Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Bukti umno terlibat!!

Label:

Saya petik:

[HD] KUALA LUMPUR, 13 Mei: Keengganan mengambil tindakan terhadap cetusan berbahaya Utusan Malaysia menunjukkan Umno terlibat secara langsung dengan laporan itu, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Akhbar itu baru-baru ini mengapi-apikan kemarahan orang-orang Melayu mengenai apa yang didakwanya sebagai rancangan menjadikan Malaysia negara Kristian.

"Baru-baru ini, Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Mohamad Hata Wahiri berkata, agenda mingguan akhbar Utusan Malaysia ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang dipimpin oleh Presidennya yang juga Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak).

"Sebab itulah Perdana Menteri dan kabinetnya tidak mahu mengambil tindakan tegas terhadap Utusan kerana kalau tindakan diambil, tindakan dikenakan ke atas diri mereka sendiri," katanya.

Mahfuz juga mempersoalkan sikap polis yang seolah-olah membutakan mata terhadap tindakan Utusan yang boleh mencetuskan rusuhan antara kaum di negara ini itu.

"Laporan Utusan itu mengancam keselamatan semua rakyat, Islam dan bukan Islam. Mengapa polis seolah-olah membutakan mata?" Ahli Parlimen Pokok Sena itu mempersoalkan.

Sikap polis itu, katanya, akan menguatkan lagi tuduhan sebahagian besar rakyat bahawa polis hakikatnya berkhidmat untuk kepentingan Umno.

"Bila Suara Keadilan siarkan berita Felda mungkin bankrap, begitu pantas Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan menggantung permit akhbar itu.

"Tetapi bila Utusan siarkan berita tanpa bukti mengenai kononnya Kristian hendak dijadikan agama rasmi yang jelas boleh mencetuskan rusuhan antara agama dan kaum, Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein) bukan sahaja tidak mengambil tindakan, malah memberi respon yang dilihat menyokong perbuatan Utusan itu.

"Begitu juga dengan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri) Jamil Khir (Baharom). Dia juga memberikan komen yang menambah nilai terhadap laporan fitnah Utusan itu.  Orang lantik jadi menteri suruh jaga (hal ehwal) Islam, dia buat komen yang cemarkan nama Islam dan umat Islam," kata Mahfuz.
Jika para pemimpin Umno yang mengatur agenda Utusan Malaysia mempunyai maruah, katanya, mereka sepatutnya meletakkan semua jawatan dalam kerajaan.

"Sebagai pemimpin kerajaan, mereka sepatutnya menjaga keselamatan negara. Tetapi, sebaliknya merekalah yang dilaporkan mengatur agenda akhbar yang menyiarkan berita fitnah yang boleh mencetuskan rusuhan kaum seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969 dahulu.

"Bukan sekali Utusan menyiarkan berita berunsur perkauman yang boleh mengapi-apikan rusuhan, sudah banyak kali dan kini ia didedahkan sebagai agenda para pemimpin Umno oleh bekas wartawan kanan Utusan sendiri," katanya.

Sehingga kini, para pemimpin kanan Umno yang berkenaan tidak menafikan laporan bahawa merekalah yang mengatur agenda Utusan yang berulang kali mengapi-apikan isu-isu yang boleh mencetuskan rusuhan antara kaum dan agama.

[video] Ceramah Anwar di Melaka

Label:

