Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Najib Benarkan Negara Musuh Umat Islam Bentuk Imej Malaysia - Yusmadi Yusof

Label:

Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusuf mengecam kerjasama antara kerajaan Malaysia dan syarikat perunding Israel, APCO Worldwide meskipun kerajaan tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara terbabit.

Menurut Yusmadi berdasarkan jawapan yang diberikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di Parlimen semalam, jelas menunjukkan kerajaan bersekongkol dengan firma Israel yang berpengkalan di Amerika Syarikat itu.

"Di dalam jawapan yang diberikan, kerajaan menyatakan tidak melantik syarikat perunding Apco untuk mempromosikan Malaysia secara khusus tetapi secara umumnya dilantik untuk melaksanakan perkhidmatan berkaitan komunikasi secara menyeluruh. Dikatakan ia bertujuan untuk meningkatkan kapasiti kerajaan dalam bidang komunikasi di Malaysia.

"Dari jawapan ini jelas membuktikan APCO sebagai sebuah syarikat perundingan bertanggungjawab menjalankan perkhidmatan komunikasi dan dikatakan bukan mempromosi 1Malaysia meskipun trend syarikat komunikasi kerajaan sebenarnya membentuk imej 1Malaysia," kata beliau ketika dihubungi Suara Keadilan.

Beliau juga membidas jawapan yang diberi Mohamed Nazri yang tidak mengetahui hubungan APCO dengan negara-negara lain atas alasan ia merupakan urusan syarikat tersebut.

"Bagaimana kerajaan boleh membenarkan syarikat-syarikat terutama yang membentuk imej negara dikaitkan dengan penasihat yang mempunyai latar belakang Israel. Sedangkan kerajaan tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel. Bagaimana hubungan ini boleh terbentuk melalui pintu belakang?" soal Yusmadi.

Tanya beliau bagaimana sebuah syarikat Israel dilantik melaksanakan perkhidmatan komunikasi yang secara langsung membenarkan imej negara ini dibentuk oleh musuh negara.
Beliau pada masa yang sama mencabar pemuda Umno yang selama ini kononnya mengecam sebarang campurtangan asing dan kerjasama melibatkan Israel supaya menyatakan pendirian mereka berhubung isu itu.

Sebaliknya kata Yusmadi, fatwa ulama terkemuka dunia, Sheikh Dr Yusuf Al Qaradawi berhubung kes fitnah Anwar pula dianggap satu bentuk campurtangan asing oleh Umno.

SUMBER di sini.

Umno Mesti Terang Peranan Apco – Anwar Ibrahim

Label:

LONDON: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan usaha untuk merujuk beliau kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen mengenai dakwaan beliau tentang konsep 1Malaysia yang menyamai kempen 1Israel sebagai "lucu yang nakal".

Bercakap dalam satu sidang media di London School of Economics semalam, Anwar yang pada suatu ketika dituduh sebagai agen Yahudi menganggap kesamaan 1Malaysia dan 1Israel sebagai "kenyataan yang janggal".

Beliau berkata ianya ironi apabila sebuah kerajaan yang mendakwa dirinya memperjuangkan nasib orang-orang dan memelihara kedaulatan Islam berhubung isu kalimah ‘Allah’ , telah melantik Apco Worldwide, firma perunding perhubungan awam antarabangsa yang diterajui oleh Yahudi dan penganut Zionis.

Anwar berkata, "adalah menjadi tanggungjawab Umno serta para pemimpinnya untuk menerangkan kepada rakyat peranan Apco.
.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata Anwar boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen kerana menyamakan konsep 1Malaysia dengan 1Israel.

Anwar memberitahu Parlimen bahawa Apco, yang dilantik oleh kerajaan Malaysia, terlibat dalam kempen perhubungan awam untuk konsep 1Israel pada 1999 di bawah Ehud Barak.

