Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/
Memaparkan catatan dengan label sosial. Papar semua catatan

Mengaku Sebagai Cucu Sultan Selangor, Lelaki Ini Disiasat Kerajaan Selangor

Label:

Mahu menjadi terkenal dengan publisiti murahan. Itulah yang boleh dikatakan tentang kekasih kepada selebriti jelita negara seberang, Syahrini, Bubu apabila dia mengakui bahawa dia adalah keluarga kerabat diraja Selangor.

Pengakuan yang dibuat Bubu atau nama sebenarnya Raja Mohamad Syazni secara terbuka itu telah sampai ke pengetahuan DYMM Sultan Sharafudin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, dan ia telah menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor yang kemudiannya telah mengarahkan pihak kerajaan Selangor untuk menyiasat identiti sebenar Bubu.

Menurut satu sumber kepada laman detikHot, "Kerajaan Selangor sangat marah dengan kenyataan Bubu. Mereka sedang mencari dan akan menyiasat identiti sebenar Bubu."

Tambahnya lagi, keluarga kerabat diraja Selangor menggunakan gelaran 'Tengku' dan bukannya 'Raja' seperti yang didakwa oleh Bubu sebelum ini. Penggunaan 'Raja' biasanya dipakai oleh keluarga kerabat diraja Perak.

"Kerajaan Selangor telah mengesahkan bahawa Bubu bukanlah cucu Raja Selangor," jelas sumber itu lagi.

Sebelum ini, Bubu yang ditemui pada minggu lepas di Hotel Royal, Bogor telah menafikan bahawa dia bukan berasal dari Bogor seperti yang didakwa sesetengah pihak media.

"Saya keturunan raja, saya cucu Raja Selangor. Nama saya Raja, jadi tak semua orang di Malaysia boleh memakai nama itu," kata Bubu ketika itu. -e.yahoo

Berita berkaitan di sini.

Isteri Dibelasah Suami Kerana Disyaki Jalin Hubungan Sulit Melalui Facebook

Label:

Sekadar hiasan

Pengajaran kepada yang ada kekasih gelap dan berhasrat untuk curang terhadap pasangan dan yang seumpama dengannya....Setinggi-tinggi tupai melompat akhirnya...Bertaubatlah...

[HM] GOMBAK: Gara-gara sering melayari laman sosial, seorang isteri menerima nasib malang apabila dibelasah suami kerana disyaki menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain ketika melayari Internet berkenaan di rumah mereka di Selayang, di sini.

Ketika kejadian kira-kira jam 6 pagi kelmarin, mangsa yang berusia 29 tahun baru terjaga daripada tidur sebelum mendapati suaminya berusia 30-an tiada di bilik.

Mangsa mencarinya di ruang tamu dan terkejut apabila mendapati suaminya itu sedang mengasah parang.

Menurut sumber, mangsa yang pelik dengan sikap suaminya itu cuba menegur namun dimarahi dan dihambur kata-kata kesat, malah dituduh berlaku curang.

“Terkejut dengan sikap suaminya, mangsa cuba menenangkan lelaki itu dan memberitahu dia tidak pernah berlaku curang.

Umno Bawa Masuk K-Pop Sempena Hari Belia Negara 2012

Label:

Kumpulan k-pop Dal Shabet akan membuat persembahan sempena Hari Belia Negara 2012 pada 26/5, tarikh asal program Ustaz Azhar Idrus di PICC, Putrajaya
Putera-putera UMNO pastinya gembira sakan melihat aksi berahi kumpulan ini. Lihatlah gambar di bawah, antara tarian bontot daripada kumpulan ini kah kah kah...

Bekas isteri Sultan jadi selebriti TV

Label:

AZRINAZ ketika mengiringi Sultan Hassanal Bolkiah pada satu majlis di Bandar Seri Begawan, Brunei pada Julai 2008.

[kosmo] KUALA LUMPUR – Bekas isteri Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Azrinaz Mazhar Hakim, 33, bakal membuat kemunculan semula di kaca televisyen sebagai juri jemputan program realiti mencari pengacara On Air di Astro Ria pada pukul 10 malam esok.

Ia merupakan kemunculan pertama Azrinaz di kaca televisyen selepas dia berhenti sebagai pengacara di TV3 pada bulan Mei 2005.

Pengurus Program Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli berkata, Azrinaz akan muncul sebagai juri jemputan dan salah seorang tenaga pengajar bagi program tersebut.

“Azrinaz menerima pelawaan kami untuk muncul sebagai juri jemputan episod pertama program On Air pada Khamis ini.

“Selain menjadi juri jemputan, Azrinaz juga akan menjadi salah seorang tenaga pengajar untuk cabaran stand upper (melaporkan secara langsung dari lokasi),” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

[FOTO] Artis pun Tumpang Glamour Ustaz Azhar Idrus. Kah kah kah...

Label:

Artis yang 'berhijrah' seperti Irma Hasmie, Yatt, Diana Amir, Heliza Helmi dan rakan-rakan bergambar dengan Ustaz Azhar Idrus.

Bapa Jumpa Lelaki dalam Almari Anak Gadis 17 Tahun

Label:

Sekadar hiasan

Umur 17 tahun sudah berzina!! Apa nak jadi dengan Melayu? Beginilah jadinya apabila nafsu syahwat sudah menguasai diri... 

[HM] KAJANG: Hancur luluh hati sepasang suami isteri selepas mengetahui anak gadisnya berusia 17 tahun membawa masuk teman lelaki ke dalam bilik dan melakukan hubungan seks dalam kejadian di Taman Alam Sari, Bangi, di sini.

Difahamkan, remaja terbabit beberapa kali membawa masuk teman lelakinya terutama ketika ibu bapanya tiada di rumah.

Namun, perkara itu terbongkar pada jam 10 malam Jumaat lalu selepas ibu mangsa melihat motosikal di luar rumah mereka sebelum menyiasat dan mendapati ia milik teman lelaki anak gadisnya.

Sumber berkata, perkara itu dimaklumkan kepada suaminya yang berada di luar kawasan menjalankan urusan perniagaan.

Katanya, keesokannya sebaik pulang ke rumah, bapa gadis itu mengetuk pintu bilik anaknya, namun tidak dihiraukan sebelum mereka menggertak memecahkan pintu.

Babi sondol kafe siber, boring tengok TV3

Label:

Babi pun nak masuk kafe siber. Cari berita alternatif selain berita TV3...Kah kah kah

[kosmo] MUAR - Seramai 10 orang pelanggan yang sedang leka melayari internet di sebuah kafe siber di Taman Putra Murni, Jalan Salleh di sini, bertempiaran lari menyelamatkan diri apabila seekor babi hutan betina tiba-tiba merempuh masuk premis itu pada pukul 1.30 petang semalam.

Babi hutan seberat kira-kira 50 kilogram itu merempuh pintu kaca premis tersebut ketika pelanggan dan penjaga kafe siber tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd. Aradi sedang leka melayari internet.

Aradi, 23, ketika ditemui sejurus kejadian berkata, mereka terkejut mendengar bunyi pintu kaca premis dirempuh sehingga pecah sebelum ternampak seekor babi hutan meluru masuk dan menyondol meja komputer di situ.

