
ADUN Pakatan Rakyat Perak nekad untuk meneruskan rancangan mereka untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini walaupun pihak polis melarang semua pihak daripada berhimpun di bangunan sekretariat kerajaan negeri.
Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan beberapa ADUN Pakatan mula tiba di bangunan tersebut pada kira-kira jam 8.45 pagi. Turut hadir ialah kira-kira 150 penyokong mereka.
Manakala pihak polis mengadakan kawalan ketat di sekitar bangunan tersebut oleh anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan trak meriam air digunakan untuk menutup pintu belakang.
Polis juga menutup kawasan berpokok di mana ADUN Pakatan mengadakan sidang DUN Mac lalu. Kira-kira 100 anggota polis ditempatkan berkawal di situ.
Pada jam 9.45 pagi, semua wakil rakyat Pakatan dan Speaker V Sivakumar mula berjalan dari pejabat DAP Perak menuju ke bangunan sekretariat. Mereka disertai oleh kira-kira 50 penyokong.
Apabila dihalang oleh pihak polis, Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham bertengkar dengan mereka mengenai perintah mahkamah melarang perhimpunan itu diadakan.
"Perintah mahkamah melarang orang awam berada di situ, tetapi tidak menyebut tentang ahli dewan undangan negeri. Adalah salah untuk menghalang ADUN menjalankan tugas mereka...
"Lagi pula, Seksyen 90 Kanun Prosedur Jenayah menyebut perintah tersebut mesti diwartakan,” tegasnya.
Mereka kemudiannya cuba meneruskan perarakan itu tetapi dihalang oleh anggota polis mencegah rusuhan. Ngeh ditangkap pada jam 10 pagi.
Turut ditangkap ialah Stanley Tan, seorang jurugambar akhbar Nanyang Siang Pau, yang dikatakan turut disepak ketika ditahan.
Dia kedengaran menjerit kepada polis: "You nak kerja, kita pun nak kerja." Para peguam Pakatan dijangka memfailkan permohonan di mahkamah pagi ini untuk membatalkan perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Ipoh semalam, melarang sebarang perhimpunan diadakan dalam kawasan sekitar 30m dari bangunan sekretariat.
Perintah diperolehi pihak polis bagi menghalang perhimpunan ADUN Pakatan itu berkuatkuasa dari jam 1 pagi ini hingga 11 pagi esok.
Semalam, Ketua Polis Ipoh, ACP Azisman Alias berkata hanya kakitangan kerajaan yang bertugas di bangunan itu dibenarkan masuk hari ini.
Notis untuk mengadakan sidang hari ini dikeluarkan minggu lalu oleh Speaker Pakatan, V Sivakumar, yang juga ADUN Tronoh.
Speaker BN, Datuk R Ganesan bagaimanapun meminta para ADUN supaya mengenepikannya kerana ia dikeluarkan oleh sumber yang tidak sah.
SUMBER
di sini.

Semalam Dato Seri Nizar menegaskan bahawa Adun-adun Pakatan Rakyat (PR) akan tetap mengadakan sidang DUN pada hari ini. Keputusan ini telah dicapai sebagai memenuhi peraturan Dewan yang mana dalam masa enam bulan sidang DUN itu seharusnya dibuat.
Beliau juga menekankan bahawa Adun-Adun PR yang akan hadir adalah merupakan satu kehadiran yang tenang dan aman. Mereka akan bergerak ke Bangunan SUK dan cuba masuk agar persidangan Dewan dapat diadakan dan Beliau menyatakan bahawa usaha itu dilakukan kerana PR mahu mempertahankan hujah mereka dan mempertahankan hak mereka sebagai ADUN yang mana kemasukan mereka ke dalam dewan sepatutnya tidak boleh dihalang.
Namun begitu jika segala usaha untuk memasuki dewan gagal, beliau telah menyatakan untuk mereka berundur secara aman dan tenang dan berkumpul di lokasi lain bagi meneruskan Sidang Dewan Undangan Negeri Perak.Walau apa pun yang berlaku hari ini sidang DUN akan tetap dijalankan.
Beliau juga mengingatkan kepada semua supaya tidak menimbulkan sebarang provokasi bagi melancarkan perjalanan sidang Dun pagi nanti. Sekiranya berlaku sebarang provokasi diminta agar rakyat mengawal diri dan tidak membalas sebarang mainan provokasi jika ia tercetus hari ini.

PAS memohon Yang Dipertuan Agong supaya tidak memperkenankan cadangan kerajaan untuk menyambung perkhidmatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang akan berakhir 14 September ini.
Naib Presidennya Dato' Mahfuz Omar berkata, Yang Dipertuan Agong berkuasa penuh untuk menolak cadangan tersebut.
"Yang Dipertuan Agong berkuasa penuh untuk menolak cadangan ini. Yang Dipertuan Agong pernah menolak cadangan Perdana Menteri sebelum ini untuk menyambung perkhidmatan Ketua Hakim Negara," kata beliau dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.
Gesaan itu dibuat berikutan kegagalan pihak polis menangani kadar jenayah yang semakin meningkat di negara ini.
Beliau juga mencadangkan satu penstrukturan semula dibuat terhadap pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk pembersihan ke atas semua anggota yang didakwa terlibat dengan kumpulan kongsi gelap seperti yang pernah didakwa.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut mendesak satu suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat segala dakwaan yang membabitkan Musa sendiri.
Penubuhan suruhanjaya berkenaan penting ujarnya kerana pihak polis sendiri tidak berupaya menyiasat kes membabitkan pasukan polis dengan kumpulan kongsi gelap.
"Saya mintak satu suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat segala dakwaan membabitkan ketua polis negara sendiri.Ia tak boleh lagi disiasat oleh polis sendiri kerana polis sendiri tak dapat menyiasat kes yang membabitkan penglibatan polis dengan kumpulan kongsi gelap," katanya.
Mahfuz juga yakin masih ramai calon yang layak menggantikan tempat Musa sebagai Ketua Polis Negara.
"Saya percaya sudah tentu ada calon yang terbaik dalam negara kita dan itu kita serah kepada Yang Dipertuan Agong untuk mempertimbang calon-calon di kalangan pegawai polis yang mempunyai integriti yang tinggi," katanya.
Pada 2007, Musa Hassan didakwa terbabit menerima suapan sebanyak RM2.1 juta bagi melepaskan sekumpulan gengster.
Blogger Raja Petra Kamaruddin dalam blognya Malaysia Today Sabtu lalu pula menyiarkan akuan bersumpah yang didakwa dibuat seorang pegawai polis yang pernah menjadi pembantu peribadi Musa.
