Peguam kepada bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Rosli Dahlan mendakwa beliau adalah mangsa konspirasi jahat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Rosli mendakwa beliau dianiaya pihak berkenaan hanya kerana bertindak membela Datuk Ramli Yusuff, serta membantu pendakwaan JSJK terhadap watak-watak tertentu pada tahun 2007.
Rosli dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan tidak menjawab notis SPRM yang ketika itu dikenali Badan Pencegah Rasuah bersabit perisytiharan harta miliknya.
BPR menuduh Rosli bersekongkol dengan bekas pegawai kanan Datuk Ramli.
Rosli mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu di hadapan Hakim Abu Bakar Katar.
“ Tadi dia mengatakan bahawa saya diserahkan dengan notis kerana saya dianggap sekutu. Saya katakan saya peguam, macam mana peguam boleh jadi sekutu pula? Tentulah dasar kepada keluhuran undang-undang saya mengatakan saya mengatakan keterangan saya dalam seksyen 27, sebagai seorang peguam saya terikat kepada maklumat sulit. Tapi saya sedia mendedahkan dan saya mendedahkan semuanya bahawasanya saya tidak pernah memegang sebarang asset “ katanya kepada Tv Selangor.
Rosli Dahlan dari firma guaman Lee Hishamuddin Allen & Gledhill mewakili Datuk Ramli Yusuff pada 2007 dalam satu kes sindiket pinjaman wang haram.
Blog Malaysia today kelolaan Raja Petra Kamaruddin mendakwa Datuk Ramli adalah mangsa fitnah Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.
Menurut blog itu, Musa mengambil tindakan terhadap Ramli kerana pegawai itu memberi keterangan dalam kes mata lebam Anwar yang memihak kepada mantan timbalan perdana menteri itu.
Tidak lama selepas itu, Datuk Ramli didakwa BPR atas tuduhan menyalahguna kuasa dan digugurkan dari jawatannya atas tuduhan kononnya beliau memiliki aset RM27 juta.
Rosli berkata kes SPRM menyifatkan kes terhadapnya dan Datuk Ramli begitu ampuh dan penuh kecurigaan.
“ Pengadu adalah pegawai BPR. Dia mengatakan bahawa dia mendapat maklumat bahawa Datuk Ramli melakukan kesalahan. Maklumat itu berdasarkan laporan 0752007. Jadi datuk Kamariendaran meminta laporan 0752007. Bila ditunjukkan kita dapati nama Datuk Ramli tidak disebut langsung" tambahnya lagi.
"Jadi bagaimana pengadu boleh mengatakan Datuk Ramli buat kesalahan rasuah berdasarkan maklumat yang dia terima dalam laporan 0752007 ini. Bila kita pergi kepada laporan 0752007, nama dia tidak ada langsung. Apakah muslihat di sebalik perkara itu?".
Kumarendran adalah peguam yang mewakili Rosli.
Rosli sebelum ini telah memfailkan saman kepada akhbar The Star, ketua editor akhbar tersebut dan dua wartawannya, sebuah lagi akhbar berbahasa Inggeris dan SPRM berhubung penyebaran fitnah ke atasnya.
Kes Rosli bersambung esok.
SUMBER di sini.
Tok Kiyai tak berasa
hairan dan pelik pun apabila kes kehilangan enjin pesawat hilang. Enjin tersebut sudah sampai kat Amerika Selatan dah pun (kalau mengikut laporan berita arus perdana)
Dalang di sebalik kehilangan engin tersebut bukannya calang-calang orang. Tok Kiyai percaya, kakitangan biasa tak mampu berbuat demikian kalau tiada "kepala" yang hebat. Yelah...macam mana boleh sampai ke Amerika Selatan.
Bagi Tok Kiyai, siasatan yang telus perlu dilakukan. Mereka yang terlibat hendaklah didakwa dan dikenakan
hukuman yang setimpal.
Kes ini perlu
dibongkar dan didedahkan kepada rakyat kerana kes ini melibatkan kredebiliti kerajaan Malaysia.
Kita harap kerajaan tidak akan menutup kes seperti yang dijanjikan oleh PM 1Malaysia seperti artikel di bawah ini.
[BERNAMA]- Kerajaan sama sekali tidak berhasrat untuk menutup kes kehilangan enjin pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata malah laporan telah pun dibuat kepada pihak polis apabila Kementerian Pertahanan menyedari tentang kejadian tersebut yang berlaku semasa beliau menjadi menteri kementerian berkenaan.
"Kita telah pergi kepada polis, ketika itu saya adalah menteri yang berkenaan. Saya membuat keputusan bahawa kita perlu membuat laporan kepada polis," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Aeroangkasa Malaysia di sini Isnin.
Najib mengulas mengenai kes kehilangan enjin jet pejuang F-5E TUDM pada 2007 yang dikatakan telah dijual kepada sebuah syarikat antarabangsa yang berpangkalan di Afrika Selatan.
