Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA
Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI
Sembang & Pesanan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta memberi penjelasan mengenai cadangan untuk mewujudkan perjudian berasaskan sukan di negara ini yang didedah oleh media antarabangsa..
Presiden Umno itu dikatakan mahu mempertimbang cadangan melaksanakan perjudian melibatkan Fifa World Cup final di Afrika Selatan yang bermula 11 Jun sehingga 11 Julai ini.
Perkara itu dinyatakan Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke Siew Fook pada sidang media di lobi Parlimen sambil mempertikai mengapa Najib seolah-olah merahsiakan hal itu dari pengetahuan rakyat Malaysia.
Beliau merujuk laporan akhbar yang mengatakan Berjaya Group, sebuah syarikat berasaskan perjudian dikatakan berminat untuk melobi lesen judi dari kerajaan.Berita itu ditemui dengan melayari www.asiaone.com dengan mengklik judul berita: 'Legal Sport Betting In Malaysia'
Berjaya Group yang dikepalai Tan Sri Vicent Tan diketahui umum sebelum ini kerana menjalankan perniagaan perjudian selama 20 tahun dengan hanya membayar cukai sebanyak RM25 juta.
SUMBER: TVS
SUMBER: TVS
Gesaan ini dibuat oleh dua Naib Presiden PKR di Parlimen, mengulangi tuntutan sama yang dibuat Pakatan Rakyat sejak kes pembunuhan wanita Mongolia itu.
Siasatan ini dilihat perlu ekoran satu pendedahan hari ini oleh bekas peguam kepada salah-seorang tertuduh kes itu, Ahli Parlimen Zulkifli Nordin yang mendedahkan ada pihak ketiga mengganggu kes tersebut.
Dalam ucapannya selaku wakil rakyat bebas, Zulkifli mendakwa beliau telah diarah untuk mengaitkan Perdana Menteri Najib Abdul Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor kepada pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
Zulkifli turut mendedahkan beliau cuba disogok oleh pihak tertentu bagi mendapatkan akuan bersumpah membuktikan hubungan Najib dan wanita Mongol itu.
"Saya diarah mendapatkan surat akuan bersumpah membabitkan Perdana Menteri dan isteri dengan pembunuhan itu dan saya diminta buat satu surat akuan sumpah," kata wakil rakyat bebas ini.
Mahkamah sebelum ini menjatuhkan hukuman mati kepada dua bekas anggota pengiring Najib, iaitu Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar yang didapati bersalah membunuh Altantuya.
Beliau dibunuh secara kejam sebelum tubuhnya diletupkan dengan peledak kegunaan tentera, ketika umat Islam meraikan kemuliaan Ramadhan, di pinggir bandaraya Shah Alam, empat tahun lalu.
Menyusuli pendedahan Zulkifli Nordin hari ini, Naib Presiden PKR Azmin Ali berkata pemerintah tidak lagi mempunyai alasan untuk tidak membuka kertas siasatan baru, bahkan masyarakat umumnya tidak menyakini kes pembunuhan Altantuya telah terjawab.
"Harus dibuktikan apakah betul seperti yang didakwa oleh Zulkifli Nordin. Saya sebagai anggota biro politik tidak pernah membuat tuduhan seperti itu, bahkan saya dan Anwar tidak mengatakan Perdana Menteri terbabit, tetapi desak satu siasatan menyeluruh," katanya.
Bagi Sivarasa Rasiah, terdapat kecurigaan-kecurigaan tertentu disebalik pembunuhan wanita Mongol ini dan berpendirian ada usaha menutup fakta-fakta tertentu.
"Semua fakta perlu disiasat tapi tidak, malah ada fakta yang tidak dibenarkan didedah di mahkamah seperti apa kaitan Musa Safri (pegawai Najib) kepada anggota-anggota polis yang membawa Altantuya," katanya.
KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen (MP) Kalabakan, Ghapur Salleh menyifatkan MP Bayan Baru dari Pulau Pinang, Zahrain Hashim yang keluar meninggalkan PKR sebagai bodoh dan mungkin diberi ‘sejumlah wang tertentu’ sehingga sanggup menikam kembali bekas parti lamanya.
Ghapur turut mengkritik Zahrain yang hanya menamakan lapan MP dari Barisan Nasional yang diajak meninggalkan BN dan menyertai Pakatan Rakyat (PR) menjelang 16 September 2008 tetapi pada masa yang sama menyembunyikan nama-nama yang lain.
Menurut Ghafur, kenyataan Zahrain itu sesuatu yang bodoh kerana jika PR ingin membentuk kerajaan baru pada 16 September 2008, gagasan itu memerlukan lebih dari 30 MP dari BN.