Saya petik:
[TVS] AYER KEROH 14 MEI : Negara ini adalah dua (2) Malaysia dan bukannya 1Malaysia - Satu zalim dan satu (lagi) rakyat tertindas," kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengupas pemerintahan Umno-Barisan Nasional di Melaka malam tadi.
Ucapan Anwar lebih satu jam di ceramah itu diganggu oleh sekumpulan remaja yang melontarkan kata-kata kesat terhadap Ketua Pembangkang itu namun puluhan anggota polis yang hadir tidak mengambil tindakan.
Anwar kemudian menggambarkan golongan itu sebagai 'keldai' Umno-BN yang cetek pengetahuan terhadap penindasan ke atas rakyat selain sanggup menjadi pencacai parti itu semata-mata mendapat upah RM50.
Justeru beliau menyeru kepada hadirin yang hadir supaya berfikiran matang membantu Pakatan Rakyat mengembalikan maruah negara yang semakin terhakis.
"Kita lihat polis tidak boleh diharap untuk halang mereka. Cuba kalau Najib punya majlis, habis kita ditangkap," kata Anwar kepada dua ribu hadirin Kampong Bukit Katil Ayer Keroh.
"Sebab itu negara ini dua (2) Malaysia dan bukan 1Malaysia. Satu zalim, satu rakyat tertindas. Boleh pencacai Umno itu jawab mana perginya RM52 bilion?" soal beliau sambil disahut sorakan gemuruh pengunjung yang hadir.
Beliau menjelaskan kronisme menyebabkan sejumlah RM52 bilion dari RM54 bilion yang diperuntukan kepada Bumiputera lesap kerana akibat diagihkan kepada individu yang berselindung di belakang nama Bumiputra.
"RM54 bilion saham bumiputera kini hanya tinggal RM2 bilion. RM52 bilion lagi, hilang. Sebab itu Mahathir beriya-riya mempertahankan Umno sebab anak dia orang Melayu terkaya di Malaysia. Syarikat Kencana Petroleum (dimiliki) oleh Mokhzani(anak Mahathir)," jelas Anwar.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut merujuk kepada ketirisan dana rakyat yang berpunca daripada pemberian kontrak-kontrak lumayan dan berat sebelah kepada individu-individu berkepentingan sehingga mewujudkan klas elit Melayu dan memiskinkan majoriti kaum itu.
Anwar turut merungkai kembali kegagalan kerajaan Umno-BN mencapai ekuiti Bumiputra ke tahap 30 peratus seperti yang disasarkan pada tahun 1990.
Jelas Anwar, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Najib Razak ghairah mendabik dada tentang kejayaan meningkatkan ekuiti itu kepada 22 peratus tahun ini, walhal hakikat adalah ia tetap kurang 8 peratus daripada sasaran yang ditetapkan lebih 10 tahun lalu.
Anwar berkata sungguhpun segelintir pemimpin Umno-BN tidak bersetuju dengan cara urus tadbir negara, namun mereka mendiamkan diri akibat khuatir kehilangan pangkat dan "periuk nasi".
Ini menyebabkan regim Umno-BN dikawal oleh jutawan-jutawan negara yang diberi perlindungan untuk mengaut keuntungan peribadi asalkan mereka menjaga kepentingan sempit pemerintah, tambah beliau.
"Pemimpin Umno tidak mampu berbuat apa-apa walaupun tidak bersetuju demi menjaga kepentingan diri. Mereka ini dalam poket taukeh besar," ujar beliau.
Dalam ceramahnya, Anwar sekali lagi berterus terang mengenai tuduhan liwat fitnah dan video seks yang menjadi modal Umno-BN menyerang peribadi, keluarga dan Pakatan Rakyat mutakhir ini.
Selain menjelaskan tahap kefahaman agama Islam yang dangkal dalam kepimpinan tertinggi Umno, Anwar menegaskan beliau tidak akan tunduk kepada cubaan juak-juak Umno mempermainkan prinsip Islam dan hukum Syarak.
Ujar beliau, perbuatan sumpah laknat tidak akan menyelesaikan kes jenayah sambil merujuk kepada nasihat Profesor Dr. Wahbah Zuhaili, ulama dari Syria.
"Prosedur adalah perlu ada siasatan dan pendakwaan. Itu baru ada kes. Sumpah tidak selesaikan kes. Saya menasihati rakyat supaya jangan keliru dengan tindakan Umno," jelasnya.
Justeru beliau menyarankan agar masyarakat mengangkat prinsip Maqassid Syariah yang mempertahankan soal akidah dan kebebasan.
Anwar berkata ancaman yang diperhebat saban hari terhadap Pakatan Rakyat tidak melemahkan matlamat gagasan pembangkang itu menubuhkan sebuah "kerajaan rakyat Malaysia" jika beri mandat untuk mengambil alih Putrajaya. 
Ketua Pembangkang itu turut berikrar akan meneruskan perjuangan untuk membawa pembaharuan politik yang didahagakan oleh rakyat serta membebaskan Malaysia daripada agenda sempit yang diikat kepada kepentingan keluarga dan kroni pemimpin-pemimpin Umno-Barisan Nasional.
"Saya sudah langkah dalam perjuangan, Insyallah saya akan teruskan. Ini bukan soal Anwar dan keluarga saya. Kami dalam PR ada program untuk membuat perubahan," kata beliau.
Dalam misi jelajah tawan negeri Melaka menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 malam tadi, Anwar bersama-sama kepimpinan Pakatan Rakyat bernekad membawa nafas baru kepada rakyat negeri itu.
Anwar mengulangi cabarannya untuk berbahas dengan Perdana Menteri Malaysia itu tentang polisi dan dasar pentadbiran negara selain merungkai kesangsian Buku Jingga dan janji 100 hari Pakatan Rakyat.
Katanya, Najib masih berdolak-dalik mengenai perbahasan itu walaupun Anwar menyatakan kesediaannya sejak tahun lalu. 
"Lepas dia (Najib) tanya saya semua isu video dan liwat. Giliran saya tanya tentang siasatan polis Altantuya, isu negara Perancis buka kertas siasatan terhadap Razak Baginda dan Perdana Menteri kita di atas isu kapal selam. Ketiga jawab pasal (kes khalwat) di Port Dickson," kata beliau.
"Kalau PRU dibuat sekarang, kekuatan kita lebih kuat daripada Umno dan mereka tahu perkara itu," kata beliau.

'Keldai' umno diupah RM50 untuk ganggu ceramah Anwar di Melaka

Label:

Saya petik:

[KD] MELAKA: Yang Melayu membentang tikar dan duduk. Yang Cina mahupun India, ada berdiri dan ada yang duduk di bangku kecil yang dibawa dari rumah.

Tiga gaya berbeza namun satu matlamat sama – mendengar ceramah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka hadir Ceramah Perdana Tawan Melaka PRU-13, ‘Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia’ di Pejabat Pas Kawasan dan Unit Peti Undi Bukit Katil dan walaupun ia berlangsung di markas PAS, ceramah itu menarik khalayak pelbagai kaum.

Pengerusi Majlis Pimpinan Melaka merangkap Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin memulakan ceramah dengan memohon maaf kerana hadirin terpaksa bersusah payah untuk hadir ke ceramah.

Di mana ada ceramah Anwar, di situ lambakan sekatan jalan raya

Secara berjenaka, beliau menyatakan Bukit Katil adalah kawasan ‘paling selamat’ di Melaka kerana banyak sekatan jalan raya pada malam ini.

“Polis sekarang adalah pencegah ceramah, bukan lagi pencegah jenayah,” sindir beliau.

Beliau berkata, lokasi asal yang dijadual di Paya Rumput terpaksa dipindah ke Bukit Katil kerana satu lubang besar digali untuk menghalang orang mendengar ceramah.

“Ia mengingatkan saya kepada Perang Khandaq (peperangan pada zaman Rasulullah ketika menyebar Islam),” kata Shamsul.

Shamsul kemudian meningkatkan ‘suhu’ ucapan dengan menyegarkan ingatan hadirin kepada penganiayaan terhadap Anwar.

“16 Mei ini, Datuk Seri (Anwar) tak perlu dipanggil bela diri sebab sepanjang perbicaraan tiada bukti Anwar terhadap pertuduhan yang dikenakan,” katanya.

Beliau sempat berjenaka dengan berpesan kepada hadirin agar ‘memasang’ niat betul apabila menonton atau membaca media kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) supaya mudah terpengaruh dengan putar belit mereka.

“Kalau baca Utusan atau tengok TV3, kena pasang niat. ‘Sahaja aku tengok TV3 atau baca Utusan tak mahu percaya apa yang dilapor,” katanya dengan disambut gelak tawa.

Ahli Parlimen Hulu Langat, Abdullah Sani kemudian mengambil tempat untuk berceramah tetapi ucapannya kerap diganggu sekumpulan kira-kira 20 penyokong Umno yang berteriak ‘Hidup Saiful’ dan ‘Anwar b*b*’ dari seberang jalan.

