REDA...Siti Sarah (kanan) menyiram air di pusara suaminya di Tanah Perkuburan Islam Bukit Beruntung, semalam. gambar kecil, Mazli.
Malang tidak berbau. Apabila Malaikat Maut datang menjemput orang tersayang, kita tidak mampu menahannya walaupun sesaat. Apa yang kita mampu ialah banyakkan sedekah al-Fatihah untuk yang telah pergi....
Saya petik:
[HM] BUKIT BERUNTUNG: “Saya sebak dan terkejut melihat suami maut apabila motosikalnya melanggar anjing liar,” kata Siti Sarah Nordin, 34, menceritakan kemalangan ngeri menimpa suaminya, Mazli Mo’min, 38, kira-kira jam 7.15 pagi semalam. Menurutnya, kejadian berlaku berdekatan Kampung Kuantan, Batang Kali, ketika suaminya dalam perjalanan dari Bukit Beruntung untuk menghantarnya bekerja di Kampung Kuantan.
Katanya, dalam perjalanan itu, suaminya tidak dapat mengawal motosikal ditunggangnya apabila seekor anjing melintas.
“Arwah melanggar anjing itu dan tercampak ke bahu jalan. Kepalanya terhantuk ke jalan dengan kuat. Dia tidak dapat diselamatkan apabila berlaku pendarahan yang banyak di kepala.
“Saya hanya menangis memapah arwah yang terkulai tengkuk,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seroja 3, Bukit Sentosa.
Menurutnya, arwah dikejarkan ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) 30 minit selepas kejadian dengan kerjasama penduduk kampung berdekatan.
“Arwah seorang suami yang baik, penyayang dan sentiasa menyayangi dua anak, Masturina, 12 dan Mursyidah Syahmina, 10. Dia bekerja sebagai penghantar surat di sebuah syarikat swasta di Ampang, Selangor,” katanya.
Katanya, jenazah suaminya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Beruntung, jam 3.20 petang.
[BH] KUALA LUMPUR: Buku teks subjek Sastera Bahasa Malaysia yang akan digunakan pelajar Tingkatan Lima sekolah menengah tahun depan bakal ditarik balik berikutan dakwaan kandungannya menyentuh sensitiviti kaum, selain mengkritik dan menghina orang Melayu serta India.
Persetujuan menarik balik serta-merta buku teks bertajuk Interlok karya Abdullah Hussain itu dipersetujui Penolong Pengarah Unit Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran, Sairi Adenan dan Pengarah Jabatan Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Abdul Khalik Sulaiman, selepas pertemuan dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah semalam.
Intelok, novel komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia terbitan DBP itu sudah diedarkan kepada semua sekolah menengah baru-baru ini untuk diagihkan kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebaik sesi persekolahan dibuka awal bulan depan.
Buku teks berkenaan didapati mempunyai unsur penghinaan kepada orang Melayu berdasarkan perkataan yang ditulis dalam beberapa halaman, seperti orang Melayu bodoh, malas selain perkataan paria serta ada unsur menyentuh isu ketuhanan dan keagamaan bagi kaum India.
Murugiah yang juga Pengerusi Biro Pengaduan Awam (BPA), berkata pihaknya menerima aduan orang ramai dari seluruh negara yang meminta BPA mengambil tindakan sebelum orang ramai membuat tindakan drastik dengan membakar buku berkenaan di hadapan Kementerian Pelajaran.
Katanya, isu itu didedahkan sebuah akhbar tempatan berbahasa Tamil semalam selepas mendapat aduan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan kandungan buku itu.
[kompas] TNI menahan sebuah pesawat carter Malaysia jenis BAE 146-200 di Bandara Juanda, Surabaya, Selasa (14/12/2010) siang. Pesawat membawa 81 orang dan sebagian besar adalah keluarga Kerajaan Melaka. Turut dalam rombongan tersebut adalah putra PM Malaysia Najib Razak.