"Semua pelanggan lari lintang-pukang keluar dari premis, manakala babi tersebut terus menyondol sehingga ke tandas yang terletak di bahagian belakang.

"Ketika babi itu menuju ke arah tandas, kebetulan seorang pelanggan sedang keluar tetapi dia sempat melompat menyelamatkan diri," katanya.

Tambah Aradi, melihatkan babi tersebut tersekat di dalam tandas, pelanggan itu masuk semula dan menutup pintu tandas berkenaan.

Mahkamah tolak tuntutan Sri Wani

Label:

[kosmo] KUALA LUMPUR - Isteri ketiga bekas seorang dekan, Sri Wani Choo Abdullah terpaksa berputih mata apabila permohonan untuk mendapatkan injunksi bagi menghalang madu-madunya membuat gangguan ke atas dirinya ditolak Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.

Hakim Syarie Abd. Walid Abu Hassan turut menolak bantahan awal pemohon (Sri Wani) terhadap kes faraq yang difailkan suaminya, Prof. Dr. Bahrom Sanugi di mahkamah yang sama dua tahun lalu.

Permohonan faraq atau membubarkan perkahwinan itu dibuat Bahrom setahun selepas mereka berkahwin di Songkhla, Thailand pada 19 Ogos 2009 selepas mengesyaki isterinya seorang lelaki.

Abd. Walid sebelum itu menerima hujah peguam syarie Muhammad Hafiz Abd. Rashid yang mewakili Bahrom, 61, supaya membatalkan kedua-dua permohonan Sri Wani dengan alasan penyampaian kes oleh pemohon dibuat secara tidak teratur selain wanita itu gagal hadir ke mahkamah semalam.

Turut tidak hadir ialah peguam syarie Boestamam Ahmad yang mewakili Sri Wani, 37.

TRAGIS: Wanita Hilang Ditemui Hanya Tinggal Rangka...

Label:

 Rangka dan hanya pakaian mangsa yang dijumpai di batas sawah padi.

[SH] BACHOK –Misteri kehilangan seorang bekas guru Kelas Fardu Ain (Kafa) bulan lalu terungkai apabila penemuan rangka tulang di batas sawah padi di Kampung Cherang Hangus, di sini, disahkan sebagai wanita terbabit.

Rangka mayat Norhayati Mat Ripin,38, ditemui seorang pemandu mesin padi yang baru sahaja memulakan tugas memesin padi kira- kira jam 12 tengah hari semalam.

Ibu mangsa, Ramlah Mohd Nor,61, berkata, dia hanya mengetahui kejadian tersebut selepas dimaklumkan pemandu mesin padi berkenaan.

"Pemandu mesin padi itu pekerja anak makcik, Mohd Ridhuan, 39, yang memiliki mesin padi tersebut. Selepas menemui rangka dan pakaian mangsa, beliau terus datang ke rumah ini dan memberitahu Mohd Ridhuan.

"Rasanya sudah genap sebulan dia hilang. Kami semua puas mencarinya merata tempat. Rupanya dia hanya berada beberapa meter dari kami selama ini. Makcik reda dengan kejadian yang menimpa ini dan tidak tahu mengapa dia boleh meninggal dunia dalam keadaan sedemikian kerana setahu makcik dia tidak pernah ke seberang sawah sana sebelum ini," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Sinar Harian 27 April lalu menyiarkan permintaan Ramlah yang merayu orang ramai membantunya mencari anaknya yang dikatakan hilang selepas menjemur pakaian yang dicuci.

Ramlah berkata berkata, selepas diberitahu penemuan rangka tersebut, anaknya, Mohd Riduan pergi melihat rangka tersebut mengecam pakaian dan selipar yang dipakai arwah ketika hari kehilangannya.

"Makcik tidak mengesyaki apa-apa perbuatan khianat yang berlaku kerana kita tidak nampak apa yang berlaku. Tetapi arwah tidak menghidap penyakit yang membolehkan dia pengsan sendirian atau sebagainya.

Sebelum ini pun dia sering ke pekan Jelawat dan ke Kota Bharu untuk mengambil ubat sendiri," katanya.

Menurutnya, Norhayati atau mesra disapa Ti itu juga seorang janda yang disahkan menghidap Skizofrenia sejak di tingkatan lima dan masih mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Anggota polis dan Forensik yang dikejarkan ke lokasi kejadian terpaksa menaiki mesin padi untuk ke lokasi rangka mayat mangsa memandangkan ia agak jauh dari jalan utama serta keadaan tanah sawah yang baru dituai menyukarkan perjalanan biasa.

"Saya tidak sangka pesanan yang pernah dinyatakan agar tidak mencarinya jika hilang rupanya suatu petanda dia akan pergi selamanya," katanya. Ketua Polis Daerah Bachok Deputi Superintendan Ab Rahim Che Ghani mengesahkan menerima laporan mengenai kes tersebut.

Kes Sri Wani: Mahkamah benar permohonan suami batal injunksi

Label:

Kes suami syak isteri (gambar) adalah lelaki....

[SH] KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan bekas dekan untuk membatalkan permohonan injunksi dan bantahan awal kes faraq isteri ketiganya, Sri Wani Choo Abdullah.

Hakim Syarie Abd. Walid Abu Hassan memutuskan demikian selepas peguam Muhammad Hafiz Abd. Rashid, yang mewakili Bahrom Sanugi, memberi alasan penyampaian tidak teratur dan kegagalan oleh pemohon untuk hadir di mahkamah.

Turut tidak hadir ialah peguam Boestamam Ahmad yang mewakili Sri Wani.

Keputusan itu selaras dengan peruntukan Seksyen 121 (1)(c) Tatacara Mal Mahkamah Syariah 1998 yang membenarkan mahkamah untuk membuat sebarang keputusan sekiranya pemohon tidak hadir.

Menurut Muhammad Hafiz, sepatutnya pemohon menyerahkan pindaan injunksi pada 19 April dan 3 Mei untuk pihaknya menjawab.

"Namun kami tidak terima dokumen asal dan pindaan, selain itu kami langsung tidak dapat notis tentang ketidakhadiran pemohon hari ni," katanya.

Merujuk kepada bantahan awal, pemohon telah gagal menyerahkan dokumen berkaitan, sebaliknya peguam berkata, dia hanya menerima sekeping dokumen pada 28 April lalu.

Oleh itu, responden memohon untuk membatalkan kedua-dua permohonan.

Sementara itu, di luar mahkamah, Muhammad Hafiz berkata, bantahan awal yang ditolak itu adalah berhubung kes faraq yang difailkan Bahrom.

"Bantahan itu selepas Sri Wani memberi alasan dia telah memperoleh sijil cerai di Majlis Agama Islam Narathiwat sebelum ini, jadi tiada sebab untuk kes faraq diteruskan," katanya.

Namun jelas peguam, oleh kerana bantahan ditolak, maka kes faraq berjalan seperti biasa dan pada 19 Jun ini hanya menunggu mahkamah mengeluarkan perintah ke atas Sri Wani sama ada perlu menjalani DNA atau tidak.

