Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

ANGGOTA ATM DISULA DENGAN BATANG MOP

Label:

KUALA LUMPUR: Dua anggota tentera bukan saja dibelasah beramai-ramai lebih sejam, malah diseksa ‘hidup-hidup’ sebelum disula menggunakan batang mop oleh sekumpulan lima askar senior ketika menjalani hukuman tatatertib di sebuah kem tentera di sini. Malah, kumpulan senior terbabit yang juga tahanan di tempat sama layak digelar ‘geng samseng’ kerana membuli mangsa tanpa perikemanusiaan dengan memukul dan menendang mereka sesuka hati.

Difahamkan, perbuatan itu dilakukan senior terbabit sejak 23 Februari lalu apabila mangsa dan rakannya dimasukkan ke bilik tahanan berkenaan kerana melakukan kesalahan disiplin.

Tindakan itu dilakukan kumpulan senior terbabit selepas mangsa, Hasrul Nizam Husin, 29, dan rakannya yang dikenali sebagai Firdaus, 20-an, enggan memenuhi permintaan mereka supaya membeli makanan dan rokok. Baca selanjutnya
di sini.

TOK KIYAI: Inilah satu sikap manusia yang berjiwa haiwan. Kalau nak panggil lembu ke panggillah. Ada otak tapi macam otak lembu...Tok Kiyai cadangkan pihak berkuasa ATM supaya disula balik terhadap orang yang menyula mangsa sekiranya didapati bersalah.

KENAPA PERLU GILA DUA PERTIGA MAJORITI?

Label:

KERAJAAN NEGERI SAHKAN SALEHUDDIN PERNAH MOHON CEO KPS TAPI DITOLAK

Label:

TOK KIYAI: Kalau nawaitu masuk parti nak kumpul kekayaan sendiri, tak ke mananya...PKR mana ada duit. Kalau nak banyak duit, masuk la umno....Kalau dah bisnesman, bisnesman lah otaknya....
Apabila duit dijadikan tuhan, maka tiada jaminan kejayaan dalam perjuangan. Kalau perjuangan kerana Allah, insya Allah ketenangan dan kejayaan menanti walaupun pelbagai dugaan dihadapi...

[TS] Pejabat Menteri Selangor mengesahkan bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim pernah mengemukakan permohonan untuk mengisi jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS).

Pejabat Menteri Besar juga mengesahkan KPS telah menerima permohonan beliau itu dan Salehuddin pernah ditemuduga oleh Jawatankuasa Pemilihan.

Bagaimanapun, Jawatankuasa Pemilihan memutuskan supaya calon lain yang lebih layak dan sesuai dipilih bagi menjawat jawatan itu.

Kenyataan ini dikeluarkan bagi menerangkan kedudukan sebenar mengenai Salehuddin apabila nama KPS dikaitkan dengan kontroversi punca peletakan beliau meletak jawatan Setiausaha Agung PKR.

PEMUDA PR P.PINANG JEMPUT PM HADIRI DEBAT

Label:

Berani ke Khairy Jamaluddin, Rezal Marican, dan PM hadiri debat ini?

Pemuda PR harap mereka tidak "menikus" dan jangan hanya berani dalam media mainstrem milik mereka sahaja - Chegubard

PORTAL MUHYIDDIN DIGODAM LAGI?

Label:

KUALA LUMPUR : Laman rasmi Timbalan Presiden Umno/BN, Muhyiddin Yassin 'hilang' lagi yang dipercayai akibat serangan kumpulan-kumpulan Najib Razak.

Laman sesawang Timbalan Perdana Menteri itu, http://www.my-malaysia.com.my/ hanya tertera 'Not Available!' apabila dibuka.

Difahamkan, serangan itu berpunca hasil strategi Muhyiddin yang dilihat bertentangan dengan dasar 1Malaysia yang diperkenalkan Najib.

Sejak menjadi Timbalan Najib, Muhyiddin dilihat lebih kepada pro perkauman dengan laungan dan slogan Melayu berbanding slogan Najib 1Malaysia.

Ini terbukti apabila Muhyiddin pernah menyerang Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilabelkannya sebagai pengkhianat Melayu walaupun sebenarnya Anwar jelas banyak memajukan orang Melayu sepanjang menjawat pelbagai jawatan menteri sebelum ini.
.
Berbanding Muhyiddin, semasa beliau bergelar Menteri Besar Johor, beliau didakwa menjual sejumlah besar tanah Orang Melayu kepada orang asing.

Laman sesawang Muhyiddin itu dengan temanya, MY Malaysia jelas mahu mencabar dan menidakkan slogan 1Malaysia.

Terdahulu, Ahli Parlimen (MP) Ipoh Timur, Lim Kit Siang menyifatkan Muhyiddin tidak menyokong 1Malaysia yang diperkenalkan oleh bosnya, Najib Razak.

Malah, laman sesawang Muhyiddin tidak bertemakan 1Malaysia apabila memilih tema ‘My Malaysia’ yang maksudnya cukup berbeza dengan tema Najib yang mahukan satu Malaysia dan bukannya Malaysia Saya.

‘Hilangnya’, laman sesawang Muhyiddin itu di dunia maya adalah kali kedua apabila blognya yang terdahulu, http://suaramuhyiddin.blogspot.com/ turut ditutup sehingga kini.

Mengulas isu itu, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Badrul Hisham Shahrin berkata, inilah budaya pemimpin Umno dan BN selama ini yang lebih mementingkan perut, pangkat dan habuan duniawi berbanding memikirkan janji-janji pilihanraya yang selama ini gagal ditunaikan.
.
Menurut Ketua Cabang PKR Rembau itu, walaupun media pengampu mereka cuba menutup isu itu, namun beliau yakin dengan ledakan info maya, rakyat akhirnya pasti mengetahui pergolakan sebenar antara kem Najib lawan kem Muhyiddin.

“Akhirnya yang akan rugi ialah rakyat, kerana harga barang terus melambung tinggi, keselamatan negara terus terancam selain peningkatan kadar jenayah cukup membimbangkan,” katanya kepada erapakatan.com ketika dihubungi.
.
SUMBER: erapakatan

85% BERSETUJU MP LOMPAT/KELUAR PARTI TIDAK MENJEJASKAN PR PADA PRU KE-13

Label:

Petang semalam Tok Kiyai menonton berita edisi 7 di NTV7. Apa yang menariknya ialah tajuk sms yangdipaparkan iaitu berbunyi lebih kurang begini:

"MP melompat parti boleh menggugat PKR dan Pakatan Rakyat pada PRU ke-13. Setuju atau tidak setuju"

15 peratus penonton memilih setuju dan 85 peratus memilih tidak bersetuju.

