Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Isteri hilang sabar suami diganggu SMS lucah TERLAMPAU!!

Label:

Saya petik:

[HM] KOTA BHARU: “Sepanjang 17 tahun perkahwinan, saya tidak pernah ‘derhaka’ pada suami apatah lagi menamparnya, namun gara-gara terlalu cemburu dengan kandungan khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur lucah diterimanya, menyebabkan saya hilang kewarasan.

“Isteri mana tidak marah atau cemburu jika suaminya diganggu ‘individu misteri’. Kalau sekali tidak mengapa, tetapi lebih 40 kali mesej lucah dihantar melalui telefon bimbit suami,” kata seorang peniaga sauna yang mahu dikenali sebagai Zaitun, 35.

Zaitun berkata, mesej berbaur lucah dihantar kepada suaminya yang berusia 41 tahun sejak 5 Februari lalu menyebabkan hatinya tidak tenteram hingga rumah tangga mereka bergolak.

“Perbuatannya itu mengaibkan kami sekeluarga dan seolah-olah saya tak tahu menjaga suami.

“Perbuatan menghantar mesej lucah dan mendakwa pernah mengadakan hubungan seks dengan suami memang melampau,” katanya.

Ibu kepada lima anak itu berkata, walaupun suaminya menafikan mengenali individu berkenaan, dia tidak percaya sehingga berlaku pergaduhan besar dengan suaminya.

“Saya perasan mesej itu ketika membuka telefon bimbit suami dan terkejut dengan kata-kata dihantar menyebabkan saya sendiri malu untuk membacanya. Kejadian itu disedari ketika dalam perjalanan untuk melawat anak di asrama di Tanah Merah,” katanya.

Katanya, kejadian itu bagaimanapun dinafikan suami kerana mendakwa tidak mengenali penghantar mesej misteri berkenaan, selain sanggup menjunjung al-Quran.

“Sebaik mendengar pengakuan suami, saya membuat aduan di Balai Polis Kok Lanas mengenai gangguan itu pada 6 Februari lalu termasuk perbuatan suspek menuduh suami pernah menidurinya.

Berikutan aduan berkenaan, Zaitun dengan bantuan polis mengatur strategi untuk memerangkap suspek berdekatan sebuah Politeknik dekat sini, namun tidak berjaya berikutan suspek enggan hadir.

Zaitun berkata, pada masa sama dia juga mengadukan hal itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), tetapi belum menerima sebarang jawapan kerana siasatan mengambil masa kira-kira 45 hari.

(Gambar sekadar hiasan)

Noh Omar terdesak untuk buktikan dirinya masih RELEVAN di Selangor - Faekah

Label:

Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 19 Feb — Kerajaan negeri Selangor bersedia untuk berhadapan dengan audit dalaman dan siasatan SPRM bagi membuktikan tuduhan terbaru Umno negeri itu kononnya menaja penginapan Kongres Parti Keadilan Rakyat (PKR), November lalu tidak benar sama sekali.

“Sedikit pun kita tidak berasa gusar kerana kerajaan Selangor khusus Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) bersikap terbuka dalam hal ini dan sedia disemak oleh Bahagian Audit Dalaman, hatta disiasat oleh SPRM,” kata Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin dalam satu kenyataan.

Kelmarin, Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar mendakwa kerajaan Pakatan Rakyat telah menyalahgunakan dana awam kerajaan negeri sebanyak RM80,000 untuk menampung perbelanjaan Kongres PKR November lalu.

Noh berkata, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menggunakan dana MBI untuk tempahan 100 bilik hotel dan perbelanjaan logistik lain.

Menurut Noh, Pakatan Rakyat Selangor tidak seharusnya menggunakan dana itu untuk sebarang aktiviti parti melainkan program-program di bawah kerajaan negeri.

Dalam kenyataannya, Faekah menambah, banyak tuduhan yang cuba dilemparkan oleh Noh berkenaan pentadbiran negeri Selangor yang jelas menunjukkan bahawa beliau terdesak untuk membuktikan dirinya masih relevan di Selangor.

“Terkini, beliau membangkitkan isu perbelanjaan penginapan yang dibayar oleh MBI. Agak hairan perkara tersebut ditimbulkan sedangkan adalah menjadi amalan sesebuah Kerajaan Negeri menerima tetamu dari dalam mahupun luar negeri,” katanya.

Faekah berkata Noh jelas merujuk kepada tetamu kerajaan dari Sabah dan Sarawak yang telah mengadakan kunjungan rasmi ke Selangor dan mengadakan perjumpaan dengan Menteri Besar Selangor.

“Senario ini bukanlah sesuatu yang janggal yang tidak diamalkan oleh mana-mana kerajaan negeri BN mahupun di peringkat pusat. Memandangkan Noh telah membangkitkan perkara ini kita menggesa beliau mengemukakan bukti bahawa telah wujud penyalahgunaan wang kerajaan dan rakyat,” katanya.

Kata Faekah, kerajaan Selangor yang mendokong prinsip ketelusan dan kebertanggungjawab,tidak akan menyembunyikan sebarang maklumat dan fakta.

“Rakyat boleh menyemak setiap perbelanjaan yang dibuat kerajaan negeri,” katanya.

Noh mendakwa kerajaan negeri menggunakan dana awam untuk tempah 100 bilik hotel selama tiga malam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang berkata, MBI adalah syarikat induk kepada keseluruhan syarikat subsidi kerajaan negeri.

Noh berkata, sayap Pemuda Umno negeri akan membuat satu laporan kepada SPRM Isnin ini.

“Soal isu ini bukan melibatkan berapa jumlah yang digunakan, tetapi penyalahgunaan wang rakyat untuk aktiviti parti, perkara ini adalah salah,” katanya.

Menurutnya, hotel yang didakwa digunakan untuk menempatkan delegasi Kongres PKR terletak di Seksyen 52, Petaling Jaya dan Kongres PKR diadakan di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Siapakah INDIVIDU yang menipu Bank RM19 juta itu!!

Label:

(Siapakah individu dalam syarikat tersebut)

Satu lagi kes jenayah berprofil tinggi beb. Menipu bank RM 19 juta bukan RM19 ribu... Rakyat Malaysia pastinya ingin tahu siapakah individu-individu yang terlibat dalam penipuan ini. Bagi saya, mereka ini bukan orang biasa. Apa tidaknya, mereka kononnya ingin membekalkan alat ganti pesawat dan sudah tentu membabitkan urusan dengan Kementerian Pertahanan. Bagaimanakah bank boleh terpedaya? Adakah pihak bank tidak membuat semakan/pengesahan terlebih dahulu dengan kementerian pertahanan sebelum meluluskan pinjaman tersebut? Apa-apa pun kita tunggu penyiasatan daripada PDRM...

Saya petik:

[SH] KUALA LUMPUR – Polis sedang melakukan siasatan berhubung kes sebuah bank tempatan yang rugi RM19 juta setelah menyerahkan wang pinjaman kepada dua syarikat yang kononnya mahu membekalkan alat ganti pesawat MiG-29N milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar (gambar) mengesahkan menerima laporan berkaitan kes penipuan sebuah bank di ibu kota itu.

“Siasatan dijalankan sejak polis menerima laporan berhubung kes itu minggu lalu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya ketika ditemui selepas majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, semalam.

Semalam, sebuah akhbar melaporkan dua syarikat mengemukakan permohonan pinjaman korporat bagi tujuan pembelian peralatan ganti pesawat mengemukakan maklumat dan dokumen bagi meyakinkan bank berkenaan.

Pinjaman RM19 juta itu diluluskan bank terbabit berdasarkan keyakinan terhadap maklumat dan dokumen yang ditunjukkan.

Rupa-rupanya Artis ini yang sertai PAS. Tahniah!!

