Beginilah padahnya apabila si suami gemar menonton filem dot dot ganas. Akhirnya si isteri menjadi mangsa....
Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Malang bagi satu pasangan suami isteri apabila rumah tangga yang pada mulanya aman damai kini bergolak hanya kerana situasi janggal - si suami mempunyai selera pelik ketika bersama.
Mana tidaknya, si isteri yang inginkan dirinya dibelai dengan kasih sayang dan sentuhan manja, sebaliknya diratah suami yang lebih berselera melihat isteri disakiti.
Itulah nasib malang menimpa Niza, 26, yang tidak tahan dengan kelakuan suami, Ramli, 26, seolah-olah beraksi dalam filem lucah ganas mat saleh.
Ada kalanya Ramli mengikat Niza di katil sambil memukul atau setidak-tidaknya mencubit bahagian tertentu tubuhnya. Bahkan, pernah juga suaminya itu memasukkan sesuatu pada kemaluan isterinya untuk mendapat rangsangan seks.
Selepas hampir dua tahun diperlakukan begitu dan dikurniakan seorang cahaya mata, Niza akhirnya nekad melarikan diri untuk pulang ke pangkuan keluarganya yang menetap di sekitar Gombak, dekat sini, pada Oktober lalu. Niza berkata, dia sudah kerap menasihati suami supaya tidak melayannya sedemikian rupa, tetapi ia tidak pernah bertahan lama.
“Lama kelamaan dia akan mengulanginya semula. Sebab itu, saya tidak dapat bertahan lagi.
“Sebagai isteri, saya hanya mahu dia (suami) melayan saya sebagaimana isteri normal yang lain. Jika berterusan begini, saya rasa cukup terseksa,” katanya.
Menurut Niza, pada mulanya dia hanya mahu untuk mengasingkan diri bersama suami buat sementara waktu dan tinggal bersama keluarga namun apabila memikirkan suami yang mungkin tidak akan berubah, dia mengambil keputusan untuk bercerai.
“Keluarga sering bertanya dan mendesak, apa masalah saya dengan suami. Saya beritahu mereka kami berkelahi dan hanya mendiamkan diri jika ditanya puncanya.
“Saya malu untuk memberitahu perkara yang sebenarnya. Bagaimanapun, selepas nekad untuk berpisah dengan suami, akhirnya saya terpaksa jelaskan semuanya pada ibu saya,” katanya.
Niza berkata, keluarga menghalang keputusannya untuk bercerai dan mereka mahu perkahwinan mereka diselamatkan.
Katanya, mulanya dia buntu untuk menyelamatkan rumah tangga mereka kerana tidak sanggup menerima layanan buas suaminya lagi.
“Ayah menjelaskan pada saya suami mungkin boleh berubah jika dirawat.
“Mulanya, saya kurang yakin bagaimana soal yang membabitkan hubungan seks dan nafsu begini boleh dirawat.
“Namun selepas memikirkannya dengan keadaan waras, apa salahnya untuk mencuba. Lagi pula, suami tidak membantah dan bersedia untuk mendapatkan rawatan jika perlu demi menyelamatkan rumah tangga kami,” katanya.
Kini, Ramli dibawa mendapatkan rawatan secara Islam bagi membuangkan selera pelik yang membelenggu dirinya ketika bersama dengan isteri.
Ketika ditemui, Ramli tidak menafikan dia suka menyakiti isterinya ketika berasmara semata-mata untuk mendapatkan kepuasan.
“Jika tidak berbuat demikian, saya tidak akan berasa ghairah. Bagaimanapun, saya tahu dia (Niza) tidak suka saya buat dia begitu.
“Masalahnya, sukar pula untuk saya mengawal diri. Jadi keputusan untuk mendapatkan rawatan begini mungkin adalah jalan terbaik untuk saya, lagi pula saya sangat menyayangi isteri dan tidak mahu berpisah dengannya,” katanya.
Ramli berkata, dia nekad untuk mengubah sikapnya dan berharap hubungan mereka suami isteri berkekalan.
Sehubungan itu, katanya, dia akan membuang sikap buruknya yang ada kala gemar menonton filem lucah ganas dan pelik, selain cuba bersikap normal kepada isteri ketika bersama.
“Saya difahamkan juga ada kemungkinan nafsu pelik yang saya miliki ini adalah disebabkan keturunan atau saka. Saya tidak pasti mengenainya, tetapi tidak salah berubat.
“Saya sedar apa yang saya lakukan pada isteri tidak patut sebagai seorang yang beragama Islam. Saya sepatutnya melayan dan membelai dia dengan baik.
“Saya bersyukur, isteri masih memberi peluang kepada saya. Begitu juga dengan keluarga yang ambil berat dan cuba menyelamatkan rumah tangga kami,” katanya.
Gambar: KETUA Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud selamat dinikahkan dengan gadis Lubnan berusia 28 tahun (gambar kecil) di Kuching, malam tadi.
