Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

H1N1: APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN

Label:

(Foto: Malaysiakini)

Tindakan yang perlu dilakukan terutama mereka yang bersimptom jangkitan influenza, agar mengambil tindakan berikut:

Pertama
Mereka yang bersimptom selepas menerima rawatan hendaklah berehat di rumah jika tidak dimasukkan ke hospital untuk rawatan.

Pergerakan pesakit bersimptom ke tempat awam atau tempat kerja akan menambahkan kes penularan dalam komuniti.

Mereka yang bersimptom mudah menularkan jangkitan kepada individu yang sihat yang berada dekat dengan mereka sama ada melalui batuk, bersin atau sentuhan cecair batuk/bersin.

Kedua
Di sekolah atau tempat kerja, individu yang bersimptom influenza dinasihati agar segera mendapatkan rawatan dan berehat di rumah sehingga sembuh.

Mereka dinasihati agar tidak bekerja atau datang ke sekolah bagi mengelakkan penularan jangkitan influenza A (H1N1).

Guru besar atau ketua tempat kerja hendaklah melakukan saringan harian bagi memastikan individu yang bersimptom tidak meneruskan bekerja atau menghadiri kelas.

Jika terdapat kes dari saringan tersebut, mereka hendaklan dirujuk ke hospital atau klinik.

Ketiga
Semua ibu bapa atau penjaga memastikan anak mereka yang mempunyai gejala influenza supaya tidak hadir ke sekolah bagi mengurangkan penularan jangkitan ini agar tidak menggangu aktiviti pembelajaran di sekolah.

PERMATANG PASIR: SAH! ROHAIZAD (BN) LAWAN SALLEH (PAS)

Label:

(Foto: Mstar)

Malam tadi, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mengumumkan bahawa Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Salleh Man sebagai calon PAS.

Salleh, 52, seorang pentadbir sekolah agama, merupakan lulusan pengajian Syariah dari Universiti Malaya dan dilantik sebagai Pusuruhjaya PAS Pulau Pinang tahun lalu.

Beliau mempunyai seorang isteri dan lima orang anak.

Manakal petang semalam, Setiausaha Agung UMNO Bahagian Permatang Pauh, Rohaizad Othman diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir.

Rohaizat, 38, merupakan penasihat undang-undang dan lulusan Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno Cawangan Mengkuang, Bukit Mertajam, menyertai Umno pada 1996.

Kerusi DUN Permatang Pasir kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman kerana serangan jantung pada 31 Julai lalu.

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon pada 17 Ogos ini manakala hari mengundi pada 25 Ogos.

SPRM TAHAN PEMBANTU KHAS RONNIE LIU

Label:

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi tadi telah menahan Wong Chuan How, pembantu khas kepada Exco Selangor, Ronnie Liu bagi menyiasat dakwaan penyalahgunaan dana kerajaan negeri Selangor oleh beberapa wakil rakyat negeri itu.

Ikuti versi The Malaysian Insider di bawah.

MACC arrests Ronnie Liu’s aide

SHAH ALAM, Aug 14 — A special assistant to Ronnie Liu was detained by the Malaysian Anti Corruption Commission (MACC) this morning for alleged misappropriation of funds allocated for the Selangor exco's constituency.

Liu, speaking to The Malaysian Insider, said he was outraged by the arrest, claiming that the MACC had informed him that his aide, Wong Chuan How, was only to be questioned as a witness and not a suspect.

The graft busters had been scheduled to question Wong at the Sungai Pelek service centre this morning but the special assistant was told that he was a suspect instead and was to be escorted back to the MACC headquarters in Putrajaya.

"First the MACC said they only wanted to question him as a witness, now they're saying he's a suspect and want to detain him and question him in Putrajaya. This is wrong," he said.

Wong then refused to go with MACC officers and insisted on lodging a police report, claiming the attempt to detain him was illegal. This led to a scuffle between him and the MACC officers.

Liu said his lawyers have already been instructed to go to the Sungai Pelek police station to try and resolve the matter.

According to Liu, Wong injured his leg during thescuffle and will be escorted by the police to the Serdang hospital where they are trying to get him hospitalised in an attempt to avoid MACC detention.

Wong had lodged a police report against MACC for allegedly assaulting him.

The arrest, said Liu, was none other than part of an ongoing attempt by the Barisan Nasional-led federal government to weaken the Selangor Pakatan Rakyat government through systematic harassment.
SUMBER di sini.

TEOH MUNGKIN BUNUH DIRI: PENDAPAT YANG KARUT?

Label:

(Foto:Malaysiakini)
Pakar Perunding Kanan Perubatan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Dr Khairul Azman Ibrahim, 51, berkata, berdasarkan beberapa bukti, terdapat kemungkinan setiausaha politik seorang Anggota Exco Kerajaan Selangor itu membunuh diri dengan terjun dari tempat tinggi.

Dr Khairul berpendapat sedemikian kerana tiadanya unsur pergelutan yang jelas dekat tingkap yang dipercayai tempat Teoh terjatuh dari Tingkat 14 Plaza Masalam yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.

"Buktinya tiada kesan darah, kesan pecah dan barang berterabur dekat tingkap tersebut, dan juga sebatang pen SPRM yang terdapat dalam poket mangsa masih berada di situ.

"Juga dari hasil DNA tidak ada terdapat kesan-kesan DNA dari pegawai SPRM dan juga kesan kecederaan yang dialami tidak menunjukkan apa-apa pergelutan dan ia boleh diterangkan ia disebabkan oleh kesan jatuh. Pada saya ia lebih kepada bunuh diri," katanya ketika ditanya oleh Tan Hock chuan, peguam yang dilantik oleh kerajaan bagi membantu dalam pengendalian inkues itu.

Beliau memberitahu Mahkamah Koroner di sini yang mendengar inkues kematian Teoh Beng Hock pada hari ini.

Tok Kiyai melihat pendapat doktor pakar ini adalah karut semata-mata.

MUHYIDDIN YASIN & UMNO SEBENARNYA PENGKHIANAT?

Label:

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin menyelar pemimpin Umno yang menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat kerana pengkhianat sebenar adalah Umno dan Muhyidin Yassin adalah salah seorang darinya. Demikian lapor harakahdaily.

Ini kerana beliau dan Umnolah yang diberikan mandat untuk menjaga kepentingan agama, bangsa dan negara selama ini.

"Umno dan Barisan Nasional adalah parti yang telah mengkhianati orang Melayu dan Umat Islam dalam negara ini. Mereka telah mengkhianati amanah dan tanggungjawab yang sepatutnya mereka laksanakan sebagai pemimpin dan khalifah di muka bumi ini.

"Sebagai pendokong amanah mereka sepatutnya adil tanpa mengkhianati dalam apa jua aspek. Tapi kita lihat bagaimana sikap dan tindakan mereka apabila adanya bantahan dan rakyat tidak menyokong kepimpinan mereka maka amanah yang sepatutnya mereka laksanakan itu mereka kesampingkan walaupun yang mengharapkan sokongan daripada mereka itu adalah orang Melayu dan umat Islam sendiri."

Nizar berkata Umno dan Barisan Nasional perlu sedar bahawa rakyat sudah tidak menyokong mereka lagi untuk terus mentadbir negara ini.

"Sehubungan dengan itu sekali lagi dalam pilihan raya kecil yang kelapan dalam negara yang akan diadakan selepas Penanti baru-baru ini, Umno dan Barisan Nasional harus diberi pengajaran dan kesedaran kepada mereka di kerusi Permatang Pasir pula bahawa rakyat sudah tidak memerlukan mereka untuk meneruskan perjuangan sebagai pemerintah dalam negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah dalam majlis 'Sepetang Bersama Menteri Besar Pakatan Rakyat Negeri Perak' anjuran Dewan Muslimat kawasan Permatang Pauh.

ISU ARAK: PENDIRIAN PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (PPIM)

Label:

KENYATAAN AKHBAR BERHUBUNG MASALAH PENJUALAN ARAK DI KAWASAN MAJORITI PENDUDUK UMAT ISLAM

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendesak penjualan arak diharamkan di semua kawasan yang mempunyai majoriti penduduk beragama Islam. Isu penjualan arak ini tidak boleh dikompromi malahan mereka yang bukan beragama Islam tidak wajar menyokong penjualan arak di kawasan kediaman umat Islam dan memberikan pendapat kerana ia berkaitan dengan soal hukum dalam Islam dan status Islam sebagai agama rasmi seperti yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan.

Amat memalukan sekiranya umat Islam malahan pemimpin gagal untuk menghalang penjualan arak di kawasan majoriti umat Islam. Tiada yang boleh menghalalkan yang haram apabila ia berkaitan dengan agama dan hukum dalam Islam.

Mereka yang bukan beragama Islam harus akur dan tidak cuba berlagak pandai kerana agama Islam adalah agama rasmi negara ini. Sebarang cubaan untuk mencabar maruah agama Islam adalah seolah-olah mencabar umat Islam di negara ini.

Tindakan Ronnie Liu campurtangan dalam isu arak di Selangor amat dikesali kerana tindakan itu seolah-olah mencabar maruah serta hak umat Islam. Yang haram adalah jelas haram dalam Islam.

Pemimpin, ahli politik serta masyarakat umat Islam tidak seharusnya membiarkan penjualan arak di kawasan majoriti umat Islam dibenarkan kerana isu ini bukan isu untuk dipolitikkan tetapi adalah mengenai isu keberanian umat Islam mempertahankan hak mereka dan maruah agama Islam.

Rakyat negara ini juga perlu menerima dan faham fakta sejarah berhubung kedudukan Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan jangan cuba untuk campurtangan urusan berhubung hukum dan peradaban umat Islam yang merupakan agama identiti bangsa Melayu.

Kerajaan negeri dan pusat juga digesa mewujudkan segera akta berhubung penjualan arak bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan.

Kerajaan negeri dan pusat juga harus lebih prihatin dalam menangani permasalah berhubung hak umat Islam kerana banyak permasalahan berhubung kepentingan umat Islam seperti akta Halal dan Akta Berhubung Penyalahgunaan Ayat Al - Quran masih gagal digubal hingga mengakibatkan diskriminasi, kerugian dan penghinaan terhadap umat Islam di negara ini.[END]

NOOR NIRWANDY B MAT NOORDIN
PENGARAH PROJEK PPIM

PERMATANG PASIR: MALAYSIA DALAM BAHAYA

Label:

Tujuh lagi kematian berkaitan influenza A (H1N1) disahkan hari ini, menjadikan jumlah kes kematian di negara ini seramai 51 orang.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata mereka adalah dari kalangan kumpulan berisiko tinggi sama ada penghidap darah tinggi, penyakit jantung, imuniti rendah dan penyakit kongenital.

Katanya, mereka termasuk pesakit berumur antara empat bulan hingga 92 tahun.

"Pada masa ini, terdapat 51 kes di wad, 29 di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 16 daripada 29 dalam ICU adalah kumpulan berisiko tinggi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan persidangan Persatuan Bagi Kajian Obesiti Malaysia (MASO) di Kuala Lumpur hari ini.

Liow berkata pesakit dengan simptom penyakit serupa Influenza (ILI) dan masalah jantung, mereka yang demam kuat secara berterusan lebih dua hari dan sesiapa yang positif dengan Influenza A atau B melalui ujian pantas akan diberikan rawatan antiviral dengan segera.

Beliau berkata bagi kumpulan ini, mereka tidak perlu menunggu pengesahan daripada Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) atau Hospital Sungai Buloh.

"Saya telah arahkan semua hospital dan klinik untuk merawat kumpulan pesakit ini dengan segera," katanya.

Liow turut meminta agar doktor memberi cuti sakit (MC) selama tujuh hari kepada mereka yang didapati mengalami selesema supaya mereka boleh meneruskan rawatan di rumah selain tidak mendedahkan diri kepada orang ramai.

Dalam pada itu, beliau turut meminta supaya rakyat di negara ini tidak panik kerana daripada pesakit yang menghidapi penyakit H1N1 itu, 98 peratus telah disahkan sihat.

Katanya, apa yang dikhuatiri adalah kumpulan yang berisiko tinggi yang memerlukan rawatan segera sekiranya menunjukkan simptom-simptom dijangkiti H1N1.

"Sekiranya semua bertanggungjawab mengikut arahan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan, maka kita yakin dapat membendung wabak ini dan ia tidak akan merebak lagi," katanya.

Sementara itu, Liow berkata situasi di negara ini ekoran wabak H1N1 masih belum memerlukan kerajaan mengeluarkan perintah darurat kesihatan walaupun berada di peringkat serius ekoran peningkatan kadar kematian.

"Untuk mengisytiharkan darurat kesihatan saya perlu buat kuarantin
keseluruhan komuniti di mana kerajaan perlu menyekat pergerakan orang secara keseluruhan. Kita belum sampai ke tahap itu," katanya.

