Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

BAWA PERGI MAHKAMAH - NAZRI

Label:

Kerajaan PAS Kelantan dicabar membawa kes tuntutan royalti minyak ke mahkamah daripada berbuat sesuatu yang bersifat retorik dan tidak boleh membawa perubahan kepada status quo.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, membawa isu tuntutan itu ke mahkamah merupakan langkah paling tepat berbanding usaha retorik iaitu Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berdoa yang bukan-bukan terhadap Perdana Menteri dan Kerajaan Pusat.

“Saya pun hairan mengapa mereka tak bawa kerajaan pusat ke mahkamah... daripada mereka buat benda-benda yang tidak boleh datangkan apa-apa perubahan kepada status quo, baik pergi ke mahkamah terus.

“Daripada berdoa yang bukan-bukan...minta diturunkan bala ke atas Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang saya kira itu kerja bodoh. Baik terus bawa ke mahkamah kerana itu lebih dapat menyelesaikan masalah dan bukannya retorik sahaja,” kata beliau dipetik Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya mengenai tindakan kerajaan negeri Kelantan yang dilihat lebih berunsurkan retorik berhubung isu tuntutan royati minyak selepas melancarkan Ensiklopedia Hansard Parlimen terbitan Yayasan Pembangunan Buku Negara dan Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di lobi Parlimen hari ini.

Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS sebelum ini dilaporkan mendoakan supaya pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) yang bertanggungjawab tidak memberi royalti minyak supaya “pecah perut” sebagai reaksi terhadap keengganan Kerajaan Persekutuan menyerahkan bayaran royalti minyak kepada Kelantan, sebaliknya sekadar memberikan wang ihsan.

Pada Nov 4 lalu Najib mengumumkan pembayaran wang ihsan daripada kerajaan pusat kepada Kelantan yang bermula tahun depan.World's greatest IT company seeks the best finance professionals.

Ditanya apakah kerajaan yakin akan memenangi kes tersebut sekiranya dibawa ke mahkamah, Nazri yang juga Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno berkata, kerajaan yakin keputusan untuk tidak memberikan royalti adalah menepati kehendak undang-undang tempatan mahupun antarabangsa dan untuk itu beliau yakin kemenangan akan memihak kepada kerajaan.

Beliau berkata, dakwaan pemimpin negeri Kelantan dan pembangkang bahawa hak royalti minyak Kelantan dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan adalah sama sekali tidak benar kerana Perlembagaan hanya menyatakan royalti untuk negeri Sabah dan Sarawak sahaja.

“Sabah dan Sarawak sebelum ini mendapat 100 peratus daripada hasil minyak yang dikeluarkan dari dalam perairan mereka.

Itu sebelum mereka masuk Malaysia (penubuhan Malaysia).

Tetapi selepas menyertai Malaysia, dua negeri itu terpaksa korbankan 95 peratus hasil minyak mereka.

“Kita kena hargai pengorbanan Sabah dan Sarawak. Sebab tu kepada dia, kita (kerajaan) kata royalti. Kita perlu hargai pengorbanan yang dibuat ini dengan menjamin hak royalti minyak sebanyak lima peratus kepada Sabah dan Sarawak dalam Perlembagaan. Tapi bagi negeri-negeri di Semenanjung, tidak ada minyak ditemui sebelum kita mencapai kemerdekaan pada 1957. Jadi hormatlah pengorbanan mereka,” katanya.

Berdasarkan faktor tersebut Nazri berkata, beliau cukup yakin yang mahkamah tidak akan sama sekali memihak kepada kerajaan

Kelantan walaupun kes ini dibawa ke mahkamah antarabangsa. Menurutnya lagi, setiap negara berdaulat hanya diberi 12 batu nautika sebagai perairan wilayah. Justeru itu, katanya, apa hak kerajaan negeri untuk menuntut lebih daripada 12 batu nautika.

SUMBER di sini.

AHMAD SAID SPRM PUN BISNES JUGA

Label:

Keputusan Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan (gambar,kanan) untuk meletakkan jawatan pada 31 Disember 2009, lebih awal dari tamat tempuhnya pada 25 Mei 2010 mencetuskan lebih banyak persoalan.

Ahmad Said, ketika mengumumkan persaraan beliau, berkata “Adalah lebih baik saya meletak jawatan pada penghujung tahun dari pertengahan tahun bagi memudahkan pengganti saya, Abdu Kassim Mohamed merangka perancangan sepanjang tahun.”

Tetapi Ahli Parlimen Kapar S Manikavasagam (gambar,kiri), ketika dihubungi oleh Free Malaysia Today memberitahu ini hanya helah beliau sahaja.

Sebenarnya, kata beliau, Ahmad Said mendapat projek menyediakan peralatan pejabat, topi, songkok dan barang-barang cenderahati untuk kegunaan 1,000 anggota SPRM menerusi rundingan terus dari Perbendaharaan.

Projek ini bernilai di antara RM6 hingga RM7 juta dan barang-barang ini disediakan oleh syarikat Kraftangan Mariwasa kepada pelanggan (SPRM) menerusi Bina Yakin Enterprise.

“Beliau (Ahmad Said) mengambil keputusan untuk mengundur diri supaya aktiviti beliau tidak dapat dikesan dan takut berlakunya pertembungan kepentingan,” ujar beliau.

Menurut Manikavasagam, beliau kini sedang mengumpul maklumat lengkap tentang projek ini dan akan mendedahkan kepincangan yang dilakukan oleh bos SPRM ini dalam sedikit masa lagi.

SUMBER di sini.

MELAYU, CINA, INDIA, SIAM, HIDUP AMAN DI BAWAH KEPIMPINAN TUAN GURU

Label:

KOTA BHARU, 4 Dis: Pusat bandar Kota Bharu penuh sesak dengan kebanjiran lautan manusia menghadiri perhimpunan menyokong kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Apa yang jelas ia ratusan kali ganda lebih ramai berbanding demontrasi mendesak Menteri Besar Kelantan meletak jawatan di hadapan Kota Darulnamim Selasa lalu, kata Ketua Penerangan PAS, Ahmad Baihaki Atiqullah.

Biarpun cuaca redup dengan hujan sekali sekala lebat, ia tidak menghalang puluhan ribu rakyat Kelantan hadir menyatakan kasih dan sayang mereka kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Ada yang datang dari Besut, Gua Musang, Jeli, Kuala Krai dan negeri-negeri lain bagi meramaikan lagi perhimpunan tersebut.

Pelbagai sepanduk dapat dilihat, ada yang bertulis ‘Kita Sayang Tok Guru Kita’, ‘Kami Menyokong Kepimpinan Tok Guru Nik Aziz’, ‘Royalti bui-builah (bagi-bagilah)’ dan ramai yang memakai lilit kepala bertulis ‘We Love Tok Guru’.

Tidak kurang juga kelihatan ramai anggota polis yang terpaksa berkawal di sepanjang jalan.

Medan Ilmu di Jalan Tok Pati menyaksikan sokongan terhadap kepimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz tidak pernah surut.

Hadir sama anggota-anggota Exco kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat, Ketua-ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud dan penduduk bukan Islam serta pemimpin KeADIlan negeri.

Lebih menarik lagi apabila pemimpin masyarakat Cina, India dan Siam turut berucap di hadapan ribuan yang hadir.

Ah Seng mewakili masyarakat Cina menyatakan kaum tersebut di Kelantan dapat hidup aman damai di bawah pemerintahan PAS yang dipimpinan Tok Guru.

“Masyarakat Cina berdiri teguh di belakang Tok Guru. Kami masyarakat Cina menentang keras usaha-usaha pihak lawan yang mahu menjatuhkan Menteri Besar,” katanya diikuti laungan takbir orang ramai.