KM Sarawak telah selamat memilih pasangan hidup baru beliau. Selepas ini rakyat Sarawak pula tidak sabar-sabar untuk memilih wakil rakyat mereka dalam piliharaya nanti...
Saya petik:[BH] Kuching: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, selamat dinikahkan dengan seorang wanita Lubnan berusia 28 tahun dalam majlis tertutup yang diadakan di kediaman rasminya, di sini, malam tadi.Terdahulu, anggota keselamatan yang bertugas di kediaman Taib memaklumkan satu majlis tertutup diadakan dengan pihak media tidak dibenarkan memasuki kawasan berkenaan.Majlis itu hanya dihadiri orang kenamaan dan ahli keluarga terdekat bermula dengan majlis tahlil dan doa selamat yang turut dihadiri kira-kira 200 tetamu khas.Antara orang kenamaan yang dilihat masuk seawal jam 6 petang ialah Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar, Datuk Amar Abang Johari Openg; Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan; Penasihat Khas Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem; Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Mohd Naroden Majais dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Dr Abdul Rahman Junaidi.Taib dan isteri, seorang wanita Lubnan dinikahkan Mufti Sarawak, Kipli Yassin, kira-kira jam 9.30 malam dengan satu majlis persandingan sederhana turut diadakan di ruang utama kediaman rasmi beliau. Antara saksinya, anak kedua Taib, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir.Majlis tepung tawar mempelai dan persembahan hadrah dan berzanji turut diadakan ketika Taib dan isteri bersanding dengan kenalan dan keluarga terdekat diberi peluang menepung tawar pasangan.Sementara itu, Setiausaha Akhbar Ketua Menteri, Amin Sahmat yang ditemui pihak media, memaklumkan majlis itu adalah tertutup dengan hanya jemputan khas dibenar memasuki kediaman Ketua Menteri.“Ini hanya majlis doa selamat, pengumuman lanjut akan dibuat kemudian dengan majlis kepada umum akan diadakan pada Januari,” katanya.Bagaimanapun, Amin enggan mengulas lanjut mengenai majlis yang sebelum itu dipercayai adalah bagi meraikan pasangan Taib dan pilihan hatinya itu.
Rejam sampai mati!! Itulah Hukum Hudud bagi lelaki atau perempuan yang berzina sedangkan mereka sudah berkahwin...Bagi pasangan yang belum berkahwin, seratus sebatan untuk mereka jika didapati bersalah melakukan zina...Bertaubatlah bagi mereka yang pernah terlanjur...
Saya petik:
[HM] PUTRAJAYA: Seorang ibu tunggal dicekup bersama lelaki muda atau ‘anak ikan’ belaannya di sebuah rumah di Presint 9, di sini awal pagi kelmarin selepas diserbu penguat kuasa agama yang bertindak atas aduan anak wanita itu sendiri.
Serbuan dilakukan pada jam 2.50 pagi oleh sekumpulan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Putrajaya hasil maklumat anak wanita itu mengenai ibunya berusia 40-an yang sering membawa balik teman lelakinya berusia 20-an dan tidur bersama sejak beberapa bulan lalu.
Sumber berkata, pasangan berkenaan sebelum ini bijak menyembunyikan perbuatan terkutuk mereka kerana rumah itu turut dihuni anak perempuan terbabit yang berusia 20 tahun serta dua anak lelaki belasan tahun.
Menurutnya, mungkin meluat dan tidak mahu bersubahat dengan sikap ibunya yang bergelumang dosa, anak perempuan itu sendiri yang membuat laporan supaya ibunya ditahan.
“Ketika serbuan wanita itu membuka pintu rumah dan membenarkan penguat kuasa masuk seolah-olah tidak melakukan sebarang kesalahan. “Dia cuba menipu penguat kuasa dengan memberitahu mendakwa teman lelakinya yang ketika itu sudah berpakaian lengkap adalah saudara terdekat yang menumpang buat sementara sebelum memperoleh pekerjaan tetap,” katanya.
Bagaimanapun, penguat kuasa Jawi yang curiga dengan penjelasan wanita terbabit menyoal anak perempuannya dan ketika itulah rahsia jijiknya terbongkar. “Anak perempuan wanita itu memberitahu sebelum serbuan dilakukan lelaki terbabit tidur di bilik ibunya dan mereka sudah melakukan perbuatan itu sejak beberapa bulan lalu.
“Kata gadis itu, dia sudah berbuih mulut menasihati ibunya supaya menghentikan perbuatan terkutuk itu, tetapi tidak dipedulikan, menyebabkan dia nekad membuat laporan kepada kami,” katanya.
Sumber itu berkata, mendengarkan kata-kata anak gadisnya wanita terbabit cuba berdalih dan mendapat simpati dengan memberitahu dia bakal mengahwini teman lelakinya dan lelaki itu juga memberi kenyataan serupa dengan pengakuan mereka merancang berkahwin dalam masa terdekat.
Bagaimanapun, alasan itu gagal mengelakkan mereka ditahan dan ketika disoal siasat wanita terbabit memberitahu dia menjalinkan hubungan intim dengan teman lelakinya selepas berkenalan melalui laman sembang di Internet.
