Pada pendapat anda, apakah tindakan tegas yang perlu diambil terhadap restoran terbabit? Bagaimanakah cara untuk mengajar mereka yang biadab dan kurang ajar? Mengapakah mereka sanggup menggunakan logo halal palsu?
Saya petik:
[KS] PETALING JAYA - Sebuah restoran yang menyajikan makanan berasaskan sayur-sayuran di Jalan 8/1E di sini diserbu semalam selepas didapati menggunakan bahan masakan mengandungi arak tetapi memaparkan logo halal palsu yang didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Logo halal palsu itu dengan saiz yang agak besar ditampal pada pintu masuk hadapan premis tersebut bagi mengaburi pelanggan beragama Islam sejak lima tahun lalu.
Serbuan dilakukan oleh lapan anggota penguat kuasa Jakim dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor pada pukul 11 pagi.
Bagaimanapun tiada pelanggan ketika serbuan dilakukan.
Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Cawangan Hab Halal Jakim, Mohd. Amri Abdullah berkata, pemeriksaan awal mendapati premis itu menggunakan bahan masakan yang meragukan selain tukang masak dari Myanmar.
Si dia ini dikatakan kaki "Pow duit"? Benarkah begitu? Sumbernya di sini.
Saya petik:
Sohaimi adalah Pegawai Khas di pejabat Dato Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industeri Asas Tani serta Ketua Pemuda Selayang. Dia kini memegang jawatan sebagai Pengerusi Biro Ekonomi. Masaalahnya, pilihan Khairy masih bukan calon yang diterima majoriti Ketua-Ketua Pemuda Bahagian dalam Selangor. Sohaimi pula sudah menimbulkan kontroversi kerana dipercayai meminta wang atau bahasa lingo politik, "pow duit" dari Ketua Eksekutif francis Hot Dog 1901 yang sepatutnya menerima anugerah usahawan dari Pemuda UMNO bersama Tony Fernandez. Dia enggan membayar dan langsung tidak diberi anugerah tersebut. Kredibiliti anugerah ini pun turut tercemar. Sanggah Tok Janggut atau penulis Aimam JR turut mendedahkan Sohaimi didakwa menyeleweng kuasa untuk mengaut perolehan tender pembekalan baja Kementeriaan. Oleh kerana dia bekerja bawah Dato Noh, susah untuk Dato Noh tidak menyokong perlantikan Sohaimi. Selain itu, sumber memberitahu Dato Noh yang pernah berhadapan dengan rungutan akarumbi kerana tidak ada gerak kerja politik dan 'kemut' duit melihat Sohaimi sebagai penyelesaian masaalah. Dia tidak perlu keluar wang untuk Pemuda Negeri. Sohaimi sanggup dahulukan RM500,000 tetapi bersyarat. Mesti ada projek untuknya menampal kembali wang keluar itu. Jika dakwaan Aiman dan sumber ini, nama baik Dato Noh pun akan turut terpalit.
KUALA LUMPUR, 24 Nov: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sepatutnya mula bimbang sekarang ekoran siasatan yang lebih meluaskan terhadap skandal rasuah dalam pembelian kapal selam buatan Perancis, Scorpène.
Selain Najib, turut mula bimbang adalah pemimpin dari India, China dan Brazil serta pemimpin Perancis termasuklah bekas Presiden, Jacques Chirac, bekas Menteri, Dominique de Villipin dan Edouard Balladur di samping Presiden Perancis sekarang, Nicholas Sarkozy.
Demikian menurut laporan Asian Sentinel semalam dalam laporan yang ditulis oleh Gavin M. Greenwood, seorang konsultan keselamatan yang berpejabat di Hong Kong John Berthelsen, editor Asia Sentinel.
Mungkin persiapan ke arah itulah, pejabat kedutaan Malaysia di Perancis penuh dengan bekas pegawai tentera termasuk dutanya, Tan Sri Dr Abdul Aziz Zainal, 58, yang merupakan bekas Panglima Angkatan Tentera. Dr Abdul Aziz menerima watikah perlantikan itu awal Mei 2010 lalu.
Menurut seorang rakyat Malaysia yang berkunjung ke pejabat kedutaan Malaysia di Perancis baru-baru ini dalam urusan kerjanya, apa yang mengejutkan beliau adalah ramainya bekas tentera yang menjadi kakitangan di pejabat kedutaan itu termasuk dutanya.
