Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Remaja Sering Ponteng Hamil 7 Minggu

Label:

Saya petik:

[HM] AMPANG: Punca seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang sering ponteng sekolah akhirnya terbongkar apabila bapanya mendapati dia mengandung tujuh minggu dipercayai dirogol teman lelakinya sebaik membuat pemeriksaan di sebuah klinik pada 22 Jun lalu.

Sebaik mengetahui anak gadisnya mengandung dipercayai dirogol, bapa mangsa kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Hulu Klang pada 26 Jun lalu.

Menceritakan semula kejadian, sumber berkata, bapa mangsa mula mengesyaki sesuatu yang pelik terhadap anak gadisnya apabila guru sekolah mangsa menghubungi bapanya untuk bertanyakan punca mangsa tidak hadir ke sekolah selama tiga hari.

“Mangsa mengaku teman lelakinya yang berusia 19 tahun, sering menjemputnya dari sekolah dan pusat tuisyen sebelum merogol mangsa di dalam sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan berhampiran Taman Melawati.

“Sebaik mengetahui anaknya diperlakukan sedemikian, bapa mangsa kemudiannya mengambil keputusan membawa mangsa menjalani pemeriksaan ultra bunyi di sebuah klinik di Keramat,” katanya.

Sumber berkata, sewaktu mangsa bersekolah di tingkatan satu, suspek bertindak berani apabila melarikan mangsa selama tiga hari sebelum dia berjaya dijumpai sebaik anggota polis membuat pemeriksaan di sebuah apartmen di Taman Melati.

“Selepas kejadian kira-kira tiga tahun lalu, bapa mangsa menasihatkan suspek supaya tidak lagi berkawan dengan anaknya kerana bimbang perkara sama akan berulang,” katanya.

“Suspek yang degil tetap berkawan dengan mangsa sebelum bapa mangsa mengambil keputusan untuk menukar mangsa bersekolah di tempat lain dengan harapan suspek tidak lagi berkawan dengan mangsa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan.

(Gambar hiasan)

Sistem baru SPR terus lindungi pengundi hantu

Label:

Saya petik:

[MK] Sistem baru online Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mampu mengesan pengundi hantu yang didaftarkan di sesuatu alamat, sebagaimana yang dijanjikan oleh badan itu.

Khamis lalu, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar mendakwa sistem baru itu membolehkan seseorang pengundi memantau sama ada alamat rumahnya digunakan untuk mendaftar pengundi hantu.

NONEJika wujud kes sedemikian, katanya, pendaftar yang sah boleh mengemukakan aduan untuk tindakan lanjut SPR.

Bagaimanapun Malaysiakini mendapati sistem baru yang dicanang oleh SPR itu hanya membolehkan lebih daripada satu pengundi memeriksa butiran pendaftaran mereka dengan menggunakan nombor kad pengenalan mereka.

Sistem itu tidak akan memberikan maklumat mengenai jumlah pengundi dalam sesebuah rumah jika hanya alamat rumah disertakan dalam carian.

Penyelaras Jaringan Pemantau Pilihanraya Malaysia (MEO-Net) Ong Boon Keong berkata sistem carian baru SPR tidak menunjukkan sebarang kelainan berbanding kaedah sebelum ini.

“Apa yang kami perlukan ialah sebuah sistem yang membenarkan butir-butir tempat mengundi diperolehi berasaskan maklumat seperti alamat rumah dan bukan hanya dengan nombor kad pengenalan,” katanya.

Menurut Ong, SPR sebelum ini juga telah menolak cadangan itu beberapa tahun lalu kerana mendakwa ia membabitkan kos yang tinggi.

“Sebenarnya ia tidaklah mahal atau sukar dilaksanakan. Ia lebih kepada sama ada SPR mempunyai iltizam untuk berbuat demikian. SPR lebih cenderung untuk mengekang penyaluran maklumat kepada pihak awam,” katanya.

Gadis Bergelut dengan Lelaki Bogel

Label:

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan berusia belasan tahun terpaksa menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila dia bukan saja dipukul, malah cuba diperkosa seorang lelaki ‘gila seks’ di sebuah tandas pusat beli-belah di Desa Petaling, kelmarin.

Bagaimanapun, selepas bergelut dengan lelaki berusia lingkungan 20-an dalam keadaan bogel itu lebih 30 minit, dia berjaya melarikan diri sebelum mendapatkan bantuan daripada orang ramai walaupun mengalami kecederaan.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, tindakan pantas pengurus dan pekerja pusat beli-belah berkenaan akhirnya membuahkan hasil apabila lelaki terbabit berjaya ditahan dan diserahkan kepada polis.

Sumber polis berkata, mangsa yang bersendirian dikatakan pergi ke pusat beli-belah itu untuk menonton wayang. 
(Gambar hiasan)

Bekas Penolong Gabenor BNM Dituduh Rasuah RM100,000

Label:

Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Mohamad Daud Dol Moin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan menerima rasuah daripada seorang ahli perniagaan untuk mendapatkan kontrak daripada BNM
 
Saya petik:

[Mstar] KUALA LUMPUR: Bekas penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini Jumaat atas dua tuduhan menerima suapan iaitu wang tunai bernilai RM100,000, berhubung kontrak projek percetakan wang polimer RM5, tujuh tahun lalu.

Datuk Mohamad Daud Dol Moin bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut yang didakwa dilakukan menerusi seorang ahli perniagaan, Abdul Kayum Syed Ahmad.

Suapan itu didakwa untuk membantu mendapatkan kontrak berkaitan permohonan 'Percetakan Wang Polimer RM5' oleh Note Printing Australia Ltd dengan tertuduh ketika itu tertuduh masih sebagai Penolong Gabenor.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut di Restoran Dome, G7, Aras bawah, Bangsar Shopping Center di sini pada 1 Disember 2004 dan 16 Februari 2005.

Wan Ahmad sudah rancang supaya BN menang?

Label:

Saya petik:

[HD] KUALA LUMPUR, 1 Julai: Adalah malang apabila Datuk Wan Ahmad Wan Omar gagal memperlihatkan profesionalisme sebagai penjawat awam yang seharusnya bersifat berkecuali.

“Ketaatan membuta-tuli beliau kepada Umno jelas membuktikan beliau gagal membezakan keperluan untuk setia kepada government of the day dengan taat kepada governing party,” kata Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali (gambar).

Beliau merujuk kepada kenyataan Wan Ahmad selaku Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dilaporkan oleh laman portal Malaysiakini.com semalam bertajuk "SPR: Ambiga diperalat, BERSIH kian kusut".

Menurut laporan tersebut, Wan Ahmad mendakwa bahawa Pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih & Adil (Bersih), Datuk Ambiga Sreevenasan telah diperalatkan oleh pemimpin politik pembangkang untuk membantu Pakatan Rakyat menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Azmin berkata, kenyataan Wan Ahmad adalah tidak bertanggungjawab dan menzahirkan watak sebenar beliau yang selama ini dilihat sebagai alat kepada pimpinan Umno dan sistem yang rosak.

Katanya, kenyataan sebegini tidak menggambarkan sikap profesional seorang pegawai yang memegang amanah dan tanggungjawab untuk menjamin institusi SPR kekal sebagai badan yang bebas.

Beliau turut dilaporkan oleh laman berita The Malaysian Insider sebagai berkata komponen Pakatan Rakyat sudah mula risau dengan kebangkitan Barisan Nasional yang memperlihatkan kemenangan dalam beberapa pilihan raya kecil sejak tahun lalu.