Maksudnya kalau ada MP atau ADUN yang melompat atau keluar parti tidak menjejaskan keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat.

Yang tidak yakin terhadap perjuangan PR adalah pemimpin yang melompat, bukannya majoriti suara rakyat yang diwakilinya. Malah MP yang melompat itu telah menjadi pengkhianat kepada amanah Allah dan rakyat dek "habuan" yang diperoleh.

PERHIMPUNAN BESAR-BESARAN 15 MAC INI

Label:

Sekumpulan pertubuhan hak asasi manusia dan parti-parti pembangkang akan berhimpun secara besar-besaran bagi membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) apabila Dewan Rakyat bersidang 15 Mac ini.
Kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Protes, berharap berjaya menarik perhatian Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, yang dijadualkan tiba di bangunan Parlimen pada jam 9 pagi.
Rang undang-undang cukai barangan dan perkhidmatan itu akan dibentangkan untuk bacaan kedua pada sidang Dewan Rakyat akan datang. - malaysiakini

Proses Pemutihan untuk Jati Diri Parti - Tian Chua

Label:

PKR akan menjadi parti yang lebih kuat setelah berlaku proses pemutihan dalam menghasilkan pemimpin yang mempunyai jati diri dan tidak berkepentingan peribadi selain memahami insprirasi gabungan PR yang mengutamakan keadilan dan ketelusan dalam segenap peringkat pengurusan dalam mengenengahkan politik pelbagai kaum.

Pengarah Strategik PKR, Tian Chua berkata proses pemutihan yang sedang melanda PKR merupakan satu proses biasa yang berlaku dalam mana-mana pertubuhan politik.

"Kita telah menduga akan berlaku beberapa pemimpin yang akan meninggalkan parti dengan sebeb beberapa tawaran menarik yang ditawarkan oleh BN kepada mama-mana pemimpin PKR ketika kes mahkamah Ketua Umum (Anwar) masih lagi berlangsung.

"Sudah tentu mana-mana pemimpin yang mempunyai kepentingan peribadi yang selama ini mengharapkan parti akan memberikan kekayaan peribadi akan kecewa dengan dasar ketelusan yang mementingkan integriti dan bukannya dasar kronisme dan puak-puak.

"Kita berharap lebih ramai lagi pemimpin-pemimpin yang mempunyai kepentingan peribadi atau mereka yang mengharapkan kekayaan peribadi meninggalkan parti supaya parti dapat mengenal pasti pemimpin yang berkualiti'" kata beliau yang juga AP Batu.

Menyentuh mengenai tindakan terbaru, AP Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri yang meletak jawatan hari ini dengan alasan tidak setuju dengan pendirian PKR berhubung isu Allah, Tian berkata semua pihak boleh memberikan seribu satu alasan.

"Tidak semua pihak bersetuju dengan apa yang telah diputuskan oleh parti tetapi sebagai sebuah pertubuhan segala keputusan majoriti parti perlu dipatuhi.

"Di zaman Nabi Muhammad dulu pun ketika perjanjian Hudaibiah ramai dikalangan para sahabat Nabi Muhammad tidak bersetuju dengan perjanjian tersebut tetapi tidak ada seorangpun dikalangan sahabat Nabi Muhammad meninggalkan Islam atau termakan pujukan kaum musrikin.

"Begitu juga dalam PKR sekarang, kita mahukan ahli dan pemimpin yang tulin dan bukannya pemimpin yang mudah dibeli dengan harta dan wang ringgit.

"Saya ucapkan terima kasih pada mana-mana yang telah meninggalkan parti dan saya tahu rakyat lebih maklum dan mampu untuk menilai setiap tindakan golongan yang berkepentingan ini," ujar Tian.

Mengenai desas desus yang menyatakan beberapa lagi akan meninggalkan PKR, beliau menganggap kenyataan tersebut datangnya dari mereka yang telah diupah dengan ganjaran tertentu selain untuk membalas dendam.

"Ini yang saya katakan tadi, sekarang adalah masa paling sesuai untuk mendapat ganjaran paling mahal dari BN ketika Anwar masih dalam pembicaraan yang sengaja ditangguh-tangguhkan.

"Tujuan penangguhan ini untuk mengaibkan Anwar selain untuk memperlekeh PKR dan gabungan PR dimata rakyat.' tambah beliau.

Menurut Tian, PKR tetap konsistan dengan dasar-dasar parti dan gabungannya dalam PR.

'Mana-mana pemimpin yang tidak bersetuju dengan dasar-dasar parti dan kesepakatan PR boleh mengadakan perbincangan peribadi dengan mana-mana pimpinan tertinggi parti atau mengambil jalan meninggalkan parti secara berhemah.

Sehubungan itu menurut Tian, PKR bercadang akan menggubal beberapa dasar selepas ini bagi memantapkan parti dan ahli supay tidak lagi terperangkap dengan pemimpin yang mempunyai kepentingan peribadi serta mudah terjebak dengan habuan sogokan.
SUMBER di sini.

TERKINI: MP BAGAN SERAI KELUAR PAKATAN, JADI MP BEBAS

Label:

Ahli parliman Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri hari ini mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Mohsin (foto), 65, merupakan ahli parlimen ketiga dari PKR yang bertindak keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas.

Mereka ialah Datuk Zahrain Mohd Hashim (Bayan Baru) dan Tan Tee Beng (Nibong Tebal).

Mohsin mengumumkan keputusannya keluar parti itu dalam sidang akhbar yang sekali lagi turut dihadiri oleh bekas setiausaha agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim di Ampang hari ini.

Salehuddin juga turut hadir di sidang akhbar Zahrain dan Tan ketika mereka mengumumkan keluar dari PKR.

Berikutan ini, jumlah ahli parlimen PKR kini tinggal 27 orang.

Turut keluar PKR ialah bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin.

Kelmarin, Salehuddin meramalkan, lebih 10 lagi wakil rakyat PKR akan keluar parti itu.

Bercakap dalam sidang akhbar tersebut, Mohsin berkata beliau tidak bersetuju dengan pendirian parti itu berhubung isu Allah.

Menurutnya, beliau telah membangkitkan perkara itu melalui saluran parti tetapi mendakwa ia tidak dihiraukan.

Salehudin pula berkata, PKR tidak seharusnya membuat sebarang pendirian ketika ahli-ahlinya masih bercelaru mengenai isu tersebut.