Mengenai seorang brigadier jeneral yang diarah bersara berhubung kes itu tetapi pencennya dikekalkan, perdana menteri berkata ia bergantung kepada bentuk kesalahan yang dilakukannya dan terpulang kepada pihak Tentera Udara dan Angkatan Tentera untuk membuat keputusan mengenai perkara itu.
"Kita tunggu sehingga laporan penuh dikeluarkan kerana kita telah bekerjasama dengan polis," katanya.

Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa mencabar Pengerusi Umno negeri itu Datuk Mustapa Mohamed agar "menjadi hero" dengan mengadakan perundingan membabitkan kerajaan negeri itu dan pusat dalam menyelesaikan pertikaian royalti minyak.
"Mengapa tidak Datuk Mustapa menjadi hero rakyat Kelantan dengan memulakan perbincangan dan perundingan dengan Kerajaan Negeri?
"Kemudian, memberikan hak kepada yang berhak, apa lagi untuk negeri tumpah darah beliau juga," kata beliau mengulas kenyataan Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Semalam Mustapa berkata kerajaan pusat belum dapat menentukan jumlah dan kaedah bagaimana pengagihan wang ihsan kepada kerajaan Kelantan sehingga jumlah bahan pengeluaran hasil petroleum di negeri ini ditentukan oleh Petronas.
Menurut Mustapa, yang pastinya jumlah pemberian wang ihsan itu mungkin tidak sama dengan apa yang diperoleh kerajaan Terengganu, Sabah dan Sarawak kerana separuh daripada hasil petroleum negara adalah dari tiga negeri itu.
Sehubungan itu Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan berkata jika dikatakan bertindih menghilangkan kelayakan royalti, mengapa untuk kawasan CAA yang bertindih antara Vietnam dan Terengganu, negeri jiran itu pula dibayar royalti.
"Jika selama ini Terengganu layak, kenapa Kelantan yang turut bertindih dengan Vietnam di bahagian utara CAA tidak berhak menerimanya?
"Sekurang-kurangnya bagi Medan Bunga Pakma dan Bunga Orkid, kerajaan pusat terhutang kepada Kelantan beratus juta. Difahamkan kerajaan pusat telah menerima AS$700 juta dari kawasan ini selama ini," kata Husam dalam tulisan blognya.
Tambah beliau begitu juga dengan kawasan JDA yang berada dalam perairan Kelantan dan Akta JDA 1990 langsung tidak menidakkan kawasan itu berada dalam perairan Kelantan lama sebelum ia menyertai Malaysia.
"Tidak juga akta itu menjadikan kawasan ini wilayah eksklusif yang terkeluar dari kedaulatan negara kita.
"JDA hanya satu kerjasama yang diberi kuasa untuk mengolah pengeluaran petroleum secara bersama dengan Thailand dan bertanggunjawab membayar royalti seperti tercatat dalam akta itu," katanya.
Husam mendakwa hanya niat buruk untuk mempastikan Kelantan terus miskin sahaja alasan sebenar penafian ini.
"Difahamkan, bagi kawasan JDA, MTJDA telah menghulurkan AS$200 juta sebagai royalti kepada kerajaan pusat. Untuk tahun 2010, ia meningkat kepada RM800 juta. Mana bahagian Kelantan?" katanya lagi.
Husam menambah bagi medan bintang yang bertindih antara Kelantan dan Terengganu, sudah tentu Kelantan juga layak terhadap sebahagian royaltinya.
Menurutnya, difahamkan Petronas telah membayar RM10 bilion sebagai royalti kepada kerajaan persekutuan bagi medan tersebut.
"Jika Kelantan dibayar tunggakan satu pertiga sahaja dari medan Bintang, ia sudah berjumlah RM3.3 billion," katanya sambil menambah, sudah masa bagi kerajaan pusat lebih telus dan lebih bersemangat kekeluargaan.
"Selain adil, saksama dan bersetia dengan perjanjian," katanya.
SUMBER
di sini.

Sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bakal dikenakan kepada seluruh rakyat dinegara ini didakwa berpunca dari kehabisan sumber pendapatan negara akibat berleluasanya amalan rasuah dan salah guna kuasa.
Oleh itu ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar pagi tadi mendakwa GST tersebut lebih sesuai digelar 'Gagau Semua Tempat'.
"Kerajaan kehabisan wang disebabkan ketirisan, rasuah dan pembaziran, jadi fikir macam mana nak cari duit lalu perkenalkan GST, Gagau Semua Tempat," katanya di Lobi Parlimen.
Beliau yang juga Naib Presiden PAS berpendapat GST sepatutnya dikenakan dulu kepada syarikat-syarikat telekomunikasi yang sebelum ini mendapat perlepasan cukai.
"Kerajaan masih beri perlepasan cukai pada beberapa syarikat komunikasi tempatan yang sudahpun berjaya sampai boleh tawar perkhidmatan di luar negara dan disenaraikan dalam Bursa Saham Malaysia sedangkan GST ini nak dikenakan pada rakyat."