“Wanita itu juga memberitahu sudah bercerai dengan suami, tetapi gagal menunjukkan dokumen perceraian apabila diminta penguat kuasa,” kata sumber itu.
Menurutnya, pasangan terbabit kemudian dibawa ke pejabat Jawi Putrajaya untuk diambil keterangan lanjur sebelum dibebaskan dengan jaminan.
Mereka disiasat mengikut Seksyen 27 (a)(b), Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000, jika didapati bersalah.
Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Rohaizan Ismail, ketika dihubungi mengesahkan penahanan pasangan terbabit dan memberitahu mereka akan didakwa di mahkamah syariah dalam tempoh terdekat.
(Gambar sekadar hiasan)
Saya petik: [Mstar] KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mencadangkan penganjuran tilawah istimewa membaca Al-Quran di peringkat antarabangsa bagi mengiktiraf golongan cacat penglihatan.
Beliau berkata usaha itu mampu mengangkat peranan Malaysia sebagai negara Islam yang dinamik dan progresif.
Rosmah mengutarakan cadangan itu pada Majlis Kasih Sejuta Harapan yang bertemakan "Menjana Transformasi Ummah Berwawasan Melalui Al-Quran" di sini malam Jumaat.
Pada majlis itu, beliau turut menyerahkan Al-Quran dalam bentuk tulisan braille kepada 200 penerima cacat penglihatan.
Rosmah berkata usaha pertubuhan bukan kerajaan menghasilkan Al-Quran sedemikian, yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), adalah sangat membanggakan.
"Mereka (NGO) bukan sahaja mengajar tetapi juga menghasilkan Al-Quran braille," katanya yang berharap lebih banyak kelas pengajian Al-Quran dalam bentuk braille dibuka bagi memberi peluang kepada golongan cacat penglihatan mendalami ilmu Al-Quran. - BERNAMA
Saya petik:
[SK] PETALING JAYA 17 Dis -Ketua Oposisi menuduh firma pelobi antarabangsa pro Zionis-Israel, Apco Worldwide terlalu berpengaruh dalam pentadbiran kerajaan Umno-Barisan Nasional sehingga boleh menyebabkan beliau serta tiga ahli parlimen Pakatan Rakyat digantung selama enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat.
Malah Anwar mendakwa Apco telah berbohong dalam surat penjelasannya kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan berhubung dakwaan kaitan konsep 1Malaysia dengan One Israel yang kedua-duanya diilhamkan oleh firma yang mempunyai pangkalan di negara Zionis itu.
“Mereka telah berbohong sebelum ini dengan mengatakan mereka tidak ada kaitan dengan rejim Israel. Di dalam surat kepada jawatankuasa hak dan kebebasan mereka mendakwa dihalang daripada memberi keterangan dan ini adalah satu pembohongan.
“Saya telah dituduh menjadi agen Yahudi jadi saya terpaksa membuktikan bahawa kerajaan Umno-BN lah yang sebenarnya mempunyai perjanjian dengan sebuah syarikat yang berpejabat di Israel dan mereka bukan sahaja menjalankan operasi perniagaan beiasa tetapi mempunyai kaitan dengan agensi perisikan Shin Bet,” tegas Anwar.
Pada sidang media yang diadakan di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat di Tropicana pagi tadi beliau menegaskan sehingga kini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak pernah menafikan peranan besar Apco dalam menasihati berkaitan aspek strategik dan sensitif komunikasi kerajaan Malaysia.
"Operasi mereka sebelum itu dikenali sebagai Mind Team Sd Bhd. Laporan Malaysian Insider mengatakan Apco menasihati Najib tentang 1Malaysia. Tiada penafian dari Najib tapi Apco nafi terbabit dengan Israel. Saya buktikan dokumen kaitan rejim Israel dengan Apco. Apa isunya? Isunya Umno tuduh orang lain agen Yahudi tapi mereka sendiri meterai perjanjian dengan Apco.
"Saya ulangi 12 tahun lalu sampai sekarang saya dituduh agen Yahudi. Umno guna kempen ini di kampung-kampung. Saya buktikan bahawa mereka guna bukan sahaja syarikat Yahudi tapi juga syarikat yang berpengkalan di Israel.
"Saya buktikan dalam jawapan kepada mereka, Apco Worldwide ditubuh sebelum Najib jadi Perdana Menteri," kata Anwar.
Turut hadir dalam sidang media itu termasuk tiga ahli parlimen terbabit - Azmin Ali, R Sivarasa dan Karpal Singh.
Berhubung tindakan pengantungan oleh Yang DiPertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata dakwaan ke atas Azmin yang dituduh membocorkan surat Apco kepada jawatankuasa adalah palsu malah dimanipulasi sebagai alasan untuk menghukum beliau.
"Dia (Azmin) tidak menyiarkannya pun. Apa Apco ini? Dewata raya ke? Bahkan Apco tidak ditegur kerana tidak dapat sertai jawatankuasa," kata Anwar.