Beliau mendakwa, keputusan dibuat oleh satu dua orang tanpa dibahaskan.

Keadaan itu, tambahnya, telah menimbulkan kegelisahan di kalangan pemimpin di peringkat akar umbi.

SUMBER di sini.

UPAH PENGGODAM DARI INDIA UTK. HANCURKAN LAMAN WEB PRO-PAKATAN?

Label:

Sebagai langkah untuk mengekang pengaliran maklumat dari blog dan laman web pro-Pakatan Rakyat, Umno dipercayai mengguna lebih RM300 juta dana awam untuk mengupah sekumpulan 300 penggodam komputer yang dibawa khas dari India.

Chennai dikenali sebagai pusat teknologi maklumat terkenal di India yang menempatkan banyak syarikat antarabangsa termasuk yang berhubung kait dalam pembangunan perisian berteknologi tinggi.

Sumber-sumber memberitahu bahawa gerombolan penggodam komputer dari India akan dibayar elaun khidmat kepakaran yang mencecah lebih RM100,000 setiap orang, perumahan dan kereta percuma.

“Mereka yang diupah mempunyai kepakaran menggodam sistem komputer dan laman web. Tugas mereka diklasifikasikan sebagai ‘top secret’ dan di bawah pengawasan terus pejabat Perdana Menteri.

“Kumpulan ini akan digembleng sepenuhnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 bagi merosakkan sistem perisian yang dipakai oleh Pakatan Rakyat,” kata sumber.

Langkah mengawal blog dan laman web pro-Pakatan Rakyat telah digerakkan dengan lebih serius sejak kekalahan teruk Umno dan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-12, dua tahun lalu.

Antara langkah awal termasuk mengupah lebih 300 blogger yang berkhidmat di bawah Jabatan Hal Ehwal Khas, satu unit propaganda di bawah kelolaan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Setiap blogger dibayar elaun sebanyak RM3,000 sebulan, yang antara lain memantau blog dan laman web Pakatan Rakyat di samping menyebarkan bahan berita berunsur propaganda dan fitnah untuk memburuk-burukkan imej pemimpin KEADILAN, PAS dan DAP.
Di samping itu, Umno juga mendapatkan khidmat blogger pro-Umno untuk menulis pelbagai propaganda terutamanya berhubung isu- isu berkaitan agama dan kaum.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bekerjasama untuk memantau beberapa blog dan laman web yang menyentuh perkara-perkara sensitif di negara ini.

Bagaimanapun timbul persoalan mengapa pihak KDN dan SKMM berdiam diri atau menutup sebelah mata terhadap puluhan blog dan laman web pro-Umno yang secara terang menimbulkan isu sensitif bersabit agama dan perkauman.

SUMBER di sini.

10 MP PKR NYATAKAN PENDIRIAN MEREKA PAGI INI

Label:

Di sebalik desas-desus lebih ramai akan keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kumpulan 10 Ahli Parlimen parti itu, yang dikategorikan antara mereka dijangka meninggalkan PKR, akan muncul pagi ini untuk menafikan spekulasi mahu berbuat demikian.

Kumpulan 10 ini dijadual membuat penjelasan tentang pendirian dan ikrar setia kepada pucuk kepimpinan PKR pagi ini.

Desas-desus mereka akan keluar PKR kedengaran sejak awal bulan lalu.

The Malaysian Insider difahamkan di antara mereka yang akan menghadiri sidang media pagi ini ialah Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail.

Edaran media PKR awal pagi tadi juga mengesahkan satu sidang media akan diadakan berhubung isu tersebut.

Seramai 10 Ahli Parlimen PKR akan hadir pada satu sidang media yang akan diadakan hari ini, kata kenyataan tersebut.

“Sidang media ini bertujuan menjelaskan spekulasi bahawa lebih ramai lagi ahli Parlimen dari Keadilan akan meninggalkan parti,” kata kenyataan media itu.

Pertemuan dengan media ini diadakan tiga hari selepas bekas setiausaha agung PKR Datuk Salehuddin Hashim mengakui akan ada lebih ramai lagi Ahli Parlimen PKR bakal keluar parti itu, sekali gus memainkan peranan sebagai wakil rakyat Bebas di Parlimen.

Sejak pertengahan bulan lalu dua Ahli Parlimen PKR sudah keluar iaitu Datuk Seri Zahrain Hashim dan Tan Tee Beng masing-masing wakil rakyat Bayan Baru dan Nibong Tebal dari Pulau Pinang telah memutuskan untuk keluar parti.

Tan mengumumkan pendiriannya kelmarin.

Mereka merupakan antara yang dihadapkan kepada lembaga disiplin.

Seorang lagi yang disiasat lembaga itu Zulkifli Noordin menafikan akan keluar PKR.

“Saya akan berjuang habis-habisan,” kata Zulkifli ketika dihubungi malam tadi dan mengatakan bahawa beliau tidak tahu apa-apa mengenai sidang media Kumpulan 10 Ahli Parlimen ini.
“Saya tidak dimaklumkan apa-apa,” katanya.

Semalam Salehuddin dan Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali berbalas kenyataan mengenai pengakuan dibuat oleh beliau pada sidang media Tan kelmarin.
Kelmarin, Salehuddin secara terbuka buat kali pertama sejak melepaskan jawatannya Januari lalu mengakui lebih ramai Ahli Parlimen parti itu akan keluar — dipercayai lebih daripada 10 orang.

Menjawab soalan desas-desus akan ada 10 anggota Dewan Rakyat akan keluar dalam waktu terdekat, Salehuddin membayangkan jumlah itu “mungkin lebih.”
“Ya (akan ada yang akan keluar)... tolak kumpulan sosialis, tolak NGO, tolak kroni... anda kira sendiri, anda akan dapat jawapan,” kata beliau kepada wartawan ketika menemani Tan umum keluar PKR dan jadi Ahli Parlimen Bebas.

Salehuddin juga berkata Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan apa yang patut untuk memujuk supaya tiada lagi wakil rakyat keluar PKR.

SUMBER di sini.

PERMOHONAN JADI CEO KUMP. PERANGSANG DITOLAK PUNCA SALEHUDDIN HASHIM MELETAK JAWATAN?

Label:

Datuk Salehuddin Hashim hari ini mengakui kenyataan Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali bahawa bekas Setiausaha Agung parti itu, kecewa dengan insiden membabitkan Kumpulan Perangsang hingga mendorongnya keluar parti.

Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam satu kenyataan bagaimanapun enggan menghurai lebih lanjut insiden berkenaan kerana tidak mahu memalukan individu tertentu.