Jelasnya, perlepasan cukai itu menyebabkan beberapa syarikat telekomunikasi terbabit mendapat keuntungan perkhidmatan dan keuntungan hasil tidak membayar cukai.
Beliau turut menggesa kerajaan menyelesaikan masalah rasuah dan ketirisan yang merupakan punca perbelanjaan negara kian membengkak.
Beliau turut mendesak kerajaan agar mencegah masalah penyeludupan demi memastikan kerajaan mendapat hasil cukai yang sewajarnya.
Katanya, kerajaan dianggarkan kehilangan RM12.92 juta tahun ini disebabkan gagal membendung penyeludupan rokok dan pengenaan duti kastam.
Tambahnya lagi, dengan menangani beberapa masalah tersebut bukan sahaja membuatkan kerajaan tidak perlu gagau semua tempat, malah menyelamatkan rakyat dari terus terbeban.
Semalam Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah buat pertama kalinya membacakan rang undang-undang mengenai GST.
Ianya bagaimanapun mendapat tentangan dan bantahan hebat oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat.
SUMBER
di sini.
SHAH ALAM - Dua ulama terkemuka memulaukan Persidangan Perpaduan Ummah Antarabangsa yang berlangsung di Kuala Lumpur hari ini kerana enggan
terperangkap dalam komplot mencanang Presiden Umno Najib Abdul Razak sebagai pemimpin Dunia Islam.
Shaykh Dr Tawfik Ramadan Al-Bouti dari Universiti Damsyik dan Habib al-Jifri dari Yayasan Tabah Emiriah Arab Bersatu menolak perlawaan ke persidangan anjuran Yayasan Ramadan itu.
Keputusan diambil setelah melihat senarai jemputan ke persidangan itu mengambil-kira faktor kepartian.
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak dijemput meskipun mereka disenaraikan antara 500 pemimpin Islam paling berpengaruh abad ini.
“Apabila persidangan itu berlangsung di Malaysia tanpa mengundang Anwar dan Nik aziz jelas melambangkan persidangan itu tidak lengkap dalam membicarakan tajuk yang ingin dibincangkan,”katanya Mustafa.
Ketiadaan Habib dan Shaykh Dr Tawfik menjejaskan kredibiliti persidangan ini.
Pengerusi Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat Mustafa Kamil Ayub berkata sikap kerajaan ini menunjukkan pemerintah tidak bersedia membincangkan isu perpaduan ummah.
“Dalam konteks dunia Islam lain sama ada dalam persoalan umat di palastin hamas atau di Afghanista serta beberapa negara islam lain komitmen serta peranan beliau amat dirasakan dalam pebagai prosok negara Islam lain,”katanya.
Persidangan tersebut disokong kerajaan Malaysia dan dilihat sebagai usaha terdesak membina kredibiliti Najib yang terpalit dengan isu pembunuhan model Mongolia Altantuya Shariibuu dan rasuah kontrak ketenteraan.
Turut berucap pada persidangan itu ialah Timbalan Najib, Muhyiddin Yassin dan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
SUMBER
di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berhasrat mengadakan rapat umum besar-besaran berhubung isu pemberian royalti minyak.
Katanya, rapat umum yang akan diadakan di Kelantan, Terengganu, Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur itu akan menjemput kehadiran Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.
“Satu daripada cadangan kita untuk mengadakan majlis rapat umum ceramah besar-besaran dengan penyertaan Pengasas Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah bersama dimulakan dengan Kelantan, Terengganu, Kota Kinabalu, Kuching dan Kuala Lumpur,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Pidato Rakyat bertajuk Antara Royalti dan Ehsan: Siapa Pengkhianat Bangsa, semalam.
Husam berkata, Kelantan berhak menerima royalti minyak yang disumbangkan kepada perindustrian petroleum Negara setelah menandatangani perjanjian pada 1975 selepas Akta Petroleum 1974 dibentangkan.
Katanya, mengikut seksyen 4 akta ini menyatakan bahawa segala hak keistimewaan dan khazanah petroleum yang diserahkan kerajaan negeri kepada Petronas akan menerima bayaran wang tunai.
“Dalam seksyen 4 menyatakan segala hak keistimewaan dan khazanah petroleum ini diserahkan oleh kerajaan negeri kepada Petronas dan Petronas mesti membayar wang tunai kepada kerajaan negeri yang berkenaan,” katanya.
Husam berkata, royalti yang diterima ini juga bukan sahaja untuk Kelantan tetapi juga boleh digunakan untuk membentuk satu model penggunaan wang kekayaan negara untuk kesejahteraan rakyat Malaysia.
Beliau turut mendesak bakal Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abu Kassim Mohamed lebih telus menangani isu rasuah.
