Papa Gomo berkata saman RM 100 juta yang difailkan Anwar memberikan satu peluang besar kepada untuk mendedahkan lebih banyak kegiatan tidak bermoral pemimpin berkenaan dengan membawa saksi-saksi penting seperti Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru Datuk Zulkifli Nordin, bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat Ng Lum Yum, Datuk S.Nallakaruppan, Ahli Parlimen Padang Serai N.Gobalakrishan dan seorang pemimpin kanan PAS.
P/S: Kah kah kah....Saksi yang hebat!! Semuanya musuh politik Anwar...
|
Arkib buktikan Ketua Penceroboh Sulu sebenarnya rakyat Malaysia
KUALA LUMPUR 20 MAC: KEADILAN mendedahkan bukti secara dokumen yang menunjukkan Raja Muda Sulu, Agbimudin @ Azzimuddie Kiram yang mengetuai pencerobohan di Lahad Datu, Sabah sejak bulan lalu, sebenarnya rakyat Malaysia dan pernah menjadi kakitangan awam.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, ia dibuktikan melalui dokumen ‘Senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah’ yang diperolehi dari Jabatan Arkib Negara Sabah.
“Dari maklumat itu, disahkan bahawa Agbimudin tersenarai sebagai Pegawai Tadbir Muda di Pejabat Daerah Kudat bermula 1 Mac 1974 dengan gaji RM610 sebulan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.
Rafizi yang turut melampir salinan dokumen itu yang memiliki cop Arkib Negeri Sabah bertarikh 4 Oktober 1983, berkata, pendedahan itu mengesahkan hubung kait penceroboh Sulu dengan projek IC yang melibatkan Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Wujudnya tokoh dari kumpulan bersenjata ini di kalangan warganegara mengesahkan keresahan rakyat betapa pemberian kerakyatan untuk tujuan politik tanpa proses sah mengancam keselamatan negara,” katanya.
Sebelum ini, media sosial terutama facebook kerap memapar pelbagai gambar individu yang dikaitkan dengan Kesultanan Sulu bersama-sama pimpinan Umno BN.
-keadilandaily
|
PETALING JAYA 19 MAC: Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman ke atas blogger pro-Umno, Papagomo yang menyebar gambar lucah menyerupai Ketua Umum KEADILAN di rangkaian media sosial.
Peguam Anwar, N Surendran dalam kenyataan tengahari ini berkata, Anwar menamakan Wan Muhammad Azri Wan Deris, pemilik portal Papagomo dalam saman itu, sebagai individu bertanggungjawab menyebar gambar fitnah tersebut.
“Saya telah arah pasukan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas blogger pemfitnah yang mempunyai kaitan rapat dengan Umno,” kata Anwar di twitter hari ini.
Fitnah terbaru itu disebar kira-kira seminggu selepas Azlan Md Lazim, bapa kepada Saiful Bukhari membuat pengakuan betapa kes Fitnah II hanya konspirasi politik untuk memenjarakan Anwar.
Bagaimanapun, individu dalam gambar berkenaan kelihatan tegap dan terlalu muda tanpa kedutan berbanding susuk lelaki berusia 65 tahun seperti Anwar.
Ia mungkin cubaan blogger pro-Umno untuk membaiki kesilapan pada rakaman video yang direka trio Datuk T, diketuai ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay pada 2011 yang memapar individu berperut buncit. -keadilandaily
|
Kenyataan 'reban ayam': Saya tak hina, kata Ghafir
Bekas pegawai tertinggi tentera Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul
Hamid berkata, beliau tidak pernah menghina pasukan keselamatan dengan
menyifatkannya tiada misi jelas sehingga perlu "duduk di bawah rumah
orang dan reban ayam".
Bekas timbalan panglima Angkatan Tentera
Darat itu sebaliknya berkata, kenyataannya pada 12 Mac lalu di sebuah
forum di Kuala Lumpur itu diputar belit oleh akhbar Umno Utusan Malaysia. "Apa yang saya kata sebelum ini ialah, jika tentera tidak membuat risikan dengan proper, maka tentera terpaksa cari musuh di tepi rumah orang, tepi reban ayam.
"Saya menyentuh kegagalan perisikan. Utusan dah spin (putar - belit) kenyataan saya. Saya akan saman mereka," kata Ghafir ketika ditemui Malaysiakini dalam sebuah ceramah di Seremban malam tadi.
Utusan Online pada
13 Mac lalu melaporkan Ghafir sebagai memperleceh cara polis dan
tentera menangani pengganas sehinggakan "hanya duduk di bawah rumah
orang dan di reban ayam".