Tharuman wakil masyarakat India juga menyatakan masyarakat India di Kelantan memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada Tok Guru.

Ucapan dalam bahasa Tamil membuat orang ramai menjadi riuh rendah seketika.

Wakil institusi pondok tradisional di Kelantan, Ustaz Awang Yusof dari Pondok Gelang Mas, Pasir Mas secara terbuka meminta rakyat Kelantan tanpa mengira agama dan bangsa memberi sokongan padu kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Wakil KeADILan yang begitu bersemangat berucap berkata, ribuan rakyat yang hadir hari ini tidak dibayar sesen pun untuk hadir menyatakan sokongan kepada Menteri Besar.

“Tidak ada sebuah kerajaan yang bersih di negara ini kecuali Kelantan sepanjang ditadbir Tok Guru hampir 20 tahun,” ujarnya.

Beliau juga mencabar pemuda Umno berdebat pada bila-bila masa untuk membincang isu royalti yang menjadi hak milik rakyat negeri ini cuba dinafikan perdana menteri.

SUMBER: harakahdaily

ISU ROYALTI: KITA DOA SAMPAI PECAH PERUT ORANG ITU - TG NIK AZIZ

Label:

KOTA BHARU - Menjawab bantahan sekumpulan penyokong Umno terhadap Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Selasa lalu, ribuan penyokong menteri besar itu hari ini mengadakan demonstrasi besar di Kota Bharu.

Perhimpunan yang diadakan di Jalan Dato' Pati dimulakan jam 10 pagi ini, sebaik sahaja selepas kuliah mingguan tokoh besar PAS itu di depan pejabat perhubungan PAS Kelantan.

Para penyokong Nik Abdul Aziz memakai lilitan kepala warna merah bertulisan putih "We Love Tok Guru" sambil mendengar ucapan beliau sendiri, exco kanan kerajaan negeri Datuk Husam Musa, pemimpin Pemuda PAS Dr Rosli Alani Abdul Kadir dan beberapa pemimpin lain.

"Selagi tidak bagi (royalti petroleum), kita doa sampai pecah perut orang itu," kata mursyidul am PAS dengan sorak para penyokongnya.

SUMBER di sini.

HADIAH SEMPENA 100 HARI NAJIB MASIH KABUR?

Label:

Ahli Parlimen Pakatan rakyat semalam mempersoalkan salah satu daripada “hadiah” Perdana Menteri, Najib Abdul Razak sempena 100 hari memerintah negara ini.
“Hadiah” yang dimaksudkan ialah diskaun 20 peratus yang diberi kepada pengguna-pengguna tol sebanyak 80 kali sebulan.

" Salah satu yang dikatakan beliau, diskaun 20 peratus akan diberikan kepada pengguna tol yang menggunakan tol 80 kali sebulan, namun tidak ada polisi dan maklumat detail yang dinyatakan".

Ketika membahaskan skim ini di Dewan Rakyat, Nie Ching mempersoalkan apakah rebat yang dijanjikan telah dilaksanakan, dan siapa yang menanggung diskaun berkenaan.

Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia, Dato’ Yong Khoon Seng menjawab diskaun 20 peratus itu ditanggung oleh syarikat konsesi lebuhraya atas dasar tanggungjawab sosial.

Namun jawapan bertulis Perdana Menteri Najib Abdul Razak kepada Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Phua Kiam Wee mendedahkan sebaliknya.

"Walau bagaimanapun, semalam ahli parlimen petaling Jaya Utara turut bertanyakan soalan yang sama, yang pertama perkembangan pemberian diskaun 20 peratus itu sehingga ke hari ini dan jumlah yang telah dibayar, dan soalan siapa pembayar kos diskaun tersebut".

"Anda boleh lihat di perenggan akhir, jawapan dari Perdana Menteri, pihak kerajaan membiayai kos diskaun tersebut bagi meringankan beban pengguna lebuhraya bertol”.

Nie Ching berkata skim ini tidak ubah seperti satu penipuan jika pembayar cukai dipaksa menanggung rebat 20 peratus ini.

Setakat ini, lebih kurang 120 ribu pengguna tol dikesan layak menerima rebat 20 peratus bermula September sehingga Oktober tahun ini.

Namun dari jumlah itu, hanya 30 ribu pengguna yang mendapat manfaat rebat ini.

Jumlah yang telah dikreditkan kepada 30 ribu pengguna ini.

SUMBER di sini.

SEKS SETIAP HARI BOLEH MENYIHATKAN SPERMA?

Label:

Para Penyelidik dari Australia merumuskan hasil dari kajian bahawa sperma lelaki yang melakukan aktiviti seks bersama pasangannya setiap hari adalah lebih sihat berbanding dengan mereka yang jarang-jarang bersama pasangannya.

Dalam kajian tersebut mereka mendapati bahawa pancutan air mani setiap hari berturut-turut selama seminggu mengurangkan penghasilan sperma yang rosak, bermakna peratus sperma yang sihat adalah tinggi.

Mereka mengEsyorkan pasangan yang mahu tapi gagal mendapatkan anak setelah berkahwin agar menjalankan aktiviti bersama mereka setiap hari bagi menambahkan kemungkinan pasangannya mengandung.

Cuma masalahnya ialah terlalu kerap seks dapat mengurangkan jumlah sperma yang dihasilkan. Oleh itu menurut pakar secara umumnya 2 atau 3 hari sekali bersama dengan pasangan adalah amat sesuai. Tetapi bagi lelaki yang tiada masalah dengan jumlah sperma boleh aktif setiap hari, cuma jangan terlalu panjang setiap adengan mereka kerana ini akan mengurangkan penghasilan sperma dengan banyak.

Sila lawat http://news.bbc.co.uk/2/hi/health/8125934.stm untuk maklumat asal.

SUMBER di sini.

ANGKATAN PEMUDA PR SERAH RAKAMAN P.BALA KE SPRM

Label:

Angkatan Pemuda Pakatan Rakyat menyerahkan rakaman temuramah penyiasat kontroversi, P Balasubramaniam ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Putrajaya petang tadi.

Ketika dihubungi TV Selangor, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohamad Akin berkata rakaman temubual ini adalah bukti jelas hubungan rapat Perdana Menteri Najib Abdul Razak dan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

“Di dalam CD tersebut ada lebih kurang tujuh perkara yang telah diberikan fokus,dimana tujuh perkara itu telah saya simpulkan dan jadikan ia sebagai satu laporan rasmi terhadap SPRM.Antara yang penting ialah kita minta SPRM menyiasat terdapat usaha daripada pihak dato najib sendiri melalui agen agennya menawarkan wang sejumlah 5 juta ringgit bagi mendorong balasubramaniam menarik balik akuan sumpah betarikh 1julai 2008”,kata Shamsul.

Shaariibuugiin Altantuyaa mati dibunuh dua pengiring Najib pada Oktober 2006 di Shah Alam.

Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati keatas Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar Umar, namun membebaskan pembantu Najib, Abdul Razak Baginda.

P.Bala mengundang kontroversi dengan akuan bersumpah yang mengaitkan Najib kepada pembunuhan Altantuya.

Bekas anggota Cawangan Khas yang diupah Abdul Razak Baginda untuk memantau gerak-geri Altantuya mendakwa pihak polis telah membuang maklumat perselingkuhan Najib dan wanita Mongol itu.

P.Bala menghilangkan diri bersama keluarga, sebelum muncul kembali tahun dan mendedahkan bahawa beliau telah dibawa lari ke India oleh kerajaan Malaysia.

Rakaman perbualan P Bala bersama 3 orang peguam membutirkan perencanaan menutup hubungan Najib-Altantuya dari terbongkar.