Azmin yang juga ahli Parlimen Gombak berkata, pilihan raya yang bebas dan adil tidak memungkinkan seseorang itu mengetahui siapakah yang akan menang dalam sesuatu pilihan raya.

Sebaliknya, kata beliau apabila Wan Ahmad menzahirkan kenyataannya bahawa Barisan Nasional semakin kuat, maka timbul persoalan apakah beliau sudah merancang sesuatu bagi menjamin kemenangan Umno dan Barisan Nasional.

“Kalau inilah peranan yang dicatur oleh Wan Ahmad, maka pilihan raya di Malaysia sememangnya tidak lagi bebas dan adil,” katanya.

Tambahnya, Wan Ahmad seharusnya faham dan menghayati peranan SPR yang termaktub dalam Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan, di mana SPR merupakan sebuah suruhanjaya yang bertanggungjawab bagi menyelia dan mengelola pilihan raya yang bebas dan adil di Malaysia.

Menurutnya, asas utama dalam mengendalikan pilihan raya yang bebas dan adil ialah daftar pemilih yang bersih untuk menjamin tidak berlaku pengundian berganda oleh seorang pemilih berdaftar termasuk undi pos.

“Saya telah menyahut cabaran Wan Ahmad dan telah membuktikan secara berfakta bahawa Daftar Pemilih Induk 2010 yang diwartakan pada Mei 2011 adalah daftar pemilih yang terkotor dalam sejarah pilihan raya dan dakwaan saya telah diakui benar oleh SPR dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha SPR, Kamaruddin Mohamed Baria bertarikh 24 Jun 2011m,” katanya.

Katanya lagi, Wan Ahmad harus memikul tanggungjawab itu dan meletakkan jawatan serta merta kerana beliau tidak lagi punyai maruah dan kredibiliti untuk memimpin SPR.

Wan Ahmad juga, ujar beliau lagi sewajarnya mengetahui bahawa SPR sama sekali tidak boleh berpihak atau mencampuri urusan mana-mana pertubuhan sama ada pertubuhan yang berkaitan dengan kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Bersih.

Jelasnya, lapan tuntutan Bersih iaitu pembersihan senarai pengundi, reformasi undi pos, penggunaan dakwat kekal, tempoh kempen minima 21 hari, memperkukuh institusi awam, menghentikan rasuah pilihan raya dan menghentikan politik kotor adalah bertujuan untuk menyuburkan demokrasi dalam negara dan memperkukuhkan sistem pilihan raya yang bebas dan adil.

“Tuntutan-tuntutan ini sewajarnya dipandang serius dan positif oleh SPR dalam usaha untuk memastikan perjalanan pilihan raya di negara ini dapat dilaksanakan secara telus, bebas dan adil,” ujarnya.

Beliau menambah, SPR harus berlapang dada untuk menerima dan melaksanakan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh rakyat demi memperbaiki imej dan kredibiliti SPR yang dilihat sebagai tidak berwibawa dan bersikap berat sebelah.

Katanya, PKR dan Pakatan Rakyat senantiasa mendukung sebarang usaha yang proaktif demi rakyat dan demi menjamin satu sistem demokrasi yang menjanjikan pilihan raya yang telus, bebas dan adil.

“Sehubungan dengan itu, saya mewakili Parti Keadilan Rakyat dengan ini menuntut supaya Timbalan Pengerusi SPR itu menarik balik kenyataan beliau atau meletakkan jawatan serta merta kerana telah menjejaskan kredibiliti SPR.

“Saya juga mencabar beliau supaya masuk dalam gelanggang politik Umno dan menyertai Pilihan Raya Umum ke-13,” tegasnya.

Suami TUMBUK isteri baca SMS

Label:

Saya petik:

[HM] GOMBAK: Tindakan seorang isteri memeriksa telefon bimbit suaminya selepas curiga dengan tingkah laku lelaki itu bertukar pergaduhan besar sebelum wanita itu ditumbuk di muka dalam kejadian di rumah mereka di Pinggiran Lembah Hijau, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, wanita berusia 27 tahun terbabit yang mengandung dua bulan, tersedar daripada tidur dan pada masa sama melihat telefon bimbit suaminya berada di atas meja manakala suaminya yang berusia 30-an masih tidur nyenyak.

Wanita itu memeriksa kandungan SMS dalam telefon itu apabila suaminya terjaga dan merampas telefon itu sebelum memarahi mangsa.

Menurut sumber, lelaki itu yang marah dengan tindakan mangsa mengambil telefon bimbitnya tanpa kebenaran naik angin.

“Mangsa memberitahu hanya ingin memeriksa telefon bimbit itu kerana curiga kemungkinan suaminya menyimpan rahsia.

P/s: Suami dayus itu mungkin menyimpan sesuatu dalam telefon bimbitnya!!! 

[PANAS] Rumah kecil ini ada 88 orang pengundi berdaftar!

Label:

CUBA anda lihat rumah ini baik-baik. Hasil tinjauan di lokasi sebenar, alamat rumah ini adalah, 1155 Kg Bagan Serai, Jalan Sembilang, Seberang Jaya Permatang Pauh. Percayakah anda jika ReJaM© katakan bahawa rumah dengan reka bentuk rumah Melayu ini didiami oleh berpuluh-puluh orang pengundi berdaftar berbangsa Melayu dan India?

Di bawah ini salah satu printscreen dari website Suruhanjaya Pilihanraya sebagai bukti yang menunjukkan bahawa 3 orang pengundi berbangsa India dan Melayu didaftarkan dalam satu alamat rumah yang sama.

Rakyat mahu turun ke jalanraya secara aman pada perhimpunan BERSIH 2.0 9 Julai ini bukan kerana rakyat gila nak tumbangkan kerajaan, tetapi kerana rakyat mahukan pilihanraya yang bersih dan adil. Kami tak gila, dan kami tak lupa, kami tak pernah lupa dan kami tak akan lupa, Negara ini negara rakyat!

Anda boleh mengesahkan sendiri bukti ini. Sila semak di website daftar pemilih SPR dengan memasukkan nombor-nombor kad pengenalan di bawah ini dan anda lihat sendiri bagaimana 88 orang pengundi berdaftar telah didaftarkan di bawah satu alamat yang sama. Rujuk sini [Daftar Pemilih]

140707755111 L 1914 SHEIK DAWOOD S/O MOHAMMED GANI 1155

280702755029 L 1928 SINNAPPAN A/L MUNUSAMY 1155
281008075239 L 1928 NARAINA @ V.K VELOO A/L KALLIMUTHU 1155
24  360902025020 P 1936 MON BINTI YUSOF 1155
37 390601025104 P 1939 CHE GAYAH BINTI MAT DAUD 1155
40 400616085659 L 1940 CHE AHMAD BIN CHIK 1155
45 410210025022 P 1941 THANALECHEMY A/P SUBBAREDY 1155
67 431211085089 L 1943 MUNISAMY A/L MUNISAMY 1155
80 450915075026 P 1945 GOVINDAMMAL A/P SAMIAYAH 1155
90 461103075024 P 1946 RUKUMONY A/P MUTHIAH 1155