Kata Nazri, "Ini adalah tuduhan yang serius. Kami akan putuskan sama ada tindakan akan diambil terhadap Anwar kerana membuat kenyataan palsu dalam dewan".

Anwar berkata Apco, yang berpangkalan di Amerika Syarikat, tidak harus terlibat dengan pengurusan aktiviti-aktiviti politik dalam negara ini.

Apco yang dilaporkan menerima bayaran RM20 juta, juga dipercayai terlibat dalam penganjuran strategi-strategi politik yang bertujuan membantu Umno meraih semula sokongan rakyat.

Bagaimanapun, Apco mengeluarkan kenyataan semalam menyatakan konsep 1Malaysia yang digunapakai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah sebelum agensi perhubungan awam itu dilantik oleh kerajaan.

SUMBER di sini.

PANAS - Pemuda Umno Togok Arak?

Label:

KUALA LUMPUR : Cubaan Ahli Parlimen (MP) Rembau yang juga Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin memainkan isu arak dan judi di Dewan Rakyat ibarat meludah ke langit, terpercik di muka sendiri sebaik MP Machang, Saifudin Nasution diberi laluan untuk berucap.

Saifudin yang hanya menyatakan berhubung judi arak secara umum membuatkan beberapa MP Umno tidak duduk senang termasuklah MP Pasir Salak kelihatan marah-marah dan hampir-hampir keluar dari tempat duduk asalnya.

Berikut ialah transkrip penuh ucapan Saifudin yang juga Setiausaha PKR sehingga membuatkan MP Umno menggelabah di Dewan Rakyat.

“Dia (Khairy Jamaludin) tak sukar kita memahami keberanian Rembau kebelakangan ini untuk dilihat berani mencabar Ketua Pembangkang.

Sifirnya mudah, menang pemilihan parti (Umno), tak dapat jadi menteri, itu sahaja.

Maknanya, perbahasan ini sekarang, diikuti oleh Perdana Menteri (Najib Razak) jadi keberanian itu akan diberi markah dan peluang untuk dilantik jadi menteri itu sahaja.

Jadi, Itu fakta. Adakah Permatang Pauh (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bersetuju, tak susah kita memahami budaya dalam politik Umno.

Maknanya dosa besar dalam Umno, ialah menegur dan berkata benar kepada pemimpin Umno itu berdosa besar. Parti agama, bangsa, negara. Judi ok, arak ok.

Jangan cabar kita, kita boleh tunjuk berapa kerat dalam (Dewan Rakyat) ini.

Berapa banyak botol arak dia togok dalam lawatan-lawatan pemuda Umno dulu.

Jangan sebut, kita boleh sebut, jangan cabar kita, kita boleh sebut.

Jangan cabar, kita tahu, pejabat pemimpin Umno mana yang ada tong arak dalam pejabat.

Jangan cabar, waktu Wedding Anniversary, pemimpin pemuda Umno dihidangkan botol arak, jangan cabar kita,” kata Saifudin.

Ketika ini, beberapa pemimpin Umno merah padam walaupun Saifudin sekadar menyebut perkara itu secara umum sehingga Timbalan Yang Di Pertua (TYDP) Dewan Rakyat menegur sikap pemimpin Umno itu.

TYDP : Sudah lah Pasir salak, Pasir Salak duduk dahulu, Rembau, Rembau duduk dahulu, saya pun mahu dengar apa yang Machang nak cakap.

Saifudin yang dibenarkan berucap menyambung;

“Apakah Permatang Pauh bersetuju kalau saya katakan bahawa, dalam satu forum beberapa tahun lalu, selepas MP Permatang Pauh dipecat (dari parti dan kerajaan), di University John New Hopkins Amerika Syarikat, Pemimpin pemuda Umno itupun ada di sini, Bendahari Umno Malaysia pun ada di sini. berapa banyak botol arak dia togok, kita tahu, jangan cabar,” katanya.
.
MP Pokok Sena yang terkejut dengan pendedahan itu turut sama menggamatkan Dewan apabila berkata’

Mahfuz : Tu dia, baru kami tahu. Allah Akhbar, apa pasal teruk sangat ni.