P.Bala mendakwa beliau disogok RM5 juta ringgit untuk menarik balik akuan bersumpah itu oleh Deepak Jaikshnan, yang dikatakan rapat dengan isteri PM, Rosmah Mansor.

Tambah Shamsul lagi, “Terdapat keyakinan dan ulangan beberapa kali Balasubramaniam yang mengatakan beliau konsisten dengan pendirian affidavit yang pertama yang ditandatangani pada 1 Julai 2008 itu,ia satu affidavit yang sah,yang mengzahirkan kepada seluruh rakyat Malaysia tentang hubungan rapat Dato Najib dengan perempuan Mongolia yang dibunuh itu iaitu Altantuya”.

Sehubungan itu, Pemuda Pakatan Rakyat akan melipat-ganda tekanan terhadap Najib sehingga Perdana Menteri itu sendiri tampil membuat penjelasan terbuka kepada rakyat Malaysia.

Shamsul berkata jentera sayap pemuda PKR, Pas dan DAP akan mengadakan kempen melalui laman sosial Facebook, meraih sebanyak mana tandatangan rakyat menggesa inkuiri bebas diadakan bagi menyiasat skandal memalukan ini.

“Saya ingin mendesak perdana menteri dan saya ulangi petang tadi di hadapan pejabat SPRM supaya beliau tampil dan berikan pendirian beliau dan ulasan beliau memberi penjelasan dimana kita lihat ini ada kaitan

SUMBER: TV Selangor

KERAJAAN NEGERI MOHON SULTAN KELANTAN DIRAWAT DI MALAYSIA

Label:

Kerajaan negeri telah memohon Pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra supaya membolehkan Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra menerima rawatan dalam negara.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu cadangan tersebut telah mendapat kelulusan Exco dalam mesyuaratnya hari ini.

Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan sebab-sebab cadangan tersebut.

“Memandangkan keadaan kesihatan Tuanku Sultan sekarang ini dan di atas hasrat dan kepentingan rakyat, kita mencadangkan supaya Pemangku Raja membawa Sultan Ismail Petra yang sedang gering mendapatkan rawatan di mana-mana hospital dalam negara,” kata beliau.

Sultan Kelantan masih menjalani rawatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura, setelah dimasukkan ke hospital berkenaan sejak 24 Mei lepas.

Sebelum itu baginda menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dekat sini kerana dipercayai serangan lelah.

Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz terus mengulangi pendiriannya tidak akan melepaskan jawatannya meskipun pelbagai pihak terus mendesaknya berbuat demikian.

Nik Aziz mengesahkan perkara itu sambil bertegas mustahil baginya mengikut telunjuk budak-budak nakal yang tidak sampai 200 orang membuat demonstrasi menggesa beliau meletak jawatan di pintu masuk pejabat pentadbiran kerajaan negeri Kota Darul Naim.

SUMBER di sini.

NAK PROJEK? PERGI AMBIL COP KETUA UMNO BAHAGIAN DULU....

Label:

Parlimen hari ini 'kecoh' apabila diberitahu bahawa terdapat surat pekeliling arahan untuk mendapatkan cop Ketua Umno Bahagian untuk kontraktor mendapatkan projek.

Perkara ini didedahkan di Dewan Rakyat oleh Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) dalam soalan tambahannya kepada Kementerian Kewangan berhubung projek-projek untuk kontraktor kelas A sehingga F.

"Saya dapat tahu ada perjumpaan seorang menteri kabinet yang mengarahkan supaya projek-projek tidak disalurkan kepada penyokong Pakatan Rakyat.

"Malah ada surat pekeliling mengarahkan kontraktor mendapatkan cop Ketua Umno Bahagian untukmendapatkan projek," katanya yang mengundang rasa tidak senang beberapa ahli parlimen BN.

Beberapa ahli parlimen cuba mengganggu Mahfuz seraya menjawab dan melaungkan: "Biasalah kroni."

Menjawab soalan itu, Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Awang Adek cuba memperlekehkan soalan Mahfuz dengan mengatakan ianya tidak berlandaskan fakta dan bukti.

"Ini masalahnya, tidak mahu sebut siapa dan surat yang dikatakan pun tidak ada," katanya.

Lantas, Mahfuz bingkas bangun dan berjanji akan menunjukkan surat tersebut pada sidang Parlimen esok.

"Esok saya bawa surat dan bukti ada arahan itu!" katanya menyebabkan dewan sekali lagi kecoh.

Sebelum itu Awang Adek menjawab soalan Mohd Nizar Zakaria (BN- Parit) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan strategik garis panduan dalam pengagihan projek-projek kepada kontraktor-kontraktor kelas A,B,C,D dan E diberi peluang sebagaimana kontraktor kelas F dan apakah bentuk polisi pihak bank bagi memudahkan pinjaman kepada kontraktor.

Awang memberitahu bahawa pemilihan kontraktor A, B, C dan D bagi melaksanakan projek kerajaan adalah melalui proses tender terbuka atau tender terhad bagi mendapat persaingan yang kompetetif.

"Inilah adalah sejajar dengan matamat kerajaan untuk mewujudkan persaingan yang sihat antara kontrator berdaftar," katanya.

Sebelum itu beliau memberitahu projek berjumlah lebih RM10 juta diberikan kepada kontraktor kelas A, diikuti susunan gred manakala kelas F sekitar kurang RM20,000 sehingga RM200,000 mengikut keupayaan.

SUMBER di sini.

FITNAH HUSAM, NSTP DIBERI TEMPOH 10 HARI

Label:

Husam Musa dalam sidang media semalam memberitahu, beliau melalui peguamnya memberi tempoh selama sepuluh hari kepada News Straits Time Berhad (NSTP) untuk membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung salah lapor akhbar berkenaan.

Beliau turut menuntut bayaran saguhati daripada NSTP di atas salah lapor berkenaan.

Akhbar berkenaan baru baru ini, Husam dilaporkan akan meletak jawatannya sebagai exco kerajaan negeri.

"Saya telah meminta peguam saya menghantar ‘Letter Of Demand’ kepada NST dan NST telah pun menjawab kepada peguam saya.Mereka meminta satu tempoh sebelum tindakan lanjut diambil ke atas mereka.Saya menganggap ini perkembangan yang positif,"

"Saya beri tempoh kepada NST 10 hari lagi untuk apa-apa penyelesaian.Surat dihantar pada 23 november dan NST jawab pada 26 november," jelasnya.

Beliau akan memfailkan saman malu ke atas NST jika tiada permohonan maaf itu tidak dibuat dalam tempoh yang ditetapkan kerana mendakwa laporan berkenaan telah menjejaskan reputasinya sebagai exco.

"Berita ini telah menjejaskan saya dengan teruk sekali.Di Kelantan hampir saban hari perbincangan mengenai isu ini berlanjutan dan sudah tentu komen-komen, telefon, sms, emel, dan macam-macam lagi perkara telah menyebabkan satu gangguan yang tidak sepatutnya berlaku," tegasnya.

Muka hadapan Mingguan Malaysia juga sebelum itu telah melaporkan kononnya HUsam akan meletakkan jawatan sebagai exco dan telah dinasihatkan bercuti selama lima hari untuk menenangkan fikiran.

"Alhamdulillah fikiran saya masih tenang, saya rasa tak perlulah surat khabar meletakkan saya kononnya dalam keadaan kurang tenang fikiran," katanya.

Dipetik daripada Harakahdaily

KERANA DOA, MB DIGESA LETAK JAWATAN, BAPAK RASUAH DIPUJA-PUJA?

Label:

(Sumber foto: Topeng perak @ Unmasked)

PERHATIAN...
Sebenarnya juak-juak umno yang berdemo bukan Rakyat Kelantan...

