Najib tidak berani memberi tekanan kepada Hosni Mubarak," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
Tambahnya, Perdana Menteri sepatutnya malu apabila Tokoh Ma'al Hijrah Malaysia 2009, Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi dengan begitu tegas menggesa Hosni Mubarak berundur dengan segera.
"Orang yang kita bagi anugerah pun boleh buat macam tu sedangkan dia tidak ada apa-apa kepentingan politik pun, malu la kita," ujarnya lagi.
Sebelum ini, al-Qaradawi yang juga Ketua Kesatuan Antarabangsa Cendekiawan Muslim, turut meminta Hosni Mubarak agar mengangkat kaki secara pilihan sebelum beliau pergi secara paksaan.
Katanya, presiden Mesir itu perlu mengambil pengajaran dari nasib Presiden Tunisia, Zine el Abidine Ben Ali.
"Undurlah, wahai Mubarak, jika ada di hatimu sedikit rasa belas kasih, atau ada dalam kepalamu sedikit akal yang berfikir.
"Jangan kamu hancurkannya dan duduk di atas kehancuran tersebut. Pergilah, wahai Mubarak," katanya.
"Tidak ada lagi tempat untukmu, wahai Mubarak. Saya minta kamu untuk keluar mengangkat kaki," tambahnya lagi.
Sehubungan itu, PAS dan seluruh rakyat negara ini ujar Mahfuz sedang menanti pendirian Najib dalam isu ini.
"Rakyat sedang menunggu Najib untuk mengutuk Mubarak yang enggan tunduk kepada tuntutan rakyat sendiri," katanya.
Itulah kata-kata Firaun Mubarak ketika rakyat sudah benci dengan beliau. Sebenarnya beliau tidak mahu berundur segera kerana bimbang kepentingan keluarga dan sekutunya terancam. Oleh itu beliau akan melakukan sesuatu untuk mengekalkan kepentingan sekutunya. Mungkin dengan cara mewujudkan proksi beliau dalam pentadbiran.
Saya petik:
[TMI] KAHERAH, 4 Feb — Hosni Mubarak berkata beliau sudah “bosan” kekal sebagai presiden Mesir dan memang mahu bersara dengan segera tetapi keadaan tidak mengizinkannya untuk berbuat demikian sekarang.
Oleh itu kata Hosni, 82, beliau bimbang negara dengan 80 juta penduduk itu akan huru-hara jika mengambil tindakan meletakkan jawatan sekarang.
Sementara kebangkitan rakyat masuk hari ke-11 dengan lebih 100 orang terbunuh dalam demonstrasi aman pula bertukar ganas sejak kelmarin, Hosni awal minggu ini memberitahu dunia bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatannya buat penggal keenam September ini.
Dalam temu bual pertama sejak pemberontakan antikerajaan, Hosni memberitahu ABC News, beliau “sudah bosan” dengan tampuk kuasa.
Sehubungan itu beliau memberi amaran bahawa parti Ikhwanul Muslimin akan mengisi vakum kuasa jika beliau meletakkan jawatan sekarang.
BBC pula melaporkan kata-kata itu adalah versi naratif yang digunakan oleh presiden itu masa-masa lalu untuk menjustifikasikan sebab mahu terus menerajui negara utara benua Afrika itu.
Hosni berada di tampuk pemerintahan sejak tiga dekad lalu dengan didakwa melakukan penindasan politik khususnya ke atas Ikhwanul Muslimin.
Beribu-ribu penunjuk perasaan terus berada di ibu negara Mesir dengan puak pro-Hosni pula melakukan serangan ke atas mereka.
Tentera yang cuba untuk memisahkan kedua-dua kumpulan itu kelihatan gagal berbuat demikian.
Menteri Kesihatan Mesir Ahmed Samih Farid berkata, lapan orang terbunuh sejak kelmarin dan hampir 900 orang cedera dengan sembilan orang cedera parah.
Seorang lagi dikatakan terbunuh di Dataran Abdel Monem Riyad Square, tengah Kaherah dan ramai lagi cedera.
Dalam temu bual itu dengan ABC, Hosni berkata, beliau juga ada memberitahu Presiden Barack Obama bahawa Amerika Syarikat tidak faham budaya Mesir dan “apa akan berlaku jika letak jawatan sekarang.”
“Saya tidak berminat untuk bertanding lagi. Saya tidak berminat untuk menjadikan Gamal sebagai presiden selepas saya,” kata Hosni.
Gamal Mubarak adalah anak lelaki Hosni yang dilihat oleh rakyat Mesir dan diplomat Amerika Syarikat bahawa sedang dibimbing untuk menggantikan beliau.
Obama mahu Hosni melakukan proses peralihan kuasa dan ia harus dilakukan “sekarang.”