Beliau tertanya-tanya, kenapa ramai sangat bekas tentera di situ, lalu dia teringat kes kapal selam yang tidak boleh menyelam kat Malaysia dan wanita Monggolia yang mati kerana dibom dengan C4.
Menurut Asian Sentinel, para peguam kepada keluarga 11 jurutera Perancis yang mati dalam serangan bom di Karazchi tahun 2002 lalu, akan memfailkan dakwaan pembunuhan terhadap Chirac dengan mendakwa kejadian itu berpunca dari pembatalan rasuah kepada tentera Pakistan dalam pembelian tiga kapal selam Agosta 90-class untuk tentera laut negara itu.
Sarkozy adalah Menteri Bajet Perancis ketika kerajaan negara itu menjual kapal selam yang dibina oleh gergasi pertahanan Perancis, DCN ( yang kemudiannya dikenali sebagai DCNS) kepada Pakistan dengan nilai USD950 juta.
Pendakwaraya mendakwa, ahli poltik, pegawai tentera dan orang tengah Pakistan menerima jumlah komisyen sehingga Euro2 juta yang kembali semula ke Paris untuk membantu kempen Balladur yang tidak berjaya mengalahkan Chirac itu.
Menteri Bajet, Sarkozy didakwa meluluskan elemen kewangan dalam penjualan kapal selam itu. Ketika itu, beliau adalah jurucakap pasukan kempen presiden Balladur dan menurut media Perancis, mereka telah membuka dua syarikat di Luxembrg untuk menguruskan wang rasuah itu, lapor Sentinel.
Adalah didakwa, apabila Chirac dipilih semula, beliau telah membatalkan pembayaran rasuah itu kepada Pakistan, menyebabkan tindakan serangan membalas dendam ke atas kenderaan yang dinaiki oleh para jurutera Perancis dan tiga rakyat Pakistan itu. Beberapa tahun lamanya, Pakistan menyalahkan serangan itu kepada militan Islam termasuk Al Qaeda.
Salah seorang peguam itu berkata, pihaknya akan menyiasat bagaimana keputusan memghentikan komisyen itu dicapai. Beliau juga mahu memanggil Sarkozy untuk memberikan keterangan namun Presiden Perancis itu dengan marahnya menafikan dakwaan itu.
Sebagai Presiden beliau mempunyai umuniti dan berhak untuk menolak dari dipanggil memberikan keterangan.
DCNS telah menjual Scorpènes kepada Pakistan pada tahun 1994. Malaysia melalui usaha Menteri Pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Razak membayar USD1 bilion kepada DCNS untuk memesan kapal selam itu dan pada tahun yang sama, iaitu 2002, ketika para jurutera Perancis itu dibunuh, lapor Sentinel.
Sebagai timbal balas, syarikat yang dimiliki rakan Najib, Abdul Razak Baginda telah dibayar Euro114 juta sebagai 'komisyen'. Ia disahkan dalam satu jawapan di Parlimen Malaysia.
Isu ini menjadi semakin panas apabila Altantuya Shaariibuu, wanita Monggolia yang mendakwa teman wanita Abdul Razak dibunuh dan diletupkan badannya sehingga berkecai dengan C4, peledak yang selalu digunakan oleh tentera.
Altantunya datang ke Malaysia untuk menuntut hak yang dijanjikan kepadanya iaitu USD500,000 dari komisyen yang mereka perolehi ekoran peranannya dalam urusan jual beli kapal selam ini.
Abdul Razak bersama dua pengawal peribadi Najib telah didakwa ekoran kejadian itu namun Abdul Razak telah dibebaskan manakala dua lagi pegawai polis yang menjadi pengawal peribadi itu dijatuhkan hukuman bunuh. -Harakahdaily
KUALA LUMPUR 24 Nov - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan Ketua Oposisi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan borang laporan protokol perubatan (proforma) saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Ketika membuat keputusan itu Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata beliau membenarkan permohonan itu kerana dokumen berkenaan sudah dirujuk saksi ketiga pendakwaan (SP3) pakar patologi foresnik Dr Siew Sheue Feng dari Hospital Kuala Lumpur ketika mahkamah berhenti rehat semalam.
“Pada pandangan saya saksi boleh merujuk kepada nota semasa soal balas...maka permohonan untuk mengenakan tindakan menghina mahkamah ditolak,” Mohd Zabidin.
Mohamad Zabidin bagaimanapun menolak permohonan pihak pembelaan agar Dr Siew dikenakan perintah menghina mahkamah atas tindakan beliau tersebut.
