KUALA LUMPUR - Pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini gagal mendapatkan laporan perubatan dan sampel spesimen yang disediakan tiga doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menolak permohonan Anwar bagi mendapatkan dokumen-dokumen itu dan memutuskan bahawa tidak ada peruntukan dan asas undang-undang bagi membekalkan dokumen-dokumen itu kepada pihak pembelaan.
Mohamad Zabidin membuat keputusan itu selepas mendengar penghujahan dari peguam Anwar, Karpal Singh dan Peguam Cara Negara 11, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pasukan pendakwaan.
Pihak pembelaan memerlukan pelbagai dokumen dan bahan untuk diteliti pakar forensik Australia Prof Madya David Lawrence Noel Wells, yang telah diambil sebagai pemerhati oleh pasukan Anwar, sebelum pemeriksaan balas ke atas saksi kedua, pakar bedah Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Mohd Razali Ibrahim.
Dalam permohonannya, Anwar meminta semua nota klinikal dan laporan perubatan, bahan, spesimen, e-mel, nota bertulis tangan, surat-menyurat, catatan dan pemerhatian oleh ketiga-tiga doktor yang telah memeriksa Mohd Saiful pada 28 Jun, 2008, dua hari selepas Mohd Saiful mendakwa dia diliwat oleh Anwar.
Dr Mohd Razali telah memeriksa bekas pembantu Anwar dengan pakar rawatan kecemasan Dr Khairul Nizam Hassan dan pakar patologi forensik Dr Siew Sheue Feng.
Anwar turut memohon sejarah lengkap pemeriksaan perubatan ke atas Mohd Saiful yang dijalankan di HKL, proforma serangan seksual standard dan kit serangan seksual yang digunakan oleh hospital dan kelayakan serta pengalaman ketiga-tiga doktor berkenaan.
Mahkamah menetapkan 14 Julai untuk menyambung perbicaraan.
Anwar, 63, yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh, didakwa meliwat Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.
Terdahulu, Karpal berhujah bahawa mahkamah tidak sepatutnya terlepas pandang mengenai keperluan bagi memastikan anak guamnya diberikan satu perbicaraan yang adil berdasarkan perintah Mahkamah Persekutuan pada 29 Jan.
Mahkamah Persekutuan, ketika menolak permohonan Anwar bagi pendakwaan untuk membekalkan pelbagai dokumen termasuk laporan perubatan dan sampel specimen, memutuskan bahawa pembelaan boleh memohon untuk mendapatkan dokumen-dokumen itu semasa perbicaraan.
-Bernama
Apek...
Kalau betul la lu hisap ganja tu, berhentilah...Udah-udah la tu...Ingat la kat anak bini lu....Janganlah kerana lu duk rindu dengan nikmat "khayal" lu tu, karier lu hancur.... Lu pikir-pikir la... Ni pesanan ikhlas dari Tok...
[MS] PETALING JAYA: Pelakon komedi terkenal, Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 41, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek bersama lima rakannya yang direman kerana disyaki memiliki 40 gram ganja akan dibebaskan dengan ikat jamin polis.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar ketika dihubungi mStar Online berkata, siasatan terhadap kes tersebut akan tetap diteruskan.
Sehubungan itu, katanya, polis akan membuat keputusan kemudian sama ada akan mendakwa Saiful Apek dan rakan-rakannya ataupun tidak.
“Pihak polis akan membuat keputusan selepas siasatan selesai sama ada mahu mendakwa mereka atau tidak," katanya.
Semalam, tempoh reman Saiful Apek bersama lima rakannya selama empat hari dilanjutkan sehari lagi sehingga hari ini.
Majistret Aishah Hijriah Arshad membenarkan tempoh reman terhadap semua suspek dilanjutkan.
Ia bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 39A(1) serta Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 atas sebab pemilikan dadah manakala Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 atas sebab penggunaan dadah.
Pada 12 Jun lalu, Saiful dan lima rakannya yang lain ditahan polis dalam satu serbuan di apartmennya di Jalan PJS7 Subang Jaya dekat sini kira-kira pukul 10 malam ketika sedang menyaksikan perlawanan bolasepak Piala Dunia di antara Argentina dan Nigeria.