Dalam pada itu, Muhammad Hafiz turut memaklumkan bahawa Sri Wani telah menghantar surat tuntutan kepadanya supaya memohon maaf dan ganti rugi RM1 juta kerana didakwa memfitnah Sri Wani sebagai pondan di media.

"Saya akan membalas surat tuntutan itu dan kenyataan saya ialah langsung tidak memfitnah mana-mana pihak, saya cuma bagi ulasan apa yang berlaku dalam prosiding mahkamah," katanya.

Sri Wani berkahwin dengan Bahrom, 61, di Songkhla, Thailand pada 19 Ogos 2009.

Namun setahun kemudian, Bahrom memfailkan permohonan membatalkan pernikahan mereka di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur apabila mengesyaki Sri Wani seorang lelaki, berdasarkan penemuan surat beranaknya.

Jabatan Agama Islam Daerah Gombak pada 23 November 2010 mengarahkan supaya mereka berpisah sementara dan susulan itu pada 17 Januari lalu, Bahrom memohon perintah supaya mahkamah mengarahkan Sri Wani menjalani ujian DNA.

Ketua Balai Disyaki Miliki Dadah

Label:

[SH] IPOH - Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang bertugas sebagai Ketua Balai di salah sebuah daerah di negeri ini ditahan kerana disyaki memiliki dan mengambil dadah di pejabatnya, 24 April lalu.

Sebelum ini, pegawai polis berkenaan pernah berkhidmat sebagai Ketua Balai di negeri lain, tetapi dipindahkan ke negeri ini selepas mempunyai salah laku dalam tugasnya.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahalan berkata, Inspektor berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan selepas pihaknya menemui peket kecil berisi dadah dipercayai jenis ketamin di balai berkenaan.

Menurutnya, pegawai yang sudah berkhidmat 15 tahun dalam polis itu turut didapati positif dadah jenis yang sama ketika melakukan ujian air kencing pada hari yang sama dia ditahan.

“Penangkapan pegawai tersebut membuktikan polis tidak melindungi anggota mereka yang didapati terbabit dengan jenayah.

“Sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang ini sama ada anggota polis atau siapa sahaja, tindakan tegas akan diambil ke atas mereka,” katanya selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini, semalam.

Mohd Shukri berkata, pegawai berkenaan kini dipindahkan ke bahagian pentadbiran buat sementara waktu bagi pihaknya menjalankan siasatan lanjut.

Nenek 15 cucu dicekup khalwat dengan Mat Bangla Gara-gara Menumpang Basuh Baju...

Label:

 Anggota penguatkuasa menyoal siasat warga emas bersama pasangan yang dicekup dalam operasi cegah maksiat

Kesian nenek ni.....Terpaksa menumpang basuh baju di rumah mat bangla pada pukul 1 pagi. 

[SH] AMPANG - Seorang nenek kepada 15 cucu ditahan bersama seorang lelaki di sebuah rumah di Taman Pandan Perdana, di sini dalam operasi cegah maksiat, awal pagi semalam.

Dalam pemeriksaan jam 1 pagi itu, wanita warga Indonesia berusia 63 tahun itu bersama teman lelakinya warga Bangladesh berusia 41 tahun ditahan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, serbuan ke atas rumah terbabit dilakukan hasil maklumat orang ramai.

“Penguat kuasa agama mengetuk pintu bilik rumah berkenaan beberapa kali sebelum dibuka seorang lelaki yang hanya berseluar pendek beberapa minit kemudian,” katanya.

Menurutnya, ketika serbuan dilakukan, wanita yang mempunyai lima anak itu memberi alasan kononnya dia menumpang membasuh baju di rumah sewa lelaki terbabit kerana rumah cucunya mengalami masalah bekalan air.

“Kami mendapati pasangan berkenaan tidak mempunyai sebarang hubungan mahram. Difahamkan mereka saling mengenali sejak tujuh bulan lalu.

“Lelaki yang sudah berkahwin itu merupakan pekerja di sebuah restoran di ibu kota,” katanya.

Dalam operasi berasingan, sepasang kekasih dicekup di sebuah pangsapuri di sini pada jam 1.50 pagi, semalam.

Ahmad Nawi berkata, pasangan berusia 24 dan 30 tahun itu ditahan anggota penguat kuasa selepas dipercayai pasangan itu berasmara dalam bilik sewa milik lelaki berkenaan.

“Perempuan itu memberi alasan berjumpa dengan teman lelakinya untuk mengadu berhubung masalah tempat kerjanya.

“Ketika serbuan perempuan itu berpakaian lengkap, manakala pasangannya hanya berseluar pendek,” katanya.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Balai Pandan Indah untuk membuat laporan.

Operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Dicerai lepas ‘kantoi’ SMS cinta pada anak

Label:

[HM] PETALING JAYA: Hati isteri mana yang tidak remuk apabila mendapati suami kedua yang dikahwini enam tahun lalu mencintai anak tiri berusia 10 tahun.

Lebih malang, ketika mahu mendapatkan penjelasan, wanita itu dibelasah dan diceraikan dalam kejadian di kediaman mereka di Sungai Buloh, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, wanita terbabit yang berusia 46 tahun dan bekerja sebagai pembantu klinik swasta mendakwa cedera di kepala selepas dihentak suaminya sebelum diceraikan talak satu ketika mereka bertengkar mengenai hal berkenaan.

Menurut sumber, wanita berkenaan terbaca khidmat pesanan ringkas (SMS) ayat cinta yang dihantar suaminya dalam telefon bimbit anak perempuan berusia 10 tahun hasil perkahwinan pertama.

“Mangsa yang curiga dengan kandungan SMS berkenaan kemudian cuba memeriksa telefon bimbit suaminya itu untuk mendapatkan kepastian ketika lelaki itu mandi. “Malangnya, telefon bimbit suaminya itu tidak dapat diaktifkan kerana kata laluannya dikunci,” katanya.

Sumber berkata, sebaik suaminya keluar dari bilik air, mangsa terus bertanyakan soalan bertubi-tubi mengenai luahan cinta kepada anaknya menerusi SMS itu.

“Tindakan mangsa mengundang kemarahan sebelum suaminya memaki hamun mangsa sebelum mengemas pakaiannya dan menghentak kepala serta tengkuk mangsa lalu melafazkan cerai talak satu,” katanya.

Katanya, lelaki terbabit memadam semua SMS menyebabkan mangsa yang tidak berpuas hati serta bimbang dengan keselamatan anak membuat laporan di Balai Polis Sungai Pelong.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian malang menimpa wanita itu.

Iklan 'Terlampau' Sehingga Menjilat Bibir...Gila!!

Label:

Apa perasaan anda apabila melihat iklan ini? Terpengaruh? Berbanggakah wanita ini menjadi testimoni/model? Perlukan iklan tersebut dibuat sebegitu rupa?
Bayangkan anak anda terbaca iklan ini dan bertanyakan kepada anda, "Abah, vagina tu apa?" 

Kecoh Pasal Video Ini Semalam. Apa kata Polis?

Label:

Saya petik:
[BH] KUALA LUMPUR: Polis sudah mengambil tindakan ke atas wanita (gambar) yang didapati menumbuk, menampar serta menendang bayinya yang mula dimuatnaik di laman sosial facebook, twitter selain disiarkan pengendali blog, tengah hari semalam.