Dalam ucapan disiarkan menerusi televisyen kerajaan malam tadi (waktu Malaysia), Naib Presiden baru yang dilantik Hosni, Omar Suleiman sekali lagi meminta penunjuk perasaan meninggalkan demonstrasi.
“Saya meminta orang-orang muda negara ini, kami ucapkan terima kasih atas apa yang anda lakukan, anda ada sumber reformasi,” kata Omar.
Kemudian beliau mengajak Ikhwanul Muslimin mengadakan dialog dengan kerajaan.
Barisan pembangkang sudah pun menolak sebarang bentuk rundingan dengan Hosni.
Di Washington, jurucakap Obama mengutuk tindakan menyasarkan wartawan yang membuat liputan di Mesir.
Kumpulan pro-Hosni dikatakan menyerbu hotel-hotel penginapan wartawan asing.
SHAH ALAM 3 FEB: Kerajaan Umno- Barisan Nasional lembab dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat Malaysia di Mesir dakwa Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
Hal ini ekoran kegagalan koordinasi Wisma Putra dengan kedutaan Malaysia di Mesir dalam usaha menyelamatkan 11 ribu rakyat yang rata-ratanya pelajar yang terkandas di sana.
Khalid berkata tindakan Wisma Putra mengantar wakilnya ke sana untuk tujuan pemantauan bukan sahaja melambatkan proses bantauan dan menyelamatkan rakyat malah jelas menunjukkan sikap tidak percaya kepada kedutaan Malaysia di sana.
"Kenapa kita kena hantar wakil dari sini pergi ke sana untuk memantau seolah-olah tidak percaya laporan kedutaan dan pegawai-pewagai di sana yang mengambarkan keadaan dah begitu teruk dan ini melambatkan tindakan,"katanya.
Khalid yang ditemui Tv Selangor di luar perkarangan IPD Shah Alam, turut menjelaskan perkara ini adalah salah satu punca kelewatan kerajaan dalam menyelamatkan rakyat dan pelajar di Mesir.
Tambahnya lagi, kedutaan di Mesir seharusnya bertindak menyeluruh tanpa mengelaskan sempadan politik untuk memberi bantuan.
"Benda macam ini tidak sepatutnya berlaku, kedutaan di sana bukan perlu menjaga pelajar dengan melihat mereka ini Umno ke atau PAS, sebaliknya duta harus bertindak menyalurkan bantuan kesegenap rakyat Malaysia yang berada disana, kerana mereka semua mengharapkan kedutaan memberikan laporan untuk kerajaan di Malaysia akan bertindak dengan segera dan bukannya seperti yang berlaku, hantar wakil untuk pantau," katanya.
Dilaporkan terdapat kira-kira 11,000 rakyat Malaysia di negara itu dan daripada jumlah tersebut 7,000 adalah pelajar.
Sekitar 250,000 hingga dua juta orang dilaporkan berada di jalan-jalan raya di Mesir semalam dan perhimpunan paling besar dalam demonstrasi mengulingkan Presiden Mesir Hosni Mubarak ekoran pemerintahan kuku besinya, bermula sejak 25 Januari lalu.
Setelah lebih seminggu insiden ini berlaku, baru semalam bantuan disalurkan kepada rakyat Malaysia disana.
Sehingga berita ini ditulis angka korban mencecah lima orang. -TVS
[MStar] SHAH ALAM: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Sri Muda, Shuhaimi Shafiei akan menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini Isnin ini, berhubung satu entri di dalam blognya yang didakwa telah menghina Sultan Selangor.
Beliau hadir ke balai polis hari ini untuk menyerah diri dan kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis.
Semalam beliau telah diarahkan untuk hadir ke balai polis bagi ditahan.
Kira-kira 11.15 pagi ini, beliau dilihat memasuki perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dan meninggalkan IPD tersebut lima minit kemudian.
"Saya menerima panggilan daripada polis kira-kira pukul 7 malam semalam untuk hadir ke IPD Shah Alam untuk ditahan," katanya kepada pemberita setelah keluar daripada IPD itu.
Shuhaimi turut memberitahu bahawa beliau akan dihadapkan di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada pukul 9 pagi Isnin ini bagi menghadapi pertuduhan.
Peguam beliau, Latheefa Koya berkata jaminan dengan seorang penjamin itu diberikan agar anak guamnya dapat hadir untuk menghadapi pertuduhan yang akan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan, Isnin ini.
"Jaminan ini ialah sebagai jaminan mulut iaitu sekiranya Shuhaimi gagal hadir ke mahkamah Isnin ini, maka penjaminnya harus membayar RM2,000," katanya.
Shuhaimi yang juga Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Kota Raja mencetuskan kontroversi berikutan kenyataan di dalam blognya pada 30 Disember tahun lepas yang didakwa telah mempertikai keputusan Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru.
