PETALING JAYA: Gelaran "Datuk" dan "Datuk Seri" Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chua Jui Meng telah ditarik balik.
Bekas menteri kesihatan itu telah diarahkan memulangkan semula dua darjah kebesaran negeri Johor yang masing-masing membawa gelaran "Datuk" dan "Datuk Seri".
Jui Meng sendiri mengesahkan bahawa beliau telah dihubungi Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli pada pukul 10 pagi untuk dimaklumkan mengenai keputusan tersebut.
Dua darjah kebesaran yang ditarik balik itu ialah "Dato' Paduka Mahkota Johor" dan "Dato' Seri Mahkota Johor".
“Saya tidak terkejut ketika mendapat panggilan daripada Datuk Rahim kerana saya telah agak lambat-laun ini akan berlaku.
“Bagi saya penarikan gelaran ini tidak akan melemahkan semangat saya untuk terus berjuang dalam PKR,” katanya ketika dihubungi mStar Online semalam.
Jui Meng berkata, beliau telah diberi amaran bahawa gelaran yang dikurniakan oleh Sultan Johor ketika itu, Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail akan ditarik balik sekiranya beliau menyertai PKR.
“Memang saya sudah diberi amaran sebelum ini yang menyatakan bahawa Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman akan menghadap Sultan Johor untuk menarik balik darjah kebesaran yang dberikan jika saya teruskan hasrat menyertai PKR,” katanya lagi.
Beliau yang juga bekas Naib Presiden MCA mendakwa seorang Datuk dari Johor merupakan 'orang' disebalik penarikan balik darjah kebesaran yang dianugerahkan kepadanya.
“Tak perlulah saya menamakan siapa orang itu. Cukuplah saya katakan dia seorang Datuk dari Johor," ujarnya.
Jelasnya lagi, beliau telah sedia menghadapi sebarang risiko ini setelah menyertai PKR tahun lalu.
“Tidak ada apa yang perlu dikesali, bagi saya inilah harga yang perlu dibayar dalam politik," katanya.
Ditanya bila beliau akan memulangkan kembali darjah kebesaran yang diterimanya, Jui Meng berkata: “Saya akan pulangkan kedua-dua darjah kebesaran ini selepas saya terima surat rasmi daripada istana.”
Jui Meng dianugerahkan gelaran Datuk Seri ketika beliau menjadi Menteri Kesihatan pada tahun 2003. Sementara gelaran Datuk diterimanya ketika beliau menjadi Ahli Parlimen Bakri pada 1996.
Bekas Naib Presiden MCA ini telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi MCA bahagian Bakri tahun lalu dan menyertai PKR pada Julai tahun yang sama.
Polis dijadual menyoal-siasat tiga selebriti terbabit, penyanyi kumpulan Peterpan, Nazril Ariel, penyampai berita, Luna Maya dan aktres Cut Tari atas tuduhan melanggar undang-undang anti-pornografi.
Klip video itu menunjukkan Nazril melakukan hubungan seks dengan Luna yang juga teman wanitanya dan bekas teman wanitanya, Cut.
Ketua Polis, Ito Sumardi berkata, mereka bakal disoal bagaimana video itu muncul di Internet.
“Kami akan dapatkan kepastian bagaimana video itu menjadi tontonan umum,” katanya.
Luna adalah duta Program Bantuan Makanan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), duta sabun keluaran Unilever.
Cut pula menjadi duta penghawa dingin keluaran Sharp.
Jurucakap Unilever berkata, iklan sabun itu dibekukan pada minggu ini tapi menafikan keputusan itu dibuat akibat penyebaran video seks itu.
Jika bersalah mereka boleh dihukum penjara maksimum 12 tahun.
Pemimpin Indonesia menegaskan, insiden seperti ini perlu dijadikan alasan kawalan lebih ketat dilaksana terhadap Internet di negara yang didiami 240 juta penduduk itu.
“Hukuman lebih berat perlu dilaksanakan terhadap mereka yang bersalah,” kata Menteri Komunikasi dan Maklumat, Tifatul Sembiring di laman Twitternya.
Skandal itu menjadi antara topik paling hangat dibincangkan di laman Twitter bertajuk Peterporn, mengambil nama sempena kumpulannya.
Beberapa laman menyokong Nazril turut muncul di laman Facebook. - AFP
KOTA BHARU, 10 Jun — PAS, rakan komponen Pakatan Rakyat, perlu mempunyai daya penarik yang efektif kepada kaum Melayu dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat malam tadi.
Sehubungan itu Menteri Besar Kelantan berkata, PAS perlu mendapat sokongan Melayu dengan kadar yang lebih banyak bagi memastikan kemenangan parti itu, sekali gus menggantikan Umno.
“Kita mahu menjadikan PAS sebagai parti yang menarik kepada Muslim Melayu.
“Semoga dengan jumlah 110 kerusi parlimen yang majoritinya Muslim, akan berlaku suatu pendekatan terbaik bagi menjamin kemenangan Islam setidak-tidaknya kesemua kerusi yang PAS bertanding,” kata Nik Aziz.