Saifudin menyambung;

“Sebab itu, jangan sampai kita sebut di mana, Hai kenapa marah (Khairy dan Tajuddin), kenapa marah, sebab apa marah, bersungguh marah kenapa, duduklah.

YDP saya bagi fakta ini, Bagan Datoh tak marah, Batu Pahat tak marah, Pontian tak marah.

Rembau terpaku, Pasir Salak yang lebih, kenapa, kenapa, kenapa?

Sebab itu, jangan… jangan sebut,” katanya.

Ketika ini Pasir Salak yang sejak tadi diam, tiba-tiba menyinga dan menyalak dan dilihat cuba keluar dari kerusinya sebelum MP Machang berkata;

“Kalau nak suruh saya ulang diluar dewan, saya ulang, namanya siapa, tarikhnya bila,berapa banyak botol arak dia togok.” kata Saifudin.

Sebaik ungkapan itu diucapkan Saifudin, MP Pasir Salak yang sebelum itu marah-marah ke kiri kanan, terduduk sambil mencebikkan bibirnya..

“Sebab itu saya tidak boleh terima amalan ini. Dalam satu lawatan Umno ke Amerika Syarikat, ada pemimpin Umno yang tertidur dalam mesin judi. Kita tahu.

Jangan tanya saya pemimpin Umno mana. Bila semua orang dah naik bas, ada tiga lagi pemimpin Umno tak naik bas. Bila kita turun cari, rupanya pemimpin Umno ini tertidur dalam kasino judi. Nak sebut apa.

Pengerusi, cukup, untuk pusingan pertama kali ini. Adakah MP Permatang Pauh bersetuju tentang perkara ini, sekian untuk pusingan pertama,” jelas Saifudin.
.
SUMBER di sini.

Gabra Punya Pasal, Dia Dah Jadi Malaikat...

Label:

Aku dengar cerita ni dari mak aku...
kat utara tanah air ada satu famili...
famili tu ada ayah, mak mertua, anak dan menantu serta cucu.

Suatu hari, ketika menantu lelakinya tengah tengok tv, ayahnya lalu depan dia...
Tiba-tiba ayah mertuanya rebah sambil memegang dada...
Dia kelam kabut...
Lepas tu mak mertua dia pun datang terkam...
Semua terkejut...
Semua dah gabra..sambil pegang-pegang dada...ayah mertua dia pengsan.. tak sedar...lepas tu macam sedar tak sedar...

Menantu tadi gabra...

Mak mentua dia suruh dia ajar mengucap kat bapa dia sebab dia ribakan...
Dia bertambah gabra...
Lepas tu isteri dia pulak suruh sambil tolak-tolak bahu...
Mak dia suruh lagi...
Menantu dah gabra sangat, tapi dia buat jugak...

Dia letak kat telinga ayah mertua dia dan dia pun cakap...
"MA ROBBUKA...."

Terkejut isteri dan mak mertua dia..
Tiba-tiba ayah mertua dia sedar dan terus sound...
"OII..AKU BELUM MATI LAGI LA..." sambil ayah mertua dia tu mengurut-urut dada dia...

Sepatutnya dia ajar bapanya mengucap...
gabra punya pasal..dia dah jadi malaikat...

Moral: Bertenanglah dalam setiap situasi yang dihadapi....

Cerita dari email

16 Sept: Zahrain Dedah 8 MP umno yang akan lompat

Label:

Ketika menyambung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat semalam, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa beliau dan wakil rakyat PKR diberitahu bahawa lapan ahli Parlimen disebut-sebut akan melompat menyertai PKR bagi menjayakan rancangan pembangkang untuk mengambil alih kerajaan pusat pada 16 September 2008.