Demikian dikatakan Kepala Pusat Penerangan Markas Besar TNI Laksma Iskandar Sitompul kepada Kompas. Ia mengatakan, dari semua penumpang itu, sebanyak enam orang di antara mereka diperbolehkan berangkat ke Malaysia dengan menggunakan penerbangan lain. Walau tidak merinci nama-nama mereka, Iskandar membenarkan dari keenam orang tadi terdapat seorang pejabat menteri dan putra Perdana Menteri Malaysia Najib Razak.
[HM] SIBU: Kasih anak kecil yang tidak mengerti apa sebenarnya berlaku menyebabkan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun kelaparan dan ditemui tidak bermaya di sisi mayat ibunya yang sudah berulat dipercayai mati akibat dibunuh kira-kira tiga hari lalu di sebuah rumah teres di Jalan Hua Kee, di sini.
Ketika ditemui jam 4.30 petang semalam, kanak-kanak itu duduk tidak bermaya di sisi mayat ibunya yang terlentang di atas tilam dalam bilik tidur dengan kesan kecederaan di badan dan telinga kanan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Zamani Hamdan, berkata kanak-kanak berkenaan ditemui anggotanya yang bergegas ke lokasi selepas mendapat laporan pemilik rumah yang didiami wanita berumur 34 tahun itu apabila terhidu bau busuk.
Katanya, pemilik rumah itu pada mulanya ke rumah yang didiami ibu tunggal terbabit untuk memungut sewa bulanan sebelum curiga apabila panggilannya tidak berjawab sebelum terhidu bau busuk meloyakan daripada dalam rumah itu.
“Dia menghubungi polis yang kemudian membuka pintu dan menemui sekujur tubuh dalam keadaan sudah berulat terlentang di atas tilam di dalam bilik tidur. “Di sisi mayat itu duduk seorang kanak-kanak perempuan dalam keadaan lemah kerana tidak makan dan minum sejak beberapa hari lalu,” katanya ketika dihubungi semalam.
Zamani berkata, berdasarkan keadaan mayat yang sudah berulat itu, polis percaya wanita terbabit mati sejak tiga hari lalu dan kanak-kanak perempuan itu tetap menemani ibunya.
“Berdasarkan siasatan awal, kami menemui beberapa kesan kecederaan pada kepala dan telinga kanan mangsa dan tidak menolak kemungkinan wanita yang berasal dari Sibu itu mangsa pembunuhan.
“Bagaimanapun, kami masih menunggu laporan penuh bedah siasat ke atas mayat bagi mengetahui punca kematian wanita itu,” katanya.
Zamani berkata, kanak-kanak perempuan berkenaan dihantar ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut kerana dipercayai trauma dengan pengalaman yang dilaluinya dan keadaannya dilaporkan stabil.
“Susulan penemuan mayat mangsa, polis menahan seorang lelaki yang juga bekas suaminya bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
Tunggulah pendedahan Anwar mengenai pembunuhan Altantuya dalam siri ceramahnya nanti....
Saya petik: [HD] KUALA LUMPUR, 15 Dis: Walaupun penuh dengan sekatan polis, ia tidak menghalang orang ramai memenuhi kawasan lapang taman Melati dekat sini untuk mendengar sendiri penjelasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan-rakannya tentang tuduhan terbaru para pemimpin Singapura melalui WikiLeaks.
Dan di majlis itu, Anwar tidak hilang karismanya sebagai pemimpin apabila berkata, “Adakah kamu fikir saya ini bodoh untuk memasuki perangkap apabila tahu ianya perangkap? Jangan cabar saya terlalu berlebihan! Saya akan dedahkan kes pembunuhan yang telah dilakukan dan cuba ditutup rapat.”
“Wikileaks, apa bukti kamu, bawa Lee Kuan Yew ke mahkamah. Saya tidak peduli, kamu fikir saya buat atau tidak. Itu bukan urusan saya. Kamu ada rakaman video atau catatan doctor, bawa ke mahkamah,” kata Anwar disambut tepukan gemuruh para penyokongnya.
