Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Pasangan "kekasih gelap" ditangkap berkhalwat dalam kereta

Label:

Saya petik:

[SH] LUNAS - Seorang janda anak satu ditangkap khalwat bersama kekasihnya yang juga suami orang di dalam sebuah kereta jenis Proton Saga di Taman Industri Saujana, di sini.

Jurucakap Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK) berkata, pemantauan terhadap kereta pasangan itu dilakukan kira-kira dua minggu lalu selepas menerima aduan daripada orang ramai mengenai perlakuan sumbang pasangan itu.

"Kira-kira jam 9 malam ketika Penguat kuasa PADK membuat rondaan, anggota terserempak dengan kereta Proton Saga baru sepertimana aduan diterima.

"Setelah membuat pemeriksaan terhadap kereta itu. PADK menemui sepasangan kekasih duduk di kerusi belakang kereta dalam keadaan mencurigakan, " katanya.

Menurutnya, siasatan PADK mendapati pasangan wanita berusia 38 tahun dan sudah menjanda sejak 14 tahun lalu setelah kematian suaminya, manakala pasangan lelaki berusia 20 tahun merupakan suami orang dan mempunyai seorang anak.

"Mereka bekerja di kilang sama di Lunas dan keluar bersama sejak jam 5 petang sehingga ditangkap kira-kira jam 9.30 malam, ” katanya.

Juru cakap PADK berkata, hasil siasatan PADK terhadap pasangan wanita mendapati mereka berkenalan sejak beberapa bulan lalu dan mengaku sudah terlanjur.

Bagi mengelak perlakuan sumbang mereka itu dilihat orang ramai, tingkap belakang kereta ditutup dengan penggalas cermin.

Pasangan itu dibawa ke Balai Polis Lunas untuk membuat laporan tangkapan.

Pasangan wanita ditahan di lokap Balai Polis Lunas manakala lelaki dilokap Balai Polis Kulim. Pasangan itu akan disiasat di bawah Seksyen 9 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988 jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

PADK turut menasihatkan pasangan itu agar menyedari kesalahan dilakukan tergolong dalam dosa besar. Pasangan akan diarahkan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada tarikh ditetapkan sekiranya gagal berbuat demikian, waran tangkap akan dikeluarkan.

Bekas Permaisuri Agong tersilap pilih kaunselor?

Label:

Saya petik:

[KS] KUALA LUMPUR - Bekas Raja Permaisuri Agong, Cik Puan Siti Aishah Abdul Rahman kelmarin memfailkan saman terhadap pakar paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas yang lebih dikenali sebagai Uncle Seekers kerana didakwa telah membocorkan maklumat dirinya.

Siti Aishah menamakan Syed Abdullah sebagai defendan pertama manakala ayah Syed Abdullah, Syed Hussein Al-Attas sebagai defendan kedua.

Writ saman bertarikh 2 Disember itu difailkan melalui Tetuan Gunaseelan & Associates di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Akhtar Tahir.

Mahkamah tersebut kemudian menetapkan 22 Disember ini sebagai tarikh sebutan interparte untuk kes tersebut.

Dalam saman tersebut, Siti Aishah sebagai plaintif memohon perintah injuksi bagi melarang defendan pertama dan kedua untuk tidak mendedahkan sama ada secara lisan atau dalam blog-blog, surat khabar atau wakil-wakil mereka sebarang maklumat semasa plaintif menerima 'rawatan' daripada defendan.

Plaintif juga memohon perintah melarang kedua-dua defendan itu daripada menerbitkan sebarang buku, majalah, risalah atau terbitan melalui blog atau laman web mengenai plaintif.

Menurut pernyataan tuntutan, pada Jun 2010 Siti Aishah mendakwa telah meminta bantuan Syed Abdullah untuk menangani masalah emosi yang dihadapinya selepas defendan pertama membuat representasi secara lisan bahawa beliau (Syed Abdullah) boleh mengubati dan menjalankan kaunseling berhubung masalah emosi yang dihadapi oleh bekas Raja Permaisuri Agong itu.

SAH!! RON95 Naik 5 Sen kepada RM1.90 Seliter - KPDNKK

Label:

Saya petik:

[MStar] PETALING JAYA: Harga petrol RON95 akan meningkat sebanyak 5 sen mulai tengah malam ini menjadikan harga baru bahan api itu kepada RM1.90 seliter.

Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ruhaidini Abdul Kadir ketika mengesahkan perkara ini kepada mStar Online sebentar tadi berkata, kenaikan itu bertujuan mengelakkan jurang harga besar antara RON95 dan RON97.

“Keputusan kenaikan harga petrol RON95 sebelum ini RM1.85 seliter dibuat ekoran kenaikan harga minyak di pasaran dunia,” katanya.

Harga petrol RON97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter bermula pada 1 Disember lalu yang mengekalkan harga RON95 pada RM1.85 seliter.

Kenaikan kedua-dua harga RON95 dan RON97 yang dibuat kerajaan itu berdasarkan pelarasan subsidi petrol dan mengapungkan harganya dari semasa ke semasa.

Kerajaan pada 1 November lalu menaikkan harga petrol RON97 sebanyak 5 sen kepada RM2.15 seliter namun masih mengekalkan subsidi petrol RON95.

Isu Perlantikan TPM : BN Sedar Saat Kekalahan - MB Kelantan

Label:

Isu pembahagian harta pusaka biasanya hanya didebatkan apabila seseorang sakit teruk atau sudah meninggal dunia. Sekalipun tidak salah, namun jarang sekali isu pembahagian harta pusaka timbul dalam keadaan seseorang dalam keadaan sihat sejahtera. Demikianlah juga apabila isu perlantikan Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menerajui negara dibangkitkan oleh media massa milik UMNO. Bagi saya, ia tidak lebih melainkan hanyalah merupakan tanda-tanda yang menunjukkan bahawa UMNO dan Barisan Nasional sudah sakit teruk dan tidak mempunyai harapan untuk pulih lagi. Alhamdulillah, media massa milik UMNO sendiri pun nampaknya mulai sedar saat-saat akhir hayat mereka di pentas politik Malaysia. Insya-allah, saya optimis akan tiba juga ketikanya Barisan Nasional akan digantikan oleh Pakatan Rakyat untuk menerajui Putrajaya.

Berhubung isu perlantikan YB Lim Kit Siang selaku Timbalan Perdana Menteri yang kononnya dikeluarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, sukalah untuk saya menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah membuat apa-apa keputusan dan tidak pernah mengadakan apa-apa perbincangan tentang hal ini. Syak saya teramat kuat bahawa permainan media telah digunakan dengan amat dahsyat di dalam memanipulasi kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa yang peliknya dengan budaya media milik UMNO? ‘Islam plastik’ yang pernah saya tuturkan satu ketika dahulu pun pernah dilaporkan sebagai ‘Islam Palestin”. Salah dengar dan salah lapor ialah satu budaya biasa dalam amalan media milik UMNO.