Beliau mendakwa mereka yang akan melompat ialah:

1. Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan),

2. Datuk Seri Anifah Aman (BN-Kimanis),

3. Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan),

4. Datuk Chua Soon Bui (Bebas-Tawau),

5. Datuk Eric Majimbun (Bebas-Sepanggar).

6. Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat),

7. Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (BN-Jerantut),

8. Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang).

Zahrain juga mendakwa seorang timbalan speaker juga dikatakan akan menyertai PKR.

Zahrain Minta Datuk Seri dari 'Pemimpin Cauvanis Dan Komunis'

Label:

Kelancangan melulu Datuk Seri Zahrain Hashim terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang Dewan Rakyat, semalam bukan satu yang menghairankan kerana ia datangnya dari seseorang yang hipokrit dan gila pangkat.

Malah, Ahli Parlimen Bayan Baru itu sanggup membelakangi keputusan mesyuarat parti dan secara diam-diam menulis surat kepada Lim Guan Eng bagi memperoleh gelaran Datuk Seri walaupun kemudian melabelkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebagai cauvinis dan komunis,

Bercakap pada sidang media di lobi Parlimen, Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasuition mendedahkan Zahrain pernah mempengerusikan mesyuarat di Pulau Pinang yang dihadiri semua wakil rakyat negeri itu dan mengambil ketetapan untuk tidak meminta atau menerima apa- apa gelaran.

Namun dalam diam, bekas Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Pulau Pinang itu menulis surat kepada Lim Guan Eng meminta gelaran 'Datuk Seri' biarpun kini mengecam Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebagai komunis.
"Semasa Zahrain mempengerusikan mesyuarat di Pulau Pinang, mesyuarat memutuskan semua wakil rakyat Pulau Pinang tidak akan menerima apa-apa gelaran Datuk walaupun ditawarkan.
.
"Apa yang dia (Zahrain) buat selepas itu? Dia menulis pada Ketua Menteri meminta gelaran tersebut," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.
.
Setiausaha Agung PKR itu melabel Zahrain sebagai seorang yang hipokrit dan kini berperanan sebagai tentera baru Umno dan mengibaratkan kecaman Zahrain sebagai 'menepuk air di dulang, akhirnya terpercik ke muka sendiri'.
.
"Ini karektor dia (Zahrain). Yang menariknya Bayan Baru menulis kepada pemimpin yang dia sendiri label sebagai komunis dan cauvinis semata-mata untuk meminta gelaran," katanya.

SUMBER di sini.

TUAN GURU NIK AZIZ DIGELAR PU**MAK OLEH BARUA UMNO...

Label:

link video klik di sini

Antara intipati ceramah Zahid Mat Arip adalah seperti berikut:
- Nik Aziz muka macam tin sardin.
- Nik Aziz bukan ulamak, tapi binatang berpolitik.
- Nik Aziz pernah mendoakan Najib pecah perut.
- Kononnya Umno yang menyelamatkan nyawa Nik Aziz yang sudah nak mampus.
- Nik Aziz bukan Ulamak, tetapi pukimak.

APABILA TENTERA BARU UMNO "MENYALAK"....

Label:

Kecaman melulu Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan pimpinan Pakatan Rakyat, sebagai datangnya dari 'tentera baru Umno'.

Demikian label Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution terhadap Zahrain yang turut dicabar mendedahkan nama Timbalan Speaker juga dikatakan mahu membuat usul undi tidak percaya berkaitan projek 16 September.

Saifuddin juga menyindir prestasi 'baik' yang ditonjolkan Zahrain semalam kerana sangat drastik berikutan Ahli Parlimen Bayan Baru itu sebelum ini tidak pernah memberi ucapan baik di peringkat parti mahupun sidang Parlimen semasa masih bersama PKR.

"Bayan Baru disifatkan sebagai watak baru dalam siri serangan ini, kononnya mendedahkan segala macam kelemahan dan rahsia PKR. Perfomance (Prestasi) dia naik mendadak. Dia tidak pernah memberi ucapan baik sebelum ini," kata Saifuddin.