101 470528025078 P 1947 PADAVETTA A/P SINNIAH 1155

111 480831075528 P 1948 ANJALAI A/P MUNIAN 1155
116 490218085065 L 1949 SATIWELL A/L R NABBU 1155
120 490812025073 L 1949 RETNASAMY A/L SUBBIAH 1155
127 500217085836 P 1950 MURUGAMAH A/P MANIKAM 1155
128 500312025495 L 1950 MD ISMAIL BIN MYDIN PITCHEY 1155
133 500630075068 P 1950 PANJALAIE A/P S.MOTIYE 1155
135 500818025302 P 1950 KUPPAMMAH A/P SUBRAYA 1155
136 500908075354 P 1950 MUNIAMAH A/P RAMAN 1155
137 501003025293 L 1950 PALANYAPPAN A/L SUBRAMANIYAM 1155

155 521101075399 L 1952 SEGAR A/L SUBRAMANIAM 1155

157 530110025267 L 1953 GOVINDARAJOO A/L RAMAN 1155
160 530310025173 L 1953 PERUMAL A/L PERUMAL 1155
161 530322075426 P 1953 ALICE MARY A/P ANTONISAMY 1155
180 531214075351 L 1953 MARIAPAN A/L VELOO 1155
189 540831085218 P 1954 ENDRANI A/P ARUMUGAM 1155
197 550118025155 L 1955 SUBRAMANIAM A/L S.AHNIMANNAN NO 1155
198 550129025441 L 1955 GANESAN A/L SOORAPPAN 1155
207 550415025530 P 1955 MARIAMAH A/P RAJAGOPAL 1155
210 550608025668 P 1955 MANIEE A/P JOSEPH 1155

218 551227025087 L 1955 NAGAPPAN A/L MUNUSAMY 1155

225 560404085967 L 1956 ARUMUGAM A/L PARAMASIVAM 1155
227 560409075450 P 1956 RANGAMAH A/P NALAIAH 1155
230 560415026006 P 1956 RAMAMAH A/P GOPAL 1155
232 560522075022 P 1956 RAJASPORY A/P GOVINDARAJOO 1155
234 560602075006 P 1956 BALOMANI A/P ASIRVATHAN 1155
261 570906025605 L 1957 KRISHNAN A/L NADARAJAH 1155
265 571024075189 L 1957 BEATLICE A/L ASUVATHAM 1155
266 571101026189 L 1957 VIJAYAN A/L MURUGIAH 1155
268 571105075500 P 1957 V.MARY A/P VANATHAIAH 1155

280 580828075066 P 1958 HESHAH BEE BINTI M.M KADER BAWA RAWTHER 1155

285 581106025088 P 1958 HABIDAH BINTI KASSIM 1155
295 590301075931 L 1959 NARAYANASAMY A/L V.K.VELOO 1155
298 590318025367 L 1959 RAVITHIRAN A/L NADARAJAH 1155
299 590318075735 L 1959 DAVID A/L AZIRVATHAM 1155
304 590520025926 P 1959 YASODAH A/P GOVINDASAMY 1155
317 591222075508 P 1959 SHARIPAH B BINTI MAHMUD 1155
322 600407075602 P 1960 SANTHANAMARY A/P AROKIASAMY 1155
324 600515075132 P 1960 PUSPERVALLI A/P NADESON 1155
326 600531075116 P 1960 LAGMI A/P SANNASEE 1155

331 601024085840 P 1960 AMUTHA A/P SUBRAMANION 1155

349 610925105946 P 1961 SELVARANI A/P MURUGIAH 1155
350 611001026038 P 1961 AMUTHA A/P NARASU 1155
380 630421085003 L 1963 SHAMUGAM A/L MUNISAMY 1155
381 630517086617 L 1963 VASOO A/L SUBRAMANION 1155
382 630617025782 P 1963 MURUGAMAH A/P NADARAJAH 1155
397 640531075972 P 1964 PLOMINA A/P KUPPUSAMY NO 1155
399 7432554 640628086483 L 1964 JAYABALAN A/L MUNISAMY NO 1155
425 651218075275 L 1965 MUNIANDY A/L NARAINA @ V K VELOO NO 1155
427 660203086304 P 1966 VASONDA A/P SUBRAMANIAM 1155

449 670227075289 L 1967 PUVANASWARAN A/L NARAINA @ V K VELOO 1155

456 670409025741 L 1967 CHANDRAN A/L PONNAN 1155
463 670719085934 P 1967 PARAMESWARI A/P MUNISAMY 1155
478 680522075491 L 1968 V SEVANASAN A/L V K VELOO 1155
517 700518075611 L 1970 RAVY A/L RAMASAMY @ SUBRAMANIAM NO 1155
527 701213075009 L 1970 SUTHAGAR A/L SUBRAMANIAM 1155
570 730805086222 P 1973 SARALA A/P S SEGAR 1155
579 740710075212 P 1974 MANGALANAYAKEY A/P V SINNAIAH NO 1155
597 750730075198 P 1975 MUNISPERIE A/P SUBRAMANIAM 1155
613 770202085657 L 1977 MANICKAM A/L VERASAMY 1155

618 770723075016 P 1977 RATHNADEVI A/P DHEVAN NO. 1155

623 771127065641 L 1977 VIJAYA KUMAR A/L KARIAMALAI NO 1155
632 780814075256 P 1978 YOGESWARY A/P SUBRAMANIAM 1155
637 790430075141 L 1979 KARUNAGARAN A/L RAJU NO 1155
655 800613075546 P 1980 RAJESWARY A/P RAMASAMY 1155
664 810213075597 L 1981 VERARAKAYAN A/L VIJAYAN 1155
680 820207026050 P 1982 HEMALATHA A/P PERUMAL 1155
692 830113075619 L 1983 MEYYELAHAN A/L VIJAYAN NO 1155
703 830524075744 P 1983 RAJAKUMARI A/P SUBRAMANIAM 1155
705 830527075643 L 1983 NORIES A/L GNANAPRAGASAM 1155

706 830530075783 L 1983 PRABAGARAN A/L RETNASAMY 1155

707 830609086303 L 1983 VELU A/L BALAN 1155
710 831009026096 P 1983 THILAGAVATHI A/P PERUMAL 1155
729 840914075976 P 1984 MAGESWARY A/P BALAN 1155
730 841113075540 P 1984 ANGELINA A/P GNANAPRAGASAM 1155
747 850819075811 L 1985 BASKARAN AL VIJAYAN 1155
774 880611075254 P 1988 LINDA A/P GNANAPRAGASAM NO.1155
779 890311016294 P 1989 MALA A/P BALAN NO 1155

Sumber: Milosuam 

P/s: Lihat juga hasil carian di bawah ini. Alamat sama tetapi dihuni oleh Melayu dan India...Anda boleh mencubanya di laman SPR ini.

Bersih 2.0 : Agong Boleh Bertindak Terhadap Wan Ahmad, Kata Aziz Bari

Label:

Saya petik:

[TVS] SHAH ALAM 30 JUN: Yang diPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja harus mengambil tindakan terhadap Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Wan Ahmad Wan Omar kerana mengeluarkan kenyataan berbaur politik mengenai perhimpunan Bersih, kata pakar perlembagaaan Profesor Abdul Aziz Bari.

Aziz berkata kenyataan Wan Ahmad itu mencemari kredibiliti SPR yang bernaung di bawah institusi Raja-Raja Melayu dan mempunyai implikasi ke atas proses pilihanraya negara ini.

"Saya fikir Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja boleh mengambil tindakan terhadap beliau oleh kerana perlantikan SPR itu dibuat oleh YDPA setelah berbincang dengan Raja-Raja. Peranan kerajaan hanya kecil sahaja, sepatutnya," jelasnya lagi.