"Mereka dakwa sebagai perunding komunikasi bebas tetapi mengapa Apco terlibat dalam politik negara? Saya mahu mereka hentikan kempen poltik kotor ini. Apco jangan bersekongkol dengan Umno dan mempertahankan rejim yang rasuah? Mereka harus jawab, harus bertanggungjawab, kerana sebab merekalah empat ahli parlimen digantung tanpa proses yang wajar," tegas Anwar lagi.
Beliau amat kesal dengan sikap berat sebelah Pandikar yang memihak kepada Umno-BN dengan mengenakkan hukum gantung tanpa diberi peluang membela diri.


Sampai bila penipuan dan pendustaan Syaitan Jelmaan harus dibiarkan? Mereka yang mengizinkan Umno dan Barisan Nasional terus berkuasa di bumi Malaysia adalah jugaPengkhianat Negara!
Perjanjian lengkap di sini.
ALOR SETAR - Pas Kedah mempertikaikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana masih belum menerima maklum balas berhubung bantahan yang dibuat mengenai pendaftaran pemilih baru di Kedah bagi suku ketiga, yang didakwa berlaku penipuan.Pesuruhjayanya, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, bantahan yang dibuat Oktober lalu seolah dipandang remeh SPR, malah didakwa tidak berpandukan prosedur yang digariskan SPR apabila pihak yang membuat bantahan tidak dipanggil untuk soal siasat.“Saya hairan kerana sehingga hari ini, tiada maklum balas daripada SPR mengenai isu ini, sedangkan bantahan telah dikemukakan secara rasmi. Saya masih menunggu jawapan daripada SPR berhubung dakwaan yang saya dedahkan itu,” katanya, ketika dihubungi.Pada 19 November lalu, Azizan meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan terhadap SPR berhubung pendaftaran pemilih baru di Kedah bagi suku ketiga, yang dipamerkan 27 Oktober lalu kerana didakwa berlaku penipuan.Azizan berkata, pihaknya telah pun membuat bantahan rasmi terhadap SPR, mendakwa penipuan daftar pemilih berlaku di beberapa kawasan di negeri ini, antaranya di Kem Bukit Kayu Hitam, serta Kompeni Batalion 304 Askar Wataniah di Belantek dan Kem Gubir, membabitkan isteri-isteri anggota tentera.Azizan mendakwa SPR tidak telus kerana berdasarkan daftar pemilih yang dipamerkan itu, nama-nama pengundi baru terbabit adalah isteri-isteri anggota tentera. Turut menimbulkan keraguan apabila terdapat nama yang dipamerkan itu menetap di kawasan lain, tetapi namanya didaftarkan di kem tersebut.“Sepatutnya wakil kita yang membuat bantahan sudah dipanggil untuk beri keterangan dan tunjukkan bukti. Sampai sekarang saya masih tunggu, jangan fikir kami berdiam diri bermakna sudah lupa dan akan ketepikan isu itu, saya akan tetap bangkitkan semula apabila tiba masanya nanti,” katanya.Menurutnya, pihaknya akan memberi lebih masa kepada SPR untuk meneliti perkara terbabit, namun tidak menetapkan tempoh tertentu, sebaliknya bercadang mengambil tindakan susulan yang lebih serius sekiranya perkara itu tidak diberi perhatian.“Buat masa ini saya hanya mahu tunggu jawapan SPR, jika mereka masih tidak endah, saya akan fikirkan cara lain,” katanya. -SH
|
Kalau malu sudah tiada dalam diri, semua boleh jadi hatta berbogel di khalayak ramai. Kalau anda terjumpa wanita/lelaki spesis ini di Malaysia, apa yang anda akan lakukan? Melastik mereka?
SINGAPURA - Seorang wanita bogel dilihat menaiki sebuah bas di Bedok kelmarin, lapor asiaoneNews semalam.
Gambar-gambar wanita itu berbogel menaiki sebuah bas dengan membawa beg di bahunya disiarkan di laman berita akhbar berkenaan.
Beberapa saksi memberitahu akhbar Lianhe Wanbao bahawa mereka melihat seorang wanita pertengahan umur menanggalkan pakaiannya sehelai demi sehelai semasa dia mendekati sebuah perhentian bas di Bedok pada petang kelmarin.
Akhbar berbahasa Cina itu melaporkan bahawa perhentian bas tersebut dipenuhi dengan orang ramai yang merenung aksinya.
Lima minit selepas menunggu, sebuah bas tiba dan beberapa saksi menyatakan dia berjalan di depan orang ramai untuk menaiki bas berkenaan.
Pemandu bas itu menghubungi polis apabila melihat wanita itu menaiki basnya dalam keadaan bogel.
Ekoran situasi itu, pemandu bas tersebut mengarahkan semua penumpang lelaki duduk di kerusi depan manakala wanita berkenaan duduk di kerusi bahagian belakang bas.
Salah seorang penumpang memberikan sehelai jaket kepada wanita tersebut untuk menutup tubuhnya.
