Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

PKR Alu-alukan Pengguguran Shafie Afdal

Label:

oleh: AZEE SANDULONG

AHLI Parlimen Ampang yang juga Ketua Wanita PKR Pusat, Hajjah Zuraida Kamaruddin berkata Skandal Seks Menteri Luar Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Mohd Shafie Apdal dengan artis Zahida Rafiq yang membabitkan wang sejumlah RM1.5 juta bukan perkara kecil dan sepatutnya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan dan mengambil tindakan undang-undang yang setimpal.

"Kita tahu Shafie Apdal sekarang makanpun tak kenyang, tidurpun tak lena kerana asyik memikirkan Skandal Seksnya dengan pelakon tersebut yang sudah nyata dan terang perkara ini akan mengubur dirinya di persada politik tanah air," kata Zuraida ketika menyampaikan Ceramah Perdana di Taman Miramas, kediaman Ketua Sri Kandi PKR Semporna, Nazmahwati Walli.
Katanya ahli-ahlipun UMNO sekarang sudah memandang serong terhadap Shafie kerana Skandal Seksnya terdedah kepada umum, terutama dari mana beliau memperolehi wang tunai untuk diberikan kepada Zahida sedangkan jawatannya sebagai Menteri KKLW tidak memungkinkan beliau memperoleh wang yang sebegitu banyak.

Kata Zuraida, sekalipun sebelum ini Shafie dan Zahida menafikan Skandal Seks mereka dan memfailkan saman terhadapnya, namun penjelasan bekas pemandu yang gajinya dibayar Shafie, Noor Azman Azemi dan keluarga Di Raja Kedah, Dayangku Intan telah menyerlahkan segala rahsia yang disembunyikan selama ini.

"Kita sudah dengar khabar bahawa Shafie akan digugurkan pada PRU Ke-13 dan BN Sabah mencalonkan muka baru kerana beliau telah mengotorkan imej UMNO/BN, terutama Skandal Top-Up," kata Zuraida yang menyambut baik keputusan Perdana Menteri menggugurkan Shafie.

Walaupun sudah 20 tahun menjadi ahli Parlimen Semporna dan Menteri Kabinet, namun Shafie gagal membangunkan Semporna, terutama kemudahan asas, melainkan yang dilaksanakan oleh pihak swasta atau agensi persekutuan yang tidak mempunyai kaitan dengan beliau.

“Tengok sahaja jalan masuk ke pekan Semporna, hanya sehala dan menyebabkan kesesakan dan kemiskinan penduduk kampung di pesisir pantai dan kepulauan. Kita terkejut kerana ramai terpaksa menjadikan peminta sedekah sebagai profesion untuk meneruskan kehidupan yang amat sukar di Semporna," ujar Zuraida yang kesal kerana BN gagal membangunkan Semporna.

Kata Zuraida, beliau hairan kerana jika untuk menaiktaraf jalan dan jambatan kayu di kawasan kampung di pesisir pantai dan kepulauan tiada peruntukan, tetapi ada pula wang RM1.5 juta untuk diberikan kepada Zahida.

"Pemimpin BN seperti Shafie ini wajib disingkir keran apa gunanya rakyat Semporna mengharapkan bantuan dan kepimpinannya lagi sedangkan beliau sudah tidak mampu menunjukkan contoh teladan yang baik," ujar Zuraida yang menggesa agar penduduk Semporna melakukan jihad menyingkirkan pemimpin yang tidak amanah seperti Shafie dan tiga Adun yang sedia ada.

Para pemimpin UMNO, kata Zuraida, kalau bercakap bukan main besar; kata mereka, sejak BN/UMNO memerintah Sabah ramai golongan bumiputera telah menjadi jutawan dan hanya 10 peratus orang bumiputera Sabah yang masih miskin.

Sehubungan itu, Zuraida menyarankan rakyat Semporna harus bangun serentak menukar kerajaan yang ada sekarang kerana melakukan penindasan terhad rakyat; terutama dalam isu Mini Estate Rumpai yang sudahpun dimeterai perjanjian (MOU) tapi projeknya hanya indah khabar dari rupa.

Kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI) DiBatalkan?

Label:

P/s: Benarkah berita ini? Ada sesiapa yang ada info yang boleh mengesahkannya? 
____________________________________________________________________________________

Berdasarkan info terkini, kuliah tersebutnya bukannya dibatalkan tetapi ditangguh. Berikut adalah komen pembaca:

Dukacita dimaklumkan bahawa pihak penganjur terpaksa menangguhkan sementara Majlis Kuliyyah Agama oleh Ustaz Azhar Idrus yang dirancang pada 26 Mei 2012 ke satu tarikh baru yang akan dimaklumkan kelak.

Penangguhan ini ialah atas pertimbangan pada masa yang sama akan berlangsung Perhimpunan Jutaan Belia di Putrajaya yang dibimbangi akan menimbulkan masalah kesesakan lalulintas yang teruk yang akan menyusahkan orang ramai jua.

Pihak penganjur memohon jutaan kemaafan kepada semua pihak atas sebarang kesulitan yang timbul akibat penangguhan ini. Tarikh baru bagi program ini akan dimaklumkan kelak.

p/s admin Kuala Lumpur sedang berusaha mencari lokasi gantian.

Sebarang info akan di maklumkan kemudian. Kami warga Studio Mukmin berharap Saudara semua bersabar dan bersangka baik serta jangan membuat sebarang spekulasi.

Gelombang Tok Guru & Tuntut Royalti Di Bukit Jalil Sekarang Ini

Tandatangan Rakyat Kelantan Boikot PETRONAS & Kembalikan Hak Royalti Minyak Kelantan 

KUALA LUMPUR: Sempena aksi final Piala FA antara Kelantan dengan Sime Darby malam ini, NGO Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Kelantan (Gegar) mengadakan kempen mengumpul tandatangan di Stadium Bukit Jalil hari ini.

Setiausahanya, Muhammad Hishammuddin Ghazali berkata, kempen tersebut sudah bermula sejak malam tadi dan akan berterusan sehingga malam ini.

"Kita mahu mengumpul sekurang-kurangnya 20,000 tandatangan sebagai sokongan terhadap usaha kerajaan negeri menuntut hak royalti negeri itu," katanya kepada Harakahdaily.

Selain tandatangan, pihak Gegar juga katanya akan mengadakan persembahan dikir royalti dan puisi royalti secara spontan di perkarangan stadium tengah hari ini.

Mereka juga turut membuka khemah khas Royalti Minyak sebagai simbolik kempen mereka.

Serentak itu juga, satu lagi NGO bersama mereka iaitu Gerakan Rakyat Boikot Petronas turut menganjurkan kempen serupa.