Antara dakwaan pegawai polis itu, Musa membiarkan penjenayah memanipulasi kenaikan pangkat anggota polis dan jawatan mereka.
Beliau juga mendakwa diarahkan untuk menyelaraskan arahan mengenai pangkat dan jawatan para pegawai polis berdasarkan draf dan cadangan yang dibuat oleh (ketua sindiket) BK Tan.
Musa juga dituduh mengarahkan supaya diwujudkan blog tanpa nama pemiliknya untuk menuduh timbalan menteri dalam negeri ketika itu Datuk Mohd Johari Baharum menerima rasuah RM5.5 juta daripada tiga kepala penjenayah.
Sehubungan itu, Mahfuz meminta kerajaan mempertimbang cadanagn untuk menyambung perkhidmatan Musa yang jelas tecalar dengan dakwaan-dakwaan negatif.
SUMBER:
Harakahdaily

Usia 52 tahun dahulu, Almarhum Dr Burhanuddin al-Helmy pernah menyatakan bahawa tanah air ini merdekanya separuh masak. Jika dipaut kalimah itu dengan realiti negara masa kini,ianya boleh ditelusuri dengan mendalam.
Tahun ini sambutan kemerdekaan berslogankan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Obsesi ini tidak akan padam, itu hakikat dan boleh diterima pakai meskipun kosong rohnya.
Pelbagai mantera diseru, termasuklah memecahkan tembok perkauman, membaikpulih jambatan kepercayaan dan mendahulukan kepentingan rakyat.
Tetapi yang dihadiahkan kepada rakyat kini ialah kepala lembu dan kenaikan harga minyak menjelang jam 12 tengah malam ini.
Di sebalik kemurungan ekonomi mengasak rakyat tanpa henti, tekanan demi tekanan seumpama ini terus dilaksanakan oleh Umno-BN tanpa mengambil kira keadaan rakyat yang rencam. Apakah di mata mereka rakyat akan terus angguk-angguk dan geleng-geleng tanpa pertimbangan?
Merdeka ini bukan lagi separuh masak, tetapi kian basi dek penangan percaturan politik sempit dan menindas.
SUMBER
sini.

Hari ini, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) akan membuat keputusan sama ada menerima atau menolak permintaan Speaker DUN Kedah untuk melucutkan status Adun Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Sarif (foto) yang gagal hadir tanpa izin ke sidang DUN dua kali berturut-turut.
Bagi umno, pilihanraya kecil DUN Seputeh perlu dielakkan agar kesinambungan kekalahan mereka tujuh kali berturut-turut dapat diredakan. Kah kaha kah....
Jika pilihanraya kecil diadakan, Tok Kiyai rasa Umno akan memboikotnya untuk untuk mengelakkan aib yang seterusnya. Bagi Pakatan Rakyat pula, inilah masanya untuk merampas kerusi DUN Seputeh dari UMNO.
Bagi Tok Kiyai, SPR tidak akan mengadakan pilihanraya.....
(Foto: Chua Tee Yong: Adakah beliau bakal sertai PKR?)Penyertaan bekas Menteri Kesihatan dan Ahli Parlimen Bakri (Johor) iaitu Datuk Chua Jui Meng ke dalam PKR memberi kekuatan kepada Pakatan Rakyat dan sekaligus memberi tekanan dan tamparan yang cukup hebat buat BN.
Tambahan pula Chua Jui Meng dilihat salah seorang pemimpin MCA dan kerajaan yang lebih neutral dalam menangani isu-isu rakyat. Malah, beliau juga mempunyai wawasan yang jelas terhadap rakyat, hingga ditendang dari pemilihan agung MCA baru-baru ini. Kekalahan beliau, merupakan satu tekanan buat MCA dan keretakan jelas terlihat di sana sini. Kekuatan Chua Jui Meng terus menyemarakkan api perjuangan rakyat terutamanya kaum Cina di negara ini.
Parti terbesar kaum Cina itu kembali dikejutkan dengan berita panas baru-baru ini. Ia berikutan tindakan lembaga displin parti memecat Timbalan Presidennya iaitu Datuk Chua Soi Lek. Pemecatan Chua yang juga bekas Menteri Kesihatan itu jelas sekali bakal mengundah padah yang besar buat parti tersebut. Ini kerana terdapat laporan yang bertiup kencang di Johor sekarang ini, bahawa terdapat dua orang Ahli Parlimen BN dari negeri itu bakal meninggal pakatan karat biru itu dan bertindak menyertai Pakatan Rakyat (PKR). Soalnya sekarang siapakah ahli parlimen terbabit?
Buat masa ini terdapat tujuh orang Ahli Parlimen BN dari MCA di Johor. Mereka ialah anak kepada Chua Soi Lek sendiri iaitu
YB Chua Tee Yong (Labis), YB Goh Tee Tee (Tangkak), YB Wee Sa Siong (Ayer Hitam), YB Ng See Tiong (Parit Yaani), YB Koh Chee Chai (Penggaram) dan YB Hou Chee Chung (Kluang). Terdapat kebimbangan yang ketara pada Kerajaan BN Johor tentang perkara ini. Malah terdapat maklumat bahawa Ketua Umum PKR sendiri iaitu
Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengumumkan perkara itu dalam sessi lawatannya ke negeri itu pada
6 September 2009 ini. Beliau dijangka mengadakan
Pidato Ramadan di Pekan Parit Sulong, Batu Pahat bersama dengan Datuk Chua Jui Meng dan Saudara Hasmi Hashim. Sementara itu, kebimbangan tentang perkara ini menyebabkan UMNO dan BN Johor kini bagai "cacing kepanasan". Tambahan pula Timbalan Perdana Menteri iaitu Muhyiddin Yassin sendiri adalah dari negeri Johor.
Apakah perkara ini tercetus hasil ketidakpuasan hati pihak terbabit terhadap pemecatan Chua Soi Lek itu. Mungkinkah Ahli Parlimen pertama yang bakal membuat keputusan drastik itu adalah anak beliau sendiri
Chua Tee Yong? SUMBER
di sini.

Pakatan Rakyat Selangor mendakwa perarakan 'kepala lembu' yang masih segar berdarah semalam di depan Pejabat Menteri Besar Selangor sebagai usaha terbaru 'pelampau Umno' untuk menjatuhkan kerajaan negeri itu.
Bercakap di depan Balai Polis Seksyen 11 Shah Alam pagi tadi, Ahli Parlimennya Khalid Samad mendesak pihak polis segera bertindak ke atas ekstremis-ekstremis Umno terbabit supaya insiden yang sama tidak lagi berulang.
"Umno ini sudah jadi parti yang ekstrem. Di tempat-tempat-tempat lain pun, Umno sudah berdemontrasi ekstrem sebegini, di Kuala Selangor, Ijok, Tanjong Karang.
