Label: politik
Memang sudah dijangka bahawa mahkamah akan menolak permohonan Anwar. Ramai tertanya-tanya mengapa ia ditolak? Apakah kerana keterangan Saiful itu merupakan skrip utama perbicaraan yang boleh diubahsuai? Bagi Anwar, keterangan Saiful itu sangat penting supaya peguamnya dapat meneliti secara terperinci akan keterangan Saiful itu. [BERNAMA] KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya pihak pendakwaan menyerahkan keterangan yang dibuat kepada polis oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan, orang yang mendakwa diliwat oleh ketua pembangkang itu.
             Dalam keputusannya, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata tidak ada             percanggahan dalam keterangan Mohd Saiful kepada polis dan keterangannya di             mahkamah, dan terpulang kepada Peguam Negara untuk menetapkan pertuduhan             terhadap seseorang itu.
             Semalam, peguam utama Anwar, Karpal Singh, memberitahu mahkamah bahawa pihak             pembelaan memerlukan keterangan itu kerana terdapat percanggahan antara             keterangannya kepada polis dan pertuduhan liwat yang dikenakan terhadap Anwar.
             Karpal Singh berkata Mohd Saiful, dalam keterangannya kepada polis dan             keterangannya di mahkamah, menyatakan dakwaan liwat itu dilakukan tanpa             kerelaannya manakala pertuduhan yang dikenakan terhadap Anwar mengikut Seksyen             377B Kanun Keseksaan adalah persetubuhan yang dipersetujui.
             Mohd Saiful, 25, mendakwa Anwar, 63, meliwatnya di Unit 11-5-1 Kondominium             Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.01 petang             dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. 
             Pertuduhan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika             disabit kesalahan.                                                                 

salam tok...
mmg dah dibuat-buat...
Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
TOK KIYAI gua nak tanya sikit kat lu apa beza " Saya makan nasi " dengan "Saya telan nasi" sama tak?