Wan Ahmad hari ini mendakwa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai digunakan oleh Pakatan Rakyat untuk meraih sokongan bagi membina momentum untuk gagasan itu menawan Putrajaya. Hujah yang sama telah digunapakai oleh Perdana Menteri Najib Razak beberapa hari sebelum itu.

Wan Ahmad turut mendakwa pembangkang mahu menggerakkan Bersih kali kedua setelah menyaksikan bagaimana perhimpunan tahun 2007 membawa kepada 'tsunami' politik yang memberi kemenangan besar kepada PR pada PRU 2008.

"Mungkin saya rasa (kenyataan itu) boleh menjurus kepada desakan untuk beliau meletakkan jawatan atau dipecat kerana tugas SPR (adalah) dari segi perlembagaan adalah mengendalikan pilihan raya dan mengemaskini daftar pemilih.

"Jadi saya rasa apa yang disebut oleh Timbalan Pengerusi SPR tidak patut dan telah mencemarkan kedudukan dan kredibliti SPR. Ertinya ia akan menyukarkan tugas-tugas SPR sendiri," kata beliau kepada TvSelangor.

Abdul Aziz yang juga pensyarah Universiti Islam Antarabangsa dalam jurusan undang-undang menyifatkan pandangan yang dilontarkan Wan Ahmad sebagai prejudis tanpa disokong oleh sebarang bukti.

Katanya, tuntutan Bersih kali ini adalah usaha murni pertubuhan bukan kerajaan memperkasa sistem pilihan raya memandangkan terdapat banyak kecacatan yang dikesan.

Senada dengan Presiden Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan, Abdul Aziz menegaskan perhimpunan itu tidak ditunjangi oleh Pakatan Rakyat.

Justeru kenyataan Wan Ahmad itu memperkukuhkan dakwaan bahawa SPR pro kerajaan, kata Aziz.

Aziz berkata SPR harus berada pada landasan yang betul sebagai badan berkecuali yang menguruskan perjalanan pilihan raya di negara ini memandangkan ianya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sendiri.

Justeru katanya, perlembagaan turut menyebut bahawa YDPA perlu memastikan SPR adalah suruhanjaya yang boleh dipercayai semua pihak.

"Kalau kita lihat laporan Suruhanjaya Reid dan Perlembagaan, SPR telah pun diberi perlindungan dan upaya yang sepatutnya," kata beliau.

"Jadi kalau kita lihat dari segi itu, dengan jelas menunjukkan kerajaan yang memerintah tidak patut campur. Tapi oleh kerana kerajaan memerintah tidak tahu malu, (dan) mereka tidak peduli perlembagaan (maka) mereka ingat SPR di bawah mereka. SPR (juga) melihat mereka di bawah kerajaan. Ini satu perkara yang saya fikir malang bagi negara," jelas Aziz lagi.

Ditanya mengenai tindakan polis secara membabi buta menangkap hampir 100 orang aktivis dan pemimpin Pakatan Rakyat menggunakan pelbagai akta, Aziz berkata polis dan kerajaan sedang bertindak melangkaui Perlembagaan Persekutuan.

"Lihat dari segi permit. Mereka (polis) sudah salah kerana mereka tidak boleh memberi kenyataan umum bahawa permit tidak boleh diberikan. Mereka perlu menerima permohonan dahulu dan tidak boleh secara terang berkata "kami tidak boleh beri permit".

"Kedua menangkap orang berbaju kuning adalah tindakan gila. Saya fikir mereka memang tidak pedulikan undang-undang. Perlembagaan jelas mengatakan Kebebasan Peribadi (Perkara 5), hatta dalam ISA ada menyebutkan kalau mahu mengatakan sesuatu barang itu dianggap mengancam dan sebagainya, ianya perlu diwartakan dahulu dan ini tidak dibuat," tambahnya. kerana mengeluarkan kenyataan berbaur politik mengenai perhimpunan Bersih, kata pakar perlembagaaan Profesor Abdul Aziz Bari.

"Kedua menangkap orang berbaju kuning adalah tindakan gila. Saya fikir mereka memang tidak pedulikan undang-undang. Perlembagaan jelas mengatakan Kebebasan Peribadi (Perkara 5), hatta dalam ISA ada menyebutkan kalau mahu mengatakan sesuatu barang itu dianggap mengancam dan sebagainya, ianya perlu diwartakan dahulu dan ini tidak dibuat," tambahnya.

BERSIH: Datuk Husam minta PM tukar Menteri Dalam Negeri, Lantik yang Lebih MATANG

Label:

Kg. Rahmat, Rantau Panjang, - “UMNO semakin hilang akal dan hilang pedoman.” Demikian YB Dato’ Husam Musa memulakan jawapan setelah ditanya oleh wartawan berkenaan dengan tindak balas UMNO terhadap Bersih.

“Semalam pihak polis telah menggeledah pusat operasi Bersih di Petaling Jaya tanpa waran tangkap dan ahli-ahli politik juga disoal siasat serta memasuki Parlimen tanpa izin Speaker. Mereka sanggup membuat apa sahaja walaupun mencemarkan proses demokrasi negara kita.” Jelas beliau.

“Ada dua sebab. Pertamanya mahu menyembunyikan penyelewengan daftar pemilih melalui system pilihan raya. Di Selangor hari ini, di Parlimen Sungai Klang, saya telah dapat laporan 680 orang daripada Sabah telah didaftarkan dan PAS telah membantah sejak daripada hari Isnin lepas. Alhamdulillah sebahagian besar bantahan adalah berjaya kerana pengundi yang nak didaftarkan adalah daripada Sabah dengan IC no 12. Bila kita bantah orang yang nak didaftarkan itu tidak hadir. Di Selangor telah berpuluh ribu rakyat Sabah dan Sarawak telah didaftarkan.” Dedah beliau kepada wartawan.

“Bila kita hendak buat Bersih, memang nak bersihkan amalan-amalan yang menghilangkan hak rakyat, membuat pilihan secara adil dan seimbang. Kerana itu kerajaan akan salah guna kuasa mereka menindas rakyat dari segi harga barang, kepentingan rakyat jelata yang semakin mencengkam pada hari ini dan kerana hendak menutup penyelewengan.”

“Yang kedua kerana mahu menunjukkan bahawa pakatan rakyat ini ada rancangan hendak menghuru-harakan Negara. Tahun 2008 dahulu kita telah buat Bersih dan ia aman. Kali ini pemimpin utama akan hadir. Sudah tentu kita nak perhimpunan ini jadi lebih aman kerana kita tak nak orang tuduh kita menimbulkan kacau-bilau.

“Perhimpunan ini semata-mata hendak mendedahkan kepincangan. Sepatutnya Perdana Menteri arah kepincangan ini dibersihkan. Jadi kalau kepincangan ini telah dibersihkan kita tak payah berhimpun tetapi kalau proses demokrasi telah dikotorkan kita bertanggungjawab membersihkan.”

“Saya yakin rakyat jelata tidak takut dengan semua hasutan dan ugutan tersebut. Saya yakin perhimpunan ini akan berjalan dengan lebih besar lagi secara yang aman. Ugutan-ugutan oleh Perkasa dan Pemuda UMNO hanya satu gertakan. Mereka sendiri tidak akan berani hadir pada hari tersebut. Kalau mereka hadir dan berlaku apa-apa kekacauan puncanya adalah daripada UMNO dan Perkasa bukan dari BERSIH.” Tegas beliau lagi.