Anwar merujuk kepada dakwaan para pemimpin Singapura dan diplomat mereka dalam apa yang dinamakan sebagai pendedahan oleh WikiLeaks melalui media Australia yang antara lain mendakwa Anwar telah diperangkap oleh musuhnya dalam kes sodomi dan Anwar sendiri memasuki perangkap itu.
Walaupun cuba diterangkan oleh para pemimpin Pakatan mengenainya, namun semua media tradisional negara menutupnya. Laporan WikiLeaks juga diambil tentang dakwaan Lee Kuan Yew terhadap Anwar sahaja tetapi laporan tentang pembunuhan Altantuya Shariibuu tidak disiarkan.
Di samping Anwar, turut berceramah adalah anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad, anggota Parlimen Batu Tian Chua, Tan Tee Kwong, Shamsul Iskandar dan juga Teresa Kok.
Tian Chua dalam ceramah itu berkata, pihaknya sedang berusaha supaya laporan WikiLeaks ini dibincangkan di Dewan Rakyat. Satu usul telah dibentangkan bagi membincangkan hal itu.
“Kita mahu Dewan Rakyat bincangkan laporan terhadap Anwar dan juga dakwaan terhadap Najib berkaitan dengan pembunuhan terhadap Altantunya yang juga disebutkan dalam dokumen WikiLeaks ini,” kata Tian.
Peguam Anwar mengumumkan pihaknya akan menyaman Lee Kuan Yew dan juga Tun Dr Mahathir yang berkata beliau yakin pemimpin Singapura itu tahu Anwar melakukan sodomi itu.
Anwar mula menjelajah negara mulai semalam. Esok 16 Disember, Anwar akan berada di Dataran Muhibbah, Kampong Ismail, Ampangan, Negeri Sembilan dalam siri Ceramah Perdananya sehinggalah 19 Disember ini yang akan berakhir di Pulau Pinang.
Kepada mereka yang pernah makan rasuah, tiap-tiap hari makan duit rasuah, dan tiap-tiap bulan dapat habuan rasuah. Ingatlah, setinggi-tinggi tupai melompat, ke tanah jua jatuh akhirnya. Janganlah duit haram itu menjadi darah daging isteri dan anak-anak...Bertaubatlah. Jadikan cerita di bawah sebagai pengajaran.
Saya petik:
[KS] IPOH – Senario di Mahkamah Sesyen di sini semalam berbeza apabila seorang bekas Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak yang sebelum ini bertanggungjawab menghukum pesalah, dijatuhi hukuman penjara 19 tahun dan denda RM210,000 selepas didapati bersalah atas tujuh tuduhan rasuah.
Hassan Basri Shapie, 56, dikenakan hukuman tersebut selepas Hakim Tan Hooi Leng mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan terhadap bukti pihak pendakwaan atas semua pertuduhan yang dilakukan tertuduh sekitar 7 Ogos 2006 hingga 6 September 2007.
Bagaimanapun tertuduh hanya dipenjara 10 tahun setelah Hooi Leng memerintah hukuman empat daripada tujuh pertuduhan tersebut dijalankan serentak. Namun Hassan Basri bakal berhadapan hukuman penjara tambahan sebanyak 42 bulan lagi jika gagal membayar denda.
Dia adalah hakim Mahkamah Syariah pertama yang didapati bersalah dalam pertuduhan rasuah.
KUALA LUMPUR: Bapa kepada mangsa kes liwat Saiful Bukhari yang melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azlan Mohd Lazim hari ini menyerahkan sepucuk surat kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk menarik perhatian Seri Paduka supaya kes itu yang sedang dibicara dipercepatkan.
Beliau hadir di hadapan Istana Negara di sini ditemani tiga orang rakannya menyerahkan surat berkenaan kepada seorang pegawai istana pada pukul 3 petang.
Azlan, 57, dalam kenyataannya kepada media berkata beliau mahu menyampaikan suara hatinya kepada baginda kerana sudah melalui pelbagai tekanan dan kesulitan akibat perbicaraan kes liwat membabitkan anaknya itu sering ditangguhkan sejak tiga tahun lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
"Saya amat berharap agar proses keadilan dapat dipercepatkan," katanya.