Mengenai cadangan mengawal penutupan sekolah, beliau berkata Kementerian Kesihatan meminta supaya pihak sekolah menjalankan pengawasan rapi khususnya terhadap murid-murid yang tidak sihat supaya diarahkan pulang dan berehat di rumah.

Katanya, ibu bapa juga perlu bekerjasama memastikan anak-anak mereka tidak pergi ke sekolah sekiranya menunjukkan tanda-tanda gejala H1N1 dan mendapatkan rawatan segera daripada doktor.

"Kita tutup sekolah seminggu, lepas itu kita buka semula. Kemudian ada lagi kes H1N1 dan arahan tutup akan dikeluarkan. Ini bukan caranya kita hendak menguruskan wabak ini kerana ia bukan hanya merebak di sekolah-sekolah sebaliknya di kawasan komuniti, pasar malam atau pasar raya," katanya. BERNAMA

TEOH MUNGKIN DISERET - PEGAWAI PENYIASAT

Label:

Setiausaha politik Exco kerajaan negeri Selangor, Teoh Beng Hock mungkin diheret kerana siasatan polis menunjukkan adanya kesan geseran di bahagian tepi kasut mendiang, kata saksi ke-13 inkues hari ini.

Perkara tersebut dimaklumkan Pegawai Penyiasat Tempat Kejadian, Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor, Cif Insp Mazli Jusoh dalam keterangannya dihadapan Koroner Azmil Muntapha Abas.

Tambah Mazli, hasil pemeriksaannya turut mendapati ada kesan geseran yang ketara di tapak kasut kanan mangsa.

"Ada kesan geseran ketara...kesan kapur," kata Mazli.

Bagaimanapun beliau menjelaskan tidak membuat pemeriksaan bagi mengesan dari mana kesan kapur itu datang.

Dalam pada itu, saksi ke-14, DSP Shahrul Othman Mansor, seorang pegawai makmal forensik Bukit Aman berkata beliau turut menemui kesan seperti tapak kasut di bahagian bawah tingkap yang dipercayai tempat Teoh jatuh dari tingkat 14 yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Di bahagian bawah (tingkap) kelihatan seperti kesan tapak kasut... tapi tak begitu jelas.

"Saya arahkan pegawai untuk ambil gambar... ukurannya lebih kurang sembilan inci (22 sentimeter)," kata Shahrul.
SUMBER di sini.

AL-FATIHAH: ASRI RABBANI DIJEMPUT ILAHI

Label:

(Foto: Asri bersama Mawi)
Vokalis utama kumpulan Rabbani Mohamad Asri Ibrahim meninggal dunia sebaik sahaja jatuh ketika membuat persembahan di RTM kira-kira jam 11.15 pagi ini.

Menurut saksi, Asri jatuh di hadapannya ketika membuat persembahan itu dan ketika diperiksa dia sudah meninggal dunia.

Bagi peminat hiburan nasyid, ketiadaan Asri adalah satu kehilangan besar. Lagu-lagu beliau bersama Rabbani sentiasa menjadi nyanyian kanak-kanak dan golongan dewasa. Alunan zikir dan munajat beliau menjadi santapan halwa telinga, mengagungkan kebesaran Ilahi. Hayati lirik lagu nyanyian beliau....

PERGI TAK KEMBALI

SETIAP INSAN PASTI MERASA
SAAT PERPISAHAN TERAKHIR
DUNIA YANG FANA
AKAN DITINGGALKAN
HANYA AMALAN YANG DIBAWA

SELAMAT TINGGAL KEPADA SEMUA
BERPISAH KITA SELAMANYA...
KITA TAK SAMA NASIB DI SANA
BAIKKAH ATAU SEBALIKNYA...
HANYA AMALAN DAN TAKWA JADI PEGANGAN

SATIRA "PENGKHIANAT BANGSA" GAGAL PENGARUHI RAKYAT - ANWAR

Label:

Ribuan memenuhi ruang untuk mendengar ceramah perdana yang diadakan semalam (12/8/09) di Kampung Selemak, Rembau Negeri Sembilan. Turut serta bersama saya menyampaikan syarahan ialah Sdr Zaid Ibrahim, Sdr Mohamad Sabu dan Sdr Badrul Hisham.

Acara bersempena sambutan bulan kemerdekaan ini disambut meriah oleh warga setempat yang terdiri, kebanyakannya dari orang Melayu. Khusyuk mereka mendengar hujah para penceramah berhubung kerosakan yang dilakukan pimpinan umno-bn terhadap negara ini.

Terpancar semangat patriotisme sejati dari para pendengar dan pendokong Pakatan Rakyat, khususnya penyokong Parti Keadilan Rakyat. Meluap-luap keghairahan mencetus nyala kesedaran lalu menghangati suasana ceramah perdana tersebut. Ramai dari mereka mahu mendengar dari pimpinan termasuk dari saya sendiri berkaitan fitnah pengkhianatan orang Melayu.

Melihat kepada sambutan, inshaallah perjuangan kita ini tidak tumbang akibat tuduhan murahan sedemikian. Rakyat sedar perjuangan Pakatan Rakyat adalah untuk satu usaha Islah Mastata’tum; Keadilan, Kemakmuran dan Kesejahteraan Untuk Semua.

Sebagaimana saya ungkapkan sebelum ini, rakyat pastinya sedar, siapakah yang sebenarnya menggadai khazanah negara demi untuk kepentingan yang sedikit. Kita pasti tidak lupa gunung, bukit dan pulau yang diberikan kepada tauke-tauke judi kaya. Tidak juga lesen judi yang semakin bertambah buat kroni serta merampas saham, permit, kontrak dan AP khusus milik orang Melayu. Makanya yang miskin papa kedana, yang kaya bertambah kaya.

Sedangkan ratusan ekar tanah buat sekolah agama rakyat dan sekolah untuk kaum India serta Cina dicemuh sebagai mengabaikan kepentingan peribumi. Jelas sekali pemimpin umno bersikap dua muka dalam hal ini. Berhadapan dengan bukan Melayu, mereka bercakap bahasa harmoni dan perpaduan, manakala dengan orang Melayu pula, mereka meracun tuba pemikiran dengan fitnah songsang kononnya saya dan pimpinan Pakatan Rakyat lainnya sebagai pengkhianat.

Inilah wajah sebenar 1malaysia gagasan Dato’ Sri Najib. Pembohongan dan kepura-puraan yang berbeza untuk orang Melayu dan kepada yang bukan Melayu.ANWAR IBRAHIM

UMNO TIDAK PERNAH HINA ISLAM, SULTAN?

Label:

Polis akan memanggil dua individu untuk memberi keterangan berhubung kenyataan mereka yang didakwa menghina Islam dan Sultan Perak.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata Ketua Pemuda Sosialis DAP, Loke Siew Fook, dan Anggota Parlimen Jelutong, Jeff Ooi, akan dipanggil dalam masa terdekat.

"Polis telah jalankan siasatan dan kita akan ambil keterangan mereka dalam masa terdekat untuk siasatan lanjut kes ini," katanya selepas majlis penyerahan cek tabung kemanusiaan untuk kanak-kanak Gaza di Bukit Aman di sini Rabu.

Musa berkata pihak yang terlibat boleh didakwa kerana melakukan kesalahan hasutan jika kenyataan mereka membangkitkan ketegangan kaum.

"Selain didakwa mengikut Akta Hasutan, mereka yang didapati bersalah juga boleh dituduh menghina agama dan menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan kaum," katanya. BERNAMA

RM10 JUTA UNTUK PRESIDEN MCA - DATUK TIONG

Label:

(Foto:Malaysiakini)

Dua puluh empat jam selepas satu laporan polis dibuat terhadap syarikat pemaju Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), pegawai tingginya membuat satu pendedahan yang mengejutkan.

Ketua Pegawai Eksekutif KDSB, Datuk Seri Tiong King Sing (foto) - yang juga pengerusi Kelab Penyokong BN - mendakwa beliau telah 'menderma' RM10 juta kepada Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat tahun lalu.

Wang tersebut, tambahnya, adalah untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bahagian-bahagian MCA.

Timbalan Tiong dalam KDSB, Datuk Faizal Abdullah berkata Ong telah menggunakan jet peribadi milik syarikat tersebut sebanyak lima kali dan 'berhutang' kepada mereka sebanyak AS$40,000 bagi perkhidmatan tersebut.

Bercakap kepada Malaysiakini, Tiong mendakwa beliau telah menyumbangkan berjuta-juta ringgit selepas diminta berbuat demikian oleh Ong.

Wang tersebut dibayar secara tunai dalam tiga peringkat sewaktu pertemuan dengan presiden MCA itu di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.
SUMBER di sini.

DAP HINA ISLAM KERANA TIDAK FAHAM ISLAM: NIK AZIZ

Label:

Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam.

Beliau sebaliknya menyalahkan sikap pemimpin Islam yang menolak ajaran Islam sehingga agama itu tercemar dan telah disalah ertikan kesuciannya oleh mereka yang bukan Islam.

"DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika diminta mengulas tindak tanduk beberapa pemimpin DAP kebelakangan ini yang dilihat menghina Islam.

Nik Aziz berkata untuk meningkatkan kefahaman DAP terhadap Islam, Pas sebagai rakan kepada DAP dalam pakatan pembangkang, mengambil pendekatan memberi penerangan kepada pemimpin-pemimpin parti itu supaya mereka lebih memahami Islam.

"Kita mendekati mereka melalui forum, wacana dan perbincangan," katanya.

Nik Aziz juga mempertikaikan tindakan pihak tertentu yang melabelkan penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat.

Sebaliknya beliau berkata perkara yang patut dipertikaikan adalah jika berlaku kepincangan dalam pelaksanaan dasar PKR dan bukannya membuat serangan peribadi.

"Kenapa nak serang batang tubuh orang. Sepatutnya seranglah dasar PKR. Saya rasa malu dengan orang Melayu sekarang yang menyerang batang tubuh orang," katanya.SUMBER di sini.

Betul tu Tok Guru.. Ambo setuju sangat...
Yang hok dok kato kalu nok makan sup tangan, gi la ke negeri Kelate yang nok buat hukum hudud.
Itu orang Islam kato, bukan orang bukan Islam kato...

Yang dok hina sunnah Nabi, orang Islam jugok......

Yang kato ibu tunggal boleh melacur kerana darurat orang Islam jugok...

SAH BUKAN NOORDIN

Label:

Polis Indonesia hari ini mengesahkan bahawa mayat lelaki yang ditembak mati di Temanggung pada Sabtu lalu ialah Ibrohim (foto), 37, yang terlibat merancang dan mengatur pengeboman di Hotel JW Marriott dan Ritz Carlton di sini pada 17 Julai lepas.

Berita berkaitan: Ibrohim Jadi Teroris Sejak Tahun 2000

H1N1: BOLEH CUBA PENAWAR INI

Label:

Betul atau tidak Tok Kiyai tidak tahu tetapi kita boleh cuba. Penawar ni Tok Kiyai dapat daripada blog ini. Kita boleh berikhtiar dan selebihnya berserahlah kepada Allah. Bacalah tulisan di bawah yang Tok Kiyai salin & tampal dari blog tersebut.

Ada sahabat yang mengirimkan email kononnya ubat selsema babi di Thailand.

Salam..... saya baru balik dari Thailand. Saya ke Pulau Temelang dan Ban Tun. Apa yang saya nak kongsi ialah cara mereka mengubati penyakit selsema babi.
bahan-bahannya adalah
1. air kelapa
2. kurma
3. mangkuk

cara-caranya ialah:

1. masukkan kurma ke dalam mangkuk
2. tuang air kelapa
3. biar sejam dua
4. minum air kelapa bersama makan kurma

Wallahualam

PENGKALAN PASIR: ADAKAH TERUS MENJADI PENGKALAN PAS?

Label:

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengingatkan semua petugas parti supaya jangan mengambil mudah cabaran Umno-BN di Permatang Pasir kerana mereka pastinya akan turun habis-habis dengan menggunakan segala kekuatan wang ringgit sebagaimana di Manik Urai.

Walaupun berdepan dengan jentera Barisan Nasional (BN) dengan pelbagai kekuatan tetapi beliau yakin PAS mampu mempertahankan kerusi DUN Permatang Pasir.

Beliau berkata, cabaran BN pastinya lebih hebat memandangkan BN ingin menebus kekalahan dengan majoriti kecil 65 undi yang menyakitkan dalam pilihan raya kecil Manik Urai bulan lalu.

Menurut Salahuddin, PAS sudah mengenalpasti dua nama calon sesuai untuk mewakili PAS dalam, pilihan raya Permatang Pasir itu dan akan umumkannya pada 14 Ogos ini.