[malaysiakini] Beratus-ratus penduduk Kelantan mengadakan bantahan terhadap Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung hasratnya untuk berdoa memburukkan perdana menteri dan parti itu.

Mereka berkumpul kira-kira setengah sejam bermula 10 pagi tadi di depan kompleks pentadbiran negeri Kota Darul Naim, yang menempatkan pejabat menteri besar, untuk menyerahkan memorandum kepada setiausaha pemimpin PAS itu Anual Bakhri Haron.

Memorandum itu mendesak Nik Abdul Aziz memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Razak dan juga menggesa mursyidul am PAS meletakkan jawatannya.

Dikepalai timbalan ketua bahagian Umno Pasir Mas, Che Johan Che Pa, kumpulan penunjuk perasaan itu melaungkan desakan agar Nik Abdul Aziz melepaskan jawatan menteri besar, selain kain rentang yang membuat tuntutan yang sama.

Che Johan memberitahu Malaysiakini, perhimpunan dianjurkan oleh kumpulan Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan (JRPK).

Beliau, sebagai pengerusi penaja organisasi tersebut, berkata JRPK baru ditubuhkan dua bulan lalu dan mempunyai 100 ahli di setiap bahagian Umno.

Tambahnya, perhimpunan itu dihadiri oleh anggota-anggotanya, termasuk persatuan nelayan, persatuan tinju serta persatuan penarik beca.

"Kita beri tempoh 24 jam kepada Nik Abdul Aziz untuk tarik balik kenyataan dan juga doa supaya Datuk Najib dan pengikutnya musnah," katanya ketika dihubungi selepas perhimpunan tersebut.

"Nik Aziz juga sudah terlalu lama memerintah sehingga berlaku penyelewengan dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK)," kata Che Johan lagi.

Tokoh PAS itu membuat ugutan berdoa laknat itu sebagai reaksi kerajaan pusat yang enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan, sebaliknya membayar wang ehsan kira-kira RM1 bilion.

Nik Abdul Aziz kemudian menjelaskan bahawa doa yang dimaksudkan itu hanya meminta Allah memperbetulkan fikiran Najib iaitu memberikan royalti gas dan petroleum kepada negeri tersebut.

Malam tadi Pemuda PAS Kelantan membuat aduan polis apabila tercetus ura-ura satu perhimpunan akan diadakan di situ yang dikatakan anjuran JRPK.

Rancangan mengadakan demonstrasi itu dilaporkan disebarkan melalui mesej SMS mulai semalam.

UMNO BUSUK SEBELUM AJAL?

Label:

Ketika semua media menyuluh apa yang berlaku dalam PAS, Tun Dr Mahathir menulis dalam blognya bahawa seorang bekas pemimpin kanan Umno bercadang untuk menyokong PAS kerana "Umno busuk hingga ke ususnya."

"Umno busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi," kata bekas pemimpin kanan Umno itu kepada Mahathir sebagaimana yang ditulis beliau dalam blognya.

"Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong Umno. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

"Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab Umno tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli Umno juga," tulis Mahathir lagi.

Berikut adalah tulisan penuh Mahathir dalam blognya Chedet yang disiarkan pada 30 November 2009 jam 12:07 tengahari.

1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).

2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.

3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.

4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.

5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.

6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.

7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.

8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.

9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.

10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.

12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.

13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja.

SUMBER: harakahdaily

TEMPAT TG NIK AZIZ SUDAH ADA PENGGANTI?

Label:

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menolak terdapat kumpulan pelapis dalam PAS Kelantan yang bakal mengambil alih tempatnya sebagai Menteri Besar jika beliau melepaskan jawatan itu.

Beliau yang enggan membayangkan nama yang disebutsebut bakal menggantikannya itu, bagaimanapun memberi gambaran ia tertakluk kepada hiraki dalam parti di peringkat negeri.

Nik Aziz juga tetap menegaskan beliau tidak akan meletak jawatan semata-mata kerana kemelut yang kini melanda dalam PAS atau atas desakan manamana pihak.

"Saya tidak akan melepaskan jawatan kecuali kerana uzur atau tua, tetapi pada masa ini belum sampai masanya lagi," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di rumahnya, di sini malam tadi.

Nik Aziz berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pesuruhjaya PAS III Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dalam laman web Malaysian Insider yang dipetik sebagai berkata Nik Aziz perlu mengumumkan calon penggantinya bagi mengelak perebutan dan konflik dalam PAS Kelantan apabila beliau tiada.
SUMBER: BERNAMA

TAHNIAH BUAT TG NIK AZIZ DAN ARIFFAHMI

Label:

Ahli parlimen PAS merakamkan ucapan tahniah kepada Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman kerana mendahului keputusan parti berbanding kepentingan peribadi dan keluarga.

Ahli parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusuf Rawa dalam satu sidang media di lobi parlimen pagi tadi berkata, tindakan Nik Aziz yang menerima keputusan parti untuk menasihati Ariffahmi meletakkan jawatan merupakan satu tindakan yang mempamerkan ketinggian integriti beliau sebagai seorang Menteri Besar.

"Kami (ahli parlimen PAS) mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Kelantan (Nik Aziz) kerana telah menerima keputusan yang telah dibuat oleh PAS pusat agar beliau menasihati Ariffahmi meletakkan jawatan."

"Ini satu tahap integriti yang saya kira cukup baik bagi pihak menteri besar kerana akur tentang keperluan untuk menjaga kepentingan PAS termasuk kepada menantu beliau,Ariffahmi yang juga akur dengan keputusan yang dibuat oleh parti bagi memelihara kepentingan dan kesejahteraan serta integriti parti," katanya.

Mujahid yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat turut berharap agar tindakan Nik Aziz itu dapat dicontohi oleh pemimpin-pemimpin parti lain dan juga rakyat.

"Kami mengalu-alukan keputusan itu dan ia boleh menjadi satu contoh yang baik kepada orang ramai betapa integriti perlu diletakkan lebih utama daripada apa-apa sahaja kepentingan,"

"Kami menyokong, kami harap ia boleh jadi contoh kepada orang lain tentang sikap yang ditunjukkan oleh Tok Guru Nik Aziz dan juga menantu beliau sendiri yang sanggup membuat keputusan itu di atas kepentingan integriti dan juga parti," katanya lagi.

Tindakan Nik Aziz dan Ariffahmi juga ujarnya membuktikan bahawa PAS merupakan sebuah parti yang terbuka dan menjaga disiplin.

"Ini memberikan gambaran bahawa PAS ini bukanlah satu parti yang hanya membuat sesuatu mengikut kehendak tetapi ada batas-batasnya dan mereka akur dengan kehendak dan kepentingan lebih tinggi iaitu jawatankuasa pas pusat," ujarnya.

Sidang media berkenaan turut disertai Ahli Parlimen Pasir Puteh Muhammad Husain, Ahli Parlimen Padang Terap Nasir Zakaria dan Ahli Parlimen Sik Che Uda Che Nik.

Nasir dalam pada itu menyifatkan tindakan Ariffahmi meletakkan jawatan sebagai tindakan bijak untuk jangka masa panjang.

"Tindakan Ariffahmi satu langkah yang jauh ke hadapan dan saya kira ia sepatutnya menjadi satu contoh kepada rakyat dan pemimpin malaysia dalam usaha memelihara integriti terutamanya kerajaan dalam berhadapan isu-isu yang dikatikan dengan nepotisme dan sebagainya," katanya yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Pusat.

Semalam Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS selepas pertemuan dengan pimpinan parti di kediaman Menteri Besar, JKR 10 mengumumkan persetujuannya menasihati Ariffahmi meletakkan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Pertemuan semalam turut disertai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din, dan Bendahari Dr. Hatta Ramli.

SUMBER di sini.