“Kita minta pesuruhjaya SPRM yang baru ini lebih adil dalam cara dia menangani isu-isu dalam negara kita dan tidak membiarkan isu-isu yang terbengkalai,” katanya.
SUMBER
di sini.

PAS yang mengadakan mesyuarat jawatankuasa pusat semalam telah memberikan lampu hijau kepada Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang akan dibentangkan pada konvensyen pertamanya Sabtu ini.
Langkah itu dilihat sebagai pencapaian penting dalam usaha PR untuk mengharungi liku-liku politik ikatan PAS-DAP-PKR itu.
"Ya, kami bersetuju untuk menerima. Ia pencapaian yang signifikan, kami tidak menerima bulat-bulat tetapi kepimpinan PAS telah meneliti dengan mendalam kandungan dasar bersama ini sebelum ia diluluskan," kata salah seorang ahli jawatankuasa pusat PAS, Dr Dzulkefly Ahmad kepada The Malaysian Insider.
Jawatankuasa teknikal PR dijangka melengkapkan kandungan dasar itu hari ini sebelum diterima oleh Majlis Presiden ikatan itu yang dijadual bermesyuarat esok.
Tanpa menghuraikan lanjut, Dzulkefly yang juga salah seorang ahli jawatankuasa teknikal itu menambah, beberapa perkara yang menarik boleh diharapkan daripada dasar bersama itu hujung minggu ini.
"Ini akan menjadi paksi permuafakatan bagi Pakatan dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.
"Dasar ini menyentuh keluhuran Perlembagaan, kedaulatan Perlembagaan, demokrasi, ekonomi dan sebagainya... yang mencerminkan pendirian kami selepas 20 bulan melalui situasi jatuh bangun, yang menarik dan yang tidak menarik.
"Kini sudah sampai masa bagi kami memperlihatkan kesungguhan, lebih muafakat, wibawa untuk menghadapi masa depan," katanya.
Dalam pada itu, Pengarah Pilihan Raya PKR Saifuddin Nasution Ismail pula berkata, konvensyen akan bermula dengan pembentangan Dasar Bersama Pakatan Rakyat.
"Ia akan disusuli dengan ucapan dasar ketiga-tiga pemimpin Pakatan Rakyat dan sesi perbahasan sebelum menerima deklarasi di akhir konvensyen," katanya.
Konvensyen Pakatan Rakyat juga akan mengeluarkan deklarasi 10 perkara, kata beliau ketika ditemui.
"Dasar Pakatan Rakyat akan berteraskan pada soal persoalan demokrasi, negara hukum dan institusi negara, ekonomi, bahasa dan agama... kami mengambil pendekatan yang mudah dalam merangka dasar ini, yang menyentuh kepentingan rakyat," kata Saifuddin yang merupakan penyelaras konvensyen pertama ini.
Menurut beliau setiap anggota komponen PR akan menghantar 500 perwakilan menjadikan kira-kira 1,500 wakil akan mengambil bahagian dalam pertemuan ini.
Kata beliau usaha untuk mengadakan konvensyen ini telah dimulakan sejak dua bulan lalu selepas ia diluluskan oleh Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat 21 Oktober lalu.
Konvensyen pertama ini akan berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam. Ia akan membincangkan Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang dimeterai Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.
Konvensyen ini dijangka merumuskan beberapa perkara penting, antaranya pendaftaran parti gabungan Pakatan Rakyat serta penggunaan logo bersama PR dalam pilihan raya umum akan datang.
Tema konvensyen ini adalah “Memimpin Perubahan, Menjana Kemenangan”.
Kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini menyebut konvensyen ini juga akan menjadi pemangkin kepada hasrat Pakatan Rakyat untuk menawarkan kepada rakyat Malaysia sebuah kepimpinan yang berwibawa.
SUMBER
di sini.

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan mendedahkan rakaman suara didakwa 'berbau perkauman' bagi mengukuhkan lagi dakwaan kursus Biro Tatanegara (BTN) sememangnya mempunyai unsur-unsur 'doktrinisasi perkauman dan politik'.
Pengerusinya, Shazni Munir Ithnin berkata, SMM mempunyai banyak bukti dalam bentuk rakaman dan akan mendedahkannya kepada umum sedikit masa lagi.
“Kami (SMM) mempunyai banyak rakaman, yang nyata membuktikan bahawa aktiviti dan program dalam BTN sememangnya mempunyai unsur-unsur perkauman dan doktrin politik,” ujar pada satu sidang media semalam..
Sidang media tersebut bagi membantah kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berhubung ketegaran beliau supaya kursus BTN dikekal.
Rakaman tersebut dimaklumkan diambil daripada mahasiswa yang mengikuti BTN sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara dan layak mendapat biasiswa kerajaan.
Hadir sama pada sidang media berkenaan ialah pimpinan bersama SMM, Hilman Idham yang juga Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) dan
Abdullah Omar Muhamad Fuad, Presiden Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA).