“Pilihan raya umum yang ke-12 dan siri pilihan raya kecil yang berlaku selepasnya, termasuklah terbaru di Hulu Selangor dan Sibu, jelas sekali bagaimana Barisan Nasional telah ditolak secara total oleh pengundi bukan Melayu.
“Hari ini, tidak dinafikan bahawa yang menjadi tongkat Barisan Nasional ialah pengundi Melayu.
“Saya suka mengingatkan agar memerhati perkembangan ini dengan serius,” katanya.
Nik Aziz berkata demikian semasa berucap merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat serentak di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan, Pengkalan Chepa dekat sini malam tadi.
Dengan mengambil kira perkembangan sepanjang dua tahun lalu, tegas Nik Aziz, PAS perlu bergerak cergas mulai sekarang bagi mendapatkan sokongan orang Melayu dengan membawa Islam sebagai ideologi perjuangan parti.
“PAS sebagai alternatif kepada Umno perlu bergerak dengan lebih cergas dalam meraih sokongan pengundi Melayu.
“Jangan dibiarkan orang-orang Melayu terus ditipu hidup-hidup dengan momokan ‘Ketuanan Melayu’ yang merupakan dongengan pemimpin Umno,” katanya.
Nik Aziz menambah, orang-orang Melayu perlu diingatkan bahawa keris yang dijulang oleh pemimpin Umno “bukannya untuk memperjuangkan Melayu tetapi hanyalah untuk merobek perpaduan kaum dan menikam bangsa sendiri yang tidak sehaluan dengan mereka.”
“Buktinya, Kelantan sebagai negeri yang majoritinya Melayu dinafikan hak untuk mendapatkan royalti minyak daripada buminya sendiri.
“Projek-projek pembangunan daripada pusat semuanya diserahkan kepada jabatan mereka sendiri. Semacam kerajaan Kelantan sekarang tidak sah dan pegawai-pegawai tidak berpelajaran, lemah dan korup,” kata Nik Aziz yang menerajui Kelantan sejak 1990.
Secara kebetulan muktamar tahunan PAS termasuk ketiga-tiga sayapnya diadakan di Kota Baru memperingati dua dekad pemerintahan PAS di Kelantan.
Dalam ucapannya, beliau juga meminta ketiga-tiga sayap PAS membuat satu panduan terperinci dalam mendapatkan kepercayaan orang Melayu untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Ini kali pertama muktamar tahunan ketiga-tiga sayap dirasmikan secara serentak.
Nik Aziz menambah, demi memastikan orang-orang Melayu turut bersama PAS dalam pelayaran bahtera perubahan ini, “PAS perlu bergerak dengan lebih efektif agar dterima rakyat.”
“Jika ditanya Kelantan apakah formulanya, saya suka menjawab bahawa formulanya ialah mendidik jiwa rakyat dengan agama, suburkan sanubari mereka dengan taqwa kepada Allah agar hati mereka tidak mati, tidak keras untuk menerima siraman hujan kebenaran,” katanya.
Nik Aziz menambah, usaha ini perlu dilakukan setiap masa, bukan lima tahun sekali tatkala menjelang pilihan raya.
“Bahkan perlulah sentiasa memilih antara laluan fujuraha (maksiat) dan laluan taqwaha (ketaqwaan).
“Inilah beza antara jemaah Islam dan sekular. Pada sudut inilah, saya meletak harapan besar kepada Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat agar meletakkan keutamaan menguasai sasaran lebih besar pengundi Muslim Melayu,” katanya.
Video lucah mirip artis Luna Maya dan Ariel Peter Pan yang tersebar luas di Internet menimbulkan perbincangan hebat dalam kalangan peminat laman Twitter, Facebook dan blog .
Walaupun Luna menafikan wanita yang beraksi di dalam video itu adalah dirinya, pelbagai pihak masih sangsi dengan kenyataan yang diberi oleh Luna kerana wanita di dalam video jelas mirip dengannya dari segenap sudut seperti wajah, rambut dan juga kulit.
Walau bagaimanapun hanya tatu di pinggul kiri wanita dalam gambar itu yang dapat menjawab siapakah wanita itu sebenarnya.
Luna juga berkata kepada rakan-rakannya bahawa dia tidak mempunyai tatu tetapi ditolak oleh beberapa pihak dan mencabar dia menunjukkan pinggulnya sebagai bukti dia bukan wanita di dalam video panas itu.
Video selama enam minit dan 49 saat itu memperlihatkan seorang lelaki mirip wajah Ariel Peter (vokalis Pan) sedang melakukan hubungan intim dan wajah wanita itu pula jelas menunjukkan wajah seperti Luna Maya.
Walaupun mendapat cemuhan dari beberapa pihak yang masih mempercayai video itu adalah miliknya, ia tidak menghalang peminat tegar Luna dan Ariel memberi semangat kepada mereka.