"Mana-mana tempat yang dia nak api-apikan semangat perkauman yang sempit (serta) sentimen agama (Islam) yang salah, mereka terus buat. Sebab itu, Polis perlu bertindak.
"Kalau polis tidak bertindak dan dilihat seolah-olah bersama-sama mereka (pelampau Umno), ini akan menyebabkan tindakan yang lebih liar berlak," kat Khalid.
Beliau yang dikenali sebagai penyokong kuat PAS dalam Pakatan Rakyat turut mempersoal sikap 'tunggu dan lihat' Polis ketika perhimpunan itu berlangsung.
"Mereka (Polis) tidak boleh kata: Kami menunggu laporan mana-mana pihak dibuat dahulu. Bolehkah Polis "tunggu dan lihat" cermin sebuah kereta dipecah penceroboh, atas alasan menunggu rakyat atau pemilik kereta itu sendiri buat laporan; baru boleh bertindak," katanya.
Bercakap pada sidang media yang sama, Exco Kerajaan Negeri Selangor Dr. A. Xavier Jayakumar turut melahirkan rasa kesal atas pelampau-pelampau terbabit.
"Kita tidak mahu keharmonian rakyat menjelang Hari Merdeka ke-52 ini digugat oleh demopntrasi yang penuh melampau itu. Kita minta Polis segara bertindak sebelum apa-apa yang lebih buruk berlaku," katanya.
Ujarnya lagi, mana-mana pihak termasuk Umno sendiri dibenarkan berdemontrasi secara aman. Kerajaan negeri konsistan tidak akan menentang hak asasi tersebut.
Namun, demontrasi ekstrem seperti semalam sebenarnya melanggar undang-undang serta perlu tindakan segera oleh pihak Polis.
"Mereka boleh demontrasi. Kita tidak akan tentang. Tetapi, demontrasi yang melampau seperti itu sesiapa pun lihat melampaui undang-undang. Jadi, saya gesa polis bertindak pada demontran yang melampau," katanya.
Beliau turut menjelaskan inti maklum balas pihak Polis sebelum membuat kenyataan media di sini.
"Saya diberitahu dia ada masalah peribadi di Alor Star. Pegantinya juga ada masalah peribadi di Shah Alam. Jadi, dia menyuruh kita (Pakatan) bertemu dengan Ketua Polis Daerah Shah Alam," katanya.
"Kita tidak mahu keharmonian rakyat menjelang Hari Merdeka ke-52 ini digugat oleh demontrasi yang penuh melampau itu. Kita minta Polis segara bertindak sebelum apa-apa yang lebih buruk berlaku," katanya.
Turut menyertai kenyataan media di sini, Adun Batu Tiga dan Exco kerajaan negeri, Rodziah Ismail dan Ahli Parlimen Klang Charles Santiago.
Ketua Penerangan PAS Pusat Idris Ahmad pada satu kenyataan media yang lain petang tadi, menegaskan demontrasi melampau itu bukannya berdasarkan ajaran Islam, sebaliknya amalan tradisi Umno sejak ditubuhkan lagi.
Tambahnya lahi, "Apa yang mereka buat itu bukan sahaja melampaui undang-undang negara, tetapi jelas membelakangi agama Allah, iaitu Islam dan Rasulullah s.a.w tidak pernah menyuruh ummatnya berbuat demikian atas nama Islam.
"Jika berjuang atas nama Melayu, beginilah akibatnya (melampau)," tegas beliau.
Katanya, PAS berpegang dengan prinsip Islam yang menghargai kehormonian penganut agama-agama lain serta melarang ahli-ahlinya (umat Islam) memaki-hamun kegamaan lain; sebagaimana dalam ayat 108 dari Surah al-An?aam.
Firman Allah bermaksud, "Dan janganlah kamu memaki hamun sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampau batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap ummat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian, kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahu kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan."
Beliau turut mempersoal kredibiliti Polis dan FRU yang tidak membedil kumpulan ekstremis Umno tersebut dengan gas pemedih mata dan pacutan meriam air berasid, sebagaimana beberapa demontrasi aman rakyat seperti Anti-ISA, Mansuh PPSMI dan BERSIH lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Noor Azam Jamaluddin menjelaskan bahawa pegawainya tidak boleh terus bertindak waktu insiden itu berlaku, demi mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku.
Bagaimanapun, beliau memberi jaminan agar insiden itu disiasat dan demontrans yang didakwa ekstrem itu akan dibawa ke muka pengadilan.
Noor Azam juga memaklumkan bahawa pasukannya sudah ditempatkan di beberapa lokasi strategik demi memastikan insiden terbabit tidak berulang.
Nasihatnya, semua rakyat diminta bersabar dan tidak lagi mengeruhkan keadaan, terutamanya di kala negara bakal menempuhi Hari Kemerdekaan ke-54 Isnin depan.
Semalam, kira-kira 50 orang Melayu dari pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) yang pro Umno mengarak kepala lembu yang masih segar berdarah dari Masjid Negeri menuju ke pejabat Menteri Besar.
Berdepan Bangunan MBSA, pemuda-pemuda "ekstrem" terbabit kelihatan saling menendang bangkai itu sambil melaungkan "Kami Bantah".
Pada masa yang sama, kelihatan Pejabat Adun Batu Tiga turut dijadikan medan bantahan dengan contengan, "Khalid-Rodziah, Pengkhianat Bangsa".
Laungan dan bantahan itu dipercayai khalayak ekoran keputusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memindahkan kuil Hindu ke lokasi yang baru di Syeksyen 23 Shah Alam.
Insiden "Kepala Lembu Berdarah" itu merupakan cabaran tergenting Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, setelah isu arak dan penternakan babi yang dipercyaai dicetuskan juga oleh Umno mulai reda belakangan ini.
Sebelum ini, sebuah akhbar politik melaporkan Umno akan menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor pada Hari Kemerdekaan, 31 Ogos ini.
SUMBER
di sini.

Perdana Menteri 1Malaysia kesal dengan tindakan penduduk mengarak kepala lembu sebagai membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke kawasan mereka (seksyen 23, Shah Alam).
Perdana Menteri 1Malaysia itu teramat kesal dan berjanji perkara itu akan disiasat secara terperinci.
Sehubungan itu Perdana Menteri 1Malaysia mengarahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan mengarahkan beliau mengambil TINDAKAN SEGERA.
Apa tindakan segera itu? Adakah "KEPALA" pendemo akan ditangkap untuk siasatan? Siapa dalang di sebalik bantahan tersebut?