'Proforma' merupakan dokumen yang selalu digunakan dalam kes penganiayaan seks yang mempunyai butiran pemeriksaan perubatan yang dijalankan ke atas pengadu. -S/Keadilan
[HM] JOHOR BAHRU: Hasrat seorang bapa untuk menimang cucu sulung musnah apabila anaknya yang hamil sebulan ditemui mati dengan kesan dikelar pada lehernya di sebuah rumah di Batu 16, Jalan Kastari, Ulu Tiram, di sini, petang kelmarin.
Lebih menyayat hati, pembunuhan kejam Rohana Hamzah, 26, yang didakwa keluarga mangsa sebagai angkara suaminya berlaku pada tahun kelima perkahwinan pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga.
Bapa mangsa, Hamzah Mohamad, 51, berkata, dia rebah kerana hatinya hancur sejurus melihat jenazah Rohana tertiarap berlumuran darah di bilik tidur di rumah sewa pasangan berkenaan.
Menurutnya, dia bergegas ke rumah itu selepas menerima panggilan daripada bapa saudara menantunya yang memaklumkan timbul masalah membabitkan pasangan berkenaan, kira-kira jam 2.30 petang.
Bagaimanapun, katanya, dia mula cemas selepas melihat polis dan orang ramai mengerumuni rumah anak perempuannya itu sebelum rebah sejurus melihat jenazah anak ketiganya itu dengan tangan terkilas ke belakang.
“Saya mula rasa ada yang tak kena apabila melihat menantu berusia 24 tahun dalam keadaan bergari dan dibawa polis,” katanya yang ditemui di Hospital Sultan Ismail (HSI), semalam.
Hamzah berkata, kali terakhir dia berjumpa Rohana ketika anaknya itu pulang bercuti seminggu iaitu sebelum Aidiladha lalu di rumahnya di Taman Sri Pulai di Skudai pada 14 November lalu.
“Kali terakhir Rohana menghubungi adiknya pula kira-kira jam 11.15 pagi pada hari kejadian. Dia bertanyakan salinan MyKad miliknya yang tertinggal di rumah kami.
“Bagaimanapun, perbualan singkat itu terhenti dan pada masa sama, adiknya mendengar bunyi bising sebelum talian terputus,” katanya.
Menurutnya, risau dengan keadaan itu, mereka sekali lagi cuba menghubungi Rohana, tetapi panggilan tidak berjawab.
“Kami tahu sangat sikap cemburu dan panas baran suaminya kerana pernah melihat dia memukul Rohana di depan kami.
“Malah, kami juga berat melepaskan Rohana pulang pada malam sebelum kejadian memandangkan dia baru saja dicederakan suami sebelum pulang ke rumah kami,” katanya.
Hamzah berkata, kecederaan itu menyebabkan Rohana dirawat di wad selama tiga hari selain menerima lapan jahitan dan ketika ditanya, arwah anaknya itu mengatakan ia akibat terkena kaca.
Bagaimanapun, keluarga Rohana sangsi dan percaya ia akibat kelaran menggunakan pisau, malah doktor yang merawatnya juga meragui kecederaan itu berpunca daripada kaca.
“Tapi, semuanya sudah ditakdirkan dan sekelip mata bukan saja kehilangan anak tersayang, malah cucu dalam kandungan,” katanya.
Jenazah mangsa dihantar ke HSI untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga petang semalam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 10, Skudai.
[SH] KEMAMAN - Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pihak luar semakin tidak percaya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dengan itu kerajaan tidak perlu bimbang dan menghalangnya daripada pergi ke luar negara bagi mengelak ketua pembangkang itu daripada terus menghina Malaysia.
Lagipun, kata bekas perdana menteri, jika Anwar dihalang ke luar negara, ini akan menimbulkan kemarahan terhadap kerajaan, dan kerajaan akan berdepan dengan pelbagai tuduhan.
"Kita tak patut halang dia keluar negara. Saya tak fikir kita patut takut kepada dia. Kita buat macam itu, orang lagi jadi marah kepada kita, benci kepada kerajaan. Nanti mulalah orang cakap kerajaan itu dan ini.
"Tak apalah, saya ingat orang lain pun tak percaya kepada dia dah, siapa nak percaya. Kalau saya, saya tidak peduli. Bukan orang itu yang nak mengundi, yang mengundi orang di sini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Eastern Pacific Industrial Corporation (Epic) Berhad di Kemaman Supply Base kawasan Perindustrian Teluk Kalong di sini, hari ini.