Apek terkenal dengan lakonannya dalam filem seperti Senario Lagi (2000), Senario The Movie (1999), Nana Tanjung 2 (2007) dan Cicak Man (2006).
Dia juga seringkali muncul bersama kumpulan lawak Senario dalam siri komedi Senario di TV3.
KOTA BHARU - Di sebalik pemulauan kepimpinan kerajaan negeri termasuk Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada perasmian Kelantan Fiesta 2010 malam ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga tidak hadir pada majlis itu (malam tadi).
Walaupun mengikut jadual asal, majlis itu akan dirasmikan oleh Najib, tetapi beliau digantikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed. Lebih mengecewakan penganjur bersama program itu, Red Carpet Worldwide, apabila hanya kira-kira 300 sahaja yang hadir dalam suasana hujan lebat yang turun mencurah-curah selepas Maghrib.
Bahkan, ada di kalangan pengunjung yang berpatah balik kerana tidak selesa berada pada majlis itu, ditambah pula bekalan elektrik turut terputus.
Ini menyebabkan sistem pembesar suara gagal berfungsi yang memaksa Mustapa yang juga Pengerusi Perhubungan Umno negeri berucap menggunakan loud hailer.
Petang tadi, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu, kerajaan negeri akan memulau majlis perasmian itu yang sepatutnya disempurnakan oleh Pemangku Raja Kelantan dan dihadiri Najib Tun Razak di pekarangan Stadium Sultan Mohammed Ke-IV.
Ini kerana, katanya pihak penganjur mungkir janji dengan tidak membenarkan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat berucap.
Tambahnya, penganjur bersama majlis itu, Red Carpet Worldwide Sdn Bhd telah melanggar syarat-syarat perjanjiannya dengan kerajaan negeri sebelum ini.
Beliau yang juga Adun Bunut Payong berkata, mengikut perjanjian asal, Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra akan merasmikan fiesta itu dan Menteri Besar turut berucap, tetapi keputusan terbaru tidak membenarkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz berucap di samping tidak dirasmikan oleh Pemangku Raja.
Ekoran itu, jelasnya semua acara melibatkan kerajaan negeri seperti persembahan 1,001 pesilat dan pembuatan gendang terbesar turut dibatalkan.
Sementara itu, Perdana Menteri yang membatalkan untuk merasmikan Kelantan Fiesta itu bergegas pulang ke Kuala Lumpur dengan penerbangan pada 10.30 malam.
Ekoran itu, RTM turut membatalkan untuk mengadakan siaran langsung.
Namun, RTM dalam Berita Jam 8 masih lagi mewar-warkan keberangkatan Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan untuk merasmikan program Kelantan Fiesta 2010 di samping menyatakan akan menyiarkan program itu secara langsung melalui TV1.
Tindakan terus menghebahkan keberangkatan Pemangku Raja sebagai strategi untuk menarik rakyat Kelantan ke majlis tersebut dan dilihat sebagai tindakan terdesak serta tidak menghormati institusi istana yang jelas melalui surat memaklumkan ‘atas sebab-sebab tertentu’ di mana Pemangku Raja membatalkan hasrat untuk merasmikan karnival itu.
Tindakan Umno negeri yang menaikkan banner dan bunting gambar Najib dan 1Malaysia sebenarnya suatu tindakan menderhaka walapun merasakan itu perancangan terbaik mereka, sebenarnya lebih memualkan rakyat Kelantan yang sememangnya tidak menyahut seruan 1Malaysia.
-HarakahDaily
(Gambar hiasan)
Apabila nafsu serakah sudah menguasai diri, maka beginilah jadinya..Bila iman sudah tiada, maka "body" diberikan kepada sesiapa sahaja yang sudi.....
Ingatlah akan azab Allah......
[SH] KUANTAN – Biarpun sebelum ini sudah tiga kali ditahan kerana berkhalwat, seorang janda berusia 30-an, seolah-olah tidak serik melakukan perbuatan terkutuk itu apabila dia ditahan buat kali keempat dalam serbuan yang dijalankan Pegawai Penguat Kuasa, Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) di Lorong Bukit Setongkol Perdana 38, baru-baru ini.
Dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi itu, pasangannya yang berstatus suami orang sedang tidur bersama anak perempuannya dalam bilik, kononnya mahu mengaburi mata Pegawai Penguat Kuasa Jaip.
Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jaip, Badaruddin Ahmad Bustami berkata, wanita berkenaan memberi alasan pasangannya itu datang ke rumah sekadar menemaninya dan bukan untuk melakukan hubungan seks.
“Kami menerima aduan teman serumahnya sendiri yang baru menyedari kehadiran lelaki berkenaan. Menurut saksi, dia memang sedia maklum rakannya itu berkawan dengan lelaki berkenaan, tetapi tidak menyangka dia bertindak sebegitu nekad.
“Curiga dengan tindakan rakannya itu, saksi berkenaan menghubungi Jaip bagi melakukan serbuan,” katanya ketika ditemui, semalam.
Tuan Guru menangisi atas pemergian rakan seperjuangan Ustaz Hasan Shukri.......
(Gambar hiasan)Beginilah perangai manusia. Kalau syaitan sudah menguasai diri. Semua perkara boleh terjadi. Terimalah hakikat jika jodoh tidak berpanjangan. Mungkin ada hikmah di sebalik perpisahan itu. Janganlah kerana cemburu dan dendam, orang yang tidak bersalah menjadi mangsa.
[HMETRO] KUALA TERENGGANU: Hanya kerana cemburu apabila bekas isteri berkahwin semula dengan lelaki yang jauh lebih tua daripada dirinya, seorang lelaki bukan saja membawa bersama abang, malah kira-kira 17 lagi lelaki lain untuk membelasah suami baru wanita itu.
Pasangan berkenaan diserang ketika sedang berehat di kawasan Pantai Kemasik dekat Kemaman, menyebabkan suami baru wanita terbabit cedera dibahu serta dada dan dua anggota polis yang cuba meleraikan pergaduhan turut cedera.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Superintendan K Manoharan berkata, serangan dipercayai bermotifkan cemburu dan siasatan awal polis mendapati kejadian berpunca akibat perasaan tidak puas hati seorang lelaki berusia 40 tahun apabila jandanya berusia 30 tahun itu berkahwin dengan lelaki berusia 49 tahun.
“Itu saja yang dapat saya katakan kerana kami tidak tahu bila wanita itu bercerai dengan bekas suaminya dan bila pula dia berkahwin, namun yang pasti dia sudah bercerai sebelum berkahwin kali kedua,” katanya.
Beliau berkata, serangan berkenaan bukan hanya menyebabkan suami wanita terbabit cedera, malah dua anggota polis turut menerima nasib sama akibat dilibas dengan kayu ketika meleraikan pergaduhan kumpulan itu.
Kejadian dipercayai bermula ketika kedua-dua anggota dari Balai Polis Air Jernih, Kemaman itu terserempak dengan sekumpulan lelaki bersenjatakan kayu membuat kecoh dan mereka cuba meleraikannya selepas memperkenalkan diri sebagai anggota polis.
“Anggota polis terbabit berhenti rehat di gerai dekat pantai Kemasik selepas selesai menjalankan rondaan dan terserempak dengan kumpulan itu sebelum cuba campur tangan,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, sebaik menghampiri dan memperkenalkan diri, seorang daripada anggota berkenaan dipukul di kaki manakala seorang lagi di lengan.
Manoharan berkata, kumpulan berkenaan kemudian melarikan diri sebelum kedua-dua anggota polis dan pasangan itu membuat laporan di Balai Polis Air Jernih.
“Kedua-dua mereka dihantar ke hospital dan dirawat sebagai pesakit luar kerana luka dan lebam manakala suami wanita yang diserang itu turut mengalami kecederaan di bahu dan dada.
“Kami sudah mencari dua beradik berkenaan di kediaman masing-masing sekitar Kemaman bagi membantu siasatan, namun mereka gagal dikesan setakat ini,” katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta mereka menyerah diri atau orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki terbabit menghubungi pihak berkuasa bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
Benarlah pepatah orang Melayu, "Setinggi-tinggi tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua...".
Bila nafsu syahwat tidak disalurkan ke arah yang diredai Allah, maka begitulah jadinya....