"Petugas kita jangan lalai dan hendaklah berkerja dengan penuh semangat, jangan ambil mudah cabaran Umno kerana mereka pasti akan turun habis-habisan dengan wang ringgit untuk menang," tegas Salahuddin di Bera semasa melawat dan menyampaikan bantuan kepada peserta yang cedera dalam himpunan aman mansuhkan ISA pada 1 Ogos lalu.

UNDANG-UNDANG TIDAK SEPATUTNYA DIPOLITIKKAN - RAJA NAZRIN

Label:

The Raja Muda of Perak Raja Nazrin Shah said laws should be upheld as a means for arbitration and must not be politicised.

"It will be dangerous for the country if the laws and enforcement of the laws are compromised as people would take the laws into their own hands based on emotions, sentiments and passion.

"Or when a law is only accepted and respected if it gives advantage to oneself or one's group, but it's rejected if the decision favours the opposing side," he said in his speech at the third session of Universiti Malaya's (UM) 2009 convocation ceremony, here, Tuesday.

Raja Nazrin Shah said laws that were influenced by political considerations if not firmly and effectively controlled, would destroy the existing system of nationhood and taken over by the "law of the jungle" system that would allow the weak to be the prey of the mighty.

"Sometimes the sovereignty of the law is defined based on emotions to suit the needs of a certain group, and is therefore not a fair, truthful, accurate and brave definition guided by legal principles.

"Hence, there emerge practices that are in contradiction with the spirit of fair governance, resulting in abuse of power, misappropriation, bribery and oppression.

"The people, on the other hand, will not only disrespect the law but will also provocatively challenge it to create disturbance and chaos so that the legitimate government cannot function effectively.

"As citizens, they need to be wary of such incidents that are purposely created with a hidden agenda.

"A wise citizen needs to weigh the arising issues and political tactics used in terms of consistency in voicing out the issues and the struggle, so that the country remains peaceful and stable as chaos will adversely affect the country's productivity and in the end, the people will suffer."

He said the criteria for formulating, abolishing or amending a law must be based on national interest and security, as well as the people's interest.

Raja Nazrin, who is UM pro-chancellor, also reminded that UM's task as a premier higher learning institution was just not to churn out degrees, but also to check any undesirable academic practices which could tarnish the country's oldest university's good name.

"The guilty should not be protected. There should be no compromise in upholding the integrity, reputation and good name of the university. If there is compromise, then the university has sacrificed its quality of education.

"If it does happen, then the reputation of UM's graduands will be affected and bring shame to the thousands who have graduated from the university.

"UM will have to pay a heavy price as its standing will drop.

"Those involved in activities which tarnish the university's reputation and integrity should be told to desist, while the university must immediately take stern action," Raja Nazrin said.

The five-day convocation which ends Saturday will see 6,863 graduands receiving their scrolls.
-BERNAMA

SIAPA SEBENARNYA PENGKHIANAT? MUHYIDDIN?

Label:

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bahawa tomahan sebagai pengkhianat yang dilemparkan ke atasnya sama sekali adalah tidak berasas.

Kata beliau, tuduhan yang dilemparkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kononnya beliau merupakan pengkhianat bangsa sama sekali bersifat peribadi.

"Beliau mudah menuduh sesetengah pihak itu sebagai pengkhianat tanpa melihat kembali kepada asas dakwaan beliau itu.

"Siapa pengkhianat sebenarnya?, siapa yang beri projek tertentu kepada ahli keluarga?," soal beliau ketika diajukan soalan mengenai dakwaan Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri bahawa Anwar pengkhianat bangsa.
SUMBER di sini.

TINDAKAN SPRM: SPEAKER DUN SELANGOR KESAL

Label:

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Teng Chang Kim kesal tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyemak dan mengambil semua fail peruntukan kawasan DUN wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) negeri ini.

Menurutnya, tindakan SPRM itu seolah-olah melancarkan kempen ‘memancing’ bukti pada semua Pejabat Daerah di Selangor.

Chang Khim mendakwa, tindakan itu dibuat berikutan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang ingin merampas kembali Selangor daripada pemerintahan PR.

Sambil menyifatkan perbuatan itu tidak profesional dan satu tindakan ‘politik’, Chang Khim mengakui tidak mempunyai masalah jika SPRM ingin menjalankan tugas mereka secara profesional dengan memeriksa mana-mana fail peruntukan ADUN di mana-mana Pejabat Daerah seluruh negara.

“Tetapi, sekarang ini nampaknya tindakan itu hanya dibuat dan dilakukan di Selangor,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Chang Kim turut meminta pihak yang sepatutnya menerima peruntukan berkenaan memaklumkan kepada SPRM jika tidak menerima peruntukan itu.

“Sila pergi ke pejabat SPRM dan maklumkan kepada mereka (SPRM) sekiranya mereka (orang ramai) tidak menerima duit peruntukan berkenaan supaya ia dapat membantu SPRM menyiasat saya,” katanya.

Chang Kim yang juga Ahli Dewan Negeri (ADUN) Sungai Pinang menggesa SPRM menyelesaikan siasatan berkenaan dalam tempoh dua minggu.

“Saya minta supaya mereka (SPRM) dapat mengesahkan dalam tempoh dua minggu sama ada terdapat kes terhadap saya atau tidak.

"Ini kerana kita tidak mahu perkara ini ditangguhkan bertahun-tahun sehingga tiada jawapan mengenainya dan orang ramai akan beri pandangan serong terhadap dirinya,” katanya.
SUMBER di sini.

UMNO SANGAT TAKUT DENGAN ANWAR - DR JEFFREY KITINGAN

Label:

Tindakan UMNO Johor untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran bagi melaungkan perkataan ‘pengkhianat’ terhadap Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan betapa takutnya UMNO dan Barisan Nasional (BN) terhadap pemimpin tertinggi parti itu.

Naib Presiden PKR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata, kedudukan UMNO dilihat semakin tergugat dengan reputasi Anwar yang berjaya mendapat sokongan daripada rakyat.

"Kita dapat lihat semakin lama Anwar semakin mendapat peluang daripada rakyat untuk menyokongnya dan situasi ini menimbulkan ketidakselesaan UMNO-BN.

“Kebanyakan penyokong UMNO sudah hilang keyakinan terhadap kerajaan. Oleh sebab itu mereka menggunakan perhimpunan untuk mengutuk beliau (Anwar) sebagai satu cara menyatakan bahayanya pemimpin tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang akan mengadakan perhimpunan besar-besaran di Padang Merdeka, Batu Pahat dalam waktu terdekat bagi melaungkan perkataan ‘pengkhianat’ terhadap Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Dr Jeffrey berkata, UMNO kemungkinan mula menyedari bahawa kehadiran Anwar dalam politik akan menjejaskan kedudukan mereka dalam pembentukan kerajaan yang sedia ada kini.

“Jadi ini cara mereka (UMNO-BN) untuk menutup suara beliau dengan memberi tanggapan negatif terhadapnya.

“Anwar bukan pengkhianat tetapi beliau sebenarnya penyelamat negara,” katanya.

Menyentuh kenyataan Zahid, perhimpunan yang bakal diadakan itu akan mengingatkan kembali Anwar mengenai prinsip yang diperjuangkannya dahulu, menurutnya, dahulu dan sekarang banyak perbezaannya.

Bagaimanapun, katanya, apa yang relevan suatu ketika dahulu mungkin sudah tidak bersesuaian dalam situasi negara kini.

“Cara mengingatkan itu hanya ingatkan beliau pada waktu itu sahaja kerana mereka bersama dalam kumpulan sama yang banyak memiskinkan Malaysia, menurunkan daya saing dan memperkaya hanya sebilangan orang berkuasa.

“Saya percaya Anwar lebih sedar terhadap dasar perjuangan dahulu. Saya yakin beliau lebih memperjuangkan untuk mencari keadilan,” katanya.

Di samping itu, Dr Jeffrey menyifatkan Anwar mampu menubuhkan satu sistem kerajaan lebih baik daripada dulu.
SUMBER di sini.

NOORDIN MOHAMMAD TOP MASIH HIDUP

Label:

JAKARTA: Keluarga Noordin Mohammad Top yang berada di Johor tidak yakin lelaki yang mati ditembak polis Indonesia di sebuah rumah di Temanggung, Jawa Tengah pada 8 Ogos adalah Noordin, lelaki paling dikehendaki di Indonesia.

Setelah melihat foto yang disebar oleh pihak berkuasa, keluarga Noordin bertambah yakin bahawa lelaki yang mati ditembak selepas 17 jam dikepung itu bukan Noordin.

"Menurut keterangan dari keluarga, mereka yakin yang ia bukan gambar Noordin," kata Badarudin Ismail, lelaki yang dipetik oleh laman web detik.com sebagai jurucakap keluarga Noordin.

Katanya isteri Noordin, yang hanya dikenali sebagai Rahmah, yakin lelaki yang ditembak itu bukan suaminya kerana struktur wajahnya berbeza sama sekali dengan Noordin.

Sabtu lepas polis Indonesia menembak mati seorang lelaki yang sehingga kini masih belum dapat dipastikan sekiranya dia adalah Noordin, lelaki paling dikehendaki di Indonesia kerana dikatakan menjadi dalang dan pakar bom yang disyaki terbabit dalam kejadian pengeboman Hotel J.W.Marriott dan Ritz Carlton di sini pada 17 Julai lepas.

Sementara itu sehingga malam ini polis belum mengeluarkan kenyataan mengenai sejauh mana proses pengesahan DNA jenazah lelaki itu sudah dijalankan.

Laman web itu melaporkan yang polis akan membandingkan DNA jenazah lelaki yang mati ditembak itu dengan DNA dari air liur anak lelaki Noordin yang sudah diambil polis Indonesia di Johor baru-baru ini.

"Jika DNA jenazah dengan DNA air liur itu padan, nanti isteri dan ketiga-tiga anak Noordin akan ke Indonesia," kata Badarudin yang enggan menyatakan hubungannya dengan keluarga Noordin.
-BERNAMA

PERMATANG PASIR: UMNO MEMPEROLEH 5,000 MAJORITI UNDI TETAPI KALAH ?

Label:

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memberi amaran akan membatalkan kemenangan mana-mana calon jika terbukti adanya kempen pada hari pengundian.

Peraturan itu akan dikuatkuasakan dengan tegas ketika pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir bulan ini.

Sehubungan itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, mengikut Artikel 48(e) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, pihaknya berhak membatalkan kemenangan mana-mana calon sekiranya terdapat laporan dan bukti yangmenunjukkan wujudnya kesalahan sedemikian.

"Jika sabit kesalahan, calon berkenaan boleh dihukum penjara tidak kurang dari satu tahun atau didenda tidak kurang daripada RM2,000," katanya. sumber di sini.

Ha ha ha. Adakah tindakan SPR ini merupakan tindakan yang cerdik? Atau ada usaha-usaha untuk memberi kemenangan percuma kepada parti tertentu?

Apakah implikasi daripada tindakan SPR ini? Bayangkan, UMNO telah diisytihar menang di Permatang Pasir dengan majoriti yang besar tetapi setelah dilakukan siasatan dan laporan terbukti UMNO berkempen pada masa hari mengundi. Maka dengan ini diisytiharkan UMNO kalah.......Adakah penyokong akan mengamuk? Tindakan mahkamah? Anda fikir la sendiri..

ISU PPSMI: GMP BINCANG DEMOSTRASI KEDUA

Label:

Cadangan demonstrasi susulan bagi mendesak kerajaan memansuhkan serta merta dasar Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mungkin dibincangkan dalam mesyuarat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) minggu ini.

"Pak Samad (A Samad Said) penasihat GMP. Cadangan itu ditimbulkan beliau. Apabila disebut dalam mesyuarat nanti, bolehlah dibincang.

"Dulu kita pun tidak sangka, (pemansuhan PPSMI) akan meleret macam ini," kata setiausaha gerakan itu, Hasni Abas kepada Malaysiakini semalam.

Beliau diminta mengulas kemungkinan GMP mengadakan demonstrasi kedua selepas peristiwa 7 Mac lalu yang menghimpun ribuan penunjuk perasaan di ibu negara, termasuk seniman dan budayawan bagi menuntut pemansuhan PPSMI.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini akur terhadap desakan kuat pelbagai pihak supaya PPSMI dimansuhkan. Bagaimanapun, ia dilaporkan hanya akan berkuat-kuasa pada tahun 2014.

Mengulas lanjut tuntutan pemansuhan serta-merta dasar itu, Hasni berkata, perkara itu merupakan tuntutan GMP sejak awal lagi.

Tambahnya, isu teknikal yang digunakan bagi menangguhkan penggunaan bahasa Melayu dalam dua subjek tersebut, antaranya penyediaan buku teks baru, tidak seharusnya ditimbulkan.

"Buku darjah 1 (contohnya), macam one plus one (satu campur satu), apa yang teknikal sangat? Lagi pun, dulu buat (dasar baru dalam bahasa Inggeris) tidak ada masalah pun, boleh buat serta-merta," katanya.

