Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Bekas Pengarah Pendidikan Negeri & Bekas pegawai tinggi TLDM sertai PAS

Label:

TAIPING : PAS Negeri Perak menerima ahli baru daripada dua tokoh yang dikenali iaitu bekas Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Adnan Ibrahim dan bekas pegawai tinggi TLDM Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid.

Kedua-dua tokoh itu telah hadir di Program Pelancaran 'Jom Masuk PAS' di Markas Tarbiyyah PAS, Air Kuning di sini.

Adnan berkata, beliau menyertai PAS setelah mendapat hidayah untuk menyertai perjuangan PAS dan meninggalkan Umno selepas pulang dari tanah suci.

"Ketika saya berkhidmat dahulu, teruk saya maki dan memarahi guru-guru yang menyokong PAS. Saya ketika itu sangat benci dengan PAS dan memandang PAS ini sebagai parti yang mempergunakan agama demi politik," katanya dengan nada kesal.

Beliau mendakwa, Naib Presiden UMNO, Datuk Hishammuddin Tun Husein dan pimpinan Umno memanggil beliau dan menasihatkan agar terus dengan Umno tetapi beliau berpegang dengan pendiriannya untuk bersama dalam PAS demi mendokong perjuangan Islam.

Bagi Mohamad Imran pula, beliau masuk PAS kerana tidak yakin dengan perjuangan Umno.
"Perjuangan Umno hanya retorik semata-mata. Kata memperjuangkan Islam tetapi sebaliknya," katanya yang ingin bersama dalam PAS hingga ke akhir hayatnya.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dalam ucapannya berkata, beliau mengalu- alukan kemasukan dua tokoh besar masyarakat ke dalam PAS. "Bekas pegawai tinggi TLDM dan bekas Pengarah Pendidikan pun boleh masuk PAS, kenapa JKKK dan penoreh getah tidak boleh masuk PAS?" soalnya ketika melancarkan Program 'Jom Masuk PAS' anjuran Badan Perhubungan PAS Perak.

"Sekarang ini, orang dah pencen semua nak masuk PAS setelah lama 'digari' . Mereka tidak percaya Umno. Umno tidak relevan lagi, Umno sudah busuk hingga ke usus," tegasnya lagi.
Sumber: perak.pas.org.my

8 tahun sengat pari berada dalam punggung lelaki ini

Label:

Saya petik:

[SH] SURA GATE – “Selama lapan tahun saya menderita kesakitan rasa dicucuk sesuatu. Kini segalanya sudah berakhir sejak duri tajam itu keluar tengah hari semalam.”

Itu antara luahan kelegaan pemuda, Che Mohd Nurul Che Anuar, 23, yang terpaksa menanggung derita bertahun lamanya selepas serpihan sengat pari tercucuk pada bahagian punggungnya.

Kejadian hampir lapan tahun lalu itu dikatakan berlaku ketika Mohd Nurul yang pada waktu itu baru berusia 15 tahun, sedang berada di tepi pantai menunggu bapa saudaranya pulang dari menangkap ikan.

Mengimbas detik kejadian, Mohd Nurul berkata, ketika itu dia sedang duduk di atas pasir di Pantai Teluk Lipat sebelum terasa punggungnya tercucuk benda tajam.

Apabila mendapati ia adalah sengat pari, dia cuba menariknya keluar namun gagal.

“Ketika itu saya mendapati ada benda hitam melekat pada punggung. Saya sangka ia adalah serpihan kayu.

“Bila saya amati rupa-rupanya ia sengat pari. Saya cuba menariknya keluar namun gagal kerana ia semakin menusuk ke dalam,” katanya.

Menurutnya, ketika kejadian berlaku, dia masih dalam di tingkatan tiga di Sekolah Menengah (SM) Sultan Omar.

Difahamkan sejurus kejadian, Mohd Nurul dikejarkan ke hospital namun sengat sepanjang kira-kira lapan sentimeter itu gagal dikeluarkan biarpun sudah menjalankan dua pembedahan di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.

“Bayangkan, lapan tahun sengat pari ini berada dalam tubuh saya, selama itu jugalah saya menderita.

“Hari ini segala-galanya berakhir apabila sengat yang diibaratkan duri dalam daging itu keluar selepas saya dibawa ke Hospital Dungun,” katanya.

Mohd Nurul kini sudah pun bekerja.

Gadis 14 tahun ini hilang ikut rakan Facebook

Label:

Sebarang maklumat, sila hubungi Mohd. Sabri Samat: 016-4871042

Saya petik:
[kosmo] KANGAR – Seorang bapa runsing apabila anak perempuannya lari dari rumah dipercayai mengikut rakan lelaki yang dikenali melalui laman sosial, Facebook sejak tiga hari lalu.

Menurut Mohd. Sabri Samat, 35, kehilangan anaknya, Nurul Nur Syawaltie, 14, disedari apabila dia tidak pulang ke rumah selepas tamat waktu persekolahan di Sekolah Menengah Putra di sini Rabu lalu.

Ujarnya, dia kemudian menghubungi pihak sekolah, namun terkejut apabila dimaklumkan anak sulung daripada lima beradik itu rupa-rupanya tidak hadir ke sekolah pada hari berkenaan.

“Saya hanya menjumpai basikal anak saya yang ditinggalkan di taman perumahan di sebelah sekolahnya.

“Selepas menunggu hingga lewat malam, dia masih tidak pulang ke rumah dan berikutan itu saya membuat laporan di Balai Polis Kangar kira-kira pukul 1.30 pagi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Dato Jaafar di sini semalam.

Mohd. Sabri berkata, dia mengesyaki kehilangan Nurul Nur Syawaltie ada kaitan dengan seorang lelaki berusia 20-an yang dikenali oleh anak gadisnya itu melalui Facebook.

“Sejak kebelakangan ini, dia kerap bermain Facebook dan sehari sebelum kejadian, saya terdengar dia berbual di telefon bimbit dengan rakan yang mengajaknya berjalan-jalan di Pulau Pinang,” ujarnya.

Malah, katanya, beberapa orang rakan sekolah Nurul Nur Syawaltie juga memberitahunya bahawa anaknya itu ada meluahkan rasa tidak gembira tinggal di Kangar melalui Facebook.

“Sebelum ini, kami sekeluarga menetap di Pulau Pinang lebih lima tahun ketika saya bekerja di sana dan kami baru setahun tinggal di Kangar,” ujarnya.

Ujarnya, dia percaya anaknya itu menghilangkan diri bersama seorang lagi rakan sekolahnya yang dikenali sebagai Amira.

Katanya, orang ramai yang berjumpa atau mempunyai maklumat mengenai Nurul Nur Syawaltie diminta menghubunginya di talian 016-4871042 atau balai polis berhampiran.

P/s: Kecik-kecik sudah pandai ikut 'jantan', alamatnya rosaklah masa depan....

Kerana disyaki CURANG suami tekap muka isteri dengan sterika panas

Label:

Saya petik:

[HM] KULIM: Gara-gara terlalu cemburu, seorang isteri terpaksa menanggung derita akibat melecur di muka selepas ditekap dengan seterika panas oleh suaminya kerana disyaki menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi di rumah pasangan itu di Lunas, dekat sini, suspek yang juga anggota pasukan keselamatan berusia 50 tahun, dipercayai hilang sabar dengan kecurangan isterinya berusia 43 tahun berkenaan.

Sumber berkata, lelaki itu yang memendam perasaan marah serta geram dengan perangai isterinya hilang pertimbangan ketika berlaku pertengkaran lalu mengambil seterika panas dan menekapkannya pada muka isterinya sehingga melecur teruk.

Katanya, sebelum ini lelaki itu tidak tahu kegiatan isterinya sering berjumpa teman lelakinya di tempat lain.

“Wanita itu bekerja di sebuah kilang di Kulim dan sering bekerja syif malam memudahkannya menutup hubungan sulit dengan teman lelaki daripada suaminya.