SAYA TAK AKAN TINGGALKAN PAS DI TENGAH JALAN - DATUK HUSAM MUSA

Label:

Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa turut menafikan yang beliau telah meletakkan jawatan dalam kerajaan dan PAS, sambil menyifatkan agenda menamatkan kerjaya politiknya oleh pihak luar “belum berakhir”.

Justeru, Husam menegaskan, beliau sama sekali tidak akan meninggalkan PAS di pertengahan jalan dan “sebagai murid dan ‘budak’ Tok Guru tidak akan mengangkat bendera putih” semata-mata kerana agenda Utusan.

Penafian serupa juga dibuat oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi tadi.

Mursyidul Am PAS itu juga menolak dakwaan perkembangan terbaru itu sebagai berlaku episod terbaru perpecahan dan kekusutan dalam parti itu.

Kelmarin, Husam memberitahu The Malaysian Insider bahawa wujud konspirasi untuk menjatuhkan beliau dari kerajaan negeri.

“Mingguan Malaysia sekali lagi ‘memandang tinggi’ pada saya dengan berita provokatif muka depan.

“Beratus SMS, kegelisahan begitu ramai orang dan deringan telefon sejak awal pagi adalah bukti ‘berita’ yang sengaja dimasak sebegitu rupa telah mencetuskan kesan negatif yang bukan sedikit,” kata Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan dalam blognya hari ini.

Husam juga menambah, beliau lega dengan penjelasan Nik Aziz yang menafikan laporan media hari ini.

“Saya amat terharu dengan penjelasan segera bos, guru, rakan dan bapa saya — Tok Guru Nik Aziz,” ujar Husam.

Dalam tulisannya, Husam juga menjelaskan bahawa beliau kini mengalami sakit belakang dan doktor menasihatkannya agar kurangkan aktiviti.

“Saya sakit belakang. Jumpa doktor dan doktor minta saya dapatkan rawatan, rehatkan tulang belakang saya dan kurangkan aktiviti.

“Bila saya nak masuk wad untuk rawatan itu saya boleh tentukan sendiri ikut kelapangan saya, tetapi jangan kurang dari lima hari penuh. Jangan lambat, kata doktor.

“Saya maklumkan pada bos saya (Nik Aziz). Lima hari sebelum raya haji amat sesuai. Tetapi program saya kena tangguh dan mana mesyuarat yang saya ditugaskan wakili Tok Guru kena tukar kepada rakan yang lain,” katanya.

Husam mengakui telah mengadakan pertemuan Nik Aziz pada Khamis lalu, yang meminta agar beliau tidak menangguhkan rawatan.

“Saya bercadang masuk hospital hari Isnin. Keluar petang Khamis. Apa kena-mengena sakit belakang saya dengan letak jawatan?

“Letak semua pulak tu?” soal beliau.

Bagi memperkukuhkan hujahnya, Husam yang tewas dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden PAS pada Jun lalu menjelaskan: “Mana perjuangan saya? Mana parti dan kerajaan yang saya membantu menjayakannya sekian lama?”

“Di hujung jalan kami akan berpisah? Membuka ruang pada lawan menerobos masuk dalam detik yang kritikal ini?” tambah Husam dalam tulisannya.

SUMBER di sini.
BAWA PERGI MAHKAMAH - NAZRI
Rabu, Disember 09, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Selasa, Disember 08, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Keputusan Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan (gambar,kanan) untuk meletakkan jawatan pada 31 Disember 2009, lebih awal dari tamat tempuhnya pada 25 Mei 2010 mencetuskan lebih banyak persoalan.

Ahmad Said, ketika mengumumkan persaraan beliau, berkata “Adalah lebih baik saya meletak jawatan pada penghujung tahun dari pertengahan tahun bagi memudahkan pengganti saya, Abdu Kassim Mohamed merangka perancangan sepanjang tahun.”

Tetapi Ahli Parlimen Kapar S Manikavasagam (gambar,kiri), ketika dihubungi oleh Free Malaysia Today memberitahu ini hanya helah beliau sahaja.

Sebenarnya, kata beliau, Ahmad Said mendapat projek menyediakan peralatan pejabat, topi, songkok dan barang-barang cenderahati untuk kegunaan 1,000 anggota SPRM menerusi rundingan terus dari Perbendaharaan.

Projek ini bernilai di antara RM6 hingga RM7 juta dan barang-barang ini disediakan oleh syarikat Kraftangan Mariwasa kepada pelanggan (SPRM) menerusi Bina Yakin Enterprise.

“Beliau (Ahmad Said) mengambil keputusan untuk mengundur diri supaya aktiviti beliau tidak dapat dikesan dan takut berlakunya pertembungan kepentingan,” ujar beliau.

Menurut Manikavasagam, beliau kini sedang mengumpul maklumat lengkap tentang projek ini dan akan mendedahkan kepincangan yang dilakukan oleh bos SPRM ini dalam sedikit masa lagi.

SUMBER di sini.
MELAYU, CINA, INDIA, SIAM, HIDUP AMAN DI BAWAH KEPIMPINAN TUAN GURU
Jumaat, Disember 04, 2009 | Author: Tuk Kiyai

KOTA BHARU, 4 Dis: Pusat bandar Kota Bharu penuh sesak dengan kebanjiran lautan manusia menghadiri perhimpunan menyokong kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Apa yang jelas ia ratusan kali ganda lebih ramai berbanding demontrasi mendesak Menteri Besar Kelantan meletak jawatan di hadapan Kota Darulnamim Selasa lalu, kata Ketua Penerangan PAS, Ahmad Baihaki Atiqullah.

Biarpun cuaca redup dengan hujan sekali sekala lebat, ia tidak menghalang puluhan ribu rakyat Kelantan hadir menyatakan kasih dan sayang mereka kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Ada yang datang dari Besut, Gua Musang, Jeli, Kuala Krai dan negeri-negeri lain bagi meramaikan lagi perhimpunan tersebut.

Pelbagai sepanduk dapat dilihat, ada yang bertulis ‘Kita Sayang Tok Guru Kita’, ‘Kami Menyokong Kepimpinan Tok Guru Nik Aziz’, ‘Royalti bui-builah (bagi-bagilah)’ dan ramai yang memakai lilit kepala bertulis ‘We Love Tok Guru’.

Tidak kurang juga kelihatan ramai anggota polis yang terpaksa berkawal di sepanjang jalan.

Medan Ilmu di Jalan Tok Pati menyaksikan sokongan terhadap kepimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz tidak pernah surut.

Hadir sama anggota-anggota Exco kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat, Ketua-ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud dan penduduk bukan Islam serta pemimpin KeADIlan negeri.

Lebih menarik lagi apabila pemimpin masyarakat Cina, India dan Siam turut berucap di hadapan ribuan yang hadir.

Ah Seng mewakili masyarakat Cina menyatakan kaum tersebut di Kelantan dapat hidup aman damai di bawah pemerintahan PAS yang dipimpinan Tok Guru.

“Masyarakat Cina berdiri teguh di belakang Tok Guru. Kami masyarakat Cina menentang keras usaha-usaha pihak lawan yang mahu menjatuhkan Menteri Besar,” katanya diikuti laungan takbir orang ramai.

Tharuman wakil masyarakat India juga menyatakan masyarakat India di Kelantan memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada Tok Guru.

Ucapan dalam bahasa Tamil membuat orang ramai menjadi riuh rendah seketika.

Wakil institusi pondok tradisional di Kelantan, Ustaz Awang Yusof dari Pondok Gelang Mas, Pasir Mas secara terbuka meminta rakyat Kelantan tanpa mengira agama dan bangsa memberi sokongan padu kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Wakil KeADILan yang begitu bersemangat berucap berkata, ribuan rakyat yang hadir hari ini tidak dibayar sesen pun untuk hadir menyatakan sokongan kepada Menteri Besar.