Beliau menafikan kenyataannya itu bertujuan untuk menghasut rakyat dan menghina Sultan.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Zahedi Ayob mengesahkan Shuhaimi dibebaskan dengan jaminan polis. BERNAMA
Cerita tentang seorang Pengerusi Rukun Tetangga yang juga Tim. Ketua UMNO Cawangan Pangsa Perdana, Puchong Perdana yang ditangkap khalwat dengan isteri orang pada 2 Februari 2011 jam 2.00 pagi telah heboh di laman blog dan Facebook.
Surat yang didakwa daripada suami pasangan khalwat kepada Universiti Malaya menceritakan tentang kejadian tersebut juga disertakan. Pengadu juga dikatakan telah membuat laporan polis dan juga dengan berani menyertakan nama, nombor telefon dan alamat e-mel.
Persoalannya adalah cerita ini fitnah atau benar-benar berlaku? Jika ianya fitnah maka si fulan itu perlu menafikannya.
Saya ingin memaklumkan bahawa seorang Pembantu Am Rendah di organisasi pihak Puan telah melakukan perbuatan sumbang dan memalukan masyarakat. Nama beliau ialah Rosli Bin Alias dari Centre For Foundation Studies In Science.
Pada pukul 2.am malam tadi 2 Februari 2011, pasangan Rosli Alias yang merupakan Pengerusi Rukun Tetangga dan Ketua UMNO, Puchong Perdana, telah ditangkap oleh masyarakat disini. Ketika ditangkap bersama pasanganya yang juga merupakan isteri saya, beliau sedang bersetubuh dalam keadaan posisi dari belakang. Beliau, Rosli juga mengugut untuk membunuh saya disaksi oleh anak perempuan saya yang berumur 18 tahun.
Bagaimana pun beliau sering mendakwa mempunyai hubungan baik dengan pihak berkuasa dan polis, meluru pergi ke Balai Polis Bukit puchong untuk membuat "laporan".
Beberapa minit kemudian masyarakat yang menangkapnya juga membuat laporan di balai polis yang sama. Ketika di Balai Polis beliau sengaja berpeluk cium didepan khalayak ramai untuk membangkitkan kemarahan orang ramai dan menunjukkan keberaniannya yang "luar biasa"
Saya membuat laporan ini agar pihak Universiti Melaya mengambil tindakan terhadap beliau kerana memalukan. Beliau juga sering memberitahu orang, bahawa beliau adalah kakitangan pensyarah. Sokongan masyarakat terhadap terhadap UMNO di sini, diambil kesempatan oleh Tuan Pengerusi Rukun Tetangga ini untuk melempiaskan nafsu luar biasanya kepada isteri orang.
Saya sempat mengambil gambar dan akan menunjukkan kepada Puan jika diperlukan. Kes ini juga menyebabkan image UMNO tercalar di mata masyarakat. Saya juga ahli UMNO sebelum ini.
Saya boleh membawa anak perempuan saya dan masyarakat sebagai saksi. Jika inginkan maklumat lanjut boleh terus menghubungi saya Alangzizsham 019 3501242.
Berita kehilangan isteri saya sebelum ini terjawab. Kehilangannya rupanya dipangkuan Rosli
Kumpulan pro-Firaun menggunakan unta dan kuda untuk memukul penunjuk perasaan
Dilaporkan sekurang-kurangnya tiga terbunuh dan 1,500 mengalami kecederaan. Saksi mendakwa tentera membenarkan beribu-ribu pro-Firaun memasuki Dataran Tahrir dengan membawa kayu dan pisau.
Tentera Mesir menafikan polis dan tentera melakukan provokasi... Saksi mendakwa bahawa seseorang akan dibayar $17 jika menyertai kumpulan pro-Firaun
Penunjuk perasaan dilaporkan tidak akan berputus asa untuk meneruskan demonstrasi sehingga Firaun meletakkan jawatan.
Gila!! Kalau nak bergayapun janganlah sampai anak menjadi mangsa!! Pihak berkuasa juga perlu memantau penjual karpet warga asing ini, jangan sampai ada dalam kalangan mereka yang buat "taik" kat Malaysia ni...
Saya petik:
[HM] ALOR SETAR: “Disebabkan ibu tak mampu membayar hutang karpet kira-kira RM3,000, saya terpaksa berkahwin dengan lelaki Pakistan yang menjual permaidani itu untuk melangsaikan hutang.
“Namun, selepas berkahwin pada Mac lalu, baru saya tahu dia tidak jujur kerana selepas enam bulan, suami meninggalkan saya tanpa khabar berita,” kata seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Hashimah, 29.
Dia yang kesal berkahwin dengan Mat Karpet itu berkata, semuanya bermula selepas ibunya membeli empat helai karpet daripada lelaki asing itu, tiga tahun lalu.