Anggota-anggota polis kemudiannya menahan wanita tersebut dalam episod yang berlaku selama 45 minit.
Kejadian terbaru itu mencetuskan persoalan di negara berkenaan sama ada semakin ramai penduduk suka berbogel di tempat awam.
Sebelum wanita itu, seorang lelaki berumur dalam lingkungan 20-an dan 30-an didapati berbogel di restoran MacDonald's di Queensway, Singapura untuk memesan secawan kopi.
Namun, dia kemudiannya turut ditangkap polis pada awal minggu ini. - Agensi
Artikel asal di sini.
Saya petik:[SH] SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan Kerajaan Negeri akan menarik balik lesen yang diberikan kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) berikutan keengganan syarikat tersebut untuk menghentikan Tabung Budi di negeri ini.
Menurutnya, kerajaan tetap dengan pendirian untuk menguruskan air dan menunggu jawapan Syabas serta menunggu masa yang sesuai untuk mengambil tindakan tersebut melalui tindakan mahkamah.
“Kebajikan kepada rakyat dilakukan oleh Kerajaan Negeri,” katanya dalam satu sidang media, di sini, semalam.
Menurutnya, Syabas tidak mengikut kehendak Kerajaan Negeri dan perjanjian sebelum ini boleh dibatalkan.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai pengurusan sampah di negeri ini, Abdul Khalid memaklumkan sebanyak RM400 juta diperuntukkan untuk kutipan sampah di seluruh negeri ini bagi memastikan masyarakat di negeri Selangor dapat hidup dalam keadaan bersih.
Abdul Khalid berkata, walaupun jumlah besar telah dikeluarkan namun masih banyak aduan yang diterima daripada masyarakat di negeri ini mengenai sampah.
Menurutnya, antara aduan yang diterima ialah banyak kawasan yang tidak dibersihkan, sampah tidak dikutip dan longkang tidak dijaga. “
Walaupun hasil kutipan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini melebihi RM1.2 bilion tetapi kos kutipan yang dibelanjakan untuk mengutip sampah ialah RM400 juta.
“Kita mengambil kira hal ini dan perjanjian dibuat untuk kita lihat perkembangan Alam Flora dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab ini tiap-tiap bulan,” katanya.
Abdul Khalid berkata, pihaknya akan membuat pilihan yang terbaik untuk memilih siapa yang layak untuk mengutip sampah di negeri itu pada masa akan datang supaya ia dapat memberikan manfaat kepada masyarakat Selangor.
Apa komen Datuk Nik Aziz?
"Soal menantu saya nak ambil tindakan itu dia punya pasal. Saya tidak bercadang nak ambil apa-apa tindakan balas, cukuplah mereka insaf dan kesal dengan perbuatan itu."
SIARAN MEDIA OLEH ABDUL ARIFFAHMI Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt dan salam Muharam.
Segala puji-pujian bagi Allah swt yang telah memberi nikmat Islam dan Iman kepada kita semua. Dengan sifat Rahman dan RahimNya maka kita masih terus hidup pada hari ini untuk memperoleh nikmat yang melimpah bagi melansungkan kehidupan seharian.
Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw yang menjadi teladan kepada umatnya untuk memilih jalan terbaik dan diredhai Allah swt, menuju ke pengakhiran kebahagian yang kekal abadi.
Saya terpanggil untuk membuat sedikit ulasan melalui siaran ini setelah merujuk kepada kenyataan media oleh Pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM, Tan Sri Dr. Hadenan Abdul Jalil, berhubung hasil penelitian laporan siasatan oleh Jabatan Peguam Negara yang telah membersihkan nama Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan nama saya, di atas tuduhan rasuah dan penyelewengan kuasa sekitar setahun yang lalu. Perkara ini juga telah mendapat liputan oleh beberapa akhbar perdana pada hari ini.
Setinggi-tinggi syukur kepada Allah swt kerana telah menyelesaikan kes ini dengan pengakhiran yang baik kepada semua dan membersihkan nama saya sekeluarga.
Sememangnya dari awal siasatan, situasinya amat tenang dan saya berkeyakinan penuh bahawa semua tuduhan tersebut adalah rekaan semata-mata. Justeru, saya dan kakitangan PMBK telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak SPRM Kelantan semasa dalam siasatan.
Dikesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan tahniah kepada SPRM, khususnya kepada Pengarah dan kakitangan SPRM Negeri Kelantan kerana telah menjalankan siasatan kes ini dengan adil dan profesional, walaupun mengambil masa yang agak lama untuk menjelaskan keputusan.
Saya penuh sedar bahawa terdapat banyak gangguan media berlaku semasa siasatan keatas tuduhan yang bermula dengan sekeping ‘surat layang’ ini. Bagi saya, pihak SPRM telah menjalankan tugas dengan baik dan mengikut prosedur tanpa terpengaruh oleh gelombang fitnah yang dirancang dan dicipta oleh pihak tertentu hasil dari artikel-artikel keluaran media dan bloger yang rela diperalatkan.
Memang ramai yang terpengaruh dan mula memandang serong kepada kami termasuk segelintir pimpinan tertinggi PAS.