Biarpun kekangan dibuat bagi menghalang rakyat mendengar amanat Anwar, ribuan pasti hadir

Sebaik sahaja Anwar mengambil tempat untuk berceramah, beliau menempelak penyokong Umno itu.

“Bayar RM50, tolong jerit pada ceramah. Jangan jadi hamba orang rasuah. Kerja tidak ada. Pendidikan, tidak ada. Yang ada RM50, upah jerit. Dalam Quran, disebut ‘keldai’,” katanya disambut sorakan gemuruh.

Anwar turut menempelak Puteri Umno yang pernah menyamakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dengan pemimpin ajaran sesat, Ayah Pin.

“Orang begini jahil, angkuh, bodoh. Paling saya menyampah dengan orang macam ini,” kata Anwar.

Berucap lebih lanjut, Anwar berkata, walaupun berhadapan dengan pelbagai dugaan, beliau bersyukur ke mana-mana beliau pergi, sokongan tetap diberi.

“Hari-hari dicerca, mana-mana saya pergi sokongan tetap ada. Maknanya, bukan semua rakyat bodoh,” katanya.

Dalam ucapan, Anwar juga menjelaskan, isu jam Omega tidak diteruskan polis dan Umno kerana jam yang diserahkan Eskay kepada polis sebenarnya ‘dibeli’ beliau pada 2004, sewaktu masih dalam penjara.

Beliau juga sempat berkongsi pengalamannya dipujuk Ahli Lembaga Pengarah Bank Baraqa untuk tinggal di luar negara sewaktu berkunjung ke Bahrain baru-baru ini.

“Tak payah duduk di situlah (Malaysia), kami tengok (dugaan yang dihadapi Anwar) kami pun tak tahan,” cerita Anwar yang tetap mahu meneruskan perjuangan demi rakyat Malaysia.

“Rakyat tidak cerca saya, yang cerca saya pemimpin Umno,” kata Anwar.

Taktik ‘talam dua muka’ Najib makan diri - Husam

Label:

PM sebelum ini 'merestui' agenda Utusan Malaysia memainkan sentimen 'bimbang' (fear psychology) untuk memastikan orang Melayu kekal menyokong Umno-BN.

Saya petik:

[FMT] PETALING JAYA: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Datuk Husam Musa menyifatkan pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menangani isu ‘konspirasi Kristian’ hanya memakan dirinya sendiri.
 
Husam berkata Najib sebelum ini ‘merestui’ agenda Utusan Malaysia memainkan sentimen ‘bimbang’ (fear psychology) hanya untuk memastikan supaya orang Melayu kekal menyokong Umno-Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang sama seperti isu ‘tengkolok bersalib’ yang dikenakan Tengku Razaleigh Hamzah menjelang pilihan raya umum tahun 1986.

“Namun apabila agenda ini bergerak memakan tuan dan langkah Utusan Malaysia ditolak oleh majoriti rakyat, Najib tiba-tba berubah mengambil watak bersikap lebih sederhana dan pertengahan,” kata exco kanan kerajaan negeri Kelantan itu.

Malah Najib kelmarin mengeluarkan kenyataannya bahawa teori menukar kedudukan Islam dalam perlembagaan negara adalah tidak nwujud dan menyeru ‘semua pihak membendung perasaan emosi untuk tidak membuat perkara yang boleh mengganggu-gugat keamanan, keharmonian serta kesejahteraan negara’.

“Persoalannya, jika Perdana Menteri sedar gerakan ini membahayakan negara kenapa Utusan Malaysia bebas menjadi ‘anak nakal’ yang tidak bertanggungjawab menabur api fitnah sesuka hati?

Dua watak PM
 
“Ini bermakna, Perdana Menteri selaku presiden Umno sebenarnya merestui agenda Utusan Malaysia. Perdana Menteri bermain dua watak sekaligus dan membawa ‘dua pancing satu umpan’.

“Sikap talam dua muka dengan isu sensitif ini dikuatkan dengan tiada sebarang tindakan tegas diambil ke atas Utusan Malaysia.

“Dengan itu, boleh dipastikan Utusan Malaysia akan terus-menerus menggunakan kad perkauman dan agama menjelang pilihan raya umum akan datang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata tindakan Utusan yang bersifat provokatif dan Najib dalam masa yang sama mengambil sikap lepas tangan adalah sama sekali menyalahi ajaran Islam dan berbahaya kepada norma kerukunan masyarakat Malaysia pada keseluruhannya.

“Ini adalah politik Machiavelli pada peringkat yang tertinggi,” katanya.

Surat teguran

Sementara itu, Utusan Malaysia semalam dikenakan surat teguran daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung laporan muka hadapannya ‘Kristian agama rasmi?’ serta laporan yang disiarkan di halaman 5 pada Sabtu lalu.

Selain teguran, surat tersebut juga memanggil pengarang Utusan memberi penjelasan kerana menyiarkan perkara yang didapati bertentangan dengan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984.

KDN dalam satu kenyataannya berkata surat teguran tersebut telah diserahkan kepada Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu, Datuk Aziz Ishak.

“KDN akan terus memantau setiap akhbar yang dikeluarkan supaya tidak menyebarkan berita-berita yang boleh menggemparkan fikiran orang ramai atau kandungan-kandungan yang bertentangan dengan AMCP 1984,” menurut kenyataan itu lagi.

Laporan berkenaan yang memetik tulisan dalam blog mencetuskan kontroversi apabila mendakwa terdapat konspirasi sekumpulan pendita Kristian yang didakwa berikrar untuk melantik Perdana Menteri daripada penganut agama itu

[PANAS] Bangkai BABI dibuat sosej?

Label:

Saya petik:
[BERNAMA] Kementerian Kesihatan sedang menjalankan siasatan berhubung laporan sebuah televisyen tempatan berkaitan isu babi yang telah mati yang digunakan untuk menghasilkan makanan yang terproses.

Pengarah Kanan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan, Noraini Datuk Mohd Othman, berkata pihaknya memandang serius perkara itu dan sekiranya laporan itu berasas, pihak yang terlibat boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 13A Akta Makanan 1983.