Rakaman empat minit 19 saat itu memaparkan tindakan kejam wanita berusia 20-an, memukul bayi perempuan yang sedang menangis di katil sambil dirakam seorang wanita lain.

Rakaman itu turut memaparkan tindakan wanita berkenaan yang menyepak kepala bayinya di depan beberapa kanak-kanak lain.
Polis Bukit Aman menerima lebih 500 aduan orang ramai yang kebanyakannya kesal dengan tindakan wanita terbabit, selain prihatin dengan nasib yang menimpa bayi berkenaan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam laman facebooknya semalam, menjelaskan hasil pemeriksaan yang dijalankan, kes itu berlaku di Petaling Jaya pada 29 Mei tahun lalu dan wanita terbabit sudah ditahan polis pada hari yang sama.

Wanita terbabit kini menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula pada tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sementara itu, laman sosial YouTube sudah menarik balik rakaman video kes penderaan itu kira-kira jam 6 petang semalam.
Difahamkan, polis sedang mengesan individu yang bertanggungjawab merakam dan menyebarkan rakaman berkenaan bagi membantu siasatan.

Lelaki Terima Padah Mengendap Perempuan Mandi

Label:

Sekadar hiasan
Saya petik:
[HM] SARIKEI: Tabiat jelik seorang lelaki warga Bangladesh yang gemar mengintai wanita dalam tandas di sebuah ladang berdekatan Jalan Bintangor, di sini, menerima padah apabila dia melecur disimbah air panas oleh mangsa intipannya, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, lelaki terbabit yang berusia 20-an dikatakan menggelupur kesakitan akibat melecur di muka, dada, bahu kiri dan lengan akibat terkena air panas selepas disimbah seorang pekerja wanita di ladang berkenaan.

Sumber berkata, lelaki terbabit dikatakan sering mengintai pekerja wanita yang menggunakan tandas berkenaan dengan menebuk beberapa lubang pada dindingnya. Menurutnya, perbuatan lelaki yang juga pekerja ladang itu dikatakan sudah lama berlarutan menyebabkan beberapa pekerja wanita berang dan memasang perangkap.

“Tengah hari tadi (semalam), lelaki terbabit dikatakan mengulangi perbuatan sama apabila mengintai seorang pekerja wanita yang memasuki tandas itu.

“Rupa-rupanya wanita itu hanya berpura-pura menggunakan tandas kerana dia sebenarnya mahu memerangkap lelaki warga asing itu. Malah, wanita berkenaan dipercayai sudah berpakat dengan rakan lain untuk ‘mengenakan’ lelaki itu.

“Ketika asyik mengintai, seorang daripada rakan wanita menyimbah air panas ke arah lelaki itu menyebabkan dia melarikan diri sambil menjerit kesakitan,” katanya.

Sumber itu berkata, lelaki terbabit bernasib baik kerana segera dihantar beberapa pekerja ladang untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sarikei.

“Bagaimanapun, berikutan kecederaan parah dialaminya, lelaki terbabit dirujuk ke Hospital Sibu,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu dan memaklumkan, keadaan lelaki terbabit dilaporkan stabil.

Anggota Polis & Isteri Terkejut Lelaki Nepal Tidur Sekatil dengan Mereka

Label:

Sekadar hiasan

Saya petik:
[BH] KUALA TERENGGANU: Sepasang suami isteri dari Flet Awam Jalan Hiliran di sini, terkejut apabila terjaga daripada tidur awal pagi semalam dan mendapati seorang warga Nepal yang dipercayai mabuk tidur sekatil dengan mereka.

Kehadiran suspek disedari mangsa yang juga anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu pada jam 4.15 pagi selepas anak mereka yang berusia dua tahun menangis kerana dihimpit suspek yang tidur sekatil bersama keluarga berkenaan.

Suspek berusia 31 tahun yang dipercayai mabuk menceroboh masuk rumah anggota polis terbabit sebelum tertidur bersama keluarga terbabit.
Anggota terbabit dipercayai masuk tidur bersama isteri dan anaknya berusia dua tahun kira-kira jam 1.20 pagi tetapi terjaga apabila mendengar tangisan anaknya yang dipercayai berasa tidak selesa akibat dihimpit suspek.

Sebaik terjaga, mangsa yang terkejut dengan kehadiran suspek sedang lena tidur di katilnya, menahan lelaki itu dan memaklumkan kepada Rakan Cegah Jenayah Terengganu sebelum dibawa ke Balai Polis Chabang Tiga untuk siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin yang dihubungi di sini, semalam, berkata, suspek yang bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya di bandar raya ini dipercayai tersilap masuk ke kediaman mangsa akibat mabuk.

Katanya, suspek dipercayai memasuki rumah mangsa melalui pintu utama sebelum tidur di bilik sama dengan keluarga terbabit. 

P/s: Rumah polis ni tak berkunci ke?

Rakan sekerja dicekup khalwat

Label:

Saya petik:
[SH] AMPANG- Seorang lelaki yang dipercayai tidak pulang sejak tiga bulan lalu ditangkap khalwat bersama kekasihnya dalam serbuan di Taman Chempaka, di sini, awal pagi semalam.

Serbuan yang dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor dan Pegawai Masjid Al-Azim Pandan Indah kira-kira 1 pagi berjaya menahan lelaki berusia 27 tahun dan seorang perempuan, 22 tahun yang dipercayai tinggal bersama di rumah sewa berkenaan.

Ketika ditahan, perempuan itu memberi alasan tiada pilihan untuk tinggal di tempat lain menyebabkan dia tinggal bersama rakan sekerja yang berkhidmat dengan sebuah syarikat swasta itu.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, pihaknya menerima aduan mengenai lelaki dan wanita berkenaan tinggal serumah sehingga menimbulkan keraguan penduduk.

“Pemeriksaan lanjut menemui seorang perempuan berpakaian lengkap di dalam bilik,” katanya.

Ahmad Nawi berkata, lelaki berkenaan sudah berkahwin dan tidak pulang ke rumah isterinya sejak tiga bulan lalu, manakala pasangannya masih bujang.

“Difahamkan lelaki berkenaan mengenali teman wanitanya itu sejak setahun yang lalu. Dia juga dipercayai tidak memberi nafkah kepada isterinya.

"Operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995 dan jika disabit kesalahan kedua-duanya boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Dengan Rakyat Polis Berani, Dengan Jarum Polis Takut!!

Label:

Foto: Yop Tualang Sekah

Apa reaksi anda apabila melihat foto abang polis ini?

Berbeza dengan reaksi mereka (polis) pada BERSIH 3.0...Kah kah kah

[TERKINI] Kanak-kanak Ini Ditemui Selamat di Rawang

Label:

SHAH ALAM - Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Nayati Shamelin Moodliar, yang diculik minggu lalu, ditemui selamat pagi ini.

Nayati Shamelin ditemui di Rawang jam 7.30 pagi tadi.

Dalam kenyataan dikeluarkan menerusi laman sosial Facebook kira-kira jam 10 pagi tadi, keluarga Nayati berkata:

"Kami gembira untuk memberitahu bahawa Nayati sudah pulang ke rumah dan meskipun ia detik yang sangat traumatik bagi dirinya, dia kelihatan berada dalam keadaan baik."