Ketika menjawab soalan berkenaan hak dan undang-undang ekoran kenyataan Suhakam yang membenarkan perhimpunan dilakukan rakyat dan kerajaan tiada hak menghalangnya, Yb Husam punyai pandangan dan saranan buat kerajaan memerintah serta peserta Bersih.

“Hari ini adalah hari dunia internet. Kalau mana-mana pihak cuba buat perkara-perkara yang tidak elok orang ramai boleh ambil gambar mereka dengan telefon masing-masing dan masukkan dalam youtube dalam sekelip mata.” Pesan beliau kepada perserta Bersih.

YB Dato’ Husam juga sempat mengingatkan YAB Perdana Menteri agar memikirkan keselamatan rakyat tanpa menggunakan sebarang provokasi yang boleh menimbilkan kekacauan.

“Saya harap Perdana Menteri fikir betul-betul. Jangan jadikan himpunan BERSIH sama seperti kebangkitan Timur Tengah di mana polis Mesir menindas penunjuk perasaan menyebabkan kemarahan semakin memuncak kepada kerajaan Mesir.”

“Kalau Dato’ Najib bijaksana dia izinkan perhimpunan ini berjalan dengan baik. Kalau dia kacau perhimpuan ini, ia akan jadikan imej Malaysia lebih buruk di mata dunia. Pelabur-pelabur asing akan menjauhi. Jadi kita harap Perdana Menteri berfikir dengan tenang.” Jelas beliau.

“Dato’ Hisyamuddin saya nampak menggelabah. Macam Ibrahim Ali. Jadi saya harap Perdana Menteri tukar menteri Dalam Negeri. Lantik seorang yang lebih matang daripada beliau. Supaya menteri Dalam Negeri tidak ikut perasaan bagi mengendalikan isu-isu seperti Bersih ini.” Sindir beliau terhadap kepimpinan YB Dato’ Hisyamudin, menteri di Kementerian Dalam Negeri.
Sumber: husammusa.com

‘Saya tidak sokong mana-mana parti politik’ - Wardina

Label:

Saya petik:

[SH] AMPANG – Pelakon dan pengacara Wardina Safiyyah Fadlullah, 32, atau Wardina menjelaskan beliau tidak mengetahui Program Karnival Mesra Rakyat di Desa Mentari, Petaling Jaya, 26 Jun lalu anjuran sebuah parti politik.

Wardina berkata, kehadirannya pada majlis terbabit atas jemputan memintanya memberi ceramah berkaitan keibubapaan.

“Saya tidak menyokong mana-mana parti politik. Saya sepatutnya hadir pada sebelah siang tetapi disebabkan sibuk dengan aktiviti lain, saya dijemput menghadiri pada sebelah malamnya.

“Dalam jemputan itu, saya diminta memberi ceramah mengenai institusi kekeluargaan tanpa dimaklumkan majlis berkenaan adalah anjuran pertubuhan politik termasuk kehadiran wakil rakyat pembangkang,” katanya di Kelab Darul Ehsan di sini, semalam.       

Wardina berkata demikian bagi menjelaskan tuduhan kononnya dikatakan terlibat dengan pertubuhan politik pembangkang termasuklah menyokong perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Hadir sama, peguamnya Muhammad Hanif Harun dan Iylia Iqbal Ibrahim.

Wardina berkata, sewaktu dia tiba di majlis itu kelihatan Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali dan dia telah diminta duduk sebelah wakil rakyat terbabit.

“Pada majlis itu, saya hanya sempat memberi ceramah kira-kira sepuluh minit dan sebelum acara tamat, saya terus meninggalkan majlis selepas mendapat sedikit bayaran daripada pihak penganjur,” ujarnya.

Menurutnya, lebih memalukan gambar silamnya yang tidak bertu-dung disiarkan di beberapa blog

Saya akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya artikel dan gambar lama ketika tidak berhijab tidak dikeluarkan segera daripada blog berkenaan.

“Saya sudah lama berubah, berilah ruang kepada artis seperti kami yang sudah dan ingin berubah ke arah kebaikan melakukan perkara baik,” katanya.

Wardina berkata, tekanan yang berlaku disebabkan insiden berkenaan membuatkan dia terpaksa mengambil keputusan berehat daripada menjadi pengacara Malaysia Hari Ini di TV3 selama dua bulan.

“Tidak dinafikan perkara itu memberi sedikit tekanan, itu adalah keputusan sendiri, bukan hukuman daripada TV3,” katanya.

Sementara itu, peguamnya Iylia Iqbal Ibrahim meminta pemilik blog berkenaan mengeluarkan segera artikel dan gambar Wardina sekiranya tidak mahu tindakan.

Suami didakwa gigit kemaluan isteri

Label:

Saya petik:
[SH] KUANTAN - Seorang penoreh getah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas tuduhan mencederakan kemaluan isterinya ketika ingin melakukan seks di rumah mereka.

Tertuduh berumur 28 tahun dari Felda Bukit Goh tidak mengaku bersalah selepas dua kali pertuduhan dibaca terhadapnya di hadapan Hakim Nuradidah Ahmad.

Dia dituduh menyebabkan kecederaan terhadap isterinya di sebuah rumah di Lorong Bukit Goh 4, Felda Bukit Goh di sini antara kira-kira jam 12 tengah malam dan 3 pagi pada 21 April lalu.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 375A Kanun Keseksaan (KK) yang membawa hukuman penjara maksima lima tahun.

Hakim menetapkan ikat jamin RM7,000 dan sebutan kes itu pada 25 Julai depan.

Nuradidah turut memberikan syarat tambahan jika jaminan dibayar, tertuduh tidak boleh menghubungi, menghampiri dan kembali ke rumah isterinya, di samping meminta tertuduh mendapatkan peguam bela.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah itu.

Di luar mahkamah, tertuduh yang memakai kemeja-T merah dan berseluar jeans biru, tersenyum ketika wajahnya dirakam jurugambar.

Anak Serang Ayah kerana Enggan Ceraikan Ibu

Label:

SEORANG pembantu kantin menunjukkan kerusi dan meja yang rosak akibat pergaduhan anak dengan bapa di Pasir Mas semalam.

Saya petik: 
[kosmo] PASIR MAS - Pekarangan kantin Mahkamah Syariah Pasir Mas di sini, kecoh semalam apabila seorang anak bergelut dengan bapanya setelah tidak berpuas hati dengan tindakan bapanya yang enggan menceraikan isterinya selepas permohonan dibuat di mahkamah tersebut.

Dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi, lelaki berusia sekitar 50-an itu sedang minum di kantin terbabit sebelum didatangi anak lelakinya dan berlaku pertengkaran antara mereka sehingga menyebabkan berlaku pergelutan di antara mereka berdua.

Menurut peniaga kantin terbabit, Fadzilah Ismail, 52, pada mulanya kedua-dua beranak itu berbincang mengenai masalah mereka namun ia bertukar tegang apabila lelaki berusia 50-an terbabit mempersoalkan tindakan anaknya yang terlalu menyebelahi ibu.

Maka bermulalah pertelingkahan antara mereka dengan si anak mengambil jag air dan menyimbah ke arah bapanya.

'Bersih 2.0 Australia' 9 Julai 2 petang

Label:

Saya petik: 
[MK] Sekumpulan rakyat Malaysia yang menuntut di Australia berikrar akan meneruskan hasrat mengadakan perhimpunan bagi menyokong BERSIH 2.0 di sebalik amaran oleh pihak berkuasa Malaysia supaya tidak berbuat demikian.