SUMBER: TVS

Tiada Tindakan Terhadap China Press

Label:

Kementerian Dalam Negeri berpuas hati dengan penjelasan yang dibuat oleh akhbar China Press dan tidak akan mengambil tindakan terhadap akhbar itu berhubung laporannya bahawa Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan kemukakan surat letak jawatan.

Akhbar itu juga bersedia memohon maaf kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, kata Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Ahmad Fuad Abdul Aziz di sini pada Khamis.

Beliau juga berkata terserah kepada China Press untuk mengambil tindakan dalaman mengenai laporan itu yang telah dinafikan oleh Hishammuddin dan Musa.

SUMBER: Bernama

KU LI HADIRI DIALOG ROYALTI MINYAK MALAM INI

Label:

Dialog royalti minyak anjuran Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) dan Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) di Kuala Terengganu malam ini diteruskan sebagaimana telah dirancang dengan komitmen akan disertai oleh Tengku Razaleigh Hamzah.

“Setakat ini, dialog ini diteruskan dan Tengku Razaleigh juga sudah menyatakan komitmen untuk menyertai dialog,” kata Setiausaha Bersama Gegar Zaidan Abdullah ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Ketika ditanya mengenai laporan bahawa tiada permit diberikan, Zaidan yang juga Setiausaha Mampat berkata, majlis tersebut diadakan dalam dewan kawasan persendirian iaitu di Terengganu Ekuestrian Resort sendiri dan biasanya tidak memerlukan permit pihak berkuasa.
.
“Mengikut amalan-amalan masa lalu, majlis yang diadakan dalam dewan dalam Terengganu Ekuestrian Resort tidak diperlukan permit, cuma kami memaklumkan pihak polis.
.
“Dalam hal ini, kami juga akan memaklumkan pihak polis mengenai dialog ini,” kata beliau dengan mengharapkan tidak akan timbul sebarang masalah.

Pertemuan malam ini merupakan forum kedua dihadiri oleh Tengku Razaleigh selepas ceramah di Kota Bharu akhir Januari lalu.

SUMBER di sini.

ANWAR IBRAHIM SINDIR NAJIB PUJI DIRI SENDIRI

Label:

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyindir Datuk Seri Najib Razak kerana memuatkan pujian kepada diri sendiri dalam teks titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong sewaktu merasmikan sidang parlimen dua hari lalu.

“Jarang berlaku dalam ucapan titah Yang Di Pertuan Agong, perdana menteri secara peribadi memuji dirinya sendiri,” sindir Anwar tengah hari tadi sambil disambut gelak ketawa oleh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di dewan Rakyat.

Dalam nada yang jenaka, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menasihatkan Najib supaya memuatkan ucapan penghargaan kepada Umno BN kerana berjaya mengekalkan kuasa dalam kerajaan.

“Tanpa rasa malu Perdana Menteri memuji dirinya sendiri, selalunya diletakkan tahniah kepada kerajaan kerana menang pilihan raya, itu kebiasaannya,”

Disebabkan Speaker Dewan Datuk Donald Kiandee tidak menghalang seloroh itu, Anwar terus membaca teks titah ucapan yang dimaksudkan beliau.

“Para pemimpin hendaklah mencontohi Memanda Perdana Menteri (Najib),” kata Anwar.

Tambah Anwar lagi, sidang kali ini turut mencipta sejarah apabila Datin Seri Rosmah Mansur, iaitu isteri kepada Perdana Menteri turut dipuji secara peribadi dalam titah ucapan tersebut.

“Bukan setakat itu tuan speaker, inilah kali yang pertama dalam sejarah di mana dalam Titah Diraja, suatu pujian khusus pada insiatif yang dibuat oleh isteri perdana menteri,” sindir Anwar lagi.