Keluarganya juga berkata akan mengadakan satu sidang media khas esok. -SH
Mahu menjadi terkenal dengan publisiti murahan. Itulah yang boleh dikatakan tentang kekasih kepada selebriti jelita negara seberang, Syahrini, Bubu apabila dia mengakui bahawa dia adalah keluarga kerabat diraja Selangor.

Pengakuan yang dibuat Bubu atau nama sebenarnya Raja Mohamad Syazni secara terbuka itu telah sampai ke pengetahuan DYMM Sultan Sharafudin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, dan ia telah menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor yang kemudiannya telah mengarahkan pihak kerajaan Selangor untuk menyiasat identiti sebenar Bubu.

Menurut satu sumber kepada laman detikHot, "Kerajaan Selangor sangat marah dengan kenyataan Bubu. Mereka sedang mencari dan akan menyiasat identiti sebenar Bubu."

Tambahnya lagi, keluarga kerabat diraja Selangor menggunakan gelaran 'Tengku' dan bukannya 'Raja' seperti yang didakwa oleh Bubu sebelum ini. Penggunaan 'Raja' biasanya dipakai oleh keluarga kerabat diraja Perak.

"Kerajaan Selangor telah mengesahkan bahawa Bubu bukanlah cucu Raja Selangor," jelas sumber itu lagi.

Sebelum ini, Bubu yang ditemui pada minggu lepas di Hotel Royal, Bogor telah menafikan bahawa dia bukan berasal dari Bogor seperti yang didakwa sesetengah pihak media.

"Saya keturunan raja, saya cucu Raja Selangor. Nama saya Raja, jadi tak semua orang di Malaysia boleh memakai nama itu," kata Bubu ketika itu. -e.yahoo

Berita berkaitan di sini.

Sekadar hiasan

Pengajaran kepada yang ada kekasih gelap dan berhasrat untuk curang terhadap pasangan dan yang seumpama dengannya....Setinggi-tinggi tupai melompat akhirnya...Bertaubatlah...

[HM] GOMBAK: Gara-gara sering melayari laman sosial, seorang isteri menerima nasib malang apabila dibelasah suami kerana disyaki menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain ketika melayari Internet berkenaan di rumah mereka di Selayang, di sini.

Ketika kejadian kira-kira jam 6 pagi kelmarin, mangsa yang berusia 29 tahun baru terjaga daripada tidur sebelum mendapati suaminya berusia 30-an tiada di bilik.

Mangsa mencarinya di ruang tamu dan terkejut apabila mendapati suaminya itu sedang mengasah parang.

Menurut sumber, mangsa yang pelik dengan sikap suaminya itu cuba menegur namun dimarahi dan dihambur kata-kata kesat, malah dituduh berlaku curang.

“Terkejut dengan sikap suaminya, mangsa cuba menenangkan lelaki itu dan memberitahu dia tidak pernah berlaku curang.
Umno Bawa Masuk K-Pop Sempena Hari Belia Negara 2012
Rabu, Mei 23, 2012 | Author: Tuk Kiyai
Kumpulan k-pop Dal Shabet akan membuat persembahan sempena Hari Belia Negara 2012 pada 26/5, tarikh asal program Ustaz Azhar Idrus di PICC, Putrajaya
Putera-putera UMNO pastinya gembira sakan melihat aksi berahi kumpulan ini. Lihatlah gambar di bawah, antara tarian bontot daripada kumpulan ini kah kah kah...

Bekas isteri Sultan jadi selebriti TV
Rabu, Mei 23, 2012 | Author: Tuk Kiyai
AZRINAZ ketika mengiringi Sultan Hassanal Bolkiah pada satu majlis di Bandar Seri Begawan, Brunei pada Julai 2008.

[kosmo] KUALA LUMPUR – Bekas isteri Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Azrinaz Mazhar Hakim, 33, bakal membuat kemunculan semula di kaca televisyen sebagai juri jemputan program realiti mencari pengacara On Air di Astro Ria pada pukul 10 malam esok.

Ia merupakan kemunculan pertama Azrinaz di kaca televisyen selepas dia berhenti sebagai pengacara di TV3 pada bulan Mei 2005.

Pengurus Program Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli berkata, Azrinaz akan muncul sebagai juri jemputan dan salah seorang tenaga pengajar bagi program tersebut.

“Azrinaz menerima pelawaan kami untuk muncul sebagai juri jemputan episod pertama program On Air pada Khamis ini.

“Selain menjadi juri jemputan, Azrinaz juga akan menjadi salah seorang tenaga pengajar untuk cabaran stand upper (melaporkan secara langsung dari lokasi),” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Artis yang 'berhijrah' seperti Irma Hasmie, Yatt, Diana Amir, Heliza Helmi dan rakan-rakan bergambar dengan Ustaz Azhar Idrus.
Bapa Jumpa Lelaki dalam Almari Anak Gadis 17 Tahun
Selasa, Mei 22, 2012 | Author: Tuk Kiyai
Sekadar hiasan

Umur 17 tahun sudah berzina!! Apa nak jadi dengan Melayu? Beginilah jadinya apabila nafsu syahwat sudah menguasai diri... 

[HM] KAJANG: Hancur luluh hati sepasang suami isteri selepas mengetahui anak gadisnya berusia 17 tahun membawa masuk teman lelaki ke dalam bilik dan melakukan hubungan seks dalam kejadian di Taman Alam Sari, Bangi, di sini.

Difahamkan, remaja terbabit beberapa kali membawa masuk teman lelakinya terutama ketika ibu bapanya tiada di rumah.

Namun, perkara itu terbongkar pada jam 10 malam Jumaat lalu selepas ibu mangsa melihat motosikal di luar rumah mereka sebelum menyiasat dan mendapati ia milik teman lelaki anak gadisnya.

Sumber berkata, perkara itu dimaklumkan kepada suaminya yang berada di luar kawasan menjalankan urusan perniagaan.

Katanya, keesokannya sebaik pulang ke rumah, bapa gadis itu mengetuk pintu bilik anaknya, namun tidak dihiraukan sebelum mereka menggertak memecahkan pintu.
Babi sondol kafe siber, boring tengok TV3
Isnin, Mei 21, 2012 | Author: Tuk Kiyai
Babi pun nak masuk kafe siber. Cari berita alternatif selain berita TV3...Kah kah kah

[kosmo] MUAR - Seramai 10 orang pelanggan yang sedang leka melayari internet di sebuah kafe siber di Taman Putra Murni, Jalan Salleh di sini, bertempiaran lari menyelamatkan diri apabila seekor babi hutan betina tiba-tiba merempuh masuk premis itu pada pukul 1.30 petang semalam.

Babi hutan seberat kira-kira 50 kilogram itu merempuh pintu kaca premis tersebut ketika pelanggan dan penjaga kafe siber tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd. Aradi sedang leka melayari internet.

Aradi, 23, ketika ditemui sejurus kejadian berkata, mereka terkejut mendengar bunyi pintu kaca premis dirempuh sehingga pecah sebelum ternampak seekor babi hutan meluru masuk dan menyondol meja komputer di situ.