[HMETRO] JASIN: Sepasang kekasih layak digelar pasangan durjana apabila menjalin hubungan ‘cinta gelap’ walaupun masing-masing sudah bergelar sebagai isteri dan suami orang. Mereka juga masih menjalinkan hubungan cinta walaupun menyedari diri masing-masing mempunyai batasan dan tanggungjawab, namun kerana tuntutan nafsu, mereka tewas untuk melaksanakannya.
Namun, hubungan cinta terlarang yang dibina pasangan membabitkan wanita berusia 21 tahun serta lelaki berusia 27 tahun itu terbongkar apabila mereka dicekup imam tempatan di daerah ini, awal pagi semalam.
Lebih mengharukan, pasangan terbabit ditahan di rumah lelaki berkenaan dan difahamkan ketika itu ibunya turut berada di rumah berkenaan.
Pasangan terbabit kemudian diserahkan kepada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) untuk tindakan lanjut.
Ketua Pegawai Penguat Kuasanya, Rahimin Bani, berkata berdasarkan maklumat yang diterima, imam terbabit membuat serbuan di rumah berkenaan kira-kira jam 5 pagi sebelum menemui pasangan itu dalam keadaan berkurung.
“Soal siasat dilakukan terhadap pasangan terbabit mendapati kedua-dua mereka bukan mahram. Lebih memeranjatkan mereka pula berstatus isteri dan suami orang lalu ditahan untuk diserahkan kepada kami sebelum siasatan lanjut dijalankan,” katanya.
Rahimin berkata, siasatan awal mendapati lelaki terbabit bertindak membawa masuk wanita berkenaan ke rumahnya selepas isterinya pulang ke kampung.
Katanya, peluang berikutan ketiadaan isterinya itu diambil lelaki berkenaan bagi melakukan perbuatan terlarang di rumahnya.
“Mereka dikatakan masuk ke rumah itu sejak tengah malam dan terus berkurung sebelum dicekup imam berkenaan,” katanya.
Beliau berkata, maklumat diperoleh juga menyatakan pasangan terbabit sering berada di rumah berkenaan.
Nama pun dah menunjukkan sebuah parti kaum Melayu.......
[BERNAMA] KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu para pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) mengambil langkah proaktif membuat transformasi politik dalaman parti masing-masing supaya seiring dengan keperluan masa kini.
Beliau juga mengingatkan para pemimpin BN bahawa mereka tidak boleh lagi selesa dengan cara pendekatan lama, sebaliknya mengambil usaha baru, termasuk memperjuangkan hak dan kepentingan untuk semua rakyat tanpa mengira kaum dan latarbelakang.
Beliau berkata ini perlu memandangkan pendekatan lapuk tidak lagi mendapat sokongan rakyat kini.
"Kita tidak boleh lagi ambil usaha yang sama seperti yang kita buat 10, 20 tahun yang lalu. Masa telah berubah, harapan (rakyat) juga berubah, dan ini memerlukan pendekatan yang baru," katanya
"Kita perlu buktikan kepada rakyat yang pendekatan diguna BN juga berubah. Rakyat mahu pendekatan baru, mereka mahu setiap komponen parti memperjuangkan untuk semua kaum di negara ini," katanya semasa merasmikan Konvensyen Parti Progresif Rakyat (PPP) Wilayah Persekutuan 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.
Timbalan Perdana Menteri berkata transformasi politik ini juga penting bagi mendokong pelbagai agenda transformasi kerajaan seperti Model Baru Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan sedang dilaksanakan yang bertujuan meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat serta melonjakkan negara ke status ekonomi maju.
Muhyiddin turut menekankan perpaduan dalaman parti, yang katanya bukan hanya bagi mengukuhkan BN untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang, malah apa yang lebih penting ialah bagi membolehkan meneruskan usaha membela nasib rakyat.
"Itu sebab soal transformasi politik mesti sehaluan dengan transformasi kerajaan.
"Sekiranya tidak, apa juga usaha yang dibawa oleh pimpinan kerajan tidak mungkin dapat tercapai matlamatnya sekiranya transformasi politik tidak berlaku dalam masa yang sama," katanya.
Sehubungan itu, beliau juga mahu semua lapisan pemimpin BN mengambil berat dan mendalami agenda transformasi kerajaan, khasnya kandungan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) yang dibentangkan Perdana Menteri Khamis lepas.