“Jadi kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen (MP) Bayan Baru, itu kenyataan bodoh-bodoh punya. Mahu tubuh kerajaan yang dianjurkan oleh pembangkang, mesti ada 30 orang (MP yang) mahu lompat.
Dia sebut beberapa orang sahaja yang lompat. Mana dia punya sekolah (2x),” katanya yang turut menerima tepukan gemuruh dari MP BN dan PR.
Berikut ialah transkrip menarik ucapan Ghapur Salleh di Dewan Rakyat.
“Ada isu yang baru, yang baru Datuk Speaker ialah berkenaan Berita Harian 19hb. Saya tidak pernah lompat parti (seperti mana yang dilaporkan Berita Harian).
Daripada saya masuk BN sampai sekarang tidak pernah lompat parti.
Kalau saya lompat sudah bererti saya sudah tidak ada kepercayaan kepada parti (BN).
Jadi kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen (MP) Bayan Baru, itu kenyataan bodoh-bodoh punya. Mahu tubuh kerajaan dianjurkan oleh pembangkang, mesti ada 30 orang mahu lompat.
Dia sebut beberapa orang sahaja yang lompat. Mana dia punya sekolah (menyebut perkataan ini sebanyak dua kali).
Dalam (akhbar) Utusan Anwar umpan dia kata. Ini tuduhan betul lapan, termasuk Tengku Razaliegh (MP Gua Musang) kena umpan (untuk melompat parti menyertai pembangkang). Termasuk saya kena umpan.
Saya sudah katakan saya tidak pernah jumpa tidak pernah dipujuk dan tidak pun pergi Taiwan. Tidak ada pergi Taiwan saya.
Bererti saya bukanlah golongan yang dipujuk untuk lompat.
Jadi ini bererti umpan yang dibagi kepada rakan mungkin tidak cukup jadi tidak jadi lompat.
Umpan yang di bagi kepada Ahli Parlimen Bayan Baru ini besar, itu sebab dia lompat ( meninggalkan PKR - Dewan Rakyat bergemuruh dengan sorakan).
Saya mahu dia MP Bayan Baru ini tarik balik bahawa saya tidak lompat dan dia akan namakan semua (MP) yang mahu lompat. Kenapa pilih -pilih, pilih-pilih.
Mungkin dia (Zahrain Hashim) lompat ada yang dia minta dari kerajaan Pulau Pinang tak dapat (Dewan ketawa).
(Terdahulu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberitahu punca Zahrain keluar PKR kerana gagal mendapat projek tertentu di negeri itu)
Dia tak dapat hingga dia gelar orang Komunis (MP Bagan merangkap Adun Air Putih di Pulau Pinang, Lim Guan Eng).
Bolehkah saya dalam dewan (rakyat) ini tunjuk satu orang di antara kita ini komunis? boleh? ( MP dalam dewan mencelah kata tak boleh…tak boleh…)
Ini salah dari segi peraturan. Mana boleh duduk dalam Dewan Rakyat, Dewan (Undangan) Negeri seorang Komunis.
Ini saya tidak tahu yang dia kata. Dua tahun (Zahrain) dalam PKR, 16 September dua kali (tahun 2008 dan tahun 2009), dia tidak fikirkah? dua tahun baru dia lompat (keluar PKR). mengapa tidak lompat awal-awal?
Umno jangan terima Zahrain, kata Ghapur
Sekarang (Zahrain) sudah jadi bebas, kocek pun mungkin sudah penuh (Dewan riuh dengan tepukan MP) dan sekarang mahu diterima masuk Umno.
Tolong Umno, jangan terima orang seperti ini (menyebut perkataan ini sebanyak dua kali).
Kalau dia boleh gigit (Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim) ketua dia, dia boleh gigit ketua kita juga (Presiden Umno, Najib Razak).
Ini yang sebenarnya Datuk Speaker, reporter berpuluh reporter termasuk (wartawan dari) Newspaper (berbahasa) Cina telefon saya.
Ini ada kenyataan begini-begini, saya bilang (kata) tunggu, saya akan luahkan di parlimen. Kerana ini secara Official saya mahu jawab dan saya mahu Bayan Baru ini tarik balik dan saya mahu dia minta maaf kepada saya.
Dia ada di sini atau tiada tetapi saya mahu (Dewan kata dia ada…ada… ada…). Mungkin sekarang sudah gemuk (sambil menunjukkan badan seorang yang gemuk), sudah kenyang jadi macam-macam tohmahan (yang diucapkan oleh Zahrain terhadap orang lain).
Saya minta maaf sahaja. Kalau orang seperti ini (Zahrain Hashim) masuk Umno, mungkin Orang Umno sendiri yang akan keluar.
(ketika ini Zahrain berdiri dengan muka merah padam untuk mencelah namun tidak diberi laluan oleh Ghapur kerana kesuntukan masa)
Soalnya kenapa waktu itu dia tidak keluar.