“Ketika berada di rumah, wanita itu pandai menyembunyikan perbuatan salah lakunya itu dan berlagak seperti biasa, sehingga suaminya tidak mengesyaki apa-apa terhadap isterinya.

'Anu' putus terkena bilah traktor pemotong rumput

Label:

Gambar hiasan

Saya petik:
[SH] MARANG – Mengerikan. Demikianlah keadaan kecederaan dialami seorang peserta kursus kemahiran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang putus kemaluan selepas seluar yang dipakai tersangkut pada ‘roller’ traktor pemotong rumput.

Mangsa, Mohd Hafis Abdul Rahman, 26, tergelincir ketika hendak turun dari bahagian belakang jentera yang berhenti selepas menjalani lati-han amali di Taman Pengeluar Kekal Makanan (TPKM) Serating, di sini, dalam kejadian Ahad lalu.

Sebelum kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, mangsa bersama pemandu jentera terbabit memotong rumput untuk menyediakan maka-nan bagi haiwan ternakan yang diternak di kawasan ladang milik sebuah syarikat swasta di situ. Namun mangsa dipercayai tergelincir semasa turun dari jentera pertanian itu lalu terjatuh ke belakang menyebabkan seluar yang dipakai tersangkut pada ‘roller’ yang masih berpusing dan menarik mangsa ke dalam.

Akibat kejadian itu seluar dipakai mangsa koyak rabak sebelum dia mengalami kecederaan parah pada kemaluannya. Mangsa yang tinggal di Gong Badak, Kuala Terengganu itu kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Sementara itu, seorang jurucakap JKM ketika dihubungi Sinar Harian berkata, mangsa terbabit sedang menjalani latihan amali dibantu pemandu jentera itu sedang melakukan kerja pemotongan rumput untuk dijadikan makanan kambing.

“Bagaimanapun, mangsa yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) itu mengalami kecederaan parah pada kemaluannya selepas terjatuh di bahagian belakang jentera pertanian itu semasa kenderaan itu berhenti,” katanya.

:Menurutnya, pihak pengurusan membuat satu laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Merchang dan melawat mangsa pada malam kejadian. Lawatan tersebut diketuai Penolong Pengarah II, JKM Negeri Terengganu, Rusmi Mahmood.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian yang menimpa pemuda berkenaan.

Usaha Sinar Harian untuk menemubual mangsa bagaimanapun tidak dibenarkan pihak hospital.
P/s: Malang sememangnya tidak berbau... 

Empat gadis bakal jururawat 'berpesta seks' di bilik asrama kolej

Label:

Gambar hiasan

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Empat gadis bakal bergelar jururawat yang ponteng kuliah di sebuah kolej swasta di Klang, Selangor, sejak beberapa hari lalu, ditahan selepas didapati ‘berpesta seks’ bersama pasangan masing-masing di sebuah bilik asrama kolej berkenaan, malam kelmarin.

Dalam serbuan dilakukan pengurusan kolej berkenaan jam 7 malam, dua daripada pelajar perempuan terbabit dilaporkan dicekup dalam keadaan separuh bogel dan dua lagi berpakaian lengkap, manakala empat lelaki berusia awal 20-an bersembunyi dalam tandas asrama kolej.

Difahamkan, biarpun menyedari pemeriksaan mengejut dilakukan pihak pengurusan kolej, keempat-empat lelaki terbabit gagal menyelinap keluar menyebabkan mereka bersembunyi di dalam tandas bagi mengelakkan dicekup, namun gagal.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, pihak pengurusan kolej menerima banyak aduan salah laku keempat-empat gadis terbabit daripada pelajar lain dan pensyarah sejak seminggu lalu.

“Antara salah laku yang dilaporkan ialah tidak hadir kelas dan sering membawa lelaki masuk ke asrama sehingga menimbulkan ketidakselesaan di kalangan pelajar lain.

“Rentetan daripada aduan berkenaan, satu pemeriksaan mengejut dilakukan pihak kolej selepas dimaklumkan terdapat empat lelaki dipercayai kekasih kepada keempat-empat pelajar terbabit menyelinap masuk ke asrama kira-kira jam 6 petang semalam (kelmarin),” katanya.

Menurut sumber, pemeriksaan yang dilakukan empat kakitangan terdiri daripada pihak pengurusan kolej yang diiringi anggota polis itu membuahkan hasil apabila keempat-empat lelaki terbabit ditahan ketika bersembunyi di dalam tandas asrama berkenaan.

[PANAS] 7 bas dikesan bawa warga asing dapatkan IC di Putrajaya?

Label:

Saya petik:
[HD] KUALA LUMPUR, 12 Okt: Dewan Pemuda PAS Johor telah berjaya mengesan 7 buah bas yang dipercayai membawa warga asing menuju ke Putrajaya untuk mendapatkan kad pengenalan.

Kesemua mereka diyakini dibawa masuk ke negara ini oleh pemimpin Umno BN bagi membolehkan mereka didaftarkan sebagai pengundi dalam daftar pemilih untuk mengundi bagi pihak Umno BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang.

Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat menjelaskan, kesemua bas tersebut telah dikesan dari Johor dan telah sampai ke Masjid Putrajaya pada jam 8 pagi tadi untuk mengambil IC mereka di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Menurut beliau, tidak lama selepas itu, 3 dari 7 buah bas tersebut telah masuk ke JPM bersama sebuah kereta Perdana yang di dalamnya terdapat individu berpangkat datuk.

Sebahagian bas lagi, tegasnya, telah diarahkan keluar dari Putrajaya menuju ke arah yang tidak diketahui disebabkan mereka menyedari Pemuda PAS mengekori mereka dan ini jelas merupakan helah penghianat negara.

Katanya, setelah cerita mengenai 7 buah bas yang membawa warga asing untuk mengambil IC di JPM itu dimasukkan oleh beliau ke dalam Facebook, mereka telah lari masuk ke dalam hutan di Kajang.

"Takut juga rupanya mereka. Saya ingat mereka berani sangat. Tindakan para pemimpin Umno BN itu ternyata satu pengkhianatan kepada negara," katanya ketika menghubungi Harakahdaily, hari ini.

Maklumat mengenai warga asing mahu mendapat kerakyatan mudah itu, menurut beliau, telah diterima oleh beliau sejak petang semalam lagi dan sejak itu Pemuda PAS Johor telah berusaha mengesaninya.

"Malam tadi jam 1.00 malam, mereka singah di R & R Pagoh. Bermula di situ skuad pemuda PAS ekori mereka. Jam 6 pagi, mereka sampai di Masjid Putrajaya," katanya.

Hasil pengesanan yang dilakukan oleh Pemuda PAS, jelasnya, didapati bas-bas yang membawa warga asing untuk mendapatkan IC itu telah diturunkan di Kajang, Selangor.

"Ini jelas manipulator terancam yang dibuat ekoran pendedahan Pemuda PAS. Mereka ternyata pengkhianat yang pengecut," tegas beliau yang juga Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Sejak 3 jam lalu, katanya, kesemua warga asing yang mahu mendapatkan IC mereka itu telah ditempatkan di dalam hutan di Jalan Kajang - Istana Dugang Contry Resout.

Sehubungan itu, beliau berharap agar orang ramai yang mempunyai kelapangan masa berkejar ke tempat itu sekarang untuk beramai-ramai bertanya kepada mereka tujuan kedatangan mereka beramai-ramai ke Putrajaya itu.

"Sekitar 30 minit lalu, penduduk di kawasan itu sedang mengepong kawasan warga asing yang mahu diberikan IC oleh JPN itu," katanya.

Kini, menurutnya, bas-bas yang membawa warga asing itu pula telah keluar dari kawasan resort tersebut dan bas-bas tersebut didapati kosong tanpa penumpang.

"Maksudnya, warga-warga asing tersebut telah ditinggalkan di dalam resort itu. Apa yang mereka buat?" tanya beliau.

P/s: Inilah dia pengkhianat sebenar negara!! 

Bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar stress wanita?

Label:

Bau ketiak lelaki menjadi penawar stress wanita?