Seorang pelajar di Adelaide dalam satu kenyataan berkata tunjuk perasaan akan diadakan pada masa sama dengan perhimpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini yang dijadualkan pada jam 2 petang.

Pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Maverick itu berkata perhimpunan akan diadakan di tujuh bandaraya di lokasi simbolik seperti bangunan konsulat Malaysia di Sydney dan Perth dan juga bangunan Parlimen di Canberra.

Namun, katanya perhimpunan terbesar dijangkakan di Melbourne.

“Di Adelaide, perhimpunan akan diadakan di Victoria Square Fountains, ia lebih menjurus ke arah mendidik pelajar Malaysia mengenai demokrasi dan situasi yang sedang dihadapi di Malaysia.

“Seperti yang kita ketahui, majoriti golongan muda Malaysia takut untuk meluahkan suara mereka atau berdiri untuk politik,” kata Maverick.

Pelajar itu berkata tidak seperti di Malaysia, adalah mudah untuk mendapatkan kebenaran bagi berhimpun dan dalam kes di Adelaide, mereka cuma perlu memaklumkannya kepada majlis perbandaran.

Menurut Maverick, beliau langsung tidak gusar dengan amaran yang dikeluarkan oleh pejabat Konsulat Malaysia pada 24 Jun lalu yang melarang pelajar Malaysia berhimpun. Ini kerana katanya, rakyat Australia juga akan menyokong mereka.

“Saya tak takut walaupun saya seorang pelajar. Saya tahu rakyat Australia mengamalkan demokrasi tulen dan akan menyokong kami dalam penganjuran perhimpunan seumpama ini.

“Dalam beberapa hari lagi, kami akan berhubungan dengan beberapa senator dan ahli parlimen Australia bagi menyokong kami pada perhimpunan ini,” katanya lagi.

Salih Yaacob bengang. Mengapa?

Label:

Saya petik:
Kisah perkahwinannya seperti tidak dihormati, jadi bahan senda dan jenaka berlebih-lebihan

LEMAH nada suaranya di hujung talian. Jika sebelum ini tutur bicaranya sering disulami dengan lawan jenaka, tetapi ketika dihubungi Hip Isnin lalu, hanya keluhan yang kedengaran. 

Semuanya gara-gara segmen selingan yang menampilkan dirinya bersama seorang pelakon komedi wanita, Nik Sayyidah atau Mek yang disiarkan menerusi program Maharaja Lawak peringkat akhir, Jumaat lalu. 

Ada sesuatu yang terbuku dalam jiwa pelakon, pelawak, penyanyi, pengacara dan penyampai radio terkenal Salih Yaacob yang membuatkan dia marah, kecewa serta terkilan.

Tindakan Mek yang dilihat berlebih-lebihan dalam membangkitkan isu perkahwinan kali keempatnya itu berulang kali dalam program yang dipancarkan secara langsung itu membuatkan Salleh cukup bengang.

Bengang bukannya tidak boleh disentuh atau diusik kisah peribadinya, tetapi kerana pihak produksi tidak menepati janjinya untuk mempromosikan program bual bicara I Follow kendaliannya menerusi segmen selingan itu.

Menurut Salih, ketika dia diundang untuk menjayakan slot itu, tujuan asalnya adalah untuk memperkenalkan buah tangan terbarunya itu kepada khalayak. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

“Saya tak kisah isu perkahwinan saya itu diperkatakan, tetapi apabila ia sampai menenggelamkan tujuan asal segmen selingan itu dibuat membuatkan saya bengang dan kecewa.

“Terasa diri ini seperti diperbodoh dan dipersendakan mereka. Kalau betul mereka mahu saya berlawak soal perkahwinan, rasanya tak perlulah nak guna alasan mempromosikan program SY I Follow. Saya boleh berlawak macam biasa.

“Jika sekali dua isu poligami itu diperkatakan, saya boleh anggap itu sebagai gurauan, tetapi jika berterusan dijadikan bahan jenaka dan persenda, saya memang tak boleh terima kerana perkahwinan adalah satu ibadah. Apa perasaan pihak lain yang ada kaitan dengan perkahwinan saya ini?” pertikai Salih kembali.

Disebabkan sikap tidak peka mereka itu, Salih dalam getar suara penuh rajuk itu menegaskan dia seakan serik jika ada pihak yang menawarkan diri untuk mempromosikan programnya itu.

“Bayangkan, saya diberikan lebih kurang lima minit untuk mempromosikan program SY I Follow, tetapi disebabkan itu, kesempatan berkenaan tidak ada dan saya sendiri tidak tahu kenapa tiba-tiba pengacara AC Mizal muncul dan menyebabkan objektif slot selingan itu gagal mencapai matlamatnya.

“Saya sudah lama dalam bidang ini dan apabila diperlakukan seperti itu, saya terasa seperti pengalaman yang saya ada tidak dihargai. Terus terang, selepas ini saya sudah tawar hati jika ada pihak yang menawarkan diri untuk mempromosikan program saya itu. Kalau ada, adalah, saya tidak mahu terlalu mengharap,” katanya yang tidak mahu pisang berbuah dua kali.

Melihat kepada gandingan Salih dan Mek, ternyata gabungan itu tidak begitu sesuai dan tiada keserasian antara keduanya. Ketika diajukan pertanyaan itu kepada si empunya diri, lelaki berusia 50 tahun ini akur dengan kenyataan itu.

“Mek muncul dalam segmen itu bersama saya kerana dia juga terbabit dalam program SY I Follow itu. Begitupun, kalau hendak diikutkan, saya lebih suka jika digandingkan dengan Kak Engku ataupun Amy Mastura kerana kami pernah bekerjasama sebelum ini. Tapi produksi yang pilih, saya tidak boleh kata apa,” ujarnya sambil mengakui tidak mahu menonton kembali rakaman segmen selingan itu dek terlalu kecewa dengan hasilnya.

P/s: Sabarlah SY.....

Pasangan ini dicekup hanya bertuala

Label:

Gambar: Kedua-dua tertuduh hanya memakai tuala ketika penahanan

Saya petik: 

[SH] KAMPUNG KELIYU - Tindakan sepasang kekasih berasmara di sebuah rumah usang di dalam hutan untuk mengelak rahsia hubungan intimnya terbongkar, membawa padah apabila taktik liciknya itu berjaya dihidu pihak berkuasa.

Perbuatan terkutuk yang dilakukan Nor Mohd Yusoff Shamsuddin, 29, dan pasangannya Nor Azura Abu Bakar@Zulkifli, 28, pada jam 1.25 petang, 2 April 2011 lalu itu bagaimanapun menyebabkan mereka akhirnya dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah setelah bukti diperoleh untuk mensabitkan kesalahan dilakukan.

Pendakwaraya Syarie, Azmi Tengah ketika membentangkan fakta kes dalam prosiding perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Dungun pagi kelmarin antara lain menyebut kedua-dua tertuduh hanya memakai tuala ketika penahanan dilakukan anggota Penguat Kuasa Syariah yang melakukan serbuan di rumah tidak bernombor di Kampung Keliyu itu.

Perbuatan itu katanya amat memalukan dan tertuduh telah melakukan kesalahan yang amat serius kerana tindakan tertuduh yang melakukan perbuatan terkutuk di rumah tidak bernombor dalam kawasan sunyi itu seolah-olah telah dirancang dan bukan disengajakan.