Menurut Hasni lagi, kerajaan juga boleh menggunakan kembali buku teks asal yang digunakan enam tahun lalu ketika PPSMI belum diperkenalkan.

Sementara itu, Hasni juga berkata pihaknya masih berminat menemui Muhyiddin - yang juga menteri pelajaran - bagi memberikan pandangan mereka secara langsung.

Katanya, surat permohonan untuk bertemu dengan Muhyiddin dihantar sebelum demonstrasi besar di Masjid Negara Mac lalu, tetapi sehingga kini masih belum dijawab dan dilayan.

Kenyataan rasmi terkini gabungan itu dijangka dikeluarkan awal minggu depan selepas jawatankuasanya selesai bermesyuarat.
SUMBER: di sini.

SAYA TIDAK HINA ISLAM - LOKE SIEW FOOK

Label:

(Foto: Loke Siew Fook)

Saya Hina Islam?

Saya mendapat tahu bahawa ada beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab termasuk seorang Ahli Parlimen PR yang cuba menghentam saya kononnya saya menghina agama Islam. Mereka menggunakan pelbagai saluran; komen dalam blog saya, emel dan sebagainya untuk mencaci saya dengan perkataan-perkataan rasis dan menjijikkan.

Ya, memang saya mengeluarkan satu kenyataan beberapa hari lepas untuk mengutuk seorang penulis dalam Utusan Malaysia yang bernama Mohd Ridhuan Tee berkenaan dengan isu apa yang dikatakan olehnya sebagai "anak luar nikah" Teoh Beng Hock. Saya merasakan tulisannya cukup tidak sensitif terhadap perasaan keluarga Beng Hock dan tidak adil terhadap bayinya yang tidak berdosa. Yang pertama, Beng Hock bukan seorang penganut Islam dan beliau tidak tertakluk kepada hukum agama Islam. Saya tidak mempertikaikan hukum agama Islam tetapi adalah tidak adil untuk Ridhuan Tee untuk mengenakan "moral judgement" ke atas Beng Hock.

Yang keduanya, kenyataan daripada Ahli Parlimen tersebut mengatakan bahasa yang digunakan oleh DAPSY mencaci agama Islam (petikan daripada sebuah blog). Saya ingin menegaskan bahawa bahasa-bahasa yang tidak senonoh tersebut BUKAN sebahagian dari kenyataan saya tetapi adalah komen-komen daripada pembaca blog tersebut yang saya tidak bertanggungjawab. Saya tidak tahu samada YB tersebut sengaja memutarbelitkan fakta atau tidak faham baca kenyataan akhbar. Memang kita menyedari bahawa ada sesetengah pihak yang kerja mereka saban hari ialah cuba mengambarkan DAP sebagai parti anti-Islam. Agenda mereka cukup diragui dan sememangnya ada "udang di sebalik batu".

Rakan-rakan dan para penyokong PR khasnya dari PAS di NS yang pernah mendengar ceramah saya mengenali siapa saya dan cara pemikiran saya. Saya menghormati semua agama dan kaum. Saya tidak akan membalas orang yang menggunakan perkataan yang cukup rasis terhadap saya dengan perkataan yang sama. Kalau kita dalam PR mempunyai fikiran begitu, kita hanya akan jatuh dalam perangkap UMNO! Saya yakin majoriti orang Muslim di Malaysia menolak cara pemikiran yang rasis seumpama itu.

Saya "reproduce" kenyataan saya di bawah ini dan terpulanglah kepada orang ramai untuk menilai kenyataan tersebut.

Media Statement by Loke Siew Fook in Petaling Jaya on Tuesnesday, 4th August 2009:

Mohd Ridhuan Tee must apologize to Teoh Beng Hock’s family and two chinese language dailies!

It is sickening to see that a person with supposedly strong academic credentials and high religious stature can produce such cruel and heartless remarks over the issue of Teoh Beng Hock’s unborn child.

By twisting a dreadful tragedy with his zealous agenda against “bastard children” in his Utusan Malaysia article, Dr. Mohd Ridhuan, the vice-president of the Malaysian Chinese Muslim Association, has caused immense emotional damage to Teoh’s family.

Whatever superficial sympathy Dr. Mohd Ridhuan has for Teoh’s family is lost when he chooses to harp on the status of the child, whom he labels as an illegitimate child. Dr. Mohd Ridhuan has also compared Teoh’s child to the children of “Malay-Muslim girls who have sex with Muslim or non-Muslim partners with or without consent”, who are born without taking their father’s names.

By comparing, with blatantly racist language, an unborn child of an engaged couple who is painfully separated by the fiance’s mysterious death, to children who are results of unplanned conception, Dr Mohd Ridhuan has shown everyone how low he can go to hurt other human beings with broken logic.

As if that wasn’t enough, Dr. Mohd Ridhuan produced another hurtful article to slam his critics, labelling two Chinese language dailies – China Press and Nanyang Siang Pau – as racist, for highlighting his own racist outbursts. You can’t get more hypocritical than that.

DAPSY condemns in the strongest possible terms, the decision by Dr. Mohd Ridhuan to produce such insensitive, racist, zealous and hypocritical writings and the decision by Utusan Malaysia to publish them. DAPSY calls on Dr. Mohd Ridhuan to immediately apologize to Teoh’s family and to China Press and Nanyang Siang Pau, for all they have done is to reveal and reject his nasty character.

Artikel di atas diambil daripada blog Ahli Parlimen Rasah, Negeri Sembilan dari DAP iaitu Loke Siew Fook.

Berita berkaitan: Laporan Polis Menafikan Tuduhan dan Penipuan Yang Tidak Berasas [Loke Siew Fook]

TARIKH PILIHANRAYA PERMATANG PASIR: 25 OGOS (4 RAMADAN)

Label:

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir jatuhnya pada 25 Ogos, awal Ramadhan, dan penamaan calon pula 17 Ogos.

Pilihanraya kecil kelapan ini dipanggil susulan kematian wakil rakyatnya, satu-satunya ADUN PAS di negeri tersebut, Datuk Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lalu.

Permatang Pasir - satu daripada tiga kerusi negeri dalam parlimen Permatang Pauh yang diwakili ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pilihanraya umum lalu, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi.

Ahmad Sahar mendapat 5,571 undi.

Kubu kuat PAS ini dipertahankan selama tiga penggal berturut-turut oleh allahyarham sejak pilihanraya umum 1999, sewaktu memuncak kemarahan orang ramai susulan insiden pemecatan Anwar daripada kerajaan dan Umno.
(SUMBER: Malaysiakini)

KES TEOH: KORONER ARAH KAJI DUA TOMPOKAN DARAH DI SPRM

Label:

Prosiding inkues setiausaha politik exco Selangor Teoh Beng Hock, ditangguhkan bagi membolehkan pakar patologi dan forensik memeriksa dua kesan tompokan yang dipercayai darah di tangga antara tingkat 14 dan 15 Plaza Masalam di sini, yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Koroner membenarkan permohonan itu setelah peguam pemerhati Gobind Singh Deo, bagi pihak keluarga Teoh, memaklumkan mahkamah bahawa kedua-dua kesan itu ditemui semasa koroner melakukan tinjauan tempat kejadian Jumaat lalu.

Koroner Azmil Muntapha Abas mengarahkan supaya keputusan sama ada tompokan itu adalah darah, dan jika ia adalah darah si mati, dikemukakan kepada prosiding inkues esok pagi.

Pengambilan sampel tompokan itu akan dibuat hari ini juga dengan kehadiran Gobind, peguam Tan Hock Chuan, bagi pihak kerajaan dan Malik Imtiaz Sarwar, bagi pihak kerajaan Selangor.
SUMBER di sini.

ANWAR PENGKHIANAT BANGSA? BUKTIKAN...

Label:

Perwakilan Umno Johor Bahru yang menghadiri persidangan perwakilan bahagian semalam secara serentak melaungkan "Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa".

Laungan sebulat suara itu dilakukan 398 perwakilan Umno bahagian Johor Bahru dari 84 cawangan yang bersidang ketika Ketua Umno bahagian, Datuk Shahrir Abdul Samad menyampaikan ucapan perasmian.

"Mari kita bangun melaungkan 'Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa', supaya Anwar boleh turut sama mengambil tindakan undang-undang menyaman kita semua, Umno Johor Bahru sanggup menghadapi tindakan saman itu," kata Shahrir.

Serentak dengan itu, semua 398 perwakilan Umno Johor Bahru bangun dan bersama-sama melaungkan ayat 'Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa'. Baca lanjut di sini.

Apakah sebab UMNO Johor Bahru "menuduh" Anwar pengkhianat bangsa?
Renungkan soalan di bawah ini:

- Adakah Anwar telah menjual tanah-tanah hak milik bangsa Melayu Johor kepada Singapura?

- Adakah Anwar telah menghina raja-raja Melayu yang menjadi payung kepada bangsa Melayu?

- Adakah Anwar telah merampas tanah rezab Melayu dan dijual kepada taukeh-taukeh Cina?

- Adakah Anwar telah menghina sunnah Rasulullah yang menjadi contoh ikutan kepada Melayu Islam?

- Adakah Anwar telah menggunakan akta ISA untuk menyekat pengaruh lawannya dalam politik semasa berada dalam kerajaan?

Adakah kerana Anwar menentang UMNO dan BN, maka dia dicop sebagai pengkhianat bangsa?

Kalaulah Anwar dicop sedemikian kerana menentang UMNO yang dikatakan sebagai pembela bangsa Melayu, sudah terang lagi bersuluh bahawa begitu sempitnya pemikiran pemimpin UMNO Johor Bahru.

Bagi Tok Kiyai, tuduhan UMNO Johor Bahru itu tidak akan menarik Melayu untuk menyokong UMNO tetapi menyebabkan Melayu muak dan loya dengan taktik terbaru UMNO itu.

Kesedaran rakyat terutama golongan muda dalam politik tanah air begitu mendalam sekali. Mereka telah dapat menilai siapakah sebenarnya pengkhianat bangsa.....

BLOG LUCAH YANG SEPATUTNYA DITAPIS, BUKANNYA BLOG POLITIK

Label:

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim beberapa hari lalu berkata kerajaan akan mengkaji untuk meletakkan tapisan pada internet bagi menghentikan akses kepada laman web yang tidak dikehendaki.

Bagi blogger popular negara, Tun Mahathir Mohamad percaya kerajaan tidak akan mengikut Kerajaan China yang mengawasi/menapis blog politik di internet.

"Internet tidak perlu ditapis dalam apa cara sekalipun, dan salah untuk melakukannya walaupun ada perkara yang perlu dikawal," tegas Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Sebagai contoh, terlalu banyak keganasan datang melalui internet. Itu, saya rasa, kita ada hak untuk tidak membenarkannya," katanya selepas berucap pada sidang kemuncak pemimpin pelajar Malaysia di Kuala Lumpur semalam.

Bagi Tok Kiyai, blog yang merosakkan minda anak muda malah orang dewasa adalah blog lucah. Tengoklah masalah remaja kini. Kes zina, anak luar nikah, rogol dan macam-macam lagi. Antara puncanya ialah berleluasanya laman-laman lucah ciptaan dari luar negara, malah ciptaan anak Malaysia sendiri yang bebas dilayari. Kalau betul kerajaan hendak menapis bahan-bahan di internet, blog lucahlah yang perlu ditapis oleh kerajaan, bukannya blog yang mengetengahkan pandangan/isu politik.

SIDANG DUN KEDAH: BN DIGELAR PARIA

Label:

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini kecoh apabila seorang ahli pakatan pembangkang menyamakan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah Kedah sebelum pilihan raya umum tahun lepas sebagai ’paria’.

Keadaan menjadi riuh rendah apabila Lim Soo Nee (PKR-Kulim) menyebut "kerajaan BN paria semasa berkuasa" ketika membahaskan isu pusat penyembelihan babi sebaik Datuk Amiruddin Hamzah (PAS-Anak Bukit) selesai menjawab soalan tambahan Dr Cheah Soon Hai (BN-Derga) mengenai perkara itu.

Tindakannya mendapat reaksi segera Datuk Syed Sobri Syed Hashim (BN-Kuala Nerang), Tajuddin Abdullah (BN-Belantek), Mohd Rawi Abdul Hamid (BN-Air Hangat) dan lain-lain wakil rakyat BN yang meminta beliau menarik balik perkataan itu yang disifatkan sebagai kasar.

Paria merujuk kepada orang atau golongan paling rendah kastanya dalam masyarakat India.

Lim yang pada awalnya enggan menarik balik ungkapannya dengan berkata ’paria tidak kasar sangat’, bagaimanapun menarik balik perkataan itu selepas Speaker Datuk Dr Abdul Isa Ismail berkata perkataan “paria” menjadi kasar bergantung kepada orang yang mendengarnya.