Dalam kenyataan di Kuala Lumpur, beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dengan perkara itu supaya menyalurkan maklumat itu menerusi laman web bahagian itu di http://fsq.moh.gov.my atau emel fsq-division@moh.gov.my.

Isu itu tercetus apabila NTV7 dalam Edisi Siasat Mandarin baru-baru ini mendakwa penternak babi di Tanjung Sepat, Selangor, menjual bangkai haiwan berkenaan untuk menghasilkan makanan seperti sosej, daging salai, dim sum dan pau.

(Gambar hiasan)

Rahim Thamby Chik solat satu rakaat. Solat apa?

Label:

Saya petik:
 
Rahim Thamby Chik solat sunat ‘menunjuk-nunjuk’ – Ustaz Shamsul

[KD] KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik melakukan solat solat satu rakaat sahaja sebelum upacara sumpah laknat berlangsung di Masjid Amru Al As Bandar Baru Sentul, dua minggu lalu.

“Saya hairan, Rahim Thamby Chik apabila datang semua buat solat sunat, jam 4.15 petang. Asar tak masuk lagi tak apalah. Mungkin solat tahiyatul masjid. Tapi kenapa solat satu rakaat, takkan solat witir,” kata Ustaz Shamsul Firdaus.

Pendedahan itu dibuatnya sewaktu memberi tazkirah ringkas pada majlis tertutup selepas bacaan Yassin di rumah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, perbuatan bersolat satu rakaat itu membuatkan orang ramai beranggapan Rahim Thamby Chik sebenarnya tidak tahu apa yang dilakukannya tetapi mahu menunjuk-nunjuk.

“Nampak sangat solat itu bukan solat betul-betul, solat nak menunjuk-nunjuk (kepada) orang sahaja,” katanya.

Bekas Imam Masjid Bukit Damansara itu adalah ustaz yang menyerahkan buku qazaf kepada Datuk T dan menasihati mereka supaya membatalkan rancangan sumpah laknat itu.

Ustaz Shamsul berkata, kehadirannya di majlis itu tidak dirancang, malah, peluang menasihati Datuk T dianggap satu ketentuan Allah.

“Kebetulan pada hari berkenaan, saya pakai baju Melayu sepasang, saya pakai kopiah putih tapi sebelum saya keluar dari kereta saya tukar songkok hitam.

“Nampak songkok tinggi sikit. Boleh masuk geng GST (geng songkok tinggi). Kemudian tak semena-mena kumpulan berkenaan, anggota polis, Pemuda Umno, bagi laluan dia ingat saya imam masjid,” kata Ustaz Shamsul sambil tergelak kecil.

Pada upacara itu, pelbagai kejadian ‘aneh’ berlaku sepanjang proses Datuk Eskay Abdullah membuat sumpah laknat antaranya Eskay memegang al-Quran terbalik dan lafaz kalimah syahadah kedengaran tidak tepat, malah beliau turut memakai baju kalis peluru.

Imej MISTERI dalam jentera bomba

Label:

GAMBAR ahli keluarga Rozaidi yang dirakam di hadapan sebuah jentera bomba yang memaparkan imej misteri wanita berambut panjang (dalam bulatan) di Dataran Merdeka baru-baru ini.

Saya petik:

[kosmo] KUALA LUMPUR – Seorang pemandu peribadi, Rozaidi Ahmad, 42, terkejut dengan kemunculan imej misteri di dalam gambar yang dirakamnya semasa mengunjungi Hari Bomba Malaysia di Dataran Merdeka di sini baru-baru ini.

Menurutnya, imej tersebut yang menyerupai seorang wanita berambut panjang dikesan pada gambar yang dirakam menggunakan kamera digital pada 7 Mei lalu.

“Kami sekeluarga menyedari imej pelik berkenaan dua hari selepas itu semasa anak sulung saya memasukkan gambar-gambar daripada kamera ke komputer riba.

“Kami terkejut apabila ada imej lain yang menyerupai seorang wanita berambut panjang di dalam jentera bomba,” ujarnya kepada Kosmo! di sini semalam.

P/S: Makhluk halus seperti jin dan syaitan sememangnya berkongsi dunia dengan manusia cuma manusia tidak dapat melihat makhluk-makhluk ini....Jika manusia dapat melihat makhluk ini, itu suatu kelebihan yang dianugerahkan...

Pemuda sebak dengar jeritan kekasih dirogol dua lelaki

Label:

Saya petik:

[BH] PASIR GUDANG: Dalam keadaan kaki dan tangannya terikat, seorang pemuda hanya mampu menahan sebak mendengar jeritan kekasihnya dirogol dua lelaki dalam sebuah rumah kosong di Telok Jawa, Seri Alam, di sini awal minggu ini.

Sebelum kejadian kira-kira jam 2.25 pagi Isnin lalu itu, kereta dinaiki pasangan terbabit dihampiri dua lelaki menunggang sebuah motosikal ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat sambil seorang suspek mengacukan pisau ke arah mereka sebelum merampas kereta dan memandunya ke rumah kosong berkenaan diekori rakannya menunggang motosikal. 

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin, berkata tiba di lokasi kejadian, teman lelaki mangsa berusia 26 tahun terus diikat manakala kekasihnya yang juga ibu tunggal berusia 24 tahun diheret ke dalam rumah berkenaan sebelum dirogol bergilir-gilir.

"Selepas merogol, dua suspek melarikan diri bersama pelbagai barangan milik pasangan terbabit. Mangsa kemudian bergegas membuat laporan di balai polis berhampiran. Susulan itu, satu pasukan khas ditubuhkan dan dalam tempoh sembilan jam, dua suspek berusia 25 dan 33 tahun berjaya ditahan.

“Mereka diberkas di sebuah rumah dekat Jalan Bayan, di sini. Siasatan lanjut mendapati seorang daripada suspek mempunyai lapan rekod jenayah curi kenderaan, pecah rumah dan menyebabkan kematian. Bekas banduan itu juga pernah dikenakan tindakan buang daerah di Petaling Jaya pada 2006. Mereka kini direman bagi membantu siasatan,” katanya.