Kumpulan mahasiswa berkenaan berpendirian tidak menolak sebarang aktiviti bentuk membangunkan semangat patriotisme, nasionalisme dan jati diri khususnya di kalangan mahasiswa dan anak muda namun menolak sekeras-kerasnya “doktrinisasi perkauman dan politik”.
Mereka juga dengan tegas memboikot kursus berkenaan daripada disertai mahasiswa dalam masa yang sama, menggesa kerajaan menarik semula syarat untuk menyertai program BTN bagi pelajar dan mahasiswa yang mendapat tajaan biasiswa pelajaran.
“Kalau berani, dedah sendiri modul, silibus dan program yang ada dalam BTN, tak perlu pihak lain tolong buktikan,” tambah Shazni lagi.
Dalam pada itu, mengulas pertelingkahan antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz dan Tun Mahathir sehingga tokoh tersebut digelar ‘bapa segala perkauman’, Shazni ada jawapan pendirian tersendiri.
“Saya setuju kenyataan (Tun) Mahathir bahawa UMNO ialah (sebuah) pertubuhan rasis, kalau (Tun) Mahathir jadi ‘Bapa Perkauman’, (Datuk) Nazri jadi ‘Anak Perkauman’, isunya seluruh polisi parti tersebut (bersifat) perkauman,” ujar beliau.
SUMBER: Harakahdaily

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyifatkan laporan yang mengatakan beliau mungkin dilantik ke jawatan timbalan menteri dalam perubahan kecil beberapa kementerian tidak lama lagi sebagai khabar angin.
Ahli Parlimen penggal pertama dari Rembau itu berkata laporan yang terbit pada peringkat ini masih belum kukuh dan tidak perlu diberikan sebarang ulasan lagi.
“Itu khabar angin semata-mata, saya tidak mahu komen spekulasi,” kata beliau dipetik Utusan Malaysia hari ini.
Baru-baru ini portal berita, Malaysia-instinct.com memetik sumber yang mendakwa kononnya Khairy akan dilantik timbalan menteri jika peletakan jawatan Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib diterima.
Menurut portal itu, pelantikan itu akan dibuat sebagai menghormati jawatan Ketua Pemuda dalam Umno.
Dalam pembentukan Kabinet diumumkan April lalu Pergerakan Pemuda Umno menyaksikan dua wakilnya kecuali Khairy.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini memberitahu, tiada rombakan Kabinet akan dilakukan dalam jangka masa terdekat melainkan beberapa perubahan melibatkan timbalan menteri.
Beliau juga mengesahkan bahawa Sulaiman telah menyampaikan hasrat untuk berundur sebagai Timbalan Menteri Pelancongan.
SUMBER
di sini.

(Foto: Wee Choo Keong (MP Wangsa Maju)
Oleh Sayuti OmarDUA tiga hari lepas saya ada posting mengenai desas desus empat lagi Setiasuaha Politik kepada Menteri dikatakan sedang diperhati oleh SPRM. Apakah salah seorang daripadanya ialah Setiausaha Politik Perdana Menteri, Shafei Abdullah?
Jika dilihat kepada pendedahan teruk dibuat oleh ahli Parlimen, Wangsa Maju, Wee Choo Keong di Parlimen dua hari lalu terhadap Shafei Abdullah kemungkinan setiausaha politik yang diwar-warkan itu Shafei?
Pendedahan Wee Choo Keong di parlimen itu boleh diikuti
Teks ucapan Choo Keong.
Ekoran pendedahan berani Wee itu menyebabkan Wee telah 'dihalang' oleh Shafei yang kurang senang dengan pendedahan Wee itu. Ekoran itu Wee terpaksa melaporkan kepada Parlimen dan meminta sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan untuk menyiasat tindak tanduk Shafei terhadapnya.
Meneliti kepada isu-isu yang didedahkan oleh Wee menerusi ucapan berkenaan ia memberi calar yang banyak kepada Shafei Abdullah. Ia juga boleh memalukan bosnya, Mohd Najib Razak selaku perdana menteri yang mengutamakan ketelusan pencapaian preatsi.
Sekiranyaan dakwaan Wee itu didapati benar tidak sepatutnya Najib mempunyai seorang setiausaha politik yang boleh menjejaskan wibawa dan prestasinya. Kemungkinan dengan pendedahan Wee itu menyebabkan Shafei akan diberi teguran keras kalaupun tidak kehilangan jawatan berprestaj itu.
Dalam pada itu Parlimen akan menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyiasat Shafei ekoran dakwaan Wee itu. Wee mendakwa Shafei telah cuba 'menghalangnya' dengan mendatanginya dan mempersoalkan kenapa Wee menyebut namanya (Shafei) dalam ucapan itu. Shafei dikatakan dengan kasar menyoal Wee "kenapa awak sebut nama saya dalam ucapan tadi?"