Gerakan itu antara lain mahu rakyat khususnya Kelantan untuk memboikot Petronas selagi tidak membayar wang royalti kepada Kelantan.

"Kita juga akan edarkan 10,000 pelekat 'huruf R' yang berwarna merah sebagai tanda menuntut royalti dan pelekat boikot Petronas," kata Hishammuddin lagi.

Kempen serupa sebenarnya pernah dibuat Gegar pada aksi final Piala FA 2011 lalu ketika Kelantan bertemu Terengganu di stadium sama.

Sebagai kemuncak malam ini, mereka akan menaikkan kain rentang gergasi menuntut royalti. -harakah

[VIDEO] Mereka Kini Bersama PAS

Label:

[VIDEO PANAS] Naib Ketua Pemuda Umno Kampar Mengamuk & Isytihar Keluar Parti

Label:

Kah kah kah.....Orang umno pun dah benci dan menyampah dengan umno. Bagaimana dengan anda? Sayang dan suka dengan umno? MB Perak sudah menggelabah. Nanti ada la wakil umno datang untuk "nego" dengan saudara Samhuri supaya tidak keluar parti...

BATU GAJAH: Naib Ketua Pemuda Umno Kampar, Sdr Zamhuri Md Zin hari ini mengisytiharkan dirinya keluar parti dan tidak mahu lagi dikaitkan lagi dengan parti itu.

Tindakan tersebut adalah disebabkan parti yang telah memerintah lebih 50 tahun itu gagal menjaga orang melayu dan tidak lagi releven.

"Saya hari ini mengisytiharkan keluar Umno setelah lebih 27 tahun bersama parti itu," katanya.

Menurutnya, rasuah didalam pertadbiran Barisan Nasional amat berleluasa dan ditahap yang membimbangkan.

Beliau yang juga seorang pengusaha pasir telah ditipu dan dinafikan haknya setelah membayar cukai dan premium kepada kerajaan.

"Saya bayar cukai RM20 125 seperti prosidur yang ditetapkan oleh kerajaan tetapi apa yang saya dapat hanya tanah liat, bukannya pasir," ujarnya.

Ahli Majlis Daerah Kampar itu sangat kesal dengan tindakan kerajaan yang menganiaya serta menindasnya sedangkan beliau adalah 'orang kuat' menyokong kerajaan.

"Nak bagi rasuah, ajak makan, pergi karaoke, bagi amoi (pelacur) dari siam barulah nak bagi luluskan pasir, dan Ketua Umno Bahagian, Dato' Radhi Manan sebentar tadi menelefon dan mengatakan pasir yang dipohon sudah diluluskan.

"Sudah terlambat, saya tetap dengan pendirian saya akan keluar umno dan saya tidak akan toleh ke belakang.

"Dah lama saya bersabar dan hari ini saya tekad keluar Umno dan bersama-sama Pakatan Rakyat," ujarnya.

Zamhuri yang juga Ketua Cawangan Umno Changkat Tin menyatakan bahawa lebih 100 ahli di cawangannya akan mengikut jejak langkah beliau.

Sementara itu, Mantan Menteri Besar, Dato' Seri Nizar Jamaluddin ketika bersama-sama dalam pengisytiharan itu mengalu-alukan hasrat beliau.

Mohammad Nizar menjelaskan, di zaman pemerintahan Pakatan Rakyat selama 11 bulan, Zamhuri pernah memohon pasir dan diluluskan.

"Walaupun dia Umno tetapi Pakatan Rakyat luluskannya kerana itu hak dia sebagai penjual pasir.

"Kalaulah orang kuat Umno pun mereka tidak boleh tolong, inikan lagi orang Pakatan Rakyat.

Justeru, beliau menyeru ahli Umno yang lain turut bersama-sama mengikut jejak langkah Zamhuri dan menyertai perjuangan Pakatan Rakyat. -yoperaktv

Makan Tose Percuma Di Luar Rumah Timbalan Ketua Polis Negara Pada Ahad Ini Batal. Ini sebabnya...

[mStar] KUALA LUMPUR: Rancangan untuk mengadakan protes ‘tose’ di luar rumah Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar pada Ahad ini dibatalkan.

Bagaimanapun, gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), WargaAman yang membuat rancangan tersebut akan tetap menyerahkan tose telur berserta kari kambing di rumah Khalid di Ampang.

Pengerusi WargaAman, A.Rajaretinam berkata, pihaknya mengambil keputusan untuk membatalkan rancangan itu selepas mendapat nasihat daripada Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S. Ambiga dan mereka yang lain supaya tidak meneruskan tindakan protes.

“Ambiga menasihati kami supaya membatalkannya kerana tiada gunanya untuk melakukan kesilapan yang sama seperti mereka yang lain dan menceroboh privasi orang lain,” kata beliau, yang merujuk pada beberapa demonstrasi yang diadakan di hadapan rumah Ambiga.

Rajaretinam berkata, gabungan mereka terdiri daripada 20 NGO yang menghormati privasi Khalid dan tidak mahu menganggu penghuni lain.

“Jika terdapat orang yang berhimpun pada Ahad ini, kami tidak akan bertanggungjawab,” katanya.

Gabungan itu pada mulanya memutuskan untuk menyerahkan tose secara percuma pada Ahad ini di hadapan rumah Khalid bagi mempromosikan makanan warisan negara.

Dalam perkembangan lain, Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia atau Ikhlas membatalkan protes susulan “menjual burger” yang sepatutnya akan diadakan di hadapan rumah Ambiga pada 24 Mei ini.

Presiden Ikhlas, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, keputusan itu dibuat bagi menghormati undang-undang dan pihak berkuasa.

“Beratus-ratus peniaga telah bersetuju untuk menyertai kami dalam protes itu. Kami bimbang provokasi yang boleh mencetuskan pergaduhan akan berlaku sekiranya terdapat sejumlah besar yang berhimpun di luar rumah Ambiga.

“Oleh itu, kami memutuskan untuk membatalkan protes itu,” kata Mohd Ridzuan.

Mohd Ridzuan berkata, pihaknya tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat pihak lain yang mahu meneruskan rancangan itu dan berhimpun di luar rumah Ambiga.

Mohd Ridzuan berkata, Ikhlas telah menyerahkan satu memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pada Jumaat.

Beliau berkata, memorandum itu menuntut penganjur perhimpunan yang diadakan pada 28 Julai tahun lalu supaya membayar sebanyak RM817,205 sebagai ganti rugi kepada para peniaga yang mendakwa mengalami kerugian ekoran protes berkenaan.