Bercakap pada sidang media, di sini semalam, beliau berkata, ibu tunggal yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta itu kini masih trauma dengan kejadian berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 396/397 Kanun Keseksaan kerana samun dan Seksyen 376 kanun sama kerana merogol.

(Gambar hiasan)

Utusan diberi amaran. Bigdog, marahku bagaimana?

Label:

Saya petik:

[MStar] PUTRAJAYA: Utusan Malaysia telah diberikan surat amaran oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana menyiarkan berita muka hadapan bertajuk 'Kristian Agama Rasmi? pada 7 Mei lalu yang boleh dianggap sebagai mencetuskan kegelisahan kepada masyarakat.

Timbalan Ketua Setiausaha KDN (Keselamatan), Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi dalam satu kenyataan yang dikeluaarkan Khamis berkata, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan telah dipanggil ke kementerian untuk menjelaskan tentang laporan berita tersebut yang dianggap bercanggah dengan syarat-syarat di bawah Akta Percetakan dan Penerbitan 1984.

Beliau berkata, selepas pertemuan tersebut, pihak kementerian memutuskan untuk mengeluarkan surat amaran berkenaan kepada Kumpulan Utusan.

"Adalah menjadi amalan pihak KDN untuk memanggil bagi mendapatkan penjelasan daripada pihak penerbit yang menerbitkan sesuatu yang dianggap sebagai melanggari syarat permit atau akta berkenaan," kata Abdul Rahim.

Abdul Rahim berkata,sehubungan dengan itu, KDN akan terus memantau semua kandungan akhbar untuk memastikan mereka tidak menerbitkan sesuatu yang boleh mendatangkan keresahan pada masyarakat atau sesuatu yang bercanggah dengan syarat permit penerbitan.

Utusan telah menyiarkan laporan tersebut sebagai berita utama muka depannya pada 7 Mei lalu berasaskan apa yang telah dimuat naikkan oleh dua orang bloger yang mendakwa DAP dan para pemimpin gereja telah mengadakan satu pertemuan di Pulau Pinang Jumaat lepas untuk membincangkan isu untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan dan perdana menteri dari kalangan penganut agama tersebut.

Ahmad Maslan Tonton Video Seks Dengan Isteri & Umno Taksub dengan Anwar

Label:

 (Buah tangan umporno untuk perwakilan)

Saya petik:

[TVS] KUALA LUMPUR 12 MEI : Umno menyambut ulangtahun ke 65nya semalam dalam keadaan  masih taksub dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun beliau sudah 13 tahun meninggalkan parti itu .

Serangan ke atas Ketua Pembangkang itu menjadi tumpuan utama di Pusat Dagangan Dunia Putra dengan perwakilan diberikan naskah percuma buku  berjudul Tuhan, Politik dan Seks' yang menfitnah Anwar dengan tuduhan jijik,  menggunakan bahasa lucah.

Buku setebal 555 halaman adalah hasil penulis upahan  Syed Hussein Al Attas. Ia diberikan kepada semua hadirin sebagai cendermata yang dimasukkan dalam sebuah beg.

Pada muka hadapan buku itu tertera gambar palsu Anwar yang berambut panjang perang, bergincu serta berkuku merah dan lasa bel “18SX”.

Turut dihentam dalam bukunya ialah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Syed Hussein memperuntukan satu bab dengan tajuk “Nik Aziz: Ulamak Nyanyuk”.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan  memberitahu hadirin di satu forum  bahawa beliau dan isterinya menonton video lucah Datuk T dan “yakin” pelaku itu adalah Anwar.”

Maslan tidak menerangkan keperluan beliau mengajak isterinya untuk sama-sama menonton video lucah 21 minit itu.

“Saya telah saksikan video itu dan yakin pelaku dalamnya adalah Anwar. Saya menonton bersama isteri saya,” kata Ahmad Maslan di depan beberapa ulama  Umno yang menyertai sebuah forum sempena ulangtahun ke 65 parti itu.

Sebelum itu ulama muda Fathul Bari Mat Jahya berkata dakwaan fitnah ke atas pemimpin politik melalui penyebaran rakaman video seks tidak sepatutnya dilakukan kerana ia bertentangan dengan prinsip Islam.

Fathul  berkata, hukum mengaibkan seseorang seperti itu adalah  dosa besar dan dan tidak sepatutnya dilakukan oleh Umno.
"Kita sepatutnya menutup keaiban manusia dan bukan membukanya," kata beliau.

Namun segala pengamatan Fathul itu ditolak oleh Ahmad Maslan yang  mendakwa Umno tidak terlibat dalam fitnah  sebegitu.

Namun Ketua Penerangan itu alpha dan tidak menerangkan kenapa buku seks Syed Hussein  yang  menfitnah Anwar diberikan kepada perwakilan Umno.    

Lelaki ini bukan orang MIC tetapi Ketua Pemuda Umno P.Pinang

Label:

Lelaki ini merupakan Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin. Anda jangan keliru dengan jawatannya!!

Bakal Isteri No. 4 Salih Yaacob

Label:

Saya petik:
 
[HM] “Abang comel, saya paling suka hidung dia yang mancung kerana itu juga antara kriteria lelaki idaman saya,” kata bakal isteri keempat pelakon, pengacara dan penyampai radio Sinar FM, Salih Yaacob yang hanya mahu dikenali sebagai Emi, 24.

Gadis manis dari Johor itu bakal disunting Salih, 50, sebagai suri hidupnya, sekali gus melengkapkan kuota poligami Salih yang sudah diamalkannya sejak puluhan tahun lalu.

Majlis perkahwinan pasangan berkenaan dijangka berlangsung selepas Aidilfitri ini berikutan kesibukan Salih mengurus kerjayanya ketika ini selain mahu menyelesaikan beberapa urusan mahkamah berkaitan urusan kebenaran berpoligami.

Emi berkata, walaupun hidung Salih menjadi antara tarikan padanya, namun dia tidak menetapkan kelebihan fizikal sebagai teras utama memilih suami, sebaliknya keikhlasan dan sifat dalaman seseorang lelaki yang sentiasa diberi keutamaan dalam melayari bahtera rumah tangga.