Salehuddin juga menyindir Syed Husin sambil menyatakan beliau memiliki rekod kiriman emel sulit tetapi enggan mendedahkannya kepada umum.

Dalam kenyataan itu, beliau juga mengakui ada meminta elaun RM100 sehari untuk perbelanjaan berkaitan seperti telefon, parkir, perjalanan, makan-minum dan sebagainya.

Salehuddin juga menganggap bayaran RM9,000 adalah jumlah yang sangat kecil jika dibandingkan dengan masa yang telah dicurahkannya berbanding gaji terakhir beliau sebelum bersara dan berkhidmat dengan PKR.

Beliau juga mendakwa berkhidmat sebagai Setiausaha Pengelola menggunakan wang sendiri untuk perbelanjaan pejabat.

Beberapa jam terdahulu, Syed Ali mengeluarkan kenyataan media bahawa Salehuddin keluar parti berikutan marah kepada pimpinan parti apabila tuntutan untuk memperoleh layanan istimewa tidak dilayan.

Beliau menyatakan kemarahan Salehuddin memuncak apabila permohonannya untuk menjadi CEO Kumpulan Perangsang yang membawa gaji RM50,000 sebulan, ditolak dan meletak jawatan tidak lama kemudian.

SUMBER di sini.

ANWAR IBRAHIM DAKWA NAJIB, ROSMAH DALANG BELI PEMIMPIN PEMBANGKANG

Label:

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Najib Razak dan isterinya, Rosmah Mansor didakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi dalang yang menyebabkan beberapa Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) keluar parti.

"Saya telah minta Mohammad Fairus Khairuddin letak jawatan setahun lalu disebabkan prestasi dia yang tidak memuaskan.
Kita perlukan pemimpin Melayu yang wibawa dan berkelayakan untuk bekerjasama dengan Ketua Menteri Pulau Pinang.

"Jadi apabila dia umumkan untuk masuk umno tindakan itu tidak mengejutkan kita. Semasa pilihan raya di Penanti dan Permatang Pasir beliau tidak pernah hadir dan ini jelas menunjukkan pendirian beliau," kata Anwar ketika ditemui media di perkarangan Mahkamah Persekutuan hari ini.

Beliau yang juga Ketua Umum PR berkata, tindakan itu tidak mengejutkan kerana ramai mengetahui bahawa Najib dan Rosmah memainkan peranan penting dalam mengumpan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dengan imbuhan kewangan dan material .

Tindakan terbaru Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng (gambar) keluar PKR serta bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang menyertai Umno sudah dijangka dan menganggap ianya sebagai satu proses pembersihan demi memantapkan dan memperkasakan parti.

Anwar menyarankan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil perhatian mengenai hal sebegini kerana kebanyakan mereka yang lompat parti menjadi lebih mewah berbanding sebelumnya.

SUMBER di sini.

SIDANG DUN PERAK 30 MAC INI?

Label:

(Foto: Speaker Sah dan Speaker Haram)
.
Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dijadual berlangsung pada 30 Mac ini, demikian kata Speaker lantikan Barisan Nasional, Datuk R Ganesan.
.
Sidang itu adalah yang pertama kali selepas Mahkamah Persekutuan membuat keputusan kontroversi baru-baru ini, apabila mengisytiharkan Datuk Seri Zambry Kadir sebagai Menteri Besar yang sah.
.
Ganesan .membuat pengesahan itu kepada Malaysian Insider dan turut menyatakan notis memanggil sidang DUN telah dikirim kepada 59 wakil rakyat, kelmarin.
.
Notis tersebut ditandatangani Setiausaha DUN Perak, Rumaizi Baharin dan semua wakil rakyat turut diminta menghantar soalan bertulis sebelum 15 Mac.

Bagaimanapun, dalam sidang DUN berkenaan, setiap wakil rakyat hanya dibenar mengemukakan maksimum lima soalan bertulis dan tiga soalan lisan sahaja.

Sidang pertama penggal ketiga DUN Perak itu dijangka dirasmikan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah atau Raja Muda, Raja Dr Nazrin Shah.

Sebelum ini, sidang DUN Perak kecoh hingga menjadi tumpuan dunia selepas kerajaan pilihan rakyat, ditumbangkan melalui rampasan kuasa yang didalangi Barisan Nasional (BN) di dewan berkenaan.
.
Tragedi itu membawa kepada peristiwa sidang bawah pokok sekali gus mengheret pelbagai polemik perundangan dan demokrasi dan menjadi topik perbahasan politik untuk jangka waktu yang panjang.

SUMBER di sini.

SERTAI UMNO SELEPAS SOLAT ISTIKHARAH

Label:

Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 P.Pinang mendapat "petunjuk" menyertai United Malay National Organisasation selepas melakukan solat Istikharah selama 3 bulan.

Beliau menjelaskan bahawa umno sahajalah wadah terbaik untuk dia membela agama Islam dan bangsa Melayu.

Betul ke dia mendapat petunjuk Allah?

Janganlah tersilap antara petunjuk Allah dengan godaan dan hasutan syaitan yang sentiasa hendak menyesatkan manusia!!! Tak kisahlah hasutan dari manusia bersifat syaitan atau syaitan iblis laknatullah...

SIDANG DUN KELANTAN: PEMBANGKANG SOKONG USUL ROYALTI

Label:

KOTA BHARU: Usul agar Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan bagi pihak Negeri Kelantan memikirkan tindakan-tindakan yang sesuai termasuk tindakan mahkamah bagi memastikan Akta Pembangunan Petroleum 1974 dipatuhi disokong sebulat suara termasuk pihak pembangkang.

Usul itu yang dikemukakan oleh Adun Air Lanas, Abdullah Yaakub dibahas dan diluluskan sebulat suara pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan hari ini, menurut sumber Harakahdaily.

Adun Barisan Nasisonal – Kuala Balah, Aziz Derasid, antara yang bangkit dan berkata “sokong” ketika speaker minta ahli-ahli dewan lain memberi sokongan terhadap usul itu.

Sementara itu, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas berkata para pemimpin yang berasal dari negeri Kelantan, yang menafikan undang-undang tidak salah dianggap sebagai penderhaka.

Itulah yang berlaku kepada Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato’ Seri Mustapa Mohamed dan timbalannya, Dato’ Dr Awang Adek Hussein, yang menafikan hak rakyat Kelantan terhadap royalti minyak.

Bekas pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa, Dr Muhammad Fadzli Hassan berkata, pemimpin yang tidak jujur dan kurang amanah kepada negeri sendiri wajar sekali dianggap sebagai penderhaka.