Hari ini, isu perlantikan Timbalan Perdana Menteri ini diolah sekali lagi oleh media milik UMNO dengan begitu hebat. Lalu dijemputlah segala pemimpin-pemimpin UMNO segenap lapisan untuk memberikan ulasan. Seolah-olah UMNOlah satu-satunya parti yang mempertahankan Melayu, seolah-olah bangsa Melayu ini hanya akan berdaulat melalui keris tumpul UMNO dan seolah-olah rebah UMNO bererti rebahlah Melayu. Hanyir dan busuk sekali dakwaan-dakwaan sampah yang disebarluaskan ke dalam minda masyarakat pada hari ini.

Ingin saya nyatakan, pendirian saya dari dahulu hingga sekarang tidak pernah berubah bahawa bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam. Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWt melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai.

Lupakah kita bahawa UMNO pernah menyerahkan kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang kepada Gerakan sekalipun UMNO yang mempunyai majoriti di Dewan Undangan Negeri? Di waktu itu, ke mana perginya ketuanan Melayu? Tersorok di dalam songkok tinggi UMNO? Ketika itu, ke mana perginya professor-profesor bertaraf cendikiawan yang sibuk mengulas isu ketuanan Melayu pada hari ini? Peliknya apabila Tun Dr Mahathir sendiri menggesa supaya dilupakan asal usul keturunan demi menjayakan 1Malaysia, tidak pula didesak untuk diusir keluar negara? Bukankah melupakan asal usul keturunan ertinya melupakan Ketuanan Melayu?

Apa yang penting ialah dasar, jika dasar Islam. Sesiapapun boleh menjadi pemimpin. Di Kelantan saya pernah mengeluarkan kenyataan berkali-kali bahawa Menteri Besar Kelantan boleh terdiri daripada seorang yang berbangsa Cina dengan syarat merupakan seorang muslim yang soleh. YB Lim Kit Siang atau sesiapapun boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri bahkan Perdana Menteri sekalipun tidak mempunyai apa-apa halangan, syaratnya merupakan seorang muslim yang soleh.

Seorang muslim yang soleh sekalipun bukan Melayu jauh lebih bermanfaat untuk negara ini dari seorang Melayu yang korup!

TUAN GURU HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Menteri Besar Kelantan

Mengapa MCA dan MIC tidak berminat dengan Islam walaupun lebih 50 tahun berkawan dengan Umno?

Label:

Saya petik:

[SH] SHAH ALAM – Pemimpin bukan Islam perlu digalakkan menggunakan al-Quran dan tafsir dalam ucapan mereka.

Ketua Penerangan Pas negeri Melaka, Sofi Wahab berkata, pemimpin UMNO sepatutnya menerima keadaan itu dengan tenang dan tidak perlu takut golongan itu menggunakan al-Quran serta terjemahan dalam ceramah.

Menurutnya, galakkan harus diberikan kepada mereka supaya berminat untuk membaca dan merujuk kepada kitab agung itu dalam setiap permasalahan.

“Jika terdapat kesalahan perbetulkanlah. Kenapa terus melemparkan tuduhan dan fitnah kepada pemimpin yang membaca terjemahan al-Quran itu.

“Perangai buruk pemimpin UMNO inilah yang menyebabkan orang bukan Islam terus menjauhi Islam dam memusuhi agama itu,” katanya dalam kenyataan media kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, contoh terdekat MCA dan MIC. Walaupun parti itu sudah menjadi komponen Barisan Nasional (BN) lebih 50 tahun, namun sehingga kini mereka masih tidak berminat kepada Islam.

Sofi berkata, pelbagai alasan diberikan oleh pemimpin UMNO seperti takut salah tafsir, menghina al-Quran dan mencemar kesucian al-Quran.

“Saya pun tidak faham mengapa UMNO begitu takut apabila pemimpin bukan Islam menggunakan terjemahan al-Quran dalam ucapan mereka. Mungkin parti itu tercabar kerana pemimpin bukan Islam merujuk al-Quran.

“Apakah takut orang bukan Islam memahami Islam dan menjadi penyokong Pas dan PR,” katanya.

Menurutnya, sepatutnya kita gembira dan bersyukur apabila orang bukan Islam mula berjinak-jinak dengan Islam dan menjadikan al-Quran sebagai rujukan mereka.

Beliau berkata, ulama mesti memberi penerangan kepada seluruh rakyat mengenai penggunaan ayat al-Quran oleh orang bukan Islam supaya masyarakat Islam tahu bahawa bukan menjadi kesalahan untuk orang bukan Islam membaca dan merujuk terjemahan al-Quran dalam ucapan dan kehidupan seharian mereka.

Baru-baru ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hutan Melintang, Perak, S Kesavan dilaporkan membacakan terjemahan al-Quran merujuk kepada ayat yang lain dari apa yang sepatutnya.

Indonesia bedil Malaysia

Label:

Nah, ambik kau! 5 - 0. Tu la cakap besar sangat. Nak bedil Indonesia konon.

Saya petik:

[kosmo] JAKARTA – Skuad bola sepak kebangsaan menerima tamparan hebat apabila tewas 1-5 di tangan Indonesia pada aksi pertama peringkat Kumpulan A saingan Piala AFF Suzuki 2010 semalam.

Turun tanpa kelibat beberapa tonggak utama yang terpaksa diketepikan ekoran masalah kecederaan, skuad kendalian K. Rajagobal itu dilihat terlalu kerdil jika dibandingkan dengan Indonesia.

Bagaimanapun, pada aksi yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno itu, anak-anak buah Rajagobal berjaya membuka tirai jaringan menerusi penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-18.

Namun, kegembiraan barisan pemain Malaysia yang diketuai Safiq Rahim tidak bertahan lama apabila Indonesia memperoleh gol penyamaan selepas tonggak pertahanan, Mohd. Asraruddin Putra Omar tertampan bola masuk ke gawang sendiri empat minit kemudian.

Dibantu dengan sokongan daripada ribuan penyokong yang hadir ke stadium, Indonesia terus menghukum kelekaan barisan benteng pertahanan Malaysia apabila meledak gol kedua menerusi Christian Gonzales pada minit ke-33.

Jaringan tersebut membolehkan Indonesia mendahului perlawanan 2-1 sehingga tamat babak pertama perlawanan.

Sebaik babak kedua bersambung, hasrat anak-anak buah Rajagobal untuk mendapatkan gol penyamaan terbantut apabila dikejutkan dengan gol ketiga daripada pasukan tuan rumah menerusi Muhammad Ridwan pada minit ke-52.

Pemain gantian Indonesia, Arif Suyono meledak gol keempat pada minit ke-77 sebelum Irfan Haarys Bachdim menambah derita Malaysia apabila menjaringkan gol kelima pada lewat babak perlawanan.

Kekalahan tersebut sekali gus menjadikan misi anak-anak buah Rajagobal untuk mara ke saingan peringkat separuh akhir tampak sukar apabila perlu mencatatkan kemenangan dalam dua baki perlawanan peringkat kumpulan.

Sudah pastinya pertemuan menentang Thailand Sabtu ini bakal menjadi penentu terhadap hala tuju Malaysia dalam saingan kali ini sebelum dijadual pula berdepan Loas pada aksi terakhir peringkat kumpulan Selasa depan. – Agensi

(Gambar hiasan)

Wow, Cantiknya "jururawat" Presiden Libya ini!!