“Ibu saya beli secara bayaran ansuran RM30 sebulan, itu pun jika ada duit. Malangnya, ibu gagal membayar ansuran selama dua tahun sehingga bunga semakin meningkat.
“Lelaki terbabit meminta ibu menjelaskan hutangnya. Apabila ibu memberitahu dia tak ada duit, lelaki itu minta dikahwinkan dengan saya sebagai syarat untuk melangsaikan semua hutang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Kuala Kedah, di sini, semalam.
Hashimah berkata, kerana tiada pilihan selain bimbang nasib keluarganya terancam dia hanya mengikut kata-kata lelaki itu dan keluarganya.
Menurutnya, majlis pernikahannya diadakan secara kecil-kecilan dengan dihadiri saudara-maranya serta beberapa rakan lelaki itu.
“Majlis kenduri termasuk akad nikah diadakan di rumah saya dan ia dibuat secara kecil-kecilan,” katanya.
Menurutnya, pada awal perkahwinan tiada apa berlaku, tetapi selepas enam bulan, baru dia tahu yang suaminya mengaut keuntungan berlipat kali ganda hasil perniagaan karpet.
“Dia beli sehelai karpet daripada rakannya RM65, tetapi menjualnya kepada orang kampung sehingga RM400 dengan mendakwa ia berkualiti selain sukar didapati di negeri ini. “Saya anggap ibu dan ramai penduduk kampung yang membeli karpet daripada suami saya tertipu,” katanya.
Hashimah yang bekerja di sebuah pasar mini, dekat sini, berkata sejak itu dia mula meragui suaminya, malah mendakwa penjual karpet dari Pakistan datang ke negara ini hanya untuk berkahwin dengan gadis tempatan sebelum meninggalkan mereka.
“Apa yang berlaku ke atas saya mengaibkan, namun saya sedia mendedahkan untuk memberi pengajaran kepada orang lain supaya tidak mengalami nasib sama,” katanya.
Sementara itu, Harian Metro turut menemubual seorang Mat Karpet warga Pakistan di Jitra yang ketika itu rancak menjual permaidani kepada penduduk di Kampung Padang Sera, di sini.
Mat Karpet yang dikenali sebagai Bakti, 47, itu berkata, dia sudah lama menjual karpet di bandar ini, Jitra dan Perlis dengan menunggang motosikal sendirian sejak 20 tahun lalu sehingga mendapat taraf kerakyatan negara ini.
Katanya, karpet yang dijualnya itu buatan China yang dijual RM300 hingga RM500 sehelai dan pelanggan akan membayar ansuran RM30 hingga RM40 sebulan kerana tidak berkemampuan.
“Ada juga pelanggan tidak membayar ansuran bulanan, tetapi saya kasihan kerana ramai antara mereka orang susah.
“Ramai juga rakan saya yang menjual karpet berkahwin dengan gadis tempatan kerana ibu bapa mereka tidak mampu membayar hutang dan itu cara untuk melangsaikan hutang,” katanya yang mengakui lebih 10 rakannya menjalankan kegiatan menjual karpet di negeri itu.
Bakti mengakui harga sebenar karpet dijualnya jauh lebih murah, tetapi disebabkan mahu mengambil untung dan kos pengangkutan dia menjualnya pada harga tinggi.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Datuk Yusoff Ismail mengesahkan menerima lebih 20 aduan penduduk tempatan yang tidak puas hati dengan peniaga karpet, kebanyakannya rakyat Bangladesh, Pakistan dan Indonesia.
“Bagaimanapun, kes membabitkan peniaga karpet dari Pakistan yang dikesan bernikah dengan gadis tempatan hanya dua iaitu di Kulim dan Kuala Kedah,” katanya.
Yusoff berkata, lelaki warga asing terbabit kebiasaannya menjual karpet pada harga dua kali ganda lebih mahal berbanding harga pasaran walaupun tidak bermutu tinggi.
“Biasanya, mereka akan memujuk pelanggan supaya membeli karpet dan boleh membuat bayaran secara ansuran serendah RM20 setiap bulan.
“Kes ini kebanyakannya dikesan di luar bandar membabitkan pembeli yang tidak mampu membeli secara tunai. Apabila mereka gagal melunaskan hutang, Mat Karpet memberi pilihan supaya dikahwinkan dengan anak gadis mereka dan semua hutang termasuk bunga yang tinggi dikira selesai,” katanya.
Firaun Hosni Mubarak semalam mula menggunakan kekerasan terhadap rakyatnya dalam usaha menamatkan demonstrasi. Polis dan tentera yang berpakaian awam mula melakukan provokasi dengan menyamar sebagai penyokong beliau dan bertempur dengan penunjuk perasaan. Difahamkan tiga maut dan beratus-ratus lagi cedera, menurut laporan AP.