Kepada para isteri, apa kata anda mengenai penawar stress ini kerana andalah yang merasa bau itu semasa tidur...Kalau selalu stress tu, bolehlah si isteri mencubanya...kah kah kah

Fakta atau auta? Sila klik di sini.

Tukang urut berusia 60 tahun ini didakwa rogol, cabul gadis 13 tahun

Label:

Saya petik:
[SH] KUALA TERENGGANU - Seorang tukang urut refleksologi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas enam pertuduhan merogol dan mencabul kehormatan gadis cacat penglihatan, yang berusia 13 tahun sembilan bulan pada tahun lalu dan tahun ini.

Mohd Zubir Muda, 60, dari Seberang Takir, dekat sini, dituduh di bawah Seksyen 376 (2) (d) Kanun Keseksaan kerana merogol, dua pertuduhan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan dan satu pertuduhan di bawah Seksyen 377 (c) (a) Kanun Keseksaan kerana melakukan seks menggunakan jari terhadap mangsa, anak rakan baiknya.

Bapa kepada empat anak itu tidak mengaku bersalah ke atas kesemua pertuduhan itu.

Dia dituduh merogol :mangsa pada 6 Jun 2010 kira-kira jam 10.30 pagi di rumah di Taman Murni Permai, Tok Jembal, di sini dan antara bulan Mac dan 4 September lalu kira-kira jam 3 petang dan 12.30 tengah hari di sebuah rumah di Taman Perumahan Seberang Takir, dekat sini.

Dia juga dituduh mencabul kehormatan mangsa yang cacat penglihatan itu pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Tertuduh juga didakwa melakukan seks menggunakan jari pada kira-kira jam 10.30 pagi pada 6 Jun 2010 di sebuah rumah di Taman Murni Permai.

Zainal Abidin menetapkan 21 November depan sebagai tarikh sebut semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 bagi setiap pertuduhan.

Mengikut fakta kes, lelaki itu didakwa melakukan perbuatan itu semasa menghantar mangsa ke pusat kebajikan OKU di Kuala Nerus, di sini.

[VIDEO] Pegawai Penguatkuasa IMIGRESEN maut terjatuh dari tingkat 12. Mengapa?

Label:

 Saya petik:
[HM] GOMBAK: Cubaan seorang pegawai imigresen untuk melarikan diri daripada polis berakhir dengan tragedi apabila dia maut dengan cebisan otak bertaburan selepas terjatuh dari tingkat 12 Kondominium Magnaville, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6.45 petang itu, empat anggota Jabatan Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban pergi ke rumah Mohd Irwan Mohd Ishak, 29, bagi menyiasat kes penipuan membabitkan mangsa.

Bagaimanapun mangsa yang disyaki panik selepas mendapat tahu kehadiran anggota polis nekad memanjat tingkap kediamannya untuk ke ruang tangga berhampiran sebelum dia dikatakan tergelincir dan terjatuh.

Akibat kejadian, mangsa yang ditemui dalam keadaan terlentang, maut di tempat kejadian dengan kepalanya pecah.

Isteri mangsa, Suridah Suhardi, 35, berkata, ketika kejadian suaminya baru bangun daripada tidur dan memberitahu dia tidak mahu berjumpa dengan sesiapa dan menyuruh sekumpulan lelaki yang mengaku sebagai polis pergi dari situ.

“Sebelum ini, suami saya sudah berpesan yang dia tidak mahu berjumpa dengan sesiapa dan jangan membuka pintu jika ada orang mencarinya,” katanya.

P/s: Mengapakah takut untuk berjumpa polis? Apakah ada sesuatu yang ditakuti sehingga sanggup memanjat tingkap untuk bersembunyi?

Wanita terkejut gambar peribadi diguna sindiket pelacuran di Facebook

Label:

Gambar hiasan 

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Seorang wanita bukan saja menjadi mangsa penyalahgunaan gambar profil yang menawarkan perkhidmatan pelacuran di facebook (FB) malah dia turut diugut individu tidak bertanggungjawab jika membuat aduan kepada pihak berkuasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam, 8 Oktober lalu, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lina, 43, sedang melayari laman sembang sosial, facebook sebelum menemui sebuah profil menggunakan gambar diri dan suaminya tanpa kebenaran.

Katanya, pemilik profil berkenaan itu turut memberikan nama baru untuk pasangan berkenaan.

“Saya menerima kejutan yang lebih hebat selepas menemui gambar peribadi yang digunakan sebagai umpan atau promosi perempuan jalang untuk kegiatan pelacuran melalui laman sembang sosial itu,” katanya.

Menurutnya, apabila dia dan suaminya menghantar pesanan ringkas kepada pemilik akaun profil berkenaan untuk mengeluarkan gambar, mereka hanya menerima mesej berbentuk ugutan.

Beliau berkata, pemilik berkenaan mendakwa tidak akan mengeluarkan gambar mangsa dan suaminya sebaliknya akan menyebarkan lagi gambar terbabit secara meluas di facebook.

“Seperti yang didakwa, suspek terbabit membuka akaun facebook baru menggunakan nama lain tetapi menyalahgunakan gambar saya dan suami.

“Malah maklumat peribadi dalam akaun berkenaan menyerupai identiti suami saya, kami bukan saja diaibkan tetapi identiti peribadi kami digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Isteri gigit telinga & ugut potong 'anu' suami kerana enggan 'bermesra' di ranjang

Label:

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Hanya kerana enggan bermesra di ranjang, seorang pemandu teksi cedera di telinga kiri akibat digigit selain diugut akan dipotong alat kelamin oleh isterinya dalam kejadian, 3 Oktober lalu.

Lebih mengejutkan, mangsa dikenali sebagai Chin Weng Seng, 61, turut disembur racun serangga dan minyak gamat di bahagian mata oleh pasangannya itu.

Menurut Weng Seng, isterinya yang dikenali sebagai Le Thi Quang, 29, warga Vietnam turut mengancam mengatakan dirinya menghidap HIV positif dan akan menyebarkan virus berkenaan kepadanya.

“Pada malam kejadian, saya mengajak isteri bermesra sebelum dia menggigit telinga kerana enggan melayani kehendak saya.

“Setelah menggigit telinga kiri saya hingga berdarah, dia mengamuk sambil mengugut mahu memotong alat kelamin saya dengan menggunakan gunting sambil menjerit menyatakan dia menghidap HIV positif.

“Keesokannya, saya mendapati Thi Quang melarikan diri dari rumah dan segala barangan peribadinya dibawa bersamanya,” katanya ketika ditemui di Wisma MCA, di sini, semalam.

Menurutnya, sepanjang tiga bulan mereka berkahwin, wanita terbabit enggan membenarkan dia memasuki rumah selepas pulang dari kerja sehingga terpaksa bermalam di dalam teksi saja.

Difahamkan, mangsa berkahwin dengan isterinya yang juga warga Vietnam itu melalui agensi cari jodoh yang mengenakan bayaran sebanyak RM18,000.

Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata, pihaknya menerima lima kes aduan berkaitan masalah perkahwinan membabitkan wanita warga asing sejak tahun lalu.

“Kes kali ini mungkin yang paling teruk setakat ini apabila mangsa cedera selain menerima ugutan daripada wanita berkenaan.

“Bulan lalu, kami turut menerima aduan seorang lelaki berusia 31 tahun yang mengahwini wanita warga Vietnam berusia 20-an juga melalui agensi cari jodoh dan menghadapi masalah serupa.

“Pihak kami akan menghubungi agensi berkenaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan wanita terbabit,” katanya.

P/s: Kesian apek ni....

Lelaki kerat 'anu' sendiri akibat putus cinta. Gila!!

Label:

Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 30-an yang dipercayai putus cinta dan menghadapi tekanan perasaan nyaris maut apabila memotong alat sulitnya sendiri menggunakan sebilah pisau dalam kejadian berhampiran sebuah restoran di Danau Kota, Setapak, di sini, kelmarin.