Suasana hangat itu tidak terhenti di situ apabila Mohd Rawi sekali lagi menempelak Lim semasa membahaskan Rang Undang-Undang Pihak Berkuasa Tempatan dan Taman Perindustrian Teknologi Tinggi Kulim.

“Inilah kali pertama perkataan yang tidak sepatutnya digunakan dalam Dewan Yang Mulia ini diucapkan oleh wakil rakyat dari PKR,” katanya.

Sebelum itu, Amiruddin selaku Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Sains dan Inovasi, Bioteknoloji dan Pembangunan Usahawan negeri berkata pusat penyembelihan babi di Kampung Tok Pawang, Gurun hanya menunggu kelulusan Jabatan Alam Sekitar dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Katanya kerajaan negeri pada dasarnya bersetuju dengan pemilihan tapak tersebut yang akan menggunakan sistem moden dengan mengitar semula bahan buangan.
-bernama

UMNO BN PERLU KEMBALI BERKUASA DI SELANGOR - NAJIB RAZAK

Label:

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau mahu Selangor dikembalikan semula kepada tangan Barisan Nasional kerana negeri itu adalah penting sebagai nadi negara.

Peluang untuk Barisan Nasional (BN) berkuasa di Selangor tetap ada tetapi dengan syarat parti-parti komponen yang diterajui UMNO sudah insaf dan menyedari kekurangan diri dan sanggup berubah, kata beliau yang juga Presiden UMNO semasa berucap merasmikan mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Selangor di sini pada hari ini (Ahad).

Selain daripada itu, beliau berkata UMNO tidak boleh mempunyai perasaan benci kepada orang lain dalam keluarga BN dan perlu berjuang bersama-sama dalam satu keluarga besar berganding bahu berjuang secara seia sekata dan sehaluan.

"Ini harapan saya ... pesanan saya kalau hendak menang buat cara nak menang, jangan kita kata nak menang tapi perbuatan kita menempah kekalahan," katanya yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri. Baca lanjut, sila KLIK.
H1N1: APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN
Sabtu, Ogos 15, 2009 | Author: Tuk Kiyai

(Foto: Malaysiakini)

Tindakan yang perlu dilakukan terutama mereka yang bersimptom jangkitan influenza, agar mengambil tindakan berikut:

Pertama
Mereka yang bersimptom selepas menerima rawatan hendaklah berehat di rumah jika tidak dimasukkan ke hospital untuk rawatan.

Pergerakan pesakit bersimptom ke tempat awam atau tempat kerja akan menambahkan kes penularan dalam komuniti.

Mereka yang bersimptom mudah menularkan jangkitan kepada individu yang sihat yang berada dekat dengan mereka sama ada melalui batuk, bersin atau sentuhan cecair batuk/bersin.

Kedua
Di sekolah atau tempat kerja, individu yang bersimptom influenza dinasihati agar segera mendapatkan rawatan dan berehat di rumah sehingga sembuh.

Mereka dinasihati agar tidak bekerja atau datang ke sekolah bagi mengelakkan penularan jangkitan influenza A (H1N1).

Guru besar atau ketua tempat kerja hendaklah melakukan saringan harian bagi memastikan individu yang bersimptom tidak meneruskan bekerja atau menghadiri kelas.

Jika terdapat kes dari saringan tersebut, mereka hendaklan dirujuk ke hospital atau klinik.

Ketiga
Semua ibu bapa atau penjaga memastikan anak mereka yang mempunyai gejala influenza supaya tidak hadir ke sekolah bagi mengurangkan penularan jangkitan ini agar tidak menggangu aktiviti pembelajaran di sekolah.
PERMATANG PASIR: SAH! ROHAIZAD (BN) LAWAN SALLEH (PAS)
Sabtu, Ogos 15, 2009 | Author: Tuk Kiyai

(Foto: Mstar)

Malam tadi, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mengumumkan bahawa Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Salleh Man sebagai calon PAS.

Salleh, 52, seorang pentadbir sekolah agama, merupakan lulusan pengajian Syariah dari Universiti Malaya dan dilantik sebagai Pusuruhjaya PAS Pulau Pinang tahun lalu.

Beliau mempunyai seorang isteri dan lima orang anak.

Manakal petang semalam, Setiausaha Agung UMNO Bahagian Permatang Pauh, Rohaizad Othman diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir.

Rohaizat, 38, merupakan penasihat undang-undang dan lulusan Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno Cawangan Mengkuang, Bukit Mertajam, menyertai Umno pada 1996.

Kerusi DUN Permatang Pasir kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman kerana serangan jantung pada 31 Julai lalu.

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon pada 17 Ogos ini manakala hari mengundi pada 25 Ogos.
SPRM TAHAN PEMBANTU KHAS RONNIE LIU
Jumaat, Ogos 14, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi tadi telah menahan Wong Chuan How, pembantu khas kepada Exco Selangor, Ronnie Liu bagi menyiasat dakwaan penyalahgunaan dana kerajaan negeri Selangor oleh beberapa wakil rakyat negeri itu.

Ikuti versi The Malaysian Insider di bawah.

MACC arrests Ronnie Liu’s aide

SHAH ALAM, Aug 14 — A special assistant to Ronnie Liu was detained by the Malaysian Anti Corruption Commission (MACC) this morning for alleged misappropriation of funds allocated for the Selangor exco's constituency.

Liu, speaking to The Malaysian Insider, said he was outraged by the arrest, claiming that the MACC had informed him that his aide, Wong Chuan How, was only to be questioned as a witness and not a suspect.

The graft busters had been scheduled to question Wong at the Sungai Pelek service centre this morning but the special assistant was told that he was a suspect instead and was to be escorted back to the MACC headquarters in Putrajaya.

"First the MACC said they only wanted to question him as a witness, now they're saying he's a suspect and want to detain him and question him in Putrajaya. This is wrong," he said.

Wong then refused to go with MACC officers and insisted on lodging a police report, claiming the attempt to detain him was illegal. This led to a scuffle between him and the MACC officers.

Liu said his lawyers have already been instructed to go to the Sungai Pelek police station to try and resolve the matter.

According to Liu, Wong injured his leg during thescuffle and will be escorted by the police to the Serdang hospital where they are trying to get him hospitalised in an attempt to avoid MACC detention.

Wong had lodged a police report against MACC for allegedly assaulting him.

The arrest, said Liu, was none other than part of an ongoing attempt by the Barisan Nasional-led federal government to weaken the Selangor Pakatan Rakyat government through systematic harassment.
SUMBER di sini.
TEOH MUNGKIN BUNUH DIRI: PENDAPAT YANG KARUT?
Jumaat, Ogos 14, 2009 | Author: Tuk Kiyai

(Foto:Malaysiakini)
Pakar Perunding Kanan Perubatan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Dr Khairul Azman Ibrahim, 51, berkata, berdasarkan beberapa bukti, terdapat kemungkinan setiausaha politik seorang Anggota Exco Kerajaan Selangor itu membunuh diri dengan terjun dari tempat tinggi.

Dr Khairul berpendapat sedemikian kerana tiadanya unsur pergelutan yang jelas dekat tingkap yang dipercayai tempat Teoh terjatuh dari Tingkat 14 Plaza Masalam yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.

"Buktinya tiada kesan darah, kesan pecah dan barang berterabur dekat tingkap tersebut, dan juga sebatang pen SPRM yang terdapat dalam poket mangsa masih berada di situ.

"Juga dari hasil DNA tidak ada terdapat kesan-kesan DNA dari pegawai SPRM dan juga kesan kecederaan yang dialami tidak menunjukkan apa-apa pergelutan dan ia boleh diterangkan ia disebabkan oleh kesan jatuh. Pada saya ia lebih kepada bunuh diri," katanya ketika ditanya oleh Tan Hock chuan, peguam yang dilantik oleh kerajaan bagi membantu dalam pengendalian inkues itu.

Beliau memberitahu Mahkamah Koroner di sini yang mendengar inkues kematian Teoh Beng Hock pada hari ini.

Tok Kiyai melihat pendapat doktor pakar ini adalah karut semata-mata.
MUHYIDDIN YASIN & UMNO SEBENARNYA PENGKHIANAT?
Jumaat, Ogos 14, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin menyelar pemimpin Umno yang menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat kerana pengkhianat sebenar adalah Umno dan Muhyidin Yassin adalah salah seorang darinya. Demikian lapor harakahdaily.

Ini kerana beliau dan Umnolah yang diberikan mandat untuk menjaga kepentingan agama, bangsa dan negara selama ini.

"Umno dan Barisan Nasional adalah parti yang telah mengkhianati orang Melayu dan Umat Islam dalam negara ini. Mereka telah mengkhianati amanah dan tanggungjawab yang sepatutnya mereka laksanakan sebagai pemimpin dan khalifah di muka bumi ini.

"Sebagai pendokong amanah mereka sepatutnya adil tanpa mengkhianati dalam apa jua aspek. Tapi kita lihat bagaimana sikap dan tindakan mereka apabila adanya bantahan dan rakyat tidak menyokong kepimpinan mereka maka amanah yang sepatutnya mereka laksanakan itu mereka kesampingkan walaupun yang mengharapkan sokongan daripada mereka itu adalah orang Melayu dan umat Islam sendiri."

Nizar berkata Umno dan Barisan Nasional perlu sedar bahawa rakyat sudah tidak menyokong mereka lagi untuk terus mentadbir negara ini.

"Sehubungan dengan itu sekali lagi dalam pilihan raya kecil yang kelapan dalam negara yang akan diadakan selepas Penanti baru-baru ini, Umno dan Barisan Nasional harus diberi pengajaran dan kesedaran kepada mereka di kerusi Permatang Pasir pula bahawa rakyat sudah tidak memerlukan mereka untuk meneruskan perjuangan sebagai pemerintah dalam negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah dalam majlis 'Sepetang Bersama Menteri Besar Pakatan Rakyat Negeri Perak' anjuran Dewan Muslimat kawasan Permatang Pauh.
ISU ARAK: PENDIRIAN PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (PPIM)
Jumaat, Ogos 14, 2009 | Author: Tuk Kiyai

KENYATAAN AKHBAR BERHUBUNG MASALAH PENJUALAN ARAK DI KAWASAN MAJORITI PENDUDUK UMAT ISLAM

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendesak penjualan arak diharamkan di semua kawasan yang mempunyai majoriti penduduk beragama Islam. Isu penjualan arak ini tidak boleh dikompromi malahan mereka yang bukan beragama Islam tidak wajar menyokong penjualan arak di kawasan kediaman umat Islam dan memberikan pendapat kerana ia berkaitan dengan soal hukum dalam Islam dan status Islam sebagai agama rasmi seperti yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan.

Amat memalukan sekiranya umat Islam malahan pemimpin gagal untuk menghalang penjualan arak di kawasan majoriti umat Islam. Tiada yang boleh menghalalkan yang haram apabila ia berkaitan dengan agama dan hukum dalam Islam.

Mereka yang bukan beragama Islam harus akur dan tidak cuba berlagak pandai kerana agama Islam adalah agama rasmi negara ini. Sebarang cubaan untuk mencabar maruah agama Islam adalah seolah-olah mencabar umat Islam di negara ini.

Tindakan Ronnie Liu campurtangan dalam isu arak di Selangor amat dikesali kerana tindakan itu seolah-olah mencabar maruah serta hak umat Islam. Yang haram adalah jelas haram dalam Islam.

Pemimpin, ahli politik serta masyarakat umat Islam tidak seharusnya membiarkan penjualan arak di kawasan majoriti umat Islam dibenarkan kerana isu ini bukan isu untuk dipolitikkan tetapi adalah mengenai isu keberanian umat Islam mempertahankan hak mereka dan maruah agama Islam.

Rakyat negara ini juga perlu menerima dan faham fakta sejarah berhubung kedudukan Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan jangan cuba untuk campurtangan urusan berhubung hukum dan peradaban umat Islam yang merupakan agama identiti bangsa Melayu.

Kerajaan negeri dan pusat juga digesa mewujudkan segera akta berhubung penjualan arak bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan.

Kerajaan negeri dan pusat juga harus lebih prihatin dalam menangani permasalah berhubung hak umat Islam kerana banyak permasalahan berhubung kepentingan umat Islam seperti akta Halal dan Akta Berhubung Penyalahgunaan Ayat Al - Quran masih gagal digubal hingga mengakibatkan diskriminasi, kerugian dan penghinaan terhadap umat Islam di negara ini.[END]

NOOR NIRWANDY B MAT NOORDIN
PENGARAH PROJEK PPIM
PERMATANG PASIR: MALAYSIA DALAM BAHAYA
Jumaat, Ogos 14, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Tujuh lagi kematian berkaitan influenza A (H1N1) disahkan hari ini, menjadikan jumlah kes kematian di negara ini seramai 51 orang.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata mereka adalah dari kalangan kumpulan berisiko tinggi sama ada penghidap darah tinggi, penyakit jantung, imuniti rendah dan penyakit kongenital.