Pentempuran mula dicetuskan oleh penyokong firaun itu yang melakukan provokasi terhadap kumpulan yang menentang beliau. Beliau yang berkeras tidak akan meninggalkan bumi Mesir dan akan mati di tanahairnya walau apa pun yang berlaku.
Beberapa jam setelah beliau berucap di TV milik kerajaan, seorang jurucakap tentera memberi amaran agar demonstrasi dihentikan. Sehari sebelum itu pihak rejim Israel telah menghantar senjata kepada rejim Hosni Mubarak untuk digunakan ke atas rakyatnya.
[MStar] KOTA BHARU: Kelantan hari ini menghantar wang tunai RM120,000 menerusi misi kemanusiaan Mercy Malaysia ke Mesir bagi membantu 1,281 pelajar negeri itu yang terperangkap di sana.
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata bantuan itu yang dibawa bekas Pengerusi Kelab Pelajar Mesir selaku wakil kerajaan Zulkifli Yaakob bertujuan membantu pelajar Kelantan membeli bekalan makanan.
"Bantuan itu untuk pelajar Kelantan yang dikatakan tidak cukup bekalan makanan dan dijangka tiba di Kaherah esok," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
"Saya juga harap rakyat Malaysia dapat dibawa pulang dengan selamat dan seberapa segara berikutan keadaan kian meruncing," kata Nik Abdul Aziz yang turut meminta Presiden Mesir Hosni Mobarak tunduk kepada tuntutan rakyat negaranya agar berundur bagi memulihkan keadaan. BERNAMA
Ini kes terbaru keganasan polis selepas kes Chia. Sila klik di sini..
Saya petik:
[MK] Seorang wanita yang hamil lapan bulan mendakwa dilempang dan dirompak Isnin lalu oleh anggota polis berpakaian preman yang didakwa memecah masuk ke kedainya di Sungai Buloh - dan mereka kemudian menangkapnya.
Ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng, yang dihubungi wanita tersebut - Chow Soo Meng, 36 - pagi ini, mendakwa anggota polis berkenaan mencuri kira-kira RM20,000 wang tunai dan beberapa barangan lain dari wanita tersebut.
"Polis mengambil beberapa jenis rokok, enam botol minuman keras, oren mandarin dan tiga kartun minuman tin," kata Chow dalam laporan polisnya.
Dalam laporan yang dibuat di balai polis Kepong, Chow berkata, anggota polis dari Jabatan Narkotik Petaling Jaya, turut mengambil 30 kad sim telefon bimbit dan memindahkan kamera TV litar tertutup dari kedainya.
Tidak satupun daripada barang-barang tersebut telah dikembalikan. Katanya, bila dia meminta dipulangkan wang tunai RM20,000 anggota polis yang menahannya enggan berbuat demikian dan memintanya janga buat isu atau hadapi risiko ditahan semula, kata Lim ketika dihubungi Malaysiakini.
Lim yang ditemui bersama Chow hari ini berkata, wanita itu telah mengunci jeriji pintu kedainya kerana dia seorang diri dari kira-kira jam 5 ptang Isnin, apabila kira-kira 10 lelaki datang pada kira-kira jam 6.30 petang dan menuntut dibenarkan masuk.
Bagaimanapun, katanya, apabila Chow enggan berbuat demikian, mereka mula menjerit terhadapnya dan memotong jeriji. Mereka kemudiannya menggari tangannya dan membawanya ke balai polis Damansara Utama.
Di sana, kata Lim lagi, Chow dipaksa menjalani ujian dadah, sebelum dibawa ke Jabatan Kastam di Kelana Jaya dan diberitahu yang dia tidak membayar cukai bagi minuman keras dan rokok.
"Dia diminta datang semula ke pejabat Jabatan Kastam di Kelana Jaya pada 2 Mac," tambah Lim.
[HM] KAHERAH: Israel dilapor menghantar senjata untuk menyuraikan tunjuk perasaan untuk digunakan oleh Presiden Mesir, Hosni Mubarak, terhadap beribu-ribu penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan 30 tahunnya.
Menurut Rangkaian Hak Asasi dan Pembangunan Antarabangsa, pesawat Israel mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Mina Sabtu lalu dengan membawa kelengkapan itu. Ia melaporkan, pasukan keselamatan Mesir menerima kargo di atas pesawat Israel, termasuk gas untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang dilarang oleh pertubuhan antarabangsa.
Sementara itu, parti pembangkang utama Mesir, Ikhwanul Muslimin semalam bersetuju untuk menyokong pemimpin pembangkang liberal, Mohamed ElBaradei sebagai jurucakap utama kumpulan pembangkang dalam rundingan reformasi.
Ikhwan mengumumkan keputusannya semalam ketika perarakan bantahan ‘sejuta orang’ berterusan di Kaherah.