Difahamkan, tindakan drastik lelaki terbabit mengakibatkan alat sulitnya itu hampir putus selain kehilangan banyak darah.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa bernasib baik apabila seorang lelaki berusia 26 tahun yang kebetulan lalu di kawasan berkenaan menemuinya terbaring di bahu jalan dalam keadaan berlumuran darah selain meronta-ronta menahan kesakitan sambil meminta pertolongan.

Menurut sumber, lelaki yang menemuinya itu kemudian bergegas membuat laporan di Pondok Polis Danau Kota, di sini, sebelum sepasukan anggota polis dan ambulans dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian kira-kira lima minit kemudian, lelaki terbabit dikatakan masih kesakitan sambil memegang kemaluannya.

“Mangsa dilaporkan pengsan dipercayai kehilangan banyak darah ketika usaha mengangkatnya masuk ke dalam ambulans untuk dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), bagi mendapatkan rawatan,” katanya.

Difahamkan, pihak berkuasa turut menemui sebilah pisau di lokasi kejadian dipercayai senjata digunakannya untuk memotong kemaluannya.

Menurut sumber, sebaik tiba di hospital, pembedahan segera dilakukan untuk menyambungkan alat sulit mangsa.

“Pembedahan yang memakan masa hampir dua jam itu dilapor membuahkan hasil apabila alat sulit lelaki terbabit berjaya disambung.

“Difahamkan, biarpun alat sulitnya itu berjaya disambungkan, kemungkinan kemaluannya pulih seperti sedia kala adalah tipis,” katanya.

Mangsa yang kini ditahan di wad di hospital berkenaan untuk rawatan susulan dilaporkan stabil dan difahamkan, selepas kecederaannya pulih, dia akan dirujukkan ke unit psikiatri bagi tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu pihaknya yakin tiada unsur jenayah dalam kejadian itu.

Ibu & anak jual diri untuk lepaskan gian...

Label:

Gambar hiasan

Saya petik:

[HM] CHUKAI: Bukan saja tergamak ‘menjual’ empat daripada tujuh anaknya kepada keluarga lain untuk dijaga, seorang wanita yang terdesak mendapatkan sumber kewangan selepas berpisah dengan suaminya kira-kira empat tahun lalu, tergamak memperdagangkan tubuhnya bagi mendapatkan wang untuk menyara keluarganya.

Sumber berkata, lebih menyedihkan apabila ibu tunggal berusia 37 tahun terbabit yang turut menagih pelbagai jenis dadah bertindak keterlaluan apabila menurunkan ilmu dan pengalamannya menjual tubuh kepada anak gadisnya yang berusia 16 tahun.

“Selain mengajar anak perempuannya menjual tubuh, wanita terbabit menjadikan gadis itu yang berhenti sekolah ketika di tingkatan satu sebagai rakan penagih apabila mereka melepaskan gian dadah bersama ketika di rumah.

“Sebagai jalan mudah mendapatkan bekalan dadah, dua beranak terbabit menerima bahan terlarang itu sebagai menggantikan bayaran perkhidmatan seks ketika bersama pasangan masing-masing,” kata sumber itu.

Kegiatan dua beranak terbabit terbongkar apabila rumah mereka diserbu sepasukan anggota polis yang menjalankan Ops Tapis di Kampung Dusun Nyior, dekat sini, hujung minggu lalu.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah, Asisten Superintendan Hamzah Awang Dollah, berkata serbuan ke atas kediaman milik wanita itu di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Dusun Nyior dilakukan pada jam 2 petang.

Kerajaan tarik balik cadangan naikkan elaun anggota parlimen selepas dibantah Pakatan Rakyat

Label:

Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Kerajaan menarik balik cadangan menaikkan elaun anggota parlimen berikutan bantahan daripada pemimpin kanan pembangkang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas kerajaan mengambil kira bantahan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh), Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak), Lim Guan Eng (Bagan-DAP) dan Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian). 

"Cadangan itu dibantah pemimpin pembangkang, jadi saya ambil maklum mereka bercakap bagi pihak anggota parlimen lain daripada parti masing-masing," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Anwar merupakan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), sementara Azmin pula Timbalan Presiden PKR, manakala Lim adalah Setiausaha Agung DAP dan Salahuddin Naib Presiden PAS.

Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Belanjawan 2012 mengumumkan kerajaan akan menaikkan elaun anggota parlimen dengan peruntukan kira-kira RM30 juta, jika cadangan itu mendapat sokongan semua anggota parlimen termasuk pembangkang dan wakil bebas.

Mohamed Nazri berkata pembatalan kajian semula elaun itu turut melibatkan kenaikan elaun pegawai penyelidik dan pembayaran kos sewa pejabat wakil rakyat.

P/s: Tahniah MP PR, Kalau MP BN, setuju saja..... 

60,000 pelajar kita ketagih FB

Label:

Gambar hiasan

Saya petik:
 
[BH] KUALA LUMPUR: Kira-kira 60,000 pelajar berusia antara 12 hingga 18 tahun di negara ini dikesan menghabiskan sekurang-kurangnya empat jam sehari melayari internet terutama laman sosial Facebook (FB).

Ketagihan terhadap internet terutama FB itu menyebabkan pelajar terbabit kerap menipu, mencuri, antisosial dan berubah menjadi seorang yang pemarah sekiranya keinginan mereka tidak dapat dipenuhi.

Sekiranya ketagihan laman sosial itu tidak diatasi, ia akan menyebabkan pelbagai impak negatif termasuk gejala ponteng sekolah dan perbuatan jenayah serta antisosial. Mohd Fadzil Che Din, Pengarah Institut Sosial Malaysia Selain itu, golongan itu dikatakan mudah menghidapi penyakit seperti pening, masalah penglihatan dan sakit perut berikutan tindakan mereka mengurangkan masa tidur dan rehat yang mencukupi.

Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Prof Madya Dr Mohd Fadzil Che Din, berkata ketagihan remaja melayari laman web itu semakin serius sehingga sanggup bertindak ganas sekiranya dihalang menggunakan kemudahan online.

“Remaja yang ketagih internet itu sanggup ponteng sekolah sekiranya di rumah mereka tiada komputer. Jika duit poket tidak cukup, mereka sanggup mencuri, asalkan dapat mengunjungi siber kafe,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Mohd Fadzil berkata, melayari internet kini menjadi sebahagian kehidupan harian mereka dan sering berasakan seolah-olah hidup sunyi jika tidak berinteraksi dengan rakan FB.

“Mereka berasa lebih selesa dan selamat untuk berkomunikasi melalui internet sekali gus membantutkan perkembangan interaksi terus sesama manusia,” katanya.

Beliau turut tidak menafikan golongan ketagih laman web itu seperti ketagihan dadah yang sukar untuk diubati kerana ia satu cara membantunya bersosial.

Katanya, terdapat juga kes sesetengah golongan muda yang lebih rela berhenti kerja daripada mengurangkan masa mereka dengan melayari laman sosial itu sekiranya diberi pilihan.

“Sekiranya ketagihan laman sosial itu tidak diatasi, ia akan menyebabkan pelbagai impak negatif termasuk gejala ponteng sekolah dan perbuatan jenayah serta antisosial,” katanya.

Pakar Perunding Kanan Psikiatri dan Psikoterapi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Azhar Zain, berkata ketagihan melayari laman sosial boleh menyebabkan keletihan fizikal dan mental yang melampau.

Beliau berkata, ia turut mengganggu jam biologi pelajar sehingga menyebabkan hormon terganggu, sistem ketahanan badan kurang selain memberi kesan kepada mental.

“Apabila masa yang sepatutnya untuk rehat digunakan melayari internet, ia menyebabkan pelajar itu letih fizikal dan mental sekali gus tumpuan belajar berkurangan,” katanya.

Pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Mariani Md Nor, berkata tumpuan terlalu lama terhadap internet akan menyebabkan pelajar lebih suka menyendiri.

Beliau berkata, mereka juga bersifat individualistik selain mudah terdorong untuk melayari laman lucah kerana bahan itu mudah didapati dan boleh dimuat turun dengan hanya menggunakan telefon bimbit.