Berkaitan email terdahulu yang dihantar. Ini bukti-bukti baru yang saya serahkan. Demi menghormati privicy beliau, saya harap sdr tidak siarkan alamatnya dalam blog sdr. Hanya untuk pengetahuan sdr saja.
Deep Throat JPM
terima kasih.
Kalau bukan rasuah ini apa?
Bukti ZAKAYA, Setiausaha Sulit Najib ada rumah bernilai RM5juta
1. Dato’Zakiah Ibrahim AKA ZAKAYA telah mengarahkan PRnya untuk menjawab dakwaan yang didedahkan oleh blog-blog dan laman berita internet.
2. Penjelasan ZAKAYA hanya berligar soal beliau bukan setiausaha sulit PM Najib Tun Razak tetapi setiausaha sulit Menteri Kewangan yang namanya juga Najib Tun Razak, dan kisah sedih kononnya beliau memang tidak lagi ingin bekerja sebagai salah seorang setiausaha sulit Najib tetapi dipaksa berkerja juga.
3. Persoalan penting mengenai wang rakyat Malaysia yang digunakan untuk mendanai syarikat Aero Tree Defence & Servives Sdn Bhd ditidak dinafikan beliau.
4. ZAKAYA tidak menyentuh hubungan beliau dengan CEO dan salah seorang lembaga pengarah syarikat Aero Tree Defence & Servives Sdn Bhd.
5. Beliau tidak menafikan atau mengiyakan mengenai pinjaman berjumlah RM200 juta yang diberikan oleh dua buah institusi kewangan kepada syarikat tersebut untuk perniagaan bernilai RM20juta.
6. Kini apakah beliau berani menafikan, bahwa beliau memiliki rumah agam bernilai RM5 juta dengan kos untuk hiasan dalaman sahaja melibatkan perbelanjaan RM2 juta dengan mengupah perunding terbaik dari Da Vinci Group Holdings. Sila lihat jenis perabotnya dihttp://www.davinciasia.com/home.html
7. ZAKAYA baru tinggal di rumah tersebut pada Disember 2009 dan sesuai dengan sifatnya yang low profile, rumah mewah itu bukan di Bukit Damansara atau Taman Duta tetapi di Setiawangsa.
8. Soalnya dari mana wang yang beliau perolehi untuk memiliki kediaman mewah itu. Apakah hanya semata-mata dari gaji yang dibayar kerajaan kepada beliau selaku setiausaha sulit Menteri Kewangan?
9. Apakah beliau menafikan pada bulan May dan Jun lalu pada beliau telah menemui seorang ketua bahagian UMNO (Datuk O) dari negeri sebelah Utara untuk satu projek solar dengan janji komisen sebanyak RM5juta? Dan jadi dengan projek tersebut?
10. Siapa ahli perniagaan wanita berbangsa Cina yang akhirnya memperolehi projek tersebut dan benarkan ZAKAYA dan ahli perniagaan wanita itu berkongsi keuntungan RM35 juta, lebih 30 juta dari yang dijanjikan oleh ketua bahagian UMNO itu? Kedua-duanya salah, dan rakyat perlu tahu perkara sebenar. Sila jelaskan!
11. Kami juga mencabar SPRM menyiasat satu projek direct nego di Sabah membabitkan salah seorang kroni ZAKAYA. Apa yang menjadi misterinya adalah bagaimana Bahagian Perolehan Kementerian Kewangan memberi kelulusan untuk ‘rundingan terus’ tersebut.
12. Benarkah ZAKAYA memberitahu KetuaSetiausaha Perbendaharaan bahawa yang memberi kebenaran untuk ‘rundingan terus’ itu adalah PM Najib yang juga Menteri Kewangan.
13. Siasat juga apa jadi dengan projek lombong emas di Pahang, di mana ZAKAYA berganding bahu dengan sanak-saudara MB Pahang untuk merealisasikan penggalian emas itu?
14. ZAKAYA dalam emailnya seperti yang disiarkan oleh blog chegubard tidak menafikan bahawa pejabat beliau sebelah dengan bilik Menteri Kewangan yang juga PM.
15. Kami ingin mendedahkan bahawa ZAKAYA mempunyai kuasa mutlak terhadap Jabatan Perolehan Kementerian Kewangan dan perkara ini boleh disahkan oleh Setiausaha Bahagian Perolehan Kerajaan (SBPK) Dato Fauziah Bt Yaakob.
