Label: jenayah

Saya petik:
[HD] TASEK GELUGOR, 31 Dis: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar memohon Raja-Raja Melayu bertindak membersihkan nama negara apabila dua orang pemimpin negara ini dikaitkan dengan kezaliman terhadap rakyat asing.
"Perdana Menteri sampai hari ini tidak pernah dilihat bersih ekoran pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu dan ketika Perdana Menteri dilihat begitu gagal membersihkan namanya, tiba-tiba sejak beberapa hari lalu berulang lagi kehebohan tentang seorang menteri kabinet dituduh merogol warga Indonesia yang menjadi orang gajinya.
"Pelbagai peristiwa selepas pembunuhan Altantuya menyebabkan Perdana Menteri semakin dilihat tidak bersih ekoran pembunuhan wanita Mongolia itu manakala dokumen yang mengaitkan menteri berkenaan dengan perbuatan merogol orang gajinya semakin tersebar.
"Kesemua itu membusukkan nama negara dan menyebabkan negara ini dipandang hina," kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan ceramahnya di Karnival Jubli Perak PAS Tasek Gelugor.
Sebelum ini, Harakahdaily dan  lain-lain media telah menyiarkan laporan WikiLeaks serta temubual  dengan pihak-pihak terbabit tentang menteri kebinet yang dipercayai  terlibat memperkosa pembantu rumah warga Indonesianya tiga tahun lalu.
Mahfuz  yakin Raja-Raja Melayu tidak sanggup membiarkan nama baik negara terus  buruk dan warga negara ini dipandang hina akibat perkara tersebut.
"Sokongan  Raja-Raja Melayu amat diperlukan untuk membolehkan rakyat menuntut  supaya diadakan suruhanjaya siasatan terhadap perkara itu bagi  membersihkan nama baik negara ini," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Ketika  para pelabur telah pun diingatkan oleh Bank 0f America Merrill Lynch  supaya mengurangkan pelaburan ke negara ini, beliau bimbang keadaan  ekonomi negara akan bertambah buruk jika Raja-Raja Melayu tidak  bertindak tegas dengan segera untuk membersihkan nama baik negara ini.
Sebelum  itu, dalam ucapannya di karnival itu, Mahfuz mengecam keras tindakan  Umno yang semakin jelas memperalatkan Raja-Raja Melayu bagi memastikan  ia terus berkuasa.
Beliau menyeru Raja-Raja Melayu supaya tidak  membiarkan diri mereka diperalat dan menjadi "balang oksigen" yang  menyambung nafas Umno yang penuh dengan sejarah kerakusan mengkhianati  orang-orang Melayu.
Sebelum ini, Mahfuz mengingatkan bahawa  pihaknya akan berkempen secara ofensif dan habis-habisan ke seluruh  negara untuk mendedahkan pengkhianatan Umno terhadap orang-orang Melayu.

Tok.. ramai kata si RAkuIS tuh punya keja
aishhhkkkk.. fakta atau auta
jika betul
bantai jer manusia RakuIs nih
Siapa sebenarnya buaya