Adui... bagi Tok Kiyai, orang yang berarak membantah pemindahan kuil semalam adalah tak cerdik. Mereka membantah pemindahan kuil tetapi dalam masa yang sama menghina agama Hindu.
Itulah apabila orang jahil berlagak hero.....

Aduan berhubung saksi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didera dengan ditampar beberapa kali, dibogelkan dan dipukul dengan batang besi bakal didedahkan dalam prosiding inkues kematian Teoh Beng Hock.
Peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo, berkata, beliau akan mendedahkan laporan polis yang telah dibuat oleh saksi SPRM berhubung dakwaan itu bersama-sama bukti gambar kecederaan dialami mangsa ketika disoal siasat di pejabat SPRM Selangor di Tingkat 14, Plaza Masalam di sini.
Gobind mendakwa antara pegawai SPRM yang terlibat melakukan penderaan fizikal itu ialah saksi ke-19, Penolong Penguasa SPRM Selangor Mohd Ashraf Mohd Yunus, yang memberi keterangan dalam prosiding hari ini.
Peguam itu juga bercadang untuk mengemukakan beberapa soalan kepada Mohd Ashraf berhubung laporan polis itu yang mengaitkannya dengan dakwaan melakukan penderaan terhadap saksi tersebut.
Berikutan itu, koroner Azmil Muntapha Abas menangguhkan prosiding ke 8 September bagi membolehkan Mohd Ashraf untuk melantik peguam kerana soalan yang bakal ditanya Gobind boleh mendedahkan beliau kepada pertuduhan jenayah.
SUMBER
di sini.

Perdana Menteri 1Malaysia hari ini menasihati MCA agar menyelesaikan kemelut politik mereka dengan segera sebelum rakyat mengambil tindakan menolak parti itu dan juga Barisan Nasional.
Perdana Menteri 1Malaysia yang juga Pengerusi BN berkata, krisis MCA itu
AMAT MEMBIMBANGKAN berikutan keputusan Majlis Presiden parti itu kelmarin memecat Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kerana mencemarkan imej MCA berikutan DVD skandal seksnya yang tersebar.
Ha ha ha. Sedar tak sedar, sebenarnya rakyat sudah dan sedang menolak BN. Lapan kali dah kalah dalam pilihanraya..... Tak kan itu tidak boleh dibaca oleh pemimpin BN.

PAS Terengganu berpendapat, para Adun Umno yang tidak bersetuju dengan kepimpinan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said tidak berani untuk melompat parti.
Menurut seorang pemimpin PAS negeri itu yang dihubungi Harakahdaily, atas sebab itulah sampai sekarang, walaupun ada khabar-khabar angin mengenainya ia belum berlaku lagi sehingga kini.
Beliau yang enggan namanya disiarkan mengulas laporan laman web The Malaysian Insider (TMI) yang melaporkan sembilan Adun Umno bersetuju untuk menyertai PKR dan membentuk kerajaan baru di Terengganu bersama PAS.
Namun usaha itu gagal kononnya kerana Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Harun Taib tidak bersetuju dan lebih senang bekerjasama dengan Ahmad Said.
TMI juga melaporkan, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan 11 Adun Umno ini disamping seorang wakil Adun di Kemaman lepas pilihan raya kecil Manek Urai lalu.
Semalam, semasa sidang rehat Dun Terengganu, Harun Taib menafikan laporan itu dan berkata dia tidak tahu menahu mengenainya.
Datuk Rosol Wahid, Adun Ajil yang dilaporkan TMI juga menafikan mahu meninggalkan Umno dan menyertai PKR. Namun, beliau mengakui ada masalah yang belum selesai dalam Umno.
Pemimpin PAS Terengganu yang dihubungi Harakahdaily ini mengesahkan memang ada ura-ura Adun Umno ini mahu menyertai PKR "tetapi ia belum berlaku kerana mereka tidak berani."
Beliau juga yakin, laporan yang mengatakan Harun Taib adalah penghalang pembentukan kerajaan baru ini berdasarkan persepsi Adun Umno berkenaan semata-mata kerana hubungan baik antara Harun dengan Ahmad Said.
Beliau yakin, apa-apapun, PAS Terengganu akan membuat keputusan bersama dan bukannya berdasarkan pandangan Harun seorang.
Dalam Dewan Undangan Terengganu ada 32 ahli. Lapan darinya adalah PAS manakala 23 adalah Adun Umno dan satu MCA.
12 dari Adun Umno dikatakan tidak bersetuju dengan Ahmad Said ekoran cara perlantikan beliau selepas pilihan raya umum 2008 lalu.
Selepas pilihan raya umum 2008, istana Terengganu tidak perkenan cadangan Umno untuk melantik Datuk Seri Idris Jusoh sebagai MB lagi.
Ekoran itu, Ahmad Said dilantik sebagai MB. Penentang Ahmad mendakwa, mereka diketepikan dalam perlantikan Exco dan lain-lain jawatan penting dalam kerajaan negeri.
Dalam sidang Dun yang lalu, 10 dari mereka telah memboikot sidang Dun dengan alasan tiga dari mereka menerima SMS ugutan dari pejabat MB.
Setelah disiasat polis, didapati ia adalah angkara Datuk Ahmad Ramzi, bekas setiausaha politik Datuk Seri Idris Jusoh semasa dia menjadi MB. Kini Ramzi sedang menunggu perbicaraan kes itu.
Sejak itu, politik Umno Terengganu bergolak sehingga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamudin Husein dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno negeri.
Walaupun penyusunan semula dibuat ke atas Umno negeri, kumpulan yang menentang Ahmad Said menganggap ia memihak kepada Ahmad Said dan mengukuhkan politik beliau.
SUMBER
di sini.

Mursyidul Am PAS , Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan penolakan demi penolakan rakyat terhadap Umno dalam siri pilihanraya kecil sebagai isyarat mereka tidak menerima dasar kebangsaan parti itu.
Beliau ketika diminta mengulas kemenangan PAS pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir berkata, salah satu punca kekalahan Umno di DUN berkenaan ialah dasarnya yang bercanggah dengan Islam.
"Penolakan-penolakan yang begitu banyak terhadap Umno ni satu daripada sebabnya berpunca daripada dasar yang dibuat parti Umno. Parti yang memerintah sekarang ni tak betul dengan dasar Islam.
"Kelantan telah hampir 20 tahun guna dasar Islam dengan segala praktikalnya. Alhamdulillah dapat penerimaan daripada semua bangsa dan agama," ujar Menteri Besar Kelantan itu kepada pemberita selepas mesyuarat exco di pejabat setiausaha kerajaan semalam.