Label:

"

WASHINGTON: Pemimpin veteran Libya, Muammar Gaddafi bimbang terbang merentasi lautan, lebih gemar untuk tinggal di tingkat bawah dan hampir tidak pernah melakukan perjalanan tanpa jururawat kepercayaannya warga Ukraine, seorang ‘wanita montok berambut perang’ menurut dokumen Amerika Syarikat dikeluarkan WikiLeaks kelmarin.

Gaddafi disifatkan mempunyai personaliti pelik dan tidak dapat diramalkan mengikut kabel Jabatan Negara yang disiarkan laman web akhbar New York Times (NYT), sampel kecil daripada lebih 250,000 dokumen yang didedahkan WikiLeaks kelmarin.

Kabel sejak September 2009 menggambarkan bagaimana Gaddafi yang lebih gemar penerbangan pendek dan kemudahan di tingkat bawah yang memberi masalah logistik kepada kakitangannya.
Malah, pemimpin Libya itu tidak pernah melakukan lawatan tanpa seorang jururawat Ukraine di sebelahnya, Galyna Kolotnytska.

“Gaddafi memiliki sepasukan jururawat dan bergantung penuh kepada jururawat Ukraine itu yang digambarkan sebagai seorang wanita montok berambut perang,” kata satu kabel rahsia dari Tripoli, 29 September 2009.

Satu sumber memberitahu Kedutaan Amerika Syarikat bahawa Gaddafi tidak boleh melakukan lawatan tanpa Kolotnytska kerana dia saja yang tahu rutin pemimpin itu.

“Sesetengah pegawai kedutaan mendakwa Gaddafi dan Kolotnytska, 38, memiliki hubungan romantik,” katanya.

“Ketika beliau tidak mengulas berhubung khabar angin itu, seorang pegawai politik Ukraine baru-baru ini mengesahkan bahawa jururawat Ukraine itu berkunjung ke mana saja dengan pemimpin berkenaan.”

Kabel itu ditulis selepas pihak berkuasa Amerika membincangkan rancangan lawatan pemimpin Libya itu ke New York tahun lalu untuk berucap dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Selepas dokumen perjalanan jururawat berkenaan ditangguhkan, Kerajaan Libya menguruskan satu pesawat peribadi untuk mengambilnya supaya dia dapat menyertai Gaddafi dan rombongannya ke Portugal, yang mana pemimpin itu bermalam dalam perjalanan ke New York, menurut dokumen.

Ketika lawatannya yang pertama ke Amerika Syarikat, Gaddafi tidak dibenarkan untuk mendirikan khemah biasanya di Manhattan atau melawat tapak serangan 11 September di Pusat Dagangan Dunia. – AFP

-BH

Umno tangguh pemilihan 2011 takut berlaku perbalahan berebut jawatan?

Label:

Sebelum ni pun puak-puak ni memang berbalah pun kerana berebut jawatan. Dari jawatan ketua bahagian hinggalah ke jawatan yang tinggi.

Saya petik:

[TMI] Perdana Menteri berkata Umno juga tidak mahu menjadikan tahun depan sebagai medan pergelutan politik yang boleh menimbulkan perbalahan dalam Umno walaupun parti yakin perkara itu dapat dibendung.

“Kita tidak mahu berlaku keadaan yang begitu tertekan seperti mana berlaku pada sebuah parti politik yang lain, jadi kita ambil keputusan supaya tangguh pemilihan berdasarkan kepada perlembagaan parti,” katan Presiden Umno ini.

Majlis Tertinggi Umno yang bermesyuarat malam tadi memutuskan untuk menangguhkan pemilihan 2011 yang dijadualkan diadakan bermula awal tahun depan selama 18 bulan bagi membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Langkah itu lazimnya diambil oleh Umno menjelang pilihan raya umum pada masa-masa lalu.

Ditanya sama ada penangguhan pemilihan itu ada kaitan dengan pilihan raya umum ke-13 akan datang, Najib berkata ia bukanlah sesuatu yang baru.

“Setahu saya sudah tiga empat kali kita pakai peruntukan ini dari dulu lagi, tidak ada masalah yang aneh dan luar biasa,” katanya.

Kali pertama MT Umno menunda pemilihan parti ialah pada 1999 sebelum pilihan raya umum tahun itu.

“MT juga telah mengambil keputusan secara sebulat suara bahawa pemilihan pada tahun hadapan yang berlangsung di cawangan, bahagian dan MT ditangguhkan selama 18 bulan.

“Ini satu peruntukan bawah perlembagaan yang telah digunakan beberapa kali, bukan pertama kali supaya proses pemantapan dapat difokuskan,” katanya.

Pemilihan pusat lalu yang sepatutnya berlangsung Oktober 2008 diadakan Mac 2009.

Pemilihan tahun depan akan menggunakan sistem baru bukan perwakilan dan tidak menggunakan kaedah kuota bagi mendapatkan pencalonan.

Dalam pada itu, Najib juga menangguhkan pengumuman rombakan beberapa barisan kepimpinan negeri sehingga akhir bulan ini.

“Kita tidak mahu tahun depan jadi tahun pergelutan, kita juga tidak mahu keadaan jadi tertekan seperti parti politik lain.

“Penyusunan semula perhubungan negeri, saya dimaklumkan perkara ini akan dilakukan dan diumumkan sebelum akhir tahun ini,” katanya.

Tambahnya, beliau perlu sedikit masa untuk membincangkan perkara itu dengan barisan kepimpinan.

“Ini kerana saya perlukan sedikit masa dengan timbalan presiden dan setiausaha agung untuk turun ke negeri-negeri dan berunding tentang apa yang mereka mahukan.

“Ada yang dilantik semula dan ada juga perubahan,” kata Najib yang sebelum ini turut mengumumkan bahawa akan mengadakan kunjungan ke seluruh negara bersama timbalannya.

Najib yang juga Perdana Menteri akan mengumumkan perubahan itu sebelum awal tahun depan.

Ketika menggulung Perhimpunan Agung Umno bulan lalu, Najib berkata bahawa akan melakukan perubahan kepimpinan negeri khususnya melibatkan lima negeri yang disandang oleh presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden.

Lakukan seks dengan kekasih 'bersaksikan' mayat isteri

Label:

(Gambar: Mohafri Mohamed yang dituduh membunuh isterinya Fazlina Ahmad diiringi anggota polis selepas perbicraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam)

Kisah yang tragis, zalim, dan bersifat kebinatangan. Kalau nafsu serakah sudah dikuasai syaitan, beginilah jadinya...

Saya petik:

[KS] SHAH ALAM – Saksi pendakwaan kelima yang juga kekasih kepada Mohafri Mohamed, 38, tertuduh yang didakwa membunuh isterinya, Fazlina Ahmad, 39, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam, mereka mengadakan hubungan seks di dalam bilik di rumah tertuduh tempat mayat wanita itu ditemui dalam almari pakaian.

Sebelum itu, saksi Nazratul Annis Zainal Abidin, 23, dalam keterangannya berkata, dia dijemput Mohafri, 38, di Hentian Bas Jalan Duta, Kuala Lumpur sebaik tiba dari Parit Buntar, Perak pada pukul 5 petang, 30 Disember 2009.