“Tidak ada sebuah kerajaan yang bersih di negara ini kecuali Kelantan sepanjang ditadbir Tok Guru hampir 20 tahun,” ujarnya.

Beliau juga mencabar pemuda Umno berdebat pada bila-bila masa untuk membincang isu royalti yang menjadi hak milik rakyat negeri ini cuba dinafikan perdana menteri.

SUMBER: harakahdaily
ISU ROYALTI: KITA DOA SAMPAI PECAH PERUT ORANG ITU - TG NIK AZIZ
Jumaat, Disember 04, 2009 | Author: Tuk Kiyai

KOTA BHARU - Menjawab bantahan sekumpulan penyokong Umno terhadap Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Selasa lalu, ribuan penyokong menteri besar itu hari ini mengadakan demonstrasi besar di Kota Bharu.

Perhimpunan yang diadakan di Jalan Dato' Pati dimulakan jam 10 pagi ini, sebaik sahaja selepas kuliah mingguan tokoh besar PAS itu di depan pejabat perhubungan PAS Kelantan.

Para penyokong Nik Abdul Aziz memakai lilitan kepala warna merah bertulisan putih "We Love Tok Guru" sambil mendengar ucapan beliau sendiri, exco kanan kerajaan negeri Datuk Husam Musa, pemimpin Pemuda PAS Dr Rosli Alani Abdul Kadir dan beberapa pemimpin lain.

"Selagi tidak bagi (royalti petroleum), kita doa sampai pecah perut orang itu," kata mursyidul am PAS dengan sorak para penyokongnya.

SUMBER di sini.
HADIAH SEMPENA 100 HARI NAJIB MASIH KABUR?
Jumaat, Disember 04, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Ahli Parlimen Pakatan rakyat semalam mempersoalkan salah satu daripada “hadiah” Perdana Menteri, Najib Abdul Razak sempena 100 hari memerintah negara ini.
“Hadiah” yang dimaksudkan ialah diskaun 20 peratus yang diberi kepada pengguna-pengguna tol sebanyak 80 kali sebulan.

" Salah satu yang dikatakan beliau, diskaun 20 peratus akan diberikan kepada pengguna tol yang menggunakan tol 80 kali sebulan, namun tidak ada polisi dan maklumat detail yang dinyatakan".

Ketika membahaskan skim ini di Dewan Rakyat, Nie Ching mempersoalkan apakah rebat yang dijanjikan telah dilaksanakan, dan siapa yang menanggung diskaun berkenaan.

Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia, Dato’ Yong Khoon Seng menjawab diskaun 20 peratus itu ditanggung oleh syarikat konsesi lebuhraya atas dasar tanggungjawab sosial.

Namun jawapan bertulis Perdana Menteri Najib Abdul Razak kepada Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Phua Kiam Wee mendedahkan sebaliknya.

"Walau bagaimanapun, semalam ahli parlimen petaling Jaya Utara turut bertanyakan soalan yang sama, yang pertama perkembangan pemberian diskaun 20 peratus itu sehingga ke hari ini dan jumlah yang telah dibayar, dan soalan siapa pembayar kos diskaun tersebut".

"Anda boleh lihat di perenggan akhir, jawapan dari Perdana Menteri, pihak kerajaan membiayai kos diskaun tersebut bagi meringankan beban pengguna lebuhraya bertol”.

Nie Ching berkata skim ini tidak ubah seperti satu penipuan jika pembayar cukai dipaksa menanggung rebat 20 peratus ini.

Setakat ini, lebih kurang 120 ribu pengguna tol dikesan layak menerima rebat 20 peratus bermula September sehingga Oktober tahun ini.

Namun dari jumlah itu, hanya 30 ribu pengguna yang mendapat manfaat rebat ini.

Jumlah yang telah dikreditkan kepada 30 ribu pengguna ini.

SUMBER di sini.
SEKS SETIAP HARI BOLEH MENYIHATKAN SPERMA?
Khamis, Disember 03, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Para Penyelidik dari Australia merumuskan hasil dari kajian bahawa sperma lelaki yang melakukan aktiviti seks bersama pasangannya setiap hari adalah lebih sihat berbanding dengan mereka yang jarang-jarang bersama pasangannya.

Dalam kajian tersebut mereka mendapati bahawa pancutan air mani setiap hari berturut-turut selama seminggu mengurangkan penghasilan sperma yang rosak, bermakna peratus sperma yang sihat adalah tinggi.

Mereka mengEsyorkan pasangan yang mahu tapi gagal mendapatkan anak setelah berkahwin agar menjalankan aktiviti bersama mereka setiap hari bagi menambahkan kemungkinan pasangannya mengandung.

Cuma masalahnya ialah terlalu kerap seks dapat mengurangkan jumlah sperma yang dihasilkan. Oleh itu menurut pakar secara umumnya 2 atau 3 hari sekali bersama dengan pasangan adalah amat sesuai. Tetapi bagi lelaki yang tiada masalah dengan jumlah sperma boleh aktif setiap hari, cuma jangan terlalu panjang setiap adengan mereka kerana ini akan mengurangkan penghasilan sperma dengan banyak.

Sila lawat http://news.bbc.co.uk/2/hi/health/8125934.stm untuk maklumat asal.

SUMBER di sini.
ANGKATAN PEMUDA PR SERAH RAKAMAN P.BALA KE SPRM
Khamis, Disember 03, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Angkatan Pemuda Pakatan Rakyat menyerahkan rakaman temuramah penyiasat kontroversi, P Balasubramaniam ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Putrajaya petang tadi.

Ketika dihubungi TV Selangor, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohamad Akin berkata rakaman temubual ini adalah bukti jelas hubungan rapat Perdana Menteri Najib Abdul Razak dan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

“Di dalam CD tersebut ada lebih kurang tujuh perkara yang telah diberikan fokus,dimana tujuh perkara itu telah saya simpulkan dan jadikan ia sebagai satu laporan rasmi terhadap SPRM.Antara yang penting ialah kita minta SPRM menyiasat terdapat usaha daripada pihak dato najib sendiri melalui agen agennya menawarkan wang sejumlah 5 juta ringgit bagi mendorong balasubramaniam menarik balik akuan sumpah betarikh 1julai 2008”,kata Shamsul.

Shaariibuugiin Altantuyaa mati dibunuh dua pengiring Najib pada Oktober 2006 di Shah Alam.

Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati keatas Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar Umar, namun membebaskan pembantu Najib, Abdul Razak Baginda.

P.Bala mengundang kontroversi dengan akuan bersumpah yang mengaitkan Najib kepada pembunuhan Altantuya.

Bekas anggota Cawangan Khas yang diupah Abdul Razak Baginda untuk memantau gerak-geri Altantuya mendakwa pihak polis telah membuang maklumat perselingkuhan Najib dan wanita Mongol itu.

P.Bala menghilangkan diri bersama keluarga, sebelum muncul kembali tahun dan mendedahkan bahawa beliau telah dibawa lari ke India oleh kerajaan Malaysia.

Rakaman perbualan P Bala bersama 3 orang peguam membutirkan perencanaan menutup hubungan Najib-Altantuya dari terbongkar.

P.Bala mendakwa beliau disogok RM5 juta ringgit untuk menarik balik akuan bersumpah itu oleh Deepak Jaikshnan, yang dikatakan rapat dengan isteri PM, Rosmah Mansor.