“Rupa paras perkara kedua bagi saya, lebih penting sifat dalaman yang ada pada diri bakal suami dan saya nampak ciri-ciri itu ada pada abang, malah dia banyak mengajar dan membentuk saya menjadi insan baik dalam mendepani perjalanan hidup.

 Salih bersama tiga isterinya

P/s: Saya tabik spring kepada Salih...Masih mantap!! 

10 Remaja bawah umur didakwa cabul & rogol gadis di bawah jambatan

Label:

Saya petik:

[SH] KULAIJAYA – Sepuluh remaja bawah umur termasuk empat perempuan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kulaijaya, di sini, semalam berhubung kes mencabul kehormatan dan rogol seorang remaja berusia 13 tahun.

Seorang daripada remaja lelaki berkenaan berusia 15 tahun dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan penjara 20 tahun atau sebatan jika sabit kesalahan kerana merogol remaja berusia 13 tahun itu.

Tertuduh mengaku melakukan kesalahan itu pada jam 11 malam di bawah jambatan kereta api di Batu 21, berhampiran stesen hentian kereta api di sini, 1 Mei lalu.

Manakala dua remaja lelaki berusia 14 tahun mengaku melakukan kesalahan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan terhadap mangsa itu dengan niat untuk mencabul kehormatan.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara yang boleh mencapai sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua seksaan, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan dibacakan terhadap ketiga-tiga tertuduh di hadapan Majistret, Zainon Anuar dan tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 13 Jun ini.

Sementara itu, tujuh lagi remaja yang terbabit diletakkan di bawah perlindungan dan pengawasan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Dalam pada itu, Sinar Harian difahamkan, mangsa berkenaan ditemani rakan-rakannya untuk bertemu dengan teman lelaki yang baru dua hari menjalin hubungan cinta dengannya pada malam kejadian.

Bagaimanapun, mangsa dirogol oleh teman lelakinya sebaik sahaja tiba di tempat kejadian dan turut dicabul oleh rakan-rakan teman lelakinya itu. 

P/s: Hebat bangsa Melayu!!  

(Gambar sekadar hiasan)

Wanita 80 tahun kena rompak, rogol

Label:

Saya petik:

[BH] NIBONG TEBAL: Seorang wanita warga emas berusia 80 tahun trauma selepas dibelasah, dirompak dan dirogol lelaki yang memecah masuk rumahnya berhampiran ladang kelapa sawit dekat sini, malam Isnin lalu.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa yang tinggal berseorangan di rumah berkenaan terkejut apabila disergah seorang lelaki menutup muka menggunakan kain.
Sumber berkata, lelaki itu yang memecah masuk rumah mangsa kemudian mengugutnya menggunakan pisau sebelum menyelongkar barang peribadi mangsa. 
“Mangsa cuba melarikan diri untuk mendapatkan bantuan, namun tidak berjaya apabila lelaki itu berjaya menangkapnya dan membelasahnya di muka sehingga cedera sebelum merogolnya.

“Selepas merogol mangsa yang tidak berdaya untuk melawan, suspek melarikan diri dengan mengambil seutas jam tangan dan telefon bimbit wanita itu.

“Mangsa yang mengalami kecederaan dan lebam di beberapa bahagian muka kini dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ).

“Risau akan keselamatan mangsa, seorang anaknya membawa mangsa pulang ke rumahnya di Ipoh,” katanya.

Sementara itu, anaknya yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian beliau keluar rumah untuk berjumpa rakan kira-kira sejam dan apabila pulang mendapati ibunya cedera kerana dipukul, dirompak dan dirogol.

Katanya, ini kali ketiga rumah ibunya dipecah masuk dengan yang pertama kira-kira 10 tahun lalu dan terbaru sebulan lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafien Mamat ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan sedang dijalankan. 

(Gambar hiasan) 

Lelaki ini dapat habuan kerana BERASMARA dengan isteri orang

Label:

Saya petik:

[BH] KODIANG: Bahana memadu kasih dengan isteri orang, seorang lelaki hampir putus tangan akibat ditetak suami kekasihnya yang berang selepas mengetahui hubungan sulit mereka di Kampung Palas di sini, pagi kelmarin. 

Kejadian itu berlaku jam 7.30 pagi ketika mangsa berusia 40-an dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Palas ke tempat kerjanya di Pekan Kodiang di sini, apabila keretanya ditahan seorang jiran lelaki.
 
Suspek yang berada di kawasan berhampiran, kemudian dikatakan menarik mangsa keluar dari kereta dan mengheretnya ke kereta suspek yang terletak tidak jauh dari tempat itu.

Suspek kemudian mengambil sebilah parang yang diletak di atas but keretanya dan melibas ke arah mangsa.

Mangsa cuba mempertahankan diri dengan menepis tetakan itu, tetapi ia terkena ke sikunya sehingga menyebabkan tangan kiri mangsa hampir terputus.

Mangsa kemudian dikatakan cuba lari untuk mendapatkan pertolongan penduduk kampung, namun ditetak sekali lagi di bahu dan perut.

Bagaimanapun, tindakan segera penduduk kampung yang kebetulan melalui kawasan itu berjaya menahan suspek daripada terus menyerang mangsa. Suspek kemudian menyerah diri di Balai Polis Kodiang.

Anak lelaki sulung mangsa berusia 20-an yang tiba di lokasi kejadian membawa bapanya ke Hospital Jitra (HJ).

Mangsa yang mempunyai empat anak kemudian dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar berikutan kecederaan serius.

Sementara itu, isteri mangsa yang enggan dikenali berkata, pergaduhan itu dipercayai berpunca daripada dendam lama dan mengakui suaminya pernah bercinta dengan isteri suspek.

“Mungkin tindakan suami saya pernah beberapa kali menghantar SMS kepada isteri suspek, menyebabkannya naik berang.

"Saya sudah membuat laporan di Balai Polis Kodiang dan menyerahkan kepada polis untuk ambil tindakan terhadap penyerang suami saya,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintendan Ibrahim Mohd Yusoff mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Katanya, polis sudah menahan lelaki berusia 47 tahun untuk membantu siasatan. 

P/s: Tak pasal-pasal dapat penyakit. Yang mengorat bini orang tu kenapa?