Label:

Bob Lokman mengisytiharkan diri sebagai Ahli PAS di hadapan 30ribu Pemuda PAS di Kota Sarang Semut, Kedah sebentar tadi.

Majlis ini telah dihadiri lebih 30 ribu pemuda dari seluruh negari. Kontinjen Negeri Kedah lebih dari 7 ribu. Selain itu, negeri Terengganu Darul Iman dan Selangor Darul Ehsan berjaya menghantar ramai pemuda ke Himpunan ini.

Kesesakan jalanraya sepanjang lima kilometer di laluan ini dikawal dengan baik oleh para unit AMAL malaysia. Allah Akbar..!!!
- Sumber: sedaka sejahtera

Isteri tipu suami pergi kursus me segera tapi "BERKURSUS" dengan kekasih gelap!!

Label:

Isteri curang!! Rupa-rupanya pergi "KURSUS" dengan kekasih gelap. Itulah jadinya apabila nafsu serakah menguasai diri...Kalau dah kena cekup, siapa yang malu?

Saya petik:

[HM] KULIM: Seorang isteri beranak tiga bukan saja menipu suaminya, malah sanggup datang dari Sungai Buloh, Selangor semata-mata untuk memadu asmara dengan kekasihnya seorang warga Bangladesh berusia 31 tahun di sini, kelmarin.

Wanita berusia 45 tahun itu menipu suaminya seorang pesara polis untuk pergi ke Pendang, Kedah bagi menghadiri kursus penyediaan mi segera bagaimanapun turun di hentian bas Kulim sebelum dijemput kekasihnya dan dibawa ke rumah kongsi di Sungai Ular.

Menurut wanita itu, suaminya sendiri menghantarnya ke hentian bas di Selangor untuk ke Pendang tanpa mengesyaki niat sebenar wanita itu yang ingin bertemu kekasihnya di sebuah rumah kongsi.

Ketua Penguat Kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK), Azmi Rejab berkata, mereka mendapat maklumat daripada orang awam mengenai kehadiran seorang wanita Melayu ke kawasan rumah kongsi yang didiami sekumpulan lelaki warga Bangladesh.

“Bertindak dari maklumat itu, penguat kuasa PADK datang ke rumah kongsi di Sungai Ular kira-kira jam 1.15 pagi untuk membuat pemeriksaan dan menemui pasangan itu di dalam sebuah rumah.

“Ketika pemeriksaan dibuat, wanita berusia 45 tahun itu hanya memakai baju kurung dan kain batik manakala lelaki warga Bangladesh itu hanya berbaju-T dan berkain pelekat,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati pasangan itu adalah pasangan kekasih yang baru berjumpa pada malam itu dan mengaku tidak mempunyai sebarang hubungan mahram.

“Wanita itu bekerja sebagai juruwang di Damansara dan tiba di Hentian Bas Kulim kira-kira jam 10 malam sebelum menghubungi kekasihnya untuk mengambilnya seterusnya dibawa ke rumah kongsi di Sungai Ular.

“Pasangan itu dibawa ke Balai Polis Kulim menggunakan van PADK untuk membuat laporan tangkapan dan lelaki Bangladesh kemudiannya ditahan di lokap Balai Polis Kulim sementara itu wanita itu ditahan di lokap Balai Polis Lunas,” katanya.

Pasangan itu bagaimanapun dilepaskan selepas membayar jaminan RM1,000 setiap seorang semalam. Kes disiasat mengikut Seksyen 9(1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988 kerana berkhalwat sabit kesalahan boleh dihukum setahun penjara atau denda RM2,000 seorang atau kedua-duanya sekali.

(Gambar hiasan)

UMNO Sabah mahu "Sultan Sulu" dipecat dari Umno!!

Label:

(Gambar: Datu Mohd Akjan Datu Ali Muhammad)

Saya petik:

[MStar] KOTA KINABALU: Umno Sabah mengesyorkan ahli perniagaan Datu Mohd Akjan Datu Ali Muhammad, yang mengisytiharkan dirinya sebagai 'Sultan Sulu Ke-33' baru-baru ini, dipecat daripada parti itu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

"Umno Sabah telah membuat ketetapan untuk mencadangkan kepada Majlis Tertinggi Umno supaya Mohd Akjan dipecat daripada Umno," kata beliau yang juga Pengerusi Perhubungan Umno negeri.

Musa berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Umno Negeri malam Khamis.

Mohd Akjan, yang merupakan anggota Umno Bahagian Kota Kinabalu, telah mengisytiharkan dirinya sebagai keturunan Sultan Sulu yang terakhir memerintah, iaitu Paduka Mahasari Maulana Al-Marhum Sultan Shariful-Hashim.

Beliau dikatakan telah diisytihar sebagai Sultan Sulu ke-33 dalam satu upacara tertutup di rumahnya di Kampung Likas di sini pada 2 Feb lepas, yang dihadiri sekumpulan 60 orang, termasuk pengikutnya dari wilayah Sulu. - BERNAMA

Siapakah GADIS JELITA ini?

Label:

Saya petik:

[KB] Aku salute Asmaa Mahfouz. Asmaa Mahfouz bersungguh-sungguh mencabar kelakian pemuda Mesir. Asmaa Mahfouz gadis berusia 26 tahun, gadis muda yang aktif dalam gerakan pembaharuan di Mesir. Serikandi ini terkenal dalam gerakan pro demokrasi pembebasan Mesir di dalam jaringan sosial. Asmaa adalah salah seorang pengemudi group “Gerakan Pemuda 6 April” di dalam facebook. Group ini di bentuk untuk menyokong pekerja buruh di El-Mahalla El-Kubra–pusat industri di utara kota Cairo semasa pekerja buruh mogok pada 6 April 2008.

Akibat terlalu aktif menentang kerajaan rejim Mubarak, seperti di Malaysia juga beliau tidak terlepas dari ugutan pemerintah rejim pro APCO Israel itu. Beliau dan keluarga menerima tekanan dari pemerintah rejim itu. Kerjaya Asmaa sebagai akauntan juga diragut oleh pemerintah. Akibat aktiviti politiknya itu, Majikannya Al-Shaimaa memecat Asmaa.

Dalam tempoh waktu 19 hari revolusi Mesir, Asmaa bertindak aktif menyuarakan gerakan pro demokrasi dalam laman sosial seperti Youtube, twitter dan facebook dalam usaha menjatuhkan diktator Mubarak. Usahanya menyuarakan suara demokrasi cukup berkesan sehingga pemerintah baru Mesir ingin berjumpa dengannya tetapi pelawaan itu ditolak Asmaa. Diharap rakan-rakan blogger pro Pakatan Rakyat dapat menjadikannya sumber inspirasi untuk berblogging lebih mantap dalam usaha menumbangkan kerajaan rejim UMNO BN.

Video Asmaa dimuat turun ke laman youtube pada 16 Januari mampu menggerakkan rakyat keluar rumah turun ke jalan raya. Dalam rakaman video itu Asmaa menceritakan tentang empat warga Mesir yang membakar dirinya sendiri sebagai bentuk protes terhadap kemiskinan, kelaparan, dan kezaliman yang dilakukan pemerintah. Ini satu idea yang baik untuk diaplikasikan di Malaysia. Awek-awek cun sekalian ayuh luahkan ketidakpuashatian anda terhadap kekejaman, kezaliman yang telah diperlakukan terhadap rakyat oleh UMNO BN di dalam laman sosial youtube. Pasti para pemuda bangun melawan. Bunyi macam lawak bodoh. Bodoh-bodoh pun ia adalah perkara yang serius bagi UMNO BN sehingga kerajaan rejim mahu memperluaskan akta mesin cetak meliputi facebook, twitter dan youtube. Semestinya individu seperti Asmaa adalah berbahaya kepada kerajaan bersifat diktator.