"Semua pelanggan lari lintang-pukang keluar dari premis, manakala babi tersebut terus menyondol sehingga ke tandas yang terletak di bahagian belakang.

"Ketika babi itu menuju ke arah tandas, kebetulan seorang pelanggan sedang keluar tetapi dia sempat melompat menyelamatkan diri," katanya.

Tambah Aradi, melihatkan babi tersebut tersekat di dalam tandas, pelanggan itu masuk semula dan menutup pintu tandas berkenaan.
Mahkamah tolak tuntutan Sri Wani
Jumaat, Mei 18, 2012 | Author: Tuk Kiyai
[kosmo] KUALA LUMPUR - Isteri ketiga bekas seorang dekan, Sri Wani Choo Abdullah terpaksa berputih mata apabila permohonan untuk mendapatkan injunksi bagi menghalang madu-madunya membuat gangguan ke atas dirinya ditolak Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.

Hakim Syarie Abd. Walid Abu Hassan turut menolak bantahan awal pemohon (Sri Wani) terhadap kes faraq yang difailkan suaminya, Prof. Dr. Bahrom Sanugi di mahkamah yang sama dua tahun lalu.

Permohonan faraq atau membubarkan perkahwinan itu dibuat Bahrom setahun selepas mereka berkahwin di Songkhla, Thailand pada 19 Ogos 2009 selepas mengesyaki isterinya seorang lelaki.

Abd. Walid sebelum itu menerima hujah peguam syarie Muhammad Hafiz Abd. Rashid yang mewakili Bahrom, 61, supaya membatalkan kedua-dua permohonan Sri Wani dengan alasan penyampaian kes oleh pemohon dibuat secara tidak teratur selain wanita itu gagal hadir ke mahkamah semalam.

Turut tidak hadir ialah peguam syarie Boestamam Ahmad yang mewakili Sri Wani, 37.
TRAGIS: Wanita Hilang Ditemui Hanya Tinggal Rangka...
Khamis, Mei 17, 2012 | Author: Tuk Kiyai

 Rangka dan hanya pakaian mangsa yang dijumpai di batas sawah padi.

[SH] BACHOK –Misteri kehilangan seorang bekas guru Kelas Fardu Ain (Kafa) bulan lalu terungkai apabila penemuan rangka tulang di batas sawah padi di Kampung Cherang Hangus, di sini, disahkan sebagai wanita terbabit.

Rangka mayat Norhayati Mat Ripin,38, ditemui seorang pemandu mesin padi yang baru sahaja memulakan tugas memesin padi kira- kira jam 12 tengah hari semalam.

Ibu mangsa, Ramlah Mohd Nor,61, berkata, dia hanya mengetahui kejadian tersebut selepas dimaklumkan pemandu mesin padi berkenaan.

"Pemandu mesin padi itu pekerja anak makcik, Mohd Ridhuan, 39, yang memiliki mesin padi tersebut. Selepas menemui rangka dan pakaian mangsa, beliau terus datang ke rumah ini dan memberitahu Mohd Ridhuan.

"Rasanya sudah genap sebulan dia hilang. Kami semua puas mencarinya merata tempat. Rupanya dia hanya berada beberapa meter dari kami selama ini. Makcik reda dengan kejadian yang menimpa ini dan tidak tahu mengapa dia boleh meninggal dunia dalam keadaan sedemikian kerana setahu makcik dia tidak pernah ke seberang sawah sana sebelum ini," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Sinar Harian 27 April lalu menyiarkan permintaan Ramlah yang merayu orang ramai membantunya mencari anaknya yang dikatakan hilang selepas menjemur pakaian yang dicuci.

Ramlah berkata berkata, selepas diberitahu penemuan rangka tersebut, anaknya, Mohd Riduan pergi melihat rangka tersebut mengecam pakaian dan selipar yang dipakai arwah ketika hari kehilangannya.

"Makcik tidak mengesyaki apa-apa perbuatan khianat yang berlaku kerana kita tidak nampak apa yang berlaku. Tetapi arwah tidak menghidap penyakit yang membolehkan dia pengsan sendirian atau sebagainya.

Sebelum ini pun dia sering ke pekan Jelawat dan ke Kota Bharu untuk mengambil ubat sendiri," katanya.

Menurutnya, Norhayati atau mesra disapa Ti itu juga seorang janda yang disahkan menghidap Skizofrenia sejak di tingkatan lima dan masih mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Anggota polis dan Forensik yang dikejarkan ke lokasi kejadian terpaksa menaiki mesin padi untuk ke lokasi rangka mayat mangsa memandangkan ia agak jauh dari jalan utama serta keadaan tanah sawah yang baru dituai menyukarkan perjalanan biasa.

"Saya tidak sangka pesanan yang pernah dinyatakan agar tidak mencarinya jika hilang rupanya suatu petanda dia akan pergi selamanya," katanya. Ketua Polis Daerah Bachok Deputi Superintendan Ab Rahim Che Ghani mengesahkan menerima laporan mengenai kes tersebut.
Kes Sri Wani: Mahkamah benar permohonan suami batal injunksi
Khamis, Mei 17, 2012 | Author: Tuk Kiyai
Kes suami syak isteri (gambar) adalah lelaki....

[SH] KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan bekas dekan untuk membatalkan permohonan injunksi dan bantahan awal kes faraq isteri ketiganya, Sri Wani Choo Abdullah.

Hakim Syarie Abd. Walid Abu Hassan memutuskan demikian selepas peguam Muhammad Hafiz Abd. Rashid, yang mewakili Bahrom Sanugi, memberi alasan penyampaian tidak teratur dan kegagalan oleh pemohon untuk hadir di mahkamah.

Turut tidak hadir ialah peguam Boestamam Ahmad yang mewakili Sri Wani.

Keputusan itu selaras dengan peruntukan Seksyen 121 (1)(c) Tatacara Mal Mahkamah Syariah 1998 yang membenarkan mahkamah untuk membuat sebarang keputusan sekiranya pemohon tidak hadir.

Menurut Muhammad Hafiz, sepatutnya pemohon menyerahkan pindaan injunksi pada 19 April dan 3 Mei untuk pihaknya menjawab.

"Namun kami tidak terima dokumen asal dan pindaan, selain itu kami langsung tidak dapat notis tentang ketidakhadiran pemohon hari ni," katanya.

Merujuk kepada bantahan awal, pemohon telah gagal menyerahkan dokumen berkaitan, sebaliknya peguam berkata, dia hanya menerima sekeping dokumen pada 28 April lalu.

Oleh itu, responden memohon untuk membatalkan kedua-dua permohonan.

Sementara itu, di luar mahkamah, Muhammad Hafiz berkata, bantahan awal yang ditolak itu adalah berhubung kes faraq yang difailkan Bahrom.

"Bantahan itu selepas Sri Wani memberi alasan dia telah memperoleh sijil cerai di Majlis Agama Islam Narathiwat sebelum ini, jadi tiada sebab untuk kes faraq diteruskan," katanya.

Namun jelas peguam, oleh kerana bantahan ditolak, maka kes faraq berjalan seperti biasa dan pada 19 Jun ini hanya menunggu mahkamah mengeluarkan perintah ke atas Sri Wani sama ada perlu menjalani DNA atau tidak.