Malah, dalam kalangan selebriti juga memberi sokongan kepadanya dengan menghantar kata semangat di Twitter Luna, antaranya Tantri ‘Kotak’, Shanti, Titi Kamal, Aming, Meisye Siregar, Widi dan ramai lagi.
Polis menahan Ketua Pemuda PAS Selangor Hasbullah Ridzwan dan tiga lagi pemimpin akar umbinya di tapak ceramah Pakatan Rakyat di Batu Caves, Selangor.
Hasbullah berkata beliau ditahan kerana enggan bersurai apabila polis mengarahkannya supaya berbuat demikian, ketika berkumpul bersama kira-kira 20 orang yang lain di perkarangan Dewan Kompleks Muhibbah di Taman Bolton.
Turut ditahan dalam kejadian pada kira-kira jam 8 malam tadi ialah ketua pemuda PAS bahagian Gombak Syarhan Humaizi Halim, setiausaha Damanhuri Dol dan ketua penerangannya Afyan Mat Rawi.
Ketiga-tiga orang tersebut ditahan kerana menghalang tugas polis, kata Hasbullah lagi ketika dihubungi lewat malam tadi.
Kesemua mereka dibawa ke ibu pejabat polis daerah Gombak dan dibebaskan pada kira-kira jam 11.50 malam dengan jaminan polis.
Hasbullah mendakwa, ceramah bertema kan 'Yahudi dan Judi' anjuran lajnah penerangan PAS itu pada awalnya dijadualkan diadakan di tempat berkenaan terpaksa dipindahkan ke Stadium Selayang, hampir 10 kilometer daripada tempat itu.
"Polis menutup tempat itu jadi kami terpaksa ambil tempat alternatif ke Stadium Selayang.
"(Polis) kata sebab penganjuran ceramah ini tidak ada permit, dan mereka kata (Dewan Kompleks Muhibbah) itu kawasan terbuka.
"Hakikatnya tempat itu berbumbung dan sememangnya berada dalam kawasan berpagar," kata Hasbullah lagi.
Di stadium berkenaan, ceramah oleh pemimpin kanan Pakatan Rakyat, antaranya oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang turut disertai peserta flotila pro-Palestin yang diserang tentera Israel baru-baru ini.
Walaupun berlaku pertukaran tempat di saat-saat akhir, hampir 2,000 orang menyertai ceramah tersebut.
Sementara itu menurut Harakahdaily ceramah malam ini dihalang pihak keselamatan dengan alasan dibuat di tempat terbuka.
Versi internet akhbar organ PAS itu melaporkan majlis itu tidak dapat diteruskan di situ kerana pihak penganjur tidak mendapat kuncinya.
KUALA LUMPUR 9 Jun - Pertalian rapat firma komunikasi antarabangsa, Apco Worldwide dengan rejim Zionis Israel yang didedahkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim Mac lalu tidak boleh dinafikan apabila beberapa tokoh utama dan penasihat syarikat yang beribu pejabat di Washington DC itu pernah berkhidmat dengan pentadbiran Israel atau agensi perisikan negara haram itu.
Menurut Ahli Parlimen Selayang, William Leong dalam blognya antara penasihat Apco ialah Itamar Rabinovich, bekas duta Israel ke Amerika Syarikat.
Itamar juga pernah menjadi duta Israel kepada perundingan Perjanjian Oslo pada September 1993 yang membincangkan konsesi wilayah kepada rakyat Palestin sebagai tukaran kepada keamanan.
Bekas duta itu tergolong dalam kelompok Zionis neo-konservatif yang menentang keras Perjanjian Oslo.
Itamar pernah dilaporkan sebagai berkata,"saya menjadi duta ke Amerika Syarikat kepada rundingan damai itu selama empat tahun dan fundamentalis Kristian secara lantang menentang rundingan damai tersebut".
Disamping Itamar, tokoh dan penasihat Apco yang lain termasuk Shimon Shein, bekas Duta Israel ke Jerman, Doron Bergerbest-Eilon, bekas ketua perisikan kepada pentadbiran Israel dan Elliot Abrams, mantan Timbalan Penasihat Keselamtan Negara di dalam pentadbiran Presiden George W. Bush.
Barisan pegawai tinggi Apco di ibu negara Israel, Tel Aviv juga mempunyai hubung rapat dengan rejim Zionis itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Apco di Israel, Gad Ben-Ari pernah menjadi penasihat peribadi kepada mendiang Perdana Menteri Yishak Rabin. Apco di Israel mengendalikan pelbagai program komunikasi dan strategik untuk pertubuhan korporat dan berkaitan kerajaan.
Satu seorang anggota Majlis Penasihat Apco Antarabangsa ialah Doron Bergerbest-Eilon.
Agensi ketenteraan dan perisikan Israel diketahui mempunyai hubungan dengan badan-badan yang tidak sehaluan dengan dasar domestik dan luar Malaysia.
Salah satunya ialah dasar Singapura berhubung dengan pertahanan negara itu.
Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa penasihat ketenteraan Israel membantu membangunkan angkatan tentera Sibgapura dengan bermodelkan kepada angkatan tentera Israel.