Suami cekup isteri bersama 2 lelaki di bilik tidur

Label:

Gambar hiasan

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Luluh hati seorang suami berusia 32 tahun apabila menangkap isterinya sedang ‘berpesta’ arak di dalam bilik di rumahnya di Pantai Dalam, di sini, bersama dua lelaki tidak dikenali, Khamis lalu.

Lebih mengejutkan, pemeriksaan lanjut si suami di dalam bilik itu menemui puluhan botol dan tin arak disembunyikan dalam almari di bilik tidurnya itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, berang dengan tindakan isterinya berusia lewat 20-an itu, si suami menghalau kedua-dua lelaki terbabit sebelum membuat laporan di Balai Polis Pantai, di sini.

Menurut sumber, si suami yang baru pulang dari kerja berasa curiga apabila melihat dua pasang kasut lelaki di hadapan pintu rumahnya.

“Sebaik masuk ke dalam rumah, lelaki terbabit mendengar bunyi gelak tawa dari dalam bilik tidurnya. “Si suami terkejut apabila melihat isterinya dan dua lelaki tidak dikenali berada dalam keadaan khayal di dalam bilik tidurnya. “Si suami menghalau kedua-dua lelaki terbabit sebelum menemui puluhan tin dan botol arak disembunyikan dalam almari di bilik itu menyebabkan mereka bertengkar hampir 20 minit,” katanya.

Jemaah haji Malaysia maut jatuh tingkat 9 di Madinah

Label:

Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Seorang jemaah haji wanita Malaysia meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat sembilan hotel penginapannya di Hotel Al-Haram di Madinah, Arab Saudi, kira-kira jam 4 petang waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia), kelmarin.

Sumber memberitahu, mangsa yang berasal dari Selangor, bersama suaminya ke Makkah untuk menunaikan Rukun Islam kelima.

Katanya, sebelum kejadian, mangsa dikatakan berada dalam biliknya di tingkat sembilan hotel berkenaan.

“Mangsa dipercayai terjatuh dari biliknya sebelum meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Tabung Haji ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

Sementara itu, seorang jemaah haji Malaysia yang turut menetap di hotel sama, Mohd Faizal Mohd Noor berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan ke Masjid Nabawi, tidak jauh dari hotel itu untuk menunaikan solat Asar.

Katanya, dia ternampak mangsa terjatuh dari bilik hotelnya dan meninggal dunia di tempat kejadian.
P/s: Takziah buat keluarga mangsa...

Demi nafsu kepada kekasih gelap, wanita ini sanggup tinggalkan anak bersendirian

Label:

Saya petik:
[SH] JERTIH - Seorang ibu tergamak meninggalkan anaknya yang baru berusia sembilan tahun seorang diri di tempat awam pada waktu tengah malam semata-mata kerana hendak berasmara dengan teman lelakinya di bilik hotel.

Lebih mengaibkan, ibu yang berusia 37 tahun itu masih bersuami, manakala kekasihnya yang berusia 39 tahun, suami orang.

Gejala tidak senonoh pasangan itu terbongkar kira-kira 12.30 tengah malam kelmarin apabila sekumpulan pegawai penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Besut (PADB), Majlis Daerah Besut (MDB) bersama anggota polis menjalankan operasi mencegah maksiat dan jenayah, menemui kanak-kanak itu ditinggalkan ibunya seorang diri di kafe siber sebuah hotel di sini.

Ibu kanak-kanak itu kemudian ditemui dalam sebuah bilik hotel bersama seorang lelaki tanpa ikatan sah yang pada mulanya diakui sebagai suaminya.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, pasangan itu diserahkan kepada PADB untuk tindakan lanjut.

TAIPING : PAS Negeri Perak menerima ahli baru daripada dua tokoh yang dikenali iaitu bekas Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Adnan Ibrahim dan bekas pegawai tinggi TLDM Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid.

Kedua-dua tokoh itu telah hadir di Program Pelancaran 'Jom Masuk PAS' di Markas Tarbiyyah PAS, Air Kuning di sini.

Adnan berkata, beliau menyertai PAS setelah mendapat hidayah untuk menyertai perjuangan PAS dan meninggalkan Umno selepas pulang dari tanah suci.

"Ketika saya berkhidmat dahulu, teruk saya maki dan memarahi guru-guru yang menyokong PAS. Saya ketika itu sangat benci dengan PAS dan memandang PAS ini sebagai parti yang mempergunakan agama demi politik," katanya dengan nada kesal.

Beliau mendakwa, Naib Presiden UMNO, Datuk Hishammuddin Tun Husein dan pimpinan Umno memanggil beliau dan menasihatkan agar terus dengan Umno tetapi beliau berpegang dengan pendiriannya untuk bersama dalam PAS demi mendokong perjuangan Islam.

Bagi Mohamad Imran pula, beliau masuk PAS kerana tidak yakin dengan perjuangan Umno.
"Perjuangan Umno hanya retorik semata-mata. Kata memperjuangkan Islam tetapi sebaliknya," katanya yang ingin bersama dalam PAS hingga ke akhir hayatnya.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dalam ucapannya berkata, beliau mengalu- alukan kemasukan dua tokoh besar masyarakat ke dalam PAS. "Bekas pegawai tinggi TLDM dan bekas Pengarah Pendidikan pun boleh masuk PAS, kenapa JKKK dan penoreh getah tidak boleh masuk PAS?" soalnya ketika melancarkan Program 'Jom Masuk PAS' anjuran Badan Perhubungan PAS Perak.

"Sekarang ini, orang dah pencen semua nak masuk PAS setelah lama 'digari' . Mereka tidak percaya Umno. Umno tidak relevan lagi, Umno sudah busuk hingga ke usus," tegasnya lagi.
Sumber: perak.pas.org.my
8 tahun sengat pari berada dalam punggung lelaki ini
Jumaat, Oktober 14, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Saya petik:

[SH] SURA GATE – “Selama lapan tahun saya menderita kesakitan rasa dicucuk sesuatu. Kini segalanya sudah berakhir sejak duri tajam itu keluar tengah hari semalam.”

Itu antara luahan kelegaan pemuda, Che Mohd Nurul Che Anuar, 23, yang terpaksa menanggung derita bertahun lamanya selepas serpihan sengat pari tercucuk pada bahagian punggungnya.

Kejadian hampir lapan tahun lalu itu dikatakan berlaku ketika Mohd Nurul yang pada waktu itu baru berusia 15 tahun, sedang berada di tepi pantai menunggu bapa saudaranya pulang dari menangkap ikan.

Mengimbas detik kejadian, Mohd Nurul berkata, ketika itu dia sedang duduk di atas pasir di Pantai Teluk Lipat sebelum terasa punggungnya tercucuk benda tajam.

Apabila mendapati ia adalah sengat pari, dia cuba menariknya keluar namun gagal.

“Ketika itu saya mendapati ada benda hitam melekat pada punggung. Saya sangka ia adalah serpihan kayu.

“Bila saya amati rupa-rupanya ia sengat pari. Saya cuba menariknya keluar namun gagal kerana ia semakin menusuk ke dalam,” katanya.

Menurutnya, ketika kejadian berlaku, dia masih dalam di tingkatan tiga di Sekolah Menengah (SM) Sultan Omar.

Difahamkan sejurus kejadian, Mohd Nurul dikejarkan ke hospital namun sengat sepanjang kira-kira lapan sentimeter itu gagal dikeluarkan biarpun sudah menjalankan dua pembedahan di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.

“Bayangkan, lapan tahun sengat pari ini berada dalam tubuh saya, selama itu jugalah saya menderita.

“Hari ini segala-galanya berakhir apabila sengat yang diibaratkan duri dalam daging itu keluar selepas saya dibawa ke Hospital Dungun,” katanya.