Katanya, mereka termasuk pesakit berumur antara empat bulan hingga 92 tahun.

"Pada masa ini, terdapat 51 kes di wad, 29 di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 16 daripada 29 dalam ICU adalah kumpulan berisiko tinggi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan persidangan Persatuan Bagi Kajian Obesiti Malaysia (MASO) di Kuala Lumpur hari ini.

Liow berkata pesakit dengan simptom penyakit serupa Influenza (ILI) dan masalah jantung, mereka yang demam kuat secara berterusan lebih dua hari dan sesiapa yang positif dengan Influenza A atau B melalui ujian pantas akan diberikan rawatan antiviral dengan segera.

Beliau berkata bagi kumpulan ini, mereka tidak perlu menunggu pengesahan daripada Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) atau Hospital Sungai Buloh.

"Saya telah arahkan semua hospital dan klinik untuk merawat kumpulan pesakit ini dengan segera," katanya.

Liow turut meminta agar doktor memberi cuti sakit (MC) selama tujuh hari kepada mereka yang didapati mengalami selesema supaya mereka boleh meneruskan rawatan di rumah selain tidak mendedahkan diri kepada orang ramai.

Dalam pada itu, beliau turut meminta supaya rakyat di negara ini tidak panik kerana daripada pesakit yang menghidapi penyakit H1N1 itu, 98 peratus telah disahkan sihat.

Katanya, apa yang dikhuatiri adalah kumpulan yang berisiko tinggi yang memerlukan rawatan segera sekiranya menunjukkan simptom-simptom dijangkiti H1N1.

"Sekiranya semua bertanggungjawab mengikut arahan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan, maka kita yakin dapat membendung wabak ini dan ia tidak akan merebak lagi," katanya.

Sementara itu, Liow berkata situasi di negara ini ekoran wabak H1N1 masih belum memerlukan kerajaan mengeluarkan perintah darurat kesihatan walaupun berada di peringkat serius ekoran peningkatan kadar kematian.

"Untuk mengisytiharkan darurat kesihatan saya perlu buat kuarantin
keseluruhan komuniti di mana kerajaan perlu menyekat pergerakan orang secara keseluruhan. Kita belum sampai ke tahap itu," katanya.

Mengenai cadangan mengawal penutupan sekolah, beliau berkata Kementerian Kesihatan meminta supaya pihak sekolah menjalankan pengawasan rapi khususnya terhadap murid-murid yang tidak sihat supaya diarahkan pulang dan berehat di rumah.

Katanya, ibu bapa juga perlu bekerjasama memastikan anak-anak mereka tidak pergi ke sekolah sekiranya menunjukkan tanda-tanda gejala H1N1 dan mendapatkan rawatan segera daripada doktor.

"Kita tutup sekolah seminggu, lepas itu kita buka semula. Kemudian ada lagi kes H1N1 dan arahan tutup akan dikeluarkan. Ini bukan caranya kita hendak menguruskan wabak ini kerana ia bukan hanya merebak di sekolah-sekolah sebaliknya di kawasan komuniti, pasar malam atau pasar raya," katanya. BERNAMA
TEOH MUNGKIN DISERET - PEGAWAI PENYIASAT
Khamis, Ogos 13, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Setiausaha politik Exco kerajaan negeri Selangor, Teoh Beng Hock mungkin diheret kerana siasatan polis menunjukkan adanya kesan geseran di bahagian tepi kasut mendiang, kata saksi ke-13 inkues hari ini.

Perkara tersebut dimaklumkan Pegawai Penyiasat Tempat Kejadian, Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor, Cif Insp Mazli Jusoh dalam keterangannya dihadapan Koroner Azmil Muntapha Abas.

Tambah Mazli, hasil pemeriksaannya turut mendapati ada kesan geseran yang ketara di tapak kasut kanan mangsa.

"Ada kesan geseran ketara...kesan kapur," kata Mazli.

Bagaimanapun beliau menjelaskan tidak membuat pemeriksaan bagi mengesan dari mana kesan kapur itu datang.

Dalam pada itu, saksi ke-14, DSP Shahrul Othman Mansor, seorang pegawai makmal forensik Bukit Aman berkata beliau turut menemui kesan seperti tapak kasut di bahagian bawah tingkap yang dipercayai tempat Teoh jatuh dari tingkat 14 yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Di bahagian bawah (tingkap) kelihatan seperti kesan tapak kasut... tapi tak begitu jelas.

"Saya arahkan pegawai untuk ambil gambar... ukurannya lebih kurang sembilan inci (22 sentimeter)," kata Shahrul.
SUMBER di sini.
AL-FATIHAH: ASRI RABBANI DIJEMPUT ILAHI
Khamis, Ogos 13, 2009 | Author: Tuk Kiyai

(Foto: Asri bersama Mawi)
Vokalis utama kumpulan Rabbani Mohamad Asri Ibrahim meninggal dunia sebaik sahaja jatuh ketika membuat persembahan di RTM kira-kira jam 11.15 pagi ini.

Menurut saksi, Asri jatuh di hadapannya ketika membuat persembahan itu dan ketika diperiksa dia sudah meninggal dunia.

Bagi peminat hiburan nasyid, ketiadaan Asri adalah satu kehilangan besar. Lagu-lagu beliau bersama Rabbani sentiasa menjadi nyanyian kanak-kanak dan golongan dewasa. Alunan zikir dan munajat beliau menjadi santapan halwa telinga, mengagungkan kebesaran Ilahi. Hayati lirik lagu nyanyian beliau....

PERGI TAK KEMBALI

SETIAP INSAN PASTI MERASA
SAAT PERPISAHAN TERAKHIR
DUNIA YANG FANA
AKAN DITINGGALKAN
HANYA AMALAN YANG DIBAWA

SELAMAT TINGGAL KEPADA SEMUA
BERPISAH KITA SELAMANYA...
KITA TAK SAMA NASIB DI SANA
BAIKKAH ATAU SEBALIKNYA...
HANYA AMALAN DAN TAKWA JADI PEGANGAN
SATIRA "PENGKHIANAT BANGSA" GAGAL PENGARUHI RAKYAT - ANWAR
Khamis, Ogos 13, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Ribuan memenuhi ruang untuk mendengar ceramah perdana yang diadakan semalam (12/8/09) di Kampung Selemak, Rembau Negeri Sembilan. Turut serta bersama saya menyampaikan syarahan ialah Sdr Zaid Ibrahim, Sdr Mohamad Sabu dan Sdr Badrul Hisham.

Acara bersempena sambutan bulan kemerdekaan ini disambut meriah oleh warga setempat yang terdiri, kebanyakannya dari orang Melayu. Khusyuk mereka mendengar hujah para penceramah berhubung kerosakan yang dilakukan pimpinan umno-bn terhadap negara ini.

Terpancar semangat patriotisme sejati dari para pendengar dan pendokong Pakatan Rakyat, khususnya penyokong Parti Keadilan Rakyat. Meluap-luap keghairahan mencetus nyala kesedaran lalu menghangati suasana ceramah perdana tersebut. Ramai dari mereka mahu mendengar dari pimpinan termasuk dari saya sendiri berkaitan fitnah pengkhianatan orang Melayu.

Melihat kepada sambutan, inshaallah perjuangan kita ini tidak tumbang akibat tuduhan murahan sedemikian. Rakyat sedar perjuangan Pakatan Rakyat adalah untuk satu usaha Islah Mastata’tum; Keadilan, Kemakmuran dan Kesejahteraan Untuk Semua.

Sebagaimana saya ungkapkan sebelum ini, rakyat pastinya sedar, siapakah yang sebenarnya menggadai khazanah negara demi untuk kepentingan yang sedikit. Kita pasti tidak lupa gunung, bukit dan pulau yang diberikan kepada tauke-tauke judi kaya. Tidak juga lesen judi yang semakin bertambah buat kroni serta merampas saham, permit, kontrak dan AP khusus milik orang Melayu. Makanya yang miskin papa kedana, yang kaya bertambah kaya.

Sedangkan ratusan ekar tanah buat sekolah agama rakyat dan sekolah untuk kaum India serta Cina dicemuh sebagai mengabaikan kepentingan peribumi. Jelas sekali pemimpin umno bersikap dua muka dalam hal ini. Berhadapan dengan bukan Melayu, mereka bercakap bahasa harmoni dan perpaduan, manakala dengan orang Melayu pula, mereka meracun tuba pemikiran dengan fitnah songsang kononnya saya dan pimpinan Pakatan Rakyat lainnya sebagai pengkhianat.

Inilah wajah sebenar 1malaysia gagasan Dato’ Sri Najib. Pembohongan dan kepura-puraan yang berbeza untuk orang Melayu dan kepada yang bukan Melayu.ANWAR IBRAHIM
UMNO TIDAK PERNAH HINA ISLAM, SULTAN?
Khamis, Ogos 13, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Polis akan memanggil dua individu untuk memberi keterangan berhubung kenyataan mereka yang didakwa menghina Islam dan Sultan Perak.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata Ketua Pemuda Sosialis DAP, Loke Siew Fook, dan Anggota Parlimen Jelutong, Jeff Ooi, akan dipanggil dalam masa terdekat.

"Polis telah jalankan siasatan dan kita akan ambil keterangan mereka dalam masa terdekat untuk siasatan lanjut kes ini," katanya selepas majlis penyerahan cek tabung kemanusiaan untuk kanak-kanak Gaza di Bukit Aman di sini Rabu.

Musa berkata pihak yang terlibat boleh didakwa kerana melakukan kesalahan hasutan jika kenyataan mereka membangkitkan ketegangan kaum.

"Selain didakwa mengikut Akta Hasutan, mereka yang didapati bersalah juga boleh dituduh menghina agama dan menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan kaum," katanya. BERNAMA
RM10 JUTA UNTUK PRESIDEN MCA - DATUK TIONG
Khamis, Ogos 13, 2009 | Author: Tuk Kiyai

(Foto:Malaysiakini)

Dua puluh empat jam selepas satu laporan polis dibuat terhadap syarikat pemaju Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), pegawai tingginya membuat satu pendedahan yang mengejutkan.

Ketua Pegawai Eksekutif KDSB, Datuk Seri Tiong King Sing (foto) - yang juga pengerusi Kelab Penyokong BN - mendakwa beliau telah 'menderma' RM10 juta kepada Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat tahun lalu.

Wang tersebut, tambahnya, adalah untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bahagian-bahagian MCA.

Timbalan Tiong dalam KDSB, Datuk Faizal Abdullah berkata Ong telah menggunakan jet peribadi milik syarikat tersebut sebanyak lima kali dan 'berhutang' kepada mereka sebanyak AS$40,000 bagi perkhidmatan tersebut.

Bercakap kepada Malaysiakini, Tiong mendakwa beliau telah menyumbangkan berjuta-juta ringgit selepas diminta berbuat demikian oleh Ong.

Wang tersebut dibayar secara tunai dalam tiga peringkat sewaktu pertemuan dengan presiden MCA itu di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.
SUMBER di sini.
DAP HINA ISLAM KERANA TIDAK FAHAM ISLAM: NIK AZIZ
Rabu, Ogos 12, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam.

Beliau sebaliknya menyalahkan sikap pemimpin Islam yang menolak ajaran Islam sehingga agama itu tercemar dan telah disalah ertikan kesuciannya oleh mereka yang bukan Islam.

"DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika diminta mengulas tindak tanduk beberapa pemimpin DAP kebelakangan ini yang dilihat menghina Islam.

Nik Aziz berkata untuk meningkatkan kefahaman DAP terhadap Islam, Pas sebagai rakan kepada DAP dalam pakatan pembangkang, mengambil pendekatan memberi penerangan kepada pemimpin-pemimpin parti itu supaya mereka lebih memahami Islam.

"Kita mendekati mereka melalui forum, wacana dan perbincangan," katanya.

Nik Aziz juga mempertikaikan tindakan pihak tertentu yang melabelkan penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat.

Sebaliknya beliau berkata perkara yang patut dipertikaikan adalah jika berlaku kepincangan dalam pelaksanaan dasar PKR dan bukannya membuat serangan peribadi.

"Kenapa nak serang batang tubuh orang. Sepatutnya seranglah dasar PKR. Saya rasa malu dengan orang Melayu sekarang yang menyerang batang tubuh orang," katanya.SUMBER di sini.

Betul tu Tok Guru.. Ambo setuju sangat...
Yang hok dok kato kalu nok makan sup tangan, gi la ke negeri Kelate yang nok buat hukum hudud.
Itu orang Islam kato, bukan orang bukan Islam kato...

Yang dok hina sunnah Nabi, orang Islam jugok......