“Bagi rakyat Kelantan yang cintakan keadilan tidak salah untuk melabelkan pemimpin yang siang malam menafikan hak royalti minyak sebagai penderhaka,” ujar beliau.

SUMBER di sini.

ISU ROYALTI KE MAHKAMAH: USUL TERGEMPAR DIBENTANG DALAM SIDANG DEWAN HARI INI

Label:

Semalam Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan, Datuk Husam Musa menjelaskan bahawa satu usul berhubung isu tuntutan royalti minyak mungkin dikemukakan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan hari ini bagi membawa isu tuntutan itu ke mahkamah.

Semalam juga kerajaan negeri telah menjemput semua Adun termasuk Adun Barisan Nasional (BN) untuk mendengar taklimat berhubung royalti minyak Kelantan yang diberikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan bekas Ketua Jabatan Undang-undang Petronas Nik Saghir Mohd Noor.

Husam juga berharap kesemua Adun mendapat penjelasan lebih nyata dan membincangkan isu tuntutan royalti minyak Kelantan pada sidang dewan.

MODUS OPERANDI UMNO DESAK PEMIMPIN KELUAR PAKATAN RAKYAT

Label:

Wujudkan kes rasuah kemudian disiasat oleh SPRM. Besar-besarkan cerita, malukan pemimpin berkenaan dan paling teruk didakwa di mahkamah. Pemimpin terpaksa letak jawatan dalam Pakatan. Selanjutnya kes digugurkan mungkin kerana kurang bukti. UMNO berjaya dengan teknik ini dengan Osman Jailu serta Jamaluddin yang akhirnya kerajaan Pakatan Rakyat di Perak tersungkur.

Kes terbaru melibatkan Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin yang meletak jawatan kerana dikaitkan terbabit dalam kes rasuah yang melibatkan pemberian lesen kuari semasa dalam pentadbiran pada April lepas tetapi kemudiannya kes digugurkan.
Akhirnya mereka ini menyertai umno....

SUMBER di sini.
ANGGOTA ATM DISULA DENGAN BATANG MOP
Sabtu, Mac 06, 2010 | Author: Tuk Kiyai

KUALA LUMPUR: Dua anggota tentera bukan saja dibelasah beramai-ramai lebih sejam, malah diseksa ‘hidup-hidup’ sebelum disula menggunakan batang mop oleh sekumpulan lima askar senior ketika menjalani hukuman tatatertib di sebuah kem tentera di sini. Malah, kumpulan senior terbabit yang juga tahanan di tempat sama layak digelar ‘geng samseng’ kerana membuli mangsa tanpa perikemanusiaan dengan memukul dan menendang mereka sesuka hati.

Difahamkan, perbuatan itu dilakukan senior terbabit sejak 23 Februari lalu apabila mangsa dan rakannya dimasukkan ke bilik tahanan berkenaan kerana melakukan kesalahan disiplin.

Tindakan itu dilakukan kumpulan senior terbabit selepas mangsa, Hasrul Nizam Husin, 29, dan rakannya yang dikenali sebagai Firdaus, 20-an, enggan memenuhi permintaan mereka supaya membeli makanan dan rokok. Baca selanjutnya
di sini.

TOK KIYAI: Inilah satu sikap manusia yang berjiwa haiwan. Kalau nak panggil lembu ke panggillah. Ada otak tapi macam otak lembu...Tok Kiyai cadangkan pihak berkuasa ATM supaya disula balik terhadap orang yang menyula mangsa sekiranya didapati bersalah.
KENAPA PERLU GILA DUA PERTIGA MAJORITI?
Sabtu, Mac 06, 2010 | Author: Tuk Kiyai

TOK KIYAI: Kalau nawaitu masuk parti nak kumpul kekayaan sendiri, tak ke mananya...PKR mana ada duit. Kalau nak banyak duit, masuk la umno....Kalau dah bisnesman, bisnesman lah otaknya....
Apabila duit dijadikan tuhan, maka tiada jaminan kejayaan dalam perjuangan. Kalau perjuangan kerana Allah, insya Allah ketenangan dan kejayaan menanti walaupun pelbagai dugaan dihadapi...

[TS] Pejabat Menteri Selangor mengesahkan bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim pernah mengemukakan permohonan untuk mengisi jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS).

Pejabat Menteri Besar juga mengesahkan KPS telah menerima permohonan beliau itu dan Salehuddin pernah ditemuduga oleh Jawatankuasa Pemilihan.

Bagaimanapun, Jawatankuasa Pemilihan memutuskan supaya calon lain yang lebih layak dan sesuai dipilih bagi menjawat jawatan itu.

Kenyataan ini dikeluarkan bagi menerangkan kedudukan sebenar mengenai Salehuddin apabila nama KPS dikaitkan dengan kontroversi punca peletakan beliau meletak jawatan Setiausaha Agung PKR.

PEMUDA PR P.PINANG JEMPUT PM HADIRI DEBAT
Jumaat, Mac 05, 2010 | Author: Tuk Kiyai
Berani ke Khairy Jamaluddin, Rezal Marican, dan PM hadiri debat ini?

Pemuda PR harap mereka tidak "menikus" dan jangan hanya berani dalam media mainstrem milik mereka sahaja - Chegubard

PORTAL MUHYIDDIN DIGODAM LAGI?
Khamis, Mac 04, 2010 | Author: Tuk Kiyai

KUALA LUMPUR : Laman rasmi Timbalan Presiden Umno/BN, Muhyiddin Yassin 'hilang' lagi yang dipercayai akibat serangan kumpulan-kumpulan Najib Razak.

Laman sesawang Timbalan Perdana Menteri itu, http://www.my-malaysia.com.my/ hanya tertera 'Not Available!' apabila dibuka.

Difahamkan, serangan itu berpunca hasil strategi Muhyiddin yang dilihat bertentangan dengan dasar 1Malaysia yang diperkenalkan Najib.

Sejak menjadi Timbalan Najib, Muhyiddin dilihat lebih kepada pro perkauman dengan laungan dan slogan Melayu berbanding slogan Najib 1Malaysia.

Ini terbukti apabila Muhyiddin pernah menyerang Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilabelkannya sebagai pengkhianat Melayu walaupun sebenarnya Anwar jelas banyak memajukan orang Melayu sepanjang menjawat pelbagai jawatan menteri sebelum ini.
.
Berbanding Muhyiddin, semasa beliau bergelar Menteri Besar Johor, beliau didakwa menjual sejumlah besar tanah Orang Melayu kepada orang asing.