“Ini (tuntutan) ditujukan kepada Bersih dan Patriot, kedua-duanya menganjurkan perhimpunan yang berbeza pada 28 Julai tahun lepas,” kata Mohd Ridzuan, sambil menambah, Ikhlas masih membuat pengiraan terhadap kerugian yang dialami peniaga semasa perhimpunan Bersih 3.0 tahun ini.

Beberapa anggota Ikhlas pada 10 Mei lalu mendirikan gerai burger dan membuat serahan makanan itu di luar rumah Ambiga di Bukit Damansara.

Tok Guru Nik Aziz Saman NST Dan Rahim Noor RM 1 Juta

Label:

[HD] KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menghantar notis saman kepada semua yang terlibat dengan laporan berita 'Nik Aziz father of kafir'.
Saman pula akan difaikan minggu depan terhadap mereka yang terlibat di New Strait Times dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor.

Saman itu dibuat ekoran kegagalan kedua dua pihak memohon maaf dan menarik balik tuduhan terhadapnya sebagai “bapa kafir” dalam tempoh yang diberikan.

Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Kelantan Hisham Fauzi (gambar) berkata, pihaknya kini sudah menyiapkan sepenuhnya dokumen dan dijangka memfaikan saman tersebut Isnin depan.

"Minggu depan kita akan faikan saman terhadap kedua-dua pihak tersebut, dan kita jangka ianya boleh dibuat Isnin ini," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Sebelum ini, pihaknya telah memberi tempoh 24 jam untuk Rahim menarik balik kenyataan dan memohon maaf secara terbuka kepada Tuan Guru Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS itu.

Bagaimanapun tiada sebarang respon daripada Rahim malah beliau tampil menafikannya pula.

Isnin lalu pula, pihaknya menghantar notis saman kepad NST dengan memberi tempoh 48 jam untuk akhbar milik Umno itu memenuhi tuntutan.

Selain New Straits Times (NST), notis saman itu turut menamakan Ketua Editor NST serta tiga orang wartawan yang terlibat dengan berita itu iaitu Rahmah Ghazali, Lim Poh Lean dan Nik Imran Abdullah.

Notis itu antara lain menuntut NST menyiarkan penarikan balik dan permohonan maaf di muka hadapan akhbar itu, manakala enam kali dalam muka yang lain.

Mereka juga menuntut disiarkan satu muka penuh sama permohonan maaf itu di akhbar Berita Harian ataupun Utusan Malaysia.

Selain itu, turut dituntut bayaran RM1 juta sebagai gantirugi penyelesaian luar mahkamah.

[VIDEO] Firaun mengkafirkan Nabi Musa, Rahim mengkafirkan Tg Nik Aziz

Label:

Peserta Bersih 3.0 dipukul dalam tahanan polis

Label:

[HD] KUALA LUMPUR: Seorang peserta Bersih 3.0 yang menyerah diri untuk membantu siasatan didakwa dipukul ketika berada di dalam tahanan polis.

Mohd Safwan Mamat, yang berasal dari Terengganu didakwa dipukul dengan getah paip oleh pihak polis, selain ditampar empat kali oleh seorang tahanan lain.

Beliau yang menyerah diri di IPD Dang Wangi pada 14 Mei lalu, dibawa ke lokap polis setelah diambil keterangan berkenaan berhubung penglibatannya dalam perhimpunan Bersih 3.0 lalu.

Dakwa peguam Lawyers for Liberty, Fadiah Nadwa Fikri, Safwan dipukul oleh dua anggota polis, di samping dipaksa mengaku melakukan keganasan pada perhimpunan, 28 April lalu.

"Selain dipukul, Safwan mendakwa dia juga ditampar sebanyak empat kali oleh seorang tahanan lain, dengan anggota polis hanya melihat sahaja insiden tersebut," tegas Fadiah ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Malah, katanya ketika Safwan dibawa ke lokap, seorang anggota polis menunjukkan Safwan ke arah tahanan dan mengeluarkan kata-kata seperti 'ini dari Bersih, dia samseng'.

Safwan, kemudiannya di bawa ke Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur pada 15 Mei lalu, dan didakwa di bawah Seksyen 440 dan 174 Kanun Keseksaan.

Beliau bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan dan bertindak membuat laporan polis di IPD Petaling Jaya dan membuat aduan kepada pihak Lawyers for Liberty.

Kes beliau akan disebut pada 5 Jun akan datang.

Mahkamah tolak tuntutan Sri Wani

Label:

[kosmo] KUALA LUMPUR - Isteri ketiga bekas seorang dekan, Sri Wani Choo Abdullah terpaksa berputih mata apabila permohonan untuk mendapatkan injunksi bagi menghalang madu-madunya membuat gangguan ke atas dirinya ditolak Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.

Hakim Syarie Abd. Walid Abu Hassan turut menolak bantahan awal pemohon (Sri Wani) terhadap kes faraq yang difailkan suaminya, Prof. Dr. Bahrom Sanugi di mahkamah yang sama dua tahun lalu.

Permohonan faraq atau membubarkan perkahwinan itu dibuat Bahrom setahun selepas mereka berkahwin di Songkhla, Thailand pada 19 Ogos 2009 selepas mengesyaki isterinya seorang lelaki.

Abd. Walid sebelum itu menerima hujah peguam syarie Muhammad Hafiz Abd. Rashid yang mewakili Bahrom, 61, supaya membatalkan kedua-dua permohonan Sri Wani dengan alasan penyampaian kes oleh pemohon dibuat secara tidak teratur selain wanita itu gagal hadir ke mahkamah semalam.

Turut tidak hadir ialah peguam syarie Boestamam Ahmad yang mewakili Sri Wani, 37.

Pesanan MB Kelantan kepada Penyokong Bola Sepak Kelantan

Label:

Mengapa Ambiga Tidak Akan Adakan BERSIH 4.0? Inilah Sebabnya...

Label:

Hebat betul penangan tarian bontot bekas-bekas tentera!!! Memang layaklah lelaki ini digelar Ali Bontot. Kah kah kah...

[MK] Sekumpulan pesara tentera yang mencetuskan kontroversi "senaman punggung" depan rumah Pengerusi Bersama BERSIH S Ambiga berkata, rakyat Malaysia sepatutnya berterima kasih dan bukan mengkritik mereka atas tindakan itu.

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) Mohd Ali Baharom mendakwa, tindakan mereka menyebabkan Ambiga mengumumkan tidak akan mengadakan perhimpunan BERSIH 4.0 buat masa ini.

"Ambiga kata tidak akan ada BERSIH 4.0. Jadi sepatutnya orang ramai perlu berterima kasih pada kami sebab berniat baik kepada rakyat Malaysia...