Apapun langkah Wee mendedahkan 'salah laku' Shafei ini dilihat satu keberanian dan tanggungjawab sosial yang unggul sebagai wakil rakyat.
Pada saya tindakan Wee itu bukan berbentuk perkauman kerana tanggungjawab itu adalah untuk kepentingan awam untuk semua bangsa.
Sewajarnya kalau semua ahli Parlimen bersikap berani, telus dan sedia mengambil risiko seperti Wee. Apa yang penting pentadbiran negara ini berjalan dengan telus dan bersih dan terhindar daripada 'borjuis-borjuis' yang ingin mengambil kesempatan menerusi kuasa yang ada.
BERITA BERKAITAN -
HARAKAHDAILY: KES SALAH LAKU SETPOL PM KE SPRM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menepis serangan Tun Dr Mahathir Mohamad dan menyelar mantan Perdana Menteri itu sebagai 'bapa segala perkauman'.
Berhubung isu modul perkauman Biro Tata Negara, Nazri membidas mantan Presiden Umno itu sebagai cuba menegakkan benang yang basah, dan mengkritik Tun Dr Mahathir sebagai seorang munafik.
Nazri berkata demikian ketika mengulas mengenai cabaran Mahathir supaya beliau meletakan jawatan bagi membuktikan Nazri bukan seorang yang rasis. Cabaran itu timbul selepas Nazri menyifatkan veteran Umno tersebut sebagai sangat rasis dengan mempertahankan kursus berkenaan.
“Jika saya bersifat perkauman kerana dalam Umno, beliau adalah bapa perkauman selaku Presiden Umno selama 22 tahun.
“Apa yang dia buat kini, kami menyokong dia sepenuhnya sebelum ini tanpa ragu dan sekarang dia menyerang kami lebih teruk dari pembangkang. Hari ini pembangkang tidak perlu buat kerja bagi Tun Mahathir sahaja,” katanya.
Mantan Perdana Menteri itu dan Nazri Aziz bertelagah selepas kerajaan dikritik kerana akur dengan tuntutan rakyat supaya kursus BTN yang pro-Umno dan anti-Cina dirombak dan diperbaharui dengan modul yang pro-Malaysia.
Tun Dr Mahathir yang Nazri sifatkan sebagai gurunya dalam politik ala-Umno dikecam kerana menggerakkan kempen menjatuhkan kerajaan dibawah para penggantinya. Nazri juga menolak cabaran Dr Mahathir yang beliau sifatkan sebagai satu perangkap politik.
“Dulu masa dia hendak berhenti kita kata jangan berhenti, dia yang hendak berhenti. Lepas tu nak suruh saya berhenti kenapa?
“Saya tidak akan memenuhi permintaanya untuk membuat dia gembira kerana itu yang dia mahu dari saya. Saya tidak bodoh untuk terperangkap,” katanya.
Nazri juga menyanggah dakwaan bahawa beliau telah bersikap kurang ajar terhadap mantan Perdana Menteri itu. Beliau menambah Tun Dr Mahathir perlu reda bahawa dalam negara demokratik, tidak ada orang yang bebas dari kritikan.
“Jangan kata saya ni kurang ajar, yang dulu pada tahun 60-an dia kritik Tunku Abdul Rahman beliau tidak kurang ajar? Dia ajar saya.
“Kalau dia boleh komen orang kenapa saya tidak boleh komen dia? Siapa dia? Hanya sebab dia mantan Perdana Menteri dia boleh buat apa yang beliau suka saya tidak setuju.” katanya.
SUMBER
di sini.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini memberitahu kerajaan negeri itu juga akan menolak program Biro Tata Negara (BTN) selagi ianya tidak diubah pada dasar Islam.
Ianya sejajar dengan tindakan negeri-negeri Pakatan Rakyat (PR) yang lain seperti Selangor dan Pulau Pinang yang mengharamkan program berkenaan kepada semua kakitangan dan pegawai kerajaan negeri.
Beliau berkata demikian kepada media pada sidang media di pejabatnya hari ini bagi mengulas isu BTN yang kini hangat masih hangat diperkatakan.
Nik Aziz bagaimanapun berkata, beliau bersetuju dengan program berkenaan sekiranya kurikulum BTN dirombak mengikut acuan Islam demi untuk kepentingan semua pihak, berbanding apa yang ada sekarang lebih pada penekanan bangsa.
Jelasnya, rombakan itu mesti diubah dalam semua aspek yang berkaitan dengan Islam, sama ada dari segi ekonomi, social, budaya atau sebagainya.
“Memang Malaysia sebuah negeri yang berbilang bangsa, namun Islam tidak mengutamakan bangsa di muka dunia ni dan tidak ada yang terlebih daripada bangsa lain di sisi Allah, begitu juga bangsa Arab.
“Walaupun Nabi Muhammad dari bangsa Arab, tetapi Islam tidak meletakkan bangsa Arab melebihi daripada bangsa lain.