"Badan perisikan tentera Israel mempunyai hubungan kerja yang rapat dengan Singapura dan juga negara yang menentang negara-negara Arab yang menyokong penyelesaian isu Palestin.
"Oleh kerana itu sebarang maklumat yang diperolehi oleh anggota badan perisikan tentera Israel, samada berstatus bersara atau tidak, sememangnya menjadi ancaman keselamatan kepada negara.
"Adalah jelas kerajaan Umno-BN mengupah sebuah syarikat yang mempunyai hubungan amat rapat dengan rejim Zionis Israel," tulis Leong lagi.
Kini pendedahan Anwar pada 30 Mac dalam Dewan Rakyat telah membawa kepada beberapa rentetan peristiwa yang membawa kepada tindakan Umno-Barisan Nasional mengheret Ahli Parlime Permatang Pauh itu ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan pada 8 Jun.
Terdahulu pendedahan Anwar itu adalah sebagai menyahut cabaran Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mahukan beliau memberi penjelasan dalam tempoh seminggu berhubung kenyataan Ketua umum KEADILAN itu pada 22 Mac berkaitan dakwaan konsep 1Malaysia diciplak dari slogan One Israel.
Malah semasa perbahasan Dewan Rakyat pada 7 April, Ahli Parlimen Kuala Krau bangun untuk mengusulkan agar Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfiz Omar dihadapkan ke jawatankuasa itu kerana melaungkan 'Umno Apco' beberapa kali.
Sokongan padu yang dipamerkan oleh Umno-BN mempertahankan Apco menyerlahkan lagi sikap hipokrit dan pro-Zionis pimpinan Umno-BN sehingga ke tahap tindakan mahu menggantung keanggotaan Anwar dalam parlimen.
Manusia hina, nama yang cukup tragis di saat-saat sisa hidupnya, bertarung dengan nyawa, lagaknya seperti memohon simpati agar dipulihkan sedikit daripada koma seolah-olah dapat juga dia menebus segala kesalahan lampaunya terhadap umat manusia, khususnya umat Muslim.
Itulah Ariel Sharon! Manusia bongkak yang kononnya mulia di sisi Tuhan RabbulJalil. Minggu lepas genaplah sudah manusia kerdil ini menyambut Hari Ulang Tahun ke-4 dirinya diserang stroke besar lalu menyebabkan dia koma dan tidak sedarkan diri sehingga kini. Ah, enak benar dirinya konon sedang ulit mimpi indah! Namun, ingatlah bahawa Rabbuljalil tidak memungkiri janji-Nya.
Sebelum ditimpa koma, Ariel Sharon, 81, memimpin Israel dan tentera laknatullah dari tahun 2001 hingga Mac 2006. Manusia kerdil ini merupakan penjenayah perang yang layak sekali ditembak mati atau dicencang lumat ekoran keganasan yang dicetuskannya. Dialah yang bertanggung jawab atas pembunuhan beramai-ramai terhadap warga Palestin di Kem Pelarian Sabra dan Chatilla oleh militia Kristian Lubnan.
Mana-mana unit tentera laknatullah yang diketuai oleh manusia ini juga terkenal dengan kekejaman mereka membunuh seluruh penduduk kampung Arab tanpa mengira sama ada mangsa yang dibunuh itu wanita, kanak-kanak dan warga tua. Teknik pembunuhan yang dilaksanakan pula amat ngeri. Mangsa-mangsa yang berada di dalam sebuah rumah akan diletupkan secara kejam.
Para doktor berjuang untuk memastikan dia terus hidup meskipun manusia ini mengalami pendarahan otak yang teruk yang menyebabkan berlakunya kerosakan saraf otaknya. Kegagalan untuk menyelamatkan nyawanya mendorong pihak berkuasa Israel mendapatkan kemudahan rawatan jangka panjang untuknya di luar Tel Aviv. Maka sekoyong-koyong umat Yahudi bertafakur dan berdoa agar bekas pemimpin mereka ini dipulihkan seperti sedia kala.
Tidak ada kata yang lebih baik untuk disampaikan kepada manusia ini sebagai luahan "simpati" terhadapnya melainkan dengan ucapan “Selamat Menyambut Ulang Tahun Koma”.
Syarikat Coca-cola menyokong ekonomi Israel secara terbuka maka mereka bersekongkol dengan regim Zionis yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Membenarkan kilang syarikat Coca-cola beroperasi di bumi Malaysia boleh memberi implikasi merestui regim Zionis yang bertindak sebagai negara penyangak yang tidak pernah akur kepada undang-undang antarabangsa dan menghormati hak asasi rakyat Palestin.
Rakyat yang sedar seharusnya malu dengan tindakan hipokrit regim dalam membenarkan terhadap pelaburan berjumlah RM1 bilion oleh Syarikat Coca-Cola di Malaysia. Syarikat Coca-cola akan mendirikan kilangnya di atas tanah yang dibeli daripada TH (Tabung Haji) Properties di Nilai, Negeri Sembilan dan upacara pecahtanahnya telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Hj Abdul Razak pada 15 Mac 2010.