Laman sesawang Muhyiddin itu dengan temanya, MY Malaysia jelas mahu mencabar dan menidakkan slogan 1Malaysia.

Terdahulu, Ahli Parlimen (MP) Ipoh Timur, Lim Kit Siang menyifatkan Muhyiddin tidak menyokong 1Malaysia yang diperkenalkan oleh bosnya, Najib Razak.

Malah, laman sesawang Muhyiddin tidak bertemakan 1Malaysia apabila memilih tema ‘My Malaysia’ yang maksudnya cukup berbeza dengan tema Najib yang mahukan satu Malaysia dan bukannya Malaysia Saya.

‘Hilangnya’, laman sesawang Muhyiddin itu di dunia maya adalah kali kedua apabila blognya yang terdahulu, http://suaramuhyiddin.blogspot.com/ turut ditutup sehingga kini.

Mengulas isu itu, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Badrul Hisham Shahrin berkata, inilah budaya pemimpin Umno dan BN selama ini yang lebih mementingkan perut, pangkat dan habuan duniawi berbanding memikirkan janji-janji pilihanraya yang selama ini gagal ditunaikan.
.
Menurut Ketua Cabang PKR Rembau itu, walaupun media pengampu mereka cuba menutup isu itu, namun beliau yakin dengan ledakan info maya, rakyat akhirnya pasti mengetahui pergolakan sebenar antara kem Najib lawan kem Muhyiddin.

“Akhirnya yang akan rugi ialah rakyat, kerana harga barang terus melambung tinggi, keselamatan negara terus terancam selain peningkatan kadar jenayah cukup membimbangkan,” katanya kepada erapakatan.com ketika dihubungi.
.
SUMBER: erapakatan

Petang semalam Tok Kiyai menonton berita edisi 7 di NTV7. Apa yang menariknya ialah tajuk sms yangdipaparkan iaitu berbunyi lebih kurang begini:

"MP melompat parti boleh menggugat PKR dan Pakatan Rakyat pada PRU ke-13. Setuju atau tidak setuju"

15 peratus penonton memilih setuju dan 85 peratus memilih tidak bersetuju.

Maksudnya kalau ada MP atau ADUN yang melompat atau keluar parti tidak menjejaskan keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat.

Yang tidak yakin terhadap perjuangan PR adalah pemimpin yang melompat, bukannya majoriti suara rakyat yang diwakilinya. Malah MP yang melompat itu telah menjadi pengkhianat kepada amanah Allah dan rakyat dek "habuan" yang diperoleh.

PERHIMPUNAN BESAR-BESARAN 15 MAC INI
Khamis, Mac 04, 2010 | Author: Tuk Kiyai
Sekumpulan pertubuhan hak asasi manusia dan parti-parti pembangkang akan berhimpun secara besar-besaran bagi membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) apabila Dewan Rakyat bersidang 15 Mac ini.
Kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Protes, berharap berjaya menarik perhatian Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, yang dijadualkan tiba di bangunan Parlimen pada jam 9 pagi.
Rang undang-undang cukai barangan dan perkhidmatan itu akan dibentangkan untuk bacaan kedua pada sidang Dewan Rakyat akan datang. - malaysiakini

Proses Pemutihan untuk Jati Diri Parti - Tian Chua
Rabu, Mac 03, 2010 | Author: Tuk Kiyai

PKR akan menjadi parti yang lebih kuat setelah berlaku proses pemutihan dalam menghasilkan pemimpin yang mempunyai jati diri dan tidak berkepentingan peribadi selain memahami insprirasi gabungan PR yang mengutamakan keadilan dan ketelusan dalam segenap peringkat pengurusan dalam mengenengahkan politik pelbagai kaum.

Pengarah Strategik PKR, Tian Chua berkata proses pemutihan yang sedang melanda PKR merupakan satu proses biasa yang berlaku dalam mana-mana pertubuhan politik.

"Kita telah menduga akan berlaku beberapa pemimpin yang akan meninggalkan parti dengan sebeb beberapa tawaran menarik yang ditawarkan oleh BN kepada mama-mana pemimpin PKR ketika kes mahkamah Ketua Umum (Anwar) masih lagi berlangsung.

"Sudah tentu mana-mana pemimpin yang mempunyai kepentingan peribadi yang selama ini mengharapkan parti akan memberikan kekayaan peribadi akan kecewa dengan dasar ketelusan yang mementingkan integriti dan bukannya dasar kronisme dan puak-puak.

"Kita berharap lebih ramai lagi pemimpin-pemimpin yang mempunyai kepentingan peribadi atau mereka yang mengharapkan kekayaan peribadi meninggalkan parti supaya parti dapat mengenal pasti pemimpin yang berkualiti'" kata beliau yang juga AP Batu.

Menyentuh mengenai tindakan terbaru, AP Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri yang meletak jawatan hari ini dengan alasan tidak setuju dengan pendirian PKR berhubung isu Allah, Tian berkata semua pihak boleh memberikan seribu satu alasan.

"Tidak semua pihak bersetuju dengan apa yang telah diputuskan oleh parti tetapi sebagai sebuah pertubuhan segala keputusan majoriti parti perlu dipatuhi.

"Di zaman Nabi Muhammad dulu pun ketika perjanjian Hudaibiah ramai dikalangan para sahabat Nabi Muhammad tidak bersetuju dengan perjanjian tersebut tetapi tidak ada seorangpun dikalangan sahabat Nabi Muhammad meninggalkan Islam atau termakan pujukan kaum musrikin.

"Begitu juga dalam PKR sekarang, kita mahukan ahli dan pemimpin yang tulin dan bukannya pemimpin yang mudah dibeli dengan harta dan wang ringgit.

"Saya ucapkan terima kasih pada mana-mana yang telah meninggalkan parti dan saya tahu rakyat lebih maklum dan mampu untuk menilai setiap tindakan golongan yang berkepentingan ini," ujar Tian.

Mengenai desas desus yang menyatakan beberapa lagi akan meninggalkan PKR, beliau menganggap kenyataan tersebut datangnya dari mereka yang telah diupah dengan ganjaran tertentu selain untuk membalas dendam.

"Ini yang saya katakan tadi, sekarang adalah masa paling sesuai untuk mendapat ganjaran paling mahal dari BN ketika Anwar masih dalam pembicaraan yang sengaja ditangguh-tangguhkan.

"Tujuan penangguhan ini untuk mengaibkan Anwar selain untuk memperlekeh PKR dan gabungan PR dimata rakyat.' tambah beliau.