“Berikutan kejayaan program Permata Negara, Permata Pintar, Permata Seni, Permata Insan Permata Remaja, Ini Permata yang memang menjadi projek istimewa si isteri jelita,” kata Anwar lagi.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, teguruan khusus kepada perdana menteri itu bukanlah bermakna memperkecil titah ucapan DYMM Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin.

Menurut beliau, konsep raja berperlembagaan yang diamalkan di Malaysia bermakna kerajaan yang memerintah menyediakan titah ucapan yang kemudiannya disemak dan diperkenan oleh seorang Yang Dipertuan Agong.

Maka, kata Anwar, Najib selaku ketua kerajaan bertanggungjawab menyediakan draf ucapan titah ucapan tersebut.

Tindakan Najib itu tegasnya sekaligus boleh merosakkan imej dan tradisi raja berpelembagaan yang selama ini dilaksanakan di Parlimen.

Beliau juga menasihatkan kerajaan supaya tidak mengulangi perbuatan serupa di Dewan Rakyat yang mulia itu.

“Ini yang nak saya perbetulkan supaya pujian-pujian pada diri sendiri seperti ini tidak lagi berulang,” tegas Anwar.

SUMBER di sini.

LIWAT: ANWAR MAHU SEGERAKAN KES

Label:

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan meneruskan rayuan untuk meminta Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes liwat yang sedang dihadapinya.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, notis penarikan itu difailkan menerusi firma guaman Tetuan S N Nair & Partners di pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di sini pagi semalam.

“Setelah menimbang masa yang diambil agak panjang dan kami jelas tentang perjalanan mahkamah dan sistem kehakiman negara, kami memilih untuk menyegerakan kes ini dengan tarikh pendengaran semula pada 25 Mac.

"Daripada situ tarikh akan ditetapkan agar pasukan peguam saya dapat menyoal balas (pengadu) Mohd Saiful Bukhari Azlan,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di Parlimen, semalam.

Pada 19 Mac ini, Mahkamah Rayuan sepatutnya mendengar rayuan Anwar berhubung keputusan Mohamad Zabidin untuk tidak menarik diri daripada mendengar kes liwat itu.

Pada 8 Februaru lepas, Anwar membuat permohonan supaya hakim itu menarik diri dengan alasan Mohamad Zabidin bertindak berat sebelah apabila enggan melayan permohonan oleh peguam utama Anwar, Karpal Singh, untuk mengenakan tindakan menghina terhadap :utusan Malaysia: berhubung dua artikel yang disiarkan akhbar itu.

SUMBER di sini.

BN SALAH GUNA DUIT ROYALTI

Label:

Pakatan Rakyat akan membawa usul tergempar pada sidang Dun Terengganu bulan depan bersabit tindakan kerajaan persekutuan menggunakan royalti minyak negeri itu untuk membiayai projek-projek mewah dan program Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Dana berkenaan didakwa disalurkan untuk projek di negeri-negeri lain melalui tabung khas yang diwujudkan oleh Kerajaan Persekutuan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Buruk, Syed Azman Syed Ahmad berkata, Terengganu menerima royalti minyak dari tahun 2000 hingga 2009 yang keseluruhannya berjumlah RM15.4 billion.

Namun rakyat Terengganu tidak banyak melihat hasil royalti itu. Ini kerana Kerajaan Persekutuan menggunakan dana itu untuk membiayai projek-projek mewah seperti kejohanan Monsoon Cup, pembesaran Lapangan Terbang Sultan Mahmud dan pembinaan Lebuhraya Pantai Timur yang masih tergendala.

"Royalti minyak ini juga diagihkan kepada SPNB seluruh negara dan ini menyebabkan rakyat Terengganu rugi dan tidak mendapat apa -apa manafaat.

"Ini berlaku adalah akibat salah urus dan salah tadbir oleh pemimpin Umno-BN dan saya sendiri akan membawa usul tergempar ini ke sidang Dun bulan depan," tegasnya semasa dihubungi Suara Keadilan baru-baru ini.