Yang kato ibu tunggal boleh melacur kerana darurat orang Islam jugok...
SAH BUKAN NOORDIN
Rabu, Ogos 12, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Polis Indonesia hari ini mengesahkan bahawa mayat lelaki yang ditembak mati di Temanggung pada Sabtu lalu ialah Ibrohim (foto), 37, yang terlibat merancang dan mengatur pengeboman di Hotel JW Marriott dan Ritz Carlton di sini pada 17 Julai lepas.

Berita berkaitan: Ibrohim Jadi Teroris Sejak Tahun 2000
H1N1: BOLEH CUBA PENAWAR INI
Rabu, Ogos 12, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Betul atau tidak Tok Kiyai tidak tahu tetapi kita boleh cuba. Penawar ni Tok Kiyai dapat daripada blog ini. Kita boleh berikhtiar dan selebihnya berserahlah kepada Allah. Bacalah tulisan di bawah yang Tok Kiyai salin & tampal dari blog tersebut.

Ada sahabat yang mengirimkan email kononnya ubat selsema babi di Thailand.

Salam..... saya baru balik dari Thailand. Saya ke Pulau Temelang dan Ban Tun. Apa yang saya nak kongsi ialah cara mereka mengubati penyakit selsema babi.
bahan-bahannya adalah
1. air kelapa
2. kurma
3. mangkuk

cara-caranya ialah:

1. masukkan kurma ke dalam mangkuk
2. tuang air kelapa
3. biar sejam dua
4. minum air kelapa bersama makan kurma

Wallahualam
PENGKALAN PASIR: ADAKAH TERUS MENJADI PENGKALAN PAS?
Rabu, Ogos 12, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengingatkan semua petugas parti supaya jangan mengambil mudah cabaran Umno-BN di Permatang Pasir kerana mereka pastinya akan turun habis-habis dengan menggunakan segala kekuatan wang ringgit sebagaimana di Manik Urai.

Walaupun berdepan dengan jentera Barisan Nasional (BN) dengan pelbagai kekuatan tetapi beliau yakin PAS mampu mempertahankan kerusi DUN Permatang Pasir.

Beliau berkata, cabaran BN pastinya lebih hebat memandangkan BN ingin menebus kekalahan dengan majoriti kecil 65 undi yang menyakitkan dalam pilihan raya kecil Manik Urai bulan lalu.

Menurut Salahuddin, PAS sudah mengenalpasti dua nama calon sesuai untuk mewakili PAS dalam, pilihan raya Permatang Pasir itu dan akan umumkannya pada 14 Ogos ini.

"Petugas kita jangan lalai dan hendaklah berkerja dengan penuh semangat, jangan ambil mudah cabaran Umno kerana mereka pasti akan turun habis-habisan dengan wang ringgit untuk menang," tegas Salahuddin di Bera semasa melawat dan menyampaikan bantuan kepada peserta yang cedera dalam himpunan aman mansuhkan ISA pada 1 Ogos lalu.
UNDANG-UNDANG TIDAK SEPATUTNYA DIPOLITIKKAN - RAJA NAZRIN
Rabu, Ogos 12, 2009 | Author: Tuk Kiyai

The Raja Muda of Perak Raja Nazrin Shah said laws should be upheld as a means for arbitration and must not be politicised.

"It will be dangerous for the country if the laws and enforcement of the laws are compromised as people would take the laws into their own hands based on emotions, sentiments and passion.

"Or when a law is only accepted and respected if it gives advantage to oneself or one's group, but it's rejected if the decision favours the opposing side," he said in his speech at the third session of Universiti Malaya's (UM) 2009 convocation ceremony, here, Tuesday.

Raja Nazrin Shah said laws that were influenced by political considerations if not firmly and effectively controlled, would destroy the existing system of nationhood and taken over by the "law of the jungle" system that would allow the weak to be the prey of the mighty.

"Sometimes the sovereignty of the law is defined based on emotions to suit the needs of a certain group, and is therefore not a fair, truthful, accurate and brave definition guided by legal principles.

"Hence, there emerge practices that are in contradiction with the spirit of fair governance, resulting in abuse of power, misappropriation, bribery and oppression.

"The people, on the other hand, will not only disrespect the law but will also provocatively challenge it to create disturbance and chaos so that the legitimate government cannot function effectively.

"As citizens, they need to be wary of such incidents that are purposely created with a hidden agenda.

"A wise citizen needs to weigh the arising issues and political tactics used in terms of consistency in voicing out the issues and the struggle, so that the country remains peaceful and stable as chaos will adversely affect the country's productivity and in the end, the people will suffer."

He said the criteria for formulating, abolishing or amending a law must be based on national interest and security, as well as the people's interest.

Raja Nazrin, who is UM pro-chancellor, also reminded that UM's task as a premier higher learning institution was just not to churn out degrees, but also to check any undesirable academic practices which could tarnish the country's oldest university's good name.

"The guilty should not be protected. There should be no compromise in upholding the integrity, reputation and good name of the university. If there is compromise, then the university has sacrificed its quality of education.

"If it does happen, then the reputation of UM's graduands will be affected and bring shame to the thousands who have graduated from the university.

"UM will have to pay a heavy price as its standing will drop.

"Those involved in activities which tarnish the university's reputation and integrity should be told to desist, while the university must immediately take stern action," Raja Nazrin said.

The five-day convocation which ends Saturday will see 6,863 graduands receiving their scrolls.
-BERNAMA
SIAPA SEBENARNYA PENGKHIANAT? MUHYIDDIN?
Selasa, Ogos 11, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bahawa tomahan sebagai pengkhianat yang dilemparkan ke atasnya sama sekali adalah tidak berasas.

Kata beliau, tuduhan yang dilemparkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kononnya beliau merupakan pengkhianat bangsa sama sekali bersifat peribadi.

"Beliau mudah menuduh sesetengah pihak itu sebagai pengkhianat tanpa melihat kembali kepada asas dakwaan beliau itu.

"Siapa pengkhianat sebenarnya?, siapa yang beri projek tertentu kepada ahli keluarga?," soal beliau ketika diajukan soalan mengenai dakwaan Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri bahawa Anwar pengkhianat bangsa.
SUMBER di sini.
TINDAKAN SPRM: SPEAKER DUN SELANGOR KESAL
Selasa, Ogos 11, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Teng Chang Kim kesal tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyemak dan mengambil semua fail peruntukan kawasan DUN wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) negeri ini.

Menurutnya, tindakan SPRM itu seolah-olah melancarkan kempen ‘memancing’ bukti pada semua Pejabat Daerah di Selangor.

Chang Khim mendakwa, tindakan itu dibuat berikutan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang ingin merampas kembali Selangor daripada pemerintahan PR.

Sambil menyifatkan perbuatan itu tidak profesional dan satu tindakan ‘politik’, Chang Khim mengakui tidak mempunyai masalah jika SPRM ingin menjalankan tugas mereka secara profesional dengan memeriksa mana-mana fail peruntukan ADUN di mana-mana Pejabat Daerah seluruh negara.

“Tetapi, sekarang ini nampaknya tindakan itu hanya dibuat dan dilakukan di Selangor,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Chang Kim turut meminta pihak yang sepatutnya menerima peruntukan berkenaan memaklumkan kepada SPRM jika tidak menerima peruntukan itu.

“Sila pergi ke pejabat SPRM dan maklumkan kepada mereka (SPRM) sekiranya mereka (orang ramai) tidak menerima duit peruntukan berkenaan supaya ia dapat membantu SPRM menyiasat saya,” katanya.

Chang Kim yang juga Ahli Dewan Negeri (ADUN) Sungai Pinang menggesa SPRM menyelesaikan siasatan berkenaan dalam tempoh dua minggu.

“Saya minta supaya mereka (SPRM) dapat mengesahkan dalam tempoh dua minggu sama ada terdapat kes terhadap saya atau tidak.

"Ini kerana kita tidak mahu perkara ini ditangguhkan bertahun-tahun sehingga tiada jawapan mengenainya dan orang ramai akan beri pandangan serong terhadap dirinya,” katanya.
SUMBER di sini.
UMNO SANGAT TAKUT DENGAN ANWAR - DR JEFFREY KITINGAN
Selasa, Ogos 11, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Tindakan UMNO Johor untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran bagi melaungkan perkataan ‘pengkhianat’ terhadap Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan betapa takutnya UMNO dan Barisan Nasional (BN) terhadap pemimpin tertinggi parti itu.

Naib Presiden PKR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata, kedudukan UMNO dilihat semakin tergugat dengan reputasi Anwar yang berjaya mendapat sokongan daripada rakyat.

"Kita dapat lihat semakin lama Anwar semakin mendapat peluang daripada rakyat untuk menyokongnya dan situasi ini menimbulkan ketidakselesaan UMNO-BN.

“Kebanyakan penyokong UMNO sudah hilang keyakinan terhadap kerajaan. Oleh sebab itu mereka menggunakan perhimpunan untuk mengutuk beliau (Anwar) sebagai satu cara menyatakan bahayanya pemimpin tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang akan mengadakan perhimpunan besar-besaran di Padang Merdeka, Batu Pahat dalam waktu terdekat bagi melaungkan perkataan ‘pengkhianat’ terhadap Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Dr Jeffrey berkata, UMNO kemungkinan mula menyedari bahawa kehadiran Anwar dalam politik akan menjejaskan kedudukan mereka dalam pembentukan kerajaan yang sedia ada kini.

“Jadi ini cara mereka (UMNO-BN) untuk menutup suara beliau dengan memberi tanggapan negatif terhadapnya.

“Anwar bukan pengkhianat tetapi beliau sebenarnya penyelamat negara,” katanya.

Menyentuh kenyataan Zahid, perhimpunan yang bakal diadakan itu akan mengingatkan kembali Anwar mengenai prinsip yang diperjuangkannya dahulu, menurutnya, dahulu dan sekarang banyak perbezaannya.

Bagaimanapun, katanya, apa yang relevan suatu ketika dahulu mungkin sudah tidak bersesuaian dalam situasi negara kini.

“Cara mengingatkan itu hanya ingatkan beliau pada waktu itu sahaja kerana mereka bersama dalam kumpulan sama yang banyak memiskinkan Malaysia, menurunkan daya saing dan memperkaya hanya sebilangan orang berkuasa.

“Saya percaya Anwar lebih sedar terhadap dasar perjuangan dahulu. Saya yakin beliau lebih memperjuangkan untuk mencari keadilan,” katanya.

Di samping itu, Dr Jeffrey menyifatkan Anwar mampu menubuhkan satu sistem kerajaan lebih baik daripada dulu.
SUMBER di sini.
NOORDIN MOHAMMAD TOP MASIH HIDUP
Selasa, Ogos 11, 2009 | Author: Tuk Kiyai

JAKARTA: Keluarga Noordin Mohammad Top yang berada di Johor tidak yakin lelaki yang mati ditembak polis Indonesia di sebuah rumah di Temanggung, Jawa Tengah pada 8 Ogos adalah Noordin, lelaki paling dikehendaki di Indonesia.

Setelah melihat foto yang disebar oleh pihak berkuasa, keluarga Noordin bertambah yakin bahawa lelaki yang mati ditembak selepas 17 jam dikepung itu bukan Noordin.

"Menurut keterangan dari keluarga, mereka yakin yang ia bukan gambar Noordin," kata Badarudin Ismail, lelaki yang dipetik oleh laman web detik.com sebagai jurucakap keluarga Noordin.

Katanya isteri Noordin, yang hanya dikenali sebagai Rahmah, yakin lelaki yang ditembak itu bukan suaminya kerana struktur wajahnya berbeza sama sekali dengan Noordin.

Sabtu lepas polis Indonesia menembak mati seorang lelaki yang sehingga kini masih belum dapat dipastikan sekiranya dia adalah Noordin, lelaki paling dikehendaki di Indonesia kerana dikatakan menjadi dalang dan pakar bom yang disyaki terbabit dalam kejadian pengeboman Hotel J.W.Marriott dan Ritz Carlton di sini pada 17 Julai lepas.

Sementara itu sehingga malam ini polis belum mengeluarkan kenyataan mengenai sejauh mana proses pengesahan DNA jenazah lelaki itu sudah dijalankan.

Laman web itu melaporkan yang polis akan membandingkan DNA jenazah lelaki yang mati ditembak itu dengan DNA dari air liur anak lelaki Noordin yang sudah diambil polis Indonesia di Johor baru-baru ini.

"Jika DNA jenazah dengan DNA air liur itu padan, nanti isteri dan ketiga-tiga anak Noordin akan ke Indonesia," kata Badarudin yang enggan menyatakan hubungannya dengan keluarga Noordin.
-BERNAMA

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memberi amaran akan membatalkan kemenangan mana-mana calon jika terbukti adanya kempen pada hari pengundian.

Peraturan itu akan dikuatkuasakan dengan tegas ketika pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir bulan ini.

Sehubungan itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, mengikut Artikel 48(e) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, pihaknya berhak membatalkan kemenangan mana-mana calon sekiranya terdapat laporan dan bukti yangmenunjukkan wujudnya kesalahan sedemikian.