16. Selama ini Dato Fauziah selalu tidak berani melawan arahan-arahan ZAKAYA walaupun bertentangan dengan SOP jabatan kerana beranggapan bahawa permintaan ZAKAYA merupakan arahan PM.
17. ZAKAYA dalam penjelasannya mengatakan beliau “pernah minta ditukar” hakikat sebenarnya adalah beliau nyaris ditukar tetapi kerana rayuan dengan “air mata” di depan pegawai utusan dan keluarga PM maka beliau selamat.
18. ZAKAYA mengatakan suaminya tidak pernah ke rumah PM, hakikatnya suami ZAKAYA menggunakan proksi ahli perniagaan Cina Sarawak untuk ‘pindah’ wang dan cek. SPRM boleh periksa jika ragu-ragu sebelum semua ‘kekayaan’ itu dialihkan ke luar negara terutamanya di Paris di mana ZAKAYA mempunyai sebuah lagi rumah.
19. Kita nantikan jawapan ZAKAYA kerana ada lagi pendedahan yang lebih mengejutkan akan menyusul.
Ini mungkin produk dari negara China. Jadi berhati-hatilah ketika membeli sejadah.
Saya petik:
[HM] SEREMBAN: “Niat anak saudara untuk mengerjakan solat terhenti sejurus mendapati corak pada sejadah itu seolah-olah muka dan kepala babi,” kata seorang suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Mas, 50-an.
Menurutnya, sejadah merah berkenaan dibelinya di sebuah kedai dekat sini yang dijual secara lelong kira-kira enam bulan lalu.
“Saya dan beberapa ahli keluarga membeli-belah di kawasan berkenaan sebelum ternampak jualan lelong di kedai menjual permaidani dan sejadah itu.
“Sejurus memasuki kedai berkenaan, saya teruja apabila mendapati ada sejadah yang dijual dengan harga amat murah iaitu hanya RM10 untuk tiga helai.
“Saya membelinya tanpa melihat lebih teliti setiap sejadah yang diambil,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, minggu lalu anak saudara perempuannya berusia 20-an bertandang ke rumah dan mahu menunaikan solat Asar.
“Saya menyerahkan sejadah itu kepadanya dan terkejut apabila dimaklumkan corak yang tertera menyerupai muka dan kepala babi,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengguna Negeri Sembilan (Nesca), Khairuddin Yunus, berkata pihaknya menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dengan setiap jualan murah yang kebiasaannya terdiri daripada barangan lama dan kurang berkualiti.
“Malah, lebih buruk apabila terjadi kes begini yang menyentuh sensitiviti umat Islam,” katanya.
Beliau berkata, isu sensitif seumpama itu sesuatu yang ‘panas’ dan ia perlu dielakkan sebaik mungkin demi kepentingan bersama.
“Ini kerana ia membabitkan kesucian dan maruah masyarakat Islam sama ada corak berkenaan sengaja dilakukan atau sebaliknya,” katanya.
Sehubungan itu Khairuddin, menggesa pihak terbabit menjalankan pemantauan di setiap kedai bagi mengelak perkara sama berulang.
SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam menahan seorang pegawai atasan Yayasan Selangor berhubung dakwaan kos penganjuran sambutan ulang tahun ke-40 yayasan itu yang melebihi RM300,000, baru-baru ini.
Pegawai berkenaan yang sebelum ini diarahkan bercuti ditahan pada sebelah pagi sebelum dibawa ke pejabatnya di Tingkat 16, Pejabat Yayasan Selangor di Petaling Jaya, dekat sini.
Sepasukan pegawai SPRM yang berpejabat di sini mengambil sedikit masa bagi menyemak fail sebelum membawa keluar beberapa dokumen dari pejabatnya.
Difahamkan, pegawai atasan yayasan itu akan direman di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki, ketika dihubungi berharap SPRM dapat menyiapkan siasatannya secepat mungkin bagi membolehkan pegawainya itu kembali bertugas seperti biasa.
Saya kesal dengan keadaan sekarang tetapi saya akui tiada orang mengatasi undang-undang. Jika seseorang itu didapati bersalah, dia perlu menerima kesannya dan begitulah sebaliknya. Kebenaran perlu ditegakkan," katanya ketika dihubungi di sini.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sebelum ini mengarahkan pegawai atasan itu bercuti bergaji selama sebulan sehingga siasatan mengenainya selesai kerana siasatan awal menunjukkan terdapat pembabitan pejabat beliau dalam urusan mengeluarkan kos perbelanjaan tidak munasabah itu.