Menurut Tian, PKR tetap konsistan dengan dasar-dasar parti dan gabungannya dalam PR.

'Mana-mana pemimpin yang tidak bersetuju dengan dasar-dasar parti dan kesepakatan PR boleh mengadakan perbincangan peribadi dengan mana-mana pimpinan tertinggi parti atau mengambil jalan meninggalkan parti secara berhemah.

Sehubungan itu menurut Tian, PKR bercadang akan menggubal beberapa dasar selepas ini bagi memantapkan parti dan ahli supay tidak lagi terperangkap dengan pemimpin yang mempunyai kepentingan peribadi serta mudah terjebak dengan habuan sogokan.
SUMBER di sini.
TERKINI: MP BAGAN SERAI KELUAR PAKATAN, JADI MP BEBAS
Rabu, Mac 03, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Ahli parliman Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri hari ini mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Mohsin (foto), 65, merupakan ahli parlimen ketiga dari PKR yang bertindak keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas.

Mereka ialah Datuk Zahrain Mohd Hashim (Bayan Baru) dan Tan Tee Beng (Nibong Tebal).

Mohsin mengumumkan keputusannya keluar parti itu dalam sidang akhbar yang sekali lagi turut dihadiri oleh bekas setiausaha agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim di Ampang hari ini.

Salehuddin juga turut hadir di sidang akhbar Zahrain dan Tan ketika mereka mengumumkan keluar dari PKR.

Berikutan ini, jumlah ahli parlimen PKR kini tinggal 27 orang.

Turut keluar PKR ialah bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin.

Kelmarin, Salehuddin meramalkan, lebih 10 lagi wakil rakyat PKR akan keluar parti itu.

Bercakap dalam sidang akhbar tersebut, Mohsin berkata beliau tidak bersetuju dengan pendirian parti itu berhubung isu Allah.

Menurutnya, beliau telah membangkitkan perkara itu melalui saluran parti tetapi mendakwa ia tidak dihiraukan.

Salehudin pula berkata, PKR tidak seharusnya membuat sebarang pendirian ketika ahli-ahlinya masih bercelaru mengenai isu tersebut.

Beliau mendakwa, keputusan dibuat oleh satu dua orang tanpa dibahaskan.

Keadaan itu, tambahnya, telah menimbulkan kegelisahan di kalangan pemimpin di peringkat akar umbi.

SUMBER di sini.

Sebagai langkah untuk mengekang pengaliran maklumat dari blog dan laman web pro-Pakatan Rakyat, Umno dipercayai mengguna lebih RM300 juta dana awam untuk mengupah sekumpulan 300 penggodam komputer yang dibawa khas dari India.

Chennai dikenali sebagai pusat teknologi maklumat terkenal di India yang menempatkan banyak syarikat antarabangsa termasuk yang berhubung kait dalam pembangunan perisian berteknologi tinggi.

Sumber-sumber memberitahu bahawa gerombolan penggodam komputer dari India akan dibayar elaun khidmat kepakaran yang mencecah lebih RM100,000 setiap orang, perumahan dan kereta percuma.

“Mereka yang diupah mempunyai kepakaran menggodam sistem komputer dan laman web. Tugas mereka diklasifikasikan sebagai ‘top secret’ dan di bawah pengawasan terus pejabat Perdana Menteri.

“Kumpulan ini akan digembleng sepenuhnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 bagi merosakkan sistem perisian yang dipakai oleh Pakatan Rakyat,” kata sumber.

Langkah mengawal blog dan laman web pro-Pakatan Rakyat telah digerakkan dengan lebih serius sejak kekalahan teruk Umno dan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-12, dua tahun lalu.

Antara langkah awal termasuk mengupah lebih 300 blogger yang berkhidmat di bawah Jabatan Hal Ehwal Khas, satu unit propaganda di bawah kelolaan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Setiap blogger dibayar elaun sebanyak RM3,000 sebulan, yang antara lain memantau blog dan laman web Pakatan Rakyat di samping menyebarkan bahan berita berunsur propaganda dan fitnah untuk memburuk-burukkan imej pemimpin KEADILAN, PAS dan DAP.
Di samping itu, Umno juga mendapatkan khidmat blogger pro-Umno untuk menulis pelbagai propaganda terutamanya berhubung isu- isu berkaitan agama dan kaum.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bekerjasama untuk memantau beberapa blog dan laman web yang menyentuh perkara-perkara sensitif di negara ini.

Bagaimanapun timbul persoalan mengapa pihak KDN dan SKMM berdiam diri atau menutup sebelah mata terhadap puluhan blog dan laman web pro-Umno yang secara terang menimbulkan isu sensitif bersabit agama dan perkauman.

SUMBER di sini.
10 MP PKR NYATAKAN PENDIRIAN MEREKA PAGI INI
Rabu, Mac 03, 2010 | Author: Tuk Kiyai
Di sebalik desas-desus lebih ramai akan keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kumpulan 10 Ahli Parlimen parti itu, yang dikategorikan antara mereka dijangka meninggalkan PKR, akan muncul pagi ini untuk menafikan spekulasi mahu berbuat demikian.

Kumpulan 10 ini dijadual membuat penjelasan tentang pendirian dan ikrar setia kepada pucuk kepimpinan PKR pagi ini.

Desas-desus mereka akan keluar PKR kedengaran sejak awal bulan lalu.

The Malaysian Insider difahamkan di antara mereka yang akan menghadiri sidang media pagi ini ialah Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail.

Edaran media PKR awal pagi tadi juga mengesahkan satu sidang media akan diadakan berhubung isu tersebut.

Seramai 10 Ahli Parlimen PKR akan hadir pada satu sidang media yang akan diadakan hari ini, kata kenyataan tersebut.

“Sidang media ini bertujuan menjelaskan spekulasi bahawa lebih ramai lagi ahli Parlimen dari Keadilan akan meninggalkan parti,” kata kenyataan media itu.

Pertemuan dengan media ini diadakan tiga hari selepas bekas setiausaha agung PKR Datuk Salehuddin Hashim mengakui akan ada lebih ramai lagi Ahli Parlimen PKR bakal keluar parti itu, sekali gus memainkan peranan sebagai wakil rakyat Bebas di Parlimen.

Sejak pertengahan bulan lalu dua Ahli Parlimen PKR sudah keluar iaitu Datuk Seri Zahrain Hashim dan Tan Tee Beng masing-masing wakil rakyat Bayan Baru dan Nibong Tebal dari Pulau Pinang telah memutuskan untuk keluar parti.