"Terima kasih pada Ambiga kerana dengar keluhan dan suara veteran," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

PVTM Selasa lalu melakukan gimik demonstrasi yang dinamakan mereka sebagai "senaman punggung" - dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung mereka ke arah kediaman Ambiga di Bukit Damansara dengan ibu negara.

Selain itu, Mohd Ali terus mempertahankan tindakan mereka walaupun dikritik banyak pihak dan menegaskan kehadiran mereka tidak lebih daripada sekadar membuat senaman dan tindakan

"Setiap senaman akan ada tonggek punggung. Jadi kami lakukan dengan cara yang betul.

"Kami datang secara aman... Ini adalah senaman untuk menjaga punggung," katanya sambil mencabar Ambiga mendakwanya di mahkamah jika tidak berpuas hati.

'Kalau tak suka kenapa buka pagar?'
Ketika ditanya mengenai dakwaan Ambiga yang menyifatkan 'senaman' yang dilakukan mereka sebagai gangguan seksual, Ali turut menafikannya.

Malah, Mohd Ali mempersoal kembali, jika benar Ambiga tidak suka dengan kehadiran mereka, mengapa pagar rumah dibuka.

"Itu luahan hati dia... Jika dia betul-betul tak mahu saya ada di depan rumahnya kenapa dia buka pagar, bagi air 100 Plus? Kalau tak mahu saya di depan rumahnya, sepatutnya dia tak buka pagar.

"Bukan saya yang pergi buka pintu pagar tu. Lagi pun kami di luar kawasan, bukan dalam kawasan rumah....

"Sebenarnya senaman itu adalah simbolik untuk jaga kesihatan punggung... Siapa makan cili, dia terasa pedasnya," kata Ali.

Ingat Kes Khalwat Hakim Mahkamah Tinggi Syariah P.Pinang? Ini Berita Terbaru

Label:

 Rupa-rupanya sudah berkahwin semasa ditangkap khalwat. Mungkin masyarakat tidak tahu yang hakim ini sudah berkahwin...

[HM] GEORGETOWN: Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang, di sini, semalam melepas dan membebaskan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Adam Tumiran dan isterinya, Nurul Ezani Mat Isa daripada tuduhan berkhalwat.

Hakim Syarie Othman Ibrahim dalam penghakimannya berkata, mahkamah terpaksa menolak tuduhan dikenakan terhadap kedua-dua tertuduh berikutan tiada asas relevan memandangkan Mahkamah Syariah Kota Tinggi, Johor sudah mengesahkan status perkahwinan Adam, 44, dan Nurul, 35, mengikut hukum syarak.

Menurutnya, berikutan pengesahan itu, mahkamah terikat dengan keputusan pengesahan berkenaan sekali gus melepaskan dan membebaskan mereka daripada pertuduhan dan wang jaminan RM2,500 seorang yang dibayar dikembalikan.

Adam yang sebelum ini bertugas sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang memakai batik ungu manakala Nurul memakai baju kurung kuning dan tudung merah jambu hadir ke mahkamah seawal jam 8 pagi.

Pasangan itu sempat bersarapan bersama sebelum masuk ke mahkamah yang mula bersidang pada jam 9 pagi.

Adam dan Nurul Ezani yang bertugas sebagai penasihat kewangan di Kuala Lumpur didakwa melakukan perbuatan itu pada 5 Disember 2010, jam 2.05 pagi di Kuarters Kerajaan Negeri, Jalan Masjid Negeri, di sini.

Adam didakwa mengikut Seksyen 27 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Pulau Pinang manakala Nurul Ezani didakwa mengikut Seksyen 27 (b) enakmen sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Kedua-dua mereka diwakili Ahmad Munawer Abdul Aziz dan Wan Faridulhadi Mohd Yusoff.

Wanita Hamil 9 Bulan Ditendang dan Dipaksa Jilat Air Kencing oleh Penyamun

Label:

[SH] SUNGAI SIPUT - Bukan sahaja mulut disumbat dengan telur mentah, seorang wanita hamil sembilan bulan dipaksa menjilat air kencing dalam kejadian samun di rumahnya di Jalan Lintang di sini, awal pagi semalam.

Lebih malang, wanita yang hanya menunggu hari untuk bersalin itu turut ditendang tanpa peri kemanusiaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, M Yugeswari, 22, tinggal bersendirian di rumah selepas suaminya keluar ke sebuah stesen minyak manakala ibu bapa mertua ke kandang lembu bagi menjaga ternakan.

Menurutnya, secara tiba-tiba tiga lelaki bertopeng meluru masuk ke dalam rumah melalui pintu belakang tanpa sempat dia berbuat apa-apa.

“Salah seorang lelaki berkenaan memegang dan menyuruh saya diam manakala dua lagi menggeledah rumah,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Kata Yugeswari, tidak tahan dengan bau badan tiga lelaki berkenaan, menyebabkan dia termuntah.

Tambahnya, akibat berang dengan tindakannya itu, salah seorang lelaki berkenaan menyumbat telur dalam mulutnya yang diambil dari peti sejuk.

“Selepas itu, salah seorang daripada lelaki tersebut kencing di atas lantai dan memaksa saya menjilat air berkenaan, tetapi saya enggan berbuat demikian.

“Marah dengan tindakan itu, penyamun tersebut terus menendang saya, namun bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Yugeswari berkata, dalam kejadian itu tiga lelaki berkenaan melarikan wang hasil jualan lembu berjumlah RM5,000 dan juga barang kemas.

Katanya, laporan polis dibuat sebaik sahaja suaminya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superitendan Azman Salim ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berkenaan.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan suspek masih belum dikenal pasti.

Lelaki Ini Ditangkap Kerana Membuang Bendera PAS

Label:

Seorang pemuda ditangkap kerana membuang bendera-bendera PAS malam ini di Kuala Nerang. Sekarang berada di IPD Kuala Nerang buat laporan..anda kenal siapa ini?
Sumber: tranungkite.net

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Bakal Sertai PAS

Label:

Lagi bekas polis bakal sertai PAS. Kali ini, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dan juga bekas OCPD Dang Wangi Datuk Fauzi Shaari akan menyerahkan borang keahlian menyertai PAS dan  majlis penyerahan borang keahlian akan diadakan dalam waktu terdekat. Syabas dan tahniah Datuk... Semoga dengan penyertaan Datuk, akan menyemarakkan lagi perjuangan menegakkan kebenaran dan menentang kebatilan. Syabas!!