Lebih meresahkan lagi perkembangan ini berlaku di saat-saat Masjid al-Aqsa dikepung dan pihak Zionis Israel terus mengancam keselamatan Masjid al-Aqsa dengan mengumumkan perasmian kuil Hover di persekitaran kejiranan Masjid. Tika seluruh dunia mempertingkatkan tekanan terhadap Zionis Israel, Malaysia pula dalam keadaan munafik menundur kebelakang.
Mungkin orang ramai akan bertanya apa hubungkait di antara pembukaan kilang Coca-cola di Malaysia dengan ketegangan yang berlaku di Baitul Maqdis timur dan di Masjid al-Aqsa. Dua perkembangan ini saling berkaitan kerana Syarikat Coca-cola telah dikenal pasti sebagai penyokong kuat kepada ekonomi Israel dan kewujudan entiti haram Yahudi Zionis yang merampas negara Palestin dan mengusir rakyatnya keluar.
Sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, Malaysia berhak untuk menentukan dasar dan pendiriannya tanpa di pengaruhi oleh mana-mana pihak yang berkepentingan. Namun Malaysia kononya telah mempertahankan dasar luar yang konsisten terhadap penubuhan negara haram Israel sejak mencapai kemerdekaan iaitu tidak akan mengiktiraf entiti haram tersebut, meskipun Israel adalah negara anggota penuh PBB namun dalam wajah yang lain kita sebenarnya munafik/hipokrit.
Berdasarkan kepada hakikat ini, tindakan membenarkan Syarikat Coca-cola melabur dan membina kilang pembotolan produk minumannya di sini adalah sesuatu yang bercanggah dengan prinsip yang kononnya dipertahankan sekian lama. Lebih dari itu sebenarnya dalam muka yang lain Regim pemerintah Malaysia pada tahun 1994 telah meluluskan melalui parlimen satu kebenaran khas untuk membenarkan hubungan dagang dengan Israel.
Oleh kerana Syarikat Coca-cola menyokong ekonomi Israel secara terbuka maka mereka bersekongkol dengan regim Zionis yang kononya tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
Membenarkan kilang syarikat Coca-cola beroperasi di bumi Malaysia boleh memberi implikasi merestui regim Zionis yang bertindak sebagai negara penyangak yang tidak pernah akur kepada undang-undang antarabangsa dan menghormati hak asasi rakyat Palestin.
Sokongan Coca-cola kepada Israel bukanlah berdasarkan dakwaan semata-mata bahkan terdapat dokumentasi lengkap mengenai penglibatan Syarikat Coca-cola di dalam membangunkan ekonomi Israel sejak tahun 1966.
Pada tahun 1997, misi ekonomi Kerajaan Israel telah memberi penghargaan kepada Syarikat Coca-cola dalam majlis Penganugerahan Perdagangan Israel atas sokongan berterusan syarikat itu terhadap Israel selama 30 tahun dengan mengabaikan seruan boikot Israel oleh Liga Arab.
Pada tahun 2002 Syarikat Coca-cola membuka kilang di atas tanah rakyat Palestin yang dirampas di Kirvat (Qiryat) Gat dalam negara Palestin yang dijajah. Berita ini dilaporkan di dalam akhbar rasmi Israel Haaretz pada 19 Julai 2002.
Seperti yang dilaporkan oleh akhbar Ha'aretz pada 18 Oktober 2005, Coca-cola meningkatkan pelaburannya di Israel dengan menguasai 51% saham dalam Tavor Winery, sebuah syarikat pembuat arak di Israel. Ini hanyalah sebahagian dari rekod cemerlang Coca-cola di dalam menyumbang kepada kemakmuran ekonomi Zionis Israel.
Fakta-fakta ini adalah hakikat yang tidak mungkin disanggah tentang betapa eratnya hubungan yang terjalin di antara Syarikat Coca-cola dan entiti haram Israel.
Rakyat harus bangkit mendesak Regim Bn Malaysia mengkaji semula keputusan untuk membenarkan Syarikat Coca-cola melabur dan membuka kilang operasinya di Malaysia.
TH (Tabung Haji) properties juga seharusnya tidak melabur atau terbabit dengan transaksi perniagaan yang meragukan kerana Tabung Haji terlibat secara langsung di dalam menjana pendapatan untuk urusan pengendalian jemaah Haji rakyat Malaysia. Tabung Haji seharusnya lebih prihatin dengan perkara ini kerana secara simboliknya ziarah, umrah dan ibadah haji ke tanah suci Makkatul Mukarramah tidak sewajarnya membawa kepada keruntuhan satu lagi tanah suci, masjid al-Aqsa al-Haram as-Syarif di Baitul Maqdis.