Cerita saksi itu, dia yang mengenali tertuduh ketika bekerja di Tropicana Medical Centre, Petaling Jaya tahun 2009 datang ke Kuala Lumpur pada hari itu kerana merancang untuk berkahwin di sempadan Thailand selepas hubungan mereka dihalang oleh bapanya.

Nazratul Annis berkata, dia bersetuju untuk berkahwin dengan Mohafri selepas tertuduh mengaku dia sudah menceraikan isterinya.

Dari Hentian Bas Jalan Duta, Mohafri membawanya ke sebuah rumah di Ampang dekat sini.

“Saya naik ke bilik tidur di tingkat atas untuk menggunakan tandas sebelum tertuduh mengajak saya melakukan hubungan seks,” katanya di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki.

Nazratul Annis yang kini bekerja sebagai pelatih pengurusan di Pulau Pinang memberi keterangan terhadap Mohafri yang didakwa membunuh isterinya, Fazlina yang mayatnya disumbat ke dalam almari pakaian di rumahnya dalam keadaan hidung dan mulutnya ditutup dengan pita pelekat.

Dulu mereka hapus kekebalan dan hak istimewa Raja Melayu, kini nak bela Raja Melayu pulak. Hipokritnya!!!

Label:

Menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini memberi peringatan kepada Raja-Raja Melayu supaya berhati-hati dengan "Si Kitoll" yang dikhuatiri akan kembali mempergunakan institusi berkenaan demi kepentingan politik.

Beliau berkata demikian dengan melihat kepada perkembangan sejak tahun lalu yang menyaksikan golongan berkenaan kembali "bermuka-muka" untuk mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu.

Khalid memberi alasan, Krisis Perlembagaan 1983 yang berlaku akibat tindakan para pemimpin negara ketika itu "melakukan beberapa tindakan di luar Peruntukan Perlembagaan, dalam lain perkataan membelakangi Raja-Raja."

Insiden itu juga berlarutan pada tahun 1992 dan 1993, kata Khalid lagi.

"Tiba-tiba, sejak awal tahun 2009, setelah 17 tahun berlalu, kini pihak yang berusaha dan berjaya 'menghapuskan kekebalan dan beberapa hak istimewa Raja-Raja Melayu', kembali bermuka-muka dengan seruan supaya orang Melayu menghormati Raja dan Sultan serta mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu," katanya.

Jelasnya, pada masa krisis perlembagaan berlangsung, "para pemimpin utama" negara pada ketika itu "melakukan beberapa tindakan secara rahsia" dengan membuat pindaan ke atas Perkara 66(5) dalam Perlembagaan. Tindakan itu dilakukan tanpa mendapat perkenaan Majlis Raja-Raja, kata Khalid lagi.

"Peruntukan asal berbunyi 'Rang undang-undang akan dikuatkuasakan apabila yang di-Pertuan Agong menandatangani'. Pindaan ke atas peruntukan itu kemudiannya, antara lainnya, menyebut bahawa sesebuah Rang Undang-undang itu dianggap telah ditandatangani selepas dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dalam tempoh 15 hari.

"Contoh kedua, pindaan ialah pada Perkara 10(1), di mana kalau Perdana Menteri mendapati darurat patut diisytiharkan di mana-mana juga di negara ini maka perdana menteri boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertuan Agong mesti menerima nasihat tersebut," kata Khalid lagi.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di majlis perasmian wacana 'Kedaulatan Raja-Raja: Institusi Yang Mesti Dipertahankan' di Shah Alam hari ini yang turut dihadiri Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
-Malaysiakini

PTPTN akan dihapuskan jika PR memerintah?

Label:

Anda bersetuju dengan tajuk di atas? Sudah pasti bagi yang mempunyai hutang PTPTN. Ibu bapa yang mempunyai anak mungkin juga berkata ya. Majoriti mahasiswa yang mengikuti kursus ijazah sarjana muda dan mengambi PTPTN akan menanggung hutang berbelas-belas ribu selepas mereka menamatkan pengajian. Mungkin puluhan ribu ringgit sekiranya menyambung ke peringkat Master atau doktor falsafah.

Saya petik:

[SH] PETALING JAYA: - Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) perlu dihapuskan dan diganti dengan sistem biasiswa yang dinamakan Biasiswa Rakyat Malaysia bagi golongan mahasiswa.

Perwakilan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Yusmadi Yusoff berkata, pendidikan bukan sekadar keperluan biasa, tetapi hak asasi manusia yang harus diberi keutamaan.

“Hak mahasiswa adalah hak asasi manusia. Mahasiswa adalah hasil mahsul negara bukan daripada tawar-menawar oleh pemimpin. Sebab itulah kita mencadangkan agar PTPTN dihapuskan dan digantikan dengan biasiswa.

“Kita mahukan sistem pendidikan mampu membasmi kemiskinan. Kita tidak mahu mahasiswa kita tamat sahaja pengajian, dicap sebagai penghutang kesan daripada pinjaman,” katanya ketika membahaskan usul pendidikan dalam Kongres Nasional Ke-7 Parti Keadilan Rakyat (PKR), di sini, semalam.

Yusmadi yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau berkata, mahasiswa berpotensi untuk bergelar penghutang disebabkan pelbagai aspek dan taraf kehidupan yang tinggi.

“Apabila mereka tamat pengajian, mereka telah dicap sebagai penghutang; contohnya hutang untuk melangsungkan perkahwinan dan hutang untuk memulakan perniagaan,” katanya.

“Justeru, kolej universiti bagi orang miskin perlu ditubuhkan seperti usaha kita sebelum ini bagi memberikan keistimewaan kepada golongan miskin,” katanya.

Konsep ketuanan Melayu wajib ditinggalkan

Label:

Saya petik:

[SH] PETALING JAYA - Konsep Ketuanan Melayu wajib ditinggalkan kerana ia hanya slogan sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk perdaya orang Melayu secara keseluruhan demi kepentingan diri.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kumpulan kecil Melayu ini adalah mereka yang lakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kesalahan tanpa hiraukan nasib kaum sendiri.

Beliau yakin tidak akan ada satu kaum yang akan menjadi agung dan dihormati hanya dengan menggelar diri sebagai tuan.

Katanya, walau dengan adanya Ketuanan Melayu sejak negara capai kemerdekaan 53 tahun lalu, nasib kaum ini terus terabai.

“Mereka dilanda masalah sosial, pendidikan, ekonomi dan budaya kehidupan yang membimbangkan serta kuota 30 peratus penguasaan ekuiti Melayu-Bumiputera gagal dicapai.

“Semua ini membuktikan pemimpin UMNO bukan berjuang untuk bela Melayu. UMNO adalah parti tauke dan jauh sekali berwajah parti rakyat,” katanya dalam ucapan dasar presiden di Kongres PKR di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, semalam.

Wan Azizah menyebutpentingnya kaum Melayu tinggalkan konsep ketuanan kerana Islam mengatakan sebaik-baik umat adalah mereka yang paling tinggi takwanya.

“Al-Quran banyak mengisahkan bagaimana Tuhan hancurkan kaum yang bermegah konon jadi ‘tuan’ dan pandang rendah kaum lain.