Durian runtuh: Kekalutan mula timbul

[HD] KUALA LUMPUR: Keceriaan peneroka Felda mendapat 'durian runtuh' dalam sekelip mata ditenggelamkan oleh keributan akibat beberapa masalah melibatkan pengagihan wang RM15,000 yang membabitkan tiga fasa.

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, masalah timbul apabila RM5,000 yang diberikan kepada peneroka (suami dan bapa) tidak boleh diwakilkan kepada orang lain.

Jika terdapat peneroka yang sudah meninggal dunia, wang itu tidak boleh diambil ahli keluarga yang lain menyebabkan separuh daripada pembayaran tidak berlaku.

Begitu juga kes isteri peneroka yang meninggal dunia, juga tidka boleh menerima RM5,000 itu.

"RM5,000 lagi yang diberikan kepada anak peneroka pula tidak dijelaskan secara spesifik anak mana yang layak menerimanya.

"Masalah timbul apabila anak peneroka tidak dinamakan sebagai pentadbir tanah, jadi siapa yang harus menerima wang itu? Perkara ini menimbulkan pertelingkahan adik-beradik," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Mazlan juga berkata, BN melakukan kesilapan besar apabila 'memperjudi harga diri' peneroka dengan pemberian yang disifatkan sebagai umpan pilihan raya itu.

"Daripada awal lagi saya katakan niat kerajaan biar ikhlas. Apa niat mereka sebenarnya?

"Daripada bagi durian runtuh yang tak seberapa ini, lebih baik selesaikan masalah perumahan Felda, perahan gred, tabung tanam semula dan lain-lain.

"Janganlah mentang-mentang 54 kerusi Parlimen BN bergantung pada Felda, mereka umpan peneroka," katanya.

Jumpa Bank Negara

Sementara itu, Mazlan memberitahu, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM) sudah memberi maklum balas berhubung aduan yang dibuat Anak minggu lepas.

Aduan itu berhubung borang tawaran pinjaman bank yang diedarkan kepada peneroka sedangkan SMM belum meluluskan “Prospektus Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVHB)”.

SMM juga sudah memanjangkan aduan tersebut ke Bank Negara untuk diambil tindakn terhadap bank-bank yang mengeluarkan borang tersebut.

"Anak bercadang bertemu dengan pihak Bank Negara berhubung aduan yang sama.

"Kami beranggapan borang bank itu merupakan satu konspirasi bagaimana nak menjerat peneroka dengan durian runtuh," katanya.

Bukti umno sukakan perbuatan 'Lucah'

Label:

Lihatlah gambar-gambar di bawah ini
Dari anak muda sampailah menteri seronok tunjukkan aksi lucah....
Rosak anak Malaysia!!

Memang bodo puak-puak ni!!!

Bekas Tentera akan Membuat ‘Tarian Bontot’ yang dahsyat untuk Anwar pula

Label:

Agaknya-agaknya, apakah tarian dahsyat yang akan mereka lakukan untuk Anwar nanti?

[FMT] PETALING JAYA: Kelmarin kita diperkenalkan dengan gimik ‘senaman punggung’ oleh sekumpulan bekas tentera dari Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), bakal menyusul selepas ini satu senaman tarian yang diadakan khas untuk beberapa individu.

Presiden PVTM, Mohd Ali Baharom berkata senaman kedua ini ditujukan khas kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu (Mat Sabu), Thamrin Tun Ghafar, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir dan Datuk A Samad Said.

“Senaman tarian ini akan dibuat pada waktu terdekat dengan beberapa gimik menarik,” katanya ketika dihubungi FMT.

Bagaimanapun ketika ditanya mengenai pemilihan lima individu terbabit, Mohd Ali menegaskan ia sebagai memberi peringatan kepada mereka agar tidak menganggu gugat keharmonian negara.

Katanya, operasi senaman tarian itu nanti masih sama namun ia akan diadakan serentak di hadapan rumah pemimpin yang berkenaan.

“Tunggu dan lihat kita akan adakan satu tarian dahsyat. Senaman tarian ini lebih tajam dan akan dibuat di hadapan rumah mereka serentak dalam masa terdekat ini.

“Tujuannya siapa makan cili dia terasa pedasnya. Ia juga sebagai peringatan supaya jangan ulangi tindakan untuk merosakkan negara,” katanya.

Ketika ditanya mengenai gimik menarik itu, Mohd Ali berkata ia sesuatu yang istimewa dan mempunyai kaitan dengan daun.

‘Senaman punggung’

Sementara itu, beliau turut mempertahankan tindakan mereka yang membuat gimik ‘senaman punggung’ di hadapan kediaman pengerusi bersama Bersih, Datuk S Ambiga.

Beliau turut mencabar Ambiga untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka.

“Saya pertahankan bahawa senaman itu untuk jaga kesihatan dan apa yang kami lakukan tidak menyalahi undang-undang. Kami tidak buat dalam rumah beliau (Ambiga).

“Bukan kami tidak berpakaian sedangkan kami lengkap berpakaian kemas tempoh hari. Kalau salah saya cabar Ambiga untuk ambil tindakan undang-undang pada saya. Hakim yang akan tentukan dan keputusan bukan di tangan Ambiga,” ujar beliau.

TRAGIS: Wanita Hilang Ditemui Hanya Tinggal Rangka...

Label:

 Rangka dan hanya pakaian mangsa yang dijumpai di batas sawah padi.

[SH] BACHOK –Misteri kehilangan seorang bekas guru Kelas Fardu Ain (Kafa) bulan lalu terungkai apabila penemuan rangka tulang di batas sawah padi di Kampung Cherang Hangus, di sini, disahkan sebagai wanita terbabit.

Rangka mayat Norhayati Mat Ripin,38, ditemui seorang pemandu mesin padi yang baru sahaja memulakan tugas memesin padi kira- kira jam 12 tengah hari semalam.

Ibu mangsa, Ramlah Mohd Nor,61, berkata, dia hanya mengetahui kejadian tersebut selepas dimaklumkan pemandu mesin padi berkenaan.

"Pemandu mesin padi itu pekerja anak makcik, Mohd Ridhuan, 39, yang memiliki mesin padi tersebut. Selepas menemui rangka dan pakaian mangsa, beliau terus datang ke rumah ini dan memberitahu Mohd Ridhuan.

"Rasanya sudah genap sebulan dia hilang. Kami semua puas mencarinya merata tempat. Rupanya dia hanya berada beberapa meter dari kami selama ini. Makcik reda dengan kejadian yang menimpa ini dan tidak tahu mengapa dia boleh meninggal dunia dalam keadaan sedemikian kerana setahu makcik dia tidak pernah ke seberang sawah sana sebelum ini," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Sinar Harian 27 April lalu menyiarkan permintaan Ramlah yang merayu orang ramai membantunya mencari anaknya yang dikatakan hilang selepas menjemur pakaian yang dicuci.