Seharusnya seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan, bangsa dan agama menyahut seruan boikot barangan Israel yang kini sedang berkumandang di seantero dunia. PACE menyokong kempen BDS (Boikot, Divestment and Sanctions - Boikot, pengalihan pelaburan dan sekatan) ke atas Israel yang dilaungkan diseluruh dunia. Malaysia juga melalui perbagai pertubuhan termasuk pemimpin regim kononya menyahut seruan ini tetapi perkembangan membenarkan pemilikan hartanah atas nama Coca - cola amat memalukan.
Inilah punca Israel terus berani dan Zinois terus mengganas kerana ramai pemimpin dunia hipokrit. Israel dan Zionis sememangnya diketahui dulu, kini dan selamanya ganas dan jahat tetapi yang bersekongkol dengan wajah munafik menentang di muka yang lain lebih jahat dan kianat lagi.
SHAH ALAM, 4 Jun — Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa menyifatkan tindakan polis mahu menghalang demonstrasi bagi membantah serangan Israel atas misi kemanusiaan ke Gaza sebagai “tidak mengikut perkembangan semasa.”
“Ketika seluruh dunia mengadakan perhimpunan bagi membantah kekejaman yang dilakukan Israel, polis pula mahu menghalangnya.
“Ini menunjukkan mereka tidak mengikuti perkembangan semasa yang berlaku sekarang.
“Lagipun ini juga adalah perhimpunan rakyat yang sama-sama membantah kekejaman yang dilakukan Israel,” kata beliau ketika ditemui selepas program Solat Hajat Perdana dan Pidato Khas bagi menyokong dan mendoakan keselamatan konvoi misi bantuan kemanusian ke Gaza malam tadi.
Program tersebut diadakan di Stadium Malawati.
Nasharudin berkata demikian ketika diminta mengulas amaran Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman bahawa polis tidak menerima sebarang pemohonan untuk mengadakan perhimpunan dan menyifatkannya sebagai perhimpunan haram.
“Perhimpunan ini juga dikhuatiri akan membahayakan keselamatan awam dan mendatangkan unsur keganasan,” katanya.
Nasharudin berkata perhimpunan itu akan tetap diteruskan kerana berpendapat ia hanya perhimpunan aman dan tidak akan mengundang bahaya.
“Kita akan tetap teruskan perhimpunan ini kerana ini adalah perhimpunan rakyat jadi tidak ada apa yang akan membahayakan.
“Saya sendiri hairan bagaimana beliau (Muhammad Sabtu) boleh berpendapat sedemikian,” katanya lagi.
Pergerakan Pemuda Umno dijangka mengadakan perhimpunan bagi mengutuk serangan berdarah tentera Israel itu di Masjid Negara selepas solat Jumaat manakala Pakatan Rakyat akan mengadakan rundingan meja bulat di Kelab Sultan Sulaiman pada pukul 11 pagi dan kemudian akan bergerak dari Masjid Jamek Kampung Baru ke arah Kedutaan Amerika Syarikat selepas solat Jumaat.
Program Solat Hajat Perdana dan Pidato Khas dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Turut hadir Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Asas Negeri Datuk Dr Hasan Ali, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim.
Selain itu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut menyertai program tersebut termasuk Muslim Care, Jemaah Islah Malaysia (JIM), Yayasan Amal, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Progam tersebut dimulakan dengan solat Maghrib yang diketuai Imam Masjid Subang Jaya, Mohd Shukri Ali.
Kemudian ia diikuti dengan zikir munajat dan disusuli dengan solat Isyak sebelum melakukan solat hajat.
Sebaik sahaja selesai solat hajat program diteruskan dengan pidato khas oleh para penceramah yang hadir terdiri daripada ahli politik dan juga wakil dari setiap NGO.
Menurut Setiausaha JIM, Nahar Md Noor, tindakan yang dilakukan Israel begitu serius dan harus ditentang oleh semua rakyat di negara ini.
“Tindakan Israel menyerang konvoi yang membawa misi kemanusian ini amat kejam dan tidak berperikemanusiaan.
“Justeru rakyat sama ada yang beragama Islam ataupun tidak perlu membantah kerakusan yang dilakukan Israel.
“Kekejaman yang dilakukan Israel ini menyebabkan ramai orang yang tidak berdosa terpaksa menerima penderitaan,” katanya.
Wakil ABIM, Zawawi Ahmad Mughni berkata, tindakan segera harus diambil ke atas kekejaman yang dilakukan oleh Israel.
“Kita perlu menyatakan sikap dan membantah kekejaman yang dilakukan Israel ini, disebabkan mereka ramai yang menderita.
“Selain itu, rakyat di negara ini perlu memboikot produk-produk daripada Israel.
“Setiap barangan Israel yang ada perlu dibuang dan digantikan dengan barangan tempatan kerana sudah tiba masanya untuk kita bertindak dan ini merupakan langkah pertama kita,” katanya.
Wakil MAPIM, Azmi Mohd Hamid pula berkata, tindakan yang diambil oleh setiap rakyat kali ini perlu konsisten dengan menetapkan pendirian membantah kekejaman yang dilakukan Israel.
“Kali ini kita semua perlu menetapkan pendirian kita dengan membantah kekejaman yang dilakukan oleh Israel ini.