Mohd Nurul kini sudah pun bekerja.
Gadis 14 tahun ini hilang ikut rakan Facebook
Jumaat, Oktober 14, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Sebarang maklumat, sila hubungi Mohd. Sabri Samat: 016-4871042

Saya petik:
[kosmo] KANGAR – Seorang bapa runsing apabila anak perempuannya lari dari rumah dipercayai mengikut rakan lelaki yang dikenali melalui laman sosial, Facebook sejak tiga hari lalu.

Menurut Mohd. Sabri Samat, 35, kehilangan anaknya, Nurul Nur Syawaltie, 14, disedari apabila dia tidak pulang ke rumah selepas tamat waktu persekolahan di Sekolah Menengah Putra di sini Rabu lalu.

Ujarnya, dia kemudian menghubungi pihak sekolah, namun terkejut apabila dimaklumkan anak sulung daripada lima beradik itu rupa-rupanya tidak hadir ke sekolah pada hari berkenaan.

“Saya hanya menjumpai basikal anak saya yang ditinggalkan di taman perumahan di sebelah sekolahnya.

“Selepas menunggu hingga lewat malam, dia masih tidak pulang ke rumah dan berikutan itu saya membuat laporan di Balai Polis Kangar kira-kira pukul 1.30 pagi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Dato Jaafar di sini semalam.

Mohd. Sabri berkata, dia mengesyaki kehilangan Nurul Nur Syawaltie ada kaitan dengan seorang lelaki berusia 20-an yang dikenali oleh anak gadisnya itu melalui Facebook.

“Sejak kebelakangan ini, dia kerap bermain Facebook dan sehari sebelum kejadian, saya terdengar dia berbual di telefon bimbit dengan rakan yang mengajaknya berjalan-jalan di Pulau Pinang,” ujarnya.

Malah, katanya, beberapa orang rakan sekolah Nurul Nur Syawaltie juga memberitahunya bahawa anaknya itu ada meluahkan rasa tidak gembira tinggal di Kangar melalui Facebook.

“Sebelum ini, kami sekeluarga menetap di Pulau Pinang lebih lima tahun ketika saya bekerja di sana dan kami baru setahun tinggal di Kangar,” ujarnya.

Ujarnya, dia percaya anaknya itu menghilangkan diri bersama seorang lagi rakan sekolahnya yang dikenali sebagai Amira.

Katanya, orang ramai yang berjumpa atau mempunyai maklumat mengenai Nurul Nur Syawaltie diminta menghubunginya di talian 016-4871042 atau balai polis berhampiran.

P/s: Kecik-kecik sudah pandai ikut 'jantan', alamatnya rosaklah masa depan....
Kerana disyaki CURANG suami tekap muka isteri dengan sterika panas
Khamis, Oktober 13, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:

[HM] KULIM: Gara-gara terlalu cemburu, seorang isteri terpaksa menanggung derita akibat melecur di muka selepas ditekap dengan seterika panas oleh suaminya kerana disyaki menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi di rumah pasangan itu di Lunas, dekat sini, suspek yang juga anggota pasukan keselamatan berusia 50 tahun, dipercayai hilang sabar dengan kecurangan isterinya berusia 43 tahun berkenaan.

Sumber berkata, lelaki itu yang memendam perasaan marah serta geram dengan perangai isterinya hilang pertimbangan ketika berlaku pertengkaran lalu mengambil seterika panas dan menekapkannya pada muka isterinya sehingga melecur teruk.

Katanya, sebelum ini lelaki itu tidak tahu kegiatan isterinya sering berjumpa teman lelakinya di tempat lain.

“Wanita itu bekerja di sebuah kilang di Kulim dan sering bekerja syif malam memudahkannya menutup hubungan sulit dengan teman lelaki daripada suaminya.

“Ketika berada di rumah, wanita itu pandai menyembunyikan perbuatan salah lakunya itu dan berlagak seperti biasa, sehingga suaminya tidak mengesyaki apa-apa terhadap isterinya.
'Anu' putus terkena bilah traktor pemotong rumput
Khamis, Oktober 13, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Gambar hiasan

Saya petik:
[SH] MARANG – Mengerikan. Demikianlah keadaan kecederaan dialami seorang peserta kursus kemahiran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang putus kemaluan selepas seluar yang dipakai tersangkut pada ‘roller’ traktor pemotong rumput.

Mangsa, Mohd Hafis Abdul Rahman, 26, tergelincir ketika hendak turun dari bahagian belakang jentera yang berhenti selepas menjalani lati-han amali di Taman Pengeluar Kekal Makanan (TPKM) Serating, di sini, dalam kejadian Ahad lalu.

Sebelum kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, mangsa bersama pemandu jentera terbabit memotong rumput untuk menyediakan maka-nan bagi haiwan ternakan yang diternak di kawasan ladang milik sebuah syarikat swasta di situ. Namun mangsa dipercayai tergelincir semasa turun dari jentera pertanian itu lalu terjatuh ke belakang menyebabkan seluar yang dipakai tersangkut pada ‘roller’ yang masih berpusing dan menarik mangsa ke dalam.

Akibat kejadian itu seluar dipakai mangsa koyak rabak sebelum dia mengalami kecederaan parah pada kemaluannya. Mangsa yang tinggal di Gong Badak, Kuala Terengganu itu kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Sementara itu, seorang jurucakap JKM ketika dihubungi Sinar Harian berkata, mangsa terbabit sedang menjalani latihan amali dibantu pemandu jentera itu sedang melakukan kerja pemotongan rumput untuk dijadikan makanan kambing.

“Bagaimanapun, mangsa yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) itu mengalami kecederaan parah pada kemaluannya selepas terjatuh di bahagian belakang jentera pertanian itu semasa kenderaan itu berhenti,” katanya.

:Menurutnya, pihak pengurusan membuat satu laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Merchang dan melawat mangsa pada malam kejadian. Lawatan tersebut diketuai Penolong Pengarah II, JKM Negeri Terengganu, Rusmi Mahmood.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian yang menimpa pemuda berkenaan.

Usaha Sinar Harian untuk menemubual mangsa bagaimanapun tidak dibenarkan pihak hospital.
P/s: Malang sememangnya tidak berbau... 
Empat gadis bakal jururawat 'berpesta seks' di bilik asrama kolej
Khamis, Oktober 13, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Gambar hiasan

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Empat gadis bakal bergelar jururawat yang ponteng kuliah di sebuah kolej swasta di Klang, Selangor, sejak beberapa hari lalu, ditahan selepas didapati ‘berpesta seks’ bersama pasangan masing-masing di sebuah bilik asrama kolej berkenaan, malam kelmarin.

Dalam serbuan dilakukan pengurusan kolej berkenaan jam 7 malam, dua daripada pelajar perempuan terbabit dilaporkan dicekup dalam keadaan separuh bogel dan dua lagi berpakaian lengkap, manakala empat lelaki berusia awal 20-an bersembunyi dalam tandas asrama kolej.

Difahamkan, biarpun menyedari pemeriksaan mengejut dilakukan pihak pengurusan kolej, keempat-empat lelaki terbabit gagal menyelinap keluar menyebabkan mereka bersembunyi di dalam tandas bagi mengelakkan dicekup, namun gagal.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, pihak pengurusan kolej menerima banyak aduan salah laku keempat-empat gadis terbabit daripada pelajar lain dan pensyarah sejak seminggu lalu.

“Antara salah laku yang dilaporkan ialah tidak hadir kelas dan sering membawa lelaki masuk ke asrama sehingga menimbulkan ketidakselesaan di kalangan pelajar lain.

“Rentetan daripada aduan berkenaan, satu pemeriksaan mengejut dilakukan pihak kolej selepas dimaklumkan terdapat empat lelaki dipercayai kekasih kepada keempat-empat pelajar terbabit menyelinap masuk ke asrama kira-kira jam 6 petang semalam (kelmarin),” katanya.

Menurut sumber, pemeriksaan yang dilakukan empat kakitangan terdiri daripada pihak pengurusan kolej yang diiringi anggota polis itu membuahkan hasil apabila keempat-empat lelaki terbabit ditahan ketika bersembunyi di dalam tandas asrama berkenaan.
[PANAS] 7 bas dikesan bawa warga asing dapatkan IC di Putrajaya?
Rabu, Oktober 12, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Saya petik:
[HD] KUALA LUMPUR, 12 Okt: Dewan Pemuda PAS Johor telah berjaya mengesan 7 buah bas yang dipercayai membawa warga asing menuju ke Putrajaya untuk mendapatkan kad pengenalan.