Mohamed, 68, adalah bekas Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa - AP
[HM] PASIR PUTEH: Seorang wanita berusia 55 tahun yang tidak sampai 24 jam diceraikan, ternyata kemaruk nafsu apabila dicekup berkhalwat dengan pasangan berusia 34 tahun dalam serbuan di rumah warga emas berkenaan di Kampung Kuala Semerak, awal pagi semalam.
Serbuan ke atas kediaman wanita yang berstatus nenek tapi berselera muda itu dilakukan pasukan Skuad Amru bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) diketuai Ketua Operasinya, Ismail Yaacob, kira-kira jam 1 pagi, sebaik mendapat maklumat awam.
Ketika serbuan dilakukan, wanita itu yang mempunyai beberapa cucu sanggup berbohong dengan memberi alasan kononnya lelaki muda bersamanya di dalam bilik tidur itu suaminya.
Tindakannya itu nyata gagal meyakinkan penguat kuasa agama dan pasangan itu dibawa ke Pejabat Agama Pasir Puteh untuk diambil keterangan serta disoal siasat sebelum dibebaskan dengan ikat jamin.
Ismail berkata, serbuan ke atas rumah terbabit dilakukan hasil maklumat orang ramai yang dikumpulkan sejak seminggu lalu berhubung kejadian khalwat yang didakwa membabitkan seorang wanita warga emas bersama pasangannya.
“Berikutan aduan yang diterima, rumah itu diserbu penguat kuasa agama yang mengetuk pintu rumah berkenaan beberapa kali sebelum dibuka seorang wanita warga emas dalam keadaan berkemban beberapa minit kemudian.
“Ketika siasatan dilakukan, wanita itu berdolak-dalik dengan mengatakan lelaki berseluar pendek yang tidur di biliknya adalah suaminya menyebabkan penguat kuasa mencurigainya,” katanya.
Katanya, tidak sampai lima minit disoal, wanita berkenaan menukar pengakuan dengan mendakwa dia tidak tahu menahu kehadiran lelaki berkenaan yang didakwa secara tiba-tiba berada dalam biliknya.
“Selepas disoal siasat, wanita itu mendakwa dia baru bercerai dengan suaminya kira-kira jam 5 petang kelmarin, menyebabkan pasangan berkenaan terus disiasat untuk dihadapkan ke mahkamah,” katanya.
Ismail berkata, tiada orang lain berada di dalam rumah berkenaan ketika serbuan dan sebagai warga emas, wanita itu tidak sepatutnya berkelakuan tidak senonoh sebaliknya perlu menjadi teladan kepada cucunya yang remaja.
Berikutan itu, katanya, pasangan berkenaan didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Puteh, di bawah Seksyen 9(1)(2), Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan No 2/85 yang jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM2,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.
Satu tindakan segera yang dilakukan pihak kerajaan Indonesia untuk menyelamatkan rakyatnya dari negara Firaun Mesir...
Saya petik:
MALANG - Tentara Nasional Indonesia akan mengirim lima pesawat Hercules ke Mesir untuk mengevakuasi warga negara Indonesia. Tiga pesawat dari Jakarta dan dua unit dari Malang.
Tiga pesawat Hercules dari Skadron Udara 31 Wing I Lanud Halim Perdanakusuma, Jakarta. Sementara dua unit dari Skadron Udara 32 Wing II Lanud Abdulrachman Saleh, Malang, Jawa Timur.
Wakil Asisten Kepala Staf TNI Angkatan Udara Bidang Operasional Marsekal Pertama FHB Bambang Soelistyo, Selasa (1/2/2011), mengatakan, dua pesawat Hercules dari Malang, yaitu Hercules A-1305 dan Hercules A-1316, telah diberangkatkan ke Lanud Halim Perdanakusuma.
"Kedua pesawat tersebut hari ini diberangkatkan ke Halim untuk bergabung dengan tiga pesawat Hercules lain. Masing-masing berangkat pukul 08.11 dan pukul 09.18," katanya.
Pesawat Hercules A-1305 dipiloti Komandan Skadron 32 Letnan Kolonel (Pnb) Wayan Suparman dengan kopilot Kapten (Pnb) Ari Sutiono. Sementara Hercules A-1316 dipiloti Mayor (Pnb) Hermawan. Bambang menjelaskan, selain menyiapkan lima pesawat yang akan diberangkatkan ke Mesir, TNI AU juga menyiapkan personel Paskhas.
"Personel Paskhas tersebut terdiri atas Detasemen Bravo 90 dan Paskhas yang sudah berpengalaman dalam UN Mission," katanya.
Menurut dia, pasukan itu terbagi dalam tiga kelompok yang mempunyai tugas tersendiri. Kelompok 15 bertugas sebagai komando pengendali, kelompok 42 sebagai tim inti dalam evakuasi, dan kelompok 45 sebagai ground handling.