Ramlah berkata berkata, selepas diberitahu penemuan rangka tersebut, anaknya, Mohd Riduan pergi melihat rangka tersebut mengecam pakaian dan selipar yang dipakai arwah ketika hari kehilangannya.

"Makcik tidak mengesyaki apa-apa perbuatan khianat yang berlaku kerana kita tidak nampak apa yang berlaku. Tetapi arwah tidak menghidap penyakit yang membolehkan dia pengsan sendirian atau sebagainya.

Sebelum ini pun dia sering ke pekan Jelawat dan ke Kota Bharu untuk mengambil ubat sendiri," katanya.

Menurutnya, Norhayati atau mesra disapa Ti itu juga seorang janda yang disahkan menghidap Skizofrenia sejak di tingkatan lima dan masih mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Anggota polis dan Forensik yang dikejarkan ke lokasi kejadian terpaksa menaiki mesin padi untuk ke lokasi rangka mayat mangsa memandangkan ia agak jauh dari jalan utama serta keadaan tanah sawah yang baru dituai menyukarkan perjalanan biasa.

"Saya tidak sangka pesanan yang pernah dinyatakan agar tidak mencarinya jika hilang rupanya suatu petanda dia akan pergi selamanya," katanya. Ketua Polis Daerah Bachok Deputi Superintendan Ab Rahim Che Ghani mengesahkan menerima laporan mengenai kes tersebut.

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal Sudah Membuka Mulut...

Label:

Ayat bodek terbaik dari menteri umno ini. Harap-harap dapat jadi calon lagi pada PRU 13 nanti. Nanti boleh bantu orang-orang kampung yang susah. Kah kah kah...

[mStar] PUTRAJAYA: Kepimpinan Umno lebih terbuka berbanding parti pembangkang yang langsung tidak memberi ruang untuk mendengar apa jua pandangan yang mereka anggap tidak sehaluan dengan mereka, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata rakyat boleh melihat sendiri bagaimana presiden Umno, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi ruang yang luas kepada sesiapa sahaja untuk menyuarakan pandangan dengan cara yang teratur.

Beliau berkata ketika Najib mencetuskan idea-idea untuk membangunkan negara dan membantu segenap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum menerusi idea-idea transformasi, pembangkang pula dengan agenda demonstrasi yang merosakkan.

"Beliau (Najib) boleh bangun pukul 2 pagi tengok perlawanan bola sepak dengan belia, beliau boleh pantau twitter, facebook, berinterasi dengan semua," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada warga Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Sebaliknya di pihak pembangkang, Shafie memberi contoh tindakan DAP yang enggan menyambung keanggotaan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim sebagai anggota Dewan Negara DAP ekoran kritikannya terhadap perhimpunan Bersih 3.0 bulan lepas, yang membawa kepada peletakan jawatan Tunku Abdul Aziz sebagai Naib Presiden DAP, dan tindakan PAS yang memecat Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali sebagai anggota parti awal tahun ini.

Mohd Shafie berkata saluran untuk menyuarakan pandangan pula perlu sesuai dan ia tidak seharusnya disuarakan dengan cara berdemonstrasi sehingga merosakkan harta benda dan menggugat keselamatan, atau dilakukan dengan cara yang tidak beradab.

"Kita ada struktur sesuai yang membolehkan mereka menyuarakan pandangan, contohnya pandangan boleh disuarakan di Parlimen, atau persidangan Dewan Undangan Negeri, malahan menerusi media-media sosial, boleh lontar pandangan, bukan dengan cara mengganggu atau berdemonstrasi sehingga merosakkan," katanya.

Sementara itu merujuk kepada sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) khusus dalam usaha meningkatkan infrasruktur luar bandar, Mohd Shafie yang merupakan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata sehingga kini 27,000 isi rumah di luar bandar mendapat manfaat bekalan eletrik dan 79,000 isi rumah menerima menikmati bekalan air bersih.

Seramai 231 warga Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menerima sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011 daripada Mohd Shafie pagi ini. - BERNAMA 

Kes Sri Wani: Mahkamah benar permohonan suami batal injunksi

Label:

Kes suami syak isteri (gambar) adalah lelaki....

[SH] KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan bekas dekan untuk membatalkan permohonan injunksi dan bantahan awal kes faraq isteri ketiganya, Sri Wani Choo Abdullah.

Hakim Syarie Abd. Walid Abu Hassan memutuskan demikian selepas peguam Muhammad Hafiz Abd. Rashid, yang mewakili Bahrom Sanugi, memberi alasan penyampaian tidak teratur dan kegagalan oleh pemohon untuk hadir di mahkamah.

Turut tidak hadir ialah peguam Boestamam Ahmad yang mewakili Sri Wani.

Keputusan itu selaras dengan peruntukan Seksyen 121 (1)(c) Tatacara Mal Mahkamah Syariah 1998 yang membenarkan mahkamah untuk membuat sebarang keputusan sekiranya pemohon tidak hadir.

Menurut Muhammad Hafiz, sepatutnya pemohon menyerahkan pindaan injunksi pada 19 April dan 3 Mei untuk pihaknya menjawab.

"Namun kami tidak terima dokumen asal dan pindaan, selain itu kami langsung tidak dapat notis tentang ketidakhadiran pemohon hari ni," katanya.

Merujuk kepada bantahan awal, pemohon telah gagal menyerahkan dokumen berkaitan, sebaliknya peguam berkata, dia hanya menerima sekeping dokumen pada 28 April lalu.

Oleh itu, responden memohon untuk membatalkan kedua-dua permohonan.

Sementara itu, di luar mahkamah, Muhammad Hafiz berkata, bantahan awal yang ditolak itu adalah berhubung kes faraq yang difailkan Bahrom.

"Bantahan itu selepas Sri Wani memberi alasan dia telah memperoleh sijil cerai di Majlis Agama Islam Narathiwat sebelum ini, jadi tiada sebab untuk kes faraq diteruskan," katanya.

Namun jelas peguam, oleh kerana bantahan ditolak, maka kes faraq berjalan seperti biasa dan pada 19 Jun ini hanya menunggu mahkamah mengeluarkan perintah ke atas Sri Wani sama ada perlu menjalani DNA atau tidak.

Dalam pada itu, Muhammad Hafiz turut memaklumkan bahawa Sri Wani telah menghantar surat tuntutan kepadanya supaya memohon maaf dan ganti rugi RM1 juta kerana didakwa memfitnah Sri Wani sebagai pondan di media.