Baru-baru ini, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah membatalkan keberangkatan baginda ke majlis sambutan ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor di Asrama Tun Dr Ismail, Kampung Pandan, Kuala Lumpur kerana terkejut dan dukacita dengan kos penganjurannya yang melebihi RM300,000.
Ketika menyampaikan keputusan baginda, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ramli Mahmud, berkata Sultan Selangor menyifatkan kos yang amat tinggi itu sebagai satu pembaziran dan tidak berfaedah. -BH
[HM] PUTRAJAYA: Disebabkan tidak sanggup terus menderita akibat digantung tidak bertali’ selama 10 tahun, ada wanita Islam yang bukan saja berhijrah ke luar negara, malah menjadi murtad selepas berkahwin dengan lelaki bukan Islam.
Mendedahkan kes berkenaan, Penasihat Persatuan Ibu Tunggal Permai Kasih Sungai Besi, Datuk Wan Abdul Halim Wan Othman, berkata wanita terbabit yang berusia 40-an bertindak sedemikian selepas tertekan tindakan suami asalnya yang berkahwin lain dan mengabaikan nafkah zahir serta batin.
Menurutnya, wanita itu yang berkerjaya profesional mendakwa fobia dengan ‘kata dua’ suami yang mahu melihat dia menderita sehingga mati dan membiarkannya digantung tidak bertali. “Kes ini antara puluhan, malah ratusan masalah yang dihadapi ibu tunggal digantung tidak bertali yang tewas dalam perjuangan mendapatkan hak mereka mengikut yang terkandung dalam al-Quran.
“Sepatutnya golongan seperti ini dibantu. Malangnya, pada masa ini kesukaran mereka terus tidak dibela sewajarnya sehingga ada yang nekad mengambil keputusan yang salah,” katanya.
Beliau berkata, kes wanita tertekan berkenaan yang berhijrah ke luar negara dan meninggalkan Islam, amat menyedihkan, tapi ia bukan sesuatu yang aneh kerana mereka juga memiliki naluri untuk menjalani kehidupan lebih baik.
“Tetapi, mereka digantung tidak bertali dan tidak diberikan bantuan apabila diperlukan. Keadaan itu menyebabkan harapan mereka hancur terutama apabila proses di mahkamah juga tidak memihak kepada mereka,” katanya. Wan Abdul Halim berkata, kemelut yang dihadapi ibu tunggal dan wanita digantung tidak bertali ini boleh ditangani dengan baik jika pelbagai pihak memberi tumpuan terhadap permasalahan yang dihadapi golongan berkenaan sejajar apa yang terkandung dalam al-Quran.
Beliau berkata, wanita yang sudah nekad menukar agama itu individu berpendidikan yang arif mengenai hak wanita seperti terkandung dalam al-Quran dan mereka berharap undang-undang itu digunakan.
Bagaimanapun, katanya, apa yang diharapkan mereka tidak menjadi kenyataan, malah proses ‘melepaskan diri’ terlalu sukar walaupun suami sudah berkahwin baru dan sengaja mahu melihat isteri digantung tidak bertali sehingga mati.
Menurutnya, mahkamah syariah mempunyai tanggungjawab dan amanah cukup berat bagi mendaulatkan hak wanita seperti terkandung dalam al-Quran bagi memastikan golongan itu termasuk ibu tunggal dan mereka yang digantung tidak bertali diberikan keadilan sewajarnya.
“Keadilan penting bagi memastikan golongan berkenaan dibantu bagi membina kehidupan baru selain menyelamatkan mereka daripada sikap suami atau pihak tertentu yang hanya mementingkan diri sendiri.
“Kita tidak mahu ada sesetengah wanita sepatutnya mampu menjalani kehidupan sempurna, tetapi akibat dihalang pihak yang tidak bertanggungjawab, kehidupan mereka berubah ke kancah yang tidak sihat dan merosakkan masa depan mereka,” katanya.
Tanpa berselindung, beliau tidak menafikan ada ibu tunggal yang terbabit kes yang tidak sihat, tetapi jika dikaji secara terperinci ia boleh dikaitkan dengan punca yang tidak sepatutnya terjadi, termasuk tidak dibenarkan berkahwin dengan lelaki pilihan mereka.