Kes berkenaan beberapa kali ditangguhkan kerana menunggu keputusan mahkamah ke atas beberapa permohonan daripada pihak Anwar. -Bernama
[SH] SHAH ALAM - Misteri kehilangan 28 kereta daripada syarikat sewa kenderaan berpusat di Sepang, dirungkai apabila pengusaha syarikat terbabit mengesan pembeli di Jelutong, Pulau Pinang.
Kenderaan itu didapati mempunyai kad pendaftaran pendua dengan nombor pendaftaran baru dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Pengarah sebuah syarikat pembekal kenderaan sewa dikenali Wati berkata, kenderaan itu, sebelum ini disewa kepada pasangan suami isteri yang mendakwa perunding sebuah syarikat hartanah pada 5 Oktober lalu.
Beliau berkata, pada mulanya, pasangan itu hanya menyewa sebuah kereta mewah dan mendakwa untuk kegunaan jurutera syarikat terbabit.
Bagaimanapun, katanya, pasangan itu kemudiannya memohon menyewa 27 kenderaan lagi pada 12 Oktober sehingga 23 November lalu antaranya, Porsche Cayenne, Lexus, BMW dan Toyota Caldina.
“Saya mula mengesyaki ada yang tidak kena apabila, pasangan itu tidak menjelaskan bayaran sewa seperti dijanjikan bulan lalu.
“Saya terpaksa membuat helah dengan meminta pasangan itu menghantar semua kenderaan yang disewa kononnya untuk diservis. Namun apabila dihubungi pada 3 Disember lalu, mereka gagal dikesan,” katanya yang hadir ke pejabat Sinar Harian, di sini, semalam.:
Wati berkata, beliau hanya dapat mengesan lima kenderaan mewah dengan menggunakan alat pengesan sistem kedudukan sejagat (GPS) yang dijual di syarikat kenderaan terpakai di tiga negeri terbabit.
Menurutnya, kereta pertama jenis Honda City berjaya dikesan di Jelutong, di mana, bahagian luar kereta sudah diubahsuai dengan menggunakan nombor pendaftaran baru.
“Kereta itu dirampas bersama dokumen jual beli dan saya terkejut melihat terdapat kad pendaftaran pendua tertera nombor pendaftaran baru yang mendapat kelulusan JPJ.
“Timbul tanda tanya kerana kad pendaftaran asal masih berada dalam simpanan bank dan beberapa dokumen lain yang dirampas hanya tertera tanda tangan tanpa butiran peribadi pemilik kenderaan itu.
“Saya syak ada pembabitan anggota JPJ kerana hanya mereka berkuasa untuk mengeluarkan kad pendaftaran kereta dan mempunyai salinan asal Mykad serta maklumat peribadi pemilik kereta,” katanya.
Wati berkata, dua lagi kereta iaitu Mercedes dan Toyota Camry dapat dirampas di Permas Jaya, Johor Bahru, namun kad pendaftaran pendua kereta yang baru gagal diperoleh kerana pemilik syarikat kenderaan terpakai itu enggan bekerjasama.
Beliau berkata, kereta Nissan Fairlady dan Toyota Alphard dikesan di Terengganu, namun masih dalam proses untuk mendapatkannya semula.
Katanya, enam kereta mewah dan 17 kereta keluaran tempatan yang hilang, gagal dikesan kerana tidak dilengkapi sistem GPS.
Kaum Adam kini turut menjadi mangsa gangguan seksual yang dilakukan oleh wanita. – Gambar hiasan
Bagi saya inilah tanda-tanda kecil akhir zaman. Alangkah indahnya dunia jika dihiasi dengan wanita-wanita solehah. Bertambah cantik wanita itu apabila adanya sifat malu dalam diri. Kalau sudah tidak ada malu beginilah jadinya. Bagi lelaki, adakah anda pernah terkena gangguan seperti ini? Apa tindakan anda? Ingatlah , sesungguhnya Allah Maha Melihat.