Dalam pada itu, Muhammad Hafiz turut memaklumkan bahawa Sri Wani telah menghantar surat tuntutan kepadanya supaya memohon maaf dan ganti rugi RM1 juta kerana didakwa memfitnah Sri Wani sebagai pondan di media.

"Saya akan membalas surat tuntutan itu dan kenyataan saya ialah langsung tidak memfitnah mana-mana pihak, saya cuma bagi ulasan apa yang berlaku dalam prosiding mahkamah," katanya.

Sri Wani berkahwin dengan Bahrom, 61, di Songkhla, Thailand pada 19 Ogos 2009.

Namun setahun kemudian, Bahrom memfailkan permohonan membatalkan pernikahan mereka di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur apabila mengesyaki Sri Wani seorang lelaki, berdasarkan penemuan surat beranaknya.

Jabatan Agama Islam Daerah Gombak pada 23 November 2010 mengarahkan supaya mereka berpisah sementara dan susulan itu pada 17 Januari lalu, Bahrom memohon perintah supaya mahkamah mengarahkan Sri Wani menjalani ujian DNA.
Ketua Balai Disyaki Miliki Dadah
Rabu, Mei 16, 2012 | Author: Tuk Kiyai
[SH] IPOH - Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang bertugas sebagai Ketua Balai di salah sebuah daerah di negeri ini ditahan kerana disyaki memiliki dan mengambil dadah di pejabatnya, 24 April lalu.

Sebelum ini, pegawai polis berkenaan pernah berkhidmat sebagai Ketua Balai di negeri lain, tetapi dipindahkan ke negeri ini selepas mempunyai salah laku dalam tugasnya.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahalan berkata, Inspektor berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan selepas pihaknya menemui peket kecil berisi dadah dipercayai jenis ketamin di balai berkenaan.

Menurutnya, pegawai yang sudah berkhidmat 15 tahun dalam polis itu turut didapati positif dadah jenis yang sama ketika melakukan ujian air kencing pada hari yang sama dia ditahan.

“Penangkapan pegawai tersebut membuktikan polis tidak melindungi anggota mereka yang didapati terbabit dengan jenayah.

“Sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang ini sama ada anggota polis atau siapa sahaja, tindakan tegas akan diambil ke atas mereka,” katanya selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini, semalam.

Mohd Shukri berkata, pegawai berkenaan kini dipindahkan ke bahagian pentadbiran buat sementara waktu bagi pihaknya menjalankan siasatan lanjut.
 Anggota penguatkuasa menyoal siasat warga emas bersama pasangan yang dicekup dalam operasi cegah maksiat

Kesian nenek ni.....Terpaksa menumpang basuh baju di rumah mat bangla pada pukul 1 pagi. 

[SH] AMPANG - Seorang nenek kepada 15 cucu ditahan bersama seorang lelaki di sebuah rumah di Taman Pandan Perdana, di sini dalam operasi cegah maksiat, awal pagi semalam.

Dalam pemeriksaan jam 1 pagi itu, wanita warga Indonesia berusia 63 tahun itu bersama teman lelakinya warga Bangladesh berusia 41 tahun ditahan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, serbuan ke atas rumah terbabit dilakukan hasil maklumat orang ramai.

“Penguat kuasa agama mengetuk pintu bilik rumah berkenaan beberapa kali sebelum dibuka seorang lelaki yang hanya berseluar pendek beberapa minit kemudian,” katanya.

Menurutnya, ketika serbuan dilakukan, wanita yang mempunyai lima anak itu memberi alasan kononnya dia menumpang membasuh baju di rumah sewa lelaki terbabit kerana rumah cucunya mengalami masalah bekalan air.

“Kami mendapati pasangan berkenaan tidak mempunyai sebarang hubungan mahram. Difahamkan mereka saling mengenali sejak tujuh bulan lalu.

“Lelaki yang sudah berkahwin itu merupakan pekerja di sebuah restoran di ibu kota,” katanya.

Dalam operasi berasingan, sepasang kekasih dicekup di sebuah pangsapuri di sini pada jam 1.50 pagi, semalam.

Ahmad Nawi berkata, pasangan berusia 24 dan 30 tahun itu ditahan anggota penguat kuasa selepas dipercayai pasangan itu berasmara dalam bilik sewa milik lelaki berkenaan.

“Perempuan itu memberi alasan berjumpa dengan teman lelakinya untuk mengadu berhubung masalah tempat kerjanya.

“Ketika serbuan perempuan itu berpakaian lengkap, manakala pasangannya hanya berseluar pendek,” katanya.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Balai Pandan Indah untuk membuat laporan.

Operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Dicerai lepas ‘kantoi’ SMS cinta pada anak
Jumaat, Mei 11, 2012 | Author: Tuk Kiyai
[HM] PETALING JAYA: Hati isteri mana yang tidak remuk apabila mendapati suami kedua yang dikahwini enam tahun lalu mencintai anak tiri berusia 10 tahun.

Lebih malang, ketika mahu mendapatkan penjelasan, wanita itu dibelasah dan diceraikan dalam kejadian di kediaman mereka di Sungai Buloh, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, wanita terbabit yang berusia 46 tahun dan bekerja sebagai pembantu klinik swasta mendakwa cedera di kepala selepas dihentak suaminya sebelum diceraikan talak satu ketika mereka bertengkar mengenai hal berkenaan.

Menurut sumber, wanita berkenaan terbaca khidmat pesanan ringkas (SMS) ayat cinta yang dihantar suaminya dalam telefon bimbit anak perempuan berusia 10 tahun hasil perkahwinan pertama.

“Mangsa yang curiga dengan kandungan SMS berkenaan kemudian cuba memeriksa telefon bimbit suaminya itu untuk mendapatkan kepastian ketika lelaki itu mandi. “Malangnya, telefon bimbit suaminya itu tidak dapat diaktifkan kerana kata laluannya dikunci,” katanya.

Sumber berkata, sebaik suaminya keluar dari bilik air, mangsa terus bertanyakan soalan bertubi-tubi mengenai luahan cinta kepada anaknya menerusi SMS itu.

“Tindakan mangsa mengundang kemarahan sebelum suaminya memaki hamun mangsa sebelum mengemas pakaiannya dan menghentak kepala serta tengkuk mangsa lalu melafazkan cerai talak satu,” katanya.

Katanya, lelaki terbabit memadam semua SMS menyebabkan mangsa yang tidak berpuas hati serta bimbang dengan keselamatan anak membuat laporan di Balai Polis Sungai Pelong.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian malang menimpa wanita itu.
Iklan 'Terlampau' Sehingga Menjilat Bibir...Gila!!
Khamis, Mei 10, 2012 | Author: Tuk Kiyai

Apa perasaan anda apabila melihat iklan ini? Terpengaruh? Berbanggakah wanita ini menjadi testimoni/model? Perlukan iklan tersebut dibuat sebegitu rupa?
Bayangkan anak anda terbaca iklan ini dan bertanyakan kepada anda, "Abah, vagina tu apa?" 
Kecoh Pasal Video Ini Semalam. Apa kata Polis?
Khamis, Mei 10, 2012 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:
[BH] KUALA LUMPUR: Polis sudah mengambil tindakan ke atas wanita (gambar) yang didapati menumbuk, menampar serta menendang bayinya yang mula dimuatnaik di laman sosial facebook, twitter selain disiarkan pengendali blog, tengah hari semalam.