Beliau juga dilapor menyifatkan
seolah-olah pelaksanaan Ops Daulat gagal dan membuatkan pasukan
keselamatan dalam keadaan keadaan terkejut menyelesaikannya.
'Tengok dia punya jamban'
Sementara
itu, Ghafir turut menyelar tindakan kerajaan membeli senjata mahal
secara tender rundingan terus dan bergantung kepada satu pertender
semata-mata, sehingga mewujudkan perbezaan harga yang ketara berbanding
pembelian negara lain.
"Banyak kos-kos tersembunyi. Kita boleh
tanya apa dia kos tersembunyi? Termasuklah komisyen. Kalau orang kaya
dipanggil komisyen, kalau mata-mata di tepi jalan dipanggil rasuah,"
katanya.
Menurut beliau lagi, beliau sudah banyak kali
menimbulkan situasi yang merugikan duit rakyat itu tetapi belum mendapat
respon daripada Kementerian Pertahanan.
"Satu
lagi apabila membeli senjata yang kita sentiasa kita balik kepada
pembekal untuk dapatkan alat ganti. Apabila senjata itu rosak kena
hantar ke London, Perancis atau sebagainya.
"Jadi benda itu makan duit yang banyak. Disebabkan itu kalau kita perhati, sektor-sektor yang penting tidak dibangunkan.
"Umpamanya kalau kita tengok berek. Berek tentera Kem Rasah (Seremban),
tak usah pergi jauh lah kan. Sehingga hari ini menjadi bukti bagaimana
baik atau tak baiknya Kem Rasah. Kalau tengok dari luar memang cantik.
Masuk dalam, tengok dia punya jamban!
"Ada bekas tentera sini tak? Ramai?" soalnya sambil disambut laungan "ya" oleh segelintir daripada 800 orang ramai yang hadir.
Ghafir mempersoalkan kenapa keadaan kekurangan sebegitu boleh berlaku sedangkan negara Malaysia sebuah negara yang kaya.
"Kalau tidak kerana rakusnya mereka berbelanja, saya rasa keadaan rumah
keluarga, dewan makan mereka (tentera) boleh dimodenkan.
Turut
berceramah ialah bekas panglima Logistik Tentera Udara Diraja Malaysia
(TUDM), Briged Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab dan Timbalan
Ketua Cabang PKR Seremban, Dr Mohamad Rafie Abdul Malek.
|
Kerajaan PR akur, patuh dan menghormati apa sahaja keputusan Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenaan kesucian dan pembangunan agama Islam.
Tuduhan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya masa
depan, hak keistimewaan orang Melayu dan kesucian agama Islam akan
terancam sekiranya Pakatan Rakyat (PR) terus berkuasa di Selangor
baru-baru ini melampaui batas.
Kenyataan tersebut lebih bersifat liabiliti kepada slogan 1Malaysia
yang cuba dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kenyataan itu menunjukkan beliau tertinggal jauh dari perkembangan
politik tanah air. Dr Mahathir masih menyanyi lagu lama, lagu perkauman
dan menakut-nakutkan orang Melayu.
Dr Mahathir mahu menyegarkan pertembungan kaum setelah bibit-bibit
kebencian terhadap kaum dan penganut agama lain beliau tanam dalam
kalangan rakyat di sepanjang 22 tahun pemerintahannya.
Kesucian agama Islam tidak mungkin terancam di bawah pentadbiran
kerajaan PR yang akur, patuh dan menghormati apa sahaja keputusan
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenaan kesucian dan
pembangunan agama Islam.
Di Selangor, Jais memperoleh peruntukan paling tinggi di dalam
Belanjawan Negeri, melebihi RM130 juta setahun di mana lebih RM405 juta
(pembinaan masjid dan sekolah agama) dan lebih RM46 juta (baik pulih
masjid dan sekolah agama) sepanjang tempoh 2008-2012.
Kerajaan negeri menaikkan elaun guru-guru Sekolah Kafa dari RM400
ketika pemerintahan Dr Mahathir kepada RM1,300 hari ini. Pengiktirafan
ini antara salah satu cara meningkatkan ilmu agama di kalangan anak-anak
Melayu Islam sebagai pelaburan modal insan.
Sebaliknya pada zaman pemerintahan Dr Mahathir, Sekolah-sekolah Agama
Rakyat dan Sekolah Tahfiz sering kali diugut dengan pembubaran. Rakyat
di negeri ini masih belum lupa penghinaan tersebut jika mahu disebut
satu persatu perlakuan Dr Mahathir terhadap agama Islam serta penghinaan
terhadap umat Islam.
Kita sendiri yang akan terasa malu dengan masyarakat bukan Melayu dan
bukan Islam kerana ada di antara kita bersikap jelik begitu. Tiba-tiba
hari ini Dr Mahathir cuba menjadi jaguh agama.