"Tugas itu adalah bagian dari operasi militer selain perang yang merupakan tugas negara dan harus dijalankan demi menjaga nama baik TNI AU dan NKRI dengan menjaga penampilan, bertindak tegas, dan santun," ujar Bambang.
Pasukan tim evakuasi TNI AU dipimpin Komandan Tim Kolonel Psk Rolland DG Waha dan Komandan Detasemen Bravo '90 Letkol Psk M Juanda.
Dalam upaya mengevakuasi WNI di Mesir, Presiden menunjuk Wakil KSAU Marsekal Madya Sukirno sebagai Post-Commander Satuan Tugas Evakuasi WNI dan telah berangkat menuju Mesir, Senin malam.
Turut mendampingi Wakil KSAU adalah Mayor Jenderal (Mar) Affan Gafar (Dan Kormar), Marsma TNI Sudipo Handoyo (Danpuspomau), Kolonel (Pnb) Yuyu Sutisna (Asops Kohanudnas), dan Letkol Inf Almukolis Suryo, sebagai tim pendahulu.
Layari web di bawah untuk mengetahui serba sedikit perkembangan pelajar kita di negara Firaun itu. Kebanyakan pelajar mengambil inisiatif sendiri untuk keluar dari Mesir supaya tidak terperangkap dengan situasi yang berbahaya sekarang ini. http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com
SQUAD PERHUBUNGAN SEMENTARA MESIR-MALAYSIA
Kami adalah jawatankuasa perhubungan sementara pelajar Mesir dengan Malaysia, berkhidmat secara sukarela untuk: 1. Memberi maklumat terus (direct) kepada rakyat Malaysia berkenaan keadaan rakyat dan pelajar kita di Mesir. 2. Menjadi jambatan (bridge) dalam perhubungan antara rakyat kita di sana dengan tanah air. 3. Membantu pihak kerajaan terutamanya Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) dalam mengumpulkan maklumat pelajar Mesir yang telah selamat sampai di Malaysia. 4. Kemaskini tentang maklumat pengajian di universiti dan keadaan keseluruhan di Mesir.
Ketua : Azizi Al Fahri (013-5010365) Timbalan : Nurul Nadia Md Zin (017-3193923) Setiausaha: Azhar Hamzah (0197461059), Aina Sakinah (016-6947899), Akmal Aziz (019-3521003)
[SH] GUA MUSANG - Sebuah rumah Skim Perumahan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) yang masih kosong kerana baru siap dibina di Kampung Jerek Kaling, dekat sini, dijadikan tempat perkongsian asmara seorang lelaki bersama dua teman wanitanya apabila mereka dicekup awal pagi kelmarin.
Serbuan Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Mukim Jerek diketuai Imannya, Md Zain Isamil, dilakukan kira-kira jam 1 pagi selepas mendapat maklumat awam berhubung pasangan terbabit tidur dalam sebuah bilik rumah berkenaan dengan memasang lilin kerana belum mempunyai elektrik.
Penahanan seorang lelaki bekerja pemandu lori berusia 34 tahun bersama dua teman wanitanya berumur 26 dan 28 tahun termasuk seorang daripadanya janda sebelum diserahkan kepada Penolong Penguat kuasa Agama Jajahan, Hunie Adabi Abdul Kadir untuk tindakan lanjut.
Pegawai Agama Jajahan, Anuar Hashim, berkata sebelum serbuan, AJK masjid terbabit menerima maklumat mengenai kegiatan seorang lelaki bersama dua teman wanitanya berada dalam rumah kosong berkenaan dengan mengunci pintu dari dalam.
Beliau berkata, mereka terpaksa membuat intipan sejak 11 malam lagi sebelum membuat serbuan dua jam kemudian dengan mengetuk pintu berulang kali dan dibuka seorang lelaki dalam keadaan ketakutan.
“Mereka memasang lilin dengan berkumpul dalam satu bilik dan ketika menyiasat dalam sebuah bilik tidur rumah terbabit menemui dua wanita termasuk seorang dari Kampung Lembaga manakala seorang lagi berasal dari Kampung Sungai Terah yang bersembunyikan diri.
“Keadaan semasa itu mereka berpakaian lengkap dan dibawa iman berkenaan untuk diserahkan kepada pejabat agama sebelum dibuat laporan di Ibu Pejabat Daerah (JPD) Gua Musang,” katanya.
Menurut Anuar berkata, lelaki terbabit sanggup membawa dua teman wanitanya ke kampung terbabit bagi melakukan perbuatan bertentangan dengan agama Islam kerana menyangka penduduk tidak mengambil kisah kelakuannya.
Beliau berkata, pasangan terbabit akan didakwa kerana berkhalwat lebih daripada seorang wanita di Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang pada 5 April depan.