(Gambar hiasan) 

Suami dakwa Norsaida sedang "angau" dengan teman lelaki. Alahai....

Label:

Saya petik:

[MStar] KUALA LUMPUR: Suami kepada penyanyi, Saida mendakwa isterinya sedang 'angau' dengan seorang lelaki sehingga menyebabkan rumah tangga mereka yang dibina sejak 15 tahun lalu terabai.

Mohd Ghazali Yahya Zikri seterusnya mendakwa, dia pernah berjumpa Saida dengan lelaki tersebut yang bernama Hafiz Che Mat berada di dalam sebuah kereta di Balakong, dekat sini.

"Saya telah tanya pada lelaki itu jika dia tahu Saida adalah isteri saya? Waktu itu, Saida menjawab lelaki itu mahu memulangkan telefon bimbit miliknya.

"Saya rampas telefon bimbit tersebut dan jumpa khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengandungi perkataan seperti sayang, rindu dan sebagainya," katanya di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Rabu.

Lelaki tersebut kemudiannya memberitahu bahawa dia mempunyai bukti iaitu bil telefon menunjukkan Saida yang juga kakak kepada penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza menghabiskan masa berjam-jam untuk berbual dengan lelaki itu.
Mohd Ghazali. 
Mohd Ghazali seterusnya mendakwa, dia menganggap anasir luar itulah yang menyebabkan Saida mahu bercerai dan keluar daripada rumah kelamin mereka yang terletak di Alam Damai, Cheras, kira-kira sebulan lalu.

Pada prosiding itu, Saida atau nama sebenarnya, Siti Norsaida Tarudin mengakui mengenai kejadian dalam kereta yang didakwa suaminya itu, tetapi menambah hubungan dia dengan lelaki berkenaan sekadar rakan sekerja.

Pada masa itu, Hakim Syarie Mohd Suhaily Rosdi berkata: "Industri kerja seperti kamu memang akan berjumpa ramai orang. Tetapi tidak perlulah saya bercakap banyak kerana semua orang tahu tentang hukum hakam".

Mohd Ghazali kemudiannya berdiri dan menambah, dia boleh memahami sekiranya Saida perlu berjumpa ramai orang, tetapi tidak perlu sampai ke tahap untuk memanggil sayang dan mendesak untuk bercerai.
"Bila saya siasat dia tidak mahu mengaku. Tapi bila saya sudah jumpa gambar-gambar dan SMS ada sayang, itu bukan rakan biasa.

"Saya sangat sedih, kecewa dengan isteri saya. Dahulu, dia seorang yang sangat lemah-lembut dan sekarang lupa tanggung jawab.

"Saya harap hakim boleh beri nasihat. Apa salah saya sehingga dia buat begini? Saya kasihankan anak-anak. Mereka sampai tidak pergi ke sekolah. Dulu dia tidak begini," tambahnya.

Selain itu, Mohd Ghazali juga memberitahu, dia tidak melihat masalah besar dalam perkahwinan mereka yang boleh membawa kepada perceraian, sebaliknya hanya masalah-masalah kecil.

Saida pula memberitahu, dia telah meminta cerai sejak tahun 2008 kerana tidak boleh menerima suaminya ekoran tiada persefahaman.

Selepas mendengar keterangan-keterangan yang dinyatakan oleh Mohd Ghazali dan Saida, Mohd Suhaily memutuskan untuk memberi peluang terakhir kepada pasangan tersebut untuk mencari penyelesaian dalam masalah yang dihadapi.

Beliau juga menasihatkan mereka untuk mengerjakan umrah seperti yang dicadangkan oleh Mohd Ghazali yang berhasrat mahu membawa isterinya itu ke Tanah Suci.

Saida yang pernah menyertai rancangan realiti, Akademi Fantasia bersetuju dengan cadangan itu namun memberitahu akan membawa ahli keluarganya bersama.

Pada prosiding sama, Mohd Suhaily memutuskan bahawa wakil hakam pasangan tersebut telah gagal untuk mencapai matlamat bagi menyelesaikan masalah perkahwinan mereka dan memutuskan agar diadakan semula perbincangan.

Sekiranya masih gagal, Mohd Suhaily menetapkan agar pasangan itu dibawa bertemu dengan wakil hakam yang akan dilantik oleh mahkamah.

Kes akan disebut semula pada 15 Jun depan.

Berdasarkan rekod, Mohd Ghazali melantik bapa saudaranya, Shihabudin Alang Mat Piah sebagai wakil hakamnya manakala Saida diwakili oleh seorang rakan, Norhisham Rahmat.

Prosiding di mahkamah bermula selepas Saida memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik atas alasan mereka sudah tidak mempunyai persefahaman dan telah mengalami masalah yang tidak dapat didamaikan.

Saida, 35, dan Mohd Ghazali, 41, mendirikan rumah tangga di kampung halaman penyanyi itu, di Kuala Lipis, Pahang pada 14 Disember 1996 dengan berwalikan bapa kandung.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata, Siti Nurunnyssa, 14, Anas, 12, Khalid, 8, dan Siti Nurul Mashitah, 5 tahun.

Mohd Ghazali diwakili oleh peguam syarie Amli Embong sementara peguam Ahmad Nazib Johari mewakili Saida.

Pemuda PAS Selangor mahu mengadap Sultan

Label:

Saya petik:

[HD] GOMBAK, 11 Mei: Dewan Pemuda PAS Selangor sedang merancang untuk menyerahkan satu memorandum kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi membantah kewujudan senarai pengundi-pengundi tukar alamat yang luar biasa di kebanyakan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor.

Menurut ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan kewujudan itu dikesan melalui senarai pengundi-pengundi dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) bagi suku 1/2011 yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) Selangor baru-baru ini.

Ianya dikeluarkan bermula 28 April sehingga 4 Mei bagi tujuan semakan tuntutan dan bantahan kepada awam.