Saya petik:
[KS] SERDANG – Lazimnya golongan wanita sering dikaitkan sebagai mangsa gangguan seksual kaum lelaki di tempat kerja.
Bagaimanapun, satu kajian membuktikan sebaliknya apabila kini golongan lelaki juga tidak terlepas daripada menjadi sasaran kepada tingkah laku bersifat seksual yang dilakukan oleh kaum hawa.
Menurut Ketua Laboratari Perubahan Sosial, Ekonomi dan Keamanan, Institut Pengajian Sains Sosial Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Jamilah Othman (gambar), meskipun fenomena itu agak janggal tetapi ia kerap terjadi di tempat-tempat kerja sejak kebelakangan ini.
Kajian kualitatif yang bertajuk Penyelesaian Konflik Gangguan Seksual di Agensi-Agensi Kerajaan di Semenanjung Malaysia yang menemu bual sekumpulan responden pihak atasan mendedahkan fenomena itu memang berlaku.
“Saya telah menemu bual lelaki yang bertaraf bos dan mereka sendiri memaklumkan sindrom berkenaan. Kebanyakan pekerja bawahan wanita didapati suka mengganggu mereka,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Jamilah memberitahu, perlakuan itu berlaku ekoran sikap wanita kini yang lebih terbuka, berani dan tujuan mereka sememangnya bermotif jahat.
“Wanita-wanita dalam kumpulan ini sanggup berbuat begitu kerana rakus untuk segera dinaikkan pangkat tanpa perlu bekerja keras,” ujarnya.
Tempat: Tapak pasar malam Taman Melati, Wangsa Maju
Di bawah ini pula amaran polis kepada sesiapa yang berminat untuk ke sana:
Saya petik:
[MK] Polis mengingatkan orang ramai supaya tidak menghadiri ceramah umum PKR di tapak pasar malam Taman Melati, Wangsa Maju, di ibunegara.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata penganjur tidak mempunyai permit untuk mengadakan ceramah umum itu.
Polis tidak meluluskan permohonan penganjur kerana ia boleh menyebabkan gangguan kepada ketenteraman awam dan keselamatan, katanya kepada Bernama melalui SMS hari ini.
Katanya pihak polis akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya penganjur meneruskan majlis tersebut. Ceramah umum PKR, anjuran cabang Wangsa Maju, dijadualkan bermula jam 9 malam. Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual berucap di ceramah tersebut.
Mohd Khir Toyo telah digantung dari semua jawatan parti yang dipegangnya selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan rasuah minggu lalu.
Setiausaha agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor berkata tindakan tersebut tidak ada hubungannya dengan pertimbangan kepentingan politik BN, tetapi ditetapkan dalam perlembagaan parti.
Akhbar Sinar Harian melaporkan beliau berkata, sesiapa sahaja yang didakwa atau menunggu kes mahkamah, akan digantung jawatannya dalam parti, seperti yang dilakukan sebelumnya.
Menurut Tengku Adnan berkata tindakan serupa telah diambil terhadap ahli Umno yang lain pada 2009, dan walaupun mereka kemudian didapati tidak bersalah, kedudukan mereka tidak dikembalikan.
Cerita di bawah ini saya ambil dari blog pro umno. Percaya atau tidak mengenai cerita ini, anda sendiri tentukannya. Apa yang pasti umno Selangor akan terpalit dengan cerita ini.
Saya petik:
[SU] Banyak sungguh Puaka UMNO Selangor. Minggu lalu terdapat 4 orang pemimpin UMNO Selangor berjumpa Perdana Menteri mendesak Khir Toyo didakwa dalam apa cara sekali pun. Kata mereka jika Khir Toyo didakwa, BN selangor akan kembali mendapat sokongan.
4 orang ini ialah Noh Omar, Noriah Kasnon, Shukor Kuang dan Dato Ghazali Ibrahim. Opsss maaflah. 3 orang saja UMNO Selangor. Satu lagi UMNO Kedah. Apa ke hei nya Dato Ghazali Ibrahim, bekas Ali Parlimen Padang Terap turut terbabit dalam usaha menjatuhkan Khir Toyo ini?