Mereka akan didakwa dibawah Seksyen 9(3)(4), Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan No 2/85 jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Jutaan rakyat di seluruh Mesir berhimpun secara besar-besaran bagi menuntut Presiden Hosni Mubarak berundur selepas hampir 30 tahun berada di puncak kuasa. Pakatan pembangkang bertegas bahawa Hosni telah kehilangan kuasa dan mesti berundur. Pusat perhimpunan aman itu ialah di Dataran Tahrir, Kaherah dalam usaha mereka mengadakan perhimpunan sejuta rakyat hari ini. - Foto AP
Mungkinkah Luna Maya dan Cut Tari mengalami nasib seperti Ariel Peterporn? Mungkin ya...Sama-sama rasa, sama-sama tanggung!!
Saya petik:
[TMI] JAKARTA, 1 Feb — Susulan keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman ke atas Nazriel Irham atau Ariel Peterpan semalam, polis Indonesia dijangka membawa Luna Maya dan Cut Tari, yang terlibat dalam video seks melibatkan ketiga-tiga artis itu, ke mahkamah.
Jurucakap polis nasional Indonesia Insp. Jen. Anton Bachrul Alam berkata, mereka akan mempercepatkan siasatan ke atas Luna Maya dan Cut Tari.
Polis dijangka akan melengkapkan siasatan berhubung penglibatan kedua-dua artis wanita itu — masing-masing bekas kekasih dan teman wanita semasa Ariel, yang semalam dikenakan hukuman penjara tiga setengah tahun dan denda RM80,000 (Rp 250 juta).
“Apa yang mereka lakukan berkaitan dengan Ariel. Pegawai penyiasat sudah tentu akan mengambil tindakan memandangkan (Ariel) sudah didapati bersalah,” kata Anton dipetik Jakarta Globe.
Polis tidak menahan Luna Maya dan Cut Tari atas alasan kedua-duanya berjanji tidak akan mengulangi perbuatan mereka dan bekerjasama dengan pasukan siasatan.
Kedua-dua mereka juga muncul sebagai saksi dalam perbicaraan awal bulan lalu.
Ariel dan Luna Maya tidak mengakui bahawa mereka adalah pelakun dalam aksi porno itu, namun Cut Tari telah membuat pengakuan dan memohon maaf secara terbuka bahawa video itu benar antara dirinya dan Ariel, dan mempertahankan kenyataan itu sebagai saksi dalam perbicaraan kes Ariel itu.
Luna Maya berada di mahkamah semalam semasa hukuman dijatuhkan ke atas Ariel dengan ditemani beberapa artis termasuk penyanyi legenda dan penulis lirik Titiek Puspa, bintang rok Achmad Albar dan pemuzik Melly Goeslaw.
Luna Maya memberikan Ariel pelukan mesra sebelum dibawa ke dalam mahkamah.
Ketua pasukan pendakwa raya Rysmanto berkata Ariel terbukti melanggar Undang-undang No. 44 Tahun 2008 Tentang Pornografi dan Fasal 282 Undang-undang Jenayah.
Dia dituduh mengedar video porno setelah dua rakaman video porno beliau dengan Luna Maya dan Cut Tari, diedar di internet sejak Jun lalu.
Dalam keputusan semalam, panel tiga hakim sepakat menyatakan bahawa Ariel terbukti melanggar Undang-undang Tentang Pornografi 2008 dan Undang-undang Jenayah.
Ariel diberi waktu seminggu untuk mengemukakan rayuan.
Dua Polis Tentera Dipercayai Memiliki Ganja Ditahan
[MStar] KUALA LUMPUR: Dua anggota polis tentera dari sebuah markas tentera di bandaraya ini ditahan kerana dipercayai memiliki dadah jenis ganja dua hari lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, ACP Kang Chez Chiang berkata, kedua-dua suspek berumur 29 dan 40 tahun itu ditahan pada 2.15 pagi ketika berada dalam keadaan mencurigakan di sebuah pusat tumpuan orang ramai di Setiawangsa.
"Anggota polis dari Balai Polis Jalan Tun Razak telah bertindak atas maklumat orang awam dan menahan suspek yang dalam keadaan mencurigakan.
"Pemeriksaan ke atas kedua-dua lelaki ini telah membawa kepada penemuan satu ketulan mampat ganja dengan anggaran berat 2.1 gram di dalam beg pinggang suspek pertama," katanya kepada Bernama menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini, Isnin.
Beliau berkata, selepas pemeriksaan ke atas suspek kedua, polis menemui ganja seberat 1.3 gram di dalam beg sandangnya.
Menurutnya ujian saringan awal polis mendapati kedua-dua suspek positif dadah dan kes disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952. - BERNAMA

Anda dialu-alukan untuk memberi komen atau berkongsi pendapat tentang isu atau perkara yang diutarakan. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman, dan bahasa kesat tidak akan disiarkan.