Sambung cerita awek cun si Asmaa tadi. Setelah video tersebut dimuat turun ke dalam youtube, Asmaa datang ke Dataran Tahrir secara bersendirian sambil memegang poster yang tertera nombor telefonnya dan mengajak mereka yang lalu lalang di Dataran Tahrir bergabung dengannya untuk protes tetapi hanya tiga pemuda sahaja bersamanya ketika itu. tetapi malangnya, seperti amalan negara-negara diperintah oleh rejim macam Malaysia juga, mereka berempat ditangkap oleh polis Mesir.

Setelah dilepaskan, Asmaa bertambah semangat dan menyeru rakyat turun protes. “Orang-orang yang mengorbankan dirinya sendiri ini (empat orang Mesir yang membakar diri) tidak takut mati. Tapi kita takut kepada pihak berkuasa. Bayangkan! Apakah Anda juga seperti itu?”

“Saya tidak akan membakar diri. Jika pihak berkuasa yang akan membakar saya, biarkan mereka datang dan melakukannya. Kalau Anda lelaki sejati, datang dan bergabunglah dengan saya pada tanggal 25 Januari.” Asmaa betul-betul mencabar kelakian pemuda Mesir. Di Malaysia belum ada lagi awek mencabar kelakian pemuda Malaysia.

“Kalau ada kaum perempuan tidak ikut protes kerana mereka akan kena pukul, biarkan lelaki yang menunjukkan kehormatan dan martabatnya dengan bergabung dengan saya pada tanggal 25 Januari,” demikian ajakan Asmaa dalam rekaman videonya. Betul-betul mencabar kelakian pemuda Mesir! ayuh awek Malaysia!

“Kehadiran Anda bersama kami akan membuat satu perubahan. Ajaklah jiran, teman dan keluarga untuk datang. Jangan hanya duduk di rumah dan menonton berita atau berfacebook yang hanya akan merendahkan kita.”

“Jika anda lelaki terhormat, anda perlu datang, melindungi kami dan kaum perempuan semasa protes. Kalau anda hanya diam di rumah, anda akan merasa menyesal pada negara dan rakyat. Anda bertanggung jawab atas apa yang akan terjadi pada kami di jalan ketika anda cuma duduk saja di rumah,” ujar Asmaa. Salute Asmaa!

Ibu jaja GAMBAR BOGEL anak untuk dapatkan jodoh!!

Label:

Beijing 18 Feb 11: Seorang ibu berasal dari Beijing yang putus asa kerana anak gadisnya tidak dapat jodoh. Dia terpaksa mengambil tindakan nekat berkeratif, meng-upload video telanjang anak gadisnya yang baru sewaktu keluar dari bilik mandi, ke internet dan bertanya kepada pemuda-pemuda yang berminat.

Disiarkan di The Stardan, video 80 saat itu memperlihatkan ibu itu bercakap depan kamera dan mengatakan ingin mencari jodoh untuk anaknya yang berumur 26 tahun. Kamera kemudian terarah berjalan menuju ke bilik mandi dan merakamkan anaknya keluar dalam keadaan bogel. Dia bertanya kepada anaknya, jenis pemuda bagaimana yang diinginkan?

“Setakat ini, pemuda yang baik kepadamu dan kepadaku. Itu cukup!” Jawabnya singkat. Media online di China berspekulasi, bahawa wanita itu seorang aktres bernama Ganlulu dan rakaman video wanita bogel itu memang jelas. (IbnuHasyim)

P/S: Gila!!

(Gambar hiasan)

OPS LALANG 1987 atas arahan saya

Label:

(Gambar: Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohd Hanif Omar)

Rupa-rupanya Tun Mahathir pun tidak suka kepada ISA yang zalim itu. Betul ke? Kalau betul, bolehlah beliau bersama NGO untuk mendesak kerajaan agar akta tersebut dimansuhkan.

Saya petik:

[BH] KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohd Hanif Omar menjelaskan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika Operasi Lalang (Ops Lalang) sekitar 1987 adalah atas arahan beliau, bukan kerajaan yang diketuai Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mohd Hanif juga mengakui beliau adalah individu yang menghalang cadangan kerajaan untuk memansuhkan ISA.
Tegas beliau, arahan itu dibuat atas kapasitinya sebagai ketua polis negara yang bertanggungjawab menjaga ketenteraman awam dan keselamatan negara.

“Sebagai ketua polis, saya nasihatkan timbalan beliau, Tun Musa Hitam (Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri) tangkap 104 tahanan (Ops Lalang), bukan dia (Dr Mahathir) yang arah, saya sebagai ketua polis arah, saya bertanggungjawab dan tidak tunduk pada dia.

“Saya tunduk kepada undang-undang, ini peranan, kuasa dan kewajipan saya, Tun Dr Mahathir memang tidak suka guna ISA,” katanya pada sesi soal jawab forum bertajuk ‘Cabaran Semasa Sistem Demokrasi dan Perlembagaan Negara Malaysia ke Arah Pencapaian Wawasan 2020’ di Bangunan Parlimen, di sini, semalam.

Mohd Hanif yang berkhidmat sebagai ketua polis negara selama 20 tahun sehingga 1994 berkata, Dr Mahathir dan bekas timbalan perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mencadangkan supaya ISA dimansuhkan.

“Anwar kata boleh mansuhkan ISA, Tun Mahathir pun setuju, tapi saya minta mereka timbangkan cadangan itu kerana membabitkan soal keselamatan negara,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Yayasan 1Malaysia, Prof Dr Chandra Muzafafr yang juga bekas tahanan ISA turut mempertahankan tindakan Dr Mahathir dalam Ops Lalang dengan berkata, ia tidak ada kaitan dengan negarawan itu.

“Berdasarkan pengalaman saya, saya ditahan di Pulau Pinang dan dibawa ke Kuala Lumpur di mana saya berjumpa Tun Hanif, semasa saya berjumpa Tun Hanif beliau berkata ia adalah operasi polis dan beliau begitu konsisten,” katanya.

AIR MANI "MISTERI" di seluar dalam Saiful jadi tumpuan perbicaraan hari ini!!

Label:

Saya petik:

[MK] Perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan pemeriksaan semula ke atas saksi pendakwaan Dr Seah Lay Hong oleh timbalan pendakwa raya Noorin Badaruddin.

Semalam, doktor kanan dari Jabatan Kimia itu memberitahu mahkamah bahawa beliau telah menemui satu sampel “DNA Y” yang tidak dikenali pada satu bahagian di seluar dalam pengadu dalam kes ini – Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Di samping itu, satu sampel DNA lain juga telah ditemui. Sampel ini ditemui di salah satu spesimen yang diambil daripada bahagian anus dan usus besar Saiful.

Penemuan DNA lelaki misteri inilah yang menjadi perhatian di peringkat perbicaraan ini.

Sementara itu, pihak pembelaan juga dijangka menyoal balas Seah hari ini.

LAPORAN LANGSUNG

10.08am: Ram Karpal membangkitkan spesimen yang diambil dari anus Saiful dan membandingkannya dengan carta analisis genetik oleh Seah.

Seah semalam memberitahu mahkamah bahawa tiga sampel DNA berbeza yang diperolehi daripada spesimen itu adalah milik tiga lelaki – Saiful, “Lelaki Y” dan seorang lagi yang tidak dikenali.

9.58am: Seah menafikan bahawa perisian yang digunakan untuk menjalankan analisis genetik itu tidak berfungsi dengan baik.

Beliau menyatakan demikian ketika disoal balas oleh peguam Ram Karpal Singh.

9.39am: Karpal yang mengetuai pembelaan terus membantah tindakan pendakwaan untuk mengemukakan carta ujian DNA yanfg dijalankan Seah sebagai bukti.

Karpal memberi alasan, carta itu dijana oleh komputer. Katanya lagi, bahan berkenaan boleh dikemukakan semula ketika pemeriksaan semula.