Sehubungan itu, beliau sekali lagi menyeru Umno mengubah dasar kebangsaan mereka kepada dasar Islam selaras ajaran Al-Quran.
"Saya dengan penuh ikhlas minta saudara-saudara-saudara kita dalam umno tolong fikir, tolong ubah dasar Umno kepada dasar Islam. Bulan Ramadhan ni bulan Quran.Bila kita orang Islam buat dasar lain kedaulatan Allah ke atas manusia makin terhakis.Tiba-tiba kita tak mahu pakai Quran, ambil dasar yang dibuat oleh manusia.Ini tak betul."Katanya.
Pilihanraya kecil Permatang Pasir yang merupakan pilihanraya kali ke lapan diadakan selepas pilihanraya umum pada 2008. Ianya menyaksikan kekalahan Umno BN buat sekean kalinya dengan majoriti besar iaitu sebanyak 4551 undi.
Calon PAS Ustaz Salleh Man mendapat 9618 undi manakala calon BN Rohaizat Othman mendapat 5067 undi.
BN hanya menang di DUN Batang Ai sementara di DUN Penanti, mereka tidak meletakkan calon.
Dalam lapan pilihanraya kecil iaitu tiga parlimen dan lima DUN yang ditandingi jelas menyaksikan rakyat menolak Umno BN walaupun pimpinan parti itu tetap mengatakan bahawa mereka masih diterima rakyat.
Bermula di Parlimen Permatang Pauh, menyaksikan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dato' Seri Anwar Ibrahim mendapat majoriti yang besar iaitu sebanyak 15671 undi mengalahkan calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah.
Di Parlimen Kuala Terengganu pula, calon Pas Mohd Abdul Wahid Endut menang dengan majoriti 2631 undi menewaskan calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.
Seterusnya tiga pilihanraya kecil yang berlangsung serentak iaitu di Parlimen Bukit Gantang, Dun Bukit Selambau dan Dun Batang Ai menyaksikan Pakatan Rakyat menang dua daripadanya.
Di Bukit Gantang,Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin mengalahkan calon BN Ismail Saffian dengan majoriti 2789 undi.Di Dun Bukit Selambau pula calon PKR S.Manikumar mengalahkan calon BN Datuk S.Ganesan dengan majoriti 2403 undi.
Manakala BN hanya menang di Dun Batang Ai apabila calonnya Malcom Mussen Lamoh mengalahkan calon PKR Jawah Gerang dengan 1854 undi.
Atas pelbagai alasan, BN membuat keputusan tidak meletakkan calon di DUN Penanti. Seterusnya di Dun Manek Urai, calon PAS tetap berjaya menewaskan calon BN walaupun hanya dengan majoriti 65 undi.
Manakala yang terbaru di DUN Permatang Pasir, kembali menyaksikan kemenangan Pakatan Rakyat dengan majoriti yang besar sekaligus kekecewaan berterusan pimpinan Umno.
Naib Presiden Umno antara pimpinan yang dilihat sangat kecewa dengan kekalahan itu. Hishamuddin mengharapkan BN dapat mengurangkan majoriti yang diperoleh oleh calon Pas dalam jumlah yang besar tetapi sebaliknya yang berlaku.
SUMBER
di sini.

oleh: Zaharuddin Abd Rahman
Negarawan Malaysia, Tun Dr Mahathir, berkata di dalam
blognya :
Tetapi benarkah hukuman ini tepat bagi jenayah minum arak? Beliau kemudiannya berkata:
"Dalam Al-Quran terdapat 43 ayat yang menegaskan; "Apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil". Apakah mungkin seorang hakim itu tidak adil ataupun tersilap dalam pertimbangannya? Apakah tidak ada dalam Islam belas kasihan bagi yang bersalah buat kali pertama?
Saya harap pihak-pihak yang pakar dalam perkara ini dapat menunjuk ayat-ayat Al-Quran dan kitab-kitab yang dirujuk oleh hakim apabila hukuman ini dijatuhkan."Sebagai menyahut pertanyaan Tun tersebut, saya sediakan artikel ringkas ini memberikan input kepada beliau dan mereka yang masih tertanya-tanya.
ARAK DAN STATISTIK KEBURUKANNYASebelum saya menghuraikan ringkas jawapan bagi persoalan Tun Dr Mahathir, izinkan saya meningingatkan pembaca berkenaan arak dan statistik keburukannya, sehingga menyebabkan Islam begitu bersungguh melarang dan meletakkan undang-undang ke atas peminumnya juga. Ia sebenarnya tidak lain kecuali untuk mengutamakan keadilan umum, di atas hak individu.
Menurut statistik rasmi di United Kingdom, Alcohol-related crime adalah seperti berikut:-
* Hampir 45 - 46 % kejadian jenayah, mangsa meyakini bahawa penyerangnya di bawah pengaruh alcohol (arak).
* Angka tadi naik kepada 58% dalam kes serangan oleh individu yang tidak dikenali.
* 39% keganasan dalam rumahtangga melibatkan alcohol (arak)
* Hampir sejuta serangan ganas yang berlaku dalam tahun 2007-2008, dipercayai dilakukan oleh mereka yang sedang mabuk atau separa mabuk.
(Source:
British Crime Survey 2007/08)
Manakala di Russia pula, sekitar 72 % kes pembunuhan adalah berkait dengan akibat minuman arak. 42 % pula kes mati bunuh diri hasil dari arak. Menurut Prof Nemtsov, Russia kehilangan (mati) rakyatnya seramai 500,000 ke 750,000 akibat arak. (
sumber )
Tanpa had dan kawalan berkesan, lebih menggerunkan di UK statistik menunjukkan 30% kanak-kanak berumur 11 hingga 15 tahun turut minum arak sekurang-kurangnya sekali seminggu.
Selain penyebab jenayah, arak juga turut memberi impak amat buruk kepada kesihatan.
Seorang doktor di London memaklumkan purata umur pesakit dari kesan arak adalah berumur 20 ke 30 tahun, sebelum ini biasanya mereka yang berumur 50 tahun ke atas sahaja yang kerap ke hospital akibat arak. (rujuk)
Dilaporkan oleh organisasi kesihatan, di United Kingdom jumlah penduduk yang dirawat akibat penyakit dari kesan minuman arak bertambah dua kali ganda sejak sepuluh tahun lepas.
Secara purata rakyat Britain 'menelan' arak sebanyak 9.6 liters arak keras dan tulen secara tahunan, ia lebih dahsyat dari Russia yang mencatatkan 8.7 liter sahaja. Sedangkan Russia diwartakan sebagai negara yang terbanyak ‘peminum arak' sebelum ini.