Saya tahu habuan yang dibagi mungkin (Dewan terus bergema dengan sorakan dan ketawa Ahli Parlimen).
Pada mulanya saya tidak mahu sentuh ini, tapi apabila saya dibabit, bukan saya kata tidak boleh, you babit saya tapi babitkanlah semua yang ada, yang pergi Taiwan, semua disenaraikan. Tak apalah.
Zahrain tidak baca Surat Khabar ?
Mungkin ini Bayan Baru tak baca Newspaper. Berapa orang pergi Taiwan, saya tidak pergi.
Kita mahu dan kita minta Berita Harian, TV1, TV3, (Astro) Awani, keluarkan kenyataan saya ini dengan penuh seperti mana Bayan Baru dapat liputan (Dewan riuh sekali lagi).
Kalau tidak (laporkan ucapan penuh Ghapur Salleh), ini sekongkol jugak.
Ini saya minta sebab semua (media pro Umno/BN termasuklah) Berita Harian pun penuh muka (laporan penuh di muka hadapan akhbar itu).
SUMBER: EP

Dante’s Inferno pula berkaitan misinya yang dilakukan dalam neraka membolehkan pemain membuat pilihan sama ada mahu memusnah atau menyucikan roh manusia dikutuk menggunakan cahaya salib untuk dihantar ke syurga.
Permainan konsol yang menceritakan era Perang Salib itu juga dikesan berunsur lucah kerana turut memaparkan karakter musuh wanita separuh bogel melakukan gerakan tarian lucah sebelum menyerang watak pemain.
Walaupun tertera amaran permainan itu untuk golongan matang pada kulit DVD terbabit, tiada jaminan golongan bawah umur tidak membeli dan berseronok dengannya kerana tiada pemantauan terhadap penjualannya.
Malah, pada harga kira-kira RM10 hingga RM12 bagi DVD cetak rompak konsol Xbox 360 membolehkan sesiapa membelinya, berbanding DVD tulen yang mencecah ratusan ringgit. Difahamkan, kedua-dua tajuk itu bersama beberapa lagi permainan konsol yang dibangunkan syarikat ternama dunia diharamkan dijual di Timur Tengah kerana penggunaan elemen agama secara melampau.
Bagi ibu bapa, ia membimbangkan walaupun ia sekadar permainan, namun memberi kesan di bawah sedar terhadap anak mereka seperti wajah malaikat, keupayaan membunuh malaikat maut yang mahu mengambil nyawa selain keadaan di dalam syurga dan neraka.
Timbalan Dekan Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Antarabangsa (Istac) dan pensyarah di Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Ilmu Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid, berkata permainan seumpama itu hukumnya haram.
“Permainan seperti itu jelas boleh merosakkan akidah kerana mempermain-mainkan malaikat. Ini cara musuh Islam untuk merendahkan Islam,” katanya.
“Saya minta pihak pengeluar dan pengedar menghantar sampel terbabit kepada kami untuk diteliti kandungannya sebelum diputuskan sama ada dibenarkan atau tidak untuk dijual di pasaran terbuka,” katanya.
“Sesetengah orang Islam tahap keimanan mereka berbeza. Kami tidak mahu benda itu nanti apabila dijual secara terbuka merosakkan akidah, sebab yang di dalam syurga kita tidak tahu kerana ia alam ghaib.
"Syarikat ini membayar yuran operasi sebanyak 20 juta kepada kerajaan dalam urusniaga sebesar RM1bilion. "
Bagaimanapun, Md Isa berkata pihaknya sedang merayu Yip untuk menarik balik hasratnya itu dan yakin pilihan raya kecil tidak perlu diadakan.
"Saya akan beri penjelasan, dan penjelasan ini akan dibuat berdasarkan respon Perdana Menteri pada 18 Mac," kata Anwar dengan merujuk kepada jawapan bertulis Perdana Menteri Najib Abdul Razak yang mengakui bahawa APCO Worldwide Sdn Bhd dilantik untuk menyediakan perkhidmatan komunikasi menyeluruh.
Awal hari ini Anwar diminta Dewan Rakyat untuk menjelaskan kenyataan bahawa '1Malaysia' adalah salinan pendua kepada 'Satu Israel' yang dirangka APCO.
Syarikat perunding ini bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut, seraya BN bergegas merujuk Anwar ke jawatankuasa Parlimen untuk disiasat.
"Saya akan beri penjelasan, kerana APCO sememangnya berada di Israel pada masa itu. Mereka dibayar untuk menafikan perkara ini, tetapi saya akan tunjukkan fakta," tegas beliau merujuk kepada penafian syarikat itu.