"Saya akan membalas surat tuntutan itu dan kenyataan saya ialah langsung tidak memfitnah mana-mana pihak, saya cuma bagi ulasan apa yang berlaku dalam prosiding mahkamah," katanya.

Sri Wani berkahwin dengan Bahrom, 61, di Songkhla, Thailand pada 19 Ogos 2009.

Namun setahun kemudian, Bahrom memfailkan permohonan membatalkan pernikahan mereka di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur apabila mengesyaki Sri Wani seorang lelaki, berdasarkan penemuan surat beranaknya.

Jabatan Agama Islam Daerah Gombak pada 23 November 2010 mengarahkan supaya mereka berpisah sementara dan susulan itu pada 17 Januari lalu, Bahrom memohon perintah supaya mahkamah mengarahkan Sri Wani menjalani ujian DNA.

Tahniah!! Dr Asri Kini bergelar DATO'

Label:

[Bernama] Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar adalah antara 316 penerima darjah dan pingat kebesaran sempena ulang tahun keputeraan ke-69 Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata Ismail akan menerima anugerah Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Turut menerima SPMP ialah bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah dan Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia Datuk Ir Mohd Noor Yaakob.

Bercakap dalam sidang media khas di pejabatnya semalam, Md Isa berkata Komander Angkatan Tugas Bersama 2, Kem Kukusan Tawau, Sabah, Brig Jen Mohd Ezam Wan Chik merupakan penerima tunggal anugerah Darjah Dato' Paduka Mahkota Perlis (DPMP) yang membawa gelaran Datuk.

Tuanku Syed Sirajuddin juga berkenan menganugerahkan Darjah Dato' Panglima Sirajuddin Jamalullail (DPSJ) yang membawa gelaran Datuk kepada lima penerima.

Mereka ialah anak saudara Raja Perlis, Datin Tengku Shireen Tengku Sulaiman, bekas Pengerusi Jemaah Tertinggi Bakat Udara Tengku Puan Sri Elena Tengku Kamarul Zaman, Pengarah Quantum-Ed Sdn Bhd Tengku Datin Seri Zalila Tengku Kamarulzaman, Pakar Bedah Mulut, Hospital Kuala Lumpur Dr Wan Mahadzir Wan Mustafa dan Pengarah Hospital Tuanku Fauziah Kangar Dr Ahmad Nordin Mohd Jais.

Bekas Mufti Negeri Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula ialah penerima tunggal anugerah Dato' Bergelar apabila dikurnai anugerah gelaran Datuk Arif Perkasa.

Md Isa berkata tujuh orang akan menerima darjah kebesaran Setia Mahkota Perlis (SMP), 18 orang menerima Seri Sirajuddin Perlis (SSP) dan 27 orang menerima pingat Ahli Mahkota Perlis (AMP).

Selain itu, 63 orang menerima Pingat Mahkota Perlis (PMP), 107 menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK), 66 menerima Pingat Jasa Baik (PJB) dan 18 orang menerima Pingat Perkhidmatan Lama (PPL).

Beliau berkata majlis penyampaian anugerah dan pingat akan dilakukan secara berperingkat dengan siri pertama akan berlangsung di Istana Arau hari ini.

Ini Kenyataan Zahida Rafik Susulan Pendedahan Panas Bekas Pemandunya

Label:

Kesian pada artis ini dituduh ada skandal dengan Menteri umno sedangkan dia tidak pernah mengenali menteri umno itu. Kah kah kah... Tetapi bekas pemandu peribadi Zahida menyatakan bahawa sebenarnya dia (pemandu) bekerja dengan menteri umno itu. Maksudnya ialah majikan bagi bekas pemandu Zahida ialah Menteri umno itu. Agak-agak la...

[mStar] PETALING JAYA: Pelakon yang dikaitkan mempunyai hubungan dengan seorang menteri kabinet, Zahida Rafik sekali lagi menafikan mempunyai hubungan dengan VIP tersebut seperti mana dakwaan pemandunya, Noor Azman Azemi.

Zahida turut menegaskan bahawa dia tidak pernah mengenali Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal selain menganggap Noor Azman sebagai seorang pembohong.

“Jadi dia (Noor Azman) menganggap saya sangat kaya? Saya tak kenal Datuk Seri (Shafie). Adakah dia (Noor Azman) menyebut saya mempunyai hubungan dengan Datuk Seri?

“Saya mahu tahu siapa lagi dia cuba berbohong mengenai perkara itu lagi. Sudah tentu semua itu tidak benar. Saya tak boleh memberi banyak komen. Biarlah peguam saya yang mengendalikannya. Kita tunggu sahajalah,” katanya ketika dihubungi di sini, Rabu.

Sementara itu dalam satu sidang media anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diadakan pada tengah hari Rabu, Noor Azman, 38, mendakwa hubungannya dengan Zahida menjadi tegang selepas dia membuat pendedahan itu.

Noor Azman mendakwa, dia telah bermasam muka dengan Zahida beberapa bulan sebelum meletak jawatan iaitu pada 29 Februari lalu selepas dia pernah bertindak melaporkan kepada Shafie perbuatan Zahida yang mempunyai hubungan dengan lelaki muda.

“Ketika saya bekerja dengannya, perasaan saya amat tertekan selain berasa tidak selesa,” katanya di ibu pejabat parti itu di sini, Rabu.

Turut hadir penyanyi tahun 1990-an, Dayangku Intan yang juga ahli PKR.

Noor Azman sebelum ini dituntut membuat laporan polis yang mengatakan Shafie dan Zahida mempunyai hubungan intim selama beberapa tahun dan dia telah dibayar oleh menteri terbabit untuk menjadi pemandu kepada pelakon itu.

Beliau juga mendakwa turut menerima wang di antara RM100,000 dan RM200,000 yang perlu dimasukkan ke dalam akaun bank Zahida.

Noor Azman meletakkan jawatan sebagai pemandu Zahida pada 29 Februari lalu dan membuat laporan polis untuk membersihkan namanya selepas dituduh melarikan wang RM200,000 kononnya milik Zahida.

Menteri berkenaan yang telah berkahwin dengan Datin Seri Shuryani Shuaib dan memiliki enam orang anak telah menafikan dakwaan yang dibuat Noor Azman.

Terdahulu, peguam Zahida, Datuk Shafie Abdullah telah menghantar surat saman kepada Noor Azman dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin atas dakwaan memfitnah.

Peguam Noor Azman iaitu Latheefa Koya yang juga Ketua Biro undang-undang PKR pula berkata, parti itu menuntut Zahida dan Shafie menjelaskan dari manakah jumlah wang yang diperkatakan itu diperolehi.