Tidak dapat dinafikan bahawa ujian ini memberi peluang kepada diri untuk bermuhasabah di atas kedhaifan sendiri dan InsyaAllah lebih mematangkan saya untuk mendepani masa depan.
Dalam masa yang sama, rentetan isu ini juga jelas menampakkan ia sememangnya dirancang untuk diperbesarkan menggunakan kemahiran politik yang berkualiti tinggi. Apabila isu ini mendidih, maka asakan membuta tuli kepada saya bermula supaya matlamat operasi yang telah ditetapkan oleh perancangnya tercapai.
Jutaan terima kasih kepada semua ahli keluarga, dan sahabat handai yang memberi sokongan khususnya Ayahanda dan Bonda serta kekanda Nik Abduh kerana memberi sokongan terbuka semasa isu sedang memuncak. Tidak lupa terima kasih khusus kepada Bonda Che Som Bt Che Ali dan ahli keluarga di Machang yang sentiasa mendoakan tanpa jemu untuk keselamatan dan kesejahteraan saya sekeluarga.
Akhir sekali, sekalung penghargaan khusus kepada isteri saya yang tercinta kerana tetap berada di sisi disaat-saat sukar dan memberanikan diri menceritakan hal sebenar dalam artikelnya. Terima kasih juga kerana memberi kebenaran siaran ini dikeluarkan dalam laman Serisuri.
Marilah kita sama-sama berdoa supaya Negeri Kelantan terus terpelihara dari kerakusan golongan oportunis politik dan broker kuasa yang sentiasa mengancam.
Kita hanya merancang, sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik!
Sekian, wassalam.
Ir Abdul Ariffahmi Ab Rahman
Pulau Melaka
10 Muharam 1432/16 Disember 2010
Sumber:http://serisuri.wordpress.com/2010/12/16/siaran-media/==========================================================
Saya petik:
[SH] KOTA BAHARU - Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu mendermakan satu pertiga wang simpanannya kepada PAS sebagai tanda syukur kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menutup fail dakwaan rasuah terhadap beliau dan menantunya.
Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas berkata, beliau tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang cuba menimbulkan masalah kepada pentadbiran PAS Kelantan diterajuinya.
Beliau mengulas kenyataan pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil semalam bahawa SPRM menutup kes melibatkan beliau dan menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan.
Saya petik:[TMI] KUALA LUMPUR — Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tenang, Datuk Sulaiman Taha dari Umno-BN meninggal dunia di sini awal pagi tadi, sekali gus membuka laluan kepada pilihan raya kecil ke-14 sejak Mac 2008. Ketua Umno Labis itu menghembuskan nafas terakhir kira-kira 1.10 pagi di Hospital Pakar Ampang Puteri di sini - di mana Allahyarham dirawat sejak hampir sebulan lalu akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.
Wakil rakyat dari Johor itu dimasukkan ke Hospital Segamat selama dua hari sebelum dipindahkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri pada 24 November.
Sulaiman, 59, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal pada pukul 12.45 tengah malam tadi sebelum disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Datin Noraini Yaakop dan tujuh anak.
Wakil rakyat Umno itu telah menjadi wakil rakyat selama dua penggal.
Jenazah Sulaiman terlebih dahulu dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Ubudian Ampang Tasik sebelum dibawa ke Labis untuk dikebumikan.
Sulaiman mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Tenang pada pilihan raya umum 2008 dan menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.
DUN Tenang berada dalam bahagian Parlimen Labis, yang menjadi kubu kuat Presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek dan kini disandang oleh anaknya, Chua Tee Yong.
Satu lagi kerusi DUN dalam Parlimen Labis ialah Bekok yang turut dimenangi BN.
Spekulasi mengenai kesihatannya dan kemungkinan pilihan raya kecil ke-14 menjadi sebutan selepas Sulaiman tidak menghadiri sidang DUN bulan lalu, yang membahaskan bajet 2011.
Sejak pilihan raya umum 2008, 13 pilihan raya kecil telah diadakan dengan 10 daripadanya diadakan kerana kematian wakil rakyat.
Dua pilihan raya kecil - kerusi DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi diadakan 4 November lalu dengan kedua-duanya dimenangi oleh BN.
BN memenangi 50 kerusi DUN di Johor pada pilihan raya umum 2008 sementara DAP empat kerusi dan PAS dua kerusi.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika ditemui pemberita di pekarangan hospital berkata, pihaknya bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil di Tenang.
“Kita terpaksa berhadapan dengan satu lagi pilihan raya kecil kali ke-14 selepas pilihan raya umum 2008.
“Kita sudah bersedia untuk menghadapinya, sebelum ini kita berlawan dengan PAS tapi kali ini kita tidak tahu sama ada PAS akan tanding atau tidak.
“Kita siap sedia hadapi pilihan raya kecil,” kata beliau yang juga Setiausaha Agung Umno.
Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga Sulaiman.