“Bangsa dan kaum itu jadi agung dan dipandang tinggi apabila bermaruah. Kalau mahu besar, mereka harus memelihara dan menjaga maruah,” katanya.

Tegasnya lagi, dalam tradisi Melayu, mereka amat menyedari kepentingan menjaga maruah diri supaya dipandang tinggi.

Dr Wan Azizah menegaskan, isu survival Melayu dan Islam di negara ini tidak akan dapat diselesaikan jika masih dilihat melalui teropong UMNO dan konco-konconya, sebaliknya perlu dilihat dari perspektif dalam fenomena baru realiti politik berasaskan demokrasi.

Katanya, jika UMNO dan Barisan Nasional (BN) benar-benar ikhlas, mereka harus hentikan kezaliman, penindasan dan kemungkaran yang diamalkan selama ini dan menyuburkan iklim demokratik berasaskan Perlembagaan.

“Dengan ini, Islam yang murni akan lebih terserlah dan masyarakat bukan Islam akan lebih memahami Islam serta melihatnya secara tepat.

“Oleh demikian, kita menyeru kaum Melayu, umat Islam dan masyarakat Malaysia umumnya agar tidak mudah diperkotak-katikkan oleh pihak yang mengatakan orang Melayu akan kehilangan kuasa dan suara jika negara diperintah Pakatan Rakyat,” katanya.

Sumbang mahram: Anak tiri dinodai

Label:

Harapkan pagar, pagar makan padi. Harapkan dijaga bapa tiri, diri dicabuli...Bapa lahanat!!! Semoga hukuman menjadi pengajaran...

Saya petik:

[KS] ALOR SETAR 28 Nov. — Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan enam sebatan kepada seorang mekanik atas tuduhan merogol anak tirinya tiga tahun lepas.

Hakim Mohd Sabri Ismail membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap tertuduh, yang berumur 27 tahun.

Tertuduh yang berasal dari Langkawi disabitkan dengan kesalahan melakukan sumbang mahram dengan merogol anak tirinya, berumur 17 tahun (ketika kejadian) di sebuah rumah di Kampung Huma Mukim Ayer Hangat, Langkawi pada 20 Nov 2007 kira-kira pukul 6 petang.

Tertuduh dituduh mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 376B akta sama.

Peguam tertuduh, K. Kartikumar memohon kepada mahkamah untuk menangguhkan hukuman kerana beliau mahu membuat rayuan di Mahkamah Tinggi.

Hakim membenarkan penangguhan hukuman sehingga menunggu rayuan dan menetapkan tertuduh membayar jaminan RM7,000. — Bernama

Pasangan "kekasih gelap" ditangkap berkhalwat dalam kereta
Sabtu, Disember 04, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Jumaat, Disember 03, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Saya petik:

[MStar] PETALING JAYA: Harga petrol RON95 akan meningkat sebanyak 5 sen mulai tengah malam ini menjadikan harga baru bahan api itu kepada RM1.90 seliter.

Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ruhaidini Abdul Kadir ketika mengesahkan perkara ini kepada mStar Online sebentar tadi berkata, kenaikan itu bertujuan mengelakkan jurang harga besar antara RON95 dan RON97.

“Keputusan kenaikan harga petrol RON95 sebelum ini RM1.85 seliter dibuat ekoran kenaikan harga minyak di pasaran dunia,” katanya.

Harga petrol RON97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter bermula pada 1 Disember lalu yang mengekalkan harga RON95 pada RM1.85 seliter.

Kenaikan kedua-dua harga RON95 dan RON97 yang dibuat kerajaan itu berdasarkan pelarasan subsidi petrol dan mengapungkan harganya dari semasa ke semasa.

Kerajaan pada 1 November lalu menaikkan harga petrol RON97 sebanyak 5 sen kepada RM2.15 seliter namun masih mengekalkan subsidi petrol RON95.

Isu Perlantikan TPM : BN Sedar Saat Kekalahan - MB Kelantan
Khamis, Disember 02, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Isu pembahagian harta pusaka biasanya hanya didebatkan apabila seseorang sakit teruk atau sudah meninggal dunia. Sekalipun tidak salah, namun jarang sekali isu pembahagian harta pusaka timbul dalam keadaan seseorang dalam keadaan sihat sejahtera. Demikianlah juga apabila isu perlantikan Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menerajui negara dibangkitkan oleh media massa milik UMNO. Bagi saya, ia tidak lebih melainkan hanyalah merupakan tanda-tanda yang menunjukkan bahawa UMNO dan Barisan Nasional sudah sakit teruk dan tidak mempunyai harapan untuk pulih lagi. Alhamdulillah, media massa milik UMNO sendiri pun nampaknya mulai sedar saat-saat akhir hayat mereka di pentas politik Malaysia. Insya-allah, saya optimis akan tiba juga ketikanya Barisan Nasional akan digantikan oleh Pakatan Rakyat untuk menerajui Putrajaya.

Berhubung isu perlantikan YB Lim Kit Siang selaku Timbalan Perdana Menteri yang kononnya dikeluarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, sukalah untuk saya menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah membuat apa-apa keputusan dan tidak pernah mengadakan apa-apa perbincangan tentang hal ini. Syak saya teramat kuat bahawa permainan media telah digunakan dengan amat dahsyat di dalam memanipulasi kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa yang peliknya dengan budaya media milik UMNO? ‘Islam plastik’ yang pernah saya tuturkan satu ketika dahulu pun pernah dilaporkan sebagai ‘Islam Palestin”. Salah dengar dan salah lapor ialah satu budaya biasa dalam amalan media milik UMNO.

Hari ini, isu perlantikan Timbalan Perdana Menteri ini diolah sekali lagi oleh media milik UMNO dengan begitu hebat. Lalu dijemputlah segala pemimpin-pemimpin UMNO segenap lapisan untuk memberikan ulasan. Seolah-olah UMNOlah satu-satunya parti yang mempertahankan Melayu, seolah-olah bangsa Melayu ini hanya akan berdaulat melalui keris tumpul UMNO dan seolah-olah rebah UMNO bererti rebahlah Melayu. Hanyir dan busuk sekali dakwaan-dakwaan sampah yang disebarluaskan ke dalam minda masyarakat pada hari ini.

Ingin saya nyatakan, pendirian saya dari dahulu hingga sekarang tidak pernah berubah bahawa bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam. Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWt melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai.

Lupakah kita bahawa UMNO pernah menyerahkan kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang kepada Gerakan sekalipun UMNO yang mempunyai majoriti di Dewan Undangan Negeri? Di waktu itu, ke mana perginya ketuanan Melayu? Tersorok di dalam songkok tinggi UMNO? Ketika itu, ke mana perginya professor-profesor bertaraf cendikiawan yang sibuk mengulas isu ketuanan Melayu pada hari ini? Peliknya apabila Tun Dr Mahathir sendiri menggesa supaya dilupakan asal usul keturunan demi menjayakan 1Malaysia, tidak pula didesak untuk diusir keluar negara? Bukankah melupakan asal usul keturunan ertinya melupakan Ketuanan Melayu?