Tambah Shamsul lagi, “Terdapat keyakinan dan ulangan beberapa kali Balasubramaniam yang mengatakan beliau konsisten dengan pendirian affidavit yang pertama yang ditandatangani pada 1 Julai 2008 itu,ia satu affidavit yang sah,yang mengzahirkan kepada seluruh rakyat Malaysia tentang hubungan rapat Dato Najib dengan perempuan Mongolia yang dibunuh itu iaitu Altantuya”.

Sehubungan itu, Pemuda Pakatan Rakyat akan melipat-ganda tekanan terhadap Najib sehingga Perdana Menteri itu sendiri tampil membuat penjelasan terbuka kepada rakyat Malaysia.

Shamsul berkata jentera sayap pemuda PKR, Pas dan DAP akan mengadakan kempen melalui laman sosial Facebook, meraih sebanyak mana tandatangan rakyat menggesa inkuiri bebas diadakan bagi menyiasat skandal memalukan ini.

“Saya ingin mendesak perdana menteri dan saya ulangi petang tadi di hadapan pejabat SPRM supaya beliau tampil dan berikan pendirian beliau dan ulasan beliau memberi penjelasan dimana kita lihat ini ada kaitan

SUMBER: TV Selangor
KERAJAAN NEGERI MOHON SULTAN KELANTAN DIRAWAT DI MALAYSIA
Khamis, Disember 03, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Kerajaan negeri telah memohon Pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra supaya membolehkan Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra menerima rawatan dalam negara.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu cadangan tersebut telah mendapat kelulusan Exco dalam mesyuaratnya hari ini.

Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan sebab-sebab cadangan tersebut.

“Memandangkan keadaan kesihatan Tuanku Sultan sekarang ini dan di atas hasrat dan kepentingan rakyat, kita mencadangkan supaya Pemangku Raja membawa Sultan Ismail Petra yang sedang gering mendapatkan rawatan di mana-mana hospital dalam negara,” kata beliau.

Sultan Kelantan masih menjalani rawatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura, setelah dimasukkan ke hospital berkenaan sejak 24 Mei lepas.

Sebelum itu baginda menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dekat sini kerana dipercayai serangan lelah.

Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz terus mengulangi pendiriannya tidak akan melepaskan jawatannya meskipun pelbagai pihak terus mendesaknya berbuat demikian.

Nik Aziz mengesahkan perkara itu sambil bertegas mustahil baginya mengikut telunjuk budak-budak nakal yang tidak sampai 200 orang membuat demonstrasi menggesa beliau meletak jawatan di pintu masuk pejabat pentadbiran kerajaan negeri Kota Darul Naim.

SUMBER di sini.
NAK PROJEK? PERGI AMBIL COP KETUA UMNO BAHAGIAN DULU....
Rabu, Disember 02, 2009 | Author: Tuk Kiyai
Parlimen hari ini 'kecoh' apabila diberitahu bahawa terdapat surat pekeliling arahan untuk mendapatkan cop Ketua Umno Bahagian untuk kontraktor mendapatkan projek.

Perkara ini didedahkan di Dewan Rakyat oleh Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) dalam soalan tambahannya kepada Kementerian Kewangan berhubung projek-projek untuk kontraktor kelas A sehingga F.

"Saya dapat tahu ada perjumpaan seorang menteri kabinet yang mengarahkan supaya projek-projek tidak disalurkan kepada penyokong Pakatan Rakyat.

"Malah ada surat pekeliling mengarahkan kontraktor mendapatkan cop Ketua Umno Bahagian untukmendapatkan projek," katanya yang mengundang rasa tidak senang beberapa ahli parlimen BN.

Beberapa ahli parlimen cuba mengganggu Mahfuz seraya menjawab dan melaungkan: "Biasalah kroni."

Menjawab soalan itu, Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Awang Adek cuba memperlekehkan soalan Mahfuz dengan mengatakan ianya tidak berlandaskan fakta dan bukti.

"Ini masalahnya, tidak mahu sebut siapa dan surat yang dikatakan pun tidak ada," katanya.

Lantas, Mahfuz bingkas bangun dan berjanji akan menunjukkan surat tersebut pada sidang Parlimen esok.

"Esok saya bawa surat dan bukti ada arahan itu!" katanya menyebabkan dewan sekali lagi kecoh.

Sebelum itu Awang Adek menjawab soalan Mohd Nizar Zakaria (BN- Parit) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan strategik garis panduan dalam pengagihan projek-projek kepada kontraktor-kontraktor kelas A,B,C,D dan E diberi peluang sebagaimana kontraktor kelas F dan apakah bentuk polisi pihak bank bagi memudahkan pinjaman kepada kontraktor.

Awang memberitahu bahawa pemilihan kontraktor A, B, C dan D bagi melaksanakan projek kerajaan adalah melalui proses tender terbuka atau tender terhad bagi mendapat persaingan yang kompetetif.

"Inilah adalah sejajar dengan matamat kerajaan untuk mewujudkan persaingan yang sihat antara kontrator berdaftar," katanya.

Sebelum itu beliau memberitahu projek berjumlah lebih RM10 juta diberikan kepada kontraktor kelas A, diikuti susunan gred manakala kelas F sekitar kurang RM20,000 sehingga RM200,000 mengikut keupayaan.

SUMBER di sini.
FITNAH HUSAM, NSTP DIBERI TEMPOH 10 HARI
Rabu, Disember 02, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Husam Musa dalam sidang media semalam memberitahu, beliau melalui peguamnya memberi tempoh selama sepuluh hari kepada News Straits Time Berhad (NSTP) untuk membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung salah lapor akhbar berkenaan.

Beliau turut menuntut bayaran saguhati daripada NSTP di atas salah lapor berkenaan.

Akhbar berkenaan baru baru ini, Husam dilaporkan akan meletak jawatannya sebagai exco kerajaan negeri.

"Saya telah meminta peguam saya menghantar ‘Letter Of Demand’ kepada NST dan NST telah pun menjawab kepada peguam saya.Mereka meminta satu tempoh sebelum tindakan lanjut diambil ke atas mereka.Saya menganggap ini perkembangan yang positif,"

"Saya beri tempoh kepada NST 10 hari lagi untuk apa-apa penyelesaian.Surat dihantar pada 23 november dan NST jawab pada 26 november," jelasnya.

Beliau akan memfailkan saman malu ke atas NST jika tiada permohonan maaf itu tidak dibuat dalam tempoh yang ditetapkan kerana mendakwa laporan berkenaan telah menjejaskan reputasinya sebagai exco.

"Berita ini telah menjejaskan saya dengan teruk sekali.Di Kelantan hampir saban hari perbincangan mengenai isu ini berlanjutan dan sudah tentu komen-komen, telefon, sms, emel, dan macam-macam lagi perkara telah menyebabkan satu gangguan yang tidak sepatutnya berlaku," tegasnya.

Muka hadapan Mingguan Malaysia juga sebelum itu telah melaporkan kononnya HUsam akan meletakkan jawatan sebagai exco dan telah dinasihatkan bercuti selama lima hari untuk menenangkan fikiran.

"Alhamdulillah fikiran saya masih tenang, saya rasa tak perlulah surat khabar meletakkan saya kononnya dalam keadaan kurang tenang fikiran," katanya.

Dipetik daripada Harakahdaily
KERANA DOA, MB DIGESA LETAK JAWATAN, BAPAK RASUAH DIPUJA-PUJA?
Selasa, Disember 01, 2009 | Author: Tuk Kiyai

(Sumber foto: Topeng perak @ Unmasked)

PERHATIAN...
Sebenarnya juak-juak umno yang berdemo bukan Rakyat Kelantan...

[malaysiakini] Beratus-ratus penduduk Kelantan mengadakan bantahan terhadap Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung hasratnya untuk berdoa memburukkan perdana menteri dan parti itu.