Rampasan pakaian dalam milik pasangan wanita dan tuala dipakai tertuduh antara hujah lain oleh pendakwaraya yang menguatkan lagi dakwaan ke atas kedua-dua tertuduh.

Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah setelah mendengar rayuan tertuduh perempuan yang berstatus janda bekerja sebagai pembantu kantin dan tertuduh lelaki yang bekerja sebagai buruh itu akhirnya memerintahkan kedua-duanya dijatuhkan hukuman denda RM2,800 atau tiga bulan penjara jika gagal menjelaskan denda.

Tertuduh lelaki dari Jalan Anak Balai Besar yang masih bujang dan pasangannya dari Jalan Melati, Sura itu dituduh mengikut Seksyen 29 (a)(b) Enakmen Kesalahan jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 kerana kesalahan perbuatan persediaan melakukan persetubuhan luar nikah.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Kedua-dua tertuduh akhirnya menjelaskan denda untuk membolehkan mereka dibebaskan oleh mahkamah. 

P/s: Rosak anak bangsa kita!!!

Kerajaan BN HARAMKAN Kemeja-T Bersih 2.0. Kah kah kah

Label:

Saya petik:

[TMI] PUTRAJAYA, 29 Jun — Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kemeja-T yang menyokong Himpunan Bersih 2.0 diharamkan kerana ia ada kaitan dengan perhimpunan haram itu bulan depan.

“Kemeja-T Bersih ada berkaitan dengan perhimpunan haram, maka apa sahaja yang mereka pakai adalah haram,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun Hishammuddin tidak mengatakan di bawah undang-undang apa yang soal penjualan, pembelian dan pemakaian kemeja-T itu dianggap haram.

Polis mula menahan mereka yang menjual, membeli atau memakai kemeja-T berwarna kuning yang tertera mesej “Bersih 2.0” sejak minggu lalu.

Ketika bercakap pada sidang media di sini hari ini, beliau juga mengetepikan dakwaan bahawa tindakan polis ke atas mereka yang menyokong perhimpunan 9 Julai ini, menuntut pembaharuan sistem pilihan raya, bermotifkan politik.

“Di pihak mana? Saya boleh bertanya perkara yang sama kepada mereka,” kata beliau.

Naib Presiden Umno ini berkata, tindakan akan diambil ke atas ahli-ahli Pemuda Umno yang mengepung ibu pejabat PKR malam kelmarin, yang didakwa mengugut untuk membakar premis itu.

“Saya memberitahu polis agar melayan mereka macam Bersih. Tiada sesiapa pun bebas daripada undang-undang,” katanya lagi.

P/s: Bila pula nak haramkan penggunaan perkataan BERSIH? Kah kah kah....

Belanja RM750j untuk PLKN tidak masuk akal

Label:

Saya petik:

[SH] KUALA LUMPUR – Jumlah perbelanjaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) diluluskan bagi tahun ini mencecah RM752,922,000.00, meningkat RM252 juta berbanding had asal RM500 juta.

Pecahan perbelanjaan meliputi RM21,328,00.00 bagi kos emolument, RM723,893,530.00 untuk perkhidmatan dan perbekalan, RM6,220,000.00 bagi aset dan RM1,480,470.00 untuk pembayaran dan kenaan bayar tetap termasuk ganjaran kepada kakitangan awam.

Jumlah itu, dikemukakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi menjawab persoalan Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook yang memintanya menyatakan jumlah perbelanjaan untuk program itu bagi tahun ini.

Ahmad Zahid berkata, buat masa ini, kerajaan tidak bercadang mengkaji semula pelaksanaan PLKN kerana program itu terbukti berjaya dalam mencapai misi dan visi penubuhannya.

Bagaimanapun, Siew Fook berkata, timbul pelbagai persoalan mengenai kos itu dikatakan tidak masuk akal dan timbul kebimbangan sama ada jumlah itu boleh dikekalkan atau semakin meningkat serta menggalakkan pembaziran wang rakyat.

“Ketika ia mula dilaksanakan pada 2004, semasa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Menteri Pertahanan, beliau mengumumkan kerajaan menetapkan satu had perbelanjaan maksimum, RM500 juta setahun.

“Apa yang berlaku sekarang sebaliknya, belum sampai 10 tahun, ia meningkat 50 peratus kepada RM750 juta,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan jaminan tiada sebarang peningkatan perbelanjaan PLKN sekiranya tempoh PLKN pelajar dilanjutkan lebih tiga bulan sebagaimana dicadangkan Ahmad Zahid sebelum ini.

“Saya rasa tidak mustahil belanja PLKN sahaja cecah RM1 bilion memandangkan tahun ini baru ada tujuh bulan, belanja hampir cecah RM750 juta dalam tempoh setahun.

“Apa yang kita persoalkan, banyak mana dibelanjakan untuk pakaian seragam, pembekal makanan? Jadi, kerajaan patut kaji pelaksanaan ini kerana kita khuatir matlamatnya tidak tercapai,” katanya.

Mengapa PM, TPM bermewah dengan wang rakyat?

Label:

Saya petik:

[HD] KUALA LUMPUR, 29 Jun: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) melahirkan rasa terkejut dan kesal di atas tindakan kerajaan Malaysia membelanjakan hampir RM49 juta setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Timbalan ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz mempersoalkan mengapa kerajaan sanggup membelanjakan berjuta ringgit setahun semata-mata untuk kos kediaman pemimpin-pemimpin negara.

Katanya, dalam keadaan bebanan kos sara hidup yang meningkat, dengan kenaikan harga minyak petrol, kenaikan kadar tarif eletrik, kenaikan harga barang-barang keperluan, Perdana Menteri dan timbalannya pula sanggup hidup bermewahan dengan duit rakyat.

Dalam keadaan demikian, soalnya patutkah kerajaan menarik balik subsidi yang sepatutnya dimiliki rakyat sedangkan kehidupan pemimpin negara dalam keadaan serba selesa.

Menurutnya, nilai RM49 juta jika diagihkan untuk pendidikan rakyat, mampu memberi biasiswa percuma ribuan mahasiswa setiap tahun.

“Bagaimanakah negara dapat melahirkan rakyat yang bertaqwa, berdisiplin, berhemah, berjimat dan mengutamakan kepentingan negara melebihi diri mereka sendiri jika pemimpin negara sendiri hidup dengan mementingkan kepentingan diri mereka sendiri berbanding kepentingan rakyat?” tanya beliau dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Sehubungan itu, katanya DPPWP meminta agar kerajaan mengkaji balik kos perbelanjaan kediaman Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

“Tidak semestinya kena banyak belanja jika inginkan keselesaan buat pemimpin negara. Banyak lagi keperluan mendesak untuk negara diperlukan dengan nilai sebanyak itu,” katanya.

Akhirnya, kata beliau DPPWP mengingatkan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri bahawa rakyat sentiasa melihat mereka.

“Sikap ‘cakap tak serupa bikin’ amat dibenci oleh rakyat,” ujarnya.

Bakal isteri sudah terlanjur

Label:

SAYA berumur 25 tahun dan kawan perempuan saya berumur 20 tahun. Kami berhasrat untuk berkahwin tanpa menceritakan perkara sebenar kepada keluarga saya.

Perempuan berkenaan sudah terlanjur ketika zaman persekolahan dengan lelaki lain.

Apakah hukum mengahwini perempuan itu dan kedudukan saya di sisi agama kerana niat saya kahwin adalah untuk membimbing perempuan itu ke arah yang lebih baik? Minta pandangan Dr. 