Saksikan pendedahan bekas pemandu Zahida Rafik

Agak-agaknya siapa yang masih mengganggu pemandu ini

Imam Maut Lepas Solat Jenazah

Label:

[SH] TO’ UBAN - Imam Kampung Serendah maut selepas menghadiri solat jenazah penduduk di Kampung Perol, jam 3 petang semalam.

Mangsa, Said Abdullah, 79, yang juga dikenali sebagai Tok Awang, menaiki motosikal EX5 sendirian bertembung sebuah motosikal ditunggang seorang peniaga, Awiyah Majid, 59. Awiyah yang menunggang motosikal Yamaha LC bersama jirannya, Aisyah Mamat, 61, tercampak di tepi belukar, bagaimanapun keduanya mengalami kecederaan ringan.

Anak saudara arwah, Musafar Mohamad, 40, berkata, bapa saudaranya baru sahaja selesai menunaikan solat jenazah penduduk di Kampung Kelar Besar.

“Arwah kata, dia mahu ke Masjid Kampung Perol untuk menunaikan solat jenazah penduduk lain.

“Beberapa meter dari masjid, arwah terlibat dalam kemalangan sehingga meragut nyawanya,” katanya semalam.

Sementara itu, menantunya, Che Som Abd Wahab, 45, berkata, Jumaat lalu, arwah berpesan agar bersabar jika berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

“Tok Awang sempat menanam tiga pokok kelapa untuk kegunaan anak cucunya kelak.

“Arwah Tok Awang juga sepatutnya bertolak ke Kuala Lumpur bersama menantu lelakinya namun menolaknya di saat akhir,” katanya.

Jenazah Tok Awang akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Serendah, malam semalam.

Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Ketua Balai Disyaki Miliki Dadah

Label:

[SH] IPOH - Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang bertugas sebagai Ketua Balai di salah sebuah daerah di negeri ini ditahan kerana disyaki memiliki dan mengambil dadah di pejabatnya, 24 April lalu.

Sebelum ini, pegawai polis berkenaan pernah berkhidmat sebagai Ketua Balai di negeri lain, tetapi dipindahkan ke negeri ini selepas mempunyai salah laku dalam tugasnya.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahalan berkata, Inspektor berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan selepas pihaknya menemui peket kecil berisi dadah dipercayai jenis ketamin di balai berkenaan.

Menurutnya, pegawai yang sudah berkhidmat 15 tahun dalam polis itu turut didapati positif dadah jenis yang sama ketika melakukan ujian air kencing pada hari yang sama dia ditahan.

“Penangkapan pegawai tersebut membuktikan polis tidak melindungi anggota mereka yang didapati terbabit dengan jenayah.

“Sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang ini sama ada anggota polis atau siapa sahaja, tindakan tegas akan diambil ke atas mereka,” katanya selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini, semalam.

Mohd Shukri berkata, pegawai berkenaan kini dipindahkan ke bahagian pentadbiran buat sementara waktu bagi pihaknya menjalankan siasatan lanjut.

Tosai PERCUMA Di Luar Rumah Timbalan Ketua Polis Negara Ahad Ini

Label:

Mula-mula burger, kemudian senaman punggung... dan Ahad ini tosai pula.

[MK] Mengambil kata-kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, sekumpulan NGO vokal India memutuskan untuk menyajikan tosai percuma di luar rumahnya di Ampang, dari jam 10 pagi hari berkenaan.

Setiausaha WargaAMAN, S Barathidasan berkata, NGO-NGO tersebut akan bertemu malam ini untuk membincangkan mengenai persiapannya.Bagaimanapun, Barathidasan menegaskan ia bukan satu protes, atau ada sebarang kaitan dengan 'protes burger' di depan rumah Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga minggu lalu.

"Ini sebenarnya satu kempen kesedaran. Tosai adalah makanan yang sihat dan sajian sarapan bagi masyarakat India. Kami mahu mempromosinya," katanya ketika dihubungi.

Kumpulan itu memilih untuk membuka gerai di luar rumah Khalid di Taman Bukit Teratai Khalid kerana mereka "menghormati" beliau.

"Beliau telah berkata bahawa gerai boleh dibuka di hadapan rumah orang dan kami menghormati apa yang beliau katakan".

Barathidasan menambah bahawa kumpulan itu akan memohon permit dari Majlis Perbandaran Ampang Jaya untuk gerai tersebut, dan mungkin meneruskannya juga walaupun ia ditolak.

"Kita hanya mahu beri orang ramai sarapan yang sihat. Kami tidak menjual apa-apa," katanya.

[VIDEO] Sidang Media Bekas Pemandu Peribadi Zahida Rafik

Label:

Rupa-rupanya majikan bagi pemandu peribadi Zahida Rafik ialah Datuk Seri Shafie Apdal....

Rakyat Malaysia tidak mahu tahu skandal/hubungan sulit Zahida dan Datuk Seri Shafie Apdal tetapi rakyat Malaysia mahu tahu dari mana Shafie peroleh duit sebanyak itu untuki diberikan kepada Zahida Rafik. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat dakwaan bahawa Datuk Seri Shafie Apdal mampu memberi wang tunai dalam jumlah yang banyak kepada artis Zahida Rafik.
Puak-puak umno ni tak habis-habis dengan skandal....
Melayu Haprak!!

[PANAS] Anak Menteri Umno Dapat Projek Rundingan Terus Bernilai RM30 Juta?

Label:

Klik Image

Hidup Melayu! Hidup Melayu! Hidup Melayu!!
Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan 
Haram jadah!!

[VIDEO TRAGIS] Kanak-kanak Ini Membaca Ayat Al-Quran Untuk Kurangkan Sakit Ditembak

Label:

Boleh menitiskan air mata melihat video ini. 
Kanak-kanak kecil ini membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk mengurangkan rasa sakit yang dihadapinya akibat ditembak oleh rejim Basyar Al-Asad. Berdasarkan video, kejadian tersebut berlaku pada 14 Mei 2012 di wilayah Rastan, Syria.
Alangkah hebatnya akidah kanak-kanak ini terhadap Allah! Marilah kita doakan semoga kanak-kanak  disembuhkan oleh Allah....

PKR Alu-alukan Pengguguran Shafie Afdal
Sabtu, Mei 19, 2012 | Author: Tuk Kiyai

Jumaat, Mei 18, 2012 | Author: Tuk Kiyai

Khamis, Mei 17, 2012 | Author: Tuk Kiyai

Rabu, Mei 16, 2012 | Author: Tuk Kiyai