Dato Ghazali Ibrahim ialah Pegawai Khas kepada YAB Dato Seri Najib Tun Razak. Dia lah yang mengaturkan pertemuan Noh, Noriah dan Shukor dengan PM minggu lalu.
Mengapa Ghazali begitu bersungguh mahu menjatuhkan Khir?
Apa yang PM tak tahu, apa yang kebanyakan orang UMNO tidak tahu tetapi orang UMNO Sungai Besar tahu ialah Dato Ghazali ini mempunyai hubungan istimewa dengan YB Noriah Kasnon, Janda anak 5.
Di kalangan pemimpin Sungai Besar ramai yang sudah bercakap mengenai kemunculan sebuah kereta plat kedah KY 77 tetapi tidak ramai yang tahu ia merupakan kereta Pegawai Khas Perdana Menteri bernama Dato' Ghazali Ibrahim.
Hubungan intim ini sangat menjelikkan kerana ia muncul lewat-lewat malam jika Noriah berada di Kawasan. Malahan menurut SB, kereta ini juga sering kelihatan di sebuah kondo milik Noriah di ibu kota.
Malang sungguh Sungai Besar selepas ada Bapa Rasuah, ada pula Ibu Maksiat.
Noriah mesti keluar menyatakan adakah ia telah berkahwin dengan Dato Ghazali? Jika ia menafikan ada hubungan dengan Dato Ghazali, beberapa keping gambar yang intim dan mesra akan diterbitkan dalam blog ini.
Orang Sungai Besar sila perhati-perhatikan jangan nanti ahli parlimen pula kena tangkap basah.
Tiba-tiba Noriah Kasnon, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, "diserang" di Selangor.
Pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap beliau termasuk kononnya mempunyai hubungan "istimewa" dengan Ghazali Ibrahim, Pegawai Khas PM.
Ghazali pernah menyandang jawatan Ketua Umno Bahagian Padang Terap sebelum memberi jalan kepada Mahadzir Khalid. Beliau kini Timbalan Ketua Bahagian Padang Terap.
Serangan terhadap Noriah sudah cukup untuk menggambarkan kekusutan di dalam Umno Selangor.
Keadaan bertambah kusut apabila Khir Toyo dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah.
Bagi pemerhati politik, suasana di dalam Umno Selangor cukup menghiburkan.
Terkini blog berikut menyiarkan kononnya Noriah, seorang janda beranak lima, adalah antara mereka yang menjatuhkan Khir Toyo.
[MStar] PETALING JAYA: “Saya yang izinkan mereka berkahwin...” - itulah kata-kata pertama yang keluar dari mulut Siti Hawa Kassim, ibu kepada pengantin perempuan yang mencetuskan kontroversi kerana berkahwin pada usia 14 tahun minggu lalu.
Siti Hawa, 40, menjelaskan, dia dan suaminya memberi keizinan kepada Siti Maryam Mahmod yang lebih mesra dengan panggilan Maya itu untuk berkahwin kerana yakin, pendidikan agama yang telah diberikan dapat membimbing anaknya itu menjadi seorang isteri yang matang untuk menempuhi alam rumahtangga yang serba mencabar.
Keputusan itu juga dibuat setelah suami kepada anaknya itu berjanji dan bersetuju untuk memastikan Siti Maryam menamatkan pengajian menengahnya di sebuah sekolah menengah agama dekat sini.
“Anak saya sudah akil baligh dan diberikan pendidikan agama. Saya percaya suaminya juga boleh membimbingnya ke arah yang lebih baik. Malah keputusan ini juga mengambil kira janji suaminya untuk memastikan dia belajar sehingga tamat pengajiannya,” kata ibu yang bertugas di sebuah syarikat multinasional di ibu kota ini dalam temuramah eksklusif dengan Mingguan mStar semalam.