Tidak dinafikan Dr Mahathir meneruskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang
matlamat asalnya membantu orang Melayu tetapi dasar itu ternyata gagal
dalam pelaksanaannya kerana agihan kekayaan tidak adil dan tidak telus.
Amalan kronisme; memperkaya suku sakat sangat berleluasa dan
‘dihalalkan’ atas dasar menjaga kepentingan Melayu. Sasaran 30 peratus
ekuiti orang Melayu tidak tercapai kerana salah guna kuasa dan
kecurangan yang diamalkan.
Hanya segelintir Melayu yang mempunyai hubungan dengan pemimpin Umno
menikmati keistimewaan tersebut manakala masyarakat Melayu teramai
ketinggalan dan kekal di takuk lama.
Melalui semakan rambang, kita dapati ratusan ekar tanah dimiliki Umno
Selangor atas dasar Melayu dan Bumiputera. Apabila didedah di Dewan
Negeri Selangor baru-baru ini, mereka dengan angkuh mengatakan apa
salahnya mereka mengambil tanah ini kerana kononnya merekalah yang
membangunkan negeri ini!!
Ratusan ekar tanah mereka peroleh hanya dengan membayar premium paling
minimum RM100 setiap ekar. Kebanyakan tanah tersebut kini dimajukan dan
dijual dengan harga ratusan juta kepada syarikat swasta yang bukan
milikan Bumiputera.
Saya tidak bermaksud mempersoalkan pemilikan tanah oleh bukan
Bumiputera tetapi sikap hipokrasi Umno begitu menjengkelkan. Peliknya,
ketika menjual hartanah tersebut kepada syarikat swasta dengan
keuntungan berlipat ganda, tidak pula mereka bertempek ‘Hidup Melayu”!!
Mengapa Dr Mahathir tidak menghalang pimpinan Umno dari menggadai
tanah-tanah orang Melayu ini kepada orang bukan Melayu? Mana perginya
kedaulatan, maruah dan harga diri orang Melayu yang dilaung-laungkan?
Kita mendapati ketika pemerintahan Umno di Selangor, ribuan ekar Tanah
Rezab Melayu di bandar ditarik keluar dan dijadikan milikan bebas.
Diganti dengan tanah di hujung kampung seperti di Panchang Bedena, Sabak
Bernam serta di Hulu Selangor.
Maka terletaklah Tanah Rizab Melayu jauh dari kota kerana pada Umno,
orang Melayu layaknya hidup terperosok di kampung-kampung. Kerana itu
jugalah, apabila PR berusaha meningkat taraf hidup orang Melayu dengan
memberi peluang memiliki aset bertaraf dunia seperti pembangunan Datum
Jelatek, hiruk pikuk Umno membantah pembangunan tersebut dan mahu Melayu
kekal berniaga di warung dengan bermentaliti pemilik gerai.
Dr Mahathir juga bertanggungjawab memperkenalkan konsep penswastaan di
negara ini. Seperti DEB, penswastaan juga bermatlamat murni namun
pelaksanaan tempang dan curang menjadi beban kepada rakyat tetapi syurga
kepada kroni dan pimpinan Umno. Tidak terdengar satu ayatpun dari Dr
Mahathir ketika rakyat Selangor berjuang berhabisan mempertahankan hak
air mereka. Dr Mahathir berpura-pura seolah-olah hidup di dunia berbeza.
Tahu atau tidak Dr Mahathir bahawa PR mempunyai kekuatan politik untuk
mengutip hutang-hutang tersebut? Sedarkah Dr Mahathir PR memulangkan
jumlah RM390 juta tersebut kepada rakyat miskin di negeri ini yang
sebahagian besar adalah orang Melayu?
Tidak terbayang di minda kita bagaimana beliau boleh menuduh PR akan
menghancurkan orang Melayu kecuali kita menerima hakikat bahawa faktor
usia melemahkan daya pemikiran beliau.
Seawalnya saya cuba untuk tidak mengingati kerosakan yang dilakukan Dr
Mahathir pada kebanyakan institusi penting negara selama 22 tahun
pemerintahannya.
Tetapi memandangkan beliau ghairah beraksi selaku ‘de facto’ Perdana
Menteri mungkin kerana Perdana Menteri hari ini begitu lemah dan gagal
maka rakyat terutama orang Melayu yang ‘mudah lupa’ perlu diingatkan
bahawa insan bernama Mahathir yang memporakperandakan kesatuan orang
Melayu khusus ketika peristiwa hitam Badan Kehakiman 1988 dan insiden
Mata Lebam 1998.
Faekah Husin
Setiausaha Politik kepada
Menteri Besar Selangor
-sinarharian
|