Apa yang penting ialah dasar, jika dasar Islam. Sesiapapun boleh menjadi pemimpin. Di Kelantan saya pernah mengeluarkan kenyataan berkali-kali bahawa Menteri Besar Kelantan boleh terdiri daripada seorang yang berbangsa Cina dengan syarat merupakan seorang muslim yang soleh. YB Lim Kit Siang atau sesiapapun boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri bahkan Perdana Menteri sekalipun tidak mempunyai apa-apa halangan, syaratnya merupakan seorang muslim yang soleh.

Seorang muslim yang soleh sekalipun bukan Melayu jauh lebih bermanfaat untuk negara ini dari seorang Melayu yang korup!

TUAN GURU HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Menteri Besar Kelantan

Saya petik:

[SH] SHAH ALAM – Pemimpin bukan Islam perlu digalakkan menggunakan al-Quran dan tafsir dalam ucapan mereka.

Ketua Penerangan Pas negeri Melaka, Sofi Wahab berkata, pemimpin UMNO sepatutnya menerima keadaan itu dengan tenang dan tidak perlu takut golongan itu menggunakan al-Quran serta terjemahan dalam ceramah.

Menurutnya, galakkan harus diberikan kepada mereka supaya berminat untuk membaca dan merujuk kepada kitab agung itu dalam setiap permasalahan.

“Jika terdapat kesalahan perbetulkanlah. Kenapa terus melemparkan tuduhan dan fitnah kepada pemimpin yang membaca terjemahan al-Quran itu.

“Perangai buruk pemimpin UMNO inilah yang menyebabkan orang bukan Islam terus menjauhi Islam dam memusuhi agama itu,” katanya dalam kenyataan media kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, contoh terdekat MCA dan MIC. Walaupun parti itu sudah menjadi komponen Barisan Nasional (BN) lebih 50 tahun, namun sehingga kini mereka masih tidak berminat kepada Islam.

Sofi berkata, pelbagai alasan diberikan oleh pemimpin UMNO seperti takut salah tafsir, menghina al-Quran dan mencemar kesucian al-Quran.

“Saya pun tidak faham mengapa UMNO begitu takut apabila pemimpin bukan Islam menggunakan terjemahan al-Quran dalam ucapan mereka. Mungkin parti itu tercabar kerana pemimpin bukan Islam merujuk al-Quran.

“Apakah takut orang bukan Islam memahami Islam dan menjadi penyokong Pas dan PR,” katanya.

Menurutnya, sepatutnya kita gembira dan bersyukur apabila orang bukan Islam mula berjinak-jinak dengan Islam dan menjadikan al-Quran sebagai rujukan mereka.

Beliau berkata, ulama mesti memberi penerangan kepada seluruh rakyat mengenai penggunaan ayat al-Quran oleh orang bukan Islam supaya masyarakat Islam tahu bahawa bukan menjadi kesalahan untuk orang bukan Islam membaca dan merujuk terjemahan al-Quran dalam ucapan dan kehidupan seharian mereka.

Baru-baru ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hutan Melintang, Perak, S Kesavan dilaporkan membacakan terjemahan al-Quran merujuk kepada ayat yang lain dari apa yang sepatutnya.
Indonesia bedil Malaysia
Khamis, Disember 02, 2010 | Author: Tuk Kiyai
Nah, ambik kau! 5 - 0. Tu la cakap besar sangat. Nak bedil Indonesia konon.

Saya petik:

[kosmo] JAKARTA – Skuad bola sepak kebangsaan menerima tamparan hebat apabila tewas 1-5 di tangan Indonesia pada aksi pertama peringkat Kumpulan A saingan Piala AFF Suzuki 2010 semalam.

Turun tanpa kelibat beberapa tonggak utama yang terpaksa diketepikan ekoran masalah kecederaan, skuad kendalian K. Rajagobal itu dilihat terlalu kerdil jika dibandingkan dengan Indonesia.

Bagaimanapun, pada aksi yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno itu, anak-anak buah Rajagobal berjaya membuka tirai jaringan menerusi penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-18.

Namun, kegembiraan barisan pemain Malaysia yang diketuai Safiq Rahim tidak bertahan lama apabila Indonesia memperoleh gol penyamaan selepas tonggak pertahanan, Mohd. Asraruddin Putra Omar tertampan bola masuk ke gawang sendiri empat minit kemudian.

Dibantu dengan sokongan daripada ribuan penyokong yang hadir ke stadium, Indonesia terus menghukum kelekaan barisan benteng pertahanan Malaysia apabila meledak gol kedua menerusi Christian Gonzales pada minit ke-33.

Jaringan tersebut membolehkan Indonesia mendahului perlawanan 2-1 sehingga tamat babak pertama perlawanan.

Sebaik babak kedua bersambung, hasrat anak-anak buah Rajagobal untuk mendapatkan gol penyamaan terbantut apabila dikejutkan dengan gol ketiga daripada pasukan tuan rumah menerusi Muhammad Ridwan pada minit ke-52.

Pemain gantian Indonesia, Arif Suyono meledak gol keempat pada minit ke-77 sebelum Irfan Haarys Bachdim menambah derita Malaysia apabila menjaringkan gol kelima pada lewat babak perlawanan.

Kekalahan tersebut sekali gus menjadikan misi anak-anak buah Rajagobal untuk mara ke saingan peringkat separuh akhir tampak sukar apabila perlu mencatatkan kemenangan dalam dua baki perlawanan peringkat kumpulan.

Sudah pastinya pertemuan menentang Thailand Sabtu ini bakal menjadi penentu terhadap hala tuju Malaysia dalam saingan kali ini sebelum dijadual pula berdepan Loas pada aksi terakhir peringkat kumpulan Selasa depan. – Agensi

(Gambar hiasan)

Wow, Cantiknya "jururawat" Presiden Libya ini!!
Rabu, Disember 01, 2010 | Author: Tuk Kiyai
"

WASHINGTON: Pemimpin veteran Libya, Muammar Gaddafi bimbang terbang merentasi lautan, lebih gemar untuk tinggal di tingkat bawah dan hampir tidak pernah melakukan perjalanan tanpa jururawat kepercayaannya warga Ukraine, seorang ‘wanita montok berambut perang’ menurut dokumen Amerika Syarikat dikeluarkan WikiLeaks kelmarin.

Gaddafi disifatkan mempunyai personaliti pelik dan tidak dapat diramalkan mengikut kabel Jabatan Negara yang disiarkan laman web akhbar New York Times (NYT), sampel kecil daripada lebih 250,000 dokumen yang didedahkan WikiLeaks kelmarin.

Kabel sejak September 2009 menggambarkan bagaimana Gaddafi yang lebih gemar penerbangan pendek dan kemudahan di tingkat bawah yang memberi masalah logistik kepada kakitangannya.
Malah, pemimpin Libya itu tidak pernah melakukan lawatan tanpa seorang jururawat Ukraine di sebelahnya, Galyna Kolotnytska.

“Gaddafi memiliki sepasukan jururawat dan bergantung penuh kepada jururawat Ukraine itu yang digambarkan sebagai seorang wanita montok berambut perang,” kata satu kabel rahsia dari Tripoli, 29 September 2009.

Satu sumber memberitahu Kedutaan Amerika Syarikat bahawa Gaddafi tidak boleh melakukan lawatan tanpa Kolotnytska kerana dia saja yang tahu rutin pemimpin itu.