"Kalau bangsa Arab tidak ada kelebihannya, bangsa lain seperti Melayu contohnya apa peliknya,”ujarnya.
Oleh yang demikian, tambahnya BTN yang telah lama menggunakan medan berkenaan untuk menghasut rakyat supaya membenci bangsa lain atau sebagainya, perlu dirombak mengikut acuan Islam.
Katanya, sebelum ini beliau tidak mempunyai ruang untuk bersuara, hanya menegur secara umum berhubung kurikulum yang terdapat dalam program BTN itu.
“Tetapi sekarang ni, peluang tu makin terbuka, makin terbuka dan makin terbuka pekungnya yang dibuat oleh umno sendiri,”ujarnya.
Pada masa yang sama, BTN sewajarnya mengadakan forum khas bagi bincangkan soal ekonomi, social bangsa sama ada menyentuh soal masyarakat Cina atau Inggeris, namun mesti mengikut acuan Islam.
Sambungnya, dunia barat hari ini telah mengiktiraf Islam terutamanya soal ekonomi sehingga meyakini ekonomi agama suci itu benar-benar menjamin keselamatan manusia.
“Bila dunia dilanda oleh ekonomi merundum, orang Eropah sendiri sudah mengakui sistem ekonomi Islam ini lebih kukuh, lebih baik berbanding dengan system yang ada di dunia ini dan sebagainya,”ujarnya lagi.
Tambahnya lagi, walaupun masih terdapat sistem ekonomi yang boleh diperbaiki, tetapi mereka mengakui ekonomi Islam lebih baik.
Ekoran kegagalan sistem ekonomi itu juga menyebabkan ramai tokoh ekonomi itu membunuh diri.
Katanya, hal ini berlaku ekoran daripada pemikiran yang buntu akibat sistem ekonomi riba yang hanya menggunakan spekulasi semata-mata.
Sedangkan, tambahnya jalan tersebut salah bagi fitrah manusia di mana yang kaya makin kaya, yang miskin semakin miskin.
Beliau bagaimanapun berkata, oleh kerana Umno yang menguasai kepimpinan negara yang menolak Islam, terlalu sukar untuk diubahnya.
“Yang ada untuk memudahkan ianya berjaya dibuat, pilihan raya 13 ni, jangan undi Umno dan BN, sebaliknya undi parti Islam dan pakatan rakyat,” ujarnya.
SUMBER: harakahdaily

Kebocoran Paip Air Projek Terbengkalai, Punca Tragedi Bukit Antarabangsa
Laporan Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa mendedahkan tragedi yang meragut lima nyawa dan memusnahkan 14 buah rumah itu berpunca daripada kebocoran paip air.
Saluran paip yang bocor itu terletak sepanjang jajaran rumah terbengkalai di Taman Bukit Mewah yang menyaksikan kemusnahan paling teruk dalam kejadian 6 Disember tahun lalu.
Berdasarkan laporan ini, TV Selangor difahamkan berlakunya tiga siri gelinciran tanah setiap 3 hingga 5 minit.
Hasilnya mengakibatkan keruntuhan tanah seluas 4 hektar, dan meragut lima nyawa selain memusnahkan 14 buah rumah.
Laporan tersebut adalah hasil siasatan yang dijalankan jawatankuasa khas yang ditubuhkan diketuai oleh Cawangan Kejuruteraan Cerun Malaysia Jabatan Kerja Raya (JKR-CKC).
Dalam laporan berkenaan, JKR mencadangkan agar sistem perparitan dalam tanah ditanam di kawasan resapan air dengan kadar kemendapan yang tinggi.
Pengarah Jabatan Perancangan Korporat Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Norziatulshima Tajjudin berkata, 50 naskah laporan berkenaan yang disediakan pihaknya habis dijual sebaik sahaja kaunter dibuka jam 8 pagi tadi.
Sehubungan itu, Norziatulshima menyarankan agar pihak yang ingin mendapatkan laporan tersebut membuat tempahan dengan MPAJ dan ianya akan diedarkan pada minggu hadapan.
"Next penjualan tu kita tengok mungkin dalam minggu depan. Kita tengok setakat ni baru 4 orang.
"Selalunya bergantung pada permintaan sebab kita pun tak tahukan berapa ramai yang nak. Lebih senang kalu dia buat tempahan,"katanya.
Antara pembeli laporan tersebut terdiri daripada pemaju hartanah dan individu.
SUMBER
di sini.

Kerajaan PAS Kelantan dicabar membawa kes tuntutan royalti minyak ke mahkamah daripada berbuat sesuatu yang bersifat retorik dan tidak boleh membawa perubahan kepada status quo.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, membawa isu tuntutan itu ke mahkamah merupakan langkah paling tepat berbanding usaha retorik iaitu Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berdoa yang bukan-bukan terhadap Perdana Menteri dan Kerajaan Pusat.