Hakim membenarkan carta berkenaan dikemukakan sebagai bukti, tetapi hanya untuk pemeriksaan balas.

9.32am: Pendakwaan mahu carta yang digunakan oleh Seah untuk ujian ke atas sample DNA dikemukakan sebagai bukti.

Tindakan ini dibantah oleh peguam Karpal Singh.

Seah sebelum itu telah menjelaskan peralatan yang digunakannya dalam ujian DNA itu.

9am: Perbicaraan disambung di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah.

(Gambar sekadar hiasan)

Ini dia mangsa tembakan pegawai UPP!!

Label:

(Gambar: Nizamuddin, anak saudara Allahyarham Said Mat Hasan)

Saya petik:

Cerita saksi: Pak cik ditendang pegawai UPP

[KS] KOTA BHARU – Seorang remaja yang cedera selepas terkena dua das tembakan yang dilepaskan oleh seorang pegawai kastam Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Pengkalan Kubor di pekarangan Hospital Tumpat kelmarin mendakwa dia melihat bapa saudaranya ditendang oleh penguat kuasa berkenaan.

Ahmad Nizamuddin Mohamad, 19, mendakwa ketika kejadian, dia sedang mengekori kereta Perodua Kancil yang dipandu bapa saudaranya, Said Mat Hassan, 56, dengan menaiki motosikal sebelum dihalang oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki empat anggota UPP berpakaian preman.

“Sebaik berhenti, saya nampak anggota UPP tersebut buka pintu kereta dan terus menendang pak cik sebelum menariknya keluar.

“Saya cuba membantu tetapi salah seorang anggota UPP itu mengarahkan saya supaya pergi. Sebaik sampai di rumah, saya memberitahu ahli keluarga yang lain dan pada masa itulah kami menerima panggilan mengatakan pak cik saya telah meninggal dunia,” ceritanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini semalam.

Masih ingat kes kehilangan 70 ribu KONDOM tempoh hari? Ini berita terbaru...

Label:

Saya petik:

3 ditahan kes kehilangan 700,000 kondom

[KS] IPOH - Polis menahan tiga pekerja kilang yang dipercayai anggota sindiket antarabangsa berhubung kes kecurian lebih 700,000 kondom bernilai kira-kira RM850,000 dari sebuah kontena ke Tokyo, Jepun, bulan lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Shukri Dahlan berkata, ketiga-tiga lelaki berusia 29 hingga 30 tahun itu yang bekerja di sebuah kilang kondom di Batu Gajah, kira-kira 20 kilometer dari sini, ditahan semalam, di tiga lokasi iaitu di Ipoh, Klang dan di Lebuhraya Utara-Selatan.

Ketiga-tiga suspek direman sehingga Sabtu ini dan hasil maklumat yang diperolehi, polis yakin dapat menahan beberapa lagi suspek dalam tempoh terdekat, katanya pada sidang akhbar selepas majlis perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini. - Bernama

Husam Musa kesal media cuba tutup "KEGANASAN" UPP

Label:

Lepas ni kita tengok ada tak menteri yang cuba "back up" empat orang pegawai UPP ni...

Saya petik:

[KD] TUMPAT: Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Husam Musa menyelar tindakan media yang memutar belit kejadian yang menimpa Sa’aid Mat Hassan, 56, kononnya mati akibat sesak nafas.

“Media arus perdana petang semalam melaporkan UPP menumpaskan seorang penyeludup terbesar di Malaysia. Laporan itu adalah penganiayaan kerana memberi label buruk mangsa dan keluarga.

“Menjual beras dari Thailand adalah perniagaan tradisi masyarakat Kelantan sejak beratus tahun dahulu. Ia dilakukan mangsa bagi menyara anak isteri beliau,” kata Husam ketika berceramah di Kota Bharu malam tadi.

Husan juga adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan.

Media arus perdana melaporkan, Sa’aid mati selepas ditahan anggota Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Pengkalan Kubor akibat sesak nafas yang kemudian disahkan Hospital Tumpat.

Bagaimanapun, keraguan timbul berikutan mulut mayat mangsa berbuih ketika ditahan.

Sa’aid sebelum ini meninggal dunia didakwa mati akibat dibelasah anggota UPP menyebabkan mereka bertindak menyerang penguat kuasa berkenaan pada pukul 9.20 pagi.

Semalam, Ahmad Nizamuddin Mohamad, 19, parah selepas terkena dua tembakan di rusuk kanan yang dilepaskan pegawai UPP.

Nizamuddin ditembak selepas didakwa menyerang empat anggota UPP di perkarangan Hospital Tumpat ekoran salah faham berhubung punca kematian bapa saudaranya, Said Mat Hassan, 56

Husam turut mengaitkan tindakan liar UPP itu dengan beberapa kes sebelum ini, antaranya kematian pembantu kepada exco kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock, Aminulrasid Amzah dan ramai lagi.

“Tiada keadilan untuk mereka sehingga kini dan pelbagai alasan digunakan bagi menutup kes yang melibatkan salah laku mereka.

“Kerajaan sepatutnya mengambil pengajaran dari kebangkitan rakyat Tunisia dan Mesir apabila mereka tidak tahan dengan penindasan dan kekejaman pemerintah,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salur itu.

Milik siapakah AIR MANI MISTERI pada seluar Saiful?

Label:

Selain air mani si Saiful yang melekat pada seluar dalamnya, siapakah pula pemilik air mani "lelaki Y" itu? Satu lagi persoalan, mengapakah air mani Saiful juga ada di seluarnya? Pelik pelik sedangkan si mamat ini masih "teruna". hahaha.....

Saya petik:

[MK] Perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menempuh saat genting hari ini apabila mahkamah mendengar keterangan daripada ketua unit jenayah berat Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hong.

Semalam, Seah hanya berada di kandang saksi selama beberapa minit sebelum perbicaraan ditangguhkan akibat gangguan bekalan elektrik di mahkamah.

Beberapa pendedahan memeranjatkan berlaku di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, melibatkan borang pro-forma oleh doktor yang mengendalikan kes berkenaan.

Doktor berkenaan menyatakan dalam borang tersebut bahawa pengadu dalam kes ini – Mohd Saiful Bukhari Azlan – hanya terlibat dalam "cubaan liwat" dan "cubaan seks oral."

NONEDoktor Hospital Kuala Lumpur Dr Khairul Nizam Hassan sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa Saiful mendakwa telah diliwat dan diminta melakukan seks oral.

Bagaimanapun, pihak pembelaan yang diketuai peguam Karpal Singh berjaya menimbulkan keraguan berhubung kenyataan berkenaan.

Turut hadir di mahkamah hari ini ialah wakil daripada Kedutaan Australia.

Dua orang pakar daripada negara itu turut hadir hari ini – ahli patologi forensik Dr David Wells dan pakar DNA Dr Brian McDonald.

LAPORAN LANGSUNG

4.10pm: Mahkamah ditangguhkan sehingga pagi esok apabila mendapati carta DNA yang dibekalkan kepada pihak pembelaan tidak mencukupi.

3.35pm: Mahkamah rehat seketika bagi membolehkan pihak pembelaan membandingkan carta DNA.

3.16pm: Seah berkata B7 mempunyai DNA dua lelaki yang satu daripadanya sama dengan Saiful manakala satu lagi milik Lelaki Y. B7 diambil daripada kawasan atas dubur. "Ada juga ekstrak sperma yang dominan iaitu “Lelaki Y”.

3.11pm: Seah berkata B5 bukan ekstrak sperma. "Oleh kerana ia adalah calitan pada peri-anal, ia terdedah di kawasan sekitar dubur,” katanya. Menurut Seah, campuran DNA yang ditemui itu mungkin akibat penggunaan atau perkongsian mangkuk tandas yang sama.