“Kita perlu perlu menuntut supaya Israel mengaku bahawa mereka telah melakukan satu jenayah yang serius.
“Malah kita juga perlu menuntut supaya seluruh dunia memutuskan sebarang hubungan dengan Israel,” katanya.
Program tersebut turut diselangi dengan laungan takbir “Allahuakhbar”, “Hidup-hidup” “Hidup Islam” dan “Bangkit-bangkit” “Bangkit Islam”.
Program tersebut turut dihadiri oleh seorang rakyat Palestin, Sheikh Ahmad Husin Mohamad yang mengatakan bahawa rakyat di Malaysia telah memberikan sumbangan dan sokongan yang banyak kepada Palestin.
“Sokongan yang diberikan oleh rakyat Malaysia melalui demontrasi dan ceramah lebih bernilai daripada wang ringgit yang disalurkan kepada rakyat Palestin.
“Melalui sokongan dan sumbangan yang diberikan ini menyebabkan rakyat Palestin menganggap bahawa Malaysia adalah sebahagian daripada kami di Palestin,” katanya.
Sementara itu, Hasan berkata tindakan kejam yang dilakukan Israel itu telah menyebabkan rakyat seluruh dunia bersatu padu membantah tindakan mereka.
“Hari ini kita lihat bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia mengecam tindakan kejam yang dilakukan Israel tempoh hari.
“Jadi hari ini saya menyeru supaya seluruh rakyat supaya bersatu padu menentang kekejaman yang dilakukan mereka dan pada masa sama meneruskan perjuangan ini,” katanya.
Presiden Cuepacs mendedahkan bahawa 41% Penjawat Awam adalah PERASUAH...
Benar lah kata Idris Jala bahawa negara akan BANGKRAP dalam tempoh 9 tahun - Sebab lebih 400 ribu kakitangan Awam adalah PERASUAH - Sungguh MENGERIKAN !!!
DALAM PARLIMEN SOKONG APCO, DI LUAR KUTUK YAHUDI.....
[TVS] Presiden Umno Najib Abdul Razak menolak jemputan Pakatan Rakyat ke persidangan meja bulat mengecam serangan tentera rejim Tel Aviv keatas misi kemanusiaan Freedom Flotilla.
.
Sebelum ini, Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim menghulurkan tangan menyeru Presiden Umno ini untuk turun berhimpun bersama rakyat di Kampung Baru, Jumaat depan.
Perhimpunan di ibu negara ini diadakan sebagai reaksi kepada serangan komando Tentera Laut Israel keatas konvoi membawa 10,000 tan bekalan makanan dan perubatan ke Semenanjung Gaza, yang dihimpit sekatan ekonomi Mesir-Israel.
Pakatan Rakyat akan turut menganjurkan persidangan meja bulat membabitkan parti-parti politik dan badan bukan kerajaan pada jam 11 pagi di lokasi yang sama.
"Tidak, kita akan debat isu ini di Parlimen pada hari Isnin. Kita akan bentang usul mengecam serangan ganas Israel dan pencabulan hak asasi manusia," kata Najib kepada pemberita di Balai Polis Seapark, semalam.
Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru pernah menyaksikan perhimpunan orang Melayu menentang penjajahan British.
12 rakyat Malaysia yang menyertai misi bantuan ke Gaza yang ditahan dalam serbuan tentera Israel laknatullah kini telah dibebaskan dari penjara Israel.
Senarai 12 orang rakyat Malaysia: 1.Noorazman Mohd Samsuddin, HaluanPalestin 2.Dr Mohd Arbai'e Syawal, Haluanalestin 3.Dr Syed Muhammad Haleem Syed Hasan al-Haddad, HaluanPalestin 4.Al-Hami Husain Suhaimi, HaluanPalestin 5.Mohd Nizam Mohd Awang, HaluanPalestin 6.Hasanuddin Mohd Yunus, Aqsa Syarif 7.Jamuliddin Elias, Yayasan Amal 8.Dr Selamat Aliman, Jemaah Islah Malaysia (JIM) 9.Abdul Halim Mohd Redzuan, Muslim Care 10.Mustafa Mansur, Mapim 11.Ashwad Ismail, wartawan Astro 12.Shamsul Kamal Latif, jurukamera Astro
Inilah rupa Komandan pasukan Israel yang menyerang kapal pengangkut aktivis dan bantuan kemanusiaan Mavi Marmara untuk Gaza pada dinihari Isnin (31/5) semalam. Ternyata seorang China-Israel, Laksamana Eliezer Maron.
[ERAMUSLIM] Komandan pasukan Israel yang menyerang kapal pengangkut aktivis dan bantuan kemanusiaan Mavi Marmara untuk Gaza pada dini hari Senin (31/5) kemarin ternyata seorang China-Israel, Laksamana Eliezer Maron.
Maron merupakan ketua intelijen angkatan kelautan Israel yang pada awal tahun lalu sempat dihebohkan oleh skandal Go-Go Girls Club dimana Maron tertangkap berpesta di sebuah klab tari telanjang di Tel Aviv.