Tan mengumumkan pendiriannya kelmarin.

Mereka merupakan antara yang dihadapkan kepada lembaga disiplin.

Seorang lagi yang disiasat lembaga itu Zulkifli Noordin menafikan akan keluar PKR.

“Saya akan berjuang habis-habisan,” kata Zulkifli ketika dihubungi malam tadi dan mengatakan bahawa beliau tidak tahu apa-apa mengenai sidang media Kumpulan 10 Ahli Parlimen ini.
“Saya tidak dimaklumkan apa-apa,” katanya.

Semalam Salehuddin dan Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali berbalas kenyataan mengenai pengakuan dibuat oleh beliau pada sidang media Tan kelmarin.
Kelmarin, Salehuddin secara terbuka buat kali pertama sejak melepaskan jawatannya Januari lalu mengakui lebih ramai Ahli Parlimen parti itu akan keluar — dipercayai lebih daripada 10 orang.

Menjawab soalan desas-desus akan ada 10 anggota Dewan Rakyat akan keluar dalam waktu terdekat, Salehuddin membayangkan jumlah itu “mungkin lebih.”
“Ya (akan ada yang akan keluar)... tolak kumpulan sosialis, tolak NGO, tolak kroni... anda kira sendiri, anda akan dapat jawapan,” kata beliau kepada wartawan ketika menemani Tan umum keluar PKR dan jadi Ahli Parlimen Bebas.

Salehuddin juga berkata Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan apa yang patut untuk memujuk supaya tiada lagi wakil rakyat keluar PKR.

SUMBER di sini.
Datuk Salehuddin Hashim hari ini mengakui kenyataan Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali bahawa bekas Setiausaha Agung parti itu, kecewa dengan insiden membabitkan Kumpulan Perangsang hingga mendorongnya keluar parti.

Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam satu kenyataan bagaimanapun enggan menghurai lebih lanjut insiden berkenaan kerana tidak mahu memalukan individu tertentu.

Salehuddin juga menyindir Syed Husin sambil menyatakan beliau memiliki rekod kiriman emel sulit tetapi enggan mendedahkannya kepada umum.

Dalam kenyataan itu, beliau juga mengakui ada meminta elaun RM100 sehari untuk perbelanjaan berkaitan seperti telefon, parkir, perjalanan, makan-minum dan sebagainya.

Salehuddin juga menganggap bayaran RM9,000 adalah jumlah yang sangat kecil jika dibandingkan dengan masa yang telah dicurahkannya berbanding gaji terakhir beliau sebelum bersara dan berkhidmat dengan PKR.

Beliau juga mendakwa berkhidmat sebagai Setiausaha Pengelola menggunakan wang sendiri untuk perbelanjaan pejabat.

Beberapa jam terdahulu, Syed Ali mengeluarkan kenyataan media bahawa Salehuddin keluar parti berikutan marah kepada pimpinan parti apabila tuntutan untuk memperoleh layanan istimewa tidak dilayan.

Beliau menyatakan kemarahan Salehuddin memuncak apabila permohonannya untuk menjadi CEO Kumpulan Perangsang yang membawa gaji RM50,000 sebulan, ditolak dan meletak jawatan tidak lama kemudian.

SUMBER di sini.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Najib Razak dan isterinya, Rosmah Mansor didakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi dalang yang menyebabkan beberapa Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) keluar parti.

"Saya telah minta Mohammad Fairus Khairuddin letak jawatan setahun lalu disebabkan prestasi dia yang tidak memuaskan.
Kita perlukan pemimpin Melayu yang wibawa dan berkelayakan untuk bekerjasama dengan Ketua Menteri Pulau Pinang.

"Jadi apabila dia umumkan untuk masuk umno tindakan itu tidak mengejutkan kita. Semasa pilihan raya di Penanti dan Permatang Pasir beliau tidak pernah hadir dan ini jelas menunjukkan pendirian beliau," kata Anwar ketika ditemui media di perkarangan Mahkamah Persekutuan hari ini.

Beliau yang juga Ketua Umum PR berkata, tindakan itu tidak mengejutkan kerana ramai mengetahui bahawa Najib dan Rosmah memainkan peranan penting dalam mengumpan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dengan imbuhan kewangan dan material .

Tindakan terbaru Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng (gambar) keluar PKR serta bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang menyertai Umno sudah dijangka dan menganggap ianya sebagai satu proses pembersihan demi memantapkan dan memperkasakan parti.

Anwar menyarankan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil perhatian mengenai hal sebegini kerana kebanyakan mereka yang lompat parti menjadi lebih mewah berbanding sebelumnya.

SUMBER di sini.
SIDANG DUN PERAK 30 MAC INI?
Selasa, Mac 02, 2010 | Author: Tuk Kiyai
(Foto: Speaker Sah dan Speaker Haram)
.
Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dijadual berlangsung pada 30 Mac ini, demikian kata Speaker lantikan Barisan Nasional, Datuk R Ganesan.
.
Sidang itu adalah yang pertama kali selepas Mahkamah Persekutuan membuat keputusan kontroversi baru-baru ini, apabila mengisytiharkan Datuk Seri Zambry Kadir sebagai Menteri Besar yang sah.
.
Ganesan .membuat pengesahan itu kepada Malaysian Insider dan turut menyatakan notis memanggil sidang DUN telah dikirim kepada 59 wakil rakyat, kelmarin.
.
Notis tersebut ditandatangani Setiausaha DUN Perak, Rumaizi Baharin dan semua wakil rakyat turut diminta menghantar soalan bertulis sebelum 15 Mac.

Bagaimanapun, dalam sidang DUN berkenaan, setiap wakil rakyat hanya dibenar mengemukakan maksimum lima soalan bertulis dan tiga soalan lisan sahaja.

Sidang pertama penggal ketiga DUN Perak itu dijangka dirasmikan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah atau Raja Muda, Raja Dr Nazrin Shah.

Sebelum ini, sidang DUN Perak kecoh hingga menjadi tumpuan dunia selepas kerajaan pilihan rakyat, ditumbangkan melalui rampasan kuasa yang didalangi Barisan Nasional (BN) di dewan berkenaan.
.
Tragedi itu membawa kepada peristiwa sidang bawah pokok sekali gus mengheret pelbagai polemik perundangan dan demokrasi dan menjadi topik perbahasan politik untuk jangka waktu yang panjang.

SUMBER di sini.
SERTAI UMNO SELEPAS SOLAT ISTIKHARAH
Isnin, Mac 01, 2010 | Author: Tuk Kiyai