“Kita semua rasa sedih kerana kehilangan YB Sulaiman yang meninggal dunia pukul 1.10 pagi tadi,” katanya.
The Malaysia Insider menyiarkan laporan mengenai keadaan Allahyarham Sulaiman pagi semalam dengan memetik pembantu peribadinya Razak Rashid berkata, wakil rakyat Umno itu dimasukkan ke hospital sehari selepas sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor dan keadaanya dikatakan stabil.
“Keadaan beliau (Sulaiman) bertambah baik tapi beliau masih bergantung pada alat bantuan pernafasan,” kata Razak.
Razak berkata Adun penggal kedua itu turut menghidapi penyakit kencing manis dan darah tinggi tetapi dimasukkan ke hospital kerana tidak sihat.
“Saya dimaklumkan oleh ahli keluarga datuk dan keadaan beliau sekarang stabil,” kata Razak.
Noraini juga mengesahkan wakil rakyat itu berada dalam keadaan stabil dan doktor menasihatkan Sulaiman supaya berehat.
Katanya, Allahyarham dipindahkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri selepas mengalami jangkitan kuman paru-paru.
“Doktor arahkan supaya Datuk (Sulaiman) berehat sahaja sekarang ini. Datuk sekarang dalam keadaan stabil, tapi beliau masih lagi lemah.
“Pada 24 November Datuk masuk (hospital) kerana jangkitan kuman pada paru-paru tapi yang itu dah OK.
“Tapi sekarang Datuk kena jangkitan kuman dalam darah pula, doktor cakap mungkin datang (dijangkiti) daripada pelawat yang melawat beliau,” katanya ketika ditemui The Malaysian Insider lewat petang semalam.
Tambah Noraini, doktor juga tidak membenarkan sesiapa termasuk dirinya melawat Sulaiman kerana bimbang keadaan akan menjadi lebih teruk.
Pakatan Rakyat bercadang mengheret Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia ke mahkamah berhubung tindakannya menggantung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga lagi ahli parlimen pembangkang selama enam bulan daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat. Ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh yang antara digantung itu berkata keputusan berkenaan berikutan mereka tidak diberi peluang untuk memberi penjelasan ketika perbahasan usul penggantungan. "Kita mungkin bawa ke mahkamah. Ada satu duluan dalam kes Gobind Singh di mana, sebenarnya, kita bawa Speaker, Pandikar Amin sendiri…? Mahkamah memutuskan bahawa dalam keadaan tertentu, terutama apabila peraturan keadilan asasi tidak dipatuhi, waktu itu mahkamah mempunyai bidang kuasa.Dipetik dari Mkini
Anda nilailah sendiri.....
Saya petik:
[HD] KUALA LUMPUR, 16 Dis: Perbahasan usul penggantungan Anwar selama 6 bulan, sedang berlangsung di Dewan Rakyat.
10.00 am: MP Shah Alam, Khalid Samad bangun mengemukakan usul projek sakit, Hospital Shah Alam lambat siap, sehingga menyebabkan seorang pesakit terpaksa menangguh rawatan dan pergi hospital lain.
10.15 am: Speaker, Tan Sri Pandikar Amin tolak usul Shah Alam dan mahu teruskan untuk bahas usul gantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
10.30 am: MP Pakatan Rakyat bagaimanapun dibantah oleh MP PR termasuk Sivarasa Rasiah, Datuk Mahfuz Omar, Datuk Kamarudin Jaffar dan Yusmadi.
Mereka masing-masing mempertikai tindakan Speaker dan menyatakan Speaker salah dalam menafsirkan, peruntukan 83 (1) peraturan mesyuarat.
Akibat bantahan itu, kekecohan terus berlaku antara MP Pakatan Rakyat dengan wakil rakyat kerajaan.
11.00 am: Dalam suasana kecoh, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bangun membaca usul untuk menggantung Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk dibahaskan.
Usul yang dibaca Nazri hanya sayup kedengaran dicelah suara kekecohan yang tidak terkawal oleh Speaker.
11.15 am: MP Rembau, Khairy Jamaludin, bagun untuk bahas, selepas Nazri pergi ketempat Khairy, namun terus dibantah MP Pakatan Rakyat.
MP Pakatan Rakyat memberi alasan Speaker belum buat rulling terhadap dakwaan salah prosedur terhadap beberapa peraturan mesyuarat.
Mereka juga mendesak Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berundur, kerana didakwa gagal menjalankan tanggungjawab dan mengawal keadaan.
11.20 am: Speaker bagaimanapun cuba meneruskan perbahasan, dan mengugut akan nama Ahli Parlimen yang tidak mendengar arahan Speker untuk digantung.
11.25 am: Tidak berpuas hati dengan tindakan itu, semua MP Pakatan Rakyat diketuai Anwar, keluar dewan dan mengadakan sidang media di lobi parlimen.
11.30 am: Datuk Nazri Aziz kemudian mengemuka usul kedua, iaitu untuk menggantung tiga lagi Ahli Parlimen iaitu, Bukit Gelugor, Subang dan Gombak.