“Sesetengah pegawai kedutaan mendakwa Gaddafi dan Kolotnytska, 38, memiliki hubungan romantik,” katanya.

“Ketika beliau tidak mengulas berhubung khabar angin itu, seorang pegawai politik Ukraine baru-baru ini mengesahkan bahawa jururawat Ukraine itu berkunjung ke mana saja dengan pemimpin berkenaan.”

Kabel itu ditulis selepas pihak berkuasa Amerika membincangkan rancangan lawatan pemimpin Libya itu ke New York tahun lalu untuk berucap dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Selepas dokumen perjalanan jururawat berkenaan ditangguhkan, Kerajaan Libya menguruskan satu pesawat peribadi untuk mengambilnya supaya dia dapat menyertai Gaddafi dan rombongannya ke Portugal, yang mana pemimpin itu bermalam dalam perjalanan ke New York, menurut dokumen.

Ketika lawatannya yang pertama ke Amerika Syarikat, Gaddafi tidak dibenarkan untuk mendirikan khemah biasanya di Manhattan atau melawat tapak serangan 11 September di Pusat Dagangan Dunia. – AFP

-BH

Umno tangguh pemilihan 2011 takut berlaku perbalahan berebut jawatan?
Rabu, Disember 01, 2010 | Author: Tuk Kiyai
Sebelum ni pun puak-puak ni memang berbalah pun kerana berebut jawatan. Dari jawatan ketua bahagian hinggalah ke jawatan yang tinggi.

Saya petik:

[TMI] Perdana Menteri berkata Umno juga tidak mahu menjadikan tahun depan sebagai medan pergelutan politik yang boleh menimbulkan perbalahan dalam Umno walaupun parti yakin perkara itu dapat dibendung.

“Kita tidak mahu berlaku keadaan yang begitu tertekan seperti mana berlaku pada sebuah parti politik yang lain, jadi kita ambil keputusan supaya tangguh pemilihan berdasarkan kepada perlembagaan parti,” katan Presiden Umno ini.

Majlis Tertinggi Umno yang bermesyuarat malam tadi memutuskan untuk menangguhkan pemilihan 2011 yang dijadualkan diadakan bermula awal tahun depan selama 18 bulan bagi membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Langkah itu lazimnya diambil oleh Umno menjelang pilihan raya umum pada masa-masa lalu.

Ditanya sama ada penangguhan pemilihan itu ada kaitan dengan pilihan raya umum ke-13 akan datang, Najib berkata ia bukanlah sesuatu yang baru.

“Setahu saya sudah tiga empat kali kita pakai peruntukan ini dari dulu lagi, tidak ada masalah yang aneh dan luar biasa,” katanya.

Kali pertama MT Umno menunda pemilihan parti ialah pada 1999 sebelum pilihan raya umum tahun itu.

“MT juga telah mengambil keputusan secara sebulat suara bahawa pemilihan pada tahun hadapan yang berlangsung di cawangan, bahagian dan MT ditangguhkan selama 18 bulan.

“Ini satu peruntukan bawah perlembagaan yang telah digunakan beberapa kali, bukan pertama kali supaya proses pemantapan dapat difokuskan,” katanya.

Pemilihan pusat lalu yang sepatutnya berlangsung Oktober 2008 diadakan Mac 2009.

Pemilihan tahun depan akan menggunakan sistem baru bukan perwakilan dan tidak menggunakan kaedah kuota bagi mendapatkan pencalonan.

Dalam pada itu, Najib juga menangguhkan pengumuman rombakan beberapa barisan kepimpinan negeri sehingga akhir bulan ini.

“Kita tidak mahu tahun depan jadi tahun pergelutan, kita juga tidak mahu keadaan jadi tertekan seperti parti politik lain.

“Penyusunan semula perhubungan negeri, saya dimaklumkan perkara ini akan dilakukan dan diumumkan sebelum akhir tahun ini,” katanya.

Tambahnya, beliau perlu sedikit masa untuk membincangkan perkara itu dengan barisan kepimpinan.

“Ini kerana saya perlukan sedikit masa dengan timbalan presiden dan setiausaha agung untuk turun ke negeri-negeri dan berunding tentang apa yang mereka mahukan.

“Ada yang dilantik semula dan ada juga perubahan,” kata Najib yang sebelum ini turut mengumumkan bahawa akan mengadakan kunjungan ke seluruh negara bersama timbalannya.

Najib yang juga Perdana Menteri akan mengumumkan perubahan itu sebelum awal tahun depan.

Ketika menggulung Perhimpunan Agung Umno bulan lalu, Najib berkata bahawa akan melakukan perubahan kepimpinan negeri khususnya melibatkan lima negeri yang disandang oleh presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden.

Lakukan seks dengan kekasih 'bersaksikan' mayat isteri
Selasa, November 30, 2010 | Author: Tuk Kiyai
(Gambar: Mohafri Mohamed yang dituduh membunuh isterinya Fazlina Ahmad diiringi anggota polis selepas perbicraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam)

Kisah yang tragis, zalim, dan bersifat kebinatangan. Kalau nafsu serakah sudah dikuasai syaitan, beginilah jadinya...

Saya petik:

[KS] SHAH ALAM – Saksi pendakwaan kelima yang juga kekasih kepada Mohafri Mohamed, 38, tertuduh yang didakwa membunuh isterinya, Fazlina Ahmad, 39, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam, mereka mengadakan hubungan seks di dalam bilik di rumah tertuduh tempat mayat wanita itu ditemui dalam almari pakaian.

Sebelum itu, saksi Nazratul Annis Zainal Abidin, 23, dalam keterangannya berkata, dia dijemput Mohafri, 38, di Hentian Bas Jalan Duta, Kuala Lumpur sebaik tiba dari Parit Buntar, Perak pada pukul 5 petang, 30 Disember 2009.

Cerita saksi itu, dia yang mengenali tertuduh ketika bekerja di Tropicana Medical Centre, Petaling Jaya tahun 2009 datang ke Kuala Lumpur pada hari itu kerana merancang untuk berkahwin di sempadan Thailand selepas hubungan mereka dihalang oleh bapanya.

Nazratul Annis berkata, dia bersetuju untuk berkahwin dengan Mohafri selepas tertuduh mengaku dia sudah menceraikan isterinya.

Dari Hentian Bas Jalan Duta, Mohafri membawanya ke sebuah rumah di Ampang dekat sini.

“Saya naik ke bilik tidur di tingkat atas untuk menggunakan tandas sebelum tertuduh mengajak saya melakukan hubungan seks,” katanya di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki.

Nazratul Annis yang kini bekerja sebagai pelatih pengurusan di Pulau Pinang memberi keterangan terhadap Mohafri yang didakwa membunuh isterinya, Fazlina yang mayatnya disumbat ke dalam almari pakaian di rumahnya dalam keadaan hidung dan mulutnya ditutup dengan pita pelekat.

Menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini memberi peringatan kepada Raja-Raja Melayu supaya berhati-hati dengan "Si Kitoll" yang dikhuatiri akan kembali mempergunakan institusi berkenaan demi kepentingan politik.