Marom merupakan peranakan dari ayah China totok yang hidup sebagai pengungsian di Jerman pada masa perang dunia dua, dan ibu keturunan China-Rusia yang memeluk Yahudi. Orang tua Marom pindah ke Israel setelah negara itu berdiri pada tahun 1948. Marom sendiri menikah dengan seorang perempuan Israel keturunan Asia.
Kantor berita Alarabiya (1/6) melansir, Maromlah yang memberikan perintah kepada pasukan AL Israel untuk mencekal dan menyerang kapal Mavi Marmara, dan menewaskan dari 20 orang aktivis kemanusiaan di kapal itu. Meski demikian, kapal Mavi Marmara yang diserang itu ternyata dikabarkan bukan kapal yang dikehendaki Israel.
Akibat peristiwa itu pula, Marom menuai banyak kecaman dari berbagai pihak di dalam negeri Israel dan menuntutnya untuk mundur dari jabatannya. (ags/aby)
Pelik.... dalam keghairahan masyarakat Islam (Malaysia dan dunia Islam) mengutuk kekejaman Israel tapi dalam masa yang sama masih membantu menaikkan ekonomi Israel dan sekutunya. Masyarakat Islam masih lagi menggunakan produk sekutu Israel. Apa cerita?
Bagi saya, cara terbaik untuk menghancurkan Israel dan sekutunya ialah dengan menjahanamkan ekonomi mereka. Tapi saya yakin tiada negara Islam yang berani memboikot barangan Israel dan sekutunya...
Malaysia tidak terkecuali mengutuk kekejaman Israel itu....
[BERNAMA] Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim Israel yang menyerang kapal konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza, dan menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi teguran keras terhadap rejim itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia akan mengusulkan perkara tersebut kepada peringkat tertinggi Majlis Keselamatan PBB supaya perkara ini dibincangkan dalam masa terdekat.
"Saya atas nama kerajaan dan rakyat Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan zalim dan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh rejim Tel Aviv terhadap konvoi yang membawa bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin di Gaza," katanya kepada wartawan selepas melancarkan Pertubuhan Bekas Ahli 4B Malaysia (Alumni4B) di sini hari Isnin.
Beliau juga berkata "seluruh dunia harus mengutuk dan mengecam tindakan rakus rejim itu".
"Saya harap insiden ini akan membawa kepada satu tindakan yang boleh membawa kepada teguran keras terhadap Israel," katanya.
Najib berkata serangan ini juga menunjukkan rejim Tel Aviv tidak menghormati langsung undang-undang antarabangsa dan menggunakan kuasa mereka sesuka hati tanpa sebarang pertimbangan sama ada tindakan mereka akan membawa kepada kehilangan nyawa orang-orang yang tidak berdosa.
Perdana Menteri berkata pada masa ini beliau juga sedang menunggu butir dan maklumat sahih mengenai nasib rakyat Malaysia yang turut serta dalam konvoi itu.
Salah sebuah daripada sembilan buah kapal kecil konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza, yang dianjurkan oleh kumpulan pro-Palestin dan pertubuhan hak asasi manusia Turki iaitu Mavi Marmara telah diserang oleh tentera Israel hari ini berdekatan Gaza.
Dua rakyat Malaysia, iaitu seorang wartawan dan seorang jurukamera dari Astro Awani, dilaporkan berada di atas kapal itu dan nasib mereka masih tidak diketahui.
Perdana Menteri Najib Abdul Razak dan Senator Ezam Md Noor boleh didakwa kerana tidak memfailkan laporan polis berhubung tuduhan Saiful Bukhari Azlan terhadap Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.
Peguam Karpal Singh berkata demikian di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, semasa meneliti pengakuan Saiful menemui Najib, Ezam, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah pada masa itu, Rodwan Mohd Yusof dan rakan karib isteri PM, Mumtaz Jaafar, sebelum pemeriksaan hospital.
Ketika disoal peguambela, Saiful mendakwa beliau tidak tahu apakah individu terbabit memfailkan laporan polis terhadap Anwar Ibrahim.
Saiful juga mendakwa Ezam dan Mumtaz tidak mengalakkan beliau memfailkan laporan polis kerana bimbangkan keselamatannya.
Karpal berkata Najib dan mereka terbabit boleh dikenakan tindakan dibawah Seksyen 202 Kanun Keseksaan kerana gagal memfailkan laporan polis seperti yang ditetapkan Seksyen 13 Kanun Acara Jenayah.
Sementara itu, Saiful menafikan memberitahu polis, Hospital Pusrawi dan Hospital Kuala Lumpur bahawa sejenis objek plastik dimasukkan ke dalam duburnya.
Beliau turut menafikan majlis sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan telah dirancang diadakan beberapa hari sebelum penamaan calon Pilihanraya Kecil Permatang Pauh.

Anda dialu-alukan untuk memberi komen atau berkongsi pendapat tentang isu atau perkara yang diutarakan. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman, dan bahasa kesat tidak akan disiarkan.