Katanya, banyak masalah yang menyebabkan ibu tunggal itu tertekan termasuk anak yang tamak harta sehingga tidak membenarkan ibunya berkahwin lain kerana bimbang harta itu akan dimiliki pasangan baru ibu mereka.
“Sepatutnya, masalah yang membelenggu ibu tunggal dan mereka yang digantung tidak bertali boleh diselesaikan dengan baik jika lunas Islam dijadikan asas utama kerana ia sudah pasti akan memberikan satu keputusan yang adil dan saksama.
“Bukan itu saja, ia sudah pasti menyelamatkan golongan berkenaan supaya tidak melakukan tindakan tidak bijak, termasuk berfikir untuk meninggalkan agama dianuti,” katanya.
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan yang akan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) esok, tidak pulang ke rumah sejak empat hari lalu selepas dikatakan keluar ke kedai untuk membeli alat tulis bagi menghadapi peperiksaan itu.
Fatin Farihah Nordin, 17, yang pernah meraih anugerah pelajar cemerlang Tingkatan Empat, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Damansara Damai dekat sini, tahun lalu, keluar rumah jam 12 tengah hari Rabu lalu.
Ibunya, Zatul Bazamah Zainal Abidin, 34, berkata anak sulung daripada lima beradik itu keluar rumah sehelai sepinggang dan mengesyaki anaknya itu keluar bersama seorang lelaki kerana ketika beliau menghubungi telefon bimbit anaknya, pelajar itu memberitahu berada di Putrajaya bersama seorang rakan.
“Ketika saya menelefonnya, dia beritahu berada di Putrajaya dan ke sana menaiki motosikal bersama rakan. Apabila saya tanya sama ada rakan itu lelaki, dia terus matikan telefon bimbit dan sehingga kini tak dapat dihubungi,” katanya ketika mengunjungi Balai Berita di sini, semalam.
Zatul Bazamah berkata, beliau bimbang terhadap keselamatan Fatin Farihah kerana selepas empat hari, anaknya itu langsung tidak menghubunginya, apa lagi dia perlu pulang segera untuk menduduki SPM.
“Saya sekeluarga sudah mencarinya di Putrajaya selain menghubungi rakan rapatnya tetapi mereka tidak tahu ke mana anak saya menghilang. Saya bimbang dia tidak mengambil SPM kerana akan menjejaskan masa depannya,” katanya.
Katanya, beliau sudah membuat laporan di Balai Polis Sungai Buloh, semalam, dan berharap sesiapa yang mempunyai maklumat menghubungi beliau di talian 010-4304001. -bh
KUALA LUMPUR, 22 Nov — Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menang kes saman fitnah RM100 juta terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan tiga pihak lain.
Penolong Pendaftar Kanan, Noordura Mohamed Din hari ini menerima permohonan Zambry bagi memasukkan penghakiman terhadap empat defendan.
Peguam Zambry menyifatkan keputusan itu sebagai “judgment on liability” mengambil kira tuntutan anak guamnya terhadap para defendan.
Pada 25 Februari lepas, Zambry memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menamakan Dr Wan Azizah selaku pemegang jawatan dalam PKR, Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali yang juga ketua editor Suara Keadilan, penerbit akhbar berkenaan, Pelita Koridor Sdn Bhd dan pencetak Suara Keadilan, Percetakan NPK Sdn Bhd sebagai defendan.
Dalam pernyataan tuntutannya, Zambry berkata artikel yang disiarkan dalam akhbar Suara Keadilan edisi 29 Disember 2009-5 Januari 2010, bertajuk “Zambry Disyaki Pengganas — Gagal masuk ke Amerika Syarikat” mengandungi perkataan berunsur fitnah yang palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan berniat jahat.
Beliau menegaskan bahawa beliau tidak dihalang daripada memasuki Amerika Syarikat, malah dibenarkan masuk ke negara itu serta diberikan pengiktirafan yang sesuai dengan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Perak.
Zambry berkata lawatannya ke Amerika Syarikat mendapat liputan meluas media dan defendan telah menyiarkan kata-kata berunsur fitnah itu dengan sengaja.
Menteri Besar Perak itu berkata perkataan berunsur fitnah itu telah melukakan perasaannya dengan begitu mendalam, mencemarkan dengan teruk reputasi awam, peribadi dan politiknya serta membawa kepada skandal awam, kebencian dan penghinaan.