3.00pm: Dr Seah berkata ujian DNA pada calitan kapas B5 pula (dari kawasan peri annal) menunjukkan ia milik Saiful dan campuran DNA termasuk Saiful, lelaki Y dan seorang lelaki penyumbang lelaki.

2.50pm: “Tiada profil DNA pada calitan B, B1, B2, B3, B4 dan B6,” kata Dr Seah. Menurutnya, tompokan pertama air mani daripada seluar dalam tersebut menunjukkan ia mengandungi DNA Saiful. Tompokan kedua air mani itu mempunyai dua DNA. Satu miliki Saiful manakala satu lagi miliki seorang lelaki yang tidak dikenali dan dilabelnya sebagai “lelaki Y”.

2.45pm: Seah berkata berdasarkan ujian yang dijalankannya, kesan tompokan mani di seluar hitam itu adalah milik Saiful sendiri.

2.40pm: Mahakamah bersambung semula dengan Dr Seah mengambil tempatnya di kandang saksi.

1.04pm: Laporan kimia itu juga ditandakan sebagai bahan bukti. Hakim Zabidin kemudiannya menangguhkan perbicaraan dan berkata ia akan disambung pada jam 2.30 petang.

12.43pm: Dr Seah berkata dua ujian dijalankan ke atas tompokan spesimen B - iaitu ujian PSA dan ujian menentukan kehadiran sperma. Tiga ujian dilakukan pada kesan tompokan mani - iaitu ujian asid phosphosate, PSA dan ujian kehadiran sperma.

12.38pm: Dr Seah berkata beliau berjaya mengesan dua tompokan mani di bahagian depan dan juga di bahagian bawah seluar dalam Saiful.

12.34pm: Doktor itu juga menjumpai dua kesan tompokan mani pada seluar hitam yang digunakan oleh Saiful. Tompokan itu dikesan berhampiran kawasan zip depan.

12.29pm: Dr Seah berkata beliau hanya mengetahui lokasi calitan kapas diambil berdasarkan tanda-tanda yang dibuat. Antaranya: Calitan B5 yang ditanda P36 ialah kawasan sekitar peri-anal atau dubur. Calitan kapas B7 dan B 39 yang ditanda P38 dan P 39, masing-masing adalah sekitar dubur atas manakala calitan B9 yang dilabel sebagai P40 adalah di kawasan sekitar dubur bawah.

12.23pm: Dr Seah menyambung keterangan dan berkata ujian DNA dimulakannya pada 1 Julai 2008. Ujian kedua pula dilakukan pada hari keesokannya. Katanya, analisis DNA itu selesai pada 5 Julai 2008 dan hasilnya beliau mendapati kesan air mani pada calitan kapas bertanda B5, B7, B8 dan B9.

12.20pm: Mahkamah diberitahu semua barangan termasuk permaidani dan selimut disimpan di bilik sejuk Jabatan Kimia.

12.17pm: Dr Seah berkata ujian toksilogi dilakukan oleh seorang ahli kimia toksilogi,AP Mohan.

12.12pm: Mahkamah bersambung semula. Turut hadir hari ini adalah bekas timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali dan ahli parlimen Balik Pulau MP Yusmadi Yusoff.

11.37am: DPP Noorin memohon mahkamah untuk rehat seketika. Hakim Zabidin bersetuju dan meminta semua pihak masuk semula pada tengahari.

11.32am: Kain cadar berwarna kelabu pula ditunjukkan dan ia juga ditandakan sebagai bahan bukti. Anwar dari tempatnya memerhatikan sampul surat yang berisi cadar itu dibuka. Menurut Dr Seah bungkusan itu dihantar ke jabatannya dengan tanda keselamatan polis. Setelah memeriksanya, ia dibungkus semula dan ditandakan dengan mohor Jabatan Kimia.

11.28am: Selain pakaian Saiful yang lain seperti, baju hijau jenama G2000, turut ditawarkan sebagai bahan bukti adalaghpermaidani pelbagai warna yang disita oleh Jabatan Kimia.

11.17am: Satu lagi seluar dalam yang juga dipercayai kepunyaan Saiful turut dikenal pasti. Semua bahan berkenaan kemudiannya dimasukkan ke dalam sebuah sampul.

11.14am: Seluar dalam Saiful yang berjenama Levi's pula dikenal-pasti. Seluar dalam ini telah dikemukakan sebagai bahan bukti. Ketika ini, Wan Azizah dilihat menundukkan kepalanya, manakala Anwar sedang membaca sesuatu di kandang tertuduh.

11.10am: Kemeja biru dan kolar putih jenama Ralph Lauren yang digunakan oleh Saiful pula dikemukakan.

11.04am: Sepasang seluar hitam (tanpa jenama) yang dipercayai yang digunakan oleh Saiful juga dikemukakan sebagai bahan bukti.

Sebelum ini, beberapa saksi mendakwa air mani Saiful dijumpai pada seluar hitam ini.

11.02am: Peguam, Sankara Nair bagaimanapun membantah cadangan pihak pendakwaan ia adalah bulu kemaluan.

"Macam mana Dr Seah tahu perkara tersebut?" soalnya. DPP Noorin berkata ia berdasarkan laporan doktor itu. Sankara berkata ia sepatutnya ditanda sebagai segumpalan rambut.

10.59am: Bahan-bahan bukti, termasuk bulu kemaluan kini sedang ditandakan. Ketika proses itu, DPP Noorin, peguam Ram Karpal dan Sankara Nair semuanya memakai sarung tangan getah. Dr Brian Mc Donald yang duduk di antara Sankara dan Ram memerhatikan perkembangan itu.

10.27am: Semua sampul yang bertanda B1 hingga B11 yang dipercayai mengandungi calitan kapas, di mana spesimen diambil ditandakan sebagai bahan bukti.

10.15am: Menurut Seah beliau menerima bungkusan berkenaan daripada DSP Jude Blacious Pereira. Seah kemudian mengena-pasti pegawai polis itu dan juga bungkusan tersebut.

10.08am: Hakim Zabidin membuat keputusan yang memihak pihak pembelaan bahawa dokumen (borang kedua Pol 21) yang disenaraikan sebagai bahan bukti yang dikemukakan tidak boleh ditandakan sebagai eksibit.

10.06am: Mahkamah bersidang semula.

9.39am: Hakim memohon tempoh rehat untuk memutuskan perkara itu, namun Mohd Yusof bertegas supaya perbicaraan diteruskan tanpa menanda dokumen yang dipertikaikan itu.

9.33am: Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden (kiri) dalam hujah balasnya berkata, apa yang penting bukanlah dokumen itu sendiri tetapi perkara yang diperiksa. Hujahnya lagi, sebelum ini terdapat keputusan mahkamah yang membenarkan pendakwaan mengemukakan dokumen sebagai bahan bukti tanpa memberikannya terlebih dahulu kepada pembelaan. Ram dalam jawapannya berkata, dokumen itu penting kerana ia menunjukkan urutan bukti dan perkara yang diperolehi pendakwaan itu berbeza dengan apa yang diberikan kepada pembelaan.

9.20am: Seah berkata beliau menerima satu bungkusan bertanda B12 daripada polis.

Bagaimanapun, terdapat kesilapan tarikh pada bungkusan itu yang ditandakan 28 Ogos, 2008 sedangkan dokumen Seah bertanda 28 Jun. Tandaan pada B12 juga terdapat perubahan.

Peguam Ram Karpal membantah permohonan supaya borang yang diubah itu ditanda sebagai bukti.

Ram memberi alasan, borang berkenaan berbeza daripada borang yang diberikan kepada pembelaan di pada awal perbicaraan. Ram membuat bantahan itu mengikut Seksyen 51 Kanun Acara Jenayah.

NONE9.13am: Seah (kanan) mengakui telah menerima Borang POL 21 yang menyatakan tempat-tempat sampel DNA diambil di badan Saiful.