"Saya juga mahu menuntut penjelasan siapa itu APCO, berapa kerajaan bayar kepada mereka dan apa peranan APCO dalam komunikasi dan apakah nasihat mereka kepada pelbagai kementerian, terutamanya kementerian-kementerian strategik," tambah beliau.
SUMBER di sini.
Desakan ini dibuat ekoran pendedahan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat tempoh hari, yang mengkritik keputusan Perdana Menteri Najib Abdul Razak melantik syarikat perunding itu membantu BN menguruskan negara.

Demi laba politik, kerajaan Datuk Seri Najib Razak menyimpang dari matlamat membantu negeri-negeri miskin di pantai timur melalui hasil khazanah petroleum seperti yang dirancang oleh bapanya Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak.
Hakikat ini didedahkan dalam Forum Royalti Minyak Hak Perlembagaan? hari ini oleh Pengasas Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah yang membentangkan bagaimana Tun Abdul Razak mahu Petronas dituibuhkan demi membangunkan Pantai Timur.
"Tun Razak berkata, walau apapun, kita perlu wang minyak itu untuk Pantai Timur. Jadi saya pun cuba lakukan apa yang dianggap mustahil dan saya siapkan draf (undang-undang Petronas) dan menhantarnya ke Jabatan Perdana Menteri untuk dinilai," katanya.
Beliau menerangkan konsep asas perjanjian minyak antara Petronas dan kerajaan negeri ialah pemberian royalti 5 % kepada kerajaan negeri kerana menyerahkan hak pengurusan hasil minyak kepada Petronas.
Malah Akta Pembangungan Petroleum 1974 ditulis sebegitu rupa untuk memberikan lebih peluang kepada anak-anak negeri di pantai timur mendapat manfaat hasil bumi negeri mereka.
Tengku Razaleigh berkata, pada semangatnya amalan pengagihan hasil petroleum di Terengganu sebelum ini tidak menghadapi sebarang masalah ketika di bawah pentadbiran Umno-BN.
"Akhirnya semua negeri bersetuju memberi hak petroleum kepada kita tetapi sebagai ganti mereka dapat 5% atas hak untuk petroleum di luar pantai yang mereka beri kepada Petronas . Mudah. Saya tak faham kontroversi ini kerana berdasarkan keadaan ini, Terengganu dibayar berbillion dollar. Tetapi bila tahun 99, PAS menang, bayaran dihentikan. Kerajaan Negeri diberi wang ehsan duit itu disalurkan pada agensi kerajaan. Saya pelik kerana tiada apa dalam peruntukkan undang-undang ini yang megatakan kerajaan Persekutuan boleh campur isu negeri," jelas beliau.
Cubaan Kerajaan Umno BN ini dilihat sebagai tindakan menghalang usaha pembangunan kerajaan Negeri yang tidak ‘sehaluan politik’ dengan mereka.
Tengku Razaleigh juga mempertikaikan mekanisme kewangan yang cuba digunapakai di Kelantan berhubung isu royalti petroleum kerana ketelusan dan keberkesanannya seperti apa yang berlaku dalam amalan ‘wang ehsan’ di Terengganu.
"Tapi kita lihat apa yang berlaku di Terengganu, penyalahgunaan, korupsi, kerana ia tidak bertanggungjawab. Hampir 20 bilion dibelanjakan dalam wang ehsan. Kerajaan Negeri Terengganu walau telah disambung pemberian wang ehsan tidak bersetuju memerima baki royallti kerana tidak mahu bertanggungjawab dengan penyalahgunaan wang ehsan selama 5 tahun ini. Buat stadium, runtuh, bus stop, runtuh, swimming pool, bocor," katanya.
"Nov 99, selepas pilihanraya umum, Pas telah menang di Terengganu tapi selepas Mac 2000, tiada bayaran royalti diberikan. Kita boleh pergi kepada September 2000. Tiada asas undang-undang untuk hentikan bayaran tetapi ia keputusan politikal yang dibuat oleh Mahathir sebelum itu untuk halang PAS dari dapat bayaran," jelasnya.
SUMBER: tvs

Beliau juga membidas jawapan yang diberi Mohamed Nazri yang tidak mengetahui hubungan APCO dengan negara-negara lain atas alasan ia merupakan urusan syarikat tersebut.
"Bagaimana kerajaan boleh membenarkan syarikat-syarikat terutama yang membentuk imej negara dikaitkan dengan penasihat yang mempunyai latar belakang Israel. Sedangkan kerajaan tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel. Bagaimana hubungan ini boleh terbentuk melalui pintu belakang?" soal Yusmadi.
Sebaliknya kata Yusmadi, fatwa ulama terkemuka dunia, Sheikh Dr Yusuf Al Qaradawi berhubung kes fitnah Anwar pula dianggap satu bentuk campurtangan asing oleh Umno.