MUHAMMAD
Selangor

Jawapan:
HUKUM perkahwinan itu adalah harus atau dibenarkan. Niat anda adalah baik dan ia boleh diteruskan. Sudah tentu pasangan anda sudah bertaubat dan menyesal dengan peristiwa lampau dan bersedia membaiki diri.

Apa yang penting persetujuan anda untuk mengambilnya sebagai isteri dan seterusnya membimbing isteri ke jalan yang benar (Islam).

Seterusnya anda tidak perlu menceritakan peristiwa silam itu kepada sesiapa kerana ia adalah satu aib dan keburukan yang tidak perlu didedahkan.-Hmetro

Bil elektrik PM, TPM saja RM10 juta

Label:

Saya petik:

[KD] KUALA LUMPUR: Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat meminta penjelasan kerajaan berhubung kos penyelenggaraan kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya yang menjangkau hampir RM49 juta setahun.

Dalam jawapan bertulis menteri di Jabatan Perdana Menteri semalam, sejumlah RM48,789,115.03 dibelanjakan termasuk kos sewa, kos baik pulih, bil elektrik dan bil air.

Kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu didedahkan berjumlah RM32,972,115.55 sementara kos baik pulih pula RM3,581,744.78 setahun.

Lebih memeranjatkan, bil elektrik bagi kediaman perdana menteri dan timbalannya sahaja berjumlah RM10,267,868.15 dan bil air pula mencecah RM1,967,386.55 untuk tempoh yang sama.

Ahli parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud berkata penjelasan itu penting ketika rakyat diseru supaya berjimat cermat dan mengubah gaya hidup ekoran tindakan kerajaan mengurangkan subsidi.

“Apabila mendidik orang ramai supaya berjimat, ia sepatutnya bermula dengan pemimpin,” katanya kepada wartawan di lobi parlimen hari ini.

Sementara itu, Ahli parlimen Rasah, Anthony Loke pula menyatakan hairan tentang belanja besar yang ditanggung, terutama kos elektrik dan air yang mencecah jutaan ringgit setahun.

“Kami tidak tahu sebesar mana keluarga perdana menteri dan timbalannya sehingga hari ini,” katanya.

Menurutnya jika jumlah itu dibahagikan sepanjang lima tahun dan mengikut bulanan, kerajaan membelanjakan RM160,000 untuk bil elektrik dan RM33,000 untuk bil air bagi kedua-dua kediaman rasmi.

“Ini cukup untuk bayar bil elektrik saya untuk selama 100 tahun dan air pula cukup untuk 6,000 orang,” katanya.

Politik Samseng Umno-BN beri kelebihan kepada Pakatan

Label:

Saya petik:

[KD] SHAH ALAM: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor menegaskan permainan politik Umno-Barisan Nasional yang semakin kotor memberikan kelebihan kepada Pakatan Rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke 13.

Ketua Penerangan AMK Selangor, Saifullah Zulkifli berkata demikian mengulas tindakan terbaru sekumpulan samseng dipercayai dari parti politik tertentu membuat kacau di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya malam tadi.

Dalam kejadian tersebut, kira-kira 200 samseng bermotorsikal, membawa bendera Umno dan memakai baju T merah yang tertulis Patriot mengancam untuk membakar pejabat KEADILAN.

Mereka diketuai Exco Pemuda Umno Lukman Adam dan bekas Wira Perkasa Arman Azha Abu Hanifah, menuntut KEADILAN menarik sokongan terhadap Perhimpunan Bersih 9 Julai.

Menurut Saifullah, sebelum ini Pemuda Umno dan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) mengugut untuk melakukan demonstrasi balas terhadap perhimpunan aman tersebut.

“Selain itu, penangkapan dan soal siasat beramai-ramai terhadap pimpinan parti politik termasuk Angkatan Muda Keadilan, Parti Sosialis, tokoh rakyat seperti A. Samad Said dan Dato Seri Anwar Ibrahim memberikan gambaran bagaimana institusi keselamatan awam digunakan demi kepentingan politik tertentu,” ujar Saifullah.

Malahan katanya, pimpinan politik Pakatan Rakyat dan NGO juga menerima ugutan bunuh melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), berhubung penganjuran perhimpunan berkenaan.

“Contoh-contoh yang diberikan ini jelas membuktikan bahawa UMNO-Barisan Nasional tidak mampu lagi berjuang isu rakyat dan kepentingan Negara selain daripada kepentingan politik sendiri.

“Isu kenaikan harga barang, pembaziran dalam perbelanjaan kerajaan dengan kes terbaru perbelanjaan ke luar Negara Perdana Menteri dan isteri Rosmah Mansur dalam masa 3 tahun mencecah RM 17 juta- Semua ini tidak dibahas oleh pemerintah bobrok sedia ada UMNO Barisan Nasional yang akhirnya membebankan rakyat,” ujarnya.

Ustaz didakwa cabul gadis dalam bilik air

Label:

Saya petik: 

[SH] DUNGUN – Seorang ustaz sanggup membelakangkan hukum agama apabila tergamak menodai kesucian seorang pelajar ketika memberi rawatan kepada gadis belasan tahun yang difahamkan pernah mengalami gangguan makhluk halus itu.

Kejadian dipercayai berlaku di rumah mangsa di Bukit Besi, dekat sini antara jam 11 pagi hingga 12 tengah hari 25 Jun lalu, ketika pelajar Tingkatan Lima di salah sebuah sekolah di Bukit Besi itu sedang menerima rawatan daripada suspek, yang juga difahamkan seorang bekas guru al-Quran di kampungnya.

Sebelumnya, suspek diundang oleh bapa mangsa untuk melakukan proses pemulihan setelah anak gadisnya itu dikatakan terkena gangguan makhluk halus.

Ustaz terbabit yang kononnya tahu bab-bab agama dan ilmu halus difahamkan telah memulakan rawatan di ruang tamu.

Detik hitam itu bagaimanapun bermula apabila suspek mengarahkan mangsa ke bilik air untuk melakukan proses mandian, kononnya untuk membuang bala.

Bapa mangsa yang turut berada di situ mulai rasa sangsi setelah suspek dikatakan mengambil masa yang agak lama untuk merawat mangsa di dalam bilik air.

Bagaimanapun ketika berada di bilik air, mangsa yang diarahkan mandi dalam keadaan berkemban itu dikatakan telah dinodai oleh suspek yang berlagak alim itu dengan mencabul kehormatannya.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan separuh sedar kerana difahamkan masih belum pulih daripada terkena gangguan makhluk halus.

Sebaik selesai rawatan, mangsa terus keluar dari bilik air dan menyendiri di bilik tidur, manakala suspek pulang ke rumahnya yang terletak tidak jauh dari rumah mangsa.

Tembelang suspek yang difahamkan sering menjadi imam di salah sebuah surau di kampung berdekatan bandar Bukit Besi itu mulai terbongkar setelah mangsa menceritakan perbuatan terkutuk suspek kepada ibu bapanya.

Mangsa diiringi bapanya kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Besi keesokan hari, sebelum suspek ditahan kira-kira jam 10 malam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor (gambar) mengesahkan tangkapan terbabit dan suspek kini ditahan reman selama empat hari untuk membantu siasatan sebelum dihadapkan ke mahkamah.
Remaja Sering Ponteng Hamil 7 Minggu
Sabtu, Julai 02, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Jumaat, Julai 01, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Khamis, Jun 30, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Rabu, Jun 29, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Selasa, Jun 28, 2011 | Author: Tuk Kiyai