Hasbullah berkata, timbul keraguan apabila kebanyakan pengundi yang bertukar alamat ke Parlimen dan Dun ini ialah penduduk Sabah yang mempunyai kod kad pengenalan 12 yang kebanyakannya ditukarkan ke Parlimen Kota Raja yang dimenangi PAS dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

"Pemuda PAS Selangor akan bawa perkara ini kepada pengetahuan Sultan Selangor melalui memorandum yang akan diserahkan. Kita sedang berusaha untuk mengadap Tuanku Sultan dan surat telah pun dihantar, tunggu maklum balas daripada istana," kata beliau pada sidang media di pejabat PAS Kawasan Gombak, dekat sini hari ini.

Mengulas lanjut, Hasbullah berkata, kebanyakan pengundi-pengundi luar yang bertukar alamat ini mengesahkan bahawa mereka dipanggil pihak-pihak tertentu untuk mengundi di kawasan-kawasan tertentu tanpa kerelaan.

Ujarnya juga, tambah mendukacitakan dan menyukarkan proses semakan apabila alamat lengkap pengundi-pengundi tidak menunjukkan sebarang nama jalan, nama taman perumahan dan nama lorong.

"Siasatan dan semakan mendapati pengundi-pengundi yang bertukar alamat ini diletakkan dalam sesebuah rumah dalam jumlah yang ramai dan tidak munasabah serta pelbagai bangsa iaitu terdapat setengah pengundi Cina dan India dalam rumah yang sama begitu juga sebaliknya," katanya.

Minggu lalu, ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud  juga menggesa  SPR menjelaskan kekeliruan dan keraguan dalam senarai daftar pemilih secara atas talian (online) dan pejabat SPR negeri.

Beliau berkata, timbul keraguan apabila ramai pengundi (Parlimen Kota Raja) didakwa bertukar alamat gagal dikenal pasti dalam Daftar Pemilih Induk (DPI) kerana tidak disertakan alamat lengkap.

Selain itu, Pemuda PAS Selangor turut membantah tindakan SPR mendaftarkan seramai 303 anggota pasukan latihan pegawai simpanan (PALAPES) Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai pengundi pos yang jelas melanggar peraturan dan akta SPR.

Menurutnya, pihaknya telah membawa perkara itu kepada SPR selangor untuk mendapatkan penjelasan namun belum ada sebarang maklum balas.

"Kenapa PALAPES UPM didaftarkan sebagai pengundi pos sedangkan mereka belum lagi menjadi anggota tentera?" soalnya.

Lapor polis

Sementara itu, pemuda PAS Selangor juga akan membuat satu laporan polis berkaitan taktik Umno BN memberikan kerakyatan kepada 2,000 pengundi baru warga Indonesia.
PKR semalam mendakwa Ketua Umno Bahagian Hulu Selangor, Idris Abu Bakar menulis surat kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien.

Dalam surat itu, Idris memohon kelulusan untuk mendapatkan warganegara Malaysia (PR) bagi kawasan Parlimen Hulu Selangor, seramai 2,000 orang.

Pemuda PAS Selangor juga mengggesa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan SPR menjelaskan mengenai maklumat yang didedahkan itu.

"Pemuda PAS Selangor berikrar tidak akan merelakan negeri ini digadai serta dicabul kedaulatannya daripada pihak-pihak luar yang bakal menjejaskan keharmonian dan kerukunan negeri Selangor daripada pihak-pihak yang rakuskan kuasa dan pangkat secara bacul serta tidak bermaruah," katanya.

Dalam pada itu, nama-nama dalam surat Idris itu menyatakan bahawa ianya merupakan pengundi yang boleh membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Menurut surat itu, mereka telah menjalankan ujian saringan terhadap 2000 warga Indonesia itu bebas daripada kesalahan jenayah, dadah dan ideologi yang  berbahaya serta terpesong dan terdiri daripada kalangan pelajar, usahawan tulen dan bekerjaya.

Sekolah remaja HAMIL Ali Rustam penuh. Bukti zina berleluasa

Label:

Saya petik:

15 diletakkan dalam senarai menunggu Sekolah Harapan dan Rumah Harapan

[BH] JASIN: Sejak ditubuhkan pada awal September 2010, Sekolah Harapan dan Rumah Harapan (SHRH) Melaka sudah menerima 49 remaja hamil dan bilangannya dijangka meningkat kerana permohonan terus bertambah.
 
Pengerusi Lembaga SHRH, Datuk Ab Rahaman Ab Karim berkata, sepanjang tempoh itu, 28 bayi dilahirkan dengan semua diambil oleh keluarga ibu mereka.
 
Katanya, sehingga kini, 35 remaja menghuni rumah kebajikan berkenaan dengan sebahagiannya sudah melahirkan anak, manakala bakinya sedang menunggu masa untuk bersalin.

Mereka datang dari seluruh negara dan berusia antara 14 hingga 18 tahun, iaitu 14 dari Johor, masing-masing lapan dari Melaka dan Pahang, masing-masing lima dari Negeri Sembilan dan Kelantan, Terengganu (3), Kuala Lumpur (2) dan masing-masing seorang dari Selangor; Perak dan Sarawak.

Ab Rahaman berkata, setakat ini, 15 orang dalam senarai menunggu untuk memasuki rumah kebajikan berkenaan berikutan jumlah penghuni pada masa ini sudah mencapai bilangan maksimum.

“Kita minta mereka bersabar kerana kerajaan negeri mungkin menimbang untuk menambah kapasiti dan kemudahan sekolah itu, selain bercadang meningkatkan penerimaan penghuni sehingga 50 orang pada satu masa,” katanya.

Ab Rahaman berkata, tahun ini, kos mengurus dan pembangunan sekolah itu dijangka membabitkan kira-kira RM1.1 juta berbanding RM547,171 tahun lalu.

SHRH terletak di Jalan Pegawai dan beroperasi dari jam 8 pagi hingga jam 4 petang di bangunan lama milik Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) dengan kos baik pulih RM100,000 dan mempunyai empat kelas, masing-masing sebuah bilik komputer, bilik mesyuarat serta pejabat pentadbiran.

Orang ramai ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama JAIM, Rahimin Bani di talian 019-6671564 atau 06-2881534.
Bukti umno terlibat!!
Sabtu, Mei 14, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Khamis, Mei 12, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Rabu, Mei 11, 2011 | Author: Tuk Kiyai