Kesemua mereka diyakini dibawa masuk ke negara ini oleh pemimpin Umno BN bagi membolehkan mereka didaftarkan sebagai pengundi dalam daftar pemilih untuk mengundi bagi pihak Umno BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang.

Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat menjelaskan, kesemua bas tersebut telah dikesan dari Johor dan telah sampai ke Masjid Putrajaya pada jam 8 pagi tadi untuk mengambil IC mereka di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Menurut beliau, tidak lama selepas itu, 3 dari 7 buah bas tersebut telah masuk ke JPM bersama sebuah kereta Perdana yang di dalamnya terdapat individu berpangkat datuk.

Sebahagian bas lagi, tegasnya, telah diarahkan keluar dari Putrajaya menuju ke arah yang tidak diketahui disebabkan mereka menyedari Pemuda PAS mengekori mereka dan ini jelas merupakan helah penghianat negara.

Katanya, setelah cerita mengenai 7 buah bas yang membawa warga asing untuk mengambil IC di JPM itu dimasukkan oleh beliau ke dalam Facebook, mereka telah lari masuk ke dalam hutan di Kajang.

"Takut juga rupanya mereka. Saya ingat mereka berani sangat. Tindakan para pemimpin Umno BN itu ternyata satu pengkhianatan kepada negara," katanya ketika menghubungi Harakahdaily, hari ini.

Maklumat mengenai warga asing mahu mendapat kerakyatan mudah itu, menurut beliau, telah diterima oleh beliau sejak petang semalam lagi dan sejak itu Pemuda PAS Johor telah berusaha mengesaninya.

"Malam tadi jam 1.00 malam, mereka singah di R & R Pagoh. Bermula di situ skuad pemuda PAS ekori mereka. Jam 6 pagi, mereka sampai di Masjid Putrajaya," katanya.

Hasil pengesanan yang dilakukan oleh Pemuda PAS, jelasnya, didapati bas-bas yang membawa warga asing untuk mendapatkan IC itu telah diturunkan di Kajang, Selangor.

"Ini jelas manipulator terancam yang dibuat ekoran pendedahan Pemuda PAS. Mereka ternyata pengkhianat yang pengecut," tegas beliau yang juga Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Sejak 3 jam lalu, katanya, kesemua warga asing yang mahu mendapatkan IC mereka itu telah ditempatkan di dalam hutan di Jalan Kajang - Istana Dugang Contry Resout.

Sehubungan itu, beliau berharap agar orang ramai yang mempunyai kelapangan masa berkejar ke tempat itu sekarang untuk beramai-ramai bertanya kepada mereka tujuan kedatangan mereka beramai-ramai ke Putrajaya itu.

"Sekitar 30 minit lalu, penduduk di kawasan itu sedang mengepong kawasan warga asing yang mahu diberikan IC oleh JPN itu," katanya.

Kini, menurutnya, bas-bas yang membawa warga asing itu pula telah keluar dari kawasan resort tersebut dan bas-bas tersebut didapati kosong tanpa penumpang.

"Maksudnya, warga-warga asing tersebut telah ditinggalkan di dalam resort itu. Apa yang mereka buat?" tanya beliau.

P/s: Inilah dia pengkhianat sebenar negara!! 
Bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar stress wanita?
Rabu, Oktober 12, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Bau ketiak lelaki menjadi penawar stress wanita?

Kepada para isteri, apa kata anda mengenai penawar stress ini kerana andalah yang merasa bau itu semasa tidur...Kalau selalu stress tu, bolehlah si isteri mencubanya...kah kah kah

Fakta atau auta? Sila klik di sini.

Saya petik:
[SH] KUALA TERENGGANU - Seorang tukang urut refleksologi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas enam pertuduhan merogol dan mencabul kehormatan gadis cacat penglihatan, yang berusia 13 tahun sembilan bulan pada tahun lalu dan tahun ini.

Mohd Zubir Muda, 60, dari Seberang Takir, dekat sini, dituduh di bawah Seksyen 376 (2) (d) Kanun Keseksaan kerana merogol, dua pertuduhan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan dan satu pertuduhan di bawah Seksyen 377 (c) (a) Kanun Keseksaan kerana melakukan seks menggunakan jari terhadap mangsa, anak rakan baiknya.

Bapa kepada empat anak itu tidak mengaku bersalah ke atas kesemua pertuduhan itu.

Dia dituduh merogol :mangsa pada 6 Jun 2010 kira-kira jam 10.30 pagi di rumah di Taman Murni Permai, Tok Jembal, di sini dan antara bulan Mac dan 4 September lalu kira-kira jam 3 petang dan 12.30 tengah hari di sebuah rumah di Taman Perumahan Seberang Takir, dekat sini.

Dia juga dituduh mencabul kehormatan mangsa yang cacat penglihatan itu pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Tertuduh juga didakwa melakukan seks menggunakan jari pada kira-kira jam 10.30 pagi pada 6 Jun 2010 di sebuah rumah di Taman Murni Permai.

Zainal Abidin menetapkan 21 November depan sebagai tarikh sebut semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 bagi setiap pertuduhan.

Mengikut fakta kes, lelaki itu didakwa melakukan perbuatan itu semasa menghantar mangsa ke pusat kebajikan OKU di Kuala Nerus, di sini.

 Saya petik:
[HM] GOMBAK: Cubaan seorang pegawai imigresen untuk melarikan diri daripada polis berakhir dengan tragedi apabila dia maut dengan cebisan otak bertaburan selepas terjatuh dari tingkat 12 Kondominium Magnaville, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6.45 petang itu, empat anggota Jabatan Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban pergi ke rumah Mohd Irwan Mohd Ishak, 29, bagi menyiasat kes penipuan membabitkan mangsa.

Bagaimanapun mangsa yang disyaki panik selepas mendapat tahu kehadiran anggota polis nekad memanjat tingkap kediamannya untuk ke ruang tangga berhampiran sebelum dia dikatakan tergelincir dan terjatuh.

Akibat kejadian, mangsa yang ditemui dalam keadaan terlentang, maut di tempat kejadian dengan kepalanya pecah.

Isteri mangsa, Suridah Suhardi, 35, berkata, ketika kejadian suaminya baru bangun daripada tidur dan memberitahu dia tidak mahu berjumpa dengan sesiapa dan menyuruh sekumpulan lelaki yang mengaku sebagai polis pergi dari situ.

“Sebelum ini, suami saya sudah berpesan yang dia tidak mahu berjumpa dengan sesiapa dan jangan membuka pintu jika ada orang mencarinya,” katanya.

P/s: Mengapakah takut untuk berjumpa polis? Apakah ada sesuatu yang ditakuti sehingga sanggup memanjat tingkap untuk bersembunyi?
Wanita terkejut gambar peribadi diguna sindiket pelacuran di Facebook
Selasa, Oktober 11, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Gambar hiasan 

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Seorang wanita bukan saja menjadi mangsa penyalahgunaan gambar profil yang menawarkan perkhidmatan pelacuran di facebook (FB) malah dia turut diugut individu tidak bertanggungjawab jika membuat aduan kepada pihak berkuasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam, 8 Oktober lalu, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lina, 43, sedang melayari laman sembang sosial, facebook sebelum menemui sebuah profil menggunakan gambar diri dan suaminya tanpa kebenaran.

Katanya, pemilik profil berkenaan itu turut memberikan nama baru untuk pasangan berkenaan.

“Saya menerima kejutan yang lebih hebat selepas menemui gambar peribadi yang digunakan sebagai umpan atau promosi perempuan jalang untuk kegiatan pelacuran melalui laman sembang sosial itu,” katanya.