Beliau berkata demikian dengan melihat kepada perkembangan sejak tahun lalu yang menyaksikan golongan berkenaan kembali "bermuka-muka" untuk mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu.

Khalid memberi alasan, Krisis Perlembagaan 1983 yang berlaku akibat tindakan para pemimpin negara ketika itu "melakukan beberapa tindakan di luar Peruntukan Perlembagaan, dalam lain perkataan membelakangi Raja-Raja."

Insiden itu juga berlarutan pada tahun 1992 dan 1993, kata Khalid lagi.

"Tiba-tiba, sejak awal tahun 2009, setelah 17 tahun berlalu, kini pihak yang berusaha dan berjaya 'menghapuskan kekebalan dan beberapa hak istimewa Raja-Raja Melayu', kembali bermuka-muka dengan seruan supaya orang Melayu menghormati Raja dan Sultan serta mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu," katanya.

Jelasnya, pada masa krisis perlembagaan berlangsung, "para pemimpin utama" negara pada ketika itu "melakukan beberapa tindakan secara rahsia" dengan membuat pindaan ke atas Perkara 66(5) dalam Perlembagaan. Tindakan itu dilakukan tanpa mendapat perkenaan Majlis Raja-Raja, kata Khalid lagi.

"Peruntukan asal berbunyi 'Rang undang-undang akan dikuatkuasakan apabila yang di-Pertuan Agong menandatangani'. Pindaan ke atas peruntukan itu kemudiannya, antara lainnya, menyebut bahawa sesebuah Rang Undang-undang itu dianggap telah ditandatangani selepas dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dalam tempoh 15 hari.

"Contoh kedua, pindaan ialah pada Perkara 10(1), di mana kalau Perdana Menteri mendapati darurat patut diisytiharkan di mana-mana juga di negara ini maka perdana menteri boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertuan Agong mesti menerima nasihat tersebut," kata Khalid lagi.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di majlis perasmian wacana 'Kedaulatan Raja-Raja: Institusi Yang Mesti Dipertahankan' di Shah Alam hari ini yang turut dihadiri Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
-Malaysiakini
PTPTN akan dihapuskan jika PR memerintah?
Isnin, November 29, 2010 | Author: Tuk Kiyai
Anda bersetuju dengan tajuk di atas? Sudah pasti bagi yang mempunyai hutang PTPTN. Ibu bapa yang mempunyai anak mungkin juga berkata ya. Majoriti mahasiswa yang mengikuti kursus ijazah sarjana muda dan mengambi PTPTN akan menanggung hutang berbelas-belas ribu selepas mereka menamatkan pengajian. Mungkin puluhan ribu ringgit sekiranya menyambung ke peringkat Master atau doktor falsafah.

Saya petik:

[SH] PETALING JAYA: - Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) perlu dihapuskan dan diganti dengan sistem biasiswa yang dinamakan Biasiswa Rakyat Malaysia bagi golongan mahasiswa.

Perwakilan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Yusmadi Yusoff berkata, pendidikan bukan sekadar keperluan biasa, tetapi hak asasi manusia yang harus diberi keutamaan.

“Hak mahasiswa adalah hak asasi manusia. Mahasiswa adalah hasil mahsul negara bukan daripada tawar-menawar oleh pemimpin. Sebab itulah kita mencadangkan agar PTPTN dihapuskan dan digantikan dengan biasiswa.

“Kita mahukan sistem pendidikan mampu membasmi kemiskinan. Kita tidak mahu mahasiswa kita tamat sahaja pengajian, dicap sebagai penghutang kesan daripada pinjaman,” katanya ketika membahaskan usul pendidikan dalam Kongres Nasional Ke-7 Parti Keadilan Rakyat (PKR), di sini, semalam.

Yusmadi yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau berkata, mahasiswa berpotensi untuk bergelar penghutang disebabkan pelbagai aspek dan taraf kehidupan yang tinggi.

“Apabila mereka tamat pengajian, mereka telah dicap sebagai penghutang; contohnya hutang untuk melangsungkan perkahwinan dan hutang untuk memulakan perniagaan,” katanya.

“Justeru, kolej universiti bagi orang miskin perlu ditubuhkan seperti usaha kita sebelum ini bagi memberikan keistimewaan kepada golongan miskin,” katanya.
Konsep ketuanan Melayu wajib ditinggalkan
Isnin, November 29, 2010 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:

[SH] PETALING JAYA - Konsep Ketuanan Melayu wajib ditinggalkan kerana ia hanya slogan sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk perdaya orang Melayu secara keseluruhan demi kepentingan diri.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kumpulan kecil Melayu ini adalah mereka yang lakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kesalahan tanpa hiraukan nasib kaum sendiri.

Beliau yakin tidak akan ada satu kaum yang akan menjadi agung dan dihormati hanya dengan menggelar diri sebagai tuan.

Katanya, walau dengan adanya Ketuanan Melayu sejak negara capai kemerdekaan 53 tahun lalu, nasib kaum ini terus terabai.

“Mereka dilanda masalah sosial, pendidikan, ekonomi dan budaya kehidupan yang membimbangkan serta kuota 30 peratus penguasaan ekuiti Melayu-Bumiputera gagal dicapai.

“Semua ini membuktikan pemimpin UMNO bukan berjuang untuk bela Melayu. UMNO adalah parti tauke dan jauh sekali berwajah parti rakyat,” katanya dalam ucapan dasar presiden di Kongres PKR di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, semalam.

Wan Azizah menyebutpentingnya kaum Melayu tinggalkan konsep ketuanan kerana Islam mengatakan sebaik-baik umat adalah mereka yang paling tinggi takwanya.

“Al-Quran banyak mengisahkan bagaimana Tuhan hancurkan kaum yang bermegah konon jadi ‘tuan’ dan pandang rendah kaum lain.

“Bangsa dan kaum itu jadi agung dan dipandang tinggi apabila bermaruah. Kalau mahu besar, mereka harus memelihara dan menjaga maruah,” katanya.

Tegasnya lagi, dalam tradisi Melayu, mereka amat menyedari kepentingan menjaga maruah diri supaya dipandang tinggi.

Dr Wan Azizah menegaskan, isu survival Melayu dan Islam di negara ini tidak akan dapat diselesaikan jika masih dilihat melalui teropong UMNO dan konco-konconya, sebaliknya perlu dilihat dari perspektif dalam fenomena baru realiti politik berasaskan demokrasi.

Katanya, jika UMNO dan Barisan Nasional (BN) benar-benar ikhlas, mereka harus hentikan kezaliman, penindasan dan kemungkaran yang diamalkan selama ini dan menyuburkan iklim demokratik berasaskan Perlembagaan.

“Dengan ini, Islam yang murni akan lebih terserlah dan masyarakat bukan Islam akan lebih memahami Islam serta melihatnya secara tepat.

“Oleh demikian, kita menyeru kaum Melayu, umat Islam dan masyarakat Malaysia umumnya agar tidak mudah diperkotak-katikkan oleh pihak yang mengatakan orang Melayu akan kehilangan kuasa dan suara jika negara diperintah Pakatan Rakyat,” katanya.
Sumbang mahram: Anak tiri dinodai
Ahad, November 28, 2010 | Author: Tuk Kiyai