Borang berkenaan didapati daripada Hospital Kuala Lumpur pada 30 Jun, 2008 – dua hari selepas pemeriksaan dilakukan ke atas pengadu itu.

8.55am: Saksi Dr Seah Lay Hong memberitahu mahkamah mengenai latar belakang akademiknya. Beliau merupakan pakar dalam bidang kesan biologi, DNA dan kesan biologi pada tisu.

Beliau mempunyai kelulusan peringkat kedoktoran dalam DNA Forensik dan sarjana dalam Sains Perubatan.

Dr Seah telah menghadiri pelbagai persidangan dan seminar di dalam dan luar negara.

8.53am: Perbicaraan disambung di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah.

Galeri awam di mahkamah masih banyak ruang kosong. Turut berada di mahkamah ialah Anwar Ibrahim, isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail dan juga bapa Saiful, Azlan Md Lazim.

Azlan tidak hadir mengikuti perbicaraan semalam.

Akhirnya GADIS MELAYU ini pilihan Ally Iskandar

Label:

"Apabila berkahwin seseorang hamba, maka telah sempurnalah sebahagian daripada agamanya, maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah dalam sebahagian yang lain" - maksud hadis.

Tahniah!! Semoga ke jinjang pelamin...

Saya petik:

[HM] PETALING JAYA: Selepas pembaca berita Buletin Utama, Saiful Nizam Ismail bertemu jodoh dengan juara Gadis Melayu musim pertama (GM1), Khairul Noormaidah Zali atau Aida, kini seorang lagi peserta GM1 disunting pengacara Malaysia Hari Ini (MHI), Ally Iskandar Mohd Mardzi.

Ally Iskandar, 35, memilih Nur Aishah Zainal, 26, sebagai pilihan hatinya dan pasangan ini selamat bertunang pada 11 Februari lalu. Malah, majlis pertunangan mereka diadakan secara tertutup yang dihadiri sanak-saudara kedua-dua pihak.

Ketika ditemui pada majlis pelancaran program baru, Sejuta Impian di Sri Pentas, TV3, semalam, Ally berkata, dia tidak berniat menyembunyikannya daripada media, tetapi menghormati permintaan keluarga.

“Saya minta maaf kepada semua pihak kerana tidak mengundang untuk menghadiri majlis pertunangan itu kerana bukan saja wakil media, tetapi rakan sekerja juga tidak mengetahuinya kecuali bos saya.

“Justeru, tak dinafikan saya terkejut apabila majlis pertunangan itu keluar dalam ruangan gosip. Saya tertanya-tanya juga siapa yang memaklumkannya, tetapi selepas membaca dan turut ditulis mengenai tema merah hitam majlis itu, saya faham.

“Barangkali maklumat itu diberikan pihak yang terbabit menguruskan majlis pertunangan itu. Bagaimanapun, saya tidak berniat untuk menyembunyikannya,” katanya.

Menurutnya, dia mula mengenali Nur Aishah pada 2008 dan mereka mula serius sejak tiga bulan lalu.

Tidak memaklumkan jumlah wang hantarannya, Ally yang ditanya mengenai kriteria Nur Aishah yang juga pemenang tempat kedua GM1 berjaya menambat hatinya, sekadar memaklumkan dia menerima gadis itu seadanya dan mahu sentiasa berada di sisi Nur Aishah.

“Kalau diikutkan saya seorang yang cerewet dalam memilih teman. Bagaimanapun, Nur Aishah ini lain orangnya kerana saya tidak pernah mempersoalkan apa-apa mengenai wanita sepanjang berada di sampingnya. Bahkan, saya ingin selalu bersamanya,” katanya.

Rupa-rupanya POLIS halang Dr Mahathir mansuhkan ISA

Label:

Kah kah kah....

Saya petik:

Dr M: Polis halang saya mansuh ISA

[MK] Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini mendakwa beliau pernah cuba untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika memegang jawatan tersebut.

Katanya, ketika beliau menyarankan supaya ISA dimansuhkan, pihak polis berkata 'tidak boleh' kerana bahawa masih ada ancaman.

Berucap di sebuah forum mengenai demokrasi, Dr Mahathir berkata undang-undang itu dilaksanakan oleh penjajah Inggeris untuk berdepan dengan ancaman komunis pada 1950-an.

Dr Mahathir sering dituduh menyalahgunakan ISA, yang membolehkan penahanan tanpa bicara, terutama ketika Operasi Lalang pada 1987 dan era reformasi, terhadap penentang kerajaan.

Anggota UPP yang tembak mangsa di Kelantan perlu digantung tugas!!

Label:

(Gambar Allahyarham Sa'aid Mat Hassan)

Bagi saya, keempat-empat pegawai UPP perlu digantung tugas sehingga penyiasatan selesai. Nampak sangat kecelaruan fakta dalam kes ini. Saksi yang melihat kejadian selain mangsa yang ditembak perlu tampil membantu siasatan. Siapakah yang berbohong dalam kes ini?

Saya petik:

Kisah sebenar kes anggota UPP pukul warga emas & tembak remaja di Kelantan

[Admin KUASAAN] Rasanya KP Kelantan telah diberi maklumat yang salah oleh anggota yang membuat laporan. beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh KP Kelantan bercanggah dengan apa yang diceritakan oleh beberapa saksi kejadian yang ditemui oleh pihak kami.

Antaranya ialah berkenaan dengan laporan yang mengatakan bahawa anggota UPP terbabit diserang oleh mangsa yang ditembak.

Menurut saksi, mangsa yang ditembak tidak menyerang anggota UPP terbabit sebaliknya beliau berada agak jauh dari kumpulan orang kampung yang menyerang anggota UPP berkenaan tetapi tiba-tiba beliau ditembak tanpa disangka-sangka.

Anggota UPP terbabit juga dikatakan tidak langsung melepaskan tembakan amaran diudara sebaliknya terus sahaja menembak mangsa yang mana sebutir peluru mengenai sebelah kanan perut mangsa dan sebutir lagi peluru mengenai sebelah kanan dada mangsa.

Mangsa juga disyaki ditembak dengan sengaja kerana mangsa sebelumnya telah menyaksikan kejadian 4 orang anggota UPP terbabit membelasah Allahyarham Sa'aid sehingga lembik, malah mangsa juga dikatakan melihat bagaimana Allahyarham Sa'aid dipijak tubuh badannya oleh anggota UPP terbabit walaupun keadaan mangsa ketika itu sudah tidak bermaya.

Kenyataan KP Kelantan berkenaan tembakan yang dilepaskan juga bercanggah dengan apa yang berlaku. dilaporkan bahawa anggota UPP terbabit telah melepaskan 2 das tembakan dimana tembakan pertama berupa tembakana amaran di udara manakala tembakan ke 2 ialah untuk mempertahankan diri akibat serangan orang ramai.

Jika hanya 2 das tembakan dilepaskan termasuk tembakan amaran, bagaimana mangsa yang ditembak menerima 2 kesan tembakan iaitu 1 di bahagian kanan dadanya & 1 lagi di bahagian kanan perutnya?

Apa yang menjadi persoalan ialah, kenapa ketika kejadian, mangsa yang juga saksi kejadian sebelumnya menjadi mangsa tembakan? adakah ianya secara kebetulan atau adakah kerana beliau ialah "SAKSI" utama kejadian sebelumnya?

Dalam laporan tersebut juga dinyatakan bahawa anggota UPP terbabit menemui Allahyarham Sa'aid di dalam keretanya di tepi jalan dalam keadaan lemah, berwajah pucat serta mulut berbuih.

Disini juga timbul persoalan. sekiranya begitulah keadaan mangsa, ianya menyerupai simptom sawan. Allahyarham tidak mempunyai rekod penyakit sawan dan yang lebih menghairankan lagi, kenapa dalam keadaan begitu, kereta yang dipandu oleh Allahyarham tidak terbabas sebaliknya berada di tepi jalan?