Siti Hawa yang tidak mahu gambarnya disiarkan demi untuk menjaga privasinya menambah, suami Maya (Abdul Manan Othman) adalah seorang guru dan seorang lelaki yang baik dan yakin Manan boleh melakukannya (membimbing Siti Maryam) memandangkan dia juga diberikan pendidikan agama yang tinggi.
Siti Hawa berkata, sebelum memberi keizinan Abdul Manan dan Siti Maryam atau lebih dikenali sebagai Maya untuk berkahwin, dia sudah membuat solat istikarah bagi memohon petunjuk daripada tuhan.
Detik perkenalan pasangan suami isteri muda itu bermula apabila Abdul Manan yang merupakan guru agama mengajar dua orang adik Maya.
Hubungan baik dan sikap ramah Abdul Manan telah mendorong Siti Hawa untuk mengambil dia sebagai anak angkat dan menjadi sebahagian daripada keluarga itu.
Isu perkahwinan Maya pada usia muda telah mencetuskan kontroversi dan perdebatan banyak pihak termasuk mendapat reaksi daripada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Sharizat Jalil yang menyatakan keputusan mahkamah untuk membenarkan Maya berkahwin bukanlah merupakan satu polisi yang direstui oleh Kerajaan Pusat.
Pelbagai pertubuhan wanita dan hak asasi wanita turut tidak bersetuju dengan keputusan tersebut.
Bagaimanapun dalam menjawab semua persoalan itu, Siti Hawa tidak dinafikan pada peringkat awalnya dia berasa terkilan apabila segelintir pihak tidak menghormati keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Syariah.
Menurutnya, sebagai rakyat 1Malaysia, masyarakat sepatutnya menghormati antara satu sama lain, tidak kira bangsa atau agama.
“Bagaimanapun akhirnya saya sedar itu adalah hak individu untuk bersuara. Lain orang lain pendapatnya. Apa yang penting adalah tindakan saya mengizinkan Maya berkahwin pada usia muda itu tidak bercanggah daripada hukum syarak dan agama.
Namun sebagai seorang ibu, Siti Hawa yang enggan gambarnya disiarkan berharap agar masyarakat berfikiran terbuka dan rasional mengenai perkara tersebut.
“Masing-masing mempunyai pandangan tetapi janganlah menafikan hak kami sekeluarga dan keputusan Maya dan Manan untuk berkahwin dibuat selepas mendapat restu daripada pihak kami serta kebenaran daripada mahkamah.
Dalam pada itu, Siti Hawa juga menegaskan, dia sentiasa memantau anaknya dan Abdul Manan Othman dari segala aspek meskipun kedua-duanya sudah menjadi suami isteri yang sah.
“Sebagai ibu, saya tidak akan membiarkan anak-anak saya sendirian menghadapi risiko berkahwin pada usia muda ini.
“Sebelum mereka berkahwin lagi sudah diperjelaskan tentang apa itu perkahwinan. Setiap kejadian itu ditentukan oleh Allah, ada hikmah di sebalik sebarang kejadian,” katanya.
Siti Hawa juga berpendapat perkahwinan anaknya pada usia 14 tahun bukanlah satu isu yang besar kerana baginya kematangan bukan lah terletak pada umur seseorang tetapi sebaliknya terletak pada pendekatan dan pendidikan yang diterimanya.
“Konsep perkahwinan awal ini sebenarnya boleh membendung perkara yang tidak diingini daripada berlaku. Kita semua sedia maklum tentang permasalahan masyarakat yang berlaku di negara ini sedangkan perkahwinan anak saya adalah satu perkahwinan yang sah,” ujarnya lagi.
Menurut Siti Hawa, perkahwinan itu juga tidaklah bermakna perhubungan di antara ibu dan anak terputus kerana masing-masing mempunyai tanggungjawab terhadap diri dan keluarga masing-masing.
“Walaupun Maya sudah bergelar isteri orang, namun saya masih bertanggungjawab memberikan nasihat dan memastikan anak saya itu meneruskan pembelajarannya di sekolah sehingga tamat,” katanya.