Hasil dari petikan statistik ringkas ini, adakah masih terdapat pemimpin yang begitu ‘TIDAK BERTANGUNGJAWAB' sehingga sanggup mempertahankan penjualan arak dengan MELUAS tanpa kawalan dan hanya beriman dengan ‘kawalan diri'?, disamping membawakan hujjah hak kebebasan individu, bangsa, agama tertentu dan hak syarikat?.
Sebenarnya, membenarkan penjualan arak adalah satu pencabulan hak bagi majoriti masyarakat Malaysia yang lain, kerana ia mendedahkan individu lain dalam keadaan bahaya sebagaimana yang berlaku di UK, Russia dalam lain-lain negara aktif arak.
HUKUMAN MINUM ARAK DALAM ISLAMDalam Islam, arak itu sendiri adalah haram atau dilarang. Sama ada minum sedikit atau banyak adalah sama sahaja larangannya. Demikian juga dadah. Sabda Nabi s.a.w
ما أسكر كثيره فقليله حرام
Ertinya : Apa-apa yang banyaknya memabukkan, maka sedikitnya juga haram ( walaupun belum memabukkan) ( Riwayat Ahmad, Tirmizi, Abu Daud : Ibn HIbban : Sohih )
Ayat al-Quran dan hadis berkenaannya terlalu banyak dan amat biasa kita baca. Islam mengakui wujudnya manfaat kecil dari arak tetapi manfaatnya adalah berdiri di atas kehancuran pihak yang lain. Sama seperti judi, yang menang sememangnya gembira namun ia menang di atas kekalahan pihak yang lain.
Firman Allah swt:
يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا
"Mereka bertanyakan kepada kamu tentang arak dan judi, katakanlah (kepada mereka) pada kedua-duanya terdapat dosa yang besar dan kebaikan kepada manusia, dan dosa pada kedua-duanya lebih banyak dari kebaikan" (Al-Baqarah : 219)
Lagi Allah menegaskan:-
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan setan. Maka jauhilah ( DIHARAMKAN) perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan ( Al-Maidah : 90)
Terbukti secara teori dalam ilmu Islam dan realiti dari statistik yang diberikan, arak adalah salah satu punca utama jenayah, selagi ruang dan peluang dibuka seluasnya selagi itulah manusia akan melakukan kesalahan mabuk.
Kerana itu nabi menyebut:-
الخمر أم الخبائث
Ertinya : Arak itu adalah ibu kepada kejahatan ( Hadis Hasan : Albani ; Silsilah Ahadith As-Sohihah, 1854)
Gunakan kuasa dengan tepat dan adil, selaras dengan perjuangan kamu. Adil dalam konteks arak adalah mengharamkannya dalam penjualan bebas.
HUKUMAN SEBAT BAGI PEMINUM ARAKBagi sesiapa sahaja yang bertanya dari kitab mana, dan buku mana, sumber mana diambil hukuman sebat bagi peminum arak, jawabnya adalah seperti berikut, tindakan mengenakan sebatan bagi peminum arak adalah diambil dari kumpulan hadis-hadis Nabi yang cukup banyak, antaranya :-
1) Hadis Nabi:
إذا شربوا الخمر فاجلدوهم , ثم إن شربوا فاجلدوهم , ثم إن شربوا فاجلدوهم
Ertinya : Apabila mereka minum arak, sebatlah mereka, dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka ( Riwayat Abu Daud)
2. Hadis Nabi:
أن النبي أتي برجل قد شرب الخمر , فجلده بجريدتين نحو أربعين
Ertinya: Nabi telah didatangi oleh seorang lelaki yang telah meminum arak, lalu telah disebatnya dengan dua pelepah tamar sebanyak 40 kali (Riwayat Muslim) [1]
3. Hadis Nabi
كان يضرب في الخمر بالنعال والجريد أربعين
Ertinya : Sesungguhnya dipukul (sebat) bagi arak (peminum) dengan kasut-kasut dan pelapah tamar sebanyak 40 kali (Riwayat Muslim) [2]
4. Hadis Nabi:-
أن النبي صلى الله عليه وسلم : جلد في الخمربالجريد والنعال , ثم جلد أبو بكر أربعين فلما كان عمر ودنا الناس من الريف والقرى , قال : ما ترون في جلد الخمر؟ فقال عبدالرحمن بن عوف : أرى أن نجعلها كأخف الحدود , فجلد عمر ثمانين
Ertinya : Sesungguhnya Nabi s.a.w merotan (sebat) dalam kes arak dengan pelepah tamar dan sepatu, kemudian Abu Bakar ( di zaman pemerintahannya) juga menyebat dengan 40 kali sebatan, di ketika pemerintahan Umar, beliau meminta pandangan orang ramai dari kampong dan desa lalu berkata : Apa pandangan kamu berkenaan sebatan bagi peminum arak?, lalu Abd Rahman Auf berkata : Aku berpandangan kita menjadikannya hudud yang paling ringan (merujuk kepada sebatan qazf) [3], maka Umar membuat keputusan untuk menyebat dengan 80 kali sebatan ( Riwayat Muslim dan Abu Daud)[4]
5. Athar sahabat
قال علي : جلد رسول الله في الخمر أربعين , وأبو بكر أربعين , وعمر ثمانين , وكل سنة وهذا أحب إليّ
Ertinya : Berkata Ali r.a : Rasulullah menyebat peminum arak 40 sebatan, Abu Bakar juga 40 sebatan, Umar menyebat 80 sebatan, semuanya adalah sunnah, dan ini ( merujuk kepada 40 sebatan) adalah lebih aku sukai. ( Riwayat Muslim ) [5]
6. Hadis Nabi
أن رجلا رفع إلى النبي صلى الله عليه وسلم قد سكر ، فأمر قريبا من عشرين رجلا ، فجلدوه بالجريد ، والنعال
Ertinya : Seorang lelaki dibawa ke penghakiman Nabi s.a.w kerana telah mabuk (minum arak), lalu Nabi s.a.w mengarahkan sekitar 20 orang lelaki untuk menyebatnya dengan pelepah tamar dan sepatu ( Al-Bayhaqi)[6]
Jiak dikatakan, itu semua hadis, mana dalil al-Quran yang suruh, jawabnya adalah
وَأَنزَلْنَا إِلَيْكَ الذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيْهِمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
Ertinya : Kami turunkan kepadamu Al Qur'an, agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan ( An-Nahl : 44)
Maka itulah tugas hadis nabi yang bersumber dari kata-kata, perbuatan dan perakuan baginda Nabi s.a.w yang menjadi penjelas kepada Al-Quran.