Menurut beliau, SPNB telah menggunakan RM873 juta wang royalti minyak Terengganu untuk melaksanakan projek perumahan di seluruh negara dan hanya RM102 juta dibelanjakan untuk projek berkenaan di negeri ini.

Dalam pada itu, SPNB masih berhutang sebanyak RM771 juta dengan kerajaan negeri manakala tuntutan untuk wang royalti yang dijadikan dana khas untuk negeri-negeri lain adalah sebanyak RM717 juta.

Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Terengganu Abdul Rahman Yusof pula menyifatkan royalti minyak digunakan sebagai peruntukan persekutuan yang sepatutnya berasingan daripada peruntukan pusat kepada negeri.

"Contohnya penyelenggaraan dan pembinaan jalan raya, lapangan terbang di Terengganu, mereka gunakan wang royalti tetapi di Kedah mereka dapat peruntukan pusat.

"Salahguna oleh kerajaan BN ini banyak, semasa kerajaan Barisan Alternatif ambil alih kerajaan negeri pada 1999, wang royalti ditukar menjadi wang ihsan dan perbelanjaan tidak melalui kerajaan negeri tetapi Jabatan Pembangunan Pusat (JPP)," katanya.

Tender dan projek JPP ini dilaksanakan secara tertutup dan tidak mengikut proses tender biasa dan diberikan secara rundingan terus.

Akibatnya banyak projek yang dilaksanakan JPP ini gagal, contohnya seperti stadium, stesen bas dan masjid yang rosak kerana tidak mengikut spesifikasi ataupun piawaian yang sepatutnya.

"Kerajaan harus siasat semua projek yang dilaksanakan bawah JPP sejak 1999 yang tidak memberi manfaat kepada rakyat, tetapi hanya kepada segelintir kontraktor di kalangan mereka, kebanyakannya bukan berasal daripada Terengganu," ujar Rahman lagi.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said mengumumkan Kerajaan Terengganu hanya menerima wang royalti minyak sebanyak RM650 juta daripada RM1.4 bilion yang dituntut.

SUMBER di sini.

ZULKIFLI NOORDIN MINTA RAKYAT TUNGGU "KEJUTAN" DI PARLIMEN

Label:

Zulkifli Noordin minta rakyat menunggu kejutan yang akan berlaku di Parlimen...
.
Apa yang akan berlaku di Parlimen hari ini, esok, dan hari-hari berikutnya?
.
Dia melompat masuk umno?
.
Dia lawan bekas bosnya dalam PKR?
Ahhhh...macam-macam karenah si mamat sorang ni...
.
Apa-apa pun, rakyat tidak akan terkejut pun apa yang akan dilakukannya....

LETAK JAWATAN ATAU CHINA PRESS DIGANTUNG

Label:

KUALA LUMPUR, 16 MAC - Ketua pengarang, akhbar China Press diarah untuk meletakkan jawatannya berhubung laporan akhbar itu yang mendakwa Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan telah mengemukakan surat peletakan jawatannya, kata Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang.

Kit Siang berkata, sekiranya pengarang itu berdegil, akhbar itu akan menghadapi hukuman gantung selama tiga hingga enam bulan.

Beliau berkata demikian pada sidang media di lobi Parlimen selepas mengetuai Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar dewan hari ini selepas tidak dibenarkan membahaskan usul yang dibentangkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Pada 2006, akhbar sama juga menghadapi tindakan digantung berhubung laporan insiden seorang wanita, yang diarah berbogel dan melakukan ketuk-ketampi di sebuah balai polis yang didakwa mereka sebagai rakyat negara China.

Laporan skandal berkenaan dikatakan hampir mencetuskan ketegangan antara Malaysia dengan China.

KDN dikatakan hanya berpuas hati setelah pengarang kanan akhbar itu meletakkan jawatan.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata tindakan tegas akan diambil terhadap China Press sekiranya ia gagal mengemukakan alasan munasabah kepada kementerian berkenaan.