Rakaman empat minit 19 saat itu memaparkan tindakan kejam wanita berusia 20-an, memukul bayi perempuan yang sedang menangis di katil sambil dirakam seorang wanita lain.

Rakaman itu turut memaparkan tindakan wanita berkenaan yang menyepak kepala bayinya di depan beberapa kanak-kanak lain.
Polis Bukit Aman menerima lebih 500 aduan orang ramai yang kebanyakannya kesal dengan tindakan wanita terbabit, selain prihatin dengan nasib yang menimpa bayi berkenaan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam laman facebooknya semalam, menjelaskan hasil pemeriksaan yang dijalankan, kes itu berlaku di Petaling Jaya pada 29 Mei tahun lalu dan wanita terbabit sudah ditahan polis pada hari yang sama.

Wanita terbabit kini menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula pada tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sementara itu, laman sosial YouTube sudah menarik balik rakaman video kes penderaan itu kira-kira jam 6 petang semalam.
Difahamkan, polis sedang mengesan individu yang bertanggungjawab merakam dan menyebarkan rakaman berkenaan bagi membantu siasatan.
Lelaki Terima Padah Mengendap Perempuan Mandi
Selasa, Mei 08, 2012 | Author: Tuk Kiyai
Sekadar hiasan
Saya petik:
[HM] SARIKEI: Tabiat jelik seorang lelaki warga Bangladesh yang gemar mengintai wanita dalam tandas di sebuah ladang berdekatan Jalan Bintangor, di sini, menerima padah apabila dia melecur disimbah air panas oleh mangsa intipannya, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, lelaki terbabit yang berusia 20-an dikatakan menggelupur kesakitan akibat melecur di muka, dada, bahu kiri dan lengan akibat terkena air panas selepas disimbah seorang pekerja wanita di ladang berkenaan.

Sumber berkata, lelaki terbabit dikatakan sering mengintai pekerja wanita yang menggunakan tandas berkenaan dengan menebuk beberapa lubang pada dindingnya. Menurutnya, perbuatan lelaki yang juga pekerja ladang itu dikatakan sudah lama berlarutan menyebabkan beberapa pekerja wanita berang dan memasang perangkap.

“Tengah hari tadi (semalam), lelaki terbabit dikatakan mengulangi perbuatan sama apabila mengintai seorang pekerja wanita yang memasuki tandas itu.

“Rupa-rupanya wanita itu hanya berpura-pura menggunakan tandas kerana dia sebenarnya mahu memerangkap lelaki warga asing itu. Malah, wanita berkenaan dipercayai sudah berpakat dengan rakan lain untuk ‘mengenakan’ lelaki itu.

“Ketika asyik mengintai, seorang daripada rakan wanita menyimbah air panas ke arah lelaki itu menyebabkan dia melarikan diri sambil menjerit kesakitan,” katanya.

Sumber itu berkata, lelaki terbabit bernasib baik kerana segera dihantar beberapa pekerja ladang untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sarikei.

“Bagaimanapun, berikutan kecederaan parah dialaminya, lelaki terbabit dirujuk ke Hospital Sibu,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu dan memaklumkan, keadaan lelaki terbabit dilaporkan stabil.
Sekadar hiasan

Saya petik:
[BH] KUALA TERENGGANU: Sepasang suami isteri dari Flet Awam Jalan Hiliran di sini, terkejut apabila terjaga daripada tidur awal pagi semalam dan mendapati seorang warga Nepal yang dipercayai mabuk tidur sekatil dengan mereka.

Kehadiran suspek disedari mangsa yang juga anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu pada jam 4.15 pagi selepas anak mereka yang berusia dua tahun menangis kerana dihimpit suspek yang tidur sekatil bersama keluarga berkenaan.

Suspek berusia 31 tahun yang dipercayai mabuk menceroboh masuk rumah anggota polis terbabit sebelum tertidur bersama keluarga terbabit.
Anggota terbabit dipercayai masuk tidur bersama isteri dan anaknya berusia dua tahun kira-kira jam 1.20 pagi tetapi terjaga apabila mendengar tangisan anaknya yang dipercayai berasa tidak selesa akibat dihimpit suspek.

Sebaik terjaga, mangsa yang terkejut dengan kehadiran suspek sedang lena tidur di katilnya, menahan lelaki itu dan memaklumkan kepada Rakan Cegah Jenayah Terengganu sebelum dibawa ke Balai Polis Chabang Tiga untuk siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin yang dihubungi di sini, semalam, berkata, suspek yang bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya di bandar raya ini dipercayai tersilap masuk ke kediaman mangsa akibat mabuk.

Katanya, suspek dipercayai memasuki rumah mangsa melalui pintu utama sebelum tidur di bilik sama dengan keluarga terbabit. 

P/s: Rumah polis ni tak berkunci ke?
Rakan sekerja dicekup khalwat
Jumaat, Mei 04, 2012 | Author: Tuk Kiyai

Saya petik:
[SH] AMPANG- Seorang lelaki yang dipercayai tidak pulang sejak tiga bulan lalu ditangkap khalwat bersama kekasihnya dalam serbuan di Taman Chempaka, di sini, awal pagi semalam.

Serbuan yang dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor dan Pegawai Masjid Al-Azim Pandan Indah kira-kira 1 pagi berjaya menahan lelaki berusia 27 tahun dan seorang perempuan, 22 tahun yang dipercayai tinggal bersama di rumah sewa berkenaan.

Ketika ditahan, perempuan itu memberi alasan tiada pilihan untuk tinggal di tempat lain menyebabkan dia tinggal bersama rakan sekerja yang berkhidmat dengan sebuah syarikat swasta itu.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, pihaknya menerima aduan mengenai lelaki dan wanita berkenaan tinggal serumah sehingga menimbulkan keraguan penduduk.

“Pemeriksaan lanjut menemui seorang perempuan berpakaian lengkap di dalam bilik,” katanya.

Ahmad Nawi berkata, lelaki berkenaan sudah berkahwin dan tidak pulang ke rumah isterinya sejak tiga bulan lalu, manakala pasangannya masih bujang.

“Difahamkan lelaki berkenaan mengenali teman wanitanya itu sejak setahun yang lalu. Dia juga dipercayai tidak memberi nafkah kepada isterinya.

"Operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995 dan jika disabit kesalahan kedua-duanya boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.
Dengan Rakyat Polis Berani, Dengan Jarum Polis Takut!!
Jumaat, Mei 04, 2012 | Author: Tuk Kiyai

Foto: Yop Tualang Sekah

Apa reaksi anda apabila melihat foto abang polis ini?

Berbeza dengan reaksi mereka (polis) pada BERSIH 3.0...Kah kah kah

[TERKINI] Kanak-kanak Ini Ditemui Selamat di Rawang
Khamis, Mei 03, 2012 | Author: Tuk Kiyai