PERBEZAAN TASFIRAN ULAMAUlama telah bersepakat bahawa mesti dijatuhkan hukuman bagi peminum arak, sama ada ia minum banyak atau sedikit. Namun ulama berbeza pandangan dalam sekurang-kurang dua perkara iaitu :-
1) Adakah hukuman sebatan ke atas peminum arak adalah dalam kategori hukuman hudud atau hanya ta'zir.
Kebanyakan mazhab seperti Hanafi, Maliki, Syafie meletakkan hukuman sebat ke atas peminum arak sebagai hukuman hudud.
Namun demikian, sebahagian ulama lain seperti At-Tabari, Ibn Munzir, As-Syawkani, Ibn Qayyim, Al-Qaradhawi, Al-Uthaymin menganggapnya sebagai ta'zir semata-mata, yang mana ia terserah kepada hakim untuk menentukan jumlah sebatan dan keperluan untuk menyebat atau tidak.
Menurut Al-Qaradhawi, ia terbukti sebagai ta'zir kerana wujud pelbagai dalil yang menunjukkan:-
a- Jumlah pukulan berbeza mengikut keadaan peminum. Ada yang dikenakan 40 kali dan ada yang dikenakan 80 kali. Sifat hukuman hudud adalah tetap, namun ini berbeza-beza menunjukkan ia hanyalah dari hukuman ta'zir, yang terserah kepada kebijaksanaan hakim menentukan jumlahnya.
b- Dalam salah satu hadis yang tesebut di atas, Abd Rahman Auf r.a mencadangkan kepada Umar agar diletakkan hukuman yang paling rendah berbanding hudud, ini menunjukkan hukuman ini adalah ta'zir kerana menurut majoriti ulama, hukuman ta'zir tidak boleh melebihi hudud.
c- Cara penjatuhan hukuman juga berbeza, ada yang disebat menggunakan sepatu, ada yang menggunakan tangan, baju dan sebahagian lain menggunakan pelepah tamar[7]. Tidak mungkin hukuman ini dari jenis hudud jika sedemikian kerana hukuman hudud semestinya fixed atau tetap jumlahnya.
Berdasarkan penelitian terhadap dalil dan perbincangan para ulama yang panjang lebar dan mendalam, secara peribadi saya cenderung kepada hukuman ini adalah ta'zir dan bukan hudud. Wallahu'alam.
2)Jumlah sebatan yang perlu dikenakan.
Dalam hal ini, para ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-
Pertama : Mazhab Hanafi, Maliki, At-Thawry dan Hanbali : Sebatan sebanyak 80 kali sebatan sama ada lelaki atau perempuan.
Kedua : Mazhab Syafie : 40 kali sebatan sahaja. Namun jika hakim mendapati kesalahannya berat, hakim boleh menambah sehingga 80 kali sebatan, dan lebih dari 40 sebatan itu dikira sebagai ta'zir , manakala 40 sebatan yang awal adalah hudud.
BOLEHKAH PESALAH TIDAK DISEBAT?Ia bergantung kepada mazhab mana yang dterima pakai oleh Mahkamah Syariah Malaysia, hakim dan negara Malaysia.
Jika HududJika kesalahan meminum arak diterima sebagai kesalahan hudud sebagaimana pandangan mazhab Syafie. Pesalah tidak boleh dielak dari hukuman sebat tadi kerana hukuman sebat dikira sebagai hak Allah swt. Hak Allah perlu didahulukan dari sekalian hak makhluk dan sesuatu itu termasuk dalam hak Allah apabila kemudaratannya meluas dan umum, seperti zina, riba, murtad dan sebagainya. Namun pelaksanaan hukuman hudud ke atas seseorang pesalah, boleh ditangguh berdasarkan keperluan tertentu.
Dalam kategori ini, semua pesalah walau kali pertama[8] melakukan kesalahan, akan dihukum kerana mudarat ke atas masyarakat umum.
Jika Ta'zirJika kesalahan ini dianggap dari jenis Ta'zir, maka hakim mempunyai kuasa untuk mengampun sama ada atas alasan ia kesalahan kali pertama, ia seorang yang lemah, ia seorang tidak sihat dan sebagainya. Demikian menurut mazhab Syafie.
Justeru, sebelum dikritik keputusan hakim, bincangkan terlebih dahulu mazhab mana yang ingin diikuti di Malaysia, khususnya dalam konteks hukum minum arak ini.
SEJAUH MANA SEBATAN INI ADIL?PertamaJika ia benar-benar hudud dan termasuk dalam hak Allah swt, tiada layak manusia yang hina untuk mempersoalkan tentang keadilan, kerana Allah swt sentiasa adil walau menghumban sesorang manusia ke nerakaNya. Allah tetap adil walau Dialah yang menysatkan sekumpulan manusia dan memberi hidayat kepada sebagai yang lain. Kerana Apa adil?? Kerana piawan adil Allah tidak sama dengan manusia yang dicipta. Keadilan Allah adalah kerana dia yang mencipta kita, dan Dia berhak untuk menentukan apa sahaja yang diinginiNya. Jika kita merasakan Allah tidak adil menyesatkan sekumpulan manusia. Individu tersebut perlu memulangkan nyawa yang Allah berikan kepada mereka dan beredar dari galaksi ciptaan Allah swt ini ke sebuah alam ciptaan sendiri.
KeduaSebatan ini, tidak zalim sama sekali kerana ia bukan bertujuan menyakitkan seperti sebatan ekor pari yang menghakis kulit, daging dan sampai ke tulang. Sebatan ini hanyalah untuk pengajaran, seperti denda cikgu kepada muridnya, ibu kepada anaknya atas tujuan mengajar, atas asas belas kashian dan bukan dendam kesumat dan ‘geram' memukul.
Hasilnya, pelbagai displin sebatan telah ditentukan dalam hukum Islam iaitu [9] :-
* Tidak boleh dipukul wajah dan kemaluan.[10]
*
Alat yang digunakan mestilah tidak besar, bukan tongkat yang besar, ia adalah seperti dahan dan ranting sederhana sahaja.
*
Tidak diharuskan si pemukul mengangkat tanganya melebihi paras ketiaknya, atau tidak boleh terlihat bawah lengannya semasa mengangkat pemukul, dam pukulan tidak terlalu menyakitkan, tidak pula terlalu perlahan.
*
Yang diangkat adalah sikunya sahaja dan bukan lengan.
*
Lelaki disebat secara berdiri, wanita secara duduk.
Adakah jenis pukulan yang sebegini pun dianggap zalim? Jika demikian guru-guru sekolah, ibu bapa, suami memukul, adalah lebih zalim kerana hukumannya tidak dibicarakan di mahkamah.
Bagi saya, jika hukuman sebegini pun masih zalim, tentunya yang menuduh ia zalim itu akan jadi lebih zalim kerana bercakap dan mengkritik tanpa ilmu.