“Saya pun hairan mengapa mereka tak bawa kerajaan pusat ke mahkamah... daripada mereka buat benda-benda yang tidak boleh datangkan apa-apa perubahan kepada status quo, baik pergi ke mahkamah terus.
“Daripada berdoa yang bukan-bukan...minta diturunkan bala ke atas Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang saya kira itu kerja bodoh. Baik terus bawa ke mahkamah kerana itu lebih dapat menyelesaikan masalah dan bukannya retorik sahaja,” kata beliau dipetik Bernama.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya mengenai tindakan kerajaan negeri Kelantan yang dilihat lebih berunsurkan retorik berhubung isu tuntutan royati minyak selepas melancarkan Ensiklopedia Hansard Parlimen terbitan Yayasan Pembangunan Buku Negara dan Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di lobi Parlimen hari ini.
Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS sebelum ini dilaporkan mendoakan supaya pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) yang bertanggungjawab tidak memberi royalti minyak supaya “pecah perut” sebagai reaksi terhadap keengganan Kerajaan Persekutuan menyerahkan bayaran royalti minyak kepada Kelantan, sebaliknya sekadar memberikan wang ihsan.
Pada Nov 4 lalu Najib mengumumkan pembayaran wang ihsan daripada kerajaan pusat kepada Kelantan yang bermula tahun depan.World's greatest IT company seeks the best finance professionals.
Ditanya apakah kerajaan yakin akan memenangi kes tersebut sekiranya dibawa ke mahkamah, Nazri yang juga Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno berkata, kerajaan yakin keputusan untuk tidak memberikan royalti adalah menepati kehendak undang-undang tempatan mahupun antarabangsa dan untuk itu beliau yakin kemenangan akan memihak kepada kerajaan.
Beliau berkata, dakwaan pemimpin negeri Kelantan dan pembangkang bahawa hak royalti minyak Kelantan dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan adalah sama sekali tidak benar kerana Perlembagaan hanya menyatakan royalti untuk negeri Sabah dan Sarawak sahaja.
“Sabah dan Sarawak sebelum ini mendapat 100 peratus daripada hasil minyak yang dikeluarkan dari dalam perairan mereka.
Itu sebelum mereka masuk Malaysia (penubuhan Malaysia).
Tetapi selepas menyertai Malaysia, dua negeri itu terpaksa korbankan 95 peratus hasil minyak mereka.
“Kita kena hargai pengorbanan Sabah dan Sarawak. Sebab tu kepada dia, kita (kerajaan) kata royalti. Kita perlu hargai pengorbanan yang dibuat ini dengan menjamin hak royalti minyak sebanyak lima peratus kepada Sabah dan Sarawak dalam Perlembagaan. Tapi bagi negeri-negeri di Semenanjung, tidak ada minyak ditemui sebelum kita mencapai kemerdekaan pada 1957. Jadi hormatlah pengorbanan mereka,” katanya.
Berdasarkan faktor tersebut Nazri berkata, beliau cukup yakin yang mahkamah tidak akan sama sekali memihak kepada kerajaan
Kelantan walaupun kes ini dibawa ke mahkamah antarabangsa. Menurutnya lagi, setiap negara berdaulat hanya diberi 12 batu nautika sebagai perairan wilayah. Justeru itu, katanya, apa hak kerajaan negeri untuk menuntut lebih daripada 12 batu nautika.
SUMBER
di sini.

Keputusan Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan (gambar,kanan) untuk meletakkan jawatan pada 31 Disember 2009, lebih awal dari tamat tempuhnya pada 25 Mei 2010 mencetuskan lebih banyak persoalan.
Ahmad Said, ketika mengumumkan persaraan beliau, berkata “Adalah lebih baik saya meletak jawatan pada penghujung tahun dari pertengahan tahun bagi memudahkan pengganti saya, Abdu Kassim Mohamed merangka perancangan sepanjang tahun.”
Tetapi Ahli Parlimen Kapar S Manikavasagam (gambar,kiri), ketika dihubungi oleh Free Malaysia Today memberitahu ini hanya
helah beliau sahaja.
Sebenarnya, kata beliau,
Ahmad Said mendapat projek menyediakan peralatan pejabat, topi, songkok dan barang-barang cenderahati untuk kegunaan 1,000 anggota SPRM menerusi rundingan terus dari Perbendaharaan.
Projek ini bernilai di antara RM6 hingga RM7 juta dan barang-barang ini disediakan oleh syarikat Kraftangan Mariwasa kepada pelanggan (SPRM) menerusi Bina Yakin Enterprise.
“Beliau (Ahmad Said) mengambil keputusan untuk mengundur diri supaya aktiviti beliau tidak dapat dikesan dan takut berlakunya pertembungan kepentingan,” ujar beliau.
Menurut Manikavasagam, beliau kini sedang mengumpul maklumat lengkap tentang projek ini dan akan mendedahkan kepincangan yang dilakukan oleh bos SPRM ini dalam sedikit masa lagi.
SUMBER
di sini.