Apakah dalam keadaan tersebut, mangsa sempat memberhentikan keretanya di tepi jalan seperti mangsa berada dalam keadaan yang sihat?

Apa yang diceritakan oleh saksi ialah, mangsa (Allahyarham Sa'aid) sebelumnya telah dikejar oleh anggota UPP terbabit kemudian mangsa kemudiannya telah berhenti dan menyerah diri. sebaik sahaja menyerah diri, 4 anggota UPP terbabit telah bertindak menyerang dan membelasah mangsa sehingga mangsa tidak lagi berupaya untuk berdiri. dalam keadaan yang lemah tidak mampu berdiri, mangsa dipijak-pijak oleh anggota UPP terbabit sehingga tidak sedarkan diri.

Ini cerita sebenar yang dimaklumkan kepada pihak kami oleh saksi-saksi seramai lebih dari 10 orang yang ditemui.

Kita berharap agar kejadian ini disiasat dengan terperinci dan kita tidak mahu Allahyarham Sa'aid & Adik Ahmad Nizamudin menerima nasib yang sama sepertimana yang menimpa Mendiang Kugen, Teoh Beng Hock, Atlantuya, Adik Aminurrasyid dan lain-lain mangsa keganasan pihak berkuasa.

Negara ini Negara yang mempunyai undang-undang. jika pihak-pihak yang sepatutnya menegakkan undang-undang tidak mampu untuk memikul tanggungjawab tersebut, pada siapa lagi mahu kita harapkan?

===================================================================

Di bawah ini adalah berita VERSI BERNAMA:

Saya petik:

[BH] TUMPAT: Seorang remaja cedera parah setelah ditembak ketika beliau bersama sekumpulan lelaki menyerang empat anggota Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) di perkarangan Hospital Tumpat, di sini, hari ini.

Remaja berumur 19 tahun itu parah akibat terkena dua tembakan di bahagian rusuk kanannya dalam kejadian pada 9.20 pagi itu kerana menyangka saudaranya, Said Mat Hassan, 56, maut akibat dikasari anggota UPP berkenaan, kira-kira satu setengah jam sebelum itu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata Said ditemui empat anggota UPP dalam sebuah kereta Kancil di tepi jalan di Kampung Wakaf Tin di sini pada jam 7.45 pagi dalam keadaan lemah, berwajah pucat serta mulutnya berbuih.
Katanya, anggota UPP itu turut menemui 20 guni beras siam dalam kereta berkenaan.

"Melihat keadaan Said yang tenat, anggota UPP membawanya ke Hospital Tumpat untuk mendapat rawatan. Said disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata, selepas menghantar Said ke hospital, anggota UPP itu pergi minum di sebuah kedai makan berdekatan hospital berkenaan dan tiba-tiba lima kenderaan dinaiki sekumpulan lelaki berhenti di hadapan mereka.

"Beberapa lelaki bersenjatakan cota terus meluru dan menyerang keempat-empat anggota UPP. Akibat serangan bertubi-tubi, salah seorang anggota UPP melepaskan satu das tembakan amaran ke udara," katanya.

Beliau berkata, tembakan itu tidak diendahkan kumpulan itu dan anggota UPP itu terpaksa melepaskan lagi tembakan bagi melindungi diri dan mengenai remaja berkenaan.

"Remaja itu kemudian dibawa ke Hospital Tumpat untuk mendapatkan rawatan, bagaimanapun dia terpaksa dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota Baharu kerana keadaannya yang parah.

"Keempat-empat anggota UPP yang cedera itu pula dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Tumpat," katanya.

Abdul Rahim berkata, pihaknya sudah mengambil keterangan daripada kedua-dua pihak bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh, dan siasatan juga akan dilakukan mengikut Seksyen 37 Akta Senjata Api serta Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, ibu remaja terbabit yang ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu di sini berkata beliau terkejut apabila melihat anaknya rebah berlumuran darah akibat ditembak di depan matanya.

Katanya, ketika itu dia ke Hospital Tumpat untuk menziarahi jenazah Said. - BERNAMA

Kau ni GUNDIK Anwar ke Nik Aziz? kata pegawai penjara kepada Nora Reformis

Label:

Saya petik:

[KD] KUALA LUMPUR: Norazimah Mohamad Nor atau lebih dikenali sebagai ‘Nora Reformis’ kesal dengan sikap biadap beberapa pegawai Unit Khas Penjara (UKP) sepanjang tempoh tahanannya di penjara Kajang.

“Walaupun bertudung, pegawai penjara wanita mempunyai sikap yang teruk. Mencarut dan memaki hamun menjadi ‘makanan’ kami dalam penjara.

“Mereka turut bertanya kepada saya, ‘Kau ni gundik Anwar ke, Nik Aziz? Berapa mereka bayar kau…?” kata Nora menceritakan pengalamannya kepada Keadilandaily.com.

Nora ditahan di penjara itu selama dua malam sebelum dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini atas dakwaan terbabit dalam demonstrasi pada 2008. Beliau dibebaskan dengan ikat jamin RM2,000.

Menceritakan pengalamannya ketika ditahan, Nora berkata pegawai terbabit mengugut melakukan tindakan lebih keras selepas mengetahui kes berkaitannya adalah kes demonstrasi.

Ketika melalui rutin pemeriksaan tubuh, pegawai UKP tersebut turut menendangnya kerana tidak mengikut arahan. Bahkan Nora didenda untuk membuat ‘lompat bintang’ berpuluh kali, sekiranya soalan yang dijawabnya tidak memuaskan hati para pegawai terbabit.

Nora mendedahkan, kebanyakan tahanan penjara Kajang terdiri dari kes jenayah dan imigresen. Justeru, beliau mempersoalkan tindakan pegawai terbabit yang seolah menyamakannya dengan penjenayah.

“Saya turut dimaki dengan perkataan bodoh, bengong dan bebal. Apa mereka ini tidak ada perikemanusiaan?

“Kalau saya sebagai warga Malaysia pun diperlakukan begitu, apa lagi warga asing,” jelasnya yang turut melihat seorang wanita warga Indonesia dipukul di kepala oleh seorang pegawai penjara.

Dalam pada itu, Nora memaklumkan keadaan di dalam penjara sangat sesak dengan tahanan. Selain terpaksa berkongsi bersama 14 orang tahanan di dalam satu sel, penyediaan makanan dan tempat tidur adalah sangat mendukacitakan.

“Kami hanya diberi selimut untuk mengalas tempat tidur di atas lantai. Hanya sepasang pakaian penjara yang diberikan sepanjang tiga hari. Untuk makanan yang sedikit baik, kami terpaksa membelinya. Bahkan tuala wanita untuk tahanan wanita terpaksa dicatu,” jelasnya.

Nora menambah, ketika beberapa orang rakan datang ingin melawat, pegawai penjara meminta beliau untuk menukar pakaian dan merapikan keadaan dirinya.

“Semasa sesi pertemuan bersama penjamin saya di sebuah bilik khas, percakapan kami diintip. Ini membuatkan saya terpaksa untuk ‘berlakon’ di depan mereka, seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

“Saya juga diarahkan oleh pegawai untuk mengatakan bahawa kes saya adalah kes mencuri. Bukannya kes perhimpunan aman.

“Saya bimbang jika saya berterus terang ketika itu, saya akan ‘dihukum’ pula oleh mereka ketika dibawa masuk ke dalam sel” tambahnya.

Nora memaklumkan dia masih ingat nama dan wajah kesemua pegawai-pegawai penjara tersebut. Beliau akan berbincang dengan ahli keluarga dan peguam sebelum mengambil tindakan susulan berikutan layanan buruk diterima sepanjang penahanannya.