Selain surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kepada akhbar itu Sabtu lalu, KDN juga meminta wakil daripada syarikat akhbar berkenaan hadir ke kementeriannya pagi semalam untuk memberi penjelasan.

China Press Sabtu lalu, melaporkan bahawa Musa akan bersara sebelum sambutan Hari Polis pada 25 Mac ini dan tempatnya akan diganti oleh timbalannya Tan Sri Ismail Omar. sumber: TVS
.
Berita di bawah ini pula adalah jawapan daripada Menteri Dalam Negeri berkaitan isu di atas:
.
HISHAMUDDIN SAHKAN MUSA AKAN DIGANTI
.
[FMT] Sehari selepas menafikan berita mengenai Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan akan meletak jawatan, Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein hari ini mendedahkan bahawa Musa akan digantikan.

Hishammuddin mengesahkan perkara ini ketika bercakap kepada para pemberita di lobi Parlimen pagi ini dan berkata ini merupakan sebagaian dari usaha penyusunan semula anggota-anggota polis peringkat tertinggi.

"Saya tahu siapa yang akan menggantikan KPN, saya juga tahu siapa yang akan menggantikan pengarah bahagian jenayah komersial.

Saya juga tahu siapa yang akan mengambil alih. Oleh itu kita tidak perlu membuat spekulasi dan melaporkan berita tanpa berasas," katanya.

Tempuh perkhidmatan Musa yang menimbulkan banyak kontroversi telah menarik minat terutama di kalangan parti-parti di luar Barisan Nasional (BN) yang mendakwa beliau bersubahat dengan BN menggugut para penentangnya dan kerajaan BN.

Beliau juga dikaitkan dengan memalsukan bukti termasuk penglibatan Peguam Negara Abdul Gani Patail dalam insiden ‘mata lebam’ Anwar, lapor Malaysiakini.

Yang terbaru, beliau dituduh terlibat dalam perebutan kuasa dalam pasukan polis yang akhirnya menyebabkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ramli Yusuff digantung.

Mengenai laporan bahawa peletakan jawatan Musa adalah kerana desakan rakyat, Hishammuddin menegaskan bahawa apa-apa perubahan terhadap kepemimpinan pasukan polis akan ditetapkan oleh kerajaan.

"Saya mengakui, proses penyusunan semula ini berlaku, tetapi masa dan tempat transisi ini telah ditetapkan, bukan dari tekanan daripada media tetapi oleh kerajaan dan kepemimpinan peringkat nasional.

Beliau juga berkata apa jua perubahan, ia bukan sahaja melibatkan seseorang individu tetapi keseluruhan pasukan polis sambil mendedahkan bahawa empat lagi pengarah dalam bahagian-bahagian polis akan bersara pada tahun ini.

MATI DITEMBAK

Label:

KUALA LUMPUR : Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak, mendiang Siva Pandian mati ditembak di hadapan kedai mencuci kereta miliknya di Langkap, Teluk Intan semalam (15 Mac)

"DPPN Pk amat sedih dengan berita yang telah di laporkan kerana cara pembunuhan tersebut amat kejam dengan dua das tembakan yang satunya mengenai kepala dan dada yang mengakibatkan beliau mati di tempat kejadian jam 3 petang tadi," kata Salman Haji Saleh, Naib Ketua, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) dalam kenyataan medianya kepada era pakatan. com.

DPPN Pk yang lantang mengutuk tindakan itu berharap pihak polis membuat siasatan menyeluruh terhadap pembunuhan kejam tersebut.

"DPPN Pk juga meminta ahli keluarga mendiang dan juga semua ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak bersabar serta tenang dan berhati-hati dengan suasana yang berlaku ini," tegas beliau.

Sabtu, Mac 20, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Jumaat, Mac 19, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Khamis, Mac 18, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Rabu, Mac 17, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Selasa, Mac 16, 2010 | Author: Tuk Kiyai