"Jika sabit kesalahan, calon berkenaan boleh dihukum penjara tidak kurang dari satu tahun atau didenda tidak kurang daripada RM2,000," katanya. sumber di sini.

Ha ha ha. Adakah tindakan SPR ini merupakan tindakan yang cerdik? Atau ada usaha-usaha untuk memberi kemenangan percuma kepada parti tertentu?

Apakah implikasi daripada tindakan SPR ini? Bayangkan, UMNO telah diisytihar menang di Permatang Pasir dengan majoriti yang besar tetapi setelah dilakukan siasatan dan laporan terbukti UMNO berkempen pada masa hari mengundi. Maka dengan ini diisytiharkan UMNO kalah.......Adakah penyokong akan mengamuk? Tindakan mahkamah? Anda fikir la sendiri..
ISU PPSMI: GMP BINCANG DEMOSTRASI KEDUA
Selasa, Ogos 11, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Cadangan demonstrasi susulan bagi mendesak kerajaan memansuhkan serta merta dasar Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mungkin dibincangkan dalam mesyuarat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) minggu ini.

"Pak Samad (A Samad Said) penasihat GMP. Cadangan itu ditimbulkan beliau. Apabila disebut dalam mesyuarat nanti, bolehlah dibincang.

"Dulu kita pun tidak sangka, (pemansuhan PPSMI) akan meleret macam ini," kata setiausaha gerakan itu, Hasni Abas kepada Malaysiakini semalam.

Beliau diminta mengulas kemungkinan GMP mengadakan demonstrasi kedua selepas peristiwa 7 Mac lalu yang menghimpun ribuan penunjuk perasaan di ibu negara, termasuk seniman dan budayawan bagi menuntut pemansuhan PPSMI.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini akur terhadap desakan kuat pelbagai pihak supaya PPSMI dimansuhkan. Bagaimanapun, ia dilaporkan hanya akan berkuat-kuasa pada tahun 2014.

Mengulas lanjut tuntutan pemansuhan serta-merta dasar itu, Hasni berkata, perkara itu merupakan tuntutan GMP sejak awal lagi.

Tambahnya, isu teknikal yang digunakan bagi menangguhkan penggunaan bahasa Melayu dalam dua subjek tersebut, antaranya penyediaan buku teks baru, tidak seharusnya ditimbulkan.

"Buku darjah 1 (contohnya), macam one plus one (satu campur satu), apa yang teknikal sangat? Lagi pun, dulu buat (dasar baru dalam bahasa Inggeris) tidak ada masalah pun, boleh buat serta-merta," katanya.

Menurut Hasni lagi, kerajaan juga boleh menggunakan kembali buku teks asal yang digunakan enam tahun lalu ketika PPSMI belum diperkenalkan.

Sementara itu, Hasni juga berkata pihaknya masih berminat menemui Muhyiddin - yang juga menteri pelajaran - bagi memberikan pandangan mereka secara langsung.

Katanya, surat permohonan untuk bertemu dengan Muhyiddin dihantar sebelum demonstrasi besar di Masjid Negara Mac lalu, tetapi sehingga kini masih belum dijawab dan dilayan.

Kenyataan rasmi terkini gabungan itu dijangka dikeluarkan awal minggu depan selepas jawatankuasanya selesai bermesyuarat.
SUMBER: di sini.
SAYA TIDAK HINA ISLAM - LOKE SIEW FOOK
Isnin, Ogos 10, 2009 | Author: Tuk Kiyai

(Foto: Loke Siew Fook)

Saya Hina Islam?

Saya mendapat tahu bahawa ada beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab termasuk seorang Ahli Parlimen PR yang cuba menghentam saya kononnya saya menghina agama Islam. Mereka menggunakan pelbagai saluran; komen dalam blog saya, emel dan sebagainya untuk mencaci saya dengan perkataan-perkataan rasis dan menjijikkan.

Ya, memang saya mengeluarkan satu kenyataan beberapa hari lepas untuk mengutuk seorang penulis dalam Utusan Malaysia yang bernama Mohd Ridhuan Tee berkenaan dengan isu apa yang dikatakan olehnya sebagai "anak luar nikah" Teoh Beng Hock. Saya merasakan tulisannya cukup tidak sensitif terhadap perasaan keluarga Beng Hock dan tidak adil terhadap bayinya yang tidak berdosa. Yang pertama, Beng Hock bukan seorang penganut Islam dan beliau tidak tertakluk kepada hukum agama Islam. Saya tidak mempertikaikan hukum agama Islam tetapi adalah tidak adil untuk Ridhuan Tee untuk mengenakan "moral judgement" ke atas Beng Hock.

Yang keduanya, kenyataan daripada Ahli Parlimen tersebut mengatakan bahasa yang digunakan oleh DAPSY mencaci agama Islam (petikan daripada sebuah blog). Saya ingin menegaskan bahawa bahasa-bahasa yang tidak senonoh tersebut BUKAN sebahagian dari kenyataan saya tetapi adalah komen-komen daripada pembaca blog tersebut yang saya tidak bertanggungjawab. Saya tidak tahu samada YB tersebut sengaja memutarbelitkan fakta atau tidak faham baca kenyataan akhbar. Memang kita menyedari bahawa ada sesetengah pihak yang kerja mereka saban hari ialah cuba mengambarkan DAP sebagai parti anti-Islam. Agenda mereka cukup diragui dan sememangnya ada "udang di sebalik batu".

Rakan-rakan dan para penyokong PR khasnya dari PAS di NS yang pernah mendengar ceramah saya mengenali siapa saya dan cara pemikiran saya. Saya menghormati semua agama dan kaum. Saya tidak akan membalas orang yang menggunakan perkataan yang cukup rasis terhadap saya dengan perkataan yang sama. Kalau kita dalam PR mempunyai fikiran begitu, kita hanya akan jatuh dalam perangkap UMNO! Saya yakin majoriti orang Muslim di Malaysia menolak cara pemikiran yang rasis seumpama itu.

Saya "reproduce" kenyataan saya di bawah ini dan terpulanglah kepada orang ramai untuk menilai kenyataan tersebut.

Media Statement by Loke Siew Fook in Petaling Jaya on Tuesnesday, 4th August 2009:

Mohd Ridhuan Tee must apologize to Teoh Beng Hock’s family and two chinese language dailies!

It is sickening to see that a person with supposedly strong academic credentials and high religious stature can produce such cruel and heartless remarks over the issue of Teoh Beng Hock’s unborn child.

By twisting a dreadful tragedy with his zealous agenda against “bastard children” in his Utusan Malaysia article, Dr. Mohd Ridhuan, the vice-president of the Malaysian Chinese Muslim Association, has caused immense emotional damage to Teoh’s family.

Whatever superficial sympathy Dr. Mohd Ridhuan has for Teoh’s family is lost when he chooses to harp on the status of the child, whom he labels as an illegitimate child. Dr. Mohd Ridhuan has also compared Teoh’s child to the children of “Malay-Muslim girls who have sex with Muslim or non-Muslim partners with or without consent”, who are born without taking their father’s names.

By comparing, with blatantly racist language, an unborn child of an engaged couple who is painfully separated by the fiance’s mysterious death, to children who are results of unplanned conception, Dr Mohd Ridhuan has shown everyone how low he can go to hurt other human beings with broken logic.

As if that wasn’t enough, Dr. Mohd Ridhuan produced another hurtful article to slam his critics, labelling two Chinese language dailies – China Press and Nanyang Siang Pau – as racist, for highlighting his own racist outbursts. You can’t get more hypocritical than that.

DAPSY condemns in the strongest possible terms, the decision by Dr. Mohd Ridhuan to produce such insensitive, racist, zealous and hypocritical writings and the decision by Utusan Malaysia to publish them. DAPSY calls on Dr. Mohd Ridhuan to immediately apologize to Teoh’s family and to China Press and Nanyang Siang Pau, for all they have done is to reveal and reject his nasty character.

Artikel di atas diambil daripada blog Ahli Parlimen Rasah, Negeri Sembilan dari DAP iaitu Loke Siew Fook.

Berita berkaitan: Laporan Polis Menafikan Tuduhan dan Penipuan Yang Tidak Berasas [Loke Siew Fook]
TARIKH PILIHANRAYA PERMATANG PASIR: 25 OGOS (4 RAMADAN)
Isnin, Ogos 10, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir jatuhnya pada 25 Ogos, awal Ramadhan, dan penamaan calon pula 17 Ogos.

Pilihanraya kecil kelapan ini dipanggil susulan kematian wakil rakyatnya, satu-satunya ADUN PAS di negeri tersebut, Datuk Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lalu.

Permatang Pasir - satu daripada tiga kerusi negeri dalam parlimen Permatang Pauh yang diwakili ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pilihanraya umum lalu, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi.

Ahmad Sahar mendapat 5,571 undi.

Kubu kuat PAS ini dipertahankan selama tiga penggal berturut-turut oleh allahyarham sejak pilihanraya umum 1999, sewaktu memuncak kemarahan orang ramai susulan insiden pemecatan Anwar daripada kerajaan dan Umno.
(SUMBER: Malaysiakini)
KES TEOH: KORONER ARAH KAJI DUA TOMPOKAN DARAH DI SPRM
Isnin, Ogos 10, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Prosiding inkues setiausaha politik exco Selangor Teoh Beng Hock, ditangguhkan bagi membolehkan pakar patologi dan forensik memeriksa dua kesan tompokan yang dipercayai darah di tangga antara tingkat 14 dan 15 Plaza Masalam di sini, yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Koroner membenarkan permohonan itu setelah peguam pemerhati Gobind Singh Deo, bagi pihak keluarga Teoh, memaklumkan mahkamah bahawa kedua-dua kesan itu ditemui semasa koroner melakukan tinjauan tempat kejadian Jumaat lalu.

Koroner Azmil Muntapha Abas mengarahkan supaya keputusan sama ada tompokan itu adalah darah, dan jika ia adalah darah si mati, dikemukakan kepada prosiding inkues esok pagi.

Pengambilan sampel tompokan itu akan dibuat hari ini juga dengan kehadiran Gobind, peguam Tan Hock Chuan, bagi pihak kerajaan dan Malik Imtiaz Sarwar, bagi pihak kerajaan Selangor.
SUMBER di sini.
ANWAR PENGKHIANAT BANGSA? BUKTIKAN...
Isnin, Ogos 10, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Perwakilan Umno Johor Bahru yang menghadiri persidangan perwakilan bahagian semalam secara serentak melaungkan "Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa".

Laungan sebulat suara itu dilakukan 398 perwakilan Umno bahagian Johor Bahru dari 84 cawangan yang bersidang ketika Ketua Umno bahagian, Datuk Shahrir Abdul Samad menyampaikan ucapan perasmian.

"Mari kita bangun melaungkan 'Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa', supaya Anwar boleh turut sama mengambil tindakan undang-undang menyaman kita semua, Umno Johor Bahru sanggup menghadapi tindakan saman itu," kata Shahrir.

Serentak dengan itu, semua 398 perwakilan Umno Johor Bahru bangun dan bersama-sama melaungkan ayat 'Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa'. Baca lanjut di sini.

Apakah sebab UMNO Johor Bahru "menuduh" Anwar pengkhianat bangsa?
Renungkan soalan di bawah ini:

- Adakah Anwar telah menjual tanah-tanah hak milik bangsa Melayu Johor kepada Singapura?

- Adakah Anwar telah menghina raja-raja Melayu yang menjadi payung kepada bangsa Melayu?

- Adakah Anwar telah merampas tanah rezab Melayu dan dijual kepada taukeh-taukeh Cina?

- Adakah Anwar telah menghina sunnah Rasulullah yang menjadi contoh ikutan kepada Melayu Islam?

- Adakah Anwar telah menggunakan akta ISA untuk menyekat pengaruh lawannya dalam politik semasa berada dalam kerajaan?

Adakah kerana Anwar menentang UMNO dan BN, maka dia dicop sebagai pengkhianat bangsa?

Kalaulah Anwar dicop sedemikian kerana menentang UMNO yang dikatakan sebagai pembela bangsa Melayu, sudah terang lagi bersuluh bahawa begitu sempitnya pemikiran pemimpin UMNO Johor Bahru.

Bagi Tok Kiyai, tuduhan UMNO Johor Bahru itu tidak akan menarik Melayu untuk menyokong UMNO tetapi menyebabkan Melayu muak dan loya dengan taktik terbaru UMNO itu.

Kesedaran rakyat terutama golongan muda dalam politik tanah air begitu mendalam sekali. Mereka telah dapat menilai siapakah sebenarnya pengkhianat bangsa.....
BLOG LUCAH YANG SEPATUTNYA DITAPIS, BUKANNYA BLOG POLITIK
Ahad, Ogos 09, 2009 | Author: Tuk Kiyai