Menurutnya, apabila dia dan suaminya menghantar pesanan ringkas kepada pemilik akaun profil berkenaan untuk mengeluarkan gambar, mereka hanya menerima mesej berbentuk ugutan.

Beliau berkata, pemilik berkenaan mendakwa tidak akan mengeluarkan gambar mangsa dan suaminya sebaliknya akan menyebarkan lagi gambar terbabit secara meluas di facebook.

“Seperti yang didakwa, suspek terbabit membuka akaun facebook baru menggunakan nama lain tetapi menyalahgunakan gambar saya dan suami.

“Malah maklumat peribadi dalam akaun berkenaan menyerupai identiti suami saya, kami bukan saja diaibkan tetapi identiti peribadi kami digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Hanya kerana enggan bermesra di ranjang, seorang pemandu teksi cedera di telinga kiri akibat digigit selain diugut akan dipotong alat kelamin oleh isterinya dalam kejadian, 3 Oktober lalu.

Lebih mengejutkan, mangsa dikenali sebagai Chin Weng Seng, 61, turut disembur racun serangga dan minyak gamat di bahagian mata oleh pasangannya itu.

Menurut Weng Seng, isterinya yang dikenali sebagai Le Thi Quang, 29, warga Vietnam turut mengancam mengatakan dirinya menghidap HIV positif dan akan menyebarkan virus berkenaan kepadanya.

“Pada malam kejadian, saya mengajak isteri bermesra sebelum dia menggigit telinga kerana enggan melayani kehendak saya.

“Setelah menggigit telinga kiri saya hingga berdarah, dia mengamuk sambil mengugut mahu memotong alat kelamin saya dengan menggunakan gunting sambil menjerit menyatakan dia menghidap HIV positif.

“Keesokannya, saya mendapati Thi Quang melarikan diri dari rumah dan segala barangan peribadinya dibawa bersamanya,” katanya ketika ditemui di Wisma MCA, di sini, semalam.

Menurutnya, sepanjang tiga bulan mereka berkahwin, wanita terbabit enggan membenarkan dia memasuki rumah selepas pulang dari kerja sehingga terpaksa bermalam di dalam teksi saja.

Difahamkan, mangsa berkahwin dengan isterinya yang juga warga Vietnam itu melalui agensi cari jodoh yang mengenakan bayaran sebanyak RM18,000.

Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata, pihaknya menerima lima kes aduan berkaitan masalah perkahwinan membabitkan wanita warga asing sejak tahun lalu.

“Kes kali ini mungkin yang paling teruk setakat ini apabila mangsa cedera selain menerima ugutan daripada wanita berkenaan.

“Bulan lalu, kami turut menerima aduan seorang lelaki berusia 31 tahun yang mengahwini wanita warga Vietnam berusia 20-an juga melalui agensi cari jodoh dan menghadapi masalah serupa.

“Pihak kami akan menghubungi agensi berkenaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan wanita terbabit,” katanya.

P/s: Kesian apek ni....
Lelaki kerat 'anu' sendiri akibat putus cinta. Gila!!
Selasa, Oktober 11, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 30-an yang dipercayai putus cinta dan menghadapi tekanan perasaan nyaris maut apabila memotong alat sulitnya sendiri menggunakan sebilah pisau dalam kejadian berhampiran sebuah restoran di Danau Kota, Setapak, di sini, kelmarin.

Difahamkan, tindakan drastik lelaki terbabit mengakibatkan alat sulitnya itu hampir putus selain kehilangan banyak darah.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa bernasib baik apabila seorang lelaki berusia 26 tahun yang kebetulan lalu di kawasan berkenaan menemuinya terbaring di bahu jalan dalam keadaan berlumuran darah selain meronta-ronta menahan kesakitan sambil meminta pertolongan.

Menurut sumber, lelaki yang menemuinya itu kemudian bergegas membuat laporan di Pondok Polis Danau Kota, di sini, sebelum sepasukan anggota polis dan ambulans dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian kira-kira lima minit kemudian, lelaki terbabit dikatakan masih kesakitan sambil memegang kemaluannya.

“Mangsa dilaporkan pengsan dipercayai kehilangan banyak darah ketika usaha mengangkatnya masuk ke dalam ambulans untuk dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), bagi mendapatkan rawatan,” katanya.

Difahamkan, pihak berkuasa turut menemui sebilah pisau di lokasi kejadian dipercayai senjata digunakannya untuk memotong kemaluannya.

Menurut sumber, sebaik tiba di hospital, pembedahan segera dilakukan untuk menyambungkan alat sulit mangsa.

“Pembedahan yang memakan masa hampir dua jam itu dilapor membuahkan hasil apabila alat sulit lelaki terbabit berjaya disambung.

“Difahamkan, biarpun alat sulitnya itu berjaya disambungkan, kemungkinan kemaluannya pulih seperti sedia kala adalah tipis,” katanya.

Mangsa yang kini ditahan di wad di hospital berkenaan untuk rawatan susulan dilaporkan stabil dan difahamkan, selepas kecederaannya pulih, dia akan dirujukkan ke unit psikiatri bagi tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu pihaknya yakin tiada unsur jenayah dalam kejadian itu.
Ibu & anak jual diri untuk lepaskan gian...
Selasa, Oktober 11, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Gambar hiasan

Saya petik:

[HM] CHUKAI: Bukan saja tergamak ‘menjual’ empat daripada tujuh anaknya kepada keluarga lain untuk dijaga, seorang wanita yang terdesak mendapatkan sumber kewangan selepas berpisah dengan suaminya kira-kira empat tahun lalu, tergamak memperdagangkan tubuhnya bagi mendapatkan wang untuk menyara keluarganya.

Sumber berkata, lebih menyedihkan apabila ibu tunggal berusia 37 tahun terbabit yang turut menagih pelbagai jenis dadah bertindak keterlaluan apabila menurunkan ilmu dan pengalamannya menjual tubuh kepada anak gadisnya yang berusia 16 tahun.

“Selain mengajar anak perempuannya menjual tubuh, wanita terbabit menjadikan gadis itu yang berhenti sekolah ketika di tingkatan satu sebagai rakan penagih apabila mereka melepaskan gian dadah bersama ketika di rumah.

“Sebagai jalan mudah mendapatkan bekalan dadah, dua beranak terbabit menerima bahan terlarang itu sebagai menggantikan bayaran perkhidmatan seks ketika bersama pasangan masing-masing,” kata sumber itu.

Kegiatan dua beranak terbabit terbongkar apabila rumah mereka diserbu sepasukan anggota polis yang menjalankan Ops Tapis di Kampung Dusun Nyior, dekat sini, hujung minggu lalu.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah, Asisten Superintendan Hamzah Awang Dollah, berkata serbuan ke atas kediaman milik wanita itu di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Dusun Nyior dilakukan pada jam 2 petang.

Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Kerajaan menarik balik cadangan menaikkan elaun anggota parlimen berikutan bantahan daripada pemimpin kanan pembangkang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas kerajaan mengambil kira bantahan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh), Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak), Lim Guan Eng (Bagan-DAP) dan Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian). 

"Cadangan itu dibantah pemimpin pembangkang, jadi saya ambil maklum mereka bercakap bagi pihak anggota parlimen lain daripada parti masing-masing," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Anwar merupakan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), sementara Azmin pula Timbalan Presiden PKR, manakala Lim adalah Setiausaha Agung DAP dan Salahuddin Naib Presiden PAS.

Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Belanjawan 2012 mengumumkan kerajaan akan menaikkan elaun anggota parlimen dengan peruntukan kira-kira RM30 juta, jika cadangan itu mendapat sokongan semua anggota parlimen termasuk pembangkang dan wakil bebas.

Mohamed Nazri berkata pembatalan kajian semula elaun itu turut melibatkan kenaikan elaun pegawai penyelidik dan pembayaran kos sewa pejabat wakil rakyat.

P/s: Tahniah MP PR, Kalau MP BN, setuju saja..... 
60,000 pelajar kita ketagih FB
Isnin, Oktober 10, 2011 | Author: Tuk Kiyai