Mereka berkumpul kira-kira setengah sejam bermula 10 pagi tadi di depan kompleks pentadbiran negeri Kota Darul Naim, yang menempatkan pejabat menteri besar, untuk menyerahkan memorandum kepada setiausaha pemimpin PAS itu Anual Bakhri Haron.

Memorandum itu mendesak Nik Abdul Aziz memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Razak dan juga menggesa mursyidul am PAS meletakkan jawatannya.

Dikepalai timbalan ketua bahagian Umno Pasir Mas, Che Johan Che Pa, kumpulan penunjuk perasaan itu melaungkan desakan agar Nik Abdul Aziz melepaskan jawatan menteri besar, selain kain rentang yang membuat tuntutan yang sama.

Che Johan memberitahu Malaysiakini, perhimpunan dianjurkan oleh kumpulan Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan (JRPK).

Beliau, sebagai pengerusi penaja organisasi tersebut, berkata JRPK baru ditubuhkan dua bulan lalu dan mempunyai 100 ahli di setiap bahagian Umno.

Tambahnya, perhimpunan itu dihadiri oleh anggota-anggotanya, termasuk persatuan nelayan, persatuan tinju serta persatuan penarik beca.

"Kita beri tempoh 24 jam kepada Nik Abdul Aziz untuk tarik balik kenyataan dan juga doa supaya Datuk Najib dan pengikutnya musnah," katanya ketika dihubungi selepas perhimpunan tersebut.

"Nik Aziz juga sudah terlalu lama memerintah sehingga berlaku penyelewengan dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK)," kata Che Johan lagi.

Tokoh PAS itu membuat ugutan berdoa laknat itu sebagai reaksi kerajaan pusat yang enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan, sebaliknya membayar wang ehsan kira-kira RM1 bilion.

Nik Abdul Aziz kemudian menjelaskan bahawa doa yang dimaksudkan itu hanya meminta Allah memperbetulkan fikiran Najib iaitu memberikan royalti gas dan petroleum kepada negeri tersebut.

Malam tadi Pemuda PAS Kelantan membuat aduan polis apabila tercetus ura-ura satu perhimpunan akan diadakan di situ yang dikatakan anjuran JRPK.

Rancangan mengadakan demonstrasi itu dilaporkan disebarkan melalui mesej SMS mulai semalam.
UMNO BUSUK SEBELUM AJAL?
Selasa, Disember 01, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Ketika semua media menyuluh apa yang berlaku dalam PAS, Tun Dr Mahathir menulis dalam blognya bahawa seorang bekas pemimpin kanan Umno bercadang untuk menyokong PAS kerana "Umno busuk hingga ke ususnya."

"Umno busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi," kata bekas pemimpin kanan Umno itu kepada Mahathir sebagaimana yang ditulis beliau dalam blognya.

"Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong Umno. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

"Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab Umno tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli Umno juga," tulis Mahathir lagi.

Berikut adalah tulisan penuh Mahathir dalam blognya Chedet yang disiarkan pada 30 November 2009 jam 12:07 tengahari.

1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).

2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.

3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.

4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.

5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.

6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.

7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.

8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.

9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.

10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.

12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.

13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja.

SUMBER: harakahdaily
TEMPAT TG NIK AZIZ SUDAH ADA PENGGANTI?
Rabu, November 25, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menolak terdapat kumpulan pelapis dalam PAS Kelantan yang bakal mengambil alih tempatnya sebagai Menteri Besar jika beliau melepaskan jawatan itu.

Beliau yang enggan membayangkan nama yang disebutsebut bakal menggantikannya itu, bagaimanapun memberi gambaran ia tertakluk kepada hiraki dalam parti di peringkat negeri.

Nik Aziz juga tetap menegaskan beliau tidak akan meletak jawatan semata-mata kerana kemelut yang kini melanda dalam PAS atau atas desakan manamana pihak.

"Saya tidak akan melepaskan jawatan kecuali kerana uzur atau tua, tetapi pada masa ini belum sampai masanya lagi," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di rumahnya, di sini malam tadi.

Nik Aziz berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pesuruhjaya PAS III Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dalam laman web Malaysian Insider yang dipetik sebagai berkata Nik Aziz perlu mengumumkan calon penggantinya bagi mengelak perebutan dan konflik dalam PAS Kelantan apabila beliau tiada.
SUMBER: BERNAMA
TAHNIAH BUAT TG NIK AZIZ DAN ARIFFAHMI
Selasa, November 24, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Ahli parlimen PAS merakamkan ucapan tahniah kepada Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman kerana mendahului keputusan parti berbanding kepentingan peribadi dan keluarga.

Ahli parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusuf Rawa dalam satu sidang media di lobi parlimen pagi tadi berkata, tindakan Nik Aziz yang menerima keputusan parti untuk menasihati Ariffahmi meletakkan jawatan merupakan satu tindakan yang mempamerkan ketinggian integriti beliau sebagai seorang Menteri Besar.

"Kami (ahli parlimen PAS) mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Kelantan (Nik Aziz) kerana telah menerima keputusan yang telah dibuat oleh PAS pusat agar beliau menasihati Ariffahmi meletakkan jawatan."

"Ini satu tahap integriti yang saya kira cukup baik bagi pihak menteri besar kerana akur tentang keperluan untuk menjaga kepentingan PAS termasuk kepada menantu beliau,Ariffahmi yang juga akur dengan keputusan yang dibuat oleh parti bagi memelihara kepentingan dan kesejahteraan serta integriti parti," katanya.

Mujahid yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat turut berharap agar tindakan Nik Aziz itu dapat dicontohi oleh pemimpin-pemimpin parti lain dan juga rakyat.

"Kami mengalu-alukan keputusan itu dan ia boleh menjadi satu contoh yang baik kepada orang ramai betapa integriti perlu diletakkan lebih utama daripada apa-apa sahaja kepentingan,"

"Kami menyokong, kami harap ia boleh jadi contoh kepada orang lain tentang sikap yang ditunjukkan oleh Tok Guru Nik Aziz dan juga menantu beliau sendiri yang sanggup membuat keputusan itu di atas kepentingan integriti dan juga parti," katanya lagi.

Tindakan Nik Aziz dan Ariffahmi juga ujarnya membuktikan bahawa PAS merupakan sebuah parti yang terbuka dan menjaga disiplin.

"Ini memberikan gambaran bahawa PAS ini bukanlah satu parti yang hanya membuat sesuatu mengikut kehendak tetapi ada batas-batasnya dan mereka akur dengan kehendak dan kepentingan lebih tinggi iaitu jawatankuasa pas pusat," ujarnya.

Sidang media berkenaan turut disertai Ahli Parlimen Pasir Puteh Muhammad Husain, Ahli Parlimen Padang Terap Nasir Zakaria dan Ahli Parlimen Sik Che Uda Che Nik.

Nasir dalam pada itu menyifatkan tindakan Ariffahmi meletakkan jawatan sebagai tindakan bijak untuk jangka masa panjang.

"Tindakan Ariffahmi satu langkah yang jauh ke hadapan dan saya kira ia sepatutnya menjadi satu contoh kepada rakyat dan pemimpin malaysia dalam usaha memelihara integriti terutamanya kerajaan dalam berhadapan isu-isu yang dikatikan dengan nepotisme dan sebagainya," katanya yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Pusat.

Semalam Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS selepas pertemuan dengan pimpinan parti di kediaman Menteri Besar, JKR 10 mengumumkan persetujuannya menasihati Ariffahmi meletakkan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Pertemuan semalam turut disertai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din, dan Bendahari Dr. Hatta Ramli.

SUMBER di sini.
SAYA TAK AKAN TINGGALKAN PAS DI TENGAH JALAN - DATUK HUSAM MUSA
Isnin, November 23, 2009 | Author: Tuk Kiyai