Perbicaraan kes ‘Perarakan Aman Menentang Kenaikan Harga Minyak 2008′ akan disambung semula pada 28 Februari ini. Antara tokoh politik yang turut didakwa dalam kes tersebut termasuk pimpinan Pas, Mohamad Sabu dan 42 yang lain.

Ini dia wajah-wajah bilionair Malaysia

Saya petik:

[KS] KUALA LUMPUR - Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok Hock Nien yang telah kembali ke perniagaan gula tahun lalu mendahului senarai orang terkaya di Malaysia dengan memiliki kekayaan bernilai RM50.04 bilion, demikian menurut kaji selidik majalah Malaysian Business keluaran semalam.

Tempat kedua pula diduduki oleh taikun telekomunikasi, T. Ananda Krishnan (RM45.78 bilion) dan diikuti oleh Pengerusi Kumpulan Public Bank, Tan Sri Dr. Teh Hong Piow yang naik satu kedudukan kepada tempat ketiga dengan jumlah kekayaan dianggarkan RM12.77 bilion.

"Usahawan bumiputera dan pengasas Yayasan Al-Bukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary pula menduduki tempat ketujuh dengan nilai kekayaan sebanyak RM8.84 bilion," jelas kenyataan tersebut.

Tempat kelapan senarai berkenaan diduduki oleh isteri mendiang Tan Sri Lim Goh Tong, pengasas Kumpulan Genting, Puan Sri Lee Kim Hua dengan kekayaan yang dianggarkan bernilai RM7.43 bilion.

"Terdapat tiga pendatang baru dalam senarai itu dengan dua daripadanya merupakan kemasukan kali pertama.

Mereka ialah Pengarah Urusan Mah Sing Group Bhd., Tan Sri Leong Hoy Kum; Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Supermax Corporation Bhd., Datuk Seri Stanley Thai dan Timbalan Pengerusi Eksekutif Tan Chong Motors Holdings Bhd., Datuk Tan Heng Chew," ujarnya.

Derita FITNAH FACEBOOK: Fyza terima 20 panggilan sehari untuk layan nafsu seks!!

Label:

Kepada kaum Hawa, berhati-hatilah dengan maklumat peribadi anda. Janganlah mudah memberikannya kepada seseorang. Mungkin maklumat itu akan membawa PADAH kepada anda!!

Saya petik:

[HM] BUKIT MERTAJAM: “Saya menerima lebih 20 panggilan setiap hari sejak 2 Februari lalu daripada ramai lelaki yang meminta saya melayani nafsu seks mereka.

“Walaupun sudah puas saya mengatakan orang dicari itu bukan saya, tetapi saya masih tetap diganggu sehingga hari ini menyebabkan saya serik menjawab panggilan telefon terutama selepas tengah malam,” kata seorang wanita dikenali sebagai Fyza yang mendakwa menjadi mangsa jenayah siber.

Fyza, 25, berkata selepas tidak tahan dengan gangguan berkenaan, dia memberanikan diri bertanyakan kepada seorang pemanggil dari mana mereka mendapat nombor telefonnya dan terkejut apabila dimaklumkan ia diperoleh dari laman sosial Facebook menggunakan nama Puteri Farah.

Katanya, selepas mendapat maklumat berkenaan, dia mengambil inisiatif untuk mencari individu menggunakan nama Puteri Farah terbabit sebelum tergamam apabila melihat paparan nombor telefon serta nama samarannya di laman sosial itu.

“Ketika membuka laman sosial berkenaan pada 5 Februari lalu, saya mendapati maklumat peribadi dan gambar yang diletakkan bukan diri saya. Saya kecewa dan malu apabila nombor telefon dan nama samaran milik saya.

“Saya mengesyaki ia dilakukan individu yang mengenali saya yang berniat memalu dan menjatuhkan maruah saya.

“Saya tidak pernah meletakkan nombor telefon di dalam akaun Facebook sendiri,” katanya ketika ditemui, semalam.

Sementara itu, tinjauan ke atas laman sosial Facebook milik individu yang menggunakan nama Puteri Farah itu mendapati ia mengandungi maklumat seperti tempat tinggalnya di Butterworth, Pulau Pinang selain pekerjaannya sebagai seorang jururawat.

Puteri Farah itu turut menyatakan dia pernah menyambung pengajian ke Converse College pada 2007 selain menawarkan khidmat seks seperti memuaskan nafsu, urut badan dan batin.

Dalam laman terbabit juga, Puteri Farah menceritakan perihal dirinya yang tidak memilih dan suka berkawan dengan semua orang selain menyifatkan bahawa hidup mesti dinikmati.

Fyza berkata, dia pernah mengadukan hal itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), tetapi terkilan apabila jawapan diberikan mereka tidak dapat mengesan individu terbabit.

Disebabkan gangguan berterusan dari individu tidak dikenali selain ingin membersihkan maruahnya, mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah di Bandar Perda pada 7 Februari lalu.

“Bagi saya, tukar nombor telefon saja masih tidak cukup kerana saya mahukan pembelaan selain ingin melihat individu melakukan perkara terkutuk itu menerima balasan setimpal atas perbuatannya selain membersihkan nama baik serta maruah saya yang sudah tercalar,” katanya.

(Gambar sekadar hiasan)

Kerajaan P.Pinang sumbang RM1,000 untuk setiap pelajar kembali ke Mesir?

Label:

Haha...Berita ini pastinya membuatkan umno-Apco tak senang duduk!! Kenapa la Kerajaan Pulau Pinang boleh terfikir akan berbuat demikan? kahkahakah...

Kita berharap semoga cadangan Kerajaan Pulau Pinang ini akan menjadi kenyataan dan pastinya akan diikuti oleh negeri-negeri lain...

Saya petik:

[HD] GEORGETOWN, 18 Februari: Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempertimbangkan cadangan untuk memberikan bantuan RM1,000 kepada setiap pelajar dari negeri ini yang hendak kembali melanjutkan pelajaran di beberapa buah universiti di Mesir tidak lama lagi.

Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman berkata, cadangan tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat Exco terlebih dahulu sebelum mendapat keputusan mutlak.

Ini berikutan rata-rata ibu bapa merasa resah mencari dana untuk menghantar anak mereka belajar setelah kembali ke tanah air menerusi Operasi Piramid (Ops Piramid) kelolaan Kerajaan Persekutuan.

Beliau yakin Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) akan membantu menerusi Pusat Urus Zakat (PUZ).

"Kerajaan negeri akan mencari jalan bagaimana untuk membantu pelajar dari Mesir untuk kembali belajar di sana bila keadaan di sana benar-benar aman.

“Insya Allah kita akan mencari dana bagi mengatasi kegusaran ibu bapa yang rata-ratanya daif," tegasnya ketika pertemuan dengan pelajar Mesir di Dewan Sri Pinang, semalam.

Yang Dipertua Maipp, Ustaz Elias Zakaria memberitahu, PUZ akan cuba mengeluarkan dana kepada pelajar yang betul-betul memerlukan peruntukan untuk kembali menyambung pelajaran di sana.

Katanya, ibu bapa yang kurang mampu disaran sentiasa menghubunginya pejabat PUZ atau pemangku Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) untuk bertanyakan hal berkenaan.

"Mereka ibarat mutiara harus dijaga maka sebab itu kami akan sedaya upaya membantu mengatasi masalah kewangan terutamanya berkaitan wang tambang ke Mesir," terangnya.

Ibu bapa yang mengharapkan sumbangan berkenaan boleh menghubungi Ustaz Ridwan di talian 012-5529880 untuk keterangan lanjut.

Isteri hilang sabar suami diganggu SMS lucah TERLAMPAU!!
Sabtu, Februari 19, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Jumaat, Februari 18, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Khamis, Februari 17, 2011 | Author: Tuk Kiyai