11.40 am: Dalam keadaan MP PR sedang mengadakan sidang media, Ahli Parlimen BN kini sedang berbahas sesama sendiri.
Dalam kenyataan sebelum ini, PAS membantah syor pihak tertentu untuk menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan.
Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, jika keptusan penggantungan itu dilaksanakan, bermakna satu lagi tragedi hitam akan terpahat dalam demokrasi negara.
"Jika benar penggantungan ini akhirnya dilaksanakan, ianya adalah merupakan satu tragedi demokrasi di negara kita.
"Keadaan ini terjadi dalam keadaan pemimpin negara melaungkan hasrat untuk mengangkat kedudukan Parlimen Malaysia ke taraf antarabangsa, tetapi pihak yang sama juga terlibat dalam meruntuhkan institusi yang mewakili rakyat dalam negara kita ini," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, lebih malang apabila Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dinafikan hak untuk membela diri.
"Penafian hak ke atas Datuk Seri Anwar untuk membela diri dalam isu ini, merupakan satu kesilapan besar dan menyerlahkan kepada umum kejahilan yang memalukan pihak yang terlibat dalam proses menjatuhkan hukuman," kata Ahli Parlimen Marang itu lagi.
Apa yang berlaku hingga kini katanya, kerajaan bukan sahaja gagal memberikan hujah balas, tetapi juga gagal mengemukakan apa-apa jawapan yang meyakinkan terhadap isu dibangkitkan Anwar sebelum ini.
"Sikap hanya bergantung kepada sekeping surat dari pihak yang berkepentingan tentunya bukan satu tindakan yang adil," tambahnya lagi.
Menurut Islam, katanya, setiap pihak yang dituduh, wajib diberi hak membela diri.
Malah di zaman Rasulullah SAW sendiri, ujarnya sudah adanya pemisahan kuasa di antara eksekutif, legaslatif dan kehakiman.
"Apabila suatu peristiwa yang melibatkan Rasulullah SAW sendiri, penyelesaian kes masih diserahkan kepada hakim untuk dibicarakan dengan adil, walaupun Rasulullah SAW adalah pemimpin ulung ummah," katanya.
Sehubungan itu, PAS tegasnya mahu kesilapan yang sedang berlaku dalam kes Anwar ini diperbetulkan segera.
"PAS ingin mempertegaskan bahawa kami bersama Pakatan Rakyat adalah secara konsisten menyertai sistem demokrasi dalam usaha membangunkan negara.
"Namun jika komitmen kami ini gagal dihormati, malah pihak pimpinan Barisan Nasional sengaja menutup pintu demokrasi ini, kita tidak mampu memberi jaminan bahawa rakyat akan terus bersama dapat menghormati sistem ini," tegasnya.

Parah!! Dari budak sampailah ke orang tua. Mengapa berlaku sebegitu rupa?
Saya petik:[HM] BUTTERWORTH: Penyebaran rakaman aksi seks sepasang kanak-kanak yang didakwa adik-beradik melalui telefon bimbit menggemparkan penduduk sekitar bandar ini serta mencetuskan kebimbangan mengenai semakin parah keruntuhan moral masyarakat negara ini.
Ini kerana usia pasangan terbabit masih terlalu muda. Budak lelaki terbabit dipercayai berusia antara 11 dan 12 tahun manakala pasangan perempuan antara 13 dan 14 tahun.
Aksi berahi mereka dirakam dari pelbagai sudut dipercayai dalam bilik hotel atau motel oleh pihak ketiga berdasarkan katil dan keadaan sekitar.
Kakitangan swasta dikenali sebagai Azman, 25, yang memperoleh video itu melalui bluetooth daripada rakannya, berkata dia terkejut sebaik melihat aksi pasangan terbabit kerana mereka terlalu muda dan dipercayai masih bersekolah.
“Budak lelaki itu seperti murid tahun lima atau enam manakala remaja perempuan mungkin dalam tingkatan satu atau dua. Kemungkinan mereka adik-beradik kerana fizikal remaja lelaki lebih kecil berbanding pasangannya.
“Saya menggeleng kepala sebaik melihat aksi mereka yang tidak ubah seperti orang dewasa. Bayangkan apa akan jadi kepada mereka pada masa depan dan bagaimana penerimaan ibu bapa mereka jika mengetahui perkara ini,” katanya, semalam.
Menurutnya, tindakan pasangan kanak-kanak itu menggambarkan keadaan moral masyarakat yang semakin merosot dan keadaan ini yang menyumbang peningkatan kes pembuangan bayi hasil hubungan luar nikah.
“Jika murid sekolah rendah sudah pandai beraksi lucah dan dirakam pihak lain, bagaimana orang dewasa.
“Apa akan jadi kepada moral masyarakat beberapa tahun akan datang jika gejala penyebaran aksi seks melalui telefon bimbit semakin berleluasa,” katanya.
Justeru, dia berharap pihak berkuasa segera melakukan sesuatu sebelum gejala penyebaran aksi seks melalui telefon bimbit menjadi ‘wabak’ yang sukar dikawal.