Beliau menuntut ganti rugi RM100 juta, termasuk ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan, faedah lapan peratus setahun dan juga injunksi bagi menghalang defendan daripada menyiarkan perkataan berunsur fitnah itu atau sebarang perkataan berunsur fitnah yang serupa terhadapnya.TMI
RAWANG, 22 Nov: Pilihan raya umum ke 13 (PRU 13) dijangka akan diadakan pada April 2011 serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak.
Inilah ramalan paling hangat yang dibuat sekarang ekoran keaktifan politik dan rasa keyakinan BN ekoran kemenangan berganda mereka di Parlimen Batu Sapi, Sabah dan Dun Galas, Kelantan baru-baru ini.
Semalam, Bendahari PKR, William Leong ketika berucap dalam satu majlis dekat sini juga turut meramalkan pilihan raya umum ke 13 akan diadakan April tahun depan.
"Pilihan raya umum ke-13 dijangka April tahun depan. BN nampaknya bersedia ke arah itu," katanya yang juga anggota Parlimen Selayang.
Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis jamuan rakyat anjuran PAS Cawangan Bandar Tasik Puteri di Puteri Central Park tengahari semalam.
Jamuan makan disedia dari lima ekor kambing yang disumbangkan oleh William sempena Aidil Adha. Kira-kira 200 penduduk Tasik Puteri menyertai jamuan itu.
Baginya, Pakatan Rakyat perlu bersedia setiap hari untuk menghadapi pilihan raya umum mulai sekarang.
"Tiap hari memang kita sedia dan bekerja untuk menghadapi pilihan raya itu," katanya.
Dalam pada itu, beliau yang baru terpilih sebagai ketua cabang PKR Selayang dalam pemilihan kali ini tetap yakin dengan sistem pemilihan dalam parti itu.
"Kita tetap yakin dengan sistem pemilihan dalam PKR. Kalau kita nakkan demokrasi, kita perjuang demokrasi dalam parti dahulu.
"Satu ahli satu undi, demokrasi memberikan hak kepada semua ahli memilih sendiri pemimpinnya," katanya.
Oleh kerana ia berlaku pertama kali dan ada lebih 9900 pemimpin yang perlu dipilih, sudah tentu ada masalah pelaksanaannnya, kata beliau.
[KS] KOTA BHARU – Binaan pondok berwarna kuning di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kajang Sebidang, Tumpat, dekat sini akan dirobohkan jika siasatan membuktikan ia disalahgunakan untuk tujuan pemujaan.
Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), Mohd. Ab. Aziz Mohd. Nor berkata, setakat ini pihaknya telah mengarahkan Pejabat Agama Islam Daerah Tumpat supaya melakukan siasatan tersebut secara terperinci.
Beliau berkata, sekiranya siasatan membuktikan bahawa dakwaan tersebut benar, pihak pendakwaan JHEAIK akan mengeluarkan arahan rasmi supaya pondok tersebut dirobohkan.
Menurutnya, mereka boleh didakwa di bawah Enakmen Majlis Agama Islam Bilangan 4 1994, Seksyen 127 iaitu melakukan aktiviti pemujaan.
Jika didapati bersalah, pihak terbabit boleh didenda RM4,000 atau dipenjara selama dua tahun.
“Jika terbukti wujud aktiviti tidak sihat seperti yang didakwa, kami akan merobohkan binaan tersebut serta-merta selain mengenakan tindakan terhadap mereka yang terlibat,’’ katanya kepada Kosmo! Ahad semalam.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak semalam berkata BN akan melakukan sedikit perubahan pada logo dan warna Barisan Nasional (BN) yang dijangka diumumkan pada Konvensyen BN, Ahad depan.Ketika ini, BN yang didaftarkan secara rasmi pada 1 Jun 1974 ketika zaman Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein, menggunakan simbol dacing dengan berlatarbelakangkan warna biru gelap sebagai tanda saksama, adil dan kemakmuran.
Sebelum itu, BN dikenali sebagai Perikatan yang ditubuhkan pada 1952 dengan menggunakan simbol perahu layar.
Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN bagaimanapun berkata, perubahan yang akan dilakukan pada logo dan warna BN itu akan diumumkan pada hari konvensyen itu nanti.
“Ada sedikit perubahan dari segi logo dan warna kita (BN) tetapi kita akan umumkan pada hari itu nanti,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di sini, semalam. -BeritaHairan

Anda dialu-alukan untuk memberi komen atau berkongsi pendapat tentang isu atau perkara yang diutarakan. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman, dan bahasa kesat tidak akan disiarkan.