KetigaSejauh mana pula adilnya orang luar seperti Tun Dr Mahathir dan yang lainnya, mempertikaikan hak seorang hakim dalam membuat keputusan?.
Bukankah sang hakim lebih berhak menentukan hukuman yang paling adil disebabkan beliau berada sepanjang sesi perbicaraan dari kedua-dua belah pihak, mendengar pandangan kesemua pembela dan pendakwa. Justeru, adalah TIDAK ADIL bagi orang di luar mahkamah untuk mengkiritk sewenangnya keputusan hakim, sedangkan mereka tidak mempunyai gambaran sebenar di sebalik sesebuah kes. Mungkin sahaja, si pesalah yang reda dan ingin hukuman dilaksanakan. Justeru itulah keadilannya.
KeempatBukankah keputusan hakim patut dihormati sebagai menunjukkan autoriti badan kehakiman dari sebarang gangguan luar?. Kita kerap mendengar di mahkamah civil bahawa sebarang keputusan mahkamah tidak boleh dikritik terbuka sama ada di dalam mahkamah atau diluarnya, kerana akan termasuk di dalam kesalahan ‘menghina mahkamah' (contempt of court), lalu mengapa pula pihak yang kurang maklumat di luar ini dengan senang dan mudah mengkritik keputusan mahkamah Syariah?.
KelimaDi dalam Islam, adil atau tidak bukan terletak pada logik aqal manusia semata-mata, namun adil yang sebenarnya adalah melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah swt dan baginda Nabi s.a.w. Kalau dalam konteks kes ini, pesalah juga telah bersedia menjalani hukuman tersebut sebagai satu proses kesedaran dirinya. Adilkah kita mempersoalkan hak pesalah untuk mendapat hukuman.?
KESIMPULANSebagai kesimpulan kepada beberapa jawapan kepada persoalan yang diutarakan oleh Tun Dr Mahathir.
* DR. M : Tetapi benarkah hukuman ini tepat bagi jenayah minum arak?
Ye, benar, bukti-bukti berkenaan wujudnya hukuman ini bersumberkan hadis-hadis yang sohih.
* DR. M : Apakah ada larangan dalam Islam untuk mengkanunkan undang-undang syariah?
Di dalam Islam, tiada larangan sama sekali, malah digalakkan bagi mencapai keseragaman dalam keputusan hakim.
* DR. M : Jika Kerajaan tidak mengkanunkan undang-undang syariah melalui proses perbahasan dan kelulusan oleh dewan-dewan undangan, atau melalui fatwa oleh ulama-ulama, bolehkah tulisan-tulisan ulama tertentu dijadikan asas hukum mengikut pendapat hakim?
Ini saya tidak pasti, tetapi sepatutnya sesebuah kerajaan negeri bertanggungjawab untuk mengkanunkannya. Namun sebelum ia dikanunkan, pertikaian yang diutarakan memang relevan dalam konteks hukum dunia, namun adalah salah di sisi Islam, kerana semau hukum Islam sepatutnya dikanunkan.
Mahkamah ini pula adalah mahkamah Syariah yang khusus untuk hal ehwal orang Islam dan bukannya mahkamah sivil. Justeru apa ertinya sebuah mahkamah dinamakan ‘SYARIAH' jika keputusan yang berlandaskan hukum Islam juga tidak boleh dilaksanakan.? Jika demikian, tiada erti nama ‘syariah' pada sebuah mahkamah Syariah lagi.
* DR.M : Dalam Al-Quran terdapat 43 ayat yang menegaskan; "Apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil". Apakah mungkin seorang hakim itu tidak adil ataupun tersilap dalam pertimbangannya? Apakah tidak ada dalam Islam belas kasihan bagi yang bersalah buat kali pertama?
Lebih zalim yang mengkritik tanpa ilmu. Hukuman ini adalah adil atau tidak telah diulas di atas, dan ia juga tertakluk kepada penentuan sama ada hukuman sebat peminum arak adalah hudud atau takzir.
* DR. M : Sudahkah kita rujuk kepada Al-Quran berkenaan dengan minum beer (arak) dan hukuman yang perlu dikenakan supaya keadilan tercapai?
Oleh kerana dirujuk kepada hukum al-Quran dan Hadis nabi, hukuman tersbeut patut dijalankan. Kerna arak terbukti merosakkan umum dan bukan hanya individu terbabit semata-mata. Cuba lihat dan fahami statistik yang disertakan di atas.
* DR. M : Saya harap pihak-pihak yang pakar dalam perkara ini dapat menunjuk ayat-ayat Al-Quran dan kitab-kitab yang dirujuk oleh hakim apabila hukuman ini dijatuhkan.
Boleh rujuk senarai kitab yang dirujuk di dalam nota kaki artikel ini. Itulah kitab-kitabnya. Jika nak lihat gambar kitabnya, saya sertakan salah sebuah darinya yang amat penting. Semoga dapat membacanya dengan faham.
AKHIRNYA DIHARAP TUN DR MAHATHIR SUDI UNTUK MEMBACA ULASAN DAN JAWAPAN SAYA KEPADA SOALAN-SOALAN BELIAU INI. Semoga beroleh manfaat, sekian
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net5 Ramadhan 1430 H
26 Ogos 2009
"RAKAMAN SKANDAL SEKS CHUA YANG TERSEBAR MENJEJASKAN IMEJ PARTI"Itulah sebab pemecatan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua yang dijelaskan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat lewat malam tadi.
Pemecatan tersebut diputuskan oleh Majlis Presiden hasil mesyuarat membincangkan tindakan yang disyorkan oleh jawatankuasa disiplin parti.
Parti komponen Barisan Nasional itu yang sedang menyaksikan pergeseran dalam kalangan pemimpin tertingginya dikejutkan lagi dengan pemecatan Chua malam tadi.
Rakaman hubungan seks Chua itu mula tersebar pada 2007 dan beliau kemudian mengakui secara terbuka sebagai lelaki dalam rakaman video itu.

Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, berkenan melucutkan jawatan Exco Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, Mohd Radzhi Salleh, kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abd Razak.
Azizan berkata, Sultan Abdul Halim turut berkenan melantik Adun Kulim, Lim Soo Nee, sebagai pengganti Mohd Radzhi bagi jawatan Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat Dan Sumber Tenaga Manusia.
Sebelum itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Lunas, Mohammad Radzhi Salleh yang mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi ahli bebas.
Akibat daripada itu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abd Razak telah mengadap Sultan Kedah untuk mendapat perkenan supaya jawatan Mohd Radzhi Salleh sebagai Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia dilucutkan.
SUMBER
di sini.