“Saya berharap masyarakat berdoa semoga perkahwinan mereka diberkati dan saya berterima kasih kepada mereka yang telah membantu dan memberikan sokongan kepada kami sekeluarga,” katanya.
ANGGOTA polis berpangkat koperal dipercayai dirawat di Wad 9 Hospital Slim River, Perak sejak bulan lepas.
Jika benarlah berita ini, maka celakalah buat si isteri!!! Apabila nafsu serakah sudah menguasai diri, pertimbangan dosa pahala sudah tidak dipeduli. Maka tunggulah balasan dari Ilahi. Jadikan pengajaran!!!
Saya petik:
Angkara Cinta Tiga Segi
[KS] KUALA LUMPUR – Misteri kehilangan seorang anggota polis berpangkat koperal sejak sebulan lalu kini terjawab dan dipercayai angkara isterinya sendiri.
Semuanya terbongkar sejak beberapa hari lalu apabila polis mendapati seorang pesakit tidak dikenali di wad kecemasan Hospital Slim River, Perak rupa-rupanya koperal yang dilaporkan hilang itu.
Mangsa dipercayai ditinggalkan di luar wad kecemasan itu oleh satu pasangan yang menaiki sebuah kereta Proton Iswara Aeroback kira-kira pukul 5 pagi pada 11 November lalu.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner, Abdul Rahim Abdullah berkata, ketika ditemui, mangsa yang sebelum ini bertugas di salah sebuah balai polis di Gombak di sini berada dalam keadaan hilang ingatan dipercayai akibat dipukul teruk di kepala.
Mangsa yang berusia dalam lingkungan 20-an turut mengalami kecederaan di kaki disyaki dipukul seorang suspek berusia 27 tahun yang dikatakan kekasih kepada isterinya.
Polis percaya pasangan yang meninggalkan mangsa di hospital berkenaan adalah isteri mangsa dan kekasih wanita itu selepas mereka panik melihat mangsa cedera parah.
“Selepas itu, isteri mangsa membuat laporan polis mendakwa suaminya hilang pada 12 November lalu selepas lelaki itu keluar dari rumah di Rawang.
“Bagaimanapun, polis mengesyaki sepanjang tempoh mangsa hilang, berlaku pergaduhan antara mangsa dengan suspek lelaki sehingga menyebabkan mangsa cedera parah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.
[MStar] KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menjalankan siasatan bagi memastikan oren dari Shanghai, yang dipercayai diwarnakan dengan bahan lilin beracun agar kelihatan lebih segar, tidak diimport atau berada di pasaran tempatan.
Menurut satu kenyataan pada Ahad, tindakan itu diambil berikutan laporan media tempatan bahawa pihak berkuasa Shanghai telah mengarahkan peniaga buah-buahan supaya menghentikan penjualan oren tersebut selepas menerima aduan daripada pengguna yang mendapati kulitnya menjadi merah setelah menyentuh buah berkenaan.
Kementerian itu berkata berdasarkan Peraturan 21 di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985, penggunaan pewarna yang dibenarkan dalam makanan adalah seperti yang tersenarai di Jadual Tujuh (Pewarna Yang Dibenarkan) dan penggunaan bahan pewarna selain dari yang tersenarai itu adalah dilarang.
"Peraturan 225(2) dan (3) di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 memperuntukkan buah-buahan mentah dan segar boleh mengandungi bahan pewarna yang dibenarkan bagi tujuan penggredan.
"Manakala lilin bergred makanan boleh digunakan bagi membersihkan dan menyediakan buah-buahan mentah untuk jualan," katanya.
Kenyataan itu juga berkata orang ramai yang mengesyaki buah oren yang dijual di pasaran tempatan mempunyai bahan pewarna, boleh melaporkannya kepada Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri berhampiran.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai aktiviti kawalan keselamatan dan kualiti makanan yang dijalankan kementerian kesihatan di laman web http:/fsq.moh.gov.my. - BERNAMA

Anda dialu-alukan untuk memberi komen atau berkongsi pendapat tentang isu atau perkara yang diutarakan. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman, dan bahasa kesat tidak akan disiarkan.